INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA B05 – SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KURSUS
KOD DAN NAMA B05-01-04 – FAULT FINDING
MODUL
PENGALAMAN LE2 PRODUCE BLOCK DIAGRAM
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT
PRESTASI COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING
AKHIRAN (TPO) DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING
INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED,
PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED
ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT
COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS
IDENTIFIED.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY
ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO
OPERATION
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 294
PINDAAN : 0 MUKASURAT 294
1. PENGENALAN KEPADA GAMBARAJAH BLOK
Gambarajah blok adalah mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu
gambarajah litar skematik.Selain daripada itu ia juga menggambarkan secara
kasar isi kandungan dan keterangan bagi peringkat tersebut.Sesuatu litar skema
yang lengkap mengandungi pelbagai simbol komponen mengikut
bahagianbahagiannya.Untuk memudahkan pembahagian litar dan penerangan
mengikut bahagiannya maka satu lukisan gambarajah blok diperkenalkan.Litar
skematik diringkaskan mengikut bahagian dan kemudian dilukis dalam bentuk
lukisan blok. Rajah blok dilukis dalam bentuk segiempat tetap,segiempat sama
atau bentuk segitiga.Bentuk –bentuk ini dilukis mengikut kesesuaian dan ruang
melukis yang disediakan.Rajah 1 menunjukkan bentuk lukisan gambarajah blok
yang biasa digunakan apabila melukisnya.
a. Struktur Gambarajah Blok
Gambarajah blok lazimnya dilabel dengan mengikut nama
peringkat sesuatu litar,bentuk gelombang isyarat pada punca-punca
kemasukan dan keluaran serta tanda –tanda lain yang diperlukan
.Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu
komponen bagi menguatkan atau menjelaskan lagi gambarajah blok
tersebut
Jika bilangan rajah blok itu lebih daripada satu,blok-blok ini
disusun sebelah-menyebelah secara siri atau selari.Setiap blok
disambungkan oleh garisan lurus mengikut sambungan litar.Untuk
menunjukkan laluan isyarat pada setiap peringkat blok maka
sambungan diantara blok dilabel dengan tanda anak panah pada
punca-punca kemasukan dan keluarannya.
Satu gambarajah blok boleh memberi keterangan serta maklumat
kepada sistem kendalian dan operasi sesuatu alat yang dirujuk kepada
rajah blok.Ia juga boleh dibaca dengan mengikut susunan setiap blok
ke peringkat blok yang lain dengan mengikut arah dan tanda yang
ditunjukkan .Arah yang digunakan lazimnya tanda seperti yang telah
dterangkan dalam bab awal iaitu tanda anak panah.
b. Menghuraikan Gambarajah Blok
Apabila gambarajah blok telah siap dilabelkan mengikut peringkat
demi peringkat,kefungsian gambarajah blok mestilah dihuraikan bagi
setiap blok.Ini adalah penting bagi mendalami kefahaman bagi sesuatu
litar. Nama yang dilabelkan setiap blok mestilah mengikut fungsi serta
kendalian setiap peringkat tersebut.Bagi mengenalpasti kefungsian
blok disetiap peringkat,gambarajah skematik boleh dirujuk untuk
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 295
PINDAAN : 0 MUKASURAT 295
mengenalpasti komponen yang terdapat dalam gambarajah blok
berkenaan. Contoh Penghuraian Fungsi Blok.
Rajah 2 menunjukkan satu litar penguat yang terdiri daripada
TR1 dan TR2.Selain daripada transistor,terdapat beberapa komponen
lain seperti perintang dan pemuat yang disambungkan untuk menjadi
satu rangkaian litar. Oleh yang demikian bahagian tersebut dilabelkan
sebagai blok penguat (amplifier).Dimana fungsi penguat adalah untuk
menguatkan isyarat yang diterima untuk dihantar ke bahagian
lain,begitu juga blok-blok yang lain bagi menghuraikan bahagian
tersebut.Kedua-dua komponen grafik mikrofon dan pembesar suara
disertakan dalam gambarajah blok adalah untuk menjelaskan lagi
susun atur gambarajah blok.
c. Melabel Gambarajah Blok
Setiap gambarajah blok yang telah siap dilukis hendaklah dilabel
mengikut nama peringkat litar skematiknya.Selain daripada melabel
nama peringkat,tiap-tiap blok hendaklah juga dilabel bentuk gelombang
isyarat pada punca-punca kemasukan dan punca keluaran pada rajah
blok tersebut. Melabel nama boleh dilakukan dengan melukis dengan
melukis secara terus didalam ruang kotak blok seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.Dalam rajah tersebut bloknya dilabel dengan nama
PENGUAT. Jika terdapat beberapa peringkat didalam sesuatu
gambarajah blok maka setiap peringkat hendaklah dilabel dengan
nama peringkat mengikut susunannya.
Sekiranya ruang untuk melabel nama pada setiap peringkat itu
terhad maka terdapat satu cara pilihan untuk melabelnya.Caranya
adalah dengan melabel setiap peringkat dengan tanda huruf atau
angka dengan mengikut susunan abjadnya.Pada ruangan lain
disenaraikan tanda label mengikut susunan nama peringkatnya dan
contohnya diberikan dalam Rajah 3
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 296
PINDAAN : 0 MUKASURAT 296
Senarai tanda label:
A. Peringkat Penguat Pertama
B. Peringkat Penguat Kedua
C. Peringkat Penguat Keluaran
d. Melabel Bentuk gelombang pada Gambarajah Blok
Bentuk gelombang isyarat boleh dilabel pada gambarajah blok
bagi kegunaan membantu memahami kendalian setap peringkat serta
keseluruhan blok tersebut. Cara melabel yang pertama ditunjukkan
dalam Rajah 4 (a) iaitu bentuk gelombang isyarat dilukis berhampiran
dengan punca kemasukan dan punca keluaran rajah blok.Cara kedua
ditunjukkan dalam rajah 4(b) iatu bentuk gelombang isyarat dilukis jauh
sedikit dari kemasukan dan keluaran tetapi ia ditandakan dengan arah
anak panah ke bahagian tersebut.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 297
PINDAAN : 0 MUKASURAT 297
e. Contoh Melukis Gambarajah Blok
Pada Rajah 5 menunjukkan litar skematik bagi satu penerima
radio TRF.Litar ini menunjukkan beberapa peringkat litar yang
berlainan nama dan fungsi diantara satu dengan yang lain. Untuk
menentukan peringkat – peringkat tersebut,seseorang itu mestilah
terlebih dahulu faham jenis litar skematik yang dilihatnya. Jika suatu
litar itu mempunyai banyak peringkat,maka bilangan blok yang hendak
dilukis adalah mengikut bilangan peringkat.Seperti pada rajah yang
ditunjukkan ,rajah blok terdiri daripada aerial, penala, pengesan,
penguat audio dan pembesar suara.
Laluan isyarat pula ditunjukkan dengan arah anak panah melalui
tiap peringkat blok dan bentuk isyarat dilabelkan pada punca keluaran
tiap-tiap blok.Untuk mendapatkan lukisan dan membentuk gambarajah
blok iaitu:
a) Bentuk segitiga atau segiempat yang sama saiz untuk tiap-tiap
peringkat KECUALI dalam kes-kes tertentu umpanya keadaan ruang
dilukis yang terhad.
b) Jarak diantara peringkat blok dengan yang lain hendaklah sesuai
dengan teratur supaya susunan blok kelihatan lebihb kemas.
c) Labelkan nama peringat blok dan lukiskan bentuk gelombang isyarat
dan tanda-tanda lain yang diperlukan.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 298
PINDAAN : 0 MUKASURAT 298
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 299
PINDAAN : 0 MUKASURAT 299
LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan gambarajah blok?
2. Lukiskan bentuk-bentuk gambarajah blok.
3. Lukiskan gambarajah blok bagi Litar Bekalan Kuasa 9VDC
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 300
PINDAAN : 0 MUKASURAT 300
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA B05 - DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN
KURSUS
KOD DAN NAMA B05-01-04 – FAULT FINDING
MODUL
PENGALAMAN LE 1 PRODUCE BLOCK DIAGRAM
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT
PRESTASI COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING
AKHIRAN (TPO) DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING
INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED,
PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED
ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT
COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS
IDENTIFIED.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY
ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO
OPERATION
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 301
PINDAAN : 0 MUKASURAT 301
1. PENGENALAN KEPADA ALATAN TANGAN, ALATAN PENGUKURAN DAN
PERALATAN PENGUJIAN
Alatan-alatan tangan yang digunakan dengan lebih jelas termasuk alatan
tangan, alat pengukuran dan peralatan pengujian. Ia menerangkan tentang jenis-
jenis alatan tangan serta serta kegunaan bagi alatan tersebut.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 302
PINDAAN : 0 MUKASURAT 302
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 303
PINDAAN : 0 MUKASURAT 303
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 304
PINDAAN : 0 MUKASURAT 304
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 305
PINDAAN : 0 MUKASURAT 305
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 306
PINDAAN : 0 MUKASURAT 306
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 307
PINDAAN : 0 MUKASURAT 307
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 308
PINDAAN : 0 MUKASURAT 308
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 309
PINDAAN : 0 MUKASURAT 309
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 310
PINDAAN : 0 MUKASURAT 310
SOALAN:
1. Sebutkan lima jenis perlatan tangan?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
v. _________________________
2. Senaraikan tiga jenis peralatan unutk melakukan pengukuran?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
3. Apakah kegunaan Oscilloscope?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Spana terbahagi kepada empat jenis. Senaraikan keempat-empat jenis spana
tersebut dan fungsi setiap
jenis tersebut?
i. ______________________________________________
ii. ______________________________________________
iii. ______________________________________________
iv. ______________________________________________
RUJUKAN:
ASAS ELEKTRONIK VOKASIONAL, MOHD ASRI NAYAN, 1997
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 311
PINDAAN : 0 MUKASURAT 311
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
KURSUS
B05 – ELEKTRONIK INDUSTRI
KOD DAN NAMA B05-01-04 – FAULT FINDING
MODUL
PENGALAMAN LE2 VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENT
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM
BERKAITAN 04.01 VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENT
04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE
OBJEKTIF PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT
PRESTASI COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING
AKHIRAN (TPO) DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING
INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED,
PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED
ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT
COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS
IDENTIFIED.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY
ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO
OPERATION
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 312
PINDAAN : 0 MUKASURAT 312
1. MENGENALPASTI KEROSAKAN MELALUIPEMERIKSAAN VISUAL
Komponen aktif adalah terdiri daripada diod, transistor, FET, thyristor dan IC.
Komponen-komponen ini mempunyai polarity manakala IC pula mempunyai
nombor pin dengan itukita perlulah berhati-hati ketika memasangnya pada PCB
atau strip board. Sekiranya polarity terbalik litar tidak akan berfungsi dan mungkin
juga akan mengakibatkan komponen – komponen lain turut rosak. Komponen ini
tidak berfungsi sekiranya komponen tersebut berlaku litar pintas atau litar terbuka.
Ini boleh diperiksa menggunakan multimeter atau Tracer begi IC. Walau
bagaimanapun sebelum kita menggunakan sebarang alat uji kita perlulah
membuat pemeriksaan visual terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan deria
mata, bau dan sentuh.
Simbol Skematik
Adalah sangat mustahak untuk anda mengenalpasti rupa setiap
symbol komponen elektronik kerana dengan itu akan memudahkan anda
membaca litar skematik semasa membaikipulih sesuatu litar dan perlu
diambil perhatian mengenai simbol yang digunakan untuk litar digital dimana
terdapat berbagai maklumat tentang simbol tersebut.
Transistor dan IC
Transistor dan kebanyakan komponen separa pengalir lain,
didatangkan dengan kedudukan pin tertentu. Adalah mudah sekiranya anda
dapat mengingati kedudukan pin-pin bagi IC-IC yang selalu digunakan
seperti IC Timer dan IC Penguat. Kebanyakan separa pengalir mempunyai
kedudukan pin seperti rajah 1. anda hendaklah berhati-hati dengan
kedudukan pin-pin tersebut. Kedudukan pin tersebut boleh didapati melalui
Buku catalog dari pengeluar atau dari Manual Operasi.
Kod warna Perintang
Nilai perintang boleh diketahui melalui warna pada badannya.
Seseorang juruteknik mestilah mengetahui cara membaca nilai perintang
melalui kod warna dan tahu membezakan setiap satu daripadanya. Bagi
sesetengah perintang yang besar saiz, selalunya nilainya ada tertulis pada
perintang tersebut Kod warna tersebut digunakan juga untuk kapasitor dan
inductor. Bagi kapasitoor dan Inductor selalunya Cuma menggunakan 3 jalur
warna pada badannya.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 313
PINDAAN : 0 MUKASURAT 313
Kod warna wayar
Teknologi hari ini menggunakan warna hitam sebagai bumi dan merah
menandakan bekalan. Probe alatuji seperti multi meter pula menggunakan
warna hitam sebagai tanda negative sementara merah untuk positif .
Kerosakan Akibat Overheated
Sekiranya sesuatu komponen terbakar selalunya dapat selalunya
dapat dikesan pada bahagian plastik komponen tersebut yang cair dan diikuti
dengan bau hangit. Perintang direka untuk menghadkan arus. Lebih besar
struktur binaannya lebih besar arus yang boleh diterima tanpa menyebabkan
overheated iaitu perintang yang berkuasa 1 watt keatas. Sekiranya berlaku
overheated ia akan mengakibatkan PCB turut berubah warna. Perintang
yang kecil iaitu 1 watt ke bawah tidak melibatkan PCB atau komponen
berdekatan dengannya sekiranya berlaku overheated kepadanya. Selalunya
perintang akan terbakar akibat dari komponen lain yang berdekatan
dengannya yang gagal berfungsi. Komponen tesebut selalunya transistor
atau kapasitor elektronik. Sekiranya anda mengesyaki sesuatu komponen
overheated cuba sentuh komponen tersebut dengan jari beberapa saat untuk
memeriksa kepanasannya. Selalunya perintang yang panas akan terbakar
dan ini dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui bau hangit. Kebanyakan
komponen pasif yang berlaku litar buka dapat dilihat melalui kesan terbakar
atau komponen tersebut pecah. Bagi komponen aktf pula korosakan
komponen boleh dikesan melalui kepanasan pada badannya atau melalui
bau hangit
Papan Litar
Selain dari komponen, pemeriksaan secara visual juga boleh dibuat terhadap
papan litar iaitu dengan meneliti jalur litarnya. Lihat contoh rajah disebelah. Jalur
litarnya terkopek dfan mengakibatkan litar buka.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 314
PINDAAN : 0 MUKASURAT 314
4. Kesimpulan
Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan disini bahawa pemeriksaan secara
visual iaitu dengan menggunakan penglihatan, bau, dengar, dan rasa boleh dibuat
terlebih dahulu sebelum sebarang alatuji digunakan dengan memeriksa
komponen-komponen, wayar, jalur litar, papan litar dan sebagainya. Baiki dahulu
sebarang kerosakan hasilpemeriksa visual dan uji. Sekiranyua masih tidak
berfingsi barulah cuba memeriksanya dengan menggunakan meter uji ataupun uji
yang lain.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 315
PINDAAN : 0 MUKASURAT 315
SOALAN:
1. Apakah komponen-komponen yang disebut sebagai komponene aktif?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Pemeriksaan secara visual terdiri dari tiga kaedah. Kaedah tersebut ialah?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
3. Bagaimanakah pemeriksaan visualdapat dijalankan melalui symbol skimatik?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RUJUKAN: PINDAAN : 0 MUKASURAT 316
1. WIM RTV PINDAAN : 0 MUKASURAT 316
B05-01-02-LE1-IS
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA B05 – SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KURSUS
KOD DAN NAMA B05-01-04 – FAULT FINDING
MODUL
PENGALAMAN LE3 CHECK FOR FAULTY HARDWARE
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT
PRESTASI COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING
AKHIRAN (TPO) DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING
INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED,
PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED
ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT
COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS
IDENTIFIED.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY
ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO
OPERATION
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 317
PINDAAN : 0 MUKASURAT 317
1. MENGENAL PASTI PUNCA DAN CARA MENGATASI KEROSAKAN
Kerosakan pada litar elektronik sering terjadi ini adalah disebabkan kecuaian
manusia sendiri, alam semulajadi atau berpunca dari haiwan. Dengan adanya
kertas penerangan ini pelajar-pelajar akan dapat;
1. Mengetahui sebab-sebab kerosakan serta masalah yang sering berlaku
pada litar Elektronik.
2. Cara membaiki dan juga kaedah untuk mencegah dari berlakunya
kerosakan tersebut.
1.1. Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar Elektronik
• Kelemahan semasa pemasangan.
• Pengerakan tidak normal.
• Defect dari kilang.
• Haba, kelembapan, kekotoran dan pencemaran
• Binatang atau serangan
1.2. HURAIAN
1.2.1.Kelemahan semasa pemasangan
Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak
berpengalaman untuk membuat litar tersebut. Contohnya pekerja-pekerja asing
yang datang bekerja disektor perkilangan yang tidak mempunyai pengalaman
dalam menjalankan kerja membuat litar elektronik dan ini menyebabkan litar
elektronik tidak tahan lama atau sering berlakunya kerosakan dalam jangkamasa
yang singkat.
1.2.2.Pengerakan tidak normal.
Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan berlakunya
goncangan yang kuat. Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu
barang elektronik untuk dihantar Ke kedai atau syarikat dan barang tersebut
terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan. Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa
barang tersebut jika berlaku kerosakan ataupun tidak.
1.2.3.Defect dari kilang
kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1 minggu solder tersebut
akan lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau
kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 318
PINDAAN : 0 MUKASURAT 318
1.3. Haba, Kelembapan dan Kekotoran
i. Haba
Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu
rapat pada dinding, ini adalah kerana haba yang keluar daripada peti
sejuk tersebut akan tersekat dan menyebabkan peti sejuk tersebut
cepat rosak atau tidak tahan lama.
ii. Kelembapan
sebagai contoh rice cooker yang mengeluarkan terlalu banyak
wap air.
iii. Kekotoran
Contoh television, habuk-habuk yang terdapat didalam television
tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kerana habuk-
habuk ini boleh mempengaruhi kesan udara atau kepanasan pada
television tersebut.
iv. Binatang
Binatang adalah punca utama yang sering berlakunya kerosakan
pada komponen atau litar atau alat elektronik. Ini adalah kerana badan
binatang mempunyai cecair jika binatang tersebut terkena arus elektrik
cecair tersebut menyebabkan berlakunya litar pintas pada alat
elektronik.
2. MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA LITAR ELEKTRONIK
2.1. Litar pintas (Short Circuit)
• Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun.
• Haba akan meningkat.
• Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik.
2.2. Litar Buka (Open Circuit)
• Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus
• Arus menunjukan ‘0’
• Litar tidak beroperasi
• Berlakunya dry solder.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 319
PINDAAN : 0 MUKASURAT 319
2.3. Bumi (Ground)
Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh ke
ground. Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan
biasa. Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh
apabila di ‘ON’ tidak bergerak.
2.4. Kerosakan Mekanikal
Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat
daripada perjalanan dan sebagainya
2.5. Dry Solder
Bermaksud pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu
sedikit. Bila diukur dengan multimeter tiada voltan atau arus melaluinya.
3. KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN
3.1. Mengukur Voltan
Peralatan yang digunakan adalah Multi meter, osiloskop. Pengukuran
voltan mestilah selari dengan litar. Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini
menunjukan berlakunya litar pintas. Jika voltan tiada voltan pada masukan ini
menunjukan litar buka.
3.2. Pengukuran Arus
Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri. Jika arus tinggi ini
menunjukan Open Circuit atau litar buka. Jika arus atau meter menunjukan
arus tinggi ini bermaksud Short Circuit atau litar pintas.
3.3. Ujian keterusan
Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian
keterusan adalah OFF kan bekalan kuasa. Tujuan ujian ini adalah untuk
mengetahui samada penyambungan berada dalam keadaan baik atau tidak.
3.4. Pengukuran Rintangan
Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan bahagian
atau kumpulan litar yang didapati rosak. Nilai perintang mesti diukur
walaupun mempunyai kod warrna kerana, mungkin dikhuatiri terdapat
kerosakan pada perintang tersebut. Litar yang menggunakan IC, langkah-
langkah yang perlu dipatuhi ialah memeriksa bekalan kuasa pada pinpin IC.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 320
PINDAAN : 0 MUKASURAT 320
3.5. Kaedah Gantian
Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak kepada litar
yang baik. Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar tersebut.
3.6. Bridging (Penyatuan)
Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama atau
mengambil komponen pada litar lain yang tidak digunakan lagi. Selalunya
juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja.
3.7. Kaedah pemasangan
Kaedah ini bermaksud koper pada litar apabila panas ia akan
bercamtum dan apabila sejuk ia akan putus atau mengecut. (Open Circuit)
Kaedah Pembekuan. Ini bermaksud menggunakan alat penejuk sebagai
contoh gunakan kipas untuk bahagian yang panas apabila beroperasi.
3.8. Solder Semula
Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open Circuit.
3.9. Half-split
Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan dari blok ke
blok.
3.10. Input ke Output
Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga ke output
litar
3.11. Output ke Input
Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau keluaran litar ke
input atau masukan litar.
3.12. Random
Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara rawak dan
kebanyakan juruteknik menggunakan cara ini lebih berkesan atau mudah.
4. LANGKAH-LANGKAH MENGESAN KEROSAKAN DI DALAM LITAR
Untuk memudahkan kita melakukan trouble shoot terhadap sesuatu litar atau
peralatan, kita semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada
peralatan tersebut. Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan yang
telah kita perolehi daripada litar yang sebelum kita mula mencari sebarang
kerosakan.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 321
PINDAAN : 0 MUKASURAT 321
4.1. Analisa Keadaan ( visual inspection )
Mengenalpasti punca berlakunya kerosakan dimana kita perlu
menganalisa sesuatu kaedah pada peralatan samada ianya rosak atau tidak.
Terdapat 4 perkara yamg perlu diambil kira dalam trouble shoot iaitu:-
Dengar – kemungkinan apabila litar di’ON’kan terdengar bunyi atau meletup.
LIhat - melihat secara kasar samada komponen berada dalam keadaan baik,
hitam atau kelunturan warna pada badan component, putus atau terbakar.
Hidu – kemungkinan terdapat bau yang hangit yang mungkin disebabkan
oleh komponen yang terbakar.
Sentuhan – menyentuh komponen jika didapati panas ini menunjukan
komponen tersebut adalah rosak atau berlakunya litar pintas ( short circuit).
4.2. Dapat Litar
Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar
yang sesuai untuk membaiki litar tersebut.
4.3. Mengesan Kerosakan sebenar
Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan kerosakan
dimulakan.
4.4. Tentukan Simptom
Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku pada
sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas. Secara jelas – tanda-tanda
kerosakan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Secara tidak jelas – tanda-
tanda kerosakan yang tidak nampak atau tidak nyata kerosakannya
4.5. Tentukan peralatan yang sesuai
untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan.
4.6. Menyelesaikan masalah
Dengan teknik-teknik trouble shoot berpandukan skematik diagram.
5. Cara pengujian komponen yang rosak
5.1. Kapasitor
i. Litar buka
Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagia dalam terminal
yang tertanggal dari plat pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 322
PINDAAN : 0 MUKASURAT 322
menggunakan multimeter dimana jarum penunjuk multimeter bacaan
yang paling rendah.
ii. Litar pintas
Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada
penebat dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau
panas. Kerosakan ini boleh dikesan dengan melakukan ujian
penerusan melalui multimeter dalam julat ohm. Jarum penunjuk
multimeter bacaan yang paling rendah.
iii. Kebocoran berlebihan
Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat
menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam
julat ohm dimana jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat.
Apabila satu pemuat yang baik diuji dengan multimeter dalam julat
ohm, jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan
perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang tinggi ( pemuat jenis
elektronik )
5.2. Diod
v. Terbuka
Apabila diuji dengan meter ohm, jarum penunjuk meter akan
memberi bacaan Infiniti ( ∞) atau jarum langsung tidak bergerak
walaupun diterbalikkan kekutuban talian meter.
vi. Bocor
Jarum penunjuk meter yang tidak tepat di mana ketika diuji pada
keadaan pincang songsang jarum penunjuk meter akan naik sedikit.
Keadaan ini menunjukkan diode itu telah berlaku kebocoran.
vii. Pintas
Jarum Penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar di mana
keadaan ini memastikan telah berlaku litar pintas pada diode tersebut.
5.3. LED
- gunakan julat multimeter x 1 ohm.
- LED tidak menyala.
5.4. IC
Bagi kerosakan litar yang menggunakan IC terdapat langkah-langkah
yang perlu dipatuhi bagi proses baik pulih:
- Memeriksa bekalan kuasa pada pin-pin IC
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 323
PINDAAN : 0 MUKASURAT 323
- Pastikan masukan pada pin IC adalah sama seperti dalam diagram
- Periksa output yang sesuai.
- Periksa secara mata kasar atau menggunakan meter bagi setiap litar
buka atau pintas pada track IC.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 324
PINDAAN : 0 MUKASURAT 324
SOALAN:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan akibat overheated?
_____________________________________________________________________
2. Sebutkan sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar elektronik?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
v. _________________________
3. Terdapat 4 perkara yang perlu diambil kira dalam proses troubleshoot. Senaraiakan
keempat-empat
perkara tersebut?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
4. Nyatakan akibat dan tanda-tanda berlakunya litar pintas (short circuit)?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Berikan definisi symptom?
______________________________________________________________________
_
______________________________________________________________________
_
______________________________________________________________________
_
6. Nyatakan 3 langkah sebelum mencari kerosakan?
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 325
PINDAAN : 0 MUKASURAT 325
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA B05 - DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN
KURSUS
KOD DAN NAMA B05-01-04 – FAULT FINDING
MODUL
PENGALAMAN LE3 CHECK FOR FAULTY HARDWARE
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT
PRESTASI COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING
AKHIRAN (TPO) DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING
INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED,
PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED
ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT
COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS
IDENTIFIED.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY
ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS
SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO
OPERATION
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 326
PINDAAN : 0 MUKASURAT 326
1. MEMBAIKPULIH PERALATAN
Untuk melakukan kerja-kerja membaikpulih kerosakan kita perlu mengetahui
keedah atau teknik-teknik yang sesuai digunakan dan juga perlu memilih peralatan
yang sesuai bagi memudahkan kerja-kerja baikpulih dijalankan.
2. LANGKAH-LANGKAH BAIKPULIH PERALATAN
Terdapat tiga kaedah membaikpulih iaitu:-
a) Penggantian
• menggantikan komponen yang rosak dengan komponen yang baru yang
mana ia mestilah mempunyai ciri-ciri atau nilai yang sama.
b) Jejambat
• kaeadah memasang komponen secara selari dengan komponen yangrosak
c) Pematerian semula
• kaedah memateri semula kaki komponen dengan timah di mana terdapat
dry solder atau tiada penyambungan
3. PENGGANTIAN KOMPONEN
Apabila anda hendak menggantikan komponen yang rosak, komponen
gantian anda mestilah mempunyai spesifikasi yang sma dengan komponen asal.
Berikut adalah beberapa contoh penggantian komponen.
3.1. penggantian fius
Apabila fius terbakar pada mana-mana alat elektronik, fius tersebut
perlu digantikan dengan fius yang saiz dan kadaran yang sama. Sekiranya
fius tidaak menikut kadaran ini akan membahayakan pengguna dan
merosakkan peralatan.
3.2. Penggantian Perintang
Perintang yang rosak perlu diganti dengan perintang yang mempunyai
nilai, jenis, dan kuassa yang sama. Jika tidak perintang tersebut akan rosak
dan menyebabkan komponen lain turut rosak.
3.3. Penggantian Pemuat
Pemuat yang rosak prlu digantikan dengan pemuat yang memmpunyai
nilai kemuatan, jenis dan kadaran voltan yang sama. Jika nilai kemuatan
tidak sama, pemuat itu akan mempengaruhi kendalian litar. Jika nilai kadaran
voltan pemuat kurang daripada nilai spesifikasi, pemuat tersebut akan rosak.
4. PROSEDUR MENGESAN KEROSAKAN DAN BAIK PULIH
Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah kamu
perlu menikuti prosedur yang betul. Langkah-langkah di bawah menunjukkan
jujukan mengesan kerosakan dan baik pulih pada perlatan elektrik seperti periuk
nasi elektrik, cerek elektrik, seterika elektrik, kipas dan lampu pendafluir.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 327
PINDAAN : 0 MUKASURAT 327
• mengenalpasti kendalian
• mengenalpasti bahagian kerosakan
• membuka alat
• mengenalpasti bahagian / komponen yang rosak
• menukar ganti komponen yang rosak
• memasang alat
• mengguji alat
5. PENYENGGARAAN DAN BAIK PULIH
Alatan elektrik domestic memerlukan penyenggaraan dan baik
pulih dari masa kesemasa supaya selamat digunakan. Pemelihan dan
penggunaan alat tangan dan alat uji yang betul perlu diaamalkan
supaya kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan dapat dilakukan
dengan berkesan. Semasa melkukan kerja-kerja baik pulih dan
penyenggaraan anda perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan pada anda dan juga orang
disekeliling. Untuk proses ini alatan tangan dan alat uji perlu
digunakan.
6. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan semasa
melakukan kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan dapat dilakukan
denga cepat, mudah dan menjimatkan kos dan yang penting
keselamatan adalah terjamin.
Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dalam
kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan ialah:-
• Matikan punca bekalan serta keluarkan palam dari soket.
• Pastikan tangan anda kering semasa melakukan kerja-kerja ini.
• Gunakan kadar saiz fius yang betul.
• Pastikan alat elektrik tidak disambungkan ke mata lampu.
• Gunakan kasut getah semasa melakukan kerja-kerja baik pulih
dan penyenggaraan
• Tidak memakai barang kemas
• Mematuhi arahan daripada pengajar.
7. CONTOH KAEDAH BAIKPULH PERLATAN ELEKTRIK
7.1. Lampu Pendarflour
Lampu pendarflour mempunyai empat bahagian yang penting
iaitu punca bekalan, pemuat , tiub dan cok. Untuk mengenalpasti
bahagian yang rosak kamu boleh merujuk kepada carta aliran di
bawah. Jika lampu pendarflour tidak berfungsi, voltan punca bekalan
diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada julat 250VAU.
Jika ada bekalan, keterusan cok diperiksa dengan meter pelbagai pada
julat ohm.jika tiada keterusan pada cok, cok diganti dengan yang baru
yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan yang asal. Jika cok
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 328
PINDAAN : 0 MUKASURAT 328
dalam keadaan baik, pemula diperiksa dengan menggunakan kaedah
gantian (pemula ynag baik) jika pemula tidak rosak, tiub diuji dengan
menggunakan kaedah gantian.
Sekiranya tiada bekalan pada peringkat awal keterusan talian
bekalan dari suis hingga ketamatan lampu pendarflour diperiksa
dengan menggunakan multimeter pada julat ohm. Jika tiada kerosakan
ssama ada suis atau talian bekalan digantikan dengan yang baru.
Jaual dibawah menunjukkan kedua-dua bahagian lampu pendarflour.
Contoh beberapa masalah yang mungkin berlaku pada lampu
pendarflour.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 329
PINDAAN : 0 MUKASURAT 329
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 330
PINDAAN : 0 MUKASURAT 330
8. Bekalan Kuasa DC
Bekalan kuasa DC terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:-
a) transformer
b) Penerus (rectifier)
c) Penapis (filter)
d) pengatur (regulator)
Pertama ukur voltan output DC, jika voltan keluaran sifar (0), pengukuran
beralih kepada masukan utama (input). Ukur samaada transformer primery
mendapat bekalan atau tidak. Jika tiada kerosakan mungkin berlaku pada plug,
litar terbuka pada wayar utama atau fius terbakakar. Jika fius disyaki rosak
pengujiannya perlu dibuat menggunakan ohm meter tidak boleh diperhatikan
dengan mata kasar sahaja. Sekiranya fius yang terbakar disebabkan oleh
bahagian litar lain yang rosak, sebelum menggantikan fius tersebut bahagian yang
rosak itu perlu diperbaiki terlebih dahulu. Menguji kerintangan dengan
memutuskan plug utama untuk mengesan kerosakan. Dengan menggunkan
ohmmeter ukur kerintangan pada transformer primery, secunder, rectifier dlai
rintangan sebagainya. Rintangan lilitan pada transformer bergantung kepada saiz
transformer , transformer primer yang berukuran sederhana mempunyai nilai
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 331
PINDAAN : 0 MUKASURAT 331
rendah biasanya 50Ω. Biasanya jika secondary jika dibekalkan dengan voltan yang
rendah, nilai rintangan yang diperolehi hanya beberapa Ω sahaja. Oleh itu sukar
untuk mengesan pintasan pada lilitan rintangan. Walau bagaimanapun
perbandingan boleh dibuat dari segi bacaan pada mana-mana data yang
menggunakan transformer yang sama. Berhati-hati semasa menggunakan
ohmmeter di mana pastikan polarity yang digunakan bagi rintangan untuk menguji
diode, kapasitor elektrolitit dan transistor adalah betul.
Kesilapan bacaaan mudah berlaku,, sekiranya kita menggunakan polarity
yang salah. Sekiranya meter yang digunakan untuk mengukur rintangan yang tidak
stabil, probe +ve hendaklah disambung pada kaki =ve dan begitulah sebaliknya.
Jika meter menunjukkan keadaan songsang, rintangan yang melalui rectifier
adalah rendah dan berlaku kebocoran pada pemuat. Walau bagaimanapun, fius
utama yang mencapai ke primery, sepatutnya tida bersentuh. Langkah seterusnya
ukur voltan AC pada sekunder, ukur ketidakstabilan volatan DC pada pengatur
(regultor) dan seterusnya sehingga punca kerosakan dikenal pasti.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 332
PINDAAN : 0 MUKASURAT 332
9. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian daripada kerosakan, serta
simtom-simtomnya.
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 333
PINDAAN : 0 MUKASURAT 333
SOALAN:
1. Senaraikan langkah-langkah baik pulih peralatan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Sebutkan 5 langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja baik pulih?
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
iv. _________________________
v. _________________________
3. Sebutkan apakah yang dimaksudkan dengan penyenggaraaan dan baik pulih?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RUJUKAN:
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK, DR AZMY NORDIN, 2001
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 334
PINDAAN : 0 MUKASURAT 334
KERTAS
PENERANGAN
MODUL 5
B05-01-05 BASIC PLC
B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 335
PINDAAN : 0 MUKASURAT 335
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK
GROUP CLUSTERING MODULE 5
B05-01-05 - LE 1 PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING
01.02 Produce Electrical Schematic Drawing
B05-01-05 -LE2 USE CONTROL CIRCUIT DEVICE
03.03A USE CONTROL CIRCUIT DEVICE
B05-01-05 –LE3 CHECK INPUT/OUTPUT SIGNAL OF A PLC UNIT/ELECTRICAL SYSTEM
03.02 CHECK INPUT/OUTPUT SIGNAL OF A PLC UNIT/ELECTRICAL SYSTEM
B05-01-05 –LE4 CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM
03.03 CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM
MUKASURAT 336
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
KURSUS
B05 TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KOD DAN NAMA B05-01-05 BASIC PLC
MODUL
PENGALAMAN LE 1 : PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 01.03 PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC AND CHECK PROGRAM
PRESTASI SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM BY USING DRAWING SET,
AKHIRAN (TPO) MEASURING INSTRUMENT, CIRCUIT DIAGRAM, PLC UNIT SO THAT
THE DRAWING IS DRAW ACCORDING TO STANDARD
SPECIFICATION AND POWER RATING IS CONFIRMED FOLLOWED
BY OPERATION MANUAL, SIGNAL DISRUPTIONS AND PLC FAULTS
INDICATOR AND I/O SUPPLY ARE CHECKED AND ERROR IN
LADDER IS DETERMINED ACCORDING TO OPERATION OF
CIRCUIT.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DIAGRAM USING DRAWING
SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE DRAWING IS DRAW
ACCORDING TO STANDARD SPECIFICATION.
MUKASURAT 337
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK
1. ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING
1.1. SIMBOL ELEKTRIK
Terdapat berbagai-bagai jenis simbol elektrik yang digunakan didalam lukisan elektrik.
Simbol - simbol ini untuk menunjukkan alat kelengkapan elektrik dalam lukisan pelan dan
lukisan litar elektrik.
Bil Keterangan Simbol
1 Arus terus
2 Arus ulang alik
3 Suis buka tutup
4 Suis sehala
5 Suis togol
6 Suis punat tekan
7 Suis dua kutub dua lontar
8 Suis kutub tunggal dua lontar
9 Suis kunci telegraf
10 Dua litar
MUKASURAT 338
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK Simbol
Bil Keterangan
11 Suis wafer 3 kutub 3-litar
12 Sentuh dengan pembalik pegas
13 Sentuh dengan pembalik tanpa pegas
14 Pemutus litar
15 Lever Switch
16 Limit Switch
17 Temperature Switch
18 Solenoid
MUKASURAT 339
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK Simbol
Bil Keterangan TIM N
19 Relay (Single-pole, Single–troe) SV
20 Relay (Single-pole, Double–troe) CP
CNT N
21 Relay (Double-pole, Double-troe)
R SV
22 Relay (4-pole, Double-troe)
23 Pemasa (Timer) MUKASURAT 340
24 Pembilang (Counter)
25 Poin lampu, simbol am
26 Soket alir keluar (simbol am)
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK Simbol
Bil Keterangan A
27 Ammeter V
28 Voltmeter
29 Meterwatt W
30 Motor M
31 Gegelung
32 Meter tacho C
33 Magnetic Sensors n
34 Inductive Sensors Terminal (+)
35 Capasitive Sensors Isyarat
36 Optical Sensors Terminal (-)
Terminal (+)
Isyarat
Terminal (-)
Terminal (+)
Isyarat
Terminal (-)
Terminal (+)
Isyarat
Terminal (-)
MUKASURAT 341
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK
SOALAN :
1. Lukiskan simbol bagi peralatan dibawah :-
a) Magnetic Sensors
b) Suis togol
c) Lever Switch
d) Relay (Single-pole, Single–troe)
e) Solenoid
RUJUKAN :
1 Lukisan pendawaian Elektrik
2 Lukisan Elektronik ( Md. Nasir Abd Manan
MUKASURAT 342
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
KURSUS
B05 TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KOD DAN NAMA B05-01-05 BASIC PLC
MODUL
PENGALAMAN LE 2 : USE CONTROL CIRCUIT DEVICE
PEMBELAJARAN
NO. TUGASAN 03.03A USE CONTROL CIRCUIT DEVICE
BERKAITAN
OBJEKTIF PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC AND CHECK PROGRAM
PRESTASI SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM BY USING DRAWING SET,
AKHIRAN (TPO) MEASURING INSTRUMENT, CIRCUIT DIAGRAM, PLC UNIT SO THAT
THE DRAWING IS DRAW ACCORDING TO STANDARD
SPECIFICATION AND POWER RATING IS CONFIRMED FOLLOWED
BY OPERATION MANUAL, SIGNAL DISRUPTIONS AND PLC FAULTS
INDICATOR AND I/O SUPPLY ARE CHECKED AND ERROR IN
LADDER IS DETERMINED ACCORDING TO OPERATION OF
CIRCUIT.
OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-
MEMBOLEH (EO)
USE CONTROL CIRCUIT BY USING CONTROL DEVICES SUCH AS
RELAY, SENSOR, TIMER, COUNTER AND SWITCH SO THAT THE
CONTROL CIRCUIT FUNCTION CORRECTLY.
MUKASURAT 343