i
ii
iii Pembelajaran Bersepadu Ternakan Ikan Air Tawar Berkualiti Tinggi
iv
v Pembelajaran Bersepadu Ternakan Ikan Air Tawar Berkualiti Tinggi Penyunting: Nor Azman Kasan Sairatul Dahlianis Ishak Suhairi Mazelan Norhidayah Abd Manan
vi PEMBELAJARAN BERSEPADU TERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERKUALITI TINGGI Hak Cipta Terpelihara © 2023. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. © 2023 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system without permission in writing from the Director, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Published in Malaysia / Diterbitkan oleh Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia https://penerbit.umt.edu.my E-mel: [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Set in Calibri (Body) Design: Never Mind Business Trading Layout: Never Mind Business Trading Printed by: Never Mind Business Trading Lot 10791-B, Jalan Gong Badak, Kg. Tok Jiring, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
vii ISI KANDUNGAN Muka Surat KATA PENGANTAR PRAKATA xiii xv PENGHARGAAN xvii PENGENALAN 1 BAB 1: PENGENALAN KEPADA AKUAKULTUR Norhafiza Ilyana Yatim, Siti Jalilah Mohamad, Mohd Zaidi Ibrahim, Mohd Sabri Muda & Solihah Ahmad 3 Definisi Terminologi Akuakultur 3 Jenis-jenis Akuakultur 5 Faedah dan Kebaikan Akuakultur 6 Akuakultur di Malaysia 7 Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 – 2025) 8 Program Pembangunan Intergrasi Akuakultur (Sistem Sangkar Bersepadu) 8 Kesimpulan 8 Rujukan 9 BAB 2 : SPESIES AKUAKULTUR AIR TAWAR Sairatul Dahlianis Ishak & Azmie Ghazali 11 Pengenalan kepada Akuakultur Air Tawar 11 Keadaan Akuakultur Air Tawar Dunia 12 Permintaan untuk Akuakultur Air Tawar 12 Akuakultur Air Tawar di Malaysia 13 Spesies Tempatan (Spesies Tempatan yang Telah Wujud) Vs Spesies Eksotik (Dibawa Masuk untuk Ternakan) 15 Spesies Ikan Air Tawar yang Diternak 15 Tilapia 15 Ikan Patin 16 Ikan Haruan 17 Ikan Arowana 18 Ikan Gapi 18 Kesimpulan 18 Rujukan 19 BAB 3 : BIOLOGI IKAN Hidayah Manan, Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor & Mohd Zaidi Ibrahim 20 Pengenalan 20 Jenis-jenis Ikan Ternakan di Malaysia 20 Kitaran Hidup Ikan 22 Parameter Air yang Optima untuk Penternakan Ikan 23 Morfologi Dalaman Ikan 23 Morfologi Luaran Ikan 24 Migrasi Ikan 26 Sistem Pembiakan Ikan 27 Teknologi yang Dimajukan dalam Akuakultur Ikan 28 Bagaimana untuk Menentukan Bahawa Ikan Berada di dalam Keadaan yang Stres? 30 Bagaimana untuk Mengelakkan Ikan daripada Stres? 30 Kesimpulan 30 Rujukan 30
viii BAB 4 : KAEDAH TERNAKAN Hidayah Manan, Nor Azman Kasan, Suhairi Mazelan, Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor & Mohd Zaidi Ibrahim 32 Pengenalan Ternakan ikan 32 Ternakan Ikan dalam Kolam 32 Kepentingan Penyediaan Kolam dalam Penternakan Ikan 33 Peringkat Awal Penyediaan Kolam 33 Peringkat Perawatan Kolam 33 Ternakan Ikan dalam Sangkar 33 Ternakan Ikan dalam Tangki 36 Sistem Akuaponik 38 Akuakultur Bersepadu 38 Konsep Monokultur dan Polikultur 39 Monokultur 39 Polikultur 39 Perbezaan antara Kaedah Ternakan Intensif, Semi-intensif dan Ekstensif 40 Intensif (Kepadatan Stok yang Tinggi) 40 Semi-intensif (Kepadatan Stok Sederhana) 40 Ekstensif (Kepadatan Stok Rendah) 41 Rujukan 42 BAB 5 : PARAMETER KUALITI AIR DALAM AKUAKULTUR Norhafiza Ilyana Yatim, Siti Jalilah Mohamad, Suhairi Mazelan & Amyra Suryatie Kamaruzzan 44 Kepentingan Air 44 Kegunaan Air di Peringkat Dunia 44 Pemilihan Sumber Air untuk Akuakultur 45 Pengenalan kepada Pengurusan Kualiti Air 47 Piawai Kualiti Air Kebangsaan Sementara (Interim National Water Quality Standard (INWQS)) 47 Piawai Kualiti Air Kebangsaan di Malaysia 47 Kelas Air dan Kegunaannya 48 Indeks Kualiti Air 48 Jabatan Alam Sekitar (Department of Environment (DOE)) 48 Klasifikasi Indeks Kualiti Air 49 Kualiti Air oleh DOE Berdasarkan Indeks Kualiti Air 49 Cara untuk Menentukan Indeks Kualiti Air 49 Parameter Kualiti Air 50 Suhu 50 Kekeruhan 51 Pengaliran Elektrik (Electrical Conductivity (EC)) 51 Nilai Asid dan Alkali (pH) 51 Jumlah Pepejal Terampai (TSS) 51 Jumlah Pepejal Terlarut (TDS) 52 Kekerasan 52 Oksigen Terlarut (Dissolved Oxygen (DO)) 52 Permintaan Oksigen Biokimia (Biochemical Oxygen Demand (BOD)) 53 Permintaan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen Demand (COD)) 53 Sulfat, Fosfat, dan Logam 53 Kesimpulan 53 Rujukan 54
ix BAB 6 : MAKANAN DAN NUTRISI Sairatul Dahlianis Ishak, Azmie Ghazali & Abol Munafi Ambok Bolong 56 Pengenalan 56 Faktor Mempengaruhi Pemberian Makanan 56 Jenis-jenis Makanan 58 Makanan Hidup 58 Makanan Diformulasi 58 Komponen-komponen Nutrient dalam Makanan Ikan 58 Makronutrien 58 Protein 58 Lipid 59 Karbohidrat 60 Mikronutrien 61 Pembuatan Makanan Ikan 62 Formulasi Makanan Ikan 63 Mesin Pembuat Makanan 63 Kesimpulan 64 Rujukan 65 BAB 7 : PENYEDIAAN SISTEM TERNAKAN Siti Jalilah Mohamad, Norhafiza Ilyana Yatim, Mohd Zaidi Ibrahim & Mohd Iffa Rezuan Rusdi 66 Pemilihan Kaedah Ternakan 66 Pemilihan Tapak 68 Sumber Air 68 Penyediaan Air 69 Penyediaan dan Pembinaan Sistem 69 Penyediaan dan Pembinaan Sistem Kolam Tanah 69 Penyediaan dan Pembinaan Sistem Tangki 71 Kesimpulan 76 Rujukan 77 BAB 8 : PENGURUSAN TERNAKAN IKAN Hidayah Manan, Mhd Ikhwanuddin Abdullah, Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor & Mohd Zaidi Ibrahim 78 Kaedah Praktikal Pemindahan Ikan ke Kolam (Stocking Process) 78 Penukaran Air 79 Pembuangan Sisa dan Proses Sifon Sisa Buangan 79 Sistem Pengudaraan dan Penyusunan Kincir Air 80 Pengurusan Kualiti Air 81 Pengurusan Kesihatan Ikan 82 Jenis Penyakit Ikan 83 Kaedah Rawatan Ikan Sakit 85 Kadar Pemakanan Ikan 86 Bagaimana Cara untuk Mengira Kadar Pemberian Makanan? 86 Kadar Tumbesaran Ikan 86 Rujukan 87
x BAB 9 : TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN Muhamad Abduh Yazed, Azmie Ghazali, Mohd Zaidi Ibrahim & Abol Munafi Ambok Bolong 88 Pengenalan 88 Kaedah Pembiakan 89 Kaedah Pembiakan Semula Jadi 89 Kaedah Pembiakan Aruhan Semula Jadi 89 Kaedah Pembiakan Aruhan Sepenuhnya 90 Penggunaan Hormon 91 Hormon Implan 91 Hormon Cecair 92 Suntikan Hormon 92 Penghibridan 95 Kesimpulan 95 Rujukan 96 BAB 10 : TEKNIK TUAIAN Ahmad Ideris Abdul Rahim, Amyra Suryatie Kamaruzzan, Suhairi Mazelan & Ahmad Shuhaimi Draman 98 Pengenalan 98 Kaedah Penuaian Asas 98 Penuaian Separa 98 Penuaian Menyeluruh 99 Teknik dan Peralatan 99 Beg Jaring 99 Pukat Regang 100 Pukat Tarik 100 Pam Vakum Tuaian 101 Penyauk 102 Tingkah Laku Ikan 102 Kaedah Pembungkusan 103 Filem Segar 103 Vakum 103 Kaedah Pengangkutan 103 Rujukan 104 BAB 11 : ASAS PEMASARAN Mohd Nazli Mohd Nor & Nor Azman Kasan 106 Pengenalan 106 Kepentingan Pemasaran 107 Pasaran Sasaran 108 Kepentingan Pasaran Sasaran 109 Mengenalpasti Pasaran Sasaran 110 Strategi Pemasaran 111 Elemen Strategi Pemasaran 111 Pembangunan Produk dan Pembungkusan 112 Pembungkusan 113 Penjenamaan 114 Strategi Harga 115 Kaedah Penetapan Harga 117 Kepentingan Strategi Harga 118
xi Contoh Pengiraan Penetapan Harga 119 Saluran Pengedaran 119 Kepentingan Saluran Pengedaran 120 Kaedah Memilih Saluran Pengedaran yang Tepat 121 Promosi dan Pengiklanan 122 Kaedah Promosi dan Pengiklanan 123 Pemasaran Digital 124 Kepentingan Pemasaran Digital 125 Jenis-jenis Pemasaran Digital 126 Kesimpulan 128 Rujukan 128 BAB 12 : ISU DAN CABARAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR Rohisyamuddin Othman & Sairatul Dahlianis Ishak 130 Pengenalan 130 Isu 130 Bekalan Benih dan Induk Ikan Air Tawar 130 Kenaikan Harga Bekalan Bahan Mentah 131 Kekurangan Peralatan dan Infrastruktur untuk R&D 131 Jangkitan Penyakit 131 Perubahan Iklim 132 Cabaran 132 Kesimpulan 132 Rujukan 133 BAB 13 : PROSPEK MASA DEPAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR Nor Azman Kasan, Hidayah Manan, Mohd Nazli Mohd Nor, Mohd Shafiq Abd Razak & Mhd Ikhwanuddin Abdullah 134 Prospek Masa Depan 134 Rujukan 136 KESIMPULAN 138 GLOSARI 140 INDEKS 144 BIODATA PENULIS 146
xii
xiii KATA PENGANTAR Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Program pemindahan ilmu adalah merupakan salah satu agenda nasional yang telah diinspirasikan oleh YB Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar dapatan kajian yang dilaksanakan di institusi-institusi pengajian tinggi dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE), AKUATROP telah mengorak langkah proaktif untuk merealisasikan agenda tersebut. Dengan tema khusus dalam bidang “Makanan Masa Hadapan – Future Food”, AKUATROP disokong dengan empat program utama iaitu Program Kelestarian Sumber, Program Teknologi Pembiakbakaan, Program Teknologi Hijau serta Program Jaminan Kesihatan dan Kualiti Makanan. Selain penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, AKUATROP sangat komited dalam melaksanakan program pemindahan ilmu kepada kumpulan sasar di sekitar Kuala Nerus, Terengganu. Buku PEMBELAJARAN BERSEPADU TERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERKUALITI TINGGI ini merupakan adaptasi program pemindahan ilmu yang telah dilaksanakan sekumpulan penyelidik AKUATROP diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan. Empat komuniti terlibat iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuala Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal; Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana; dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kg. Mengabang Telong telah terpilih sebagai penerima manfaat. Dengan laras bahasa yang mudah difahami, buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat, terutamanya kepada penternak baru yang ingin menceburkan diri dalam ternakan ikan air tawar secara komersil. Diharap dengan terbitnya buku ini, semakin ramai usahawan-usahawan akuakultur tempatan yang berjaya dapat dihasilkan. PROF. DR. MHD IKHWANUDDIN ABDULLAH Pengarah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) [email protected]
xiv
xv PRAKATA Buku PEMBELAJARAN BERSEPADU TERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERKUALITI TINGGI telah diterbitkan sebagai rujukan akademik ataupun panduan lapangan kepada pelbagai pihak seperti pelajar, penternak ikan ataupun penyelidik. Selain membantu pemindahan ilmu, buku ini juga berfungsi sebagai sumber ilmu luar bilik darjah yang berkualiti bagi memperkasa pembelajaran kendiri atau selflearning. Penyediaan buku ini juga mengambil kira keperluan masa nyata dan dunia sebenar berdasarkan pengalaman para penulis dalam usaha mereka mebangunkan penyelidikan mereka sendiri. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh mana-mana pihak yang berminat dalam mendalami ilmu ternakan ikan air tawar. Sekian, Terima Kasih. PROF. MADYA Ts. DR. NOR AZMAN KASAN Ketua Editor, Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) [email protected]
xvi
xvii PENGHARGAAN Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kurniaan Allah SWT, buku PEMBELAJARAN BERSEPADU TERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERKUALITI TINGGI ini dapat dihasilkan sebagai sebahagian daripada output program pemindahan ilmu komuniti setempat di kawasan Kuala Nerus, Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dato' Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, FASc , Naib Canselor UMT; Prof. ChM. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Prof. Dr. Fauziah binti Abu Hasan, Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) dan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan di atas sokongan dan dokongan yang tidak pernah putus. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI), UMT kerana telah membiayai keseluruhan perlaksanaan program dan kos-kos penerbitan buku ini di bawah geran Knowledge Transfer Assimilation Grant Scheme (KTAGS) April 2022 - April 2023. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua penulis yang telah menyumbang kepakaran dan idea dalam merealisasikan kejayaan ini. Sesungguhnya, tanpa usaha dan dedikasi kalian, amatlah mustahil untuk buku ini dapat diterbitkan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli program KTAGS dan komuniti-komuniti setempat yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita diberikan ganjaran setimpal oleh Allah SWT,sesungguhnya yang baik itu datang dari-Nya dan yang tidak sempurna itu adalah daripada kelemahan diri kami sendiri. Sekian, Terima Kasih. PROF. MADYA Ts. DR. NOR AZMAN KASAN Ketua Editor, Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) [email protected]
xviii
1 PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu daripada pengeluar ikan air tawar di Asia Tenggara selain dari negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Sesuai dengan impak dan hasil penjanaan dari pengeluaran akuakultur ini, pembelajaran dan membangunan berterusan sistem ternakan air tawar adalah amat diperlukan dan penting untuk dilaksanakan. Melalui proses pembelajaran dan pembangunan sistem ternakan ikan air tawar berkualiti tinggi, diharapkan ia dapat membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran ikan air tawar dan seterusnya dapat meningkatkan sektor ekonomi penternak akuakultur ikan air tawar di Malaysia. Diantara spesies- spesies ikan air tawar yang biasa diternak di Malaysia adalah seperti ikan keli, ikan tilapia, lampam jawa, ikan patin, ikan baung, dan ikan kelah. Kebiasaanya ikan air tawar yang diternak secara komersil dalam kolam tanah adalah secara intensif dan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan buat para penternak ikan air tawar. Bagi penternakan secara semi intensif dan ekstensif penternakan ikan dijadikan sebagai hobi dan penjana modal secara sampingan. Hasil pulangan yang diperoleh adalah dalam skala kecil serta tidak memerlukan modal yang tinggi semasa penternakan dijalankan. Melalui pembelajaran bersepadu dalam pembangunan sistem ternakan air tawar ini juga, para pelajar dan penternak dapat meningkatkan ilmu dalam pemeliharaan ikan air tawar dengan betul seterusnya dapat menjana pendapatan dan menghasilkan pulangan yang lumayan. Pengenalan kepada biologi ikan, morfologi dalaman dan luaran ikan serta kaedah pembiakan dapat membantu para pelajar dan penternak mengenali ikan air tawar yang diternak dengan lebih dekat dan seterusnya membantu dalam proses penternakan ikan. Kaedah penternakan dan pengurusan kualiti air yang betul haruslah diterapkan dan dipelajari dalam menguruskan ikan yang diternak supaya pengeluaran pada kadar maksima dapat dicapai dan dapat mengelakkan kematian ikan akibat daripada kecuaian. Gambar rajah menunjukkan pemantauan kualiti air menggunakan multiprobe parameter air di tangki ternakan ikan. Sumber gambar: Hidayah Manan
2 Bagi sistem pengurusan ternakan ikan air tawar kebiasaannya diternakan dalam kolam, tangki, sangkar dan juga dalam sistem akuaponik. Teknik penternakan yang betul perlulah dipelajari supaya sistem pengeluaran ikan dapat menjana pulangan serta pengurusan dapat dijalankan secara efektif. Pengesanan penyakit ikan dan juga kaedah perawatan dan pengawatan perlulah dipelajari dan dilakukan dengan betul bagi mengurangkan kerugian akibat daripada penyakit yang menjangkiti ikan yang diternak. Selain dari itu, kaedah penghasilkan makanan ikan dan pemberian makanan yang mengandungi nutrisi yang diperlukan juga turut dipelajari sebagai asas penternakan ikan. Melalui pembelajaran yang betul, ikan akan diberi makan pada kadar yang betul sesuai dengan tumbesaran ikan serta mendapat protein dan lain2 nutrisi yang diperlukan. Pembelajaran mengenai kaedah pengurusan ternakan juga adalah salah satu dari kriteria penting bagi keberjayaan penternakan ikan air tawar. Kaedah pemasaran juga perlu dan penting untuk dipelajari sebagai proses akhir penjualan hasil atau produk ikan air tawar yang diternak. Teknik marketing yang betul serta kaedah pemasaran yang sesuai perlu dipelajari supaya hasil pengeluaran dapat dijual dan mendatangkan pulangan yang setimpal. Melalui penerbitan buku ini yang bertajuk “Pembelajaran Bersepadu Ternakan Ikan Air Tawar Berkualiti Tinggi “diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai penternakan ikan air tawar secara komersil serta seterusnya dapat membantu para penternak menguruskan ternakan ikan dengan lebih produktif dan dapat menjana pulangan yang lumayan. Gambar rajah menunjukkan penyampaian modul pengajaran akuakultur di Sekolah Menengah Saujana Setiu kepada para pelajar dari program vokasional menengah atas (PVMA). Sumber gambar: Hidayah Manan.
3 BAB 1 PENGENALAN KEPADA AKUAKULTUR Norhafiza Ilyana Yatim, Siti Jalilah Mohamad, Mohd Zaidi Ibrahim, Mohd Sabri Muda & Solihah Ahmad Definisi Terminologi Akuakultur Akuakultur adalah proses pembiakan, pemeliharaan dan perbesaran organisma akuatik termasuklah ikan, udang, ketam, kerang-kerangan serta tumbuhan air di dalam persekitaran yang dikawal bagi tujuan komersial, rekreasi atau hiasan. Akuakultur terbahagi kepada tiga jenis utama berdasarkan sumber air iaitu akuakultur air tawar, akuakultur air payau dan akuakultur air masin. Akuakultur air tawar biasanya dijalankan disungai, tasik, kolam, sawah padi, parit dan paya air tawar. Manakala, akuakultur air payau dijalankan di sungai, paya atau muara yang mana di lokasinya ini terdapat percampuran air tawar dan air masin. Akuakultur air masin atau marin pula adalah merujuk kepada aktiviti penternakan organisma akuatik yang dijalankan diperairan laut terbuka, kawasan persisir pantai dan juga lagun laut (Reefsilience, 2022). Secara amnya, sektor akuakultur turut melibatkan kesemua aktiviti berkaitan dengan pengeluaran, penghasilan dan pemasaran produk akuatik. Akuakultur juga melibatkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan penghasilan produknya melalui proses penstokan teratur, pemilihan pemakanan yang tepat, pengurusan yang sistematik dan perlindungan keselamatan daripada ancaman pemangsa (Mizuta et al., 2023). Matlamat utama pelaksanaan akuakultur adalah untuk menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan bagi mempertingkatkan lagi hasil perikanan serta menambahbaik kualiti dan kuantiti haiwan akuatik melalui proses penternakan yang mampu mengawal kadar tumbesaran dan kemandirian hidupan ini. Selain itu ia bertujuan untuk memenuhi kadar permintaan terhadap sumber makanan berprotein tinggi yang semakin meningkat saban hari berikutan dari pertambahan populasi dunia. Antara spesies yang boleh diternak melalui akuakultur air tawar adalah ikan tilapia, keli, patin, jelawat, baung, kap, haruan, udang galah, lobster air tawar dan juga beberapa spesies ikan hiasan air tawar seperti ikan laga, ikan mas, ikan moly, ikan guppy dan lain-lain. Manakala spesies yang seringkali diternak didalam akuakultur air masin dan akuakultur air payau adalah ikan kerapu, jenahak, siakap, ketam paya bakau, ketam laut, udang harimau, udang putih, tiram, siput sudu, rumpai laut dan juga beberapa spesies ikan hiasan air masin. Gambar rajah 1.1 di bawah menunjukan spesies hidupan akuatik yang kebiasaannya diternak secara akuakultur yang terdiri daripada ikan, udang, kerang-kerangan dan tumbuhan air
4 Ikan tilapia, spesies akuakultur ikan air tawar Udang galah, spesies akuakultur udang air tawar Ikan angel, spesies akuakultur ikan hiasan air tawar Udang putih, spesies akuakultur marin Ketam renjong, spesies akuakultur ketam marin Rumpai laut, spesies akuakultur tumbuhan marin Gambar rajah 1.1 menunjukan spesies hidupan akuatik yang kebiasaannya diternak secara akuakultur. Sumber gambar: Mohd Zaidi Ibrahim.
5 Jenis-jenis Akuakultur Jenis-jenis akuakultur adalah ditentukan berdasarkan ciri hidrobiologi, tujuan penternakan dan teknik/cara pengoperasian. Terdapat lebih kurang 8 jenis akuakultur iaitu seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1.1 dibawah (Rinkesh, 2023): Jadual 1: Jenis-jenis Akuakultur Bil. Jenis akuakultur Penerangan 1 Marikultur (Mariculture) Menggunakan sumber air masin sebagai medium menternak ikan, krustasia, rumpai laut dan tiram mutiara (Gambar rajah 1.7) 2 Penternakan ikan (Fish farming) Ia melibatkan pembiakan ikan secara terpilih samaada dari spesies air tawar, air payau dan air masin, bagi tujuan penghasilan sumber makanan untuk manusia 3 Algakultur (Algaculture) Sejenis akuakultur yang melibatkan penanaman alga iaitu organisma mikrob yang berkongsi ciri haiwan dan tumbuhan. 4 Akuakultur Multi-Trofik Bersepadu (Intergarted Multi-Trophic Aquaculture (IMTA)) Merupakan sistem akuakultur moden yang cekap di mana aras trofik yang berbeza dicampurkan ke dalam sistem untuk menyediakan keperluan pemakanan yang berbeza antara satu sama lain 5 Kolam kultur pendalaman (Inland pond culture) Merupakan kolam buatan di kawasan pendalaman dengan saiz seluas 20 ekar dan sedalam 6 hingga 8 kaki yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan bagi meningkatkan kandungan oksigen terlarut serta mengurangkan pembentukan ais pada musim sejuk 6 Sistem peredaran semula (Recicculating systems) Melibatkan satu unit ruangan tertutup yang menempatan tangki ternakan dan tangki rawatan air di dua tempat berasingan. Sistem ini melibatkan peredaran air dari tangki ternakan ke tangki rawatan untuk dirawat sehingga bersih dan kemudiannya diedarkan semula kembali ke tangki ternakan 6 Sistem kandang terbuka dan sistem sangkar (Open-net pet and cage system) Merupakan satu sistem dimana jejaring dipasang dan dilekatkan pada kerangka bagi membentuk sebuah kandang di dalam air untuk menempatkan ikan di dalamnya 7 Sangkar sangkar Sistem ini adalah melibatkan sebuah kerangka yang berbentuk rakit serta terapung diatas air dan dipasangkan jaring dibawahnya bagi menempatkan ikan 8 Sistem palong (raceway) Sistem ini melibatkan pengaliran air secara berterusan ke dalam tangki ternakan (dengan sistem peredaran semula air) sehingga terbentuknya arus bagi menempatkan ikan dari spesies yang suka berenang seperti ikan trout dan ikan salmon
6 Gambar rajah 1.2: Jenis akuakultur; marikultur sangkar laut dalam. Sumber gambar: Mohd Zaidi Ibrahim. Gambar rajah 1.3: Jenis akuakultur; penternakan ikan secara komersial menggunakan sistem kolam tanah. Sumber gambar: Fazlan Fauzan. Faedah dan Kebaikan Akuakultur Akuakultur merupakan suatu kaedah alternatif kepada penghasilan sumber makanan bagi memenuhi permintaan terhadap protein haiwan yang semakin meningkat pada masa kini berikutan dengan pertambahan populasi manusia. Oleh itu secara tidak langsung, pekembangan sektor akuakultur dapat meningkatkan ekonomi setempat bagi sesebuah negara yang mengusahakan sektor ini secara meluas.
7 Tambahan lagi, aktiviti import dan eksport hasil produk akuakultur masuk dan keluar ke dalam sesebuah negara dapat meningkatkan pertukaran matawang asing yang sekaligus dapat memperoleh pulangan yang lebih tinggi memandangkan matawang asing kebiasaannya lebih besar nilainya terutama matawang di negara-negara Eropah dan Timur tengah (Ottinger et al., 2016). Kewujudan perdagangan antarabangsa mampu meningkatkan kredabiliti sesebuah negara memandangkan ekonominya yang semakin kukuh dan stabil. Melalui industri akuakultur juga, tanah-tanah terbiar dan kawasan yang belum diterokai seperti bekas-bekas lombong, tanah yang tidak subur untuk pertanian, tanah yang belum diterokai, serta tanah-tanah dipersisir pantai dan kawasan perairan kelautan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sumber air bersih juga dapat digunakan sebaiknya dan mampu memberikan pulangan hasil yang berlipat kali ganda. Disamping itu sektor ini juga meningkatkan peluang pekerjaan samaada di dalam sektor akuakultur itu sendiri mahupun di dalam sektor pemprosesan produk berasaskan perikanan dan akuakultur yang seterusnya meningkatkan mutu dan taraf hidup komuniti yang terlibat. Kewujudan sektor hiliran ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak disamping dapat mempertingkat lagi kegiatan perdagangan antarabangsa ke peringkat lebih luas. Pada masa kini, teknologi telah dicipta bagi menukarkan alga menjadi sumber bahan api alternatif yang mampu menggantikan bahan api dari fosil iaitu petrolium. Ini kerana kandungan lipid yang terkandung di dalam alga dapat ditukarkan menjadi sumber bahan api. Kejayaan sebegini mampu mengurangkan kebergantungan dunia kepada bahan api fosil dan dapat mengurangkan pengeluaran kos secara besar-besaran yang biasa terjadi semasa proses penggerudian petroleum dilakukan. Sumber tenaga yang direvolusikan ini adalah lebih bersih dan boleh diternak serta mampu mewujudkan ekonomi yang lebih stabil sekiranya akuakultur alga dan teknologi penghasilan tenaga alternatif ini diperluaskan. Akuakultur juga dapat memberikan manfaat yang besar kepada alam sekitar iaitu: i. Mencipta halangan terhadap pencemaran dengan menternak moluska dan rumpai laut yang merupakan makan secara menapis dan mampu menapis kekotoran dipersekitaran akuatik dan meningkatkan kembali mutu air ke arah lebih bersih ii. Mengurangkan tekanan dan eksploitasi berlebihan terhadap stok liar yang kini semakin berkurangan populasinya di habitat semula jadi iii. Memberi kesan yang rendah kepada alam sekitar sekiranya dijalankan secara terurus iv. Penggunaan air dari sumber yang jarang dipakai seperti mata air, air pergunungan dan air laut dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber bekalan air lain yang keutamaanya lebih kepada kegunaan manusia. Akuakultur di Malaysia Hasil pengeluaran akuakultur di Malaysia pada tahun 2020 telah mencecah sebanyak 400,000 tan metrik iaitu bernilai RM3.6 billion dan merupakan 22 peratus dari hasil pengeluaran ikan negara (Suraya, 2023). Ini menunjukkan usaha kerajaan mengetengahkan industri akuakultur sebagai penjana sumber makanan dan ekonomi negara telah membuahkan hasil. Selain itu, ianya juga merupakan satu strategi dalam membasmi kemiskinan rakyat dengan kewujudan peluang pekerjaan dari sektor akuakultur dan sektor pemprosesan produk akuakultur serta kegiatan perdagangan antarabangsa yang semakin pesat ekoran dari peningkatan
8 pengeluaran hasil perikanan negara. Tambahan lagi ia juga disasarkan dapat menaikkan taraf kesihatan rakyat dengan membekalkan sumber perikanan sebagai makanan berprotien tinggi dan bernutrisi baik bagi kesihatan tubuh badan. Industri akuakultur sememang diberikan sepenuh perhatian oleh kerajaan Malaysia dan ini terbukti dengan pengubalan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan 2.0 yang bakal menggerakkan industri ini kearah lebih maju dan berkembang pesat seiring dengan negara-negara pengeluar utama hasil akuakultur dunia (Suraya, 2023). Setakat hari ini, dilaporkan bahawa jumlah pengusaha akuakultur di Malaysia adalah sebanyak 528 penternak, iaitu 179 perternak adalah pengusaha akuakultur air tawar dan selebihnya iaitu 349 penternak adalah pengusaha akuakultur air payau dan air masin (Jabatan Perikanan Malaysia, 2022). Keluasan kawasan akuakultur di Malaysia adalah sebanyak 55,293.43 hektar dan sistem ternakan yang sering dipraktikkandi negara kita adalah sistem kolam, tangki simen, tangki polyethylene, tangki kanvas dan sistem sangkar (Suraya, 2022). Rancangan Malaysia ke-12 (2021 – 2025) Rancangan Malaysia ke-12 iaitu pada tahun 2021 hingga 2025 (Sharleeza et al., 2022) melalui Jabatan Perikanan Malaysia adalah bermatlamat untuk memajukan Program Pembangunan Akuakultur Bersepadu iaitu Sistem Sangkar Bersepadu, untuk menyokong penghasilan akuakultur negara, mensasarkan sektor persendirian dan komuniti yang mengoperasikan ternakan akuakultur melalui sistem sangkar ikan, sama ada ikan air tawar atau ikan marin dengan melakukan sistem pembiakan ikan dalam sangkar serta menjana pekerjaan dan pendapatan. Program Pembangunan Intergrasi Akuakultur (Sistem sangkar Bersepadu) “Program Pembangunan Intergrasi Akuakultur” yang diumumkan pada 31 Disember 2022 oleh Jabatan Perikanan Malaysia telah mensasarkan hasil ternakan sebanyak 15,000 metrik tan serta bakal menyediakan sebanyak 2,500 peluang pekerjaan (Jabatan Perikanan Malaysia, 2022). Jabatan Perikanan juga mengenalpasti sistem sokongan iaitu sistem penghasilan benih pertanian iaitu sistem hatchery dan nurseri, sistem penghasilan makanan iaitu formulasi makanan, dan sistem lepas tuai iaitu pemasaran dan pemprosesan produk ikan. Kesimpulan Kesimpulannya, produk akuakultur telah dikenal pasti sebagai komoditi di mana ia boleh menyumbang kepada peningkatan hasil eksport. Keselamatan makanan untuk produk akuakultur telah menjadi kriteria yang paling penting. Aspek persekitaran sosial juga telah digunakan sebagai kriteria tambahan, tambahan kepada keselamatan makanan sebagai tanda kelestarian hasil akuakultur. Benih, baja, tenaga buruh, pemasaran, dan minat merupakan perkara yang paling besar dalam perbelanjaan dalam operasi ternakan dalam kolam. Daya maju ekonomi dalam akuakultur boleh dipertingkatkan dengan mendapatkan harga yang lebih baik untuk penghasil dengan melakukan peningkatan kualiti produk dan mencipta fasiliti, strategi dan saluran.
9 Rujukan Adam, J. (2017). Kepentingan Akuakultur – Akuakultur Dan Sejarah Pasir Salak [online]. Diperoleh pada 19 Febuari 2023, dari: https://adamjourney.wordpress.com/2017/03/23/kepentingan-akuakultur/ Jabatan Perikanan Malaysia (2022). Laporan perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia [online]. Diperoleh pada 20 Febuari 2023, dari https://www.dof.gov.my/sumber/perangkaan-perikanan-i/ Jabatan Perikanan Malaysia (2022). Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (Sistem Sangkar Bersepadu). Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia. (n.d.). Diperoleh pada 18 Januari 2023, dari: https://www.dof.gov.my/perkhidmatan/akuakultur/programpembangunan-integrasi-akuakultur-sistem-sangkar-bersepadu/ Mat Jalaluddin, N.S., Md Nor, A.R., Mokthar, N., & Abd Aziz, N. (2022). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Sekuriti Makanan di Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 3(5), 294–315. Mizuta, D. D., Froehlich, H. E., & Wilson, J. R. (2023). The changing role and definitions of aquaculture for environmental purposes. Reviews in Aquaculture, 15(1), 130–141. Ottinger, M., Clauss, K., & Kuenzer, C. (2016). Aquaculture: Relevance, distribution, impacts and spatial assessments – A review. Ocean & Coastal Management, 119, 244–266. Reefsilience (2022). Pengenalan Akuakultur [online]. Diperoleh pada 25 December 2022, dari: https://reefresilience.org/ms/managementstrategies/aquaculture/aquaculture-introduction/ Rinkesh, 2023. Aquaculture: Types, benefits and importance (fish farming) [online]. Diperoleh pada 20 Febuari 2023 dari: https://www.conserve-energyfuture.com/aquaculture-types-benefits-importance.php Suraya, R. (2022). Sektor akuakultur dijangka bantu tingkatkan pengeluaran ikan negara. Harian Metro [online]. Diperoleh pada 25 December 2022, dari: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/846628/sektor-akuakulturdijangka-bantu-tingkatkan-pengeluaran-ikan-negara#
10
11 BAB 2 SPESIES AKUAKULTUR AIR TAWAR Sairatul Dahlianis Ishak & Azmie Ghazali Pengenalan kepada Akuakultur Air Tawar Definisi ikan air tawar berdasarkan takrifan Freshwater Fish Diversity-IUCN Freshwater Fish Specialist Group (2021) adalah mana-mana spesies yang menghabiskan hampir seluruh hidup mereka, atau sebahagian hidup mereka di air tawar atau air paya bakau, termasuklah ikan jenis stenohaline seperti ikan kap dan tilapia, ikan jenis euryhaline seperti ikan salmon dan ikan belut, dan beberapa spesies ikan bertulang rawan seperti ikan jerung dan ikan pari yang dapat hidup di habitat air payau. Pangkalan data saintifik terkini merekodkan bahawa ikan air tawar di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 33,500 spesies. Dilaporkan daripada jumlah ini, spesies-spesies boleh dikategorikan kepada lima order taksonomi utama yang mana ia merangkumi lebih kurang 85% kepelbagaian ikan air tawar di seluruh dunia (Torsabo et al., 2022). Komposisi order taksonomi ikan air tawar ditunjuk oleh Gambar rajah 2.1. Gambar rajah 2.1: Komposisi order taksonomi ikan air tawar dunia (Torsabo et al., 2022)
12 Keadaan Akuakultur Air Tawar Dunia Pada tahun 2014, penghasilan akuakultur air tawar adalah sebanyak 25.6 juta tan. Namun, pada tahun 2018, lebih 60 peratus daripada penghasilan dunia masa kini adalah daripada spesies air tawar yang mempunyai jumlah sebanyak 51.3 juta tan (FAO, 2020). Tacon (2020) melaporkan bahawa jenis ikan cyprinid dan ikan kap kini mendahului dalam carta penghasilan ikan akuakultur dunia, merangkumi hampir 53.1% daripada jumlah pengeluaran ikan. Ini diikuti dengan lain-lain spesies ikan air tawar pada 19.5%, tilapia dan ikan cichlid yang lain pada 11.0%, salmon diadromous pada 6.5% dan akhir sekali, lain-lain ikan pesisir pantai pada 2.8% (Gambar rajah 2.2). Gambar rajah 2.2: Komposisi penghasilan ikan akuakultur dunia (Tacon, 2020) Permintaan untuk Akuakultur Air Tawar Permintaan untuk akuakultur air tawar berlaku kerana ia adalah sumber makanan protein yang lebih murah, sumber asid lemak untuk yang penting untuk kelangsungan kesihatan, dapat menambahbaik sosio-ekonomi komuniti dengan mempelbagaikan sumber pendapatan melalui penternakan ikan, dan akhir sekali sebagai perdagangan dalam industri ikan hiasan /akuarium (Gambar rajah 2.3). Gambar rajah 2.3: Permintaan akuakultur air tawar di Malaysia. Sumber gambar: Sairatul Dahlianis Ishak.
13 Akuakultur Air Tawar di Malaysia Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak sumber air tawar semula jadi seperti air bawah tanah, sungai dan tasik. Jenis-jenis sistem ternakan yang digunapakai oleh penternak akuakultur di negara ini adalah seperti berikut: Kolam Air Tawar Sangkar Air Tawar Tangki Simen Kandang Ikan Tangki Kanvas Bekas Lombong Spesies-spesies ikan air tawar yang diternak secara komersil di Malaysia disenaraikan dalam Jadual 2 berdasarkan perangkaan terkini daripada Jabatan Perikanan (DOF, 2021). Jadual 2: Spesies-spesies ikan air tawar yang diternak secara komersil di Malaysia (DOF, 2021). Nama Tempatan Nama Inggeris Nama Spesies Banding/Baulu Milkfish Chanos chanos Baung Channel Catfish Hemibagrus sp. Belut Eel Monopterus albus Haruan Snake Head Channa sp. Jade Perch Jade Perch Scortum barcoo Jelawat River Carp Leptobarbus hoevenii Kalui Giant Gouramy Osphronemus goramy Kap Kepala Besar Big Head Carp Hypophthalmichthys nobilis Kap Rumput Grass Carp Ctenopharyngodon idella Kelah River Mahseer Tor sp. Keli Freshwater Catfish Clarias gariepinus Kerai Carp/ Barb Hypsibarbus wetmorei Ketutu Goby Oxyeleotris marmorata Lampam Jawa Javanese Carp Barbonymus scwhanenfeldii
1 Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan produktiviti akuakultur air tawar di M Jabatan Perikanan Malaysia (DOF, 2021). Jadual 3: Kuantiti dan nilai pengeluaran akuakultur daripada tahun 2015-2020 (DOF, 20 2015 AIR TAWAR PENGELUARAN (TAN METRIK) 112,145.15 103 NILAI (RM'000) 788,855.71 789 AIR PAYAU PENGELUARAN (TAN METRIK) 133,559.80 98 NILAI (RM'000) 2,377,227.47 1,89 RUMPAI LAUT PENGELUARAN (TAN METRIK) 260,760.30 205 NILAI (RM'000) 130,380.15 102 JUMLAH PENGELUARAN (TAN METRIK) 506,465.25 407 NILAI (RM'000) 3,296,463.33 2,78 Jadual 4: Pengeluaran dan nilai akuakultur air tawar, 2019-2020 (DOF, 2021) AKUAKULTUR AIR TAWAR 2019 Kuantiti (MT) Nilai (RM'000) Tilapia Merah 31,651.78 331,394.14 Keli 28,785.28 129,693.86 Patin 17,770.51 114,598.68 Rohu 7,244.60 33,673.96 Tilapia Hitam 3,018.68 26,091.52 Udang Galah 205.53 12,757.19 Pelbagai 11,460.29 105,198.83 JUMLAH BESAR 100,136.66 753,408.19
4 Malaysia dari tahun 2015 hingga tahun 2020 yang telah dilaporkan oleh 021). 2016 2017 2018 2019 2020 3,348.21 102,596.83 101,269.89 100,136.66 97,210.32 9,117.64 728,183.99 711.093.72 753,408.19 766,471.58 ,049.90 121,453.02 116,112.08 117,897.69 120,746.27 91,634.00 2,268,093.77 2,293,683.14 2,453,745.75 2,289,393.65 5,989.20 202,965.58 174,083.20 188,111.10 182,061.00 2,996.35 44,661.03 52,224.96 65,859.64 58,873.18 7,387.31 427,015.43 391,465.16 406,145.45 400,017.59 83,748.79 3,040,938.79 3,057,001.82 3,273,013.58 3,114,738.41 2020 PERUBAHAN (%) Kuantiti (MT) Nilai (RM'000) Kuantiti (MT) Nilai (RM'000) 28,009.20 299,822.83 -11.51 -9.53 29,012.77 129,661.00 0.79 -0.03 18,227.31 132,456.90 2.57 15.58 5,198.53 24,854.84 -28.24 -26.19 3,453.36 28,937.68 14.40 10.91 192.69 12,926.18 -6.25 1.32 13,115.88 137,803.02 14.45 30.99 97,209.74 766,462.45 -13.79 23.06
15 Spesies Tempatan (Spesies Tempatan yang Telah Wujud) Vs Spesies Eksotik (Dibawa Masuk untuk Ternakan) Spesies eksotik diklasifikasikan sebagai “spesies yang berlaku di luar julat semula jadinya” yang diperkenalkan ke habitat baru. Ia kemudiannya membiak dan kemudiannya menjadi pemangsa dan bersaing untuk mendapatkan sumber makanan dengan spesies asal habitat tersebut. Ini boleh menyebabkan spesies yang diperkenalkan menjadi dominan, menyebabkan berlakunya pemindahan penyakit serta pencemaran kolam genetik tempatan. Gambar rajah 2.4 menunjukkan beberapa kriteria penting dalam pemilihan spesies baharu untuk diperkenalkan dalam ternakakn akuakultur iaitu memenuhi keperluan, tiada pertandingan dengan spesies tempatan yang bernilai, tiada pembiakan bersilang dengan spesies tempatan, bebas daripada parasit dan penyakit, dan wujud dalam keseimbangan dengan persekitaran baru. Gambar rajah 2.4. Kriteria-kriteria penting dalam memperkenalkan spesies baharu untuk ternakan akuakultur. Sumber gambar: Sairatul Dahlianis Ishak. Spesies Ikan Air Tawar yang Diternak Kebanyakan spesies ikan yang diternak secara besar-besaran adalah Berikut adalah beberapa spesies-spesies ikan air tawar yang bernilai tinggi yang diternak secara komersil: Tilapia Ikan tilapia diternak kerana boleh bertoleransi terhadap keadaan kualiti air yang kotor dan dapat hidup dalam oksigen yang rendah yang boleh membunuh spesies ikan lain, boleh distok ke dalam kolam yang sangat kecil pada ketumpatan yang tinggi dan masih hidup, boleh menambahkan berat walaupun dengan menggunakan makanan yang murah dan berkualiti rendah di mana ia boleh mengurangkan kos serta tahan lasak terhadap kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan ikan ternakan. Tilapia merupakan antara spesies ikan air tawar paling popular yang diternak secara komersil di seluruh dunia. Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab membawa masuk spesies ini bagi memperkasa industri akuakultur negara. Tilapia Mozambique (Oreochromis mossambicus) dibawa masuk ke Malaysia daripada Indonesia pada
16 tahun 1944. Kemudian, Pada tahun 1979 pula, spesies-spesies Tilapia Nil (Orechromis niloticus) dan Tilapia Merah kKcuk (O. niloticus × O. mossambicus) diperkenalkan untuk ternakan akuakultur dan dibawa masuk daripada Thailand. Akhir sekali, Worldfish yang merupakan agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) telah menghasilkan spesies Ikan Tilapia yang Dipertingkat secara Genetik (Genetically Improved Fish Tilapia- GIFT) yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur (Gambar rajah 2.5). Gambar rajah 2.5. Susunan kronologi spesies-spesies ikan Tilapia yang dibawa masuk ke Malaysia untuk ternakan akuakultur. Sumber gambar: FAO. Ikan Patin Ikan Patin Siam (Pangasianodon hypothalmus) daripada keluarga Pangasiidae, termasuklah Patin Kuning (Pangasius pangasius) dan Patin Gergasi (Pangasius sanitwongsei) telah diimport untuk tujuan akuakultur oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Asal-usul ikan Patin Gergasi tidak dapat dikenal pasti, namun dua spesies lagi dikatakan berasal daripada negara Thailand dan Kemboja. Ikan ini mempunyai banyak daging di mana ia dibuat sebagai filet ikan dan diternak secara intensif di Vietnam, Kemboja dan Thailand.
17 Ikan Patin Buah (Pangasius nasutus) merupakan spesies tempatan di Malaysia dan boleh dijumpai di sungai-sungai Pahang. Boleh dikatakan ia mempunyai rasa yang lebih bagus berbanding P. hypothalmus dan boleh mencecah harga yang lebih tinggi. Gambar rajah 2.6: Ikan patin siam (Pangasianodon hypothalmus) dijual di Pasar Besar Klang, Selangor. Sumber gambar: Sairatul Dahlianis Ishak. Ikan Haruan Ikan Haruan (Channa striatus) (Gambar rajah 2.6) adalah ikan spesies tempatan yang merupakan pemangsa utama dalam habitat asalnya. Dalam keadaan ternakan, ia dapat membesar sehingga 3kg. Daging ikan haruan mengandungi peratus asid lemak dan asid amino yang tinggi dan dikatakan boleh mempercepatkan kadar tisu cedera sembuh (Raju et al., 2020). Masyarakat tempatan akan memasak sup ikan ini untuk diberi kepada ibu-ibu berpantang bagi menyembuhkan luka beranak. Gambar rajah 2.6: Ikan haruan (Channa striatus) di kolam ternakan di Perak. Sumber gambar: Mursyida Ayob (2023)
18 Ikan Arowana Ikan arowana (Scleropages formosus) (Gambar rajah 2.7) merupakan ikan hobi yang sangat mahal kerana ia kelihatan seperti naga di mana ia melambangkan kekayaan dan status dalam budaya Cina. Ia juga boleh dijual dengan harga melebihi 100,000 USD. Ikan ini merupakan salah satu spesies tempatan di Malaysia dan mempunyai ladang ternak di Perak dan Johor. Ikan-ikan bernilai tinggi untuk dieksport akan ditanda dengan ‘passive integrated responders’ (PIT) secara individu di mana boleh diimbas untuk pengenalpastian. Individu yang berkualiti tinggi seperti mempunyai warna yang bagus, saiz, morfologi dan mempunyai sijil pengenalan bagi mengesahkan keaslian bakanya. Gambar rajah 2.7: Ikan arowana (Scleropages formosus) dibela sebagai hobi. Sumber gambar: Fadzalziz Jarpi (2023). Ikan Gapi Ikan gapi (Poecilia reticulata) merupakan ikan hobi berwarna-warni dan yang paling senang dibela. Pembiakan bersilang antara jenis-jenis varian ikan yang berlainan dibuat untuk mendapatkan kepelbagaian dari segi warna, sirip dan ekor. Ikan gapi boleh dijual dengan harga serendah RM 0.50 seekor dan menyumbang kepada sebahagian besar pengeluaran eksport ikan hiasan negara. Kesimpulan Secara ringkasnya, penternakan ikan air tawar perlu untuk keselamatan makanan negara bagi tujuan menampung bekalan makanan sebagai sumber protein murah dan berkhasiat. Pelbagai spesies ikan tempatan telah diternak, namun begitu terdapat beberapa spesies ikan eksotik yang diimport untuk diternak secara komersil di negara kita kerana kadar pembesarannya lebih cepat dan dalam industri akuakultur jumlah yang tinggi perlu untuk menampung permintaan pasaran. Kita seharusnya berhati-hati dalam memperkenalkan spesies eksotik yang baru untuk akuakultur dan pelepasan mereka ke dalam sumber air semula jadi. Ini kerana ia boleh mengancam dan bersaing makanan dengan spesies ikan tempatan.
19 Rujukan DOF (2021). Perangkaan Tahunan Perikanan 2020, Jabatan Perikanan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. Fadzalziz Jarpi (2023) Kuala Lumpur, Malaysia. FAO (2020) The State of World Fisheries and Aquaculture 2020, Food and Agriculture Organization of the United Nations. Freshwater fish diversity - IUCN Freshwater Fish Specialist Group (2021) dari http://www.iucnffsg.org/freshwater-fishes/freshwater-fish-diversity/ Raju, V. S., Sarkar, P., Pachaiappan, R., Paray, B. A., Al-Sadoon, M. K., & Arockiaraj, J. (2020). Defense involvement of piscidin from striped murrel Channa striatus and its peptides CsRG12 and CsLC11 involvement in an antimicrobial and antibiofilm activity. Fish & shellfish immunology, 99, 368-378. Tacon, A. G. (2020). Trends in global aquaculture and aquafeed production: 2000–2017. Reviews in Fisheries Science & Aquaculture, 28(1), 43-56. Torsabo, D., Ishak, S.D., Noordin, N.M., Koh, I.C.C., Abduh, M.Y., Iber, B.T., Kuah, M.K. and Abol-Munafi, A.B. (2022) Enhancing Reproductive Performance of Freshwater Finfish Species through Dietary Lipids. Aquaculture Nutrition, 7138012.
20 BAB 3 BIOLOGI IKAN Hidayah Manan, Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor & Mohd Zaidi Ibrahim Pengenalan Ikan merupakan haiwan akuatik vertebrata yang bertulang belakang. Kebanyakan ikan bersifat ektotermik iaitu berdarah sejuk. Ikan bernafas dengan menggunakan insang dan menggunakan sirip untuk berenang di dalam air. Badan ikan dilitupi dengan sisik untuk melindungi lapisan badan paling luar daripada kecederaan semasa berenang. Jenis-jenis Ikan Ternakan di Malaysia Antara jenis-jenis ikan air tawar yang diternak di Malaysia adalah seperti ikan keli, ikan patin, ikan tilapia, ikan puyu, ikan Jade Perch, dan ikan kelah, ikan jelawat dan empurau. Bagi ternakan ikan spesies marin pula, spesies ikan yang biasa diternak seperti ikan siakap, ikan merah, dan ikan kerapu. Gambar rajah 3.1 menunjukkan penternakan ikan tilapia dalam tangki simen yang diternak di Kampung Delek Kiri, Klang Selangor. Gambar rajah 3.1 menunjukkan penternakan ikan tilapia dalam tangki simen yang diusahakan oleh En. Zanuri dan keluarga di Kampung Delek Kiri, Klang Selangor. Sumber Gambar: Hidayah Manan.
21 Gambar rajah 3.2a dan 3.2b serta Gambar rajah 3.3 masing-masing menunjukkan ternakan ikan keli dan ikan tilapia. Ternakan ikan keli kebiasaannya diternak dalam tangki fiber dan boleh juga diternak dalam dalam tangki kanvas. Sementara ternakan ikan tilapia boleh diternak dalam tangki fiber dan juga boleh diternak dalam kolam simen. Gambar rajah 3.2a menunjukkan ternakan ikan keli boleh diternak dalam tangki fiber dan juga dalam tangki kanvas. Sumber gambar: Hidayah Manan. Gambar rajah 3.2b menunjukkan penternakan ikan keli yang dijalankan dalam tangki kanvas di Kampung Parit 4, Sungai Besar, Selangor. Sumber gambar: Nazim Rosslan.
22 Gambar rajah 3.3 menunjukkan Ikan tilapia yang diternak dalam kolam simen dan dalam tangki fiber. Sumber gambar: Hidayah Manan & Nur Syazwani Abdullah. Kitaran Hidup Ikan Gambar rajah 3.4 menunjukkan lima peringkat kitaran hidup ikan. Peringkat pertama adalah peringkat telur dan berkembang ke peringkat embryo sebelum menetas sekitar 24 ke 48jam menjadi larva ikan. Pada peringkat larva, ikan akan mendapatkan nutrisi daripada kantung telur (yolk-sac) dan akan bertahan hidup selama empat hari. Di peringkat ini juga, mata dan mulut ikan masih lagi dalam peringkat perkembangan dan masih belum dapat digunakan untuk mendapatkan makanan. Pada peringkat seterusnya anak ikan tidak lagi bergantung kepada kantung telur dan menjadi anak ikan/juvenil. Apabila memasuki peringkat juvenil, ikan akan kelihatan seperti ikan dewasa. Di peringkat terakhir, ikan berkembang menjadi ikan dewasa dan boleh boleh menghasilkan telur bagi tujuan pembiakan (Cheyenne, 2022). Gambar rajah 3.4 menunjukkan peringkat perkembangan ikan dari telur hinggalah ke peringkat ikan dewasa. Sumber gambar: Hidayah Manan & Mohd Zaidi Ibrahim.
23 Parameter Air yang Optima untuk Penternakan Ikan Terdapat enam parameter air yang paling utama untuk dikenalpasti sepanjang penternakan ikan dilakukan iaitu suhu (℃), oksigen terlarut (DO) (ppm), pH, ammonia, kekerasan, dan nitrit (ppm). Suhu yang optima bagi tujuan penternakan ikan adalah sekitar 26℃ hingga 30 ℃. Oksigen terlarut (DO) yang diperlukan adalah lebih daripada 3.0 ppm. pH air yang optima adalah sekitar 7.3 hingga 8.5. Nilai ammonia yang yang selamat bagi ternakan ikan adalah kurang daripada 0.1 ppm. Nilai kekerasan air yang optima pula adalah sekitar 80 hingga 150 ppm. Sementara kadar selamat bagi nitrit dalam air bagi tujuan ternakan ikan adalah kurang daripada 0.05 ppm (Sahoo et al., 2016). Morfologi Dalaman Ikan Gambar rajah 3.5 menunjukkan anatomi dalaman ikan. Pundi renang pada ikan berfungsi membantu ikan mengekalkan keapungan dalam air. Sementara organ insang pula berfungsi sebagai sistem respirasi dan juga membantu mengekstrak oksigen daripada air. Ovari atau gonad berfungsi sebagai sistem pembiakan untuk ikan. Buah pinggang berfungsi sebagai agen perkumuhan bahan buangan. Usus pada ikan pula merupakan sebahagian daripada bahagian pencernaan ikan. Sementara fungsi hati pada ikan adalah untuk detoksifikasi dan mensintesis protein. Organ jantung pula berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan ikan. Sementara limfa pula berfungsi sebagai takungan penting untuk sel darah merah. Gambar rajah 3.5 menunjukan morfologi dalaman ikan. Sumber gambar: Hidayah Manan
24 Morfologi Luaran Ikan Gambar rajah 3.6 menunjukkan morfologi luaran ikan. Mulut berfungsi untuk makan dan lubang hidung berfungsi untuk menghidu. Sementara operkulum pula berfungsi untuk melindungi insang. Sirip dada (pektoral) membenarkan ikan untuk mengubah arah dari sisi lain ke sisi lain serta menambah kelajuan ketika berenang. Sirip pelvik membenarkan pergerakan ke atas dan bawah ketika berenang. Anus berfungsi untuk membuang bahan buangan dan najis. Sirip anal berfungsi untuk menstabilkan ikan ketika berenang. Sirip ekor atau sirip kaudal pula berfungsi untuk mendorong atau menolak ikan di dalam air. Sirip dorsal berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan ikan ketika berenang. Sementara sisik pula berfungsi untuk melindungi badan ikan daripada kecederaan. Barbel seperti yang terdapat pada ikan keli merupakan organ deria yang membantu untuk mengesan mangsa atau makanan. Garis lateral merupakan sistem deria yang membenarkan ikan untuk menentukan kadar pergerakan air. Sirip adipose pada ikan pula bertindak seperti mekanisma keseimbangan yang sama fungsinya seperti bahagian dalam telinga manusia. Gambar rajah 3.6 menunjukkan morfologi luaran ikan. Sumber gambar: Hidayah Manan
25 Gambar rajah 3.7 menunjukkan barbel yang berfungsi sebagai organ deria untuk mengesan mangsa terletak pada bahagian tepi mulut ikan keli. Sumber gambar: Nur Syazwani Abdullah. Gambar rajah 3.8 menunjukkan sirip adipose yang membantu ikan trout dan salmon untuk mengesan pergerakan dan bunyi dalam air. Sumber gambar: Hidayah Manan.
26 Migrasi Ikan Gambar rajah 3.9 menunjukkan dua jenis migrasi yang terdapat pada ikan. Ikan jenis anadromous ialah jenis ikan yang bertelur di kawasan air tawar dan kemudian bermigrasi ke lautan sehingga mereka menjadi dewasa, dan bermigrasi semula ke air tawar untuk bertelur. Contoh ikan jenis anadromous adalah seperti ikan salmon, ikan sturgeon, ikan lamprey dan ikan gelama. Kategori migrasi yang kedua ialah ikan jenis katadromous di mana ikan akan bertelur di kawasan air laut, bermigrasi ke kawasan sungai air tawar sepanjang peringkat juvenile sehingga keperingkat dewasa dan kemudiannya, bermigrasi semula ke lautan untuk bertelur. Sebagai contoh ikan dalam kategori ini adalah seperti belut Anguilla, belut Amerika, belut sirip Panjang, ikan linang dan ikan sembilang. Gambar rajah 3.9 menunjukan kitaran hidup ikan jenis Anadramous dan kitaran hidup ikan jenis Katadromous. Sumber gambar: Hidayah Manan.
27 Sistem Pembiakan Ikan Ikan mempunyai dua pasang gonad. Gambar rajah 3.10 menunjukkan cara untuk mengelaskan gonad. Gonad ikan betina dikenali sebagai ovari yang menghasilkan telur. Sementara gonad ikan jantan pula dikenali sebagai testis yang menghasilkan sperma. Gonad ikan jantan akan berwarna putih susu apabila matang yang mengandungi sperma sementara gonad ikan betina akan berwarna kuning keemasan dan mengandungi telur yang matang. Organ pembiakan ikan jantan dikenali sebagai genital papilla dan berbentuk V manakala organ pembiakan ikan betina pula dikenali sebagai genital pore dan mempunyai saluran ovum yang bengkak. Gambar rajah 3.10 menunjukan gonad ikan jantan dan ikan betina yang matang. Sumber gambar: Hidayah Manan. Gambar rajah 3.11 di bawah menunjukkan cara untuk membezakan jantina ikan melalui organ pembiakan mereka. Organ seksual ikan boleh dibezakan melalui bentuk genital papilla. Genital papilla ikan jantan adalah berbentuk V dan runcing manakala genital pore ikan betina berbentuk bujur dan saluran ovum yang bengkak (Ansa, 2014) Gambar rajah 3.11 menunjukkan ikan betina (kiri) dan ikan jantan (kanan). Ikan betina mempunyai genital pore yang berbentuk bujur dan seakan membengkak sementara organ pembiakan atau genital papilla ikan jantan berbentuk unjuran V. Sumber gambar: Hidayah Manan.
28 Teknologi yang Dimajukan dalam Akuakultur Ikan Gambar rajah 3.12 hingga 3.13 menunjukkan antara teknologi yang dibangunkan dalam akuakultur ternakan ikan. Antaranya teknologi yang dibangunkan dalam ternakan ikan seperti penghasilan benih triploid atau ikan dengan 3 set kromosom dimana ikan lebih cepat membesar daripada ikan saiz normal, ternakan monoseks, pembiakan aruhan iaitu dengan menyuntik hormon dan mengeluarkan telur daripada ikan betina serta perseyawaan buatan, penghasilan black soldier fly (BSF) larva sebagai sumber protien makanan, teknologi bioflok, dan sistem kitaran semula air ataupun dikenali sebagai Recirculating aquaculture system (RAS). Gambar rajah 3.12 menunjukkan ikan yang dijadikan triploid yang mengandungi 3 set kromosom, saiz ikan lebih besar dari saiz biasa. Sumber gambar: Hidayah Manan. Gambar rajah 3.13 menunjukkan ternakan monoseks. Sumber gambar: Hidayah Manan.
29 Gambar rajah 3.14 menunjukkan aplikasi teknologi bioflok yang disukat menggunakan Imhoff kon di hatchery AKUATROP. Sumber gambar: Hidayah Manan. Gambar rajah 3.15 menunjukkan sistem kitaran semula air atau Recirculating Aquaculture System (RAS). Sumber gambar: Hidayah Manan.
30 Bagaimana untuk Menentukan Bahawa Ikan Berada di dalam Keadaan yang Stres? Antara kaedah yang boleh digunakan bagi mengetahui kondisi ikan diternak dengan melihat pergerakan renang ikan yang lemah. Kebiasaanya, ikan akan berenang dan mendarat dengan lemah di dasar tangki ternakan atau kolam jika ikan berada pada keadaan yang tidak normal ataupun sakit. Ikan juga akan kehilangan sisik dan mengalami sirip yang reput atau rosak disebabkan oleh jangkitan parasit atau bakteria. Dan akhirnya, kematian akan berlaku jika tiada langkah pencegahan yang diambil semasa ikan dalam keadaan stres. Bagaimana untuk Mengelakkan Ikan daripada Stres? Antara kaedah yang boleh dipraktikkan seperti sentiasa memastikan kualiti air berada dalam keadaan yang baik. Selain dari itu, pemberian makan kepada ikan pada kadar pemakanan yang betul dan mempunyai nutrisi yang bagus juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan ikan daripada mengalami kondisi stres. Disamping itu, mengetatkan kawalan biosekuriti juga amat penting bagi mengelakkan penyakit dari menular dan seterusnya akan mengakibatkan kematian ikan. Antara kaedah lain yang perlu dilakukan adalah melakukan amalan akuakultur yang bagus berdasarkan panduan myGAP iaitu dengan melakukan pengendalian ikan yang betul, melakukan sanitasi yang kerap serta menjaga kebersihan, dan memastikan pembuangan sisa dari kolam dilakukan mengikut piawaian standard. Kesimpulan Secara kesimpulannya, ikan merupakan sumber protein utama dan penting kepada manusia. Kajian terhadap biologi ikan, morfologinya, serta pengurusan ternakan yang betul adalah penting untuk difahami agar dapat membantu penghasilan pengeluaran ternakan ikan pada kadar yang optimum serta dapat menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penternak ikan. Rujukan Cheyenne, 2022. Fish life cycle dari https://www.learnaboutnature.com/fish/fish-life-cycle/ Ebinimi J. Ansa., 2014. Challenges and production process of catfish hatcheries in the Niger Delta region of Nigeria. Technical Report. 1-36pp. Fish Anatomy. 2015. Dari https://www.dnr.sc.gov/fish/anatomy.html https://aquascapinglove.com/tropical-fish/ Patrick Cooney, 2013. Anadromous, Catradomous, Amphidromous, Oceanodromous or Potamodromous. https://thefisheriesblog.com/2013/05/20/anadromouscatadromous-amphidromous-oceanodromous-or-potamodromous/ Sahoo, S.K., Ferosekhan, S., Giri, S.S., Swain, S.K., 2016. Recent Trends in Breeding and Seed Production of Magur in India., World Aquaculture, June 2016, 59-62pp.
31