The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by curlystuff_blended, 2023-05-25 05:12:17

FINAL DRAF BUKU KTAGS -25 May 2023 (1)

FINAL DRAF BUKU KTAGS -25 May 2023 (1)

132 Perubahan Iklim Isu yang berkaitan dengan perubahan iklim akan menyebakan ternakan ikan air tawar, contohnya pada kolam tanah yang akan mengalami kematian apabila terdedah kepada cahaya matahari yang tinggi. Jika pada musim tengkujuh ianya akan menyebabkan kejadian banjir yang akan menyebabkan anak benih ikan akan terlepas ke persekitan. Ini seturusnya menyebabkan kerugian kepada penternak dan akan mengurangkan jumlah pengeluaran di pasaran. Jadi isu berkaitan perubahan iklim ini perlu dilakukan kajian dengan teliti supaya ternakan yang diternak berada dalam julat kualiti air yang sesuai untuk ternakan terus hidup terutamanya yang berkaitan dengan perubahan suhu. Aplikasi penggunaan teknologi revolusi industri (IR 4.0) dapat membantu dalam memantau dan mengawal kualiti air yang dipengaruhi iklim bagi melancarkan operasi harian kolam-kolam ternakan ikan air tawar (Kurniawan et al, 2021). Cabaran Cabaran utama pengusaha ternakan akuakultur air tawar ialah untuk menghasilkan sumber bekalan ikan yang berterusan, sihat dan berkualiti dipasaran. Bagi menghasilkan sumber yang berkekalan, pengusaha akuakultur mesti memulai daripada pemilihan induk ikan lagi, yang mana pemilihan induk ikan yang berkualiti akan menghasilkan benih ikan yang berkualiti. Program pembangunan induk ikan air tawar akan mempastikan benih yang akan dihasilkan adalah berkualiti. Penjagaan kualiti air dan pemberian makanan yang sihat akan mengelakkan daripada serangan penyakit daripada berlaku dan akan memaksimumkan hasil ternakan kepada pengusaha. Pemberian makanan yang berkualiti kepada ternakan akan memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Penggunaan teknologi dalam sistem ternakan juga akan meningkatkan jumlah pengeluaran serta penggunaan teknologi revolusi industri (IR 4.0) akan menjimatkan masa pengusaha ternakan bagi memantau ternakan mereka. Cabaran juga berlaku kepada pengusaha untuk mempelajari teknik baharu dalam ternakan bagi memastikan bekalan sentiasa seiring dengan pertambahan permintaan. Pembinaan lebih banyak infrastruktur moden dan berteknologi akan mempastikan pengeluaran dapat ditingkatkan selari dengan pertambahan permintaan yang sentiasa meningkat. Kesimpulan Isu dan cabaran dalam ternakan ikan air tawar akan mempengaruhi jumlah penghasilan bekalan ikan air tawar pada masa akan datang. Jika isu dan cabaran ini dapat diatasi, ianya akan meningkatkan pengeluaran pengusaha dan sebaliknya akan berlaku, jika isu dan masalah ini tidak dapat diatasi.


133 Rujukan Anjur, N., Sabran, S. F., Daud, H. M., & Othman, N. Z. (2021). An update on the ornamental fish industry in Malaysia: Aeromonas hydrophila-associated disease and its treatment control. Veterinary World, 14(5), 1143. Dawood, M. A., Habotta, O. A., Elsabagh, M., Azra, M. N., Van Doan, H., Kari, Z. A., & Sewilam, H. (2022). Fruit processing by-products in the aquafeed industry: A feasible strategy for aquaculture sustainability. Reviews in Aquaculture. 1-21. Gustiano, R., Kurniawan, K., & Kusmini, I. I. (2021). Bioresources and diversity of snakehead, Channa striata (Bloch 1793): a proposed model for optimal and sustainable utilization of freshwater fish. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 762 (1), 012012. Kurniawan, S.B., Ahmad, A., Rahim, N.F.M., Said, N.S.M., Alnawajha, M.M., Imron, M.F., Abdullah, S.R.S., Othman, A.R., Ismail, N.I. and Hasan, H.A. (2021). Aquaculture in Malaysia: Water-related environmental challenges and opportunities for cleaner production. Environmental Technology & Innovation, 24, 101913. Marimuthu, K. (2019). A short review on induced spawning and seed production of African catfish Clarias gariepinus in Malaysia. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 348 (1), 012134 Raduan, Sharir, Ismail, Mazlan & Hanafi. (2011). Perkembangan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia: Isu Dan Persoalan. Jati, Volume 16, December 2011, 265-299


134 BAB 13 PROSPEK MASA DEPAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR Nor Azman Kasan, Hidayah Manan, Mohd Nazli Mohd Nor, Muhammad Syafiq Abd Razak & Mhd Ikhwanuddin Abdullah Prospek Masa Depan Permulaan bagi tahun 2020 telah dirudumkan oleh jangkitan wabak penyakit Covid-19 yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi menyebabkan berlaku gangguan perdagangan sumber makanan serta bahan-bahan mentah yang lain. Ini terjadi disebabkan penutupan atau pengurangan waktu operasi kilang pemprosesan, kedai makan serta aktiviti eksport produk akuakultur. Di Malaysia, kita boleh lihat permintaan bagi ikan siakap dan kerapu menurun hingga menyebabkan beberapa pusat pembenihan ikan marin serta kolam ternakan terpaksa menutup operasi atau berubah kepada spesies-spesies yang lain. Namun permintaan bagi ikan air tawar tidak berubah di atas faktor harga yang masih murah serta boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Menurut perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi sektor akuakultur air tawar pada tahun 2020, ikan tilapia merah merekodkan nilai jualan borong sebanyak RM299 juta, ikan patin sebanyak RM132 juta dan keli sebanyak RM129 juta. Bagi spesies krustasea, nilai jualan borong udang galah ialah sebanyak RM12 juta dan udang kara sebanyak RM3 juta sahaja. Pengamatan terhadap nilai jualan borong ini diharap dapat membantu para usahawan dalam memilih spesies ikan air tawar yang mempunyai potensi memberikan pulangan yang bagus dan berbaloi. Selain pemilihan spesies yang tepat, kaedah sistem ternakan moden perlulah diamalkan agar mampu mengurangkan risiko kematian yang tinggi serta kos operasi yang mahal. Majoriti pengeluaran akuakultur ternakan air tawar ialah melalui kaedah kolam tanah yang melibatkan kos penggalian kolam yang murah berbanding pembuatan sangkar yang memerlukan sumber air yang mencukupi. Walaupun kaedah ini mudah untuk diamalkan, namun hasil pengeluaran adalah terhad kepada kapasiti penukaran air bersih untuk kolam ternakan. Sering kali dilaporkan pencemaran sungai yang terjadi disebabkan oleh peningkatan sisa nutrien seperti ammonia dalam air akibat aktiviti penukaran air kolam ternakan. Jika penternak gagal untuk menukar air yang mencukupi, sisa nutrien yang tinggi dalam kolam akan menyebabkan berlakunya gandaan alga (algae bloom) secara drastik hingga mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan menyebabkan kematian ternakan. Konflik penggunaan sumber air bersih ini diramalkan akan meningkat atas pertambahan aktiviti akuakultur bagi menampung permintaan pasaran. Oleh yang demikian, masa depan bagi akuakultur air tawar bergantung kepada adaptasi kaedah bioteknologi yang lebih mesra alam seperti bioflok, probiotik serta akuaponik bagi merawat air ternakan agar ia boleh dikitar semula dan mengelakkan berlaku pencemaran kepada sumber air berhampiran. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui kempen Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) telah menggariskan pada matlamat ke-12 iaitu Responsible Consumption and Production dimana menjelang tahun 2030, sebahagian besar pengurangan sisa buangan dari aktiviti industri berlaku melalui kaedah pencegahan, pengurangan, kitar semula dan guna semula. Oleh yang demikian, pihak industri akuakultur harus meletakkan


135 matlamat iaitu separuh dari air kolam ternakan boleh digunakan semula pada musim ternakan yang seterusnya. Teknik bioflok telah terbukti berkesan dalam mengurangkan sisa ammonia dalam tangki ternakan. Kaedah bioflok tidak memerlukan peralatan istimewa seperti cahaya UV dan penapis bio sepertimana kaedah Sistem Akuakultur Berpusing (Recirculating Aquaculture System – RAS). Ia hanya memerlukan sebuah tangki mendapan bersaiz 5% dari jumlah kapasiti air ternakan dan pam udara. Penternak hanya perlu memasukkan sumber karbon seperti molas, gula putih dan dedak padi pada kadar 15 kali ganda dari jumlah ammonia yang dikesan. Sebagai contoh, dalam tangki kapasiti 1 ton air (1,000 liter), apabila kadar ammonia dikesan pada 1 ppm, jumlah gula putih yang perlu dimasukkan ialah sebanyak 15 gram setiap hari hingga kadar ammonia turun semula ke paras yang optimum. Manakala, apabila paras flok (mendapan terapung) tinggi melebihi 50 ml per liter, air perlu disalurkan pada tangki mendapan untuk mengurangkan paras flok. Bagi meningkatkan keupayaan kaedah bioflok, probiotik boleh digunakan bagi membekalkan bakteria baik yang bersifat heterotrof. Ia berfungsi dengan mengurai sisa organik dalam air dengan lebih berkesan. Hasil dari mendapan sisa bioflok juga boleh digunakan sebagai baja organik kepada tanaman atau digunakan sebagai makanan tambahan kepada larva serangga Black Soldier Fly (BSF). Kaedah bioflok ini amat sesuai untuk ternakan ikan tilapia, patin dan keli yang dikenali sebagai spesies ikan lasak kerana boleh hidup dalam keadaan oksigen rendah dan dalam sisa terampai yang tinggi. Menerusi laman web Facebook Geng Bioflok Malaysia, kaedah bioflok ini dengan jayanya telah diamalkan oleh penternak tempatan yang tidak mempunyai akses kepada sumber air sungai bagi mengurangkan penggunaan air semasa tempoh ternakan. Selain itu, kaedah akuaponik mempunyai kelebihannya tersendiri kerana mampu memberikan hasil tambahan seperti sayur-sayuran selain mampu mengurangkan kandungan nutrien dari air kolam ternakan melalui penyerapan nutrien oleh sayur-sayuran. Antara jenis sayuran yang boleh dihasilkan dari kaedah ini adalah seperti daun salad, tomato, dan tumbuhan herba. Namun untuk menguruskan sistem akuaponik dengan jayanya, penternak harus mempunyai ilmu tambahan bagi menyelesaikan isu berkaitan tanaman hijau seperti serangan serangga atau kekurangan nutrien mikro. Dengan kelebihan teknologi maklumat, rangkaian isyarat telefon 5G dan platform beli-belah atas talian, para penternak dengan segera boleh mencari penyelesaian bagi isu berkaitan dengan pantas dan mencari produk yang diperlukan. Kelebihan Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0) telah memudahkan semua golongan yang ingin menceburi bidang akuakultur tanpa pendidikan formal. Carian melalui laman Google dan platform video Youtube menghasilkan ribuan pautan berkenaan solusi isu ternakan mahupun buku manual. Bahkan terdapat juga kumpulan sokongan dalam laman web Facebook untuk para penternak berkongsi pendapat atau mencari pembeli bagi hasil ternakan mereka. Dengan capaian perkhidmatan pos yang luas berbanding sepuluh tahun dahulu dan kemudahan carian produk di platform beli belah atas talian, para penternak tidak lagi perlu tercari-cari kedai alat jualan ternakan di kawasan bandar utama. Mereka boleh membeli sebarang produk keperluan menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit walaupun tinggal jauh di kawasan pedalaman dengan harga yang berpatutan.


136 Disamping itu, dengan kemasukan teknologi baru yang murah seperti alat pemberian makan haiwan automatik (autofeeder), kamera IP, telefon pintar dan plug soket digital, penternak boleh mengawal operasi ternakan mereka dari jauh ataupun secara automatik. Dengan kelebihan IR 4.0 ini, diharapkan para penternak boleh mengamalkan kaedah ternakan secara lestari tanpa merosakkan alam sekitar. Bagi meningkatkan daya saing industri akuakultur Malaysia, diharapkan generasi milenial yang mempunyai kemahiran pengaturcaraan komputer dapat membantu industri akuakultur ke arah adaptasi sistem automatik dalam operasi ternakan yang akan mengurangkan kos operasi dan risiko kematian. Rujukan Benedict Terkula Iber and Nor Azman Kasan (2021). Recent advances in Shrimp aquaculture wastewater management. Heliyon, 7, e08283. Hajar Rastegari, Farhad Nadi, Su Shiung Lam, Mhd Ikhwanuddin, Nor Azman Kasan, Romi Fadillah Rahmat, Wan Adibah Wan Mahari (2022). Internet of Things in aquaculture: A review of the challenges and potential solutions based on current and future trends. Smart Agricultural Technology 4, 100187 Mohamad N. Azra, Nor Azman Kasan, Rohisyamuddin Othman, Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor, Suhairi Mazelan, Zainoddin Bin Jamari, Gianluca Sar`a, Mhd Ikhwanuddin (2021). Impact of COVID-19 on aquaculture sector in Malaysia: Findings from the first national survey. Aquaculture Reports, 19, 100568 Najiah Musa, Abu Hena Mustafa Kamal, Nadirah Musa, Nor Azman Kasan, Nadiah Wan Rasdi (2022). Current Developments and Technologies in Aquaculture Volume 1. PENERBIT UMT. Shahadat Hossain, Hidayah Manan, Zuhayra Nasrin Ahmad Shukri, Rohisyamuddin Othman, Amyra Suryatie Kamaruzzan, Ahmad Ideris Abdul Rahim, Helena Khatoon, Tashrif Mahmud Minhaz, Zahidul Islam, Nor Azman Kasan (2023). Microplastics biodegradation by biofloc-producing bacteria: An inventive biofloc technology approach. Microbiological Research, 266, 127239


137


138 KESIMPULAN Ilmu asas dan pengetahuan yang berkait tentang haiwan yang ingin diternak sangat penting kepada mana-mana individu atau pihak yang ingin memulakan penternakan, sama ada sebagai hobi, ternakan secara kecilan atau sederhana dan juga penternakan ekstensif bertaraf komersial. Ikan air tawar adalah sumber protein yang murah dan mudah didapati di negara kita Malaysia yang telah dianugerahi Tuhan dengan sumber air tawar semula jadi yang bersih seperti kolam, tasik dan sungai. Spesies ikan air tawar seperti tilapia, keli, dan patin mempunyai nilai jualan yang tinggi di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Oleh itu, ternakan ikan air tawar boleh dijadikan wadah dalam mempelbagaikan sumber ekonomi terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang merupakan golongan sasaran dalam usaha untuk penambahbaikan taraf sosio-ekonomi masyarakat. Ia juga merupakan salah satu fokus utama dalam menjamin keselamatan makanan negara. Maka, buku PEMBELAJARAN BERSEPADU PEMBANGUNAN SISTEM TERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERKUALITI TINGGI SECARA KOMERSIL ini diterbitkan untuk memberi rujukan dan pemahaman berkaitan ternakan ikan air tawar merangkumi segala aspek. Buku ini memberikan maklumat berkaitan ternakan ikan dari segi biologi, sistem kultur dan tumbesaran, pengurusan kualiti air, penyakit, pembiakan, makanan dan pemakanan, dan genetik. Sasaran pembaca adalah terdiri daripada mana-mana individu dan syarikat yang berminat dengan dalam penghasilan penternakan atau pembenihan berkaitan ikan air tawar. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada pensyarah atau guru di sekolah atau institusi pengajian tinggi berkaitan latihan dan pengajaran dalam bidang akuakultur. Gambar rajah menunjukkan ternakan ikan air tawar boleh dijadikan sumber ekonomi kepada golongan B40 dan M40 dalam usaha untuk penambahbaikan taraf sosio-ekonomi masyarakat. Sumber gambar: Suhairi Mazelan


139


140 GLOSARI Aklimitasi Penyesuaian organisma terhadap suhu persekitaran yang baru dimasuk olehnya. Alga Sejenis tumbuhan air yang bersaiz kecil Alkali Bersifat pahit Asid lemak mono tidak tepu Rantai asid lemak adalah tak tepu tunggal jika ia mengandungi satu ikatan rangkap, dan politaktepu jika ia mengandungi lebih daripada satu ikatan rangkap Asid lemak tepu Lemak yang mempunyai ikatan tunggal di sepanjang rantai asid lemaknya dipanggil asid lemak tepu Asid lemak poli ttidak tepu Asid lemak mono tak tepu yang mengandungi lebih daripada satu ikatan berganda (double bond). Asid lemak tidak tepu Lemak tak tepu ialah lemak atau asid lemak di mana terdapat sekurang-kurangnya satu ikatan berganda dalam rantai asid lemak. Aras trofik Merujuk kepada aras makanan dan pemakanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berurutan Asid Bersifat masam Cyprinid Kumpulan ikan teleost yang terdiri daripada keluarga air tawar di bawah Famili Cyprinidae, biasanya mempunyai rahang tanpa gigi dan sisik cycloid. Diadromous Ikan yang bergerak antara air masin dan air tawar sebagai sebahagian daripada kitaran hayatnya DNA Molekul di dalam sel yang mengandungi maklumat genetik yang bertanggungjawab untuk perkembangan dan fungsi organisma. Molekul DNA membenarkan maklumat ini dihantar dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dominan sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk. Berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan. Ekstensif Penternakan dalam kepadatan rendah Ektotermik Haiwan berdarah sejuk dan dapat menyesuaikan suhu badan dengan suhu persekitaran. Euryhaline Ikan euryhaline mempunyai keupayaan untuk bertahan dalam julat kepekatan kemasinan air yang tinggi Fitoplankton Sejenis organisma akuatik yang bersaiz mikro serta hidup melayang didalam air, menjalankan fotosintesis dan menghasilkan makanan sendiri.


141 Fotosintesis Proses di mana tumbuhan menggunakan cahaya matahari, air, dan karbon dioksida untuk mencipta oksigen dan tenaga. Gandaan alga Fenomena gandaan alga beracun dan bertoksik yang terhasil daripada microalga atau dikenali sebagai fitoplankton atau alga bloom Geologi Kajian mengenai bumi samaada dari struktuk, bentuk fizikal, komposisi, sejarah dan proses pembentukannya Gonad Organ reproduksi pada ikan yang menghasilkan telur pada ikan betina dan menghasilkan sperma pada ikan jantan. Hatchery Bangunan untuk ternakan benih ikan akuakultur Hemmorhage Pendarahan pada bahagian badan samaada bahagian luaran ataupun dalaman badan. Hidrologi Kajian berkaitan air Hidrolik digerakkan atau dijalankan oleh kuasa air atau cecair lain Intensif Penternakan dalam kepadatan tinggi Juvenil Anak benih ikan yang sudah melepasi peringkat larva Lagun Badan air cetek yang terpisah dari badan air yang lebih besar oleh gosong (tebing/benteng pasir atau kelikir) Larva Anak benih ikan yang baru menetas Mikrobiom Komuniti mikroorganisma yang biasanya boleh didapati hidup bersama di mana-mana habitat tertentu. Monokultur Penternakan satu spesies Morfologi Struktur tubuh ikan yang terdiri daripada struktur organ dalaman dan juga struktur luaran badan. MyGAP Malaysian Good Agriculture Practice. Ianya adalah merujuk kepada konsep ternakan yang sihat dan diurus dengan baik. Omnivore Haiwan yang mempunyai keupayaan untuk makan dan hidup pada kedua-dua bahan tumbuhan dan haiwan. Ovaprim Hormon yang digunakan untuk mempercepatkan reproduksi dimana ia disuntik pada ikan bagi mempercepatkan kematangan gonad ikan. Pathogenik Mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan penyakit. Contohnya seperti parasit, bakteria, kuman dan virus. Plankton Haiwan atau tumbuhan bersaiz seni/sangat kecil


142 Polikutur Penternakan banyak sepsis dalam satu-satu masa. Raceway Kolam yang mengaplikasikan sistem aliran air untuk tujuan penternakan ikan dalam kepadatan yang tinggi. Revolusi Industri 4.0 Sistem siber-fizikal yang menghubungkan dunia digital dengan sistem biologi seperti hubungan antara manusia dan internet. Semi-intensif Penternakan dalam kepadatan sederhana Stenohaline Ikan stenohaline hanya bertahan pada julat kepekatan kemasinan air yang lebih rendah. Tawas Adalah sejenis sebatian kimia garam dan berbentuk Kristal Ternakan monoseks Penternakan satu jantina sahaja. Ternakan air tawar Menternak organisma akuatik dengan pengawasan dan penjagaan yang optima untuk memaksimumkan keuntungan. Teknologi bioflok Gumpalan pelbagai komposisi bakteria heterotrofik, plankton, protozoa dan fungi, partikel, bahan organik dan koloid yang saling berinteraksi dengan sangat baik di dalam air. Zooplankton Organisma akuatik berukuran kecil & hidup terampai, menjadi makanan ikan, ketam dan udang kecil yang hidup di lautan.


143


144 INDEKS A Aklimitasi 78 Alga 5, 7, 53, 58, 61, 66, 87, 134 Alkali 51 Asid 12, 17, 51, 58, 59, 60, 62, 68, 69 Asid lemak mono tidak tepu 59, 60 Asid lemak tepu 59, 60 Asid lemak poli tidak tepu 59, 60 Asid lemak tak tepu 59, 60 Aras trofik 5 B Bioflok 28, 29, 134, 135 C Cyprinid 12 D Diadromous 12 DNA 58 Dominan 15, 98 E Ekstensif 1, 40, 41, 42, 138 Ektotermik 20 Euryhaline 11 F Fitoplankton 33, 58 Fotosintesis 51, 56 G Gandaan alga 134 Geologi 47 Gonad 23, 27, 92 H Hatchery 8, 29, 32, 37, 38, 71, 130 Hemmorhage 83 Hidrologi 47 Hidrolik 100 I Intensif 1, 16, 36, 40, 41, 58, 66 Juvenil 22, 26, 56, 66, 72, 88, 89 L Lagun 3 Larva 22, 28, 56, 66, 72, 88, 90, 95, 135 M Mikrobiom 60 Monokultur 39 Morfologi 1, 18, 23, 24 MyGAP 30 O Omnivore 56 Ovaprim 92, 93, 96 P Pathogenik 79 Plankton 33, 56, 58, 66 Polikultur 38, 39, 40 R Raceway 5, 36, 66 Revolusi Industri 4.0 132 S Semi-intensif 40, 41, 42 Stenohaline 11 T Tawas 51 Ternakan air tawar 1, 64, 134 Ternakan monoseks 28 Z Zooplankton 33, 56, 58


145


146 BIODATA PENULIS PM. TS. DR. NOR AZMAN KASAN dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1982, merupakan anak kelahiran Bagan Datuk, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah universiti di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada tahun 2011, setelah menamatkan pengajian PhD dalam bidang Bioteknologi Sekitaran (Envionmental Biotechnology) di The Adelaide University, Australia. Berasaskan minat mendalam dalam bidang teknologi hijau, penggunaan mikrob-mikrob berfaedah seperti bakteria, mikroalga dan fungus telah dilaksanakan. Pembangunan sistem akuakultur lestari dan mampan, terutamanya penggunaan teknologi bioflok pada kebanyakan spesies air tawar dan air masin amatlah dititikberatkan dalam penyelidikan beliau. Bermula dengan pengenalpastian komposisi mikrob yang membentuk bioflok, kajian beliau diteruskan dengan penghasilan metabolit dan kesannya terhadap kualiti air kolam ternakan. Pada tahun 2022, inovasi produk beliau telah berjaya dipatenkan yang dikenali sebagai “Rapid Biofloc”, setelah pengujian ke atas beberapa spesies krustasia marin yang bernilai komersial tinggi termasuklah udang kaki putih (Litopenaeus vannamei), udang harimau (Penaeus monodon) dan ketam nipah (Scylla sp.), dan ianya kini boleh didapati di pasaran. DR. SAIRATUL DAHLIANIS ISHAK adalah Pensyarah di Institut AKUATROP, Universiti Malaysia Terengganu di bawah Program Teknologi Pembiakbakaan Shellfish. Sebelum itu, beliau merupakan Penyelidik Pasca-doktoral di institusi yang sama di bawah penyeliaan Prof. Dr. Abol Munafi. Beliau adalah lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Akuakultur (Nutrisi Pemakanan Ikan) daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang dan juga lulusan Sarjana Sains dalam Akuatik Biologi (Akuakultur) daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pemakanan akuakultur dan juga teknologi pembuatan makanan ikan yang mana penyelidikan beliau telah berjaya diterbitkan di pelbagai jurnal peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja di sektor industri akuakultur yang mana beliau pernah bekerja sebagai pengurus projek dengan beberapa syarikat akuakultur tempatan dalam pengurusan kolam dan pemakanan ikan bagi meningkatkan produktiviti ternakan. DR. NORHIDAYAH ABDUL MANAN adalah Pensyarah di Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mendapat pendidikan awal di SRK Simpang 5, Sg. Besar Selangor dan pendidikan menengah di SMKA Tun Rahah, Selangor. Meneruskan pengajian peringkat ijazahnya dalam Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) seterusnya melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Sains (Akuakultur) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains (Akuakultur) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau mula berkecimpung dalam bidang akuakultur sejak tahun 2010, apabila telah dilantik sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) di AKUATROP. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian keperingkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Akuakultur. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dalam pembenihan udang putih P. vannamei, udang harimau, P.monodon dan juga penyelidikan melibatkan udang galah spesies Macrobracium rosenbergii. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pembenihan dan ternakan udang galah dan bersama-sama penyelidik lain membangunan penyelidikan dalam ternakan udang galah di hatchery AKUATROP. Kini beliau berkhidmat di bawah program Shellfish Green Technology dan bersama dengan penyelidik lain membangunkan teknologi ternakan akuakultur tertutup di hatchery AKUATROP menggunakan aplikasi Bioflok dikenali sebagai (IMTAS) bagi membantu sektor pengeluaran akuakultur supaya lebih berdaya saing.


147 SUHAIRI BIN MAZELAN adalah Pegawai Sains Kanan di Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mendapat pendidikan awal di SRK Francis Light, Dato’ Keramat, Pulau Pinang dan pendidikan menengah di SMK Aman Jaya, Sg. Petani, Kedah. Meneruskan pengajian dalam Program Diploma Perikanan di Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan melanjutkan pengajian ijazahnya di tempat yang sama dalam Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin), namun kolej tersebut telah dinaik taraf kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2007. Beliau mula berkecimpung dalam bidang akuakultur sejak tahun 2007, apabila telah dilantik sebagai Pembantu Penyelidik di AKUATROP. Pada 2008 beliau telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Sains (kontrak) di Institut yang sama dan ditawarkan jawatan tetap pada tahun 2009.


148


149


Click to View FlipBook Version