The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Projek_ SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazisyamsamsudin, 2023-05-07 11:44:40

SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

Kertas Projek_ SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

i SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK NORAZISYAM BINTI SAMSUDIN DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (SOSIOLOGI PENDIDIKAN) (MOD KERJA KURSUS) FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2023


ii


iii


iv PENGHARGAAN “Syukur kehadrat IIlahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan masih mampu untuk aku mengharungi liku-liku kehidupan ini” Alhamdulillah. Terima kasih Allah dengan izinMu sekali lagi dapat saya menyelesaikan penulisan ini bagi menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Kejayaan ini adalah hasil yang diperolehi dengan kerjasama dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Jutaan terima kasih diucapakan kepada semuanya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Dr. Noor Insyiraah Binti Abu Bakar yang telah membantu di dalam penyeliaan penulisan ini. Setinggi perhargaan buat suami tercinta Norhamizi Bin Hassan dan anak-anak tersayang Nurulhuda Dini, Muhammad Hafizuddin dan Nurulhuda Dina kerana banyak membantu dan memberi sokongan dan harapan yang tidak putus-putus dalam perjuangan sepanjang pengajian ini. Terima kasih anak-anak, “Ummi, sayang dan bangga dengan kalian semua. Teruskan perjuangan ini seperti mana cita-cita kamu semua.” Terima kasih juga kepada Almarhum ayahanda tercinta Haji Samsudin Bin Idris dan Almarhumah ibu tercinta Hajjah Azizah Binti Sabu. Terima kasih mak abah kerana melahirkan saya ke mukabumi ini. Anda berdua insan teristimewa di hati ini, semoga syurga tempat terindah untuk kalian berdua. Semoga memperolehi kehidupan yang terindah lagi abadi disana. Aamiin.


v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman, sensitiviti guru dan amalan yang terdapat pada guru pendidikan khas dalam melaksanakan Pendidikan Multibudaya di kalangan murid bekeperluan pendidikan khas. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk meneroka isu kajian ini. Pengumpulan data kajian adalah melalui kaedah temu bual secara individu, pemerhatian dan analisis dokumen. Responden kajian terdiri daripada seorang guru kelas dari sebuah sekolah pendidikan khas di negeri Perlis. Dapatan kajian menunjukkan dari aspek pengetahuan dan kefahaman perlu adanya penyepaduan dalam kurikulum untuk membentuk perpaduan di dlam kelas. Kurikulum yang digunakan di dalam kelas menunjukkan berlakunya penyepaduan kandungan ketika berlakunya aktiviti PdPc seperti menggunakan kepelbagaian maklumat daripada pelbagai budaya dalam menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori dalam subjek yang dipelajari oleh murid pelbagai etnik. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa sensitiviti guru dalam pembinaan ilmu dan pedagogi ekuiti menjadi satu proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, guru membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia dipengaruhi oleh kedudukan kaum, etnik, kelas sosial individu dan kumpulan dengan penyesuaian kaedah pengajaran yang dapat memberi cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akademik murid yang pelbagai dari segi ras, budaya dan sosial. Bagi mengukuhkan amalan dikalangan guru dalam pelaksanaan Pendidikan Multibudaya di dalam kelas, pengurangan sifat prejudis dan mempekasakan budaya di sekolah dapat memperkukuhkan sensitiviti guru dalam Pendidikan Multibudaya di Sekolah Pendidikan Khas khususnya. Kepentingan serta objektif kajian adalah memberikan impak dengan implikasi kajian kepada guru Pendidikan Khas untuk memberi hak dan peluang sama rata kepada murid bekeperluan pendidikan khas di dalam sistem pendidikan di negara ini.


vi SENSITIVITY OF MULTICULTURAL EDUCATION AMONG TEACHERS IN MULTI-ETHNIC SPECIAL EDUCATION SCHOOLS ABSTRACT The aim of this study was to find out the extent of knowledge and understanding, sensitivity of teachers and the practices found in special education teachers in implementing Multicultural Education among students with special educational needs. Case study methods have been used to explore the issue of this study. The collection of study data was through individual interview methods, observation and analysis of documents. The respondents were a class teacher from a special education school in the state of Perlis. The findings showed that in terms of knowledge and understanding, there needs to be an integration in the curriculum to form unity in the classroom. The curriculum used in the classroom shows the integration of content during the occurrence of PdPc activities such as using the diversity of information from different cultures in describing concepts, principles, generalizations and theories in subjects learned by students of various ethnicities. The findings also show that the sensitivity of teachers in the construction of knowledge and equity pedagogy becomes a process of knowledge building implemented in the classroom, teachers help students understand how knowledge is created and how it is influenced by the position of races, ethnicities, individual social classes and groups with the adaptation of teaching methods that can provide a way of learning students in order to guide the academic performance of students who are racially diverse, cultural and social. To strengthen the practice among teachers in the implementation of Multicultural Education in the classroom, reducing prejudice and empowering the culture in schools can strengthen the sensitivity of teachers in Multicultural Education in Special Education Schools in particular. The importance and objective of the study is to have an impact with the implications of the study for Special Education teachers to give equal rights and opportunities to students with special educational needs in the education system in the country.


vii KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SINGKATAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab 1 1.1 Latar Belakang Kajian 2 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 9 1.4 Soalan Kajian 10 1.5 Kerangka Konseptual Kajian 10 1.5.1 Model Pendidikan Multibudaya 12 1.6 Definisi Istilah Kajian 14


viii 1.6.1 Sensitiviti Kepelbagaian Budaya 14 1.6.2 Pendidikan Multibudaya 15 1.6.3 Murid Bekeperluan Khas 16 1.6.4 Sekolah Pendidikan Khas 17 1.7 Limitasi kajian 17 1.8 Kepentingan Kajian 18 1.9 Rumusan Bab 20 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Bab 21 2.1 Tahap Sensitiviti Guru Terhadap Pendidikan Multibudaya 22 2.2 Cabaran Guru Pendidikan Khas dan Amalan Pendidikan Multibudaya di Sekolah 25 2.3 Pendekatan Untuk Tingkatkan Sensitiviti Guru Dalam Pendidikan Multibudaya di Sekolah 28 2.4 Rumusan Bab 30 BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bab 31


ix 3.1 Rekabentuk Kajian 32 3.2 Lokasi Kajian 38 3.3 Responden Kajian 38 3.4 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 42 3.4.1 Temu Bual 43 3.4.1.1 Temu Bual Secara Individu 44 3.4.1.2 Protocol Temu Bual 45 3.4.2 Pemerhatian 47 3.4.3 Analisa Dokumen 50 3.4.4 Peranan Pengkaji 53 3.4.5 Prosedur Analisis Data 54 3.5 Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian 57 3.5.1 Kebolehpercayaan Kajian 57 3.5.2 Kesahan Kajian 59 3.5.3 Triangulasi 59 3.5.4 Deskripsi yang Mendalam 61 3.6 Rumusan Bab 62


x BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan Bab 64 4.1 Analisa Data Berdasarkan Soalan Kajian Pertama 65 Sejauhmanakah aspek pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan khas tentang Pendidikan Multibudaya 4.1.1 Pengetahuan dan Kefahaman Penyepaduan Kandungan Kurikulum 65 4.2 Analisa Data Berdasarkan Soalan Kedua Kajian Sejauhmanakah sensitiviti guru pendidikan khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah. 70 4.2.1 Sensitiviti Penambahan Ilmu 71 4.2.2 Pedagogi Ekuiti 73 4.3 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian Ketiga Adakah Guru Pendidikan Khas Mengamalkan Amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah 76 4.3.1 Pengurusan Sifat Prejudis 76 4.3.2 Memperkasakan Budaya Sekolah 78 4.4 Rumusan 81


xi BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Bab 82 5.1 Perbincangan Aspek Pengetahuan dan Kefahaman 83 5.2 Perbincangan Sensitiviti Guru 84 5.3 Perbincangan Amalan Guru 85 5.4 Implikasi Kajian 85 5.5 Implikasi Model Pendidikan Multibudaya James A. Banks 86 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 91 5.7 Cadangan Terhadap Sisitem Pendidikan di Malaysia 93 5.8 Kesimpulan Keseluruhan Kajian 96 RUJUKAN LAMPIRAN Borang Persetujuan untuk Menjadi Responden Kajian (Pentadbir/ Guru Sekolah) Contoh Borang Pengesahan Transkripsi Temu Bual Guru Kelas Contoh Protokol Temu Bual dengan Guru Kelas


xii SENARAI JADUAL Jadual Muka surat 3.1 Profil Responden Kajian (Guru Kelas) 40


xiii SENARAI RAJAH Rajah Tajuk Muka surat 1.1 Kerangka konseptual kajian 11 3.1 Jenis-jenis kajian kes 36 3.2 Menggambarkan konteks dan kes kajian ini 37 3.3 Kontinum keterlibatan pengkaji di lapangan 47


xiv SENARAI SINGKATAN PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia KPM Kementerian Pendidikan Malaysia MBPK Murid Bekeperluan Pendidikan Khas PdPc Pembelajaran dan Pemudahcaraan JNJK Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti BPKhas Bahagian Pendidikan Khas PAK21 Pendidikan Abad ke 21 UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization OKU Orang Kurang Upaya EMK Elaun Murid Khas


1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan beberapa aspek penting iaitu latar belakang kajian, penyataan masalah kajian, objektif kajian dan soalan-soalan kajian. Selain itu, kerangka konseptual kajian, definisi istilah dan limitasi kajian turut dibincangkan dalam bab ini. Bab ini diakhiri kepentingan kajian dan rumusan bab.


2 1.1 Latar Belakang Kajian Malaysia adalah sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik dengan jolokkan sebagai negara majmuk. Kepelbagaian budaya atau multibudaya dapat dilihat dalam aspek-aspek seperti ras, etnik, agama, bangsa dan budaya. Corak kehidupan mengikut geografi, sosioekonomi dan sosiopolitik juga mempengaruhi kehidupan multibudaya ini. Multibudaya yang diamalkan ini dipenuhi dengan nilai-nilai murni telah menyatupadukan kehidupan dan kesejahteraan penduduk negara ini. Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan negara ini telah diterapkan dengan elemen-elemen pendidikan multibudaya yang mana para pengkaji telah meneroka teori-teori sosiologi dalam membentuk perpaduan multibudaya negara ini. Pihak kerajaan percaya melalui pendekatan teori-teori ini dapat diserap dan diterapkan kepada generasi-generasi muda masa kini melalui institusi-institusi pendidikan. Dengan adanya, pendidikan multibudaya dalam diri penduduk negara ini maka tidak hairanlah jika dasar dan elemen diskriminasi dapat diatasi dan hak kesamarataan dan kesepaduan hidup dapat diamalkan dengan baik. Dengan itu, Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dalam Bab Empat, Aspirasi Pendidikan telah menegaskan dalam menggalakkan perpaduan melalui pendidikan. Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan


3 berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi (KPM, 2016). Menurut Tamil Sri (2012), budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Taylor, 1987). Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Murid-murid sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan murid dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya.


4 Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya. Sebagai contoh, etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum melayu menuturkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup. Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu. Perbezaan agama dan budaya yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak duduk sama di sekolah atau di tempat kerja mahupun di tempat makan. Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (Bank & Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.


5 1.2 Penyataan Masalah Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM, 2013- 2025), dalam Bab Empat, telah menyatakan perpaduan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. “Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi mereka. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat pra sekolah hingga peringkat menengah atas menjelang 2020” Petikan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Menurut pengkaji dalam penulisan beliau telah menyatakan bahawa terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip terhadap lain-lain golongan, maka akan kurang bersikap negatif terhadap lain-lain golongan. Dengan mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidak toleransi dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat (Martin,1985). Pendidik yang mengenal dan menghormati latar belakang yang pelbagai murid mereka juga akan berkewajiban dan bertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan murid. Walaupun murid dan guru-guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi terdapat juga budaya yang sama


6 dikongsi terutamanya budaya kehidupan. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah mempelajari kemahiran berkerjasama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk murid. Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial murid. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan PPPM 2013-2025, untuk menjadikan sekolah sebagai tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Oleh yang demikian, sensitiviti guru memainkan peranan penting dalam menjadikan pendidikan asas sekolah rendah sebagai alternatif dalam pembentukan multibudaya melalui pendidikan seterusnya menjadikan negara majmuk dan penuh kesepaduan dikalangan rakyat. Berdasarkan isu yang dinyatakan di atas, maka satu kajian mengenai pendidikan multibudaya perlu dijalankan. Permasalah yang ingin diketengahkan adalah sejauhmana sensitiviti guru terhadap pendidikan multibudaya, cabaran dan pendekatan yang akan dilaksanakan di dalam kalangan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang terdiri daripada pelbagai etnik melalui PPPM 2013- 2025 tersebut. Kajian ini sangat penting untuk diteliti akan sensitiviti guru dalam mengendalikan murid-murid pelbagai etnik di dalam kelas dan lain-lain aktiviti


7 berkaitan yang terdapat di sekolah tersebut supaya hak kesamarataan dikalangan MBPK tidak terabai dan pihak sekolah mematuhai peraturan-peraturan pendidikan seperti yang terkandung di dalam Kod Amalan Pendidikan Khas 2013. Pendidikan multikultural adalah pembinaan pendidikan di mana budaya pelajar dimasukkan kedalam kurikulum, pengajaran, dan bilik darjah dan persekitaran sekolah. Ia menyokong dan memperluaskan konsep budaya, kepelbagaian, kesaksamaan, keadilan sosial, dan demokrasi ke dalam persekitaran sekolah. Pemeriksaan konsepkonsep ini dan aplikasi praktikal mereka di sekolah adalah langkah pertama dalam mewujudkan bilik darjah yang pelbagai budak (Gollnick & Chinn, 2017). Walaupun guru berada dalam persekitaran persekolahan pelbagai budaya, guru didapati masih kurang sensitif terhadap kepelbagaian budaya di sekolah kerana pendekatan pelbagai budaya masih agak asing dalam kalangan guru di negara ini (Najeemah, 2006). Namun begitu, pendekatan ini sudah semakin mendapat perhatian di negara ini seperti dalam kajian. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Kajian ini juga turut mengkaji sama ada persekitaran sekolah yang terdiri daripada murid pendidikan khas pelbagai etnik merupakan peramal kepada sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru juga dikenal pasti berdasarkan pandangan guru di sekolah tersebut. Kajian sensitiviti kepelbagaian


8 budaya yang dikaji ini berdasarkan berdasarkan kesedaran, pengetahuan, sikap dan kemahiran budaya terhadap murid pendidikan khas dari sudut kelas sosial, etnik dan gender. Fokus kajian ini kepada sensitiviti pendidikan multibudaya. Terdapat kajian yang telah dilakukan sebelum ini terhadap sensitiviti kepelbagai budaya dalam kalangan guru yang dijalankan oleh Yasmin Ahmad (2014). Namun fokus kajian ini hanya tertumpu kepada guru sekolah menengah di mana mempunyai murid yang lebih pelbagai. Oleh demikian, kajian ini pula memfokuskan sensitiviti pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di sekolah pendidikan khas iaitu Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan memperlihatkan kecenderungan guru dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terhadap MBPK mengikut etnik. Jika dilihat sekolah kebangsaan pendidikan khas yang bersifat homogen ini seperti kurang berkeperluan terhadap pendedahan kepada multibudaya kerana persekitarannya yang kurang pelbagai. Namun, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dalam Laporan Awal PPPM 2013-2015 yang dikeluarkan pada September, 2011 melaporkan terdapat keperluan bagi sekolah yang mempunyai murid yang kurang pelbagai mengambil langkah aktif bagi mendedahkan murid terhadap multibudaya ini. Jika kesedaran terhadap kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat disemai dalam semua peringkat maka tugas berat ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik. MBPK yang akan memasuki peringkat pendidikan sekolah rendah iaitu dari pra sekolah sehingga tamat persekolahan rendah tidak lagi akan berasa kekok terhadap


9 kepelbagaian yang wujud dalam persekitaran sekolah kerana mereka lebih awal didedahkan terhadap perbezaan tersebut. Maka pendedahan awal terhadap sensitiviti pendidikan multibudaya ini menjadi tanggungjawab kepada guru yang sentiasa mendampingi murid sepanjang mereka berada di sekolah. Dorongan berterusan daripada guru terhadap sikap yang lebih sensitif terhadap perbezaan budaya dan agama amat penting bagi memupuk integrasi etnik dalam persekitaran bilik darjah (Suresh Kumar,2017). Oleh itu, perlu ada kajian untuk melihat sensitiviti pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah kebangsaan pendidikan khas. 1.3 Objektif Kajian Berdasarkan penyataan masalah yang dinyatakan di atas, adalah perlu memahami isu sensitiviti pendidikan multibudaya dalam kalangan guru terhadap MBPK di sekolah kebangsaan pendidikan khas terdapat pelbagai etnik. Oleh sebab itu, bagi memahami keadaan sebenar sensitiviti pendidikan multibudaya ini, berdasarkan ciri-ciri guru seperti berikut: i. Sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan Khas tentang Pendidikan Multibudaya. ii. Sejauhmana sensitiviti guru Pendidikan Khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah. iii. Adakah guru Pendidikan Khas mengamalkan amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah.


10 1.4 Soalan Kajian Berdasarkan objektif seperti yang dinyatakan pada sub topik 1.3, beberapa soalan kajian telah dibentuk agar ianya dapat memberi jawapan pada permasalahan kajian. Soalan-soalan kajian adalah meliputi: - i. Bagaimanakah dari aspek pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan Khas tentang Pendidikan Multibudaya? ii. Apakah sensitiviti guru Pendidikan Khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah? iii. Apakah guru Pendidikan Khas mengamalkan amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah? 1.5 Kerangka konseptual kajian Rajah 1.1 adalah kerangka konseptual kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab isu kajian iaitu sensitiviti pendidikan multibudaya dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan pendidikan khas pelbagai etnik. Justeru itu, bagi menjawab isu kajian ini, skop kajian dan teori sosiologi dalam pendidikan multibudaya yang berkaitan telah digambarkan dalam kerangka konseptual ini. Melalui skop kajian dan teori yang bersesuaian dapat menggambarkan kajian yang telah dilaksanakan. Data diperoleh


11 daripada sesi temu bual guru yang menjadi peserta kajian. Elemen yang diberi fokus dalam temubual ialah mengenai elemen sensitiviti pendidikan multibudaya yang diamalkan oleh guru semasa mengajar murid pelbagai etnik. Elemen kepelbagaian budaya yang diaplikasikan dan diamalkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan menjadi elemen-elemen dalam kajian ini. Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan kerangka konseptual ini, pengkaji mempertimbangkan sensitiviti guru dalam mengendalikan murid bekeperluan pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Sensitiviti guru terhadap murid pelbagai etnik mempengaruhi


12 kemenjadian murid di dalam institusi pendidikan terutamanya di kalangan murid bekeperluan pendidikan khas. Tahap sensitivi guru terhadap murid bekeperluan Pendidikan khas. Sejauhmana tahap sensitiviti guru terhadap murid bekeperluan pendidikan khas, cabaran yang dihadapi dan pendekatan yang digunakan dalam membentuk pembelajaran dikalangan murid pelbagai etnik dapat dikaji dan dibuat pemerhatian ketika berada di persekitaran sekolah. Berdasarkan kerangka konseptual ini, model sosiologi dalam pendidikan multibudaya turut digambarkan. Model pendidikan multibudaya ini menggambarkan pendekatan-pendekatan dalam mengendalikan pendidikan pelbagai budaya sebagai pembina pendidikan yang menggabungkan perbezaan budaya dan memberikan kesaksamaan dan keadilan sosial di sekolah. Berikut diperincikan Model Pendidikan Multibudaya tersebut dan perkaitannya dalam isu kajian ini. 1.5.1 Model Pendidikan Multibudaya Menurut Bank, J. A. (1994, 1999 dan 2002), merupakan pakar dalam pendidikan pelbagai budaya di Amerika Syarikat. Pendidikan pelbagai budaya berasal daripada idea bahawa “semua murid, tanpa mengira jantina, etnik, bangsa, kelas sosial, agama atau pengecualian, harus mengalami kesaksamaan pendidikan di sekolah. Banks, J.A. (1993) menyatakan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pencapaian


13 pendidikan multikultural adalah sebuah cerita yang perlu diberitahu, demi kepentingan keseimbangan, integriti ilmiah, dan ketepatan. Dengan itu, terdapat lima dimensi pendidikan multibudaya yang diperolehi melalui Bank, J. A. iaitu (i) penyepaduan kandungan. Sejauhmana guru menggunakan contoh, data dan maklumat daripada pelbagai budaya dan kumpulan untuk menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori utama dalam bidang subjek atau disiplin mereka. (ii) Pembinaan ilmu. Apabila proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, guru membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia dipengaruhi oleh keduduan kaun, etnik dan kelas sosial individu dan kumpulan. (iii) Pengurangan sifat prejudis. Guru perlu mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain. (iv) Pedagogi ekuiti. Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akademik murid yang pelbagai dari segi ras, budaya dan sosial dan (v) Memperkasakan budaya sekolah. Institusi budaya dan persekitaran sekolah perlu diperbaharui untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pertumbuhan emosi murid daripada pelbagai kumpulan etnik, kaum dan kelas sosial. James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu: 1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan pendidikan yang adil kepada semua individu. 2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali


14 kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan menghormati antara satu sama lain. 3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya membangunkan negara ke peringkat antarabangsa. 4. Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari pespektif budaya lain, dengan andaian bahawa mempunyai fahaman dan pengetahuan sedemikian akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain. 5. Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan sering berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkn budaya golongan majoriti dan jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada hakikatnya golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya golonagan lain. 6. Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain. 7. Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri. 1.6 Definisi Istilah 1.6.1 Sensitiviti Kepelbagaian Budaya Sensitiviti kepelbagaian budaya merujuk kepada keupayaan untuk melihat perbezaan dan membina pengalaman yang relevan terhadap perbezaan antara budaya (Hammer, Bennett & Wiseman, 2003). Menurut Hammer, Bennett & Wiseman (2003), sensitiviti terhadap kepelbagaian budaya yang tinggi adalah berkaitan dengan potensi yang tinggi untuk penerapan kompetensi budaya.


15 Dalam kajian ini, sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru merujuk kepada keupayaan guru untuk melihat perbezaan dan membina pengalaman yang relevan terhadap perbezaan budaya antara guru dengan murid yang pelbagai etnik dan budaya dalam konteks interaksi guru murid. 1.6.2 Pendidikan Multibudaya Pendidikan Multibudaya merupakan suatu proses pendidikan yang wujud dalam masyarakat sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (Bank & Banks, 2003). Malaysia digambarkan sebagai negara majmuk dengan pelbagai bangsa, etnik, agama, budaya dan lain-lain. Pemerkasaan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk semula persekitaran sekolah seperti sikap, kepercayaan, tindakan guru-guru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru.


16 Dalam kajian ini, responden akan menyatakan aspek-aspek kepelbagaian budaya dari segi jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama yang berlaku di sekolah tersebut. 1.6.3 Murid Bekeperluan Pendidikan Khas Merujuk Khas, B. P. (2014) murid berkeperluan pendidikan khas diertikan sebagai kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan. Dalam kajian ini, responden akan mengenal pasti sejauhmana pendidikan multibudaya berlaku dalam murid bekeperluan pendidikan khas kepada murid kategori masalah pembelajaran.


17 1.6.4 Sekolah Pendidikan Khas Merujuk kepada Khas, B. P. (2014) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). Sekolah ini terdiri daripada 28 sekolah rendah dan enam sekolah menengah yang berada di bawah tadbir urus Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kajian ini akan merujuk sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di negeri Perlis dalam kutipan data berkaitan Pendidikan Multibudaya dalam kalangan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas. 1.7 Limitasi Kajian Kajian ini berbentuk kajian kes dan pemilihan responden adalah secara pemilihan bertujuan untuk memfokus kepada kajian dan penilaian pengkaji terhadap pendekatan yang lebih jelas untuk digunakan. Matlamat kajian ini adalah untuk memilih responden yang dapat mewakili kepelbagaian pengalaman terhadap fenomena yang menjadi fokus utama kajian.


18 Kajian kes kualitatif digunakan oleh pengkaji yang berminat untuk meneroka, membuat interprestasi dan mendapat pemahaman yang mendalam tentang sesuatu kes. Kajian kes memfokuskan kepada deskripsi dan penerangan yang holistik. Dengan itu, kajian sebegini agak rumit kerana kadangkala terdapat beberapa perubahan yang perlu dibuat pada skop pemerhatian dan sesi temubual. Ketika berlakunya proses pengumpulan data, responden membatalkan sesi temu bual kerana masalah peribadi. Oleh itu, proses terjadinya kelewatan semasa proses pemungutan data. Selain daripada itu, tuntutan tugasan perjawatan hakiki dan cuti persekolahan akhir sesi akademik menyebabkan responden terganggunya responden untuk membantu kerana kekangan masa untuk sesi pemerhatian dan temu bual dijalankan. Justeru itu, pemerhatian tidak banyak membantu dan temu bual juga tidak berjalan dengan lancar. Dengan itu, pemerhatian tidak banyak berlaku. Makanya, terjadi keterbatasan peluang dalam memerhati interaksi dalam keadaan formal dan informal. 1.8 Kepentingan Kajian Matlamat Pendidikan Multibudaya di negara ini adalah bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang


19 dimana pemupukan semangat integrasi dikalangan murid daripada pelbagai aliran dapat disemai. Namun yang demikian, pendidikan multibudaya ini dapat dicapai jika interaksi sosial murid dalam kepelbagaian etnik dapat dipupuk dengan erat dan baik. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa objektif seperti sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan Khas tentang Pendidikan Multibudaya, sejauhmana sensitiviti guru Pendidikan Khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah dan adakah guru Pendidikan Khas mengamalkan amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah kajian, memberi kepentingannya seperti dinyatakan di bawah. Kajian ini terdiri daripada tiga kepentingan kajian iaitu pertama kajian ini dari sudut sosiologi adalah berdasarkan Model Pendidikan Multibudaya Banks and Banks. Model ini digunakan oleh kebanyakkan pengkaji -pengkaji sosiologi untuk membantu pengkaji memahami sesuatu isu yang berlaku di dalam masyarakat. Dalam konteks kajian ini, hasil dapatan menyokong pendapat dan penulisan berkaitan model yang terdapat di dalam Pendidikan Multibudaya (Model Pendidikan Multibudaya James A. Banks, 1914, 1999 dan 2002) yang telah digunakan. Justeru itu, generalisasi dapatan dan perkaitannya dengan model kajian iniboleh dibuat. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa kajian ini berkepentingan dalam konteks teori bidang sosiologi kerana melalui dapatan kajian ini ianya berupaya menyokong idea sesuatu teori. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi satu gambaran dan kesedaran kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan komuniti bahawa sensitiviti terhadap pendidikan multibudaya seharusnya diambil berat dalam sesebuah institusi pendidikan terutamanya sekolah. Di samping itu, hasil kajian ini diharap boleh dijadikan satu


20 panduan kepada semua pihak terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru bagi mewujudkan suasana kelas dan sekolah yang mendorong kepada pendidikan multibudaya dimana semua murid tanpa mengira ras, etnik, kelas sosial dan agama diberi hak kesamarataan dalam mendapat pendidikan di negara ini, khususnya sekolah pendidikan khas bagi murid-murid bekeperluan pendidikan khas. Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat mengembangkan dan memantapkan teori-teori sosiologi sebagaimana sekolah sebagai ejen sosiologi kepada generasi masa depan. 1.9 Rumusan Bab Berdasarkan bab satu ini, ianya dapat memberi gambaran mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah berkaitan isu Sensitiviti Pendidikan Multibudaya Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Pendidikan Khas Pelbagai Etnik dan kenapa perlunya isu sensitiviti ini perlu dikaji. Selain daripada itu, bab ini juga dapat menjelaskan mengenai aspek kajian, objektif kajian, soalan kajian yang dijalankan dan kepentingan menjalankan kajian ini. Melalui kerangka konseptual kajian pula, beberapa aspek penting dapat dilihat seperti skop-skop kajian dan teori sosiologi yang diapliksasi bagi menjalankan kajian. Dalam bab seterusnya, iaitu Bab 2 pengkaji akan menghuraikan tentang beberapa aspek penting yang berkaitan dengan sensitiviti pendidikan multibudaya dalam pendidikan khas yang berbeza di Malaysia dan luar negara.


21 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Bab Bab ini membincangkan mengenai Sensitiviti Pendidikan Multibudaya Dalam Kalangan Guru Terhadap Murid Bekeperluan Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas pelbagai etnik dengan memberikan fokus kepada kajian-kajian lepas berkaitan sensitiviti pendidikan multibudaya. Kajian-kajian lepas dijadikan panduan bagi menghasilkan kajian yang memberi impak kepada golongan murid bekeperluan pendidikan khas dalam pelbagai etnik. Rujukan kajian lepas yang diperolehi adalah hasil kajian dari dalam dan luar berkaitan sensitiviti pendidikan multibudaya, pengaplikasian teori dalam kajian dan


22 fungsi kajian lepas sebagai panduan untuk memfokuskan kajian selaras dengan penetapan objektif dan tujuan kajian. 2.1 Tahap Sensitiviti Guru Terhadap Pendidikan Multibudaya Menurut Straffon (2001), sensitiviti kepelbagaian budaya membawa maksud apabila seseorang memberikan respon yang afektif terhadap perbezaan budaya yang wujud antara individu. Manakala Bennett (1993) berpendapat bahawa sensitiviti antara budaya juga ditakrifkan sebagai pengalaman terhadap perbezaan budaya dan pengalaman tersebut bergantung kepada cara seseorang individu membentuk perbezaan tersebut. Bhawuk & Brislin (1992) mentakrifkan sensitiviti antara budaya sebagai "sensitivity to the importance of cultural differences and to the points of view of people in other cultures”. Berdasarkan definisi dan konsep pendidikan multibudaya, beberapa prinsip perlu diberi pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan berbilang budaya. Menurut Jame A. Banks (2002) dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan, Beberapa prinsip asas yang perlu diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan adalah: -


23 1. Program perkembangan profesional perlu diadakan untuk membantu guru memahami ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, pelajar. 2. Sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam pembelajaran. Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan harus berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan penyelidikan yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara. 3. Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang. Sekolah harus menubuh persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki perhubungan antara golongan. 4. Pelajar perlu memafami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan negatif terhadap perhubungan kaum. Pelajar perlu membelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang berbilang kebudayaan (contoh: keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keamanan, belas kasihan dan lain-lain.) 5. Guru harus membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, bahasa yang berlainan. Sekolah harus membekalkan peluang kepada pelajar yang berlatar belakang yang berlainan berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan berkebimbangan.


24 6. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerjasama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar. 7. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama. Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar. Menurut Ponder (1971), seseorang guru perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu perpaduan sebelum seseorang guru dapat mendidik dan melahirkan warganegara yang menepati cita-cita negara. Menurut Mior Khairul Azrin (2011) terdapat hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, kurangnya pergaulan antara murid Islam dan murid bukan Islam terutama selepas waktu sekolah, kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum. Permasalahan hubungan yang renggang ini mungkin disebabkan murid tidak memahami konsep bersosialisasi dalam Islam. Bahkan sebagai pelaksana kurikulum, guru seharusnya meneliti setiap budaya muridmurid dan mempunyai pengetahuan mendalam terhadap murid untuk meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Abdul Razaq et al. (2010), berpendapat bahawa berkaitan kepelbagaian pelajar dan sekolah: satu kajian kes di negeri Pahang menunjukkan bahawa pelajar masih lagi mempunyai perspektif yang sederhana dan tidak memuaskan tentang konsep kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah. Hal ini berlaku kerana pihak sekolah dan guru kurang memberikan pendedahan dan dorongan kepada pelajar dalam menerima kepelbagaian di sekolah. Dalam


25 melaksanakan PAK21 ini, terdapat beberapa isu penting yang berkaitan dengan budaya sesuatu komuniti atau masyarakat yang perlu diberikan perhatian khususnya dalam masyarakat yang multi etnik dan multi agama. 2.2 Cabaran Guru Pendidikan Khas dan Amalan Pendidikan Multibudaya di Sekolah. Cabaran bagi para pendidik untuk menghubungkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tidak dapat dinafikan bahawa faktor dunia tanpa sempadan dan ledakan globalisasi telah memberikan kesan yang signifikan dalam pembangunan warga negara serta keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Nilai-nilai akhlak dan moral para murid semakin merosot disebabkan tempoh pendedahan yang tinggi terhadap media massa dan sosial memberikan kesan yang negatif kepada kehidupan tumbesaran mereka. Kewujudan berbagai saluran television, radio dan ditambah pula jutaan laman web menjadi isu dalam perkembangan pendidikan murid sekolah. Apa yang jelas terdapat hubungan yang signifikan antara pendedahan media masa dan sosial dengan perkembangan sosio-psikologi remaja. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Kemudahan jaringan internet dan penjualan berbagai alat


26 mudah alih tanpa wayar yang murah dan mudah didapati menyebabkan penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat di negara ini. Seeloknya, pembelajaran yang berkesan akan dapat memastikan murid-murid dibangunkan dengan sokongan yang mantap daripada pengajaran guru dalam dan luar bilik darjah. Apa yang utama ialah keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti PdPc yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Peranan guru semakin mencabar kerana guru perlu menjadi pemudahcara yang efektif kepada murid dalam sesuatu aktiviti pembelajaran di dalam kelas malah di luar bilik darjah. Semua lapisan warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar dan kurikulum yang dibangunkan. Menurut Mek Nah Bakar (2016), secara umumnya dapat difahami bahawa PAK21 merupakan satu bentuk pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya berbeza. Sejajar dengan aspirasi murid untuk membina identiti nasional iaitu rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh


27 dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia. Secara lebih spesifik, kepelbagaian budaya di Malaysia menjadi satu peluang bagi guru dan murid untuk menampilkan diri sebagai contoh terbaik dalam aspek personaliti, komunikasi sebagainya kepada murid-murid lain di sekolah dalam aspek perpadusan negara bangsa ke arah kecemerlangan. Cabaran-cabaran dalam mendidik generasi abad 21 yang digalas oleh guru yang berada di sekolah di setiap ceruk Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang majmuk yang telah menjadi landasan kepada UNESCO untuk mengembangkan terasteras dalam pendidikan yang asas, iaitu, teras yang keempat: learning to live together. Ini bermakna, PAK21 seharusnya mampu untuk mewujudkan suasana supaya pelajar merasakan mereka mampu untuk hidup bersama dengan orang lain yang berbeza etnik, suku, bangsa, bahasa, budaya dan agama agar agenda pendidikan negara pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera.


28 2.3 Pendekatan Untuk Tingkatkan Sensitiviti Guru Dalam Pendidikan Multibudaya di Sekolah. Kajian daripada Miller (1995) mendapati bahawa peranan guru penting dalam memupuk interaksi antara pelajar dengan kaum lain di sekolah. Beliau menyatakan bahawa guru perlu menghindari perasaan yang negatif seperti mempunyai tanggapan negatif terhadap kaum-kaum yang tertentu. Manakala, guru perlu ada kemahiran berkomunikasi dengan pelajar daripada pelbagai budaya supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kajian Miller mengenai peranan guru dalam meningkatkan kefahaman pelajar tentang budaya pelbagai kaum di sekolah amat relevan dalam konteks Malaysia. Dalam konteks ini, guru perlu sentiasa menerapkan nilai budaya daripada pelbagai kaum dalam bilik darjah supaya pelajar dapat mengenali dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Menurut Zaliza & Norlin (2009), guru berperanan dalam menyemaikan nilai murni termasuklah nilai perpaduan kaum kepada pelajar di sekolah. Penghayatan nilai murni merupakan satu dasar yang boleh memberikan keseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pendidikan nilai murni di sekolah penting sebagai penggerak utama dalam pembinaan insan. Menurut Abd Rahim (2001), peranan pihak sekolah dan guru dalam menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar adalah lebih berkesan berbanding dengan pihak lain kerana pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik di sekolah. Menurut Asmawati, Rahyl dan Abdul Rahman (2001) guru dapat mempengaruhi persepsi dan kefahaman pelajar tentang nilai murni di sekolah. Hal ini


29 demikian kerana guru merupakan orang yang kerap berinteraksi dengan pelajar di sekolah selepas keluarga mereka. Oleh itu, tanggungjawab guru dalam mendidik dan memupuk nilai murni terhadap pelajar tidak boleh dipandang ringan. Kajian Sarimah et al. (2011) mendapati bahawa sikap prihatin guru dalam masalah pelajar dan menjadi suri teladan yang baik boleh dicontohi oleh pelajar, dapat meningkatkan penghayatan akhlak pelajar. Guru sebagai idola kepada pelajar. Sikap prihatin masalah pelajar dan teladan baik guru mudah mempengaruhi pelajar. Pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang dilakukan oleh guru mereka, sama ada cara guru bertutur ataupun bertingkah laku. Menurut Zuria & Salleh (1998), seseorang guru perlulah sentiasa menunjukkan sikap positif dalam diri bagi menanamkan sikap positif dalam diri pelajarnya. Jika tidak, segala teladan negatif guru akan mempengaruhi dan diikuti oleh pelajar. Justeru itu, guru berperanan sebagai agen sosialisasi yang penting dalam pembinaan bangsa negara terutamanya generasi muda. Guru juga merupakan penjaga impian kepada negara dalam aspek perpaduan kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk yang bukan sahaja berbeza budaya tetapi juga berbeza agama. Struktur masyarakat seperti ini adalah sensitif dan mudah terjebak dengan api perkauman dan permusuhan berdasarkan agama, ekonomi dan politik di dalam kepelbagaian budaya di negara ini.


30 2.4 Rumusan Bab Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan beberapa pekara yang penting dan berkait rapat dengan sensitiviti kepelbagaian budaya dikalangan guru. Berdasarkan tinjauan kajian lepas dalam bab dua ini, terdapat peranan etnik dalam kumpulan manusia membantu dalam memupuk semangat perpaduan dalam sesebuah negara. Hubungan etnik adakalanya berada dalam keadaan baik dan kadang-kala sebaliknya. Maka bagi memastikan hak perpaduan dan kesepaduan rakyat terjamin, pelbagai dasar pendidikan telah dibuat sejak zaman selepas kemerdekaan hinggalah sekarang. Selain itu, dengan adanya perbincangan mengenai model sosiologi yang dijadikan panduan dalam menganalisa sensitiviti guru dalam pendidikan multibudaya di sekolah. Pada bab seterusnya, iaitu bab tiga, pengkaji membincangkan tentang metodologi kajian ini, iaitu merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, responen kajian, prosedur pengumpulan data kajian serta pengesahan data kajian.


31 BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bab Bab ini merangkumi reka bentuk kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam Bab Satu. Bab ini juga membincangkan lokasi kajian, populasi dan sampel atau responden yang dipilih bagi kajian ini. Perbincangan mengenai prosedur pengumpulan data, prosedur analisis data kajian dan keboleh percayaan dan kesaha kajian juga terdapat dalam bab ini. Bab Tiga diakhiri dengan jadual kajian dan rumusan bab.


32 3.1 Rekabentuk Kajian Menurut Creswell (1998), reka bentuk sebagai keseluruhan proses penyelidikan daripada proses pengkonseptualan masalah kepada proses menulis laporan. Pendapat Yin (1989), reka bentuk merupakan urutan logikal yang mengaitkan data empirikal dengan soalan kajian dan seterusnya dengan kesimpulan kajian. Menurut Othman Lebar (2006) dan Creswell (2002), kajian kualitatif merupakan satu kaedah atau proses inkuri yang dijalankan untuk menyelidik isu-isu sosial atau masalah dalam masyarakat berdasarkan kepada keseluruhan gambaran dan kompleks, pandangan pakar yang mendalam serta kajian kualitatif dijalankan dalam keadaan lapangan dan semulajadi. Hal demikian menggalakan kajian yang lebih luas mengenai skop dan melibatkan pengalaman serta penglibatan secara telus oleh pengkaji. Kajian kualitatif menggunakan pelbagai cara antaranya kaedah temubual, bersemuka dengan individu dan pendekatan induktif untuk menjana sebuah teori berkaitan kajian yang dijalankan. Kaedah kutipan data secara premier dan penjanaan teori secara lapangan membantu daripada segi kesahan dan kebolehpercayaan teori yang terhasil. Kaedah kualitatif adalah kaedah yang mempunyai fleksibeliti yang tinggi dan boleh diubahsuai denga napa juga keadaan serta keperluan semasa. Penyelidikan kualitatif memberikan fokus kepada definisi, konsep, sinonim, huraian dan simbol sesuatu subjek kajian termasuklah sitfuasi dan nilai kepada konsep kajian.


33 Selain itu, dapat membantu pengkaji mengenal pasti minat dan menerokai serta memahami pembinaan makna sesebuah kehidupan, pengalaman serta perjalanan sturktur sesebuah kehidupan atau subjek kajian. Menurut Hammersley dan Atkinson (1983), dalam penyelidikan kualitatif, reka bentuknya merupakan proses refleksif, automatik dan serentak yang beroperasi melalui setiap langkah kajian. Justeru itu, kajian ini memilih reka bentuk kualitatif sepenuhnya iaitu kaedah kajian kes. Ia adalah untuk memberi peluang kepada pengkaji untuk memerhati dan meneliti mengenai kesedaran pendidikan multibudaya di kalangan guru terhadap murid bekeperluan pendidikan khas di lokasi kajian. Pemilihan kaedah kajian kes adalah bagi memastikan kajian dapat dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan pendapat dan kehendak responden berdasarkan pengalaman dan pemahaman guru. Menurut pengkaji, aspek pemerhatian tidak dilakukan memandangkan kajian ini hanya memfokuskan kepada pemahaman guru mengenai sensitiviti dalam pendidikan multibudaya pelbagai etnik di sekolah. Dengan adanya lima jenis reka bentuk dalam penyelidikan kualitatif, iaitu fenomenologi, biografi, “grounded theory”, kajian kes dan etnografi (Creswell, 2007; Othman Lebar, 2009). Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih reka bentuk kajian kes. Pemilihan kajian kes dapat membantu pengkaji memahami isu kajian dengan lebih mendalam seperti yang dinyatakan oleh beberapa pandangan tokoh.


34 Menurut Stake (1978), laporan penyelidikan kualitatif kaya dengan penjelasan yang terperinci dan mendalam tentang pengalaman partisipan dan juga mungkin dari segi epistemologinyalebih harmoni dengan pengalan membaca dan menjadi lebih bermakna. Kajian kes, menurut Stake (2000), merupakan bukan pilihan ke atas metodologi tetapi pilihan ke atas apa yang hendak dikaji. Menurut Yin (1994), kajian kes dari segi proses penyelidikan adalah “A case study ia an impirical inquiry that investigates are contemporary phenomenon within its real-life context, especially when the boundaries between phenomenonand context are not clearly evident”. Menurut Merriam (1998) telah mendefinisikan kajian kes dari segi produk. Definisi beliau adalah “A qualitative case study is an intensive, holistic description and analysis of a single instance, phemomenon or social unit”. Menurut Creswell (2007), kajian kes adalah satu pendekatan kualitatif, di mana pengkaji meneroka satu kes atau pelbagai kes. Pengutipan data secara mendalam daripada pelbagai sumber dan mendeskripsi hasil dalam bentuk tema-tema. Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan kepada aspek pengetahuan dan kefahaman guru dalam pendidikan multibudaya, sensitiviti guru terhadap murid pelbagai budaya dan amalan guru dalam pendidikan multibudaya. Pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan isu kajian melalui pelbagai kaedah iaitu temu bual,


35 pemerhatian, dan analisa dokumen. Perincian laporan hasil dapatan di Bab Empat dan Bab Lima. Menurut Yin (2009), terdapat empat jenis kajian kes iaitu (i) reka bentuk satu kes (satu unit analisis), (ii) reka bentuk satu kes (analisis unit berkaitan), (iii) reka bentuk pelbagai kes (satu kes analisis) dan (iv) reka bentuk pelbagai kes (analisis unit berkaitan). Reka bentuk satu kes (satu unit analisis) memfokuskan satu unit analisis sahaja secara holistic. Reka bentuk satu kes (analisis beberapa unit berkaitan, memfokuskan sat ukes kajian sahaja, tetapi pada masa yang sama turut mempertimbangkan beberapa unit analisis kajian kes yang dikaji itu, kerana unit-unit ini mempengaruhi satu sama lain. Reka bentuk pelbagai kes (satu unit analisis) di mana ia melibatkan pengumpulan dan penganalisian data daripada beberapa kes. Kajian kes seperti dapat meningkatkan kesahan dan generalisasi dapatan kajian tersebut. Manakala, reka bentuk pelbagai kes (analisis beberapa unit berkaitan). Ianya, masih melibatkan pengumpulan dan penganalisan data daripada beberapa kajian kes serta pada masa yang sama turut mempertimbangkan beberapa unit analisis dalam sesuatu kes yang dikaji. Kesemua unit-unit ini mempengaruhi satu sama lain. Kajian kes jenis ke empat, lebih meningkatkan kesahan kajian serta generalisasi kajian tersebut.


36 Rajah 3.1: Jenis-jenis kajian kes. (Sumber: Diubahsuai daripada Yin,2009) Dalam kajian ini, Jenis 1, iaitu Rekabentuk satu kes (satu unit analisis) telah dipilih. Rajah 3.2 di bawah menggambarkan konteks dan kes, di mana hanya satu unit analisis diperhatikan dalam kajian ini. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes jenis 1 ini, isu kajian dapat dilihat secara terperinci. KONTEKS Jenis 1: Rekabentuk satu kes (satu unit analisis) @ single case design (single unit of analysis) Jenis 3: Rekabentuk pelbagai kes (satu unit analisis) @ multiple case design (single unit of analysis) Jenis 2: Rekabentuk satu kes (analisis beberapa unit berkaitan) @ single case (embedded units of analysis) Jenis 4: Rekabentuk pelbagai kes (analisis beberapa unit berkaitan) @ multiple case design (embedded unit of analysis) KONTEKS


Click to View FlipBook Version