The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Projek_ SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazisyamsamsudin, 2023-05-07 11:44:40

SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

Kertas Projek_ SENSITIVITI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI ETNIK

87 amat diperlukan didalam pembangunan anak-anak generasi muda kini tanpa had walaupun ianya Murid Bekeperluan Pendidikan Khas. Hasilnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan program perkembangan profesional membantu guru supaya dapat lebih memahami dan mengenali ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, bahasa, sosio-ekonomi yang saling berkaitan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar bermula dari institusi latihan perguruan atau universiti-universiti pendidikan lagi. Tujuannya ada untuk pembentukan perpaduan dari akar ubi selaras dengan dasardasar negara seperti Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya. Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur. DPN merupakan dasar pertama negara yang khusus kepada pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu memastikan semua murid memperolehi peluang yang saksama dalam pembelajaran. Kurikulum yang disediakan perlulah membantu murid-murid untuk memahami ilmu pengetahuan berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan kajian yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara. Malahan pihak sekolah juga, perlu membekalkan semua murid peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau aktiviti luaran yang


88 membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan murid yang berasal dari pelbagai latar belakang serta harus menubuhkan persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki perhubungan di antara golongan. Selain daripada itu, murid juga perlu dibimbing untuk memahami apa itu stereotaip dan bias yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perhubungan diantara kaum. Murid perlu mempelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang berbilang kebudayaan seperti keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keamanan, belas kasihan dan lain-lain. Justeru itu, peranan guru yang seharusnya membantu murid memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan murid dari kaum, budaya, bahasa yang berlainan. Dengan itu juga, sekolah harus membekalkan peluang kepada murid yang berlatar belakang yang berlainan untuk berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan berkebimbangan sesama mereka di dalam kelas. Oleh itu, sekolah perlu mengatur strategik bagi memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah mempelajari kemahiran berkerjasama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk semua murid tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi.


89 Bagi pentadbir sekolah yang bertindak sebagai pemimpin kumpulan yang berkaitan perlulah membentuk strategi untuk memastikan semua kelas, panitia, kumpulan di dalam sekolah tersebut mendapat peruntukan kewangan yang saksama. Sehubungan itu, guru harus seharusnya peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial murid. Menurut Gollnick, D. M., & Chinn, P. C. (2017), Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya adalah undang-undang persekutuan yang memerlukan penempatan pelajar kurang upaya dalam persekitaran yang paling tidak terhad. Ini bermakna bahawa pelajar-pelajar ini harus diletakkan di dalam atau berhampiran dengan suasana pendidikan umum seperti yang boleh dilaksanakan untuk mereka. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan bahawa keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.


90 “To implement multicultural education effectively, teachers and administrators must attend to each of the five dimensions of multicultural education described above. They should use content from diverse groups when teaching concepts and skills, help students to understand how knowledge in the various disciplines is constructed, help students to develop positive intergroup attitudes and behaviors, and modify their teaching strategies so that students from different racial, cultural, and social-class groups will experience equal educational opportunities. The total environment and culture of the school must also be transformed so that students from diverse ethnic and cultural groups will experience equal status in the culture and life of the school.” – James A. Banks Kesan yang dapat dikongsikan daripada petikan ini ialah dari aspek pendidikan dimana guru, pentadbir dan sekolah perlu peka dan bersedia di dalam pembangunan dan kemajuan murid untuk menjadi bangsa yang optimis di dalam kehidupan tanpa ada sebarang sikap prasangka atau prejudis sesama manusia di dalam mengolah kehidupan ini. Oleh yang demikian, strategi di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu dititik beratkan dengan pendidikan multibudaya supaya murid dapat memahami hak sama rata di dalam kehidupan tanpa ada jurang kaum, budaya dan kumpulan kelas sosial. Maka, dengan itu akan lahirlah generasi muda yang akan saling hormat-menghormati, faham-memahami, tolong-menolong dan semangat perpaduan di dalam kehidupan dapat dipupuk untuk membentuk sebuah kehidupan yang harmoni dan sejahtera.


91 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian yang dijalankan bagi memenuhi keperluan objektif yang telah ditentukan sebelum diterjemahkan melalui kerangka kajian. Dapatan kajian yang telah diperolehi mempunyai limitasi dan batasan termaktub di dalam perjalanan dan kerjasama sepanjang kajian dijalankan. Oleh yang demikian, limitasi yang terdapat dalam kajian diimplimentasikan kepada kerangka cadangan untuk kajian lanjutan mahupun tindakan daripada pihak-pihak berkepentingan ke atas objektif kajian. Kajian ini memberikan fokus yang lebih kepada aspek Sensitiviti Guru dalam Pendidikan Multibudaya di kalangan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas. Dengan itu, terdapat tiga cadangan yang dikenal pasti dapat membantu usaha penambahbaikan mahupun rujukan kepada kajian akan datang. Cadangan pertama dari aspek kefahaman dan pengetahuan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu lebih peka kepada untuk diberi pendedahan awal kepada guru-guru muda di dalam bentuk latihan perguruan yang menerapkan elemen-elemen Pendidikan Multibudaya di kalangan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas dengan lebih terperinci lagi dan terkini berdasarkan persekitaran semasa seiring dengan hasrat untuk memantapkan kesepaduan dalam kurikulum kebangsaan. Guru-guru muda ini memerlukan pendedahan yang lebih berfokus supaya apabila berada di persekitaraan sekolah sebenar nanti, mereka ini dapat


92 melaksanakan tugasan sebagai guru dan pembimbing dengan lebih yakin dan efisyen terhadap murid-murid tersebut tanpa perlu keraguan dalam kepelbagaian sosio budaya masyarakat setempat di negara majmuk seperti Malaysia ini. Berdasarkan objektif pertama, pemantapan dari segi penyepaduan kurikulum di dalam Pendidikan Multibudaya perlulah lebih terperinci dan berdasarkan suasana persekitaraan sosial semasa supaya situasi bilik darjah menjadi lebih aktif dan efektif kepada perkembangan sosial murid. Bagi cadangan kajian kedua, dari sudut sensitiviti guru dan pedagogi ekuiti yang mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia inginkan di dalam sistem pendidikan negara ini dengan kepekaan guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan satu sistem pendidikan yang berprestasi tinggi di mana dapat menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina. Cadangan kajian yang ketiga adalah dari sudut amalan guru di dalam Pendidikan Multibudaya dimana pengurangan sifat prejudis dan memperkasakan budaya sekolah adalah guru perlu memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran kepada murid


93 tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kepelbagaian etnik di dalam kelas khususnya dan secara amnya di keseluruhan sekolah. 5.7 Cadangan Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1995), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu tidak kira sama ada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid akan diajar untuk mengenali kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara merupakan agen utama yang sangat penting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan. Sehubungan dengan itu, kepelbagaian budaya yang ada di negara ini menyebabkan matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakat serta adanya persamaan-persamaannya melalui Pendidikan Multibudaya. Cabaran-cabaran dalam mendidik generasi abad ke 21 yang dapat digalas oleh guru yang berada di sekolah di setiap ceruk Malaysia adalah untuk membentuk


94 masyarakat yang majmuk yang telah menjadi landasan kepada UNESCO untuk mengembangkan teras-teras dalam pendidikan seperti ‘learning to live together.’ Justeru itu, cadangan untuk sistem pendidikan di Malaysia adalah dengan mewujudkan suasana supaya murid merasakan mereka mampu untuk hidup bersama antara satu sama lain yang berbeza etnik, suku, bangsa, bahasa, budaya dan agama agar agenda pendidikan negara `pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera’ dapat dicapai. Suasana yang dicadangkan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan dan mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua murid tanpa membezakan etnik, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia tidak dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dalam sekolah. Selain itu, usaha-usaha perlu dilakukan juga supaya hak orang kurang upaya seperti yang tertakluk di dalam Akta Orang Kurang Upaya diberi hak sama rata untuk belajar dimana-mana sekolah atau institusi pendidikan di Malaysia tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi atau pun bias. Perkara tersebut adalah satu proses dimana untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua murid di Malaysia. Seterusnya, Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab ke atas kemajuan pendidikan dan kemudahan untuk Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Oleh yang demikian, kajian mencadangkan agar BPKhas dapat membekalkan pelbagai kemudahan pendidikan


95 dari aspek fizikal, fasiliti, jasmani dan emosi yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di semua institusi pendidikan supaya setiap institusi mempunyai kemudahan untuk OKU akses tanpa sebarang bias dalam kepelbagaian sosial budaya, etnik, agama dan jantina. Selain daripada itu, pihak berkepentingan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan MBPK dicadangkan untuk membuat semakan secara tetap dan berterusan untuk memastikan tidak ada pihak yang tertindas atau tercicir melalui pelan tindakan dan pembangunan yang diwujudkan bagi memperkasa golongan OKU. Kemudahan pembayaran Elaun Murid Khas (EMK) perlu ditikberatkan supaya MBPK tidak terjejas kerana setiap mereka memerlukan sumber kewangan yang tetap untuk meneruskan pengurusan kos hidup mereka dari segi pengurusan diri, perubatan dan pendidikan. Semua MBPK berhak menerima bantuan EMK ini tanpa sebarang diskriminasi. Cadangan terakhir adalah dimana perlunya lebih banyak kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap golongan istimewa ini kerana hak-hak mereka sebagai individu di negara ini seterusnya di muka bumi ini perlu dititik beratkan kepada pembangunan jiwa, emosi, rohani dan jasmani mereka yang amat penting bagi mengangkat dan memartabatkan golongan OKU untuk ke tahap kehidupan yang lebih maju dan tinggi di masa hadapan.


96 Oleh yang demikian, dengan membudayakan pendidikan multibudaya di dalam kalangan MBPK diharap tahap perkembangan dan kemajuan golongan ini diangkat lebih tinggi tanpa sikap prejudis, diskriminasi dan bais dalam semua aspek etnik, jantina, sosial budaya dan ras. 5.8 Kesimpulan Keseluruhan Kajian Keseluruhan kajian telah merungkaikan jawapan kepada persoalan kajian yang memenuhi objektif kajian iaitu (i) sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru pendidikan khas tentang pendidikan multibudaya, (ii) sejauhmana sensitiviti guru pendidikan khas terhadap pendidikan multibudaya di sekolah dan (iii) adakah guru pendidikan khas mengamalkan amalan pendidikan multibudaya di sekolah. Pengumpulan data diperolehi melalui tig acara yang telah digunakan iaitu temu bual, pemerhatian dan analisa dukumen. Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data yang dipilih memainkan peranan penting untuk memastikan kajian mempunyai garis panduan dan mematuhi etika kajian yang telah ditetapkan. Perkara tersebut penting untuk memastikan kerahsiaan maklumat dan data yang telah diperolehi demi kepentingan responden. Kesimpulannya, bab lima membincangkan mengenai ringkasan kajian, cadangan kajian dan rumusan kajian yang telah dijalankan. Penelitian diberikan


97 kepada perbincangan kajian secara teoritikal dan memenuhi objektif kajian sebagai garis panduan sepanjang proses pengumpulan data dijalankan. Seterusnya, cadangan kajian turut mengambil kira batasan dan dapatan kajian yang diperoleh untuk rujukan penyelidik akan datang.


98 RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad, Y., & Yusof, N. M. (2016). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 14(1), 71-78. Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim: Quantum Books Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin & Abdul Rahman Mad Aroff. 2001. Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, 23-25 Mei, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Banks, J. A. (2002). An introduction to multicultural education. Allyn And Bacon. Banks, J. A. (2004). Handbook of Research on Multicultural Education. Jossey-Bass. Banks, J. A. (2006). Improving Race Relations in Schools: From Theory and Research to Practice. Journal of Social Issues, Vol. 62, No. 3, 2006, 607— 614 Bennett, J. M. (1993). Cultural marginality: Identity issues in intercultural training. In R. M. Paige (Ed.), Education for the intercultural experience (pp. 109–135). Yarmouth, ME: Intercultural Press. Bennett, M. J. (1986). A developmental approach to training for intercultural sensitivity. International Journal of Intercultural Relations, 10(2), 179–196. https://doi.org/10.1016/0147-1767(86)90005-2


99 Bhawuk, D.P.S., & Brislin, R. (1992). The measurement of intercultural sensitivity using the concepts of individualism and collectivism. Intercultural Journal of Intercultural Relations, 16, 413-436. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (Eds.). (2008). The landscape of qualitative research (3rd ed.). Sage Publications, Inc. Gold, R. L. (1958). Roles in Sociological Field Observations. Social Forces, 36(3), 217–223. https://doi.org/10.2307/2573808 Gollnick, D. M., & Chinn, P. C. (2016). Multicultural Education in a Pluralistic Society 10th. Pearson. Boston. Gollnick, D. M., & Chinn, P. C. (2017). Multicultural education in a pluralistic society (10th ed.). Boston Pearson. Hand, D. J. (2013). Qualitative Inquiry in Clinical and Educational Settings by Danica G. Hays, Anneliese A. Singh. International Statistical Review, 81(1), 167–168. https://doi.org/10.1111/insr.12011_19 Hancock, B., Ockleford, E. and Windridge, K. (2009) An Introduction to Qualitative Research.https://www.rds-yh.nihr.ac.uk/wpcontent/uploads/2013/05/5_Introduction-to-qualitative-research-2009.pdf Hammer, M. R., Bennett, M. J., & Wiseman, R. (2003). The Intercultural Development Inventory: A Measure of Intercultural Sensitivity. International Journal of Intercultural Relations, 27, 421-443. https://doi.org/10.1016/S0147-1767(03)00032-4 Hays, D. G., & Singh, A. A. (2012). Qualitative inquiry in clinical and educational settings. The Guilford Press.


100 Jasmi, K., Halimah, D., Bahru, J., Johor, N., & Ta, D. (2012). Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac. Jalan. http://eprints.utm.my/id/eprint/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_MetodologiP engumpulanDataPenyelidikanKualitatif.pdf Hei, Y. H., Ku Samsu, K. H., Adnan, Z. H., Awang, M. D., & Halim, A. A. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Academia, 88(2), 95-108. https://doi.org/10.17576/akad-2018- 8802-07 Khairul, M., Bin, A., Jamaluddin, M., Arah, K., Nasional, P., Di, P., Pengajian, P., Kemasyarakatan, S., Sains, U., Penang, P., & Bagi Urusan Sebarang, M. (n.d.). 4(1), 2011. https://www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/viewFile/ 436/434 Khas, B. P. (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Bekeperluan Khas. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM (2016). Laporan Tahunan 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Lacey, A., & Luff, D. (2009). Qualitative Data Analysis The NIHR Research Design Service for Yorkshire & the Humber. https://www.rds-yh.nihr.ac.uk/wpcontent/uploads/2013/05/9_Qualitative_Data_Analysis_Revision_2009.pdf Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012) Kementerian Pelajaran Malaysia Lambert, V. A., & Lambert, C. E. (2012). Qualitative Descriptive Research: An Acceptable Design. Pacific Rim International Journal of Nursing Research, 16, 255-256. Lichtman, M. (2013). Qualitative research in education : a user’s guide. Sage Publications.


101 Lestari, W., Hasibun, V. U., & Amir, S. (2022). Peranan Guru Dalam Implementasi Pendidikan Multikultural di Pondok Pesantren Al-Hidayah. Jurnal Pendidikan dan Konseling. https://doi.org/10.31004/jpdk.v4i6.9848 Marshall, C., & Rossman, G. B. (2006). Designing Qualitative Research (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Miller, N. 1995. Groups in Contact. The Psychology of Desegregation. New York: Academic Press. Miller, K. (2011). Organizational Communication: Approaches and Processes Retrieved 2011, from https://www.researchgate.net/publication/247083340_Organizational_Commn ication_Approaches_and_Processes Merriam, S.B. (1998) Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Jossey-Bass Publishers, San Francisco Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah dan Guru dalam meningkatkan Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan. Pendidikan Sosial DP 11(2): 67-76. N. M. (2007). Konsep Pendidikan: Pendidikan Pelbagai Budaya Dalam Sistem Pendidikan (2nd ed., p. 170). PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor. Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pengajaran Akidah. Sains Humanika, 10(3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3.1297 Othman Lebar. (2006). Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.


102 Omar, H., Haron, Z., & Kamri, K. A. (2018). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Pelbagai Etnik. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik UIN Sunan Gunung Djati Bandung. https://doi.org/10.15575/jp.v8i1.2768 Onwuegbuzie, A. J., & Collins, K. M. (2007). A Typology of Mixed Methods Sampling Designs in Social Science Research. The Qualitative Report, 12, 281-316. Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (2nd ed.). Sage Publications, Inc. Ponder, G. 1971. The Teacher as Activist. Theory into Practice 10(5): 363-367. Saeedi, Z., Fatalaki, J. A., & Amini, E. (2016). A Study on the Input Modality of L2 Literary Adaptations and Cross-Cultural Sensitivity. Khazar Journal of Humanities and Social Sciences, 19(2), 28–52. https://doi.org/10.5782/2223- 2621.2016.19.2.28 Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri & Kamarulzaman Abdul Ghani. 2011. Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor. Global Journal AlThaqafah 1(1): 71-78. Tarikh capaian: 11 September 2016. Shafiee, N. S., & Ghani, M. A. (2022). The Influence of Teacher Efficacy on 21st Century Pedagogy. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 21(1), 217–230. https://doi.org/10.26803/ijlter.21.1.13 Sri, T. (2012). PENDIDIKAN ULTIBUDAYA. SCRIBD. https://www.scribd.com/document/101394820/pendidikan-multibudayYusof, Straffon, D. A. (2001). Assessing intercultural sensitivity levels of high school students in an international school. (Doctoral dissertation, University of Minnesota) Stake, R. E. (2000). Case Studies. In N. K. Denzin, & Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook of Qualitative Research (pp. 435-453). Thousand Oaks, CA: Sage.


103 Spinthourakis, J. A., Karatzia‐Stavlioti, E., & Roussakis, Y. (2009). Pre‐service teacher intercultural sensitivity assessment as a basis for addressing multiculturalism. Intercultural Education, 20(3), 267–276. https://doi.org/10.1080/14675980903138624 Tamuri, A. H., & Hussin, N. H. (2017). PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA: HARAPAN DAN CABARAN. Seminar Pedagogi Antarabangsa Ke-8 (PEDA8) Anjuran IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur. University of Washington College of Education. (2012). Multicultural education: Goals and dimensions. UW College of Education. https://education.uw.edu/cme/view Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2012). Social distance and ethnic boundary among pupils in multiethnic and monoethnic school environment in Malaysia. Science Journal of Sociology & Anthropology, volume 2012, Issue 2, 1-17. Yasmin Ahmad & Najeemah M. Yusof. (2013). Ethnic Boundary among Multi-Ethnic Primary School Pupils in Malaysia: Role of Teachers and Administrators. International Journal of Independent Research and Studies, vol. 2, No.1 (January, 2013), 1-7. Yin, R. K. (2009). Case study research: Design and methods. California, USA: Sage Publications. Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad. 2009. Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. 141- 154. Skudai: Penerbit UTM Press. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan : Amalan dan Analisis Kajian (G. Darussalam, Ed.) [Review of Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan : Amalan dan Analisis Kajian]. https://www.researchgate.net/publication/3 (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah [Review of Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah]. Akademika, 88(2), 95–108.


104 https://perwitosari.wordpress.com/2013/09/25/multikulturalisme-menurut-lawrence-ablum https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/buku-data-pendidikan-khas https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasarr-3/dasarr-2/dasar-perpaduannegara-dpn (PDF) Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. (n.d.). ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan_Kesepadu an_Sosial_Melalui_Kurikulum_Persekolahan_di_Malaysia


105 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version