37 Rajah 3.2: Menggambarkan konteks dan kes kajian ini. Menurut Yin (2009), kaedah kajian kes pada kebiasaannya digunakan apabila soalan kajian merangkumi ‘why’ dan ‘how’ serta melibatkan isu-isu semasa atau kontemporari. Maka apabila kajian kes ini dipilih, ianya telah membantu pengkaji untuk menjawab soalan kajian, iaitu bagaimana (how) bentuk dari aspek pengetahuan dan kefahaman guru tentang Pendidikan Multibudaya iaitu merujuk kepada pengenal pastian kecakupan pengetahuan, kefahaman dan amalan guru dalam Pendidikan Multibudaya di sekolah dalam kalangan murid pelbagai etnik. Menurut Merriam (1998), antara ciri-ciri kajian kes adalah bersifat partikularistik, deskriptif, dan heuristik. Oleh itu, rumusan kajian dapatlah dinyatakan dengan menggunakan pendekatan kajian kes ini, ianya dapat membantu pengkaji dalam memberi fokus kepada satu kajian secara spesifik sahaja, dapat menerangkannya dengan mendalam terperinci dan berupaya menerangkan tentang aspek pengetahuan, kefahaman, sensitiviti dan amalan guru dalam Pendidikan Multibudaya di kalangan murid pendidikan khas pelbagai etnik. KONTEKS KAJIAN: SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KES: Sensitiviti Pendidikan Multibudaya Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Pendidikan Khas
38 3.2 Lokasi Kajian Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas yang mana lokasinya terletak di negeri Perlis. Sekolah ini mempunyai pelbagai etnik, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam. Pengkaji memilih sekolah ini kerana kajian yang dijalankan melibatkan guru opsyen pendidikan khas yang mengajar kelas murid bekeperluan pendidikan khas. Pengkaji memilih sekolah ini kerana berdasarkan objektif kajian. Responden di lokasi kajian mempunyai kriteria yang menjadi objektif dalam kajian ini. Oleh yang demikian, pengkaji melihat populasi kajian di lokasi bertepatan dengan tujuan kajian dan dapatan kajian dijangka akan menjawab persoalan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. 3.3 Responden Kajian Proses pemilihan responden kajian yang betul adalah perlu dan proses pemilihan ini dinamakan pensampelan. Menurut Noraini Idris (2010), pensampelan merupakan suatu proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada suatu kumpulan yang besar. Terdapat dua jenis pensampelan, iaitu pensampelan secara rawak (probability sampling) dan pensampelan secara tidak rawak (nonprobability sampling). Pensampelan secara tidak rawak iaitu jenis pensampelan bertujuan
39 digunakan dalam kajian kualitatif (Merriam 1998). Creswell (2007), menyatakan bahawa dalam penyelidikan kualitatif, pensampelan bertujuan digunakan kerana ianya membolehkan pengkaji memilih responden yang dapat memberi jawapan pada persoalan kajian secara terperinci. Responden tersebut merupakan seorang guru kelas. Rasional pemilihan guru tersebut kerana di dalam kelas beliau terdiri daripada kalangan murid yang berlatar belakangkan multibudaya dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India dan Siam. Guru kelas dipilih sebagai responden kerana beliau dapat memberi informasi mengenai beberapa aspek kajian yang penting, contohnya pengetahuan dan kefahaman murid di dalam kelas dari aspek pemerhatian tingkah laku dan sosial murid di dalam kelas. Ini kerana dalam kajian adalah untuk mengetahui sejauhmana pengetahuan dan kefahaman guru, sensitiviti guru dan amalan yang digunakan oleh guru di dalam kelas di kalangan murid kepelbagaian etnik dalam elemen pendidikan multibudaya. Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah mengedarkan infografik mengenai kajian untuk dibaca dan borang persetujuan telah diberikan kepada guru yang dipilih untuk menjadi responden. Proses mendapatkan persetujuan merupakan etika di dalam kajian. Proses mendapatkan pesetujuan merupakan salah satu etika kajian. Menurut Lambert (2012), persetujuan secara bertulis (informed consent) amat penting untuk memberitahu responden mengenai intipati kajian yang dilaksanakan dan untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka. Di akhir proses pengumpulan data, sedikit cenderahati telah diberikan kepada responden kajian. Cenderahati tersebut
40 sebagai tanda penghargaan pengkaji terhadap responden di atas kerjasama yang telah diberikan. Kesimpulan yang dapat dikatakan adalah responden merupakan individu yang sangat penting dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Seiring dengan itu, terdapat pelbagai pendekatan dalam memilih sampel, namun dalam konteks kajian ini, pensampelan bertujuan banyak membantu pengkaji mendapatkan responden yang berupaya menjawab soalan-soalan kajian. Pengkaji memilih pensampelan bertujuan kerana responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru kelas sekolah tersebut. Rasional pemilihan guru kelas adalah kerana guru-guru ini lebih mengenali dan memahami situasi murid pelbagai etnik di dalam kelas ini. Ini adalah kerana salah satu aspek kajian adalah untuk mengenal pasti cabaran dan pendekatan yang diambil dalam mempamerkan sensitiviti guru terhadap murid pelbagai etnik. Jadual 3.1 menunjukkan profil responden guru kelas. Jadual 3.1 Profil responden kajian (guru kelas) Nama samaran Etnik Jantina Opsyen Pengalaman mengajar keseluruhan (tahun) Pengalaman sebagai guru kelas (tahun) Pengalaman mengajar murid pelbagai etnik Guru Kelas 3C Melayu Perempuan Bahasa Inggeris 15 10 7
41 Kesimpulannya, responden adalah individu yang amat penting dalam sesuatu kajian. Justeru itu, terdapat pelbagai pendekatan dalam pemilihan sampel, namun dalam konteks kajian ini, persampelan bertujuan banyak membantu pengkaji mendapatkan responden yang berupaya menjawab soalan-soalan kajian. Sampel kajian dipilih secara bertujuan dikalangan guru kelas yang berpengalaman. Responden mewakili guru yang belajar dan mengajar di sekolah itu sahaja. Menurut pendapat Hamzah (2010) dan Onwuegbuzie dan Collins (2007) menyatakan bahawa sampel sebuah kajian kualitatif tidak memerlukan saiz sampel yang besar bagi memastikan pengkaji dapat mengurangkan kadar kesukaran ketika menganalisis data. Manakala untuk guru yang berkhidmat di sekolah itu, pemilihan berdasarkan jangka masa mengajar murid bekeperluan pendidikan khas di sekolah itu. Secara purata, pengalaman guru yang dijadikan sebagai sampel adalah yang mempunyai pengalaman lebih daripada tiga tahun mengajar murid bekeperluan pendididkan khas. Tambahan pula, guru yang dipilih adalah guru kelas yang berpengalaman dalam membimbing murid bekeperluan pendidikan khas. Kesimpulannya, pemilihan responden dan sampel kajian adalah bertujuan serta memenuhi objektif sebenar kajian yang dijalankan. Tujuannya adalah bagi memastikan kajian yang dijalankan adalah sesuai dan memenuhi objektif, persoalan dan tujuan kajian yang telah ditetapkan. Malahan, ciri-ciri sampel memainkan peranan
42 penting untuk mengelakkan pengkaji daripada mengalami kesukaran sepanjang pengumpulan data. 3.4 Prosedur Pengumpulan Data Kajian Kajian yang dijalankan secara umumnya, terdapat tiga kaedah utama dalam pengumpulan data kualitatif, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen (Wiersma & Jurs, 2005; Othman Lebar, 2009). Menurut Creswell (2007) terdapat empat bentuk sumber data kualitatif, iaitu pemerhatian, temu bual, analisa dokumen dan analisa bahan audio visual. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan tiga kaedah dalam mengumpulkan data kajian, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah yang berbeza dalam mengumpul data ini dapat meningkatkan keesahan kajian dan memberi pengkaji memahami isu kajian daripada pelbagai sudut atau perspektif. Selaras dengan pandangan Marshall & Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kebenaran, tetapi dapat memberi gambaran mengenai dunia sosial dari pelbagai perspektif. Proses pengumpulan data yang melibatkan beberapa kaedah ini, dinamakan triangulasi kaedah dan ianya salah satu cara untukpengesahan data kajian. Triangulasi akan dijelaskan dengan terperinci pada subtopik 3.7.3.
43 3.4.1 Temu bual Kaedah temubual merupakan kaedah utama yang digunakan dalam kajian kualitatif. Maklumat yang diperolehi akan diolah dan dikemaskini secara bertulis sebagai bukti kepada penghasilan dan data kajian. Maklumat yang dikutip daripada lapangan merupakan maklumat yang semula jadi daripada sumber utama kepada populasi kajian. Soalan-soalan temubual merupakan soalan yang memenuhi kriteria dan mendapat kesahan daripada golongan professional untuk memastikan soalan yang dikemukan menjaga sensitiviti dan tidak menyasar daripada objektif utama kajian. Menurut Patton (1990), temu bual boleh disifatkan sebagai satu saluran kepada pengkaji untuk mendekati dunia peserta kajian dan juga memahami apa sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Perkara ini penting kerana salah satu daripada tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sensitiviti guru dalam pendidikan multibudaya di kalangan murid pelbagai etnik berdasarkan pengalaman dan persepsi guru dan murid itu sendiri. Selain itu, ia juga merupakan satu cara pengumpulan data yang amat efisien yang melibatkan interaksi sosial untuk mendapatkan data yang mencukupi daripada subjek (Ahrens, 2004; Ghazali, 2003).
44 3.4.1.1 Temu bual Individu Kajian ini menggunakan kaedah temu bual. Menurut Denzin & Lincoln (2008), temu bual adalah perbualan yang melibatkan proses bertanya dan mendengar jawapan. Ianya melibatkan sekurang-kurangnya dua individu dan proses ini dapat memberi kefahaman terhadap sesuatu perkara. Justeru itu, terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi berstruktur (temu bual separa berstruktur) dan temu bual tidak berstruktur (Othman Lebar, 2009). Soalan-Soalan dalam temu bual separa berstruktur ditentukan terlebih dahulu, tetapi jawapan kepada soalan tersebut adalah terbuka dan boleh diperkembangkan mengikut budi bicara penemu bual serta partisipan (Othman Lebar, 2009; Hancock, et al, 2009). Temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk separa berstruktur (berpandukan protokol temu bual) dan semasa sesi temu bual ini, soalan-soalan mencungkil atau tambahan telah diutarakan bersesuaian dengan jawapan daripada responden kajian. Pengkaji telah menggubal protokol temu bual dan berpandukan protokol temu bual berbeza, responden telah ditemu bual mengikut kelapangan masa mereka. Contohnya, temu bual secara individu telah dijalankan dengan Guru Kelas 3C dengan menggunakan Lampiran A. Perincian mengenai protokol temu bual akan diterangkan pada bahagian berikutnya.
45 3.4.1.2 Protokol temu bual Menurut Hays & Singh (2012) dalam temu bual separa struktur, protokol temu bual bertindak sebagai panduan pada permulaan sesi 80 temu bual. Tetapi soalan-soalan, urutannya boleh berubah mengikut kesesuaian jawapan daripada responden kajian. Selain daripada itu, protokol temu bual dengan soalan yang ‘open ended nature’ memberi peluang pada pihak penemubual dan responden untuk membincangkan sesuatu topik secara mendalam (Hancock, 2002). Maka, protokol dan ciri soalan ‘open ended nature’ dibina oleh pengkaji untuk mendapatkan data daripada responden iaitu Guru Kelas di Lampiran A. Soalan-soalan ini dibina berpandukan objektif kajian ini, pembacaan dan pemikiran secara logik. Secara amnya, pada setiap protokol temu bual megandungi komponenkomponen berikut: • Penyataan umum tentang kajian • Tajuk kajian • Tarikh, masa dan tempat temu bual • Biodata am responden kajian • Soalan temu bual • Ruang untuk merekod mesej yang di sampaikan oleh responden • Ruang untuk merekod nota reflektif penemu bual
46 Dalam protokol temu bual untuk guru kelas (Lampiran A), terdapat 2 bahagian iaitu bahagian I iaitu merangkumi biodata guru kelas dan bahagian II merangkumi soalan-soalan temu bual separa struktur yang memfokuskan aspek-aspek dalam objektif kajian ini dan soalan separa struktur bagi mendapatkan data kajian dimana setiapnya mempunyai lima soalan untuk dijawab. Selain itu, terdapat beberapa pekara yang perlukan penjelasan terperinci yang perlu diterokai. Melalui penggunaan protokol temu bual separa struktur, yang mempunyai ‘open ended question’ ianya berguna sebagai panduan pada pengkaji. Apa yang penting soalan tambahan dan soalan mengcungkil (probing question) boleh diutarakan mengikut kesesuaiannya jawapan daripada responden (Hancock, et al. 2009). Oleh sebab itu, soalan-soalan yang dibina oleh pengkaji juga bersifat terbuka dan ianya membantu memudahkan proses temu bual kerana melaluinya pengkaji dapat meneroka isu kajian melalui soalan-soalan tambahan yang boleh dikemukakan semasa sesi temu bual. Selain itu, menurut Othman Lebar (2009), terdapat tiga cara merekod data temu bual, iaitu menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual dan cara ketiga dengan merekod seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat selepas sahaja sesi temu bual tamat. Maka dalam kajian ini, pengkaji telah merekod data temu bual dengan menggunakan perakam kerana ini dapat memastikan kelancaran proses temu bual. Selain itu, ianya memberi peluang kepada pengkaji untuk lebih menumpukan bukan hanya kepada jawapan responden, malah terhadap gerak badan, mimik muka responden semasa menjawab soalan temu bual. Dalam sesuatu temu bual, kadangkala melalui mimik muka dan gerak badan dapat memberi panduan berguna dalam memahami isu kajian dengan sebaik mungkin (Lacey & Luff, 2001). Kesimpulannya, melalui temu bual ini, ianya dapat menjawab
47 soalan-soalan kajian dan membantu memberi kefahaman kepada pengkaji terhadap isu kajian ini. 3.4.2 Pemerhatian Menurut Lichtman (2006), pemerhatian manusia dalam persekitaran semulajadi, membantu memahami kelakuan manusia dan hubungannya dengan masyarakat sekeliling yang kompleks. Menurut Marshall & Rossman (2006), pula, ‘observation entails the systematic noting and recording of events, behaviors and artifacts (objects), in the social setting chosen for study’. Gold (1958) dalam tipologi klasiknya berkaitan peranan penyelidik menjelaskan empat mod pemerhatian iaitu (i) Partisipan sepenuhnya, (ii) Partisipan sebagai pemerhati, (iii) Pemerhati sebagai partisipan dan (iv) Pemerhati sepenuhnya. Sejauh mana keterlibatan seseorang pengkaji dengan responden di lapangan kajian, digambarkan dalam rajah kontinum di bawah. Rajah 3.1: Kontinum keterlibatan pengkaji di lapangan Rajah 3.3 Kontinum keterlibatan pengkaji di lapangan Pemerhati Pasif Pemerhati Sebagai Partisipan Partisipan aktif Partisipan Sepenuhny a
48 Berdasarkan rajah 3.1 di atas, terdapat empat tahap di mana ianya menunjukkan sejauhmana keterlibatan seseorang pengkaji di tempat kajian semasa membuat pemerhatian. Antaranya adalah pemerhati pasif (passive participation/passive observer), pemerhati sebagai partisipan (moderate participation), partisipan aktif (active participation) dan partisipan sepenuhnya (complete participation) (Hays & Singh, 2012; Mc Millan, 2008; Merriam, 1998). Pemerhati pasif akan memerhati responden kajian tanpa mengganggu situasi di mana pemerhatian dibuat (Hays & Singh, 2012; Merriam, 1998). Pemerhati sebagai partisipan, pula adalah di mana pengkaji memainkan peranan utama sebagi pemerhati, tetapi masih terlibat dan berhubung dengan responden kajian (Hays & Singh, 2012). Pemerhati aktif pula, di mana pengkaji akan mengambil bahagian dalam aktiviti responden, dan peranannya sebagai pengkaji diketahui oleh responden (Mc Millan, 2008). Akhir sekali adalah partisipan sepenuhnya di mana pengkaji akan mempunyai dua peranan iaitu sebagai orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti responden kajiannya dan juga sebagai pemerhati, tetapi kehadirannya sebagai pengkaji tidak diketahui oleh responden (Mc Millan, 2008; Merriam, 1998). Dalam kajian ini, pemerhatian telah dilaksanakan dan pengkaji bertindak sebagai pemerhati pasif. Ini adalah pendekatan terbaik kerana ianya tidak mengganggu interaksi sosial pelajar dalam keadaan semulajadi tanpa disedari oleh mereka dan membantu mengesahkan informasi yang diperolehi melalui temu bual (Hancock, 2002). Secara keseluruhannya, pemerhatian adalah sebagai suatu bentuk
49 utama bagi pengumpulan data di lapangan kajian kualitatif (Merriam, 1998; Bailey, 2007; Hays & Singh, 2012). Melalui pemerhatian, ianya dapat memberi informasi berguna tentang isu kajian ini. Antara hal-hal yang diperhatikan adalah perlakuan dan interaksi secara lisan responden, ‘body language’, perlakuan bersifat fizikal, ‘speech pattern’, ruang peribadi (personal space), seperti tercatat pada senarai semak pemerhatian. Senarai semak pemerhatian seperti Lampiran J (kelas), Lampiran K (kantin), Lampiran L (perhimpunan), Lampiran M (aktiviti sekolah) dan Lampiran N (persekitaran sekolah/tempat lain berkaitan). Senarai semak ini pada umumnya, mempunyai komponen-komponen berikut: • Tarikh, masa, tempat di mana pemerhatian bakal dijalankan • Aspek yang akan diperhatikan • Ruang untuk merekod catatan atau pekara tambahan semasa pemerhatian • Ruang untuk merekod refleksi pengkaji selepas pemerhatian. Senarai semak yang digunakan semasa sesi pemerhatian dibina oleh pengkaji berdasarkan objektif kajian. Walaupun dalam senarai semak telah tersenarai aspekaspek yang ingin diperhatikan, tapi ianya hanya berfungsi sebagai panduan sahaja. Semasa pemerhatian sebenar dibuat, pengkaji turut merekodkan tingkahlaku, pekarapekara lain dan keadaan sebenar di lapangan. Melalui hasil pemerhatian ini, satu nota lapangan (field note) yang lengkap telah dihasilkan. Nota lapangan adalah satu bentuk penulisan terperinci terhadap pekara-pekara yang diperhatikan di tempat kajian,
50 (Merriam, 1998). Menurut Marshall & Rossman (2006), ‘field notes’- detailed, nonjudgemental, concrete description of what has been observed and are not scribbles. Kaedah pemerhatian dapat meningkatkan kefahaman pengkaji mengenai keadaan sebenar serta tindakan responden dalam kehidupan seharian mereka (Hancock, 2002). Maka, pemerhatian yang telah dijalankan di sebuah kelas memberi maklumat berguna mengenai keadaan sebenar sensitiviti guru dalam pendidikan multibudaya di kalangan murid bekeperluan pendidikan khas pelbagai etnik. 3.4.3 Analisa Dokumen Secara umumnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Maksudnya, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009; Babbie, 2010). Hal ini sebagaimana yang ditakrifkan seperti berikut:
51 Document analysis is just what its name implies the analysis of the written or visualcontents of a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles, cookbooks, political speeches, advertisements, pictures in fact, the content of virtually any type of writtenor visual comunication can be analyzed in various ways. A person’s or group’s conscious beliefs, attitudes, values, and ideas are often revealed in the document they produce. (Fraenkeldan Wallen, 1993). Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk dimanipulasi. Contoh dokumen yang boleh digunakan jika hendak mengkaji sesuatu permasalah seperti keratan akhabar, diari atau jurnal dan gambar. Semua dokumen yang perlu diteliti untuk dilaporkan dalam laporan perlu disertakan salinan supaya proses penyalian menjadi lebih mudah. Maklumat yang diperolehi daripada dokumen dijadikan asas dalam pembentukan protokol temu bual dan merupakan bahagian penting dalam meneliti pendidikan multibudaya di negara ini. Pendekatan ini tidak menonjol dan tidak menganggu latar belakang kajian. Oleh itu, istilah dokumen merangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, visual dan bahan fizikal yang relevan dengan kajian. Proses mencari bahan yang relevan dengan persoalan dan tujuan kajian merupakan langkah awal dalam proses menggunakan dokumen. Dalam kajian kualitatif, pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis dokumen (Othman Lebar, 2006)
52 Analisa dokumen juga merupakan salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan bagi menyokong data kajian yang diperolehi melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Menurut Lambert (2012), analisa dokumen melibatkan memeriksa bahan-bahan yang telah ditulis, dicatat oleh manusia dan menggunakan intipati bahan-bahan ini sebagai data kajian. Menurut Merriam (1998), terdapat tiga jenis dokumen yang biasanya telah tersedia untuk dianalisa oleh pengkaji. Kadangkala dokumen boleh dijana oleh pengkaji semasa proses kajian dilaksanakan, iaitu seperti di bawah: i. Rekod awam seperti rekod bancian, rekod kelahiran, pada kebiasaannya ianya diperoleh daripada organisasi di mana kajian dijalankan atau daripada organisasi yang mempunyai kaitan dengan kajian. ii. Dokumen peribadi merangkumi diari, surat, video, album foto, kalender, buku skrap, autobiografi, log perjalanan dan sebagainya. Dokumen peribadi adalah sumber yang boleh dipercayai, kerana ia adalah merangkumi sikap, kepercayaan, pengalaman dan pandangan seseorang individu. Namun dokumen sebegini bersifat subjektif kerana berkemungkinan hanya hal penting pada pandangan penulis dokumen sahaja yang dicatat. iii. Bahan fizikal pula adalah merujuk kepada objek seperti peralatan, perkakasan dan sebagainya. iv. Dokumen yang dijana oleh pengkaji adalah merangkumi gambar foto, video, data kuantitatif daripada ujian, skor ujian dan data statistik daripada tinjauan. Tujuan khusus dokumen yang dijana adalah untuk memahami isu kajian dengan lebih mendalam. Dalam kajian ini, antara dokumen yang dianalisa oleh pengkaji adalah: • Rekod Kedatangan Murid
53 • Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Guru • Rekod Rancangan Pendidikan Individu • Rekod Pelaporan Individu Murid Bukan Islam (Kaunselor) • Dasar Penempatan Murid Melalui penganalisaan dokumen-dokumen di atas, ianya dapat memberi maklumat tambahan terhadap isu kajian, terutamanya aspek pengetahuan dan kefahaman untuk meningkatkan sensitiviti guru dan amalan terhadap pendidikan multibudaya di kalangan murid pendidikan khas pelbagai etnik. 3.4.4 Peranan pengkaji Menurut Creswell (2007), kajian kualitatif secara kajian kes, pengkaji berfungsi sebagai ‘instrument’. Apa yang dimaksudkan oleh ‘instrument’ adalah di mana pengkaji sendiri berada di lapangan kajian untuk menjalankan sesi temu bual secara bersemuka dengan responden kajian. Disamping itu, pengkaji turut membuat pemerhatian secara sistematik dalam keadaan semulajadi di dalam kelas. Menurut Othman Lebar (2009), penyelidikan dalam situasi yang sebenar penting kerana untuk memastikan maklumat dan data data yang dikumpul, benar-benar menggambarkan fenomena yang berlaku di tempat kajian tersebut. Pengkaji perlu terlibat secara langsung untuk melihat, mengenal pasti dan menganalisa dokumen-dokumen sekolah yang berkaitan isu kajian yang dirangkakan.
54 Pada peringkat analisa data, pengkaji perlu membuat transkripsi (verbatim form) yang lengkap daripada data mentah. Semasa membuat transkripsi temu bual, segala perkataan, ayat responden kajian perlu dikekalkan, tanpa sebarang pengubahsuaian. Pengubahsuaian tidak boleh dilakukan kerana matlamat kaedah kualitatif adalah untuk memahami keadaan sesuatu isu daripada pandangan, luahan, pengalaman responden kajian (Hays & Sing, 2012). Dalam proses interpertasi data, pegangan nilai dan pemikiran pengkaji akan mempengaruhi proses tersebut. Oleh itu, bagi mengurangkan bias dan meningkatkan kredibiliti kajian, maka pengkaji akan membuat reflektif secara analitikal terhadap kesemua sumber-sumber data kajian. 3.4.5 Prosedur Analisa Data Menurut Merriam (1998) penganalisan data adalah proses memberi makna kepada data. Ia merupakan proses kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi serta interpretasi. Pendapat Creswell (2007) pula menyatakan bahawa penganalisa data dalam kulitatif melibatkan penyediaan data, mengorganisasi data untuk dianalisis dan kemudiannya proses pengkodan akan dibuat. Maka dengan itu, proses analisa data kualitatif adalah satu proses yang bersistematik dan melibatkan langkah teratur, dengan bermulanya daripada proses penyusunan data sehinggalah menganalisanya secara deduktif atau induktif (penghasilan teori).
55 Menurut Lacey & Luff (2001) proses menganalisa data mempunyai beberapa fasa yang bermula dengan penerokaan data secara umum, transkripsi mengorganisasi, pengkodan dan analisis data secara terperinci. Berikut merupakan fasa yang telah dilaksanakan oleh pengkaji terhadap data kajian yang telah dikumpul iaitu: Fasa 1: Penerokaan data secara umum. Pada fasa ini pengkaji telah mendengar beberapa kali rakaman temu bual, membaca berulang kali nota lapangan serta meneliti dokumen dan kemudiannya membuat memo atau rumusan am. Melalui peringkat ini, ianya telah memberikan kefahaman umum tentang data data yang telah dikumpul. Fasa 2: Transkripsi. Pada fasa ini, proses menukar rakaman temu bual dalam bentuk audio dan nota lapangan kepada bentuk verbatim (written or printed) untuk memudahkan pembacaan, mendapatkan gambaran menyeluruh tentang isu sensitiviti dan amalan untuk mengurangkan bias. Jika pengkaji secara terus menganalisa data kajian daripda nota lapangan atau rakaman temu bual, besar kemungkinan akan adanya bias, di mana pengkaji akan cenderung memilih dan memasukkan aspekaspek yang menarik, relevan sahaja tanpa mempertimbangkan aspek-aspek lain dalam data kajian. Selain itu, sepanjang proses ranskripsi, pengkaji juga tidak akan membuat sebarang pengubahsuaian, sebaliknya apa yang didengar melalui rakaman, hanya itu yang akan ditranskripkan. Fasa 3: Mengorganisasi: Pada fasa ini, pengkaji akan menyusun transkripsi yang telah siap ke dalam fail rekod penyimpanan tertentu untuk memudahkan apabila pencarian apabila diperlukan. Pengkaji akann menukarkan nama responden kajian kepada nama
56 samaran (pseudoname). Penukaran nama ini kerana ianya adalah salah satu etika kajian, iaitu kerahsiaan butiran sebenar responden. Fasa 4:Pengkodan: Pada peringkat ini, pengkaji boleh mengenal pasti dan mengeluarkan unit teks (perkataan-perkataan, frasa-frasa, ayat atau perenggan) daripada data mentah (trankripsi temu bual, tarnskripsi nota lapangan, rumusan analisa dokumen) dan membentuk kod-kod tertentu bagi menjawab objektif kajian. Pengkodan adalah proses untuk meneliti, membaca, mengenal pasti serta mengeluarkan teks (sama ada beberapa patah perkataan, ayat atau perenggan) dan memberi kod (label) agar ianya mudah untuk di analisis. Menurut Boeije (2010), ‘a code is a summarizing phrase for a piece of text which expreses the meaning of the fragment.’ Oleh itu, kod biasanya dalam satu bentuk, beberapa perkataan yang ringkas ataupun ditulis dalam bentuk singkatan. Fasa 5: Penganalisaan: Fasa ini melibatkan penyusunan kod-kod yang diperolehi dan diletakkan mengikut tema atau kategori tertentu. Menurut Lacey & Luff (2001, tema wujud hasil daripada pengetahuan lepas dan daripada fasa pertama, iatitu penerokaan data secara umum. Sebelum pengutipan data dilaksanakan, pengkaji mempunyai idea asas mengenai tema tema. Namun, pengkaji tidak terikat seratus peratus dengan tema-tema atau kategori yang telah sedia ada. Jika wujudnya tema baru semasa proses penganalisaan, maka ianya perlulah dimasukkan dalam laporan kajian. Menurut Hays & Singh (2012) dalam penyelidikan kualitatif, pada umumnya data-data yang dikumpul akan di analisa secara induktif namun kadangkala pengkaji telah mempunyai idea awal/tema awal tentang isu kajian itu berdasarkan pengalaman hariannya.
57 Kesimpulannya, proses analisis data kualitatif merupakan proses berterusan dan non-linear. Walaupun kod-kod telah siap dibina, namun pengkaji perlu menyemak semula beberapa kali. Ini memerlukan pengkaji untuk bekerja ‘back’ dan ‘forth’ (Othman Lebar, 2009 & Creswell, 2007). Justeru itu, dalam proses penganalisa data kualitatif, pengkaji melakukan penyemakan kod-kod berulang kali, walaupun kod itu telah siap dibina. Selain itu, berlakunya perubahan pada kategori dan tema kajian, sama ada akan terdapatnya penambahan atau pengurangan tema/kategori kajian ini. 3.5 Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian 3.5.1 Kebolehpercayaan Kajian Menurut Merriam (1998) mentakrifkan kebolehpercayaan atau ‘reliability’ adalah sejauhmana dapatan kajian boleh diulang atau direplikasikan. Dengan perkataan lain, adakah kajian ini, jika diulang akan menghasilkan dapatan yang sama. Menurutnya lagi, Merriam (1998) dalam penyelidikan kualitatif yang melibatkan bidang sains sosial, adalah agak sukar untuk mendapatkan dapatan yang sama kerana perlakuan manusia adalah tidak statik. Merriam (1998) berpendapat ‘since the term of realibility seems to be something of a misfit when applied to qualitative research, but the most important is dependability or consistent of the results obtained from the data.’ Maka untuk memastikan dapatan kajian kualitatif adalah ‘dependable’ terdapat beberapa teknik boleh diguna pakai, misalnya ‘the investigator’s position’; ‘triangulation’; dan ‘audit trail’.
58 • Teknik ‘the investigator’s position’ adalah teknik di mana pengkaji perlu menerangkan sebaik mungkin andaian dan teori yang di sebalik sesuatu kajian. Selain itu, peranan pengkaji dalam kajian, cara dalam pemilihan responden, konteks kajian perlu diterangkan oleh pengkaji agar dapatan kajian boleh dipercayai. • Teknik ‘triangulation’. Menurut Merriam (1998), ‘in terms of using multiple methods of data collection, triangulation strengthens reliability as well as validity.’ • Teknik ‘audit trail’ memerlukan orang luar untuk mengaudit segala proses dalam menyiapkan kajian seperti proses pemungutan data, penganalisa data serta dapatan kajian. Terdapat beberapa cara yang dibincangkan oleh pelbagai penulis mengenai cara memperolehi kebolehpercayaan pada kajian kualitatif. Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah melaksanakan teknik triangulasi (kaedah) dan pendekatan ‘the investigator’s position’ bagi meningkatkan kebolehpercayaan. Melalui pendekatan ‘the investigator’s position’ pengkaji telah menerangkan penggunaan model sosiologi dalam kajian ini (sub topik 1.5.1), cara dalam pemilihan responden (sub topik 3.3), konteks kajian dan peranan pengkaji dalam kajian (subtopik 3.4.4), telah diterangkan oleh pengkaji agar dapatan kajian boleh dipercayai.
59 3.5.2 Kesahan Kajian Menurut Creswell (2007), kesahan dalam kualitatif adalah satu proses untuk mendapatkan kebenaran dengan berada lama di tempat kajian serta mempunyai hubungan yang rapat dengan responden. Terdapat lapan strategi untuk menentukan kesahan dalaman misalnya masa dan kekerapan bersama responden, triangulasi, ulasan oleh rakan (peer review), semakan oleh responden (member checking), deskripsi yang mendalam (rich thick description), audit luaran (external audit), penjelasan mengenai bias sebagai pengkaji (clarifying researcher biases) dan analisis kes secara negatif (Creswell, 2007). Dengan itu, pengkaji telah menggunakan tiga strategi di dalam kajian ini untuk mengesahkan kajian kes ini, iaitu triangulasi, semakan oleh responden (member checking), deskripsi yang mendalam (rich thick description). 3.5.3 Triangulasi Menurut Guion (2002), triangulasi adalah prosedur kesahan di mana penyelidik menggunakan pelbagai sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori sesuatu kajian. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kesahan data,
60 triangulasi perlu dilakasanakan. Terdapat lima kaedah triangulasi yang digunakan dalam kajian ini, iaitu: (i) Triangulasi data yang melibatkan penggunaan pelbagai sumber data atau maklumat yang berbeza. (ii) Triangulasi teori di mana melibatkan penggunaan pelbagai persepektif untuk menginterpretasikan satu set data atau maklumat. (iii) Triangulasi metode menggunakan kepelbagaian metode kualitatif dan kuantitatif di dalam sesebuah kajian. Kesimpulan bagi setiap metode yang digunakan adalah sama, maka kesahan dapat diwujudkan. (iv) Triangulasi Persekitaran. Trangulasi ini melibatkan penggunaan lokasi, latar, dan factor-faktor berkaitan persekitaran yang berbeza seperti masa, hari, minggu, tahun atau musim. Sekiranya, dapat mengenal pasti faktor persekitaran yang ada makanya akan mempengaruhi maklumat yang dikumpul. (v) Triangulasi Penyelidik. Kaedah ini melibatkan beberapa penyelidik di dalam sesebuah kajian. Penyelidik yang berbeza tetapi menggunakan metode kualitatif yang sama seperti temu bual, pemerhatian, kajian kes atau kumpulan fokus. Triangulasi dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai aspek yang dikaji selain dapat mengukuhkan data kajian (Rossman & Rallis, 2003; Lambert, 2012). Melalui kajian ini, pengkaji telah memilih untuk melaksanakan triangulasi pada metod (kaedah) kajian sahaja. Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah (metod) berbeza, iaitu temu bual (individu), pemerhatian dan analisa dokumen. Semakan oleh responden strategi untuk kesahan ini akan melibatkan penglibatan responden dalam
61 proses kajian, agar apa yang diinterpretasikan atau dicatat oleh penyelidik menggambarkan maksud sebenar responden kajian (Hays & Singh, 2012; Creswell, 2007). Menurut Hays & Singh (2012), lagi terdapat beberapa cara untuk menjalankan strategi ini iaitu membawa transkripsi data untuk disemak oleh responden; melaksanakan temu bual semula untuk mendapatkan kepastian dengan lebih lanjut, mengedar salinan laporan kajian untuk mendapat maklumbalas responden dan soalan mencungkil atau ekplorasi semasa proses pengutipan data. Dalam kajian ini, pengkaji telah membawa transkripsi data untuk disemak oleh responden. Pada masa ini, responden akan membuat refleksi terhadap data transkripsi, sama ada ianya adalah bertepatan dengan apa yang diperkatakannya. Responden diminta untuk menandatangi surat pengesahan butiran hasil temu bual. Langkah menandatangani surat pengesahan, adalah proses dalam ‘member checking’ dan ianya akan meningkatkan lagi kesahan data kajian serta kredibiliti kajian secara keseluruhan. 3.7.4 Deskripsi Yang Mendalam Menurut Hays & Singh (2012); Creswell (2007) dengan pendekatan ini, penyelidik perlu menjelaskan segala aspek penting berkaitan kajian dengan mendalam yang merangkumi proses kajian dan hasilnya. Kajian yang dijalankan ini, pengkaji cuba memperincikan hasil dapatan secara mendalam. Penerangan dan deskripsi yang
62 mendalam tentang aspek kajian, tempat kajian, responden kajian adalah perlu agar kajian ini mempunyai ciri-ciri penting seperti bersifat telus (transparent), tanpa ada penyembunyian data-data kajian. Pengkaji akan mendokumentasikan semua rekod pelaporan berkaitan proses kajian seperti perjalanan proses kajian dalam jurnal harian kajian, transkripsi temu bual, contoh pengkodan temu bual, nota lapangan dan ringkasan analisa dokumen kajian. Setelah, pengumpulan data maklumat dan rekod pelaporan didokumentasikan, maka pelaporan kajian yang terperinci dapat dihasilkan. 3.8 Rumusan Bab Kesimpulannya adalah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Isu kajian ini adalah untuk mengenal pasti sensitiviti guru dalam pendidikan multibudaya di kalangan murid bekeperluan pendidikan khas pelbagai etnik, berdasarkan pengetahuan dan kefahaman serta amalan yang digunakan ketika membimbing murid. Populasi pensampelan bertujuan adalah teknik pemilihan responden yang sesuai dengan objektif kajian. Metodologi di dalam Bab Tiga membincangkan mengenai populasi, kaedah dan prosedur yang diaplikasikan dalam kajian. Pengumpulan data dengan menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kebolehpercayaan pengkaji telah melaksanakan triangulasi (kaedah) dan pendekatan “the investigator’s position”.
63 Dalam mendapatkan kesahan, pengkaji telah menggunakan tiga strategi iaitu tringulasi (kaedah), semakan oleh responden dan deskripsi yang mendalam. Melalui bab 3 ini, metodologi kajian yang telah dijalankan dapat memberikan gambaran bagi menjawab persoalan-persoalan di dalam kajian yang telah dijalankan.
64 BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan bab Bab ini megandungi huraian mengenai analisis data kajian berdasarkan soalan-soalan kajian. Terdapat tiga soalan kajian iaitu pertama sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru pendidikan khas tentang Pendidikan Multibudaya. Kedua, sejauhmana sensitiviti guru pendidikan khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah. Seterusnya ketiga, adakah guru pendidikan khas mengamalkan amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah. Data-data kajian ini diperolehi melalui tiga kaedah utama iaitu temu bual separa struktur (individu), pemerhatian dan analisa dokumen.
65 Data-data yang dikumpul, kemudiannya dianalisis secara pendekatan kualitatif bagi memberi jawapan kepada soalan-soalan kajian ini. Rumusan dapatan kajian secara keseluruhan turut dinyatakan dalam bab empat ini. Bab ini diakhiri dengan rumusan. 4.1 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian Pertama. Sejauhmanakah aspek pengetahuan dan kefahaman guru pendidikan khas tentang Pendidikan Multibudaya. Berdasarkan dapatan hasil kajian, dapat dilihat berlakunya penyepaduan kandungan di dalam kurikulum dan pembinaan ilmu berlaku di dalam suasana kepelbagaian etnik murid di dalam kelas; dimana guru berperanan dalam membantu murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Oleh itu, objektif kajian ini juga ingin mengenal pasti sejauhmana guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pendidikan Multibudaya di sekolah tersebut. Antara aspek yang dikenal pasti adalah seperti berikut: 4.1.1 Pengetahuan dan Kefahaman Penyepaduan Kandungan Kurikulum Kurikulum yang digunakan di dalam kelas menunjukkan berlakunya penyepaduan kandungan ketika berlakunya aktiviti PdPc seperti menggunakan kepelbagaian
66 maklumat daripada pelbagai budaya dalam menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori dalam subjek yang dipelajari oleh murid pelbagai etnik. Penerapan semangat perpaduan di dalam semua matapelajaran ditonjolkan dengan terbinanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Malaysia khasnya bagi murid bekeperluan pendidikan khas. Dengan adanya kurikulum yang standard semua murid di Sekolah Kebangsaan yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat menikmati kurikulum yang sama tanpa ada bias di antara etnik. Semua etnik yang berada di sekolah akan menikmati isi kandungan kurikulum yang sama tanpa ada sebarang prejudis. Berikut adalah hasil temu bual Guru Kelas 3C. “Mmmm… Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah punca kuasa kepada guru-guru dalam melaksanakan PdPc di sekolah. Melalui dokumen KSSR tersebut semangat perpaduan telah diterapkan kepada semua murid tanpa ada bias dan prejudis. Errmmm… tambahan lagi, semua murid yang berada di bawah kawalan KPM perlu mengikut KSSR tersebut. Jadinya, secara tidak langsung pendidikan multibudaya akan berlaku di dalam kelas tersebut bersama-sama dengan murid-murid daripada pelbagai etnik.” - Guru Kelas 3C Guru Kelas 3C menyatakan bahawa, dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menjadi panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan PdPc di dalam kelas telah digubal dengan etika-etika perpaduan dan kesamarataan kepada semua murid
67 yang berada di Sekolah Kebangangsan di bawah KPM. Dengan itu, semua murid dari pelbagai etnik dan sosio budaya dapat menggunakan kurikulum tersebut sepanjang tempoh persekolahan rendah tanpa bias. “Pendidikan Multibudaya ni adalah pendidikan untuk semua etnik yang ada di negara Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Di Perlis, ramai murid kalangan etnik Siam tapi murid-murid ni belajar dalam satu kelas dengan menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu” – Guru Kelas 3C Menurut Guru Kelas 3C lagi, guru dan murid menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam kelas. Tambahan beliau lagi, murid-murid juga menggunakan Bahasa Melayu sesama mereka ketika berinteraksi. Namun begitu, ada ada juga murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan lancar dan fasih dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, guru cuba membantu dalam interaksi tersebut. “Ketika aktiviti PdPc berlangsung, saya dapati murid-murid dapat menjalankan aktiviti bersama-sama dengan gembira tanpa ada perasaan prejudis sesama mereka walau berlainan etnik” - Guru Kelas 3C Semasa aktiviti PdPc berjalan, murid-murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik. Guru bertindak dalam membantu murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka supaya tiada perasaan prejudis di antara mereka. Berdasarkan dapatan daripada
68 Guru Kelas 3C ini, mendapati bahawa guru tersebut mempunyai pengetahuan dan faham dalam mengendalikan murid-murid daripada kepelbagaian etnik dan budaya. “Hurmm… setahu saya la, Falsafah Pendidikan Negara telah menyebut keseimbangan Pendidikan di Malaysia dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jadinya, dari situ kita dah faham bahawa perpaduan telah diterap ke dalam Sistem Pendidikan Malaysia.” – Guru Kelas 3C Hasil dapatan daripada temubual bersama Guru Kelas 3C itu, pengkaji dapat melihat bahawa guru tersebut mempunyai asas pengetahuan dan kefahaman dalam pendidikan multibudaya. Maka dengan itu, pengkaji membantu Guru Kelas 3C tersebut agar lebih memahami cara untuk mengendali murid yang berlainan budaya. Selain itu, KPM juga telah menyelit unsur-unsur perpaduan di dalam Falsafah PendidikN yang digubal berdasarkan dasar-dasar pendidikan yang telah ditetapka oleh KPM. “Murid-murid bekeperluan pendidikan khas ni tiada isu di dalam kelas kerana mereka sentiasa bekerjasama dan berkawan baik. Mereka ni tiada masalah dalam isu etnik, agama dan bahasa, depa boleh buat kerja sama-sama” – Guru Kelas 3C
69 Berdasarkan temu bual yang dijalankan, didapati responden seorang guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang Pendidikan Multibudaya di dalam persekitaran kelas beliau yang mana murid-murid tersebut terdiri daripada kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina dan Siam. Responden menyedari bahawa beliau berperanan untuk membantu murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan mengolah kepelbagaian aktiviti berdasarkan persekitaran sosial budaya yang terdapat di dalam kelas itu. Menurut responden lagi, berteraskan dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah disediakan oleh bahagian Pembangunan Kurikulum telah menyediakan garis panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPc secara telus dan berintegriti. Manakala, dengan adanya unsur-unsur penerapan Penyepaduan Kandungan Kurikulum di dalam Kurikulum Kebangsaan maka itu, Pendidikan Multibudaya secara tidak langsung telah diterapkan ke dalam sistem pendidikan di semua institusi pendidikan yang terdiri daripada kepelbagaian etnik, ras, budaya dan agama. Oleh itu, melalui kajian ini tidak hairanlah jika dinyatakan bahawa guru-guru di semua sekolah di bawah kawalan KPM telah disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam mendidik anak bangsa yang terdiri daripada kepelbagaian sosial dan budaya di negara ini selaras dengan pendapat Banks & Banks di dalam Model Pendidikan Multibudayanya (1994,1999 & 2002)
70 Berdasarkan rumusan dari pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam skop Pendidikan Multibudaya. Hal ini dibuktikan apabila guru melaksanakan aktiviti PdPc di dalam kelas dalam waktu matapelajaran Bahasa Melayu di dapati murid bekerjasama dan saling hormatmenghormati dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan, walaupun ada jurang perbezaan dari aspek etnik, ras dan budaya. Selain daripada itu, didapati guru jelas meggunakan hak sama rata ke atas murid-murid di dalam kelas tersebut tanpa bias. 4.2 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian Kedua Sejauhmana sensitiviti guru pendidikan khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah. Berdasarkan dapatan hasil kajian, apabila proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, guru membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia dipengaruhi oleh kedudukan kaum, etnik, kelas sosial individu dan kumpulan. Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akademik murid yang pelbagai dari segi ras, budaya dan sosial.
71 4.2.1 Sensitiviti Pembinaan Ilmu Melalui pembelajaran dan pemudahcaraan, pembinaan ilmu yang berlaku di dalam suasana kepelbagaian etnik murid di dalam kelas dimana guru berperanan dalam membantu murid dalam melaksanakan aktiviti PdPc. Ketika berlakunya aktiviti PdPc di dalam atau pun di luar bilik darjah, murid dibantu tanpa mengira ras, etnik, bangsa dan agama. Berikut adalah hasil temu bual Guru Kelas 3C. “Saya sebagai Guru Kelas 3C, dimana murid-murid terdiri daripada pelbagai etnik perlu banyak bersabar dalam membantu murid untuk belajar. Murid dari etnik Siam dan Cina agak sukar untuk dikawal kerana masalah bahasa komunikasi iaitu dirumah mereka menggunakan bahasa ibunda masing-masing manakala di sekolah bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu. Errmm.. jadinya, untuk berkomunikasi jadi susah sikit.” – Guru Kelas 3C Guru Kelas 3C memaklumkan adanya masalah komunikasi dikalangan murid yang berlainan etnik disebabkan murid lebih banyak terbawa bahasa ibunda masing-masing ke sekolah sebagai bahasa pengantar di dalam kelas. Namun begitu, guru bertindak sebagai pemudahcara dalam mengendalikan suasana interaksi di dalam kelas itu.
72 “Semasa aktiviti PdPc dijalankan, murid-murid dari etnik bukan Melayu akan dibantu setara seperti mana murid etnik Melayu. Murid dalam kelas tersebut banyak dibimbing untuk kesesuaian kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam kelas tersebut, pelbagai ragam timbul akibat daripada persekitaran sosial budaya masing-masing.” – Guru Kelas 3C “Sebagai seorang guru, komunikasi secara verbal dan non-verbal perlu dianalisis dengan baik untuk meningkatkan penyertaan murid dalam PdPc” – Pengkaji Faktor utama dalam membentuk komuniti yang makmur dalam suasana masyarakat majmuk, komunikasi verbal ialah komunikasi secara lisan manakala komunikasi nonverbal ialah proses mengirim dan menerima pesanan tanpa menggunakan kata-kata, baik lisan atau tulisan namun dapat dilihat melalui tingkah laku, riak wajah, dan cara memberi respond. Hal ini sangat penting kepada guru bagi mengenal pasti situasi murid misalnya, mereka mahu berhadapan dengan orang ramai, kurang yakin, kurang faham topik yang diajar atau tidak sihat. “Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, budaya dan agama murid.” – Pengkaji Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai semua dan tidak menyentuh sensitiviti sesuatu golongan masyarakatpada masa yang sama dapat
73 memudahkan murid faham mengenai topik. Sebagai contoh, dalam matapelajaran Sejarah terdapat tajuk Perpaduan Kaum masyarakat Majmuk di Malaysia. Oleh yang demikian, guru boleh membuat aktiviti kokurikulum di luar kelas dengan mempamerkan kesepaduan rakyat dalam kepelbagaian etnik. Manakala murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan menghasilkan aktiviti berkumpulan seperti bergotong-royong untuk membuktikan kerjasama dan perpaduan yang terjadi di dalam kepelbagaian etnik di sekolah tersebut. 4.2.2 Pedagogi Ekuiti Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akademik murid yang pelbagai dari segi ras, budaya dan sosial. Berikut adalah hasil temu bual Guru Kelas 3C. “Rakan-rakan guru subjek lain menyatakan, mereka mempelbagaikan aktiviti PdPc di dalam kelas tersebut mengikut tahap keboleh capaian murid yang terdiri dari kepelbagaian budaya dan sosial objektif pembelajaran pada hari terdebut.” – Guru Kelas 3C
74 “Bagi murid pendidikan khas kaedah bimbingan pengajaran tiada bezanya dengan murid perdana, Cuma mereka ni memerlukan lebih perhatian dan lebih berbentuk ‘one to one’. Namun begitu, dari aspek kepelbagaian ras, budaya dan sosial bagi kelas ini tiada masalah. Guru membimbing tanpa perasaan prejudis dan bias.” – Guru Kelas 3C Menurut Guru Kelas 3C itu, guru banyak membantu di dalam perjalanan kelas bagi murid bekeperluan pendidikan khas. Guru-guru yang terlibat akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa perasaan prejudis dan diskriminasi di antara etnik yang ada. “Persekitaran sekolah yang perihatin kepada semua murid” – Pengkaji Walau bagaimanapun, persekitaran sekolah yang bersih, selesa dan dilengkapi kemudahan yang boleh digunakan oleh semua pelajar termasuk pelajar berkeperluan pendidikan khas. Sebagai contoh, terdapat kemudahan tandas yang selesa bagi murid bekeperluan khas, tempat solat bagi pelajar beragama Islam. Selain itu, komuniti sekolah yang terdiri daripada guru, pentadbir dan kakitangan sekolah bersikap positif, mesra pelajar, bertimbang rasa dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta salin bantu- membantu.
75 “Guru perlu wujudkan pergaulan bebas antara murid tanpa sekatan budaya dan masyarakat” - Pengkaji Justeru itu, guru perlu menggalakkan murid daripada pelbagai latar belakang masyarakat, sosial ekonomi, tahap kognitif dan keupayaan untuk saling bergaul dan bertegur sapa. Guru juga perlu menjadi role-model kepada muriduntuk menunjukkan contoh penggunaan bahasa dan adab yang baik untuk berkomunikasi dengan pelbagai yang terdiri daripada pelbagai budaya. Contohnya, guru kelas boleh membuat susunan meja murid dalam kelas yang terdiri daripada mereka yang berlatar belakang kerana untuk mengalakkan interaksi sosial murid. Pada masa yang sama, interaksi sosial yang digalakkan ini mestilah tidak melebihi batas-batas pergaulan yang sepatutunya dan perlu diberi penekanan oleh guru. Berdasarkan daripada pemerhatian, didapati Guru Kelas tersebut mempunyai sensitiviti terhadap Pendidikan Multibudaya. Guru tersebut tanpa perasaan prajudis dan diskriminasi berusaha membawa kelas tersebut berada dalam keadaan sejahtera dengan pelbagai karena murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan sosio budaya. Kesepaduan dan kesamarataan di dalam pelaksanaan aktiviti PdPc didalam kelas amat jelas menunjukkan keharmonian dan kemajmukan.
76 4.3 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian Ketiga Adakah guru pendidikan khas mengamalkan amalan Pendidikan Multibudaya di sekolah. Amalan Pendidikan Multibudaya di kalangan guru perlu dititkberatkan dengan mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya murid serta kaedah pengajaran yang sesuai. Hal demikian, bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya setiap etnik. Dengan itu, pihak sekolah perlu memperkasakan institusi pendidikan dengan budaya dan persekitaran sekolah yang mesra dan sejahtera melalui aktiviti-aktiviti yang menerapkan nilai-nilai Pendidikan Multibudaya. 4.3.1 Pengurangan Sifat Prejudis Guru perlu mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan murid melalui kaedah pengajaran yang sesuai. Bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain. Berikut adalah hasil temu bual Guru Kelas 3C. “Hurmmm, sebagai seorang guru kita tidak boleh memilih kasih diantara murid di dalam kelas kerana bagi murid bekeperluan pendidikan khas, mereka ini semestinya memerlukan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tinggi dalam diri setiap guru mesti ada itu.”
77 Dapatan daripada temu bual bersama Guru kelas tersebut, didapati guru-guru yang terlibat di dalam PdPc bersama-sama murid bekeperluan pendidikan khas ini perlu mempunyai nilai-nalai kasih sayang dan keperihatinan terhadap murid-murid tersebut tanpa mengira budaya, etnik mahupun sifat prejudis. “Saya seronok mengajar dan menjadi Guru bagi Kelas 3C ni sebab dengan adanya kepelbagaian budaya dan etnik menjadikan kelas ni lebih ceria dengan pelbagai bentuk sosial yang murid-murid ni ada.” – Guru Kelas 3C Tambahan lagi, Guru Kelas ini menyatakan keseronokan beliau mengajar murid-murid tersebut yang terdiri dari pelbagai budaya dan etnik. Ini kerana pelbagai kerenah dan sosial budaya setiap murid dapat diperhati di fahami bagi kesejahteraan di dalam kelas yang majmuk itu. “Sebagai rakyat negara majmuk (Malaysia) ni, seharusnya kita hidup dengan penuh aman dan sejahtera tanpa sebarang prajudis. Guru terutamanya adalah agen sosialisasi dalam masyarakat sepatutnya menjadi contoh dalam “Memberi pendedahan awal dan pemahaman kepada murid mengenai kepentingan dan impak perhubungan kaum kepada negara.” – Pengkaji
78 Sehubungan itu, guru perlu memberikan penerangan awal mengenai kepentingan dan impak pendidikan multibudaya kepada perhubungan kaum dan keamanan negara. Selain itu, guru juga perlu memberikan pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara dan menyemai nilai-nilai murni serta semangat patriotisme. “Mengintegrasikan elemen-elemen kepelbagaian budaya dalam pengajaran matapelajaran Sejarah.” – Pengkaji Berdasarkan elemen-elemen kepelbagaian budaya yang diintegrasikan termasuklah pengintegrasian nilai-nilai faham budaya, menyisipkan sumbangan / kehebatan tokoh / hero pelbagai kaum daripada pelbagai bidang, dan sosiobudaya masyarakat. Nilainilai faham pelbagai budaya yang diintegrasikan dalam pdpc Sejarah ialah hormatmenghormati, bekerjasama, toleransi dan patriotik. 4.3.2 Memperkasakan Budaya Sekolah Institusi budaya dan persekitaran sekolah. Berikut adalah hasil temu bual Guru Kelas 3C. “Sekolah ini mempunyai pelbagai etnik… Melayu, Cina, India dan Siam. Jadinya, kami guru-guru sememangnya telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kesemua murid tanpa mengira ras, budaya, etnik dan agama.
79 Contohnya aktiviti kokurikulum dan panitia, guru menyediakan aktiviti yang menunjukkan semangat patriotisme dikalangan guru dan murid sekolah itu.” - Guru Kelas 3C Dalam proses memperkasakan budaya sekolah tersebut dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di sekolah itu, pihak sekolah berusaha menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua kaum tanpa ada perbezaan dari segi ras, budaya, etnik dan agama. Aktiviti-aktiviti yang dirangka perlu memenuhi aspek-aspek kepelbagaian budaya bagi membentuk pendidikan multibudaya di dalam sekolah. “Setiap tahun sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, semangat patriotisma dikalangan guru dan murid ditonjolkan melalui aktiviti kokuriulum dan sebagainya. Contoh aktiviti yang pernah dilakukan ada pakaian beragam – pakaian tradisional, hidangan makanan pelbagai kaum dan permainan tradisional mengikut etnik” - Guru Kelas 3C Tambahan lagi, menurut Guru Kelas tersebut, penerapan nilai-nilai kemajmukan diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seperti sambutan bukan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Pada hari tersebut guru dan murid akan mengenakan pakaian mengikut budaya yang terdapat di negara ini dan memperkenalkan pelbagai aktiviti yang membezakan budaya-budaya yang ada seperti masakan, kraftangan, tarian, dan sebagainya. Secara tidak langsung, pendidikan multibudaya telah diserap kepada murid-murid tersebut.
80 “Guru perlu mempamerkan sikap positif terhadap kepelbagaian budaya.” – Pengkaji Guru yang responsif pelbagai budaya akan mempamerkan sikap yang positif terhadap kepelbagaian budaya. Contohnya, kemahiran hubungan interpersonal dengan murid pelbagai budaya seperti mempunyai hubungan guru murid yang positif, bergaul dengan murid pelbagai budaya dan sentiasa meraikan murid pelbagai budaya semasa pengajaran dan pembelajaran. Hasil pemerhatian bagi melihat skop amalan guru dalam Pendidikan Multibudaya di dalam kelas tersebut amat jelas menunjukkan guru tersebut sememangnya mengamalkan Pendidikan Multibudaya terhadap murid-murid di dalam kelas tersebut tanpa ada perasaan negatif, prejudis, diskriminasi dan sebagainya. Murid-murid tersebut dilayan dengan sama rata. Hasil dapatan mendapati, guru tersebut menggunakan elemen-elemen dan menggunakan pendekatan-pendekatan Pendidikan Multibudaya di dalam penulisan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Harian (RPH) dan Rekod Pendidikan Individu (RPI) bagi murid bekeperluan pendidikan khas.
81 4.4 Rumusan Bab Bab ini memberi maklumat mengenai hasil dapatan kajian berdasarkan soalan kajian, iaitu untuk melihat sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru pendidikan khas tentang Pendidikan Multibudaya, sejauhmana sensitiviti guru pendidikan khas terhadap Pendidikan Multibudaya di sekolah dan adakah guru pendidikan khas mengamalkan amalan pendidikan multibudaya di sekolah. Bab berikutnya, iaitu bab lima akan memfokuskan perbincangan dapatan kajian serta perkaitannya dengan kajian lepas, implikasi kajian terhadap isu kajian, model dan sistem pendidikan negara.
82 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Bab Bab ini mengandungi perbincangan hasil analisis kajian berdasarkan tiga soalan kajian ini. Implikasi terhadap isu kajian dan model kajian turut dibincangkan pada bahagian seterusnya dalam bab ini. Bab ini diakhiri dengan cadangan-cadangan yang berkaitan isu kajian dan kesimpulan keseluruhan dapatan kajian ini.
83 5.1 Perbincangan Aspek Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan daripada lima dimensi pendidikan multibudaya yang diperolehi melalui James A. Bank. Dimensi pertama yang dibincangkan adalah sejauhmana aspek pengetahuan dan kefahaman guru dalam penyepaduan kandungan kurikulum di dalam Pendidikan Multibudaya. Untuk membuktikan tahap pengetahuan dan kefahaman tersebut, guru perlulah menggunakan contoh, data dan maklumat daripada pelbagai budaya dan kumpulan untuk menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori utama bidang subjek dan disiplin. Maka itu, kesepaduan kurikulum yang digunakan di dalam kelas dijadikan sebagai eviden yang menunjukkan bahawa berlakunya penyepaduan kandungan ketika berlakunya aktiviti PdPc seperti menggunakan kepelbagaian maklumat daripada kepelbagaian budaya dalam menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi dan teori dalam subjek yang dipelajari oleh murid pelbagai etnik. Penerapan semangat perpaduan di dalam semua matapelajaran ditonjolkan dengan terbinanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Malaysia khasnya bagi murid bekeperluan pendidikan khas. Dengan adanya kurikulum yang standard semua murid di Sekolah Kebangsaan yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat menikmati kurikulum yang sama tanpa ada bias di antara etnik. Semua murid dari pelbagai etnik yang berada di sekolah akan menikmati isi kandungan kurikulum yang sama tanpa ada sebarang prejudis.
84 5.2 Perbincangan Sensitiviti Guru Melalui dimensi James A. Banks yang ke dua dan tiga mendapati bahawa proses pembinaan pengetahuan dilaksanakan dalam bilik darjah, dimana guru membantu pelajar memahami cara pengetahuan dicipta dan bagaimana ia dipengaruhi oleh kedudukan kaum, etnik, kelas sosial individu dan kumpulan. Guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar murid dalam rangka membimbing prestasi akademik murid yang pelbagai dari segi ras, budaya dan sosial. Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati bahawa, guru sememangnya dipenuhi dengan sensitiviti terhadap Pendidikan Multibudaya ini semenjak mereka berada di institusi-institusi latihan pengajian sebagai guru pelatih telah diterapkan dengan elemn-elemen untuk mengenali, memahami dan mengendali murid-murid yang terdiri daripada pelagai etnik dengan telus tanpa ada perasaan diskriminasi. Menurut Yusof, N. M. (2007) di dalam buku beliau menyatakan bahawa kefahaman konsep pelbagai budaya meliputi dalam semua aspek latihan perguruan, dimana guru-guru perlu bersedia dengan pengalaman dan konsep pelbagai budaya untuk diterapkan dalam pendidikan di semua institusi pendidikan yang terdapat di negara ini. Semua guru perlu bersedia dengan status quo untuk memberi khidmat dalam masyarakat. Pendekatan berasaskan kecekapan (competency-based teacher education (CBTE) telah digunakan di dalam sistem pendidikan bagi melahirkan dan melaksanakan objektif dalam keperluan pendidikan pelbagai budaya.
85 5.3 Perbincangan Amalan Guru Dimensi James A. Banks yang ketiga dan empat menyatakan amalan dalam Pendidikan Multibudaya adalah dengan mengurangkan sifat prejudis di kalangan murid dengan memperkasakan lagi kepelbagaian budaya seperti yang terdapat pelbagai budaya di sekolah. Berdasarkan temu bual dan pemerhatian serta analisis dokumen yang dijalankan telah menunjukkan bahawa Guru Kelas 3C yang terlibat dimana kurangnya sifat prejudis dan memperkasakan pendidikan multibudaya di sekolah telah menjadikan suasana persekitaran kelas seronok, ceria dan sejahtera di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalan kelas tersebut walaupun dengan adanya kepelbagaian sosio budaya dan kepelbgaian etnik di dalam kelas tersebut. 5.4 Implikasi Kajian Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa Pendidikan Multibudaya di kalangan kanak-kanak istimewa atau murid bekeperluan pendidikan khas di Malaysia amnya, khususnya murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah mematuhi dan mengamalkan Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA) 1997 dan pindaan
86 seterusnya menambah baik dan meningkatkan peruntukan Undang-undang Awam 94- 142 seperti yang terkandung di dalam buku Kod Amalan Pendidikan Khas 2013. 5.5 Implikasi Model Pendidikan Multibudaya James A. Banks “Multicultural education is an idea, an educational reform movement, and a process (Banks, 1997). As an idea, multicultural education seeks to create equal educational opportunities for all students, including those from different racial, ethnic, and social-class groups. Multicultural education tries to create equal educational opportunities for all students by changing the total school environment so that it will reflect the diverse cultures and groups within a society and within the nation's classrooms. Multicultural education is a process because its goals are ideals that teachers and administrators should constantly strive to achieve.” – Petikan daripada Model Pendidikan Multibudaya James A. Banks (1997) Berdasarkan model ini, dapat dilihat dimana guru-guru perlu mempunyai ilmu dan bersedia dengan Pendidikan Multibudaya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membantu dan membimbing murid dalam meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan prinsip-prinsip asas yang perlu diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan di dalam kelas. Hak sama rata tanpa sebarang rasis