[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan
program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi
pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di
peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Pendidikan swasta dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan
yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang
cukup bagi pendidikan tersebut.
Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta
dikekalkan. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini
serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati
munasabah dan praktik diadakan.
DIMENSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkembangan pendidikan negara yang berlaku sehingga kini dan dirancang bagi menghadapi masa
depan adalah membina pendidikan yang holistic dari aspek pembangunan insan secara khusus dan
pembangunan negara secara umumnya. Perkembangan pendidikan tersebut boleh dibahagikan kepada
dua dimensi iaitu dimensi vertikal dan dimensi horizontal. Dimensi vertikal menjurus kepada siri
kesinambungan dan turutan dalam pendidikan yang diseiringkan dengan perkembangan mental dan fizikal
seseorang. Manakala dimensi vertikal berfokus kepada aspek ruangan dan peluang bagi setiap
warganegara memperoleh pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Rajah 3.2 menunjukkan perkaitan
dimensi dan komponen yang diperkatakan.
HOLISTIK
Dimensi Vertikal
Taraf pendidikan
Tahap persekolahan
Peluang pendidikan
Pendidikan berterusan
Dimensi Horizontal Rajah 3.2: Dimensi perkembangan
Merapatkan jurang pendidikan pendidikan di Malaysia
Demokrasi pendidikan
Penyebaran pendidikan 51
Pengantarabangsaan pendidikan
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
SISTEM DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan negara dibahagian kepada lima kategori secara berhirarki:
Pendidikan peringkat prasekolah
Pendidikan peringkat rendah
Pendidikan peringkat menengah
Pendidikan peringkat lepas menengah
Pendidikan peringkat pengajian tinggi
Rajah 3.3: Sistem pendidikan di Malaysia
Berdasarkan perkembangan dunia, Malaysia juga semakin menekankan pendidikan peringkat awal kanak-
kanak (kanak-kanak berusia 3-5 tahun). Untuk itu satu program yang dikenai sebagai Permata Negara
dilancarkan pada tahun 2008 untuk membangunkan pendidikan peringkat ini. Jika program tersebut
menjadi kemestian maka, system pendidikan negara akan mengalami perubahan. Sehingga kini system
pendidikan negara di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang tertera pada
Rajah 3.3. Pendidikan peringkat pengajian tinggi (IPTA/IPTS) adalah dibawah kendalian Kementerian
Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun kedua-dua kementerian sentiasa mempastikan pembangunan
pendidikan negara diutamakan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, perkembangan pendidikan Negara
dikendalikan oleh tiga kategori institusi pendidikan:
Institusi pendidikan kerajaan
Institusi pendidikan bantuan kerajaan/ modal
Institusi pendidikan swasta
52
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi
teknologi dalam bidang ekonomi, sosial, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama. Hal ini
dapat difahami dengan menyusuri faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan
pendidikan sebagaimana yang terdapat dalam Rajah 3.4.
Faktor Keadaan asal sedia ada Desakan Struktur pendidikan moden
Sosial
Ideologi Masyarakat tradisioal Permodenan Idea utama – inklusif
Etnik Perbandaran
Ekonomi Pertumbuhan populasi Kemajuan Konten: agama, sekular & teknikal,
integrasi
Politik Sekolah tradisional & Pemikiran semasa
Vernekular, kurikulum Matlamat yang hendak Struktur sekolah: progresif &
pelbagai yang ditaja. bersepadu
dicapai
Hubungan antara sekolah dengan
Ekonomi tradisional Pertumbuhan ekonomi peperiksaan
Pemilikan tanah luar Kelas pertengahan
Sistem kerja Hubungan terhadap pasaran
bandar buruh; jaminan pekerjaan
Sistem percukaian Treat luaran
Treat dalaman Kawalan: kerajaan atau swasta
Politik tradisional Kesatuan Sentralisasi atau disentralisasi
Darjah pemusatan Penentangan
Kebolehan pemerintah
Inklusif
Mewakili
ketenteraan
Ketepatan perubahan politik dan
pendidikan
Darjah peledakannya
Rajah 3.4: Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan pendidikan
ABAD KE 21 SEBAGAI ERA MENGANTARABANGSAKAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Abad ke-21 menyaksikan Malaysia berada pada garis penamat untuk menjadi sebuah negara maju
sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Kerajaan telah merangka beberapa pelan strategi
untuk membangunkan modal insan bagi menjana ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi,
pengantarabangsaan pendidikan memberi pulangan yang menguntungkan negara. Oleh kerana itu
pendidikan pada peringkat pengajian tinggi perlu dibuka secara meluas untuk pelajar-pelajar dari luar
negara datang belajar di IPTA/IPTS di Malaysia. Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,
53
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan mencapai bilangan 200,000 pelajar antarabangsa di Malaysia.
Sehingga 2009, pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia adalah seramai 80,750 orang.
Jadual 3.6:Jumlah pelajar asing di Malaysia (2008-2009)
TAHUN IPTA IPTS JUMLAH
69,164
2008 18,485 50,679 80,750
2009 22,456 58,295
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Pelunjuran 200,000 pelajar antarabangsa pada tahun 2020 boleh dicapai berlandaskan beberapa faktor
menyakinkan yang sedia ada seperti;
Kualiti pengajian terjamin
Prosedur imigresen mudah
Banyak pilihan untuk pelajar
Yuran pengajian yang rendah
Kestabilan politik dan ekonomi
Ijazah asing dengan kos murah
Kos kehidupan yang munasabah
Interaksi silang budaya yang baik.
Sehingga kini terdapat 10 negara tertinggi yang menjadi sumber pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Jadual 3.7: Pelajar antarabangsa di Malaysia dari negara terpilih
NEGARA IPTA IPTS JUMLAH
10,932
Iran 4,002 6,930 9,812
9,177
Indonesia 3,713 6,099 5,969
4,931
China 2,099 7,078 4,021
2,443
Nigeria 571 5,398 2,331
1,957
Yaman 1,549 3,382 1,939
Libya 1,190 2,831
Sudan 576 1,867
Arab Saudi 656 1,675
Bangladesh 436 1,521
Botswana 1 1,938
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
54
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Jadual 3.8: Perbandingan kos pengajian (Per Tahun Akademik) Bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera atau
Perniagaan bagi pelajar antarabangsa merentasi negara.
Negara (awam/swasta) Bayaran Pengajian Kos Kehidupan Jumlah Kos
(USD) (USD) Pengajian (USD)
Malaysia (swasta) 4,000 3,000
Perancis (awam) - 12,700 7,000
Kanada (awam) 7,000 8,500 12,700
Singapura (swasta) 6,000 9,000 15,000
Australia (awam) 8,500 8,500 15,000
New Zealand (awam) 10,000 11,500 17,000
Amerika Syarikat (awam) 13,000 12,000 21,500
United Kingdom (awam) 13,500 12,500 25,000
Amerika Syarikat (swasta) 22,000 13,000 26,000
Nilai tukaran: USD 1 = RM 3.26 35,000
RUMUSAN
Dalam tempoh tiga dekad ini, pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk
trandformasi dan pembangunan pendidikan. Perkembangan tidak lagi mengikut organik tetapi quantum
leap. Pendidikan di Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memacu kemajuan negara bagi
memenuhi Wawasan 2020. Malaysia kini berada jauh di hadapan dalam kumpulan negara-negara
membangun malah menjadi rujukan kepada negara-negara tersebut. Pendidikan di Malaysia kini setanding
dengan negara-negara maju yang lain malah dalam beberapa aspek Malaysia dapat menandinginya
sebagai contoh pelajar Malaysia telah menjuarai pentandingan robotik pada peringkat dunia. Pelajar
Malaysia juga menjuarai debat antara pendidikan tinggi dunia. Malaysia juga tergolong dalam 5 negara
paling selamat di dunia. Itu sekadar contoh, realitinya ada banyak lagi kejuaran dan rekod dunia yang telah
dicipta oleh anak Malaysia . Semuanya bermula dari pendidikan, kita belajar dari penjajah, kita membina
selepas merdeka dan kita bersaing pada era kini. Perkembangan pendidikan di Malaysia bukanlah berlaku
dengan sendirinya tetapi melalui proses yang dirancang dan disusun secara sistematik agar matlamat yang
dihasratkan dapat dicapai dengan penuh gemilang. Untuk itu perkembangan pendidikan dibangunkan
secara dimensi horizonal (mengikut siri masa dan ruangan) dan vertikal (mengikut tahap & kandungan
pendidikan). Hal ini bermakna tiada ruang untuk berlakunya keciciran dan kesilapan dalam membina rakyat
Malaysia berminda kelas pertama sebagaimana kata YAB Dato‟ Seri Mohd Najib rakyat glokal. Rakyat
yang mampu berfikir secara global tetapi bertindak mengikut acuan lokal.
55
ZAINI ABDULLAH 2011
4 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK):
HURAIAN DAN AMALANNYA
PENGENALAN
Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Sehubungan itu,
pendidikan di Malaysia mengambil falsafah pendidikan Islam sebagai acuan utama dan digabungkan
dengan falsafah pendidikan barat untuk membentuk falsafah eklektik. Hal ini bermakna Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi elemen dan unsur dari falsafah pendidikan Islam, aliran
falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran falsafah
pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme) sama ada dari segi pengisian, proses
pelaksanaan ataupun matlamat pendidikan.
PENDIDIKAN BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut
Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am
yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah
atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan
kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem
pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya
sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain
daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. FPK
juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK juga merupakan gambaran cita-cita serta
hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Semua
program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK
yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf
pendidikan negara ke persada antarabangsa.
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi perhatian ialah perpaduan
kerana Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyatnya dari kalangan berbilang kaum
yang meliputi etnik pribumi iaitu Melayu, Iban, Kadazan serta lain-lain etnik pribumi. Selain ini kedatangan
imigran dari egara luat ketika penjajahan telah menyebabkan kemajmukan rakyat Malaysia semakin ketara
56
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
yang meliputi kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem
pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran
1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi
yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di
Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh
kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan
dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima
prinsip seperti berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistem
pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang dinamakan
sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan
laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil
laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara
secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan matlamat pendidikan negara
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979.
Pada peringkat awalnya, falsafah pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah dalam
bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala tuju pendidikan Negara hanya berpaksikan kepada syor-syor yang
terkandung di dalam Penyata Razak 1956, laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.
Selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan
tersirat dimaktubkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987
dan diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (KPM, 1988)
Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
57
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
RANGKA KONSEPTUAL FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Rajah 4.1: Rangka konseptual Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Bagaimanakah Rangka Konseptual Di Implimentasi?
Pelaksanaannya boleh dilakukan secara:
Interaksi semua pihak.
Terancang secara teratur dan sistematik.
Langsung menerusi sistem persekolahan.
Penerapan menerusi proses pelaksanaan.
Kolaborasi antara semua organisasi dan institusi.
Gabungjalin antara pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa.
Tidak terancang menerusi teladan, amalan dan budaya sekolah.
Tidak langsung menerusi amalan, peraturan dan budaya sekolah.
Penyerapan menerusi aktiviti kurikulum, kokurikulum dan aktiviti sekolah.
HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses
yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang
dlaksanakan di negara ini.
58
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
1. Pendidikan Ialah Satu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan
sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh sejak lahir hingga ke akhir hayat, pendidikan yang berlaku
merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan melibatkan:
Pengetahuan.
Kemahiran.
Nilai murni.
Pendidikan berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas
Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang memberi
penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
Pertuturan.
Bimbingan agama.
Asuhan budi pekerti.
Perhubungan fizikal.
Penjagaan kesihatan.
Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan asas yang melibatkan ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik untuk makan, minum, bertutur, mengenali
anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan diri, menguruskan diri dan sebagainya. Kanak-
kanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya dari segi adab sopan dan budi pekerti seperti adab
makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh dan tidak boleh diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat
awal ini juga, kanak-kanak menerima pendidikan asas semasa di tadika sebagai kesinambungan
pendidikan yang diterima di rumah. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli
keluarganya untuk bertutur agar memahami dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di
tadika, kanak-kanak terus belajar untuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal
kanak-kanak. Semasa di tadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-
kanak lain semasa belajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli
keluarga mereka.
Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua peringkat
persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan adalah terhadap
aspek-aspek berikut:
Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Penghayatan agama dan nilai murni.
Perkembangan bakat dan potensi.
Pembentukan jati diri.
Proses pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Selepas alam persekolahan,
pendidikan terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, di tempat
kerja mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara pembelajaran kendiri
sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada Peringkat Lepas Sekolah, penekanan adalah
terhadap:
Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Penghayatan agama dan nilai murni.
Perkembangan bakat dan potensi.
Penyesuaian hidup.
59
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
2. Memperkembangkan Lagi Potensi Individu
Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang
ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua
bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri
individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum
sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap
individu dicungkil dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah
sebaliknya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu
dilihat dari empat aspek iaitu Intelek (IQ), Rohani (SQ), Emosi (EQ) dan Jasmani (PQ). Berikut dihuraikan
empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK.
i. Intelek
Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki
oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu
bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang
berikut:
• Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul).
• Berfikir secara kreatif dan kritis.
• Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu.
• Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di
samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak
bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis
dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia sejagat dan alam agar
sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.
ii. Rohani
Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan
tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada
Tuhan. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut:
• Membentuk akhlak mulia.
• Memupuk dan membina disiplin kendiri.
• Menyedari dan menginsafi tanggung jawab.
• Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan.
• Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan.
iii. Emosi
Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana
emso mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi
adalah bagi memastikan yang berikut:
• Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal.
• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih saying.
• Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
60
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
iv. Jasmani
Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan
kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu
berkeupayaan seperti yang berikut:
• Melakukan riadah.
• Menjaga kesihatan badan.
• Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
• Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari.
• Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari.
• Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulative.
Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara
tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan
agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi.
Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju dan membangun.
Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020 tentulah memerlukan
rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus membangunkan negara dan
bersaing di peringkat global.
3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh Dan Bersepadu
Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai diperlukan oleh manusia dalam
memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu, perkembangan keempat-empatnya hendaklah
dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah
hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu.
Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran
dan nilai tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan.
4. Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan
ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan
dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang
berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia
berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak
mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang
bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu
kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang
lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan insan
hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani
kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan
damai.
61
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
5. Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan
beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri
individu. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu:
Mengakui wujudnya Pencipta.
Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama.
Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta.
Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam.
Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya.
Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta.
Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena
alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang
dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya
amanah ini diabaikan boleh membawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu
kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.
6. Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan
Ilmu adalah kuasa. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahaja
mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Namun,
haruslah diingat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah digunakan ke arah kebaikan bukan
sahaja kepada diri individu itu sendiri bahkan kepada orang lain di sekelilingnya, masyarakat dan negara.
Ilmu pengetahuan yang disalahguna pasti membawa kepada kemudaratan dan kehancuran. Dalam FPK,
usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah bagi memastikan rakyat yang
mempunyai ciri-ciri berikut:
Gemar membaca.
Berfikiran luas dan terbuka.
Mencintai ilmu pengetahuan.
Sentiasa menambah ilmu pengetahuan.
Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan tidak bersifat statik. Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku dengan pesat dari
semasa ke semasa. Bagi membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, konsep „pendidikan
sepanjang hayat‟ hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang terus
dikemaskini selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Oleh itu, setiap individu tidak boleh berpuas
hati denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika.
7. Warganegara Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Seseorang yang berakhlak mulia merupakan orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni,
bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek berikut:
62
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Yakin kepada nilai murni.
Mengetahui nilai baik dan buruk.
Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk.
Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk.
Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Sifat ini jika
dihayati dan diamalkan boleh menjadi perwatakan rakyat Malaysia yang baik.
8. Warganegara Malaysia Yang Bertangungjawab
Pendidikan berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab seperti berikut:
Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah.
Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna.
9. Warganegara Malaysia Yang Berketerampilan
Seseorang yang berketerampilan merupakan orang yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan
sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, pendidikan hendaklan dapat melahirkan rakyat yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan seperti yang
ditekankan dalam FPK:
Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas.
Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas.
Dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang
berketerampilan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara.
10. Warganegara Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri
Kesejahteraan penting dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat
tidak menjamin kesejahteraan hidup seseorang. Seseorang itu bukan sahaja seharusnya mampu memiliki
harta, berpendidikan dan berkelulusan tinggi tetapi juga kehidupan yang sejahtera, aman dan bahagia.
Oleh itu, bagi mencapai kesejahteraan, seseorang itu haruslah:
Mewujudkan perhubungan baik dengan orang lain.
Fikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat.
Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
63
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
11. Warganegara Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan
Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga.
Individu yang terdidik dengan sifat dan perwatakan yang unggul sudah pasti berkemampuan untuk
membawa keluarga/ membina keluarga yang gembira, harmoni dan makmur. Keluarga seperti ini pastinya
sihat dari segi mental, fizikal dan emosional. Secara keseluruhannya keluarga ini dirahmati oleh Tuhan.
Dalam hal ini, pendidikan yang berkesan dapat melahirkan individu pelajar yang baik. Individu yang baik
akan membantu mentransformasi keluarganya menjadi lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial
mahupun mobiliti ekonomi. Jika individu itu membentuk keluarga, diyakini beliau mampu menjadikan
keluarganya harmoni dan makmur.
12. Warganegara Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Masyarakat.
Pendidikan sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat yang
harmoni dan makmur. Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan perasaan
kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat menghormati.
13. Warganegara Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Negara.
Perpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dengan adanya
perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman damai, tenteram dan harmoni.
Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh masyarakat yang harmoni dan makmur.
Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah berasaskan kepada keluarga yang harmoni dan
makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur dapat menjamin perkembangan ekonomi serta
pembangunan negara dalam semua bidang. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan
mahir dalam pelbagai bidang agar menjadi modal insan yang produktif dan inovatif. Kemahiran dan
kecekapan dalam menggunakan teknologi juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan seterunya
memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut:
Mengekalkan kestabilan negara.
Memupuk keharmonian keluarga.
Bersemangat patriotik dan cintakan negara.
Mematuhi, mengekal dan mempertahankan perlembagaan.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara.
Memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati untuk perpaduan.
Jelas bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individu bermula dari
keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysia hendaklah berkebolehan
dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajin berusaha untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah mengamalkan sikap toleransi di antara satu
sama lain, saling hormat menghormati dan berkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan
kestabilan negara.
64
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
KOMPONEN DAN PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dilihat berdasarkan kepada tiga komponen iaitu bentuk
pendidikan, proses pendidikan yang mesti dilaksanakan dan matlamat pendidikan yang mesti dicapai.
Rajah 4.3 menunjukan aliran dan hubungan komponen tersebut.
BENTUK PENDIDIKAN
Pendidikan adalah suatu proses
PROSES PENDIDIKAN
1. Mendidik sebagai satu usaha.
2. Mendidik secara berterusan.
3. Pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid.
4. Pengajaran berfokus individu.
5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani,
Emosi, Jasmani).
6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis.
7. Berpaksi ketuhanan.
KESAN DARI PENDIDIKAN
1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak.
2. Melahirkan warganegara gemilang: berbakti kepada keluarga, masyarakat &
negara.
3. Mengangkat martabat bangsa yang terbilang
Dimensi Instrinsik Dimensi Ekstrinsik
(Diri individu) (Sumbangan individu)
Percaya & patuh kepada Tuhan Berupaya memberi
Berilmu sumbangan kepada
Berketerampilan kesejahteraan & kemakmuran
Berakhlak (i) Keluarga (ii) Masyarakat
Bertanggungjawab (iii) Negara
Sejahtera diri
Rajah 4.2: Hubungkait unsur dan elemen kandungan FPK
Dalam aspek bentuk pendidikan, FPK mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza dengan falsafah
pendidikan yang terdahulu. Walau bagaimanapun, FPK turut menerapkan unsur falsafah-falsafah terdahulu
65
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
seperti falsafah Islam, Barat dan Timur. Oleh sebab itu, FPK dikatakan bersifat dinamik dan fleksibel. Hal
ini penting bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa berkembang dan tidak ketinggalan dalam
era globalisasi kini. Oleh itu, sememangnya wajar sekiranya sistem pendidikan negara sering mengalami
perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap tinggi seiring dengan pembangunan negara.
Dalam ciri yang kedua ialah aspek proses pendidikan, iaitu FPK menekankan konsep menyeluruh
dan bersepadu. Hal ini kerana bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tidak
hanya tertumpu kepada aspek akademik semata-mata tetapi bakat dan potensi yang ada dalam setiap
individu perlu dicungkil dibimbing dan diberi didikan secara yang optimum. Tambahan lagi, ramai individu
yang berbakat akan bergiat aktif dalam aktiviti yang diadakan oleh institusi pendidikan untuk
mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa FPK juga
mementingkan ciri individu yang seimbang iaitu dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Dalam aspek matlamat pendidikan pula, FPK melakukan suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi seseorang individu itu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada aspek rohani, intelek, emosi ataupun
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu juga, bertujuan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa matlamat FPK meliputi pelbagai aspek agar semuanya seimbang.
BIDANG – BIDANG KAJIAN DALAM FPK
Dalam FPK, terdapat empat bidang kajian yang difokuskan iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi, dan
logikal. Dalam bidang metafizik, FPK menekankan aspek intelektual dalam sistem pendidikan. Tujuan
utama penekanan aspek ini ialah untuk melahirkan individu yang mampu berkemahiran untuk berfikir
secara kreatif dan inovatif serta sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang
ada. Dengan cara ini juga seiring dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang mampu
menguasai ilmu pengetahuan dalam semua bidang.
i. Bidang metafizik: Penekanan terhadap aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan ke arah
globalisasi, kemajuan dan kerohanian.
ii. Bidang epistemologi: merangkumi kebenaran ataupun realiti dalam kehidupan di dunia sebenar.
Ini menunjukkan bahawa FPK juga turut menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan
realiti manusia.
iii. Bidang aksiologi: menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam
pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai
estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam
diri individu yang membolehkan pembangunan individu kea rah yang lebih maju dan baik. Justeru
itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu,
nescaya dapat melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Nilai
estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikkan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang
seimbang dari segala aspek.
iv. Bidang Logik:, FPK ini dikatakn bersifat rasional kerana matlamat FPK ini mampu direalisasikan
selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan tanggungjawab masing-
66
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
masing dengan baik. Bidang ini juga berkait rapat dengan ketiga-tiga bidang FPK yang lain kerana
bidang-bidang tersebut adalah berlandaskan kepada bidang logikal.
Kurikulum Lepasan
Menengah
Kurikulum Sekolah
Menengah*
Kurikulum Sekolah
Rendah*
Kurikulum Prasekolah
* Melibatkan Kurikulum Pendidikan Khas
Rajah 4.3: Cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HUBUNGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SISTEM
PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Rajah 4.4: Hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sistem pendidikan Malaysia
Dalam perkembangan pendidikan Malaysia
FPK merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak dicapai oleh
negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK. Pendidikan secara
berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina. Pelaksanaan pendidikan pula bergantung
67
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
kepada struktur pendidikan yang disediakan. Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam kurikulum
yang dibentuk. Keberkesanan pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan dan
kejayaan pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan menghadapi cabaran
tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari kepompong komuniti setempat kepada
komuniti antarabangsa.
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN FPK
Matmalat yang terkandung dalam FPK hanya boleh dicapai menerusi penglibatan dan komitmen para guru
yang menjadi pelaksana. Sebagai guru umumnya terlalu banyak beban tugas yang terpaksa dilakukan
yang di luar bidang keutamaan yang menyebabkan halangan kepada guru untuk menjadi pendidik yang
baik. Hal ini diperkatakan oleh Pullias dan Young (1968) dalam bukunya A teacher is many thing. Secara
Ringkas, peranan guru dalam melaksanakan FPK boleh dikategorikan kepada lima komponen yang saling
berkaitan di antara satu sama lain seperti yang digambarkan menerusi Rajah 4.5.
Rajah 4.5: Peranan guru dalam
pelaksanaan FPK
i. Komponen Ketuhanan: Guru perlu memikul amanah bahawa kerjaya sebagai pendidik itu
merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Amanah kepada guru
ini datangnya dari sesama manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan) dan amanah kepada
Tuhan. Guru perlu menjadikan kerjaya keguruan itu sebagai suatu ibadah yang memberikan
sumber rezeki dalam kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk
memberikan didikan yang terbaik dan sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam
mendidik, bentuklah akhlak para pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
ii. Komponen Profesional: Guru yang profesional adalah guru yang tahu apa yang mesti dilakukan di
dalam menjalankan tugas-tugasnya, dapat menjadikan pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam
hidup dan dapat memberikan ilmu yang terbaik. Dengan itu guru perlu menjadi orang sentiasa
lapar kepada ilmu dan sentiasa berasa bodoh dengan perubahan dan sentiasa tahu mencari
penyelesaian.
iii. Komponen Pengajaran: Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan
nilai yang saling bergabung untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru perlu menguasai
perkara tersebut dan berkebolehan untuk menterjemahkan ke dalam amalan yang berkesan.
68
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan.
Manakala pengetahuan secara mendalam, meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus
dan am, kurikulum, pelajar, konteks dan matlamat pendidikan adalah penting.
iv. Komponen Perundingan: Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk mempastikan
tiada pelajar yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding yang cekap
terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat dan pihak atasan yang lain. Sebagai perunding, peranan
guru ialah mempastikan tiada masalah atau halangan dalam mempastikan murid berjaya.
v. Komponen Penyelidikan: Guru mesti sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri
bagi meningkatkan tahap profesinalisme. Untuk itu penyelidikan adalah perkara yang perlu
dilakukan oleh guru dalam konteks amalannya dalam bilik darjah.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT NEGARA
Rajah 4.6: Hubungkait antara FPK dan
matlamat negara.
RUMUSAN
Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap
lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan
seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman
damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu menggembling tenaga untuk mempastilah apa yang
terkandung di dalam FPK difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam konteks pendidikan sama
ada secara formal tidak formal.
69
ZAINI ABDULLAH 2011
5 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI
ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM
PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN
Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara Malaysia pada masa depan? Bagaimanakah
pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan? Pepatah ada mengatakan “Bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Jika pembuatan kuih memerlukan acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan hanyalah pernyataan yang dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah
perkataan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana
Rukun Negara. Ia mati jika tidak ada siapa yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di
muatkan di dalam Buku Rekod Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik
menghiasi pejabat-pejabat sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa
pendidikan dan para pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke
bentuk amalan. Ia mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan, baring
dan tidur. Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi
makna yang tersirat yang perlu difahami.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bagaimanakah sistem pendidikan perlu
dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan menerusi ayat pertama “Pendidikan di Malaysia ialah satu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.
Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah warganegara Malaysia pada masa depan,
“Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Masa
depan negara bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan kebangsaan menerusi pengisian
tentang perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk menjadi warganegara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan.
BAGAIMANAKAH MANUSIA DAN KURIKULUM BERTEMU?
Manusia merupakan makhluk sempurna yang unik, hebat dan cemerlang. Kesempurnaan manusia terletak
pada kebolehan berfikir. Berfikir mengupayakan manusia menghasilkan sesuatu yang baru untuk
kegunaan diri dan kepentingan masyarakat. Dari berfikir terbinalah ilmu hasil adunan pengetahuan,
kemahiran, nilai dan budaya yang diamalkan. Ilmu yang dibina diperoleh dari tiga sumber utama iaitu ilmu
yang dipelajari sama ada dari ahli keluarga terdekat, ataupun menerusi pendidikan yang dipelajari di
sekolah-sekolah. Ilmu juga boleh dibina menerusi penglibatan langsung dalam sesuatu perkara & aktiviti.
70
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Penglibatan tersebut memberikan pengalaman baru yang akhirnya membentuk ilmu. Contohnya catatan
pengembaraan/ perjalanan Ibnu Khaldun menyebabkan beliau dikenali sebagai bapa sosiologi Islam.
Pengalaman adalah guru yang paling baik. Sejak lahir, manusia sudah dibekalkan dengan pengetahuan.
Hal ini kerana perkembangan otak manusia sudah sempurna ketika di dalam kandungan lagi. Janin di
dalam kandungan sudah mengenali pelbagai jenis bunyi dan memahami perubahan suhu. Oleh itu semua
pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya disusun untuk diwariskan dari satu generasi ke satu generasi
bagi membentuk ilmu yang lebih sempurna. Kandungan ilmu itu membentuk konten dan proses pula
penterjemahannya. Hubungkait antara manusia dan ilmu tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 5.1.
ILMU
PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
NILAI
Dipelajari Dibina Sedia ada
Belajar Pengalaman Lahir
KONTEN & PROSES Bakat/potensi
KURIKULUM Kembangkan lagi
Rajah 5.1: Perolehan ilmu
KONSEP DAN PENGERTIAN KURIKULUM
Falsafah menetapkan matlamat, pendidikan merupakan proses dan pengisiannya adalah kurikulum.
Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya.
Sebenarnya usaha mendefinisikan kurikulum telah berlaku sekian lama, bersama-sama munculnya istilah
kurikulum itu sendiri. Pelbagai tokoh dan ilmuan memberikan definisi yang berbeza-beza dari segi
penggunaan istilah, maksud, kategori, skop dan lapangan.
Tahukah anda dari manakah perkataan kurikulum muncul dalam pendidikan? Perkataan kurikulum
sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu “curriculum”. Manakala perkataan curriculum pula terbit dari
perkataan Latin iaitu “curir” yang bererti pelari dan “curere” yang bererti laluan/ tempat berpacu. Hal ini
bermakna kurikulum pada asalnya berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba yang
71
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
mengawal akan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan. Laluan
tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai:
Jurusan/program/aliran pengajian yang diikuti.
Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Dalam bahasa Arab, kurikulum disebut minhaj atau manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja. Ia
bermaksud jurusan, bidang atau fakulti. Keadaan tersebut memberikan maksud yang lebih tepat dalam
konteks kurikulum.
Pada zaman Romawi, istilah kurikulum yang dikaitkan dengan arena perlumbaan sangat mudah
untuk dimengertikan. Hal ini berbeza dalam bidang pendidikan kerana kurikulum membentuk satu disiplin
ilmu yang sukar untuk diperjelaskan maksudnya. Adalah sukar untuk menetapkan garis sempadan ilmu
kurikulum dengan ilmu-ilmu lain. Bagaimanakah kita dapat memisahkan pengertian kurikulum dengan mata
pelajaran, isi kandungan mata pelajaran, pengajaran dan penilaian?
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan
kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (dipengerusikan oleh
Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia)
memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan
pencapaian dalam bidang akademik para pelajar. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan
sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM.
Dokumen tersebut perlu ada dalam Buku Rekod Pengajaran guru-guru yang perlu dikemaskinikan setiap
masa. Kepada murid-murid pula, pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh
guru-guru kepada mereka di sekolah.
Apa yang jelas, berlaku kesukaran untuk memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan
kurikulum? Bukan pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga
melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing. Mereka
tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba memberikan
pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan dan tanggapan masing-masing. Olivia (1992)
menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan orang buta mengenali gajah,
masing-masing mempunyai interpretasi sendiri.
Sebagai contoh, berikut dikemukakan definisi oleh beberapa tokoh dalam tempoh satu abad (1900
– 2000). Cuba anda buat perbandingan setiap satunya dan kenalpasti apakah persamaan dan
perbezaannya?
Jadual 5.1: Definisi kurikulum terpilih (1900 – 2010)
Nama Tahun Definisi Kurikulum Kategori
Bagley, W. C. 1907 Experience
The curriculum is a storehouse of organized race experience, Experience
Dewey, J. 1916 conserved (until) needed in constructive solution of new and untried
problems. 72
…… education consists primarily in transmission through
communication …….. As societies become more complex in
structure and resources, the need of formal or international teaching
and learning increases.
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Bobbit, J.F. 1918 Curriculum is "that series of things which children and youth must do Experience
and experience by way of developing abilities to do the things well
Caswell, H.L. &
Campbell, D. that make up the affairs of adult life; and to be in all respects what
Hutchins, R.M. adults should be"
Harris, P. E. 1935 "Curriculum is all of the experiences children have under the Experience
guidance of teachers
Morrison, H.C.
Lee, D. & 1936 The curriculum should include grammar, reading, rhetoric and logic, Subject matter
Lee, M and mathematic, and in addition at the secondary level introduce the
Hopkins, L.T. great books of the western world.
Giles, H.H., 1937 …… real curriculum development is individual. It is also multiple in Experience
McCutchen,
S.P. & Zechiel, the sense that there are teachers and separate children …… there
A.N. will be a curriculum for each child.
Rugg, H.
Tyler, R. 1940 …… the content of instruction without reference to instructional ways Content
of mean.
Krug, E.A.
Smith, B.O., 1940 …… those experience of the child which the school in the way Experience
Stanley, W.O., utilizes or attempts to influence.
Shore, J.H.
Faunce, R.B. & 1941 The curriculum (is a design made) by all those who are most Experience
Bossing, N.L. intimately concerned with the activities of the life of the children while
they are in school…… a curriculum must be a flexible as life and
Alberty, H.
Beauchamp, G. living. It cannot be made beforehand and given to pupils and teacher
to install. (Also, it) …… represent those learning each child select,
Krug accept, and incorporates into himself to act with, in, and upon in
subsequent experiences.
1942 …… the total experience with which the school deals in educating Experience
young people.
1947 …… stream of guided activities that constitutes the life of young Experience
1949 people and their elders. Educational
goal
1950 …… learning takes place through experiences the learner has ….. Experience
“learning experience” is not the same as the content with which a
1951 course deals…… (The curriculum consists of) ….. all of the learning Activities
of students which is planned by a directed by the school to attain its Experience &
1953 educational goal. Content
1956 &
1968 …… all learning experience under the direction of the school.
1957
…… a sequence of potential experiences ….. set up in school for the
purpose of disciplining children and youth in group ways of thinking
and acting.
…… those learning experiences that are fundamental for all learners
because they derive from (1) our common, individual drives and
need, and (2) our civic our social needs as participating members of
democratic society.
All the activities that are provided for students by the school
constitutes its curriculum.
…… dibentuk oleh kumpulan social untuk mendidik pengalaman
anak-anak mereka di sekolah.
…… dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang
akan diajar.
"Curriculum consists of all the means of instruction used by the
73
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Phenix, P. H. 1962 school to provide opportunities for student learning experiences Objective
leading to desired learning outcomes"
Taba, H. 1962 The curriculum should consist entirely of knowledge which comes Plan for
1963 from the disciplines (while) education should be conceived as guided learning
Goodlad, J. I. 1964 recapitulation of the processes of inquiry which gave rise to the Objective
Broudy, H.S., 1965 fruitful bodies of organized knowledge comprising the established Content
Othanel, B. & 1966 disciplines.
Burnett, J.R. 1966 & A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known about the Objective
Macdonald 1974 learning process and the development of the individual has bearing
Inlow, G.M. 1967 on the shaping of a curriculum. Learning
(US) 1967 A curriculum consists of all those learning intended for a student or opportunities
Saylor, J.G. & 1967 group of students.
Alexander, W.M 1967 …… mode of teaching are not, strictly speaking, a part of the Subject
curriculum (which) consists primarily of certain kind of content Planned
Neagley & Evan 1968 organized into categories oh instruction. experiences
(US) 1969 Curriculum is "those planning endeavors which take place prior to Intended
The Plowden 1969 instruction" learning
Report (British) Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk outcomes
Wheeler, D.K. membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah Teaching-
Johnson, M. ditentukan. learning
(US) (The curriculum is) …… all learning opportunities provided by school. experiences
…… a plan for providing sets of learning opportunities to achieve Objective of
Harnack broad educational goals and related specific objectives for an education
identifiable population served by single school centre. Plan of
Brubacher Curriculum is all of the planned experiences provided by the school communication
Henchey to assist the pupils in attaining the designated learning outcomes to
the best of their abilities.
The curriculum in the narrow sense, (consisted of) the subjects
studied …….
The planned experiences offered to the learner under the guidance
of the school.
Curriculum is a structured series of intended learning outcomes.
Curriculum prescribes (or at least anticipates) the results of
instruction. It does not prescribe the means to be used in achieving
the results
Curriculum embodies "all of the teaching-learning experiences
guided and directed by the school.
The ground which pupil and teacher cover to reach the goal or
objective of education
Curriculum is "the underlying plan of communication" while
instruction is "the substance and form of communication" between
teachers and students.
Popham, W.J. & 1970 …… all planned for which the school is responsible. Learning
Baker, E.L. outcome
Robinson, A.S. 1971 Kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, Pengalaman
proses, sumber dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran.
pembelajaran yang telah dirancangkan untuk murid-murid di dalam
74
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
dan di luar sekolah.
Beauchamp & 1973 Curriculum is "a written document". written
Beauchamp document
Hirst, P. 1974 Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang disusun Program
oleh guru-guru untuk murid-murid di sekolahnya. pembelajaran
Tanner, D. & 1975 …… the planned and guided learning experiences and intended Learning
Tanner, L. learning outcome, formulated through the systematic reconstruction experiences
of knowledge and experiences under the auspices of the school, for and intended
the learner‟s continuous and willful growth in personal-social learning
competence. outcome
Stenhouse, L. 1975 A curriculum is an attempt to communicate the essential principles Attempt to
and features of an educational proposal in such a form that it is open communicate
to critical scrutiny and capable of effective translation into practice.
Oliver 1977 Curriculum is "the educational program of the school" with attention Educational
to the following elements: (1) program of studies, (2) program of program
experiences, (3) program of services, and (4) the hidden curriculum.
Orlosky, D.E. & 1978 Curriculum is the substance of the school program. It is the content Content
Smith, B.O. pupils are expected to learn.
Doll, R.C. 1978 The curriculum of a school is the formal and informal content and Content and
process by which learners gain knowledge and understanding, process
develop skills, and alter attitudes, appreciations, and values under
the auspices of that school.
Eisner, E. 1979 The curriculum of a school, or a course, or a classroom can be Planned
conceived of as a series of planned events that are intended to have events
educational consequences for one or more students.
Tanner, D. & 1980 Curriculum is "that reconstruction of knowledge and experience Reconstruction
Tanner, L. systematically developed under the auspices of the school (or of knowledge
university), to enable the learner to increase his or her control of and experience
knowledge and experience"
Hass. 1980 "The curriculum is all of the experiences that individual learners have Experience
in a program of education whose purpose is to achieve broad goals
and related specific objectives, which is planned in terms of a
framework of theory and research or past and present professional
practice
Nicholl & Nicholl 1980 Semua kesempatan pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru Pembelajaran
untuk murid-muridnya di sekolahnya. yang dirancang
Oliva, P.F. 1982 Curriculum is "a plan or program of all experiences which the learner Plan or
encounters under the direction of the school" program
Skilbeck, M. 1984 The learning experiences of students, in so far as they are expressed learning
Burtonword or anticipated in goals and objectives, plans and designs for learning experiences
Glatthorn, A. and the implementation of these plans and designs in school
environment.
1986 Pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri Unsur budaya
sejagat, nilai dan aspek khusus sesuatu budaya yang hendak di
sampaikan kepada pelajar.
1987 The curriculum is the plans made for guiding learning in schools, Schools plan
usually represented in retrievable documents of several levels of
generality, and actualization of those plans in the classroom, as
75
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
experienced by the learners and a recorded by an observer; those
experiences take place in a learning environment which also
influences what is learned.
Grundy 1987 A program of activities (by teachers and pupils) designed so that Activities
pupils will attain so far as possible certain educational and other
schooling ends or objectives
Wiles,J. & 1987 The curriculum is a goal or set of values, which are activated through Goal or set of
Bondi, J. a development process culminating in classroom experiences for values
students. The degree to which those experiences are a true
representation of the envisioned goal or goals ia a direct function of
the effectiveness of the curriculum development efforts.
Finch & 1989 The sum of the learning activities and experiences a student has Learning
Crunkilton under the auspices or directions of the school. activities and
experiences
Razali Arof 1991 Semua kegiatan pembelajaran formal dan terancang yang dijalankan Aktiviti
(Malaysia) di dalam dan di luar bilik darjah. pembelajaran
yang dirancang
Abdullah Mohd 1992 Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk Pengalaman
Noor & Ahmad pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. pembelajaran
Jaffin Hassan yang dirancang
(Malaysia)
Mohd Daud 1993 Unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan harapan Unsur budaya
Hamzah untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
(Malaysia)
Print, M. 1993 All the planned opportunities offered to learners by the educational Planned
(Australia) institution and the experiences learners encounter when the opportunities
curriculum is implemented. This include those activities that
educators have devised for learners which are invariably represented
in the form of written document and the process whereby teachers
make decisions to implement those activities given instruction with
context variables such as learners, resources, teachers and learning
environment.
Akta Pendidikan 1996 Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang Program
1996 termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi pendidikan
(Malaysia) semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Posner, G.J. & 1997 Currculum is not process …….. A more precise view of curriculum – Intentions &
Rudnitsky, A.N. and the common understanding of curriculum among lay people – is intended
that it is what is through in school or what is intended to be learned to learning
be learned. It does not refer to what is to be done in school or what is outcome
to happen in the learning process. Curriculum represent a set of
intentions, a set of intended learning outcome.
Northeast Texas 2002 A program of courses to be taken in pursuit of a degree or other
Network objective.
Consortium
(NTNC)
76
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Wojtczak, A. 2002 An educational plan that spells out which goals and objectives should Objective
Coles, C. be achieved, which topics should be covered and which methods are
The to be used for learning, teaching and evaluation.
EduQnA.com
Kelly, A.V. 2003 A curriculum is more than a list of topics to be covered by an Sum of all the
educational programme, for which the more commonly accepted activities,
word is a syllabus. A curriculum is first of all a policy statement experiences
about a piece of education, and secondly an indication as to the and learning
ways in which that policy is to be realised through a programme of opportunities
action. In practice, though, a curriculum is more than even this; it is
useful to think of it as being much wider. As a working definition of a
curriculum I would say that it is the sum of all the activities,
experiences and learning opportunities for which an institution (such
as the Society) or a teacher (such as a faculty member) takes
responsibility – either deliberately or by default.
2007 I advocate the definition of curriculum that supports a complex Learning
network of physical, social and intellectual conditions that shape and objectives
reinforce the behavior of individuals, and takes in consideration the
individual's perceptions and interpretations of the environment in
order to reinforce the learning objectives and to facilitate the
evaluation procedures.
2009 Curriculum means two things: (i) the range of courses from which Range of
students choose what subject matters to study, and (ii) a specific courses &
learning program. In the latter case, the curriculum collectively learning
describes the teaching, learning, and assessment materials available program
for a given course of study.
Read more: http://www.answers.com/topic/curriculum#ixzz1V55lCJwf
Dengan merujuk kepada definisi kurikulum yang dikemukakan, dapatkah anda membuat rumusan
tentangnya?
SKOP DAN KATEGORI KURIKULUM
Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih mampu untuk
menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi setiap satu
definisi yang dikemukakan.
1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu kurikulum yang sempurna mestilah dapat
menyelesaikan empat persoalan berikut:
Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat)
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai tujuan
pendidikan? (Kandungan)
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang
berkesan? (Kaedah)
Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai? (Penilaian)
77
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut:
Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif)
Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. (Kandungan)
Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah)
Penilaian hasil pembelajaran. (Penilaian)
3. Beauchamp (1968), menyatakan kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut:
Pernyataan tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai menerusi
sekolah.
Objektif dan penyusunan isi kandungan untuk setiap mata pelajaran.
Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru.
Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian
objekif dan matlamatnya.
4. Oliva (1982 & 1997) telah mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah
kepada tiga belas seperti berikut:
Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah
Kurikulum ialah satu set mata pelajaran
Kurikulum ialah isi kandungan mata pelajaran
Kurikulum ialah program-program pengajian
Kurikulum ialah suatu set bahan
Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus
Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif pencapaian
Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian
Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan,
bimbingan dan hubungan interpersonal
Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah
Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah
Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah
Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan.
5. Mohd Daud Hamzah (1993) mengkategorikan kurikulum kepada tujuh iaitu: 78
Kurikulum sebagai usaha
Kurikulum sebagai objektif
Kurikulum sebagai suatu rancangan
Kurikulum sebagai suatu pengalaman
Kurikulum sebagai Isi mata pelajaran
Kurikulum sebagai pembinaan insan
Kurikulum sebagai unsur kebudayaan
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop:
i. Kurikulum sebagai suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh
murid-murid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini
dirancang oleh pihak sekolah atau tidak.
ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah.
iii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.
7. Doll (1996) membahagikan kurikulum kepada empat kategori:
Pendidikan formal dan tidak formal
Apa yang dipelajari oleh murid (isi kandungan).
Bagaimana mempelajari isi kandungan (proses).
Bentuk outcome (pengetahuan, kefahaman, kemahiran, sikap, penghargaan dan nilai).
8. Yusup Hashim (2000) membahagikan definisi kurikulum kepada dua skop:
i. Skop definisi yang luas/umum:
Kurikulum sebagai sistem
Kurikulum sebagai pengalaman
Kurikulum sebagai bidang kajian
Kurikulum sebagai mata pelajaran
ii. Skop definisi yang kecil/spesifik:
Kurikulum sebagai tujuan
Kurikulum sebagai hasilan
Kurikulum sebagai strategi
Kurikulum sebagai konteks
Kurikulum sebagai kandungan
Kurikulum sebagai satu rancangan
9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum kepada lapan iaitu:
Definition 1: Curriculum is such “permanent” subjects as grammar, reading, logic, rhetoric,
mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential
knowledge.
Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary
society.
Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible.
Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school.
Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they
can attain general skills and knowledge at a variety of learning sites.
79
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its
various networks, such as the Internet.
Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of
human situations.
Definition 8: Curriculum is all the experiences that learners have in the course of living.
Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang
perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan
mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah
dikuasai. Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati
kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur
pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat
implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan
sebenarnya guru sudah merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif
yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi
matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap
hala tuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan,
kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui,
difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai proses
penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa yang
dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang dihasratkan.
Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat dilihat menerusi Rajah
5.2.
KANDUNGAN
KAEDAH PENILAIAN
Rajah 5.2: Kategori dan skop kurikulum
80
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
MENGAPA MALAYSIA MENGGUNAKAN KURIKULUM KEBANGSAAN?
Rajah 5.3: Kurikulum kebangsaan dan pelaksanaannya.
STRUKTUR DAN PRINSIP KURIKULUM KEBANGSAAN
Rajah 5.4: Struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan 81
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Bagaimanakah Kurikulum Kebangsaan Berperanan Menterjemah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Sumber: Adaptasi dari Musa Daia (1993).
Rajah 5.5: Kurikulum sebagai wahana menterjemah FPK
PENTERJEMAHAN FPK MENERUSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rajah 5.6: Penterjemahan FPK menerusi pengoperasian kurikulum 82
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Apakah jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia?
i. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan.
ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) mulai 2010.
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) mulai 2012
iv. Kurikulum Pendidikan Khas.
KBSR DAN KSSR KE ARAH MENTERJEMAH HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Usaha mentranformasi kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran
mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan
menerusi system pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara
menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Dalam usaha melaksanakan tranformasi ini, beberapa faktor perlu
diberi pertimbangan:
Organisasi
Kajian literatur
Kandungan kurikulum
Penilaian prestasi murid
Input daripada “stake holder”
Pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum persekolahan sedia ada
Resolusi konvensyen kurikulum 2007
Penandaarasan dengan kurikulum negara maju
Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan
sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan
berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan
Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Generasi yang bukan
sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya.
Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga
mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-
mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan sahaja melalui
peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia
tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh guru-guru dan beberapa pihak lain
yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat mengukur secara lebih
tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani ketika dibangku sekolah.
Kementerian Pelajaran sentiasa proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian
pelaksanaannya turut dijalankan. Menerusi pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama tahun
2011 dalam kalangan murid-murid Tahun Satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan
pelaksanaanya telah berjaya memenuhi keperluan seperti yang dihasratkan. Pemantauan juga bertujuan
83
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa mengenai
keberkesanannya.
Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk KSSR
yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi fokus terhadap 4
kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari
keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pentadbir dan
guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR
yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum: keusahawanan, kreativiti dan
inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sejajar untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai
2,205 Jurulatih Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak
pentadbir sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru
serta mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang
diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
menarik mengikut kreativiti masing-masing.
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran
yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan
pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi
sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-
hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran
selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.
Rumusannya KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR mampu memperbaharui
kurikulum sedia ada serta memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR juga dapat
berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti
tinggi sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
KE ARAH MENTERJEMAH FPK
KBSM telah diperkenalkan pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989.
Pembentukan KBSM berasaskan daripada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Perakuan 58, 59, 61 dan 62 menekankan bahawa
pembentukan KBSM berlandaskan perkara-perkara berikut:
i. Kesinambungan dari KBSR.
ii. Pendidikan umum yang merangkumi pendidikan vokasional dalam bidang elektif yang terdiri dari
bidang akademik dan jurusan vokasional sahaja.
iii. Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas untuk meneruskan pendidikan secara berterusan seumur hidup.
84
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Matlamat KBSM
KBSM digubal, dibentuk dan dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:
i. menyediakan pendidikan umum untuk semua pada peringkat sekolah menengah.
ii. memberi penekanan kepada elemen kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.
iii. membolehkan para pelajar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pelbagai disiplin.
iv. melahirkan para pelajar yang mempunyai akhlak, moral dan etika yang tinggi.
v. membantu para pelajar membina asas yang kukuh bagi pendidikan seumur hidup.
vi. meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Konsep KBSM
Konsep bersepadu dalam KBSM ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa
dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi dan penyerapan semua mata pelajaran
KBSM. Pendekatan ini dapat dicapai menerusi kaedah-kaedah berikut:
i. Kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua mata pelajaran.
ii. Kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran.
iii. Kesepaduan antara teori dan praktik.
iv. Kesepaduan antara pengalaman pembelajaran di dalam bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar
bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup harian.
Prinsip KBSM
Prinsip-prinsip KBSM dirancang berasaskan kepada konsep KBSM yang dibincangkan di atas. Prinsip-
prinsip digariskan seperti berikut:
i. Kesinambungan pendidikan peringkat KBSR iaitu menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M dan
perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh.
ii. Program pendidikan umum yang disediakan wajib diikuti oleh semua murid-murid supaya mereka
memperoleh pengetahuan yang seimbang.
iii. Semua mata pelajaranKBSM hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
iv. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan secara menyeluruh dalam setiap mata pelajaran KBSM.
Nilai-nilai tersebut juga perlu dipupuk secara khusus kepada murid-murid beragama Islam
menerusi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan murid-murid bukan beragama Islam
menerusi mata pelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan sebegini dinamakan “Nilai-nilai murni
merentas kurikulum.
v. Program penggunaan bahasa Melayu hendaklah diperkukuhkan menerusi mata pelajaran bahasa
Melayu dan dalam semua mata pelajaran bukan bahasa. Pendekatan sebegini dikenali sebagai
“Bahasa Melayu merentas kurikulum”.
vi. Sebagai prinsip pendidikan seumur hidup, KBSM memberi tumpuan ke arah memupuk nilai dan
sikap positif murid-murid bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka
berkebolehan untuk berusaha mencari pengetahuan sepanjang hayat.
Ciri-Ciri KBSM
KBSM dirancang dan dilaksanakan bercirikan kesinambungan tiga bidang utama yang terdapat di dalam
KBSR: (i) Komunikasi (meliputi bahasa dan Matematik). (ii) Manusia (meliputi aspek agama, moral, sains
dan kemasyarakatan. (iii)Perkembangan diri (meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan aktiviti
85
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
kokurikulum). Bagi mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran tiga bidang tersebut, pelbagai
pembaharuan diperkenalkan. Hal ini termasuk “thoughtful learning” sebagai teras pengajaran dan
pembelajaran. Konsep ini dapat membina ciri-ciri cintakan pengetahuan dan mengembangkan daya fikir
murid-murid selaras dengan matlamat pembelajaran seumur hidup. Selain itu penerapan nilai-nilai murni
merentas kurikulum dan pemupukan semangat patriotism dapat membantu membangunkan sahsiah murid-
murid. Dalam bidang komunikasi pula, penggunaan bahasa Melayu merentas kurikulum bertujuan untuk
memahirkan murid-murid berkomunikasi dengan cekap dan bertutur bahasa Melayu dengan berkesan.
Proses komunikasi yang cekap dan berkesan hendaklah diterapkan dalam proses memperoleh
pengetahuan dan perhubungan seharian. Penguasaan bahasa-bahasa antarabangsa khususnya bahasa
Inggeris hendaklah diperkukuhkan dalam diri murid-murid sebagai persediaan untuk memahirkan diri
dalam bidang ICT.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran KBSM
Kemahiran berfikir merupakan proses perkembangan dan peningkatan intelek murid-murid. Kemahiran ini
diberi penekanan penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran KBSM. Pencapaian objektif ini
bergantung kepada penggunaan strategi yang sesuai. Murid-murid hendaklah memainkan peranan utama
dalam proses perkembangan intelek mereka supaya mereka Berjaya menguasai kemahiran berfikir. Dalam
hal ini strategi pemusatan murid perlu diterapkan. Peranan guru ialah bertindak sebagai perancang dan
pemudah cara bagi membimbing murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka.
Bagi mendorong murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran KBSM,
kaedah dan teknik yang diterapkan ialah “kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, main
peranan, inkuiri penemuan, penyoalan permainan, simulasi dan percambahan idea. Kaedah dan teknik ini
dapat melahirkan murid-murid yang mampu menjana pengetahuan dan berkebolehan untuk mencetuskan
idea yang bernas dan rasional.
Rajah 5.7: Model Operasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 86
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
RUMUSAN
Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat
dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk
dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai. Matlamat yang dihasratkan
hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang
tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan,
agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi. Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada
semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan
pendidikan khas. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang
sentiasa berubah. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat
meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan
menaakul). Manakala KBSM merupakan kurikulum untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan individu yang dapat
member sumbangan kepada kesejahteraan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.
87
ZAINI ABDULLAH 2011
6 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM:
MEREALISASIKAN HASRAT FPK MENERUSI
SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN
PENGENALAN
Kota Rom tidak tegak dalam satu hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah berjaya
membina dan mengekalkan tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu empayar
sebagaimana kegemilagan empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan kemasyhuran Dinasti
Meng yang dicapai menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang menjangkau ilmu sains dan
teknologi. Oleh itu sumbangan pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan
dan kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan. Sebagai pendidikan yang unggul dan cemerlang,
seseorang guru itu mestilah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum
dan matlamat pendidikan. Guru dalam semua disiplin ilmu bertanggungjawab mengemudi kurikulum
kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah. Kurikulum tersebut perlu
diterjemahkan secara khusus untuk diolah kepada unit-unit yang lebih spesifik dengan objektif yang jelas,
pemilihan kaedah yang berkesan, aplikasi bahan yang efektif penilaian yang tepat. Hal ini dilaksanakan
menerusi perancangan yang sistematik dalam dua bentuk iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku
Panduan Kurikulum Standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
KURIKULUM KEBANGSAAN DAN KURIKULUM SEKOLAH
1. Kurikulum Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan sebagai suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan
merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara ‟top down‟. Hal ini kerana bidang
pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan
yang berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat
dilaksanakan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:
Keadilan untuk semua murid.
Perancangan yang menyeluruh.
Pemantauan yang komprehensif.
Pengurusan kurikulum yang sempurna.
88
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Keseragaman untuk semua sekolah dan murid.
Peruntukan kewangan yang mudak dikendalikan.
Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal
merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal dari
segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai kurikulum
rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia.
Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu (i) Kurikulum formal (ii) Kurikulum tidak
formal. Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik, mengandungi mata pelajaran dari
empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Mata Pelajaran sebagai
panduan kepada guru-guru mentafsir dan menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah (KSSR) guru dibekalkan dengan buku
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. KPM juga membekalkan buku teks sebagai rujukan utama
kepada guru-guru dan murid-murid.
Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum
tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan kerana
KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana kelab,
persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk memberi peluang
kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT juga telah meletakkan
syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi sumbangan 10 peratus kepada
kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT.
2. Kurikulum Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan,
persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran dan
aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan.
Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata pelajaran teras, mata
pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib mempelajari mata pelajaran dalam
kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari mana-mana mata pelajaran dari kumpulan
elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti
bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini
sangat ketara pada peringkat sekolah menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor
fizikal. Faktor kemanusiaan mencakupi guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi dan
Bilangan murid yang tidak mencukupi. Manakala faktor fizikal meliputi prasarana tidak mencukupi/ tiada
dan peralatan tidak mencukupi/ tiada.
89
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai
kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut kesesuaian dan
keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian. Guru
juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan yang dirasakan sesuai dan
berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian dan alat ujian untuk menilai
keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum tidak formal juga merupakan
komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum
yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum
jika mempunyai kepakaran, tempat dan kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap
sekolah adalah sekolah berwatak. Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah
tertentu. Contohnya Sekolah Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada
pringkat dunia kerana pancaragam.
Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum tersembunyi.
Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum tersembunyi dikatakan lebih
mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum
tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang.
Kurikulum tersembunyi dirancang kerana pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan
guru-guru. Contohnya perlantikan pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang
terpilih kerana mempunyai bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang.
Setiap aktiviti dalam badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu
mengembangkan potensi murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari
pengawas-pengawas ini seorang pemimpin negara yang berwibawa.
Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat
dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
Melalui bersukan/ bermain semangat perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormat-
menghormati akan muncul dengan sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara
satu sama lain (walaupun dari kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan.
Untuk menjaringkan gol tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama
lain. Setiap pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan
gol kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain?
Dalam konteks Malaysia kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada
landasan yang sama tetapi pada peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan
adalah menefestasi terhadap apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala
pada peringkat sekolah, kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada
peringkat pusat. Segala apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan
melalui berbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik
darjah ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah
dapat dilihat menerusi Rajah 6.1.
90
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
KURIKULUM Kurikulum
KEBANGSAAN Rasmi
Kurikulum Pra Sekolah Kurikulum Teras Kurikulum
Kurikulum Sekolah Rendah Formal Elektif Akademik
Kurikulum Sekolah Menengah Tambahan
Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum Kurikulum
Kurikulum Lepas Menengah Tidak Formal Sains Tersembunyi
Bahasa
KURIKULUM Kurikulum Vokasional Ko Kurikulum
SEKOLAH Sebenar Kemanusiaan
Rajah 6.1: Penterjemahan kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah
PERANAN KURIKULUM KEBANGSAAN 91
i. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979:
Melahirkan tenaga kerja mahir
Penyebaran ilmu pengetahuan
Perkembangan individu secara menyeluruh
Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni
Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
ii. Akta Pendidikan 1996:
Patriotisme
Multiliterasi
Multiculture
Keagamaan
Alam sekitar
Akhlak & moral
Kepenggunaan
Sains & teknologi
Pengantarabangsaan
Pendidikan sepanjang hayat
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN
Penterjemahan kurikulum kebangsaan merupakan satu siri proses yang melibatkan empat komponen yang
berantai.
Rajah 6.2: Rangka konsep penterjemahan kurikulum
1. Asas Pertimbangan Pembinaan Kurikulum Kebangsaan
i. Pembangunan Negara
Ekonomi
Perpaduan
Sosio budaya
Sains & teknologi
Teknologi maklumat
ii. Perkembangan Individu
Perkembangan insan.
Perkembangan warganegara.
iii. Teori Pembelajaran
Teori behaviorisme.
Teori kognitivisme.
Teori konstruktivisme.
Teori pelbagai kecerdasan (IQ, EQ, SQ & PQ).
iv. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan suatu usaha berterusan.
Pendidikan ke arah mengembangkan potensi murid.
Pendidikan untuk perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu (intelek,
rohani, emosi & jasmani).
Pendidikan demi pembangunkan murid secara seimbang dan harmonis.
Pendidikan berpaksi kepada ketuhanan.
Pendidikan untuk kesejahteraan keluarga, masyarakat dan keluarga.
92
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia] 93
v. Empat Rukun Pendidikan (UNESCO)
• Belajar untuk menjadi insan berilmu.
• Belajar untuk menjadi insan berkemahiran.
• Belajar untuk menjadi insan yang lebih sempurna.
• Belajar untuk dapat hidup bersama bermasyarakat.
2. Peringkat Pelaksanaan Kurikulum
i. Komponen Mata Pelajaran Wajib
• Kumpulan mata pelajaran teras.
• Kmpulan mata pelajaran elektif.
• Kumpulan mata pelajaran tambahan.
ii. Program-Program Khas:
• Pemupukan patriotisme.
• Pendidikan alam sekitar.
• Program khas orang asli.
• Pendidikan kepenggunaan.
• Program sekolah ke kerjaya.
• Pendidikan kesihatan keluarga.
• Pendidikan pencegahan dadah.
• Program komputer dalam pendidikan.
3. Amalan Kurikulum Bilik Darjah
i. Strategi Pengajaran & Pembelajaran
• Penyerapan.
• Penulisan genre.
• Inkuiri penemuan.
• Kemahiran generik.
• Kajian masa depan.
• Penggabungjalinan.
• Pembelajaran bestari.
• Pembelajaran masteri.
• Kemahiran proses sains.
• Pengayaan & pemulihan.
• Pembelajaran kontekstual.
• Aspek merentas kurikulum.
• Sistem pembelajaran intergratif.
• Pembelajaran yang menyeronokkan.
• Kesepaduan pengetahuan & amalan.
• Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis.
• Pembelajaran bagaimana hendak belajar.
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ii. Penilaian Prestasi & Pencapaian
• Pentaksiran secara berpusat.
• Pentaksiran secara berterusan.
• Pentaksiran berasaskan sekolah.
4. Hasil Pelaksanaan Kurikulum
i. Pembangunan Insan (individu)
• Berinovatif
• Pekerja berilmu
• Berakhlak mulia
• Hidup bermasyarakat
• Beretika & berbudaya
• Berdaya tahan/jati diri
• Bersemangat patriotik
• Berfikiran kreatif & kritis
• Menghargai alam sekitar
• Celik teknologi maklumat
• Berkemahiran dan berketrampilan
ii. Pembangunan Negara
• Guna tenaga penuh
• Rakyat yang bersatu
• Penyertaan demokrasi tulen
• Kemajuan ekonomi, sosial dan politik
• Negara yang stabil, aman dan makmur
• Warganegara yang cemerlang, gemilang & terbilang
PENTERJEMAHAN KURIKULUM MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rajah 6.3: Penterjemahan kurikulum
kebangsaan ke dalam amalan
pengajaran & pembelajaran
94
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM
MATLAMAT KURIKULUM
i. Kembangkan potensi pelajar
ii. Asas untuk pengetahuan lanjutan.
iii. Melahirkan insan yang sempurna (JERI)
iv. Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
v. Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan
dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.
Rajah 6.4 Matlamat dan objektif kurikulum
DOMAIN OBJEKTIF KURIKULUM
KURIKULUM
Rajah 6.5: Domain objektif kurikulum & pengajaran 95
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom)
Rajah 6.6: Objektif bagi domain domain kognitif
Domain Objektif Afektif
1. 2. 3. 4. 5.
Menerima Bertindakbalas Menilai Mengorganisasi Perwatakan
(kesepaduan & (Tindakan,
(kesedaran & (Penyertaan & (komitmen & amalan dan
menerima) perlakuan baru) penilaian) penyusunan)
aplikasi)
Tahap Rajah 6.7: Objektif bagi domain afektif
Definisi
Contoh : Menerima (A1)
Kata Kerja : Menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku dipersekitarannya.
: Murid-murid hadir dan mendengar pembentangan tentang isu-isu alam sekitar.
: Terima, ambil tahu, sedar, dengar, perasan, beri perhatian dan sebagainya.
96
ZAINI ABDULLAH 2011
Tahap [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Definisi
Contoh : Bertindakbalas (A2)
Kata Kerja : Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari pengalaman mereka.
Tahap Mereka gembira dengan penyertaannya.
Definisi : Murid-murid mencari maklumat lanjut melalui bertanya, buku rujukan, internet,
Contoh
Kata Kerja program televisyen dan sumber-sumber lain.
Tahap Setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat, patuh, suka rela, melibatkan diri,
Definisi menyumbangkan, kerjasama dan sebagainya.
Contoh
Kata Kerja : Menilai (A3)
: Murid-murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen, menilai
Tahap
Definisi apa perkara yang mereka terlibat.
: Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil tahu tentang isu-isu alam
Contoh
sekitar.
Kata Kerja : Amalkan, pilih, komitmen, keinginan, inisiatif, menyatakan dan sebagainya
: Mengorganisasi (A4)
: Murid-murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam set nilai-nilai, sikap atau
kepercayaan dan membentuk ranking bagi keseluruhan set nilai-nilai yang dipegang.
: Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang dalam isu-isu alam sekitar
seperti menganggotai kumpulan pencinta alam sekitar.
: Sesuaikan, ubahsuai, aturkan, imbangkan, klasifikasikan, konsepsualisasikan,
formulakan, group, rank dan sebagainya
: Perwatakan (A5)
: Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru. Secara dalaman, murid-murid dapat
menyusun nilai-nilai ke dalam sistem dan boleh mengaplikasikan nilai tersebut sebagai
falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas.
: Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup mereka melalui menghindar dari
menggunakan beg plastik, menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra
alam dan sebagainya.
: Ambil tindakan, pertahankan, pengaruhi, justifikasi perlakuan, kekalkan, berikan
sokongan dan sebagainya.
97
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Domain Objektif Psikomotor
Domain Psikomotor
Naturalisasi Menyebatikan apa yang telah dipelajari
Artikulasi Melaksanakan tugas dengan cekap
Ketelitian Melakukan sesuatu dengan teliti
Memanipulasi Mengaplikasi apa yang dipelajari
Meniru Memerhati dan meniru
Rajah 6.8: Objektif bagi domain psikomotor
Bagaimanakah Objektif/ Hasil Pembelajaran Di Nyatakan?
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah:
fokuskan kepada pelajar.
menggunakan perubahan tingkah laku pelajar sebagai rujukan.
Objektif/ hasil pembelajaran perlu ditulis dengan menggunakan format 'ABCD' sebagaimana yang
disarankan oleh Mager:
i. Audiens (Pelajar) Siapakah audiens anda?
ii. Behaviour (Tingkah laku) Apa yang anda mahu mereka lakukan?
iii. Condition (Situasi) Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan?
iv. Degree (Tahap) Sejauh mana pengetahuan & kemahiran yang dipelajari telah dikuasai
pelajar?
Contoh:
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
i. menamakan mengikut susunan sultan-sultan yang memerintah Melaka dengan tepat.
iii. Membincangan 4 faktor penting yang menyebabkan kejatuhan Melaka.
Audiens Behaviour Condition Degree
Pelajar Dengan tepat
Menamakan mengikut Sultan-sultan yang memerintah
Pelajar susunan Melaka. 4
Membincangkan Faktor penting yang menyebabkan
kejatuhan Melaka.
98
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Kriteria Menulis Objektif Pengajaran
Rajah 6.9: Kriteria objektif kurikulum dan pengajaran
DIMENSI PENYUSUNAN KURIKULUM
1. Dimensi Menegak : Penyusunan kandungan mata pelajaran mengikut tahap pertumbuhan usia
dan keupayaan mental pelajar.
2. Dimensi Mendatar: Penyusunan kandungan mata pelajaran secara menyeluruh, bersepadu dan
berimbang.
Kesinambungan
Turutan
Skop Integrasi Imbangan
Rajah 6.10: Penyusunan kurikulum
99
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENTERJEMAHAN KURIKULUM SEKOLAH KEPADA PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Analisis 1. Falsafah . 1. Isi Pelajaran
Kurikulum 2. Rasional 2. Susunan Pengalaman
3. Objektif 3. Strategi & Teknik
Tentukan 4. Kandungan 4. Kawalan Bilik Darjah
Keperluan
Kurikulum 1. Bahan
2. Pengetahuan &
Konteks Kemahiran Guru
Pengajaran
1. Rancangan Pengajaran 1. Isi Kandungan
Pelaksanaan 2. Susunan Bilik Darjah 2. Bilik Darjah
Pengajaran & 3. Bahan Bantu Pengajaran 3. Aktiviti P & P
Pembelajaran 4. Teknik Pengajaran 4. Penyerapan
5. Aktiviti sokongan 5. Masa
Penilaian (pengayaan & pemulihan
Semakan Semula 1. Kesan Pembelajaran
2. Kesan Bahan/ alatan
3. Prestasi Murid
1. Rancangan Pengajaran
2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P
Rajah 6.11: Penterjemahan kurikulum kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Apa Yang Diajar ? Pendidikan bertujuan untuk menginsankan manusia dan
bukannya membina “orang-orang”. Untuk itu pengisian
pendidikan perlu memasukan ke dalam diri pelajar
dengan ilmu bagi membolehkan mereka tahu dan sedar
tentang perkara yang dilakukan. Berkemahiran untuk
membolehkan mereka menjadi warganegara yang
berketerampilan. Mengupayakan para pelajar memiliki
nilai-nilai selaku makhluk berfikir dan berakhlak, tahu
membezakan yang mana baik dan buruk. Seterusnya
menjadi seorang yang mempunyai keluhuran budi dan
berdaya usaha dalam konteks budaya timur yang
berlandaskan kehidupan berbangsa dan beragama. Ilmu,
kemahiran, nilai dan budaya digarap dalam bentuk
Rajah 6.11: Kandungan kurikulum bersepadu, menyeluruh dan seimbang ke dalam
kurikulum yang dibina.
Di bahu gurulah terpikulnya amanah ini agar terlaksanalah matlamat pendidikan sebagaimana pantun:
Memburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki.
Berguru kepalang ajar, pastikan murid kembang menjadi.
100
ZAINI ABDULLAH 2011