The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Falsafah_Perkembangan_Pendidikan_Di_Mala (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sallehuddin Misnon, 2021-07-30 06:24:52

Falsafah_Perkembangan_Pendidikan_Di_Mala (1)

Falsafah_Perkembangan_Pendidikan_Di_Mala (1)

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Laporan Hussein Onn (1971)

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan
utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah
untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini
dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-
sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu. Menurut laporan ini:

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan
mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968
bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-
peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris”.
Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun
kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa
bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh
mempertingkatkan pembangunan negara.
Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam
pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat
penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa
mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik.
Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.

Laporan Jawatankuasa Kabinet/ Laporan Mahathir (1985)

Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan
oleh Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan
yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia
negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk
memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Hussein Onn (1971). Matlamat
utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta
Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan
ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah diberi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan
bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk
menyatukan rakyat mestilah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar
sebagai panduan pengajaran harian mereka. Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam
perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah
mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
a. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
b. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan

pendidikan tinggi.

201

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERBANDINGAN DENGAN
AKTA PELAJARAN 1961

1. Landasan Dan Wawasan Pendidikan

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Falsafah pendidikan tidak Dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat Wawasan 2020 dan
didokumenkan dan tidak jelas. Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:
Dasar Pelajaran Kebangsaan DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan
untuk menyatukan kaum di masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
Malaysia mengikut Penyata Razak diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan

1956 yang menjadi asas kepada daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Akta Pelajaran 1961: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju
"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
negeri ini ialahh bermaksud moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,

hendak menyatukan budak-budak demokratik, liberal dan dinamik.
daripada semua bangsa di dalam DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
negeri ini dengan menggunakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
bahasa kebangsaan sebagai "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
bahasa pengantar yang besar, memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
walapun perkara ini tiada dapat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

dilaksanakan dengan serta-merta rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
melainkan hendaklah diperbuat ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
dengan beransur-ansur." pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan
(Penyata Razak, Perenggan 12) berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"

2. Sistem Pendidikan Kebangsaan Di Semua Peringkat

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Akta Pelajaran 1961 menyebut Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang
bahawa Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis
Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
sekolah atau institusi pendidikan "The National Education System shall comprise –
kerajaan atau bantuan sahaja. pre-School education;primary education; secondary education; post-secondary

"For the purpose of this act, the education; and higher education, but shall not include education in expatriate
stages of statutory education schools. (Sec.15)
system shall be as follows: "There shall be three categories of educational institutions in the National
primary education; lower Education System , namely – government educational institutions; government-
secondary education; upper aided educational isntitutions; and private educational institutions. (Sec. 16)

secondary education; education in
the educational institutions
referred to in paragraph (a) to (d)
o f section 25. (Sec.19)

202

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Akta Pelajaran 1961 3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Dalam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Bahasa Kebangsaan adalah
bahasa pengantar sekolah Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996
kebangsaan dan sekolah dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai
menengah kebangsaan sahaja. bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah
Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal
bahasa telah diperkukuhkan.
" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all
educational institutions in the National Education System except an national-
type school established under section 28 or any other educational intitution
exempted by Minister from this section. (Sec. 17)

Akta Pelajaran 1961 4. Kurikulum Kebangsaan
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada
langsung peruntukan. Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut
kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National
Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the
National Education System." (Sec.18)

Akta Pelajaran 1961 5. Peperiksaan Awam
Akta Pelajaran 1961, tiada
peruntukan diberi tentang Akta Pendidikan 1996
peperiksaan awam.
Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan
murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan.
"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer
this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by
or under this Act.(Sec.19)

6. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Akta Pelajaran 1961, Bahasa Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata
Kebangsaan adalah wajib bagi pelajaran wajib di semua sekolah.
sekolah-sekolah yang dibiayai (2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other

oleh kerajaan dan bantuan than the national language , the national language shall be taught as a
kerajaan sahaja. compulsory subject in the educational institution. (Sec.17(2))

7. Pengajaran Bahasa Cina Dan Bahasa Tamil

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1961, bahasa Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran
Cina dan bahasa Tamil boleh bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
diajar dengan dua syarat: Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada
a. ada permintaan dari 15 permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah mengadakan
orang ibu bapa. kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

b. jika didapati munasabah
dan praktik.

203

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Akta Pelajaran 1961 8. Bahasa Kaum Asli
Akta Pelajaran 1961 tiada
memperuntukkan bahasa Kaum Akta Pendidikan 1996
Asli.
Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli
dengan dua syarat:
a. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa.
b. jika didapati munasabah dan praktik.
Melalui peruntukan ini, telah memberi pengiktirafan kepada bahasa kaum
Bumiputera untuk diperkembangakan.
(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and
practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so
request. (Sec.2)

Akta Pelajaran 1961 9. Kategori Sekolah

Akta Pelajaran 1961, sekolah Akta Pendidikan 1996
dibahagikan kepada dua kategori
iaitu bantuan penuh (termasuk Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi
kerajaan dan bukan milik pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, bantuan kerajaan dan
kerajaan) dan swasta. swasta. Manakala dalam Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta
Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

10. Menubuh Dan Menyenggara Tadika

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Akta Pelajaran 1961, perkara ini Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada menteri
tidak begitu jelas. untuk menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk
membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada
kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain

kindergartens". (Sec. 21)

Akta Pelajaran 1961 11. Kurikulum Untuk Tadika
Akta Pelajaran 1961, garis
panduan ini tidak wajib digunakan Akta Pendidikan 1996
bagi semua tadika.
Dalam seksyen 22, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan
kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut
dan wajib digunakan oleh semuua tadika.

. 12. Tempoh Pendidikan Rendah

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Dalam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah

tempoh pendidikan rendah adalah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan
6 tahun. ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab. Dalam
akta ini tempohnya agak ketat.
"A national or national-type school established under this Act shall provide a
course of primary education designed for duration of six years but which may

be completed within to seven years" (Sec.29). "national primary school", or
Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school –providing a six-
year course of primary edducation appropriate for children between the ages of
six and eleven years;" (Sec.2)

204

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Akta Pelajaran 1961 13. Pendidikan Lepas Menengah
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada
peruntukan yang jelas tentang Akta Pendidikan 1996
pendidikan lepas menengah.
Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan, kolej atau mana-mana institusi
pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh menampung dengan jelas kelas
tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

14. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan
peruntukan berkenaan dengan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perkara ini. perindustrian. Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan
kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain

kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan
pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi
serta informasi. Dengan ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan
selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding

dengan negara-negara maju yang lain.

Akta Pelajaran 1961 15. Pendidikan Khas
Dalam Akta Pelajaran 1961,
perkara ini tidak jelas. Akta Pendidikan 1996

Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat
penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam
seksyen 40, yang membolehkan Menteri Pelajaran mengadakan pendidikan
khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Akta Pelajaran 1961 16. Maktab Perguruan
Dalam Akta Pelajaran 1961,
peruntukan mengenai pendidikan Akta Pendidikan 1996
guru adalah terlalu umum.
Melalui seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)
mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan
program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti
tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada
pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak, selaras
dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah
bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari
unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.

Akta Pelajaran 1961 17. Pengajaran Agama Islam

Akta Pelajaran 1961 menyebut Akta Pendidikan 1996
Pendidikan Islam diwajibkan
apabila terdapat 15 orang atau Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya
lebih murid di sekolah kerajaan Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila
dan bantuan kerajaan sahaja. terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai
murni yang sejagat.

205

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

18. Larangan Pengendalian Peperiksaan

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Tiada diperuntukkan dalam Akta Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996, mengkehendaki semua pihak yang
Pelajaran 1961. menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah
Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang

dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan
mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Akta Pelajaran 1961 19. Lembaga Pengelola Sekolah

Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996
semua kategori sekolah termasuk
sekolah kerajaan perlu Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga
menubuhkan Lembaga Pengelola Pengelola Sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi
Sekolah. Sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka.
Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang
dikekalkan kerana masih diperlukan.

20. Program "Twinning" Dan "Lingkage"

Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Dalam seksyen 77, Akta Pendidikan 1996, telah memperuntukkan bahawa

peruntukan tentang perkara ini. institusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan
"lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari menteri terlebih dahulu.
Tujuan seksyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi
swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan lingkage",
selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education
Excellence".

Akta Pelajaran 1961 21. Kuasa Untuk Menyiasat

Dalam Akta Pelajaran 1991, tiada Akta Pendidikan 1996
peruntukan-peruntukan seperti ini.
Ini adalah merupakan satu Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk
pembaharuan untuk memudahkan menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138
penyiasatan dan tindakan diambil memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun
kepada mereka yang melanggar kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau seorang
akta ini. pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua
Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga
sekyen tadi. Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar
bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna.

206

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP
FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA.

Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961, sebagai sebuah
Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu
bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat
majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan
fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil
perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah
merupakan satu kaedah terpenting. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua
kaum adalah termasuk dalam ciri ini.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa
Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini
sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta
Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Kesan dari tinggalan penjajahan British
dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu
dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang
dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan
tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan
1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan
Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan
untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama.
Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk
dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983,
semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Undang-undang dan
sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan
penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti
selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta
Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971). Berikut adalah kronologi kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan:

1. Bahasa pengantar Darjah Satu.
2. Bahasa pengantar Tingkatan Satu.
3. Bahasa pengantar Tingkatan Enam Sains.
4. Bahasa pengantar Tingkatan Enam Sastera.
5. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan.
6. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti.
7. Bahasa pengantar semua kursus pada peringkat universiti.
8. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.
9. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan.

Perkembangan pendidikan berlaku seiring dengan perkembangan negara. Pendedahan dan tuntutan
terhadap sains dan teknologi dan globlisasi menyebabkan pendidikan dan kurikulum perlu berkembang

207

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan serta
berketerampilan. Sehubungn itu, beberapa sekolah yang bercorak mengembangkan potensi khas para
pelajar dibina seperti sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah teknik dan vokasional.

Malaysia kini telah mula melangkah ke tahap yang lebih maju dan mencabar, dari negara
pertanian ke industri dan sedang menuju ke negara maju berteraskan teknologi yang memerlukan
kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan
maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu
untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita.
Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi
merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah
memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia yang penyayang dan
berakhlak mulia. Sehubungan itu wujudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta
tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan
lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh. Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah
seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukan kajian dari semasa ke semasa agar
ia tetapi sesuai. Jika terdapat mana-mana kandungan yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan
mengikut kesesuaian.

AKTA PENDIDIKAN 1996: SATU ANALISIS

Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan negara
Malaysia berbanding Akta pelajaran 1961 yang hanya memberi tumpuan untuk menyatupadukan kaum.
Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga
perpaduan kaum. Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita–cita negara untuk menjadi sebuah
negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja
dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam
mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Walaupun Akta Pendidikan
1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi
dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.

Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua
Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki
premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh
ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan
punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan
untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki
premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan penggelidahannya di
premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran.

Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda terutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran)
tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa
ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2, perkara (iii), Akta Pendidikan 1996 yang
berbunyi:

208

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made
available if it reasonable and practicable so to do;
Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi
penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Malah bahasa Arab juga adalah
merupakan satu bahasa ilmu dari satu tamadun yang gemilang tidak boleh anggap ringan. Sejarah
perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya
ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan orientalis.
Rujukan-rujukan terhadap persoalan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa menggunakan
bahasa Arab.
Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi
pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat
begitu bebas, tidak terikat dengan sistem pendidikan kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen
15. Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah
tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian
yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan
lain yang dikecualikan oleh Menteri Pelajaran. Di sini menampakkan kepada kedudukan bahasa
kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya.
Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati
1,290 buah Sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil
dengan 96,000 pelajar terus menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi
pendidikan tinggi swasta terus menggunakan bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).
Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000 pelajar di Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah
pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus.
Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud sekarang
memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan
agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh
merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan,
memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga ikhtisas di kalangan bumiputera.
Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar;
aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995
(yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:
"………..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini
menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi
seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan
penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.
Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan
seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia
permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?

209

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan
perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah
perlu dikaji semula. Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang
diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga menampakkan bahawa
kuasanya boleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam
seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan
atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta,
mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan
institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali
peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; pindaan 2002)

Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) pindaan
2002 dan mula dikuatkuasakan pada 20 Jun 2001. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej
kerajaan khasnya dan Perkahidmatan Awan amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu
diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat
membaiki tingkahlaku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama menjadi panduan dan
pengajaran kepada orang lain.

Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-Perturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)1993 yang kemudiannya telah dibuat pindaan pada tahun 2002. Peraturan ini
mengandungi peraturan yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan oleh seorang pegawai awam.
Pelanggaran terhadap sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib di ambil
terhadap penjawat awam tersebut. Dalam menjalankan tugas, pegawai dibekalkan dengan kuasa. Kuasa
tersebut mestilah dikawal bagi mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa atau kepentingan
peribadi dan supaya reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga dilaksanakan untuk
memelihara tingkahlaku dan mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan
penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka. Rasional pelaksanaan Peraturan Tatatertib

i. Memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam.
ii. Pegawai yang bersalah perlu diberi pengajaran/hukuman.
iii. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri.
iv. Mempastikan penjawat awam melaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan

bertanggungjawab.

210

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KELAKUAN DAN TATATERTIB

Peraturan-peraturan yang ada sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan semua
pegawai awam memahaminya. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan semua pegawai dan
anggota bawahannya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Peraturan yang berkuatkuasa,
beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelaanggaran tatatertib tindakan tegas boleh diambil. Semua
kes pelanggaran tatatertib yang dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.

Kesalahan-Kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam menurut Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U.A.246). Antara perkara yang termasuk
dalam peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Hukuman Tindakan Tatatertib Peraturan 3A.
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib
boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

 Peraturan 3B
Seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan perlantikan, kenaikan pangkat dan
penamatan perkhidmatan.

 Peraturan 3C
Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan
segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-
peraturan tersebut. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal
mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan-
peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

 Peraturan 4(1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di
Pertuan Agong, negara dan kerajaan semasa yang memerintah. Pegawai hendaklah sentiasa
menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh
kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran
peraturan 4(1):
i. Membocorkan rahsia kerajaan.
ii. Menjadi anggota jemaah islamiah.
iii. Bersubahat dengan musuh negara.
iv. Menyertai kesatuan militan Malaysia.
v. Memburuk serta memperkecil dasar dan tindakan kerajaan.

211

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN PENJAWAT AWAM
LAKUKAN [PERATURAN 4(2)]

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Contoh
Membelakangkan tugas awamnya Memberikan markah lulus yang tinggi kepada murid dan sebagai
demi kepentingan peribadi. balasan meminta bayaran.

Berkelakuan dengan sedemikian cara Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai
yang mungkin menyebabkan. mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakannya
kepentingan peribadinya bercanggah adalah kalangan saudara sendiri.
dengan tugas awamnya.

Berkelakuan dengan apa-apa cara Menggunakan kakitangan/alat/barang jabatan untuk hal-hal
yang mungkin menyebabkan syak persendirian.
yang munasabah.
Seseorang pegawai tidak boleh Penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak, kesalahan jenayah/
berkelakuan dengan cara yang boleh syariah, kesusahan hutang, menerima keraian yang ada
memburukkan/ mencemarkan nama hubungan rasmi dan gangguan seksual.
baik perkhidmatan awam.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai secara teratur.
cekap atau kurang berusaha. Penjawat awam juga tidak boleh tiada inisiatif untuk
menyelesaikan urusan kerja dengan seberapa segera.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri.
jujur atau tidak amanah. Membuat pembayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang
diarahkan. Tidak mengisytiharkan harta dan pelaburan yang
Seseorang pegawai tidak boleh tidak dimiliki.
bertanggungjawab. Menghasut kakitangan supaya jangan tertalu berusaha dalam
menjalankan tugas. Tidak boleh menjalankan tugas tanpa
Membawa atau cuba membawa apa- menghiraukan implikasi terhadap jabatan/ kerajaan. Tidak boleh
apa bentuk pengaruh atau tekanan mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya diperlukan. Keluar
luar. untuk urusan peribadi ketika waktu kerja.
Menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung
Membantah atau melawan pegawai dengan atau terhadap perkhidmatan sama ada tuntutan itu
atasan. tuntutan sendiri atau pegawai lain. Meminta orang kenamaan
Cuai dalam melaksanakan tugas. mempengaruhi lembaga kenaikan pangkat.
Membawa keluar fail tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan.
Tidak boleh keluar negara tanpa kelulusan KSU.
Cuai memastikan barang-barang yang dibeli dimasukkan ke
dalam inventori. Menghilangkan harta kerajaan. Cuai menjaga
keselamatan pelajar ketika di bawah penyeliaannya.

Berikut ialah perkara dan jenis larangan yang penjawat awam ditegah sama sekali (mandatori) dari
melakukannya sama ada secara langsung ataupun tidak secara langsung:

212

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Peraturan Jenis Penjelasan
4A Larangan
5 Gangguan Cubaan merapati atau meminta layanan seks secara lisan, bertulis, gambar
Seksual. dan sebagainya. Menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina
6 atau terugut. Contoh: Bercerita/ jenaka/ isyarat berunsur lucah & menyentuh
7 Pekerjaan anggota sensitif badan. Memberi cadangan bahawa layanan seks akan
8 luar. diberi ganjaran. Menunjuk/mempamer/ mengedar alat-alat/ bahan-bahan/
gambar-gambar lucah. Meraba, mencubit, menepuk atau menyentuh secara
9 Pakaian. seksual.
Menyalahguna Penjawat awam tidak boleh membuat kerja luar kecuali:
dadah. i. Dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi
Hadiah. ii. Bagi faedah diri/saudara mara/badan yang bukan mencari keuntungan

Menerima/ dengan kebenaran Ketua Jabatan.
memberi Kebenaran tertakluk kepada syarat-syarat yang mesti dipatuhi:
keraian. i. Di luar waktu pejabat/ tugas rasmi.
ii. Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam.
iii. Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
Contoh:

 Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran.

 Berniaga pasar malam, pengawal keselamatan dan sebagainya
tanpa kebenaran.

Penjawat awam tidak boleh berpakaian yang tidak kemas, selekeh dan
tidak memenuhi etika berpakaian pegawai awam.
Contoh, memakai singlet, baju-T (tanpa kolar), memakai sarong, berseluar
pendek, berselipar dan sebagainya.
Menagih, menghisap, mengguna dan mengedar dadah (ganja, heroin,
morfin dan sebagainya). Pegawai ditamatkan perkhidmatan atas
kepentingan awam (Peraturan 49).
Seorang penjawat awam dilarang memberi/menerima hadiah, jika:
i. Ada kena mengena dengan pelaksanaan tugas.
ii. Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud

hadiah.
Seorang penjawat awam perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan
(KSU/KP) jika:
i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun dan nilai hadiah.
ii. Menerima hadiah sukar ditolak.
Ketua jabatan boleh memberi kebenaran jika:
i. Pegawai menerima surat pujian sempena persaraan/pertukaran.

(Jangan yang mahal).
ii. Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena

persaraan, pertukaran, perkahwinan dan seumpamanya.
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima/memberi keraian
sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas
rasmi kerana bercanggah peraturan 4. Contoh: Kontraktor meraikan Ketua
Jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti (keraian = belanja

213

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

makan, penginapan di hotel, tambang percutian dan lain-lain)

11 Menyenggara Seseorang penjawat awam tidak boleh menyenggara taraf hidup melebihi

taraf hidup emolumen/pendapatan yang sah. Selain itu pegawai tidak boleh memiliki

melebihi sumber kewangan/ harta yang tidak seimbang atau tidak munasabah
emolumen dengan emolumen/ pendapatan yang sah. Contoh: Pegawai memiliki kereta

rasmi. mewah dan rumah mewah yang diketahui bukan dari pusaka dan sumber

lain.

12 Meminjam Seorang penjawat awam tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin
wang/ menjadi kepada mana-mana orang yang:

penjamin. i. Tertakluk kepada kuasa rasminya.

ii. Ada urusan rasmi dengannya.

iii. Tinggal/memiliki tanah/menjalankan perniagaan dalam kawasan kuasa
rasmi.

iv. Menjalankan perniagaan member pinjam wang boleh pinjam daripada:

 Bank (bercagar/overdraf).

 Syarikat insuran (cagaran polisi).

 Syarikat kerjasama (termasuk kerajaan).

 Syarikat meminjam (Akta syarikat meminjam 1969 perjanjian sewa
beli dengan syarat:

- Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya.

- Jangan bawa skandal awam/ menggunakan kedudukan awam.

- Agregat hutang tidak menyebabkan keberhutangan kewangan

yang serius.

13 Keterhutangan Seseorang pegawai tidak boleh mempunyai tanggungan hutang yang

kewangan menyebabkan kesulitan kewangan yang serius seperti:

yang serius. i. Aggregat hutang/tanggungan tak bercagar melebihi 10 kali emolumen

bulanannya kecuali pinjaman pendidikan.
ii. Penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan

dalam tempoh 1 bulan.

iii. Bankrap atau pemakan gaji „insolvent‟.

Contoh: Penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh 1
bulan dari perintah mahkamah. Selain itu peminjam diisytihar bankrap oleh

mahkamah dan gaji dipegang dan diurus oleh Amanah Raya. Gaji tidak

mencukupi untuk melepaskan tanggungan.

15 Meminjamkan Penjawat awam juga tidak boleh meminjamkan wang dengan mengenakan

wang dengan faedah/ bunga.
bunga.

16 Penglibatan Penjawat awam tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai

dalam pasaran pembeli atau penjual dalam pasaran tempatan atau luar negara. Contoh

hadapan. pasaran komoditi dan pasaran hadapan.

17 Refel dan Seorang penjawat awam tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta
loteri. persendiriannya. Contoh: Menggunakan harta persendirian untuk refel atau

loteri.

18 Penerbitan Seorang penjawat awam tidak boleh menerbit atau menulis buku/makalah/

buku karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Contohnya menulis,

214

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

berdasarkan menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia

maklumat besar, rahsia dan sulit)

terperingkat.

19 Pernyataan Seorang penjawat awam tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali
Awam. mendapat kebenaran menteri yang berkenaan. Contoh: Memberi ceramah

yang memburukkan pentadbiran kerajaan semasa dan membuat

ulasan/penjelasan mengenai sesuatu peristiwa tanpa kebenaran menteri.

20 Penyuntingan Seorang penjawat awam tidak boleh menjadi penyunting
akhbar akhbar/majalah/jurnal Contoh: Penyunting bagi akhbar harian atau akhbar

/majalah/ parti politik.

jurnal. Kekecualian diberi kepada penerbitan jabatan, professional, pertubuhan

NGO dengan kelulusan bertulis dari Ketua jabatan.

21 Kegiatan Seseorang penjawat awam dilarang mengambil bahagian dalam parti politik
politik. atau membuka lambang parti politik.

i. Merayu undi.

ii. Bertanding apa-apa jawatan.

iii. Memegang apa-apa jawatan.
iv. Agen pilihanraya tempat mengundi.

v. Menerbit, mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik.

vi. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik.

22 Mean Seorang penjawat awam yang mahu membawa seseuatu kes menurut

membawa undang-undang atau mendapatkan bantuan guaman mesti mendapat
perbicaraan. kebenaran Ketua Jabatan. Contoh: Tanpa kebenaran Ketua Jabatan,

seorang pegawai melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah yang

kesnya berkaitan dengan tugas rasmi.

23 Tidak hadir Seorang penjawat awam tidak boleh tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
bertugas tanpa tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah bagi apa-apa juga

kebenaran/ tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.

bersebab yang Contoh: Pegawai hilang selepas mengketik kad perakam waktu pada waktu

munasabah. pagi kemudian muncul pada waktu petang untuk mengketik masa balik dan
tidak patuh waktu berperingkat.

Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
perlu dipatuhi. Peraturan tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin dalam bentuk pembentulan,
penghukuman dan langkah-langkah peningkatan disiplin. Keberhasilan peraturan tersebut bergantung
kepada komitmen dan kesungguhan semua pihak yang berkenaan bagi melaksanakannya supaya tahap
keberkesanan yang maksimum dapat dicapai. Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat:

i. menghalang penyelewengan.
ii. menghindar perbuatan rasuah.
iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah bertujuan semata-mata
untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada:

215

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Mengelakkan dari berlakunya
amalan-amalan yang melanggar
peraturan-peraturan tersebut.

PENCEGAHAN

PERINGATAN PENGAJARAN

Mengingatkan para Tindakan yang
pegawai agar dikenakan untuk
sentiasa dijadikan iktibar dan
berwaspada dalam panduan kepada
melaksanakan tugas pegawai yang
dan tanggungjawab terlibat dan pihak-
yang diamanahkan. pihak lain agar
perkara yang sama
tidak berulang.

Rajah 11.3: Tujuan Peraturan Tatatertib.

RUMUSAN

Akta Pelajaran 1961 yang dibentuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah sesuai pada waktu itu
untuk memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan kaum. Peredaran masa menyebabkan Akta
tersebut perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan semasa. Lantaran itulah lahirnya

Akta Pendidikan 1996 yang lebih komprehensif, holistik dan dapat mencapai cita-cita negara pada masa
kini, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan dan negara. Walaupun
ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan lagi terhadap beberapa peraturan atau seksyen, namun
ternyata ia merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara. Dengan harapan
melalui akta ini akan dapat melahirkan satu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan
sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum
masih terkandung dalam Akta 1996 ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat
yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang lebih mantap dan telah
mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu
(Bahasa Kebangsaan) di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan
kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah
difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnian Akta
Pendidikan 1996 itu sendiri demi mencapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

216

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman. (2008). Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2002). Pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial: teori dan amalan. Kuala
Lumpur: UKM.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Abdul Rahman Arshad (2007). Unity and education in Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah ilmu: Analisis Konsep-konsep dan Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Adams, N. (1984). Law and teachers today. (2nd ed.). London: Hutchinson & Co.

Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan maklum balas. Bangi:
UKM.

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.
(Editor). Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke arah perpaduan: sebuah perspektif sejarah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan kontemporari. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Chandra Muzaffar. (2008) Hegemony: justice; peace. Shah Alam: Arah Publication.

Comber, L. (2011). Peristiwa 13 Mei: Sejarah perhubungan Melayu – Cina. (Edisi Ketiga). Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn. Bhd.

Elliott, J. et. Al. (1981). School accountability. London: Grant McIntyre.

Eisemont, T.O. (1988). Benefiting from basic education and foundation literacy in Kenya. New York:
Pergamon Press.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme keguruan. Skudai: UTM.

217

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Ewert, D.M. et.al. (2005). Adult literacy and community development: Exploring the link.
http://www.litcommunity.org/article3.html

Freire, P. & Macedo, D. (1987). Literacy: Reading the word and the world. South Hadley: Bergin & Harvey.

Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed. New York: Conyinumm.

Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Gullatt, D.E. & Tollett J.R. (1997). Education law: A requisite course for prcservice and inservice teacher
education programs. Journal of Teacber Education, March-April, vol. 48 no. 2, 129-135.

Haddad, W.D. et.al. (1990). Education and development: Evidence for new priorities. Wanshington: World
Bank.

Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, poltik dan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd.

Havighurt, R. J. (1953). Human development and education. Chicago: Longmans.

Henson, T.H. (2001). Curriculum planning. Boston: McGraw Hill.

Highet, G. (1963). Ilmu mengajar. (Terjemahan Abdul Majid Othman). Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hussein Hj. Ahmad. (2005.) Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur: DBP

Hussien Hj. Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah: teori untuk praktik. Kuala Lumpur: Budiman.

Infosoc Malaysia. 2000. Access and equity: benchmarking for progress. Kuala Lumpur: National
Information Technology

Institut Tadbiran Awam Negara. (1990). Negara kita: sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan.
Kuala Lumpur: INTAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.
(Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Panduan Am (KBSR). Kuala Lumpur: DBP.

218

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). KBSR secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PPK

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: matlamat dan misi. Kuala
Lumpur: PPK.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Perangkaan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan
1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996. RUJUKAN: KP (BS) 8591/Jld. XIV

(5). Tarikh: 25 Mac 19

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Komponen Standard Guru Malaysia (Sumber:
http://www.ippm.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html)

Jabatan Perdana Menteri. (1996). Seventh Malaysia Plan 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.

Kneller, G.F. (1971). Introduction to the philosophy of education. (2nd Edition). New York: John Wiley &
Sons. Inc.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1984). Akta Pendidikan 1961. Kuala Lumpur: International Law.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1998). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan
terpilih. Kuala Lumpur: International Law.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2007). Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International Law
Book Services.

MacDonald, T.H. (1985). Making a new people: Education in revolutionary Cuba. Vancouver: New Star.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. (1994). Panduan tugas staf sekolah. Petaling Jaya: Mega Setia Emas.

Marsh, C. J. & Willis, G. (2003). Curriculum: Alternative approaches, ongoing issues. (3rd ed.). Upper
Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran pendidikan & pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman.

Mohd. Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Bangi: UKM.

Muhammad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Musa Daia. (1973). Sejarah perkembangan pendidikan dan persekolahan. Kota Bharu: Pustaka Aman.

Nice, D. (1986). Education and the law. Essex: Councils and Education Press Ltd.

219

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

OCED. (1996). The knowledge economy: Science, technology and industry outlook. Paris: OECD.

Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: Foundation, principles, and issues. (4th Edition).
Boston: Allyn and Bacon.

Rahman, A. (2002). Education for development: Lesson from East Asia for Bangladesh. Singapore:
Institute of Souteast Asian Studies.

Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Noriah Mohd Ishak, & Abu Abdullah. (2001). Impact of the
Knowledge-Economy on Human Resource Development in Malaysia. International Journal of
Vocational Education andTraining. 9(1):31-48.

Ramsay, I. M., & Shorten, A.R. (1996). Education and the law. Adelaide: Butterworths.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Shahril @ Charil Marzuki. (2008). Dasar kewangan pendidikan. Kuala Lumpur: PTS.

Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.

Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabani. Shah Alam: Karya Bestari.

Sidi Gazalba (1974). Sistematika filsafat: Pengantar kepada dunia filsafat, teori pengetahuan, metafizika
dan teori nilai. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.

Sowell, E.J. (2000). Curriculum: An integrative introduction (2nd Ed). London: Prentice Hall.

Stenhouse (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann.

Sufean Hussin (2002). Revitalishing education: some prospective policy innovations. (Editor). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Sufean Hussin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: teori dan analisis. Kuala Lumpur: DBP.

Sufean Hussin. (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif mikro dan makro. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.

Sufean Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
DBP.

Tyler, R.W. (1991). Principle of curriculum and instructions. (Terjemagan Kamaruddin Hussin & Hazil Abdul
Hamid). Skudai: UTM.

Vinod Raina & Taran Khan. (2006). Knowledge, culture and livehoods: Environmental security in globalized
economy. Journal of Asian Exchange. Vol. 22. No. 1. Pg 132 – 170.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai.

220

ZAINI ABDULLAH 2011

[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]

World Bank. (1999). World Development Report 1998/1999. Washington.
Zaidatul Akmaliah Lope Pihie. (1993). Pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

221

ZAINI ABDULLAH 2011


Click to View FlipBook Version