[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
virtual dalam RIMUP yang menggunakan platform ICT bagi memupuk hubungan dan persefahaman murid
pelbagai kaum secara tidak formal. Program rintis e-Integrasi yang melibatkan 527 buah sekolah rendah
bermula Jun 2007 ini. Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 sekolah menengah telah menubuhkan
Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang murid.
6. Penganjuran Program Rangkaian Sekolah ASEAN Malaysia pada 26 Ogos hingga 1
September 2007.
Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan supaya usaha mewujudkan rangkaian kerjasama di antara
sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN merupakan
sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan KPM melalui kegiatan kokurikulum. Sebelum ini telah
pun wujud rangkaian sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah luar negara melalui pelbagai
kegiatan kokurikulum seperti sukan, pasukan beruniform, kebudayaan dan lain-lain. Bagi memperkukuhkan
rangkaian tersebut terutama sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN, KPM telah
mengemukakan satu Memorandum Jemaah Menteri untuk menganjurkan Program Rangkaian Sekolah-
sekolah Malaysia – Asean sempena sambutan Kemerdekaan ke – 50 pada 26 Ogos hingga 1 September
2007 dan cadangan tersebut telah pun diluluskan.
7. Langkah-Langkah Menangani Ketidakseimbangan Keperluan dan Penawaran Guru
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan
di antara KPM dan KPT dalam;
Penyediaan unjuran keperluan guru yang komprehensif secara bersama meliputi keperluan guru dan
pensyarah untuk sekolah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik
Pengagihan program latihan perguruan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). IPG akan melatih guru untuk prasekolah dan sekolah rendah, manakala IPTA
akan memberikan fokus untuk melatih guru untuk sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti
dan politeknik
Penetapan prosedur yang standard bagi proses pemilihan calon guru dan pelantikan jawatan, serta
Peningkatan pertukaran kepakaran dan penyelidikan.
Pada masa yang sama, Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah meluluskan syor untuk
meningkatkan norma perjawatan guru iaitu daripada nisbah 1.5n kepada 1.7n. sebagaimana terkandung
dalam memorandum yang sama. Norma perjawatan sedia ada ialah 1.5n iaitu 1.5 orang guru bagi setiap
kelas telah diguna pakai sejak tahun 1982 dan sudah tidak lagi dapat memenuhi keperluan semasa.
Peningkatan norma perjawatan guru ini akan dapat mengurangkan jumlah waktu mengajar guru dan sekali
gus membolehkan para guru lebih fokus dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kelulusan ini juga adalah sejajar dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan Kajian Tugas
dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang disediakan oleh sekumpulan Pasukan Petugas Khas TTG KPM
pada bulan Februari 2006.
8. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dipinda bagi
membolehkan DBP diberi kuasa membetulkan mana-mana kesalahan atau salah guna bahasa
Kebangsaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
9. Pemberian Peruntukan Khas Kepada Ahli Parlimen Bagi Meningkatkan Penyampaian
Perkhidmatan Dan Kebajikan Warga Sekolah, Kementerian Pelajaran
151
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan di kawasan masing-masing. Selain itu, mesyuarat ini juga
meluluskan pewujudan Majlis Permuafakatan PIBG di peringkat Parlimen dalam usaha menyemarakkan
penglibatan PIBG.
Selain dasar-dasar baru yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri, terdapat juga dasar-dasar
baru yang telah diperkenalkan dalam PIPP. Antaranya dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan,
usaha telah dilaksanakan untuk menjadikan sekolah kebangsaan pilihan utama masyarakat Malaysia.
Mulai Januari 2007, sebanyak 100 buah SK telah menawarkan Bahasa Cina (BC) dan 60 buah SK
menawarkan Bahasa Tamil (BT) sebagai projek rintis dengan menggunakan tiga Model Pengajaran. Projek
rintis ini bertujuan untuk mendapatkan model terbaik bagi melaksanakan penawaran kedua–dua bahasa
tersebut sepenuhnya pada tahun 2008. Bilangan murid yang sedang mengikuti kelas BC di SK seramai
1908 orang dan kelas BT seramai 668 orang. Daripada segi peluasan program j-QAF pula, sehingga Jun
2007, sebanyak 3,686 SK telah mengadakan kelas j-QAF melibatkan 618,439 orang murid Islam.
Dalam usaha membina negara bangsa yang mempunyai kecintaan terhadap seni warisan dan
budaya bangsa, KPM telah mewujudkan dua buah Sekolah Seni di Johor dan Sarawak. Sekolah–sekolah
diwujudkan dengan menumpang di SMK Mohd Khalid dan SMK Tun Abang Hj Openg bermula dengan
pengambilan pelajar Tingkatan 1. Pelajar di sekolah ini akan mengambil semua mata pelajaran teras PMR
serta pilihan dalam empat bidang Seni iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari.
Pewujudan Sekolah Seni telah memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dalam seni untuk
mengembangkan keupayaan mereka dalam bidang kesenian. Sehubungan itu, pelajar lepasan sekolah
seni akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan Ijazah di jabatan dan agensi
di bawah KeKKWA seperti Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA), serta Institut Kraf Tangan
Malaysia. KPM telah pun mengenal pasti tapak untuk pembinaan dua buah sekolah seni di Wilayah
Pembangunan Iskandar Nusajaya di Johor dan di Santubong, Sarawak. Peruntukan untuk pembinaan
Sekolah Seni dalam RMKe-9 ialah sebanyak RM 43.9 juta dan masih dalam peringkat perancangan. Satu
Jawatankuasa Bersama KPM-KeKKWA telah dibentuk bagi menyemarakkan kegiatan kebudayaan dan
kesenian serta memperkasakan kewujudan sekolah seni.
Sebagai rumusan, KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-
2010 yang menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh
5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang
bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Dalam
hal ini Menteri Pelajaran Malaysia, Dato‟ Sri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2006 semasa
pelancaran PIPP telah menyatakan:
“Sememangnya tugas ini amat berat dan saya memerlukan pasukan yang benar-benar
komited, amanah, jujur dan yang sanggup bekerja keras untuk memastikan segala
perancangan kita dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan serta tidak mengulangi
kesilapan-kesilapan masa lalu.”
Pada tahun 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan:
“Usaha Kerajaan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah selaras
dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (Education for All) yang disasarkan oleh
UNESCO. Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh
UNESCO meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada 129 negara dalam Indeks
Pembangunan Pendidikan Untuk Semua (EDI), sekaligus menempatkan Malaysia di
kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi.”
152
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PIPP (2011 – 2015)
Meskipun PIPP telahpun berakhir pada tahun 2010 namun masih terdapat banyak perkara yang belum
selesai. Oleh itu satu rangka kerja bersepadu dibentuk bagi menghubungkaitkan dasar dan pelaksanaan
program RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama (KRA) dan outcome seperti di Rajah 11.1.
Rajah 9.1: Rangka Kerja Bersepadu PIPP dan KRA
153
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PERANCANGAN PEMBANGUNAN PROGRAM SEKOLAH
i. Pembangunan Program Sekolah Mengikut Kategori
Jadual 9.1: Pembangunan program-program sekolah seluruh negara.
Program Maksud Objektif Tahun Bil Milikan
Sekolah Mewujudkan inovasi dalam 2010 20 KPM
Berprestasi Sekolah yang mempunyai pengurusan sekolah dan 2007 120 KPM
Tinggi etos, watak, identiti sendiri mementingkan produktiviti 2004
(SBT) dan unik yang bertujuan pelajar 8 KPM
Sekolah menyerlahkannya dalam Melonjakkan kecemerlangan 2006
Kluster semua aspek pendidikan institusi pendidikan dan 2006 4 KPM
Pusat kecemerlangan pembangunan sekolah
Sekolah (dalam kelompok sekolah) dalam kluster yang sama 2011 212 (33 KPM, GLC,
Wawasan dengan memberi fokus dan juga sekolah di luar Syarikat Syt
kepada beberapa bidang kluster. Korporat)
Sekolah seperti muzik, sukan, ICT, Untuk menggalakkan Korporat.
Primier sains, bahasa dan lain-lain interaksi dan perpaduan
disiplin pengajian. antara pelajar 10 KPM,
Sekolah Pelbagai jenis sekolah Yayasan
Pintar rendah seperti SK, SJK(C) Mengiktiraf sekolah-sekolah AMIR
(Promoting dan SJK(T) berkongsi yang cemerlang dalam 154
Intelligence, kawasan dan dan akademik dan kokurikulum,
Nurturing, kemudahan yang sama serta menghasilkan ramai
Talent, tetapi ditadbir oleh pemimpin, ahli korporat,
Advocating pengurusan sekolah yang profesional dan ahli sukan.
Responsibil berasingan. Meningkatkan tahap
ity) Sekolah dalam kelompok pendidikan negara melalui
Sekolah kluster yang berusia lebih penyertaan syaraikat-
Amanah 100 tahun dan cemerlang syarikat bertanggungjawab.
dalam bidang akademik
serta kokurikulum. Untuk membawa perubahan
besar dalam pencapaian
Mrupakan inisiatif sekolah melalui kerjasama
tanggungjawab sosial oleh kepakaran sektor swasta
syarikat milik kerajaan dan awam.
(GLC) dan syarikat korporat
tempatan dalam
menjayakan kecemerlangan
akademik dalam kalangan
kanak-kanak luar bandar.
Sekolah-sekolah yang
diuruskan secara bersama
antara sektor swasta dan
pentadbir sekolah bagi
meningkatkan prestasi
sekolah dan pelajar;
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Sekolah merentasi pelbagai latar Menyediakan suasana, 1905 62 KPM
Berasrama belakang prestasi dan sosip- kemudahan dan proses (MCKK) 42
Penuh ekonomi pelajar. pembelajaran secara MARA
(SBP) Sekolah menengah perdana terancang, terkawal dan 1973 SR (28) KPM
yang dikhaskan untuk sempurna kepada (MRSM SM (3)
Maktab pelajar-pelajar yang warganegara Malaysia Pengk. KPM,
Rendah mendapat keputusan khususnya pelajar-pelajar Chepa) 55 KPWKM,
Sains cemerlang pada penilaian luar bandar yang cemerlang. 14
MARA peringkat UPSR dan PMR. 1977 2 KK.
(MRSM) Membangunkan pendidikan 1998 (SS Bukit
Sekolah Merupakan sekolah untuk pelajar-pelajar Jalil & SS KPM
Menengah berasrama penuh yang bumiputera yang cemerlang. Bandar KPM
Teknik & dibina oleh Majlis Amanah KPM
Vokasional Rakyat.
155
Sekolah Merupakan sekolah yang Membangun dan
Pendidikan menyalurkan perkembangan mengembangkan potensi
Khas potensi pelajar-pelajar dan kecenderungan pelajar-
dalam pendidikan sains dan pelajar menjadi separa
Sek. Men. teknologi untuk profesional dalam pelbagai
Kebang. membangunkan sumber bidang teknikal dan
Agama tenaga mahir dalam industri kejuruteraan.
(SMKA) negara.
Kolej Sekolah khas untuk kanak- Pendidikan yang diberi
Matrikulasi kanak kurang upaya. menekankan perkembangan
jasmani, emosi, rohani dan
Sekolah Sekolah yang intelek supaya kanak-kanak
Sukan menintegrasikan kurikulum ini berpeluang mendapatkan
Malaysia kebangsaan dan pendidikan pendidikan ke peringkat
Islam tertinggi bagi membolehkan
Institusi pendidikan lepasan mereka mendapatkan
menengah untuk persediaan pekerjaan dan hidup
pelajar bumiputera lepasan berdikari.
SPM untuk mengikuti kursus Pendidikanyang
sains, teknologi dan sastera menekankan pembangunan
ikhtisas di IPT. pelajar secara holistik dan
Sekolah elit khas untuk bersepadu menggabungkan
pelajar-pelajar yang akademik dan agama.
menunjukkan potensi yang Pendidikan lepasan
cemerlang dalam bidang menengah untuk persediaan
pelajar memasuki IPT
mengikut jurusan tertentu
khususnya Sains &
Teknologi.
Mengembangkan pelajar
dalam bidang akademik dan
juga kemahiran sukan yang
dimilikinya.
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
sukan. Penawar)
Sekolah Sekolah untuk pelajar- Sekolah ini menggunakan 57 Swasta
antara- pelajar antarabangsa. kurikulum antarabangsa
bangsa Menyediakan 40% tempat yang berorientasikan
kepada pelajar tempatan. perniagaan
Sekolah Perkongsian pintar di Pendidikan yang SR (55) KPM
swasta antara Kementeria pelajaran berorientasikan perniagaan, SR A (34) (kurikulum)
dan pihak swasta untuk khidmat sosial, SM (73)
memberi peluang kepada tanggungjawab agama SMA (17) Swasta
pelajar menerima ilmu yang untuk memberi peluang SMP Cina
pelbagai. secara maksima dalam (60)
pembelajaran. P. Khas
(10)
Sekolah Sekolah khas untuk pelajar Mengembangkan bakat 1994 15 KPM
Projek yang aktif dalam bidang pelajar dalam bidang sukan
sukan dan menyalurkan
pelajar kepada sekolah
sukan.
Sekolah Sekolah khas untuk pelajar Mengembangkan kesenian, 2009 2 (Perintis KPM
Seni yang berpotensi dan kebudayaan dan warisan di JB &
Malaysia berbakat dalam bidang bertaraf dunia. Kuching)
kesenian.
ii. Pembangunan Sekolah Cemerlang Mengikut Niche Area
Jadual 9.2: Senarai sekolah cemerlang mengikut bidang keutamaan (niche areas).
Bil Nama Sekolah Niche Areas
1. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (B), WP Putrajaya Wind Orchestra/Rugby
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor Perbahasan/Public speaking
3. Kolej Tunku Kurshiah (B), Negeri Sembilan Perbahasan/ English language/school band
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak Kepimpinan, Rugby dan basket ball
5. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan Perbahasan, Bola sepak
6 SMK Penang Free (B), Pulau Pinang Pancaragam, Krikit, Hoki dan Bola sepak
7. SKM (P) Sri Aman (B), Selangor Kepimpinan, Entrepreneurship merentasi
kurikulum
8. SMK Aminuddin Baki (B), WP Kuala Lumpur
9 SMK Sultanah Asma (B), Kedah Renang, Bola Baling, Catur dan Bola jarring
10. SMK Sultan Sulaiman (B), Terengganu Sukan, Bola jarring
11. SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang Olahraga dan Bola sepak
Program tahfiz, soft ball, kuiz sejarah dan
memanah
156
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
12. SMK Derma (B), Perlis Lawn Ball, Enhancement in Math & Science
13. SMK Gunung Rapat (B), Perak Bowling, Olahraga, Rugby, Equestarian,
Taekwando, Silat gayong
14. SMK Victoria (B), WP Kuala Lumpur School band, Rhetorika, Polo Air dan English
drama
15. SMK St John (B), WP Kuala Lumpur Memanah, Hoki, Pancaragam, Old Boys
Association
16. SMK Convent Bukit Nanas (Mision, B), WP Kuala Lumpur Language (drama), Public speaking & Debate
17. SMT Tawau (B), Sabah ICT, Bola jaring, Unit Berunifom, Pertahanan
Awam
18. SMT Tuanku Jaafar (B), Negeri Sembilan Inovasi dan kreativiti
19. SMKA Sheikh Abdul Malek(B), Terengganu Tafsir Al-Quran, Perbahasan
20. SMKA Sharifah Rodziah, (LB) Melaka Nasyid, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis
21. SMKA Al-Mashoor (L) (B), Pulau Pinang Kokurikulum-aktiviti persatuan hingga ke
peringkat antarabangsa
22. SK Zainab 2 (B), Kelantan Perbahasan, Language (English)
23. SK Sri Gaya (B), Sabah Sukan-larian, Bola jarring
24. SK Infant Jesus Convent (Mision, B), Johor Language (English), Public speaking
25. SK Sultan Idris 2 (LB), Perak Sukan- olahraga, Perbahasan
26. SK Pengkalan Tereh (LB), Johor Renang
27. SK Ulu Lubai, Sarawak Bahasa Inggeris dan Sukan
28. SJK(Cina) Keat Hwa, Kedah Language (Bahasa Cina)
29. SJK(Tamil) Simpang Lima, Selangor Bola sepak, Choral Speaking, memanah
30. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, P. Pinang Inovasi
PROJEK PERMULAAN EKONOMI (EPP) KE ARAH
TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
Bidang Ekonomi Utama (NKEA) Pendidikan telah mengenalpasti 13 Projek Permulaan Ekonomi (EPP)
untuk meningkatkan standard pendidikan secara keseluruhannya dan seterusnya memberikan hasil terbaik
dalam tempoh 10 tahun (sehingga tahun 2020). Jangkaan projek-projek itu dapat meningkatkan
Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari RM 27.1 bilion (tahun 2009) kepada RM 60.7 bilion menjelang 2020.
Berdasarkan jangkaan itu NKEA Pendidikan ketika ini member focus kepada pengukuhan kepada sector
perkhidmatan pendidikan swasta dengan peningkatan penggunaan dan pelaburan persendirian serta
mengembangkan eksport pendidikan.
157
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Memandangkan pertumbuhan sector awam terbatas, hasrat itu memerlukan pendidikan swasta
berkembang enam kali ganda dan perkara tersebut memerlukan RM 20 bilion pembiayaan dalam tempoh
10 tahun di mana hanya enam peratus terdiri dari pembiayaan awam yang baharu. Juga tambahan
536,000 pekerjaan akan diwujudkan dengan sebahagian besarnya dalam bidang professional dan teknikal
serta menambahkan tiga kali ganda pengambilan pelajar asing daripada 70,000 pada tahun 2010 kepada
200,000 menjelang 2020.
Bagi mancapai sasaran tersebut empat segmen pendidikan diberi tumpuan berdasarkan sainz
pasaran dan potensi pembangunan masa hadapan iaitu pendidikan tertiari iaitu melibatkan penuntut
tempatan dan asing, pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT), pendidikan asas (rendah dan
menengah) dan penjagaan awal kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE). Sejumlah 13 Projek
Permulaan Ekonomi (EPP) dibangunkan meliputi empat segmen tersebut berdasarkan kepada impak PNK
dan potensi untuk memangkinkan lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan.
Dari jumlah itu, Kementerian Pelajaran memiliki lima EPP bagi NKEA Pendidikan iaitu EPP1,
EPP2, EPP3, EPP4 dan EPP13.
EPP1: Mempertingkatkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Pengasuhan
Pada tahun 2011 terdapat seramai 387,300 penyertaan kanak-kanak ke pra sekolah swasta dan
TASKA dan pada tahun 2015 jumlah itu dijangka meningkat kepada 553,000 penyertaan.
Manakala menjelang 2020 jumlah murid yang dijangka mendaftar di pra sekolah swasta dan
TASKA disasarkan mencecah sehingga 857,000 penyertaan. Kerajaan melihat terdapat ruang
pertumbuhan yang besar bagi pra sekolah swasta dan pusat asuhan kanak-kanak bagi
meningkatkan enrolmen dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti. Bagi peringkat pra
sekolah, NKEA telah menetapkan sasaran pendaftaran dari 67 peratus kepada 97 peratus
menjelang 2020. Manakala penjagaan kanak-kanak perlu ditingkatkan dari 4 peratus kepada
menyamai norma global iaitu 25 peratus.
EPP2: Mewujudkan Pusat Latihan Bagi Guru Pra Sekolah Dan Pengasuhan
Pada tahun 2011, hanya terdapat seramai 12,950 guru pra sekolah swasta dan pengasuh terlatih
sedangkan kehendak pasaran memerlukan 25,400 guru pra sekolah dan 29,000 pengasuh kanak-
kanak baru yang terlatih. Sehubungan itu terdapat potensi besar untuk menguasai permintaan bagi
guru ECCE untuk dilatih di bawah program yang berkualiti bukan sahaja di dalam negara tetapi
juga di rantau ini. Dengan kewujudan pusat latihan guru pra sekolah ini seramai 218,000 guru pra
sekolah swasta dan pengasuh dijangka mampu dilatih menjelang 2020.
EPP3: Mempertingkatkan Sekolah Antarabangsa
Sekolah antarabangsa telah tumbuh pada kadar sepuluh peratus dalam tempoh lima tahun yang
lalu dan faktor itu dipacu oleh peningkatan populasi ekspatriat yang mana sehingga tahun 2011
terdapat 60 buah sekolah antarabangsa di Malaysia. Pada masa akan datang, permintaan ini
dijangka terus meningkat disebabkan oleh NKEA Greater KL yang mensasar untuk meningkatkan
bilangan ekspatriat dan perkembalian populasi diaspora dari 100,000 kepada 500,000 menjelang
2020. Dijangka terdapat 78 buah sekolah antarabangsa akan diwujudkan di negara ini pada tahun
2015 dan meningkat kepada 87 buah menjelang 2020. Pengembangan pendidikan antarabangsa
ini boleh menarik pelajar-pelajar asing yang memerlukan asrama penuh dan pelajar-pelajar
tempatan yang akan belajar di luar negara.
158
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
EPP4: Perluasan Pusat Latihan Guru Swasta
Antara inisiatif dalam Makmal Kualiti Guru ialah untuk meningkatkan keupayaan dan persaingan
dalam pendidikan guru. Dengan itu program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah / Kursus
Peguruan Lepasan Ijazah (DPLI/KPLI), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan latihan dalam
perkhidmatan untuk guru-guru sekolah awam dan swasta di Malaysia dan Timur Tengah akan
diperluas kepada Pusat Latihan Swasta tanpa mengabaikan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.
Bagi tahun 2011 seramai 1,000 guru dilatih di pusat latihan guru swasta dan jumlah ini disasarkan
meningkat kepada seramai 2,000 pada tahun 2015 dan 9,900 pada tahun 2020.
EPP13: Kerjasama Awam – Swasta Di Bidang Pendidikan
Pada masa ini Kementerian Pelajaran mengendalikan kira-kira 10,000 sekolah di seluruh Negara
dan mempunyai 92 buah sekolah tambahan dalam tahun 2011 dan jumlah tersebut akan terus
meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan pembangunan petempatan baru. Secara
purata kerajaan membelajankan kira-kira RM 4,000 bagi setiap pelajar di sekolah awam. Apabila
bilangan sekolah meningkat, cabaran untuk mengurus mereka pada standard yang tinggi menjadi
semakin rumit. Model kerjasama awam – swasta (PPP) yang diwujudkan akan menyediakan
pilihan besar menerusi portfolio model sekolah pada harga yang termampu dan menggunakan
pengaruh sector swasta sebagai rakan kongsi dalam memenuhi objektif nasional. Persaingan yang
dihasilkan mampu meningkatkan standard meliputi sekolah awam dan swasta. Dengan focus
kepada pendidikan teknikal dan vokasional, dua buah sekolah disasarkan pada tahun 2011 dan
meningkat kepada 13 buah menjelang 2015 seterusnya 25 buah pada tahun 2020.
Seperti kata-kata Tan Sri Muhyiddin Mohd, Yassin;
“Kami yakin dan percaya bahawa sektor awam dan swasta tidak boleh lagi bekerja secara
berasingan. Malahan kedua-dua sektor ini harus bekerjasama menerusi model
perkongsian awam-swasta yang inovatif untuk sama-sama melaksanakan objektif dan
sasaran pembangunan kerjaan”. (Rabu 12 Oktober 2011)
TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
HALANGAN DALAM MENJAYAKAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Perancangan pendidikan di Malaysia turut mengalami halangan–halangan seperti berikut:
i. Pengumpulan perangkaan statistik yang tidak lengkap.
ii. Warisan dasar pelunjuran penjajah yang bersifat tidak adil. Kemudahan pendidikan yang terbaik
disediakan di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi. Kemudahan yang tidak seimbang ini
menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan. Namun, kualiti dan mutu
pendidikan di luar bandar masih dalam keadaan serba kekurangan.
159
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
iii. Masyarakat berbilang kaum yang bersifat perkauman. Perancangan pendidikan sukar mendapat
sokongan penuh dari semua kaum kerana perancangan yang baik sering disalahtafsirkan oleh
sesetengah pihak. Contoh, pelaksanaan Sekolah Wawasan.
iv. Persepsi dan sikap masyarakat yang kurang positif terhadap pembaharuan dalam pendidikan
khususnya terhadap pendidikan vokasional dan teknik. Ini kerana pendidikan vokasional dan teknik
sering dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru.
v. Kos pendidikan yang tinggi menjadi beban kepada sumber kewangan negara khususnya terhadap
pendidikan teknik dan vokasional.
CABARAN-CABARAN DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
i. Cabaran ICT
ICT menjadi satu cabaran utama pembangunan pendidikan disebabkan tahap program pendidikan ICT
yang masih di tahap rendah. Statistik Kementerian Pendidikan (2000) menunjukkan jumlah enrolmen
pelajar dalam bidang sains dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjumlah 49,575
(29.0%) dan 39,305 (23.0%) pada tahun 2000. Manakala graduan sains ialah 34,805 (25.6%) dan graduan
teknologi 22,765 (16.7%) pada tahun yang sama. Arah aliran ini menunjukkan Malaysia masih belum
mencapai keupayaan dalam memenuhi keperluan pasaran guna tenaga mahir ICT untuk mengekalkan
daya saing di pasaran global.
Untuk merealisasikan matlamat k–ekonomi, rangkaian maklumat dan infrastuktur diperlukan bagi
menyalurkan maklumat. Tahap penerimaan, penggunaan dan penyebaran maklumat diukur melalui
penyediaan kemudahan media elektronik dan komunikasi. Disiplin ICT perlu ditekankan dalam sistem
pendidikan Negara bermula daripada pendidikan rendah. Menurut kajian Agenda Teknologi Dan Maklumat
Negara (Infosoc Malaysia, 2000), satu pertiga daripada penduduk Malaysia yang berumur di bawah 14
tahun perlu didedahkan dengan program ICT bagi membangunkan potensi sumber manusia berasaskan
ICT. Terdapat 30.5% sekolah rendah dan 53.8% sekolah menengah di seluruh negara mempunyai
computer peribadi (PC) bagi kegunaan pelajar manakala hanya 10.2% sekolah rendah dan 34.1% sekolah
menengah mempunyai capaian internet. Ini bermakna 69.5% sekolah rendah dan 46.2% sekolah
menengah tidak mempunyai PC. Manakala 89.8% sekolah rendah dan 65.9% sekolah menengah tidak
mempunyai kemudahan internet. Tahap penggunaan PC dan capaian internet ini jauh lebih rendah
dibandingkan dengan jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara. Secara
keseluruhannya, dianggarkan kira–kira 0.99 juta (4.4%) rakyat Malaysia tidak mempunyai pendidikan
formal dan mereka ini dianggap terpinggir dari segi ICT secara langsung (Infosoc Malaysia, 2000).
Pencapaian Malaysia dalam ICT boleh diukur dengan menggunakan indikator–indikator seperti
pemilikan peralatan maklumat dan telekomunikasi (radio, televisyen, telefon, komputer, perisian dan
rangkaian), sumber kewangan bagi membolehkan penggunaan barangan dan perkhidmatan ICT dan
kemahiran asas atau keupayaan sebenar menggunakan barangan dan perkhidmatan ICT. Indikator terkini
mengukur tahap ICT ialah pemilikan komputer peribadi. Tahap pemilikan komputer peribadi di Malaysia
ialah 59 orang bagi setiap 1000 orang penduduk berbanding 459 orang bagi setiap 1000 penduduk
Amerika Syarikat dan 422 per 1000 penduduk Switzerland pada tahun 1998 (World Bank, 1999). Malaysia
juga didapati masih jauh ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan internet jika dibandingkan
dengan negara–Negara Asia seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Dari segi penggunaan internet
160
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
pula ialah 2.7% daripada jumlah penduduk Malaysia berbanding 15.8% penduduk Singapura dan 38.0%
penduduk Finland pada tahun yang sama (World Bank, 1999).
ii. Cabaran Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
Sistem pendidikan dan R & D yang mantap amat diperlukan dalam membantu memacu pembangunan
negara. Dalam konteks ekonomi, terdapat hubungan yang erat antara kedua–dua sektor (pendidikan dan R
& D) ini dalam menangani globalisasi dan ICT. Jadual 3 menunjukkan Malaysia menduduki tempat yang
ke-41 di dunia dalam aspek perbelanjaan dalam bidang R & D pada tahun 1998 iaitu kira–kira 0.24 %
daripada KNK. Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara–negara maju. Untuk
memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi ekonomi, usaha bersungguh–sungguh perlu
dijalankan dalam meningkatkan penyelidikan yang mampu melahirkan ilmu dan ciptaan-ciptaan baru.
Jadual 9.3 Perbandingan penyelidikan dan pembangunan negara terpilih
Negara US Million (1998) Kedudukan 1998 Perbelanjaan R&D %
kepada KNK 1987-1997
Amerika Syarikat 222 934 1
Jepun 122 275 2 2.63
Jerman 49 767 3 2.80
Britain 23 972 5 2.41
Kanada 9 362 7 1.95
Sweden 8 776 8 1.66
Belanda 8 292 9 3.76
Korea Selatan 8 089 10 2.08
Switzerland 8 083 11 2.82
Australia 6 807 12 2.60
China 6 655 13 1.80
Finland 3 682 18 0.66
Denmark 3 419 19 2.78
Norway 2 571 23 1.95
Singapura 1 489 25 1.58
New Zealand 34 1.13
Hong Kong 584 37 1.04
Thailand 354 40 N.A
MALAYSIA 197 41 0.13
Indonesia 195 42 0.24
Filipina 187 45 0.07
Sumber: World Bank, 1999 51 0.22
161
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia] 162
KEUTAMAAN DALAM PERANCANGAN PENDIDIKAN
i. Bidang Keutamaan:
Sekolah tapak pemikiran kreatif.
Kurikulum sekolah dikaji semula.
Bilangan pelajar Sains bertambah.
Pembangunan profesion perguruan.
Sekolah dilengkapi kemudahan ICT.
Penekanan pendidikan peringkat ketiga.
Penggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Universiti : tenaga kerja + model intelektual dan pengetahuan baru.
Kawasan luar bandar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Sektor swasta digalakkan menyediakan pendidikan di peringkat tertiari.
ii. Program Pendidikan:
Pendidikan rendah.
Program Latihan Tenaga Pekerja.
Memperbaiki mutu bahasa Inggeris.
Kurikulum latihan guru dikaji semula.
Perlaksanaan Sekolah Bestari diperkukuh.
Program sekolah berpusat bagi sekolah di pedalaman .
Lebih banyak opsyen Sains diperkenalkan di tingkatan 6.
Sukatan pelajaran Sains merangkumi Mekatronik, Bio-teknologi, Mikroelektronik.
iii. Penekanan Kurikulum:
(a) Kemahiran
berkomunikasi secara berkesan.
berfikir secara kritikal dan kreatif.
menikmati keindahan ciptaan dan seni.
kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
membuat pilihan dan membuat keputusan.
bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.
mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat.
(b) Pengajaran & Pembelajaran
„Multilinggualism‟.
Kemahiran Generik.
Pelbagai Kecerdasan.
Penggunaan teknologi.
Pembelajaran Koperatif.
Pengembangan Kreativiti.
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Penghayatan Nilai-Nilai Murni.
Patriotisme dan Ketatanegaraan.
Kemahiran Belajar Untuk Belajar.
Berfikir Secara Kritis dan Reflektif.
(c) Sistem Pentaksiran
Penanda Aras.
Pentaksiran Holistik.
Penilaian Berterusan.
Authentic Assessment.
Penilaian Hasil Pembelajaran.
Penilaian Berasaskan Sekolah.
Ujian/Peperiksaan Secara On-Line.
Penilaian Berasaskan Elemen Subjek.
Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil.
MASA DEPAN PENDIDIKAN NEGARA
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan hala tuju dan masa
depan pendidikan Negara. Menerusi pendidikan yang mampan, dihasratkan dapat:
i. mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai jati diri, progresif,
kreatif dan berinovatif.
ii. melahirkan modal insan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek penguasaan kecerdasan intelek
(IQ), kecerdasan rohani (SQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan jasmani PQ).
iii. Merapatkan jurang pendidikan selaras dengan sasaran UNESCO iaitu Pendidikan Untuk Semua
(Education For All).
iv. Melaksanakan anjakan paradigma seiring dengan apa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang bertujuan untuk melonjakkan kejayaan secara lonjakan
berganda.
o Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan.
o Anjakan daripada budaya kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome).
o Anjakan daripada birokrasi menyukarkan kepada birokrasi memudahkan.
o Anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi.
v. Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda sejak
peringkat sekolah rendah.
vi. Menerapkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.
vii. Mengkaji dan memurnikan kandungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan
Strategik RMKe-10 dengan member tumpuan kepada merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
163
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENUTUP
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai
perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia
sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Kesilapan dalam merancang
sistem pendidikan akan membantutkan proses pembangunan negara dan mungkin menurunkan daya
saing negara di peringkat global. Perancangan pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi
menyediakan sumber manusia untuk bersaing di peringkat global. Dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan pendidikan Malaysia, tumpuan bukan saja diberikan kepada perkembangan pendidikan
dalam negara tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Langkah ini adalah perlu dan amat signifikan pada
masa ini bagi menyediakan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih kompetitif, holistik,
berketerampilan serta mampu bersaing di peringkat global.
164
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
10 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
PENGENALAN
“Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang
membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin yang
sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang dilakukan oleh
insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap profesionnya
memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap
ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “Guru adalah
segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968). Tugas guru bagaikan
pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. seorang
guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru
bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan guru juga bagaikan doktor
pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. Malah guru diminta
oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk
menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana
mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak.
Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk
mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk
disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah
pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan. Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 telah mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai
satu panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.
PERGURUAN DAN KEGURUAN
Merujuk kepada Kamus Dewan IV (2005) guru membawa erti “pendidik, pengajar, pengasuh”. Dari kata
dasar guru, maka terbitlah perkataan keguruan dan perguruan yang digunakan dalam memahami proses
pendidikan. Dalam kamus yang sama perkataan perguruan diertikan sebagai “Yang berkaitan dengan
guru, institusi yang melatih guru …..”. Dalam hal memahami makna perkataan perguruan dan keguruan,
Awang Had Salleh (1985) telah memberikan makna yang mudah dan jelas. Beliau menyatakan perguruan
ialah proses menyediakan guru manakala keguruan bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri
atau profesion guru. Bagi memahami istilah perguruan dan keguruan, cuba anda fahamkan cabaran-
cabaran terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan.
165
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki profesion
keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan?
Cabaran berkaitan keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion?
Cabaran perguruan
i. Adakah pemilihan calon didasarkan kepada kelayakan-kelayakan yang rasionalnya adalah rasional
nilai-nilai dalam profesion keguruan? Ertinya selain daripada kelayakan akademik tahap tertentu,
apakah diperhitungkan hal-hal seperti perwatakan, bakat keguruan, kualiti suara dan sebutan,
minat terhadap kanak-kanak dan seumpamanya?
ii. Adakah pemilihan pensyarah-pensyarah yang terlibat institusi pendidikan guru didasarkan kepada
criteria-kriteria yang selaras dengan nilai-nilai keguruan yang hendak dipupuk oleh mereka kepada
calon-calon guru ini?
iii. Apakah kurikulum perguruan di institusi pendidikan guru mewakili segala kehendak penyediaan
profesional?
iv. Sejauhmanakah proses perguruan memperkukuhkan pendidikan sebagai nilai utama di dalam diri
calon-calon guru semasa mereka disediakan untuk menjadi guru?
v. Apakah sistem perguruan di Malaysia memberikan pendidikan perguruan atau latihan perguruan?
Cabaran Keguruan
Cabaran keguruan sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri iaitu:
i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut.
iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata.
Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Himpunan ilmu
itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota profesion itu sendiri mestilah
menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran atau
kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang dipegang dan diamalkan bersama.
Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada adakah anggota profesion keguruan
menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian, pengdiagnosan, pengendalian motivasi pelajar,
pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat, penyisipan nilai dan unsur pendidikan dalam pengajaran
dan pengendalian disiplin.
Ciri profesion yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya
tidak menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu, profesion
keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi dendaan dan
penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan dan bukannya dari
kumpulan profesion keguruan itu sendiri.
Apakah cabaran profesion keguruan?
1. Bilangan anggota yang ramai iaitu sekitar 405,000 orang guru.
2. Pelbagai kelayakan yang terdapat dalam pekhidmatan pendidikan iaitu: 166
Sijil Perguruan
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Diploma Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
3. Pelbagai skim perkhidmatan guru:
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT),
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (DG29,DG32)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( DG41, DG44, DG48, DG52, DG54, JUSA C, B.
A))
APAKAH YANG SEPATUTNYA MENJADI ILMU GURU?
Apakah yang sepatutnya seorang guru bertindak? Adakah guru mengajar, melatih atau mendidik? Istilah
pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara. Contohnya
„mengajar dengan baik‟ (Brown & McIntyre, 1993), „pengajaran berkesan‟ (Perrot, 1982), „mengajar dengan
kreatif‟ (Woods & Jeffrey, 1996), „guru profesional‟ (Shulman, 1987), „pengajaran berkualiti‟ (Stones, 1992)
dan „guru yang cukup baik‟ (Cullingford, 1995).
Pengajaran berkesan bukanlah lahir dengan sendirinya, ia merupakan pengetahuan dan
kemahiran kompleks yang dipelajari oleh seorang guru. Pada tahun 1960 – 1990 menunjukkan kaedah dan
gaya pengajaran guru menjadi ilmu penting yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran
berkesan. Sebagai contoh Shulman (1986), telah mengariskan beberapa jenis pengetahuan yang mesti
dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru profesional:
i. Pengetahuan tentang pedagogi umum
ii. Pengetahuan tentang kandungan subjek
iii. Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek
iv. Pengetahuan tentang kurikulum
v. Pengetahuan tentang pelajar
vi. Pengetahuan tentang konteks pendidikan
vii. Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan
Manakala pada tahun 1990 – 2000, pengajaran berkesan dihubungkaitkan dengan hasil iaitu
senarai kualiti, ciri, sifat dan kelakuan guru berkesan. Sebagai contoh, Organisasi Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi (1994) telah menyatakan kualiti mengajar dilihat sebagai konsep yang
menyeluruh yang terbentuk daripada kecekapan dalam lima dimensi utama:
i. Kemahiran mengajar.
ii. Empati dan menghargai maruah orang lain.
iii. Pengetahuan tentang bidang kurikulum dan kandungan substantif;
iv. Refleksi dan keupayaan muhasabah diri, iaitu ciri penting professional guru.
v. Kecekapan mengurus, kerana guru menjalankan pelbagai tanggungjawab mengurus di dalam dan
di luar bilik darjah.
Kyriacau (1997) telah mengemukakan senarai pengajaran berkesan: 167
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Kejelasan jangkaan dan hala tuju guru.
ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang berorientasikan tugas.
iii. Menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran.
iv. Menentukan dan mengekalkan momentum serta langkahj pembelajaran.
v. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar.
vi. Memantau kemajuan pelajar dan memenuhi kepentingan mereka.
vii. Menyampaikan pelajaran yang disusun dengan baik.
viii. Memberi pelajar maklum balas positif dan membantu.
ix. Memastikan objektif pembelajaran dirangkumi.
x. Menggunakan sebaik mungkin teknik menyoal.
Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan „Pelan Induk Untuk Guru Sempurna‟ telah membahagikan ilmu
guru kepada tiga kumpulan:
i. Kemahiran mengajar
ii. Ciri-ciri profesional
iii. Iklim bilik darjah
ADAKAH GURU KERJAYA PROFESIONAL?
Samakah pekerjaan sebagai seorang guru dengan seorang doktor/ jurutera? Apakah kualiti seorang guru
sama dengan kualiti seorang doktor/ jurutera?
Ciri-ciri kerjaya profesional:
i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut.
iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata.
Oleh itu, usaha menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan
latihan-latihan semula secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang
tinggi bagi memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri mereka ke
tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan dan
tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.
PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Pendidikan yang berkualiti sangat dipengaruhi oleh kualiti guru. Kualiti guru pula dipengaruhi oleh
pendidikan dan latihan yang berkualiti. Bagaimanakah pendidikan dan latihan dapat melahirkan guru yang
berkualiti sejajar dengan profesionalisme keguruan?
168
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Pra Perkhidmatan i. Pengetahuan Kuliah,
profesionalisme keguruan kokurikulum,
Universiti/ Fakulti latihan pengajaran
Pendidikan ii. Pembangunan sikap & mikro dan latihan
sahsiah mengajar di
(IPTA & IPGM ) sekolah & khidmat
iii. Pembangunan Kemahiran
Latihan / Kursus Insaniah sosial
Dalam Perkhidmatan
iv. Perkembangan sosial &
kesukanan
1. Peringkat Luaran Kursus,
(PPD, JPN, Seminar,
Bengkel,
Kementerian dll) Latihan
In house training
2. Peringkat dalaman
(Sekolah)
Pendidikan Berterusan Diploma Sarjana Muda Sarjana Kedoktoran
Rajah 10.1: Pembinaan dan perekembangan profesionalisme keguruan
Merujuk kepada Rajah 1, pendidikan guru bermula pada peringkat pra perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang
mengikuti program pendidikan (sekolah menengah, sekolah rendah, pendidikan awal kanak-kanak dan
pendidikan khas) di IPT dan IPGM diwajibkan mengikuti kursus-kursus dari komponen ikhtisas, akademik
dan perkembangan diri. Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari kemudiannya dilaksanakan
sewaktu menjalani praktikum atau latihan mengajar. Pendidikan Guru merangkumi tiga komponen yang
termuat di dalam kurikulumnya:
i. Komponen Ikhtisas
Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan menerusi kursus-kursus asas
pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan kajian tindakan.
ii. Komponen Akademik
Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject matter). Skop dan isi kandungan
sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
iii. Komponen Perkembangan Diri
Membina kemahiran mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial .
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh
semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
169
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara
tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan, penambahan dan
pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan dalam perkhidmatan
(KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang sedang
berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan bermatlamatkan peningkatan
akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan guru. Contoh-contoh kursus KDP yang
ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2.
Jadual 10.1: Kursus Dalam Perkhidmatan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil Peringkat Program Tempoh Sasaran
Guru Terlatih
1 Program Khas Pensiswazahan 3 tahun Guru Terlatih
Guru (PKG)- kerjasama dengan Guru Terlatih
Peningkatan IPT dalam negara
Akademik Program Pensiswazahan Guru
Bahasa Antarabangsa Perancis, 1–3 tahun
Jerman, Jepun
2 Peningkatan Kemahiran Pengajaran dan Jangka Panjang
Profesionalisme Pembelajaran Kokurikulum dan Jangka
Teknologi Maklumat Pastoral Care Pendek
PENDIDIKAN GURU
Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990)
Tradisi akademik (atau ilmu)
Tradisi perkembangan
Tradisi kecekapan sosial
Tradisi „social reconstructionalist”
Pendidikan guru mestilah membolehkan mereka Memiliki pengetahuan teknikal
tertentu (Lasley, 1990):
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar.
Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.
Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989):
Orientasi kemahiran atau kecekapan.
Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal.
Sikap seseorang yang berorientasikan kemanusiaan.
170
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata untuk pendidikan
guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang
dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan
Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju
pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar.
ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan
Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan,
panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:
Guru Yang Berpekerti Mulia, Berpandangan Progresif Dan Saintifik, Bersedia
Menjunjung Aspirasi Negara Serta Menyanjung Warisan Kebudayaan Negara,
Menjamin Perkembangan Individu Dan Memelihara Suatu Masyarakat Yang Bersatu
Padu, Demokratik, Progresif Dan Berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982)
Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan
profesionalisme keguruan.
1. Berpekerti mulia
Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat)
melebih diri.
2. Berpandangan progresif dan saintifik
Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan
dan sentiasa memperkembangkan ilmunya
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara
Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.
4. Menyanjung warisan kebudayaan negara
Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan
kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.
5. Menjamin perkembangan individu
Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang
mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan
kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
171
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur
bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa
berinteraksi antara satu sama lain.
7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam
membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.
8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif
Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam
melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik.
Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar
menyiasat dan mereka cipta
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan
peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model Konsepstual Pendidikan Guru telah dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan
matlamat pendidikan negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru yang berteraskan kepada tiga
dimensi utama dan tiga komponen yang digarap secara seimbang dan bersepadu.
Rajah 10.2: Model Konseptual pendidikan guru Malaysia 172
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Dimensi Pendidikan Guru
i. Ketuhanan : Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada
ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang mulia di sisi agama.
ii. Kemasyarakatan: Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen
sosialisasi.
iii. Kendiri: Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu
serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
Komponen Pendidikan Guru
i. Ilmu/ Pengetahuan: Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan perkembang dan kepentingan
pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru
mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan.
Pengetahuan tentang pedagogi umum
Pengetahuan tentang kandungan subjek
Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek
Pengetahuan tentang kurikulum
Pengetahuan tentang pelajar
Pengetahuan tentang konteks pendidikan
Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan
ii. Kemahiran: Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai
kemahiran-kemahiran berikut:
Interpersonal
Intrapersonal
Komunikasi
Teknologi
Kemahiran Profesional
o Pengurusan masa
o Pengurusan kelas
iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.
“Because public school teacher are government employees and because
of their leadership roles with students, they are often expected by the
public at large and their school system superiors to conform to certain
codes of personal behavior that are not usually imposed upon other
adults.” (Myers & Myers, 1995)
173
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program
pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program
pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan potensi guru secara
seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual Pendidikan Guru
telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan diimplimentasikan.
STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina
upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan
adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal
budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat
menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu
membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.
Dalam abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan
dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di
pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah
agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi
dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan seperti petikan yang berikut:” ... as the most significant and costly resource in schools, teachers
are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in
large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high
quality, and that all students have access to high quality teaching.”(Organization for Economic Co-operation
and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti
dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di
sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan
latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi
latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.Bahagian Pendidikan Guru
174
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
(BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG
bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga
pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.
Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan
nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard
guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di
Malaysia.
Rasional Penggubalan SGM
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
1. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka
berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
2. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti
dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta
jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan
bermutu tinggi,
3. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat
dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan,
dan
4. Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian
Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.
Tujuan SGM
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan
guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan.
Penggubalan SGM
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
1. Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
2. Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
3. Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama
dengan pihak-pihak berkepentingan
Penggunaan SGM
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:
Guru
175
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard
ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
1. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard
ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
iii. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta
kursus (guru dalam perkhidmatan).
iv. Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap
pencapaian standard.
2. Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
iii. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.
3. Guru Besar dan Pengetua Sekolah
i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
ii. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh
guru.
4. Agensi Latihan Perguruan
i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan
perguruan.
ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.
iii. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.
KERANGKA STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama:
i. Komponen Asas Penentuan Standard & Keperluan.
ii. Komponen Standard (S) : Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
iii. Komponen Keperluan (K) : Pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan.
SGM dirangka berasaskan, Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru,
Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua
komponen yang terdapat di dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 3.
176
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
STANDARD S1: Amalan Nilai Profesionalisme
Keguruan
Asas
Penentuan S2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard & S3: Kemahiran Pengajaran &
Keperluan
Pembelajaran
KEPERLUAN
Misi Nasional Guru Modal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Unggul Insan
Falsafah Pendidikan Guru
Tatasusila Profesion Keguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran
K1: Kelayakan Masuk Program Latihan
Guru.
K2: Latihan Pentaksiran & Penilaian
K3: Kolaborasi
K4: Infrastruktur & infostruktur
K5: Jaminan Kualiti
Rajah 10.3: Komponen Standard Guru Malaysia
KOMPONEN 1: ASAS PENENTUAN STANDARD DAN KEPERLUAN
i. Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi
Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama,
menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan
produktif,
meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
177
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ii. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
iii. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
iv. Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru
di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar
seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak
mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak
zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya";
(i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab
terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
v. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam
prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan
apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap
hasil usaha organisasi.
SGM digubal berdasarkan rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan standard
pendidikan guru di beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu
Standard (S) dan Keperluan (K).
178
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
KOMPONEN 2: STANDARD (S)
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institutusi
Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah,
nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua
Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan,
amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-
nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif
dan inovatif.
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah
keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada
seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan
berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai
oleh guru adalah seperti yang berikut:
S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3: Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
179
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
S2.4: Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6: Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7: Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8: Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk
membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran
akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti
yang berikut:
S3.1: Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.
S3.2: Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.
S3.3: Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan
pencapaian murid.
S3.4: Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.
KOMPONEN 3: KEPERLUAN (K)
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar
kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan
semasa. Ia bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan
Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan
mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mematuhi syarat dan prosedur berikut:
K1.1: Mengiklankan permohonan
180
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
K1.2: Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki
ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan
penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:
K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman
di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang
sedang berkuatkuasa
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi
meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Bagi
menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan
sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi
keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta
kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang
berkuatkuasa.
K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
181
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.Perincian standard dan keperluan yang
digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan
menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Pemantauan,
penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin
kualiti latihan perguruan:
K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku
Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan
guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU
Kualiti Guru Profesional
Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang
profesional seperti berikut:
i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan:
Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya.
Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya,
berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif.
ii. Bermatlamat yang jelas:
Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting
dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara
yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan
terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain.
iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah:
Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat
dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah
yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria
dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya.
182
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
iv. Berkebolehan komunikasi yang baik:
Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang
halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang
diselangselikan dengan elemen “humor”. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana
pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung.
v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid:
Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai
potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan.
Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah
dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya).
vi. Berupaya memberi yang terbaik:
Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan
kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik
dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas
pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi
kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran.
vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam:
Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi
panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat
menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang
memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya
tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang
subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan.
viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan:
Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul
mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik dan boleh
dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu
dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan dibentangkan oleh
Dato‟ Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) untuk hayati dan diamalkan
oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatannya. Beliau menjelaskan
guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri
kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan „persekolahan berwatak‟ supaya
pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut merupakan
adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh negara-negara Islam dalam Muktamar
Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977, semua negara-negara Islam sedunia telah
183
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat di negara-
negara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu:
Tawadhu‟
Berakhlak
Insan berilmu („alim)
Memiliki taraf akademik yang baik
Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
Etika Profesionalisme Keguruan
Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan tentang teori nilai iaitu etika
dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah
dan batiniah. Perkataan etika berasal dari bahasa Yunani iaitu „ethos‟ yang bererti watak kesusilaan atau
adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya disamaertikan dengan moral dan akhlak. Perkataan
moral berasal dari bahasa Latin iaitu „mos‟ atau „mores‟ yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup
seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan). Manakala akhlak dari bahasa Arab
yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi
amalan (al-Ghazali). Maksud yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup
manusia. Ia berkaitan dengan tingkah laku, adat dan cara hidup; serta aspek-aspek niat dan
kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV
(2005) etika membawa maksud suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam
konteks Islam etika merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Ahmad Sarji (1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal pada tahun 1970-an yang
membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat
dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur
dan tidak melanggar etika ini.
Nilai-Nilai Utama Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
Guru sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang
dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai ini dapat
meningkatkan lagi profesionalisme guru.
Ikhlas Tekun Dedikasi Penyayang
Benar Bersyukur Bijaksana Bekerjasama
Amanah Taat setia Sederhana Berbudi mulia
Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang guru. Nilai
tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya memantapkan
kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.
184
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan, nilai serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat.
Etika Kerja Kementerian Perlajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip
berikut:
i. Niat yang betul
Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh agama dan
selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk menjalankan tugas adalah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
ii. Perlakuan yang baik
Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti
di samping membaiki imej kualiti. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan
tindakan yang terbaik sepanjang masa mestilah dijaga dengan baik.
iii. Berdisiplin dan beradab
Seorang guru mestilah menjaga adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid
sebagaimana yang dtuntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan
perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta
Pendidikan 1996, Akujanji, Pekeliling Ikhtisas, Sukatan Pelajaran.
iv. Penggerak ke arah kebaikan
Seorang guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya
saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini
berlaku secara berterusan.
v. Memperkota apa yang dikatakan
Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh
seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya.
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN
dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan
memberikan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.
Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia
Guru merupakan orang yang berada pada garisan hadapan pembangunan negara. Setiap inci pada tubuh
guru, gerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kepada murid-
muridnya. Pada pandangan murid-muridnya guru adalah orang yang sentiasa benar dan betul. Bagi
menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Profesion Keguruan telah digubal yang
mengandungi:
185
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang
akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
ii. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
iii. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
iv. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
v. Guru haruslah menumpukan perhatin terhadap keperluan setiap muridnya.
vi. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan.
vii. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid
ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
viii. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.
ix. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
x. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
xi. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya
darjat profesion perguruan.
xii. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara.
xiii. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
xiv. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibubapa terhadapnya.
xv. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada
muridnya.
xvi. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang
dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
xvii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
xviii. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
xix. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam
menjalankan tugas profesionalnya.
xx. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
186
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
xxi. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
xxii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang
gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui
pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh
pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi
cabaran untuk masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-
tingginya.
Rajah 10.4: Tatasusila profesion keguruan Malaysia
i. Tangungjawab Terhadap Murid
Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab terhadap murid.
Tanggungjawab ini termasuk:
• lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal lain.
• bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan dan agama.
187
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
• menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat member contoh yang
baik kepada murid.
• membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
• memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan,
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran
mencapai kualiti yang tinggi.
ii. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa
Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh itu guru hendaklah:
• menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
• berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang
keadaan rumah tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
• memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
• mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
• mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
iii. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan mengambil kira
keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru hendaklah:
• Elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.
• Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan
dan agama.
• Menghormati masyarakat setempat ditempat berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam kegiatan
kemasyarakatan.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
• Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan
masyarakat.
• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.
iv. Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan
Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam profesion yang sama.
Oleh itu hendaklah:
188
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat
sesuatu yang boleh maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang
guru.
• Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi
profesion keguruan.
• Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
• Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Kepentingan Kod Etika Profesion Keguruan
Kod Etika Keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri. Kod etika tersebut dapat dijadikan rujukan
dan panduan kepada setiap ahlinya.
i. Garis Panduan
Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan
pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak
boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk
tindakan dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat
menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi
amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya.
ii. Peranan dan Tanggungjawab
KEPK menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap stakeholders
dalam bidang pendidikan. Dengan ini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan
tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
iii. Keunikan
Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan, guru
dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa
hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
iv. Semakan
KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa ke
semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod etikanya dapat
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
v. Tingkatkan Imej
Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi.
Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban)
189
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mancapai matlamat
pendidikan negara.
vi. Nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi.
Akauntabiliti Keguruan.
Mengikut Kamus Dewan IV (2005), „akauntabiliti‟ bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Ahmad Sarji (2003) , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi
untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori akauntabiliti guru:
i. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi,
mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-
murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka
berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya
murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di
hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya
mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
ii. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah
,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini,
selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan
jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
190
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
iii. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah
Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri
pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah
bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana
harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah
sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di
tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru
juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar
dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan
atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah
mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
v. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka
guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses
pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan
guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar.
Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
191
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut
melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di
laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang
guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara.
Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab
terhadap amanah yang di berikan.
Tunggak Dua Belas Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Nikmat Mencipta Keutamaan Kesabaran
Menghargai Masa Kekuatan Sifat Baik Hati
Pengaruh Teladan Kebijaksanaan Berkhidmat
Menghargai Bakat Kemuliaan Kesederhanaan
Ketinggian Peribadi Kewjipan Menjalankan Tugas
Keseronokan Bekerja Ketekunan Membawa Kejayaan
Teras Perkhidmatan Cemerlang
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
RUMUSAN
FPG merupakan halatuju dalam pembinaan insan guru dari segi pemikiran dan amalan. Keperibadian guru
yng berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan.
Sehubungan itu pendidikan guru merupakan suatu proses penting dalam membentuk watak guru yang
bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru. FPG menjadi
teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion
keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan
keperluan untuk mencapai standard tersebut. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai
Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan
Pembelajaran. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadape etika professional, Ilmu dan kemahiran,
tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability), kepenggunaan ilmu dan
kemahiran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
192
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
11 AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN
PERATURAN PENDIDIKAN
PENDAHULUAN
Semakin maju sesebuah negara, semakin rencam rakyatnya dan semakin rumit aturan hidup
masyarakatnya. Untuk menjadikan kehidupan yang harmoni dan seimbang maka peraturan dalam sistem
kehidupan bekerja dibentuk oleh pihak kerajaan. Hal ini terkandung dalam dasar kerajaan dalam konteks
kawalan, disiplin dan etika. Guru sebagai penjawat awam juga tidak terkecuali apabila Akta Pendidikan dan
peraturan-peraturan pendidikaan dilaksanakan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) telah dibentuk untuk menjadi panduan kepada kaki tangan perkhidmatan awam dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru yang bertindak selaku pegawai
perkhidmatan awam mestilah memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (1993) dan
pindaan tahun 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 mestilah difahami dan dihayati bagi
mempastikan matlamat pendidikan negara tercapai. Semua garis penduan yang diadakan bertujuan
meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai dan tingkahlaku profesional
dalam masyarakat.
LATAR PEMBENTUKAN AKTA 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk membawa kepentingan
negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan pendidikan pada peringkat
dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu beberapa akta berkaitan dengan
pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Majlis Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti
dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996. Langkah mengimplementasi akta-akta demikian menunjukkan bahawa
sistem pendidikan negara semakin dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan lebih
eksplisit. Di samping itu, institusi pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu rangka
perundangan yang berbentuk kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi dengan kes seperti
pengawalan kurikulum, disiplin, kuasa guru dan kecuaian.
Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan
syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa
matlamat utama dasar pendidikan pada masa itu ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-
budaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di
mana akta tersebut digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang
sama, pertimbangan juga diberi kepada kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan.
193
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan dengan
berkesan.
Menjelang abad ke-21, era digital dan maklumat telah berkembang pesat dengan menyaksikan
bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran.
Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan seseorang
individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya Lebuhraya maklumat,
internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta
Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta
Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Ia telah digantikan
oleh Akta Pendidikan 1996 ( juga dikenali sebagai Akta 550). Matlamatnya ialah untuk membantu
mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru.
Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem
pendldikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan:
“….. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the
regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among
others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj education by including all
levels and types of education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and
special education. At the primary and secondary levels, public and private educational
institutions will be required to use thenational curriculum.”
Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya menitikberatkan
ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai
murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia
yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan
wawasan negara hanya dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada
peringkat sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun
(seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri
Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan
mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas
dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh
Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri
Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54),
membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak
mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan daripada
Parlimen.
Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah
diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa pembangunan
pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan
keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah
dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the education system of his own motion
as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum
sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitment yang tinggi.
Rundingan dan koordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat
194
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang lain adalah
tidak munasabah.
P = Peraturan.
Rajah 11.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Rumusan Akta Pendidikan 1996:
Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996.
Mendapat perkenan oleh Yang Dipertuan Agung.
Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550.
Akta 550 kemudiannya dikenali Akta Pendidikan 1996
Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.
Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.
Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju
Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatan-kuasa
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).
AKTA PENDIDIKAN DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN
Dasar Konseptual Akta Pendidikan
Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris adalah
mempunyai ciri-ciri jurisprudens berbentuk positivists. Latarbelakang ini telah menjadi asas pembentukan
dasar konseptual Akta Pendidikan. Tumpuan utama Akta Pendidikan ialah untuk membangunkan sistem
pendidikan awam di mana sebuah jabatan pendidikan dibentuk untuk mencapai matlamat itu (Ramsay dan
195
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Shorten, 1996). Perkernbangan pendidikan pada abad seterusnya mewujudkan satu sistem birokrasi yang
berpusat. Pada peringkat ini, Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan diberikan kuasa dan
kebebasan yang Iuas. Jurisprudens positivists abad ke sembilan belas sehingga pertengahan abad kedua
puluh) hanya memberikan perhatian yang sedikit kepada hak ibubapa atau kanak-kanak.
Perlantikan Pendidikan Dalam Sistem Pentadbiran Pendidikan
Di Bawah Akta Pelajaran 1961.
Di bawah Akta 1961, sistem pentadbiran pendidikan tradisonal telah dikelolakan dan dianggotai oleh
beberapa pegawai pelajaran utama contohnya Ketua Pegawai Pelajaran, Ketua Pendaftar Sekolah, Ketua
Pendaftar Guru dan Ketua Nazir Sekolah. Kuasa telah diberikan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong
untuk melantik pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Sistem Pentadbiran Pendidikan Negara.
Pemusatan kuasa ini dapat diperhatikan dalam seksyen 3 Akta 1961 yang mengatakan bahawa seorang
Ketua Pegawai Pelajaran akan dilantik oleh Yang di Pertuan Agong bagi setiap negeri atau mana-mana
tempat yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Peranan yang dimainkan oleh DYMM Yang di Pertuan
Agong pada masa itu adalah lebih signifikan memandangkan bahawa sistem perkhidmatan pelajaran pada
masa itu masih di peringkat yang muda. Faktor sejarah juga memainkan satu pengaruh sebab perlantikan
dalam perkhidmatan awam tradisonal adalah di bawah bidang kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong.
Peruntukan seksyen 4 (1) Akta 1961 juga memberikan kuasa kepada DYMM Yang di Pertuan
Agong untuk melantik seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Penolong Ketua Pendaftar Sekolah. Walau
bagaimanapun, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk melantik Pendaftar Sekolah bagi setiap negeri
apabila diperlukan. Kawalan Menteri dikatakan berbentuk administrative control sahaja. Di samping itu,
seksyen 5 Akta 1961 menegaskan bahawa DYMM Yang di Pertuan Agong diberikan kuasa untuk melantik
seorang Ketua Pendaftar Guru dan Penolong Ketua Pendaftar Guru. Di peringkat negeri, Menteri Pelajaran
boleh melantik seorang Pendaftar Guru [seksyen 6 (2)]. Kuasa untuk melantik seorang Ketua Nazir
Sekolah untuk seluruh Persekutuan tidak diperuntukkan kepada Menteri Pelajaran [seksyen 6 (1)]. Walau
bagaimanapun, beliau boleh melantik Nazir Sekolah apabila diperlukan [seksyen 6 (2)] dan Nazir Sekolah
Tempatan [seksyen 7 (1)]. Menurut seksyen 8 Akta Pelajaran 1961, Pengawal Peperiksaan dilantik oleh
DYMM Yang di Pertuan Agong. Kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong adalah luas dan ia merangkumi
pembentukan peraturan berkaitan dengan pihak berkuasa pendidikan tempatan (seksyen 111), gaji dan
skim tabung provident (seksyen 117), serta peraturan mengenai penerbitan, sindiket peperiksaan, bantuan,
dan yuran (seksyen 118).
Perubahan Dalam Sistem Perlantikan Dan Pentadbiran Pendidikan
Di Bawah Akta Pendidikan 1996
Penstrukturan semula sistem pendidikan negara telah membawa perubahan dalam sistem perundangan
yang berkait dengan pendidikan. Reformasi pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang
diberikan kepada Menteri Pendidikan. Struktur dan sistem pentabiran pendidikan telah berubah dengan
Akta Pendidikan 1996. Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa
aspek penting dalam sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Gelaran
baru yang diberikan kepada pentadbir pendidikan termasuk Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah
Pendidikan Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Pengarah Peperiksaan.
Struktur dan organisasi bam mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang berkualiti tinggi selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem
196
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara England dan Wales di rnana Akta
Pendidikan yang diperkenalkan oleh RA Butler pada tahun 1944 tidak lagi mengekalkan struktur tradisonal.
Perkembangan signifikan yang didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1993 di England dan Wales
ialah perubahan dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat dan tempatan. Pengurusan dan
pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih berbentuk kawalan berpusat di mana
Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha Negeri) bertanggungjawab melaksanakan
dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa ini, undang-undang pendidikan yang dibentukkan
telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di negara England dan Wales. Walau bagaimanapun,
kuasa itu hanya digunakan melalui bantuan yang diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh
dua agensi ialah Majlis Tabung Pendidikan Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan
Lanjutan 1992 dan lembaga tabung pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta Pendidikan
1993.
Pengaruh yang rapat di antara undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan kesedaran
mengenai kepentingan akauntabiliti dalam persediaan perkhidmatan pendidikan. Pendidikan sebagai satu
cara untuk menguasai ilmu dan kemahiran dianggap jentera signifikan mewujudkan masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Isu yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan
tanggungjawab yang lebih terhadap sistem pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih akauntabiliti?
Muir (1986) berpendapat bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh para pendidik, ibu bapa
dan pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan
telah tambah di bawah Akta Pendidikan 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan
kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pendidikan.
Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara United Kingdom di mana Setiausaha Negeri dilaporkan
telah memperolehi lebih daripada dua ratus jenis kuasa yang berbeza di bawah Akta Reforrnasi Pendidikan
1988. Dengan berbagai jenis kuasa yang diberikan, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pendidikan di
United Kingdom dalam mentadbirkan sistem pendidikan telah bertambah. Satu faktor yang menyebabkan
keadaan ini ialah akibat peningkatan dalam bilangan sekolah jenis grant maintained. Bidang kuasa
Setiausaha Negeri mengalami pertambahan lebih lagi apabila Akta Pendidikan 1993 untuk England dan
Wales dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak
tertentu sebab objektif Akta Pendidikan 1993 di negara England dan Wales adalah rnenuju ke arah
pemusatan kuasa.
Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa tersebut tertakluk kepada satu
syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan
pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang
kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua
Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta Pendidikn 1996. Beliau menasihat
Menteri Pelajaran mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1)
memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai
Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertindak
mengikut pertimbangan diri merupakan dua dari yang khusus. Ia adalah hampir sama dengan ciri yang
telah dilaporkan oleh Ramsay dan Shorten 1996:9) dalam kes Australian Teachers' Union menentang
Minister for Education of Victoria (1995) di mana kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/
specific enabling powers and ministerial discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka
hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan
oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di
197
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan
sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar
Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1).
Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang
Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sama dari
segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri
hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa
bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud
Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6.
Perlantikan Ketua Nazir Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan
tanggungjawab Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan
pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada
Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menyeluruh pelajar
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah
tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah
arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan
Selain daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan
arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang
dilantik di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk
kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta
Pendidikan 1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai,
kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang
dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pendidikan untuk
mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau
mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta
pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan
dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru
besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
198
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ASAS PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Rajah 11.2: Asas pembentukan Akta 1996
Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk
generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996
merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan
yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas
dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih
relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996)
ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil
mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996
memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran
pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu
juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan
bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.
Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan
sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
199
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Laporan Razak 1956
Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara utama yang diperkatakan ialah:
Aliran sekolah kebangsaan
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah
Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan.
Sistem pendidikan yang terdapat di dalam Penyata Razak (1956) ini kemudiannya telah
disesuaikan dan dimurnikan lagi oleh Abdul Rahman Talib dan laporan yang dihasilkan dikenali sebagai
Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.
Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib (1960) ialah:
Sekolah kebangsaan
Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Murid naik darjah secara otomatik
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di
sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan
Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat
tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina
tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah
amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-
laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib.
200
ZAINI ABDULLAH 2011