[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Rajah 6.13: Dokumen tentang kriteria kandungan pengajaran
TRANFORMASI SUKATAN PELAJARAN KEPADA
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
Minggu/ Tajuk/ Topik Hasil Pembelajaran/ Konsep Kemahiran Nilai
tarikh Objektif/ Huraian
Kandungan
1
42
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Langkah & Isi Pelajaran/ Aktiviti Pengajaran & Catatan
Masa Kandungan (Nilai/ ABM/
Pembelajaran
Set induksi KBKK)
Langkah 1 Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 2 101
Langkah 3
Penilaian
Penutup
Refleksi
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kandungan Kaedah Penilaian
Kandungan:
Pembelajaran masteri Formatif
Fakta Pembelajaran inkuiri Sumatif
Pembelajaran discovery Berasaskan sekolah
Konsep Pelbagai kecerdasan Autentik
Pembelajaran koperatif Holistic
Generalisasi: Pembelajaran induktif
i. Prinsip Pembelajaran deduktif
ii. Teori Pembelajaran kontekstual
iii. Hukum Dan sebagainya
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN (JSU)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah dapat menyampaikan pengetahuan kandungan
dalam keadaan yang paling mudah untuk difahami oleh pelajar. Kandungan mata pelajaran telah direka
bentuk secara khusus dengan menggabungkan elemen urutan, kesinambungan, skop, imbangan dan
kesepaduan. Oleh itu sebagai guru yang profesional, kepekaan terhadap fakta, konsep, prinsip, teori dan
generalisasi sangat membantu dalam merangka perancangan pengajaran yang hendak dilaksanakan.
Jadual 6.1: Contoh Jadual Spesifikasi Kandungan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal Tingkatan 4
Topik Fakta Konsep Prinsip Teori Generalisasi
Tarikan
Geografi Gerakan jisim Gerakan jisim, • Semakin curam Graviti • Kejadian tanah
Fizikal: berlaku kecuraman cerun maka runtuh kerana cerun
Gerakan kerana cerun, agen semakin cepat yang semakin
Jisim permukaan hakisan, graviti kadar gerakan curam.
yang curan jisim.
dan terdedah • Gerakan jisim
kepada agen • Semakin curam dipesatkan dengan
hakisan cerun maka terdedahnya tanah
semakin tinggi kepada agen
tarikan graviti. hakisan seperti
hujan.
• Air adalah agen
pelincir dan
melonggarkan
struktur tanah.
102
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN KANDUNGAN PELAJARAN
KURIKULUM
KEBANGSAAN
Sukatan Dokumen tentang suatu penyataan Mengandungi FPK, matlamat,
Pelajaran mengenai perkara yang mesti diajar objektif dan skop sesuatu mata
kepada murid di sekolah sepanjang pelajaran
(SP) tahun persekolahan.
Mengandungi FPK, matlamat,
Huraian Dokumen perincian kepadan SP objektif mata pelajaran mengikut
Sukatan mengikut unit-unit kecil mata tahap persekolahan, organisasi
Pelajaran pelajaran yang perlu dimuatkan kandungan, kemahiran, nilai dan
(HSP) untuk proses pengajaran dan sebagainya.
pembelajaran mengikut tahap
persekolahan.
Sukatan Pelajaran (SP) yang digunakan mesti diluluskan oleh Menteri Pelajaran.
MENTERJEMAHKAN KURIKULUM KEPADA UNIT-UNIT PENGAJARAN
MATA PELAJARAN
Unit 1 Unit 2
Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3
PP PPP PPPP
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Rajah 6.14: Penterjemahan kurikulum kepada unit-unit pengajaran
103
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan Pengajaran Tahunan &
Harian
KURIKULUM Sukatan Pelajaran
(Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah
Huraian Sukatan
Menengah, Pendidikan Khas) Pelajaran
Mata Pelajaran Rancangan Pengajaran
Tahunan
Unit 1 Unit 2
Rancangan Pengajaran
Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 Harian
PPPPPPPPP
Hasil Pembelajaran: Senarai pernyataan pencapaian secara hirarki tentang
pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu dikuasai oleh pelajar mengikut
aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima pengajaran.
Rajah 6.15: Proses penterjemahan kurikulum mengikut unit dan hasil pembelajaran
APAKAH HUBUNGKAIT ANTARA PENULISAN RPH DENGAN PEMBELAJARAN
MURID?
Murid tidak rasa bosan.
Murid rasa seronok belajar.
Murid dapat dipantau prestasinya.
Murid dapat pengetahuan yang maksima.
Murid belajar dalam keadaan yang berfokus.
Murid dapat dikenalpasti kekuatan dan kelemahan.
Murid dapat mempelbagaikan proses pembelajaran.
Murid yang cerdas diberi peluang untuk memperkayakan pengetahuan.
Murid yang lemah diberi peluang untuk menjalani proses pemulihan semula.
104
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
KEPENTINGAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN
Rajah 6.16: Kepentingan penyediaan rancangan pengajaran
KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA TERANCANG
Rajah 6.17 menunjukkan bagaimana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan
melihat perhubungan peratusan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
Pengajaran & Pengajaran secara terancang dapat memaksimumkan keupayaan murid
untuk beroleh pengetahuan. Lebih dari 95 peratus maklumat atau
Pembelajaran pengetahuan yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami
oleh murid
i. Ideal
Pembelajaran Pengajaran
Walaupun pengajaran guru telah dirancang, namunmanfaat
sepenuhnya tidak dapat diserap oleh pelajar. Hanya 75 peratus
ilmu yang disampaikan oleh guru dikuasai atau difahami oleh
murid. Guru perlu meneliti semua rancangan pengajaran yang
telah dibuat untuk proses penambahbaikan. 105
ZAINI ABDUiLi.LABHai2k011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Pengajaran Pembelajaran Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus
iii. Kurang Baik daripada maklumat / pengetahuan yang disampaikan oleh
guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu
mengubahsuai kaedah, strategi dan teknik pengajaran
agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dipertingkatkan pada sesi berikutnya.
Pengajaran Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dalam keadaan tidak bermatlamat. Proses
iv. Tidak Berkesan pengajaran guru perlu diubah dari aspek
kaedah, strategi dan tekniknya mengikut
kesesuaian tahap pembelajaran murid. Proses
pembelajaran murid perlu diberi perhatian dan
dirancang dengan teliti.
Rajah 6.17: Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
RUMUSAN
Falsafah pendidikan dan kurikulum merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan. Kurikulum
bertindak sebagai satu jambatan menghubungkan falsafah pendidikan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks pendidikan berpusat seperti di Malaysia, guru-guru tidak berkeupayaan
untuk mengolah sendiri apakah yang hendak diajar kepada murid-murid. Kurikulum kebangsaan dibentuk
pada peringkat Kementerian Pelajaran. Kurikulum tersebut membentuk „body of knowledge‟ dan
dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi yang meliputi Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran
dan buku teks/ modul pengajaran sebagai panduan dan bantuan kepada guru-guru melaksanakannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kandungan kurikulum boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pengetahuan deklaratif dan prosedural. Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi
fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan
(JSU). Manakala pengetahuan prosedural berkait dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan
kurikulum yang terdapat di dalam SP & HSP perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada Rancangan
Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu mahir dalam proses ini bagi menjamin pendidikan yang berkesan.
106
ZAINI ABDULLAH 2011
7 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Antara perkara yang paling penting perlu ada bagi pendidikan di sesebuah negara ialah dasar pendidikan
itu sendiri. Dasar bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan
penting dalam pelaksanaanya. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaan pendidikan
tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Dasar bagi
sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Falsafah
pendidikan inilah yang menjadi teras kepada pendidikan. Falsafah pendidikan di sesebuah negara
ditetapkan untuk menjadi rujukan dan amalan yang mengandungi matlamat, proses dan bentuk pendidikan
yang hendak ditanamkan dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tersebut dalam skop yang
dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Falsafah pendidikan dan dasar pendidikan di sesebuah
negara membentuk satu rangkaian penting ke arah melahirkan individu dan warganegara yang dapat
memenuhi aspirasi negara. Mehlinger (1995) di dalam bukunya School reform in the information age telah
menjelaskan bahawa ketiadaan falsafah dan dasar dalam perkembangan pendidikan boleh menimbulkan
masalah. Masalah tersebut berkaitan dengan dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan
pembaharuan pendidikan. Kesukaran pendidikan guru berkaitan dengan pembentukan profesionalisme
keguruan. Manakala kesukaran pembaharuan pendidikan lebih bersifat holistik kerana kesukaran ini
melibatkan isu-isu dalam sistem pendidikan, kurikulum, penilaian dan perancangan kemajuan pendidikan
dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah, dasar dan
sistem, walaupun bertindan tindih antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu
tahap kepada tahap berikutnya tetapi mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu.
Urutan bermula dengan falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah
merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segi serta melihat
gambaran besar yang menyentuh persoalan itu. Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar
merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub
maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut.
APA DASAR PENDIDIKAN?
Dasar secara umumnya merupakan perkara yang menjadi asas atau perkara penting yang dituntut untuk
dilaksanakan. Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk
pengukuhan sesuatu perkara (Kamus Dewan IV, 2005). Dalam bahasa Inggeris dasar samalah dengan
policy. Dari segi etimologi, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam
bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie
digunakan dalam Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.
107
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Colebatch (2002) menyatakan dasar ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem dan
konsistensi. Dasar juga dikaitkan dengan keperihatinan terhadap sesuatu dengan memberi fokus bermula
dari proses bagaimana ia dilaksanakan sehinggalah kepada kepada hasil yang diperolehi. Bridgeman &
Davis dalam Colebatch (2002) menyatakan bahawa dasar ialah langkah-langkah logik ke arah kejayaan
seperti memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, implimentasi dan membuat penilaian
keseluruhan.
Dalam konteks pendidikan pula, Trowler (2003) menyatakan dasar pendidikan sebagai suatu
prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti
dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Definisi tersebut turut di gunakan oleh
Abdullah Sani (2003) apabila menyatakan dasar pendidikan sebagai sutu garis panduan untuk mencapai
hasrat pendidikan yang dimatlamatkan. Berdasarkan kepada kenyataan Abdullah Sani (2003) dan Paul
(2003), dapat disimpulkan bahawa dasar pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang
berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Dengan itu dasar pendidikan merupakan suatu yang penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di
sesebuah negara.
APAKAH TUJUAN SESUATU DASAR PENDIDIKAN DIBUAT?
Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk
untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya secara tersusun dan harmonis. Dalam konteks pendidikan,
Sufean Hussin (2002) telah mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu
kawalan, solusi atau penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.
1. Dasar Kawalan Dalam Pendidikan
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang
mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk
pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini
adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan
mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik)
dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur.
Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah akta, peraturan. Undang-undang, disiplin, kod etika dan
tatatertib:
2. Dasar Solusi Dalam Pendidikan
Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi
tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi
masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat
tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Pendidikan merupakan proses yang melibatkan interaksi di
antara sesama manusia, manusia dengan persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku
tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan.
Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi
sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya
juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan
dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah:
108
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Dasar Penjelasan Tujuan
60% Sains 40% Sastera
Menyelesaikanmasalah tenaga kerja mahir dalam sains dan teknologi untuk
1 Pelajar 1 Sukan memacu pembangunan negara.
Menyelesaikan masalah obesiti, menanamkan minat bersukan dan
PPSMI meningkatkan mutu sukan negara.
MBMMBI
Integrasi Nasional Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Keciciran Sifar
Sekolah Selamat Memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris.
Membentuk perpaduan.
Pendidikan untuk semua.
Mempastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah.
3. Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan
Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi
kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah
mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat
mengubah status individu dan struktur sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pendidikan, dasar ini
berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu
Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang
melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan
edaran pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan
peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan.
Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah:
Dasar Penjelasan Tujuan
Pendidikan percuma Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban
kewangan rakyat.
Pinjaman Buku Teks Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban
kewangan rakyat.
Bantuan Pendidikan (RMT, Tingkatkan peluang pendidikan untuk semua.
Skim Susu, derma)
Dasar Bantuan Kewangan Tingkatkan peluang meneruskan pelajaran.
(Biasiswa, PTPN, KWAMP,
zakat) Melindungi pelajar jika berlaku kemalangan.
Perlindungan Pelajar (Skim
Insurance Pelajar) Pendemokrasian pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan
Pembangunan Pendidikan
Luar Bandar
4. Dasar Inovasi Dalam pendidikan
Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea,
bahan dan kaedah. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa pendidikan kepada
keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari
semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasar-dasar jenis ini dalam
pendidikan ialah:
109
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Dasar Inovasi Penjelasan Tujuan
Pemerkasaan Sekolah
Pembestarian Pendidikan Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan Sekolah
Pembangunan Modal Insan Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi
Pendidikan Berterusan Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah, kurikulum,
kaedah, bahan dan pentaksiran.
Membangunkan potensi pelajar menerusi Sekolah Sukan (Bukit Jalil &
Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan
sekolah projek.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme.
DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA
1. Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sifat dan perwatakan yang mempunyai kesopanan
dan kesantunan yang tinggi, berbahasa yang halus dan berkeperibadian yang yang mulia. Bagaimanakah
masyarakat Melayu dapat mengekalkan nilai-nilai tersebut? Masyarakat Melayu tradisional sentiasa
berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam dan amalan adat. Ingatkah anda dengan pepatah
Melayu "Agama dijunjung, adat dikelek" dan "Biar mati anak jangan mati adat"? Apakah yang anda faham
tentang kedua-dua pepatah tersebut? Kerana itulah Malaysia mahu maju dengan acuan sendiri. Acuan
dengan ciri-ciri budaya timur yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pendidikan secara informal
betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun,
gurindam, seloka, syair dan mantera), tenunan & cetakan fabrik (menerusi batik), pertukangan dan ukiran
(perahu, rumah dan senjata), pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istana, wau, sepak
raga, congkak dan gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Pendidikan jenis ini telah
membentuk jati diri masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesantunan, kerajinan, kreatif, tegas dan
taat.
2. Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 – 1800)
Sikap dan sifat yang ada pada masyarakat Melayu tradisional telah membawa padah ibarat ayam terlepas,
tangan berbau tahi. Apabila Melaka jatuh kepada kuasa penjajah Portugis pada 1511, kuasa politik,
ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin lenyap. Masyarakat Melayu hilang warisan kerajaan
beraja di Melaka. Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan
antarabangsa yang hebat. Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan
kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian. Dasar peminggiran pendidikan tersebut berterusan
semasa pemerintahan Belanda. Sikap tidak ambil peduli oleh penjajah menyebabkan pendidikan menjadi
beku. Pihak penjajah lebih memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama Kristian.
3. Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 – 1957)
Ibarat baling batu sembunyi tangan. Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu,
Inggeris telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris telah mengambil kesempatan di atas
sifat dan sikap yang ada pada masyarakat Melayu. Inggeris telah menstrukturkan semula penduduk Tanah
Melayu dan masyarakat Melayu. Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan
Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Masyarakat dan ekonomi disusunaturkan
110
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti
bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombongan untuk
mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong. Manakala msyarakat India diletakkan di
kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi.
Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan
ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum,
ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah
menerusi dasar polarisasi pendidikan. Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan,
murid-murid diasingkan mengikut kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari
segi struktur hirarki sosial, penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar
Melayu dengan pembinaan sekolah khas iaitu MCKK untuk anak-anak mereka tetapi mengasingkan
golongan masyarakat Melayu bawahan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat
dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun Tanah Melayu
pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 – 1945, namun kuasa Jepun hanya memberi tumpuan
dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun. Inggeris
meneruskan dasar apabila kembali memerintah Tanah Melayu dari 1945 hinggalah mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
4. Dasar Reformasi Pendidikan (1957 – 1979)
Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga. Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang
cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata Razak 1956 menjadi batu asas kepada sistem pendidikan
berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. Pendidikan
peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke arah kebangsaan. Bahasa Melayu diangkat sebagai
bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan. Reformasi
pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib 1960 dan pembentukan Akta Pelajaran 1961.
Malaysia sudah ada garis panduan untuk mengembangkan pendidikan kebangsaannya. Pemurnian
pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala tuju pendidikan,
dasar-dasar dan sistem pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila penyusunan dan
penstrukturan semula pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya bangsa Malaysia yang
hebat meskipun lahir dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman yang terpencil.
5. Dasar Inovatif Pendidikan (1980 – 1990)
Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia memacu hebat sektor pendidikan dalam dekad 1980-an sehinggalah
dekad 1990an. Aplikasi perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan meliputi, idea,
kaedah dan bahan. Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan
yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang seimbang bersifat menyeluruh
dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982 dan enam tahun berikutnya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kemudiannya
didokumentasikan pada tahun 1988 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan
negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
6. Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 – 2000)
Dekad ini menyaksikan pendidikan di Malaysia dicorakkan mengikut tuntutan semasa menerusi
penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 dan penggubalan Akta Pendidikan 1996. Dasar liberalisasi
111
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil
dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil). Begitu juga
penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian
ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi tempatan. IPT (awam)
tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada peringkat sekolah, penubuhan
sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.
7. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 – 2020)
Alaf baru menyaksikan dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan diperluaskan pada peringkat
antarabangsa bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah
2020. Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia.
Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam bererapa kategori seperti sekolah bestari, sekolah kluster dan
sekolah berprestasi tinggi. Begitu juga dengan IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan
pada peringkat dunia.
DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku mengikut apa yang telah dirancangkan terlebih dahulu
berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan. Perkara tersebut dapat dipastikan menerusi
Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Dasar-dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia mengikut era.
ERA CIRI & NILAI PENDIDIKAN DASAR & HALA TUJU
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN Masyarakat berstruktur Pendidikan informal: agama
ERA - Raja Islam, adab & adat, Tiada dasar yang jelas.
- Pembesar ekonomi, sosial dan politik.
MASYARAKAT - Rakyat jelata Mengekalkan &
MELAYU - Pendatang Institusi: istana, masjid, pengukuhan hirarki status
TRADISI surau, rumah. kuo
Ketuanan, pertuanan,
hamba, daulat, tulah Hirarki pendidikan keharmonian sistem &
mengikut: kelas sosial. fungsi dalam masyarakat
Kaum dan gender
Kemasyarakatan &
kekitaan
Bakti kepada tanah/ alam
Cinta & bekorban untuk
tanah air
Pengekalan budaya &
warisan
112
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENDIDIKAN Masyarakat berstruktur: Penjajahan Portugis & Menitikberatkan kepada
ERA kehendak & nilai penjajah
i. Elit Belanda: pendidikan statik
PENJAJAHAN ii. Bangsawan kerana dasar tidak ambil Dasar pecah & perintah
(1511 – 1957) iii. Rakyat pertengahan peduli. Pengekalan budaya &
iv. Rakyat bawahan
PENDIDIKAN Penjajahan Inggeris: warisan berdasarkan kaum
ERA Masyarakat majmuk Dasar dualisme dalam
i. Pend. formal: vernacular
1950-AN ii. Sekolah diinstitusikan: sistem pendidikan.
Budaya superior penjajah sekolah mubaligh, Dasar-dasar pendidikan
PENDIDIKAN Amalan pecah & perintah Melayu, Agama Islam,
ERA Pembaratan & kristianisasi. Cina, Tamil. lain:
Kebangkitan patriotisme i. Isolasi
1960-AN iii. Pend. informal: agama ii. Polarisasi
Islam, adab & adat, iii. Liberalisasi
ekonomi, sosial iv. Indoktrinasi
iv. Dualisme pend. v. Ideologi
mengikut etnik, gender,
ekonomi, agama, Dasar sekolah vernakular.
Dasar penyeragaman
keturunan.
peraturan pentadbiran
Penjajahan Jepun: sekolah.
Pembekuan pendidikan. Dasar pelbagai bahasa.
Pendidikan alat kawalan Dasar satu kurikulum
bercorak Malaysia.
ideologi & indoktrinasi Dasar pendidikan wajib
percuma 9 tahun/ kenaikan
Masyarakat majmuk Pend. formal: vernacular darjah automatik.
Dasar pendidikan dewasa/
Perpaduan & kesefahaman Institusi: sekolah mubaligh, lanjutan.
kaum Melayu, Agama Islam, Cina, Dasar pembangunan
Tamil. pendidikan tinggi dan teknik.
Kompromi antara kaum:
i. Kewarganegaraan Pend. informal: agama Dasar pendidikan percuma.
ii. Kedudukan Raja Islam, adab & adat, Dasar kenaikan darjah
Melayu ekonomi.
iii. Kedudukan agama automatik.
Islam. Kurikulum kebangsaan Dasar biasiswa dan
Bahasa pengantar: Melayu
iv. Kedudukan Bahasa kemajuan kerjaya.
Melayu. & Inggeris Dasar Bahasa Kebangsaan.
Kurikulum akademik & Dasar Kurikulum
vokasional. Kebangsaan.
Dasar pembelajaran sivik.
Dualisme pend. mengikut Dasar ekuiti/ kuota dalam
etnik, gender, ekonomi,
agama, keturunan.
Berorientasi membasmi Kemudahan pembelajaran.
buta huruf.
Membuka sekolah aneka
Membentuk perpaduan.
jurusan (akademik &
vokasional)
Bahasa kebangsaan
Peningkatan taraf hidup. Sekolah kebangsaan.
Peluang dan kebebasan. Kurikulum kebangsaan.
Penyertaan demokrasi. Bahasa Melayu sebagai
pengantar.
Akta Pelajaran 1961
113
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENDIDIKAN Literasi. Perluasan sekolah rendah. pendidikan tinggi
ERA Perpaduan. Sekolah menengah bercorak Dasar pendidikan tinggi
Patriotik.
1970-AN Sumber manusia akademik & vokasional. untuk mobiliti sosioekonomi.
Masyarakat maju. Sekolah kebangsaan.
PENDIDIKAN Membangun negara. Pengukuhan bahasa Dasar membasmi keciciran.
ERA
Perpaduan. kebangsaan. Dasar biasiswa & bantuan
1980-AN Tenaga mahir. kewangan.
Pendemokrasian. Perluasan sekolah rendah,
PENDIDIKAN Masyarakat maju & menengah, IPT Dasar sekolah asrama.
ERA
bermoral. Kukuh sekolah kebangsaan. Dasar buku teks percuma.
1990-AN Pendidikan kemahiran Pengukuhan bahasa Dasar bantuan pemakanan.
1983: Kurikulum kebangsaan. Dasar ekuiti dan
Bersepadu Sekolah Kukuhkan kurikulum perkembangan pendidikan.
Rendah (KBSR)
kebangsaan Dasar pembangunan
1988: Kurikulum pendidikan teknik &
Bersepadu Sekolah Perluasan sekolah rendah, vokasional.
Menengah (KBSM) menengah, IPT
Dasar Bersih, Cekap dan
1988: Falsafah Pendidikan Kukuh sekolah kebangsaan. Amanah.
Negara (FPN) Pengukuhan bahasa
didokumenkan Dasar Pandang ke Timur:
kebangsaan. perkembangan pendidikan
Wawasan 2020 Kukuhkan kurikulum teknik dan profesional.
Wawasan Pendidikan
digubal dengan 9 cabaran kebangsaan (KBSR & Dasar penggunaan
yang perlu ditangani. KBSM) komputer.
Falsafah Pendidikan
Akta Pendidikan 1996. Negara. Dasar kurikulum asas dan
Pemurnian FPN Kawalan pendidikan individu seimbang.
Perluasan pra sekolah,
Falsafah Pendidikan sekolah rendah, menengah, Dasar pemindahan
Kebangsaan (FPK). IPT teknologi.
Sekolah khas/projek Kukuh sekolah kebangsaan.
Pendidikan berterusan. Pengukuhan bahasa Dasar latihan perindustrian
Penswastaan pendidikan kebangsaan. dan pemindahan teknologi.
Globalisasi/ Kukuhkan kurikulum
pengantarabangsaan kebangsaan Dasar multimedia /
Sains & Teknologi Pembestarian sekolah pengkomputeran di sekolah.
ICT dalam pendidikan
Dasar pendidikan
berasaskan komuniti.
Dasar kurikulum seimbang.
Dasar reformasi
pentadbiran pendidikan.
Dasar sekolah cemerlang.
Dasar sekolah wawasan.
Dasar sekolah bestari.
Dasar sijil terbuka.
Dasar pendidikan bertaraf
dunia
Dasar francais dan
pengkoperatan pendidikan
tinggi.
114
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PENDIDIKAN Industrialisasi Perluasan pendiidkan awal Dasar PPSMI.
ABAD 21 kanak-kanak, pra sekolah,
Membina masyarakat sekolah rendah, menengah, Dasar sekolah cemerlang
Glokal (Global + Local). IPT (kluster & berprestasi
tinggi).
Pengantarabangsaan Kukuh sekolah kebangsaan.
pendidikan bertaraf dunia. Dasar 1Murid 1Sukan.
Pengukuhan bahasa
Globalisasi & persaingan kebangsaan & bahasa Dasar Yuran Percuma.
sejagat. kedua
Dasar pentaksiran holistik
Minda kelas pertama. Kukuhkan kurikulum
PIPP (2006 -2010) kebangsaan (KSSR) Dasar
pengantarabangsaan
Dasar PPSMI Pendidikan kelas pertama. pendidikan
Patriotisme +
Hab pendidikan dunia. Dasar MBMMBI
Kewargenagaan
Sekolah kluster
Sekolah berprestasi tinggi
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Menjelang kemerdekaan, para pemimpin negara melihat pentingnya mempunyai satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi memenuhi matlamat negara dan seterusnya bagi menggantikan sistem pendidikan
tinggalan penjajah. Berdasarkan kepentingan inilah maka terbentuknya Dasar Pendidikan (Pelajaran)
Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, Laporan
Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Di dalam Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Negara
didokumenkan menerusi pernyataan objektifnya iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan
berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya
sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga
rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya,
objektif-objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya
ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis telah memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu
dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting
pendidikan kebangsaan.
115
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
STRATEGI MENJAYAKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi
telah dirancang dan disusun.
1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama
Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat
pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan
menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang
antara lain menyatakan:
“Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di
bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada
subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996)
Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah.
2. Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama
Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap
pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan
penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan
yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini
telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996):
“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua
sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”
Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar
dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan bahasa Malaysia juga sama dengan
apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan bahasa
Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.
3. Melicinkan Tatacara Pengurusan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan
beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan
tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu
pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11,
Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.
4. Mendemokrasikan Pendidikan
memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini
dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini
adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan
mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program
116
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.
5. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan (KBSR & KBSM)
Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam laporannya (1979)
telah mendapati antara lain bahawa kurikulum itu digubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan
terdapat sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang terkandung di dalamnya (Perenggan 194).
Oleh itu, berdasarkan rasional tersebut, jawatankuasa kabinet memperakukan bahawa:
“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak
pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira” (Laporan Kabinet, Perakuan 2a).
Oleh yang demikian, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989. KBSR dibentuk berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan
peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Justeru, matlamat pendidikan adalah
untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1980).
6. Memperluaskan Pendidikan Vokasional Dan Teknik
Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut
mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik dan
vokasional ini dapat dilihat melalui penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik
di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil
termasuklah; menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan
tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pada tahun 2011 pendidikan teknik
dan vokasional mengalami perubahan dan dipertingkatkan sejajar dengan kepentingannya untuk
melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. Mulai 2012, pendidikan vokasional mula
diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan mulai 2014 sekolah teknik dinaik taraf berstatus kolej.
7. Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi
Bagi memastikan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran, kerajaan telah mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut,
antaranya;
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 – membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk
menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi;
Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 – menyediakan peruntukan pinjaman
pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi;
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 – memperluas autonomi dalam pengurusan dan
kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam
pendidikan;
117
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti
tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta;
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti;
dan
Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 – membenarkan pinjaman
kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
8. Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin
Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis dan kategori.
Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang
beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam
pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan
dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
9. Pengajaran Bahasa Ibunda
Matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan
masyarakat sendiri. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat di
negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat majmuk
Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran bahasa Cina,
bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah. Langkah ini
diambil supaya setiap masyarakat di negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan
dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan:
“….pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih dan jika
munasabah dan praktik.” (Akta Pendidikan 1996)”
10. Penekanan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga
menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu,
KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek
yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru.
Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-
2010) KPM.
11. Menggalakkan Aktiviti Ko-Kurikulum
Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah
baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan
pakaian seragam seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Selain itu, aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada
RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006
(Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke
institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005).
118
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas
untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu
padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju.
Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses
mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi
dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini
disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar
yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan.
DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011
berikutan memansuhan dasar PPSMI secara beransur-ansur mulai 2011 dan berakhir sepenunya pada
2014 adalah bertujuan untuk melahirkan generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin mengguna bahasa
Malaysia dan Inggeris. Dasar ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama
dan bahasa ilmu. Peningkatan bahasa Inggeris juga diberi penekanan agar murid-murid berupaya bersaing
dan meneroka ilmu pada peringkat nasional dan global. Hal ini kerana kedua-dua bahasa terbabit adalah
penting dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri di samping berpengetahuan,
berkemahiran tinggi untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.
Pada peringkat peralihan, sekolah boleh menggunakan dwibahasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Perkara ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan peralihan dasar berkenaan. Pengenalan dasar MBMMBI mempunyai tujuan
yang jelas:
Penerokaan ilmu.
Pengisiannya dalam bidang kerjaya.
Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi.
Melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan penggunaan bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam perbualan.
Kefasihan dan keyakinan penggunaan bahasa Malaysia dapat dipupuk melalui bahasa pengantar
utama dalam pendidikan. Pengukuhan bahasa ini pada peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaannya dalam bidang lain,
termasuklah undang-undang, penyiaran dan pelbagai sector lain. Usaha meletakkan bahasa Malaysia
pada tempat yang sewajarnya dapat dilaksanakan menerusi amalan pendidikan di sekolah. Langkah yang
paling penting ialah penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata
pelajaran. Menerusi penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu generasi
baru bersaing di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat.
Pembudayaan bahasa Malaysia dan penguasaan bahasa Inggeris yang bermula pada peringkat
sekolah juga menjurus kepada mencapai matlamat membentuk perpaduan kebangsaan untuk membangun
ekonomi Negara sebagai satu kuasa baru dalam dunia global yang dinamik dan mencabar. Malah dasar
MBMMBI diyakini mampu membentuk generasi 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif,
saintifik dan mempunyai minda kelas pertama yang kritis, kreatif dan inovatif. Sejajar dengan itu, beberapa
strategi bagi memperkuatkan dasar MBMMBI telah dirangka dan dilaksanaan.
119
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Transformasi Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum berasaskan standard diperkenalkan bermula pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di tahun 1. Mulai 2012, kurikulum standard
akan dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah. Bagi mempastikan kejayaannya maka beberapa
pendekatan dikenalpasti.
a) Aktiviti kokurikulum: Melibatkan semua peringkat, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui
aktiviti bahasa seperti choral speaking, spelling Bee, storytelling, debat, pidato, syarahan,
deklamasi sajak, drama dan sebagainya. Bertujuan member peluang kepada murid-murid
menonjolkan minat dan bakat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan pada peringkat yang
lebih tinggi.
(b) Program bahasa seperti Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) dan program Tiga-M (PROTIM) untuk menangani masalah murid seolah rendah
pada tahap 2 yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira).
(c) Memperkukuh budaya membaca seperti pelaksanaan:
Program Bacaan Awal Berstruktur Untuk Murid Tahun 1.
Program Bacaan Ekstensif (Tahun 3)
Program Bacaan Sastera Kontemporari (Tahap 2)
Program Bacaan NILAM (Nilai Ilmu Amalan Membaca)
(d) Penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris iaitu tambahan 30 minit bagi bahasa Malaysia untuk Tahap 1 (menjadikan
keseluruhannya 300 minit) dan 90 minit untuk Tahap 2 (keseluruhannya 270 mint) bagi sekolah
jenis kebangsaan (SKJ C/T). Untuk bahasa Inggeris, penambahan 90 minit (menjadikan
keseluruhannya 300 minit) di sekolah kebangsaan dan 150 untuk sekolah jenis kebangsaan.
ii. Peningkatan Kapasiti Guru
Kualiti guru menjadi elemen penting dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI. Kementerian pelajaran
memberi tumpuan terhadap:
(a) Menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen Standard (S) dan
Keperluan (K) sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara.
(b) Meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru opsyen bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
berkualiti. Guru yang berkelayakan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian pada
peringkat sarjana dan kedoktoran.
(c) Menaiktaraf Maktab/Institut Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk
dijadikan pusat kecemerlangan bahasa dalam latihan dan kursus pra perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan.
(d) Melaksanakan program penutur jati dengan melantik 360 penutur jati dari luar Negara sebagai
mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai training fellows di Pusat
Kecemerlangan Bahasa Inggeris.
120
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
APAKAH ELEMEN DAN PETUNJUK TERHADAP PEMBUATAN DASAR?
Terdapat lima fasa dalam pembuatan dasar yang meliputi penentuan agenda, peramalan & pencarian
alternatif, perancangan dasar, pelaksanaan dasar dan pentaksiran. Fasa yang telah lengkap diikuti dengan
tindakan yang meliputi analisis, kenalpasti masalah, penerimaan, operasi program dan penilaian. Bagi
melaksanakan tindakan maka, ciri-ciri keberkesanan tindakan perlu diberi perhatian. Rajah 7.1
menunjukkan perkaitan elemen dan petunjuk terhadap pembuatan dasar-dasar pendidikan.
FASA
Penentuan Peramalan & Perancangan Pelaksanaan Penaksiran
Agenda Pencarian Dasar Dasar Dasar
Alternatif
TINDAKAN
Cadangan Kenalpasti Penerimaan Operasi Penilaian
Dasar Masalah Adakah dasar itu Program
(alternatif) berkaitan dengan Apakah kriteria di
(Analisis) Apakah ukuran mana polisi boleh
politik? yang boleh
Apakah Bagaimanakah ditafsirkan
masalahnya? masalah ditafsirkan? PENGSYORAN membantu dalam dengan baik?
Apakah yang Apakah matlamatnya? memastikan
akan terjadi jika Apakah pilihan yang kejayaan Ditafsirkan
tidak melakukan pelaksanaan dengan adil?
ada yang boleh dasar?
sesuatu? membawa kebaikan PENILAIAN
PENGAWASAN
atau sedikit
keburukan?
PENSTRUKTURAN PERAMALAN
MASALAH
Sumber: Cochran & Malone (1995) CIRI-CIRI
Rajah 7.1: Elemen dan pentujuk terhadap pembuatan dasar
121
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
RUMUSAN
Dasar pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia bertujuan untuk mendisiplin/ kawalan,
inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut bermatlamat untuk keharmonian,
keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor pendidikan. Proses pembuatan dan
pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai
matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan
yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah (Top
Down). Guru-guru sebagai pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.
122
ZAINI ABDULLAH 2011
8 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem
pendidikan. Pendidikan merupakan suatu sistem dan proses membangunkan insan. Proses
membangunkan insan yang mencakupi keseluruhan rakyat merupakan suatu yang kompleks. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu organisasi yang besar yang diwujudkan untuk mengambil
tanggungjawab kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Pendidikan bermutu
melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka dididik bagi
mengembangkan lagi potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang meliputi peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah
untuk menatar dan menjana bangsa ke arah penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, moral, sosial,
ekonomi, politik dan sosial yang luas agar berkeupayaan meningkatkan daya saing bagi menjadi bangsa
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
KONSEP DAN PENGERTIAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
i. Organisasi
Secara umumnya organisasi merupakan sistem sosial yang kompleks yang boleh didefinisikan daripada
pelbagai sudut dan dimensi. Hal ini disebabkan organisasi adalah dinamik dan sering kali berubah-ubah
dengan haluan perkembangannya yang sukar diramal. Keadaan ini menunjukkan bahawa dalam
organisasi terdapat ciri-ciri yang istimewa sehingga melahirkan pelbagai tafsiran dalam usaha untuk
memahami organisasi. Dalam memberikan definisi, ada tokoh yang menyatakan organisasi sebagai satu
kumpulan individu yang secara sedar dan rela, bersetuju untuk bekerjasama bagi mencapai sesuatu
matlamat tertentu. Definisi lain pula menyatakan organisasi merupakan satu penyelarasan unit sosial yang
mengandungi dua atau lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai matlamat bersama. Ada
juga yang menterjemahkan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk mencapai matlamat bersama
melalui penggabungan usaha atau kerjasama anggota. Sebagai contoh, Hollebeck (1995) mengambarkan
organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat
yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara bersendirian. Morgan (1986) pula melihat organisasi
melalui lapan perspektif yang berbeza, iaitu:
Organisasi dilihat berfungsi sebagai mesin yang mana pembangunannya terhad dan lebih
bersifat melaksanakan fungsi rutin.
Organisasi dilihat beroperasi seperti makhluk hidup yang bersedia menyesuaikan diri dengan
perubahan persekitaran.
123
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Organisasi dianalogikan sebagai otak yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan
kebolehan dan mencari pembaharuan.
Organisasi dilihat sebagai sistem budaya yang mengandungi ideologi, nilai, upacara,
kepercayaan dan amalan yang diyakini bersama.
Organisasi adalah sebuah institusi politik yang membentuk hierarki autoriti. Organisasi ini
berkait rapat dengan kekuasaan, manipulasi dan konflik.
Organisasi adalah sebuah penjara psikik, di mana ahli organisasi diikat dengan tradisi dan
berbangga dengan kejayaan mereka dan tidak bersedia untuk menerima perubahan dan lebih
selesa dengan suasana yang ada.
Organisasi berbentuk transformasi yang dilihat bersedia untuk berubah dan membuat strategi
untuk menghadapi halangan-halangan semasa perubahan.
Organisasi adalah alat untuk mendominasi yang membawa maksud ahli atau kumpulan
berkelakuan untuk mencapai motif mereka dengan mencengkam pihak lain asalkan
kepentingan atau keperluan mereka tercapai.
Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan bahawa organisasi merujuk kepada struktur penyusunan
komponen-komponen atau unit-unit yang terdapat dalam sesuatu sistem, lazimnya sistem sosial. Sistem
pula dikaitkan dengan apa sahaja yang terbina daripada rangkaian komponen-komponen atau unit-unit
yang di mana ia mempunyai sesuatu tugas, fungsi atau matlamat. Dari aspek sosial, institusi yang
ditubuhkan oleh masyarakat merupkan satu system social. Contoh institusi tersebut dalam konteks
pendidikan ialah sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap institusi tersebut
mempunyai sistem sosialnya yang tersendiri berdasarkan fungsi dan matlamat penubuhannya. Sistem
sekolah misalnya terdiri komponen pentadbiran,staf akademik, staf sokongan, murid, bangunan,
infrastruktur dan lain-lain lagi. Sistem sosial ini ditabdir urus oleh manusia yang mewujudkan interasi social.
Penyusunan komponen-komponen yang terdapat di dalam sesuatu organisasi secara sistematik
menentukan sama ada sesuatu organisasi itu digolongkan kepada organisasi formal atau organisasi bukan
formal. Berikut ialah perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi tersebut.
Jadual 8.1: Perbandingan cirri-ciri organisasi format dan buka formal
Orgnisasi Formal Organisasi Bukan Formal
Jangka hayat yang lebih lama Jangka hayat yang terhad
Beroperasi secara berterusan Terbubar selepas selesai tugasan
Struktur susunan komponen yang rumit Struktur lebih ringkas & mudah
Input sumber fizikal & modal yang besar Input sumber fizikal & modal yang kecil
Bagi sistem pendidikan di Malaysia, struktur organisasinya digambarkan seperti di Rajah 8.1.
Organisasinya boleh dibahagikan kepada lima peringkat:
1. Peringkat pusat (peringkat eksekutif).
2. Peringkat negeri (peringkat pengurusan).
3. Peringkat daerah (peringkat penyeliaan).
4. Peringkat sekolah (peringkat teknikal).
5. Peringkat bilik darjah (peringkat pelaksanaan)
124
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
FUNGSI ORGANISASI PERINGKAT ORGANISASI ALIRAN AUTORITI
Eksekutif (Pembuat Dasar)
TOP
Pusat Menteri Pelajaran,
Ketua Pengarah
Pengurusan Peringkat Negeri
Penyeliaan (Pengarah
Pendidikan Negeri)
Peringkat Derah
(Pegawai Pendidikan Daerah)
Teknikal Peringkat Sekolah
(Pentadbir Sekolah)
Pelaksanaan Peringkat Bilik Darjah DOWN
(Guru-Guru)
Rajah 8.1: Peringkat dan fungsi organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia
Bentuk piramid pada Rajah 8.1 menunjukkan aliran autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada bahagian
puncak ke bahagian-bahagian dasar. Keluasan setiap bahagian piramid menunjukkan bilangan sumber
manusia yang terlibat pada bahagian-bahagian berkenaan. Organisasi formal mempunyai struktur asas
untuk berfungsi dengan baik yang meliputi kepimpinan, agihan tugas, prosedur menjalankan tugas,
matlamat dan dasar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pemimpin organisasi pendidikan negara ialah
Menteri Pelajaran. Manakala ketua organisasi ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Pada peringkat negeri pula
diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri, peringkat daerah ialah Pegawai Pendidikan Daerah dan
pemimpin peringkat sekolah ialah Pengetua/Guru Besar. Pemimpin organisasi formal ini menetapkan tugas
ahli dalam organisasinya dan fungsi setiap komponen/unit yang ada. Agihan tugas dan autoriti secara jelas
dapat mengelakkan pembaziran sumber yng berlaku disebabkan pertindihan kerja dan mengelakkan
konflik autoriti dan tugas. Sebuah orgnisasi yang lebih besar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia
mempunyai sistem yang lebih kompleks kerana memiliki komponen-komponen yang terpisah dan
berangkai. Oleh yang demikian pembahagian tugas serta penetapan peranan, fungsi dan peraturan-
peraturan adalah perlu agar semua ahli-ahli organisasi memahami tanggungjawab masing-masing.
125
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Sesuatu organisasi mesti mempunyai tujuan, matlamat dan objektif penubuhannya dengan jelas. Tujuan,
matlamat dan objektif tersebut dirumuskan oleh eksekutif yang mentadbir perjalanan organisasi. Eksekutif
bertanggungjawab terhadap soal pencapaian matlamat yang meliputi aspek produktiviti, keberkesanan dan
kecekapan. Secara langsung eksekutif merumuskan prosedur-prosedur pelaksanaan dan strategi-strategi
pengurusan sumber bagi mempstikan pencapaian matlamat dan dengan cekap dan berkesan. Dalam
sesuatu organisasi jentera yang mensepadukan sumber manusia untuk mencapai matlamat mengandungi
lima ciri:
Dasar yang tegas.
Tujuan yang jelas.
Adanya kepimpinan wakilan.
Terbentuknya anggota/ahli yang konkrit.
Usaha/komitmen yang positif dan kreatif.
ii. Pentadbiran
Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi menjamin kelancaran perjalanan komponen-komponen yang
terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran berfungsi untuk menggerakkan segala sumber yang meliputi
sumber manusia dan sumber fizikal (kewangan dan infrastruktur) secara selaras dan tersusun bagi
mencapai matlamat. Pentadbiran diperlukan untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
mekanisme sosial; memandu organisasi mengharungi masalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada
organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru. Ibrahim Mamat (1993) telah merumuskan tafsiran
mengenai pentadbiran sebagai:
Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Satu proses sosial yang berkaitan dengan mengadakan, menyelenggarakan, mengawal dan
menyatukan segala sumber manusia dan fizikal dalam satu system yang disepadukan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Suatu tindakan mengkoodinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain,
untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin.
Manakala Sufean Hussin (2004) memperincikan pentadbiran sebagai proses membuat keputusan
berdasarkan ciri-ciri berikut:
Pentadbiran ialah satu tingkah laku am yang boleh dijumpai dalam semua organisasi manusia.
Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalam organisasi sosial.
Fungsi pentadbiran ialah untuk mengembangkan dan mengubahsuai proses membuat keputusan
dengan berkesan dan sebaik mungkin.
Dengan berfokus kepada matlamat, Drucker (1954) menyatakan bahawa pentadbiran organisasi ialah “a
mean to an end”, iaitu pentadbiran merupakan mekanisme pengaturan sumber-sumber untuk mencapai
matlamat. Secara amnya, fungsi pentadbiran melibatkan:
menilai kualiti dan kuantiti hasil.
menentukan pemilihan strategi pelaksanaan.
menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar.
mempengaruhi imej dan prestij sesuatu organisasi.
menentukan iklim organisasi dan hubungan antara manusia.
menentukan jenis output, hala tuju dan keutamaan yang perlu diberi perhatian.
membantu perolehan dan penggunaan sumbert-sumber dengan cara yang berkesan.
126
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
iii. Pentadbiran Pendidikan
Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas
atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal
sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi.
Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur,
dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian
sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.
Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi.
Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan
kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).
Dalam konteks pentadbiran pendidikan, Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran
pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar
manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau berpendapat
pentadbiran pendidikan merupakan satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan
pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan,
penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.
Merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman Arshad (2007), pentadbiran pendidikan di Malaysia
adalah berbagai tahap yang bermula pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. Pada peringkat
kementerian memberi penekanan kepada penggubalan dasar; pentadbiran dikategorikan kepada dua iaitu
pentadbiran umum dan pentadbiran professional. Pentadbiran umum melibatkan pentadbiran kewangan,
pengurusan sumber manusia dan pembinaan sekolah. Manakala pentadbiran professional member
tumpuan terhadap perancangan dan penyelidikan pendidikan, perkembangan kurikulum, pengendalian
peperiksaan awam, pengurusan sekolah, pendaftaran sekolah dan guru, penaziran, latihan guru dan
kursus-kursus dalam perkhidmatan. Manakala pada peringkat negeri pula, Jabatan Pelajaran Negeri
bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal pada peringkat persekutuan. Jabatan
Pelajaran Negeri dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah sebelum arahan sampai ke peringkat sekolah.
Sekolah merupakan suatu organisasi yang berada pada rantaian akhir dalam pelaksanaan dasar-
dasar pendidikan yang digubal pada peringkat pusat. Sekolah menjadi tempat (bagaikan makmal) yang
menempatkan komponen seperti kurikulum, peperiksaan, guru, murid, prasarana dan ibu bapa memainkan
peranan untuk mencapai objektif pendidikan. Pentadbiran sekolah yang rasmi merupakan elemen penting
bagi mencapai objektif tersebut. Pada peringkat sekolah, Pengetua/ Guru Besar berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam melaksanakan pentadbiran pendidikan seperti lebihan saiz murid, sekolah dua
sesi, saiz kelas yang besar, moral guru yang menurun, peningkatan kes disiplin dan sebagainya lagi. Guru-
guru pula bukan lagi menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi bertindak
membantu pentadbiran sekolah. Contohnya, guru-guru bertindak membantu kewangan sekolah (bayaran
sukan, perpustakaan, PIBG, biasiswa/ derma), skim subsidi pelajar (RMT, susu), buku teks, peperiksaan,
sukan tahunan/ permainan MSSD/ MSSM, rekod pelajar (kehadiran, kemajuan, disiplin, profil pelajar),
pengisian pelbagai boring dan sebagainya lagi. Keadaan tersebut menyebabkan guru-guru hanya
memberikan penumpuan yang minima terhadap persediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran.
Sekolah-sekolah sentiasa diselia dan dipantau oleh Pejabat Pelajaran Daerah bagi mempastikan
organisasi beroperasi dengan lancar agar matlamat dan objektif dapat dicapai. Dari masa ke semasa
penambahbaikan dilaksanakan khususnya kepada guru-guru ke arah melengkapkan diri menghdapi
cabaran semasa yang sentiasa berubah khususnya cabaran teknologi, psikologi dan cabaran pedagogi.
127
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Latihan dalam perkhidmatan dikendalikan pada peringkat sekolah (dalaman), daerah, negeri mahupun
pusat.
STRUKTUR PENTADBIRAN PENDIDIKAN
Selepas merdeka, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa pelaksanaan sistem pendidikan
di Malaysia adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Selepas pembentukan negara Malaysia pada 16
September 1963, dasar dan pentadbiran pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan sendiri
oleh kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan. Sabah dan Sarawak diberi autonomi untuk menguruskan
sistem pentadbiran pendidikannya sendiri sehingga ke suatu tempoh yang ditentukan. Namun begitu,
peruntukan kewangn bagi program-program pendidikan di Sabah dan Sarawak terletak di bawah
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini mewujudkan perbezaan dalam struktur dan sistem
pentadbiran pendidikan di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Struktur
pentadbiran pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, peringkat
negeri dan peringkat sekolah dengan organisasi yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Negeri dan Sekolah. Hanya terdapat tiga buah negeri di mana struktur pentadbiran
pendidikannya tidak mempunyai Pejabat Pelajaran Daerah iaitu Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan.
Manakala struktur pentadbiran di negeri Sabah dan Sarawak mengandungi peringkat bahagian kerana
kedua-dua negeri tersebut sangat luas.
Pusat
Negeri
Daerah
Sekolah
Rajah 8.2: Struktur pentadbiran pendidikan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
128
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Pusat
Negeri
Bahagian
Daerah
Sekolah
Rajah 8.3: Struktur pentdbiran pendidikan di Sabah dan Sarawak.
ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN PERINGKAT PERSEKUTUAN (PUSAT)
Kementerian Pelajaran merupakan organisasi utama pada peringkat persekutuan yang bertanggungjawab
menggubal dan meluluskan dasar-dasar dan program pendidikan. Kementerian ini dipimpin oleh seorang
Menteri yang diberi kuasa untuk membuat keputusan ke atas semua dasar pendidikan. Menteri tersebut
bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dasar-dasar yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pendidikan.
Bagi memastikan sistem pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang,
Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan seorang Setiausaha
Politik. Pada peringkat pentadbiran Kementerian Pelajaran, Ketua Setiausaha (KSU) merupakan pegawai
utama yang bertanggungjawab untuk melancarkan jentera pentadbiran dan tugas-tugas Kementerian
Pelajaran. KSU dibantu oleh dua Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Ketua
Pengarah Pelajaran dan tiga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar Pembangunan
Pendidikan, Bahagian Operasi Pendidikan dan Bahagian Profesionalisme Pendidikan) dan Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Tugas dan tanggungjawab utama Ketua Pengarah Pelajaran ialah melapor
atau memberi taklimat kepada KSU dan Menteri Pelajaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan perkhidmatan pelajaran. Tugas dan tanggungjawab pentadbiran harian Kementerian Pelajaran
terletak pada Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Menteri Pelajaran
bertanggungjawab secara terus kepada Parlimen (Dewan Rakyat). Bagi melicinkan jentera pentadbiran
Kementerian Pelajaran dan bagi melaksanakan dasar serta program pendidikan yang lebih kemas dan
sistematik, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan bahagian-bahagian dalam organisasi
pentadbirannya. Jumlah bahagian tersebut bergantung kepada keperluan sistem pendidikan di Malaysia.
Setiap bahagian bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(TKPPM).
129
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia] 130
i. TKPPM Dasar Pembangunan Pendidikan:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Bahagian Pembangunan Kokurikulum
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Buku Teks
Lembaga Peperiksaan.
Majlis Buku Kebangsaan
ii. TKPPM Operasi Pendidikan:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian Pendidikan Islam.
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional.
Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster
Bahagian Sukan
Bahagian Seni dan Kokurikulum
Bahagian Pelajaran Swasta
iii. TPPM Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Bahagian Pendidikan Guru.
Institut Aminuddin Baki.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
iv. Unit Pengurusan Sumber Manusia
v. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Di Bawah Kendalian Ketua Pengarah Pendidikan
Bahagian Akaun (BA)
Bahagian Audit Dalam (BAD)
Bahagian Audit Sekolah (BAS)
Bahagian Buku Teks (BBT)
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA)
Bahagian Kewangan (BKEW)
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Bahagian Kokurikulum & Kesenian (BKK)
Bahagian Matrikulasi (BM)
Bahagian Pembangunan (BP)
Bahagian Pembangunan & Penilaian Kompetensi (BPPK)
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta)
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK)
Bahagian Sukan (BS)
Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institut Aminudin Baki (IAB)
Unit Komunikasi Koperat (UKK)
Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK)
Lembaga Peperiksaan (LP)
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Badan Berkanun:
i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
ii. Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
iii. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
ii. Di Bawah Kendalian Timbalan Ketua Setiausaha I & II
Pembangunan dan Bekalan.
Kewangan dan Akaun.
Hal Ehwal Luar Negeri
Biasiswa dan Latihan
Perjawatan dan Perkhidmatan
Khidmat Pengurusan
Perhubungan Awam
Pengurusan Aset
Psikologi & Kaunseling
Pembangunan & Penilaian Kompetensi
Komunikasi korperat
Undang-Undang
131
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Rajah 8.4 Organisasi pentadbiran pendidikan peringkat pusat
AKTA PENDIDIKAN 1996: KUASA MENTERI DAN
PERUBAHAN DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN
Akta Pendidikan 1996 telah membawa perubahan terhadap struktur dan sistem pentabiran pendidikan
negara. Reformasi pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri
Pelajaran. Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting
dalam sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Struktur dan organisasi
baru mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi
selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem pendidikan.
Tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah tambah di
bawah Akta 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan kepada Menteri Pelajaran. Akta
tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pelajaran.
132
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pelajaran. Kuasa tersebut tertakluk kepada satu
syarat iaitu Ketua Pengarah Pelajaran mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan
pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang
kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua
Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta 1996. Beliau menasihat Menteri
mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada
Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai
Pelajaran yang yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertlndak mengikut pertimbangan diri
merupakan dua ciri yang khusus. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut:
Maka hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam
Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pelajaran; dan bagi setiap
daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh
Menteri, seorang Pegawai Pelajaran yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini,
yang dilantik oleh Menteri Di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru
adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1).
Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua
Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sarna dari segi perlantikan
Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik
seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong
Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir
Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab Menteri
Pendidikan. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan
oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-
sumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menye1uruh pe1ajar dari segi moral, mental, fizikal,
dan rohani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau
boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah
Peperiksaan
Selain itu, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan arahan khas.
Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di
bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada
dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan
1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipan-
kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apabila
syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang
dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pelajaran untuk
mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau
mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta
pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan
dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru
besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
133
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Bagi melicinkan pentadbiran pendidikan Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
mewujudkan JPN pdi setiap negeri untuk menjadi nadi penggerak kepada keseluruhan pentadbiran di
peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah di seluruh negeri. JPN diketuai oleh Pengarah Pendidikan
Negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir, melaksana dasar-dasar dan arahan KPM , melaksanakan
proram dan projek pendidikan di semua peringkat dalam negeri berkenaan. JPN berperanan menjalankan
fungsi-fungsi khusus:
i. Pengurusan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawasan program-program pendidikan pada
peringkat bahagian, daerah dan sekolah.
ii. Memastikan dasar-dasar pendidikan memenuhi hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Akta
Pelajaran 1996.
iii. Memastikan kemajuan dan kecemerlangan setiap aktiviti yang dijalankan pada peringakt sekolah.
iv. Agensi penghubung yang menyalur maklumbalas: tahap pencapaian dan masalah berhubung
kurikulum, kokurikulum, pembangunan dan sumber daerah dan sekolah kepada KPM.
v. Menyelaras pentadbiran: perjawatan, kewangan, pembangunan fizikal dan sumber manusia.
vi. Menyelia program & projek: buku teks, bantuan kewangan/ makanan, sukan, kurikulum & media
pendidikan.
vii. Melaksana & menyelia rancangan pembangunan pendidikan peringkat negeri.
viii. Menasihat KPM.
Jabatan Pelajaran Bahagian (Negeri Sabah dan Sarawak sahaja)
Jabatan Pelajaran Bahagian (JPB) diwujudkan sebagai perantara antara JPN dengan Pejabat Pelajaran
Daerah. Negeri Sarawak mempunyai lima buah Jabatan Pelajaran Bahagian iaitu Kuching, Simanggang,
Sibu, Miri dan Limbang. Manakala negeri Sabah mempunyai juga mempunyai lima Jabatan Pelajaran
Bahagian iaitu Pantai Barat, Labuan, Sandakan, Tawau dan Pendalaman. Setiap Jabatan Pelajaran
Bahagian diketuai Pegawai Pelajaran Bahagian. Fungsi JPB ialah:
i. Menyediakan data enrolmen murid-murid dan maklumat sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB.
ii. Membantu JPN mengurus dan melaksana Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah-sekolah.
iii. Melaporkan kepada JPN tentang kegiatan, kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh PPD dan
sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB.
Pejabat Pelajaran Daerah
Organisasi pendidikan peringkat daerah bagi setiap negeri diketuai Pegawai Pendidikan Daerah yang
memainkan peranan khusus seperti berikut:
i. Mewakili JPN pada peringkat daerah kelolaannya
ii. Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar di sekolah-sekolah di daerah
pentadbirannya.
iii. Membantu sekolah dari aspek perkembangan kurikulum.
iv. Memberi maklumat kepada JPN berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
v. Mengenalpasti program pembangunan professional guru-guru.
vi. Membantu menguruskan peperiksaan awam.
vii. Menguruskan kemasukan dan pertukaran pelajar.
viii. Mengawal etika dan disiplin staf di sekolah-sekolah.
134
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ix. Mengurus perkhidmatan dan kebajikan staf di semua sekolah di bawah kelolaannya.
Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Sekolah
PENGETUA
PIBG/ Lembaga Pengelola
KAUNSELOR
PK PK HAL EHWAL PK PK PK
KOKURIKULUM MURID PENTADBIRAN PETANG TINGKATAN VI
UNIT KOKURIKULUM UNIT HEM UNIT KURIKULUM UNIT PENTADBIRAN UNIT PENTADBIRAN &
• Unit Beruniform • Lembaga Pengawas • Panitia Matapelajaran KURIKULUM DAN SUKAN
• Kelab • Lembaga Displin • Pusat Sumber • Kewangan Sekolah
• Persatuan • Lembaga Asrama • Peperiksaan & Penilaian • Perangkaan & Data • Pendaftaran
• Sukan & Permainan • Bim. & Kaunseling • TOV • Pengurusan ICT • Peperiksaan
• Guru Rumah Sukan • SPBT • Jadual Waktu • Perkembangan Staf • Kolokium
• Majalah Sekolah • Kesihatan • Program Akademik • Pusat Kitar Semua • Sukan & permainan
• Koperasi Sekolah • Kes. & Lalulintas • Projek NILAM • Kajian Tindakan • Penyelarasan sumber
• Hari-Hari Khas • Biasiswa • Pengurusan Makmal Komp. • PIBG
• 1Murid 1Sukan • JK Musolla • Penyelarasan kelas • Perabut, Peralatan & manusia.
• Pemb. Sukan • SMM/Data Pelajar • PPSMI/MBMMBI • Media & pusat sumber.
• Kebajikan Pelajar • ULBS/PLBS Penyelenggaraan. • Perabut, peralatan &
• 3K • Kelas Rancangan Khas • PTK
• Pencegahan Dadah • Kelas Aliran AGAMA • Keceriaan Sekolah penyelenggaraan.
• Kebersihan • Pendidikan Khas • Bilik Gerakan
• Majlis Ketua Tingkatan • POI • Sis. Peng. Kualiti (SPK)
• Rekod Pelajar
• Sijil & akuan MS ISO 9001:2008
• Induk PIPP
• Aduan Guru
GK GK GK VOKASIONAL GK
BAHASA SAINS & TEKNOLOGI KEMANUSIAAN
KETUA PANITIA
GURU-GURU STAF
SOKONGAN
PELAJAR-PELAJAR
Rajah 8.5: Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah Menengah
Pengetua Sebagai Pentabdir Organisasi Sekolah
Pentadbiran sekolah dibawah pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan
pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua sebagai pemimpin
dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah, adalah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja
kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh
menentukan hala tuju institusi. Tambahan lagi, pengetua adalah pelaksana dasar pendidikan di peringkat
sekolah.Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana
135
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh
Kementerian Pendidikan. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolahlah yang dipilih untuk
kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran atau
pentadbiran. Pengetua turut berperanan dalam merancang dan menyelia segala pengurusan kurikulum
yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengetua juga turut berperanan sebagai individu yang
bertanggungjawab dalam mengagih dan menyelia tugas warga sekolah selain membimbing warga sekolah
untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. Pengetua perlu memainkan peranan sebagai penilai bagi
menilai pretasi kakitangannya tidak kira kakitangan akademik mahupun bukan akademik. Antara lain
peranan pengetua adalah menjadi pengerusi atau penaung jawatankuasa dalam apa sahaja persatuan dan
kelab yang ditubuhkan di peringkat sekolah. Pengetua turut berperanan untuk menyelia persekitaran
sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk semua
warga sekolah. Pengetua juga merancang takwim sekolah hasil perbincangan bersama pihak sekolah dan
kementerian. Antara tugas penting pengetua adalah dalam merancang kewangan dan menyediakan
anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Sebagai ketua di sekolah, pengetua perlu bersikap berfikiran terbuka untuk menerima pendapat
dan pandangan guru-guru dan kakitangan serta berfikiran jauh untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Pengetua juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra denagn pegawai-pegawai
atasan serta orang-orang bawahannya dan rakan-rakan sejawatannya. Sentiasa mengambil tahu berkaitan
kebajikan kakitangannya dan sentiasa mempunyai sifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Selain
itu juga, pengetua tidak boleh menggunakan pangkat semata-mata dan kuasa yang ada untuk mengambil
tindakan dalam sesuatu perkara. Pengetua juga perlu bersikap tegas tetapi pada masa yang sama adil dan
saksama. Pengetua perlu mengkritik sesuatu kelemahan kakitangannya dan menegur secara membina
dan sedia mengampuni kesalahan seseorang sekiranya kesalahan yang dilakukan tidak berat. Pengetua
juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan memberi idea-idea baru dalam pelbagai
aspek. Bersikap positif dan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
dengan cara yang berkesan. Berani dan bersedia untuk mengemukakan pendapat yang bercanggah
denagn pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
Antara bidang tugas guru penolong kanan pentadbiran berperanan dalam melaksana dan menjalankan
segala tugas dan tanggungjawab pengetua semasa ketiadaannya di sekolah.selain itu itu GPK1 mengajar
sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke
semasa.Bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum,
pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. GPK1 turut
membantu pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang selain
memberi segala bantuan kepada pengetua dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.GPK1 juga membantu pengetua dalam semua aspek perancangan, pengurusan
dan pelaksanaan program dan projek sekolah.
GPK1 perlu memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan selain menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-
lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.GPK1 juga perlu memastikan perjalanan panitia-panitia mata
pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.embantu dalam pengurusan penyediaan peralatan
teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan
136
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. Membantu dan membimbing dalam latihan
mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas
harian mereka. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan.Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan
dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan. Menyelaraskan pengurusan dan
perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah. Menyelaraskan segala
program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat
Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. Menyusun jadual waktu kelas
dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa
kemalangan dan mengalami kecemasan.
Dari sudut pentadbiran pula, GPK1 berperanan dalam membantu bagi menentukan beban tugas
guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.Membantu dan menyelaraskan hal
ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari
semasa ke semasa.Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.Membantu dan
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur
bagi sekolahnya. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan
permainan dan sebagainya. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan
terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan pengetua dan juga Pengerusi Persatuan Ibu
Bapa Guru (PIBG).
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( GPK HEM)
Antara bidang kuasa GPK HEM adalah menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah
jika ketiadaan pengetua dan GPK1. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau
bidang pengkhususan mengikut arahan pengetua dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab kepada
pengetua dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Memastikan
bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan
dengan lancar. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin sekolah berjalan dengan baik. Membantu pengetua dalam menyelia dan menilai prestasi
perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan
dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.
Bidang-bidang tugas GPK HEM dari sudut pentadbiran adalah mengurus dan mengemas kini
semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar
sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. Menguruskan kemasukan dan
penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang
yang tertentu. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah
lain adalah lengkap dan kemas kini. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan
pengedaran sijil berhenti sekolah. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan
137
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
kerjasama Pengetua, GPK1, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. Membantu dalam
merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di
sepanjang tahun.
Bidang tugas GPK HEM dari sudut disiplin adalah menentukan bahawa penerapan amalan-amalan
dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Memastikan segala peraturan dan
undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar. Bertindak sebagai guru
penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan
salah laku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar
terlibat. Tugas GPK HEM dari sudut bimbingan dan kaunseling adalah merancang dan menyelaraskan
pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan
kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan
rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik,
sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Merancang dan
melaksanakan program kebajikan dan suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum (GPKK)
Antara peranan GPKK meliputi perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan dan pembangunan
berterusan murid-murid dalam aspek sukan, permainan, badan beruniform, kelab dan persatuan serta
penyertaan dalam aktiviti anjuran daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam hal perancangan GPKK terlibat
langsung dalam merancang takwim tahunan bagi kegiatan setiap bidang pada peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah. Menyelaras dan menyelia
pelaksanaan program dan aktiviti. Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar. GPKK berperanan untuk mengurus
dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-
kurikulum. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan.
Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti
setiap rumah. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. Memastikan rekod-rekod
dan data koko disenggarakan dengan baik. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan
mengadakan program khas untuk mereka.
Guru Kanan Bidang
Antara bidang tugas guru kana bidang adalah mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa mata pelajaran.
Menyelaraskan rancangan pelajaran tahunan. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang akan
dijalankan. Memutuskan buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat yang hendak dijalankan.
Menjalankan semakan buku latihan murid dan dicop secara rawak. Mencadangkan pembelian bahan
pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan.
KEPIMPINAN GURU
The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who continue to teach students but
also have an influence that extends beyond their own classrooms to others within their own school and
elsewhere.(Danielson, 2006: 12)
138
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain
daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di
dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan
prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru
itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes pengetua) tetapi disebabkan guru tersebut mempunyai
kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan sejawat lain.
Proses penambahbaikan sekolah seringkali melibatkan pelaksanaan aktiviti dan program yang
berbeza daripada yang dibuat pada masa lalu. Oleh demikian, peranan guru ialah berhadapan dengan
pengurusan perubahan. Kepimpinan guru diperlukan untuk mengurus proses perubahan. Guru sebagai
pemimpin juga dikehendaki memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif
serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Guru adalah pendidik yang
dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga
merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak, sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah
harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.
Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan kelompok yang dipimpin.
Pemimpin berjiwa rakyat yang berpekerti mulia seharusnya didasari oleh himpunan ciri-ciri pekerti
terpuji. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama. Kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan
dasar kepercayaan yang utuh. Kepercayaan kepada agama menjadi tunjang bagi pembentukan peribadi
terpuji selaras dengan suruhan agama yang dianuti. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan
seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah
organisasi terutama memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.
Selain itu, seorang pemimpin juga mestilah mempunyai berilmu pengetahuan yang luas.Ilmu
tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta
pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti
pendidikan di bawahnya meliputi staf akademik dan staf sokongan serta murid dapat diurus dengan
sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara.
Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti falsafah, sosiologi, psikologi dan komunikasi amat diperlukan
oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti
berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yang luas
tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya
menuntut guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya.
Ciri lain yang harus ada di dalam diri pemimpin di sekolah ialah ketinggian peribadi. Ketinggian
peribadi yang dimaksudkan meliputi tutur kata dari segi kesantunan bahasa yang berhemah dan bijak
untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya
bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh
diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan
kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya,
bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi.
Perkara yang diperkatakan akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu pengaruh melalui teladan.
Pengaruh melalui teladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa
yang diperkatakan, dilakukan dan ditontonkan. Pemimpin berwibawa mesti dapat menunjukkan contoh
139
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
teladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk
diteladani oleh semua. Pemimpin sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai
pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui teladan. Sebagai contohnya pemimpin yang ingin
melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang
datang lebih awal daripada yang lain.
Pemimpin juga mesti mempunyai visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir
sesebuah organisasi. Adanya visi dan misi yang jelas memudahkan pemimpin bertindak untuk membawa
komuniti yang dipimpinnya ke arah kejayaan yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan
organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah
tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Bagi menjadikan
pemimpin itu berkredibiliti tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif.
Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan
mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya. Pemimpin sebagai guru yang berpengalaman harus
mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti. Guru-guru
muda yang baru mula bertugas perlu diberi bimbingan agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem
pendidikan dan dibantu perkembangan potensi dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang
mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam
menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya menyelidik menerusi
Penyelidikan Kajian Tindakan.
Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk
dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah terbaik kepada orang-orang
yang dibawah pimpinannya dan semua yang terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tak
lansung.Sebagai contohnya apabila seseorang pengetua/guru besar telah mengenal pasti beberapa
masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang guru, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi
berasaskan fakta dan bukti. Andainya wujudnya keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib,
maka pemimpin tersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja atau
sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu
yang tidak diingini.
Jelasnya, sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri
dalam aspek peranan kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori,
tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah
pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat
dan objektif pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam
pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk juga
memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan,
mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai. Kajian Hallinger et al.
(1998) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah organisasi sebenarnya memberi kesan yang
mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan yang berjaya. Peranan
kepimpinan guru yang diamalkan bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik
darjah malah memberi kesan ke atas matlamat negara. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah
mewujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.
140
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
RUMUSAN
Pendidikan pada peringkat kebangsaan memerlukan penggemblingan tenaga semua pihak pada semua
peringkat pusat tanggungjawab (PTJ). Komitmen pada tugas membolehkan semua ketua PTJ membantu
matlamat dan hala tuju pendidikan negara dicapai. Sistem pentadbiran pendidikan negara lebih
mementingkan pemusatan kuasa secara tidak langsung telah mengamalkan ciri-ciri birokrasi dalam
pendidikan. Dengan rangkaian bahagian-bahagian dan unit-unit yang terdapat di dalam keseluruhan
organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia menyebabkan bahagian & unit yang berada di peringkat
bawah atau subordinat perlu akur dengan keputusan yang ditetapkan dan dilaksanakan para peringkat
atasan.
141
ZAINI ABDULLAH 2011
9 [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
PERKEMBANGAN TERKINI PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
PENGENALAN
Pendidikan masa kini berhadapan dengan dunia global yang semakin kompleks dan memerlukan
pendekatan terbaik untuk menghadapi gelombang alaf baru. Selain berhadapan ledakan ilmu yang
berbentuk global, penemuan baru dalam pelbagai ilmu, sains dan teknologi, kepesatan pembangunan ICT,
perubahan norma dan nilai perlu dihadapi dan ditangai dengan sebaik yang mungkin. Pendidikan
kebangsaan juga perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku. Hal ini penting untuk memastikan
generasi akan datang dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan norma yang relevan
bagi menghadapi abad ke 21. Pendidikan negara perlu menghadapi perubahan secara terancang kerana
mengubah manusia tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Perancangan yang komprehensif
pada dasar, sistem dan struktur pendidikan dapat mempastikan masa depan negara terus mampu bersaing
pad peringkat global dan mendahului era. Dalam konteks negara Malaysia, perancangan pembangunan
pendidikan yang berbentuk kebangsaan mula dicetuskan melalui Penyata Razak 1956. Syor-syor yang
dikemukakan merupakan suatu yang amat signifikan apabila membicarakan perkembangan pendidikan di
Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan sendiri
dan pada masa yang sama memastikan kestabilan negara yang baru merdeka yang mana rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum dan anutan agama. Berdasarkan matlamat ini, pelbagai dasar dan rancangan
telah digubal dan dilaksanakan bagi menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara.
Ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan setiap Rancangan Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
PENDIDIKAN KE ARAH MANA?
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
142
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
MISI PENDIDIKAN
Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
WAWASAN 2020
(Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad)
Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran:
• Membentuk sebuah negara yang bersatu padu.
• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
• Membangunkan masyarakat demokratis yang matang.
• Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya
• Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
• Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif.
• Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
• Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
• Mewujudkan masyarakat yang makmur.
LATAR BELAKANG PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Dalam masyarakat Melayu tradisional, pendidikan berkait rapat dengan nilai, norma dan budaya sebagai
kelangsungan kehidupan dalam masyarakat yang berpegang kuat kepada adat dan amalan tradisi yang
diwariskan dari satu generasi kepada satu generasi. Kedatangan Inggeris telah mengubah lanskap sosial,
ekonomi dan politik masyarakat Melayu tradisional melalui pendidikan. Pertembungan antara pendidikan
dan pekerjaan bermula sejak kedatangan Inggeris. Pemerintahan Inggeris telah membawa perubahan
dalam falsafah, dasar dan system pendidikan di Malaysia. Inggeris merancang untuk terus kekal berkuasa
terhadap menerusi „dasar pecah dan perintah‟. Sekolah-sekolah Inggeris didirikan oleh pemerintah Inggeris
dan gerakan mubaligh Kristian. Sekolah-ekolah Melayu sekular turut didirikan oleh Inggeris. Kemasukan
imigran dari China dan India secara besar-besaran turut menyaksikan perkembangan sekolah-sekolah
Cina dan Sekolah-sekolah Tamil. Maka terbentuklah sekolah vernacular yang menggunakan pelbagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah tersebut.
Pendidikan di sekolah Melayu mempunyai matlamat untuk melahirkan golongan muda Melayu
yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam perkara yang berkaitan dengan pertanian, pertukangan dan
perikanan. Dengan hal tersebut , pendidikan yang dilaksanakan dapat menjadikan anak-anak Melayu yang
berpendidikan lebih baik daripada ibu bapa mereka untuk meneruskan pekerjaan warisan ibu bapa
mereka. Bagi anak-anak golongan bangsawan, kerajaan Inggeris telah membina sekolah khas iaitu Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Lepasan sekolah ini diutamakan untuk menjawat jawatan dalam
pentadbiran kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Manakala untuk pekerjaan peringkat perkeranian pula
memerlukan kelayakan dari sekolah Inggeris. Dengan itu semakin ramai anak-anak Melayu yang bertukar
143
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
ke sekolah Inggeris untuk mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan penting. Pemupukan dasar
utilitarian Inggeris menerusi pendidikan telah memberikan kesan yang besar terhadap kejayaan dasar
pecah dan perintah. Kesan dasar pecah dan perintah telah memecahbelahkan masyarakat dari segi
perpaduan kaum dan hirarki sosial. Sebahagian besar rakyat masih dibelengu masalah buta huruf.
Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 dan Malaysia dibentuk pada
tahun 1963, pendidikan kebangsaan menjadi agenda utama kerajaan untuk membentuk perpaduan dan
melahirkan tenaga kerja untuk membangunkan negara. Perancangan pembangunan pendidikan yang
mantap bermula dengan syor-syor yang terdapat di dalam Penyata Razak 1956 diikuti dengan Ordinan
Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Kesemua dokumen tersebut
menyarankan tentang pembentukan pendidikan kebangsaan, pendidikan percuma, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam. Perancangan pembangunan pendidikan
era tersebut menggunakan perdekatan berorientasikan permintaan masyarakat khususnya untuk mencapai
matlamat perpaduan negara dan tenaga kerja mahir disebabkan pada masa tersebut negara sedang
mengalami proses pembangunan semula.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1964. Ia
bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara termasuk kewangan.
Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan mempunyai hubungan dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Satu suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau
status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun 1965. Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan
berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
digubal pada tahun 1970 dengan matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan
menstrukturkan semula masyarakat berbilang kaum. Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga (1976–1980)
mula memperlihatkan tanda–tanda teori ekonomi diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas
peristiwa 13 Mei 1969, perancangan pendidikan di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna
tenaga. Ia mengambil kira pengeluaran guna tenaga untuk meseimbangkan keadaan ekonomi antara kaum
di Malaysia.
RANCANGAN MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai
Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) dari tahun 1966 –
1970. RMK1 antara lain telah mensasarkan perkara-perkara berikut:
i. Memperbaiki taraf pendidikan.
ii. Penyediaan kemudahan pendidikan
iii. Mempelbagaikan latihan pendidikan.
iv. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan.
v. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar.
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat
pendidikan negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata ampuh untuk
membasmi kemiskinan. Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia.
Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan meletakkan sasaran 20 tahun (1970 –
1990) untuk mencapainya.
144
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Dalam RMK2 (1971 – 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:(i) Orientasi pendidikan ke
arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi. (ii) Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke
arah melahirkan tenaga rakyat bagi keperluan negara. (iii) Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan
kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang
pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan
Malaysia Timur.
Dalam RMK3 (1976 – 1980) pendidikan dirancang untuk memainkan peranan: (i) Pemupukan
perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, (ii) Usaha
menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan (iii) Penekanan diberikan terhadap bidang
sains dan teknologi.
Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem
pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan peluang
pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan
seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan
Tambahan.
RMK4 (1981 – 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di
samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar untuk dicapai pada
tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Dalam RMK5
(1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan
perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai
memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam
negara. Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar
pendidikan. Antaranya ialah: (i) Pembentukan Akta Pendidikan 1996. (ii) Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (1996). (iii) Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996). (iv) Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000). Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah:
i. Perkembangan ICT dalam pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun 1999.
ii. Penubuhan kolej matrikulasi dan kolej komuniti.
iii. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan
kemudiannya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
iv. Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan
berusaha melalui RMK6 (1991 – 1996) untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru
telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih lagi
diteruskan khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan
ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya
saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang
bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh.
Dalam RMK7 (1996 – 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki
sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti
keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil.
RMK8 (2001 – 2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor
pendidikan. Antaranya ialah:
145
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang
dilengkapi dengan nilai dan sikap positif.
ii. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut
dalam kurikulum termasuk latihan guru.
iii. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan
diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan
tertiari.
Dalam tempoh RMK9 (2006 – 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi
memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek dilaksana
bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi
dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. Agihan peruntukan Dalam RMK 9 (2006 –
2010) terhadap pendidikan ialah RM 23.198 bilion yang merupakanperuntukan terbesar berbanding sektor
lain untuk dibelanjakan sehingga tahun 2010.
• Prasekolah (RM 327.3 juta): untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang.
• Sekolah Rendah (RM 4.1 bilion): bagi menyediakan 13,000 Bilik Darjah (68% luar bandar) dan
meningkatkan bilangan sekolah satu sesi daripada 86% kepada 90% dan mengurangkan saiz kelaskan
kepada 30 murid.
• Sekolah Menengah (RM 4.5 bilion): bagi mengurangkan kesesakan murid dalam Bilik Darjah dengan
menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar); menambahkan bilangan sekolah satu sesi daripada 65%
kepada 70%; mengurangkan saiz kelas kepada 30 orang murid.
• Sekolah Bantuan Kerajaan (RM108.4 juta) bagi belanja mengurus 1,755 buah sekolah.
• Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan saksama kepada orang
awam daripada pelbagai kaum.
• Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010).
• Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010).
• Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah Rendah berijazah).
Dalam RMK 10 (2011 – 2015), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut: (i)
Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada
pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. (ii) Menyediakan infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.(iii) Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai
tahap yang sewajarnya.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Misi : ‘Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional’
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam
tempoh lima tahun (2005 – 2010) sepanjang pelaksanaan RMK 9. Ia merupakan beberapa cabaran yang
perlu ditangani oleh KPM dalam usaha untuk mencapai wawasan negara menjelang tahun 2020. Matlamat
PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua
pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu:
146
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
i. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.
ii. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk
memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu
memepertahankannya ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar mampu menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada persekolahan
hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga berharap semua sekolah mampu
melakukan akses terhadap ICT khususnya internet. Melalui pendekatan kedua, pihak KPM memfokus
terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun
dan Sekolah Menengah Teknik.
TERAS STRATEGIK PIPP
Terdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk memperkukuh sistem pendidikan
negara iaitu:
i. Teras Pertama: Membina Negara Bangsa
Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara
serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat ini akan dicapai dengan
memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Contoh pelaksanaan meliputi:
• Konsep 1Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di
kalangan murid.
• Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris.
• Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.
• Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1.
• Mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat sekolah bagi menggalakkan lebih ramai murid
pelbagai kaum terlibat.
• JPN perlu menerapkan nilai-nilai Konsep 1Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat
sekolah.
ii. Teras Kedua: Membangunkan Modal Insan
KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras
ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta
kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin
pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Contoh pelaksanaan
meliputi:
Fokus kepada pembentukan modal insan yang holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif.
Penyediaan profil murid bermula Tahun 1 bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap
penguasaan.
Gunakan sistem modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah penguasaan 3M.
Peningkatan kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI.
147
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi
serta kepimpinan dan keusahawanan.
iii. Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah
tersebut menjadi sekolah piliha utama masyarakat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan
asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT.
Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan
mengikut keperluan. Contoh pelaksanaan meliputi:
Setiap Pengetua /Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI
yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan).
Semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi dan mengikut opsyen terutama di luar
bandar dan pedalaman.
Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment guru – guru Bahasa Inggeris ke sekolah
sekolah di luar bandar dan pedalaman sebelum akhir 2009.
Penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik sebagai daya tarikan ibu bapa.
Semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya (semua
sekolah sentiasa bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek).
iv. Teras Keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi
penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. KPM
akan membangunkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar
Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum.
Lebih banyak bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan
jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Contoh pelaksanaan meliputi:
Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah
Berasrama Penuh (SBP).
Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan.
Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan
pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara.
Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu
dan satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas.
Sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar
dan keperluan asas serta guru.
Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the
unreach) disediakan pendidikan prasekolah.
v. Teras Kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan
Usaha ini perlu bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaiktaraf maktab perguruan
kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan
148
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Contoh
pelaksanaan meliputi:
Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau dengan menggunakan Pusat
Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif kepada guru-guru permulaan serta guru-guru yang
telah berkhidmat lebih lima (>5) tahun.
Mengadakan program-program motivasi untuk menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate) guru-
guru yang telah lama berkhidmat.
Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan peformance-based tanpa mengira lokasi.
Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat
bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
Semua Pengetua/Guru Besar memakai lencana (badge) seperti “Saya Agen Perubahan” atau “Saya
Guru Berkualiti” mulai tahun 2010.
vi. Teras Keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Ini dilakukan dengan cara membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum
dan sukan atau bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan
dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat
antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan
dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha
membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Contoh pelaksanaan meliputi:
Memantapkan jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti IPTA/IPTS bagi
melonjakkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bidang kebitaraan (niche areas) masing-masing.
Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak
pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.
80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM
sekurangkurangnya 3 tahun berturut-turut.
Pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan
masing-masing.
PIPP: PEMANTAPAN DASAR SEDIA ADA DAN PELANCARAN DASAR-DASAR BARU
Selain daripada melaksanakan pembangunan fizikal, KPM telah juga mengambil inisiatif untuk menentukan
sokongan dan penambahbaikan kepada dasar-dasar sedia ada bagi memastikan pembangunan
pendidikan yang dirancang dalam PIPP 2006 – 2010 dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Senarai penuh dasar pendidikan dan program yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri
semenjak tahun 2006. Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa dasar baru yang telah
dihasilkan dan memberi impak kepada pendidikan adalah seperti berikut:
1. Menangani Gejala Disiplin
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di
sekolah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin
murid di sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan agensi kerajaan
149
ZAINI ABDULLAH 2011
[Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia]
bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah. KPM amat prihatin tentang
gejala sosial dan masalah disiplin yang semakin meningkat dalam dan luar sekolah menyebabkan KPM
telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan
Sekretariat Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar telah berkurangan daripada
2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun 2007. Penglibatan murid dalam kes jenayah,
disiplin dan salah laku telah juga berkurangan daripada 0.03 peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus
pada Jun 2007. Selain itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh negara telah mewujudkan program
permuafakatan dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi membantu melaksanakan tindakan yang lebih
holistik dalam menangani masalah disiplin murid.
2. Memperkukuhkan Daya Saing Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia di Rantau Asia
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meningkatkan penyertaan warganegara Malaysia
mengikuti pengajian di sekolah-sekolah antarabangsa tidak melebihi 40 peratus daripada enrolmen pelajar
yang diluluskan. Ini diharapkan menjana pertumbuhan sekolah-sekolah antarabangsa selain menarik
pelabur asing ke negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat mengelakkan daripada pengaliran mata wang
ke luar dan pada masa yang sama, dapat mengelakkan berlaku brain drain di kalangan tenaga kerja.
3. Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34,
Oktober 2007
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia bertanding kerusi Lembaga Kerja UNESCO bagi
tempoh 2007 hingga 2011 semasa Persidangan Agung UNESCO ke-34 pada bulan Oktober 2007 dengan
pencalonan Y.B. Menteri Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga Kerja UNESCO. Peruntukan
sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan persediaan strategi-strategi melobi kerusi Lembaga Kerja
UNESCO di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis sepanjang tahun 2006 dan
peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti melobi oleh setiap
Jawatankuasa Kecil Tetap, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan PPTM pada tahun
2007 telah diluluskan. Peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan daripada RM100,000 kepada
RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan aktiviti SKUM mulai tahun 2007, dan supaya seorang
Atase Sains ditempatkan di PPTM ke UNESCO
4. Merapatkan Jurang Pendidikan Melalui TV Pendidikan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penyiaran TV melalui web sebagai salah satu usaha
merapatkan jurang digital. Penyiaran TV pendidikan melalui web juga akan meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, selain dapat menangani masalah penjadualan siaran yang kurang sesuai
dengan jadual persekolahan.
5. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dan e-integrasi Di Sekolah
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM25,879,620 untuk
program RIMUP dan e-integrasi KPM. Selain itu, mesyuarat ini telah meluluskan struktur baru bagi
memantapkan program RIMUP supaya dapat menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama
antara kaum dilaksanakan secara terancang dan sistematik dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional yang bermula di peringkat sekolah. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15.8 juta digunakan
untuk pembiayaan program RIMUP manakala RM10 juta lagi adalah untuk pembiayaan e-Integrasi yang
akan dikendalikan oleh Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS). e-Integrasi merupakan interaksi secara
150
ZAINI ABDULLAH 2011