The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dipapansembilan, 2021-08-15 11:42:37

7 DEKAD KTNB

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

“Kebahagian seorang yang memberi lebih besar daripada
kebahagiaan yang menerima pemberian itu sendiri.”

Usman Awang, Tulang-tulang Berserakan



KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
(Didaftarkan Di bawah Akta Koperasi 1993)

Cetakan Pertama 2021
(c) Koperasi Tenaga Nasional Berhad
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengerusi, Koperasi TNB, 96,
Jalan Bangsar, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
ISBN xxx-xxx-xx-xxxx-x

Dicetak oleh
XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX
XXXXXXX

https://www.koptnb.com/
Illustrasi dan pereka grafik :
Fadzlan Rizan Johani, Dipapansembilan Studio

AMANAT PERUTUSAN

Menteri Perdagangan i. Pengerusi Eksekutif
Dalam Negeri dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Hal Ehwal Pengguna
ii. Presiden Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

iii. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB

iv. Pengerusi Koperasi TNB

ISI KANDUNGAN

CERITERA KEGEMILANGAN HIJRAH
7 DEKAD KOPERASI TNB PEMANGKIN
SYARIAH
Mengimbau Era Permulaan [1951-1959]
Era Pengukuhan [1960 – 1979] Pemangkin Amalan Syariah
Era Kemajuan [1980 – 2001] Dalam Sesebuah Organisasi
Berdaya Maju dan Kompetitif [1951 -2011]
Merai Kejayaan Menjulang Kegemilangan [2011 – 2020] IMBASAN
PROGRAM/
AKTIVITI

Tahun 2011 - 2020

PRAKATA

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pengurusan)

PROFIL KORPORAT MAKLUMAT ORGANISASI
Anggota Lembaga
LATAR BELAKANG KOPERASI TNB Jawatankuasa Syariah
Visi Jawatankuasa Audit Dalam
Misi Lembaga Pengarah KTNB Travel & Tours Sdn Bhd
Matlamat Lembaga Pengarah KopTown Solutions Sdn Bhd
Nilai-nilai Bersama Ketua Unit
Slogan/Moto
Koperasi Tenaga Nasional Berhad

N

ANUGERAH DAN PERKHIDMATAN
PENGIKTIRAFAN KOPERASI

UNGKAPAN RASA i. Pembiayaan Tawaruq
ii. Travel
Anggota Koperasi TNB iii. Koptown Hotel
iv. Takaful/Insurans
IMBASAN POTRET v. Kebajikan
vi. Wasiat
i. Anggota Lembaga Koperasi TNB 1990 -2020
ii. Penaung Koperasi TNB (1951 – 2020)
iii. Yang Dipertua/Pengerusi Koperatif

LLN/TNB (1951-2020)



YB Dato’ Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad yang meraikan ulang
tahun penubuhannya yang ke-70 pada tahun ini. Saya yakin dan percaya sepanjang tujuh dasawarsa
ini, Koperasi TNB telah mengharungi berbagai-bagai cabaran yang sekali gus telah memperkukuhkan
kedudukannya sebagai koperasi yang mapan, bijaksana dan cemerlang.
Bagi mendepani masa depan sektor koperasi yang kian kompleks, kompetitif dan dinamik, Koperasi
TNB hendaklah mempelbagaikan aktiviti komersialnya, selain menceburi bidang-bidang perniagaan
lain yang mampu membawa pulangan yang besar.
Maka, dengan memiliki visi dan misi yang jelas serta tadbir urus yang cekap, berintegriti dan yang
patuh syariat sudah pasti Koperasi TNB akan kekal sebagai sebuah koperasi yang berdaya saing,
berdaya maju dan berdaya tahan serta berkemampuan memberi sumbangan yang bermakna dan
berterusan kepada kemaslahatan masyarakat dan kemakmuran negara.
Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-70 ini, saya mendoakan agar Koperasi TNB ini akan
terus cemerlang, dan kekal sebagai benih yang baik yang jika dicampakkan ke laut akan menjadi
pulau, dan jika dicampak ke darat akan menjadi gunung. Dirgahayu Koperasi TNB.

Senteri murabbi hatinya murni,
Cekal berbakti tiada bandingan;
Koperasi bestari anggotanya sejati,
Kekal lestari hingga berzaman



Yang Berbahagia Datuk Nordin bin Salleh

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Alhamdulillah, usia Koperasi Tenaga Nasional Berhad kini mencecah 70 tahun. Bukanlah sesuatu
yang mudah untuk memastikan sesebuah koperasi itu kekal berdaya maju dan berdaya tahan kerana
banyak pengorbanan serta perubahan yang perlu dilakukan, di samping harus berdepan dengan
pelbagai cabaran dan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Tahniah kepada Koperasi TNB kerana senantiasa komited untuk mempertingkatkan prestasi
kewangannya, dan kebajikan para ahlinya dengan melaksanakan berbagai-bagai program serta
aktiviti yang inovatif, produktif dan ekonomik. Buktinya, Koperasi TNB telah menerima pelbagai
anugerah, hadiah, pengiktirafan dan penghargaan yang berprestij sepanjang tujuh dekad
kewujudannya.
Pencapaian yang signifikan yang telah diperoleh oleh Koperasi TNB hendaknya dipertahankan serta
terus dilonjakkan agar kedudukannya sentiasa mapan, dan kebajikan para ahlinya sentiasa
terpelihara. Saya percaya semua ini dapat dicapai berkat adanya dukungan dan sokongan semua
anggota Koperasi TNB kepada semua program dan aktiviti pembangunan koperasi yang dirancang
dan dilaksanakan olehnya.
Akhirulkalam, saya mendoakan agar keanggotaan dan nilai aset Koperasi TNB akan terus meningkat
pada tahun-tahun mendatang demi kemaslahatan dan kelestariannya.

Kayu jati nilainya tinggi,
Baik dibuat papan jendela;
Bersatu hati membina koperasi,
Demi maslahat sekalian anggota.



Yang Berbahagia Datuk Ir Baharin bin Din

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad (TNB) tekal menjadi utiliti elektrik terbesar di Malaysia, dan dengan fungsi
teras membekalkan elektrik kepada sektor perniagaan, kediaman dan industri negara, sekali gus
menjadi penyumbang utama kepada kemakmuran dan pembangunan negara ini. Sejajar dengan
pertumbuhan pesat ekonomi, dan peningkatan permintaan tenaga TNB terus komited
memperhebatkan peranan dan tanggungjawabnya sebagai pengedar tenaga tunggal.
Selari dengan satu daripada tanggungjawab sosial korporat TNB iaitu untuk memupuk tempat kerja
yang bersemangat dan menetapkan piawaian di pasaran, TNB sentiasa prihatin untuk menjaga
kebajikan para pekerjanya dengan memberi sokongan moral dan perniagaan kepada keberadaan
Koperasi Tenaga Nasional untuk berkembang pesat dan maju seiring dengan perkembangan
kompetitif dalam sektor koperasi di negara ini.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Koperasi TNB bersempena dengan ulang tahun
penubuhannya yang ke-70, dan mendoakan agar ia kekal signifikan kepada penjagaan kebajikan
ribuan para anggotanya.

Mencari tekukur dalamnya rimba,
Nanti dibela Bujang Selamat;
Koperasi makmur anggotanya bahagia,
Pasti sejahtera sepanjang hayat.



YBhg. Dato’ Haji Abdul Fatah Haji Abdullah

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Pesan orang tua-tua, bulat air dek pembuluh, bulat kata dek muafakat, dan yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Demikian jugalah hakikat sesebuah koperasi, yakni untuk terus kukuh dan
mantap, perlu seia sekata, sehati sejiwa dalam setiap keputusan yang dibuat demi kemajuan dan
kelangsungannya.
Syabas kepada Koperasi TNB kerana bukan sahaja berjaya untuk terus kekal bertahan hingga 70
tahun, bagaimanapun, juga terus mencipta pelbagai kejayaan yang telah membawa kepada
kemapanannya, dan kemajuan iktisadnya yang telah memberi manfaat yang besar kepada para
anggotanya. Justeru, saya menyarankan agar meneruskan prakarsanya untuk memperbanyak dan
memperluas aneka aktiviti patuh syariah sejajar dengan perkembangan dalam sektor berkenaan.
Saya amat yakin yang Koperasi TNB dengan pengurusannya yang berintegriti akan tekal berdaya maju
dan berdaya saing untuk tahun-tahun mendatang, sekali gus terus mencipta dan meraih pelbagai
kejayaan yang gilang-gemilang.

Siantan hutan beranting kuning,
Bunganya kembang berseri dipandang;
Seangkatan berjuang seiring bersaing,
Bersama menjulang koperasi gemilang.



Encik Rahamat bin Abdullah

Pengerusi Koperasi TNB

Berbekalkan iltizam tinggi dan prakarsa murni demi meningkatkan perkhidmatan, produk dan
perniagaan untuk kepentingan ekonomi anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan sejajar
dengan prinsip, amalan dan nilai koperasi, maka Koperasi Tenaga Nasional Berhad kekal bertahan
selama tujuh dekad. Tidak terbilang banyaknya kejayaan yang telah dicapai oleh Koperasi TNB selama
70 tahun ini.
Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Koperasi TNB yang ke-70 ini, saya ingin menzahirkan
ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan Tenaga Nasional Berhad
kerana telah memberi peluang dan ruang terbaik kepada Koperasi TNB untuk terus bergerak maju,
dan menjadi sebuah daripada sekian banyak koperasi yang berprestij di negara ini.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua Anggota Lembaga Koperasi, Ahli
Jawatankuasa Syariah, Ahli Jawatankuasa Audit Dalam dan seluruh anggota Koperasi TNB atas
segala kerjasama, sokongan, gagasan, kesungguhan dan keprihatinan yang disumbangkan selama ini
yang telah menjadi pemangkin kepada tidak terbilang banyaknya kejayaan yang telah dicapai oleh
Koperasi TNB, dan yang telah asas utama kelangsungan Koperasi TNB hingga berjaya mencecah usia
70 tahun.
Insya-Allah, Koperasi TNB akan kekal bertahan hingga usianya yang ke-100 tahun berkat adanya
sokongan dan dukungan jitu semua anggotanya dan pelbagai pihak lain yang berkepentingan.

Pemuda berbakat berani berdebat,
Isu semasa dicerna cakna;
Anggota muafakat koperasi berkat,
Jitu bersama menempa jaya.



Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pengurusan)

Pengurusan yang kreatif, inovatif, efisien, berintegriti dan berpandangan jauh amat signifikan untuk
menjamin sesebuah organisasi itu berjaya melaksanakan perancangannya, kepemimpinannya,
pengorganisasiannya dan pengawalannya. Keempat-empat elemen fundamental inilah yang akan
memastikan sesebuah organisasi seperti koperasi akan terus kekal relevan.
Pihak pengurusan TNB amat gembira dengan kesungguhan dan keprihatinan pihak Anggota Lembaga
Koperasi TNB untuk mengintegrasikan serta melaksanakan amalan-amalan terbaik pengurusan
dalam setiap program dan aktivitinya, termasuk dalam pengurusan kewangan dan pelaburannya, bagi
menghasilkan lebih banyak pencapaian yang akan memberi manfaat kepada para anggota dan pihak
berkepentingan koperasi.
Tahniah kepada Koperasi TNB kerana kekal bertahan selama 70 tahun. Insya-Allah, pihak pengurusan
TNB akan senantiasa siap siaga untuk menghulurkan apa-apa juga bentuk sokongan, bantuan dan
khidmat nasihat demi memastikan Koperasi TNB akan terus berintegriti dan berprestij.

Subuh indah solatnya ceria,
Hati aman tenang beribadat;
Patuh syariah sifatnya mulia,
Mari amalkan sepanjang hayat.

PROFIL
KORPOR

RAT

VISI

Menjadi Koperasi berprestij
berteraskan kecemerlangan
perniagaan dan perkhidmatan.

LATAR BELA

MATLAMAT

-Memastikan perkhidmatan dan produk yang
berkualiti.
-Mengurus Kewangan dengan e sien.
-Mengamalkan urusan perniagaan yang
berhemah dan telus.
-Memperkasa budaya berkompetensi tinggi dan
saling membantu.
-Menjamin pulangan pelaburan yang terbaik.

MISI

Kami beriltizan untuk meningkatkan perkhidmatan,
produk dan perniagaan untuk kepentingan ekonomi
anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan
selaras dengan prinsip dan nilai-nilai koperasi.

AKANG KOPERASI TNB

NILAI-NILAI
BERSAMA

-Integriti
-Profesional
-Mesra
-Kerja Berpasukan

MAKLUMAT O

ANGGOTA LEMBAGA 7. Encik Norazli bin Abu Bakar@Shamsudin

1. Encik Rahamat bin Abdullah Anggota Lembaga

Pengerusi 8. Encik Hasbullah bin Mamat

2. YBhg. Dato’ Haji Nor Azman bin Mufti@Jaafar Anggota Lembaga

Naib Pengerusi 9. YBhg. Datin Nurulhayati binti Anual

3. Encik Mohd Roszeli bin Majid Anggota Lembaga

Setiausaha 10. Encik Azizan bin Hussin

4. Encik Radzmin Shah bin Md Shahbudin Anggota Lembaga

Bendahari 11. Encik Rahmat bin Harun

5. Tuan Haji Mohammad Amran bin Abdul Rahman Anggota Lembaga

Anggota Lembaga 12. Encik Abdul Ghafar bin Othman

6. Encik Zaraan bin Mokhtar Anggota Lembaga

Anggota Lembaga

ORGANISASI

32 1

JAWATANKUASA JAWATANKUASA
SYARIAH AUDIT DALAM

1. YBrs. Ustaz Haji Fajuri bin Mamat 1. Encik Mohd Rafie bin Razali

2. YBrs. Ustaz Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa 2. Encik Zairam Neezar bin Zakaria

3. YBrs. Ustaz Adnan bin Non 3. Encik Mohd Ridzuan bin A Bakar

4. Encik S.Darma Raj A/L Suthantharam

MAKLUMAT O

4 1 23

LEMBAGA PENGARAH
KTNB TRAVEL DAN TOURS SDN BHD

1. Encik Rahamat bin Abdullah

Pengerusi

2. Encik Mohd Roszeli bin Majid

Lembaga Pengarah

3. Encik Radzmin Shah bin Md Shahbudin

Lembaga Pengarah

4. Tuan Haji Mohammad Amran bin Abdul Rahman

Lembaga Pengarah

ORGA4 NI5SASI

31 2

LEMBAGA PENGARAH
KOPTOWN SOLUTIONS SDN BHD

1. Encik Rahamat bin Abdullah

Pengerusi

2. YBhg. Dato’ Abd Rahman bin Harun

Lembaga Pengarah

3. Encik Radzmin Shah bin Md Shahbudin

Lembaga Pengarah

4. Encik Mohd Roszeli bin Majid

Lembaga Pengarah

5. Encik Muhaiyuddin bin Ahmad

Lembaga Pengarah

MAKLUMAT O
4
23

1

PENGURUSAN

1. Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yaso’a

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan

2. Encik Zulkefle bin Abd Rahim

Ketua Pegawai Hal Ehwal Anggota dan Syariah

3. Puan Wan Fazilawaton binti Mohamad

Ketua Pegawai Sokongan Operasi

4. Encik Rino Izwan bin Mohd Eusoff

Ketua Pegawai Transformasi

ORGANISASI 9
2 56 7 10 12

13 11

48

KETUA UNIT 7. Encik Mohammad Junaidi bin Mohammed Jasmin

1. Cik Noor Shidawaty binti Zamberi KopTown Solutions Sdn. Bhd.

Kredit Anggota, Retaol dan Telemarketing 8. Encik Zulfaqhar bin Ismail

2. Cik Norsheila binti Nasir Keanggotaan

Kawalan Kredit, Pelaburan dan Analisa 9. Encik Muhammad Khairul Izat bin Abd Aziz

3. Puan Noorshazlinda binti M Zaibullah Kewangan, Akaun dan Percukaian

Pembiayaan Peribadi 10. Encik Mohd Hafeziv bin Mohd Hanipah

4. Puan Khazlin binti Md Saad Teknologi Maklumat

Sumber Manusia dan Pentadbiran 11. Encik Moh Hariz bin Mohamad Badari

5. Puan Zurita binti Zulkifli Pembangunan Produk dan Pemasaran

Customer Centric 12. Encik Muhammad Shukri bin Hashim

6. Tuan Haji Wan Azwan Amin bin Wan Fakhrudin Takaful Agensi

Kommerce

11995591- MENGIMBAU
ERA PERMULAAN

1960- ERA PENGUKUHAN
1979

1980- ERA KEMAJUAN 1951-
2001 2011

BERDAYA MAJU
DAN KOMPETITIF

1951- MERAI KEJAYAAN
2011 MENJULANG KEGEMILANGAN

CERITERA

KEGEMILANGAN

7 DEKAD

KOPERASI TNB

F

N

MENGIMBAU
PERMULAAN

1951-1959

U ERA
N

Sebermula pada tarikh 15 Ogos 1951 terciptalah suatu sejarah tatkala
Koperasi Tenaga Nasional Berhad yang pada waktu itu dikenali sebagai
Syarikat Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat
Sendirian Berhad secara rasminya didaftarkan.
Pada bulan Jun 1965, selaras dengan perubahan nama Lembaga Letrik
Pusat (LLP) kepada Lembaga Lektrik Negara (LLN) , namanya telah
ditukarkan kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman
Wang Lembaga Elektrik Negara Sendirian Berhad. Pada tahun 1967
sekali lagi namanya ditukarkan kepada Koperatif Lembaga Letrik
Negara (Koperatif LLN) yang lebih singkat, mudah diingat dan disebut.
Sejajar dengan dasar penswastaan negara, dan transformasi LLN
kepada Syarikat Korporat yang dinamai Tenaga Nasional Berhad
bermula 1 September 1990, kini Koperatif LLN dikenali sebagai Koperasi
Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB).

Matlamat awal Koperasi ini adalah
untuk menggalakkan semangat
kerjasama, berdikari, serta amalan
berjimat cermat dan menabung

dalam kalangan ahli-ahlinya, sekali gus memberi pulangan kepada
mereka dalam bentuk bonus dan dividen sebagai simpanan untuk
keperluan masa depan mereka, dan keluarga mereka. Di samping itu,
Koperasi juga menyediakan kemudahan pinjaman peribadi kepada
ahli-ahlinya dengan syarat dan faedah yang tidak membebankan.
Langkah bijak tersebut berjaya membendung ahli-ahlinya daripada
terjebak dengan para pemiutang yang tidak bertanggungjawab.
Pada peringkat awal penubuhannya, Lembaga Pengarah Koperasi
dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja (JK) yang sekali gus berfungsi
sebagai Jawatankuasa Pengurus. Presiden pertama JK yang dilantik
ialah F.G. Egerton yang kemudiannya digantikan oleh J. Sharples.
Manakala, M. Pakianathan dilantik sebagai Naib Presiden, dan D.I.
Williams menyandang jawatan Setiausaha Kehormat. Lapan Ahli
Jawatankuasa yang lain adalah daripada kalangan anggota Koperasi.
Kesemua mereka ini dipilih dan dilantik berdasarkan undi majoriti yang
hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Tidak jauh beza dengan koperasi-koperasi yang wujud pada waktu itu,
keberadaan Koperasi TNB pada tahun-tahun awal penubuhannya tidak
sunyi daripada pelbagai kerenah dan masalah, khususnya masalah
yang berkaitan pengurusan kewangannya.
Langkah segera yang diambil oleh para anggota Koperasi adalah
dengan melantik V.R. Venon sebagai Bendahari Kehormat yang baharu.
Berbekalkan mandat besar para anggota Koperasi, dukungan penuh
Jawatankuasa Kerja dan dorongan kuat Presiden Koperasi, Y.M. Raja
Zainal bin Raja Sulaiman pada waktu itu, V.R. Venon dengan sokongan
padu pasukan kerjanya telah melaksanakan program penyusunan
semula Koperasi. Antara langkah pragmatik yang diambil ialah
penyingkiran anggota-anggota yang menjadi duri dalam daging kepada
Koperasi, mengemaskinikan rekod serta menambah baik akaun
Koperasi yang bercelaru. Akhirnya, V.R. Venon dan pasukan kerjanya
telah berjaya dalam pelaksanaan program penyusunan semula
tersebut, dan membolehkan Mesyuarat Agung diadakan tepat pada
tarikh yang ditetapkan, penyediaan Laporan Audit serta Laporan
Kewangan yang kemas kini dan tepat.
Selayang pandang perjalanan awal Koperasi adalah umpama berat
mata, berat lagi bahu memikul—banyak kelemahan dan kekurangannya.

Namun, Jawatankuasa Kerja pada
waktu tetap gigih berusaha untuk
memajukan Koperasi, sekali gus
telah menyediakan tapak asas yang
kukuh bagi membolehkan Koperasi
berkembang dan berjaya dengan
lebih cemerlang.

Rencana ringkas ini ditulis berdasarkan rencana Era Permulaan (1951 – 1959)
yang terkandung dalam buku Laporan Tahunan Koperasi TNB Tinjauan Lima
Dekad Koperasi Tenaga Nasional Berhad 1951 – 2001: Usia Emas, 2001

1960-
1979

ERA PENG

GUKUHAN

Tahun-tahun 1960-an dan 1970-an amat mencabar bagi Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan
Pinjaman Wang Lembaga Lektrik Pusat. Koperasi bukan sahaja perlu diperkukuh kedudukannya,
bahkan harus memastikan kelangsungannya untuk tahun-tahun seterusnya. Justeru, pengurusannya
harus diperkemas, dan kedudukan kewangannya mesti diperkukuh agar para anggotanya terus
berkeyakinan terhadap kemampuan Koperasi untuk terus berdaya maju.

Seyogianya, kejayaan Koperasi untuk meneruskan legasi para pengasas dan penerajunya banyak

ditentukan oleh wujudnya barisan Jawatankuasa Pengurus yang cekap, telus
dan komited untuk membina tapak yang kukuh bagi membolehkan
Koperasi kekal berdaya maju dan berdaya tahan serta memberi
manfaat yang besar kepada para anggotanya.

Ceritera kemajuan dan kejayaan Koperasi pada waktu itu bukanlah suatu rekaan, walau
bagaimanapun turut diabsahkan oleh Pendaftar Syarikat Kerjasama yang merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam mengawasi perjalanan dan pengurusan Koperasi di negara ini.
Perkembangan dan kemajuan Koperasi yang membanggakan itu juga disebabkan oleh wujudnya
kerjasama yang mantap antara Jawatankuasa Kerja dengan seluruh anggota Koperasi.

Dengan adanya asas yang mantap hasil daripada usaha murni Ahli Jawatankuasa Pengurus terdahulu
serta seluruh anggotanya, Koperasi meneruskan pelbagai aktiviti sebelumnya yang terbukti
bermanfaat, dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti baharu yang berpotensi untuk memperkuat
pengurusan, memperkukuh kedudukan kewangan, dan mempertingkatkan status Koperasi, baik
dalam kalangan anggotanya mahupun di mata koperasi-koperasi lain.

Sepanjang tempoh 1960-an hingga 1970-an, banyak kejayaan dan kemajuan yang signifikan telah
dicapai oleh Koperasi yang sekali gus mencerminkan betapa Koperasi senantiasa berusaha
bersungguh-sungguh memperkukuh kedudukannya, dan memantapkan keberadaannya.

Antara strategi yang dilaksanakan untuk memperkukuh kedudukan dan keberadaan Koperasi ialah:

i) Peningkatan Keanggotaan;
ii) Penubuhan Dana;
iii) Program Pelaburan; dan
iv) Aktiviti Perniagaan

Seyogianya, kekukuhan sesebuah Koperasi banyak bergantung pada bilangan dan sokongan para
anggotanya. Daripada 1956 orang anggota pada tahun 1969, keanggotaan Koperasi telah meningkat
kepada 2412 pada tahun 1976 ekoran daripada pindaan Undang-undang Kecil Koperasi yang
membolehkan penerimaan masuk pekerja harian LLN sebagai anggota Koperasi.

Di samping berusaha mempertingkatkan bilangan keanggotaannya, untuk memperkukuh
kedudukannya dan untuk memperkasakan kemaslahatan para anggotanya, Koperasi telah
mengambil inisiatif untuk menubuhkan pelbagai dana. Seawal tahun 1960 lagi Koperasi telah

mewujudkan Tabung Kumpulan Wang Bangunan sebagai persediaan awal bagi

merealisasikan hasratnya untuk memiliki bangunan sendiri.

Kemudian dalam tahun 1968, Koperasi membuat pelaburan bernilai RM 1,000 dalam Syarikat
Percetakan Kerjasama Berhad yang sekali gus mempertingkatkan kerjasama saling menguntungkan
antara Koperasi dengan syarikat percetakan tersebut.

Pada peringkat awal Koperasi telah memperuntukkan dana berjumlah RM 2,000 sebagai simpanan
permulaan tabung tersebut, dan berbagai-bagai inisiatif telah diambil untuk mempertingkatkan
jumlah dana tabung tersebut, termasuk daripada agihan keuntungan tahunan Koperasi. Menjelang
tahun 1977, dana dalam tabung itu telah mencecah angka RM 85,000, walau bagaimanapun, dana itu

dipindahkan ke dalam Tabung Simpanan Am kerana Koperasi telah berjaya membeli

bangunan empat tingkat setengah di Jalan Bangsar daripada sumber kewangan yang lain.

Menjaga kebajikan para anggotanya, termasuk ahlu-ahli keluarga mereka, sentiasa menjadi
keutamaan Koperasi hingga kini. Pada waktu itu, bidang pendidikan cukup penting. Justeru, dalam

tahun 1961 Koperasi telah mewujudkan Dana Pendidikan, dan kemudiannya pada tahun 1971
dinamai Tabung Pelajaran Raja Tan Sri Zainal. Tidak dinafikan yang Tabung tersebut

telah berjaya memberi manfaat kepada para anggota Koperasi, dan buat pertama kalinya pada tahun
1972, Koperasi telah menyumbangkan wang bantuan pelajaran kepada 16 orang anak anggotanya.
Sesesungguhnya, sepanjang tahun-tahun 1970-an, Koperasi cukup giat menghulurkan bantuan
kewangan pelajaran, dan bilangan mereka mendapat bantuan meningkat setiap tahun.

Bantuan kewangan pelajaran tersebut terus digerakkan oleh Koperasi hingga ke tahun-tahun
1980-an, dan dalam tahun 1976, Koperasi maju setapak lagi dengan mewujudkan satu lagi dana

pendidikan yang diberi nama Dana Pendidikan Jubli Perak KopLLN, dan sejumlah

RM 20,000 telah disuntik untuk menggerakkannya. Dana tersebut ialah inisiatif baharu Koperasi
dalam penyediaan kemudahan pinjaman pelajaran kepada anak-anak para anggotanya.

Di samping itu, Koperasi juga menyedari tanggungjawab sosialnya pada waktu keselamatan negara
dan ketenteraman awam diancam oleh pelbagai anasir subversif. Dengan rasa tanggungjawab itu,

Koperasi dalam tahun 1964 telah mewujudkan Dana Pertahanan Kebangsaan yang

khusus untuk memberi sumbangan kewangan sebagai suatu manifestasi keprihatinan Koperasi
terhadap keselamatan negara dan masyarakat.

Pada masa yang sama, Koperasi juga memperlihatkan keprihatinannya dengan membeli Bon
Pertahanan Kebangsaan bernilai RM 50,000.

Sebagai Koperasi yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan para anggotanya, pada tahun 1972,

Koperasi mewujudkan Tabung Khairat Kematian, dan sumbangan khairat kematian yang

dihulurkannya jelas menunjukkan betapa pekanya terhadap tanggungjawab sosial dan moralnya.’

Sesungguhnya, prakarsa dan usaha pengukuhan Koperasi senantiasa diberi perhatian yang utama,

khususnya dengan mempelbagaikan aktiviti ekonominya. Maka, dalam tahun 1961, Koperasi
mula menceburi diri dalam sektor pelaburan dengan menanam
modal dalam bentuk saham syarikat bernilai RM 5,000 dalam Federation of Malaya

Fertilizer & Paper Co-operative Society. Sebelum itu pun, Koperasi telah melaburkan RM 5,000 dalam
Syarikat Kerjasama Insurans Berhad, dan pelaburan itu berterusan hingga tahun-tahun 1970-an.

Pelaburan Koperasi dalam sektor insurans itu telah memberi banyak manfaat kepada
anggota-anggotanya, dan bermula tahun 1972, para anggota Koperasi telah mendapat perlindungan
insurans secara pukal, dan malahan, anggota-anggotanya turut telah ditawarkan untuk insurans
perlindungan daripada syarikat insurans itu.

Kesungguhan dan semangat kental Koperasi untuk memperkukuh kedudukan kewangan, dan
keberadaannya dalam sektor koperasi tidak pernah luntur, dan bahkan sentiasa membara., dengan

memperluas penglibatannya dalam pemerolehan saham bank dan institusi.

Koperasi, dalam tahun 1970 telah membeli saham Bank Kerjasama Pusat Berhad bernilai RM 50,000,
dan Koperasi telah membuat simpanan tetap bernilai RM 300,000 sebagai memperlihatkan
keyakinannya terhadap institusi kewangan yang disertainya itu.

Pada tahun 1973 pula, Koperasi telah membeli saham United Asian Bank bernilai RM 5,000, dan
membuat pelaburan bernilai RM 100,000 Malaysian Investment Fund of Asian Units Trust. Malahan
Koperasi terus rancak membuat pelbagai pelaburan yang lain, misalnya dengan mendapatkan saham
Hotel Jaya Puri Berhad bernilai RM200,000.

Di samping itu, dalam tahun yang sama, Koperasi turut mendapatkan saham Syarikat Kerjasama
Autoworks Malaysia Berhad bernilai �10,000, menanam modal bernilai �10,000 melalui gabungannya
dengan Syarikat Pembangunan Perindustrian & Tanaman Orkid, dan membuat pelaburan bernilai
�10,000 dalam Malaysian Co-opreative Supermarket Society. Dalam tahun 1976 pula, Koperasi
melaburkan �50,000 dalam Koperasi Bas Mini Wilayah Persekutuan.

Demi memastikan Koperasi terus kukuh dan mampan, serta serancak dengan aktiviti pelaburannya,
Koperasi telah menebarkan sayapnya ke bidang perniagaannya. Dasawarsa 70-an, khususnya pada
tahun-tahun akhir 1970-an, Koperasi telah melibatkan diri dalam tiga aktiviti perniagaan yang
meliputi:

i) Perkhidmatan sebagai wakil insurans yang mempermudah
pembelian polisi insurans kepada setiap anggotanya, termasuk
mempermudah pembayaran premium insurans masing-masing di
Koperasi sahaja, selain menyediakan perkhidmatan bagi
pembayaran bil taksiran harta;

ii) Penyediaan kemudahan kredit kepada para anggotanya
dengan bertindak sebagai ejen penjual radas, alat serta perkakas
elektrik; dan

iii) Menyediakan khidmat pembelian tiket kapal terbang, dan
aktiviti pelancongan. Perkhidmatan ini bukan sahaja telah memberi
manfaat kepada anggota-anggotanya, bahkan turut diperluas
kepada kakitangan Lembaga Lektrik Negara serta orang awam.
Pada 18 Oktober 1979, Koperasi telah menubuhkan Kop LLN Travels
kerana sektor tersebut memberi pulangan yang besar.

Kedudukan Koperasi yang kukuh dan mantap turut ditandai oleh pelbagai kejayaan signifikannya
sendiri, di samping pengiktirafan yang diterima oleh para anggotanya. Kejayaan memiliki bangunan
sendiri yang lebih selesa dan lengkap tentulah suatu pencapaian yang haris dibanggakan setiap
anggota Koperasi.

Pengiktirafan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada anggota-anggota Koperasi ialah manifestasi

kekukuhan dan kecemerlangannya. Sesungguhnya, pengurniaan Pingat Emas kepada
Fong Ah Ngoh oleh Kesatuan Koperasi se-Malaysia dalam tahun
1973 sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar beliau dalam sektor koperasi bukan sahaja

harus menjadi kebanggaan kepada semua anggota Koperasi, walau bagaimanapun, harus menjadi
galakan kepada semua pihak untuk terus berusaha gigih memajukan Koperasi.

Begitu juga dengan kejayaan R. Rajagopal yang dianugerahi Pingat Emas atas
sumbangan signifikan yang sama, dan dengan kejayaan A. Vythilingam yang
menerima Sijil Kecemerlangan atas khidmat bakti mereka kepada sektor koperasi

wajar dibanggakan oleh semua anggota Koperasi.

Sebagai kesimpulannya, pencapaian dan kejayaan besar Koperasi yang telah meletakkan batu asas
yang kukuh untuk Koperasi terus serta tekal berkembang maju, utuh, stabil dan mapan ialah:

i) Pertambahan anggota yang signifikan;
ii) Pewujudan pelbagai dana dan tabung yang kukuh;
iii) Pempelbagaian pelaburan yang mampan;
iv) Peningkatan perniagaan yang dinamik;
v) Pengurusan kewangan yang mantap;
vi) Pemantapan tadbir urus yang cekap; dan
vii) Penjagaan kebajikan anggota yang tuntas.

Sesungguhnya, era 1960-an dan 1970-an merupakan tahun-tahun cemerlang Koperasi dalam
merancakkan aktiviti pelaburannya, dan perniagaannya yang begitu besar manfaatnya kepada
anggota-anggotanya. Kejayaan Koperasi dalam sektor pelaburan dan bidang perniagaan ini jelas
memperlihatkan betapa kedudukan kewangannya adalah mantap, dan kebijaksanaan barisan
kepimpinannya serta pengurusannya yang cekap dalam memperkukuh keberadaan Koperasi.

;

1980-2001

ERA KE

EMAJUAN

Asas yang kukuh yang telah dibina sepanjang era 1960-an dan 1970-an merupakan legasi yang cukup
signifikan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan anggota Koperasi seluruhnya untuk meneruskan daya
usaha dan aktiviti ekonomi yang progresif serta mempergiatkan aktiviti kebajikan dan riadah yang
produktif, bukan sahaja untuk mengekalkan prestasinya yang cemerlang, walau bagaimanapun, juga
untuk menggerakkan Koperasi ke era 1980-an, 1990-an hingga 2001 yang lebih baik daripada era
sebelumnya.

Era 1980-an, 1990-an hingga 2001 ialah tahun-tahun yang sarat dan hebat dengan berbagai-bagai
cabaran yang menuntut Koperasi melakukan pelbagai perubahan, pengubahsuaian dan penilaian
terhadap program-program dan kegiatan-kegiatannya di semua peringkat sesuai dengan tuntutan

semasa yang kian kompleks demi memastikan Koperasi terus berdaya saing
dan berdaya maju.

Perubahan iklim politik yang melibatkan dasar-dasar tertentu kerajaan, dan perubahan persekitaran
ekonomi, sosial serta teknologi yang pesat telah mendorong Koperasi untuk mengubah strategi,
pendekatan dan tatacara pengurusannya yang mencakupi perkara-perkara seperti yang berikut:

i) Pengurangan peruntukan berbanding perbelanjaan sebenar
yang berpunca daripada rombakan gaji di sektor awam yang tidak
mengambil kira gaji, caruman KWSP dan elaun-elaun lain;
ii) Pertambahan bilangan dan beban kerja kakitangan Koperasi
bagi menampung peningkatan keanggotaannya yang pesat, kos
kerja lebih masa dan bayaran tambahan yang lain, di samping untuk
menampung keperluan tenaga kerja bagi mengendalikan sistem
pengkomputeran pejabat. Bekerja secara bergilir dan lebih masa di
luar waktu pejabat juga menyebabkan peningkatan penggunaan
tenaga elektrik untuk lampu dan alat pendingin hawa yang sekali
gus mengakibatkan pertambahan kos yang tidak dirancang
sebelumnya;
iii) Penampungan pelbagai kos perkhidmatan, pengurusan dan
sebagainya yang rencam. Satu daripada sebabnya ialah kenaikan
harga kertas serta percetakan, dan alat tulis sekitar tahun-tahun
awal 1980-an. Tambahan pula, caj perkhidmatan dan bayaran
perjanjian apabila mengeluarkan wang simpanan tetap yang
dikenakan oleh Charted Bank serta pelbagai kenaikan kos
perkhidmatan yang lain turut menyebabkan peningkatan
perbelanjaan Koperasi; dan
iv) Pemantapan tadbir urus Koperasi di semua peringkat sejajar
dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar.

Meski berhadapan dengan aneka cabaran yang besar, dan di luar jangkaan, Lembaga
Pengarah/Anggota Pengarah yang bersih, cekap, amanah serta prihatin, dan berbekalkan sokongan
padu para anggota Koperasi, tetap bersemangat teguh, bertekad jitu dan berkeyakinan utuh untuk
memacu dan memajukan Koperasi agar kekal berdaya tahan dan berdaya saing.

YB. Tan Sri Abu Zarim bin Haji Omar, Yang DiPertua Koperasi dalam ucapan perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan ke-32 pada 29 Mei 1983, antara lain menegaskan bahawa:

“..menjadi tugas Ahli Lembaga menjalankan Koperatif ini dengan
Amanah dan Bersih, dan menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan
Koperatif menjalankan tugas-tugasnya dengan cekap. Selanjutnya,
juga menjadi tugas semua ahli perwakilan memilih mereka yang
amanah, iaitu mereka yang boleh dipercayai, bagi menduduki
Lembaga ini kerana tugas mereka itu memerlukan sifat amanah...”.

Seyogianya, rahsia kemajuan pesat dan kejayaan besar Koperasi adalah berkat daripada kecekapan,
kebestarian, kewibawaan dan keikhlasan pihak pengurusannya serta kejituan dan kesepaduan para
anggotanya yang saling bahu-membahu dalam memacu Koperasi menuju puncak jaya.

Era Kemajuan (1980 – 2001) yang penuh cabaran dan dugaan memperlihatkan begitu banyak kejayaan
cemerlang yang telah dicapai oleh Koperasi hasil daripada pelbagai program dan kegiatan utama
yang dirancang dan dilaksanakannya yang terdiri daripada:

i) KEANGGOTAAN
ii) PERNIAGAAN
iii) PELABURAN SAHAM
iv) PROJEK PERUMAHAN
v) MODAL YURAN & PINJAMAN
vi) PINJAMAN PERIBADI & PINJAMAN-PINJAMAN LAIN
vii) TABUNGAN & SIMPANAN


Click to View FlipBook Version