Tahun 2013 ialah tahun ke-62 tertubuhnya Koperasi TNB. Aliran kewangan bagi keseluruhan aktiviti
operasi perniagaan Koperasi TNB bagi tahun kewangan 2013 adalah berjumlah RM113,596,730 yang
membabitkan aktiviti-aktiviti yang berikut:
i) Pinjaman/pembiayaan berjumlah RM61,918,950.
ii) Jualan Kedai Koperasi TNB berjumlah RM29,989,303.
iii) Jualan KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd. berjumlah RM16,758,520.
iv) Premium Insurans berjumlah RM4,463,196.
v) Jualan Kedai Buku Koperasi TNB berjumlah RM173,631.
vi) Jualan Pekanbuku KopTNB berjumlah RM293,130.
Pendapatan kasar Koperasi pula memperlihatkan peningkatan yang ketara bagi tahun kewangan
2013, iaitu berjumlah RM19,564,010 berbanding dengan tahun 2012 yang berjumlah RM16,750,219.
Daripada segi keuntungan bersih pun menunjukkan peningkatan, iaitu berjumlah RM12,191,431 dalam
tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012 sebanyak RM11,122,607.
Manakala, daripada segi perbelanjaan, dalam tahun 2013, jumlah perbelanjaan Koperasi TNB ialah
RM7,372,579. Sementara itu, Koperasi TNB juga membayar dividen 19%, sama seperti dalam tahun
2012 yang sekali gus menggambarkan betapa kukuh kedudukan kewangannya.
Satu lagi perkembangan yang menarik dalam tahun 2013 ialah pertambahan anggota baharu Koperasi
TNB seramai 2633 menjadikan bilangan keseluruhannya 19,535 orang. Pertambahan bilangan anggota
ialah hasil daripada promosi dan insentif berterusan yang dilaksanakannya.
Pencapaian dan aktiviti Koperasi TNB serta anak-anak syarikat sepanjang tahun 2013 juga amat
memuaskan. Antara pencapaian dan aktiviti yang dilaksanakan ialah:
i) Pembukaan Rasmi Koptown Hotel, Segamat, Johor
ii) Pelancaran Web-Portal KTNB
Di samping itu, sepanjang tahun 2013, aktiviti pembiayaan/pinjaman kepada para anggota, kemudahan
simpanan boleh keluar, galakan penyimpanan melalui yuran, kepenggunaan dan perkhidmatan, dan
aktiviti pemerkasaan kebajikan para anggota terus dilaksanakan serta ditambah baik oleh Koperasi
TNB seperti juga tahun-tahun sebelum ini.
Kedudukan kewangan Koperasi TNB dalam tahun 2014 tetap kukuh, dan banyak aktiviti yang berjaya
dilaksanakannya. Aliran kewangannya bagi pelaksanaan keseluruhan aktiviti operasi perniagaannya
adalah berjumlah RM129,979,866 berbanding dengan dalam tahun 2013 sebanyak RM113,596,730. Aliran
kewangan tersebut adalah membabitkan pelaksanaan aktiviti yang berikut:
a) Pembiayaan/Pinjaman sebanyak RM72,992,689.
b) Jualan Kedai Koperasi TNB sebanyak RM32,337,301.
c) Jualan KTNB Travel &Tours sebanyak RM19,360,021.
d) Premium Takaful/Insurans sebanyak RM5,050,360.
e) Jualan Kedai Buku Koperasi KNB sebanyak RM239,495.
Bagi tahun kewangan 2014, pendapatan kasar yang diperoleh oleh Koperasi TNB terus meningkat, dan
jumlahnya ialah RM19,433,145. Manakala, keuntungan bersih sebelum cukai yang diperolehnya juga
meningkat kepada RM12,842,892 berbanding dengan tahun 2013 yang berjumlah RM12,191,431.
Keanggotaan Koperasi TNB dalam tahun 2014 juga menunjukkan pertambahan yang menggalakkan
dengan pertambahan anggota baharu seramai 2554 menjadi jumlah keseluruhannya 21,175 orang.
Sepanjang tahun 2014, Koperasi TNB juga berjaya meneruskan pelbagai aktiviti kepenggunaan dan
perkhidmatan, aktiviti perniagaan serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti tahun-tahun
sebelumnya, selain mengadakan beberapa aktiviti baharu seperti:
i) Pembiayaan/Pinjaman kepada Anggota.
ii) Simpanan Boleh Keluar.
iii) Kedai Koperasi TNB.
iv) KopTown@ILSAS.
v) Kedai Buku Uniten Muadzam Shah.
vi) Pusat Perkhidmatan Pelanggan (KSC).
vii) Anak Syarikat Koperasi TNB:KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd.
Koperasi TNB juga terus menjaga kepentingan dan kebajikan para anggotanya, termasuk ahli-ahli
keluarga mereka dengan melaksanakan berbagai-bagai aktiviti seperti sumbangan dan bantuan
pendidikan anggota, penghargaan kepada anggota setia, skim takaful/insurans, takaful/insurans
kenderaan, kumpulan wang, dan sebagainya.
Dalam pada itu, dalam tahun 2014, Koperasi TNB juga mendapat pengiktirafan yang mencerminkan
kecemerlangannya, di samping melaksanakan pelbagai program kebertanggungjawaban sosialnya,
dan kepedulian terhadap masyarakat Malaysia yang memerlukan. Antara pencapaiannya dan
keprihatinannya yang membanggakan ialah:
a) Menerima Anugerah Koperasi Terbaik Malaysia 2014.
b) Penubuhan Jawatankuasa Syariah.
c) Sumbangan untuk Mangsa Banjir.
d) Sumbangan Tabung Kemanusiaan 1TNB.
e) Pengubahsuaian Hotel KopTown Kuala Lumpur.
Prestasi Koperasi TNB sepanjang tahun 2014 adalah lebih baik berbanding dengan tahun-tahun
sebelumnya. Pastinya, prestasi tersebut akan terus ditambah baik dalam tahun 2015, dan tahun-tahun
seterusnya.
Tahun 2015 ialah ulang tahun ke-65 Koperasi TNB, dan kedudukan kewangan serta prestasi aktiviti
dan pelbagai pencapaian lain yang dikecapnya amatlah memberangsangkan. Keuntungan bersih
keseluruhannya sebelum cukai bagi tahun 2015 adalah meningkat berbanding dengan tahun
sebelumnya daripada RM12,842,892 kepada RM14,791,256. Bahkan, pemberian dividen sebanyak 19%
yang bermula dalam tahun 2012 berjaya dikekalkan.
Seperti tahun-tahun yang lepas, bilangan keanggotaan memperlihatkan pertambahan yang
menggalakkan, iaitu pertambahan 1,519 orang anggota baharu menjadi jumlah keseluruhan
keanggotaan 22,676. Pertambahan keanggotaan ini turut memberi sumbangan kepada peningkatan
pendapatan Koperasi TNB.
Dalam tahun 2015, Koperasi TNB meneruskan beberapa aktiviti terasnya, selain mengadakan
aktiviti-aktiviti baharu yang memberi manfaat kepada anggota-anggotanya seperti
Pembiayaan/Pinjaman kepada Anggota, Pembiayaan Bai’ Al-`Inah Gadai Janji, Pinjaman
Gadai Janji, dan Simpanan Boleh Keluar.
Koperasi TNB juga turut mengadakan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan demi kepentingan
anggota-anggotanya yang meliputi Kedai Koperasi TNB, KopTown@ILSAS, Kedai Buku Uniten
Muadzam Shah/KopTown@Muadzam, KopTown@HQ TNB Bangsar, Kafeteria, KopTown Hotel, dan
beberapa aktiviti yang dilaksanakan oleh Anak Syarikat Koperasi TNB.
Dalam konteks kebajikan anggota-anggotanya pula, termasuk ahli-ahli keluarga mereka, Koperasi
TNB terus mempergiatkan aktiviti kebajikan anggotanya yang meliputi aktiviti pendidikan anggota,
penghargaan kepada anggota setia, skim takaful, kumpulan wang, dan sebagainya.
Sesungguhnya, perlu juga dicatatkan bahawa dalam tahun 2015, Koperasi TNB menerima Anugerah
Koperasi Terbaik di Malaysia 2015. Kejayaan ini itu adalah berdasarkan prestasinya menduduki tangga
ke-14 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia. Di samping itu, Koperasi TNB meneruskan
keprihatinan dan kebertanggungjawaban sosial korporatnya dengan ikut serta dalam Sumbangan
Tabung Kemanusiaan 1TNB, dan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP).
Tahun 2015 juga mencatatkan bilangan pekerja Koperasi mencecah angka 80 orang—17 orang
eksekutif, dan 63 orang bukan eksekutif. Bilangan pekerja yang ramai ialah suatu gambaran tentang
kedudukan dan keberadaannya yang kukuh, stabil dan maju.
Prestasi Koperasi TNB sentiasa meningkat dan cemerlang dari tahun ke tahun, dan begitu juga dalam
tahun 2016. Ini dapat dilihat daripada meningkatnya keuntungan bersih keseluruhannya sebelum
cukai daripada RM14, 791,256 dalam tahun 2015 kepada RM16,851,163 dalam tahun 2016. Hasil daripada
keuntungan bersih itulah Koperasi TNB telah membayar dividen berjumlah RM11,221,297 dalam tahun
tersebut.
Sepanjang tahun 2016, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Koperasi TNB terdiri daripada:
i) Pembiayaan/Pinjaman kepada Anggota yang meliputi Pembiayaan Syariah,
Pembiayaan Bai’ Al-‘Inah Gadai Janji, Pinjaman Gadai Janji dan Pinjaman Peribadi;
ii) Simpanan Boleh Keluar.
Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan untuk kepentingan para anggota juga diteruskan dalam tahun
2016 seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara aktiviti itu termasuklah:
a) Kedai Koperasi TNB.
b) KopTown@ILSAS.
c) Kedai Buku Uniten Muadzam Shah/KopTown@Muadzam.
d) KopTown@HQ;
e) Kafeteria.
f) KopTown Hotel.
g) KopTiwn Events.
Bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan Koperasi TNB, Anak Syarikat Koperasi TNB seperti
KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd., dan KopTown Solutions Sdn. Bhd. meneruskan aktiviti-aktiviti
perniagaannya.
Dalam aspek penjagaan kepentingan dan kebajikan anggotanya, Koperasi TNB meneruskan program
pendidikan anggotanya, memberikan penghargaan kepada anggota setianya, menyediakan lima jenis
skim takaful, dan memberikan bantuan pelajaran, dan mengadakan anugerah anak cemerlang di
bawah Kumpulan Wang Pelajaran Raja Tan Sri Zainal.
Sebenarnya, pencapaian keseluruhan Koperasi TNB, dan anak syarikatnya sepanjang tahun 2016
cukup membanggakan. Dalam tahun ini sekali lagi Koperasi TNB menerima Anugerah Koperasi
Terbaik di Malaysia 2016, selain menggiatkan Program Sumbangan Banjir SKM Ibu Pejabat,
menganjurkan bersama Forum Perdana Ehwal Islam bersempena dengan Hari Koperasi Negara
Wilayah Persekutuan 2016, dan menerima kunjungan rasmi Pengarah SKM Wilayah Persekutuan dan
pihak pengurusan SKM ke Koperasi TNB, KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd. serta KopTown Hotel Kuala
Lumpur.
Koperasi TNB terus melangkah maju dalam tahun 2017, dan pencapaian keseluruhannya cukup
memberangsangkan. Ini jelas digambarkan oleh keteguhan kedudukan kewangan, dan keuntungan
bersih sebelum cukai yang dijananya dalam tahun tersebut. Berbanding dengan tahun 2016,
keuntungan bersih sebelum cukai yang diperolehnya ialah RM17,421,917, peningkatan sebanyak
RM570,285.
Aktiviti-aktiviti terasnya yang diteruskan dalam tahun 2017 meliputi:
1) Pembiayaan Syariah.
2) Pembiayaan Bai’ Al-‘Inah Gadai Janji.
3) Pinjaman Gadai Janji.
4) Pinjaman Peribadi.
5) Simpanan Boleh Keluar.
Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti perniagaannya seperti yang tersenarai di bawah juga diteruskan
dalam tahun 2017 memandangkan aktiviti-aktiviti tersebut ialah sumber pendapatan Koperasi TNB, di
samping yang disumbangkan oleh modal yuran:
a) Kedai Koperasi TNB.
b) KopTown@ILSAS.
c) Kedai Buku UNITEN Muadzam Shah/KopTown@Muadzam.
d) KopTown@HQ.
e) KopTown Hotel.
Dalam pada itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, anak-anak syarikat Koperasi TNB seperti KTNB
Travel & Tours Sdn. Bhd. yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan memberikan sumbangan yang
besar kepada pendapatan, dan kekukuhan kewangan Koperasi TNB. Begitu juga dengan KopTown
Solutions Sdn. Bhd., manakala Usaha sama Koperasi TNB, Polar Premium Gift Sdn. Bhd.& Esping
Corporation Sdn. Bhd. merupakan aktiviti terbaharu Koperasi TNB dalam industri pembekalan
barangan premium.
Bagi menjamin kebajikan dan kepentingan para anggota sentiasa terpelihara serta diutamakan,
Koperasi TNB meneruskan menyediakan pelbagai kemudahan, sekali gus memantapkan
aktiviti-aktiviti pendidikan anggota, penghargaan kepada orang yang setia, skim takaful, skim takaful
berkelompok Mutiara Plus, skim berkelompok ING, skim insurans kemalangan diri AIG, dan
takaful/insurans kenderaan, di samping meneruskan bantuan pelajaran dan anugerah anak
cemerlang di bawah Kumpulan Wang Pelajaran Tan Sri Zainal.
Tahun 2017 bolehlah dikatakan tahun yang amat menggembirakan bagi Koperasi TNB kerana dalam
tahun itulah beraneka anugerah diperolehnya serta barisan kepemimpinannya, di samping betapa
giatnya Koperasi TNB menempatkan dirinya sebagai koperasi yang dipandang tinggi di negara ini
dengan menganjurkan pelbagai acara besar:
1. Anugerah Tokoh Koperasi 2017 yang diterima oleh YM Raja Hang Tuah bin Raja
Iskandar, Pengerusi Koperasi TNB.
2. Anugerah Tokoh Koperator 2017 ANGKASA yang dianugerahkan kepada YM Raja
Hang Tuah bin Raja Iskandar, Pengerusi Koperasi TNB.
3. Anugerah Koperasi Terbaik di Malaysia 2017.
4. Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2017.
5. Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pelancong, Penjagaan Diri dan Kesihatan Hari
Koperasi Negara Wilayah Persekutuan 2017.
6. Anugerah Khas (Perak) Harta Intelek Sektor Koperasi bersempena dengan Hari
Intelek Negara 2017.
Keenam-enam anugerah tersebut jelas memperlihatkan betapa cemerlangnya pihak pengurusan,
dan betapa hebatnya Koperasi TNB. Tambahan pula, dalam tahun 2017, Koperasi TNB juga telah
membuktikan kehebatannya, sekali gus meningkatkan imejnya dengan menganjurkan bersama
Pertandingan Da’i Junior bersempena dengan Hari Koperasi Negara Wilayah Persekutuan 2017, selain
ikut menjayakan International Co-operative Alliance 2017 yang disertai oleh kesemua Anggota
Lembaga Koperasi TNB.
Tinggal dua tahun lagi untuk Koperasi TNB meraikan ulang tahun ke-70nya, dan dalam tahun 2018
pula pencapaiannya bolehlah dibanggakan. 22 aktiviti terasnya diteruskan dan dimantapkan
pelaksanaannya sepanjang tahun 2018. Antara pencapaiannya yang memberangsangkan ialah:
1) Menerima Anugerah Koperasi Terbaik di Malaysia 2018 berdasarkan kejayaan
Koperasi TNB menduduki tangga ke-13 Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia.
2) Menerima Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2018 bersandarkan
kejayaan Koperasi TNB menduduki tangga ke-8 dalam Profil 50 Koperasi Terbaik
Wilayah Persekutuan 2018
Seperti dalam tahun 2017, kesemua Anggota Lembaga Koperasi TNB telah menyertai Iinternational
Co-operativr Alliance 2018 yang berlangsung di Tehran, Iran yang dihadiri oleh 1,000 orang Koperator
dari serata dunia.
Dalam tahun 2019, Koperasi TNB, seperti tahun-tahun sebelumnya meneruskan usaha gigihnya untuk
memastikan semua aktiviti terasnya terlaksana dengan jayanya demi memperkukuh kedudukan
kewangannya, menjamin kepentingan anggota serta menyerlahkan keberadaannya sebagai koperasi
yang terkemuka di negara ini.
Kekukuhan sesebuah koperasi juga ditandai oleh bilangan keanggotaannya, dan bagi Koperasi TNB,
hingga 31 Disember 2019, bilangan anggota telah mencecah 22,947 orang. Di samping itu, kumpulan
wang rizab yang kukuh juga merupakan manifestasi kekukuhan sesebuah koperasi, dan dalam tahun
2019 Kumpulan Wang dan Wang Cadangan Koperasi TNB adalah berjumlah RM9,250,035, manakala
Kumpulan Wang Rizab Statutorinya adalah berjumlah RM25,359,310
Sementara itu, prestasi Koperasi TNB dalam tahun 2019 tekal membanggakan seluruh anggotanya, di
samping mencerminkan kecemerlangannya yang tiada duanya. Antara pencapaian cemerlang yang
diraihnya ialah:
a) Anugerah Koperasi Terbaik di Malaysia 2019.
b) Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2019.
c) Anugerah Khidmat Cemerlang Pengurusan Koperasi Wilayah Persekutuan 2019.
Dalam tahun 2019 juga, kesemua Anggota Lembaga Koperasi TNB adalah antara 1,000 orang
koperator dari seantero dunia yang telah menghadiri International Co-operative Alliance 2019 di
Kigali, Rwanda.
Menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke-70, dan untuk berdaya saing serta turut memberikan
sumbangan signifikan kepada pembangunan negara, Koperasi TNB akan sentiasa bersiap siaga untuk
mencemerlangkan pengurusannya, memperkasakan keanggotaannya, memperkukuhkan kedudukan
kewangannya, dan memperhebatkan keberadaannya.
Justeru, Koperasi TNB akan bergerak maju dan jitu berlandaskan lima strategi yang berikut sejajar
dengan Dasar Koperasi Negara yang telah ditetapkan:
Merangsang penglibatannya dalam sektor ekonomi bernilai tinggi.
Memantapkan keupayaan dan kebolehannya.
Mewujudkan dan meningkatkan keupayaan modal insannya.
Meningkatkan keyakinan warga TNB serta masyarakat terhadap gerakan koperasi.
Memperkukuhkan dan melestarikan koperasi melalui amalan pengurusan yang patuh
syariah.
DIRGAHAYU KOPERASI TNB.
HIJRAH
PEMANGKIN
SYARIAH
Pemangkin Amalan Syariah
Dalam Sesebuah Organisasi
N
Rencana ini akan menghuraikan secara ringkas kepentingan hijrah
sebagai pemangkin amalan syariah dalam sesebuah organisasi,
sekali gus akan menyingkap peri pentingnya Koperasi Tenaga
Nasional Berhad (Koperasi TNB) berpindah atau berubah daripada
amalan-amalan pengurusan yang konvensional kepada
amalan-amalan pengurusan yang mematuhi syariah demi
kesejahteraan dan keberkatan para anggotanya.
Hijrah dalam pengertian umum bermaksud berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat dan pergi
ke tempat yang lain. Dalam konteks tamadun Islam pula, hijrah bermaksud perpindahan umat Islam
dari Mekah ke Madinah demi memperkukuhkan kedudukan Islam. Dalam pengertian yang lebih luas,
pengertian hijrah adalah berhijrah atau berubah daripada yang tidak baik kepada perkara
yang lebih baik, daripada sikap negatif kepada positif, dan daripada tidak produktif
kepada yang produktif.
Peristiwa perhijrahan itu mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Rasullah SAW serta umat Islam
mempertahankan dan menyebarkan syiar Islam. Dengan semangat persaudaraan yang tulus ikhlas
dan iltizam yang jitu mereka sanggup meninggalkan segala kesenangan hidup dan keselesaan dunia
demi menyemarakkan Islam. Mereka juga tidak mendambakan keajaiban dalam usaha pembangunan
ummah, tetapi, sebaliknya rela meredah segala susah payah dan suka duka bersama.
Dilihat daripada perspektif berorganisasi seperti dalam Koperasi TNB, makna hijrah lebih menjurus
kepada peri perlu organisasi itu berhijrah daripada amalan berorganisasi dan prinsip pengurusan
yang konvensional dan tradisional sifatnya, serta yang tidak patuh syariah kepada amalan
berorganisasi dan prinsip pengurusan yang patuh syariah, yakni yang berlandaskan nilai-nilai Islam
yang sekali gus mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban sosial,etika, dan integriti.
Dalam pada itu, syariah atau syariat yang dimaksudkan dalam rencana ini adalah merujuk kepada
hukum Islam yang Al-Quran ialah sumber pertamanya. Menurut para ulama, syariah dalam
pengertian yang khusus mencakupi empat unsur yang utama, iaitu:
i) Ibadat, yakni aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT;
ii) Munakahat, yakni aspek yang mengatur urusan kekeluargaan.;
iii) Jinayat, yakni aspek yang mengatur tentang kesalahan jenayah, hukuman dan
kaedah perbicaraan; dan
iv) Muamalat, yakni aspek yang mengatur aktiviti kehidupan manusia, dan hubungan
sesama manusia, dan alam sekitar.
Kepatuhan syariah dalam sektor koperasi, khususnya yang berhubung kait dengan pengurusan
kewangan, pelaburan dan sebagainya, bukanlah sesuatu yang baharu. Bahkan, kepatuhan syariah
ialah penanda aras bagi menentukan kejituan operasi dan prestasi sesebuah organisasi, termasuk
dalam sistem kewangan Islam Koperasi TNB.
Justeru, patuh syariah ialah antonim kepada tidak patuh syariah. Dengan perkataan lain, sesuatu yang
tidak patuh syariah ialah sesuatu yang melanggar hukum-hukum Islam atau yang tidak halal. Sebagai
contoh, menurut Dr. Mohammad Nabil Ghanayim, profesor di Kuliah Universiti Kaherah, wang atau
harta yang tidak patuh syariah sebagai wang dan harta yang haram yang diperoleh melalui jalan-jalan
yang tidak syarie, yakni mengambil harta yang terdapat larangan ke atasnya atau terdapat balasan
(had) ke atas pelakunya atau terdapat janji buruk ke atasnya, atau yang dinamakan sebagai batil oleh
Allah SWT.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula mentakrifkan wang atau harta tidak patuh syariah
sebagai harta yang dimiliki dan diperoleh wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan,
rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans
konvensional, keuntungan pelaburan dalam sekuriti tidak patuh syariah, dan sebagainya.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa segala bentuk wang, harta, aset, pelaburan, produk, aktiviti dan
seumpamanya yang tidak mengikut hukum syarak diklasifikasikan sebagai sesuatu yang tidak patuh
syariah, khususnya yang akan perkaitan dengan operasi, transaksi, produk dan pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan oleh Koperasi TNB.
Sesungguhnya, banyak organisasi dalam sektor koperasi di negara ini telah melaksanakan pelbagai
operasi, transaksi dan aktiviti yang patuh syariah sesuai dengan perkembangan semasa, khususnya
disebabkan oleh saranan oleh pihak Kerajaan, dan permintaan oleh masyarakat yang semakin
meningkat terhadap produk, transaksi dan aktiviti yang patuh syariah.
Justeru, Koperasi TNB juga turut mengambil langkah proaktif untuk ikut serta menyemarakkan
program patuh syariah. Langkah pertama yang telah diambil oleh Koperasi TNB ke arah itu adalah
dengan mewujudkan Jawatankuasa Syariah. Pembayaran zakat dan sumbangan ialah satu daripada
program patuh syariah, selain melaksanakan aktiviti pembiayaan dan pinjaman kepada anggota yang
patuh syariah seperti pembiayaan syariah, pembiayaan Bai’Al-‘Inah Gadai Janji, pinjaman gadai janji,
dan pinjaman peribadi.
Koperasi TNB memang berhajat untuk berhijrah bagi memangkinkan operasi, transaksi dan
aktivitinya agar menjurus kepada pematuhan syariah, sekali gus untuk merealisasikan tujuan-tujuan
yang berikut:
A Membudayakan amalan pengurusan dasar,
operasi dan kewangan yang berlandaskan
syariah;
Memperbanyak aktiviti, proses dan produk
B yang mematuhi prinsip syariah untuk
ditawarkan kepada para anggota dan
pelanggannya;
Mempelbagaikan aktiviti kesedaran dan
C kefahaman tentang kepentingan patuh
syariah dalam kalangan anggotanya serta
ahli-ahli keluarga mereka.
D Memperkukuhkan kedudukan Koperasi TNB
sebagai satu dari koperasi utama di negara
ini yang patuh syariah.
Dengan hasrat yang tulus dan iltizam yang jitu serta sokongan padu semua anggotanya, hijrah
Koperasi TNB untuk memangkinkan syariah dalam segala dasar, pengurusan, operasi dan aktivitinya
pasti akan dicapai dengan jayanya.
2011-2020
IMBASAN
PROGRAM
/AKTIVITI
Aktivit
ti 2011
Aktiviti
2012
Aktivit
ti 2013
AKTAIVKITIVKIOTIPKEORAPESRI A20S1I 42014
AKTIVITI 2014
Bukit Kiara Equestrian & Conutry Resort Bukit Kiara Equestrian B&uCkiotnKuiatrryaREeqsuoersttrian & Co
Bukit Kiara Equestrian & CBounkuittrKyiaRreasEoqrtuestrian & Conutry Resort Bukit Kiara Equestrian & CBounkuittrKyiaRreasEoqrtuestrian &
Bukit Kiara EqBuuekBsiuttrkiKaitinaKr&iaarCEaqoEunqeuustertsyrtiraRianens&&orCCtoounnuttrryy RReessoortrt BuBkuitkiKtiKairaaraEEqqBuuueekssitttrriKiaainnar&&aCCEoqouunneutstrrytyrRiaRenseos&rotrCtonutry Resort
Bukit Kiara Equestrian & Conutry Resort
Bantuan Pelajaran RTSZ
Bant Tabung KemanBuuskiiataKnia1raTNEBquestrian & Co
Bukit Kiara Equestrian & Conutry Resort
Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Bukit Kiara Equestrian & Country Resort
Bukit Kiara EBquukietsKtirairaanE&qBuuCeBksouittnrkiKuaitintarKry&aiaRCEreqoaunsEeuostqrrtuyrieaRnsets&roiarCtnon&utCryoRneustoryrt Resort BuBkuitkiKt KiaiararaEEqqBuueksittrriKiaainanr&a&CECqoBunoueunksturtiytrtiraKRyneiaRs&roearCstoEonqrututerysRtreiasnort&
12 Berdaya Maju dan Kompetitif
Seminar Anggota Koperasi TNB Di Permai Hotel, Kuala Terengganu
BaBnBatnautnautaunnaPnPeePlaleajlaajrajaBarnaraanRnntTuSRRaZTnTSPSZBeZlaanjatruananRTPSeZlajaran R
Bantuan Pelajaran RTSZ Bantuan Pelajaran
BantBTaabnutnTgBaaKBbneautmunnatagnTnaTuKabsbueiaunmangngaK1KneeTmumNsaBainnauuassniiaaaa1nnT11TNTNBNBB
Bant Tabung Kemanusiaan 1TNBBant Tabung KemanusiaanBa1nTtNTBabung Kemanusiaan 1TNB
AKTIVITI 2014
onutry Resort Bukit Kiara Equestrian & Conutry Resort
Conutry Resort
onutry Resort Bukit Kiara Equestrian & Conutry Resort
Conutry Resort Cabutan Bertuah
Cabutan Bertuah
Bantuan Pelajaran RTSZ
RTSZ CaBbuatnantBuBaenatruntaunaPPheleajalraanjaRTrSZan RTSZ
n RTSZ
Cabutan Bertuah
AKTIVITI 2014
K
IFFTAR ramadhan Anak yatim Cabutan Bertuah
IftaIrFFRTaAmRadraanmbaedrhsaanmAanaankakyayatitmim IfItFaFr RTAamRardaamnabdehrsaanmAa nanaakkyyaattiimm
IFFTAR ramadhan Anak yatim
MAPT63 Langkawi IFFTAR ramadhan Anak yatim
CCaabbuuttaann BBeerrttuuaahh
IftaIFrFRTaAmRadraamn baedrhsaanmAanaankakyyaatitmim
Khursus GST
IFFTAR ramadhan Anak yatim
Barisan Anggota Lembaga Koperasi TNB Khursus GST
Barisan Anggota Lembaga Koperasi TNB IFFTAR ramadhan Anak yatim
Khursus GST MAPT63 Langkawi
Khursus GST
IFFTAR ramadhan Anak yatim
AKTIVITI 2014
LAPORAN TAHUNAN 2014
KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
IFFTAR ramadhan Anak yatim IFFTAR ramadhan Anak yatim
IFFTAR ramadhan Anak yatim
IFFTAR ramadhan Anak yatim
Barisan Anggota Lembaga Koperasi TNB
IFFTAR rBamaadrhiasnaAnnakAyantimggota Lembaga KopeKrhausrsuisTGNSTB
IFFTAR ramadhan Anak yatim
Barisan Anggota Lembaga Koperasi TNB
Berdaya Maju dan Kompetitif 13
BaBriasrainsaAnnAggnogtgaoLtaemLebmagbaaKgoapKeroapsei TraNsBi TNB MAPT63 Langkawi
MAPT63 Langkawi
IFFTAR ramadhan Anak yatim
Barisan ABngagortiasLaemnbaAganKgopgeroastiaTNLB embaga Koperasi TNB
Aktivit
ti 2015
AKTIVITI 2016
Pakej Korporat Untuk Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi TNB Kepada
dan Naib Presiden TNB Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
Kunjungan hormat Y.Bhg Dato’ Abdullah Mahmood,
Pengarah SKM dan Pegawai Kanan SKM W.Persekutuan
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi TNB Kepada
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
AKTIVITI 2016
Pakej Umrah dan Kembara Ilmu Bersama Ustaz Mohd Fauzi Musta a,
Personaliti Ilmuan Merangkap Duta Kembara Ilmu Koperasi TNB
Forum Perdana Hal Ehwal Islam Anjuran Bersama Koperasi TNB, Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim Sempena
KPDNKK dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Iftar Ramadhan Di Balai Islam Ibu Pejabat TNB
AKTIVITI 2016
Seminar Pengurusan Kewangan Berhemah Di Pullman Hotel Penyerahan Cek Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal
Bangsar, Kuala Lumpur Koperasi TNB Peringkat Wilayah Persekutuan
Seminar Anggota Koperasi TNB Di Permai Hotel, Kuala Terengganu
AKTIVITI 2016
Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Takaful Kenderaan oleh Majlis Jasamu Dikenang Di VE Hotel & Residence,
Y.M Raja Hang Tuah Raja Iskandar PMC, Pengerusi Koperasi TNB Bangsar South, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Pembukaan KopTown@HQ oleh Y.Bhg Datuk Wira Roslan Abd Rahman,
Ketua Pegawai Korporat TNB
AKTIVITI 2017
Kunjungan Koperasi BandarayaKu Berhad ke Koperasi TNB
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi TNB kepada Program Dai' Junior sempena Hari Koperasi Negara peringkat
Pusat Punguitan Zakat Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan
AKTIVITI 2017
Kunjungan Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad ke Koperasi TNB Majlis Hi-Tea bersama penyumbang korporat Infaq Lil-waqf
ANGKASA
Penyerahan sumbangan kepada Rumah Bakti Nur Syaheera
AKTIVITI 2017
Anjuran bersama TNB di Larian Obor Sukan Sea ke 15 Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Takaful Insurans Kenderaan
oleh YM Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar, Pengerusi Koperasi TNB
Majlis Penyampaian Jersey Pasukan Bola Sepak KL Metro
AKTIVITI 2017
Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pelancongan, Penjagaan Seminar Anggota Koperasi TNB di KopTown, Segamat
Diri & Kesihatan, Hari Koperasi Negara WP 2017
Seminar Khas Anggota Wanita di HIG Hotel, Pulau Langkawi
AKTIVITI 2018 CEPSI
Lawatan Koperasi Pegawai2 Kerajaan
Zakat
Blazer
Cabutan bertuah Jersey KOPTNB
AKTIVITI 2018
Seminar Anggota Pengurusan Kewangan Berhemah, Segamat
Seminar Anggota Pengurusan Kewangan Berhemah, Penang
AKTIVITI 2019
Seminar Perkongsian Ilmu Keusahawanan & Peluang Perniagaan
Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Takaful / Insurans Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi TNB
Kenderaan Oleh YM Haji Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar, Kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
Pengerusi Koperasi TNB
AKTIVITI 2019
Program Robotik Program Science, Technology, Engineering & Maths (STEM)
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan UPSR & SPM 2018
Aktivit
ti 2020
ANUGE
PENGIK
ERAH DAN
KTIRAFAN
2007
ANUGERAH SKM
i Anugerah Koperasi Negeri (W.Persekutuan)
ii Anugerah Utama HKN
ANUGERAH ING
iii In honuor of outstanding partnership
ANUGERAH JPK
iv Anugerah Khas (Aktiviti Kredit HKN)
v Piala Pusingan Hari Koperasi Negara
2010 iii
ANUGERAH SKM
i Sijil Penarafan Koperasi 4 Bintang
ANUGERAH RICOH
ii We Enrich You With Innovative
Solutions
ANUGERAH KURNIA
iii Scaling New Heights Towards 1.5B
i
ii
2011
ANUGERAH MAS
i Outstanding Sales Achievement " Silver Award"
ANUGERAH MAIWP
ii PPZ Wilayah Persekutuan
ANUGERAH KURNIA
iii Million Ringgit Producer "Insurans Kenderaan"
i ii iii
2012
ANUGERAH MAS
i Outstanding Sales Achievement " Silver Award"
ANUGERAH MAIWP
ii PPZ Wilayah Persekutuan
ANUGERAH KURNIA
iii Million Ringgit Producer "Insurans Kenderaan"
i ii iii
2013
ANUGERAH ANGKASA
i Sijil Pematuhan Pembiayaan Syariah
ii Pertandingan Futsal "Ketiga"
ANUGERAH SKM
iii Penghargaan SKM Wilayah Persekutuan
ANUGERAH MAIWP
iv PPZ Wilayah Persekutuan
i
ii iii iv