The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dipapansembilan, 2021-08-15 11:42:37

7 DEKAD KTNB

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

i) KEANGGOTAAN

Peningkatan bilangan keanggotaan daripada kalangan kakitangan
Lembaga Lektrik Negara amat memberangsangkan walaupun tidak
semua kakitangannya menjadi anggota. Sekitar 68 % kakitangan
menganggotai Koperasi pada tahun-tahun awal 1980-an, dan
peratusan itu meningkat kepada 76% dalam tahun 1986 daripada
jumlah keseluruhan kakitangan LLN seramai 24,550 orang.

ii) PERNIAGAAN

Koperasi seperti tahun-tahun sebelumnya juga melaksanakan
aktiviti-aktiviti perniagaan. Bahkan aktiviti perniagaannya semakin
rancak dengan sama ada mempergiatkan aktiviti-aktiviti
sebelumnya mahupun melaksanakan beberapa aktiviti baharu yang
memberi pulangan yang lumayan kepada Koperasi. Perkhidmatan
Pengguna yang merupakan aktiviti terbaharu Koperasi ialah
sebahagian daripada petunjuk betapa aktifnya Koperasi dalam
memperluas aktiviti perniagaannya.

a) Kop LLN Travel Sdn. Bhd.

Selaras dengan perkembangan dan persaingan dalam sektor perjalanan serta pelancongan yang kian
pesat, Koperasi juga ikut melakukan transformasi. Bermula sebagai ejen tempahan tiket kapal
terbang dalam tahun-tahun 1980-an, Koperasi mengambil langkah yang proaktif dengan
mentransformasikannya kepada Kop LLN Travel Sdn. Berhad, dan yang kemudiannya diubah kepada
Kop TNB Travel Sdn. Berhad—daripada hanya menjadi ejen penjual tiket kapal terbang, Kop LLN
Travel Sdn. Berhad telah menceburi bidang pelancongan.

Tahun-tahun 1980-an dan 1990-an memperlihatkan kerancakan Kop LLN Sdn. Berhad dalam
penganjuran pelbagai pakej pelancongan yang sekali gus memberi peluang kepada anggota-anggota
untuk melancong di dalam negeri, dan di luar negara.

Di samping melibatkan diri dalam pelbagai perniagaan yang menguntungkan, Koperasi tetap
memberikan perhatian yang utama kepada para anggotanya. Justeru, Kop LLN Sdn. Berhad telah
mengambil inisiatif untuk mengaturkan pakej-pakej umrah untuk para anggotanya, termasuk
ahli-ahli keluarga mereka. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kop LLN Sdn.
Berhad dengan agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

b) Kedai Kop LLN Sdn. Berhad

Bagi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti perniagaannya, Koperasi telah menubuhkan anak syarikat yang
diberi nama Kedai Kop LLN Sdn. Berhad dalam bulan Julai 1985, dan kemudian namanya diubah
kepada Kedai Kop TNB Sdn. Berhad. Aktiviti perniagaannya yang merupakan suatu entiti baharu itu
menjurus kepada penjualan barangan elektrik dan peralatan kelengkapan rumah.

Meskipun, jualannya menurun sedikit semasa berkuat kuasanya Akta Buruh yang diperkenalkan oleh
Tenaga Nasional Berhad, namun berkat langkah bijak Ahli Lembaga/Anggota Pengarah yang
memperkenalkan sistem bayaran alternatif secara ansuran 24 bulan atau 36 bulan melalui GIRO,
prestasi jualannya meningkat kembali, dan keuntungan daripada penjualan barangan elektrik dan
peralatan kelengkapan rumah Kedai Kop LLN Sdn. Berhad semakin meningkat.

Prestasi jualan Kedai Kop TNB sentiasa menaik grafnya, dan aktiviti perniagaannya sentiasa rancak,
serta turut mendapat kepercayaan jenama-jenama besar pada waktu itu. Maka, tidak hairanlah dalam
tahun 1992, Kedai Kop TNB telah dilantik sebagai pembekal barangan berjenama National, dan
termasuklah jenama Panasonic kepada MCCS.

c) Pasar Mini

Koperasi yang sentiasa kreatif dan inovatif, selain terlibat dalam perniagaan barangan elektrik dan
peralatan kelengkapan rumah, juga membuka Pasar Mini yang berdekatan dengan bangunan
Koperasi, dan terletak di pinggir kawasan Ibu pejabat Lembaga Elektrik Negara. Pasar Mini yang
menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan, dan pembelian secara kredit itu,
telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anggota-anggota Koperasi.

Dalam pada itu, bagi memberi manfaat kepada anggota-anggotanya yang di luar Lembah Kelang,
Koperasi membuka sebuah lagi Pasar Mini di kawasan Stesen Jana Elektrik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz, Kapar, Kelang yang sama kaedah urus niaganya dengan Pasar Mini di Kuala Lumpur. Berikutan
kejayaan memberangsangkan kedua-dua Pasar Mini itu, Koperasi mengorak langkah untuk membuka
kios di kafeteria Institut Latihan Ahmad Shah, Bangi.

Sepanjang kewujudannya, kedua-dua Pasar Mini itu telah membawa keuntungan yang lumayan
kepada Koperasi, dan memberi manfaat serta pulangan yang besar kepada para anggotanya dalam
bentuk dividen, di samping sebagai suatu bukti kejayaan Koperasi dalam melaksanakan program
Perkhidmatan Penggunanya. Namun, bak kata orang tua-tua, disangka panas sampai ke petang,
rupa-rupanya hujan pada tengah hari—begitulah nasib yang menimpa Pasar Mini Koperasi.
Kedua-dua Pasar Mini itu terpaksa memberhentikan operasinya—bukan disebabkan ketidakcekapan
pengurusannya, dan bukan juga berpunca daripada tiadanya sokongan para anggotanya, walau
bagaimanapun, semuanya natijah daripada pelbagai faktor luar jangka yang mendorong
anggota-anggotanya untuk mengehadkan pembelian mereka. Antara faktor itu ialah masalah sukar
yang dihadapi oleh Koperasi untuk mendapat bayaran balik pembelian secara kredit melalui potongan
gaji akibat daripada pengenalan Akta Buruh oleh Tenaga Nasional Berhad pada awal tahun-tahun
1990-an.

Sesungguhnya, penelitian terhadap akaun untung – rugi anak syarikat tersebut membuktikan bahawa
sedari Julai 1986 hingga 1993, anak syarikat itu telah menjana keuntungan yang cukup
memberangsangkan. Dalam tahun 1990, anak syarikat itu telah mencatat keuntungan sebanyak
RM69,042.00, manakala sebelum Akta Buruh diperkenalkan, jualan yang dicapai olehnya adalah
sekitar RM125,000.00 sebulan, tetapi telah menurun kepada RM75,000.00 sebulan—kerugian besar
yang dialami oleh Pasar Mini ialah RM100,378.00.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, akhirnya operasi Pasar Mini
terpaksa dihentikan dalam bulan Ogos 1995, selepas sembilan
tahun kewujudannya. Dalam pada itu, kios yang beroperasi di IKATAN/UNITEN masih kekal

mendapat sambutan yang berterusan daripada para pelajar dan kakitangan institusi tersebut.

d) Kedai Buku Kop TNB Berhad

Bidang perniagaan sentiasa terbentang luas untuk diceburi. Maka, dalam bulan Julai 1998, Koperasi
memulakan perniagaan baharu, iaitu perniagaan buku, dengan membuka Kedai Buku Kop TNB Berhad
yang terletak di kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Lokasinya yang strategik, dan sasaran pelanggan lumayan telah menjadikan Kedai Buku Kop TNB
Berhad berkembang maju dalam perniagaan buku dan alat tulisnya sehingga mencatat keuntungan
bersih sekitar RM60,986.00 pada peringkat awal operasinya. Prestasi jualan serta keuntungan bersih
yang menggalakkan itu merupakan faktor pendorong kepada Kedai Buku Kop TNB untuk senantiasa
melakukan pelbagai inovasi agar prestasi itu dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Langkah inovatif itu juga mendorong Koperasi untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan
matlamatnya tercapai, sekali gus untuk membina keyakinan dan kepercayaan untuk menjadi
pembekal alat tulis kepada UNITEN.

e) Kafeteria

Koperasi dalam usahanya untuk mempelbagaikan bidang perniagaannya sentiasa mengintai peluang
untuk menceburi aktiviti perniagaan yang baharu. Justeru, sekitar tahun 1983, Koperasi telah
mengusahakan kafeteria di bangunan Kelab Kilat di Jalan Pantai. Walaupun tidak mengalami apa-apa
kerugian, namun kafeteria itu dihentikan operasinya kira-kira setahun kemudian disebabkan masalah
pengendaliannya yang rumit.

Dalam tahun-tahun 1990-an, Koperasi meneruskan aktiviti perniagaannya dengan membuka kafeteria
di UNITEN serentak dengan pembukaan Kedai Buku Kop TNBnya. Kendatipun mendapat saingan yang
hebat, operasi kafeteria perlu diteruskan dengan harapan untuk jangka panjang, perniagaan itu dapat
menjana keuntungan yang menggalakkan.

iii) PELABURAN SAHAM

Tahun-tahun awal 1980-an memperlihatkan kesungguhan jitu
Koperasi untuk menceburi bidang pelaburan. Langkah bijak yang
diambil oleh Koperasi adalah memperuntukkan dana yang agar
besar bagi menambah modal saham yang sedia ada, dan untuk
membeli saham-saham baharu. Dalam pada itu, beberapa saham
yang tidak perlu dilupuskan, manakala saham-saham yang tidak
aktif dihapus-kirakan.

Kesemua aktiviti pelaburan saham yang dilaksanakan oleh Koperasi adalah demi memantapkan
kedudukan kewangannya, sekali gus untuk menambah baik kemaslahatan anggota-anggotanya.
Namun, sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, ada pasang surut dan turun naik—kita hanya
merancang, tetapi Tuhan yang menentukan buruk baiknya, dan berjaya atau tidak perancangan kita
itu.

Begitu jugalah takdir yang telah menimpa pelaburan saham Koperasi apabila ia mengalami kerugian
berjumlah RM 2,651,666.00 apakala keruncingan masalah dalaman Bank Kerjasama Pusat Berhad
turut mengakibatkan Koperasi kehilangan saham-saham bank berkenaan. Kerugian besar tersebut
amat mendalam kesannya kepada Koperasi, khususnya daripada segi pemberian dividen kepada
anggota-anggotanya. Walau bagaimanapun, berkat adanya simpanan yang kukuh dalam Tabung
Pengimbang Dividen, Koperasi, bagi tahun 1988, tetap memberi dividen sebanyak 2 % kepada
anggota-anggotanya—suatu manifestasi keprihatinan Koperasi terhadap kebajikan mereka.

Bak kata orang tua-tua, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Justeru, pengalaman lalu
yang perit telah menyedarkan Koperasi untuk lebih berhati-hati dan berhemat dalam aktiviti
pelaburannya. Beberapa tahun dalam dekad 1990-an, dan sementelahan pula negara turut
mengalami kegawatan ekonomi, Koperasi memperlahankan aktiviti pelaburan dan penanaman modal
sahamnya, selain meletakkan aktiviti penanaman modal sahamnya sebagai prioriti yang terbawah.

Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin pulih, dan sektor pelaburan kian stabil, Koperasi
kembali aktif untuk membuat pelaburan-pelaburan baharu dalam beberapa buah institusi perniagaan
yang berdaya maju seperti Ann Joo Resources, BCB Berhad, DeLLoyd Ventures Sendirian Berhad,
Johor Tenggara Oil Berhad dan K.N. Kenanga Berhad pada tahun 1996.

Koperasi terus membuat pelaburan sama ada dalam bentuk right issue ataupun warrants dalam
tahun 1997 dengan membeli saham Malaysia Pacific Land, Bernas, dan pelaburan yang agak besar
adalah dalam Inchcape Timuran.

iv) PROJEK PERUMAHAN

Kemajuan dan keberadaan sesebuah Koperasi juga turut ditentukan
oleh sokongan padu anggota-anggotanya. Dengan menyedari
hakikat peri perlunya kebajikan para anggotanya terus dijaga, dan
untuk memanifestasikan bahawa Koperasi sentiasa prihatin
terhadap hasrat anggota-anggotanya untuk memiliki rumah sendiri,
maka bermula dalam tahun 1982, Koperasi telah menggerakkan
projek perumahannya dengan mengadakan rundingan dengan
beberapa buah syarikat pemaju perumahan. Walau bagaimanapun,
rancangan perumahan secara berkelompok itu tidak diteruskan
disebabkan kurangnya sambutan daripada para anggotanya.

Hasrat untuk menyediakan rumah kediaman yang selesa dan mampu milik kepada
anggota-anggotanya tidak pernah pudar, bahkan peluang-peluang baharu sentiasa ditinjau. Oleh itu,
Koperasi dalam tahun 1984 telah berunding dengan sebuah syarikat untuk membeli sebidang tanah
seluas 14.75 ekar di Sungai Chua, Kajang bernilai �2.5 juta. Koperasi berjaya membeli tanah tersebut
dalam bulan Mei 1985.

Projek perumahan tersebut telah diserahkan pembinaannya kepada kontraktor Tetuan Binacon Sdn.
Berhad pada tahun 1986, dan kontraktor itu hendaklah membina lima jenis rumah kediaman dan
rumah kedai mengikut spesifikasi yang berikut:

a) 6 unit Rumah Kedai Dua Tingkat berharga �200,000 seunit.
b) 94 unit Rumah Berderet Sederhana Setingkat berharga �74,000 seunit.
c) 39 unit Rumah Berderet Sederhana Dua Tingkat berharga �98,000 seunit.
d) 33 unit Rumah Kos Rendah Dua Tingkat berharga �25,000 seunit.
e) 56 unit Rumah Pangsa Empat Tingkat berharga �20,000 seunit.



Dunia perniagaan sangat tidak menentu perkembangannya—ada waktu untung bertimbun, ada
ketikanya rugi berlipat ganda, dan ada kalanya jatuh muflis. Dalam konteks projek perumahan
Koperasi, ada jenis rumah yang cepat terjual, ada yang tidak terjual habis, dan ada jenis rumah yang
sukar dijual.

Misalnya hingga tahun 1992, rumah jenis berderet sederhana setingkat, dan rumah jenis berderet
sederhana dua tingkat tidak habis terjual walaupun turut ditawarkan kepada orang awam. Situasi
tersebut telah memaksa Koperasi menurunkan harga kedua-dua jenis rumah tersebut. Bagi rumah
berderet sederhana setingkat, daripada harga asal RM 65,000 telah diturunkan kepada RM 56,000, dan
rumah berderet sederhana dua tingkat pula diturunkan harga kepada RM 79,000 daripada harga asal
RM 98,000. Dalam pada itu, pihak LLN/TNB turut membantu Koperasi, dengan membeli blok rumah
pangsa untuk dijadikan rumah kediaman kakitangannya.

Seharusnya rumah-rumah yang telah dibina bagi memenuhi saranan anggota-anggotanya, dan telah
ditawarkan kepada mereka untuk membelinya dengan harga yang berpatutan, habis terjual. Namun
demikian, realitinya banyak unit rumah yang tidak terjual, dan implikasinya Koperasi terpaksa
menanggung dan menampung kerugian tersebut. Tambahan pula, pada yang masa yang sama,
Koperasi juga menghadapi saingan daripada pelbagai projek perumahan lain di sekitarnya.

Oleh itu, Koperasi memutuskan untuk menutup akaun ‘Skim Perumahan Anggota’ tersebut pada akhir
tahun 1994, meskipun harus menanggung kerugian bernilai RM 4,071,588.00. Kerugian besar itu
bagaimanapun telah diserapkan ke dalam dana Wang Cadangan Modal, dan dana Wang Cadangan
Modal Berkanun.

Kendatipun, dihadapkan dengan aneka masalah, cabaran dan dugaan, dekad 1980-an dan 1990-an,
Koperasi tetap berkembang maju serta cekal membina masa depan yang lebih cerah. Dua dekad
tersebut bolehlah dianggap sebagai Era Kemajuan kerana banyak kemajuan yang telah dicapai oleh
Koperasi sepanjang dua dekad tersebut seperti yang terserlah dalam sektor perniagaan, penanaman
modal saham, serta projek perumahan, dan pelaksanaan pelbagai kegiatannya yang meningkat dari
tahun ke tahun serta yang telah memberi manfaat kepada anggota-anggotanya.

Segala kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Koperasi sepanjang dua dekad tersebut juga
merupakan asas kukuh untuk Koperasi kekal berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan untuk
dekad-dekad mendatang.



v) MODAL YURAN DAN PINJAMAN

Bagi memastikan kebajikan para anggotanya sentiasa mendapat perhatian, Koperasi terus giat
memperkukuh program tabungan, simpanan dan pinjaman anggota-anggotanya. Kedudukan
kewangannya yang kukuh, dan tadbir urusnya yang cekap yang diwarisi dari Era Permulaan dan Era
Pengukuhan telah mengutuhkan keyakinan Lembaga Pengarah/Anggota Pengarah untuk
mempergiatkan program Caruman Modal Yuran.

Program Caruman Modal Yuran yang kekal menjadi sumber utama kewangan dan modal Koperasi
terus menjadi fokus utamanya, dan sepanjang dekad 1980-an dan 1990-an, caruman modal senantiasa
meningkat dari tahun ke tahun sejajar dengan peningkatan bilangan keanggotaan Koperasi.

vi) PINJAMAN PERIBADI DAN
PINJAMAN-PINJAMAN LAIN

Satu lagi perkara penting yang berkaitan dengan kebajikan para anggota Koperasi adalah mencegah
mereka daripada terperangkap dalam jerat peminjam-peminjam wang yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Koperasi sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada penyediaan kemudahan
pinjaman kepada para anggotanya, sekali gus menjadikan skim ini sebagai satu daripada sumber
pendapatan Koperasi. Bilangan peminjam dan pinjaman memperlihatkan peningkatan yang ketara
setiap tahun hingga mencecah jumlah RM 2 juta setahun, kecuali dalam tahun 1987, jumlahnya RM 1.23
sahaja. Dalam tahun 1991, jumlah pinjaman telah meningkat kepada RM 31.1 juta, dan disebabkan
Koperasi senantiasa menggalakkan para anggotanya untuk membuat pinjaman, di samping tiadanya
sekatan untuk membuat pinjaman, purata jumlah pinjaman terus meningkat setiap tahun hingga
mencecah RM 19 juta, dan pada akhir tahun-tahun 1990-an, pinjaman para anggota adalah berjumlah
RM 21.8 juta. Selain itu, pinjaman oleh kakitangan Koperasi baki terhutangnya sebelum melangkah ke
tahun 2000 adalah bernilai RM 1.49 juta.

Keupayaan Koperasi memberi pinjaman peribadi dan pinjaman-pinjaman lain yang jutaan jumlahnya
jelas menggambarkan betapa kukuh kedudukan kewangannya, dan betapa cekap pengurusannya,
sekali gus menunjukkan kemampuannya untuk kekal berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing
dalam alaf baharu yang lebih kompetitif.

vii) TABUNGAN DAN SIMPANAN

Program peduli kebajikan anggota tidak pernah diabaikan oleh Koperasi, bahkan sentiasa diperhebat.
Oleh yang demikian, di samping skim caruman modal yuran, pinjaman peribadi dan sebagainya,
Koperasi juga terus mengembangkan program tabungan dan simpanan sepanjang dasawarsa 80-an
dan 90-an. Hingga akhir dasawarsa 90-an sebanyak RM2,769,235.00 telah terkumpul dalam Kumpulan
Wang dan Wang Cadangan berbanding dengan tahun 1998 yang berjumlah RM2,104,218.00.

Peningkatan yang membanggakan turut terserlah dalam Kumpulan Wang Rizab atau Kumpulan Wang
Berkanun, dan berbanding dengan tahun 1998 yang berjumlah RM2,183,390.00, pada penghujung Era
Kemajuan jumlah wang terkumpul dalam Kumpulan itu menokok kepada RM2,563,064.00.

Pencapaian Koperasi dalam Simpanan Tetap pula tidaklah mengecewakan. Jika dalam tahun 1998
amaun Simpanan Tetapnya ialah RM2.1 juta, namun menjelang alaf baharu, jumlahnya ialah RM6.6
juta—suatu jaminan masa depan Koperasi bagi menghadapi zaman susah yang tidak dijangka, sekali
gus untuk memastikan kebajikan para anggotanya sentiasa terjamin dan terpelihara.



i) URUS SETIA DAN PENTADBIRAN

Sejajar dengan perkembangan semasa, Koperasi turut mengambil
inisiatif untuk melakukan banyak perubahan di semua peringkat
yang turut melibatkan:

a) Kakitangan

Jumlah Koperasi meningkat sejajar dengan situasi dan keperluan semasa, dan sepanjang
tahun-tahun 80-an. Peningkatan jumlah kakitangan Koperasi daripada 15 orang pada awal
tahun-tahun 80-an kepada 37 orang hingga akhir 1980-an adalah diselarikan kerancakan aktiviti
seperti Kop LLN Travel Sdn. Berhad, Pasar Mini, Kedai Kop LLN dan sebagainya yang dijalankan
olehnya, di samping disebabkan pengenalan sistem urus tadbir yang berbantukan komputer yang
mula digerakkan oleh Koperasi.

Peningkatan drastik bilangan kakitangan Koperasi adalah dalam tahun 1994 apabila jumlah
keseluruhannya adalah seramai 42 orang. Walau bagaimanapun, bilangan kakitangannya semakin
mengecil pada akhir 1990-an, yakni seramai 30 orang sahaja disebabkan beberapa operasi
perniagaannya ditutup.

Meskipun bilangan kakitangan semakin berkurangan, namun daripada segi tadbir urus tetap cekap,
cemerlang dan berkesan.

b) Tadbir Urus Berbantukan Komputer

Perkembangan semasa yang beralih daripada pentadbiran secara konvensional serta cara kerja
manual turut mendorong Koperasi untuk melakukan inovasi dalam tadbir urusnya. Koperasi juga
mula melaksanakan tadbir urus berbantukan komputer untuk mencekapkan, memantaskan dan
mencanggihkan tadbir urusnya.

Langkah proaktif Koperasi memperkenalkan sistem komputer dalam tadbir urusnya yang sudah
dimulakan pada awal 1980-an itu dilaksanakan secara berfasa, dan seperti juga yang berlaku di
pelbagai organisasi lain, pelaksanaan sistem itu menelan kos yang tinggi, selain melibatkan kos naik
taraf dan penyelenggaraan.

Akhirnya, dalam tahun 1994, sistem pengkomputeran pejabat lengkap sepenuhnya berjaya
dilaksanakan, sekali gus menandakan berakhirnya era pengurusan, penyimpanan, penyemakan,
pengemaskinian serta penyelenggaraan segala data, maklumat, dokumen dan akaun secara manual.

ii) KEBAJIKAN ANGGOTA

Kebajikan para anggotanya senantiasa menjadi keutamaan Koperasi kerana kejayaan dan
kelangsungannya banyak bergantung pada sokongan dan dukungan mereka. Demi memastikan
kebajikan anggota-anggota terus terjamin dan terjaga, barisan Lembaga Pengarah/Anggota
Pengarahnya. Sepanjang tahun-tahun 80-an dan 90-an, Koperasi senantiasa proaktif dan
bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya dengan melaksanakan
berbagai-bagai aktiviti ekonomi, perniagaan,kebajikan dan rekreasinya. Antaranya ialah:

a) LAWATAN SAMBIL BELAJAR
b) PROGRAM PENYIMPAN TERBAIK
c) PROGRAM PENDIDIKAN

a) Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar merupakan satu daripada aktiviti yang sangat popular, selain menjadi insentif
dan tanda penghargaan kepada anggota-anggota Koperasi yang taat setia sebagai anggota secara
berterusan selama 28 tahun, dan ke atas—anggota-anggota berkenaan diberikan peluang untuk
menyertai skim Lawatan Sambil Belajar. Dalam tahun 1991, syarat 28 tahun tersebut telah diturunkan
kepada 26 tahun untuk membuka peluang kepada lebih ramai anggota Koperasi untuk menikmati
skim ini.

Dalam tahun 1989, rombongan yang terdiri daripada 40 orang anggota setia telah mengadakan
lawatan ke Medan dan Danau Toba dengan sebahagian perbelanjaannya ditanggung oleh Koperasi,
manakala baki selebihnya ditanggung oleh anggota-anggotanya yang berkenaan. �200.00 sahaja
untuk tiap-tiap anggota.

Dalam tahun 1994, rombongan yang terdiri daripada 69 orang anggota serta suami atau isteri
masing-masing telah mengadakan lawatan ke Medan dan Danau Toba dengan Koperasi menanggung
kos �200 sahaja untuk setiap peserta rombongan. Dalam tahun 1995 pula, sekali lagi lawatan ke
Medan dan Danau Toba yang disertai oleh 42 orang anggota setia serta pasangan masing-masing
telah diadakan. Sementara itu, dalam taun 1996, rombongan yang terdiri daripada 44 orang anggota
setia serta isteri atau suami mereka telah melawat Medan dan Danau Toba seperti tahun-tahun
sebelumnya.

Bermula dalam tahun 1997, destinasi program Lawatan Sambil Belajar yang sebelum ini ialah Medan
dan Danau Toba ke destinasi lain. Kali ini, rombongan yang terdiri daripada 25 orang anggota setia
serta pasangan masing-masing mengadakan lawatan ke Jakarta. Dalam pada itu, rombongan yang
terdiri daripada 34 orang meneruskan Lawatan Sambil Belajar ke destinasi asal, Medan dan Danau
Toba.

Dalam tahun 1998 pula, destinasi baharu Lawatan Sambil Belajar ialah Kuching, Sarawak. Kali ini, ada
dua lawatan berasingan oleh rombongan anggota setia serta pasangan masing-masing yang terdiri
daripada 78 orang telah menyertai dua lawatan itu. Dalam tahun 1999 pula, empat Lawatan Sambil
Belajar berasingan yang terdiri daripada 153 orang anggota serta pasangan masing-masing telah
menyertai lawatan tersebut.

b) Program Penyimpan Terbaik

Koperasi juga terus memberi penghargaan kepada anggota-anggotanya, sekali gus untuk menyuntik
galakan kepada mereka kekal membuat simpanan yang konsisten dengan Koperasi demi manfaat
bersama.

Justeru, Koperasi memberikan cenderamata khusus sebagai penghargaan kepada anggota-anggota
yang mempunyai simpanan atau tabungan yang tertinggi dengan Koperasi. Tiga orang anggotanya
telah menerima cenderamata tersebut.

c) Program Pendidikan

Aspek pendidikan, khususnya pendidikan ke arah memberi pengetahuan dan kefahaman serta
memantapkan kesedaran anggota-anggota Koperasi tentang kepentingan berkoperasi amatlah
penting demi menjamin kelangsungan sesebuah koperasi. Maka, dengan mengambil kira saranan
dan pandangan para anggotanya, Koperasi telah membentuk Jawatankuasa Pelajaran yang terdiri
daripada seorang pengerusi, seorang setiausaha dan tiga orang ahli jawatankuasa.

Aspek pendidikan ini juga penting untuk para anggota Koperasi yang berkaitan kepentingan koperasi
serta apa-apa juga hal ehwal yang berkaitan dengan sektor tersebut, terutamanya untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peri penting berkoperasi dalam kalangan
anggota Koperasi. Aktiviti pertama yang diadakan oleh Koperasi untuk merealisasikan hasrat
tersebut adalah dengan mengadakan seminar yang berhubung kait dengan Prinsip-prinsip Koperasi
pada 21 September 1980 bertempat di Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, dan
seminar itu telah dihadiri oleh para anggotanya di sekitar Kuala Lumpur.

Beberapa siri seminar yang serupa juga telah diadakan di Kangar, Melaka dan Kuantan dalam bulan
Mac 1981, khusus untuk pada anggotanya dari utara, selatan dan timur. Seminar tersebut juga pernah
diadakan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah, Bangi bersempena dengan Mesyuarat Agung
Tahunan Perwakilan Koperasi. Usaha untuk memberi pendidikan, kefahaman serta latihan kepada
para anggota Koperasi tetap diberi perhatian khusus, dan pada awal dasawarsa 90-an, Koperasi telah
menghantar 39 orang anggotanya untuk menghadiri kursus asas tentang koperasi di Maktab
Kerjasama Malaysia. Dalam tahun 1994 pula, 23 orang anggotanya telah dihantar untuk mengikuti
kursus yang serupa, manakala 17 orang lagi anggotanya telah menghadiri kursus tersebut di Alor
Setar, Kedah.

Begitu juga dalam tahun 1995, Koperasi telah menghantar 30 orang anggotanya untuk mengikuti
Kursus Prinsip dan Amalan Koperasi yang diadakan di Maktab Kerjasama Malaysia, dan 31 orang lagi
mengikuti kursus tersebut di Kota Bharu, Kelantan. Manakala, dalam tahun 1998, 24 orang anggotanya
pula turut menghadiri kursus yang serupa, dan 49 orang lagi anggotanya menghadirinya yang
diadakan di Kuala Kangsar dan Kangar. Kursus yang serupa yang diadakan di Maktab Kerjasama
Malaysia dalam tahun 1999 turut diikuti oleh 15 orang anggota Koperasi, manakala kursus yang
diadakan di Kuantan telah dihadiri oleh 16 orang anggotanya.

Selain mengadakan seminar, dan menghantar anggota-anggota untuk mengikuti pelbagai kursus
berkaitan dengan prinsip dan amalan berkoperasi, Koperasi juga mempelbagaikan kaedah mendidik,
memaklumatkan, menyedarkan dan memahamkan anggota-anggotanya melalui penerbitan buletin,
selain mengeluarkan surat pekeliling dari semasa ke semasa. Dua siri buletin telah dikeluarkan
dalam tahun 1980 dan 1981 masing-masingnya, manakala dalam tahun 1982, hanya satu buletin sahaja
yang dikeluarkan.

iii) Skim Insurans Berkelompok

Skim Insurans Berkelompok yang diperkenalkan oleh Koperasi
dalam bulan Julai tahun 1987 telah memberi banyak manfaat
kepada para anggotanya, khususnya daripada segi perlindungan
yang meliputi faedah insurans nyawa dalam satu polisi. Satu lagi
manfaat peserta Skim Insurans Berkelompok ini ialah setiap
peserta yang polisi insuransnya telah genap satu tahun diberi
keistimewaan untuk memohon pinjaman peribadi tanpa penjamin.

Sebanyak 12 tuntutan bernilai �247,400 telah dibayar anggota-anggota atau waris mereka dari bulan
Julai hingga penghujung dasawarsa 80-an. Sementara itu, tuntutan bernilai �143,606.38 telah dibayar
kepada penghujung tahun pertama dasawarsa 90-an.

Peningkatan tuntutan yang ketara adalah dalam tahun 1991, dan 1995. Berbanding dengan tahun-tahun
sebelumnya, sebanyak 19 tuntutan dengan nilai �378,400.00 telah dibayar kepada para anggota atau
waris mereka dalam tahun 1991. Dalam tahun 1994 pula tuntutan bernilai �398,300.00 telah dibayar,
dan secara terkumpulnya tuntutan yang dibayar sejak Julai 1987 adalah bernilai RM2,187,365.00.

Jumlah tuntutan terus meningkat dalam tahun 1995 dan 1996, yakni 17 tuntutan bernilai �431,000.00
dalam tahun 1995, manakala, dalam tahun 1996 sejumlah �760,800.00 bagi 51 tuntutan. Dalam tahun
1997 pula, jumlah tuntutan ialah sebanyak 26 dengan nilai � 409,900.00. Secara keseluruhannya,
hingga penghujung dekad 90-an, 82 tuntutan dengan nilai RM1,223,573,573.00 telah dibayar kepada
waris-waris anggota Koperasi. Sebagai kesimpulannya, sejak Skim Insurans Berkelompok hingga
akhir dekad 90-an, Koperasi telah membayar pampasan penuh bernilai RM6,222,717.00.

Daripada segi bilangan dalam tahun-tahun awal 1990-an, sejumlah42% atau 7,625 orang anggota
telah menyertai Skim Insurans Berkelompok tersebut. Dalam pada itu, bilangan tersebut meningkat
dari tahun ke tahun, dan dalam tahun 1994 telah meningkat sebanyak 54% atau 9,711. Sementara itu,
dalam tahun 1997, bilangan anggota yang menjadi peserta skim insurans tersebut adalah seramai
11,259 orang atau 65% daripada jumlah keseluruhan bilangan anggota Koperasi.

Sebelum berakhirnya dekad 90-an, jumlah peserta Skim Insurans Berkelompok telah meningkat
kepada 69% atau 12,300 orang peserta daripada keseluruhan jumlah anggota Koperasi.
Sesungguhnya, Koperasi sentiasa mempelbagaikan insentif untuk faedah para anggotanya, dan
dalam tahun 1997, AETNA Universal Insurans telah menawarkan Skim Istimewa sebagai insentif
tambahan kepada peserta Skim Insurans Berkelompok yang kini meliputi pembayaran elaun kepada
peserta atau pasangan peserta skim tersebut yang diwadkan di hospital.

Koperasi, dalam tahun terakhir dekad 90-an, telah mewujudkan Skim Penyakit Kritikal yang
ditawarkan khas sebagai insentif tambahan kepada peserta Skim Insurans Berkelompok sahaja.

Keistimewaan Skim Penyakit Kritikal ini terdiri daripada:

a) Melindungi daripada 36 jenis penyakit;
b) Lanjutan bayaran pampasan kehilangan upaya kekal;
c) Elaun Harian Hospital; dan
d) Premium tambahan yang rendah, dan faedah tambahan yang
maksimum.

Seyogianya, Skim Insurans Berkelompok, Skim Istimewa dan Skim Penyakit Kritikal yang telah
diperkenalkan oleh Koperasi bukan sahaja memberi keuntungan kepada Koperasi, bahkan memberi
faedah yang besar kepada para anggotanya yang menyertai Skim Insurans Berkelompok khususnya.

iv) Hal Ehwal Lain

Sektor koperasi sangat luas, kompleks dan kompetitif, sekali gus menuntut Koperasi untuk
senantiasa proaktif untuk memastikan ia tidak terasing dari koperasi-koperasi lain. Dengan kata lain,
Koperasi perlu menjalinkan kerjasama dengan koperasi-koperasi lain, khususnya dalam hal ehwal
ataupun program-program yang dapat memperkukuhkan kedudukan, dan keberadaannya.

Menyedari hakikat dan keperluan itu, Koperasi, sedari Era Permulaan, Era Pengukuhan hinggalah ke
Era Kemajuan, dan dasawarsa-dasawarsa seterusnya, tekal menjalinkan kerjasama, bersinergi dan
bergabung dengan ANGKASA, Kesatuan Koperasi Malaysia (CUM) dan Kesatuan Koperasi Midlands
(MCU).

Seyogia, penggabungan dan sinergi berterusan antara Koperasi dengan kerabat-kerabat dalam
sektor koperasi ini cukup penting, bukan sahaja untuk memastikan Koperasi sentiasa tekal di mata
masyarakat, walau bagaimanapun, juga mempermudah Koperasi untuk memperoleh pelbagai
maklumat, acara serta peristiwa signifikan yang terkini dalam kalangan komuniti koperasi seluruh
negara. Di samping itu, dengan adanya penggabungan dan sinergi tersebut, pelbagai peluang terbuka
luas untuk saf kepimpinan serta barisan tadbir urus Koperasi untuk menghadiri pelbagai seminar dan
persidangan yang dianjurkan oleh kesatuan-kesatuan koperasi itu.

Satu lagi aspek penting, hasil daripada kerjasama intim tersebut ialah hal ehwal yang berhubung kait
dengan aspek pengauditan akaun-akaun Koperasi. Dalam konteks ini, Koperasi, dari semasa ke
semasa, telah melantik juruaudit luar yang bertauliah dan berdaftar dengan Kesatuan Koperasi
Malaysia untuk melakukan penyemakan dan pengauditan mana-mana akuan Koperasi. Penyemakan
dan pengauditan akaun-akaun Koperasi ini cukup penting untuk mencegah berlakunya salah laku,
pelanggaran tatacara kewangan, prosedur perolehan, dan sebagainya yang berkaitan dengan tadbir
urus Koperasi sejajar dengan Undang-undang Kecil Koperasi.

Sehubungan dengan itu, sepanjang tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, banyak juruaudit yang telah
dilantik oleh Koperasi untuk melaksanakan pengauditan akaun dan prosedurnya seperti Tetuan
Anthony Skelchy & Aziz, Tetuan Aljeffri & Rakan-rakan, Tetuan Sahir Kamal & Mohd. Noh serta Tetuan
Anuarul Azizan & Rakan-rakan.

Sesungguhnya, Koperasi sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan anggota-anggota.
Justeru, buat pertama kali Koperasi telah menambah dua lagi Mesyuarat Kawasan baharu, iaitu Shah
Alam dan Tampin dalam tahun 1991. Keputusan itu merupakan peluang pertama dan seterusnya untuk
anggota-anggota kedua-dua kawasan itu menjadi perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Perwakilan Koperasi.



RUMUSAN

Alkisah, sepanjang dekad 80-an dan 90-an, banyak pencapaian
yang membanggakan yang telah dikecap oleh Koperasi, di samping
ada juga peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku. Namun,
itulah resam kehidupan berkoperasi, bak kata orang tua-tua, bumi
mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak
melakukan kesilapan. Meskipun begitu, Koperasi tetap berusaha
agar pisang tidak berbuah kali.

Malang tak berbau, dan itulah yang berlaku kepada Koperasi, apabila terjadinya tiga peristiwa yang
telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Koperasi, sekali gus menjadi suatu peringatan
kepadanya untuk lebih berhati-hati pada masa-masa yang akan datang. Peristiwa pertama yang telah
mendatangkan mudarat dan menjadi titik hitam kepada Koperasi, khususnya kepada akaun untung –
ruginya dan juga pemberian dividen kepada para anggotanya dalam tahun 1988, adalah apabila
Koperasi terpaksa menghapus kira saham-sahamnya dalam Bank Koperasi Pusat. Syukurlah Tabung
Pengimbang Dividen Koperasi kukuh dan stabil simpanannya yang telah membolehkan segala
kerugian itu diserapkan dan ditimbal.

Kejadian kedua yang turut memudaratkan kedudukan kewangan dan merugikan Koperasi ialah
apabila projek perumahan anggota yang berjaya dilaksanakan olehnya atas saranan para anggotanya,
tetapi malangnya tidak mendapat sambutan hangat daripada anggota-anggotanya.

Seterusnya, pewujudan Pasar Mini yang pada dasarnya merupakan perniagaan yang amat
menguntungkan Koperasi kerana adanya pelanggannya yang cukup besar bilangannya daripada
kalangan anggota-anggotanya yang berpeluang menikmati harga barangan yang berpatutan, di
samping mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Walau bagaimanapun, tanpa diduga, Akta Buruh
yang telah mengetatkan peraturan potongan gaji untuk pembelian secara kredit telah menyebabkan
pembelian daripada para anggota Koperasi menurun secara mendadak, sekali gus menyebabkan
keuntungan Pasar Mini menurun, dan tidak dapat menampung kos operasi dan pengurusannya. Maka,
daripada mengalami kerugian yang berterusan, akhirnya Pasar Mini ditutup.

Apa pun yang telah terjadi, Koperasi tidak patah semangat, bahkan terus berusaha gigih untuk
memastikan kedudukannya dan keberadaannya terus kukuh, mampan dan telus. Bahkan, para
anggota Koperasi terus berdiri teguh dan setia di belakang Anggota Pengarahnya, sekali gus terus
memberi kepercayaan dan keyakinan yang utuh kepada Koperasi.

Dalam pada itu, memang tidak dinafikan kerugian yang ditanggung oleh Koperasi amat memedihkan
semua anggota Koperasi, namun, secara keseluruhannya, kedudukan kewangan dan ekonomi
Koperasi tetap kukuh. Malahan, aktiviti utamanya terus menunjukkan peningkatan serta kemajuan
yang cukup memberangsangkan. Contohnya, caruman dalam Tabung Modal Yuran dan Pinjaman
Peribadi terus meningkat yang sekali gus memberi pulangan dan pelbagai faedah yang lumayan
kepada Koperasi, dan anggota-anggotanya. Peningkatan yang ketara dan berterusan juga dapat
dilihat dalam beberapa simpanan Koperasi seperti Simpanan Tetap, Dana Cadangan Berkanun,
Tabung Pengimbang Dividen dan lain-lain.
Satu lagi kejayaan dan pencapaian Koperasi sepanjang dekad 80-an dan 90-an berbanding
dekad-dekad sebelumnya yang harus menjadi kebanggaan semua anggotanya ialah pengeluaran
dividen yang konsisten, purata 2% – 6 %. Tambahan pula, dividen yang dikeluarkan oleh Koperasi
adalah lebih baik daripada simpanan individu di bank-bank.
Sebagai rumusan, dekad 80-an dan 90-an ialah era yang memperlihatkan banyak kejayaan dan
kemajuan yang dicapai oleh Koperasi seperti yang telah dibincangkan dan dihuraikan di atas. Segala
pencapaian itu sudah tentu menjadi asas yang kukuh untuk Koperasi melangkah lebih gagah dan gah
dalam dekad mendatang.

(Rencana ini ditulis berdasarkan rencana yang disiarkan buku Tinjauan Lima Dekad Koperasi Tenaga Nasional Berhad 1951 – 2001)

1951-2011

BERDAYA
MAJU &
KOMPETITIF



Maka, pada tarikh keramat 1 Ogos 1951, tertubuhlah dan terdaftarlah
koperasi yang diberi nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan
Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad yang
disokong sepenuhnya oleh Pengurus Besar Lembaga Elektrik
Pusat. Pada waktu itu, Pengurus Besarnya ialah F.P. Egerton.

Pembinaan Asas

Bermula pada tarikh keramat itu, Koperasi mengorak langkah untuk melaksanakan kempen
pendaftaran anggota, dan kira-kira empat tahun kemudian, yakni dalam tahun 1955, bilangan anggota
berdaftar Koperasi adalah sebanyak 682 orang yang terdiri daripada pekerja Lembaga Elektrik Pusat
(LLP).

Pendapatan yang diperoleh Koperasi daripada caruman modal yuran anggota pula adalah berjumlah
RM265,211.23. Peningkatan bilangan anggota yang tinggi pada penghujung dekad 50-an, khususnya
dalam tahun 1959, yakni sebanyak 1120 orang turut meningkatkan caruman modal yuran kepada
RM623,090.11, suatu peningkatan hampir dua kali ganda.

Dalam tahun-tahun 50-an, kegiatan utama Koperasi tertumpu pada tabung modal yuran, pinjaman
peribadi, tabungan anggota dan pelaburan. Asas awal yang telah dibina itu telah membolehkan
Koperasi untuk mengukuhkan kedudukan dalam dekad 60-an dan 70-an.

Pengukuhan Kedudukan

Dekad 60-an dan 70-an menandakan bermulanya era pengukuhan kedudukan koperasi yang asas
telah dibina dalam dekad 50-an—pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk memperkukuhkan kedudukan
dan kemajuan Koperasi, sekali gus demi kemaslahatan anggota-anggotanya.

Program penambahan bilangan anggotanya terus dipergiatkan oleh Koperasi dengan membuka
keanggotaannya kepada kakitangan Lembaga Lektrik Pusat yang bergaji harian. Langkah yang pada
mulanya ditentang oleh majoriti anggota Koperasi ternyata telah membuahkan hasil yang
menggalakkan.

Dalam dekad 60-an Koperasi telah mempelbagaikan aktiviti demi memperkukuhkan kedudukannya
dengan menubuhkan berbagai-bagai dana yang mencakupi Dana Pendidikan, yang kemudiannya
dinamai Kumpulan Wang Pelajaran Raja Tan Sri Zainal, dan Dana Pendidikan Jubli Perak Kop LLN,
yang kemudiannya dinamai Kumpulan Wang Pinjaman Pelajaran Jubli Perak.

Dalam tahun 1972, Koperasi mengambil satu lagi langkah bijak dengan menubuhkan Tabung Khairat
Kematian, yang kemudiannya diberi nama Kumpulan Wang Khairat Kematian dengan tujuan
mempelbagaikan aktiviti serta memperluas fungsinya.

Di samping memperkukuh pelaburan yang sedia ada, Koperasi meneruskan peningkatan
pelaburannya dalam beberapa buah syarikat, dan juga menceburi pelbagai bidang perniagaan yang
lain. Tahun-tahun 1990-an memperlihatkan keaktifan Koperasi menyediakan khidmat penjualan tiket
kapal terbang kepada Lembaga Lektrik Negara, dan orang awam. Menyedari betapa besarnya hasil
dan pulangan daripada sektor perkhidmatan ini, telah mendorong Koperasi menubuhkan Kop LLN
Travel pada 18 Oktober 1979.

Dalam tahun 1965, nama Koperasi Lembaga Lektrik Pusat ditukarkan kepada Koperasi Lembaga
Lektrik Negara sejajar dengan usahanya untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya serta
memperluas pelbagai aktivitinya yang lain, di samping untuk memanifestasikan Koperasi sebagai
organisasi yang berpandangan jauh. Sehubungan dengan itu, untuk memusatkan, memantapkan dan
mencekapkan tadbir urus dan operasinya, sekali gus sesuai perkembangan serta perubahan semasa,

dalam tahun 1977, Koperasi telah membeli sebuah bangunan empat tingkat setengah di
Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Bangunan berharga RM365,000 itu, dan yang turut
menempatkan ibu pejabatnya ialah harta tak alih yang pertama yang dimiliki oleh

Koperasi.

Penjanaan Kemajuan

Kejayaan dan kemajuan Koperasi yang memberangsangkan dalam dasawarsa 80-an jelas
memperlihatkan betapa berwawasannya, berpandangan jauhnya serta berkeprihatinannya Anggota
atau Lembaga Pengarah Koperasi, di samping menunjukkan bahawa para anggotanya senantiasa
berkeyakinan dan berkepercayaan untuk ikut serta memajukan Koperasi demi kelangsungannya.

Pertambahan bilangan anggotanya yang turut melibatkan pengurusan maklumat dan akaun yang
semakin banyak dan kompleks. Faktor untuk telah menyebabkan para kakitangan Koperasi perlu
bekerja lebih kuat lagi, selain perlu untuk mengubah cara kerjanya daripada cara konvensional
kepada digital sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi yang cukup pesat pada waktu itu.

Koperasi juga turut mengalami perubahan-perubahan lain dalam dekad 90-an, dan yang paling

menarik ialah perubahan nama koperasi dalam tahun 1991 kepada Koperasi Tenaga
Nasional Berhad atau singkatannya Kop TNB. Perubahan nama yang turut membabitkan

pindaan Undang-undang Kecil Koperasi adalah selari dengan nama baharu Tenaga Nasional Berhad.

Penerokaan Bidang Perniagaan

Bidang perniagaan merupakan satu daripada aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan yang
tinggi, dan menjadi sumber kewangan penting. Justeru, dalam tahun-tahun 80-an Koperasi memberi
tumpuan khusus kepada bidang tersebut, di samping meneruskan pelbagai aktiviti lain yang boleh
memperkukuhkan kedudukan kewangannya serta memberi manfaat besar kepada kebajikan
anggota-anggota Koperasi.

Selain aktif dalam bidang pelaburan dalam bentuk penanaman modal, dan giat dalam pelbagai aktiviti
utamanya yang lain, Kop TNB mengorak langkah yang lebih berani untuk menceburi bidang
perniagaan secara lebih aktif, termasuk melaksanakan pelbagai transformasi. Antara transformasi

yang diberi keutamaan oleh Koperasi ialah penambahan pakej pelancongan dan umrah
dalam bidang perniagaan Kop LLN Travel.

Di samping memberi tumpuan kepada pembelian saham baharu sebagai tambahan kepada modal
saham yang sedia ada, Koperasi juga turut memperluas bidang perniagaannya dengan menubuhkan

Kedai Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Kedai Buku Koperasi Tenaga Nasional Berhad,
pasar mini dan kafeteria.

Dalam tahun-tahun 80-an juga, Koperasi turut menceburi bidang pembinaan perumahan dengan
melaksanakan Projek Perumahan Anggota, hasil daripada saranan para anggotanya. Walau
bagaimanapun, projek itu kurang mendapat sambutan daripada anggotanya.
Kejayaan dan kemajuan yang memberangsangkan yang dicapai oleh Koperasi sepanjang dekad 80-an
dan 90-an jelas terbukti dengan wujudnya tabungan dan simpanan Kop TNB yang cukup kukuh.
Bahkan, caruman modal yuran Kop TNB tidak pernah mengalami penyusutan hingga berakhirnya
dekad 90-an.

Sesungguhnya, dekad 80-an dan 90-an juga memperlihatkan kepelbagaian dan kepesatan yang
ketara dalam aktiviti Koperasi yang sekali gus mencerminkan kejayaan dan kemajuannya.
Perkembangan yang kompleks dan pesat itu turut mendorong Koperasi untuk menambah bilangan
kakitangannya yang dalam tahun 1994 berjumlah 42 orang, di samping untuk melicinkan tadbir
urusnya.

Selain perkembangan dalam urus tadbirnya, Koperasi juga memberi penekanan kepada program
pendidikannya. Berikutan daripada permintaan para anggotanya, dan seperti yang telah diluluskan
dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunannya, Kop TNB menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran
yang berjaya menganjurkan pelbagai seminar, khususnya yang berhubung kait dengan prinsip dan
amalan koperasi.

Jawatankuasa Pelajaran ini juga turut menghantar para anggotanya menghadiri pelbagai kursus
sebagai pendedahan, latihan dan peningkatan ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka. Di samping
itu, Jawatankuasa Pelajaran juga mengeluarkan buletin sebagai medium untuk menyampaikan
pelbagai maklumat dan mesej kepada para anggotanya tentang perkembangan serta hal ehwal
terkini koperasi.

Dalam konteks kebajikan anggota pula, Koperasi telah memperkenalkan Skim Insurans Berkelompok
yang meliputi faedah insurans nyawa dan kemalangan dalam satu polisi kepada anggotanya.

Koperasi juga amat menitikberatkan ketelusan, ketirisan dan kecekapan pengurusan pelbagai
akaunnya. Justeru Koperasi telah melantik juruaudit luar yang bertauliah yang berdaftar dengan
Kesatuan Koperasi Malaysia untuk melaksanakan pengauditan semua akaunnya.

Sebagai kesimpulan, tahun-tahun 1980-an dan 1990-an merupakan
era yang telah memperlihatkan kejayaan, kemajuan dan
pencapaian yang cemerlang yang telah dicapai oleh Koperasi.



Bergerak Maju ke Era Baharu

Sejak ditubuhkan pada 1 Ogos 1951 hingga kini, Koperasi senantiasa prihatin, komited dan
bersungguh-sungguh dalam memperkukuhkan kedudukannya serta memperkasakan keberadaannya
demi mencapai hasratnya menjadi satu dari koperasi yang terkemuka, berdaya maju dan berdaya
tahan di negara ini, sekali gus sebagai koperasi yang terkenal dalam memberi perkhidmatan terbaik
kepada para anggotanya.

Dalam era baharu dan abad ke-21 ini, berkat kemajuan yang dibinanya dalam dekad-dekad sebelum
ini, banyak pencapaian yang telah dikecap oleh Koperasi yang turut memanifestasikan
kecemerlangan dan kegemilangannya. Antara pencapaiannya yang mendapat penghargaan dan
pengiktirafan oleh pelbagai pihak berwibawa ialah:

I) ANUGERAH KHAS (AKTIVITI KREDIT) BERSEMPENA HARI
KOPERASI NEGARA 2007.
II) ANUGERAH UTAMA KOPERASI NEGARA 2007 PERINGKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN.
III) SIJIL PENARAFAN KOPERASI (EMPAT BINTANG) DARIPADA
SURUHANJAYA KOPERASI DALAM TAHUN 2008.

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diperoleh oleh Koperasi itu sudah tentu menjadi Inspirasi
dan motivasi untuk Koperasi berusaha lebih gigih lagi demi memastikan segala visi dan misi dicapai
dengan jayanya serta cemerlangnya. Sedari penubuhannya hingga kini, semua misi dan janji yang
dihasratkannya telah dicapai sepenuhnya, dan kejayaan itu merupakan pembinaan asas yang kukuh
untuk terus mencipta pelbagai kecemerlangan, khususnya dalam aspek-aspek yang berikut:

A) PERTAMBAHAN KEANGGOTAAN YANG SETIA;

B) KEPIMPINAN YANG BERWIBAWA DAN BERWAWASAN;

C) PENGURUSAN OPERASI DAN KEWANGAN YANG BERSIH, CEKAP DAN AMANAH;

D) PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM YANG PRAGMATIK; DAN

E) PELAKSANAAN MODEL PERNIAGAAN YANG STRATEGIK.

Daripada segi pertambahan bilangan anggotanya, hingga 31 Disember 2010 keanggotaan Kop TNB
telah mencecah 18,486 orang, kesan dari dasar membuka keanggotaan Kop TNB kepada kesemua
warga kerja TNB, dan anak-anak syarikat TNB, termasuk kepada pekerja bergaji hari TNB. Faktor lain

yang turut menyumbang kepada pertambahan mendadak anggota Kop TNB ini ialah
wujudnya keyakinan dan kepercayaan pelbagai pihak terhadap kekukuhan, kehebatan
serta kecemerlangannya.

Pencapaian cemerlang yang telah dicapai oleh Kop TNB jelas terbukti apabila aset yang dimilikinya
kian meningkat dari semasa ke semasa. Berbanding dengan pada tahun 2006, hingga akhir tahun

2010, jumlah aset terkumpul Kop TNB telah mencecah RM103 juta, peningkatan sebanyak RM18 juta.

Peningkatan ketara juga dapat dilihat dalam jumlah kumpulan wang, iaitu dalam tahun

2010 jumlahnya ialah RM91 juga berbanding dengan RM78 juta dalam tahun 2006—peningkatan
sebanyak RM13 juta dalam tempoh empat tahun.

Peningkatan yang ketara juga dapat dilihat dalam aspek jumlah keseluruhan operasi yang telah
mencapai tahap stabil dalam tahun 2009 dan 2010. Jumlah keseluruhan operasi dalam tahun 2006

ialah RM48.8 juta, dan dalam tahun 2007 jumlah itu telah meningkat kepada RM73.6 juta. Manakala,
dalam tahun 2009 dan 2010 jumlah keseluruhan operasi adalah stabil, dan jumlah yang dicatatkan
ialah RM74.9 juta (2009) dan RM75.1 juta (2010).

Kemajuan dan kejayaan menggalakkan Kop TNB juga digambarkan oleh peningkatan keuntungan
bersih yang diperolehnya dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2006, keuntungan bersih yang dicatatnya
ialah RM6.8 juta, manakala dalam tahun 2009 keuntungan bersihnya ialah RM7.8 juta. Dalam pada itu,

peratusan dividen syer dan yuran juga meningkat peratusannya yang sekali gus

memperlihatkan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Kop TNB telah berjaya menjana pendapatan
yang turut menstabilkan serta memperkukuh kedudukan kewangannya.

Hingga akhir tahun 2010, dan juga sebagai kesinambungan dekad-dekad sebelumnya, enam aktiviti
perniagaan utama yang dilaksanakan oleh Kop TNB mencakupi:

i) Pinjaman dan pembiayaan

Penyediaan kemudahan pinjaman dan pembiayaan ini diwujudkan untuk memastikan kebajikan
anggota-anggota Kop TNB lebih terjamin, khususnya untuk mencegah mereka daripada terjebak
dengan para peminjam yang tidak bertanggungjawab, di samping menjadi satu daripada sumber
pendapatannya. Dalam konteks ini, Kop TNB menawarkan dua jenis pinjaman dan pembiayaan, iaitu :

a) Pinjaman dan pembiayaan tunai

Kop TNB menawarkan pinjaman dan pembiayaan tunai yang meliputi pinjaman berinsurans, pinjaman
penjamin, pinjaman gadai janji, pinjaman Bai Al-Inah serta pembiayaan Ihsan Al-Qadhul antara
RM22,000 hingga RM50,000 atau bersamaan dengan sembilan (9) kali gaji dengan kadar faedah 6.3%
setahun.

b) Pinjaman barangan dan perkhidmatan

Had pinjaman yang diberikan untuk pinjaman barangan dan perkhidmatan pula ialah RM15,000 dengan
kadar faedah 6.3% dengan bayaran balik selama 48 bulan. Di samping itu, levi pinjaman sebanyak satu
peratus juga dikenakan kepada para peminjam.

ii) Kedai Kop TNB

Kedai Kop TNB yang menawarkan penjualan barangan dengan harga yang berpatutan juga menjadi
satu daripada aktiviti perniagaan yang dapat menjana pendapatannya, di samping memberi manfaat
yang besar kepada anggota-anggotanya.

Di samping itu, Kedai Kop TNB mengadakan pelbagai aktiviti sebagai daya tarikan untuk menarik lebih
ramai pelanggan, sekali gus untuk meningkatkan jualannya. Contohnya, mengadakan jualan promosi
dan potongan harga istimewa beberapa barangan elektrik, serta menawarkan pakej-pakej pembelian
yang menarik.

iii) Kop TNB Travel & Tours

Aktiviti perniagaan yang diadakan oleh Kop TNB Travel & Tours sentiasa dipelbagaikan untuk menjana
lebih banyak pendapatan, sekali gus untuk memudahkan urusan anggota-anggotanya yang ingin
melancong di dalam atau di luar negara. Oleh itu, selain menyediakan perkhidmatan penjualan tiket
penerbangan domestik dan antarabangsa, Kop TNB Travel & Tours menawarkan pelbagai pakej
pelancongan serta perkhidmatan tempahan hotel di serata dunia, perkhidmatan kereta sewa dan bas,
insurans perjalanan dan juga pakej umrah dan ziarah dengan menawarkan penginapan di hotel-hotel
terpilih.

Sokongan padu para anggota merupakan satu daripada faktor utama yang akan menentukan
kelangsungan atau survival sesebuah koperasi. Lantaran menyedari peri pentingnya kesetiaan serta
kesepaduan sokongan para anggotanyalah, maka Kop TNB Travel & Tours mengadakan pelbagai
program khusus untuk menghargai sumbangan mereka.

Antara program yang cukup bererti kepada para anggotanya ialah Anugerah Anggota Setia yang
dikhususkan untuk menghargai dan mengiktiraf kesetiaan mereka bersama Kop TNB, dan mereka
yang setia bersama Kop TNB selama 20 tahun diberi peluang untuk menyertai pilihan lawatan anjuran
Kop TNB dengan RM250 dibiayai oleh Kop TNB. Sepanjang tahun 2010, seramai 481 orang anggota
yang melibatkan peruntukan berjumlah RM120,000 telah disumbangkan kepada para penerima

Anugerah Anggota Setia ini.

iv) Kedai Buku Koperasi TNB

Kedai Buku Kop TNB yang beroperasi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, dan di
UNITEN, Muadzam Shah, Pahang juga merupakan satu daripada aktiviti perniagaan Kop TNB yang
turut memperkukuhkan kedudukan kewangannya.

Kedai Buku Kop TNB ini menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan yang meliputi penjualan
buku teks, dan buku rujukan yang meliputi berbagai-bagai bidang ilmu untuk para pelajar dan
pensyarah institusi pengajian tinggi. Kedai Buku Kop TNB juga menjual pelbagai cenderamata dan alat
tulis berlogo UNITEN, selain menjual pelbagai majalah terkini.

v) Insurans Motor serta Nyawa

Dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaannya, Kop TNB dapat mempertingkatkan. Pendapatannya,
dan satu daripada perniagaan yang memberi pulangan yang besar kepadanya ialah perkhidmatan
insurans motor dan nyawa. Insurans-insurans yang ditawarkannya termasuklah Insurans Am,
Insurans Kenderaan/Motor, Insurans Nyawa Berkelompok dan Insurans Perjalanan.

Pembabitan Kop TNB dalam bidang perniagaan ini, bukan sahaja menjadi sumber pendapatannya
yang besar, walau bagaimanapun, turut menjadikannya agen beberapa prinsipal insurans terkemuka
di negara ini seperti ING, ETIQA, Kurnia dan MCIS.

vi) Pusat Perkhidmatan Pelanggan Koperasi TNB

Kebajikan dan kemaslahatan para anggotanya sentiasa menjadi keutamaan Kop TNB kerana itulah
kunci kejayaan dan kelangsungannya. Justeru, Kop TNB mewujudkan Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Kop TNB yang beroperasi di ibu pejabat TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Dengan adanya pusat tersebut, para anggota Kop TNB bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan, bahkan memberi peluang kepada warga kerja TNB, Bahagian
Komunikasi Korporat TNB serta pelawat TNB untuk bersua muka dan berinteraksi, sekali gus
berpeluang mendapatkan pelbagai cenderamata dengan harga yang berpatutan.



RUMUSAN

Maka, setelah melalui dekad-dekad yang penuh cabaran dan dugaan, akhirnya Kop TNB dapat
mempertahankan kecemerlangannya serta memperkukuhkan kedudukannya sebagai satu dari
koperasi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Segala pencapaian cemerlang dan kejayaan gemilangnya itu sudah pasti akan dipertahankan serta

dilestarikannya untuk dekad-dekad mendatang yang lebih dinamik, dan kompetitif. Apa pun
dengan adanya pengurusan yang bersih, cekap, amanah dan
berwawasan, dan perancangan perniagaan yang strategik serta
sokongan padu anggota-anggotanya yang tidak berbelah bahagi
kesetiaan mereka, Kop TNB pasti lestari untuk meraikan ulang
tahunnya yang ke-100 tahun nanti.

2011-2020

MERAI
KECEMERLA
MENJULANG
KEGEMILANG

ANGAN
G
NGAN

Kejayaan dan keupayaan Kop TNB untuk tekal cemerlang, sekali
gus menjadi antara koperasi di negara ini yang terkemuka ialah
hasil daripada pengorbanan bermakna, daya usaha gigih dan
sokongan jitu pelbagai pihak, khususnya saf Pengurusan Tertinggi
TNB, barisan kepimpinan Kop TNB, dan sekalian keanggotaannya
dari seluruh Semenanjung Malaysia. Kerjasama padu dan jitu
dalam kalangan semua pihak itulah yang menjadi tunjang kejayaan,
kecemerlangan dan kelangsungan Kop TNB.

Berbekalkan visi dan misi yang realistik serta strategik, Kop TNB terus mengorak langkah untuk
meraih pelbagai kejayaan dan mencipta aneka kecemerlangan yang akhirnya membolehkannya
bertahan hingga mencecah usia 70 tahun. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, Kop TNB kekal, tekal dan
cekal melangkah maju demi memastikan segala program dan aktivitinya tidak lari daripada visi serta
misinya.

Sepanjang tahun 2011, Kop TNB telah melaksanakan berbagai-bagai aktiviti yang memperlihatkan
pencapaian yang amat membanggakan, khususnya dalam beberapa aktiviti utamanya yang
mencakupi pinjaman kepada anggota, simpanan boleh keluar, yuran, kepenggunaan dan
perkhidmatan, kebajikan anggota, sambutan ulang tahun ke-60nya, dan dalam urus tadbirnya.

Dalam aktiviti pinjaman kepada anggotanya, sejumlah RM59,202,700 telah diluluskan, dan satu
perkembangan yang menarik dalam tahun 2011ialah, berkuat kuasa pada 11 Julai tahun tersebut, had
pinjaman/pembiayaan telah ditingkatkan kepada RM25,000 berbanding RM22,000 tahun-tahun
sebelumnya.

Dalam konteks pembiayaan syariah pula, sejumlah RM3,363,700 juta pinjaman telah diluluskan,
manakala sejumlah RM2,750,400 juta telah diluluskan bagi Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan. Bagi
Pinjaman Gadai Janji pula, baki pembiayaannya hingga 31 Disember 2011 adalah sebanyak RM,585,353
juta.

Bagi simpanan boleh keluar dan yuran pula, sepanjang tahun 2011, simpanan boleh keluar
mencatatkan pengeluaran sebanyak RM5,127, 996 juta yang dimanfaatkan oleh para anggota untuk
memenuhi keperluan masing-masing. Daripada segi yuran pula, yuran bulanan anggota ialah
sekurang-kurangnya 3% daripada gaji sebulan anggota ataupun sebanyak RM250 per bulan atau yang
mana lebih rendah.

Aktiviti kepenggunaan dan perkhidmatan pelanggan Kop TNB meliputi empat aktiviti, iaitu Kedai
Koperasi TNB, KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd., Pekanbuku Kop TNB atau Kedai Buku Kop TNB, dan
Pusat Perkhidmatan Pelanggan. Kedai Koperasi TNB yang menawarkan berbagai-bagai peralatan
rumah dan barangan lain memberi kemudahan kepada anggotanya untuk membeli secara bayaran
ansuran melalui potongan gaji. Manakala, orang ramai boleh secara tunai atau dengan kad kredit.
Berbanding dengan tahun 2010, keuntungan bersih yang diperoleh oleh Kedai Koperasi meningkat
sebanyak 46%, iaitu daripada RM2,032,465 kepada RM2,972,649 dalam tahun 2011.

Aktiviti lawatan, dan pelancongan serta ziarah dan umrah yang dilaksanakan oleh Kop TNB melalui
KTNB Travel and Tours Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 31 Mac 2010, juga banyak memberi manfaat
kepadanya serta anggota-anggotanya. Lapan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat hak milik
Bumiputera sepenuhnya itu terdiri daripada:

1 PENEMPAHAN TIKET PENERBANGAN DALAM NEGERI DAN
ANTARABANGSA;

2 PELANCONGAN DALAM NEGERI (INBOUND).
3 PELANCONGAN LUAR NEGARA (OUTBOUND).
4 PENGURUSAN VISA,
5 PENEMPAHAN HOTEL.
6 MENGATUR SEMINAR.
7 PENGANGKUTAN DALAM NEGERI.
8 INSURANS PELANCONGAN.

Pekanbuku Kop TNB atau lebih dikenali sebagai Kedai Buku Kop TNB yang ditubuhkan pada 3 Mac 2011
dan dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Seri Mashkuri bin Yaacob, mantan Naib Canselor
UINTEN menawarkan produk dan perkhidmatan yang meliputi penjualan buku teks, buku rujukan
ilmiah, bacaan umum, barangan cenderamata, alat tulis serta majalah-majalah terkini.

Dalam pada itu, sepanjang tahun 2011, Kedai Buku Kop TNB Kampus Muadzam Shah pula mengadakan
aktiviti promosi yang meliputi lima aktiviti promosi yang berikut:.

a) Promosi di ILSAS.
b) Promosi bersempena dengan Persidangan Antarabangsa (ICTLE’11) yang
dianjurkan oleh Kolej Pengajian Asas dan Umum UNITEN.
c) Promosi bersempena dengan Persidangan Antarabangsa (Pemasaran dan
Perniagaan) yang dianjurkan oleh Kolej Pengurusan Perniagaan UNITEN Muadzam
Shah.
d) Promosi bersempena dengan Majlis Ilmu bersama-sama Ustaz Harussani Ishak
do Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
e) Promosi di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Kop TNB (KSC).

Terletak di ibu pejabat TNB, Kuala Lumpur, Pusat Perkhidmatan Pelanggan ini menyediakan pelbagai
perkhidmatan untuk para anggota Kop TNB yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Pusat itu juga
menjual berbagai-bagai barangan yang berupa cenderamata kepada warga kerja TNB, pihak Korporat
TNB, dan pelawat YNB dengan harga yang berpatutan.

Pusat ini, masa ke masa juga memperagakan pelbagai kenderaan yang boleh dipandu uji pengunjung,
di samping mengadakan pelbagai pameran barang-barang kemas dan peralatan sukan. Di samping
itu, Kop TNB juga ikut serta dalam tender-tender di TNB dan organisasi-organisasi korporat luar bagi
pembekalan barangan yang meliputi barangan cenderamata, pakaian seragam, dan berbagai-bagai
barangan lain.

Perhubungan dan kerjasama dalam kalangan anggota, khususnya hal ehwal yang berhubung kait
dengan kebajikan anggota-anggota sentiasa diutamakan serta dititikberatkan oleh Kop TNB. Antara
perkara yang diberi perhatian serius oleh Kop TNB ialah:

i) Pendidikan Anggota

Demi memastikan para anggotanya sentiasa peka, prihatin dan berilmu pengetahuan dalam bidang
koperasi serta perkembangan terkini dalam bidang tersebut, dari semasa ke semasa Kop TNB
menganjurkan beberapa seminar, termasuklah seminar yang bertemakan “Anggota Bersatu Koperasi
Maju” seperti yang berikut:

a) 15 & 16 Januari 2011 untuk para anggota bagi kawasan Johor, Negeri Sembilan dan
Melaka di Hotel The Zone Regency, Johor Bahru;
b) 17 & 18 April 2011 di Holiday Villa, Kuala Lumpur bagi anggota-anggota kawasan
Perak dan Pahang; dan
c) 18 & 19 Jun 2011 di HOTEL Bayview, Langkawi bagi anggota kawasan Pulau Pinang,
Kedah dan Perlis.

Sementara itu, pada 29 & 30 Oktober 2011 telah diadakan seminar wanita bertemakan “Wanita dalam
Gerakan Koperasi” di Hotel Mahkota, Melaka.

ii) Penghargaan kepada Anggota Setia

Para anggota Kop TNB yang setia menganggotai Kop TNB tempoh 20 tahun tanpa putus wajar
diberikan penghargaan sebagai tanda terima kasih, di samping sebagai suri teladan kepada
anggota-anggota lain.

Justeru, dalam Mesyuarat Agung Kop TNB yang ke-60 telah diputuskan peningkatan pemberian
insentif daripada RM250 menjadi RM300, dan anggota-anggota yang layak juga diberikan
keistimewaan untuk melawat mana-mana destinasi yang ditawarkan oleh Koperasi.

iii) Skim Insurans

Penyediaan dan penawaran pelbagai skim insurans daripada syarikat-syarikat insurans juga
merupakan aktiviti perniagaan yang dikhususkan sebagai kemudahan untuk anggota-anggotanya
yang akhirnya akan memperoleh berbagai-bagai manfaat serta faedah. Dua skim insurans dan satu
jenis insurans yang disediakan oleh Kop TNB untuk anggota-anggotanya ialah Skim Insurans
Berkelompok, Skim Insurans Takaful Berkelompok, dan Insurans Kenderaan.

Skim Insurans Berkelompok ING telah disertai oleh 6376 orang anggota hingga 31 Disember 2011, dan
sepanjang tahun 2011, sejumlah RM522,344 telah dibayar kepada pewaris anggota Koperasi. Dalam
pada itu, seramai 2343 orang anggota telah menyertai skim Kemalangan Diri Chartis, dan sepanjang
tahun 2011, sejumlah RM75,600 telah dibayar sebagai pampasan kepada peserta pelan ini.

Bagi Skim Insurans Takaful Berkelompok pula, seramai 1,897 orang anggota telah menyertai skim
tersebut hingga 31 Disember 2011, dan sejumlah RM6,090 pampasan telah dibayar kepada pihak Etiqa
Takaful sepanjang tahun 2011.

Kop TNB merupakan ejen insurans kenderaan berdaftar kepada Syarikat Kurnia dan Etiqa Takaful,
dan menyediakan kemudahan pembaharuan insurans kenderaan serta cukai jalan secara kredit
dengan tempoh bayaran balik secara ansuran selama 10 bulan. Sehubungan dengan itu, jumlah kredit
yang diberikan ialah RM5,000 untuk lima kenderaan sahaja.

Sebagai galakan kepada para anggota, dalam tahun 2011, Koperasi telah menyediakan sembilan yang
besar dan istimewa hadiahnya untuk tiga kali cabutan bertuah berbanding dengan tahun 2010 kepada
anggota atau ahli-ahli mereka yang memperbaharui insurans kenderaan masing-masing.

iv) Kumpulan Wang

Seperti tahun-tahun sebelum ini, memperkukuhkan kedudukan kewangan, dan menjaga kebajikan
para anggotanya, Kop TNB terus mempergiatkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat yang
besar kepada anggotanya dengan mewujudkan pelbagai kumpulan wang seperti Kumpulan Wang
Pelajaran Raja Tan Sri Zainal, Kumpulan Wang Pelajaran Jubli Perak dan Kumpulan Wang Khairat
Kematian.

Kumpulan Wang Pelajaran Raja Tan Sri Zainal mengadakan tiga program yang berupa bantuan

dan anugerah seperti yang berikut:

a) Bantuan Pelajaran

Tujuan bantuan pelajaran ini disediakan adalah untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung
oleh anggota-anggota Kop TNB, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.
Sebanyak 213 bantuan bernilai RM49,950 tunai telah dikeluarkan oleh Koperasi.

b) Anugerah Anak Cemerlang

Sepuluh orang anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 telah masing-masingnya
menerima RM500.00 sebagai galakan untuk mereka lebih cemerlang, dan sebagai motivasi kepada
anak-anak anggota yang lain.

c) Anugerah Anggota Cemerlang dalam Pendidikan

Jika anak-anak anggota yang cemerlang dalam pendidikan mendapat anugerah, para anggota yang
cemerlang dan memperoleh keputusan cemerlang juga diberikan anugerah dan penghargaan yang
sama, yakni RM500 setiap seorang untuk dua orang sahaja. Dalam tahun 2011, tidak ada anggota yang
layak menerima anugerah ini.

Kumpulan Wang Pelajaran Jubli Perak ialah kemudahan pinjaman pendidikan tanpa faedah

yang diberikan kepada para anggota yang layak sebagai bantuan pembiayaan kos pengajian
anak-anak mereka yang melanjutkan pendidikan di pusat pengajian tinggi yang diiktiraf.

Manakala, Kumpulan Wang Khairat Kematian berjumlah RM1,000 seorang merupakan

sumbangan Kop TNB kepada penama-penama atau wasi anggota-anggota yang telah meninggal
dunia, sekali gus sebagai tanda ucapan takziah kepada mereka.

Tahun 2011 sangat bermakna kepada Kop TNB kerana pada tahun tersebut, genaplah 60 tahun usianya.
Ada beberapa aktiviti diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60nya seperti:

a) Pertandingan Mencipta Logo 60 Tahun Koperasi TNB;
b) Forum Perdana Ehwal Islam bersempena dengan Hari Koperasi Negara 2011;dan
c) Pelancaran Buku “Warisan Meniti Puncak Wawasan”.

Hal ehwal lain yang menyokong kewujudan dan keberadaan Kop TNB juga sentiasa diambil berat
olehnya, dan pelbagai inovasi juga dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus senantiasa bersih,
cekap, amanah dan kemas kini. Daripada segi bilangan pekerja, hingga Disember 2011, pekerja Kop
TNB adalah berjumlah 44 orang yang terdiri daripada sembilan orang eksekutif, dan 35 orang bukan
eksekutif.

Juruaudit luar yang dilantik untuk mengaudit Koperasi dan anak-anak syarikatnya bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011 ialah Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co., manakala panel
peguam Koperasi TNB ialah Tetuan Rosli Abu Sarin & Co.

Bagi tahun kewangan 2012, keseluruhan aktiviti operasi perniagaan Koperasi TNB mencatatkan aliran
kewangan berjumlah RM104,351,412 yang meliputi aktiviti-aktiviti yang berikut:

i) Pinjaman/Pembiayaan berjumlah RM64,163,940.
ii) Jualan Kedai Kop TNB berjumlah RM23,766,395.
iii) Jualan KTNB Travel & Tours Sdn. Bhd. berjumlah RM11,444,448.
iv) Premium Insurans berjumlah RM4,094,680.
v) Jualan Kedai Buku KOP TNB berjumlah RM880,949.

Keuntungan bersih yang diperoleh oleh Koperasi TNB bagi tahun kewangan 2012 ialah RM11,122,607
berbanding dengan RM8,420,932 dalam tahun 2011—suatu peningkatan yang membanggakan, sekali
gus menggambarkan kekukuhan kewangan Koperasi TNB. Perbelanjaan keseluruhan Koperasi bagi
tahun 2012 ialah RM5,627,612.

Aktiviti-aktiviti perniagaan, kemudahan-kemudahan, aktiviti kepenggunaan serta perkhidmatan dan
pelbagai aktiviti lain yang diadakan oleh Koperasi TNB sepanjang tahun 2012 meliputi:

a) Pinjaman peribadi.
b) Pembiayaan syariah.
c) Pinjaman Gadai Janji.
d) Simpanan Boleh Keluarga.
e) Yuran.
f) Kedai Koperasi TNB.
g) KTNB Travel & Tours Sdn Bhd.
h) Pekanbuku Kop TNB/Kedai Buku TNB.
i) Pusat Perkhidmatan Pelanggan.
j) Program Pendidikan Anggota.
k) Penghargaan kepada Anggota Setia.
l) Skim Insurans.
m) Peraduan Reka cipta Signature KopTown Hotel.
n) Urus niaga Hotel KopTown.
o) Pembelian van Koperasi TNB.
p) Kad COOP.
q) Million Ringgit Producer 2011 – Syarikat Kurnia Insurans.
r) Silver Award 2011 Outstanding Sales Achievement – MAS.

Daripada segi bilangan pekerja pula, bilangan pekerja Koperasi TNB hingga 31 Disember 2012 ialah 46
orang yang mencakupi 12 orang eksekutif, dan 34 orang bukan eksekutif. Secara keseluruhan prestasi
kewangan dan aktiviti serta perkhidmatan Koperasi TNB cukup membanggakan, walau
bagaimanapun, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi prestasinya dalam
semua aspek.


Click to View FlipBook Version