The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dipapansembilan, 2021-08-15 11:42:37

7 DEKAD KTNB

Meraikan kejayaan menjulang kegemilangan

2014

ANUGERAH SKM

i Sijil Penghargaan 100 Koperasi Terbaik Malaysia "Ke13"
ii Piala Anugerah Koperasi Terbaik Di Malaysia

ANUGERAH MAIWP

iii PPZ Wilayah Persekutuan

ANUGERAH TRIWAYS

iv Compliment Triways Platinum

i

ii iii iv

2015

ANUGERAH ANGKASA

i Sijil Anugerah Koperasi Terbaik Di Malaysia 2015 (Wilayah Persekutuan)
ii Piala Anugerah Koperasi Terbaik Di Malaysia 2015 (Wilayah Persekutuan)
iii Sijil Pematuhan Syariah

ANUGERAH SKM

iv Sijil Penghargaan 100 Koperasi Terbaik Malaysia -Ke14
v Piala Anugerah Koperasi Terbaik Di Malaysia

ANUGERAH KURNIA

vi Top Million Ringgit Producer
vii In Appreciation Of Our Velued Partnership

i ii iii

iv v vi
vii

2016

ANUGERAH ANGKASA

i Sijil Anugerah Koperator Terbaik
2016 (Wilayah Persekutuan)

ANUGERAH SKM

ii Sijil Penghargaan 100 Koperasi
Terbaik Malaysia-Ke13

i ii

2017

ANUGERAH SKM

i Sijil Pengiktirafan Tokoh Koperasi (YM RAJA HANG TUAH) 2017
ii Sijil Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pelancongan & Hospitaliti 2017
iii Sijil Penghargaan 100 Koperasi Terbaik 2017 (Ke-12)
iv Sijil Penghargaan Sumbangan Mangsa Banjir Di Negeri-negeri Pantai Timur

ANUGERAH KPDNKK & MYIPO

v Sijil Anugerah Khas Harta Intelek Negara 2017 -Pingat Perak
vi Piala Anugerah Khas Harta Intelek Negara 2017 -Sektor Koperasi

i ii iii
iv v vi

2018

ANUGERAH ANGKASA

i Sijil Pengiktirafan Tokoh Korperator
(YM Haji Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar)
2017

i

2019

ANUGERAH ANGKASA

i Anugerah Khidmat Cemerlang Pengurusan
Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan 2019

2020

ANUGERAH SKM

i Profil Index Koperasi Terbaik Malaysia (Tempat Ke-7)
ii Profil 50 Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan

2021

LANG INTERNATIONAL CORPORATE TITANS AWARD

i Excellence in Management Practice

UNGKAPAN
RASA

ANGGOTA
KOPERASI TNB



Alhamdulillah, Koperasi TNB berjaya menjangkau usia 70 tahun. Berkat
menjadi Anggota Lembaga Koperasi TNB selama sembilan tahun,
dapatlah saya menimba banyak pengalaman dan pengetahuan,
khususnya yang berkaitan dengan tadbir urus sesebuah koperasi.
Koperasi TNB ini, pada pandangan saya adalah yang terbaik kerana telah
menempa pelbagai kejayaan cemerlang yang membanggakan pada
peringkat nasional. Memanglah kebanyakan koperasi ada menyediakan
pelbagai kemudahan untuk ahli-ahlinya, tetapi kemudahan yang
ditawarkan oleh

Koperasi TNB adalah yang terbaik, dan banyak memberikan
manfaat kepada ahli-ahlinya, termasuklah kepada diri saya
sendiri.

Saya berharap Koperasi TNB akan terus melakarkan pelbagai sejarah,
dan meraih pelbagai kejayaan serta pengiktirafan, baik pada peringkat
Wilayah mahupun pada peringkat Negara. Saya percaya, dengan tadbir
urus yang cekap dan telus, Koperasi TNB akan terus memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk para ahlinya, insya-Allah. Malah, saya
cukup yakin, Koperasi TNB akan sentiasa mencari dan menceburi
pelbagai peluang perniagaan baharu yang mampu memperkukuh
kedudukan kewangannya, sekali gus untuk membolehkannya untuk kekal
berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

NORAZLI ABU BAKAR@SHAMSUDIN

Selaku perwakilan selama lebih kurang 16 tahun, saya
perhatikan Koperasi TNB ini tiada duanya di negara
ini—tadbir urusnya cemerlang, kedudukan kewangannya
kukuh, aktivitinya bermanfaat, kemudahannya pelbagai, dan
yang paling penting banyak kejayaan gemilang yang telah
dicapainya pada peringkat Wilayah dan Negara yang sekali
gus mencerminkan kehebatan serta pencapaian luar biasa.

Selain itu, Koperasi TNB senantiasa menjaga
kebajikan ahli-ahlinya, terutamanya dalam
penyediaan kemudahan pinjaman kewangan dan
sebagainya, tetapi saya berharap segala urusan yang

berkaitan pinjaman ini tidaklah terlalu banyak kerenah
birokrasi. Seboleh-bolehnya dipermudahkan. Satu daripada
pengalaman yang sangat saya hargai ialah saya dan
perwakilan yang lain kebajikan kami dijaga dengan baik
semasa Mesyuarat Perwakilan. Saya juga berharap, suatu
masa nanti saya berpeluang untuk menjadi Anggota
Lembaga Koperasi TNB.

MOHD. FADIAL BIN HAJI MOHD HASSIM

AZLI BIN BACHIK

Seperti ahli-ahli yang lain saya amat berbangga kerana Koperasi TNB berjaya mencapai
usia 70 tahun kerana tidak banyak koperasi yang boleh bertahan lama,. Apatah lagi,
Koperasi TNB masih kekal kukuh kedudukan kewangannya, dan masih cemerlang
prestasi dalam pelbagai bidang sehingga membolehkannya mencipta berbagai-bagai
kejayaan, baik pada peringkat Wilayah mahupun nasional.

Selama 25 tahun menjadi Perwakilan, saya lihat Koperasi diurus dengan
cukup baik, dan kebajikan para anggota pun dijaga dengan baik.

Namun, saya menaruh harapan yang tinggi agar dapat kiranya Anggota Lembaga sentiasa
kreatif dan inovatif untuk menceburi bidang-bidang perniagaan yang baharu yang dapat
mempertingkatkan pendapatan Koperasi, dan seterusnya dapat dimanfaatkan untuk
kebajikan semua anggotanya. Saya menaruh harapan yang tinggi agar Koperasi TNB akan
kekal menjadi sahabat sejati kepada setiap anggotanya.

Selama 12 tahun menjadi perwakilan Koperasi TNB ini, banyak kenangan dan
pengalaman yang saya alami, tetapi kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah

apabila Koperasi membebaskan saya daripada beban hutang pusaka
keluarga saya dengan memberikan pinjaman dengan kadar bayaran balik
yang rendah, dan tidak membebankan saya.

Saya memang terhutang budi sangat dengan Koperasi kerana telah dapat memberi
ketenangan saya serta keluarga. Satu lagi kenangan manis yang tidak akan dapat saya
lupakan selama-lamanya adalah, ketika Dato Rosham Nor yang hadir dalam Mesyuarat
Perwakilan di Melaka mengucapkan selamat hari ulang kelahiran anak saya. Dan, pada
waktu jugalah saya memenangi cabutan bertuah, handphone Samsung.

Pada pandangan saya, untuk memastikan Koperasi bertahan lama, Koperasi hendaklah
senantiasa peka dengan kehendak dan keperluan semasa para anggota, di samping
mengadakan berbagai-bagai aktiviti, khususnya aktiviti perniagaan, yang membawa
pulangan yang besar kepada Koperasi. Saya berharap Koperasi akan terus menyediakan
pelbagai jenis pinjaman, terutama pinjaman pembelian kereta kepada para anggota.
Saya yakin Koperasi TNB boleh!

WAN SYAHARUN BIN WAN SALLEH

Selama lapan tahun menjadi anggota Koperasi TNB ini, satu daripada
kemajuan yang dicapai oleh Koperasi yang saya banggakan adalah apabila
sistem penyampaian perkhidmatannya semakin cekap dan bertambah baik.
Kalau dahulu lambat servisnya, tetapi sekarang sudah semakin cepat.

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan pula, adalah semasa pihak
Pengurusan Koperasi tersilap dalam memaklumkan butiran maklumat
keanggotaan saya. Saya sangat berharap agar Koperasi dapat mengekalkan,
dan bahkan mempertingkatkan prestasi cemerlangnya. Kalau boleh, segala

kontroversi hendaklah dielakkan demi memastikan Koperasi terus maju
jaya dalam tahun-tahun yang akan datang.

Saya juga berharap Koperasi dapat memperbanyak kemudahan seperti
e-dompet atau sifar tunai bagi manfaat para anggota, dan sesuai dengan
perkembangan semasa dalam kalangan masyarakat di negara ini.

BADROL MUNIR BIN ABU BAKAR

Walaupun baru 12 tahun menjadi anggota Koperasi TNB, saya sangat
berbangga menjadi anggotanya kerana prestasinya saya cukup baik, dan
banyak kejayaan yang telah dicapainya. Misalnya, dahulu kita tak ada hotel,
tetapi sekarang kita sudah ada hotel yang tidak kurang mewahnya dan
berkualiti seperti hotel-hotel ternama yang lain.

Satu daripada sekian banyak kenangan yang akan mendorong saya untuk
kekal menjadi anggota Koperasi TNB ialah, setiap tahun mendapat bonus

dan pelbagai imbuhan yang lain, yang sangat menguja, dan tidak banyak
Koperasi yang hebat seperti Koperasi TNB dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pemberian bonus yang konsisten.

Jika Koperasi sentiasa mengutamakan kebajikan para anggotanya,
khususnya mempermudah segala urusan pinjaman dan sebagainya, saya
yakin para anggotanya akan terus memberikan sokongan padu untuknya
terus mempertingkatkan prestasinya.

Saya menaruh harapan yang tinggi agar Koperasi dapat membuka ruang
dan peluang untuk anggota-anggota menjalankan perniagaan dengan
menyediakan pinjaman perniagaan yang sifar faedah. Ini penting untuk
memastikan para anggota Koperasi untuk kekal bersama Koperasi.

ABDUL QAHAR BIN INCHIK HASHIM



7 DEKAD KOPERASI TNB

IMBASAN
POTRET

ANGGOTA LEMBAG
TNB 1990 -2020

GA KOPERASI

PENAUNG KOPERA
(1951 – 2020)

RASI TNB

YANG DIPERTUA/P
KOPERATIF
LLP/LLN/TNB (195

PENGERUSI
51-2020)

PERKHIDMA
KOPERASI

KEMUDAHAN ANGGOTA
KOPERASI TNB

ATAN

Pembiayaan
Tawaruq

Travel

Koptown
Hotel

Takaful/
Insurans

Kebajikan

Wasiat






Click to View FlipBook Version