1
2 ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 ADAB RESAM - EVOLUSI LAMBANG REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - LAMBANG DAN COGAN KATA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - BENDERA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - LAGU REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - RAGAAN UTAMA - HARI ULANG TAHUN KOR - HOME OF CORP - MONUMEN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - WISMA PERWIRA - WISMA BINTARA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - KOPERAL KELAB REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - MUZIUM REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - JAWATANKUASA KOR REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - PERKAHWINAN PEGAWAI - KHAIRAT KEMATIAN - LENCANA KEPAKARAN - YEOMAN SEMBOYAN - FOREMAN SEMBOYAN BAB 2 REJIMENTAL - KKU SEMPENA HARI KEPUTERAAN KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - AKTIVITI BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - PERBARISAN PENGHARGAAN PEGAWAI KANAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - DINING IN - DINING OUT
3 BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 3 SEJARAH - PENUBUHAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - BARISAN PERINTIS AWAL PENUBUHAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - PENGANUGERAHAN DIRAJA - PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI -KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - SEJARAH KETUA PEGAWAI SEMBOYAN - PENGERUSI KOR REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - SARJAN MEJAR REJIMEN KOR REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA BAB 4 PENCAPAIAN - PENGUKUHAN DAN TRANSFORMASI REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - PERALATAN KOMUNIKASI DAN ANALOG KEPADA DIGITAL - SOFTWARE DEFINED RADIO (SDR) - KOMUNIKASI SATELIT - PEPERANGAN ELEKTRONIK - PEPERANGAN SIBER - PENUBUHAN BRASSBAND WANITA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA - PENUGASAN MISI LUAR NEGARA - MISI PENGAMAN - PENCAPAIAN SUKAN
4 VISI MISI Menjadi Rejimen Semboyan Diraja yang unggul dan cemerlang dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional bagi mendukung Visi TD dan ATM Merancang, menyedia, mengendali dan menyelenggara keperluan komunikasi TD
5 PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kekuatan dan petunjuk untuk menghasilkan Buku Kor Rejimen Semboyan Diraja. Tanpa izinNya kita tidak akan dapat menghasilkan Buku Kor Rejimen Semboyan Diraja ini dengan jayanya. Buku Kor Rejimen Semboyan Diraja ini diterbitkan bertujuan untuk mengimbau kembali perkembangan dan peristiwa - peristiwa penting sepanjang penubuhan Kor Rejimen Semboyan Diraja. Buku ini merakamkan sebahagian daripada perkembangan teknologi dan informasi, penstrukturan RSD serta aktiviti - aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh tersebut melibatkan Dirgahayu Tuanku, Personaliti RSD, Pengukuhan dan Transformasi RSD, Transformasi Sistem dan Peralatan Komunikasi, aktiviti semasa Tugas Operasi Dalam dan Luar Negara, aktiviti Pasukan - Pasukan RSD. Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja telah diberi penghormatan untuk menghasilkan Buku Kor Rejimen Semboyan Diraja. Ucapan terima kasih kepada pasukan - pasukan RSD yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi kerjasama dalam penyediaan bahan - bahan bagi merealisasikan penyediaan buku ini. Harapan kami semoga intipati dan coretan yang dipaparkan dalam Buku Kor Rejimen Semboyan Diraja ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada semua pembaca. KATA ALU- ‘Pantas dan Pasti’ ALUAN PTD
6 Alhamdulillah lafaz kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita menyediakan Buku Kor dan Tentera Darat. Buku Kor ini dapat dijadikan rujukan warga RSD dan semua anggota Tentera Darat mengenai aktivit-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pasukanpasukan RSD sepanjang tahun 2023. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Pengarang Buku Kor ini di atas kesungguhan dan komitmen yang jitu dalam penghasilan Buku ini. Tahun 2022 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran di dalam merealisasikan transformasi Kor RSD sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Banyak kejayaan yang dicapai oleh warga RSD sepanjang tahun ini. Syabas dan tahniah kepada warga RSD yang telah mengharumkan nama RSD khasnya. Sesungguhnya, saya berbangga dengan reputasi dan semangat yang ditunjukkan oleh warga RSD di dalam menyahut cabaran dan menghasilkan kejayaan pada tahun 2022. Buku Kor RSD ini menjadi bukti kepada kejayaan yang dikecapi. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga RSD di atas segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan dalam mencapai matlamat Kor RSD. Saya juga ingin mengingatkan warga RSD supaya tidak terlalu leka di dalam mengejar kejayaan semata-mata. Seluruh warga RSD disarankan agar sama-sama menjaga kesihatan dan pemakanan demi peningkatan kerjaya masing-masing. Di samping itu, latihan ketenteraan dan tahap disiplin yang tinggi juga perlu dipupuk di dalam diri setiap individu bagi menonjolkan keterampilan sebagai seorang anggota tentera yang disegani. Adalah menjadi harapan saya agar momentum pencapaian ini berterusan seiring dengan pembangunan modal insan yang merupakan nadi utama dalam mencapai misi dan matlamat. Akhir kata dari saya, setiap warga RSD memainkan peranan penting untuk mencapai Misi Kor RSD. Oleh itu, saya menyarankan agar kita dapat meningkatkan kredibiliti dan kualiti kerja. Mudah-mudahan usaha dan tenaga yang dicurahkan akan mendapat kejayaan yang cemerlang serta berterusan, di samping beroleh keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. DATO’ TS T. AZHARAN BIN T.PUTRA Brig Jen Ketua Pegawai Semboyan KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI SEMBOYAN PENGERUSI KOR
7 PENULIS
8
9 BAB 1 ADAT RESAM
10 EVOLUSI LAMBANG RSD
11 LAMBANG DAN COGAN KATA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Burung Camar Laut sebagai penghantar utusan dan bumi memberi pengertian komunikasi ke seluruh dunia. Bulatan yang tertera dengan perkataan ‘Rejimen Semboyan Diraja’ melambangkan jasa dan kecemerlangan hingga dianugerahkan gelaran ‘Diraja’. Cogan Kata ‘Pantas Dan Pasti’ bermaksud keberkesanan dan kecekapan untuk menyedia komunikasi yang diperlukan pada sebilang masa. Bulatan dan ‘Scroll’ yang menjunjung mahkota melambangkan ‘Diraja’ dan mahkota bucu lima ini adalah mahkota Rejimen Askar Melayu Diraja yang telah melahirkan pasukan Semboyan. Kuatkuasa penukaran lambang termasuk lambang untWWWuk Lencana Kolar dan bendera pasukan Semboyan telah diluluskan pada 6 Jun 92 sejajar dengan penganugerahan gelaran Diraja.
12 BENDERA RSD Bendera Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna Rejimen, iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dan biru tua, dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan berasal daripada Rejimen Askar Melayu Diraja. Logo Rejimen Semboyan adalah diletakkan di tengah bendera. Saiz bendera tersebut adalah 180cm x 92 cm Mahkota bucu lima ini adalah mahkota Rejimen Askar Melayu DiRaja yang telah melahirkan pasukan Semboyan Bulatan dan scroll yang menjunjung mahkota melambangkan ‘DiRaja’ Moto ‘PANTAS DAN PASTI’ memberi pengertian keberkesanan dan kecekapan untuk menyedia komunikasi yang diperlukan pada sebilang masa Bulatan yang tertera dengan perkataan ‘Rejimen Semboyan DiRaja’ melambangkan jasa dan kecemerlangan hingga dianugerahkan gelaran ‘DiRaja’ Burung Camar Laut sebagai penghantar utusan dan bumi memberi pengertian komunikasi ke seluruh dunia
13 LAGU RSD
14 RAGAAN UTAMA Ragaan Utama Rejimen Semboyan Diraja ialah replika Burung Camar yang merupakan lambang rasmi Rejimen Semboyan Diraja kerana burung camar merupakan burung yang digunakan untuk menghantar utusan berita Raja Melayu pada zaman dahulu kala. Replika Burung Camar membawa pengertian bahawa Rejimen Semboyan ini merupakan penghubung antara pasukan - pasukan Tentera Darat dan ATM, sementara Replika Camar yang memijak bumi ini bererti peranan dan tugas yang dikendalikan oleh Rejimen Semboyan Diraja iaitu perhubungan yang meliputi ke seluruh dunia. Pengertian tentang Burung Camar Sayap Sentiasa Terbuka melambangkan bahawa Rejimen Semboyan Diraja sentiasa bersiap sedia pada sebilang masa untuk melaksanakan tugas perhubungan komunikasi dengan cogan kata Rejimen Semboyan Diraja iaitu Pantas dan Pasti. 14
15 HARI ULANG TAHUN KOR Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja disambut pada 15 November setiap tahun untuk memperingati Rejimen Semboyan Diraja di tarikh yang sama pada tahun 1952. Menginjak usia penubuhannya, Rejimen Semboyan Diraja terus komited mendokong Aspirasi Tentera Darat Malaysia dalam mempertingkatkan keperluan teknologi komunikasi dan informasi agar kekal cemerlang serta releven dalam perkhidmatan. 15
16 HOME OF CORP Rejimen Semboyan Diraja mempunyai Home of Corp yang tersendiri iaitu di Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Sungai Besi. Di sini tertumpunya segala aktiviti Kor selain melatih pegawai dan anggota Lain-lain pangkat dalam merancang, menyedia, mengendali dan menyelenggara keperluan komunikasi Tentera Darat. 16
17 MONUMEN RSD Monumen RSD Alaf 1000 terletak di hadapan Cawangan Latih, Institut Komunikasi Dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Monumen ini adalah untuk memperingati perkembangan Rejimen Semboyan Diraja di sepanjang alaf 1000. Ia dirasmikan pada 15 Nov 2000 bersamaan 18 Syaaban 1412H oleh Brigadier Jeneral Dato’ Saifuddin bin Hj Abdul Ghani ketika itu merupakan Pengerusi Kor RSD. Reka bentuk monumen RSD ini adalah berbentuk pentagon dengan mempunyai 5 sisi permukaan dan bahagian atas monumen ini terdapat perubahan lambang-lambang Kor RSD yang pernah digunakan semenjak Nov 1955 sehingga Jun 1992. 17
18 Wisma Perwira di Jalan Ampang Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja mulai 19 September 1994. Sebelum itu Wisma Perwira ini adalah kepunyaan 91 Rejimen Semboyan Diraja yang dahulunya dikenali sebagai 91 Rejimen Semboyan PT. Wisma Perwira Rejimen Semboyan yang pada asalnya terletak di Haigate dan kemudiannya berpindah ke Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja, Jalan Ampang hingga sekarang. Pada tahun 2021, wisma ini telah diserahkan kepada pasukan 96 RSTD bagi mengurus Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja. WISMA PERWIRA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA 18
19 WISMA BINTARA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Wisma Bintara Rejimen Semboyan Diraja bermula dengan penubuhan Armed Forces Signals Regiment pada tahun 1962 di Kem Imphal, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan pasukan 91 Rejimen Semboyan Diraja pada 15 September 1972, segala pentadbiran dan pengurusan wisma telah diletakkan di bawah rejimen tersebut dengan menggunakan perjawatan pasukan. Pada 17 Julai 1982, 93 Rejimen Semboyan Diraja telah ditubuhkan di Kem Imphal dan segala pentadbiran dan pengurusan Wisma Bintara RSD telah diambil alih sepenuhnya oleh pasukan ini. Pada tahun 1994, Wisma Bintara Rejimen Semboyan Diraja telah berpindah ke IKED, Kem Perdana Sg Besi. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Naqiyuddin Ibni Tuanku Jaafar Al Haj. 19
20 KELAB KOPERAL REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Kelab Koperal telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Semboyan yang ke-14, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan pada 13 Januari 2017. Kelab ini terletak di Bangunan Bilik Bujang IKED bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan ‘Espirit de Corps’ serta rasa kekitaan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti dan amalan adat resam ketenteraan. 20
21 MUZIUM RSD Muzium Rejimen Semboyan Diraja telah ditubuhkan di Cawangan Kejuruteraan, IKED. Ruangan tersebut telah diubah suai dari bilik darjah. Bilik tersebut dengan keluasan keseluruhan 960 kaki persegi telah dirasmikan pada 13 Okt 1997 oleh Brig Jen Dato’ Kamarul Ariffin bin Hj Othman iaitu Ketua Pegawai Semboyan pada ketika itu. IKED telah dipertanggungjawabkan di dalam pembangunan, pengendalian dan senggaraan Muzium Rejimen Semboyan Diraja sepenuhnya. 21
22 JAWATANKUASA KOR RSD Jawatankuasa Rejimen Semboyan Diraja adalah jawatankuasa yang tertinggi di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengerusi Kor RSD yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan RSD, Pengerusi Persatuan Veteran RSD, wakil agama dan SMR Kor. 22
23 PERKAHWINAN PEGAWAI Tradisi bagi pegawai-pegawai Rejimen Semboyan Diraja yang ingin berkahwin akan memohon restu daripada Ketua Pegawai Semboyan. Pada kebiasaannya permohonan tersebut diluluskan dan pemohon akan diberikan nasihat berkenaan kehidupan berumah tangga. Cenderamata berupa pinggan mangkuk daripada pegawai-pegawai Rejimen Semboyan Diraja yang disumbangkan melalui Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) akan diserahkan oleh wakil pegawai dari Jab RSD atau wakil dari pasukan kepada pengantin pada hari perkahwinan tersebut. 23
24 Pegawai dan anggota Rejimen Semboyan Diraja meninggal dunia akan menerima surat ucapan takziah daripada Ketua Pegawai Semboyan dihantar kepada waris yang meninggal. Bantuan khairat kematian turut diserahkan pada kadar yang telah ditetapkan dalam Kor Memo Rejimen Semboyan Diraja. KHAIRAT KEMATIAN 24
25 LENCANA KEPAKARAN RSD KEJURUTERAAN TELEKOMUNIKASI Lencana Kejuruteraan Telekomunikasi merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh Pegawai-pegawai Rejimen Semboyan Diraja yang telah lulus Kursus Kejuruteraan Telekomunikasi Rejimen Semboyan. Lencana ini telah diluluskan dalam Jawatankuasa Pakaian Tentera Darat pada tahun 1999. Lencana yang berbentuk bulat diperbuat dari tembaga dan disadur dengan warna emas mempunyai perkataan ‘te’ bermaksud ‘telecommunication enginering’ yang mempunyai empat orbit satelit bermaksud komunikasi ke seluruh pelusuk dunia sepanjang masa serta empat ikatan melambangkan kemantapan pengetahuan dalam aspek teknikal berkaitan dengan komunikasi. 25
26 Lencana Yeoman Semboyan adalah merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh anggota tred Jurusistem Komunikasi dan Informasi yang telah lulus Kursus Yeoman Semboyan. Lencana ini mula diperkenalkan untuk pemakaian pada tahun 1993. Lencana ini mempunyai perkataan ‘Yeoman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk dua petir sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakang dua warna iaitu warna putih bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. YEOMAN SEMBOYAN
27 Lencana Foreman semboyan adalah merupakan lencana kepakaran yang dipakai oleh anggota Juruteknik Komunikasi dan Informasi yang telah lulus Kursus Foreman Semboyan. Lencana ini mula diperkenalkan untuk pemakaian pada tahun 1993. Lencana ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tembaga bersadur warna emas. Lencana ini mempunyai perkataan ‘Foreman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk molekul dan atom sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakang dua warna iaitu warna putih di bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. FOREMAN SEMBOYAN
28
29 BAB 2 REJIMENTAL
30 Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 anggota Lainlain Pangkat didirikan sempena Hari Keputeraan DYMM Kol YDP RSD iaitu pada 14 Januari bertempat di Padang Awam Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kawalan Kehormatan Utama tersebut adalah dari pasukan 71 Rejimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat yang merupakan satu-satunya pasukan RSD yang mempunyai panji-panji. KKU SEMPENA HARI KEPUTERAAN KOL YDP RSD 30
31 31
32 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Kol YDP RSD. Lazimnya, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bersama DYMM Kol YDP RSD pada setiap tahun setelah mendapat perkenan oleh Tuanku. Antara aktiviti - aktiviti yang melibatkan keberangkatan DYMM Kol YDP RSD adalah seperti berikut: 1. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz 2. Acara Menembak Novelti RSD bersama DYMM Kol YDP RSD 3. Perlawanan Skuasy Persahabatan Tim DYMM Kol YDP RSD vs Tim Pengerusi Kor RSD 4. Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Kol YDP RSD 5. Kejohanan Golf Sumbangsih atau Golf Signals Masters 6. Majlis Santapan Malam Bersama DYMM Kol YDP RSD AKTIVITI BERSAMA DYMM KOL YDP RSD 32
33 GAMBAR RANDOM TUANKU
34 Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz 34 34
35 Acara Menembak Novelti RSD bersama DYMM Kol YDP RSD 35 35
36 Perlawanan Skuasy Persahabatan Tim DYMM Kol YDP RSD vs Tim Pengerusi Kor RSD 36 36
37 Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Kol YDP RSD 37
38 Kejohanan Golf Sumbangsih atau Golf Signals Masters
39 Majlis Santapan Malam Bersama DYMM Kol YDP RSD 39
40 SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Rejimen Semboyan Diraja menyambut Hari Ulang Tahun pada 15 Nov setiap tahun. Aktiviti Sambutan HUT RSD adalah merangkumi aktiviti rejimental, sukan, sosial dan keagamaan. Aktiviti tersebut merupakan acara tradisi yang dianjurkan dengan matlamat mengukuhkan kesatuan warga Rejimen Semboyan Diraja. Tidak dilupakan juga penglibatan Persatuan Veteran RSD semasa sambutan dilaksanakan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut: 40
41 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 41
42 Acara Keagamaan Hindu, Buddha, Kristian
43 Perbarisan Hari Ulang Tahun RSD 43
44 Majlis Makan Malam Rejimental Wisma Perwira dan Wisma Bintara
45 Perlawanan Bola Sepak 45
46 Acara Fun Run
47 Acara Berbasikal 47
48 Program Derma Darah
49 49
50 PERBARISAN DAN MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN PEGAWAI KANAN RSD Pegawai Kanan berpangkat Brigedier Jeneral ke atas akan diberi penghormatan semasa persaraan melalui Perbarisan Penghargaan dan Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan khas buat Pegawai Kanan tersebut. Acara perbarisan lazimnya diadakan di Padang Kawad Cwg Rejimental, IKED manakala Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi. Sebagai penghargaan, satu buku memoir akan dihadiahkan kepada Pegawai Kanan tersebut sempena persaraan. Gambar Pegawai Kanan tersebut juga akan diabadikan di Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja.