The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOQAZ SUBLIMATION, 2023-11-16 19:21:20

BUKU RSD 2023 17.11.23 0800H

BUKU RSD 2023 17.11.23 0800H

101 101


102


103 PERALATAN KOMUNIKASI DARI ANALOG KEPADA DIGITAL SISTEM ANALOG Rejimen Semboyan Diraja telah menggunakan Peralatan komunikasi Sistem Analog bermula tahun 1952. Komunikasi ini bekerja dalam satu jalur frekuensi tunggal. Peralatan Sistem analog yang digunakan dalam Rejimen Semboyan Diraja pada era teknologi valve bermula tahun 1950 hingga 1969. Seterusnya era teknologi transistor mulai tahun 1970 hingga 1980 dan era teknologi litar bersepadu bermula tahun 1981 hingga 2002. Alat radio sistem ini digunakan secara meluas dalam kempen darurat pertama dan Misi Persatuan Bangsa Bersatu. TRC-571 TRM-920 RADIO-HF-TRC-383B RADIO-HF-TRC-383B TRC-340 RADIO-HF-TRC-383B 103


104 TEKNOLOGI LITAR BERSEPADU (1981-1986) - TEKNOLOGI TRANSITOR (1970-1980) - RACAL TRA 921 TRC 340 TEKNOLOGI VALVE (1950-1969) - PRC 77 TEKNOLOGI VALVE (1950-1969) - S Radio A41 NO2 RADIO-HF-TRC-383B TEKNOLOGI TRANSITOR (1970-1980) - RACAL TRA-931 TEKNOLOGI LITAR BERSEPADU (1981-1986) - TRC 571 104


105 SISTEM DIGITAL Dalam mengorak langkah ke alaf baru, sejajar dengan Rancangan Malaysia Ketujuh, ATM khususnya Tentera Darat telah disusun semula dengan objektif untuk menjadi sebuah angkatan yang lebih menumpukan Peperangan Konvensional dengan peningkatan kepada Kuasa Tembakan, Pergerakan, Perintah dan Kawalan, Komunikasi, Komputer dan aset-aset perisikan. Bermula 1996 hingga 2014, RSD telah mengorak Langkah dengan membuat perolehan peralatan komunikasi radio generasi baru yang berkonsepkan datri analog kepada digital. RSD telah mula menggunakan Radio yang mempunyai sistem keselamatan Komunikasi (KESKOM) dan Tindak Balas Elektronik. Sistem KESKOM yang digunakan adalah In built Encryption dan Decryption di dalam semua jenis radio FT, FST dan FUT. Sistem Tindak Balas Elektronik yang digunakan adalah Frequency Hopping dan juga Adaptive Frequency Control. SISTEM PR4G (1996-2004) - PRM 4700A SISTEM PR4G (1996-2004) - TRC 3500-3 SISTEM PR4G (1996-2004) - URC 200 SISTEM PR4G (1996-2004) - TRC 3700-3 SISTEM PR4G (1996-2004) - TRC 9210 SISTEM PR4G (1996-2004) - TRC 36000-3 105


106 RL 420 (1991) RL 422A (2000)


107 RL 422A (2000)


108 SOFTWARE DEFINED RADIO (SDR) Rejimen Semboyan telah menuju kepada teknologi Software Defined Radio (SDR). Teknologi ini adalah berasaskan kepada teknologi perisian atau software yang boleh dipertingkatkan (upgradeable). SDR mematuhi standard Software Communication Architecture (SCA) dan boleh dimasukkan (can be ported) dengan banyak waveform. Selain itu juga, teknologi tersebut memberikan kelebihan dari segi high data rate yang boleh dikonfigurasikan kepada narrowband atau wideband waveform. SDR mempunyai ciri-ciri portability (mudah ubah/alih), adaptability (penyesuaian), flexibility (kekenyalan), compatibility (keserasian) dan security (keselamatan) yang tinggi yang menyumbang kepada penyelesaian masalah interoperability Latihan kompentasi penubuhan rangkaian MCRS Peralatan Acces Node beserta kenderaan MCRS


109 KOMUNIKASI SATELIT Terminal Satelit Komunikasi X-Band merupakan sistem komunikasi strategik yang digunakan sehingga ke peringkat taktikal. Perolehan sistem ini adalah melalui Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang membolehkan pengguna mendapat pelbagai khidmat komunikasi seperti suara, e-mail, video tele-conference (VTC) dan juga internet. Jenis terminal sistem satelit ini bergantung kepada fungsi, lebar jalur dan jalur frekuensi yang digunakan. Sistem satelit komunikasi X-Band ini telah memasuki perkhidmatan pada tahun 2016 di mana pengagihan terminal - terminal tersebut adalah kepada pasukan - pasukan RSD di peringkat formasi Divisyen dan Briged. MANPACK FLYWAY COMMUNICATION ON THE MOVE (COTM) COMMUNICATION ON THE PAUSE (COTP) FIXED TERMINAL


110 PEPERANGAN ELEKTRONIK Landskap peperangan dan domain di dalam operasi informasi dipengaruhi oleh beberapa cabang dan salah satunya adalah peperangan elektronik. Peperangan elektronik adalah tindakan ketenteraan yang bertujuan untuk mengeksploitasikan spektrum elektromagnetik bagi menghalang atau mengurangkan penggunaannya oleh pihak musuh dan pada masa yang sama melindungi serta mengekalkan penggunaan spektrum elektromagnetik pasukan sendiri dan sahabat. Ketiga-tiga komponen iaitu Tindakan Bantuan Peperangan Elektronik (TBPE), Tindak Balas Elektronik (TBE) dan Tindakan Perlindungan Elektronik (TPE) saling berkait rapat antara satu sama lain dan keupayaan PE dapat memberikan kesan yang besar dalam membantu mencapai kejayaan dalam di dalam sesuatu medan pertempuran. Dengan menguasai domain ini juga, sistem pemerintahan dan kawalan akan dapat berfungsi dengan lebih efektif dan efisien serta dapat memberi maklumat yang mempunyai nilai taktikal kepada komander. Pasukan RSD di bawah perintah TD yang dipertanggungjawabkan bagi tugas PE Taktikal adalah pasukan yang dahulunya 73 RSD dan telah ditukar designasi kepada 97 RSPE pada penstrukturan semula yang lepas. Perolehan aset PE telah diperoleh pada tahun 2017 di dalam RMK - 10. Buat masa ini pasukan dalam proses peningkatan keupayaan peralatan PE dan infrastruktur sediaada supaya dapat beroperasi dengan sebaiknya.


111 PEPERANGAN SIBER Teknologi maklumat yang berkembang pesat amat mempengaruhi persekitaran medan perang masa kini. Aplikasi ketenteraan yang moden di medan seperti sistem perisikan, sistem perintah dan kawalan, sistem untuk perkongsian dan penghantaran maklumat, penggunaan satelit, sistem integrasi deriaan sasaran dan tembakan serta banyak lagi yang merupakan kesan pembangunan teknologi maklumat masa kini. Pembangunan aspek siber juga menjadi satu domain penting bagi melaksanakan informasi operasi terutamanya di era IR 4.0. Operasi Siber Taktikal TD terdiri daripada operasi ofensif dan defensif yang merangkumi tindakan Computer Network Exploitation (CNE), Computer Network Defence (CND) dan Computer Network Attack (CNA). Keupayaan ini membolehkan penguasaan musuh menggunakan domain siber dapat ditumpaskan dan perlindungan domain siber pasukan sahabat dapat dilindungi. Pasukan yang mengendalikan peperangan siber taktikal TD adalah pasukan yang dahulunya 95 RSD dan telah ditukar designasi serta tugas dan tanggungjawab kepada aspek pengendalian peperangan siber taktikal TD iaitu 99 Rejimen Semboyan Peperangan Siber (99 RSPS). Pada masa ini, pasukan memperkasakan latihan kemahiran anggota dan pembangunan dari segi infrastruktur serta perolehan peralatan dijangka akan diperoleh pada tahun 2024.


112 PENUBUHAN BRASSBAND WANITA RSD Idea asal penubuhan brass band wanita adalah daripada PTD ke-25 iaitu YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Pada 26 Oktober 2015, Tim Nukleus Platun Brass Band Wanita TD telah ditubuhkan di Kem Perdana, Sungai Besi dan ditumpangkan di bawah pentadbiran IKED. Platun ini kemudiannya ditukar nama kepada Tim Nukleus Platun Brass Band Wanita RSD. Seiring dengan penstrukturan semula RSD, platun ini telah diberi perjawatan dan diletakkan di bawah pemerintahan pasukan 96 RSTD. Ia kemudiannya dikenali sebagai Tp Brass Band. 112


113 113


114 PENUGASAN MISI LUAR NEGARA MISI PENGAMAN Penglibatan Tentera Darat dalam Misi Pengaman di bawah Panji-panji Pertubuhan BangsaBangsa bersatu bermula pada tahun 1960 di Congo. Penghantaran di dalam misi yang penuh cabaran ini mencetus peluang bagi setiap anggota tentera untuk memberikan khidmat bakti yang sangat disanjung dan dihargai oleh masyarakat dan antarabangsa. Pegawai dan anggota Rejimen Semboyan Diraja turut terlibat secara langsung di dalam misi yang dilaksanakan. Selain penglibatan awal di Congo, Rejimen Semboyan Diraja juga turut menyertai Tentera Darat dalam pelbagai Penugasan PBB antaranya Namibia, Somalia, Bosnia, Cambodia dan terkini di Lubnan. MISI PBB - LUBNAN Malaysian Contingent (MALCON) MALCON 1 telah ditubuhkan pada 2 Oktober 2006 dengan kekuatan elemen seramai 1 peg dan 14 LLP kemudiannya penambahan 4 orang jururadio (OCIS KIS 1). Elemen Semboyan mula diaturgerak dengan kumpulan pendahuluan pada 2 Januari 2007 dan mencapai Full Operation Capability (FOC) pada 8 Februari 2007 untuk melayakkan MALCON 1 melaksanakan tugas-tugas pengaman mengikut mandat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tugas utama Elemen Semboyan adalah mengkoordinasikan semua keperluan komunikasi dan bantuan teknikal semasa operasi MALCON 1 diaturgerakan di Selatan Lubnan. Bantuan komunikasi dan teknikal yang diberikan antaranya peralatan komunikasi strategik satelit, peralatan komunikasi taktikal, janakuasa dan pembaikan medan Tahap 1 dan 2. 114


115 Elemen Semboyan MALCON 1 telah diambil alih oleh Elemen Semboyan MALCON 2 pada 29 Oktober 2007. Kemudiannya pada MALCON 3 telah mengambilalih tugas MALCON 2 pada 20 Julai 2008 dan diubah designasi kepada MALCON EAST 3. Malaysian Contingent East (MALCON EAST) MALCON EAST 3 telah diambil alih tugas oleh MALCON EAST 4 pada 28 Januari 2010 dan seterusnya MALCON EAST 5 telah mengambil alih tugas ada 29 Oktober 2010. MALCON EAST 6 mengambil alih tugas pada 28 Oktober 2010 dan tamat misi pada 22 Julai 2011. Kontinjen ini terdiri dari 270 anggota TD, 40 anggota TLDM, 40 anggota TUDM dan 10 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta 10 anggota wanita dari ketiga-tiga perkhidmatan. 115


116 MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) MALBATT 850-1 merupakan misi pengaman yang melaksanakan Misi UNIFIL di Sektor Barat. Kontinjen MALBATT 850 ditempatkan di UNP 2-1 Kem Marakah, UNP 6-40 Kem Harriss dan UNP 6-43 Kem Tibnin. Kekuatan Elemen Semboyan terdiri daripada 5 pegawai dan 26 LLP. Elemen terdiri daripada 3 entiti iaitu Elemen Semboyan (4 x Peg dan 16 x LLP), Sel S6 (1 x Peg dan 4 LLP) dan Jururadio Kompeni Tempur (6 x LLP). Elemen Semboyan turut dibantu oleh penglibatan 19 anggota dari TLDM dan TUDM. Peranan entiti semboyan adalah bertanggungjawab menyediakan Komunikasi Taktikal MK MALBATT, bertanggungjawab dalam menyediakan Komunikasi Strategik MK MALBATT dan bertanggungjawab dalam menyediakan Komunikasi Taktikal Kompeni Tempur. Sehingga kini MALBAT 850-11 telah meneruskan kesinambungan penglibatan ATM untuk berkhidmat di bawah Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan bermula Nov 23 hingga Nov 24. Elemen komunikasi dianggotai oleh pegawai wanita yang bertugas secara bergilir selama 4 setengah bulan bersama anggota LLP dari pelbagai tred. MALCON EAST 7 telah ditubuhkan pada 26 April 2011 bagi mengambil alih tugas MALCON EAST 6 dan menjalani Force Interagraticn Traming (FIT). MALCON EAST 7 telah ditukarkan nama ke Malaysian Company MALCOY 7 memulakan tugas pada 21 Julai 2011 hingga 10 Julai 2012 sebelum diambil alih MALCOY 8 pada 9 Julai 2012.


117 MALAYSIAN CONTINGENT WEST 1 (MALCON WEST 1) Malaysian Contingent West 1 (MALCON WEST 1) mula berkhidmat pada 18 Oktober 2008 hingga 22 Julai 2009. Kontinjen ini berkuatan seramai 185 orang terdiri dari 21 pegawai dan 164 LLP. Kontinjen ini melaksanakan tugas-tugas pengaman mengikut mandat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kontinjen ini menggantikan Kompeni QRF. Secara amnya Elemen Semboyan bertanggungjawab kepada MALCON WEST 1 untuk menyedia, menyelaras dan menyelenggara keperluan semua aspek komunikasi pada sebilang masa bagi keperluan MALCON WEST 1 melaksanakan misi Pengaman PBB di Barat Lubnan. Tim MALCON WEST 2 telah memulakan tugas di Pos UN 2-45 mengambil alih tugas dari MALCON WEST 1 pada 20 Julai 2009 kemudiannya ditukarkan designasi kepada MALBAT 1 dengan pertambahan anggota seramai 150 orang dan tambahan 60 anggota dari MALCON WEST 1. MALBAT 2 telah mengambil tugas dari MALBAT 1 pada 19 April 2010 sehingga 20 Januari 2011. Seterusnya diambilalih oleh MALBAT 3 pada 21 Januari 2011 hingga 25 Oktober 2011, MALBAT 4 mengambil alih pada 17 Oktober 2011 hingga 17 Oktober 2012. MALBAT 5 mengambil alih pada 22 Oktober 2012 hingga 30 Oktober 2013. Penggabungan MALBAT dan MALCOY dengan kekuatan seramai 850 anggota dan bertugas di Sektor Barat UNIFIL berkuatkuasa semasa pertukaran MALCOY 8 dan MALCOY 9 pada Julai 2014. Designasi baru kontinjen Malaysia di Misi UNIFIL adalah sebagai MALBAT 850. MALCOY 9 yang telah bergerak ke kawasan misi pada 23 Julai 13 telah dikenali sebagai Kumpulan Pendahuluan MALBAT 850-1 manakala MALBAT 6 yang telah bergerak pada 2 Oktober 2013 telah dikenali sebagai Kumpulan Induk MALBAT 850-1. Penugasan MALBAT 850-1 adalah sehingga 24 Julai 2014.


118 MALCON 1 Mej Abdul Wahid bin Abu Bakar MALCON 2 Mej Zamri Azmira bin Hasbuna MALCON 3 Mej Muhammad Nazri bin Ahmad MALCON EAST 4 Mej Ahmad Jais bin Tasliman MALCON EAST 5 Mej Rosli bin Othman MALCON EAST 6 Mej Norasyikin binti Awang MALCOY 7 Mej Asimahan bin Yusoff MALCOY 8 Mej Jaafar bin Hj Ibrahim MALCOY 850 Mej Mohamad Shafie bin Hj Idris MALCON WEST 1 Mej Shafizan bin Amin MALCON WEST 2 Mej Zulkeffly bin Mohamed MALBAT II Mej Badrul Hisham bin Nasir Nordin MALBAT III Mej Ulul Azmi bin Ismail MALBAT IV Mej Khairuddin bin Hj Abd Malek 20 Jan 2007 – 24 Okt 2007 22 Okt 2007 – 21 Jul 2008 20 Jul 2008 – 23 Apr 2009 22 Apr 2009 – 23 Jan 2010 21 Jan 2010 – 29 Okt 2010 28 Okt 2010 – 22 Jul 2011 21 Jul 2011 – 10 Jul 2012 09 Jul 2012 – 09 Jul 2013 08 Jul 2013 – 24 Jul 2014 18 Okt 2018 – 22 Jul 2009 20 Jul 2009 – 28 Apr 2010 19 Apr 2010 – 21 Jan 2011 20 Jan 2011 – 25 Okt 2011 17 Okt 2011 – 17 Okt 2012 22 Okt 2012 – 30 Okt 2013 30 Okt 2013 – 29 Okt 2014 27 Okt 2014 – 14 Sep 2015 14 Sep 2015 – 16 Sep 2016 16 Sep 2016 – 20 Sep 2017 20 Sep 2017 - 24 Sep 2018 24 Sep 2018 – 17 Sep 2019 17 Sep 2019 – 14 Nov 2020 14 Nov 2020 – 13 Nov 2021 07 Nov 2021 – 05 Dis 2022 12 Nov 2022 – 13 Nov 2023 13 Nov 2023 – 12 Nov 2024 MALBAT 5 Mej Mohd Fathey bin Yaakob MALBAT 850-1 Mej Faizal Hamdy bin Hussin MALBAT 850 - 2 Mej Abdul Manap bin Hussain MALBAT 850 - 3 Mej Mohd Nazeriy bin Yob MALBAT 850 - 4 Mej Ishak bin Abdul Razak MALBAT 850 - 5 Mej Ezrul Hakim bin Husni Tamrin MALBAT 850 - 6 Mej Syed Kamaluddin bin Syed Mokhtaruddin MALBAT 850 - 7 Mej Nor Amirul Asraf bin Abdul Rauff MALBAT 850 - 8 Mej Mohamad Nur Hafiz bin Daruis MALBAT 850 - 9 Mej Ku Hafeez Syabani bin Ku Azmi MALBAT 850 - 10 Mej Hj Mohd Sa’at bin Hj Ismail MALBAT 850 - 11 Mej Ahmad Hayatta bin Razali MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) 118


119 119


120


121 MISI PEGAWAI PEMERHATI Rejimen Semboyan Diraja turut terlibat dalam misi Pegawai Pemerhati di bawah PBB kepada negara yang menghadapi konflik. Tugas Pegawai Pemerhati termasuklah membantu pentadbiran dan pengurusan, memberikan latihan teknikal dan menjadi jurubahasa. 121


122 UNIMOG – IRAN / IRAQ UNOMOZ - MOZABIQUE Mej Mat Rashid bin Ashaari 15 Ogos 88 - 27 Feb 89 Mej Sallehuddin bin Hj Moomin 31 Jan 93 - 12 Feb 94 Mej Zainal Abidin bin Ma’mor 15 Feb 89 - 15 Apr 90 Kapt Salih bin Ali 31 Jan 93 - 12 Feb 94 Mej Azmi bin Rashid 11 Feb 90 - 03 Mac 91 UNOSOM II – SOMALIA UNOSGI – IRAQ Mej Asnan bin Ismail 18 Mei 93 – 01 Nov 94 Mej Ramly bin Samek 30 Mei 91 – 03 Jun 92 UNOMIL - LIBERIA UNIKOM - KUWAIT Kapt See Kum Chong 02 Nov 93 – 01 Nov 94 Mej Mohd Shukri bin Mohd Dahan 20 Apr 92 – 20 Apr 93 Mej Bustaman bin Elias 14 Apr 95 – 30 Apr 96 MINURSO – SAHARA BARAT UNPROFOR – BOSNIA HERZEGOVINA Mej Mohd Rasidi bin Razali 24 Okt 94 – 23 Okt 95 Kapt Rahim bin Mahamud 17 Mei 95 – 16 Mei 96 Mej Eve Ah Ann 03 Nov 99 – 02 Nov 00 Mej Bakri bin Yaacob 09 Nov 00 – 22 Nov 01 UNMET – TIMOR TIMUR Mej Mohamad bin Hj Akop 07 Dis 06 – 07 Dis 07 Mej Ajaya Kumar A/L Ab Kurup 01 Jul 99 – 30 Jun 00 Mej Rizal Vick Ramakrisnan 20 Jan 10 – 20 Feb 11 Mej Ismail bin Katis 09 Sep 99 – 08 Sep 00 Mej Mohd Sazali bin Md Desa 04 Apr 11 - 07 Apr 12 Mej Mohammad Zairy bin Musa 23 Apr 12 – 24 Apr 13 UNMIT (TIMUR-TIMUR) Lt Kol Roslin bin Mohd Yusoff 08 Sep 09 – 07 Sep 10 UNTAC - CAMBODIA Lt Kol Soo Ah Chai 15 Apr 92 – 30 Jun 93 Mej Dzulkifli bin Abdul Hamid 02 Apr 93 – 08 Okt 93 INTERFET EAST TIMUR Mej Abdullah Sidit bin Shah Din 10 Feb 92 – 27 Jun 93 Mej Ajaya Kumar A/L Ab Kurup 01 Jul 99 – 30 Jun 00 Kapt Roslin bin Mohd Yusof 17 Mei 92 – 30 Jun 93 Mej Ismail bin Katis 09 Sep 99 – 08 Sep 00 Mej Ahmad Saifuddin bin Talha 22 Nov 01 – 29 Dis 02 UNTAG – NAMIBIA Lt Kol Idris bin Mohamad Jadi 24 Feb 89 – 20 Apr 90 MALTIN INTERFET Mej Abdul Aziz bin Ahmad 25 Mac 89 – 28 Mac 90 Mej Lim Eng Tai 20 Sep 99 – 02 Feb 00 SENARAI NAMA ANGGOTA DAN PEGAWAI PEMERHATI


123 UNAVEM - ANGOLA MONUC / MONUSCO - CONGO Kapt Sivanathan Al Karinakaran 02 Okt 91 – 16 Dis 92 Lt Kol Tan Kim Swee 28 Mei 01 – 27 Mei 02 Kapt Roslan bin Md Ali 21 Dis 94 – 20 Dis 95 Mej Abdul Kadir bin Mohd Ali 05 Jul 02 – 11 Jul 03 Mej Adnan bin Adam 03 Jan 96 – 07 Feb 97 Mej Zulkifli bin Mohd Nor 29 Sep 11 – 30 Sep 12 Mej Riath Arramin bin Ahmad 07 Okt 13 – 05 Okt 14 MINDANAO - SELATAN FILIPINA Lt Kol Ts. Hamidi bin Achin 29 Nov 14 - 28 Nov 15 Kapt Ismail bin Mohamad Noon 01 Sep 04 – 04 Sep 05 Lt Kol Mohd Zukifli bin Ali @ Mustafa 24 Jan 15 – 22 Jan 16 Mej Muhamad Azmi bin Abdullah 14 Apr 05 – 17 Apr 06 Mej Nordin bin Hj Nawi 18 Ogos 06 – 04 Sep 07 UNAMIL - LIBERIA Mej Shariffuddin bin Mohamed Hassan 06 Jan 06 – 14 Jan 07 MALCON EAST Mej Yaakob bin Idris 12 Mei 08 – 16 Mei 09 Kapt Siti Aminah binti Mohd Sharif 14 Mac 11 – 26 Jul 11 UNAMSIL SIERRA LEONE UNMEE - ERITERIA Mej Mohd Nasir bin Tumin 07 Okt 00 – 06 Okt 01 Mej Inderjit Singh A/L Tara Singh 11 Nov 03 – 12 Nov 04 Lt Kol Amiruddin bin Ismail 11 Sep 02 – 14 Jan 04 Mej Abdul Rahman bin Ismail 19 Dis 03 – 17 Dis 04 UNIFIL - LUBNAN UNMIS - SUDAN Mej Suhaimi bin Omar 27 Jan 10 – 27 Okt 10 Mej Izhar bin Zakaria 08 Dis 05 – 07 Dis 06 Pw I (Fos) Usha Dewi A/P Supramaniam 20 Mac 10 – 20 Mac 11 Pw I (Fos) Shahrul Nizam bin Md. Salleh 5 Apr 11 – 5 Apr 12 UNAMID - SUDAN Pw II (Fos) Arman bin Shaukani 18 Jun 13 – 1 Jun 14 Kapt Ainolrahizal bin A.Samad 01 Sep 09 – 02 Sep 10 Pw I (Yos) Mohamad Fadreen bin Sanip 14 Jun 14 – 13 Jun 15 Mej Ts. Hamdan bin Abd Rahman 22 Sep 10 – 21 Sep 11 P/Pw I (Fos) Ahmad Zulrisman bin Abdul Razak 2 Jul 15 – 19 Jul 16 Lt Kol Ts. T.Azharan bin T.Putra 12 Sep 11 – 26 Sep 12 Pw I (Fos) Mohd Hasbullah bin Kamaruzaman 28 Ogos 16 – 27 Ogos 17 Kapt Mohd Fadzil bin Ahmad 21 Nov 11 – 19 Dis 12 Pw I (Fos) Muhamad Zaid bin Che Harun 25 Ogos 17 – 12 Sep 18 Mej Chen Boon Chuan 04 Feb 12 – 18 Mei 13 Ssjn (Fos) Ridzwan Fadzly bin Rospiluji 5 Sep 18 – 19 Sep 19 Lt Kol Rosli bin Maarof 26 Nov 12 – 25 Nov 13 Pw II (Yos) Mohd Fadhilah bin Daud @ Abdullah 25 Sep 19 – 26 Sep 20 Kapt Fazeri Iskandar bin Ishak 26 Nov 12 – 25 Nov 13 Pw II (Fos) Mohd Izhar bin Ismail 5 Okt 20 – 25 Okt 21 Mej Roslan bin Abdul Rani 29 Dis 13 – 04 Feb 15 Pw II (Yos) Jaysham bin Shamsudin 16 Okt 21 – 13 Okt 22 Kapt Masmizi bin Shakry 18 Sep 16 – 02 Okt 17 Pw II (Yos) Mohd Farid bin Abd Jalil 14 Okt 22 – 12 Okt 23 Kapt Shahharrohim bin Ishak 15 Okt 17 – 28 Okt 18 UNISFA UNMIN Mej Nuraini binti Zulkifli 03 Jan 21 – 23 Apr 22 Mej Mohd Sazali bin Md Desa 29 Sep 10 – 06 Apr 12 Mej Zazalina binti Ghazali 25 Apr 22 – 31 Ogos 23


124


125


126 MEJ JEN DATO’ MUHAMMAD BIN YUNUS Mej Jen Dato’ Muhammad bin Yunus (12351) telah dilahirkan 22 Sep 1945 di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mula menyertai ATM pada 7 Jan 1964 dan telah ditauliahkan pada 12 Dis 1965. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Salmah binti Buyong pada 9 Mac 1968 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Pegawai Muda Semboyan (UK), Komunikasi Pegawai (UK), Tugas Turus, Kursus Staf (Amerika Syarikat) dan Kursus Pegawai Kanan. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Ajutan, Peg Mem Rej Sem Diraja 11 Div, Pembantu Ketenteraan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Rancang Strategik (BSPP), Pengarah Pelajaran, Komandan ATMA, AKS Cwg P&P dan Panglima Logistik. Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Sarjana Startegik dan Hubungan Antarabangsa. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 21 Sep 2000. PERSONALITI RSD


127 MEJ JEN DATO’ HJ MAT RASHID BIN ASHAARI Mej Jen Dato’ Hj Mat Rashid bin Ashaari berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dan dilahirkan pada 21 Februari 1953. Beliau mula menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, UK pada 19 Disember 1972 dan ditauliahkan pada 21 Disember 1973. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Wan Fisah binti Wan Hassan dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Sepanjang perkhidmatan, pelbagai kursus kerjaya dan kursus sampingan telah dihadiri bagi pemantapan kerjaya beliau. Mej Jen Dato’ Hj Mat Rashid bin Ashaari telah menghadiri kursus Telecommunication Engineering (Pakistan) pada 6 Jun 1981. Seterusnya beliau telah menghadiri kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera pada tahun 1987 dan kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada tahun 2000. Beliau juga telah memegang pelbagai jawatan dalam Kor RSD dan TD antaranya Pegawai Memerintah 2 RSD, Pegawai Memerintah 93 RSD dan PS 1 Tindak Balas Elektronik di BSPP dan kemudiannya menjawat jawatan Ketua Cawangan Risik 4 di BSPP. Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 20 Feb 2011.


128 BRIG JEN DATO’ MOHD ZAKI BIN HJ WAN MAHMOOD Brig Jen Dato’ Mohd Zaki bin Hj Wan Mahmood (12315) telah dilahirkan 22 Mei 1945 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula menyertai ATM pada 7 Jan 1963 dan telah ditauliahkan pada 6 Dis 1964 di Portsea, Australia. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Fatimah binti Abd Majid pada 21 Jan 1967 dan telah dikurniakan 5 orang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Pegawai Muda Semboyan (UK), Signal Officer Advance (Amerika Syarikat), Basic Computer Programme (Amerika Syarikat), Tugas Turus, Tugas Staf, Kursus Pegawai Kanan dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Ajutan, Komandan Sekolah Semboyan, PS 1 Kor (Jab RSD), Juruarah MTAT, Komandan LATEDA, Ketua Cwg Risik 4 (BSPP) dan AKS KOMLEK. Diploma Sigs Officer Advance dan Diploma Basic Computer Programme. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima ialah Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 22 Mei 2000.


129 BRIG JEN DATO’ MUSHARDIN BIN MOHD SAID Brig Jen Dato’ Mushardin bin Mohd Said (410142) telah dilahirkan 1 Jun 1948 di Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai ATM pada 7 Mei 1966 dan telah ditauliahkan pada 13 Apr 1968. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Azmi Mimi binti Hamzah pada 24 Ogos 1969 dan telah dikurniakan 6 orang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Pegawai Muda Semboyan (India), Signal Officer Telecommunication (UK), Tugas Turus, Tugas Staf, Kursus Pegawai kanan dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Ajutan, Peg Mem 91 Rej Sem PT, Penasihat Pertahanan Burma, Ketua Tim Projek P4 (KOMLEK) dan AKS KOMLEK. Dalam bidang akademik pula, beliau memiliki kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan dan pelbagai kursus kemahiran di luar negara. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima ialah Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 31 Mei 2004.


130 BRIG JEN DATO’ MOHD ISA BIN HASSAN Brig Jen Dato’ Mohd Isa bin Hassan (410453) telah dilahirkan 17 Jun 1949 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Beliau mula menyertai ATM pada 8 Mei 1968 dan telah ditauliahkan pada 10 Okt 1969. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Azmie binti Abdul Aziz pada 10 Dis 1977 dan telah dikurniakan seorang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Muslihat Pegawai Muda, Signal Officers (Pakistan), Pegawai Turus randah, Signal Officer Advanced (Amerika Syarikat), Command and Staff College (Australia) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Ketua Skn, Peg Mem 1 Rej Sem Diraja, Komandan Sekolah Semboyan, Juruarah MTAT, Kol Semboyan, Penasihat Pertahanan Turki dan AKS OPLAT. Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan dan Pelbagai kursus kemahiran di luar negara. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 16 Jun 2005.


131 BRIG JEN DATO’ AZMI BIN RASHID Brig Jen Dato’ Azmi bin Rashid (410895) telah dilahirkan 9 Okt 1951 di Muar, Johor. Beliau mula menyertai ATM pada 15 Dis 1970 dan telah ditauliahkan pada 14 Apr 1972. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rusmila binti Alias pada 27 Sep 1980 dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Pegawai Muda Semboyan (India), Pegawai Turus Rendah, International Electronics Warfare Officers (Amerika Syarikat), Maktab Turus, Kursus COBOL, EDP Computer Programming (Stamfod University) dan Strategic Management (INTAN). Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Ajutan, Ketua Skn, Peg Mem 93 Rej Sem Diraja, Juruarah MTAT, Ketua Risik 4 (BSPP), Ketua Tim Projek CODDIMS, IJ BITD dan AKS OPLAT. Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan dan pelbagai kursus kemahiran di luar negara. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 8 Okt 2007.


132 BRIG JEN DATO’ RAHMAT BIN HAJI HASSAN Brig Jen Dato’ Rahmat bin Haji Hassan (411637) telah dilahirkan 13 Jun 1955 di Melaka. Beliau mula menyertai ATM pada 28 Nov 1973 dan telah ditauliahkan pada 12 Dis 1975 di Portsea, Australia. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rafeah binti Wahab pada 13 Jun 1981 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Tugas Turus Rendah, Perhubungan Peg Rej Sem, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Ajutan, Ketua Skn, Peg Mem 71 Rej Sem Diraja, PS 1 Kor (Jab RSD), Ketua Tim Projek SISKOM TD, Kol Semboyan dan Pengarah Rancang dan Operasi (KOMLEK). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan, Diploma Lanjutan Pengajian Startegik dan Pertahanan dan Master of Arts in International Security and Civil Military Relations (Amerika Syarikat). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 12 Jun 2015.


133 BRIG JEN DATO’ ZAHARIN BIN HJ JAMEL Brig Jen Dato’ Zaharin bin Hj Jamel (370655) dilahirkan pada 24 Mei 1957 di Puchong, Selangor. Beliau mula menyertai ATM pada 21 Dis 1974 dan telah ditauliahkan pada 16 Dis 1976. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosmawati binti Shafei pada 25 Dis 1981 dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sepanjang hampir 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya antaranya Kelayakan Peg Muda Sem, Peg Staf Rendah, Perhubungan Peg Rej Sem, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah memegang pelbagai jawatan dalam Kor RSD dan TD. Antara jawatan-jawatan utama yang pernah disandang oleh beliau ialah Jurulatih, Ketua Terup, Ajutan, Ketua Skn, Peg Mem 1 RSD, PS 1 Teknikal (Jab RSD), Pengarah PUSTEKMA dan Pengarah Semboyan (Cwg Sem, PMBTD). Dari segi kelulusan akademik pula, beliau memiliki Diploma Sains Komputer (UITM), Ijazah Sarjana Muda Komputer (Cranfield, UK), Sarjana Sains (Kajian Pertahanan) (UKM). Penganugerahan tertinggi yang diterima oleh beliau ialah Darjah Dato’ Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 3 Jan 17.


134 BRIG JEN DATO’ ADNAN BIN HJ ADAM Brig Jen Dato’ Adnan bin Hj Adam (411935) telah dilahirkan pada 14 Mac 1958 di Alor Gajah, Melaka. Beliau mula menyertai ATM pada 4 Jun 1976 dan telah ditauliahkan pada 26 Mei 1977. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Nik Suria binti Ab Ghani pada 14 Apr 1982 dan telah dikurniakan seorang cahayamata. Sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya antaranya Kursus Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Jurulatih, Ketua Skn, Peg Mem, PS 1 Frekuensi, AKS J6, Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Jordan, Juruarah MPAT dan Pengarah Semboyan di Cwg Sem MK PMBTD. Dalam bidang akademik pula, beliau memiliki kelulusan Diploma Sains Pengurusan (INTAN), Sarjana Sains Pengurusan (UUM) dan Sarjana Sastera (Kajian Pertahanan) (UKM). ). Penganugerahan tertinggi yang diterima oleh beliau ialah Darjah Dato’ Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 13 Mac 18.


135 BRIG JEN DATO’ HJ ZOLKEFLI BIN HJ SAINI Brig Jen Dato’ Hj Zolkefli bin Hj Saini (3000076) telah dilahirkan 26 Jan 1959 di Tanjung Sepat, Selangor. Beliau mula menyertai ATM pada 26 Jan 1977 dan telah ditauliahkan pada 15 Dis 1977. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Subrinah binti Abd Samad pada 6 Apr 1985 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus, Overseas Joint Operation di Australia dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ajutan, Ketua Skn, PS 2 Sekretariat di MK ATM, Peg Mem 93 RSD, PS 1 Frekuensi, Ketua Perisikan Semboyan PE dan Pengarah Semboyan di Cwg Sem MK PMBTD. Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pentadbiran Awam (UiTM), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Sarjana Sastera (Kajian Pertahanan )(UKM). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 27 Ogos 18.


136 BRIG JEN DATO’ MOHD RASHID BIN ABD RAZAK Brig Jen Dato’ Mohd Rashid bin Abd Razak (371057) telah dilahirkan 9 Feb 1959 di Kulim, Kedah. Beliau mula menyertai ATM pada 1 Jun 1978 dan telah ditauliahkan pada 17 Jun 1982. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Azura binti Zainal Nor pada 6 Jun 2003 dan telah dikurniakan 2 orang cahayamata. Sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Defence Services Command & Staff College di Bangladesh dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn, PS 2 Jamming Perhubungan di BSPP-Risik 4, Peg Mem 73 RSD, PS 1 Komputer (Bhg KOMLEK), Komandan IKED, Ketua Tim Projek NCO-ATM dan Pengarah Semboyan (Cwg Sem MK PMBTD). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (UTM), Masters of Scinece (UNIM) dan Sarjana Sastera (Kajian Pertahanan) (UKM). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 8 Feb 19.


137 BRIG JEN DATO’ ABDUL AZIZ BIN AHMAD Brig Jen Dato’ Abdul Aziz bin Ahmad (3000017) telah dilahirkan 22 Mei 1959 di Kangar Perlis. Beliau mula menyertai ATM pada 7 Jun 1977 dan telah ditauliahkan pada 9 Jun 1978. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Aisyah binti Hj Osman pada 1 Okt 1982 dan telah dikurniakan 6 orang cahayamata. Sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Rejimental Offrs Basic (Australia), Maktab Turus, Pengurusan Pemerintah Pasukan dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn, Peg Mem 71 Rej Sem Diraja, PS 1 Alat (MKTD – Cwg Log), Kol Semboyan (MK PMBTD), Pengarah Alat (MKTD – BPP TD), Penasihat Pertahanan Korea Selatan, Komandan KTD dan Ketua Pengarah Perancangan Pembangunan (MK-ATM BSPP). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan dan Master of Defence Studies (Australia). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 21 Mei 19.


138 BRIG JEN DATO’ BASRI BIN KASBAN Brig Jen Dato’ Basri bin Kasban (3002050) telah dilahirkan 10 Ogos 1961 di Muar, Johor. Beliau mula menyertai ATM pada 16 Apr 1979 dan telah ditauliahkan pada 2 Apr 1981. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Mastura binti Md Isa pada 5 Ogos 1984 dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sepanjang hampir 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Rej Sem, Kursus Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Signal officer Advanced (Amerika Syarikat), Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Armed Forces Staff College (Turki). Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn, Peg Mem 2 Rej Sem Diraja, PS 1 Defensif Siber (KOMLEK), Komandan (IKED), Komander Pusat Kawalan PE (BSPP-DPI) dan Pengarah PI (BSPP-DPI). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Kejuruteraan Perhubungan (UTM), Diploma Kejuruteraan Elektronik (ITM) dan Kursus Sarjana Teknologi Maklumat (UKM). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh beliau ialah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 9 Ogos 2021.


139 BRIG JEN DR SAYUTHI BIN JAAFAR Brig Jen Dr Sayuthi bin Jaafar (3002828) telah dilahirkan 29 Mac 1962 di Kuala Muda, Kedah. Beliau mula menyertai ATM pada 8 Jun 1981 dan telah ditauliahkan pada 1 Jul 1985. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Murni binti Sharif pada 30 Ogos 1987 dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sepanjang beliau berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Kejuruteraan Telekomunikasi dan Maktab Turus. Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn, Pensyarah ATMA, Peg Mem 73 Rej Sem Diraja, Ketua Sel Siber (BSPP-DPI), Ketua Cwg Siber dan Ketua Cwg Peperangan Informasi (BSPP-DPI). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) (UTM). Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 28 Mac 2022.


140 BRIG JEN MOKHTAR BIN MOHD YASSIN Brig Jen Mokhtar bin Mohd Yassin (3002896) telah dilahirkan 25 Okt 1962 di Alor Gajah, Melaka. Beliau mula menyertai ATM pada 1 Jul 1981 dan telah ditauliahkan pada 22 Mei 1982. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Rohana binti Abdul Ghani pada 20 Ogos 2006 dan telah dikurniakan seorang cahayamata. Sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Tempur Pegawai Muda, Kursus Kelayakan Pegawai Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Training Developer (Australia), Maktab Turus, Pengurusan Pemerintah Pasukan dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (Thailand). Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn 72 SSD, Ketua Tim Projek SISKOM TD, Pengarah Sistem Maklumat (MK Latihan), Pengarah Ranwwwwcang dan Operasi (KOMLEK). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan. Jawatan terakhir yang disandang oleh Brig Jen Mokhtar bin Mohd Yassin ialah Pengarah Operasi Strategik dan Informasi (BSEP). Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 24 Okt 2022.


141 BRIG JEN ZAHAR BIN ARIFFIN Brig Jen Zahar bin Ariffin (3002581) telah dilahirkan 20 Apr 1963 di Johor Bahru. Beliau mula menyertai ATM pada 1 Jun 1981 dan telah ditauliahkan pada 26 Jul 1984. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Sofiah binti Abdul Rahman pada 20 Dis 1987 dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sepanjang hampir 42 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya dalam dan luar negara antaranya Kursus Kelayakan Peg Rej Sem, Tempur Pegawai Muda, Kejuruteraan Telekomunikasi, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus, Sig Officer Advanced (Amerika Syarikat), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (Indonesia). Beliau juga telah menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang kariernya antaranya Jurulatih, Ketua Terup, Pen Ketua Skn, Ketua Skn, Tim Projek Kereta Perisai Berantai, PS 1 Teknikal (Jab RSD), Peg Mem 95 RSD, Pengarah Sumber Manusia (Jab RSD) dan Pengarah Operasi Strategik dan Informasi (BSEP). Dalam bidang akademik pula, beliau memilik kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (UTM) dan Diploma Pengajian Startegik dan Pertahanan. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 19 Mac 2023.


142 PENCAPAIAN SUKAN BOLA SEPAK Di dalam arena bola sepak, dua pegawai semboyan yang telah mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat antarabangsa ialah Lt Kol Kamaruddin bin Hj Sakhari dan Kapt Halim bin Abdul Hamid. Lt Kol Kamaruddin mula melibatkan diri pada tahun 70-an sebagai jurulatih bolasepak ATM dan Kapt Halim mula melibatkan diri pada tahun 80-an. Kedua-duanya pernah dilantik sebagai pengadil FIFA.


143 Dua pegawai RSD telah mencipta nama di peringkat antarabangsa di dalam sukan bola sepak, seka- ligus telah mengharumkan nama negara dan Rejimen Semboyan Diraja. Pegawai yang dimaksudkan ialah Lt Kol Kamaruddin bin Hj Sakhari dan Kapt Halim bin Abdul Hamid. Mereka begitu aktif dan mempunyai minat yang tinggi di dalam arena bola sepak terutama sebagai pengadil. Mereka pernah memikul tanggung- jawab sebagai pengadil di perlawanan bola sepak piala dunia FIFA.


144 Sjn Syed Azhar bin Syed Kamar - Pengadil FIFA Sjn Syed Azhar bin Syed Kamar dilahirkan pada 18 Januari 1970 di Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh, Perak. Mula menceburkan diri dalam perkhidmatan ATM pada 19 Oktober 1990 dan diserapkan ke dalam Kor RSD. Beliau seorang yang aktif dalam sukan terutamanya bola sepak dan sepak takraw. Beliau banyak membantu pasukan memenangi kejuaraan di peringkat Kor dan Tentera Darat. Pada tahun 1997 beliau telah mengikuti kursus pengadil dan berjaya mendapat Sijil Pengadil Kelas 3 pada tahun yang sama. Seterusnya beliau mengikuti kursus pengadil peringkat kebangsaan dan FIFA dan beliau kemudiannya diiktiraf sebagai Pengadil Kebangsaan pada tahun 2002. Beliau banyak mengadili pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Liga Perdana, Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 18 Oktober 2012. Telah berumahtangga dan mempunyai 4 cahaya mata (2 perempuan 2 lelaki).


145 Sjn Venice Elphi Danay Kaya - Pemain Bola Sepak Sjn Venice Elphi anak Danay Kaya mula berkhidmat pada 13 Mac 2005 terlibat secara langsung di dalam perlawanan bola sepak semenjak beliau berkhidmat dan sehingga terpilih sebagai pemain bola sepak pasukan ATM mulai 1 Oktober 2008. Sebagai mengenang jasa beliau telah dinaikkan pangkat Sarjan oleh PTD ketika final Piala Malaysia 2012. Beliau juga menerima anugerah olahragawan pada tahun 2010. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


146 HOKI Dalam sukan hoki, Rejimen Semboyan Diraja boleh berbangga dengan 5 anggotanya iaitu Mej Jagjit Singh, Mej (TFK) Zainal Abidin bin Bakar, Mej Inderjit Singh, Mej Sarjit Singh dan PW 1 Randhir Singh. Di antara kejohanan-kejohanan besar yang disertai oleh mereka ialah Sukan Olimpik 1964, 1972 dan 1984, Piala Dunia 1973, Piala Dunia Belia 1987 dan 1990, Sukan Asia 1982 dan 1986, Piala Asia 1982 dan 1985 serta Sukan SEA 1987. Selain di peringkat antarabangsa, tim hoki Rejimen Semboyan Diraja juga mencipta kegemilangan dalam perlawanan-perlawanan di peringkat negeri dan juga Kor Tentera Darat. PWI (FOS) Selina anak Jingga PW I (FOS) Selina anak Jingga mula berkhidmat pada 25 Jun 2006 dan telah berkhidmat selama 14 tahun. Beliau mula melibatkan diri dalam pertandingan hoki sejak beliau menjejakkan kaki dalam perkhidmatan tentera. Beliau telah mewakili Tentera Darat bagi pertandingan hoki di peringkat ATM pada tahun 2013 dan juga dinobatkan sebagai Olahragawati Tahun 2010 peringkat ATM.


147 Sjn Juliani Binti Mohamad Din Mewakili Skuad Hoki Wanita Malaysia dalam Kejohanan Siri Akhir Liga Hoki Wanita Dunia di Banbrigde Ireland pada 16 Jun 19 dan mendapat tempat ketiga setelah menewaskan Republik Czech 3-0. Beliau turut menyertai Skuad Hoki Wanita Malaysia dalam Sukan SEA Ke-30 di LB Centre Mall & Convention Centre di South Luzon, Filipina pada 11 Dis 19 dan telah menjadi juara setelah menewaskan Thailand 2-0.


148 Sjn Siti Rahmah Binti Othman Aksi ketika Skuad Hoki Wanita Malaysia menentang Itali dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur pada 21 Jan 17 dengan kemenangan 2-1. Beliau juga mewakili Skuad Hoki Wanita Malaysia dalam Kejohanan Liga Hoki Malaysia 2019 di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu pada 19 Jan 19 dan berjaya menewaskan Liaoning Infinite Space Hockey Club dari China dengan kemenangan 4-2. Seterusnya, beliau turut beraksi ketika Skuad Hoki Wanita Malaysia menentang Hong Kong dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur pada 14 Jan 17 dengan kemenangan 9-0.


149 SKUASY (Mej Subramaniam Al Singaraveloo) Mej Subramaniam mula mewakili negara sebagai pemain mulai tahun 1979 dalam beberapa kejohanan dunia, kojohanan asian dan “EAST ASIA SQUASH CHAMPIONSHIP”. Beliau telah memenangi kejohanan skuasy negara dalam tahun 1980, 1983 dan 1985. Dipilih sebagai Olahragawan Negara bagi sukan skuasy dalam tahun 1980, 1983, 1984 dan 1985. Menjadi jurulatih skuasy negara mulai tahun 1986 hingga sekarang dan merupakan pengarah kejurulatihan dan ketua jurulatih skuasy negara.


150 RAGBI (Lt Kol Ho Chee Pong) Lt Kol Ho Chee Pong mewakili negara sebagai pemain ragbi mulai tahun 1966 hingga 1972. Antara kejohanan antarabangsa yang disertai oleh beliau ialah ‘Asian Rugby Tournament’ pada tahun 1970 dan 1972 serta Sukan SEA pada tahun 1967. LKpl Mohd Zulhisham bin Zainuddin 1161330 LKpl Mohd Zulhisham bin Zainuddin mula berkhidmat pada 8 Mac 2008 dan telah berkhidmat selama 6 tahun. Beliau telah menceburi bidang ragbi TD di peringkat kor dari tahun 2009 dan akhirnya terpilih mewakili ATM pada tahun 2012. Beliau masih belum mendirikan rumahtangga.


Click to View FlipBook Version