151 SUKAN PING PONG Mej (Tfk) Hamdan bin Mustaffa (3007411) telah mula berkhidmat di pasukan ini pada 18 Apr 2005 hingga sekarang. Seorang pengurus sukan Ping Pong Tentera Darat. Begitu berminat di dalam sukan ini dan merupakan seorang pemain yang unggul. Pernah mengharumkan nama Tentera Darat di dalam sukan ini dan membawa kejayaan di mana telah mengungguli kejohanan antara perkhidmatan ATM pada tahun 2003 dan 2005. YBhg Timbalan Panglima Tentera Darat telah mengutuskan surat penghargaan dan sijil kepada beliau dan Kpl Md Jaafar Alnamiri bin Nandar kerana telah mengharumkan nama TD. Sekarang beliau dilantik sebagai pemimpin Pusat Cemerlang Ping Pong RSD bertempat di 4 RSD. Mej (Tfk) Hamdan bin Mustaffa (3007411) 1081007 Kpl Md Jaafar Alnamiri bin Nandar
152 SUKAN FUTSAL Sjn Badrul Hisam telah menjadi anggota tentera pertama yang dilantik sebagai pengadil Futsal FIFA bertaraf dunia. Lebih membanggakan, walaupun anggota tersebut masih baru dalam dunia Futsal, tetapi atas kepercayaan dan kebolehnnya, beliau telah disenarai pendek untuk menjadi pengadil Piala Dunia Futsal 2004 di Taiwan. Perlawanan antarabangsa yang pertama yang diadili sejak dilantik sebagai Pengadil Futsal FIFA pada 2003 adalah Pusingan Kelayakkan Piala Dunia Futsal di Macau. Selepas itu, beliau telah dijemput mengadili perlawanan persahabatan antarabangsa di Tokyo antara pasukan kebangsaan Jepun menentang Argentina. Perlawanan seterusnya, adalah melibatkan perlawanan persahabatan di antara gergasi futsal, Brazil menentang Portugal di Taiwan. Perlawanan persahabatan itu adalah sempena perasmian gelanggang yang akan digunakan sebagai ‘venue’ Piala Dunia Futsal. Beliau ingin terus menabur khidmat selagi diperlukan mengadili Piala Dunia Futsal akan berlangsung pada 2008. SUKAN BOLA KERANJANG Lt Kol Lim Chui Deng mula berkecimpung dalam Sukan Bola Keranjang sejak di bangku sekolah dan minat beliau diteruskan semenjak menyertai ATM sehingga membawa beliau mewakili RSD dan ATM ke peringkat TD dan kebangsaan. Beliau turut diiktiraf sebagai Pengadil Peringkat Kebangsaan, Pengadil MABA dan seterusnya sebagai Pengadil FIBA pada tahun 1995. Sekarang beliau bertugas sebagai Setiausaha Persatuan Bola Keranjang ATM dan Pengerusi Pemilihan Persatuan Bola Keranjang Malaysia, MABA.
153 PENCAK SILAT DAN MUAY THAI PWII (YOS) Borhan bin Budong 1108934 PW II (YoS) Borhan bin Budong mula menceburi bidang ini pada 1998 sehingga kini. Pelbagai kejayaan telah dirangkul antaranya beberapa pingat emas, perak dan gangsa bagi kontinjen Negeri Sembilan di Kejuaraan Silat Peringkat Kebangsaan. Beliau juga memperolehi pingat perak dalam 1st Asia Pasific Silat Championship, pingat gangsa di Kejohanan World Silat Championship dan pingat emas, perak dan gangsa ketika mewakili ATM di Kejohanan Silat peringkat kebangsaan. Walaupun ketika ini beliau tidak menyertai pertandingan silat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, namun atas minat yang mendalam dan bakat yang dimiliki, beliau telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih Silat Olahraga bagi Negeri Sembilan dan jurulatih seni mempertahankan diri ATM. Kini beliau merupakan jurulatih Muay Thai Negeri Sembilan dan merupakan pengadil Muay Thai peringkat Antarabangsa.
154