The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOQAZ SUBLIMATION, 2023-11-16 19:21:20

BUKU RSD 2023 17.11.23 0800H

BUKU RSD 2023 17.11.23 0800H

51 51


52 DINNING IN Pegawai-pegawai baru yang ditauliahkan akan diperkenalkan kepada semua pegawai RSD dalam Majlis Makan Malam Rejimental. Majlis diadakan bagi memberikan ruang kepada Pegawai Muda untuk memperkenalkan diri di samping membuatkan mereka berasa diterima di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Sebagai simbolik, Pegawai Muda juga akan menyumbangkan sesuatu kepada Wisma Perwira Rejimen Semboyan Diraja. DINNING OUT Majlis ini diadakan bagi meraikan perpisahan dan sebagai mengenang jasa pegawai dan lain-lain pangkat semasa zaman perkhidmatan mereka. Majlis ini biasanya akan dilaksanakan semasa Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja yang dianjurkan oleh Wisma Perwira dan Wisma Bintara. Sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan kepada Rejimen Semboyan Diraja, pegawai yang bersara akan diperuntukan cenderahati berbentuk pewter manakala bagi bintara diperuntukan cenderahati berbentuk plaka. 52 52


53 53 53


54 54


55 BAB 3 SEJARAH 55


56 PENUBUHAN RSD Sejarah penubuhan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) bermula pada tahun 1949 dengan tertubuhnya sebuah Communication Troop yang berkekuatan seramai 90 orang anggota. Anggotaanggota yang menyertai trup tersebut adalah terdiri daripada jururadio (signaller) daripada pasukan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja. Mereka telah dilatih sebagai wireless radio operator dan juru talian di Signals Training Wing yang berpangkalan di Port Dickson. Sejajar dengan pembesaran dan pembangunan Tentera Darat (TD) ketika itu, penubuhan Briged Pertama Infantri pada bulan Januari 1950 telah menyebabkan Communication Troop dibahagikan kepada dua bahagian bagi memenuhi keperluan perhubungan Briged tersebut melalui HQ 1 Malay Infantry Brigade Signals Squadron manakala sebahagian lagi anggota terup terus tinggal di Port Dickson untuk melatih tenaga-tenaga baru. Bermula tahun 1950 hingga 1955, perkembangan dan pembangunan TD telah banyak mengubah peranan dan penyertaan angota pasukan Semboyan yang tidak hanya mengehadkan penyertaan kepada anggota Rejimen Askar Melayu sahaja malah turut disertai oleh lain-lain bangsa. Pada tahun 1954, Warta Kerajaan Bersekutu (Federation Government Gazette) telah mewartakan dengan rasminya memperakui Rejimen Semboyan sebagai sebuah Kor dalam TD dan mengesahkan tarikh penubuhannya pada tanggal 15 November 1952. Pada bulan November 1955, Rejimen Semboyan telah menerima lambangnya (badge) yang tersendiri dan cogan kata yang baharu iaitu ‘Pantas Dan Pasti’ menggantikan moto kor sebelum ini iaitu ‘Burung Camar dan Skrol’. Rejimen Semboyan terus melakarkan sejarahnya tersendiri di mana pada tanggal 6 Jun 1992, Kor ini telah dianugerahkan Gelaran Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 9 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. 56


57 BARISAN PERINTIS AWAL PENUBUHAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA Kumpulan Perintis di awal penubuhan Rejimen Semboyan Anggota-anggota 18 ‘Signal Regiment’ di Singapura pada 12 Feb 1952 57


58 ‘Federation Signals Squadron’ pada 11 Februari 1959 ‘Trup Teknik Rejimen Semboyan AT pada November 1959


59 ‘Armed Forces Signals Squadron Junior NCO’s Drill Course’ Skuadron Semboyan Kedua Briged Infantri Persekutuan pada 13 Oktober 1962 59


60 ‘Officers federation Signals and Singapore Military Force Signal Squadron visit of Brig Gen W.G Tucker Cbe’ Warrant Officers ang Sgt 1st Regiment Malaysian Signals on 3 August 1966


61 FOS and TOT Convention on March 1970 61


62 Staf dan peserta kursus di Sekolah Semboyan, Sg Besi Tenaga pengajar Sekolah Semboyan dalam tahun 1966 62


63 Anggota Skuadron Markas Rejimen Semboyan Malaysia Pertama Pegawai dan Anggota Semboyan 3 Briged di Bentong, Pahang 1963 63


64 PENGANUGERAHAN DIRAJA Rejimen Semboyan diberi gelaran ‘Diraja’ oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah semasa Upacara Perbarisan Mengarak Panji-Panji Diraja pada 6 Jun 1992 di Stadium Merdeka sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang Rejimen Semboyan dan seterusnya dikenali dengan nama Rejimen Semboyan Diraja. Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato Ahmad Ibrahim telah menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam upacara tersebut. Kontinjen Rejimen Semboyan Diraja diketuai oleh Mej Asmuni bin Yusuff yang terdiri daripada 2 pegawai dan 35 anggota Lain-lain Pangkat. Perbarisan Penganugerahan Panji-Panji Diraja disertai oleh semua pasukan yang mempunyai panji-panji dan pasukan-pasukan yang akan dianugerahkan gelaran Diraja. Selain Rejimen Semboyan, Rejimen Jurutera dan Rejimen Artileri turut dianugerahkan gelaran tersebut. Rejimen Semboyan telah diberi penghormatan dan kepercayaan oleh Mesyuarat Pengerusi Kor Tentera Darat apabila Ketua Pegawai Semboyan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas untuk merencana dan melaksanakan pengurniaan gelaran Diraja tersebut.


65 Watikah Perlantikan Diraja


66 Penganugerahan Panji-Panji Rejimen kepada 71 Rejimen Semboyan Diraja telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Penganugerahan Panji-Panji Rejimen di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Jun 2004 bersamaan dengan 16 Rabiulakhir 1425H. Pegawai Panji-Panji Rejimen pertama ialah Lt M Muhammad Sham bin Ali. Turut menyertai perbarisan menerima Panji-Panji Rejimen adalah Rejimen Askar Jutra Diraja 2 Divisyen dan Rejimen Pertama Artileri Diraja yang berkekuatan seramai 24 pegawai dan 614 anggota LLP. PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI 66


67 Penganugerahan ini adalah mengenangkan jasa-jasa dan perkhidmatan 71 Rejimen Semboyan Diraja di dalam beberapa tugas operasi seperti penyediaan komunikasi untuk Markas Medan Tentera Darat sejak dari penubuhannya, penglibatan di dalam Operasi Highlands Tower pada tahun 1994, Operasi Jerebu pada bulan Oktober 1998 dan Operasi Sauk pada bulan Julai 2000. Di samping itu, rejimen tersebut telah menyediakan komunikasi untuk Operasi SEAPAC pada bulan September 2001 dan menyediakan komunikasi bagi tujuan siap siaga semasa Sukan SEA Ke-21. Dengan jasa bakti yang telah ditaburkan serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja dan negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan Panji-Panji Rejimen kepada 71 Rejimen Semboyan Diraja. Penganugerahan ini adalah penganugerahan yang pertama kepada sebuah pasukan Rejimen Semboyan Diraja dan menjadi lambang kemegahan dan kebanggaan semua warga Rejimen Semboyan Diraja. 67


68 KOLONEL YANG DIPERTUA RSD DYMM TUANKU MUNAWIR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN (1960-1967) DYMM TUANKU JA’AFAR IBNI AL-MARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN (1967 -1994) DAN (1999 – 2008) TUNKU DATO’ SERI UTAMA NAQUIYUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU JA’AFAR (1994 – 1999) TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR (2008 – SEKARANG) 68


69 DYMM TUANKU MUNAWIR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN (1960-1967) Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 hingga 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Maharunnisa binti Tunku Membang. Tuanku Munawir telah beristerikan Tunku Durah pada tahun 1940 iaitu puteri kepada Tunku Besar Burhanuddin. Baginda telah mangkat pada 14 April 1967 dan dimakamkan di Sri Menanti. Baginda telah menjadi Kolonel Yang Di Pertuan Rejimen Semboyan Diraja yang pertama mulai tahun 1960 hingga 1967. 69


70 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman diputerakan pada 19 Jul 1922 di Bandar Diraja Klang Selangor. Tuanku adalah putera kedua Yang DiPertuan Agong Pertama. DYMM Tuanku Ja’afar telah menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri SembiIan ke 10 pada 10 April 1967 selepas kemangkatan kekanda Tuanku, DYMM Tuanku Munawir lbni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda pernah dilantik sebagai Yang diPertuan Agong ke-10 pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. DYMM Tuanku Ja’afar telah melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Tuanku Najihah binti Tuanku Besar Burhanudin pada 8 Ogos 1942. Baginda telah dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Naquiyuddin, Tunku lmran, Tunku Juwahir Josephine, Tunku Iriah dan Tunku Nadzarukkin. DYMM Tuanku Ja’afar telah mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada usia 86 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada 29 Disember 2008. DYMM TUANKU JA’AFAR IBNI AL-MARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN (1967 -1994) DAN (1999 – 2008) 70


71 Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Dato’ Seri Utama Naquiyuddin diputerakan diputerakan di Sri Menanti pada 8 Mac 1947. Yang Amat Mulia Tunku adalah putera sulung kepada DYMM Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman. Yang Amat Mulia Tunku telah mendirikan rumahtangga dengan Tunku Puan Muda Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador pada 1977 dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Yang Amat Mulia Tunku telah dilantik sebagai Pemangku Yang DiPertuan Negeri Sembilan pada 26 April 1994 hingga 24 April 1999 dan ditauliahkan Kolonel Kehormat mulai 1 Julai 1994 hingga 24 April 1999 sebagai Pemangku KoIonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja. TUNKU DATO’ SERI UTAMA NAQUIYUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU JA’AFAR (1994 – 1999) 71


72 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda adalah merupakan satu - satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan DYMM Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan DYMM Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Sebelum ditabalkan sebagai DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11, baginda memegang gelaran Tunku Besar Sri Menanti yang merupakan salah satu jawatan Putera Yang Empat, Negeri Sembilan. DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Hasil perkahwinan baginda telah dikurniakan tiga orang putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al’Abidin dan Tunku Alif Saifuddin. Baginda dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 pada 29 Disember 2008 di Balairung Seri, Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Pada tanggal 29 Disember 2008, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dilantik sebagai Kolonel Yang DiPertua RSD Ke-4. Perlantikan baginda sebagai Kolonel Yang DiPertua RSD adalah untuk menggantikan DYMM Almarhum Tuanku Jaa’far Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah mangkat pada tanggal 27 Disember 2008. TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR (2008 – SEKARANG) 72


73 SEJARAH KETUA PEGAWAI SEMBOYAN 73


74 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN PERTAMA MAJ D.A BOND (1 JAN 1961 – 28 MEI 1961) Maj D.A Bond adalah pegawai pertama yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Semboyan. Beliau merupakan pegawai pinjaman dari ‘royal signals’, United Kingdom. Semasa era pemerintahan beliau, rancangan pembesaran angkatan tentera di bawah rmk dua (1961 - 1965) baru bermula, di mana keanggotaan dianggarkan meningkat dari 12,000 menjadi 22,000. sebelum itu, sebagai langkah sementara untuk mengisi kekurangan anggota semboyan, bekas tentera british juga diterima masuk ke dalam ‘federation signals’ selain anggota-anggota pinjaman dari ‘royal signals’. KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KEDUA LT COL A SCHOFIELD (28 MEI 1961 – 3 OKT 1962) Lt Col A Schofield adalah merupakan Ketua Pegawai Semboyan yang kedua yang juga merupakan seorang pegawai yang ditumpangkan dari ‘royal signals’. Sepanjang 1 tahun 5 bulan memegang tampuk pemerintahan, keanggotaan Rejimen Semboyan terus meningkat. Di era beliau pasukan semboyan masih kekal dengan Tiga Skuadron Semboyan Briged Infantri. Namun rancanganrancangan pembesaran terus dijalankan sehinggalah jawatan Ketua Pegawai Semboyan ini diserahkan kepada Lt Col E. Mck Erskine. 74


75 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KETIGA LT COL E. MCK ERSKINE (3 OKT 1962 – 6 FEB 1965) Lt Col E. Mck Erskine, seorang pegawai ‘royal signals’, telah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Semboyan pada 4 oktober 1962. Penstrukturan semua Rejimen Semboyan Malaysia yang agak besar telah dilaksanakan oleh beliau dari tahun 1962 hingga 1965. Dalam jangka masa tersebut, Rejimen Semboyan Malaysia menghadapi keperluan untuk perkhidmatan semboyan yang lebih besar dari sebuah rejimen. Apabila beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Semboyan pada tahun 1965, Rejimen Semboyan mempunyai dua rejimen dan lima skuadron semboyan briged. KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KEEMPAT KOL D.L SYLVESTER BRADLEY (27 FEB 1965 – 20 OGOS 1967) Seorang lagi pegawai ‘royal signals’ yang pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Semboyan adalah Kol D.L Sylvester Bradley yang merupakan Ketua Pegawai Semboyan yang keempat. Beliau adalah Ketua Pegawai Semboyan pertama yang menyandang pangkat kolonel. Dalam era pemerintahan beliau, beberapa unit semboyan askar wataniah juga telah diwujudkan iaitu 11, 12 dan 13 Skn Sem (AW). Selain itu, Unit Semboyan Bantuan Udara juga telah diwujudkan di samping Trup Pengawasan dan Trup Semboyan Armor. Kol D.L Sylvester telah menamatkan tugas sebagai Ketua Pegawai Semboyan pada 20 ogos 1967 setelah menyerahkan tugas kepada Kol Leong Siew Meng yang menandakan permulaan era pemerintahan anak watan di dalam Rejimen Semboyan Malaysia. 75


76 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KELIMA BRIG JEN DATO’ LEONG SIEW MENG (20 OGOS 1967 –21 MEI 1980) Mej Jen Dato’ Leong Siew Meng telah dilahirkan di Kajang pada 28 november 1931. Beliau telah dipilih untuk menjalani latihan pegawai kadet di Eaton Hall, United Kingdom pada awal 1953. Latihan pegawai kadet itu dilanjutkan di Royal Military Academy Sanhurst hingga ke awal 1955. Kemudian beliau telah ditauliahkan dalam federation signals pada 3 februari 1955. Beliau merupakan warganegara malaysia ‘yang pertama’ ditauliahkan sebagai pegawai semboyan. Antara kursus yang pernah dihadiri adalah kursus pegawai muda semboyan di School Of Signals, Catterik United Kingdom, Kursus Maktab Turus di Camberly, United Kingdom dan kursus joint service staff college di Latimar, United Kingdom. Beliau merupakan anak watan pertama memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Semboyan setelah mengambil alih daripada Col Sylvester Bradley. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Staf di Mal Sig Hq, Liaison Hq Borneo, Pegawai Turus Satu (TD) di Opsco, Pegawai Memerintah ‘West Malaysia Signal Regiment’ dan Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan May Lee dan mempunyai 4 orang anak. Beliau bersara pada 1 februari 1986 setelah berkhidmat selama 33 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 6 mei 1986 kerana sakit jantung.


77 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KEENAM BRIG JEN DATO’ IDRIS BIN AHMAD (21 MEI 1980 –30 JUN 1986) Brig Jen Dato’ Idris bin Ahmad telah dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 20 april 1938. Beliau memasuki tentera british pada 20 april 1956. Sebelum ‘enlisted’ sebagai anggota tentera. Beliau memasuki ‘boys trade school’ pada 14 januari 1954 dan telah dipilih untuk menjalani latihan pegawai kadet di Mons Officer Cadet School, United Kingdom pada tahun 1959. Beliau telah ditauliahkan sebagai leftenan muda pada bulan jun 1959 dalam British Army dan Royal Signals. Pada awal tahun 1960, beliau telah menukarkan tauliahnya ke federation signals. Antara kursus yang dihadiri ialah kursus pegawai muda rejimen semboyan di School of Signal, Catterick United Kingdom, kursus rejimental pegawai semboyan di ‘School of Signals Australia’. Jawatan penting yang pernah disandang antaranya sebagai Ketua Skn Semboyan 3 Briged, Pegawai Memerintah Rejimen Semboyan 1 Divisyen, Pegawai Turus 1 (Semboyan) di Cawangan Semboyan Kementerian Pertahanan dan Penasihat Tentera di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Telah berkhidmat selama 33 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 6 mei 1986 kerana sakit jantung.


78 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KETUJUH MEJ JEN DATO’ AHMAD BIN IBRAHIM (30 JUL 1986 – 30 NOV 1990) DAN (15 JAN 1992 – 16 JAN 1994) Mej Jen Dato’ Ahmad Bin Ibrahim Dilahirkan di Batu Pahat, Johor Pada 8 Februari 1942. Pendidikan awalnya diperolehi di Sekolah Tinggi Batu Pahat dan seterusnya di Federation Military College. Beliau menceburi bidang ketenteraan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Jangka Tetap dalam Rejimen Semboyan pada 9 disember 1961. Antara kursus yang pernah dihadiri adalah Kursus Young Officer Signals Course di India, Associate Signals Officer Course di Amerika Syarikat, Kursus Maktab Turus di Bandung Indonesia dan Military Operational Analysis And Research di Sirvenham, United Kingdom. Beliau juga adalah graduan dari National Defence College, India. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah jurulatih di Maktab Tentera Diraja, Ketua Skuadron 4 SSB, Pegawai Turus 2 (tentera) di sekretariat jk perancang gerakan dalam mkn, briged mejar 4 briged infantri malaysia, pegawai memerintah 1RSD dan Panglima Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 7 feb 1997 setelah berkhidmat lebih kurang 37 tahun.


79 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KELAPAN KOL HEW KIM YEW (1 DIS 1990 – 14 JAN 1992) (MEMANGKU) Mendiang Kol Hew Kim Yew adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 23 november 1938. Dunia ketenteraan beliau bermula di ‘royal military academy’ sandhurst di mana beliau dilatih sebagai pegawai kadet mulai september 1957 hingga ditauliahkan pada 25 julai 1959. Beliau telah dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Semboyan pada 1 Dis 1990 hingga 14 Jan 1992 setelah Brig Jen Dato’ Ahmad Bin Ibrahim menghadiri kursus ‘national defence college’ di India. Beliau telah bersara pada 22 november 1993 setelah berkhidmat selama 34 tahun. Kolonel Hew Kim Yew telah menghembuskan nafas terakhir pada 27 julai 1996. 79


80 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KESEMBILAN BRIG JEN DATO’ KAMARRUL ARIFFIN BIN HJ OTHMAN (17 JAN 1994 – 27 MAC 1998) Brig Jen Dato’ Kamarrul Ariffin bin Hj Othman dilahirkan pada 28 jun 1943. Beliau adalah anak jati Kampung Bintang, Temerloh Pahang. Pendedahan awal beliau dalam dunia ketenteraan bermula apabila beliau memasuki ‘boys wing federation military college’ dalam tahun 1960. Beliau memulakan kerjaya ketenteraan setelah menjalani latihan pegawai kadet di federation military college, Sungai Besi sehingga ditauliahkan pada 8 Dis 1963 ke dalam federation signals. Kursus yang pernah dihadiri ialah kursus equipment signals tactics and advance officers di School of Signals, Balcombe Victoria Australia, kursus ‘command and staff college’ di Quetta Pakistan. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Ketua Jurulatih Rejimen Semboyan at, Ketua Skn Skn Sem 5 Bgd, Pegawai Memerintah Rej Sem Xi Div, Pegawai Memerintah Rej Sem 2 Div, Timbalan Panglima 3 Bgd dan Ketua Staf Mk 1 Div. Pada 17 Januari 1994, beliau mengambil alih Jawatan Ketua Pegawai Semboyan di mana beliau banyak mendorong kemajuan sukan di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Ketokohan beliau di dalam bidang ini dapat dilihat apabila dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak ATM. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Rokiah dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 28 Jun 1998 setelah berkhidmat lebih kurang 36 tahun.


81 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-10 BRIG JEN DATO’ SAIFUDDIN BIN HJ ABDUL GHANI (27 MAC 1994 – 5 DIS 2002) Brig Jen Dato’ Saifuddin bin Hj Abdul Ghani berasal dari Alor Sena, Perlis. Dilahirkan pada 6 mac 1947. Minat beliau dalam dunia ketenteraan membawa beliau ke United Kingdom untuk menjalani latihan sebagai pegawai kadet di ‘royal military academy sandhurst’ mulai 7 disember 1964 hinggalah ditauliahkan pada 9 disember 1966. Antara kursus yang pernah dihadiri adalah kursus pegawai muda semboyan di United Kingdom, Kursus Signal Officer Advance di Amerika Syarikat, kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Ketua Skuadron Rejimen Semboyan AT, Ketua Skuadron Skn Sem 3 Bgd, Ketua Turus Markas 8 Bgd, Ps 1 Tek di Cawangan Semboyan dan Ps 1 Kor. Beliau juga merupakan Ketua Sel Rancang di Markas ATM yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan projek p4. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima Adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 5 mac 2003 setelah berkhidmat lebih kurang 49 tahun.


82 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-11 BRIG JEN DATO’ ISMAIL BIN DARUS (6 DIS 2002 – 1 DIS 2004) Brig Jen Dato’ Ismail bin Darus berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada 1 mac 1949. Minat beliau dalam dunia ketenteraan telah membawa beliau ke Maktab Tentera Diraja untuk menjalani latihan sebagai pegawai kadet mulai 8 Jun 1968 hinggalah ditauliahkan pada 10 April 1970. Antara kursus yang pernah dihadiri ialah kursus Young Officer’s Basic Signals di Australia, kursus Signal Officer Communication di United Kingdom, kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Ketua Skuadron Sem Div di Rej Sem 1 Div, PS 2 TS di Jab RSD, Peg Mem Rej Sem 4 Div, PS 1 Tek dan PS 1 Kor di Jab RSD serta ketua risik 4 di BSPP. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 28 Feb 2005 setelah berkhidmat selama 36 tahun.


83 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-12 BRIG JEN DATO’ ZULKIFLEE BIN MAZLAN (1 DIS 2004 – 30 NOVEMBER 2007) Brig Jen Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 9 disember 1954. Beliau menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom pada Januari 1974 dan ditauliahkan pada 20 disember 1974. Antara kursus yang dihadiri ialah kursus Command And General Staf College, Manila Filipina, kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan National War College, National Defense University, Washington DC, US. Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Kol Pembangunan Cwg P&P dan Komandan Kolej Tentera Darat. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Normasila binti Musa dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 8 Dis 2014 setelah berkhidmat selama 41 tahun. 83


84 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-13 BRIG JEN DATO’ HAJI NORDIN BIN HJ MOHD YUSOFF (1 FEB 2008 – 10 OKT 2010) Mej Jen Dato’ Haji Nordin bin Hj Mohd Yusoff (411647) telah dilahirkan pada 7 jan 1956 di Kg Lonek, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Beliau mula memasuki ATM pada 5 Jan 1973 dan telah ditauliahkan pada 31 Okt 1974. antara kursus yang dihadiri ialah kursus Kelayakan Pegawai Muda Semboyan, Perhubungan Peg Rej Sem, Pegawai Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Jurulatih Sek Sem, PS 2 Jamming di BSPP – Risik 4, Peg Mem 3 RSD, Pengarah CPS di Komlek, Penasihat Pertahanan Malawakil Malaysia (Korea Selatan). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Norhamimah binti Daud pada 20 Apr 1980 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Beliau menamatkan perkhidmatan ATM pada 6 Jan 16. Antara jawatan penting yang pernah disandang adalah Jurulatih Sek Sem, PS 2 Jamming di BSPP – Risik 4, Peg Mem 3 RSD, Pengarah CPS di Komlek, Penasihat Pertahanan Malawakil Malaysia (Korea Selatan). Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Norhamimah binti Daud pada 20 Apr 1980 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Beliau menamatkan perkhidmatan ATM pada 6 Jan 16.


85 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-14 MEJ JEN DATO’ AHMAD HADIATULLAH MAKNUN BIN HJ RIDZUAN (10 OKT 2010 – 18 JAN 2019) Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan (3000474) telah dilahirkan pada 14 jun 1959 di Hutan Melintang, Perak. Beliau mula menyertai ATM pada 1 jan 1987 dan telah ditauliahkan pada 12 dis 1978. Antara kursus yang pernah dihadiri ialah Kursus Kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus, Master of Defence Studies di Australia dan Institute Of High Defence Studies Course di Italy. Beliau juga telah menjawat beberapa jawatan penting antaranya jurulatih, Ketua Trup, Ketua Skn, Peg Mem 2 RSD, PS 1 Tek dan PS 1 Kor di Jab RSD dan Pengarah Rancang di Komlek. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Hasnah binti Che Sab pada 14 Feb 2002 dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 13 Jun 19.


86 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-15 DAN KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-17 MEJ JEN DATO’ AHMAD SAIFUDDIN BIN TALHA (18 JAN 2019 – 30 OGOS 2019) DAN (20 OKT 2020 – 27 JUN 2022) Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin bin Talha (3002369) dilahirkan pada 1 Januari 1963 di Chemor, Perak. Beliau mula memasuki ATM sebagai pegawai kadet pengambilan ke-40 pada 2 februari 1981 dan telah ditauliahkan pada 21 november 1981. Antara kursus yang telah dihadiri ialah kursus kelayakan Peg Muda Sem, Perhubungan Peg Rej Sem, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan National Resillence College. Beliau telah menjawat beberapa perjawatan penting Antaranya Juruarah Taktik Peperangan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ketua Skn, Peg Mem, AKS J6 di Markas Angkatan Bersama dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat Tentera Darat. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan ATM pada 31 Dis 22 setelah berkhidmat selama 41 tahun.


87 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-16 BRIG JEN HJ ZAKARIA BIN HJ ABU (3 JAN 2020 – 17 JUN 2020) Brig Jen Hj Zakaria bin Hj Abu (3002275) telah dilahirkan pada 18 dis 1960 di Gadek, Melaka. Beliau menyertai ATM pada 9 okt 1980 dan telah ditauliahkan pada 27 jun 1981. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Faridah binti Che-Lin pada 13 Dis 1985 dan telah dikurniakan 6 orang cahayamata. Antara kursus yang dihadiri adalah kursus kelayakan Peg Muda Sem, Purhubungan Peg Rej Sem, Peg Staf Rendah, Taktik Semua Pasukan, Maktab Turus Angkatan Tentera, Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan dan SESKOAD TNI di Indonesia. Antara jawatan penting yang disandang adalah Jurulatih, Ps 1 Pemb di MK TD – Cwg P&P dan Peg Mem RPS. Penganugerahan tertinggi yang pernah diterima adalah Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS). Beliau menamatkan perkhidmatan ATM pada 17 dis 20 setelah 40 tahun berkhidmat. 87


88 KETUA PEGAWAI SEMBOYAN KE-18 BRIG JEN DATO’ TS. T.AZHARAN BIN T. PUTRA (27 JUN 2022 – SEKARANG) Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T. Putra (371776) dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 26 september 1965. Beliau mula menyertai ATM sebagai pegawai kadet pengambilan tauliah jangka pendek (TJP) ke 52 dan telah ditauliahkan pada 30 Jul 1988 ke dalam Kor Rejimen Semboyan Diraja. Pasukan pertama beliau adalah 7 Skuadron Semboyan Diraja di Johor. Di sepanjang perkhidmatan, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ajutan Pasukan 95 Rejimen Semboyan Diraja, PS 3 Gerak, PS 2 Alat, PS 2 Latih, PS 1 Gerak dan PS 1 Tek di MK TD – Jab Arah Sem, Jurulatih di IKED, Pegawai Memerintah di 3 Rejimen Semboyan Diraja, Juruarah di MTAT dan Ketua Tim Projek Network Centric Operation di bahagian siber dan elektromagnetik pertahanan (BSEP). 88


89 Beliau juga antara salah seorang pegawai semboyan yang pernah ditumpangkan sebagai jurulatih di Australia. Selain itu, beliau juga pernah menyertai misi UNAMID di Sudan bermula 12 september 2011 sehingga 26 september 2012. Antara negara asing yang pernah dilawati adalah Singapura, Australia, Korea, Cambodia, Thailand, Indonesia, Qatar, Sudan dan Perancis. Beliau telah dinaikkan pangkat ke pangkat Brigedier Jeneral pada 27 Jun 22 sebagai Ketua Pegawai Semboyan mengambil alih daripada Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin bin Talha. Seterusnya, beliau telah mengambil alih jawatan Pengerusi Kor RSD ke-9 pada 29 Ogos 23. Sebagai Pegawai Kanan RSD, beliau sentiasa turut serta di dalam aktiviti rejimental yang melibatkan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Kol YDP RSD. Sepanjang perkhidmatan dalam ATM, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, penganugerahan darjah kebesaran bintang dan pingat antaranya Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS – 2023) yang membawa gelara Dato’, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT – 2022), Darjah Pekerti Terpilih (DPT – 2016), Pingat Negara Bangsa Bersatu (PNBB (Sudan) – 2012), Pingat Jasa Malaysia (PJM – 2011), Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS – 2010), Ahli Memangku Negara (AMN – 2010), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC – 2009) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT – 2009). Disebalik kejayaan beliau, sokongan dan dorongan dari keluarga turut menjadi pemangkin kepada kerjaya dan kehidupan beliau. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Zaleha binti Ayob dan dikurniakan 4 orang cahayamata. 89


90 PENGERUSI KOR RSD


91 PENGERUSI KOR PERTAMA Mej Jen Dato’ Ahmad bin Ibrahim PENGERUSI KOR KEDUA Brig Jen Dato’ Kamarul Ariffin bin Hj Othman


92 PENGERUSI KOR KETIGA Brig Jen Dato’ Saifuddin bin Hj Abdul Ghani PENGERUSI KOR KEEMPAT Brig Jen Dato’ Ismail bin Darus


93 PENGERUSI KOR KELIMA Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan PENGERUSI KOR KEENAM Mej Jen Dato’ Nordin bin Hj Mohd Yusoff


94 PENGERUSI KOR KETUJUH Mej Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan PENGERUSI KOR KELAPAN Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin bin Talha


95 PENGERUSI KOR KESEMBILAN Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra


96 SARJAN MEJAR REJIMEN KOR RSD


97 1084961 PW 1 AZMAN BIN TALIB (2006 - 2016) 1084961 PW 1 Azman bin Talib dilahirkan pada tanggal 6 Sep 1972 di Kampung Chin-Ghin, Jasin, Melaka dan merupakan anak ke-2 daripada 6 orang adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Pn Nor Hasni binti Hassan Basri dan dikurniakan 3 orang cahayamata. PW 1 Azman bin Talib mula menceburi bidang ketenteraan pada 10 Okt 1990 di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson dan telah ditukarkan ke Sekolah Semboyan untuk menjalani Kursus Kombat Semboyan Kelas 2. Pada 1996, beliau telah terpilih untuk bertugas di Bosnia Herzegovina di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau telah dinaikkan ke pangkat PW I pada 19 Mei 2004 dan memegang jawatan SMR IKED mulai Mei 2004 hingga 16 Jan 2005. Beliau telah ditukarkan ke 3 RSD mulai 17 Jan 2005 sehingga 16 Jan 2006 dan memegang jawatan SMR. Pada 17 Jan 2006, beliau telah ditukarkan ke Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Semboyan untuk memegang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Semboyan yang pertama di dalam Rejimen Semboyan Diraja. Di atas kecemerlangan perkhidmatan beliau, pada 1 Mac 2006, beliau telah menerima Anugerah Sijil Ketua Perkhidmatan Panglima Tentera Darat dan pada 17 Nov 2005, beliau telah dianugerahkan Pingat Bintara Angkatan Tentera (BAT) oleh SPB YDP Agong.


98 1108985 PW I (SMR) Mohammad bin Bahari (2016 – Sekarang) 1108985 PW I (SMR) Mohammad bin Bahari dilahirkan pada 29 Jul 77 di Naka, Kedah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Nurfarahin binti Syed Mohamed Shukur dan dianugerahkan dua orang cahayamata lelaki dan seorang cahayamata perempuan. Beliau mula menceburi Perkhidmatan ATM pada 12 Sep 95 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dahulunya dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 6 bulan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan seterusnya pada 1 Apr 96 beliau ditempatkan di Rejimen Semboyan Divisyen Ketiga Infantri, Kem Terendak, Melaka. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatan. Di antaranya adalah sebagai Sarjan Mejar Skuadron (SMS) Latih di Rejimen Semboyan Divisyen Pertama Infantri (1 RSD), Kem Muara Tuang, Jurulatih Talian di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan SMS di Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED), Kuala Lumpur. Selain daripada itu, beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen di pasukan 71 RSDPMB, Kem Perdana Sungai Besi pada 21 Feb 11 hingga 17 Ogos 15 dan Sarjan Mejar Rejimen IKED pada 18 Ogos 15 hingga 6 Apr 16. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan sepanjang tempoh 21 tahun perkhidmatan, beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Kor RSD yang Ke-2 pada 7 Apr 16.


99 BAB 4 PENCAPAIAN


100 Rejimen Semboyan Diraja telah menjadi sebuah ketumbukan yang moden seiring dengan peredaran zaman. Sejak penubuhan pada tahun 1952, RSD telah berkembang menjadi sebuah rejimen yang kredibel, profesional dan berkeupayaan tinggi sesuai dengan keperluan semasa. Pengukuhan dan transformasi secara holistik telah melibatkan keseluruhan organisasi RSD termasuk Jab Arah RSD, Rejimen Semboyan, Skuadron Semboyan dan juga Trup Semboyan. Penstrukturan ini turut merangkumi peranan dan tugas baru dan selari dengan perkembangan teknologi semasa bagi menyokong sepenuhnya Operasi TD. Pada 15 Nov 18 telah dilaksanakan Perbarisan Penyistiharan Penstrukturan RSD di Padang Kawad Cawangan Rejimental, IKED. Perbarisan yang bersejarah ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan turut dihadiri oleh PMB TD, PMT TD, KS TD serta warga veteran RSD. PENGUKUHAN DAN TRANSFORMASI RSD 100


Click to View FlipBook Version