The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cam, 2020-09-29 03:18:35

Modul bijak moral JPN

Modul bijak moral JPN

Keywords: Moral

1

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Salam sejahtera kepada semua warga pendidikan dan
calon SPM di negeri Sabah.
Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi warga pendidikan di Malaysia dan dunia
amnya. Wabak Pandemik Covid 19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pembelajaran
Negara. Sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan selama hampir 3 bulan. Oleh yang demikian, pihak
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mencadangkan penghasilan modul pembelajaran yang dapat
membantu murid terutamanya calon SPM 2020.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan limpah-Nya, modul pembelajaran
SPM berjaya dihasilkan. Panel penulis modul ini adalah terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa
Kertas SPM, Pegawai JPN Sabah, Sektor Pembelajaran, Pegawai SISC+ dan Ketua Bidang. Adalah
diharapkan semua pendidikan dan calon SPM di negeri Sabah dapat memanfaatkan modul-modul
tersebut dalam PdP dan mampu memberi impak kepada murid untuk melakar keputusan cemerlang
dalam SPM tahun ini.

Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Sektor
Pembelajaran, Jabatan Negeri Sabah dan semua penggubal modul SPM atas komitmen dan usaha jitu
dalam terhasilnya modul pembelajaran ini.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga pendidikan serta terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidiikan Negara demi melahirkan generasi masyarakat
Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

Sekian. Selamat Maju Jaya.

2

3

Tips Menjawab
Baca situasi / soalan dengan teliti
Fahamkan situasi dan kenalpasti bidang pembelajaran sebelum menjawab
Jawab ikut kehendak soalan
Gunakan cara tersendiri untuk membantu mengukuhkan memori nilai
Amalan membaca sangat perlu untuk membantu menjana idea. Sumber bahan
bacaan yang paling mudah didapati adalah buku teks
Jawab semua soalan dengan lengkap, soalan struktur dan soalan esei
Jawab soalan esei yang ketiga jika ada masa
Tuliskan jawapan tambahan untuk soalan struktur dan soalan esei
Murid perlu tahu tajuk bidang pembelajaran dan nilai-nilai di bawah bidang
pembelajaran

4

Sidang Panel
YAP PIH THAU
SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG
TRACY DEBORAH EGOL
SMK BAHANG PENAMPANG
CHIN MEE NA
SMK TAMAN TUN FUAD, JALAN BUNDUSAN, LUYANG
LOJIRI BINTI MALIKI
SMK NARINANG KOTA BELUD
CHIN CHAI LING
SMK PUTATAN, PENAMPANG

5

Senarai Kandungan Modul Bijak Moral :

(1) Bidang Pembelajaran Pendidikan Moral
(2) Memori Nilai
(3) Kandungan Akademik
(4) Info Tambahan
(5) Celik Moral
(6) Bijak Moral 1
(7) Bijak Moral 2
(8) Bijak Moral 3
(9) Bijak Moral 4
(10) Jawapan Celik Moral
(11) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 1
(12) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 2
(13) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 3
(14) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 4

6

Kandungan Modul

(1) Bidang Pembelajaran Pendidikan Moral

Merangkumi 7 bidang pembelajaran Pendidikan Moral KBSM. Bahagian
ini disusun mengikut bidang pembelajaran beserta dengan definisi lengkap
setiap nilai.

(2) Memori Nilai

Bahagian ini sebagai satu panduan untuk membantu murid mengukuhkan
memori nilai yang telah dipelajari sejak dari Tingkatan 1. Murid perlu
menyebut kesemua huruf sebelum menyebut nilai mengikut huruf pertama
nilai tersebut. Susunan nilai tidak diutamakan.

Contoh : Perkembangan diri - 5K 2HB 1RAT
5K : kepercayaan kepada Tuhan, keadilan, kesederhanaan, kasih sayang,
kerajinan
2HB : harga diri, hemah tinggi, bertanggungjawab, berdikari
1RAT : rasional, amanah, toleransi

(3) Kandungan Akademik

Kandungan akademik mengikut sukatan pelajaran KBSM Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5. Bahagian ini mencakupi kandungan akademik semua unit
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

(4) Info Tambahan

Bahagian ini adalah info tentang isu, akta, dasar, agensi yang ada kaitan
dengan kandungan akademik. Murid dapat input tambahan berkaitan
dengan fakta pengetahuan am.

(5) Celik Moral

Latih tubi berfokus mengikut kelaziman jenis soalan dalam format SPM.

(6) Bijak Moral 1
(7) Bijak Moral 2
(8) Bijak Moral 3
(9) Bijak Moral 4
(10) Jawapan Celik Moral
(11) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 1
(12) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 2
(13) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 3
(14) Peraturan Pemarkahan Bijak Moral 4

7

BIDANG 1: PERKEMBANGAN DIRI

1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
Tuhan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
2 Kerajinan Negara.

3 Kesederhanaan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya
4 Keadilan maju dalam melakukan sesuatu perkara.
5 Kasih sayang
6 Harga diri Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
7 Hemah tinggi pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
8 Bertanggungjawab pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
9 Berdikari kepentingan diri dan orang lain.
10 Rasional
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
11 Amanah sebelah.
12 Toleransi
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia
dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian.

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

8

BIDANG 2 : KEKELUARGAAN

1 Kasih sayang terhadap Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
keluarga berkekalan terhadap keluarga.

2 Mengekalkan tradisi Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu
kekeluargaan kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurun dalam keluarga.

3 Tanggungjawab terhadap Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu

keluarga terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,

meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

4 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
anggota keluarga berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni.

BIDANG 3 : ALAM SEKITAR

1 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan
menghargai alam sekitar memulihara alam sekitar untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

2 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
alam sekitar sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

3 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis
manusia dengan alam antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti

sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

4 Kemapanan alam sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

BIDANG 4 : PATRIOTISME

1 Cinta akan negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan

diri.

2 Taat setia kepada raja dan Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja

Negara dan Negara.

3 Sanggup berkorban untuk Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu

Negara termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

9

BIDANG 5 : HAK ASASI MANUSIA

1 Menghormati hak wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu
yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan

keluarga, masyarakat dan negara.

2 Menghormati hak Memberi layanan yang bersopan kepada golongan
golongan kurang kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan

berupaya mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

3 Melindungi hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang
sempurna.

4 Melindungi hak pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja

dalam pembangunan negara.

5 Melindungi hak Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
pengguna pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

BIDANG 6 : DEMOKRASI

1 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan,
pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran
2 Mematuhi peraturan dan fakta dan norma masyarakat Malaysia.
undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang
3 Penglibatan diri dalam yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di
pembangunan negara mana seseorang itu berada.

4 Kebebasan beragama Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,
5 Kebebasan bersuara undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan
batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman.

10

BIDANG 7 : KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

1 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
aman mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
2 Saling membantu dan
bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama
pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk
3 Saling menghormati mencapai sesuatu matlamat.
antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara
untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

11

MEMORI NILAI BIDANG 1 : PERKEMBANGAN DIRI

5K 5K 2HB 1RAT 1 RAT

• Kepercayaan 2 HB • Rasional
• Amanah
kepada Tuhan • Harga diri • Toleransi
• Hemah tinggi
• Kerajinan • Berdikari
• Kasih sayang • Bertanggungjawab
• Keadilan
• Kesederhanaan

MEMORI NILAI BIDANG 2 : KEKELUARGAAN

KM TH

KM TH

• Kasih sayang terhadap • Tanggungjawab terhadap

keluarga keluarga

• Mengekalkan tradisi • Hormat dan taat kepada anggota

kekeluargaan keluarga

12

MEMORI NILAI BIDANG 3 : ALAM SEKITAR

MPKK

• Menyayangi dan menghargai alam sekitar
• Peka terhadap isu-isu alam sekitar
• Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
• Kemapanan alam sekitar

MEMORI NILAI BIDANG 4 : PATRIOTISME

SCT

• Sanggup berkorban untuk negara
• Cinta akan Negara
• Taat setia kepada raja dan negara

MEMORI NILAI BIDANG 5 : HAK ASASI MANUSIA

2M+3M=5M

2M 3M

• Menghormati hak wanita • Melindungi hak kanak-kanak
• Menghormati hak golongan • Melindungi hak pekerja
• Melindungi hak pengguna
kurang berupaya

13

MEMORI NILAI BIDANG 6 : DEMOKRASI

SMP KK

SMP KK
• Kebebasan bersuara
• Sikap keterbukaan • Kebebasan beragama
• Mematuhi peraturan dan undang-undang
• Penglibatan diri dalam pembangunan

negara

MEMORI NILAI BIDANG 7 : KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

HSS

• Hidup bersama secara aman
• Saling membantu dan bekerjasama
• Saling menghormati antara negara

14

KBepIDerAcNayGaa1n:kPeEpRadKaETMuhBaAnNGAN DIRI

• Segala perbuatan manusia tetap akan dibalas oleh Tuhan
• Perbuatan yang baik akan dibalas baik oleh Tuhan
• Manusia yang menunaikan tanggungjawab mengikut suruhan Tuhan akan dibalas

baik sepenuhnya oleh Tuhan
• Semua manusia mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan
• Manusia mesti bersyukur dan berterima kasih atas kurnian dan pemberian Tuhan
• Manusia mesti memuji dan menyanjung layanan baik yang diberikan oleh Tuhan
• Sebab sesetengah manusia abaikan suruhan Tuhan:

o Tamak
o Pentingkan diri sendiri
o Kurang ilmu

1.1 Amanah

• Objektif “Bersih, Cekap, Amanah“ (BCA)

o Mewujudkan satu etika kerja dan perkhidmatan yang memberi keutamaan
bagi meningkatkan hasil dan mutu kerja serta semangat dan motivasi pekerja

• Implikasi rasuah terhadap diri :
o Kehilangan pekerjaan
o Kehilangan kepercayaan masyarakat
o Trauma emosi dan psikologi
o Mengalami keaiban kerana dipenjarakan atau dijatuhi hukuman

• Implikasi terhadap keluarga :
o Mengaibkan keluarga
o Dipandang rendah oleh masyarakat
o Timbul sikap prasangka dan benci-membenci
o Ketidakharmonian dalam keluarga

• Implikasi terhadap negara :

o Menjejaskan perkembangan ekonomi negara
o Hilang kepercayaan pelabur-pelabur
o Kenaikan harga barang
o Pentadbiran negara lemah

• Tindakan kerajaan dalam menangani isu rasuah :
o Memperkenalkan kempen dengan menandatangani borang Kepimpinan
Melalui Teladan (Tujuan Kempen Kepimpinan Melalui Teladan ialah

untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan

khususnya di kalangan kakitangan kerajaan)

o Setiap kakitangan kerajaan mengangkat sumpah Aku Janji untuk bertugas
dengan amanah

o Menandatangani Akta Rahsia Rasmi sebelum memulakan tugas

• Sikap amanah perlu lahir dari hati : menyedari bahawa tugas yang
o Individu sewajarnya
dipertanggungjawabkan merupakan amanah yang perlu dipelihara

o Menyedari perbuatan tidak amanah akan mendapat balasan daripada
Tuhan

15

o Menyedari akibat buruk terhadap diri, keluarga dan negara sekiranya tidak
bersikap amanah

• Cara anda menunjukkan amanah terhadap tugas :
o Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil
o Tidak menerima rasuah
o Tidak membocorkan rahsia kerajaan

• Kesan tidak amanah :
o Hilang kepercayaan masyarakat
o Kemungkinan hilang pekerjaan
o Mengaibkan keluarga
o Dipandang rendah oleh masyarakat

• Cara-cara untuk menangani rasuah sekiranya anda seorang pemimpin negara :
o Menggubal undang-undang yang menetapkan hukuman berat terhadap
pemberi dan penerima rasuah
o Melucutkan jawatan individu yang didapati mengamalkan rasuah
o Menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan menjauhi rasuah
o Melantik pegawai khas untuk menyelia jabatan yang dianggap mempunyai
risiko yang tinggi dalam pengamalan rasuah

• Perbuatan yang dianggap melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 :
o Membocorkan rahsia negara
o Menyimpan barang larangan
o Bersubahat dengan musuh negara

• Kepentingan pegawai kerajaan bersikap amanah semasa menjalankan tugas rasmi
kerajaan :
o Akan disegani / dihormati
o Akan dipercayai
o Berpeluang menikmati kenaikan pangkat
o Kehidupan keluarga bahagia
o Masyarakat harmoni
o Negara aman dan makmur

• Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) / Badan Pencegah Rasuah (BPR) :
o Ditubuhkan pada tahun 1957
o Bidang kawalan merangkumi sektor swasta, orang awam, dan ahli-ahli
politik
o Peranan : mencegah dan menghapuskan segala bentuk rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ditegah oleh undang-
undang

• Cara anggota masyarakat bekerjasama dengan SPRM bagi menangani rasuah :
o Melaporkan kegiatan rasuah atau pecah amanah yang dilakukan
o Tidak memberi dan menerima rasuah
o Sentiasa mematuhi peraturan

16

1.3 Harga diri
• Kepentingan menjaga maruah diri :

o Dihormati oleh anggota masyarakat
o Imej keluarga terpelihara
o Tidak dipandang rendah oleh masyarakat
• Cara mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sumbang:
o Ajaran agama: Setiap agama mendidik umatnya berkelakuan baik. Orang

yang berkelakuan buruk akan mendapat pembalasan.
o Mematuhi undang-undang dan peraturan: Mengelakkan seseorang

daripada berbuat perkara yang tidak baik. Contoh- individu yang
melakukan perbuatan sumbang akan dijatuhi hukuman yang berat.
o Menurut nasihat ibu bapa : Mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan sumbang. Ibubapa inginkan anak mereka berkelakuan baik dan
mentaati agama
• Cara remaja dapat mengelakkan daripada terlibat dalam gejala sosial :
o Berpegang teguh pada ajaran agama
o Menuruti nasihat ibu bapa
o Tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang sering berpelesiran
o Memenuhi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah

1.4 Bertanggungjawab
• Pengurusan masa secara bijaksana

o Merancang masa belajar
§ Merancang dengan sistematik
§ Menyediakan jadual pengurusan masa harian
§ Mempunyai visi dan misi untuk berjaya
§ Mengenal pasti kepentingan pengurusan masa belajar untuk
mencapai kecemerlangan
§ Mematuhi jadual pengurusan masa

o Merancang masa untuk aktiviti ko-kurikulum
§ Jadual pengurusan masa
§ Mengagihkan masa
§ Meluangkan masa untuk aktiviti
§ Menyedari kepentingan menjalani aktiviti

o Merancang masa untuk keluarga
§ Jadual pengurusan masa harian dan mematuhinya
§ Menyedari kepentingan menghabiskan masa bersama keluarga
§ Memastikan masa yang mencukupi diperuntukkan

o Merancang masa istirehat / hobi
§ Demi kesihatan dan kecerdasan mental
§ Jadual pengurusan masa harian
§ Merancang masa dengan bijaksana

• Kepentingan pengurusan masa
o Dapat mengurus dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan
teratur dalam masa yang ditetapkan
o Dapat mengelakkan pembaziran masa

17

o Dapat elakkan kerja tertangguh dan memperolehi kepercayaan daripada
guru, rakan-rakan dan ibu bapa untuk melakukan sesuatu

• Kebaikan merancang :
o Perbelanjaan – tidak berbelanja berlebihan, wang lebih dapat ditabung
untuk kegunaan masa kecemasan, membeli sesuatu yang diingini demi
keselesaan hidup
o Kerjaya – tahu minat dan kebolehan sendiri, boleh membuat keputusan
memilih jenis kerjaya yang diminati dan dapat mencapai matlamat hidup
secara tersusun
o Kehidupan dewasa dan berkeluarga – menjamin kebahagiaan dan
kehidupan berkeluarga, dapat mengatasi masalah dalam kehidupan
berkeluarga

• Kesan tidak merancang :
o Perbelanjaan
§ Tidak ada simpanan untuk kegunaan masa kecemasan
§ Tidak ada wang lebihan untuk tabungan
§ Kemungkinan berhutang kerana berbelanja lebih
§ Tidak dapat membeli sesuatu sama ada perkhidmatan atau
barangan yang dihajatkan
o Kerjaya
§ Tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
§ Tidak berjaya dalam hidup
§ Tidak suka dan berminat pada kerjaya yang diceburi
o Kehidupan dewasa dan berkeluarga
§ Tidak dapat menyediakan diri dari segi mental, fizikal dan
kewangan sebelum berkeluarga
§ Tidak mengatasi masalah rumahtangga yang mungkin timbul

1.5 Hemah tinggi
• Sikap yang dimiliki oleh tokoh-tokoh ahli fikir :

o Imam al-Ghazali – sentiasa mendalami agama, mementingkan adab ketika
berhubung dengan orang lain dan sentiasa bertutur dengan sopan

o Confucius – mementingkan keharmonian hidup dengan mengamalkan
adab sopan dalam pergaulan

o Socrates – mengamalkan nilai moral dalam kehidupan
o Swami Vivekananda – berpegang kuat kepada agama
o Tunku Abdul Rahman – tidak bertindak secara kekerasan. Beliau sentiasa

berunding dengan sopan untuk membawa sebarang keputusan
o Tun Abdul Razak – suka merendah diri dan berjiwa rakyat
o Mahatma Ghandi – sentiasa merendah diri dan tidak suka akan kekerasan

serta memandang serius tentang pembinaan peribadi mulia
• Cara mempertahankan pendapat anda ketika perbincangan kumpulan yang

menunjukkan sikap hemah tinggi :
o Mengemukakan pendapat yang dipertahankan dengan cara yang sopan dan
mengikut giliran

18

o Memberikan bukti-bukti bahawa pendapat anda adalah lebih baik dengan
tidak meninggikan suara

o Tidak memandang rendah pendapat ahli lain dalam kumpulan
o Mempertimbangkan pendapat ahli secara rasional
• Cara menunjukkan nilai hemah tinggi jika tidak bersetuju dengan pendapat ibu bapa
tentang pemilihan kerjaya :
o Mendengar dengan teliti tentang pendapat mereka
o Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat mereka, dengan tutur

kata yang sopan dan tidak meninggikan suara
o Menerima pendapat mereka sekiranya mempunyai alasan yang munasabah
• Cara menunjukkan nilai hemah tinggi jika ingin mempertahankan pendapat anda
ketika perbincangan kumpulan :
o Mengemukakan pendapat yang dipertahankan dengan sopan dan mengikut

giliran
o Memberikan bukti-bukti bahawa pendapat anda adalah lebih baik dengan

tidak meninggikan suara
o Tidak memandang rendah pendapat ahli lain dalam kumpulan
o Mempertimbangkan pendapat ahli lain secara rasional

1.6 Toleransi
• Bukti rakyat Malaysia mengamalkan toleransi

o Masyarakat menerima hakikat negara kita
yang kaya dengan pelbagai kebudayaan
seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya

o Menerima dan menyambut perayaan
pelbagai kaum bersama

o Bersama-sama melibatkan diri secara aktif atau sebagai penonton dalam
pelbagai upacara keagamaan seperti perarkan Maulud Nabi, perarakan
Hari Wesak

o Bersama-sama terlibat dalam pertunjukkan di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Contohnya perarakan Hari Kebangsaan, pertunjukan
kebudayaan Citrawarna, pertunjukan pembukaan Sukan Komanwel dan
sebagainya

• Kebaikan amalan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat :
o Dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum atau golongan
tertentu
o Menjamin keharmonian hidup nermasyarakat
o Membantu pihak kerajaan melaksanakan dengan lancar dasar-dasar
tertentu dengan lebih berkesan
o Menjamin hubungan baik terus berkekalan antara pelbagai kaum di
Malaysia

• Kesan tidak amalkan toleransi :
o Timbulnya perselisihan faham yang boleh mencetuskan pertumpahan
darah antara kaum
o Prasangka antara kaum akan terus wujud
o Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas

19

• Cadangan aktiviti yang meningkatkan toleransi antara kaum
o sukan/sukaneka
o Permainan tradisional
o Jamuan dan sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama

• Cara menunjukkan masyarakat majmuk Malaysia mengamalkan toleransi dalam
menyambut perayaan :
o Menerima baik upacara atau perayaan keagamaan
o Turut melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti
perayaan keagamaan
o Tidak menunjukkan perasaan benci atau tidak suka terhadap perayaan
keagamaan tersebut

• Cara menghormati amalan hidup pelbagai kaum
o Menghormati amalan hidup pelbagai kaum
o Tidak menghina / mencaci
o Bertolak ansur dan memahami amalan
o Meraikan bersama
o Tidak menjadikan sebagai isu sensitif
o Elakkan perselisihan faham
o Menyedari keunikan amalan masing-masing

• Contoh-contoh yang menunjukkan masyarakat Malaysia sentiasa bersatu padu :
o Kehidupan yang aman, damai dan harmoni
o Kestabilan politik dan megara
o Pertumbuhan ekonomi yang mantap
o Kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa

1.7 Berdikari
• Contoh-contoh amalan :

o Tidak bergantung kepada bantuan orang lain
o Boleh dan sanggup melakukan sesuatu untuk kemajuan diri sendiri
o Tidak menunggu bantuan orang lain
o Tidak berputus asa apabila menghadapi rintangan
• Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kegawatan negara :
o Menetapkan kadar pertukaran mata wang
o Menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan
o Melancong di dalam negara
• Bukti kejayaan negara :
o Aspek sosial - Perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa,

peningkatan taraf pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan
masyarakat madani yang serba boleh serta berakhlak tinggi
o Aspek ekonomi - Kemajuan dalam ICT, MSC, perubahan ekonomi
pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem perbankan yang
mempunyai kewangan yang kukuh, taraf hidup rakyat meningkat, kadar
ekonomi meningkat
o Aspek politik - Kestabilan ekonomi yang disegani oleh masyarakat
antarabangsa, penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa, hubungan
baik dengan semua negara di dunia

20

o Kejayaan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menjalankan
pembedahan telinga bionik pertama untuk memulihkan pendengaran

o Pelancaran MEASAT 1 pada 13 Jan 1996
o Kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman

1.8 Kerajinan
• Ciri individu yang rajin :

o Tidak tidur berlebihan
o Tidak membazirkan masa
o Sentiasa mematuhi masa
o Sentiasa ingin mencuba melakukan sesuatu yang baru
o Melaksanakan kerja tanpa bertangguh
o Melakukan kerja mengikut jadual
• Sikap kerajinan dilihat melalui :
o Masa bekerja yang panjang
o Bekerja dengan tekun
o Bekerja dengan menggunakan tenaga tempat kerat (tanpa menggunakan

teknologi moden)
o Memunggah batu-batan yang diperlukan dengan kudrat sendiri
• Cara untuk berjaya dalam bidang yang diceburi :
o Amalkan sikap kerajinan
o Tidak berputus asa
o Sentiasa memikirkan cara baru untuk berjaya
• Contoh binaan zaman silam
o Piramid
o Menara Condong Pisa
o Taj Mahal
o Tembok Besar Negeri China

1.9 Kasih sayang
• Masalah gejala sosial

o Memberi ceramah kesedaran
o Menganjurkan kempen anti gejala sosial
o Pameran bahaya terlibat dengan gejala sosial
o Mengedarkan risalah tentang bahaya gejala sosial
• Masalah alam sekitar
o Kempen sayangkan alam
o Mengawal penebangan hutan
o Menyeru orang ramai melaporkan kesalahan orang yang memusnah dan

mencemarkan alam sekitar
• Kesan gejala sosial dan alam sekitar sekiranya tidak dapat diatasi :

o Masalah bertambah buruk
o Masalah jenayah bertambah
o Masyarakat hidup dalam ketakutan
o Kualiti alam sekitar merosot
o Kesihatan orang ramai terjejas

21

Masalah Sebab Cara tangani

Banjir kilat • Pembukaan hutan untuk • Membuat laporan kepada pihak

pembangunan berkuasa untuk mengkaji semula

• Sistem saliran yang tidak pelan perancangan pembukaan
terancang hutan supaya prihatin terhadap

alam sekitar

• Mengurangkan kegiatan

membuang sampah ke dalam

sungai yang boleh memburukkan

keadaan

Budaya lepak • Berasa bosan kerana tiada • Memberi nasihat kepada rakan

matlamat hidup yang jelas untuk meniggalkan aktiviti

• Tidak berminat dengan tersebut

pelajaran • Melaporkan perkara tersebut

kepada ibu bapa atau pihak

sekolah tentang kes-kes remaja

melepak

• Menulis surat kepada pihak

media massa tentang keseriusan

masalah untuk menyedarkan

semua pihak supaya lebih

prihatin

Remaja lari dari • Inginkan kebebasan • Memberi kaunseling untuk
rumah
• Terpengaruh dengan rakan membantu mereka

sebaya dengan terlibat • Mengadakan ceramah kesedaran

dengan anasir jahat seperti tentang bahaya lari dari rumah

gejala sosial yang kurang • Melaporkan kepada pihak
sihat berkuasa untuk menyelamatkan

• Berkonflik dengan ahli mereka

keluarga

Kualiti air • Hakisan sungai akibat • Tidak membuang sampah sarap
sungai merosot
pembukaan hutan ke dalam sungai

• Pembuangan bahan toksik • Tidak membuang bahan isi

perindustrian industri bertoksik ke dalam

• Pembuangan sampah sarap sungai

ke dalam sungai • Melaporkan kepada pihak

berkuasa jika didapati ada pihak

yang mencemarkan sungai

22

1.10 Keadilan
• Cara keadilan dalam pentadbiran kerajaan

o Pemberian ganjaran dan hukuman (undang-undang dikuatkuasakan)
§ Kerajaan akan memberikan ganjaran kepada masyarakat ynag membuat
jasa terhadap keselamatan dan ketenteram undang-undang ( pingat,
anugerah sijil, hadiah sagu hati)
§ Hukuman akan diberikan kepada penjenayah yang diberkas
§ Diadili dengan hukuman yang setimpal mengikut akta dan undang-
undang negara

o Pembayaran pelbagai jenis cukai
§ Kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada masyarakat dengan adil
§ Kadar cukai akan meningkat apabila pendapatan keluarga semakin
tinggi

o Pembahagian rumah kos rendah
• Pemberian rumah kos rendah dapat membantu golongan berpendapatan
rendah supaya mampu memiliki rumah sendiri
• Kriteria pengagihan rumah kos rendah :
- Pendapatan isi rumah
- Taraf pemilikan rumah iaitu keutamaan diberikan kepada rakyat
yang belum memiliki rumah
- Jenis rumah yang didiami sekarang sama ada disewa, setinggan
atau kuarters kerajaan
- Bilangan anggota keluarga

o Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk setinggan
dan luar bandar

o Pemberian hak milik tanah oleh FELDA kepada penghuni setelah mengusahakan
tanah dan menjelaskan hutangnya

• Cara kerajaan menggunakan hasil cukai yang dikutip :
o Menambah peluang pekerjaan
o Menyediakan kemudahan infrastruktur
o Membangunkan sektor pertanian di luar bandar

• Kesan jika penduduk miskin tidak diberi peluang memiliki rumah sendiri :
o Taraf hidup mereka tidak dapat diperbaiki
o Kemudahan asas tidak dapat dinikmati bersama
o Taraf kesihatan mereka juga rendah
o Masalah sosial lain yang akan timbul seperti gejela dadah, jenayah, pelacuran
dan sebagainya

• Sistem Kehakiman Malaysia
o Mahkamah Atasan
§ Mahkamah Persekutuan
§ Mahkamah Tinggi Malaya
§ Mahkamah Tinggi Borneo
o Mahkamah Rendah
§ Mahkamah Seksyen
§ Mahkamah Majistret

• Majistret Kelas Satu

23

• Majistret Kelas Dua
§ Mahkamah Penghulu
o Lain-lain
§ Mahkamah Khas bagi Raja-raja
§ Mahkamah Juvenil
§ Mahkamah Tentera
§ Mahkamah Syariah
§ Mahkamah Anak Negeri (Mahkamah Bumiputera)
• Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
o Organisasi yang bertanggungjawab untuk menyiasat aduan kes pelanggaran
hak asasi rakyat di Malaysia
o Peranan
§ Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung

dengan hak asasi manusia
§ Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan,

arahan dan tatacara pentadbiran
§ Melawat tahanan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh

undang-undang berhubung dengan tempat tahanan

1.11 Rasional
• Cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan :

o Meramal punca masalah tersebut
o Mencari bukti menyokong punca yang diramalkan supaya punca sebenar

dapat dikenal pasti
o Menganalisis bukti yang menyokong punca masalah
o Membuat keputusan dan cara penyelesaian yang terbaik
• Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan :
o Keputusan mestilah bijaksana dan konsisten
o Tidak membawa kesan negatif kepada mana-mana pihak
o Keputusan dapat diterima oleh majoriti pihak yang terlibat
o Penyelesaian mestilah mengambil kira pelbagai faktor seperti wajar, logik

dan boleh dilaksanakan

1.12 Kesederhanaan
• Amalan kesederhanaan dalam kehidupan harian

o Berjimat cermat
o Bertutur dengan sopan
o Berpakaian sesuai dengan situasi dan adat
o Membeli barangan perlu sahaja
o Menggunakan tenaga elektrik dan air dengan tidak membazir
o Bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima
• Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama
o Pertuturan – bercakap dengan sopan, tidak menyinggung perasaan orang

lain
o Pemikiran – mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan sehingga

menjejaskan orang lain

24

• Perlakuan – merancang perbelanjaan supaya tidak boros, berbelanja mengikut
kemampuan, berpakaian sesuai Kesan sekiranya pembentukan dasar kerajaan tidak
menitikberatkan nilai kesederhanaan
o Hubungan manusia dengan manusia
§ melahirkan manusia yang bersaing secara tidak sihat
§ tidak mengendahkan kebajikan golongan minoriti dan kurang
berupaya
§ sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kehidupan mewah
§ akan melupakan agama dan bertindak dengan tidak
berperikemanusiaan
o Hubungan manusia dengan alam sekitar
§ setiap projek pembangunan tidak mengambil kira kesan terhadap
alam sekitar
§ akan berlaku kemusnahan alam yang teruk
§ penipisan lapisan ozon
§ pencemaran
§ kesan rumah hijau

• sebab dasar kerajaan menitikberatkan keseimbangan dalam pembangunan insan dan
fizikal :
o dapat melahirkan rakyat yang bukan sahaja cekap tetapi juga bermoral
o semua rakyat dapat merasai kekayaan negara agar tiada golongan yang
teraniaya atau terabai
o dapat melahirkan golongan pekerja yang jujur dan tidak menyeleweng
dalam menjalankan tugas
o keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan sejajar dengan pembangunan
fizikal

• dilakukan melalui mata pelajaran yang khusus :
o pembangunan insan – Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, Sejarah, Pengajian Am
o pembangunan fizikal – Kemahiran Hidup, Lukisan Kejuruteraan,
Kemahiran Komputer

• kesan jika sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada agama,
moral, budaya dan nilai kemanusiaan :
o pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nila-
nilai murni
o pekerja kita cekap tetapi melakukan penyelewengan seperti pecah amanah,
rasuah dan mengabaikan tanggungjawab
o kebajikan golongan kurang berupaya seperti orang tua, individu cacat,
kanak-kanak dan sebagainya akan terabai kerana runtuhnya sikap kasih
sayang

• kesan jika masyarakat luar bandar diabaikan :
o mereka tidak dapat bersaing dengan penduduk bandar dalam menimba
ilmu dan mencari pekerjaan
o mereka akan ketinggalan dalam memperoleh maklumat dan kemudahan
yang disediakan melalui IT
o mewujudkan ketidakseimbangan dalam taraf sosial rakyat

25

o dengan adat dan norma masyarakat

BIDANG 2 : KEKELUARGAAN

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga
• Perlakuan yang dapat memperlihatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga :

o Bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara
o Memandikan mereka yang uzur
o Menyuapkan makanan kepada adik-adik dan mereka yang uzur
o Menyentuh atau membelai mereka apabila perlu
o Sentiasa memberikan perhatian kepada mereka
o Sentiasa berasa di sisi mereka
• Kepentingan sambutan hari istimewa
o Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan
o Mengeratkan hubungan kekeluargaan
o Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa
o Menunjukkan perasaan kasih sayang dan ikhlas
o Membalas dan mengenang jasa serta pengorbanan ibu bapa
o Memupuk perasaan hormat menghormati antara ahli keluarga
• Kesan sekiranya tidak ada perasaan kasih sayang
o Bermasam muka
o Tidak bertegur sapa
o Tidak mesra
o Menyimpan dendam sesama sendiri
o Bermusuhan
o Berpecah belah

2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
• Hukuman positif

o Contoh : kesalahan – tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru
o Hukuman positif : anak tersebut dilarang menonton televisyen selama 2

hari (menonton televisyen adalah minat anak tersebut)
• Kepentingan hukuman positif :

o Dapat membetulkan tingkah laku yang tidak baik dengan lebih berkesan
o Mengambil kira perasaan si pelaku yang melakukan kesalahan
o Tidak mendatangkan kesan buruk terhadap emosi si pesalah
• Cara asuhan yang baik :
o Bersabar semasa bercakap
o Bersopan santun semasa bercakap
o Memberi nasihat dan teguran dengan cara baik dan tidak kasar
o Menunjukkan kesalahan anak dengan cara sopan
• Kepentingan amalan hormat menghormati
o Memupuk hubungan mesra dan kasih sayang
o Wujudkan keluarga bahagia
o Elakkan perselisihan faham
o Rapatkan ikatan kekeluargaan

26

• Cara menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga :
o Bertanya khabar
o Bertegur sapa
o Ucap selamat
o Menerima dan mendengar nasihat dan teguran daripada anggota keluarga yang
lebih tua

• Cara menghindari konflik dengan anggota keluarga
o Mematuhi arahan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua
o Menghormati pendapat atau pandangan sesama anggota keluarga
o Memahami dan peka dengan minat mereka
o Berkelahuan baik sesama anggota keluarga
o Tidak menyinggung perasaan mereka

2.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
• Peranan dalam mengekalkan tradisi kekeluargaan pelbagai kaum :

o Muzium - Tempat menyimpan khazanah kebudayaan dan kesenian
masyarakat tradisi pelbagai kaum (Contoh : Adat persandingan orang
Melayu dan Baba dan Nyonya, pameran pakaian tradisional pelbagai
kaum, alat muzik tradisional-rebab, serunai (Melayu), “ti tze” (Cina) dan
peralatan makan

o Arkib Negara - Tempat menyimpan rekod penting khazanah negara yang
berunsur sejarah dan kebudayaan untuk rujukan mengenai warisan budaya
bangsa kita

o Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan – Bertanggungjawab
mengekalkan warisan tradisi masyarakat Malaysia berteraskan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan menyebarkan maklumat tentang budaya
bangsa kepada orang ramai termasuk pelancong

o Kelab Kebudayaan -berperanan mengekalkan tradisi kekeluargaan
pelbagai kaum melalui pameran, seminar, bengkel dan pertunjukan
kebudayaan

o Individu - Perlu terus mengamalkan tradisi kekeluargaan dan memberi
sokongan padu kepada aktiviti kebudayaan dan kesenian yang dianjurkan
oleh kerajaan dan bukan kerajaan

• Faedah yang diperolehi oleh pelajar setelah membuat lawatan ke tempat-tempat
disebut di atas :
o Menyedari dan mengetahui kekayaan kebudayaan pelbagai kaum di
negara kita
o Menyedari setiap individu ada tanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan tradisi kekeluargaan warisan bangsa kita
o Mengetahui kepentingan memelihara dan mengekalkan tradisi
kekeluargaan sebagai warisan negara

• Cara individu membantu mengekalkan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum :
o Mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian
o Memberi sokongan kepada semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yang
dianjurkan sama ada oleh kerajaan ataupun badan bukan kerajaan
o Mengambil berat akan tradisi kekeluargaan

27

o Menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan
• Kesan sekiranya tradisi kekeluargaan tidak terpelihara :

o Kepupusan tradisi kekeluargaan pelbagai bangsa
o Kehilangan identiti sesuatu bangsa
o Generasi muda tidak kenal budaya sendiri
o Generasi muda lebih senang terpengaruh dengan budaya luar seperti

budaya Barat yang negatif
• Kepentingan tradisi

o Dapat menyatupadukan anggota keluarga
o Eratkan hubungan keluarga
o Supaya tradisi tidak pupus
o Dapat terus diwarisi
o Menghubungkan generasi lama dengan generasi yang baru
• Sebab mengekalkan tradisi perlu diteruskan
o Menghadapi cabaran dan perubahan di luar rumahtangga
o Berupaya menangkis sebarang pengaruh negatif yang mengancam

keruntuhan akhlak
o Sumbangkan ke arah pembentukan masyarakat harmoni dan bersepadu

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga
• Kewajipan yang ditunjukkan dari aspek :

o Sosial - Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna,
menjaga keselamatan, mendisiplinkan anak-anak, aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan

o Ekonomi - Merancang perbelanjaan dan berjimat cermat agar ekonomi
keluarga dapat diurus dengan baik agar dapat menampung perbelanjaan
harian keluarga, persekolahan anak-anak, perubatan, kecemasan

o Agama - Dari segi agama, ibu bapa haruslah bertanggungjawab menjadi
model kepada anak-anak. Mereka haruslah menunjukkan amalan dan
tanggungjawab mereka kepada Tuhan untuk menjadi teladan anak-anak di
samping memberi bimbingan agama yang berterusan kepada anak-anak
agar menjadi insan yang baik

• Cara nyatakan penghargaan terhadap ibu bapa :
o Ucapan terima kasih kerana didikan yang baik
o Belajar dengan lebih tekun untuk membalas jasa
o Membuktikan kejayaan sebagai tanda menerima dan menghargai
tanggungjawab mereka
o Memberi mereka kad atau hadiah pada Hari Ibu / Hari Bapa

• Tujuan peraturan di rumah :
o Mendisiplinkan anak-anak
o Melatih anak-anak melakukan sesuatu perkara dengan teratur
o Menentukan anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi
o Melatih anak menepati dan menghargai masa

• Bagaimana peraturan keluarga dapat menjamin keharmonian hidup dalam keluarga :
o Mengekalkan keharmonian dalam keluarga
o Menerima dan menghargai tanggungjawab ibu bapa

28

o Mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini

BIDANG 3 : ALAM SEKITAR

3.1 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
• Usaha-usaha yang dijalankan :

o Jabatan PERHILITAN
§ Mengadakan kawasan perlindungan untuk melindungi flora dan
fauna
§ Memantau tindakan manusia yang rakus supaya tidak merosakkan
sumber alam secara berlebihan

o Jabatan Perikanan
§ Menjalankan rondaan di pesisir pantai
§ Menahan mereka yang terlibat dalam kegiatan penangkapan ikan
secara haram
§ Mendakwa mereka yang terbabit

o Jabatan Perhutanan
§ Pembalak haram dikenakan hukuman penjara dan wang tunai
§ Mengenakan kompaun wang tunai setiap pokok yang ditebang
tanpa kebenaran
§ Mengawasi dan memantau kawasan hutan setiap masa
§ Mengadakan kem kesedaran alam sekitar kepada pelajar di sekolah

o WWF Malaysia (Tabung Alam Malaysia)
§ Memelihara kepelbagaian spesies dan ekosistem
§ Menjalankan aktiviti mengglakkan usaha mengurangkan
pencemaran, pembaziran, serta penggunaan sumber dan tenaga ke
tahap minima
§ Memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan
menggunakan alam secara bijaksana melalui penerbitan majalah
sepert Era Hijau

• Kesan jika sumber alam seperti flora dan fauna digunakan secara berlebihan :
o Ekosistem dan keseimbangan akan akan terganggu
o Kepupusan flora dan fauna yang penting bagi mewujudkan keseimbangan
alam
o Pergantungan kita terhadap flora dan fauna untuk meneruskan kemandirian
akan tergugat

• Cara untuk membantu memulihara flora dan fauna :
o Menyertai dan menyokong kempen memelihara hidupan liar dari semasa
ke semasa
o Melaporkan kegiatan negatif seperti pembunuhan hidupan liar, penebangan
pokok kepada pihak yang berkenaan
o Mengamalkan kitar semula dalam cara hidup seharian untuk
mengurangkan penggunaan sumber yang berlebihan
o Mengutip derma melalui jualan barangan terpakai
o Tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa
o Penguatkuasaan undang-undang pembalakan

29

o Mengharamkan pemburuan haiwan yang dilindungi
o Program perlindungan dan penjagaan haiwan yang hampir pupus
• Kepentingan kem kesedaran alam sekitar
o Memupuk semangat cinta akan alam sekitar
o Memberi pendidikan alam sekitar secara langsung kepada pelajar
o Mendedahkan pelajar dengan aktiviti mengenai alam sekitar secara intensif
o Memupuk kesedaran supaya lebih peka terhadap perubahan alam sekitar

yang tidak baik
o Menjaga keindahan alam flora dan fauna di sekeliling mereka
• Asas Etika Alam Sekitar (EAS)
o Sumber bumi terhad akan kehabisan jika digunakan dengan rakus. Contoh,

simpanan minyak semakin berkurangan, arang batu sudah habis simpanan,
banyak hidupan liar dan pokok sudah pupus
o Manusia sebahagian daripada alam sekitar dan tidak boleh lari daripada
undang-undang semulajadi yang mengawal alam ini.
o Bumi mempunyai kapasiti yang terhad untuk menerima sampah sarap atau
sebarang sisa daripada pencemaran yang kita lakukan
• Contoh tingkah laku selaras dengan EAS
o Menjimatkan air
o Guna semula botol plastik
o Amalkan kitar semula
o Tidak membakar sampah di ruang
terbuka
o Gunakan kedua-dua belah halaman
kertas
o Gunakan sapu tangan

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
• Kepentingan hutan kepada alam sekitar

o Membantu menyeimbangkan suhu
o Menjadi habitat haiwan
o Sumber makanan
o Bekalan oksigen
o Tempat penyimpanan air
• Kesan kemusnahan hutan
o Mengakibatkan pencemaran alam
o Hakisan tanah
o Perubahan cuaca
o Gangguan ekologi
o Kekurangan kawasan tadahan
o Kepupusan hidupan liar
o Kepupusan tumbuhan semulajadi
o Kesuburan tanah berkurangan
o Suhu di sesuatu tempat semakin panas
o Proses fotosintesis terganggu menyebabkan karbon dioksida kurang

diserap dan semakin banyak di bumi

30

o Kekurangan air di kawasan tadahan air menyebabkan krisis air berlaku
o Kepupusan sumber hasil hutan menyebabkan sumber pendapatan

pemungut hasil hutan terjejas

• Tindakan manusia yang merosakkan alam sekitar :

o Penerokaan secara haram
o Pertumbuhan kawasan perindustrian yang tidak terancang
o Penerokaan kawasan untuk penternakan
o Proses perbandaran
o Pembakaran secara terbuka
o menyebabkan sumber pendapatan pemungut hasil hutan terjejas

• Kita harus memelihara alam sekitar.
o Cara:
§ REDUCE [mengurangkan penggunaan]

§ REUSE [menggunakan semula]

§ RECYCLE [mengitar semula]

• Manfaat menggunakan semula bahan
o Alam sekitar bersih dan segar
o Mengelakkan pencemaran alam sekitar
o Menjimatkan kos untuk pelupusan sampah
o Menjimatkan penggunaan sumber asli
o Menyelamatkan hutan daripada ditebang

• Peranan pengguna

o Memberi sokongan kepada kempen kitar semula
o Mengurangkan penggunaan plastik dan kertas
o Menyokong kewujudan kedai barangan kedai terpakai
o Menjual surat khabar lama

• Program 3R/5R di sekolah
o Menanam pokok di sekitar kawasan sekolah
o Gunakan tong kitar semula untuk mengasingkan bahan buangan
o Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih
o Menggunakan kertas yang dikitar semula
o Menjimatkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah
muka surat

o Amalkan penggunaan cahaya semula jadi
o Gunakan mesin kira yang menggunakan tenaga solar
o Menggunakan sapu tangan

3.3 Kemapanan alam sekitar

• Peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
o Menjalankan mandat dengan mengadakan program pencegahan, penebatan
dan pengawalan pencemaran alam sekitar
o Bertindak sebagai agensi penguatkuasa yang menyebarkan peraturan dalam
Akta Kualiti Alam Sekitar
o Mengenakan tindakan sejajar dengan peruntukkan dalam undang-undang
terhadap pesalah

• Tujuan JAS :

31

o Mengawal pembuangan sisa seprti getah dan kelapa sawit ke dalam sumber
air

o Menetapkan syarat pengaliran bahan kumbahan dan efluen serta bahan
terjadual di tempat yang disediakan

o Mengehadkan jumlah asap yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan dan
kilang-kilang ke udara

• Tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang tidak mematuhi Akta Kualiti
Alam Sekitar 1988 :
o Menggantung lesen operasi bagi kilang atau industri
o Hukuman berupa denda dalam bentuk wang tunai
o Hukuman penjara
o Menanggung kos pembersihan dan pembaik pulih kawasan yang dicemari

• Kesan sekiranya tidak ada Akta Kualiti Alam Sekitar 1988 :
o Semua pihak akan mengambil sikap sambil lewa dan melakukan kegiatan
yang merosakkan alam sekitar
o Bumi akan tercemar dengan teruk dan mungkin bencana alam akan berlaku
o Kualiti hidup manusia akan lebih terjejas

• Kepentingan Perintah Penilaian Kualiti Alam Sekitar (PKAS)
o Alam sekitar mendapat pertimbangan yang lebih menyeluruh dalam
penilaian untuk meluluskan sesuatu projek
o Langkah kawalan negatif dapat dikenal pasti di peringkat perancangan
awal sesuatu projek
o Kos membaik pulih kerosakan akibat masalah alam sekitar dapat
diminimumkan
o Perlaksanaan projek lebih mesra alam dan tidak mewujudkan
ketidakselesaan atau kerugian kepada pihak awam

• Kesan jangka panjang pencemaran sungai kepada manusia dan hidupan sungai
o Menjejaskan kesihatan kerana meminum air tercemar
o Sungai bertakung boleh menjadi punca penyakit
o Meningkatkan kos pembersihan bagi membekalkan air bersih
o Mengakibatkan hidupan sungai berkurangan
o Nilai estetik sungai menurun
o Menjejaskan aktiviti sungai termasuk perikanan dan pelancongan
o Generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan sungai

• Cara mengurangkan pencemaran sungai :
o Tanah-tanih yang berlebihan dimampatkan
o Penanaman semula pokok dan tumbuhan
o Memasang perangkap kelodak dan memastikannya sentiasa berfungsi
dengan baik
o Pemotongan lereng bukit dilakukan dengan terkawal
o Mengehadkan kawasan yang perlu dibangunkan sahaja dibersihkan
o Membina sistem saliran yang mesra alam
o Penanaman vegetasi yang mengurangkan impak titisan hujan ke atas
permukaan tanah

• Pengurusan tanah secara bertanggungjawab

32

o Perindustrian – merancang zon perindustrian dengan membina kilang di
kawasan yang jauh dari tempat kediaman manusia dan sumber air

o Pertanian – menggunakan kaedah mesra alam seperti kaedah biologi yang
dapat mengawal haiwan dan tumbuhan perosak melalui hubungan mangsa
pemangsa dan mutasi pembiakan, mengusahakan penanaman bergilir

o Perlombongan – menebus guna kawasan bekas lombong menjadi tapak
perindustrian atau perumahan, kawasan rekreasi, padang ragutan ternakan
dan kawasan pertanian

o Penempatan – membina parit sebagai saliran air di kawasan perumahan,
mengusahakan supaya dinding tebing cerun yang curam di kawasan
perumahan dikonkritkan untuk mengelak berlakunya keruntuhan pada
cerun yang lemah

• Etika alam sekitar yang perlu dipatuhi oleh pemilik kilang :
o Memasang penapis asap
o Merawat sisa minyak dahulu sebelum disalurkan ke sungai
o Membuang sisa sia minyak di tempat yang selamat, iaitu jauh daripada
tempat kediaman
o Mewujudkan loji pelupusan bahan sisa bersepadu atau tapak pembuangan
khas yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air
o Mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar / Sekeliling

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
• Aktiviti pembangunan Malaysia yang terancang

o Berpegang pada konsep “pembangunan mapan” (pembangunan seimbang)
o Menggunakan tenaga elektrik hidro melalui sungai deras
o Usaha menghasilkan tenaga biomas melalui proses pereputan dan

pembakaran hasil buangan pertanian
o Untuk menjamin hasil sumber air: menggunakan tukun tiruan tayar buruk

sebagai kawasan pembiakan ikan
o Penggunaan sumber hutan di kurangkan dengan menggunakan kayu

kelapa sawit dan getah.
o Penebangan pokok dihadkan kepada yang matang sahaja.
o Penghutanan semula: menanam semula pokok daripada spesies yang cepat

membesar
• Contoh amalan lestari :

o Memberikan pakaian, kasut, beg dan sebagainya yang tidak cukup atau
tidak diperlukan kepada orang lain

o Mengguna semula botol atau plastik untuk menyimpan barangan lain
o Menggunakan kedua-dua belah muka kertas
o Mengurangkan penggunaan sumber yang mudah habis seperti minyak dan

arang batu
o Tidak membazir elektrik
• Cara pelajar menjadi masyarakat lestari :
o Memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan buruk jika kita tidak

merancang penggunaan sumber
o Menanam sifat sayang kepada alam sekitar

33

o Bersyukur atas pemberian Tuhan
• Agensi bukan kerajaan (NGO)

o Green Peace
§ Menyokong usaha pelbagai pihak untuk membanteras pencemaran
§ Mengatasi isu penipisan lapisan ozon
§ Menentang tindakan pelbagai pihak yang mengadakan ujian
nuklear

o World Wildlife Fund (WWF)
§ Sokongan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
§ Bantuan kepada negara lain
§ Menyediakan tabung bantuan
§ Antipencemaran
§ Memperjuangkan alam sekitar
§ Lakukan kerja-kerja pemuliharaan hidupan liar dan hutan

BIDANG 4 : PATRIOTISME

4.1 Cinta akan negara
• Ciri keunikan masyarakat majmuk Malaysia :

o Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh rakyat
Malaysia kerana kebebasan tersebut telah diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia

o Kaya dengan pelbagai budaya dan rakyat menyambut pelbagai jenis
perayaan keagamaan

• Cara mengekalkan keharmonian hidup dan perpaduan :
o Menerima baik sambutan perayaan pelbagai kaum
o Menghormati amalan agama atau kepercayaan kaum lain
o Menerima baik kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat majmuk
o Tidak berasa syak wasangka terhadap amalan agama atau kepercayaan,
budaya dan bahasa kaum lain

• Cadangan aktiviti yang dapat memupuk keharmonian hidup
o Persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti Citrawarna Malaysia
o Permainan-contohnya aktiviti sukan yang melibatkan semua kaum

• Bagaimana menunjukkan rasa terima kasih kepada negara
o Menyokong usaha kerajaan untuk memajukan negara
o Meningkatkan prestasi perkhidmatan sebagai pekerja
o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara
o Mengekalkan keamanan negara

• Cara pelajar membantu memajukan negara
o Belajar dan menguasai ilmu yang manfaat
o Menyokong dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembangunan insan
yang dianjurkan oleh negara
o Memelihara diri supaya dihindari daripada gejala negatif
o Menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan merealisasikan misi sekolah
o Mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram

• Kemajuan negara dalam pelbagai bidang membawa manfaat kepada rakyat :

34

o Perhubungan pengangkutan lebih cepat dan selesa
o Sektor pembuatan meningkatkan kualiti dan kuantiti barangan untuk

keperluan negara
o Peningkatan taraf hidup dan wujudnya peluang pekerjaan
o Komunikasi lebih pantas dan boleh bertindak dengan cepat

4.2 Taat setia kepada raja dan negara
• Amalan baik masyarakat bagi mengekalkan keselamatan dan kedaulatan negara :

o Mengamlkan prinsip “Bersih, Cekap dan Amanah“ dalam menjalankan
tugas

o Tidak membocorkan rahsia kerajaan
o Sanggup bertugas secara sukarela
o Tidak melibatkan diri dalam anasir subversif
o Melaporkan kegiatan yang menyalahi undang-undang kepada pihak

berkuasa
• Peranan kerajaan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara :

o Melaksanakan undang-undang dengan adil
o Merangka program pertahanan dan keselamatan dalam negeri
o Menambah bilangan angkatan tentera
o Menyediakan alat kelengkapan yang mencukupi dan melatih angggota

tentera
• Bukti yang menunjukkan Malaysia aman dan selamat :

o Tiada permusuhan antara kaum
o Tiada peperangan
o Negara menjadi tumpuan kaum pendatang dan pelabur asing
o Ekonomi negara stabil
o Kebanyakan rakyat hidup mewah
• Peranan anda dalam usaha mempertahankan keselamatan negara :
o Sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama
o Mematuhi undang-undang negara
o Mengelakkan diri daripada terlibat dengan anasir subversif
o Mengamalkan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara
o Melaporkan sesuatu aktiviti yang kurang sihat
o Menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah
o Elakkan aktiviti yang mendorong kepada permusuhan antara kaum
• Cara mengelakkan diri daripada terlibat dalam anasir subversif :
o Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah atau di

kawasan kediaman
o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara
o Amalkan ajaran agama
o Tidak bergaul bebas dengan golongan subversif
o Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

4.3 Sanggup berkorban untuk negara
• Cara mengharumkan negara

35

o Mewakili negara dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa,
contohnya Sukan Komanwel

o Belajar bersungguh-sungguh dan mewakili negara dalam pelbagai
pertandingan peringkat antarabangsa

o Mewakili negara dalam program pertukaran pelajar antara negara
o Penglibatan diri dalam aktiviti yang mencabar untuk menaikkan imej

negara
§ ekspedisi ke Gunung Everest
§ ekspedisi ke Kutub Utara dan Selatan
§ pelayaran mengelilingi dunia

• Sumbangan :
o Husaini Omar – berjaya mengharumkan nama negara setelah memenangi
Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa di Pittsburg
o Dato’ Abdul Malik Mydin – menaikkan nama negara dengan kejayaan
beliau merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 km dalam masa 17 jam 30
minit 15 saat
o Toi See Zang (Zang Toi) – mengharumkan nama negara dalam bidang
rekaan fesyen dengan memenangi Mouton Cxadet Young Designer Award
dan telah mengembangkan perniagaannya di New York

• Kesanggupan rakyat berkorban untuk berbakti kepada negara
o Nyawa
§ sanggup gadaikan nyawa
§ berjuang secara sukarela
§ menjadi anggota polis
§ menyertai pasukan keselamatan
o Harta benda
§ bantuan kepada golongan miskin
§ derma
§ menyerahkan harta untuk membantu kerajaan
§ menyimpan harta dalam tabung dana negara

• Cara rakyat membantu meningkatkan ekonomi negara :
o Berjimat cermat dalam perbelanjaan
o Menyokong kempen “Belilah barangan buatan Malaysia”
o Melancong dalam negeri
o Tiada bonus untuk penjawat awam

BIDANG 5 : HAK ASASI MANUSIA

5.1 Melindungi hak kanak-kanak
• Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991: Individu yang berusia kurang

daripada 18 tahun dikategori sebagai kanak-kanak
• Akta Kanak-kanak Pindaan 2001:

o Kanak-kanak tidak boleh didera sama ada secara fizikal atau mental
§ Contoh fizikal - Memukul, mengikat dan mengurung
§ Contoh mental - Menjatuhkan maruah seperti menghina

o Kanak-kanak tidak boleh dijadikan buruh

36

o Berbentuk gangguan seksual
• Hak kanak-kanak

o Mendapat pendidikan
o Mendapat keperluan asas
o Penjagaan kesihatan
o Keselamatan
• Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak 1989
o Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi
o Mendapat perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa
o Mempunyai nama dan kewarganegaraan
o Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan

kemudahan perubatan
o Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat
o Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan
o Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi dan diskriminasi
• Peranan :
o Kerajaan

§ Menguatkuasakan beberapa akta untuk melindungi kanak-kanak
seperti Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Pindaan Akta
Kanak-kanak 2001)

o Agensi Bukan Kerajaan
§ Menyedarkan masyarakat perlunya memberi perlindungan kepada
kanak-kanak tentang langkah pencegahan, contohnya
menganjurkan seminar untuk mengajar para guru sekolah rendah
mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual
dan memberi bantuan kepada mereka
§ Mendidik kanak-kanak dan memberi pengetahuan tentang cara
melindungi diri dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
gangguan seksual

o Individu
§ Membuat laporan kepada pihak polis jika didapati ada kes
penderaan kanak-kanak
§ Mmenyelamatkan mereka daripada terus didera

• Cara membantu kanak-kanak yang didera :
o Berusaha menyelamatkan kanak-kanak daripada terus didera
o Membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat
tentang kes penderaan kanak-kanak
o Meminta bantuan saudara-mara kanak-kanak yang didera supaya dapat
memberi perhatian terus dan tindakan serta merta untuk menyelamatkan
kanak-kanak tersebut

• Tujuan pengiktirafan/penghargaan
o Sebagai satu bentuk motivasi untuk mereka mencapai kejayaan dalam apa-
apa bidang
o Memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat,
menampilkan imej
o Membentuk pemikiran yang matang

37

5.2 Menghormati hak wanita
• Matlamat dasar Dasar Wanita Negara

o Mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki
o Mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara

selaras dengan kemampuan dan kehendak mereka
o Memberi peluang kepada wanita mengemukakan pendapat dalam

penggubalan dasar negara khususnya pendrafan undang-undang
o Memberi kebebasan untuk menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi,

sosial, politik dan budaya
• Sumbangan wanita :

o Berjuang dalam bidang politik
o Mempertahankan tanah air di perbatasan
o Memajukan negara dalam bidang ekonomi
o Memperkenalkan seni budaya warisan bangsa
o Memberi sumbangan dalam kemajuan sains dan teknologi

§ Bidang politik
• Tan Sri Aishah Ghani
• Wartawan yang membakar semangat orang Melayu
menentang penjajah Inggeris
• Wanita pertama menjadi senator Dewan Negara Malaysia
• Bersedia berjuang untuk hak-hak wanita

§ Bidang Ekonomi
• Datuk Maznah Hamid
• Usahawan wanita yang berjaya dalam bidang kawalan
keselamatan
• Mengelolakan seminar keusahawanan dan pembangunan
insan (menubuhkan Maznah Motivational Centre/MMC)

§ Bidang Sosial
• Puan Elizabeth Vaz
• Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kebajikan
(Presiden Rumah Ozanam)
• Memberi perlindungan kepada wanita yang teraniaya dalam
rumah tangga

§ Bidang Budaya
• Puan Azah Aziz
• Budayawan yang disegani
• Berusaha mengekalkan dan memperkayakan khazanah
busana Melayu

§ Bidang Sains dan Teknologi
• Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman
• Wanita pertama Malaysia menjadi Ketua Hal Ehwal
Angkasa Lepas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
• Pelapor bidang Astronomi di Malaysia

38

• Cara menghargai sumbangan wanita :
o Menganugerahkan pingat
o Mencatat nama mereka dalam Buku Rekod Malaysia
o Mengisytiharkan Tokoh Wanita Berjasa Negara
o Mengabadikan nama mereka pada nama sekolah, jalan atau bangunan
dalam negara
o Merayakan Hari Wanita

• Objektif Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA / HAWA)
o Meningkatkan kemajuan dan pembangunan wanita terutama dari segi
penyertaan dan penglibatan wanita dalam pembangunan.
o Mengawasi Dasar Wanita Negara: menjamin kebajikan dan kepentingan
wanita di luar bandar yang kurang berupaya dan wanita bekerja serta
keperluan kesihatan wanita dan peluang pendidikan untuk kaum wanita

• Aktiviti yang dijalankan untuk menjaga kebajikan wanita:
o Menganjurkan kursus dan seminar
o Menjalankan penyelidikan tentang peluang perniagaan untuk wanita
o Menggalakkan perhubungan antara wanita dengan agensi antarabangsa
o Menubuhkan pusat sumber maklumat untuk wanita
o Menyokong aktiviti yang dijalankan oleh agensi bukan kerajaan
o Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wanita dalam
aspek pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan negara.
o Memberi pengiktirafan kepada wanita pada semua peringkat atas
sumbangan mereka terhadap pembangunan negara.
o Memberi perangsang kepada wanita supaya terus bergiat dengan aktif
dalam aktiviti pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

5.3 Melindungi hak pekerja
• Akta Kerja 1955

o Perundangan buruh yang penting
o Menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang menyeluruh seperti:

§ Pembayaran upah
§ Perlindungan bersalin
§ Hari rehat, kerja pada hari rehat ( mesti ada sehari cuti dalam

seminggu)
§ Cuti tahunan
§ Cuti sakit
§ Tempoh jam kerja
• Penindasan yang biasa berlaku kepada pekerja
o Diberhentikan kerja tanpa dibayar pempasan yang sepatutnya mengikut
undang-undang
o Dibuang kerja terlebih dahulu walaupun telah bekerja lebih lama
berbanding dengan pekerja yang lain
• Tindakan yang boleh diambil untuk penindasan di atas
o Mendapatkan penjelasan lanjut daripada majikan
o Melaporkan kes kepada kesatuan Sekerja atau ke Pejabat Perhubungan
Industri untuk disiasat

39

o Merujuk kes ke pejabat Kementerian Sumber Manusia supaya kes boleh
dirujuk ke Mahkamah Perusahaan jika kementerian tidak berjaya
menyelesaikan masalah

• Kementerian Sumber Manusia (KSM)
• Objektifnya menghasilkan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan dan berdaya saing.

o Menghasilkan dasar-dasar sumber manusia yang digubal berkualiti,
menjamin hubungan antara pekerja dengan majikan supaya sentiasa
dihormati

o Menyelaraskan perancangan pembangunan sumber manusia
o Memelihara kepentingan pekerja dan mengekalkan keharmonian

perhubungan perusahaan
o Bertanggungjawab terhadap dasar-dasar dan undang-undang buruh
o Mengawasi penggubalan sukatan dan latihan kemahiran serta sistem

persijilan kemahiran
o Menyalurkan dan memberikan bantuan kewangan atau kepakaran bagi

tujuan pendidikan kepada pekerja melalui KWSP
• Kesatuan Sekerja

o Sedia menerima aduan daripada pekerja yang ditindas oleh majikan
o Menyelesaikan masalah antara pekerja dengan majikan dengan

menghantar wakil
o Jika rundingan gagal, masalah itu akan dibawa kepada pengetahuan

Kementerian Sumber Manusia
o Kementerian Sumber Manusia akan merujuk masalah tersebut kepada

Mahkamah Perusahaan
o Tujuan Mahkamah tersebut adalah untuk mengelakkan perselisihan antara

pekerja dengan majikan
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

o Kebebasan membentuk organisasi
o Hak berpersatuan
o Menentang kegiatan buruh paksa
o Mendapat hak yang sama dari segi layanan dan peluang pekerjaan
o Aspek lain yang berkaitan dengan isu pekerjaan
• Cara menghindari rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan
o Bersemuka, berunding dan berbincang
o Pekerja perlu melaksanakan tugasnya dengan baik sementara majikan

perlu menagambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah
yang dihadapi oleh pekerja
o Saling memahami
• Kebaikan yang akan diperolehi oleh pekerja sekiranya majikan melindungi hak
pekerja
o Pekerja akan mendapat gaji dan kemudahan setimpal dengan pekerjaan
mereka
o Pekerja mudah mendekati majikan apabila wujud masalah
o Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh
o Kebajikan pekerja terpelihara dan dijaga dengan baik
o Keselamatan pekerja diutamakan

40

o Pekerja akan setia atau tidak akan berhenti bekerja
o Pekerja lebih produktif
o Meningkatkan keuntungan syarikat

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya
• Hak Kurang Berupaya Yang Termaktub dalam Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Orang Kurang Berupaya 1957:
o Hak semulajadi untuk dihormati sebagai manusia
§ Mereka juga ciptaan Tuhan
§ Mereka mempunyai hati dan perasaan
§ Tanpa mengambil kira kecacatan atau ketidakupayaan mereka
o Hak asasi terhadap kehidupan yang normal, sama seperti rakan-rakan
mereka yang normal, perlu diberi kemudahan asas seperti makan minum,
perlindungan, pendidikan, keselamatan
o Hak yang menjalani kehidupan sama seperti orang yang normal tanpa
diskriminasi kaum, budaya, agama dan bentuk ketidakupayaan mereka
§ Kebebasan berinteraksi dan bergaul dengan sesiapa
§ Tidak boleh diabaikan, disisihkan, dikongkong, diasingkan,
dihalang untuk menjalani kehidupan biasa
§ Peluang-peluang pekerjaan yang sama
§ Penggunaan kemudahan
o Hak menerima semua sokongan yang diperlukan untuk membantu mereka
menjadi orang yang berdikari
§ Sokongan moral, kewangan dan kebendaan
§ Memberi tajaan
o Hak untuk tinggal bersama keluarga atau keluarga angkat mereka dan
sama-sama melibatkan diri dalam kegiatan pendidikan, keagamaan, sosial,
kreatif dan rekreasi
§ Tidak boleh dipisahkan daripada keluarga
§ Perlu diberi layanan yang sama seperti anggota yang lain
§ Diberi peluang untuk turut serta dalam aktiviti keluarga

• Sebab masyarakat perlu menghormati hak golongan ini
o Supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kehidupan
yang normal
o Supaya mereka tidak tersisih
o Memberi mereka layanan yang adil dan saksama sebagai seorang yang
normal
o Supaya mereka boleh hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang
lain

• Peranan dan sumbangan golongan kurang berupaya.
o Politik
§ Mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya
§ Menyertai parti-parti politik sebagai ahli biasa atau ahli politik
§ Mengundi semasa pilihanraya
o Ekonomi
§ Menghasilkan barangan kraf tangan seperti barangan rotan

41

§ Menghasilkan pakaian seperti stoking
§ Menjadi pekerja mahir atau separa mahir
o Sosial
§ Menyertai majlis-majlis sosial
§ Menyokong aktiviti organisasi golongan kurang berupaya
§ Membentuk sebahagian daripada rangka sosial
o Pendidikan
§ Memberi latihan kemahiran dan vokasional kepada golongan yang

kurang berupaya
§ Melahirkan golongan kurang berupaya yang berkeyakinan diri dan

boleh berdikari
§ Meringankan beban masyarakat
o Kesihatan
§ Menyertai program-program rawatan fisioterapi di hospital

kerajaan atau swasta.
§ Memperbaiki kualiti kehidupan golongan kurang berupaya
• Cara mengiktiraf golongan kurang berupaya
o Memberi ganjaran kepada golongan kurang berupaya yang bekerja dengan
tekun dan rajin
o Memberi perlindungan insurans
o Menawarkan kenaikan pangkat kepada mereka yang cemerlang dalam
tugas
o Menyediakan kemudahan asas yang sesuai dengan keadaan mereka seperti
kerusi roda, tandas khas
o Menjaga kebajikan mereka seperti pekerja yang lain
• Cara membantu mereka untuk berdikari
o Menyediakan tempat yang sesuai bagi mereka menjalankan perniagaan
selepas menjalani latihan
o Menyediakan bantuan modal atau pinjaman bagi mereka memulakan
perniagaan
o Memberi peluang bagi mereka bekerja di syarikat, kilang, pejabat, restoran

5.5 Melindungi hak pengguna
• Usaha-Usaha mempertahankan dan melindungi Hak Pengguna

o Akta Perlindungan Pengguna 1999
§ Usaha murni mengangkat taraf pengguna di Malaysia
§ Mewujudkan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) yang
berperanan memberi maklum balas dan pandangan kepada menteri
tentang hal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna.
§ 7 akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP), iaitu:
• Akta Kawalan Harga 1946
• Akta Kawalan Bekalan 1961
• Akta Timbanga dan Sukat 1972
• Akta Perihal Dagangan 1972
• Akta Sewa Beli 1967

42

• Akta Hakcipta 1987

• Akta Jualan Langsung 1993
o Tribunal Tuntutan Pengguna

§ Antara objektif :
§ Mendengar dan mengadili tuntutan pengguna tidak
melebihi RM5000
§ Saluran atau kemudahan alternatif kpd seseorang pengguna
untuk menuntut rugi dgn cara mudah, murah dan cepat

o Dasar Pengguna Negara (DPN)
§ Matlamat:
§ Memastikan tahap perlindungan terbaik kepada pengguna
dari aspek perundangan
§ Menjamin setiap undang-undang menyediakan peruntukan
yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah
terhadap penipuan pembekal / pengilang dan sistem
penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat
§ Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan
bertanggungjawab dalam segala aspek pengeluaran, promosi dan
penentuan harga supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna
dan keselamatan serta menggalakkan pendekatan keuntungan
bersama

o Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (CI)
§ Badan induk yang memperjuangkan lapan hak pengguna yang
universal.
§ Dalam persidangan, para perwakilan pengguna yang merupakan
kumpulan elit diseru menitikberatkan suara pengguna dalam apa
juga keputusan melibatkan kepentingan mereka

o Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP)
§ Menjadi anggota CI.
§ Agensi bukan kerajaan ini mempertahankan dan melindungi hak
pengguna di Malaysia

o Majalah Utusan Pengguna
§ saluran media yang menyuarakan penindasan terhadap pengguna.
§ Memberi maklumat tentang isu berkaitan pengguna

• Hak Asasi Pengguna
o Hak kepada keselamatan
o Hak untuk mendapat maklumat
o Hak untuk memilih
o Hak untuk didengar
o Hak untuk mendapat pampasan atau gantirugi
o Hak kepada alam sekitar yang bersih
o Hak kepada keperluan asas

• Aktiviti yang dapat meningkatkan Pendidikan Kepenggunaan di kalangan
masyarakat
o Mengadakan kempen dari semasa ke semasa

43

o Mengedarkan risalah tentang hak pengguna
o Mencetak pamflet tentang maklumat yang perlu diketahui oleh pengguna
o Menyiarkan rancangan pendidikan pengguna di televisyen dan radio
o Menganjurkan rancangan seperi forum, sesi soal jawab dan sebagainya

untuk pengguna mendapat maklumat
• Sebab pengguna mudah dieksploitasikan :

o Tidak mengetahui tentang hak dan kewajipan mereka
o Sikap pengguna yang tidak mengambi berat akan hak mereka
o Sikap pengguna yang kurang mengambil tahu tentang fungsi-fungsi

sesebuah pertubuhan pengguna
• Contoh pengguna yang dieksploitasi

o Pengeliruan dari segi perlabelan barangan halal atau haram
o Sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi
o Tindakan menyorok barangan dengan tujuan menaikkan harga berangan
o Menjual makanan tidak berkhasiat
o Tiada tanda harga
• Pengguna yang bijak
o Melengkapi diri dengan ilmu kepengunaan
o Menyuarakan pendapat dan menuntut layanan yang adil
o Menuntut ganti rugi
o Membuat aduan
o Membuat anggaran belanjawan
o Memilih barang yang segar dan bermutu
o Berhati-hati dan teliti apabila membeli

BIDANG 6 : DEMOKRASI

6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang
• Undang-undang antarabangsa untuk kebaikan bersama

o Akta Mencegah Penyeludupan
o Undang-undang Laut Antarabangsa
o Undang-undang Siber
o Mahkamah Antarabangsa
• Peranan Mahkamah Antarabangsa
o Menyelesaikan perselisihan faham antara negara anggota PBB
o Memberi nasihat kepada negara yang bertelagah
o Menjaminkebajikan negara-negara kecil daripada dieksploitasi
• Kesan jika tidak ada undang-undang antarabangsa
o Negara besar dan kaya akan menggunakan pengaruh untuk menindas

negara kecil
o Peluasan kuasa oleh negara besar tidak dapat dikawal
o Kegiatan lanun dan penyeludupan tidak terkawal
o Keselamatan negara akan tergugat
• Akibat jika kegiatan penyeludupan tidak dikawal :
o Hasil negara seperti cukai import akan berkurangan
o Meluasnya barangan atau produk tanpa kawalan mutu

44

• Sebab perlu mematuhi undang-undang siber :
o Mengawal perbuatan fitnah seperti menggunakan internet untuk tujuan
berpengaruh
o Mengawal aktiviti fitnah dan manipulasi pihak yang tidak
bertanggungjawab

• Kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) / Akta Hasutan dan Akta Dadah
Berbahaya :
o Mengekalkan keamanan negara
o Menjamin keselamatan negara daripada diancam oleh anasir-anasir yang
negatif seperti amcaman komunis pada suatu ketika dahulu

• Akta Juvana memberi penjagaan dan perlindungan kepada remaja yang melakukan
jenayah dengan cara :
o Meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak antara 1 – 3
tahun
o Memerintahkan juvana dimasukkan ke dalam sekolah pemulihan
o Untuk kesalahan yang ringan, juvana boleh dibebaskan selepas ibu bapa /
penjaga menangani bon untuk berkelakuan baik

• Akta Cukai Pendapatan :
o Pemungutan cukai membolehkan kerajaan memperoleh sumber kewangan
yang cukup untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan demi
kemakmuran rakyat dan kestabilan negara

6.2 Kebebasan bersuara
• Peranan media massa

o Saluran komunikasi yang menghubungkan masyarakat dengan berita
semasa

o Menyebarkan percambahan idea tentang sesuatu konsep baru
o Memberi ruang kepada pembaca meluahkan perasaan tentang sesuatu isu
• Etika media massa
o Memastikan hanya perkara atau maklumat yang benar sahaja disebarkan
o Tidak menyebarkan isu sensitif dengan tujuan menimbulkan propaganda
o Tidak mengkritik perkara-perkara sensitif terhadap agama dan

kepercayaan pelajar lain
o Merujuk kepada guru atau pentadbir sekolah jika terdapat risalah yang

menyentuh tentang isu-isu perkauman di sekolah
• Kesan sekiranya media massa disalahgunakan

o Negara akan porak-peranda
o Keamanan dan keharmonian hidup rakyat akan terjejas
o Akan berlaku perbalahan antara negara
• Cara membantu menangani penyalahgunaan media massa
o Melaporkan kepada pihak berkuasa dengan membekalkan bukti
o Menasihati orang yang menerima maklumat tersebut supaya tidak

terpengaruh
o Menulis surat bantahan terbuka kepada media tersebut
• Cara menyuarakan rasa tidak puas hati
o Menulis surat atau laporan kepada wakil rakyat

45

o Menghantar surat kepada ruangan media
o Membuat laporan polis

6.3 Kebebasan beragama
• Kemudahan yang diberikan kerajaan dan swasta :

o Memberi kebenaran bercuti ketika menyambut perayaan besar
o Memberi kebenaran membina rumah ibadat
o Memanjangkan waktu rehat pada hari Jumaat untuk memberi kemudahan

kepada umat Islam melaksanakan solat Jumaat
o Menyediakan tempat sembahyang di kilang atau syarikat bagi umat Islam

melaksanakan tanggungjawab keagamaan mereka
o Memberi wang pendahuluan perayaan kepada pekerja ketika menyambut

perayaan besar
• Bagaimana menghormati kebebasan beragama

o Tidak membantah kemudahan yang diberikan kepada penganut agama lain
melaksanakan tuntutan agama mereka

o Bekerjasama pada masa tertentu bagi melicinkan perjalanan sambutan
perayaan sesuatu kaum

o Bertolak ansur terhadap penganut agama lain semasa melaksanakan
sesuatu upacara keagamaan

o Tidak mengganggu amalan keagamaan penganut lain
o Peka terhadap amalan agama lain dan tidak menghina sesuatu amalan
• Faedah kebebasan beragama kepada rakyat
o Menjaga keharmonian hidup masyarakat yang pelbagai kaum
o Dapat menyatupadukan rakyat yang menganut pelbagai agama
o Merapatkan hubungan sesama jiran yang saling mengunjungi semasa

perayaan
o Berpeluang meraikan sambutan perayaan agama-agama lain
• Bukti hak kebebasan beragama dipraktikkan di negara kita
o Setiap penganut dibenarkan membina rumah ibadat masing-masing

mengikut peraturan yang ditetapkan
o Kerajaan menyokong hak kebebasan beragama dengan memberi cuti

kepada penganut agama tertentu bagi menyambut har kebesaran mereka
o Pihak kerajaan membantu dalam menjaga keselamatan penganut sesuatu

agama semasa menyambut perayaan tertentu, contohnya semasa perarakan
keagamaan
o Penganut setiap agama bebas mengembangkan agama di kalangan mereka
o Setiap penganut agama bebas menguruskan hal ehwal agama mereka
sendiri
• Amalan-amalan umum yang terdapat di semua tempat beribadat adalah :
o Menjaga kebersihan diri
o Menjaga kebersihan persekitaran
o Berpakaian sopan

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan negara
• Cara anda boleh memberi sokongan terhadap usaha pembangunana negara :

46

o Turut serta dalam usaha pembangunan negara
o Membantu menyebarkan maklumat tentang usaha pembangunan negara

kepada orang lain
o Memikirkan cara yang produktif dan inovatif untuk membantu usaha

pembangunan
• Pembangunan negara tanggungjawab setiap rakyat

o Turut serta dalam usaha pembangungan negara
o Membantu menyebarkan maklumat tentang usaha pembangunan negara

kepada orang lain
o Memikirkan cara yang produktif dan inovatif untuk membantu usaha

pembangunan
• Peranan badan-badan sukarela

o Menubuhkan kelab IT di kawasan luar bandar
o Mengadakan projek menanam pokok
o Mencari penaja untuk membiayai aktiviti
o Mengadakan aktiviti jogathon untuk mengutip derma
• Peranan individu
o Memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan aktiviti
o Memberi sokongan moral
o Memberi sokongan dalam bentuk kebendaan
• Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat
o Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang

memerlukan perkhidmatan sukarelawan
o Memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela
o Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
o Membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan
o Meningkatkan kemahiran diri tentang aktiviti yang dijalankan
o Mengetahui perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
o Memupuk kerjasama dan perpaduan sesama anggota sukarela dan

masyarakat setempat
o Berkhidmat untuk masyarakat dan negara
o Membangkitkan sikap prihatin dalam diri pelajar tentang kepentingan

pembentukan masyarakat penyayang

6.5 Sikap keterbukaan
• Amalan sikap keterbukaan dalam menangani sesuatu masalah mengikut saluran

tertentu
o pihak berkuasa (polis, mahkamah)
o agensi kerajaan (kementerian)
o pihak swasta
o pertubuhan antarabangsa

• Kesan tidak amalkan sikap keterbukaan
o Kepercayaan rakyat terhadap pucuk pimpinan akan tergugat
o Rakyat hidup dalam keadaan tidak selamat
o Tanggapan buruk akan berleluasa
o Kegiatan rasuah menjadi

47

• Contoh amalan sikap keterbukaan
o Pemilihan pelajar ke IPTA dan IPTS
o Pemberian biasiswa
o Pemilihan pekerja
o Pengendalian kes-kes di mahkamah

BIDANG 7 : KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 Hidup bersama secara aman
• KOMANWEL

o dianggotai negara-negara bekas jajahan British yang merdeka
o Setiap anggota Komanwel memberi sumbangan sukarela untuk memajukan

negara anggota. Contohnya Penubuhan Kumpulan Bertindak Peringkat
Menteri Komanwel pada tahun 1999 untuk memantau Pelanggaran
peraturan yang serius terhadap Prinsip Deklarasi HARARE
o Prinsip yang dipegang oleh anggota Komanwel melalui Deklarasi
HARARE 1991 di Zimbabwe ialah:

§ menyakini keamanan dunia, perkembangan ekonomi dunia dan
undang-undang antarabangsa perlu bagi menjamin keselamatan dan
kesejahteraan manusia

§ Kebebasan dan hak sama rata untuk semua tanpa mengira bangsa
dan jantina serta warna kulit

§ Menolak segala bentuk diskriminasi bangsa dan perlu bertoleransi
demi menjamin pembangunan yang sihat

o Persefahaman juga telah dicapai dalam Persidangan Ketua-Ketua Negara
KOMANWEl (CHOGM) untuk menegakkan keadilan dalam Bidang
perdagangan, perjanjian politik dan ekonomi

o Peranan :
§ Mengadakan persidangan dan seminar antara pemimpin negara
untuk mendengar pendapat dan cadangan pelbagai pihak sebelum
bertindak
§ Sentiasa berusaha memperjuangkan kepentingan bersama demi
melindungi hak negara anggota
§ Memegang teguh prinsip-prinsip yang dipersetujuan melalui
Deklarasi Harare 1992 demi menjamin keamanan dunia

• Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
o Ditubuhkan pada tahun 1969 di Rabat, Morocco
o Tujuan ditubuhkan untuk memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam
dari segi politik, ekonomi dan agama.
o Peranan :
§ Menangani konflik politik antarabangsa melalui perjanjian
persefahaman
§ Bersepakat antara anggota pertubuhan dalam usaha memerangi
keganasan
§ Bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang lain untuk
menangani isu keganasan

48

• PBB (PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU)
o Tujuan ditubuhkan untuk berusaha mengekalkan keamanan dan
kemakmuran dunia (mengelakkan pertikaian dan peperangan, menegakkan
keamanan, menghormati hak setiap negara serta melindungi hak asasi
manusia
o Antara usaha-usaha untuk meningkatkan keamanan dunia termasuklah :
§ mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka
§ Membantu negara yang dijajah mendapatkan kemerdekaan
§ Memberi bantuan serta perlindungan kepada pelarian mangsa
peperangan di seluruh dunia

• NAM (PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI)
o Merupakan gabungan longgar negara-negara membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Latin.
o Memperjuangkan prinsip :
§ menghormati hak asasi manusia dan Piagam PBB
§ menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara
§ mengakui persamaan antara semua bangsa dan negara
§ mengelakkan campurtangan dalam hal ehwal sesebuah negara
§ menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa secara aman
melalui perundingan dan timbang cara

• Cadangan memerangi keganasan
o Membuat pemeriksaan secara ketat di pintu masuk utama negara
o Meningkatkan kawalan keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu
masuk yang lain
o Mengenal pasti identiti individu yang terlibat dan individu yang disyaki
terlibat dengan aktiviti keganasan di seluruh dunia
o Meningkatkan kerjasama antara negara dan antarabangsa

• Sebab perlu menyelesaikan sesuatu masalah melalui rundingan dan bukan
keganasan :
o Memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pendapat dan dapat
mencapai persetujuan
o Mengutamakan persefahaman antara semua yang terlibat, bukan
mementingkan pihak-pihak tertentu sahaja
o Jika rundingan gagal, kemungkinan besar terdapat peluang untuk
berbincang lagi

• Jika anda pemimpin negara, sumbangan untuk meningkatkan keamanan dunia :
o Mengadakan persidangan atau seminar antara pemimpin tertinggi dunia
membincangkan cara meningkatkan usaha demi menjamin keamanan dunia
o Menyokong usaha pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan
dunia
o Bekerjasama dengan semua pihak demi memerang isu keganasan yang
menggugat keharmonian global

7.2 Saling membantu dan bekerjasama
• Contoh kerjasama antara negara Malaysia dengan negara luar :

o Mengadakan program pertukaran pelajar antara negara

49

o Menerima tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi di Rusia dalam
fakulti perubatan, bahasa Inggeris dan bahasa Rusia

o Menaja pelajar dalam bidang automotif ke negara Jerman
o Menaja pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tempatan
• Pendidikan
o Mengadakan program pertukaran pelajar antara negara
o Menerima tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi di Rusia dalam

fakulti perubatan, bahasa Inggeris dan bahasa Rusia
o Menaja pelajar dalam bidang automotif ke negara Jerman
o Menaja pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tempatan
• Sosial
o Pertukaran Program Televisyen

§ pertukaran program televisyen dan berita di antara Malaysia dan
Mesir memperkukuhkan kerjasama Negara Selatan-Selatan /
Negara-negara Dunia Ketiga dalam bidang maklumat. Program ini
juga memperbaiki aliran maklumat antara negara Timur Tengah
dan Asia Selatan

o Program Pertukaran Kebudayaan
§ melalui aktiviti ini kita akan dapatmengetahui kebudayaan rakyat
negara lain
§ pertukaran ini melibatkan ramai pelajar universiti yang dianjurkan
oleh pelbagai pihak
§ terdapat juga program pertukaran budaya seperti Festival Filem
Antarabangsa dan Festival Flora Antarabangsa disertai oleh
pelbagai negara

• Ekonomi
o Negara Jerman yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi syarikat
automotif BMW bagi seluruh Asia Tenggara. Pertukaran ini juga dapat
membantu ekonomi negara-negara membangun
o Jepun telah memberi bantuan kewangan kepada negara-negara ASEAN
melalui agensi Pembangunan Seberang laut (ODA). Bantuan ini banyak
membantu ekonomi negara-negara serantau

• Kebaikan bekerjasama
o Mengeratkan hubungan
o Dapat menguasai bahasa asing
o Mengetahui berjenis-jenis budaya asing
o Meningkatkan ekonomi
o Dapat mempelajari teknologi moden
o Kehidupan rakyat menjadi labih aman dan harmoni
o Menjaga keselamatan bersama

• Cara menyokong kerjasama dengan negara luar
o Bersedia menyertai program pertukaran pelajar antara negara
o Melayani pelancong atau pelabur asing denga sopan
o Menyertai aktiviti kebudayaan yang diadakan di luar negara

• Kesan jika kerjasama diteruskan :
o Negara yang membangun akan menjadi lebih maju dalam pelbagai bidang

50


Click to View FlipBook Version