The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46427052, 2024-05-16 19:46:18

FAIL KUASA PSS SJKC CHAP KHUAN

FAIL KUASA

FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH SENARAI NAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2024/2025年度资料中心管理员 NO. NAMA 姓名 班级 1 CHIN SHERLYN 陈雪妮 6M 2 CHOW ZHI RONG 周志荣 6M 3 HOH LANG HAO 何郎豪 6M 4 KONG LI MEI 江莉梅 6M 5 LEE WEI CHENG 李韦呈 6M 6 LOW PEI YEE 罗佩仪 6M 7 WONG LI PING 黄莉萍 6M 8 CHONG YI XUAN 张怡萱 6H 9 QAIKAL QAIZAN 楷 卡 6H 10 WONG YAN SI 黄晏思 6H 11 CHIN WING KIAT 陈永杰 5M 12 CHONG HUI TENG 张慧婷 5M 13 FELICIA ALSOP 菲丽希亚 5M 14 LIM SHIN HUI 林欣慧 5M 15 WONG KAI HENG 黄楷恒 5M 16 AMBER TOO WING FON 朱咏欢 4M 17 LEOW EE CHENG 廖宇晨 4M 18 LIN SHAN YAN 林善妍 4M 19 WONG YEE TING 黄依婷 4M 20 ZARA SOFEA 苏 菲 4M 21 CHRISTINE TUNG KE XUAN 邓可嫙 3M 22 LEE JUN HUI 李俊挥 3M 23 NURUL KHAIRUNNISA BATRISYA 李晓慧 3M 24 SHAVINA SHREE 莎文娜 3M 25 SOPHEA NUR ELEYNA 苏菲雅 3M


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.2 Kriteria Pemilihan Pengawas PSS 1. Ada minat 2. Boleh bekerja 3. Berdisiplin 4. Bertanggungjawab 5. Sanggup bekerjasama 6. Ada personaliti (spt: pakaian dsb)


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.2.1 Surat lantikan Ruj Tuan : Tarikh : Kepada, Ibubapa / Penjaga, Tuan/Puan, Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SJKC Chap Khuan, Sesi 20____. Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan yang bernama ……………………………………………………………… tahun / kelas ……………………… ( ) dilantik semula sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 20___. ( ) telah terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 20____. 2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. 3. Untuk pengetahuan tuan/puan, pihak sekolah telah memberi peluang selama sebulan sebagai percubaan kepada calon-calon pengawas Pusat Sumber ( PSS ) . Hanya mereka yang lulus percubaan sahaja yang dilantik semula/dipilih. Sekiranya prestasi pelajaran mereka tidak memuaskan, tidak menjalankan tugas dengan sempurna, atau melakukan salah laku, setelah diberi nasihat dan surat amaran sebanyak tiga kali, maka pihak sekolah berhak melucutkan jawatan yang telah disandang olehnya. 4. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya dan sila kembalikan semula sebelum atau pada __________. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 5. Uniform lelaki dan perempuan seperti uniform sekolah biasa. Tali leher dan nama tag Pengawas PSS dipakai semasa berpakai unuform. 6. Tuan/puan boleh memberi persetujuan dengan melengkapkan borang jawapan yang disertakan. 7. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh menghubungi ___________ , Guru Perpustakaan & Media . Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ Yang benar , ......................................................


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.2.2. Surat persetujuan ibu bapa / kebenaran Borang Jawapan …………………………………………… …………………………………………... Tel : …………………………………... Kepada ; Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah , SJKC Chap Khuan (u.p : _____________) Persetujuan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 20 . Merujuk kepada perkara di atas, bahawa saya …………………………………………………… No K/P ……………………………… Ibu / Bapa / Penjaga kepada ……………………………… tahun …………………………… bersetuju / tidak bersetuju anak jagaan saya ini dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah 20____. 2. Saya juga bersetuju / tidak bersetuju untuk membenarkan anak / anak jagaan saya memakai uniform seperti yang ditetapkan. Saya bersetuju / tidak bersetuju untuk menanggung kos tersebut. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………..


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.2.3 Surat kursus kepemimpinan Rujukan : Tarikh : Kepada Ibu bapa/ penjaga Pengawas Pusat Sumber [nama sekolah] Tuan/ Puan, MAKLUMAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan Unit Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber seperti ketetapan berikut: Tarikh : Masa : Tempat : Kehadiran : Pakaian : 3. Semoga mendapat perhatian dan kerjasama dalam menguruskan pengangkutan anak tuan/ puan dan perbelanjaan mereka pada hari tersebut. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, [NAMA PENGETUA] Guru Besar SJKC Chap Khuan


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.2.4 Sijil-sijil (Sijil Penyertaan Kursus Kepemimpinan) SJKC Chap Khuan SIJIL PENYERTAAN DIPERAKUI BAHAWA TELAH MENYERTAI DENGAN JAYANYA KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH PADA BERTEMPAT DI .............. ..................................... TARIKH :


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.3 Senarai Tugas Pengawas PSS SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan) 2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain 3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal 4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas 5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya 6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal 7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap 8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian 9. Membantu mempromosikan PSS 10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna 11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS 12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH TUGAS JAWATANKUASA PENGAWAS PSS JAWATAN BIDANG TUGAS Ketua Pengawas Pusat Sumber Mempengerusikan setiap mesyuarat J/K Pengawas Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga PSS Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Mempengerusikan mesyuarat jika tiada Ketua PSS Menjalannkan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Guru Penasihat PSS Menanggung bersama perjalanan Lembaga PSS Setiausaha Menyediakan agenda dan minit mesyuarat Menyediakan surat menyurat Menyediakan Laporan aktiviti untuk direkodkan Naib Setiausaha Menjalan tugas S/U semasa ketiadaannya Menyediakan agenda dan minit mesyuarat Menyediakan surat menyurat Meyediakan laopran aktiviti dan untuk direkodkan Bendahari Menerima wang yang dikutip daripada hasil denda, komputer dan aktiviti yang dijalankan Menyerahkan wang kepada Guru Penasihat Menyediakan Laporan Kewangan Naib Bendahari Memastikan PSS yang bertugas dibawahnya melaksanakan semua tugas yang diberi Mencatat kedatangan Pengawas Menyediakan Laporan kehadiran Pengawas PSS Biro Keceriaan Memastikan suasana PSS sentiasa ceria Menghias dan menyediakan Sudut Pameran Memberi idea atau pandangan untuk menceriakan PSS Biro Disiplin Memastikan Pengawas PSS berdisplin Menyediakan Fail Displin Mengedarkan surat amaran pertama, kedua dan ketiga Menyediakan laporan displin kepada Guru Penasihat Biro Inventori Merekod peralatan yang terdapat di PSS Mengeluarkan peralatan yang diperlukan kepada AJK Harian Menyemak atau perabot pada akhir tahun Biro Latihan/Kursus Mengadakan latihan/kursus dalaman yang diperlukan oleh Pengawas PSS Membantu guru apabila ada kursus dalaman Menyediakan laporan bagi setiap kursus yang dijalankan Biro Promosi Mempromosikan buku-buku baru Mempamerkan buku-buku baru di Perpustakaan Menyediakan bahan-bahan promosi untuk setiap aktiviti PSS Mengambil gambar bagi setiap aktiviti bagi tujuan dokumentasi Biro Bilik Khas / Taman Angkat Menyediakan saranan untuk meningkatkan keceriaan Taman Angkat PSS Menyediakan senarai ahli serta Jadual Tugas Memastikan Taman Angkat sentiasa terjaga, cantik dan bersih


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.3.1 Jadual Tugas


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.3.2 Ikrar Pengawas Pusat Sumber UP BAHAWASANYA KAMI, PENGAWAS PUSAT SUMBER SJKC CHAP KHUAN, DENGAN INI BERIKRAR, AKAN MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KAMI, TERHADAP TUGAS-TUGAS KAMI, MEMPERKASAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENJAYAKAN VISI DAN MISI SEKOLAH MENJULANG PROGRAM NILAM KAMI JUGA BERIKRAR, MENDUKUNG ILTIZAM KAMI, UNTUK MENJADI PENGAWAS PUSAT SUMBER YANG CEMERLANG, BERAKHLAK MULIA, CEKAP, BERSOPAN DAN CERGAS, BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA. UP


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 4.3.3 Gambar Pakaian Pengawas Pusat Sumber Uniform biasa dengan tali leher dan nama tag.


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH BAB 5 PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SJKC CHAP KHUAN 5.1 Peraturan Am dan Khusus PSS dan Bilik-Bilik Khas 5.2 Peraturan Penggunaan Serta Prosedur Pinjaman dan Pemulangan Alatan / Bahan


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 5.1 Peraturan Am dan Khusus PSS serta Bilik-Bilik Khas (Pengurusan PSS) PERATURAN AM 1 Untuk menjaga ketenteraman dan melicinkan pentadbirannya pengguna diminta memberi perhatian kepada peraturan perpustakaan. 2 Guru atau pengawas yang bertugas mempunyai hak untuk meminta pengguna yang melanggar peraturan perpustakaan keluar daripada perpustakaan. Semua tindakan tatatertib dirujuk kepada Jawatankuasa Perpustakaan SJKC Chap Khuan. 3 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, barang-barang persendirian, yang ditinggalkan di luar atau di dalam perpustakaan. KEAHLIAN Terbuka kepada semua murid, guru, kakitangan dan Persatuan Ibu Bapa SJKC Chap Khuan. PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1 Setiap murid layak meminjam 2 buah buku pada satu-satu masa. 2 Pengguna mesti menggunakan nombor ahli sendiri. 3 Semua pinjaman dan pemulangan buku hendaklah dilakukan sendiri oleh peminjam buku. 4 Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan atau diperbaharui pada tarikh akhir tempoh pinjaman. 5 Pengguna handaklah bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam. Pengguna hendaklah melaporkan kerosakan atau kehilangan bahan dengan segera kepada guru perpustakaan. 6 Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan yang dipinjam, pihak perpustakaan berhak menuntut gantirugi dengan bahan yang baru atau harga bahan itu dan kos memprosesnya.


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH PERATURAN KHUSUS DISPLIN 1. Pelajar diminta tidak terlalu bising apabila memasuki perpustakaan. 2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan [Masukkan Nama Sekolah] 4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. 5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter. 6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan. 7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. 8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN 1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan. 2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan 3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat (troli) yang disediakan. PAKAIAN 1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan. 2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah dan pakaian sukan adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan. Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Peraturan-peraturan Penggunaan Bilik Digital Disiplin 1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik digital. 2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik digital. 3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis lcd, video, smartboard atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik digital semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan. Bahan-bahan bilik digital 1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru Perpustakaan dan Media. 2. Segala perisian di dalam bilik digital tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru Perpustakaan dan Media 3. Sila padamkan suis alatan dan lampu serta kipas sebelum keluar dari bilik auditorium. Pakaian 1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual. 2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik digital. Peringatan: Sila catatkan rekod penggunaan setiap kali bilik dan alatan digunakan. Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik digital


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru 1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan , bilik digital dan bilik di bawah pengurusan PS) 2. Guru-guru perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber. 3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan. 4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru Perpustakaan dan Media 5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber. 6. Sila daftarkan kunjungan guru di dalam sistem komputer atau manual sekiranya tiada bekalan elektrik


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 5.2 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang serta Prosedur Pinjaman dan Pemulangan Alatan / Bahan PINJAMAN DAN PEMULANGAN (PERPUSTAKAAN). Pinjaman Buku Rak Terbuka 1. Pastikan nombor ahli yang tertera di slip tarikh pulang buku perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam. 2. Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan. Contoh :- - Buku-buku yang dipinjam sebelumnya telah dipulangkan. - Buku yang hilang telah diganti. 3. Semua murid meminjam buku dengan menggunakan kad matrik ( bar kod ) menggunakan sistem automasi perpustakaan. 4. Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku). 5. Serahkan buku dan kad matrik kepada si peminjam. 6. Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan sistem automasi perpustakaan. PERINGATAN Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 7 hari bagi buku pinjaman. Seorang pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali Pengawas Pusat Sumber) Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada hari Selasa dan Jumaat bagi sesi pagi, manakala bagi sesi petang pada hari Isnin (dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau pengawas PSS yang dibenarkan).


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Seorang guru hanya dibenarkan meminjam maksimum 40 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan (Pinjaman Berkelompok). Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya. Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap. Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan. Pemulangan Buku Rak Terbuka 1. Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya. 2. Pemulangan buku rak terbuka boleh dilakukan pada hari Isnin dan Khamis (dalam keskes tertentu, pelajar boleh memulangkan buku di luar waktu pemulangan melalui guru atau pengawas PSS yang dibenarkan). 3. Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan diberi surat amaran. 4. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku tersebut. 5. Sekiranya pelajar masih tidak memulangkan buku yang dipinjam setelah mendapat surat amaran atau masih tidak membayar harga buku yang hilang, maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga hutang dilangsaikan.


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH BAB 6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SJKC CHAP KHUAN 6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS 6.2 Rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan 6.2.1 Rekod Penggunaan 6.2.2 Rekod Pinjaman & Pemulangan 6.3 Rancangan Tahunan PSS 6.3.1 Pelan Strategik PSS 6.3.2 Pelan Taktikal 6.3.3 Pelan Operasi 6.3.4 Pemantauan dan Penilaian Program 6.3.5 Penilaian dan Maklum Balas 6.4 Laporan PSS ( Bulan Dan Tahun ) 6.5 Surat-Surat Pekeliling


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.1 PENGURUSAN SISTEM FAIL PSS [Masukkan no fail mengikut sistem pernomboran yang digunapakai di pejabat sekolah masing-masing – rujuk CC sekolah] a) Fail Rasmi 6.1.1 Fail Kuasa 6.1.2 Pusat Sumber Sekolah (am ) 6.1.3 Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah 6.1.4 Pengawas Pusat Sumber Sekolah 6.1.5 Peraturan Pusat Sumber Sekolah 6.1.6 Pengurusan Dan Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 6.1.7 Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah 6.1.8 Kewangan Pusat Sumber Sekolah 6.1.9 Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah 6.1.10 Aktiviti Pusat Sumber Sekolah 6.1.11 Stok Dan Inventori Pusat Sumber Sekolah 6.1.12 Sirkulasi / Edaran Bahan 6.1.13 Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah 6.1.14 Automasi Pusat Sumber 6.1.15 Program Bacaan (NILAM) 6.1.16 Fail Meja (My Portfolio)


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH b) Fail Kerja 6.2.1 Fail A – Fail Dokumentasi PSS 6.2.1.1 Struktur Organisasi PSS 6.2.1.2 Rancangan Tahunan 6.2.1.3 Dokumen dan rekod PSS 6.2.1.4 Pengelolaan Koleksi 6.2.1.5 Jadual waktu 6.2.1.6 Kewangan PSS 6.2.1.7 Pengurusan NILAM 6.2.2 Fail B – Fail Kemudahan PSS 6.2.2.1 Kemudahan 6.2.2.2 Ruang bertema 6.2.2.3 Kemudahan tambahan 6.2.2.4 Keceriaan PSS 6.2.3 Fail C – Fail Stok, Bahan dan Peralatan 6.2.3.1 Bahan Bercetak 6.2.3.2 Bahan Bukan Cetak 6.2.3.3 Peralatan Elektronik 6.2.4 Fail D – Fail Program PSS 6.2.4.1 NILAM 6.2.4.2 Pengiktirafan NILAM 6.2.4.3 Galakan Membaca 6.2.4.4 Literasi Maklumat 6.2.4.5 Program Meningkatkan Kemahiran 6.2.4.6 Pameran, Promosi (Publisiti), Kajian Dan Aktiviti Galak Guna Pss 6.2.4.7 Lawatan Sambil Belajar 6.2.4.8 Penglibatan Warga Sekolah Dan Komuniti / Ngo 6.2.4.9 Sumber Kewangan 6.2.5 Fail E – Fail Kriteria Khusus 6.2.5.1 Ciri – ciri keistimewaan


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.2 REKOD PENGGUNAAN, PINJAMAN & PEMULANGAN 6.2.1 Contoh Rekod Penggunaan 6.2.2 Contoh Rekod Pinjaman dan Pemulangan Buku


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.3 RANCANGAN TAHUNAN PSS 6.3.1 Pelan Strategik PSS 6.3.2 Pelan Taktikal


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.3.3 Pelan Operasi 6.3.4 Pemantauan dan Penilaian Program


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.3.5 Penilaian dan Maklum Balas


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.4 LAPORAN PSS (BULAN DAN TAHUN) TAJUK AKTIVITI ANJURAN TARIKH TEMPAT OBJEKTIF SASARAN PESERTA MAKLUMAT AKTIVITI KEKUATAN KEKANGAN PENILAIAN IMPAK CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.5 SURAT – SURAT PEKELILING 1. Perintah Am Bab A, B, C, D, E 2. Arahan Perbendaharaan 3. PKPA Bil. 2 Tahun 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan JawatankuasaJawatankuasa Kerajaan. 4. SPI Bil 3/1999 – Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 5. Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan PSS (1990), BTP 6. Program NILAM: Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah (1988), BTP 7. Surat KP (BTP-PSP) 8810/11/1 (03) Kriteria Pemilihan dan Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (6 Julai 2004), BTP 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000: Tahun PSS (PSS) 2000 (20 April 2000), KPM 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2001: Gerakan Membaca Di Sekolah-Sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri (19 November 2001), KPM 10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca (22 Mei 1998), KPM 11 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8/1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja 12 Surat Pekeliling Kewangan Bil 5/2002: Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah (16 Oktober 2002), KPM 13 SPI 3/2005 Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 14 Surat Pematuhan Peringatan Kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 Waktu Mengajar Guru Perpustakaan dan Media : Bertarikh 22 Dis 2009: KP BTP-PSP 8810/11/1/Jld 2 (38) 15 Pekelilng Kewangan Bil 8 : Tahun 2012 Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Persekolahan Ke sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid. 16 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah.


7. KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KOLEKSI BAHAN Pusat sumber Sekolah (PSS) merupakan lanjutan kepada perpustakaan tradisional, maka bahan-bahannya pun sepatutnya meliputi buku-buku dan juga bahan bukan buku. Koleksi merupakan unsur asas kepada sesebuah PSS. Dengan adanya koleksi yang meluas dan meliputi berbagai jenis bahan dan alat, ia akan memberi kesan yang positif terhadap penggunaan PSS. Koleksi PSS harus memenuhi kehendak kurikulum dan gaya penggunaan oleh pengguna daripada berbagai peringkat umur dan kelainan tersendiri. 7.1 JENIS KOLEKSI A. PERABOT a. Meja b. Kerusi c. Rak buku – tinggi dan rendah d. Kaunter edaran e. Almari f. Kabinet kad katalog g. Papan kenyataan h. Penyaga surat khabar i. Troli j. Kabinet untuk fail tegak k. Karel pendengaran l. Karel kering m. Rak kaset n. Rak cerita o. Rak peta p. Papan pameran buku baru q. Rak kad pinjaman murid B. BAHAN BERCETAK a. Buku ~ Buku Fiksyen ~ Buku Bukan Fiksyen Karya Am 000 Falsafah 100 Agama 200 Sains Kemasyarakat 300 Bahasa 400 Sains Tulen 500 Teknologi 600 Kesenian 700 Kesusasteraan 800


Sejarah dan Geografi 900 Rujukan Am : Kamus / Atlas / Ensaiklopedia dll. Rujukan Khas ( Red Spot ) : Buku Teks b. Bahan Bukan Buku ~ Majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya. C. BAHAN BUKAN BERCETAK a. Bahan-bahan / Perisian ~ Lut sinar ~ Filem jalur ~ Filem sisipan ~ Filem 8 mm dan 16 mm ~ Kaset pita audio ~ Kaset Pita Video ~ Kain gambar ( carta pusing) ~ Kad-kad untuk papan planel ~ Kad cantum / kad imbasan ~ Floppy and compact dist / disket ~ piring hitam ~ cakera padat b. Bahan Dua Dimensi ~ Peta ~ Fail Tegak ~ Carta ~ Gambar ~ Guntingan akhbar ~ Gambarajah dan sebagainya c. Bahan Tiga Dimensi ~ Glob ~ Model ~ Relia ~ Diorama ~ Mock – up ~ Topeng ~ Contoh –contoh spesimen ~ Mobil ~ Akuarium dan sebagainya


d. Bahan – bahan Beraneka Media ~ Kit pembelajaran ~ Permainan pendidikan ~ Pukal pembelajaran ( aneka media ) D. PERALATAN a. Alat Tayangan ~ Projektor overhead ~ Projektor Slaid ~ Projektor filem jalur ~ Projektor DP opeqe dsb b. Alat Bukan tayang ~ Papan tulis ~ Papan magnet ~ Papan Flannel ~ Papan pamer ~ Papan kenyataan ~ Papan gulung c. Alat-alat Audio ~ Radio ~ Radio kaset ~ Perakam kaset ~ Alat pemain piring hitam ~ Synerecoder ~ Perakam pita gelendong ( rel terbuka ) ~ Sistem pembesar suara ( PA Sistem ) ~ Pemain CD d. Alat Pandang Dengar ( Audio – Visual ) ~ TV dan VCR ~ Projektor slaid dengan kaset ~ Projektor filem jalur dengan kaset ~ Projektor filem 16 mm ~ Projektor filem 8 mm ~ Komputer multimedia ~ Projektor LCD ~ Pemain VCD


e. Perkakas Sokongan Lain ~ Kamera fotografi dan aksesori ~ Kamera video dan aksesori ~ Kit grafik ~ Kit pertukangan ~ Mesin pendua ~ Mesin Fotostat ~ Mesin Taip ~ Image printer ~ Transparency maker 7.2 DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU Tugas-tugas ini merangkumi kerja-kerja memilih, membeli dan memilih – buang atau memilih – simpan. Dasar pemilihan bahan-bahan seperti berikut hendaklah dipertimbangkan. 7.2.1 PANDUAN i. Konsep ~ Selaras dengan Dasar Negara, Dasar Pendidikan ~ Sesuai dengan nilai-nilai masyarakat setempat dan keadaan semasa: keharmonian kaum memahami agama, adat resam sesuatu kaum lain di sekitarnya. ii. Keaslian / Ketulenan ~ Fakta-fakta tepat dikemukakan ~ Persembahan fakta tepat dan tersusun ~ Maklumatnya kemaskini dan boleh dipercayaai iii. Kesesuaian ~ Perbendaharaan kata sesuai dengan peringkat murid ~ Konsep bersesuaian dengan peringkat murid ~ Data yang diberikan itu adalah berkaitan dan sesuai ~ Ada hubungan dengan subjek dan juga media yang digunakan ~ Sari kata, dialog, suara latar berkaiatan sengan subjek ~ Untuk kegunaan kumpulan dan individu iv. Olahan ~ Mencukupi keseluruhan idea yang ingin dikemukakan. Contohnya: Sesuatu ulasan hasil sastera meliputi seluruh aspek yang diperlukan untuk fahaman murid. ~ Dari segi konsep, persembahannya lebih berkesan dan menggalakkan ~ Sesuai dengan keperluan semasa


~ Isinya dapat memenuhi kehendak murid berkaitan dengan subjek. v. Memupuk minat ~ Berkaitan dengan pengalaman murid ~ Merupakan cabaran kepada perkembangan intelek ~ Menepati dan memuaskan keperluan rasa ingin tahu ~ Menepati minat imaginasi ~ Kesesuaian fakta-fakta yang dibentangkan selaras dengan keperluan manusia vi. Organisasi pengolahan ~ Perkembangan olahan ( cerita / fakta ) bersambungan dan munasabah ~ Tersusun dan rapat ~ Dapat memperseimbangkan penggunaan suara latar, kata bual ~ Latar muzik dan lain-lain iringan vii. Aspek teknikal ~ Kejernihan bunyi ~ Jelas didengar / dilihat ~ Kesesuaiannya dengan murid dan sekolah ~ Saiz dan bentuk ~ Pengolahan ( audio / video ) seimbang ~ Warna yang digunakan adalah sesuai dan menarik ~ Ada penyesuaian di antara suara dan gambar viii. Aspek khas ~ Bahasa yang digunakan ( terutama Bahasa Inggeris) tidak terlalu susah untuk difahami ~ Senang untuk diurus, diguna dan disimpan ~ Arahannya senang diikuti untuk menggunakannya ~ Rupa bentuk fizikal ( kulit, bungkusan, kotaknya ) dapat menarik minat murid ~ Tahan lasak untuk digunakan oleh murid sekolah ~ Mudah dibaikpulih sekiranya berlaku kerosakkan ix. Faedahnya ~ Berkaitan dengan aktiviti PSS ~ Mudah disesuaikan / diubahsuai untuk penggunaan yang lebih efektif x. Harga ~ Bersesuaian dengan kemampuan kewangan sekolah ~ Bahan ganti boleh didapati dengan mudah / murah ~ Harga sederhana dan berpatutan berbanding dengan perkakas yang sedia ada ~ Belanja menjaganya seperti pengurusan, alat ganti, baikpulih, memproses dan menyimpan adalah berpatutan Untuk pemilihan yang berkesan, hendaklah dipertimbangkan dari segi: ~ Keutamaan dan keperluan pengguna ~ Kekerapan penggunaannya


~ Mudah mendapatkannya ~ Dalam lingkungan keupayaan kewangan sekolah dan kemahiran menggunakannya 7.2.2 ALAT PEMILIHAN BAHAN i. Dasar Pendidikan Kebangsaan – Alat Pendidikan ii. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia iii. Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta dan agensi Pendidikan ~ Senarai Buku Pusat Sumber untuk Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. ~ Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ~ Buletin Teknologi Pendidikan, Jurnal Pendidikan, Berota Bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia ~ Bibliografi Buku-buku, terbitan Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan – perpustakaan yang laian. ~ Berita Buku Baru Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebagainya iv. Cadangan-cadangan oleh panitia mata pelajaran di sekolah v. Sukatan Pelajaran vi. Buku-buku KBSR / KBSM 7.2.3 PEMBELIAN MELALUI SEBUT HARGA / KONTRAK PUSAT ATAU SECARA TERUS ~ Untuk membeli bahan-bahan dan perkakas, seperti juga halnya dengan barang-barang lain yang dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, perlulah berpandukan kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam buku Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia. ~ Untuk membeli barang-barang yang boleh didapati dalam senarai Kontrak Pusat, Arahan Perbendaharaan Bil. 178 (a), 178(b) perlulah dirujuk. Senarai Kontrak Kerajaan ini dikeluarkan dari masa ke semasa. ~ Selain itu, PSS boleh menghasilkan bahan sendiri. ~ Untuk bahan / alat yang didapatkan secara percuma atau derma, hendaklah dipastikan bahawa bahan / alat ini sesuai digunakan dan ditempatkan di PSS. Sekiranya menghadapi masalah, eloklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk penjelasan selanjutnya.


7.3 PROSEDUR KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU A. JAWATANKUASA PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI PENGERUSI NAIB PENGERUSI BENDAHARI NAIB SETIAUSAHA SETIAUSAHA AJK KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM WAKIL PIBG WAKIL MURID TUA WAKIL MASYARAKAT PERPUSTAKAAN PENERBITAN APD FOTOGRAFI BANK SOALAN PERKEMBANGAN STAF BBM GRAFIK KECERIAAN KOMPUTER LAIN - LAIN


B. DASAR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI 1. Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber hendaklah diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Bahan bacaan yang dipilih hendaklah :- ~ Memperkayakan dan menyokong proses pendidikan dengan mengmbil kira perbezaan minat kebolehan dari peringkat kematangan pelajar. ~ Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah. ~ Memupuk minat membaca di kalangan pelajar ke arah melahirkan masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam konteks pendidikan sepanjang hayat. ~ Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan pelajar untuk membolehkannya membuat pertimbangan yang bijak dalam kehidupan. ~ Mempertingkatkan penguasaan bahasa dan membina aspirasi sastera pelajar. ~ Memperkukuhkan semangat persefahaman dan harmoni di antara kaum demi mewujudkan perpaduan bangsa. ~ Memupuk dan membina sikap tanggungjawab pelajar terhadap agama, bangsa dan negara. C. PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERLULAH MENCERMINKAN UNSUR-UNSUR : a. Kekemaskini b. Keperbagaian jenis c. Kecukupan bahan d. Keseimbangan dari segi pengagihan mengikut peringkat sekolah. e. Keseimbangan dari segi pengagihan mengikut jenis bahan. f. Keseimbangan dari segi aliran bahasa. D. PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Hendaklah mengenepikan semua bahan yang mengandungi perkara yang dilarang. E. PENGURUSAN PEMILIHAN PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN Bacaan Pusat sumber hendaklah dilaksanakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah. F. DASAR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKS Hendaklah berpendukan prinsip –prinsip Sains Perpustakaan.


7.4 PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN / ALAT A. PANDUAN PEMILIHAN KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Bahan Bacaan Pemilihan bahan bacaan adalah proses mengesan, menilai dan menentukan bilangan naskah yang perlu diperolehi untuk membina koleksi Pusat Sumber Sekolah. a. Kriteria Am Proses Pemilihan bahan hendaklah berdasarkan: i. Isi kandungan yang memenuhi keperluan dan penyampaian yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. ii. Keadaan fizikal yang baik. iii. Penerbitan yang berwibawa. b. Kriteria Pemilihan i. Buku Bergambar Buku bergambar adalah bahan bacaan khusus untuk kanak-kanak di peringkat pembaca. Gambar dan ilustrasi berperanan sebagai media utama. Menyampaikan konsep atau cerita sedangkan teks pula hanya merupakan unsure sokongan gambar ilustrasi. Gambar dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas daripada teks dan hendaklah berwarna-warni. Mutunya bukan sahaja perlu dilihat dari segi estetika tetapi juga dari segi perkembangan pelajar mengikut aspek efektif dan kolektif. Urutan cerita atau fakta dari gambar-gambar yang dilihat perlu ada. Bahasa mudah difahami. Perkataan dan ungkapan. Gaya persembahan.


Keharmonian antara teks dengan gambar. Ciri fizikal, kulit keras, penjilidan, saiz huruf, jenis huruf dan cetakan. ii. Fiksyen Buku fiksyen adalah buku cereka seperti novel, cerpen, dongeng, cerita rakyat dan sebagainya. ~ tema ~ bahasa ~ gaya penyampaian iii. Bukan Fiksyen Buku pengetahuan yang khusus dalam bidang Falsafah, Agama, Sains Kemasyarakatan, buku pengetahuan Am dan lain-lain. ~ ensiklopedia ~ kamus ~ atlas ~ buku tahunan ~ buku panduan ~ buku maklumat ringkas ~ alamanak iv. Terbitan Berkala Bahan bacaan yang diterbitkan mengikut kekerapan tertentu seperti majalah, akhbar, fail tegak, buku skrap dan poster. c. Alat-alat Pemilihan i. Senarai buku oleh Seksyen Pusat Sumber BTP. ii. Senarai perolehan perpustakaan awam. iii. Senarai buku dalam Bahasa Malaysia oleh Perpustakaan Negara iv. Katalog penerbitan dan pembekal. v. Bibliografi vi. Ulasan buku dari media massa. vii. Ulasan penerbitan kanak-kanak viii. Indeks majalah, surat khabar.


d. Proses Pemilihan Bahan Pusat Sumber Sekolah i. Tugas pemilihan bahan bacaan pada amnya merupakan tugas guru Penyelaras PSS, setiausaha Kurikulum dan guru-guru. ii. Dari masa ke semasa guru Penyelaras PSS akan mengumpulkan maklumat mengenai jadual bahan bacaan yang dicadangkan oleh guru-guru. iii. Membuat senarai judul. iv. Selepas itu guru Pusat Sumber akan menyemak sama ada bahan yang dicadangkan ada di PSS atau tidak. v. Sekiranya ada bahan tersebut di PSS, Guru Pusat Sumber akan menerangkan kepada pihak yang meminta mengenai bahan tersebut. e. Bahan – bahan bacaan yang dilarang i. Tidak sesuai dari segi isi. ii. Tidak lagi kemaskini dari segi maklumat dan ejaan. iii. Keadaan fizikal bahan yang tidak sesuai. B. Bahan Bukan Buku Pemilihan Bahan Bukan Buku adalah proses mengesan, menilai dan menentukan segala jenis dan bentuk sumber atau bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan membina koleksi Pusat Sumber Sekolah. a. Kriteria Am Proses pemilihan bahan hendaklah berdasarkan :- i. “ Cost – benefit analysys “ ii. Kegunaan bahan tersebut. iii. Tempat penyimpanan / ruang untuk meletakkan bahan tersebut. iv. Peruntukan kewangan. v. Harga barang. b. Kriteria Pemilihan 1. Peralatan 1.1 Alat Tayangan Projektor Overhead Projektor Slaid Projektor Filem Jalur Projektor DP Opage dan lain-lain


1.2 Alat Bukan Tayangan Papan Tulis Papan Magnet Papan Flannel Papan Pamer Papan kenyataan Papan Gulung 1.3 Alat-alat Audio Radio Radio Kaset Perakam Kaset Alat Pemain Piring Hitam Synerecoder Perakam Pita Gelendong ( rel terbuka ) Sistem pembesar suara ( PA System ) dsb 1.4 Alat Pandang Dengar ( Audio – Visual ) TV dan VCR Komputer ( monitor ) 2. Bahan –bahan / Perisian Transparency Maker Filem jalur Filem sisipan Filem 8 mm dan 16 mm Kaset pita audio Kaset pita video Kad untuk papan flannel Kad cantum ~Pemilihan peralatan hendaklah dinilai dari segi mutu dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang ~Kesesuaian bahan juga perlu diambil kira. ~Perlu dikaji dari segi “ cost benefit analysis” iaitu sama ada wang yang dilaburkan untuk sesuatu bahan itu setimpal dengan manfaat yang akan diterima oleh pengguna. ~Pita video mampu membawa pengalaman-pengalaman luar di dalam bilik darjah dan memudahkan pemahaman konsep-konsep yang abstrak. 3. Bahan Dua Dimensi


Peta, Fail Tegak, Carta, Gambar, Guntingan Akhbar dan Gambarajah. 4. Bahan Tiga Dimensi Glob, Model, Relia, Diorama, Mock-ups, Topeng, Mobile dan Akuarium 5. Bahan-bahan Beraneka Media ~ Kit pembelajaran, Permainan Pendidikan dan Pukal Pembelajaran. Kesemua bahan –bahan di atas mutunya bukan sahaja dilihat dari segi estetik tetapi dari segi perkembangan pelajar dari aspek efektif dan kognitif. ~ Urutan cerita / fakta dari gambar-gambar yang dilihat perlu ada. ~ Dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan pelajar melalui akhbar dan majalah. ~ Bahan-bahan ini dapat menambah kreativiti pelajar dan pengguna PSS. ~ Bergantung kepada keberkesanan dan keperluan pengguna. ~ Tempat untuk menyimpan. c. Alat-alat Pemilihan 1. Senarai bahan oleh seksyen Pusat Sumber BTP. 2. Katalog pembekal. 3. Senarai harga bahan dari pembekal / pekedai. 4. Senarai pembelian bahan oleh AJK Pusat Sumber. d. Proses Pemilihan Bahan Bukan Buku Pusat Sumber Sekolah 1. Tugas memilih bahan ini ialah tugas guru Penyelaras PSS, Setiausaha Kurikulum dan guru AJK Induk. 2. Dari masa ke semasa Guru PSS akan menerima dan menyenaraikan bahan yang dicadangkan oleh guru-guru 3. Guru PSS akan menyemak sama ada bahan itu ada atau tidak di PSS. 4. Senarai bahan yang dibeli mestilah mengikut keutamaan, kesesuaian, mutu dan keberkesanan penggunaannya. 5. Semuanya bergantung kepada sumber kewangan.


7.5 KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN Koleksi bahan bacaan ialah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggarakan dan disimpan di sekolah, digunakan oleh semua murid dan guruguru. Koleksi ini terdiri :- a. Buku Bergambar ~Fiksyen ~Bukan Fiksyen b. Buku Fiksyen ~Cerpen ~Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, keluarga, lagenda, metos, pari-pari, pengembaraan, percintaan, rakyat dan sukan. ~Fiksyen sains dan sejarah ~Novel c. Buku Bukan Fiksyen ~Buku Rujukanan Am - Alamanak, ensaiklopedia, buku panduan, tahunan, pengetahuan, kamus dan atlas. ~Buku Ilmiah – Agama, Sains Kemasyarakatan termasuk Sivik, Perdagangan dan Ekonomi, Bahasa, Sains, Teknologi, Seni Perusahaan dan Sains Pertanian, Rekreasi, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah. d. Terbitan Berkala ~akhbar, jurnal, majalah da risalah. e. Bahan Khusus ~broshur ~buku skrap ~dokumen kerajaan ~Fail tegak ( koleksi risalah, keratan akhbar, majalah dan sebarang sumber maklumat satu-satu topik yang disimpan dalam fail ) ~karya-karya murid yang bermutu ~keratan akhbar ~koleksi kertas soalan ujian atau peperiksaan ~poster ~sukatan pelajaran


f. Sekiranya bahan belum ada di PSS. ~Guru PSS akan meminta penerbit meminjamkan naskah untuk dinilai. g. Sekiranya naskah itu boleh didapati : ~Guru PSS menyerahkan bahan kepada setiausaha kurikulum untuk dinilai oleh panitia. ~Sekiranya diperakui oleh guru-guru, setiausaha kurikulum menyediakan senarai bahan dan serah kepada Guru PSS. ~Guru PSS akan menyediakan senarai indek judul yang diperakukan oleh Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan membeli. ~Guru PSS juga menghantar buku pinjaman kepada penerbit. h. Sekiranya naskah yang dinilai tidak dapat dipinjam : ~Guru PSS akan menyemak dengan senarai Buku Bacaan Tambahan PSS Kementerian Pendidikan. ~Sekiranya ada dalam senarai, guru PSS menyediakan senarai judul untuk diserahkan kepada Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan membeli. ~Sekiranya tiada dalam senarai, rujuk BTP. ~Sekiranya diperakukan, Guru PSS menyediakan senarai judul untuk diserahkan kepada Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan membeli. ~Sekiranya tidak diperakukan, jangan beli. 7.6 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KOLEKSI PSS 7.6.1 PILIH BUANG / PILIH SIMPAN Bahan-bahan koleksi itu hendaklah disemak dari masa ke semasa supaya sentiasa kemaskini dari segi pembekalan maklumat. Mana-mana bahan yang kurang sesuai haruslah dipilih buang. 7.6.1.1 Definisi ~ Pilih buang bahan yang tidak berguna lagi. ~ Pilih simpan bahan yang patut dikeluarkan dari PSS kerana mungkin lebih sesuai digunakan di tempat lain atau untuk dibaikpulih. 7.6.1.2 Tujuan ~ Menjimatkan ruang ~ Memudahkan penggunaan ~menjimatkan wang untuk membaikpulih ~mengelakkan bahan-bahan yang tidak sesuai sampai ke tangan murid. 7.6.1.3 Aspek-aspek Untuk Pilihbuang / Pilihsimpan ~ Bentuk Fizikal ~Kulitnya koyak, muka surat hilang, jilidnya tanggal, hurufnya


luntur ( untuk carta, lutsinar dan sebagainya ), tidak lengkap seperti set ensaiklopedia dan permainan. ~ Isi dan Maklumat: ~Tidak sesuai dari segi ejaan dan perbendaharaan kata. ~ Fakta dan maklumat tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan pendidikan. ~ Maklumat itu mungkin mengelirukan atau menimbulkan kesan negatif. ~ Perkakas yang rosak tidak ekonomik untuk diperbaiki: ~ Membahayakan pengguna ~ Tidak lagi sesuai kerana ada bahan yang lebih berkesan ~ Bahan- bahan tiruan ~ Sekiranya digunakan akan menimbulkan masalah pada pengguna atau pengurus PSS. ~ Aspek Teknikal ~ Suara latar, muzik dan dialog, ilustrasi tidak berkesan lagi ~ Teknik persembahan tidak sesuai lagi ~ Maklumat terlalu berkecamuk, terlalu kecil atau kabu 7.6.2 MENGHAPUSKIRA 7.6.2.1 Langkah-langkah ~ Dapatkan kelulusan daripada Setiausaha Bahagian Kewangan dan Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri. NOTA : Gunakan borang-borang tertentu semasa membuat permohonan kelulusan untuk hapuskira. Untuk cara-cara menguruskan pembelian, sila rujuk Arahan Perbendaharaan 169, 170, 172, 173, 174, 175, 175(a), 178, 326 (a) dan (b) Sekiranya menghadapi sebarang masalah, sila hubungi Bahagian kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri.


8 KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Kewangan Pusat Sumber Sekolah perlu diurus secara kemaskini dan sistematik untuk memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan PSS berjalan dengan sempurna dan segala rancangan serta aktiviti dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyelaras PSS perlu mengetahui sumber serta kedudukan kewangan PSS dan memahami prosedur penggunaan kewangan PSS. 8.1 PUNCA KEWANGAN Setiap PSS mempunyai sumber kewangan daripada pelbagai punca yang boleh digunakan untuk menjalankan rancangan dan aktiviti tahunan. Antara sumber kewangan PSS ialah : 8.1.1 Peruntukan daripada Kementerian Pendidikan. Mengikut surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 1998 bertarikh 14 Disember 1998 ( KP 1573 / 17 / Jld 11 ), jenis Bantuan Per Kapita dan Maksud Perbelanjaan adalah seperti berikut: ~ Bantuan Perpustakaan Kumpulan sasar bagi bantuan Perpustakaan ialah sekolah dan pelajarpelajar. Bantuan tersebut boleh digunakan bagi tujuan : a. Untuk membeli buku, edisi Kementerian Pendidikan, buletin pendidikan, akhbar, majalah, bahan-bahan rujukan, kad katalog, poket buku, slip tarikh serta alat membaikpulih dan jilid buku. b. Untuk membeli peralatan dan bahan untuk ditempatkan di dalam perpustakaan tersebut. ~ Bantuan Pusat Sumber Pendidikan Kumpulan sasar bagi Bantuan Pusat Sumber Pendidikan ialah Pusat Sumber Sekolah dan pelajar-pelajar. Bantuan ini boleh digunakan untuk tujuan menyenggara dan membeli alat pandang dengar serta alat-alat lain yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8.1.2 Wang Suwa ~ Yuran Murid Yuran pelajar bagi tujuan ini ditentukan tidak melebihi daripada yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ( RM 3.00 setahun bagi seorang pelajar ). ~ Derma atau sumbangan daripada orang perseorangan atau kumpulan ( PIBG, Yayasan, Institusi dan sebagainya).


Wang suwa boleh digunakan untuk keperluan pelajar-pelajar bagi tujuan membeli bahan-bahan bacaan, bahan rujuakn, bahan bantu pembelajaran, perabot, peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran serta tujuan acaraacara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 8.1.3 Sumber-sumber Tambahan Pihak sekolah dan Pusat Sumber Sekolah boleh mengusahakan punca kewangan tambahan bagi meningkatkan sumber kewangan PSS. Sumber kewangan tambahan yang diusahakan melalui aktivti-aktiviti ini boleh digunakan bagi tujuan-tujuan khusus taupun projek-projek khas seperti membuat pengubahsuaian PSS, projek naik taraf bilik-bilik, mewujudkan unit-unit tambahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan. Cadangan bagi mendapatkan punca kewangan tambahan, antaranya ialah: ~ Mengadakan Hari Kantin, Hari Usahawan atau Hari Berniaga. ~ Aktiviti berterusan, contohnya jualan majalah, surat khabar atau bukubuku. ~ Mengadakan jogathon dan aktiviti seumpamanya. ~ Aktiviti bermusim, seperti jualan kad ucapan sempena hari-hari perayaan, seperti hari guru, Hari Raya dan lain-lain. ~ Aktiviti bekerja dan mendapat upah. ~ Aktiviti daripada siaran Radio sekolah. ~ Aktiviti menyewakan bahan atau peralatan. 8.2 ANGGARAN PERBELANJAAN Adalah penting bagi guru Pusat Sumber menyediakan Anggaran Tahunan Pusat Sumber. Anggaran ini boleh dirancang bersama-sama Ahli JawatanKuasa Pusat Sumber Sekolah dan disahkan oleh Guru Besar. Dalam merancang pembelian bahan-bahan Pusat Sumber, pertimbangan mestilah diberikan tentang bahan-bahan yang telah ada di PSS. Dengan itu dapatlah diketahui bahan-bahan yang perlu atau patut ditambah jumlahnya. Anggaran tahunan bagi Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut : 1. Anggaran untuk buku-buku: ~ Buku Fiksyen 20%


~ Buku Bukan Fiksyen 20% ~ Buku Rujukan 10% - 50% 2. Anggaran bahan bukan buku: ~ Akhbar 20% ~ Majalah 10% - 30% 3. Tranparensi , kaset, filem slaid, video serta lain-lain bahan yang berfaedah kepada guru dan murid. - 10% 4. Anggaran bahan Pusat Sumber - 10% ~ Kad Pinjaman ~ Kad Buku dan Poket ~ Slip Pulangan ~ Pita baik pulih buku ~ Pen Transparensi ~ Sticker untuk label ~ Gam dan lain-lain bahan yang diperlukan ~ Buku Laporan Aktiviti ~ Buku Laporan Pinjaman ~ Buku Laporan Penyelaras Anggaran ini boleh diubah mengikut keperluan murid-murid dan guru-guru dan juga keperluan Pusat Sumber. 8.2.1 PROSES PEMBELIAN Pembelian barangan yang menggunakan sumber yuran dan wang kerajaan hendaklah direkodkan. Pusat Sumber Sekolah hendaklah mengenal pasti pembelian bagi satu-satu item yang hendak dibeli sama ada perlu dirujuk kepada PTJ atau tidak, dan mesti mengikut peraturan kewangan. Barangan yang hendak dibeli perlu direkod ke dalam daftar stok. Bil atau invois hendaklah direkod dalam daftar bil. Langkah 1 Mesyuarat AJK Induk / AJK Kewangan Sekolah. Langkah 2 Penyelaras Pusat Sumber memastikan peruntukan kewangan dalam buku tunai mencukupi. Penyelaras pusat Sumber juga Perlu mengetahui sumber kewangan yang akan digunakan.


Langkah 3 Kelulusan PTJ diperlukan jika pembelian melebihi RM 2 000.00 bagi sekolah menengah dan melebihi RM 1 000.00 bagi sekolah rendah. Langkah 4 Senaraikan jenis pembelian dalam borang pesanan sementara, dan dapatkan kelulusan pentadbir. Langkah 5 Borang pesanan disediakan dalam 3 salinan dan disahkan oleh pentadbir. Hantar 2 salinan kepada pembekal. Langkah 6 Pastikan barangan / bahan yang diterima sama dengan pesanan, semak borang pesanan. Langkah 7 Cop tarikh terima pada bil / invois. Langkah 8 Rekodkan dalam daftar stok / rekod perolehan bahan ( buku / bukan buku ) serta penuhi perakuan penerimaan dalam borang pesanan. Langkah 9 Rekodkan dalam daftar bil. Pastikan daftar bil lengkap dengan nombor invois.


8.2.1.1 CARTA ALIRAN PEMBELIAN MESYUARAT AJK KEWANGAN SEKOLAH PASTIKAN BAKI PERUNTUKAN MENCUKUPI DALAM BUKU TUNAI SM > 2 000 SR > 1 000 PASTIKAN JENIS / KAEDAH / NILAI PEMBELIAN TIDAK YA SENARAI PEMBELIAN MELALUI BORANG PESANAN SEMENTARA SEDIAKAN BORANG PESANAN TEMPATAN TERIMAAN / SEMAKAN BORANG REKOD DAFTAR STOK DAN COP TERIMA BIL / INVOIS MEREKOD DALAM DAFTAR BIL MULA TAMAT PTJ


8.2.2 PROSES PEMBAYARAN Pembayaran hendaklah dibuat mengikut peraturan yang betul, supaya tidak menimbulkan masalah dalam urusan pengauditan kewangan sekolah. Pembayaran sebaik-baiknya dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan. Baucer hendaklah dibuat dalam 2 salinan. Penanda tangan cek terdiri daripada pegawai yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara. Langkah 1 Pastikan invois / bil dan salinan asal L.O diterima balik dan jumlahnya betul. Langkah 2 Penjelasan bil-bil handaklah dipastikan dalam tempoh 30 hari. Langkah 3 Baucer pembayaran hendaklah dibuat dalam 2 salinan. Langkah 4 Dapatkan kelulusan pihak pentadbir sekolah. Langkah 5 Bayaran dibuat dengan cek berpalang dan cop sudah dibayar pada baucer dan semua dokumen, serta dapatkan tandatangan pegawai yang dilantik oleh JPN. Langkah 6 Hantar cek dan salinan baucer kepada pembekal. Langkah 7 Rekodkan pembayaran dalam daftar bil. Langkah 8 Simpan salinan baucer di dalam fail.


Click to View FlipBook Version