The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46427052, 2024-05-16 19:46:18

FAIL KUASA PSS SJKC CHAP KHUAN

FAIL KUASA

B. ENTRI UTAMA DI BAWAH NAMA BADAN BERGABUNG (SELEMBAGA) Badan Bergabung (Selembaga) ialah satu organisasi atau kumpulan orang yang mempunyai satu nama dan mungkin bertindak sebagai satu badan. Kerajaan (Persekutuan / Tempatan) Agensi-agensi Kerajaan Persatuan Institusi Agensi Antarabangsa Persidangan Pameran Pertunjukan Contoh:- Malaysia, Bank Pertanian. Laporan pertanian. Malaysia. Labour Law. Malaysia. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Peristilahan ilmu perpustakaan dan dokumentasi. Seminar Bengkel Kemudahan Memperoleh Penerbitan Di peringkat Kebangsaan (1987 : Kuala Lumpur) C. ENTRI UTAMA DI BAWAH JUDUL Entri Utama di bawah judul ditetapkan berdasarkan keadaan-keadaan berikut:- Pengarangnya tidak diketahui dan tiada badan bergabung (selembaga) yang bertanggungjawab. Karya yang ditulis oleh lebih daripada tiga orang pengarang dan tiada di antara mereka adalah pengarang utama. Satu koleksi karya atau satu karya dihasilkan di bawah siding pengarang dan mempunyai satu judul kolektif. Kitab suci


9.4.7 JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM REKOD KATALOG A Tajuk 1.2 Pengarang atau orang lain atau nama badan bergabung (selembaga) yang dipilih sebagai entri utama. 1.3 Judul, jika (1.1) di atas tidak dipilih. B Deskripsi 1.3.1 Judul dan Kenyataan Pihak Penanggungjawab Judul benar termasuk judul pilihan jika ada. Judul selari dan judul-judul kecil Petunjuk Media (bahan bukan buku sahaja) Kenyataan Pihak Penanggungjawab C. Kenyataan Edisi 1.3.2 Kenyataan edisi (nama, nombor atau kedudukannya). D. Butiran Khusus Bahan (atau jenis penerbitan) 1.3.3 Untuk bahan-bahan kartografi, terbitan bersiri, muzik, bahan mikro, fail-fail computer dan sebagainya. E. Penerbitan 1.3.4 Tempat Penerbitan, Pengedar dll. 1.3.5 Nama Penerbit, Pengedar dll. 1.3.6 Tahun hak cipta. F. Huraian Fizikal Bahan 1.3.7 Keluasan bahan (ms., discs, frame) 1.3.8 Butiran fizikal yang lain (ilustrasi, had laju)


1.3.9 Dimensi (tinggi, lebar) 1.3.10 Bahan yang disertakan (panduan guru, peta) G. Kenyataan Siri 1.3.11 Judul benar, selari, judul kecil 1.3.12 Kenyataan Pihak Penanggungjawab dengan siri 1.3.13 Nombor ISBN 1.3.14 Nombor ISSN H. Nota H.1.1 Maklumat tambahan mengenai bahan yang dikatalog yang dikira penting. I. Nombor Standard dan Syarat Perolehan I.1.1 Nombor Standard (ISBN, ISSN) I.1.2 Syarat Perolehan (harga, peruntukan kewangan) 9.4.8 KATALOG BUKU 1.1 Jenis-jenis Maklumat dalam Kad Entri Utama 1.1.1 Nombor Panggilan 745 - Nombor Pengelasan (SPPD) AHM - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada Pengarang atau Judul)


1.1.2 Judul i. Judul Sebenar Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut tanda bacaan dan cetakan huruf. Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’. Contoh 1: Guru Dan Perguruan Direkodkan sebagai: Guru dan perguruan Contoh 2: Waktu & Kejayaan Direkodkan sebagai: Waktu & kejayaan ii. Judul Selari Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul sebagai judul selari. Contoh: AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580) & COUNSELLORS ACT 1998 (ACT 580) Direkodkan sebagai: Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)=Counsellors Act 1998 (Act 580) 1.1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul


i. Maklumat lain mengenai judul Contoh:- PENGKATALOGAN BAHAN BUKAN BUKU Panduan untuk Pusat Sumber Sekolah Direkodkan sebagai: Pengkatalogan bahan bukan buku: panduan untuk Pusat Sumber Sekolah ii. Judul yang sangat panjang Contoh:- Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Tahun 1993 – 1997 Direkodkan sebagai: Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru… (ringkas dan tidak meninggalkan idea utama) 1.1.4 Kenyataan Pihak Penanggungjawab Contoh:- KATALOG MENGKATALOG UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH Atma Singh disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong Direkodkan sebagai: Katalog mengkatalog untuk perpustakaan sekolah/ Atma Singh; disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong


1.1.5 Kenyataan Edisi i. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada buku ii. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan Contoh:- Edisi Kedua Third Edition Direkodkan sebagai: Ed. Ke2 3 rd ed. 1.1.6 Maklumat Imprin: Tempat Penerbitan Nama Penerbit Tarikh Penerbitan Contoh 1: Petaling Jaya Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd. c1999 Direkodkan sebagai: Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999. Contoh 2: (tidak dinyatakan tempat penerbitan ) Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd. c1998 Direkodkan sebagai: (T.T.P.): Kumpulan Budiman, c1998. Contoh 3: Kuala Lumpur (tidak dinyatakan nama penerbit) c1993


direkodkan sebagai: Kuala Lumpur: (T.N.P.), c1993. Contoh 4: Melaka Penerbitan Kota (tidak dinyatakan tarikh penerbitan) Direkodkan sebagai: Melaka : Penerbitan Kota, (t.t.) 1.1.7 Huraian Fizikal Muka surat Roman, Muka surat Rumi; Kenyataan ilustrasi Contoh 1: Muka surat Roman : vii Muka surat Rumi : 128 Ilustrasi : ada Direkodkan sebagai: vii, 128 ms. : ill. Contoh 2 : Muka surat Roman : xi Muka surat Rumi : 128 Ilustrasi : tiada Direkodkan sebagai : 128 ms. : ill. 1.1.8 Kenyataan Siri Direkodkan dalam kurungan bulat Contoh : SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI Direkodkan sebagai : (Siri Pendidikan Fajar Bakti)


1.1.9 Nota i. Memberi maklumat tambahan mengenai buku berkenaan ii. Menunjukkan kandungan sesuatu buku iii. Menunjukkan bilangan buku atau saiz iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksima 1.1.10 ISBN Ia merupakan International Standard Book Number Jika terdapat pada buku berkenaan, rekodkan seperti berikut: ISBN 967 933 024 9. ISBN 967-89-0927-8. 1.1.11 ISSN Singkatan bagi ‘International Standard Serial Number’ ISSN digunakan sekiranya buku dibeli dalam set lengkap. 1.1.12 Trasing Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu. Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkodkan dalam huruf besar. Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN di bawah pengarang, judul, siri. Contoh 1 (untuk buku fiksyen): I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri Contoh 2 (untuk buku bukan fiksyen): I. SAINS PERPUSTAKAAN I. Ong, Kim Siong. III. Siri


9.4.9 KATALOG BAHAN BUKAN BUKU 1. JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA 1.1 Nombor Panggilan FJ - Petunjuk media 745 - Nombor Pengelasan (SPPD) FIZ - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada Pengarang atau Judul) 1.2 Judul i. Judul Sebenar Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut tanda bacaan dan cetakan huruf. Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’ Contoh 1: Scan – Glob A / S Direkodkan sebagai: Scan – Glob A / S Contoh 2: Masyarakat Sihat Negara Maju Direkodkan sebagai: Masyarakat sihat Negara maju


ii. Judul Selari Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul sebagai judul selari. Contoh: KAYU Struktur sifat dan penggunaan Direkodkan sebagai: Kayu [ carta ] : struktur sifat dan penggunaan 1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul i. Maklumat lain mengenai judul Contoh: KATALOG PERPUSTAKAAN Jenis-jenis entri Direkodkan sebagai: Katalog perpustakaan [ Slaid ] : jenis-jenis entri ii. Judul yang sangat panjang Contoh: Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu di Hari Penyampaian Sijil Direkodkan sebagai: Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu … (ringkas dan tidak meninggalkan idea utama) iii. Tiada judul Tulis judul deskriptif dalam kurungan siku


Contoh: Terdapat 12 keping peta dengan judul masing-masing dalam sebuah kotak tetapi tiada satu judul kolektif untuk kesemua 12 keping peta tersebut. Tiap-tiap satu peta menunjukkan ibu negeri masing-masing di Malaysia seperti Alor Star, Ipoh … Direkodkan sebagai: [Ibu-ibu negeri di Malaysia] 1.4 Nama Petunjuk Media Direkod dalam kurungan siku dalam Bahasa Melayu Contoh: [ Slaid ], [ Carta ], [ Video ] 1.5 Kenyataan Pihak Penanggungjawab Contoh: PANDUAN IBADAH Teori dan Praktikal oleh Ustaz Md. Tahir bin Md. Yusof Direkodkan sebagai: Panduan Ibadah [ Pita Audio ]: teori dan praktikal / Ustaz Md. Tahir bin Md. Yusof 1.6 Kenyataan Edisi i. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada bahan ii. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan. Contoh:


Edisi Kedua Third Edition Direkodkan sebagai: Ed. Ke2 3 rd ed. 1.7 Maklumat Imprin Tempat Penerbitan Nama Penerbit Tarikh Penerbitan Contoh 1: Petaling Jaya Penerbit Fajar bakti (M) Sdn. Bhd. c1999 Direkodkan sebagai: Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999 Contoh 2: (tidak dinyatakan tempat penerbitan) Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd. C1998 Direkodkan sebagai: [T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998 Contoh 3: Kuala Lumpur (tidak dinyatakan nama penerbit) c1993 Direkodkan sebagai: Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993


Contoh 4: Melaka Penerbitan Kota (tidak dinyatakan tarikh penerbitan) Direkodkan sebagai: Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.]. 1.8 Huraian Fizikal i. Bahan : Carta, Lukisan, Gambar, Poster, Slaid, Transparensi. ii. Huraian : Jumlah : hp/bwn.: saiz Contoh: CARTA: C 381 JAD Jadual pertukaran metrik untuk perniagaan Emas [ Carta ]: metric conversion table Forgold trade. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, 1975. 1 : bwn.: 77 X 51 cm. LUKISAN: L 759 JOH Johnson, Jeanette Mother earth [ Lukisan ]: in the bosom of mother radiates the life energy of the sun / Jeanette Johnson. 1 : pasir atas kayu ; bwn. : 33 X 18cm


iii. Bahan : Rakaman bersuara Huraian : Kaset - Jumlah : masa permainan : mono/stereo Katrij - Jumlah : masa permainan : mono/stereo Piring Hitam – Jumlah : kelajuan : mono/stereo Contoh: PITA VIDEO: VK 750 DIA Diamond, Neil I am glad that you are here with me [Pita Video] / Neil Diamond. Ultrecht : Vestron, 1987. 1 : 45 min. : stereo PIRING HITAM: PH 784 USM Usman Awang Uda dan Dara [ Piring Hitam ]: dalam lagu dan suara / Karya dan lirik oleh Usman Awang : cipta lagu dan gubahan oleh Basil Jayatilaka. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan Sukan, 1999. 1 : 33 1/3 psm : stereo. iv. Bahan : Glob. Peta Huraian : Skala. Jumlah : hp/bwn. : saiz Contoh: GLOB: G 912 TOL Tolman, Le Roy, M. World nation series [Glob} / Le Roy M Tolman. Skala 1:31,363,000. Meredith Corporation, 1987. 1 : bwn


PETA: P 912 MAL Malacca [Peta] / prepared under the direction of The Surveyor General Malaya. Skala 1: 63,360. Kuala Lumpur: Surveyor General, Federation of Malaya, 1961. 1 : bwn. : 89 X 64cm. 1.9 Kenyataan bahan yang disertakan Contoh: Satu set carta disertakan dengan buku panduan guru dan buku kerja murid. Direkodkan sebagai: 1 : bwn. + 1 buku panduan guru + I buku kerja murid 1.10 Kenyataan Siri Direkodkan dalam kurungan bulat Contoh: SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI Direkodkan sebagai: (Siri Pendidikan Fajar Bakti) 1.11 Nota i. Memberi maklumat tambahan mengenai bahan berkenaan. ii. Menunjukkan kandunagn sesuatu bahan. iii. Menunjukkan bilangan bahan atau saiz. iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksima.


1.12 Trasing Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu. Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN. Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkod menggunakan huruf besar. Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN dan di bawah pengarang, judul dan siri. Contoh 1 I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri Contoh 2 1. SAINS PERPUSTAKAAN I. Wong, Kim Siong II. Judul III. Siri 9.4.10 CONTOH PENYEDIAAN KAD KATALOG BUKAN BUKU 1.1 BAHAN YANG MEMPUNYAI PENGARANG 6.1.1 Entri Utama di bawah pengarang FJ 915 CRO Crossfield, L. The physical geography [Filem Jalur] / L., Crossfield. London : Hulton Eduucational Publications, 1987. 1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series). Kajian bentuk muka bumi Semenanjung. 1. MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL I. Judul II. Siri


1.2 Entri tambahan di bawah judul 1.3 Entri Tambahan di bawah perkara 1.4 Entri Tambahan di bawah siri FJ 915 The physical geography CRO Crossfield, L. The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield. London : Hulton Educational Publications, 1987. 1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series). Kajian bentuk muka bumi Semenanjung FJ 915 MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL CRO Crossfield, L. The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield. London : Hulton Educational Publications, 1987. 1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series). Kajian bentuk muka bumi Semenanjung. FJ 915 MCE Series CRO Crossfield, L. The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield. London : Hulton Educational Publications, 1987. 1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series). Kajian bentuk muka bumi Semenanjung


2.1 Bahan yang tiada mempunyai pengarang atau lebih dari 3 orang pengarang Entri utama di bawah judul Entri tambahan di bawah perkara Entri tambahan di bawah siri S 500 HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972. 12 : bwn. (Elementary School Science). Kandungan: Water made green by plants – Means of observation – Tiny water plants – How to collect water plants. 1. RUMPAI AIR i. Siri S 500 RUMPAI AIR HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972. 12 : bwn. (Elementary School Science). Kandungan: Water made green by plants – Means of observation – Tiny water plants – How to collect water plants. S 500 Elementary School Science. HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo : Kokusai Bunka Shinkokai, c1972. 12 : bwn. (Elementary School Science). Kandungan: Water made green by plants – Means of observation – Tiny water plants – How to collect water plants.


9.5 PENYUSUNAN DAN PANDUAN MEMFAIL KAD KATALOG 1 Susunan berabjad - susun semua entri menurut abjad 2 Perkataan demi perkataan - fail menurut abjad berdasarkan perkataan demi perkataan. Contoh: I met a man Image books Image of America In the days of giants In unknown world 3 Tanda baca - pemberian tanda baca tidak diambil kira. Contoh: Hand action games Hand-ball Hand-book Hand in hand 4 Kata sandang awal - perkataan “A”, “The”, “de” tidak diambil kira. Contoh: The man in black Ditulis: Man in black 5 Kependekan - kependekan seperti “St”, “Dr” dan “Mc” difailkan seperti dieja dengan penuh. Contoh: Saint Doctor


6 Akronim - akromin diambilkira sebagai satu perkataan jika tidak diselangi dengan noktah. Contoh: U.N.E.S.C.O. Unemployment UNESCO handbook 7 Angka-angka Contoh: 2 budak nakal 2 little Indians Seperti dieja: Dua budak nakal Two little Indians 8. Banyak judul - sekiranya terdapat banyak buku ditulis oleh seorang pengarang susun ikut judul buku secara abjad


BAB 10 AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH 10.1 MESYUARAT Mesyuarat terdiri daripada dua jenis :- a. Mesyuarat jawatankuasa Induk PSS. i. sekurang-kurangnya diadakan 3 kali setahun. ii. dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar. b. Mesyuarat jawatankuasa Kerja PSS. i. diadakan mengikut kesesuaian. ii. dipengerusikan oleh Guru Penyelaras PSS. 10.2 SEBELUM a. Meminta kebenaran daripada Pengetua / Guru Besar tentang tarikh, masa, tempat dan objektif. b. Mengedarkan surat panggilan mesyuarat kepada jawatankuasa yang terlibat. c. Menyediakan peralatan / bahan yang diperlukan. d. Menyediakan agenda mesyuarat. e. Memastikan bidang-bidang tugas. f. Mengadakan senarai nama yang akan menghadiri mesyuarat. g. Menentukan kos perbelanjaan. 10.3 SEMASA a. Menandatangani borang kehadiran. b. Menjalankan mesyuarat seperti dalam agenda mengikut prosedur mesyuarat: i. Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS - ucapan Pengetua / Guru Besar - membentang dan mengesahkan minit yang lalu. - perkara-perkara berbangkit - membentang dan menerima Fail Kuasa / pindaan. - ………………………………………………….. ii. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS - ucapan aluan Penyelaras PSS - ucapan Pengetua / Guru Besar / GPK - membentang dan mengesahkan minit yang lalu - perkara-perkara berbangkit - …………………………… c. Mencatat minit mesyuarat.


10.4 SELEPAS a. Mengedarkan minit mesyuarat seminggu selepas mesyuarat itu diperlaksanakan. b. Menghantarkan satu salinan minit mesyuarat kepada PKG dan PPD. c. Tindakan susulan. 10.5 KURSUS / BENGKEL 10.5.1 Sebelum a. Mesyuarat AJK Kerja - menyediakan kertas kerja / perancangan ( rujuk lampiran D ) b. Mesyuarat AJK Pengurusan - meluluskan projek ( rujuk lampiran ) c. Tindakan Urusetia Kursus / Bengkel - mendapatkan persetujuan penceramah tentang tarikh, masa, tempat dan kandungan kurikulum. - menyusun jadual mengikut kesesuaian ceramah. - mendapatkan kebenaran menggunakan tempat. - menghantar surat kenyataan kursus / bengkel kepada pengetua / Guru Besar untuk mendapatkan senarai peserta mengikut sasaran ( sebulan sebelum projek dijalankan ) - menghantar surat panggilan kursus kepada peserta melalui Guru Besar / Pengetua beserta maklumat kursus. - menguruskan pesanan kerajaan ( makan , bahan kursus ) - menyediakan borang berikut: i. senarai peserta ii. pendaftaran iii. kehadiran iv. borang penilaian kursus / bengkel v. penceramah vi. umum / keseluruhan vii. borang tuntutan viii.kenyataan perjalanan ix. tuntutan syarahan - menyediakan / bahan ( keperluan penceramah, keperluan kursus / bengkel, sijil kehadiran, sijil penghargaan penceramah jika ada) - jemputan perasmian dan penutup – jika ada. - kepastian penceramah 10.5.2 Semasa a. Pendaftaran peserta b. Taklimat kursus / bengkel - matlamat - jadual - peraturan - tuntutan perjalanan


- edaran borang penilaian ceramah / umum - menandatangani borang keahlian - perasmian ( jika ada ) - cetak hasil kursus / bengkel - mengumpulkan borang penilaian penceramah / umum - penutup dan penyampaian sijil 10.5.3 Selepas a. Tindakan urusetia - analisa penilaian kursus / bengkel - laporan kursus / bengkel - tindakan susulan - kehadiran peserta - laporan kerja peserta b. menyelesaikan urusan pesanan kerajaan. c. membentangkan laporan dalam mesyuarat AJK Pengurusan. 10.6 PERTANDINGAN 10.6.1`Sebelum a. Mengadakan mesyuarat AJK Kerja b. Menentukan nama program. Contoh : bercerita, melukis poster, projek NILAM, membaca dan keceriaan. c. Anjuran: Contoh : Panitia Bahasa Melayu d. Objektif e. Tarikh perlaksanaan f. Tempat g. Masa h. Sasaran i. Hakim dan penghakiman j. Ganjaran diberikan kepada pemenang 10.6.2 Semasa a. Menentukan pertandingan yang dijalankan dengan sempurna dan memuaskan. b. Penutup dan penyampaian sijil. 10.6.3 Selepas a. Tindakan urusetia - analisa penilaian pertandingan b. Laporan tentang pertandingan. c. Memberi ganjaran kepada pemenang.


10.7 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF 10.7.1 Sebelum a. Mesyuarat AJK Kerja - peserta yang akan mengendalikan mesyuarat dikehendaki menyediakan kertas kerja projek. b. Memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu, PPD atau mana-mana badan yang terlibat. c. Menentukan tempat mesyuarat. - tarikh - telah mendapat persetujuan d. Tentukan sasaran. - siapa yang akan terlibat - tempat yang akan digunakan ( bilik guru, bilik PSS atau lain-lain ) e. Tarikh - menetapkan satu tarikh yang telah dipersetujui. f. Masa - dari pukul berapa hingga pukul berapa program yang dijalankan. g. Kos perbelanjaan - membuat anggaran terlebih dahulu akan kos-kos yang terlibat sebagai contoh : kos bahan, perbelanjaan makan dan minum serta elaun penceramah. 10.7.2 Semasa a. Menjalankan perkembangan seperti agenda yang dirancangkan. b. Mencatat minit perkembangan staf. c. Merumus perkembangan. 10.7.3 Selepas a. Menyediakan laporan. b. Menjalankan aktiviti P & P seperti pendekatan yang telah dijalankan. c. Penghargaan kepada fasilitator yang terlibat. 10.8 MINGGU PSS 10.8.1 Sebelum a. Mengadakan mesyuarat AJK Kerja. b. Merancang aktiviti yang melibatkan semua pelajar. c. Menentukan tema program. d. Objektif. e. Tarikh Perlaksanaan. f. Tempat g. Masa h. Sasaran. 10.8.2 Semasa a. Memastikan aktiviti berjalan dengan lancer mengikut panitia masing-masing. b. Penutup


10.8.3 Selepas a. Menyediakan laporan. b. Memberi ganjaran kepada pemenang. 10.9 PROMOSI PSS Aktiviti yang dijalankan adalah untuk memperkenalkan PSS. Contohnya : a. Broshur / pamplet b. Pameran c. Jualan buku d. Aktiviti panitia e. Tayangan f. Mini muzium g. Program PMD 10.9.1 Sebelum aktiviti a. Memohon kebenaran daripada Guru Besar / Pengetua sekolah . b. Mengedarkan surat panggilan mesyuarat kepada pihak berkenaan. c. Mengadakan mesyuarat AJK Kerja - tentukan tajuk / jenis aktiviti - sasaran aktiviti - anggaran perbelanjaan - agihan tugasan - tempat / ruang untuk aktiviti 10.9.2 Semasa aktiviti a. Memastikan peralatan / bahan diperlukan ( jika ada ) b. Memastikan tugasan dijalankan. c. Memastikan syarat-syarat aktiviti dilaksanakan. 10.9.3 Selepas aktiviti a. Menyediakan laporan. b. Tindakan susulan c. Penghargaan ( jika ada ) 10.10 AKTIVITI GALAK GUNA PSS Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan PSS Contoh:- a. memohon kebenaran daripada Pengetua /Guru Besar/Guru Penyelaras sekolah b. mengedarkan surat panggilan mesyurat kepada pihak berkenaan c. mengadakan mesyurat AJK


*tentukan tajuk / jenis aktiviti * sasaran aktiviti *anggaran perbelanjaan * agihan tugasan * tempat / ruang untuk aktiviti 10.10.1 Semasa aktiviti a. aktiviti P &P b. projek keceriaan c. jualan kad ahli d. hadiah misteri e. pengunjung bertuah 10.10.2 Sebelum Aktiviti a. memastikan peralatan / bahan diperlukan ( jika ada ) b. memastikan tugasan dijalankan c. memastikan syarat – syarat aktiviti dilaksanakan 10.10.3 Selepas Aktiviti a. menyediakan laporan b. tindakan susulan 10.11 PROGRAM BACAAN 10.11.1 Aktiviti yang dijalankan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat pelajar membaca serta menambah ilmu pengetahuan. Contoh:- *Program Nilam * Jual surat khabar / majalah separuh harga 10.11.2 Sebelum a. Meminta kebenaran daripada Pengetua / Guru Besar c. Merancang dan merangka aktiviti 10.11.3 Semasa a. Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. 10.11.4 Selepas a. Menyediakan laporan.


10.12 SUDUT-SUDUT YANG MEMBANTU PELAKSANAAN AKTIVITI PSS 1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH Sudut ini diwujudkan untuk:- a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru. b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas. c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah. d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ". e. Menarik minat murid ke perpustakaan. 2. SUDUT MURID CEMERLANG KO-KURIKULUM Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka. b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR) Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum. b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR. c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.


4. ALBUM PUSAT SUMBER Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar. b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber. c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan. b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan. c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menarik minat murid untuk membaca. b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 7. SUDUT KUIZ BESTARI Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan. b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan. c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.


d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid. b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 9. LAMAN CAKNA PANTUN Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun. b. Mengekalkan budaya melayu. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah. b. Menghargai kejayaan sekolah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 11. LAMAN KOLEKSI MAYA Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu i. Sudut Mata Wang Sedunia ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia. Sudut ini diwujudkan untuk :-


a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid. b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid. c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM a. Menghargai bakat yang ada pada murid. b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah. c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 13. SUDUT HASIL KERJA MURID Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai segala hasil kerja murid. b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 14. SUDUT PERMAINAN Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid. b. Mengekalkan permainan tradisional c. Menarik minat murid ke perpustakaan.


15. SUDUT POHON ILMU Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid. b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid. c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 16. SUDUT BERCERITA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh. b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 17. SUDUT MAYA PUPET Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh. b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 18. SUDUT WARISAN BUDAYA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang. b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.


19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara. b. Menanam sikap menyintai negara sendiri. c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 20. LAMAN BUSANA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita. b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK Sudut ini diwujudkan untuk :- a.Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang. b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud. c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang. d.Menarik minat murid ke perpustakaan.


22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri. b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan. c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan. 23. SUDUT SEJENAK MEMBACA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan. b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana". c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 24. SUDUT AKHBAR Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa. b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan 25. SUDUT RUJUKAN GURU Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan. b. Menarik minat guru ke perpustakaan.


26. SUDUT RUJUKAN MURID . Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan b. Menarik minat murid ke perpustakaan. 27. SUDUT KAKTUS Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP". b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku. c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 28. SUDUT MAJALAH Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid. b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 29. SUDUT HIDUPAN AIR Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid. b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.


30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku. b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 31. SUDUT PROGRAM NILAM Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM. b. Melicinkan guru membuat analisis . c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam. 32. SUDUT ANGKASA LEPAS Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid. b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul. c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. d. Menarik minat murid ke perpustakaan 33. SUDUT JALAN RAYA Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.


34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam. b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 35. SUDUT INFO AKURIUM Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah. b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 36. LAMAN NOSTALGIA GURU Sudut ini diwujudkan untuk : a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka. b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka. c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.


LAMPIRAN A. Surat Panggilan Mesyuarat PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TAMAN DESA,BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG 48000 RAWANG SELANGOR. ________________________________________________________ Ruj Tuan : …………………… Ruj Kami : …………………… Tarikh : …………………… Kepada, ………………………………………….. ………………………………………….. Tuan/ Puan , Perkara : ………………………………………………. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada : Tarikh : ………………… Hari : ………………… Masa : ………………… Tempat : ………………… Agenda : 1. ………………… 2. ………………… 3. ………………… Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, ……………………………… ( )


B. Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT KALI KE 5 AJK INDUK / AJK KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TAMAN DESA,BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG Tarikh : ………………………….. Hari : ………………………….. Masa : ………………………….. Tempat : ………………………….. Kehadiran : 1………………………… 2. ……………………….. 3. ……………………….. Tidak Hadir : 1. ……………………….. 2. ……………………….. Bil Perkara Tindakan 1.0 Ucapan ………………………. 2.0 ( Mengikut agenda ) 3.0 Dicatatkan oleh : Disemak oleh : …………………………… ……………………… ( ) ( )


C. Surat Panggilan Kursus PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TAMAN DESA,BANDAR COUTNRY HOMES 48000 RAWANG, SELANGOR. ________________________________________________________ Ruj Tuan : …………………… Ruj Kami : …………………… Tarikh : …………………… Kepada, ………………………………………….. ………………………………………….. Melalui : ………………………………………….. ………………………………………….. Tuan/ Puan , Kursus / Bengkel : ………………………………………………. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Bengkel / kursus tersebut akan diadakan pada : Tarikh : ………………… Hari : ………………… Masa : ………………… Tempat : ………………… Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ Saya yang menjalankan tugas,( khas untuk penyelaras PSS ) ……………………………… ( ) Saya yang menurut perintah, ( khas untuk ketua / ketua jabatan ) ……………………………… ( )


D. Kursus / Bengkel / Program Perkembangan Staf Nama Program : ……………………………………. Anjuran : ……………………………………. Objektif : ……………………………………. Perlaksanaan Tarikh : ……………………… Masa : ……………………… Tempat : ……………………… Sasaran : ……………………… Perjalanan : ……………………… Rumusan : ……………………… Catatan : ……………………… E. Pertandingan Nama Program : ……………………………………. Anjuran : ……………………………………. Objektif : ……………………………………. Perlaksanaan Tarikh : ……………………… Masa : ……………………… Tempat : ……………………… Sasaran : ……………………… Hakim : ……………………… Penghakiman : ……………………… Rumusan : ……………………… Catatan : ………………………


F. Mesyuarat Bilangan : ………………………… Tarikh : ………………………… Tajuk : ………………………… Sasaran : ………………………… Anjuran : ………………………… Catatan : ………………………… G. Rekod Kehadiran Guru Untuk Aktiviti PSS Nama aktiviti : ………………………… Tarikh : ………………………… Masa : ………………………… Tempat : ………………………… Bil Nama Guru Tandatangan


H. Kertas Kerja Perlu ada :- a) Tajuk b) anjuran siapa c) rasional d) matlamat e) objektif f) sasaran g) butir-butir perlaksanaan - tarikh - hari - masa - tempat h) strategi perlaksanaan i) tajuk ceramah dan penceramah / fasilitator ( jika ada ) j) jadual waktu / aturcara ( jika ada ) k) jawatankuasa pelaksanaan l) anggaran perbelanjaan m) dokumentasi


BAB 11 STOK DAN INVENTORI PUSAT SUMBER SEKOLAH 11.0 PENGENALAN Stok dan Inventori satu proses bagi mengemaskinikan pengurusan harta – model , inventori dan bekalan pejabat melalui penggunaan beberapa jenis borang . - Daftar Harta Modal (Kew 321, Kew 312A ) - Daftar Inventori (Kew 313 ) - Daftar Stok Bekalan Pejabat (Kew 314 ) - Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315 ) 11. 1 KEPENTINGAN MEREKOD 11.2.1 Merekod lokasi harta modal , inventori dan bekalan pejabat akan memudahkan pihak pengurusan untuk mengawas dan mengesan pergerakan sesuatu bahan . 11.2.2 Merekodkan butir – butir asas mengenai harta model, inventori dan bekalan pejabat akan memudahkan mana – mana pihak mengawasi penggunaan . 11.2.3 Mewujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan. 11.2 DAFTAR HARTA MODEL (KEW 312 , 312A ) 11.3.1 Harta model ialah barang – barang tak luak yang bernilai RM 500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan .Barang- barang ini tidak termasuk perabot , permaidani , langsir dan seumpamanya yang diperolehi tanpa mengira kos . 11.3.2 Daftar Harta modal ini di dalam bentuk kad diperkenalkan untuk merekodkan semua jenis harta modal yang diperolehi .Ia mengandungi dua bahagian iaitu ;


BAHAGIAN A – Merekodkan semua maklumat berhubung dengan pembelian , penempatan , pemeriksaan dan pelupusan. BAHAGIAN B- Merekodkan semua penyelenggaraan seperti pembaikan dan pembelian segala alat ganti . 11.3.3 Sistem kad ini diperkenalkan bagi memudahkan proses merekod segala pembelian dan penyelenggaraan di dalam ruang yang disediakan dan memudahkan penyususnan rekod megikut abjad. Dengan sistem ini segala rekod yang disimpan akan diseragamkan.Ini akan memudahkan kerja – kerja pengawalan dan penyelenggaran . 11.3.4 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekodkan penggunaan borang ini. 11.3.5 Butir – butir maklumat di dalam Daftar Harta Modal terbahagi kepada dua bahagian iaitu :- a. KEW 312 ( BAHAGIAN A ) b. KEW 312 ( BAHAGIAN B ) KEW 312 (BAHAGIAN A) a ) Kategori Kategori Harta Modal misalnya : i ) Kenderaan ( kereta,van,motosikal ) ii) Loji ( loji pusat hawa dingin dan lain- lain iii) Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat b) Jenis i ) Kamera ii) Komputer iii)Mesin penyalin iv) Mesin taib v ) Televisyen dll c) Jenama dan Model Jenama dan model harta model berkenaan seperti “ Proton Saga 1.5i ‘’ d) Jenis dan No. Enjin Jenis dan No. enjin jika harta ini adalah kenderaan.


e) Nombor Casis / Siri Pembuat Nombor casis bagi kenderaan atau nombor siri pembuat bagi peralatan pejabat. f ) Nombor Siri Pendaftaran Seperti nombor siri kenderaan atau nombor siri rekod pejabat. g ) Kos danTarikh Dibeli / Diterima Harga termasuk kos pengangkutan / insuran ( jika ada) dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan pembelian tersebut. h) Nombor Pesanan Kerajaan Nombor yang dikeluarkan untuk pembelian harta modal berkenaan. Jika harta modal tersebut diperolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan ( sumbangan / hadiah ) i) Pembekal Nama pembekal atau syarikat yang membekalkan. j) Nombor Rujukan Fail Fail yang mengandungi rekod-rekod mengenai pembelian harta modal berkenaan. Contoh : Fail yang menyimpan rekod pembelian peralatan dan bekalan. k) Aksesori Senaraikan aksesori-aksesori yang dilengkap/diterima bersama harta modal berkenaan l) Tandatangan Tandatangan pegawai yang bertanggungjawab mengesahkan butir-butir di atas serta tarikh. m) Penempatan Penempatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan penempatan (tetap) perlu direkodkan dan ditandatangani oleh pegawai yang menerima ( cop nama dan jawatan ) Pindahan *


Sekirajya sesuatu modal dipindahkan keluar secara tetap daripada pejabat yang mengawalnya, kad Daftar Harta Modal asal hendaklah dibawa bersama-sama dengan harta modal berkenaan ke pejabat yang menerimanya. Satu salinan kad Daftar Harta Modal tersebut hendaklah disimpan dengan menulis perkataan “ Dipindah …….( Ruj: ……) “ di dalam fail yang berasingan berhubung dengan rekod harta modal yang dipindahkan. Selepas butir-butir di atas diisi, pegawai yang bertanggungjawab perlu menandatangani di ruang yang disediakan serta tarikh. n) Pemeriksaan Harta Modal Ketua jabatan hendaklah mengaturkan pemeriksaan ke atas harta modal sebagaimana yang dikehendaki di dalam TPS para 238,239 dan 240. o) Pelupusan Pegawai berkenaan hendaklah mencatatkan tarikh, nombor fail dan tandatangan bila tarikh sesuatu harta modal itu diluluskan untuk pelupusan oleh Perbendaharaan atau pegawai-pegawai yang berkenaan. KEW 312 ( BAHAGIAN B ) Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut: a) Tarikh Servis / Pembaikan Tarikh servis atau pembaikan yang telah dilakukan bagi harta modal. b) Butir-butir Servis / Pembaikan Keterangan lanjut mengenai apa yang telah dibaiki atau diservis termasuk alatganti yang dibeli. c) Nombor Pesanan Kerajaan Nombor rujukan pesanan kerajaan / no. rujukan. d) Tempat Pembelian / Servis / Pembaikan Nama syarikat tempat alat ganti dibeli atau pembaikan dibuat. e) Kos


Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Tandatangan Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir penyelenggaraan harta modal itu. KEW 312A Borang ini adalah sambungan kepada Borang KEW 312. Ia hanya digunakan selepas ruangan di KEW 312 ( BAHAGIAN B ) telah habis digunakan. 11.3 DAFTAR INVENTORI ( KEW 313 ) 11.4.1`Inventori ialah barang tak luak yang bernilai kurang dari RM 500 setiap satu pada masa perolehan. Walau bagaimanapun, barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk di dalam kategori inventori tanpa mengira kos. 11.4.2 Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini adalah di dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan juga semasa membuat rujukan. Kad-kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad. 11.4.3 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini. 11.4.4 Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut: a) Kategori Kategori inventori misalnya: i. Peralatan dan kelengkapan pejabat. ii. Perabot, permaidani, langsir dll. b) Jenis Jenis inventori di dalam kategori “ Peralatan dan Kelengkapan Pejabat” misalnya;- i. Alat pengira ii. Kipas angin dll. Jenis inventori di dalam kategori “ Perabot, Permaidani dan Langsir” misalnya;- i. Kerusi ii. Meja


ii. Langsir dll. c) Bil Bilangan mengikut urutan biasa. d) Butiran Perihal inventori yang diperolehi misalnya;- i. kerusi eksekutif ii. meja kerani iii. rak bertutup dll e) Kuantiti Jumlah unit inventori yang diperolehi. f) No. Pesanan Kerajaan Nombor rujukan Pesanan Kerajaan. g) Tarikh dibeli Tarikh inventori tersebut dibeli mengikut Pesanan Kerajaan. h) Kos seunit Kos termasuk pengangkutan dan insuran ( jika ada ) bagi setiap unit inventori. i) No. Siri Pendaftaran No. siri pendaftaran seperti siri rekod pejabat. j) Lokasi Penempatan inventori tersebut. k) Pelupusan No. rujukan fail atau pelupusan itu diluluskan oleh Perbendaharaan atau pegawai-pegawai di mana berkenaan. l) Catatan Apa-apa perkara yang berkaitan.


m) Tandatangan Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir yang dicatatkan itu. 11.4 DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT ( KEW 314 ) 11.5.1 Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alatulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. 11.5.2 Daftar stok bekalan pejabat diperkenalkan untuk merekodkan segala perolehan bekalan pejabat-pejabat. Daftar ini adalah di dalam bentuk buku. 11.5.3 Butir – butir yang perlu merekodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut :- a) Jenis Jenis bekalan pejabat seperti barang- barang luak misalnya:- i) Ball pen ii) Kertas A4 iii) Gam dll b) Unit Pengukuran Dikira dalam bentuk batang , kotak ,rim dll. c) Bil Bilangan mengikut urutan biasa. d) No. Pesanan Nombor rujukan pesanan / pesanan kerajaan. e) Diterima Daripada / Dikeluarkan Kepada Nama pembekal atau pegawai yang menerima. f) Tarikh Tarikh bekalan tersebut diterima atau dikeluarkan g) Kuantiti Terimaan Bilangan unit bekalan dikeluarkan. h) Kuantiti Keluaran Bilangan unit bekalan dikeluarkan .


i) Baki Baki bilangan unit bekalan yang ada. j) Penerima Nama dan tandatangan pegawai yang menerima bekalan . 11.10.5 REKOD PEROLEHAN BAHAN PANDUAN MENGISI BUTIRAN REKOD PEROLEHAN BAHAN BUKU NOMBOR PEROLEHAN Nombor yang diberi kepada tiap-tiap bahan / buku yang didaftarkan sebagai satu bahan pusat sumber . Setiap bahan / buku hendaklah mempunyai nombor perolehan yang tersendiri. Jika ada dua bahan / buku atau lebih dalam satu judul, kesemua bahan itu hendak hendaklah diberikan nombor perolehan berasingkan. Ia menunjukkan jumlah bahan pusat sumber pada satu-satu masa. Jumlah ini hendaklah bersamaan angka jumlah besar ruangan analisis. NOMBOR PANGGILAN Rekodkan nombor panggilan, iaitu nombor mengikut Sistem Pengkelasan Dewey dengan tiga abjad awal nama pengarang atau judul (jika tiada pengarang). Contoh;- Buku bukan fiksyen Buku fiksyen 372.3 F OTH ABD PENGARANG Ditulis nama pengarang dengan penuh ( jika ada ). Contoh : Nama Barat : Robert Wagner ditulis Wagner, Robert Nama Cina : Lee Chong Teik ditulis Lee, Chong Teik Nama India : K.Jayaraman ditulis Jayaraman, K


Click to View FlipBook Version