The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhanini03, 2024-04-22 09:50:14

BUKU LOG PENGAKAP

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

UNIT KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) SEMESTER: 2 TAHUN: 2 KOD KURSUS: MPU3431a NAMA KURSUS: KOKU – UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR: NURUL HANINI BINTI AZMAN NO. K/P: 030714-03-0410 PROGRAM: PISMP BAHASA MELAYU KUMPULAN / UNIT: ANGKA GILIRAN: BAHASA MELAYU 4 2021102340317 PENSYARAH: ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN TARIKH HANTAR: 15 FEBRUARI 2024 Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh: 15 FEBRUARI 2024


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: NURUL HANINI BINTI AZMAN Angka Giliran: 2021102340317 Kod: MPU3431a Nama Kursus: KOKU – UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I Pensyarah : ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG TO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN Tarikh Hantar: 15 FEBRUARI 2024 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh: Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh:


BUKU LOG PENGAKAP DISEDIAKAN OLEH NURUL HANINI BINTI AZMAN 5 PISMP BAHASA MELAYU 4 2021102340317 “ONC E A S C OUT , ALWAYS A S C OUT”


BIODATA DIRI


ISI KANDUNGAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP LAMBANG & MAKSUD LOGO PENGAKAP MALAYSIA LAMBANG & MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA LAFAZ PERSETIAAN PENGAKAP LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PERKEMBANGAN ATAU UNDANG-UNDANG PENGAKAP SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA SEJARAH PENUBUHAN ISTIADAT RASMI PENGAKAP STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT PENGURUSAN KEAHLIAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN PAKAIAN SERAGAM PANGKAT ATAU LENCANA KEMAHIRAN PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI


PRINSIPPRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP


Definisi Pengakap: Pergerakan pengakap merupakan pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan keadah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat: • Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. • Matlamat adalah bertujuan untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan juga masyarakat antarabangsa. Prinsip: Prinsip pergerakan pengakap dapat diperolehi daripada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah: • Kepercayaan kepada Tuhan • Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara • Perkhidmatan kepada diri sendiri


LAMBANG & MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA


Maksud: 1. Pecahan tiga kelopak: Persetiaan Pengakap yang tiga. 2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan: Undang-undang Pengakap. 3. Ikatan putih: ikatan persaudaraan Pengakap. 4. Lingkaran tali berwarna putih: persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu: warna Pengakap Sedunia. 6. Warna putih: kesucian dan kebersihan. Lambang dan maksud logo pengakap dunia


LAMBANG & MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Lambang dan maksud logo Persekutuan Pengakap Malaysia Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: • Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” • Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” • Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi negara iaitu agama Islam” • Lingkaran tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia” • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja • Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: i. Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak” ii. Hijau – “Pengakap Muda” iii. Merah – “Pengakap Remaja”


BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Maksud Logo: 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak menandakan “Persaudaraan Pengakap”. 4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”. 5. Bulan sabit melambangkan “Agama rasmi negara iaitu agama Islam”. 6. Lingkaran tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang menandakan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: i) Kuning : Pengakap Kanak-Kanak ii) Hijau : Pengakap Muda iii) Merah : Pengakap Remaja


COGAN KATA


(i) Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak Untuk murid tahap dua sekolah rendah berumur 9 hingga 12 tahun. Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. (ii) Cogan Kata Pengakap Muda Bagi murid sekolah menengah iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. Ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari melalui asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. Menerima latihan sesuai dengan umurnya. Satu Istiadat Meningkat Naik perlu diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap.


(iii) Cogan Kata Pengakap Remaja Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuklah murid tingkatan 6. Cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas”. Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. (iv) Cogan Kata Pengakap Kelana Untuk ahli berusia 17 hingga 40 tahun. Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat”. Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan berpegang kepada prinsip kepengakapan. Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional.


LAFAZ PERSETIAAN PENGAKAP


Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap


TUJUAN PERSETIAAN PENGAKAP DIWUJUDKAN 1. Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsipprinsip kepengakapan yag dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 3. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengalaman Persetiaan Pengakap. MELAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP 1. Melantik ahli baharu 2. Istiadat mengibarkan bendera 3. Istiadat meningkat naik 4. Istiadat menerima jawatan atau kuliah 5. Majlis rasmi pengakap 6. Istiadat pengalungan manikayu 7. Perkhemahan pengakap


LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


PERKEMBANGAN ATAU UNDANG-UNDANG PENGAKAP


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpinpemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orangorang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa Inggeris iaitu Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang turut terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Beliau dilahirkan di bandar London pada 22 Februari 1857 dan meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral dan beliau ialah Pengakap Agung Dunia. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell ialah seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford dan ibunya pula merupakan anak kepada Laksamana British yang bernama W. T. Smyth. BP mempunyai tujuh orang adik beradik dan bapanya telah meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Sejak kecil lagi, BP sudah berminat dengan kehidupan di luar rumah dan beliau pernah berjalan serta berkhemah di beberapa tempat di England bersama abangnya. Pengalaman yang diperoleh menerusi aktiviti tersebut telah memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.


Pada tahun 1870, BP telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma Pelajaran dan beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Setelah tamat pengajian pada usia 19 tahun dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera, beliau terus menjadi pegawai dalam pasukan Hussar ke13 tanpa perlu memasuki Sandhurst. Beliau seterusnya ditempatkan di India pada tahun 1876 dan pada tahun 1878 pula, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragon Guards di India.


Seterusnya, pada tahun 1887, BP dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu dan telah berjaya menawannya. Setelah itu, beliau ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti yang terkenal sebagai bangsa yang garang. Akan tetapi, bangsa tersebut amat takut kepada beliau sehingga beliau diberikan gelaran “serigala yang tidak pernah tidur” atau “Impeesa” kerana keberanian dan kecekapannya. Oleh itu, pada tahun berikutnya, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. BP telah ditugaskan untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan apabila tercetusnya huru hara di antara kerajaan British dan negeri Transvaal sehingga perhubungan antara dua negara ini menjadi sangat genting. Beliau mempertahankan bandar Mafeking daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang lebih ramai selama 217 hari. Peristiwa ini berlaku hampir setahun iaitu dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. Setelah peristiwa berlaku, BP telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.


Pada tahun 1937, sewaktu usia Lord Baden Powell of Gilwell 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di serata dunia. Beliau bersama isterinya, Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames iaitu pengasas pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Africa dan bermastautin di sebuah kampung selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya dan disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayangbayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941”. Logo Pengakap dan pandu puteri juga diukir pada batu nisan tersebut. Kubur beliau telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang membawa maksud “Gone Home”. Kata-kata terakhir Baden Powell ialah Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.


SEJARAH PENUBUHAN


Pada tahun 1899, ketika musuh mengepung bandar Mafeking, BP telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan bagi menggantikan askar di medan peperangan. Kepantasan serta kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk menubuhkan pergerakan Pengakap. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking tersebut, beliau mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan telah menyiapkan buku “Aids to Scouting” pada tahun 1907 yang mengandungi semua pengalaman beliau semasa berada di Afrika. Pada tahun tersebut juga, BP telah diundang oleh pengasas pergerakan Brigade Muda iaitu Sir William Smith untuk memeriksa satu perbarisan pergerakan. Beliau telah melakukan satu perbincangan dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan tersebut bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907 dan beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G. W. Green, H. Robson dan P. W. Everett merupakan penolong kepada Baden Powell.


Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys” yang telah menjadi panduan asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. buku tersebut telah diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain dan disebarkan ke seluruh dunia. BP mendapat keyakinan untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya apabila terdapat banyak penubuhan kumpulan baru setelah buku tersebut tersebar. Beliau seterusnya berhenti berkhidmat dalam askar ketika berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetus Perang Dunia Pertama, Pengakap turut mengambil bahagian bagi mempertahankan England dan antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Seterusnya, Baden Powell telah mewujudkan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London yang juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.


Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London bagi menghadiri jambori dunia pertama yang diadakan di Richmond Park, Olympia dan seramai 6000 Pengakap Muda dari 20 jenis negara menghadiri jambori tersebut. Pada malam akhir jambori tersebut, BP telah diisytiharkan sebagai Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pengakap terus berkembang ke seluruh negara sehingga apabila genap 21 tahun usia penubuhannya, keanggotaannya telah melebihi dua juta orang. Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerahan yang menjadikan beliau seorang Baron dan gelaran BP diberikan sempena Gilwell Park.


TUJUAN PENUBUHAN Matlamat Pergerakan Pengakap ditubuhkan adalah untuk: Memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan Pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa.


TUJUAN PENUBUHAN Matlamat Pergerakan Pengakap ditubuhkan adalah untuk: Melahirkan Pengakap yang percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu: Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh.


ISTIADAT RASMI PENGAKAP


• ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung merupakan tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak dan digunakan seluruh dunia. Istiadat ini dilakukan bagi menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin Pengakap Kanak-Kanak atau dipanggil sebagai Akela. Istiadat ini dilakukan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK.


1.Akela menjerit PEK! (bermaksud Pengakap Kanak-Kanak berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2.Akela menjerit PEK! PEK! PEK! Lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3.Sambil berteriak PEEEEK!, Pengakap KanakKanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepakan tangan dan Pengakap KanakKanak pula berpegangan tangan. 4.Akela mengangkat tangan tinggi sedikit. Pengakap Kanak-Kanak mengangkat tumit. Akela akan menurunkan tangan rapat ke paha dan Pengakap Kanak-Kanak akan segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat. Tangan mereka berada di sisi luar kedua belah paha dan berteriak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK”. Sebaik sahaja menyebut BAIK, Pengakap Kanak-Kanak terus berdiri dalam keadaan sedia menghadap Akela.


5.Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak “KAMU BUAT HABIS BAIK” (intonasi menyoal). Pengakap Kanak-Kanak yang membalas hormat sambil menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK.” 6.Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (Pengakap Kanak-Kanak tidak menurunkan tangan mereka sehingga Akela menurunkan tangannya dari posisi tabik hormat). -Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1-6 sahaja. Selepas selesai perkara 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi Pengakap KanakKanak.


ISTIADAT TERIMA ANUGERAH 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2.Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3.Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang kepentingan lencana yang diterima oleh penerima. 5.Akela maju ke arah Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Kanak-Kanak melakukan tabik hormat. 6.Akela menyematkan lencana (Lencana Kemajuan di kiri lengan baju dan Lencana Kepandaian di kanan lengan baju). 7.Akela bersalaman dan mengucapkan “Syabas”. 8.Pengakap Kanak-Kanak tabik hormat. 9.Selesai semua- Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 10. Pengakap Kanak-Kanak balik ke sekawan masing-masing.


ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU) Manikayu merupakan pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 1. Pengakap yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manikayu pada tali kulit. 2. Penerima manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian. 3.


STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT


• STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP ANTARABANGSA


• STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA


• AHLI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA


• AHLI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA


• AHLI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA


• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG


• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG


• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG


• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG


Click to View FlipBook Version