• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG
• STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG
CARTA ORGANISASI • STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG KAMPUS SULTAN MIZAN PENSYARAH PENASIHAT: ENCIK MOHD YUSOFF BIN AWANG THO ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN PENGERUSI: MUHAMMAD WAFIY BIN KAMARUZZAMAN SETIAUSAHA: NUR QISTINA BATRISYIA BINTI ROSLAN BENDAHARI: RAFIE BIN ISMAIL
PENGURUSAN KEAHLIAN
·PERATURAN PENDAFTARAN Pendaftaran ahli pengakap akan diperbaharui pada setiap tahun. 1. 2. Pendaftaran keahlian bermula bulan Mac. Tertakluk dibawah akta: Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. 3. ·YURAN KEAHLIAN (i)Yuran pengakap kanak-kanak Yuran keahlian = RM 7 (bermula pada tahun 2018). 1. Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. 2. 3.Yuran sebelumnya = RM 5 (ii)Yuran pengakap dewasa 1.Yuran keahlian = RM 10 Barisan pemimpin, jawatankuasa, ahli majlis dan pesuruhjaya. 2.
BORANG PENDAFTARAN
• TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAP Umumnya, tanggungjawab seseorang pemimpin pengakap adalah seperti berikut: Seorang pemimpin perlu menghadirkan diri pada semua perjumpaan, latihan dan kegiatan kumpulan. Memberi panduan dan nasihat kepada Ketua Majlis Patrol supaya menyediakan rancanganrancangan latihan dan kegiatan- kegiatan yag lengkap untuk tahunan, bulanan dan mingguan. Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa mengenai kegiatan Persekutuan Pengakap Tempatan atau Negeri kepada Majlis Ketua Patrol. Memberi latiha dan pelajaran berpengakap kepada ketua- ketua patrol dan seterusnya kepada pengakap semua. Menasihati Majlis Ketua Patrol supaya mengadakan kerja luar, misalnya gotongroyong, perkhemahan, perkelahan, lawatan dan sebagainya. Membahagi-bahagi tugas di antara pemimpin dan penolong pemimpin dalam kumpulannya.
• TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAP Umumnya, tanggungjawab seseorang pemimpin pengakap adalah seperti berikut: Memasti dan menjalankan rancanganrancangan dengan sempurna dan licin. Melaporkan semua aktiviti dan gerak kerja kumpulan kepada Persekutuan Pengakap Tempatan dan Negeri. Mendapatkan bantuan, pertolongan dan kerjasama daripada Majlis Jawatankuasa Kumpulan terutama apabila memerlukan kewangan dan peralatan. Mengawasi dan menjaga semua peralatan kumpulan supaya sempurna walaupun tugas ini dibantu oleh QM Peralatan Kumpulan. Memasti dan megekalkan semua penolong pemimpin dalam kumpulan menurut dasar pertubuhan peraturan dan undang- undang pengakap.
• TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAP Umumnya, tanggungjawab seseorang pemimpin pengakap adalah seperti berikut: Pemimpin kumpulan hendaklah menyediakan beberapa buah buku catatan seperti berikut : Buku pendaftaran ahli dan butir- butir ahli seperti rekod diri pengakap. 1. Rekod kedatangan ahli dan pemimpin pada semua kegiatan sama ada perkhemahan, perkelahan, lawatan, latihan dan sebagainya. 2. 3. Buku stok peralatan kumpulan. Buku perlatan kumpulan (untuk catatan QM peralatan). Buku ini dicatatkan butir mengenai peminjaman barangbarang kumpulan. Di dalamnya perlu dicatatkan tarikh, barang dipinjam tandatangan peminjam, bilangan, tarikh dihantar, tandatangan dan catatan. 4. Buku kegiatan kumpulan. Ketua patrol bertugas hendaklah mengisi dalam buku laporan kegiatan kumpulan ini. Butir- butir yang perlu adalah seperti nama pemimpin yang hadir, masa bermula dan berakhir, tarikh, tempat dan kegiatan- kegiatan. 5. Buku rancangan yang dijalankan bagi mingguan, bulanan dan seterusnya tahunan. 6. Buku kewangan kumpulan (wang masuk dan wang keluar). 7. 8. Buku minit mesyuarat Majlis Ketua Patrol. 9. Album kumpulan dan patrol.
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN
Seorang dewasa yang berumur lebih 18 tahun 6 bulan yang merupakan pemimpin dapat menubuhkan kumpulan sendiri dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Setiausaha Persekutuan Tempatan bagi menyatakan penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Sekiranya Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati, maka 3 keping borang PPM-8 akan dihantar kepada pemimpin tersebut untuk diisi. Borang tersebut akan dilengkapkan dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin. Setelah itu, borang tersebut hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Setelah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, maka bakal pemimpin perlulah bersetuju menerima semua tujuan, cara dan dasar Pesekutuan bagi mengusahakan dengan sedaya upayanya.
Antaranya adalah: (a)Menubuhkan jawatankuasa kumpulan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan. (b)Mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak melebihi 6 patrol yang mempunyai sejumlah 18/48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka seorang Pemimpin Kumpulan, dua orang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin diperlukan. (c)Menegaskan berkaitan keagamaan dalam pengakap agar perjalanan kumpulan mengikut nilai-nilai agama. (d)Menolong kumpulan mendapatkan tempat atau rumah yang sesuai dan peralatan latihan untuk berlatih. (e)Memastikan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan. (f)Pemimpin perlu patuh akan Dasar, Petubuhan dan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Seterusnya, ibu pejabat pula akan menerima dua salinan borang PPM-8 yang akan dikembalikan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Setelah itu, kumpulan pengakap perlu mengutip yuran bagi melakukan pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1(A) dan PPM (B).
PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN Kumpulan pengakap yang tidak memperbaharui pendaftarannya beserta dengan keahliannya tidak dibenarkan untuk menjalankan latihan atau perjumpaan serta memakai uniform pengakap. Kumpulan tersebut digantung keahliannya mengikut peraturan 44-46 dan 47 dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatik digantung keahlian serta tauliah mengikut peraturan 80 PPM. 1. Penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan tersebut memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur tentang kesalahan perkara ini dan pihak tersebut akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kembali. 2.
PENTADBIRAN KUMPULAN a)Majlis Kumpulan Keanggotaan Majlis Kumpulan perlu terdiri daripada: (i)Seorang Pengerusi (ii)Seorang Setiausaha (iii)Seorang Bendahari (iv)Sekurang-kurangnya 7 orang ahli jawatankuasa (v)Pemimpin kumpulan sebagai ahli rasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan (vi)Kuasa Penganjur sebagai penasihat b)Majlis Pemimpin Kumpulan (i)Pemimpin kumpulan atau pemimpin bertugas: Pengerusi (ii)Seorang pemimpin dilantik: Setiausaha (iii)Semua pemimpin dan penolong pemimpin: Jawatankuasa c)Majlis Ketua Patrol (i)Pemimpin kumpulan perlu menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya
TAULIAH-TAULIAH Pemimpin kumpulan perlu memohon tauliah tetap atau sementara pemimpin terhadap Pesuruhjaya Daerah bagi pemimpin-pemimpin seperti berikut: a)Tauliah Tetap Tauliah ini diberikan kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II. b)Tauliah Sementara Tauliah ini diberikan kepada pemimpin yang belum menghadiri sebrang Kursus Kepimpinan Manikayu. c)Tanpa Tauliah Tauliah yang diberikan kepada pemimpin yang tidak mempunyai sebarang tauliah. Oleh itu, pemimpin tersebut tidak boleh memberikan latihan kepada ahli pengakapnya.
TUGAS MAJLIS PEMIMPIN (a)Buku log kumpulan Kedatangan ahli unit pada setiap perjumpaan Perhatian Stok alatan kumpulan Persediaan mengajar atau program latihan Kutipan yuran (b)Surat kebenaran ibu bapa atau penjaga Pemimpin perlu membuat surat kebenaran terlebih dahulu bagi murid yang ingin memasuki unit pengakap untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka. Surat kebenaran ini perlu disimpan dan difailkan.
TUGAS MAJLIS PEMIMPIN (c)Butiran peribadi ahli pengakap Nama ahli Nombor kad pengenalan Tarikh lahir Bangsa Agama Kesihatan Nama ibu bapa Alamat keluarga Kecenderungan atau minat
PAKAIAN SERAGAM
PANGKAT ATAU LENCANA KEMAHIRAN
Pengakap Kanak-Kanak merupakan bahagian pertama yang dialami oleh seorang kanak-kanak apabila mereka memasuki pergerakan Pengakap. Bahagian ini hanyalah satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain seperti Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Sekiranya seorang kanak-kanak tersebut ingin menjadi Pengakap Kanak-Kanak, individu tersebut hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum mencecah umur 13 tahun. Kanak-kanak tersebut tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap KanakKanak apabila umurnya sampai 13 tahun. Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dengan dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak atau perempuan dewasa. Bahagian ini dibahagikan kepada beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri daripada Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan. Oleh itu, atas dasar inilah terwujudnya Sistem Sekawan dalam Unit Pengakap Kanak-Kanak. Sistem ini menjadi asas kepada peringkat lebih atas iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Sistem Sekawan juga adalah berdasarkan Sistem Parol yang diamalkan di dalam Unit Pengakap Muda dan Unit Pengakap Remaja.
Sistem Sekawan dikenali dengan nama warna seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Hijau, Sekawan Kuning, Sekawan Kelabu dan juga Sekawan Perang. Selain itu, Sistem Sekawan turut menekankan kepada kepimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan. Kebanyakan kanak-kanak menginginkan peluang untuk menjadi pemimpin dan adalah penting untuk Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak menyediakan peluang sedemikian bagi membentuk pengakap yang bertanggungjawab dan menjadi Ketua Sekawan. Seterusnya, Ketua Sekawan akan dilantik oleh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak berdasarkan kualiti kepimpinannya dan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan.
Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak Skim Latihan diadakan bagi membolehkan setiap ahli pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah mereka menjalani latihan menerusi aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-Kanak akan dianugerahi lencana tertentu yang membuktikan bahawa mereka telah melakukan ujian-ujian tersebut dengan terbaik. Lencana yang wajib diperoleh terlebih dahulu merupakan Lencana Keahlian. Setelah itu, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh satu Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang. Seterusnya, dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, tiga (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Selain itu, Pengakap Kanak-Kanak juga perlu mendapatkan Lencana Kepandaian dengan dua Kategori Kegemaran, dua Kategori Pengetahuan dan dua Kategori Perkhidmatan.
• Lencana Keahlian Bagi mendapatkan Lencana Keahlian, kanak-kanak tersebut akan diuji dengan pelbagai perkara seperti berikut bagi menentukan sama ada mereka faham makna bagi setiap perkara tersebut. Oleh itu, kanak-kanak tersebut perlu lulus ujian seperti berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia 2. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap 3. Lima Prinsip Rukun Negara 4. Hormat Pengakap dan Cogan Kata Pengakap 5. Sejarah Pergerakan Pengakap 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung Lencana Keahlian akan dianugerahkan kepada individu yang mengakui bahawa mereka merupakan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas. Lencana Keahlian ini merupakan Lambang Pengakap di atas latar biru tua yang akan dipakai pada saku kiri kemeja.
• Lencana Wajib i) Ahli Renang Lencana wajib ini akan diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan mereka dalam kemahiran renang sekiranya mereka mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, mampu menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri. Pengakap Kanak-Kanak layak menerima lencana sekiranya memenuhi syarat seperti berikut: 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori). 2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai, cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus atau junam depan layang (teori). 4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut atau tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori). 5. Berenang tanpa henti sejauh 20meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float), berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang dengan pelbagai cara atau gaya biasa. Seterusnya, apabila telah sampai separuh jalan yang dituju, mereka perlu berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air.
• Lencana Wajib ii) Penunggang Basikal Lencana Penunggang Basikal diberikan kepada Pengakap KanakKanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan mereka dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal serta mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. Pengakap Kanak-Kanak layak menerima lencana sekiranya memenuhi syarat seperti berikut: 1. Dapat menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal. 2. Mengetahui dan menyatakan 10 peraturan semasa menunggang basikal kepada Penilai. 3. Menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal. 4. Menyatakan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 6. Menunggang basikal mengikut jalan yang ditetapkan sambil diperhatikan oleh Penilai dan ahli pengakap amat faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal serta mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
• Lencana Kemajuan – Keris Gangsa Lencana Kemajuan Keris Gangsa diberi kepada ahli Pengakap KanakKanak untuk mengakui minat dan pengetahuan mereka tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Seterusnya, bagi mendapatkan lencana ini, Pengakap Kanak-Kanak haruslah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib. Kesetiaan Menyanyikan lagu kebangsaan “NegaraKu” dan memahami cara menghormati lagu Ketika dimainkan. 1. Mengenal Bendera Malaysia dan Negeri walau di mana mereka berada. 2. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur atau Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama yang terdapat di Malaysia serta tempattempat ibadat di kawasan sekitar temapt tinggalnya. 5.
• Lencana Kemajuan – Keris Gangsa Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali. 2. 3.Mengetahui bahaya bermain benda-benda yang tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui cara mendapatkan bantuan pertolongan sekiranya berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon balai polis, balai bomba dan penyelamat, doktor dan hospital, tempat kerja ibu bapa serta keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, bejalan melalui terowong, jejantas dan lintasan. 6.
• Lencana Kemajuan – Keris Gangsa Kecekapan 1.Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. Mengetahui cara memanjat tali (Panjang tali tidak melebihi 3 meter). 2. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah bagi tempat tersebut kepada orang yang memerlukan bantuan seperti perhentian bas, kereta api, teksi, balai bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain. 3. Menunjukkan cara yang betul untuk memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan pemakaian lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. 4. Mengetahui semua Isyarat Pengakap dan arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti “Ikut arah ini”, “Jangan ikut arah ini”, “Di sini ada air”, “Tunggu di sini” dan “Saya sudah pulang”. 5. 6.Mengetahui cara mengikat Simpulan Buku Sila dan kegunaannya.
• Lencana Kemajuan – Keris Gangsa Penyertaan Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekurang-kurangnya TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan semula isi cerita tersebut kepada Pemimpin Pengakapnya. 1. Mereka satu barang permainan sendiri daripada bahan terbuang. 2. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. 3. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah pada setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan oleh ibu bapa dalam buku log). 1. Membantu guru atau kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan oleh guru atau kakitangan sekolah dalam buku log). 2.
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran Seterusnya, setelah Pengakap Kanak-Kanak berjaya mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Gangsa, mereka dikehendaki untuk meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam kategori kegemaran menigkut minat dan kesukaannya dalam aktiviti lencana tersebut. i) Ahli Koleksi Hobi
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran i) Ahli Koleksi Hobi Lencana ini diberikan kepada Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam mengisi masa lapang seperti mengumpul setem, mata wang asing, sampul surat, rantai kunci, lencanalencana pengakap dan lain-lain lagi. Seterusnya, koleksi hobi yang dipilih hendaklah menjadi pilihan Pengakap Kanak-Kanak sendiri dan bukannya yang dicadangkan oleh Pemimpinnya. Ahli Pengakap perlu memungut dan mengumpulkan sesuatu sebagai hobinya serta menyimpan dengan kemas di samping mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Pilih SATU hobi seperti di bawah: 1. 15 jenis setem Malaysia yang berbeza. 2. Membentuk buku skrap berkaitan tumbuhan atau bunga atau haiwan atau binatang atau sejarah atau sukan atau bangunan atau buah-buahan dan sebagainya (pilih satu). 3. Pelbagai bentuk pensil dan logonya (sekruang-kurangnya 15 jenis). 4. Pelbagai contoh batu batuan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5. Pelbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). 6. Rupa mata wang asing sama ada kertas atau syiling (sekurangkurangnya 15 jenis). 7. Pelbagai jenis rantai kunci (keychain) (sekurang-kurangnya 15 jenis). 8. Lencana-lencana pengakap seperti Lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain (sekurang-kurangnya 10 jenis). 9. Menyediakan sebuah buku (buku hobi) dengan menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 10. Lain-lain hobi yang sesuai.
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran ii) Ahli Kraftangan Lencana Ahli Kraftangan diberikan untuk mengakui minat dan kegemaran dalam melakukan serta mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan lain-lain lagi. 1. Mengetahui asas kraf tradisional: Anyaman kelarai Mata Bilis, kelarai Siku Keluang (anyaman boleh diubah untuk disesuaikan mengikut keadaan alam persekitaran kanak-kanak). Pengakap juga tahu cara melakukan wogel daripada bahan yang ditentukan seperti 1 buluh, kain sulaman, tali nilon, plastik dan sebagainya. Satu wogel perlu dilakukan untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya ATAU 2. Mengetahui dan membuat penanda buku selain daripada bahan logam (tin), seperti bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda buku perlu direka dengan pelbagai bentuk dengan hiasan warna yang menarik yang ditulis dengan kata-kata hikmat. Satu penanda dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau seseorang yang dikasihi ATAU 3. Melakukan rekaan daripada kertas untuk kegunaan harian seperti sampul surat, beg, buku dan sebagainya. Seterusnya, rekaan binaan seperti topeng sarung kepala dan rekaan alat permainan seperti membentuk kapal dari kertas, burung ajaib dan lain-lain.
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran iii) Peladang Kecil Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara berikut: 1. Menunjukkan cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 2. Menyediakan batas yang berukuran 8x3x1 kaki untuk menanam sayur-sayuran dari tapak semaian dengan mengambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 3. Menunjukkan cara menjaga tanaman daripada jenis sayuran, keratan, raizom yang telah ditanam di atas batas dan mengambil kir acara membaja semasa pokok sedang ditanam. 4. Mengetahui dan menunjukkan kepada Penilai cara melakukan junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan sebagainya. 5. Menunjukkan kepada Pemimpin atau Penilai bahawa Pengakap Kanak-Kanak ada menanam atau menjaga pokok pisang, betuk atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu bapa mahupun ahli keluarga sendiri. 6. Menunjukkan kepada Penilai bahawa Pengakap Kanak-Kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan lain-lain lagi dengan subur. 7. (a) Memelihara atau membela sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas dengan jayanya.
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran iii) Peladang Kecil (b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di dalam kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya daripada kumpulan enam sekawan atau bersendirian. 1. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 2. Menunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang diterima daripada Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. Antaranya adalah seperti: • Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai • Kesuburan tanah • Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalihkan anak semaian ke batas • Saiz petak atau batas mengikut peraturan tertentu • Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga menghasilkan daun atau buah. 3. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri. Antaranya adalah: • Pemeliharaan atau pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara • Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran iv) Pembaca Buku Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau tempatan. Pilih EMPAT (4) sahaja 1. Menyediakan daftar sekurang-kurangnya 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan saster berikut: 2. Boleh membaca dengan cekap menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan mampu membuat telahan. 4. Boleh menterjemahkan petikan yang penting daripada pembacaan secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan. 5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. 6. Mengetahui menggunakan kamus, ensiklopedia dan membuat kamus sendiri daripada kata-kata baharu yang dipelajari. 7. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.
• Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran v) Penghibur Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi juruacara persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja. 1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut: • Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan pantun. • Lagu tradisi masyarakat seperti Rasa Sayang atau lagu asing. • Lagu Tarian Asli • Lagu Pengakap 2. Boleh menyanyi dua buah lagu: Satu patriotik dan satu lagu. 3. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-Kanak. 4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5. Mengetahui cara menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6. Dapat bertindak sebagai juruacara persembahan atau pertunjukan. 7. Dapat memainkan sekurang-kurangnya dua jenis alat muzik genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai.
• Lencana Kemajuan – Keris Perak Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. a. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 1. 2.Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3.Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing.
• Lencana Kemajuan – Keris Perak b. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 1. 2.Mengetahui faedah senaman. Mengetahui cara menghentikan darah yang keluar dari hidung. 3. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas serta cara mengelakkannya apabila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 4. Mengenal dan mengetahui isi kandungan peti pertolongan cemas. 5. c. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencan Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan. 1. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaannya. 2. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. 3.
• Lencana Kemajuan – Keris Perak d. Penyertaan 1.Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya. Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan. 2. Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. 3. 4.Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam atau persendirian dengan menggunaakan wang syiling atau kad telefon ketika mendail dan faham penggunaan Buku Panduan Telefon. 5. e. Perkhidmatan 1.Mengetahui dan memahami isyarat wisel. Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan. 2. Mengatahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan (latihan asas sahaja). 3.
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan Setelah berjaya memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-Kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti di bawah mengikut kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: i) Ahli Olahraga
i) Ahli Olahraga • Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya. 1. Mengetahui maksud MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas sebab majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap KanakKanak boleh membantu khasnya bagi peringkat sekolah rendah. 2. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan. 3. Mengambil bahagian dalam tiga percubaan bagi acara sukan: - Lari 100 meter 20 saat - Lari 200 meter 50 saat - Lompat tinggi 0.8 meter - Lontar peluru 6 paun 5 meter
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan ii) Ahli Pasukan Permainan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan sebagainya serta mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. 1. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan. 2. Membuktikan bahawa Pengakap Kanak-Kanak boleh bermain sekurang-kurangnya DUA (2) permainan pasukan. 3. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak terlibat sebagai pemain pada peringkat rumah sukan, sekolah, daerah atau negerinya. 4. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak bermain dengan jujur dan menunjukkan contoh semangat kesukanan dalam pasukan permainannya. 5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 6. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan iii) Ahli Sains Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat uji kaji, melakukan kamera lubang halus, menyambung litar, elektromagnet dan sebagainya. Pilih EMPAT (4) sahaja. 1. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala memerlukan udara. 2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra. 3. Menunjukkan cara menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri serta cara mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan cara menggunakan lampu isyarat. 4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau kawasan yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 5. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin. 6. Membuat elektromagnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan perkara yang akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 7. Membuat arus elektrik yang mudah didapati dari bateri. 8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 9. Menunjukkan cara berlakunya tekanan udara dan air.
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan iv) Pencinta Alam Semulajadi Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semula jadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi Pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja. 1. Menyimpan catatan harian berkenaan kejadian harian selama tidak kurang daripada empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah: - Tumbuh-tumbuhan - Kehidupan burung - Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai - Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar - Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain-lain serangga - Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun - Pokok paku pakis, rumput, rumpai dan lain-lain
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan iv) Pencinta Alam Semulajadi 2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurangkurangnya 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-Kanak boleh menulis pemerhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU [1] sahaja). Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. Menanam pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal atau kawasan sekolahnya bersama Pengakap Muda. Membersihkan kawasan rumah dan halaman atau kebun di belakang rumah dan sekolah. i)Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana keadaan tumbuhan dan alam sekitar terlibat dengan cuaca. ii)Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan v) Pembaca Peta Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja Melukis mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin tersebut dengan berpandukan arah matahari terbit dan terbenam. 1. Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukkan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin 16 berpandukan arah utara. 2. 3.Melukis petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada peta. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman, sungai dan lain-lain lagi. 4. 5.Mencari sudut bearing dengan menggunakan alat geometri. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran dan memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seoerti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran tersebut. 6.
• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan Seterusnya, setelah mendapatkan Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan, Pengakap Kanak-Kanak harus meneruskan latihan dan ujian untuk memperoleh DUA (2) Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan pula seperti di bawah mengikut Kemahiran dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. i) Pekerja Am Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam pekerjaan am seperti Menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan lain-lain lagi.
• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan i) Pekerja Am Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja daripada 12 bahagian yang dicadangkan. 1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2. Membantu ornag dewasa menukar tayar basikal dengan tunjuk ajar orang dewasa. 3. Menunjukkan cara menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, playar, pisau, kapak dan cara memelihara alat tersebut selepas digunakan. 4. Mengetahui cara menukar mentol lampu basikal dan menegangkan rantai. 5. Menjahir butang pada baju atau seluar atau menjahit lencana pengakap di baju dengan sempurna. 6. Membuat satu permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 7. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 8. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu mapu minyak dan sumbu dapur minyak. 9. Mencuci dan menggosok baju dengan seterika. 10. Menyusun atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 11. Menunjukkan persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui cara mencuci berus cat yang telah digunakan. 12. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan sebagainya setelah digunakan.