The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhanini03, 2024-04-22 09:50:14

BUKU LOG PENGAKAP

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

• Lencana Perkhidmatan 2. Perkhidmatan Masyarakat. Membuat kerja amal yang diakui, kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah Kebajikan, khidmat tergempar bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung: JKKK) atau seumpamanya.


Skim Latihan Pengakap Kelana Latihan Pengakap Kelana diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelbagai aspek daripada sesebuah Krew kepada Krew yang lain. Ia adalah tanggungjawab utama sesebuah Krew. Latihan formal ini termasuk masa untuk seseorang individu itu meningkatkan pemahaman peribadi melalui pemeriksaan sendiri. Apabila seseorang Pengakap Remaja memasuki Krew Pengakap Kelana, mereka selalunya akan mengadakan suatu istiadat yang dikenali sebagai lstiadat Meningkat Naik. Bakal Kelana adalah orang yang berkelayakan untuk menyertai pergerakan Pengakap dan mungkin juga layak untuk menyertai Kelana. Bagi Ahli Baru, ahli berkenaan mestilah terlebih dahulu menjalani ujian Lencana Keahlian yang dikhaskan untuk Pengakap Kelana. Ahli Baru yang LULUS ujian berkenaan akan dianugerahkan Lencana Keahlian. Majlis Penganugerahan adalah satu majlis yang ringkas. Ia hanya melibatkan penyampaian tanda nama ahli kumpulan dan Lencana Kelana serta pemakalan Epolet Pengakap Kelana.


• Lencana Keahlian Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. 1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap. 2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana. 3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa. 4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.


• Lencana Keahlian 5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut: Buku Sila (Reef Knot) Bunga Geti (Sheet Bend) Simpul Manuk (Clove Hitch) Tindih Kasih (Bowline) Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch) Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) Ikatan Seraya (Square Lashing) katan Serong (Diagonal Lashing) 6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.


• Lencana Kemahiran Lencana kemahiran ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana untuk mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.


• Lencana Kemahiran A. Berkhemah Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut: 1. Pengurusan dan petadbiran perkhemahan. Pesediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan. Jenis khemah dan cara mendirikannya. Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya. Aktiviti dan program perkhemahan. Kesihatan dan kebersihan Aturan Penutupan Perkhemahan 2. Nota: Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon: ·Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan. ·Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.


• Lencana Kemahiran B. Projek Perintis Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan di bawah: 1. Jambatan Menara Lain-lain(merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas) 2. Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1). C. Pengurusan Kuartermaster -Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.


• Lencana Kemahiran D. Kawad 1. Mengetahui tatacara dan hukuman kawad oKawad Kaki Pengakap oKawad Tongkat Pengakap oMengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad. E. Orienteering -Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai sisi latihan dan aktiviti yang dijalankan. F. Ikhtiar Hidup -Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. G. Penganggaraan -Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.


• Lencana Perkhidmatan Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan. A. Bantu Mula – wajib 1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu. 2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan: 3. Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya. 4. Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya. 5. Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.


• Lencana Perkhidmatan 6. Mengetahu jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga. 7. Mengetahui cara rawatan gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa. 8. Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain. 9. Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. 10. Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan. 11. Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera. 12. Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.


B. Kebajikan Am – Wajib Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat. DAN (Minima Satu daripada Bahagian C dan D) C. Pemelihara Alam Sekitar 1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masingmasing dalam tempoh 3 bulan. 2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti: Kempen Kebersihan Alam Sekitar Kempen Kitar Semula Kempen Kawasan Angkat Krew • Lencana Perkhidmatan


D. Kebajikan Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam. 1. Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan. 2. Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah. 3. Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan 4. • Lencana Perkhidmatan


• Lencana Pengembaraan Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut: 1.Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam). Berdayung sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam). 2. 3.Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam). 4.Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam). 5.Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam). Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam). 6. *Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dan 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.


• Lencana Pengembaraan A. Laporan Pengembaraan Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan. 1. Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan. 2.


• Lencana Pengembaraan B. Persediaan Perjalanan Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu. 1. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang ash dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan. 2. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap. 3. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Pekara penting yang wajib ada 4. Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas. Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi. Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat. Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.) Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan sebagainya. Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko).


• Lencana Pengembaraan Peringatan Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakiuman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan dimulakan. 1. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. 2. C. Kajicuaca Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.


• Lencana Kepimpinan (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night. Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut: a. Kursus Kepimpinan Manikayu Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II.


• Lencana Kepimpinan (Pilihan) ATAU b. Pengurusan Acara Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perkhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain. ATAU c. Kursus Pemantapan Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohnya: Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain. ATAU d. Komunikasi dan Pengucapan Awam Menghadiri kursus Pencucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.


• Lencana Kepimpinan (Pilihan) ATAU e. Pentadbiran Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dariundang-undang. ATAU f. Anugerah Kepimpinan Menerima Anugerah Kepimpinan daripada manamana organisasi dan agensi contohnya: Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.


• Lencana ICT (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa. A. Teknologi Maklumat Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: 1. Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer. 2. Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat. 3. Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi: o Windows, Linux, Macintosh. o Microsoft Office Word, Excel dan Power Point. 4. Menghasilkan sebuah persembahan multimedia. 5. Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.


• Lencana ICT (Pilihan) ATAU B. Komunikasi dan Perhubungan Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan seminima 15 perkataan seminit. 1. Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit. 2. Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 3. ATAU C. Perhubungan Antarabangsa Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan KelanaKelana Antarabangsa.


• Lencana Aktiviti Ekstrem (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.


• Lencana Aktiviti Ekstrem (Pilihan) Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem di bawah: 1.Mendaki Gunung. 2.Menyelam Skuba (Scuba Diving). 3.Berakit di Air Deras (White Water Rafting). 4.Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking). 5.Eksplorasi Gua (Caving). 6.Wall / Rock Climbing. 7. Paintball dan sukan-sukan Ekstrem yang lain. Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem. 8. Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.


• Lencana Penyelamat Nyawa (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan: Outdoor Survival. Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance). Bronze Cross. Pengurusan Risiko (Risk Management Course). Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.


• Lencana Keusahawanan (Pilihan) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan. Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan: Penternakan. Perikanan. Pertanian / Perladangan. Perniagaan. Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.


• Anugerah B-P Epolet Anugerah B-P & Rambu Pengakap Kelana Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-lencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P. Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja. Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.


PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH


TARIKH AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN 29.03.2023 Pemilihan AJK Aktiviti Tahunan Pengakap Persetiaan Pengakap Mengetahui Persetiaan Pengakap 19.04.2023 Penyediaan Buku Log Pengakap Kemahiran Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap, Cogan Kata “Buat Habis Baik” Mengenali Isyarat Hormat Pengakap 17.05.2023 Latihan Menanam Pokok Bunga Mempelajari cara-cara penanaman pokok 14.06.2023 Undang-undang pengakap Prinsip Rukun Negara Mengenali peraturanperaturan pengakap 05.07.2023 Latihan Kawad Kaki Mempelajari kawad kaki 02.08.2023 Jenis-jenis ikatan Mempelajari ikatan pengakap 23.08.2023 Asas pertolongan kecemasan Mempelajari asas pertolongan kecemasan RANCANGAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK 2023/2024


TARIKH AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN 06.09.2023 Cerita Hutan Pengakap Mengenali Sejarah Pengakap 20.09.2023 Latihan memasak rimba, makanan dan minuman Mencungkil bakat memasak murid 11.10.2023 Lagu-lagu Pengakap Kanak-Kanak Mengenali dan menyanyikan lagu pengakap 01.11.2023 Latihan mendirikan khemah Mempelajari asas mendirikan khemah 22.11.2023 Membuat kraftangan menggunakan bahan terbuang Mengurangkan pencemaran alam 13.12.2023 Meredah hutan Mengenali keadaan semasa berada di hutan RANCANGAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK 2023/2024


LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 1 9/1/2024 7:45 - 9:45 pagi Makmal IPGMKSM Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Perjumpaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa CATATAN: Pada minggu pertama, perjumpaan agung telah diadakan bagi melakukan sesi pengenalan bersama pensyarah dan pelajar-pelajar lain. Pada hari tersebut juga, pemilihan Ahli jawatankuasa bagi Unit Beruniform Pengakap juga telah dijalankan. Seterusnya, pensyarah-pensyarah penasihat juga telah menerangkan Maklumat Kursus (MK) kepada semua ahli pengakap. Kesimpulannya, perjumpaan pada minggu tersebut berjalan dengan lancar. Kehadiran ahli pengakap pada minggu pertama juga penuh. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 1


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 2 27/2/2024 7:45 – 9:45 pagi Dataran Nik Arif IPGMKSM Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Aktiviti Laung Agung CATATAN: Perjumpaan minggu kedua pula dijalankan di Dataran Nik Arif dengan menjalankan aktiviti laung agung. Pensyarah penasihat iaitu Encik Mohd. Yusoff bin Awang To telah memberikan penerangan tentang cara untuk melakukan aktiviti laung agung dengan baik sehingga semua ahli pengakap memahaminya. Kehadiran ahli pengakap juga penuh. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 2


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 3 12/3/2024 7:45 – 9:45 pagi Astaka IPGMKSM Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Latihan Ikatan dan Simpulan CATATAN: Perjumpaan minggu ketiga pula diadakan di Astaka setelah perbarisan pagi selesai dijalankan. Perjumpaan pada kali ini diteruskan dengan latihan bagi ikatan dan simpulan. Pensyarah iaitu Encik Khairuddin bin Mat Hassan dan Encik Mohd Yusuf bin Awang To telah memberikan penerangan tentang ikatan serta simpulan yang perlu dilakukan seperti buku sila, bunga geti, tindih kasih, simpul manuk dan lilit dua simpul. Perjumpaan minggu tersebut dijalankan bagi mengukuhkan lagi kemahiran ahli pengakap dalam ikatan dan simpulan serta seterusnya diaplikasikan dalam ujian amali. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 3


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 4 19/3/2024 7:45 – 9:45 pagi Astaka IPGMKSM Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Amali Pertolongan Cemas dan Balutan CATATAN: Perjumpaan minggu keempat juga dijalankan di Astaka bagi menjalankan amali pertolongan cemas dan balutan. Ahli pengakap dapat belajar dan melakukan rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan. Seterusnya, ahli pengakap juga dapat melakukan pelbagai jenis balutan seperti balutan luka tangan, anduh besar dan pembalut cincin. Kehadiran minggu keempat dicatat. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 4


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 5 26/3/2024 7:45 – 9:45 pagi Astaka IPGMKSM Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Amali Ikatan dan Simpulan CATATAN: Pada minggu kelima, perjumpaan diadakan bagi menjalankan amali ikatan dan simpulan yang telah dipelajari pada minggu sebelumnya. Pensyarah penasihat telah melakukan penilaian terhadap amali yang telah dijalankan oleh setiap ahli pengakap. Kehadiran ahli Unit Beruniform turut dicatat. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 5


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 6 2/4/2024 7:45 – 9:45 pagi Bersebelahan Astaka Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Aktiviti Ikhtiar Hidup - Memasak CATATAN: Pada minggu keenam, aktiviti ikhtiar hidup telah dijalankan. Sebelum aktiviti dimulakan, pensyarah penasihat telah memberikan taklimat dan penerangan dengan jelas berkaitan perkara yang perlu dilakukan. Setiap ahli dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan sedikit tepung dan dua biji telur. Kami diarahkan untuk membentuk tepung menjadi sesuatu yang boleh dimakan dan telur yang telah dibekalkan perlu dibakar tanpa menggunakan bekas. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 6


Pensyarah Penasihat Encik Mohd Yusoff Bin Awang To Encik Khairuddin Bin Mat Hassan Minggu: Tarikh: Masa: Tempat: 7 23/4/2024 7:45 – 9:45 pagi Dataran Nik Arif Jumlah Kehadiran: Semua hadir Laporan / Aktiviti yang dijalankan: Tajuk: Amali Kawad Kaki CATATAN: Pada minggu ketujuh, ahli pengakap telah menjalankan amali kawad kaki dengan mempraktikkan setiap hukuman kawad kaki yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajaran pada setiap minggu. Pensyarah penasihat menilai setiap hukuman dan lakuan semasa amali kawad kaki dijalankan oleh setiap ahli pengakap. LAPORAN MINGGUAN MINGGU 7


TERIMA KASIH “ONC E A S C OUT , ALWAYS A S C OUT”


Click to View FlipBook Version