The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhanini03, 2024-04-22 09:50:14

BUKU LOG PENGAKAP

NURUL HANINI BINTI AZMAN
5PISMP BM4
2021102340317

• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan ii) Pengurus Rumah Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemas bilik dan lain-lain lagi. Pilih LIMA (5) sahaja. 1. Menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan sebagainya sama ada bersusu atau tidak serta menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu. 2. Menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau, limau nipis atau air nanas, air tembikai dan lain-lain. 3. Menyediakan sup (rebusan) yang ringkas daripada bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti burger dan hotdog. 4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. 5. Menggoreng ikan, udang, sardine, keledek, pisang, tauhu untuk hidangan dua orang. 6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. 7. Menyapu, mengibas habuk dan mengemas bilik tidur. 8. Mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iii) Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak Bomba dan Penyelamat, Polis dan JPAM. 1. Pemegang Lencana Ahli Renang. 2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjuk cara ini dan berenang sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 3. Menunjukan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaían meniarap, kuak dada di dalam air. 4. Menunjukan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara: a) Memegang rambut si malang dari belakang b) Mengangkat kepala si malang dari belakang c) Memegang baju si malang d) Menyelamat menggunakan tali e) Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu 5. Menunjukkan cara memulihkan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut. 6. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 7. Mengetahui cara menyelamat dari api iaitu memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca pengera kebakaran. 8. Menunjukan cara menyelamat diri dalam kebakaran.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iv) Ahli Pertolongan Cemas Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh. 1. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. 2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui pentingnya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. 3. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Merangkan kepada Penilai sekurang-kurangnya cara yang perlu diberikan. 4. Menunjukan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iv) Ahli Pertolongan Cemas 5. Mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat nadi terpenting dan mengetahui cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-Kanak hendaklah menunjukkan cara menahan darah keluar dari bahagian paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. 6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka serta mengetahui cara menggunakan jenis pembalut termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. 7. Menunjukan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 10. Mengetahui cara menolong orang pengsan atau pitam selain dari terkena kejutan elektrik. 11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan aau lain-lain kecemasan pelangaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.


• Lencana Kemajuan – Keris Emas Setelah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak untuk mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat masyarakat, aktiviti luar dan pertolongan cemas.


• Lencana Kemajuan – Keris Emas a) Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik 2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing. 3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing. b) Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. 2. Mengetahui cara mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya. 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 4. Mengetahui cara membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari surat khabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej seperti Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan.


• Lencana Kemajuan – Keris Emas c) Kecekapan 1.Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak. Seterusnya, mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah", "Cepat Jalan", "Berhenti” dan "Hormat". 2.Mengetahui lathan asas Komando seperti merangkak, merangkak di bawah jaring atau jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 3.Mengukuhkan kemahiran ikatan Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 4.Demontrasi sendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan,


• Lencana Kemajuan – Keris Emas d) Penyertaan 1.Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanya kepada manusia. 2.Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-Kanak sendiri. -Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat pertolongan cemas atau surat-surat atau untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. -Membuat patung sarung jari pupet / patung puppet bertali yang boleh digerak- gerakan dan membuat panggung puppet. -Membuat layang-layang yang boleh dinaikan ke udara. -Mengetahui cara untuk membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. -Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysía. e) Perkhidmatan 1.Bersama sekawan atau Pek membersihkan kawasan rumah, sekolah, rumah ibadat dan tempat awam. 2.Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek bercuti atau perkhemahan 3.Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.


Skim Lencana Pengakap Muda Seterusnya, seorang budak itu boleh menjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap KanakKanak atau sebagai ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu. Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam pergerakan Pengakap bagi menggalakan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya. Unit ini dibahagikan kepada beberapa Patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang dewasa lelaki yang dipanggil Pemimpin Pengakap.


• Lencana Kemajuan – Lencana Maju Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti iImu Kawad Tongkat, Istiadat Bendera, Pertolongan Cemas dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kumpulan Kegemaran.


• Lencana Kemajuan – Lencana Maju Seseorang Pengakap Muda perlu LULUS semua bahagian berikut:: a. Cita-Cita Pengakap 1. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani. 2. Kemahiran Berpengakap. 3. Cita-cita Pengakap 4. Organisasi MPD, MPM dan PPM 5. Melukis bendera semua negeri Malaysia 6. Nama penuh PN, PD dan PPD 7. Undang-undang Pengakap b. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 1. Latihan asas perbarisan 2. Kawat tongkat 3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera 4. Memanjat tali / pokok


• Lencana Kemajuan – Lencana Maju c. Kemahiran Pengakap 1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak, kapak penebang dan gergaji. 2. Teknik menggunakan kapak 3. Simpulan dan ikatan o Tindih kasih ganda (double bowline) o Belit lucut (highwayman’s hitch) o Lilit pasdul (marline-spike hitch) o Simpul kerusi (fireman’s chair knot) o Lilit pemati selit (sailmaker’s whipping) o Simpul kepala lalat (crown knot) o Sambat balik (back splice) o Ikatan silang gunting (sheer lashing) 4. Memasak makanan rimba (backwood’s man) Menghidupkan api Roti lilit Ikan 5. Model projek perintis 6. Kajian satu perkara berikut: - Burung, binatang dan pokok tempatan - Lawatan bangunan penting / Kawasan - Kawasan tempatan 7. Berkhemah tidak kurang daripada lapan malam 8. Berenang 30m / langkah keselamatan berenang 9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar 10. Melakukan dua perkara berikut: Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah Keperluan berkhemah Memasak untuk dua orang


• Lencana Kemajuan – Lencana Maju d. Pengembaraan 1. Jenis kompas dan membaca bearing 2. Sistem kontur, rujukan grid, skala dan kunci peta 3. Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam Buku Log. 4. ‘Abseil’ / berperahu / ikhtiar hidup e. Perkhidmatan 1. Balutan anduh (kepala, lutut, lengan) 2. Tindakan kecemasan 3. Memanggil polis, bomba dan ambulans 4. Khidmat sukarela


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda- Lencana Maju, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi Lencana Kepandaían dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah ini: i) Ahli Berkhemah (Wajib)


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan i) Ahli Berkhemah (Wajib) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah mengakui perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya. 1. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam. 2. Mendirikan, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara. 3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah khemah patrol. 4. Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan. 5. Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan. 6. Menunjukan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster. 7. Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gadget lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan. 8. Memasak untuk 2 orang sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran. 9. Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan yang paling tinggi.


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan ii) Ahli Elektronik Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukan kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul. 1. Menunjukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah di pasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah. Terangkan dengan bahasa umum yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya itu berfungsi. 2. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis alat elektronik untuk kegunaan rumah tangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tiap-tiap satu itu berfungsi. 3. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh digunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat 'resistor’, 'capacitors' dan 'coils' bagi membuat satu litar elektronik yang mudah. 4. Membuat litar elektrik bagi menyalakan lampu LED.


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan iii) Ahli Komputer Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam bidang komputer dengan mengetahui sejarahnya, komponen asasnya, sistem pengoperasian dan kegunaannya, menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai jenis perisian seperti MS Office, Windows dan sebagainya. 1. Меmpunyai sebuah komputer (Personal Computer) atau telah menggunakan komputer di sekolah sekurang- kurangnya 12 bulan. 2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya. 3. Mengetahui sejarah ringkas komputer. 4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan. 5. Mengetahui mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System -OS) dan kegunaannya; misalnya Windows. Macintosh, Linux, dan sebagainya. 6. Mengetahui mengenai Virus Komputer dan cara mencegahnya, 7. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri. 8. Menyediakan satu pengaturcaraan persembahan komputer MS Power Point dan sebagainya ATAU mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti MS Words dan sebagainya.


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan v) Ahli Perhutanan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhantumbuhan tersebut. 1. Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan. 2. Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga. 3. Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin / mencantum pokok. 4. Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenan dengan mengguna dan menyimpan kapak. 5. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya potong dengan kemas potongan itu 6. Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan / Hutan Lipur.


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan vi) Pengembara Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan kaki,berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahui persedian dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta. 1. Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatu tempat yang belum pernah lawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup. 2. Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan dengan rapi. 3. Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat peta mengandungi semua jalan kampung dan taliair dalam lingkungan dua kilometer daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada Penilai bagi kelulusanya dan selepas itu menjalankan pengembaraan itu seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain. 4. Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandukan kepada kompas dan peta sahaja.


• Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan vii) Tukang Masak Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis masakan seperti kari daging, manisan, bubur kacang, sup dan sebagainya. 1. Mengetahui terma masakan umum seperti : tumis, cincang, parut, seram kuku, manismanis buah dan sebagainya. 2. Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut: Telur goreng. Pisang goreng. Bubur kacang. Sambal tumis. Masak kicap. Asam pedas. Sayur campur. 3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan di bawah ini : Nasi putih, Kari daging Sejenis masakan daripada sayur. Kopi atau teh. 4. Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging, ayam sebelum dan selepas dimasak.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan Setelah memperoleh Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Pengakap Muda dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi Lencan Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam memberikan perkhidmatan menerusi aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti di bawah ini. i) Ahli Pertolongan Cemas (Wajib) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dan kesungguhan memberikan mengakui perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengelahui kaedah pemulihan nafas, melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan i) Ahli Pertolongan Cemas (Wajib) Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu. 1. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran darah. 2. Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik. 3. Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku serta balutan bergulung pada anggota badan. 4. Menunjukan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya yang patah atau disyaki palah itu dak dapat bergerak-gerak. 5. 6.Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR) Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul dengan lisan, bertulis dan telefon. 7.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan ii) Jurubahasa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu karangan dengan menggunakan bahasabahasa tersebut. Lulus ujian berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda: 1. Berceramah dengan Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit. 2. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai. 3. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 10 patah perkataan. (Pengakap di ber masa selama 10 minit untuk membaca senyap petikan tersebut). 1. Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri. 2. Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan. ATAU 3. Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iii) Pemadan Api Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan berkebolehan dalam semasa kebakaran, tindakan kebakaran. menggunakan peralatan pemadam. 1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempatan 2. Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan, minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol, pengawasan bunga api, lin, unggun api, perhiasan rumah 3. Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk.Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu. 4. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persedian mencegah kebakaran, mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengawal kejadian itu


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iii) Pemadan Api 5. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dan masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima panggilan itu dan sebab tindakan sedemikian diambil. 6. Mengetahui: Kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderat. Cara menggunakan pam kaki (stirrup pump) dan pam tangan. Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, ' gas cartridge '. Karbon tetraklorida dan buih, serta mengetahui jenis pemadam yang sesuai bagi mengawal jenis api yang tertentu. 7. Mengendali seorang yang terbakar pakaían di badannya.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan iv) Pemandu Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan menunjuk arah suatu perjalanan dengan mengetahui kedudukan tempat-tempat penting dan utama berpandukan peta kawasan berkenaan. 1. Menunjukan kepada Penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu. 2. Membuat sebuah peta kasar dengan menunjukkan dengan jelas tempattempat berikut: Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital,klinik dan ambulan Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar. Perhentian bas, stesen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ke tempattempat yang berhampiran serta dengan jadual períala lbu Pejabat Pengakap, TeТpat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga, Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah. Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahli dalam Patrolnya. 3. Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang turut bersama. 4. Mengarahkan dengan jelas arah jalan yang mudah dilkuti oleh pelawat ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8kilometer dengan menggunakan kenderan awam, berbasikal atau berkereta.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan v) Pengawal Perkhemahan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya, 1. Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang kurangnya empat tapak perkhemahan yang berlainan. 2. Telah bertugas sekurang kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah, negeri atau kebangsaan) membantu Pegawal Perkhemahan dengan memuaskan. 3. Menunjukkan tiga perkara daripada senarai dibawah ini: - Menggunakan kayu arang untuk memasak. - Membuat unggun apk. - Memasang khemah patrol. - Menyidai kain basah dan menganginkan alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan. - Mencegah ‘kebakaran’ di perkhemahan.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan v) Pengawal Perkhemahan 4. Menerangkan dan, mana yang boleh menunjukkan cara digunakan dalam perkhemahan untuk kerja berikut:- Membuat meja makanan. -Membuat tandas. -Menjaga alat memasak, -Menjaga air minuman dan makanan. -Menjaga alatan perkhemahan. 5. Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik. 6. Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari. 7. Mengunakan 3 daripada alat-alat berikut: Kapak penebang Gergaji Alat-alat ketuk (tukul) Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan sebagainya. 8. Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dan dimajukan lagi.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan vi) Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan cara permulihan nafas CPR dengan betul. 1. Telah memperolehi Lencana Ahli Renang. 2. Menunjukan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri pertama di darat dan kedua di dalam air. 3. Menunjukan kemahiran yang berikut: Chin tow’ Cross tow’ Extended tow’ 4. Melemparkan tali penyelamat sepanjang 10 meter di antara 2 pacang jaraknya 1meter dengan kejayaan 2 kali daripada 3 kali lemparan. 5. Menunjukkan cara menyelamatkan mangsa dari rumah terbakar yang terhidu gas racun, yang kemalangan jalanraya dan yang kena kejutan elektrik. 6. Menunjukan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan vii) Setiausaha Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit mesyuarat, membuat urusan dengan pihak berkenaan dan menyediakan laporan sesuatu program. 1. Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap di peringkat Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Kumpulan Pengakap. 2. Di hadapan Penilai: Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan, ATAU Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan jika ada); menünjukan cara membersihkan mesin taip dan menggantikan riben mesin taip atau mesin mencetak.


• Lencana Kepandaian – Kategori Perkhidmatan vii) Setiausaha 3. Mengetahui peraturan mesyuaral jawatankuasa dan boleh meПyediakan aturcara dan minit mesyuarat itu. 4. Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan dan menyimpan dengan mudah kira-kira peneriman dan perbelanjaan bagi Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank. 5. Menulis sepucuk surat atas tajuk diberikan oleh Penilai; membuat draf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol. 6. Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai Bayaran kiriman pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri. 7. Menyedíakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara Kumpulan atau menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan atau Daerah. 8. Mengendalikan pengurusan fail.


• Lencana Kemajuan – Lencana Jaya Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Patrol, Khidmat Masyarakat, Cabaran Aktiviti Luar, Komunikasi Radio Amatur, IImu Pertolongan Cemas, Penyelamat Nyawa. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah mendapatkan Lencana Maju dan Lencana Kepandaian (TIGA Lencana Pengetahuan dan TIGA Lencana Perkhidmatan) serta Lencana Ahli Udara Kelas I terlebih dahulu.


• Lencana Kemajuan – Lencana Jaya Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut: a. Cita-cita Pengakap 1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik 2. Sejarah tertubuhnya Malaysia 3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri 4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri 5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Peseruhjaya Pengakap Negara b. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 1. Latihan asas perbarisan 2. Kawat tongkat 3. Halangan komando


• Lencana Kemajuan – Lencana Jaya Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu LULUS ujian-ujian berikut: a. Cita-cita Pengakap 1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik 2. Sejarah tertubuhnya Malaysia 3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri 4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri 5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Peseruhjaya Pengakap Negara b. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 1. Latihan asas perbarisan 2. Kawat tongkat 3. Halangan komando 1. Halangan komando c. Kepimpinan 1. Menghadiri kursus ketua patrol atau melatih dua orang pengakap untuk Lencana Maju 2. Kebolehan: Merancang dan menjalankan pengembaraan Merancang malam pengakap Menjalankan mesyuarat ketua patrol 3. Membawa bendera


• Lencana Kemajuan – Lencana Jaya d. Kejayaan Melaksanakan sekurang-kurangnya satu kemahiran Kumpulan A, B, C & D Kumpulan A – Cabaran 1. Lakukan SATU diantara berikut; mendayung perahu ATAU melayarkan sampan layar. 2. Mendaki bukit 3. Berbasikal 30 km Kumpulan B – Amali 1. Pekerjaan tangan / tukang gambar 2. Mekanik 3. Kod fonetik antarabangsa 4. Khidmat masyarakat Kumpulan C – Kesungguhan 1. Pengembaraan 10 km / 40 km 2. Gimnastik / seni mempertahankan diri 3. Membuat bekalan daripada makanan kering 4. Melakukan satu kegiatan luar berikut Memanah Memancing Kajian barang purba Kajian isi bumi Pemeliharaan alam sekitar 5. Simpulan dan Ikatan Simpul abah-abah (manharness knot) Lilit tindih kejap (rolling hitch) Simpul ngah (middleman’s knot) Tindih kasih air (water bowline) Ikatan pengail (fisherman’s hitch) Lilitan tong (barrel hitch) Sambatan mata (eye splice) Lilitan kacang/ular (floor stroke/snake lashing) Ikatan silang tungku (tripod lashing) 6. Mendirikan pondok sementara (bivovac) 7. Projek perintis


• Lencana Kemajuan – Lencana Jaya d. Kejayaan Kumpulan D – Masyarakat 1. Menyedia, memasak dan melayan 2. Pertunjukkan hiburan amatur 3. Merancang dan menjalankan malam pengakap e. Perkhidmatan 1. Rawatan dan Pertolongan cemas rawatan patah tulang. usungan pesakil. 2. Kegunaan kayu tuap 3. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut 4. Perkhidmatan enam jam


Skim Latihan Pengakap Remaja Unit Pengakap Remaja adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak-kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak- budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umur 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Tujuan bahagian ini adalah untuk membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mudanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.


• Lencana Jayadiri Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain. 4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan. 5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.


• Lencana Kemahiran Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup. Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut: 1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut. 2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut: Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know) Simpul Raga (Carrick Bend) Simpul Serban (Turk's Head) Simpul Buaian (Scaffold Hitch) Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend) Monyet (Monkey Fist Knot) Sambat Pendek (Short Splice) Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing) Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing) Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch) 3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu: '3-2-1' 'log&picket' 'dead-man'


• Lencana Kemahiran 4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau ' aerial runway ' tidak kurang daripada 5meter tinggi atau panjang. 5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering ' dan cara membuat ' cross-bearing ' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas. 6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac ' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur. 7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast. 8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar. 9. Membuat SATU model projek perintis.


• Lencana Kemahiran 10. Lakukan 1 yang berikut : - -Berenang 50meter berpakaian lengkap -Melempar tali yang panjangnya 20meter sejauh 12meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan. ATAU -Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk ' abseilling ', langkah keselamatan, sistem belay, cara ' abseilling ' dan melakukannya sejauh 8 meter.


• Lencana Kemahiran -Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya. melalui titi goyang. melalui titi komando. melalui titi pacak. bergayut tali. bergayut monyet. merangkak 'deadman ' s crawl'. menyusupi halangan tayar. merangkak bawah jaring. melalui terowong. memanjat tali. memanjat pokok memanjat tangga. memanjat tembok. memanjat batang pokok. -Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)


• Lencana Kegiatan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam Ketukangan, Tarian Kebudayaan, Seni Krat, Pertanian, Seni Muzik, Seni Beladiri, ICТ dan pengendalian Urusetia. 1. Pementasan - Mengambil bahagian Utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan diperingkal sekolah atau mana-mana peringkat lain. ATAU 2. Pertukangan Kayu / Logam - Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya.


• Lencana Kegiatan ATAU 3. Tarian Kebudayaan - Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsan yang benkut aitu Joget, Inang, Canggong, Zapin, Sumazau, Ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam Kebudayaan Negara. ATAU 4. Kraftangan/ Kerjatangan - Membuat satu perkara di bawah ini yang memuaskan dengan usaha sendiri: Ciptaan seni ukir / seni arca Cap mengecap batik Anyaman tradisional Lukisan mural Jahitan / tenunan/ tekat / gubahan! kait-mengait ATAU 5. Seni Mempertahankan Diri - Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan drn seperti Silat, Kung Fu, Silambam, Taekwondo, Karate dan sebagainya.


• Lencana Kegiatan ATAU 6. Muzik - Dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional. ATAU 7. Urusetia - Mengelolakan satu perjumpan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya. ATAU 8. Pertanian - Mengetahui cara membuat tut. - Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok. - Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg pasu.


• Lencana Kegiatan ATAU 9. Komputer - Mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer. - Mengetahui cara mengendali sebuah mikrokomputer dan faham apa sistem pengoperasian OS (Operating System). - Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industri. - Mengetahui jenis perisian yang terkini dari segi penggunaan. - Menyediakan dengan memuaskan satu pengaturcaraan komputer (Windows) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti berikut: pemprosesan perkataan (seperti Ms Office, Ms Word) Sistem pengurusan pangkalan data (seperti Ms Access) persembahan multimedia (seperti Ms Powerpoint)


• Lencana Ekspedisi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki Gunung, berjalan kaki dan melengkapkan Log Ekspedisi seperti disyaratkan. 1. Latihan Ekspedisi Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg termasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haversack).


• Lencana Ekspedisi - Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 8Okm ATAU 150km berbasikal dengan melaksanakan tugasan. - Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau. - Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' atau seumpamanya. - Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam. ATAU - Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang dari 40km dalam masa 24 jam terus-menerus dengan melaksanakan tugasan. - Perjalanan hendaklah meliputi pinggiran bandar, desa atau luar bandar. - Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara 'backwoods' atau seumpamanya. - Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.


• Lencana Ekspedisi ATAU - Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50km selama 4 hari 3 malam di sungai atau persisiran pantai. ATAU - Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang 4,500 kaki dari aras laut. 1. Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya dan hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi.


• Lencana Perkhidmatan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan, kemahiran, kecekapan dalam pertolongan Cemas, Kebombaan, Penyelamat Nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya. 1. Menyelamatkan Nyawa. Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut: - Pertolongan Cemas - Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau St. John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya). - Pemadam Api - Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Click to View FlipBook Version