AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABBM/CATATAN mali 3 1) Guru akan menyemak tugasan amali 3 setiap pelajar - Pelajar melakukan pembetulan jika berlaku kesilapan. 2) Guru meminta semua pelajar mencetak tugasan amali 3 yang telah siap disemak - Pelajar mencetak tugasan amali 3 yang telah disemak oleh guru komputer / PC han n dengan 1) Guru membuat rumusan kepada isi pelajaran. - Pelajar mendengar rumusan yang disampaikan oleh guru. 2) Guru menerangkan serba sedikit tugasan amali untuk kelas akan datang dan meminta pelajar bersedia untuk tugasan tersebut. - Pelajar membuat catatan dan membuat persediaan bagi tajuk akan datang 3) Guru memberi ucapan terima kasih kepada pelajar atas tumpuan yang diberikan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. - Pelajar juga mengucap terima kasih kepada guru.
JUR MINGG
NAL GUAN
JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 1 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 10 - 14 Oktober 2022 TAJUK : Aktiviti Minggu Pertama PERISTIWA : Minggu pertama telah berjalannya minggu peperiksaan dan Majlis Graduasi Sijil Vokasional bagi KVTAA. Pelajar menumpukan sepenuh perhatian dalam mengulang kaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan. Pelatih juga serba sedikit membantu dalam persiapan Majlis Graduasi Sijil Vokasional. REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan Sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung semua pelajar sibuk dalam menyiapkan persiapan bagi menduduki peperiksaan seperti mengulang kaji pelajaran bersama guru-guru dan ulang kaji berkumpulan. Selain itu, para guru dan pelajar-pelajar juga sibuk dalam menyiapkan Majlis Graduasi Sijil Vokasional bagi KVTAA dan raptai Majlis Graduasi Sijil Vokasional bagi KVTAA juga dijalankan pada sehari sebelum majlis tersebut. Pelatih mengambil peluang untuk mengikuti raptai Majlis Graduasi Sijil Vokasional dimana ia berlangsung pada hari rabu. Pada minggu ni juga pelajar bertungkus lumus menyiapkan laporan projek mereka. Pelatih berasa sangat gementar pada mulanya, namun perasaan tersebut beransur-ansur hilang dan mula untuk membina keyakinan dalam diri bagi membuang perasaan gugup. Bagi membina keyakinan dalam diri, pelatih cuba untuk berkomunikasi bersama guru-guru KVTAA terutamanya guru-guru bahagian KSK dan pelajar-pelajar KVTAA. Namun keyakinan dalam diri masih lagi kurang dan sedikit sebanyak menyukarkan pelatih dalam pergaulan. Tetapi guru-guru KSK banyak membantu pelatih dan sangat menitik berat akan keadaan pelatih. Selain itu, guru-guru KSK juga banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan tugastugas sabagai guru selain tugas mengajar seperti menyiapkan laporan program KV, menjalankan persiapan majlis graduasi dan sebagainya.
JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 1 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 17 - 21 Oktober 2022 TAJUK : Aktiviti Minggu Kedua PERISTIWA : Minggu kedua adalah masih minggu peperiksaan. Pelajar menumpukan sepenuh perhatian dalam mengulang kaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan. Pada minggu kedua ini juga, pelatih telah diberi beberapa tugasan seperti membangunkan fail MBOT dan membantu dalam pengawasan kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berjalan.
REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan Sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung semua pelajar sibuk dalam menyiapkan persiapan bagi menduduki peperiksaan seperti mengulang kaji pelajaran bersama guru-guru dan ulang kaji berkumpulan. Pelatih diberikan kepercayaan oleh pihak KSK atau ICT untuk mengawasi peperiksaan yang dijalankan di makmal KSK 1 dimana pelatih telah ditugaskan untuk mengawasi peperiksaan bagi Programming Language. Peperiksaan tersebut adalah melibatkan pelajar-pelajar 2 DVM KSK iaitu seramai 16 orang. Peperiksaan tersebut mempunyai 2 sidang, sidang pertama dijalankan pada sebelah pagi manakala, sedang kedua pula dijalankan pada sebelah petang. Selain itu, pelatih juga diberi tanggungjawab dalam membangunkan dan menyiapkan fail MBOT bagi unit ICT. Tugasan ini memakan masa dimana terdapat banyak dokumen yng perlu dicetak oleh pelatih. Oleh itu, pelatih telah memulakan tugasan tersebut dengan mencetak beberapa fail terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke ddalam fail. Pada minggu kedua juga, pelatih telah diberi tugasan untuk membantu para guru KSK dalam pengawasan kelas pengajaran dan pembelajaran. Dimana pelatih diminta untuk membantu Cikgu Shuhada dalam mengawal kelas pelajar DVM menjalankan tugasan amali bagi subjek Network Cabling And Installation Management. Pada mulanya pelatih berasa sangat gugup kerana itu merupakan kali pertama pelatih diberi tanggungjawab dalam membantu mengawal kelas pengajaran dan pembelajaran, namun perasaan tersebut beransur-ansur hilang dan mula untuk membina keyakinan dalam diri bagi membuang perasaan gugup. Bagi membina keyakinan dalam diri, pelatih cuba untuk berkomunikasi bersama pelajar-pelajar KSK sewaktu membantu dalam mengawal kelas cikgu Shuhada. Perkara itu sedikit sebanyak membantu pelatih dapat menyesuaikan diri bersama para pelajar. Guru-guru KSK juga banyak membantu pelatih dan sangat menitik berat akan keadaan pelatih. Selain itu, guru-guru KSK juga banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan tugas-tugas sabagai guru selain tugas mengajar seperti membangunkan fail MBOT dan cara pengawalan kelas.
LAMP BAH PENGA
PIRAN HAN AJARAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME IT-030-3:2013 : COMPUTER NETWORK SERVICES TAHAP DAN SEMESTER/ LEVEL AND SEMESTER 3 (SEMESTER 2) KOD, TAJUK KURSUS DAN KOMPETENSI (KV) / COMPETENCY (KV), COURSE TITLE AND CODE KSK2013: COMPUTER SYSTEM SOFTWARE INSTALLATION K1 CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION K2 SET-UP COMPUTER PERIPHERALS K3 CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST K4 PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO. DAN TAJUK KOMPETENSI (NOSS) / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT (NOSS) CO1 : COMPUTER SYSTEM SET-UP WA1 : ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER WA2 : PREPARE COMPUTER SET-UP TOOLS,COMPUTER HARDWARE PART AND COMPUTER SOFTWARE WA3 : SET-UP COMPUTER HARDWARE WA4 : CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION WA5 : SET-UP COMPUTER PERIPHERALS WA6 : CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST WA7 : PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. KSK2013/P(1/9) Muka Surat : 1 Drp / 9 NO. KOD NOSS / NOSS CODE NO IT-030-3:2013/C01/P(1/9)
TAJUK : SISTEM PENGOPERASIAN TUJUAN / PURPOSE : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis-jenis perisian komputer untuk installation, kaedah pemasangan perisian serta prosedur yang betul serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan. PENERANGAN / INFORMATION: 1. SISTEM PENGOPERASIAN (OS) KOMPUTER Rajah 1: Sistem Operasi Sistem pengoperasian (OS) adalah sebuah perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sebuah sistem komputer. Apabila komputer anda mula dihidupkan BIOS akan dibaca dan dijalankan untuk mengesan perkakasanperkakasan asas seperti cakera keras (hard disk), jumlah memori dan jenis pemproses, setelah itu sistem pengoperasian (OS) pula akan dibaca dan dimasukkan ke dalam memori. 1.1 JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN (OS) Unix Linux MacOS Dos Microsoft Windows
a) Sumber Terbuka (Open Source) i) UNIX a) UNIX adalah antara sistem pengoperasian (OS) yang pertama ditulis di dalam bahasa atur cara peringkat tinggi iaitu Bahasa C (C Language). b) Secara amnya ia boleh dilaksanakan di mana-mana komputer yang mempunyai pengkompil C (C Compiler). c) Dengan ciri-ciri seperti berkuasa, portable dan fleksibel, UNIX menjadi sistem pengoperasian (OS) yang utama terutamanya untuk stesen kerja (workstation). d) Ia adalah kurang popular di kalangan komputer peribadi di mana ia dikenali sebagai Xenix (Microsoft) dan A/UX (Macintosh). e) Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja komputer peribadi mempunyai keupayaan yang cukup untuk mengeksploitasi sepenuh kelebihan UNIX. f) Antara versi UNIX yang popular untuk komputer peribadi ini ialah seperti LINUX dan MINIX. ii) LINUX Rajah 3 : Perisian Linux Rajah 2: Perisian Unix
a) Linux adalah sistem pengoperasian (OS) seperti UNIX, yang merupakan implementasi independen dari POSIX, meliputi truemultitasking, virtual memory, shared libraries, demand-loading, proper memory management, dan multiuser. b) Linux masih dikembangkan oleh kelompok-kelompok open source , yang banyak dijumpai di Internet, tukar-menukar kod, dan menyelesaikan segala masalah yang ada. c) Sekarang Linux boleh diperoleh dari sumber-sumber yang umum digunakan, misalnya RedHat (Fedora), Debian, Slackware, Caldera, Stampede Linux, TurboLinux, suse dan lain-lain. d) Linux adalah sistem UNIX yang lengkap, boleh digunakan untuk jaringan (networking), pengembangan perisian, dan bahkan untuk sehari-hari. e) Linux sekarang merupakan alternatif sistem pengoperasian (OS) yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Sistem Pengoperasian (OS) komersial, dengan kemampuan Linux yang setara bahkan lebih. b) Berlesen Rajah 4: Perisian Mac OS iii) MacOS a) MacOs dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. b) MacOs tidak boleh beroperasi pada cip-cip Intel, AMD atau Cyrix. MacOs dibangunkan untuk cip mikropemproses yang dibuat oleh Motorolla seperti cip-cip 6800, 68020, 68030 dan yang terbaru mikropemproses G4. c) Ini bermakna, aturcara-aturcara DOS atau Windows tidak boleh dijalankan di MacOs dan sebaliknya.
d) MacOS adalah suatu sistem pengoperasian yang berkuasa dan mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya dengan gandingan penggunaan perkakasan terbaru yang dikeluarkan oleh Apple seperti iMac, Apple G3, G4, Macintosh G4 Power Cube dan lainlain. e) Di antara kelebihannya ialah pantas dan laju, grafik yang menarik dan sesuai untuk hardcore designer kerana ianya dapat melakukan tugas-tugas image editing dengan lebih pantas, berkesan, serta menarik. f) Selain itu, ia adalah sistem pengoperasian yang paling mudah di dunia dan untuk memasang (install) MacOs, ia hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja, sementara Windows XP pula mengambil masa selama 120 hingga 360 minit. iv) DOS a) DOS adalah singkatan bagi “Disk Operating System”. b) Ia adalah sebuah sistem pengoperasian CUI (Character User Interface) dan bukannya GUI (Graphical User Interface). c) DOS juga tidak dapat melakukan kerja-kerja multitasking. Sebagai contoh, kita tidak boleh menjalankan perisian kalkulator dan pada masa yang sama membuat pemprosesan perkataan. d) Jika hendak melakukan sebarang pengiraan, kita terpaksa keluar dari perisian pemprosesan perkataan tersebut dan menjalankan perisian pengiraan yang berkenaan. e) Terdapat tiga sistem pengoperasian yang memanggil dirinya DOS iaitu: • Microsoft DOS (MS-DOS) • IBM PC-DOS • Novell DOS • 1.1 FUNGSI SISTEM PENGOPERASIAN a. Terdapat 4 fungsi utama sistem pengoperasian iaitu: i) Menguruskan proses-proses seperti menjalankan beberapa aplikasi pada satu masa. ii) Menguruskan pembahagian dan penggunaan memori utama di antara aplikasiaplikasi. iii) Menguruskan dan membaca fail-fail di dalam cakera keras.
iv) Menguruskan peranti-peranti input dan output (I/O) seperti kad video, papan kekunci dan tetikus. b. Menguruskan proses-proses seperti menjalankan beberapa aplikasi pada satu masa i) Tugas utama sesebuah OS ialah untuk menguruskan proses-proses yang perlu diproses oleh pemproses. ii) Fungsi ini mengendalikan penjadualan dan sistem penggiliran di antara aplikasiaplikasi yang sedang berjalan pada satu-satu masa supaya dapat diproses oleh pemproses dengan cara bergilir. iii) Kerja ini perlu dilakukan dengan efisien supaya kesemua aplikasiaplikasi itu seolaholah berjalan serentak. iv) Tugas ini dipanggil multitasking atau multi tugas. v) Satu lagi tugas yang berkaitan ialah multireading iaitu apabila sesebuah aplikasi itu mempunyai beberapa proses yang boleh dijalankan serentak, sebagai contohnya sesebuah pemproses perkataan boleh mengedit sebuah dokumen dan mencetak dokumen lain pada masa yang sama. c. Menguruskan pembahagian dan penggunaan memori utama di antara aplikasi-aplikasi i) Tugasan pembahagian memori pula tidak kurang pentingnya kerana jumlah memori adalah terhad, sebagai contohnya 32MB atau 64MB manakala jumlah aplikasi yang sedang dijalankan memerlukan jumlah memori yang lebih banyak daripada memori yang sedia ada. ii) Jika jumlah memori utama tidak mencukupi maka OS akan menggunakan ruangan cakera keras sebagai memori maya (virtual memory) yang bertindak sebagai memori tambahan walaupun ianya lebih lambat berbanding dengan memori utama. d. Menguruskan dan membaca fail-fail di dalam cakera keras i) Tugasan ini diperlukan kerana sesebuah fail itu disimpan di dalam cakera keras dalam beberapa segmen yang perlu dibaca dan dicantumkan semula menjadi satu dokumen atau aplikasi yang diperlukan oleh pengguna atau sesebuah aplikasi. ii) Lokasi di mana fail-fail ini disimpan dalam cakera keras dan diletakkan di dalam sebuah fail yang diberi nama FAT (File Allocation Table) dalam DOS. iii) Selain itu, sistem pengoperasian (OS) juga menyediakan kemudahankemudahan berkaitan seperti untuk menyalin (copy) dan memadam (delete) fail-fail.
e. Menguruskan peranti-peranti input dan output (I/O) seperti kad video, papan kekunci dan tetikus i) Tugasan terakhir yang biasanya dilakukan oleh sebuah OS ialah menguruskan perantiperanti I/O seperti papan kekunci, kad video dan tetikus supaya interaksi dengan pengguna boleh berlaku baik dari segi penerimaan input (papan kekunci, tetikus dan pemacu CD-ROM) atau pemaparan output (skrin dan kad bunyi). ii) Biasanya tugasan ini dibantu oleh perisian pemacu (software driver) yang direka khusus untuk sesebuah peranti itu. iii) Perisian pemacu ini biasanya disertakan apabila kita membeli perantiperanti tersebut seperti kad bunyi atau pencetak. 1.2 SISTEM PENGOPERASIAN MODEN Dalam keadaan semasa, kebanyakan perisian yang digunakan adalah Desktop Operating System yang dibahagikan kepada tiga kumpulan ; iaitu Microsoft Windows, Apple Mac OS, dan Linux. Topik ini hanya berfokuskan kepada sistem pengoperasian Microsoft: • Windows 8.1 – Windows 8.1 adalah penaiktarafan daripada Windows 8. Ia menjadikan Windows lebih dikenali dalam kalangan pengguna yang menggunakan peranti sentuhan dan antaramuka tetikus dan papan kekunci. • Windows 8 – Ia dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi. • Windows 7 – Windows 7 merupakan pembaharuan kepada Windows XP atau Vista. Versi ini menambah baik dari segi GUI (Graphical User Interface) dan memberi persembahan yang lebih baik daripada versi sebelumnya • Windows Vista – Windows Vista adalah sistem pengoperasian bagi komputer peribadi. Windows ini telah menambah baik dari segi tahap keselamatan dan memperkenalkan antaramuka Windows Aero.
1.3 MEMILIH SISTEM PENGOPERASIAN Memahami bagaimana komputer digunakan adalah perkara yang perlu difahami dan diketahui apabila memperkenalkan sistem pengoperasian kepada pelanggan. Sistem pengoperasian yang dipilih perlulah bersesuaian dengan perkakasan dan keperluan aplikasi sedia ada. Untuk memilih sistem pengoperasian yang betul, juruteknik perlu mengetahui bajet, mengetahui tujuan komputer digunakan dan jenis aplikasi yang diperlukan. Berikut merupakan garis panduan yang boleh membantu dalam pemilihan sistem pengoperasian kepada pelanggan: • Does the customer use off-the-shelf applications for this computer? Off-the-shelf applications specify a list of compatible operating systems on the application package. • Does the customer use customized applications that were programmed specifically for the customer? If the customer is using a customized application, the programmer of that application specifies which OS to use SOALAN / QUESTION: 1.Nyatakan tiga (3) contoh sistem pengoperasi sumber terbuka. a. _______________________________________________________________________ b. _______________________________________________________________________ c. _______________________________________________________________________ 2. Apakah fungsi utama sistem pengoperasian? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCE : 1. http://awinwina06.blogspot.com/2011/08/apa-itu-perisian-komputer.html 2. http://ictbab2.blogspot.com/p/23-perisian.html 3. https://static-courseassets.s3.amazonaws.com/ITE6/en/course/files/5.2.1.7%20Lab%20- %20Install%20Windows%207%20or%20Vista.pdf
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET ) KOD DAN NAMA PROGRAM PROGRAM’S CODE & NAME IT-030-03:2013 PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER TAHAP DAN SEMESTER LEVEL AND SEMESTER 3 ( SEMESTER 2 ) KOD, TAJUK KURSUS DAN KOMPETENSI (KV) / COMPETENCY (KV), COURSE TITLE AND CODE KSK2013: COMPUTER SYSTEM SOFTWARE INSTALLATION K1 CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION K2 SET-UP COMPUTER PERIPHERALS K3 CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST K4 PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO. DAN TAJUK KOMPETENSI (NOSS) / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT (NOSS) CO1 : COMPUTER SYSTEM SET-UP WA1 : ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER WA2 : PREPARE COMPUTER SET-UP TOOLS,COMPUTER HARDWARE PART AND COMPUTER SOFTWARE WA3 : SET-UP COMPUTER HARDWARE WA4 : CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION WA5 : SET-UP COMPUTER PERIPHERALS WA6 : CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST WA7 : PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO.KOD KSKV KSKV CODE NO. KSK2013/P(2/9) Muka Surat : 1 Drp / 10 NO.KOD NOSS NOSS CODE NO. IT-030-03:2013-C01/P(2/9)
TAJUK : DEVICE DRIVER / PEMACU PERANTI TUJUAN / PURPOSE : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis-jenis perisian pemacu perkakasan komputer. PENERANGAN / INFORMATION PERISIAN PEMACU PERKAKASAN KOMPUTER (DEVICE DRIVER) a. Pemacu (Driver) Pemacu (driver) adalah satu program yang digunakan untuk memacu sesuatu perkakasan supaya perkakasan tersebut dapat berinteraksi dengan sistem pengoperasian. Pemacu (driver) perkakasan bertindak sebagai antara muka atau jambatan untuk komputer dan perkakasan berfungsi dengan baik. Biasanya fail pemacu (driver) akan dibekalkan semasa pembelian perkakasan dan juga boleh diambil dari laman web pengeluar perkakasan berkenaan. b. Device Manager Device Manager merupakan satu fail yang digunakan untuk menyimpan dan menukar maklumat mengenai peranti perkakasan (hardware device) yang dimuatkan (install) di dalam sesebuah komputer. Anda boleh lihat senarai peranti (device) dengan cara *klik kanan pada ikon My Computer, kemudian pilih Properties. Selepas itu, klik pada ikon Hardware dan pilih Device Manager pada paparan tersebut. *Nota: Untuk pengguna Windows XP.
Rajah 1: Langkah untuk melihat Device Manager c. Device (Peranti) i) Peranti adalah sebuah komponen atau peralatan yang disambung kepada komputer. Kebanyakan peranti perkakasan mempunyai programnya sendiri yang disebut device driver yang berfungsi sebagai antara muka (interface) atau jambatan untuk komputer dan perkakasan. ii) Jenis pemacu perkakasan komputer terdiri daripada :- a) Pemacu grafik (graphic driver) b) Pemacu kad bunyi (sound card driver) c) Pemacu chipset (chipset driver) d) Pemacu network (network driver) e) Pemacu monitor (monitor driver) d. Pengenalan jenis-jenis pemandu peranti komputer, i) Pemacu Grafik - Pemandu grafik adalah program yang mengawal bagaimana komponen grafik anda bekerja dengan seluruh komputer anda: perisian anda, seperti SketchUp, monitor, dan lain-lain. ii) Pemacu kad bunyi - Mendengar audio dari sistem komputer memerlukan kad bunyi. Dengan jenis kanan kad bunyi, anda boleh menutup komputer standard ke dalam sistem hiburan multimedia. Dalam usaha untuk membuat kad bunyi yang benar-
benar bekerja, kami juga memerlukan pemacu kad bunyi. Pelbagai pengeluar kad bunyi memberikan anda pemandu yang unggul menjadikan peranti mereka melaksanakan. iii) Pemacu Chipset - Pada satu masa, kebanyakan fungsi chipset yang telah dilakukan oleh pelbagai, cip pengawal yang lebih kecil. Terdapat cip berasingan (sering lebih daripada satu) bagi setiap fungsi: mengawal cache, persembahan capaian ingatan terus (DMA), pengendalian sampukan, memindahkan data melalui I / O bas, dan lain-lain Lebih masa cip ini telah bersepadu untuk membentuk set cip, atau chipset yang melaksanakan pelbagai ciri-ciri kawalan pada motherboard. Ini menggambarkan evolusi mikropemproses itu sendiri: pada satu masa banyak ciriciri pada Pentium contohnya ialah pada cip berasingan. Fungsi pemandu chipset ini adalah untuk mengawal pelbagai jenis cip di papan ibu supaya mereka boleh melaksanakan dengan cekap. iv) Pemacu Network - pemandu peranti rangkaian adalah pemacu peranti yang membolehkan peranti rangkaian untuk berkomunikasi antara komputer dan sistem operasi dan juga dengan komputer rangkaian yang lain dan peranti rangkaian. v) Pemacu Monitor - pemandu Monitor khusus untuk monitor. Mereka biasanya fail teks yang memberitahu sistem pengoperasian monitor adalah dan apa yang ia mampu. Mereka tidak perlu untuk monitor berfungsi KEFUNGSIAN PERKAKASAN OS menguruskan hubungan antara aplikasi dan perkakasan. Untuk mengakses dan berkomunikasi dengan setiap komponen perkakasan, OS akan menggunakan program yang dipanggil Device Driver. Apabila peranti perkakasan dipasang, OS akan menempatkan dan memasang pemacu peranti. Proses pemasangan peranti dilakukan dengan menggunakan sistem plug-and-play (PnP). OS akan mengkonfigurasi peranti dan menaiktaraf yang mana sistem pangkalan data telah mengandungi kesemua maklumat tentang komputer tersebut. Jika OS tidak boleh menempatkan pemacu peranti, juruteknik perlu memasang pemacu
secara manual sama ada menggunakan media yang diberi bersama dengan peranti atau perlu memuat turun pemacu daripada laman web pembuat. PERISIAN APLIKASI a. Perisian Aplikasi (Application Software) ialah sejenis program yang akan digunakan untuk menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan dengan menggunakan komputer. b. Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan adalah seperti: i) Menghasilkan dokumen. ii) Memproses teks atau laporan. iii) Menghasilkan grafik atau lukisan. iv) Pengiraan akaun. v) Menghasilkan animasi. c. Jenis-jenis Perisian Aplikasi (Application Software) i) Perisian Aplikasi (Application Software) terbahagi kepada 4 kategori iaitu: a) Word processing software • Digunakan untuk menghasilkan dokumen seperti surat, memorandum dan brochures. • Contoh: Microsoft office word ii) Spreadsheet software a) Digunakan untuk pengiraan nombor di dalam keadaan row dan columns. b) Software ini juga sesuai digunakan untuk aktiviti kewangan seperti budget. c) Contoh: Microsoft office Excel iii) Database software a) Digunakan untuk menyimpan data organisasi, mengeluarkan data dan melihat data dalam pelbagai format. b) Contoh : MysQL iv) Presentation graphics software a) Digunakan untuk menghasilkan dokumen di dalam bentuk slide untuk membantu memberi penerangan kepada umum. b) Ia juga digunakan dalam penghasilan buku-buku ilmiah dan sebagainya. c) Contoh: Microsoft office powerpoint, prezi
d. Terdapat juga pelbagai jenis software telah dihasilkan. Antaranya termasuklah dalam bentuk rujukan, pembelajaran, hiburan, photo dan video editing, multimedia authoring dan komunikasi. e. Contoh perisian untuk edit video : Windows Live movie maker, Adobe Illustrator f. Contoh perisian untuk edit audio : Audacity g. Contoh perisian untuk edit gmbar : Adobe Photoshop h. Perisian aplikasi (application software) boleh didapati dengan pelbagai bentuk lesen seperti packages, custom, freeware, public domain, shareware dan application service provider. i. Packages software i) Packages software ialah sejenis software yang mana boleh dibekalkan oleh sesuatu syarikat pengeluar di dalam bentuk pakej. ii) Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan software ini dan ianya mudah didapati samada melalui laman web dan sebagainya. j. Jenis-Jenis Lesen Perisian Aplikasi i) Freeware a) sejenis software yang boleh digunakan dan ianya tidak memerlukan kos untuk mendapatkanya. b) Software ini boleh dibuat salinan dan boleh juga didapati daripada internet. ii) Public-domain a) sejenis software yang dibekalkan percuma tetapi ianya digunakan untuk umum dan softwarenya tidak boleh dibuat salinan. iii) Shareware a) sejenis software yang boleh disalin dan digunakan dalam tempoh tertentu. b) Setelah tempoh tamat, sekiranya anda ingin meneruskan penggunaan program ia akan dikenakan bayaran dengan kadar tertentu kepada pengeluar software berkenaan. c) Penggunaan software ini biasanya didaftarkan dan akan diberi perkhidmatan seperti updated dan servis.
k. Antara kategori software yang boleh didapati termasuklah graphic program dan games.Beribu-ribu program software ingin boleh didapati daripada internet. KEPERLUAN MINIMUM PEMASANGAN PERISIAN a. Untuk pemasangan perisian, keperluan minimum biasanya diperlukan untuk PC untuk menyokong pelaksanaan perisian. Oleh itu dalam setiap pemasangan perisian biasanya keperluan asas adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: i) Ruang cakera keras ii) Memori iii) Pemproses iv) Pemacu optik Gambarajah 2: Keperluan minimum pemasangan perisian Windows XP Rajah 8: Keperluan minimum pemasangan perisian Windows Vista
• 1 gigahertz (GHz) or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit) • 16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64bit) • DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver Rajah 3 : Keperluan minimum pemasangan perisian Windows 7 b. Pemasangan kunci lesen Perisian - Untuk perisian berlesen biasanya ia akan datang bersama-sama dengan kunci lesen pemasangan. Kunci lesen pemasangan, juga dikenali sebagai perisian utama, adalah penting berasaskan perisian khusus untuk program komputer. Ia memperakui bahawa salinan program ini adalah asal. Pengaktifan kadangkadang dilakukan di luar talian dengan memasukkan kunci, atau dengan perisian seperti Windows 7, pengaktifan talian diperlukan untuk mencegah beberapa orang menggunakan kekunci yang sama. Tidak semua perisian mempunyai kunci produk, kerana beberapa penerbit boleh memilih untuk menggunakan kaedah yang berbeza untuk melindungi hak cipta mereka, atau dalam beberapa kes, seperti perisian sumber terbuka, perlindungan hak cipta tidak digunakan. Rajah 4: Pemasangan kunci lesen Perisian
SOALAN / QUESTION: 1. Berikan lima (5) contoh pemacu peranti. a. ________________________________________________________________ b. ________________________________________________________________ c. ________________________________________________________________ d. ________________________________________________________________ e. ________________________________________________________________ 2. Berikan dua (2) contoh perisian aplikasi yang digunakan untuk membuat persembahan slaid. a. ________________________________________________________________ b. ________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCE : 1. http://awinwina06.blogspot.com/2011/08/apa-itu-perisian-komputer.html 2. http://ictbab2.blogspot.com/p/23-perisian.html
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET ) KOD DAN NAMA PROGRAM PROGRAM’S CODE & NAME IT-030-03:2013 PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER TAHAP DAN SEMESTER LEVEL AND SEMESTER 3 ( SEMESTER 2 ) KOD, TAJUK KURSUS DAN KOMPETENSI (KV) / COMPETENCY (KV), COURSE TITLE AND CODE KSK2013: COMPUTER SYSTEM SOFTWARE INSTALLATION K1 CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION K2 SET-UP COMPUTER PERIPHERALS K3 CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST K4 PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO. DAN TAJUK KOMPETENSI (NOSS) / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT (NOSS) CO1 : COMPUTER SYSTEM SET-UP WA1 : ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER WA2 : PREPARE COMPUTER SET-UP TOOLS,COMPUTER HARDWARE PART AND COMPUTER SOFTWARE WA3 : SET-UP COMPUTER HARDWARE WA4 : CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION WA5 : SET-UP COMPUTER PERIPHERALS WA6 : CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST WA7 : PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT NO.KOD KSKV / KSKV CODE NO. KSK2013/P(3/9) Muka Surat : 1 Drp / 7 NO.KOD NOSS / NOSS CODE NO. IT-030-03:2013-C01/P(3/9)
TAJUK : SOFTWARE UPDATE TUJUAN / PURPOSE : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai cara-cara untuk melakukan software update. 1. SEMAK KESESUAIAN SISTEM PENGOPERASIAN Sistem Pengoperasian perlu dinaiktaraf secara berkala supaya ia bersesuaian dengan perkakasan dan perisian terbaru. OS juga digalakkan untuk diperbaharui apabila pembuatannya diberhentikan. Memperbaharui OS boleh meningkatkan tahap persembahannya. Perkakasan terbaru biasanya akan menggunakan OS versi terbaru supaya ia dapat dipasang dan berfungsi dengan baik. Walaupun proses memperbaharui OS adalah mahal, namun ia juga memudahkan proses pemilihan, pemasangan perkakasan yang terbaru kerana kebanyakan perkakasan yang dijual kini memerlukan kesesuaian OS versi baharu. Sebelum menaiktaraf sistem pengoperasian, pastikan keperluan minimum perkakasan disemak supaya ia bersesuaian dengan OS yang baharu supaya kesemua perkakasan dapat dipasang dengan baik pada komputer. a) Panduan menaiktaraf OS Pihak Microsoft telah menyediakan utility percuma dipanggil sebagai Upgrade Assistant dalam Windows 8.1 dan 8, dan Upgrade Advisor dalam Windows 7 dan Vista. Utiliti ini menyemak sistem perkakasan dan perisian yang tidak mengikut kesesuaian sebelum menaiktaraf OS terbaru. Utiliti ini akan mengeluarkam laporan berkaitan maslah yang dihadapi dan membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anda juga boleh memuat turun Upgrade Advisor ini daripada laman web Microsoft Windows.
Rajah 1 : Upgrade Advisor untuk Windows 7 2. MENAIKTARAF SISTEM PENGOPERASIAN WINDOWS Proses menaiktaraf OS adalah lebih cepat daripada memasang OS yang baru. Proses naiktaraf adalah bergantung pada versi OS yang dipilih. Sebagai contoh, tetapan utility telah menggantikan fail Windows dengan fail Windows 8.1. Walau bagaimanapun, aplikasi dan tetapan sedia ada telah disimpan sebelum menaiktaraf OS. Versi OS menentukan ketersediaan pilihan naiktaraf. Sebagai conoth, OS 32-bit tidak boleh menaiktaraf kepada OS 64-bit. Contoh lain adalah, Windows XP tidak boleh menaiktarag kepada Windows 8.1. Sebelum menaiktaraf, pastikan anda menyemak laman web pembangun OS terlebih dahulu. Sebelum melakukan naiktaraf pastikan anda membuat back-up kesemua data untuk mengelakkan daripada berlaku kehilangan data dan masalah ketika proses pemasangan berlaku. Berikut merupakan langkah untuk menaiktaraf kepada Windows 8.1. Langkah 1. Masukkan CD/DVD Windows 8.1 ke dalam pemacu optic. Kemudian, Set Up window akan terpapar Langkah 2. Pilih Install now. Langkah 3. Anda diminta untuk memuat turun sebarang makluman penting berkaitan kemaskini pemasangan Langkah 4. Klik pada Agree to the End User License Agreement (EULA), dan klik Next. Langkah 5. Klik Upgrade. Sistem telah mula membuat salinan fail pemasangan Langkah 6. Ikut langkah naiktaraf sehingga selesai. Apabila proses naiktaraf telah selesai komputer anda akan restart.
Rajah 2 : Upgrade Windows 3. WINDOWS UPDATE Rajah 3 : Windows Update untuk Windows 7 Microsoft Windows Update digunakan untuk mengimbas perisian baru dan memasang service packs dan patches. Verikut merupakan langkah-langkah untuk memasang patches dan service packs dalam Windows 7. Rajah 2 menunjukkan perkara yang perlu dikemaskini dan dipasang. Klik Start > All Programs > Windows Update
4. KEMAS KINI PERISIAN Rajah 5: Paparan Kemaskini Pemacu a. Mengemaskini Perisian Aplikasi i) Mengenalpasti Perisian Aplikasi a) Meliputi perisian yang membolehkan seseorang melakukan tugastugas atau aplikasi yang dikehendaki b) Prosedur untuk semakan: • Tekan menu Start ⇒ Settings ⇒ Control Panel • Pilih ikon Add/Remove Programs • Antaramuka Add/Remove Programs Properties akan dipaparkan. Kita boleh menyemak perisian aplikasi pada senarai yang disediakan. • Klik Ok untuk keluar dari antaramuka tersebut. ii) Memperbaharui Perisian Aplikasi Rajah 4: Paparan Kemaskini Sistem
a) Proses install sesebuah perisian aplikasi kepada versi yang lebih tinggi juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu: • CD full version • CD Upgrade • Internet Nota: Sekiranya menggunakan CD full version, pengguna perlu membuang (remove) perisian aplikasi yang lama terlebih dahulu sebelum menginstall perisian aplikasi yang baru Bagi CD upgrade pula, pengguna hanya perlu reinstall terus tanpa remove dahulu perisian yang lama b. Mengemaskini perisian pemacu perkakasan i) Sebahagian daripada perkakasan komputer memerlukan pemacunya (driver)sendiri untuk bekerja dengan sempurna. Setelah memasang perkakasan tersebut pada sistem komputer, kita perlu memasang pemacu supaya perkakasan tersebut dapat berfungsi. ii) Oleh kerana peredaran masa dan teknologi semakin canggih, maka pengeluar perkakasan berlumba-lumba mengeluarkan perkakasan terbaru yang lebih canggih dan sempurna mengikut peredaran semasa. Maka dengan ini perkakasan memerlukan pemacu baru jika anda menukar perkakasan baru dan memerlukan pemacu baru juga jika pengeluar perkakasan tersebut menaiktarafkan kemampuan perkakasan tersebut yang dipanggil “version”. iii) Setiap pengeluar memperbaharui “update” setiap perkakasan yang dikeluarkan supaya dapat bersaing di pasaran dan memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa. iv) Oleh yang demikian mengemaskini pemacu perkakasan komputer penting untuk mendapatkan kemudahan yang lebih canggih mengikut edaran semasa. v) Bagi mengemaskini pemacu perkakasan ini kita boleh dapatkannya dari pembekal perkakasan itu sendiri atau pun yang lebih cepat adalah melalui internet. Kita boleh muat turun pemacu perkakasan tersebut terus ke komputer.
vi) Setelah kita mengemaskini pemacu perkakasan dengan yang baru secara automatiknya pemacu perkakasan yang lama akan hilang. SOALAN / QUESTIONS: 1. Nyatakan tujuan kemaskini perisian dilakukan. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Nyatakan panduan untuk menaiktaraf komputer. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCE : 1. http://awinwina06.blogspot.com/2011/08/apa-itu-perisian-komputer.html 2. http://ictbab2.blogspot.com/p/23-perisian.html