Bagi Muhaimin, ia adalah satu permulaan yang terbaik bagi dirinya dalam perjalanan mencari erti hidup yang lebih bermakna. Walaupun perit untuk berpisah dengan keluarga, itu adalah pilihan terbaik untuknya dalam proses menjadi insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Habibah sekeluarga pernah didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah bagi melihat perkembangan peribadi dan sosial Muhaimin. “Begini puan, merujuk pada rekod kami, Muhaimin kerap ponteng sekolah dan bergaduh. Sebagai langkah terbaik demi masa depan Muhaimin, JKM mencadangkan Muhaimin ditempatkan di STB mengikut garis panduan ditetapkan. Kami akan pantau perkembangan anak puan daripada semasa ke semasa,” terang pegawai JKM. Selepas dua bulan di rumah tanpa berbuat apa-apa Muhaimin dengan rela hati minta dihantar ke STB dan memohon restu Habibah dan Fuad untuk kehidupan barunya di situ. “Selesakan diri Min dulu di sini. Nanti mama dan abah datang jenguk. Tak usah risau kerana di sini, kamu semua sama sahaja. Sama level. Sama-sama buat silap dan sama-sama tentukan hala tuju hidup kita.” “Doakan Min lebih berjaya,” kata Muhaimin sambil memeluk erat tubuh Habibah. “Banyak aktiviti kamu boleh buat di STB. Masak, bermain, mengemas, belajar, mengaji, sertai bengkel-bengkel yang ada pasti kamu dapat lupakan kejadian yang menimpa diri,” jelas pegawai JKM lagi. “Rekod peribadi saya buruk puan. Adakah saya masih diterima di STB?” 138
“Diri boleh dibentuk semula kalau ada jalan dan kemahuan. Pada peringkat awal ia nampak susah tapi lama kelamaan, kamu boleh belajar daripada kesilapan,” jelas pegawai JKM lagi. “Saya akui, saya malas belajar, suka ponteng sekolah, bergaduh tapi percayalah saya tidak pernah melakukan perbuatan sepertimana saya dituduh sebelum ini.” “Bersyukurlah, kerana kamu masih diberi peluang untuk berubah. Insha Allah, kamu akan berjaya di sana nanti. 139
Jangan pernah menyesali sehari dalam hidupmu. Hari-hari baik memberimu kebahagiaan dan harihari buruk memberimu pengalaman.
MENCARI JALAN PULANG HAKIMI merenung ke luar tingkap biliknya. Memandang dada langit yang membiru. Mata bundarnya tertancap pada kepulan awan kelabu yang sedang bergerak. ‘Macam nak hujan,’ bisik hati kecil Hakimi. Ingatan Hakimi terarah ke kampung halaman yang lama ditinggalkan sejak menghuni bangunan batu tersergam di atas bukit itu. Rindunya aku nak main hujan macam dulu-dulu. Kak Long selalu marah kalau aku main dalam hujan. Nanti demam katanya. Kak long, Kimi rindu sangat. Namun, rindunya hilang semerta apabila teringat akan kata-kata kak long yang menuduhnya mencuri duit ibu mereka. “Sampai hati Kak Long buat report polis kata Kimi curi duit mak.” Hujan tiba-tiba menggila. Berselang seli dengan ribut yang kuat. Tempiasnya menyinggah ke pipi Hakimi sekali gus memutuskan ingatan Hakimi terhadap Kak Long. ‘Maafkan Kimi, kak long,’ Hakimi menarik daun tingkap dengan kemas untuk menghalang tempias hujan melepasi kamar tidurnya. 141
Gara-gara termakan bujukan kawan, Hakimi akhirnya tewas dan mula kenal pelbagai jenis dadah pada usia 14 tahun. Pil Eramin 5, air ketum dan ice baby menjadi ‘makanan’ Hakimi secara total ketika berusia 17 tahun. Tetapi, Hakimi bijak menyimpan rahsia. Hakimi hanya pulang ke rumah dalam keadaan sihat dan segar. Bukan di bawah pengaruh dadah. Hakimi juga cekap mengaburi mata kedua ibu bapanya, Hafsah dan Hashim dengan penampilan dirinya sebagai anak yang baik, bertangunggjawab dan saling menyayangi di kalangan adik beradiknya seramai lapan orang itu. Tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang tahu kegiatan hitamnya itu kecuali rakan yang ‘seangkatan’ dengannya. Sama-sama menjual dan menagih dadah. Hakimi juga seorang tokan dadah di kampungnya! Dia ‘raja’ dalam kalangan remaja seusianya. Hakimi adalah individu paling mudah dalam urusan jual beli pelbagai jenis dadah! ‘Asal barang boleh dibuat duit’ sudah memadai bagi Hakimi. Selama hampir tiga tahun, Hakimi bebas melakukan aktiviti hitamnya itu. Waktu persekolahan baginya adalah sesi yang membosankan. Hakimi kerap ponteng. Puas guru-guru memujuknya untuk fokus dalam pelajaran namun ia tak ubah seperti mencurah air di daun keladi. Sia-sia sahaja. Hakimi juga jarang ‘lekat’ di rumah. Masanya banyak dihabiskan bersama kawan-kawan malah ada ketikanya berhari-hari tidak pulang dan bermalam di rumah kawan atau di port mereka melepaskan ketagihan. Balik rumah apabila dia tidak berada di bawah pengaruh pil khayal. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu juga nasib diterima Hakimi. Tanpa sengaja, dia terbabit dalam pergaduhan sekali gus rahsianya terbongkar dan termasuk ‘jerat’ polis. 142
Malam itu Hakimi pulang dalam keadaan separuh sedar selepas mengambil pil khayal Eramin 5. Bahan terlarang itu telah menguasai pemikirannya. Kali ini Hakimi tersilap langkah. “Kak long tahu kau ambil kad bank mak, keluarkan duit RM3,000, takkan kau tak sedar. Engkau jangan tak mengaku ye, Kak long tahu ini kerja engkau. Menagih tak sudah-sudah.” Marah betul kak long pagi itu bila dia tahu Hakimi keluarkan simpanan ibu mereka. Kak long pun baru dapat tahu yang Hakimi seorang penagih dadah. Itupun selepas terserempak dengan kawan sekolahnya. “Dia nak pinjam duit saya buat beli dadah,” kata kawan Hakimi. Muka kak long menyinga. Tak disangka adik yang paling baik boleh kecundang dengan dadah. “Kimi tak sedar bila Kimi ambil duit tu. Sungguh kak long. Duit itupun Kimi tak tahu buat beli apa.” “Kau jangan tipu kak long. Kau ambil duit mak buat beli barang jahanam ‘tu kan!” Hakimi memang ingat nombor pin kad ATM itu kerana dia yang banyak membantu urusan Hafsah. Namun, kak long dan Hafsah tidak menyangka sama sekali, Hakimi sanggup berbuat demikian. Menghancurkan harapan Hafsah yang menatangnya bagai minyak yang penuh. Hakimi memang anak yang boleh diharap berbanding adik beradiknya yang lain. Tindak tanduk Hakimi malam itu sungguh berbeza. Dia seperti dalam dunia yang tersendiri. Melakukan perbuatan tanpa sedar. Kak long hanya memandang Hakimi sepintas lalu sebelum adiknya itu menghidupkan enjin motosikal berlalu pergi. “Itu nak ke mana pula...dah malam-malam buta ni,” jerit Kak Long sambil memuncungkan bibirnya. Kak long walaupun garang dia begitu mengambil berat terhadap Hakimi. Satu-satunya adik lelaki yang paling manja dengannya. 143
Kak long senyum sendirian teringat perbualannya dengan Hakimi beberapa hari sebelum adiknya ditahan polis selepas terbabit dalam kes pergaduhan dengan penduduk kampung. “Kak Long, Kimi nak duit sikit boleh? Nak beli baju sekolah baru. “Kau sekolah pun jarang pergi. Baju yang ada pun tak terpakai, nak beli baru lagi,” “Ala kak long ni, kalau Kimi minta duit dengan mak, dia bukan nak bagi pun, please kak long.” “Dapat gaji Nanti kak long bagi.” “Yeay, terima kasih kak long, sayang kak long dunia akhirat.” Bergelar tokan dadah dalam usia yang masih muda menjadikan Hakimi seorang individu yang berani kerana mampu menjerat lebih ramai orang mengambil bahan terlarang itu. “Berapa lu mau beli ini barang?” soal Apai kepadanya. Apai bimbang kegiatan mereka yang lebih tertumpu kepada golongan kanak-kanak dihidu pihak polis. “Aku nak beli satu batal dulu, RM3,000. Aku nak proses taruk dalam plastik kecil, lagi senang jual.” “Ok, nanti barang sampai, gua bagitau lu.” Hakimi tersenyum puas. ‘Modal RM3,000 boleh dapat RM7,000. Boleh makan besar.’ “Ok, nanti barang sampai, gua beritahu lu.” Hakimi mematikan enjin motosikalnya sebaik tiba di rumah kawannya, Romi. Gaya berjalan Hakimi yang masih di bawah pengaruh pil khayal itu sekejap ke kiri sekejap ke kanan diperhatikan Romi dari beranda rumahnya. “Kau ada barang tu?” “Ada duit ada barang bro, tak ada duit, sorry.” 144
“Bagilah, aku ada duit,” ujar Hakimi sambil berdiri di hadapan tangga rumah Romi. Tiba-tiba Hakimi terdengar bunyi bising di belakangnya. Saat dia menoleh, Romi cuba memukulnya dengan sebatang kayu tetapi Hakimi sempat mengelak. Angin tak ada, ribut tak ada, kedua-duanya bergaduh. Tidak semenamena Hakimi nampak beberapa penduduk kampung menghampiri dan cuba membelasahnya. Bagaimanapun, ayah Hakimi, Hashim tiba-tiba muncul dan cuba meleraikan pergaduhan. Hashim bagai naik hantu apabila melihat penduduk kampung cuba memukul anaknya. “Sudah, bawa anak kau balik, Tak fasal budak ni pecah berdarah nanti.” Terdengar satu suara garau singgah ke telinga Hashim. Hashim menarik tangan Hakimi dan bergegas pulang. Nampak riak muka Hashim menahan kemarahan pada skala tinggi kerana anaknya hampir menjadi mangsa amukan orang kampung. ‘Apa salah anak aku?’ Namun, sebaik tiba di persimpangan jalan, Hashim buat keputusan menuju ke balai polis untuk membuat laporan Hakimi dipukul. Selesai membuat aduan, Hashim dan Hakimi pulang ke rumah. Seperti tiada apa yang berlaku. Hakimi ke rumah Romi sekali lagi untuk mengambil Ysukunya tanpa bertemu Romi. Beberapa hari kemudian, Hakimi dihubungi pihak polis untuk hadir ke balai polis kononnya untuk teruskan siasatan yang belum selesai tetapi sebenarnya taktik untuk menahannya di atas aduan yang dibuat oleh kak long mengenai kes curi duit ibu mereka. Hakimi tidak mensyaki apa-apa sebaik tiba di balai polis namun dia menjadi cemas ketika diminta membuat ujian air kencing. ‘Kena buat urine test? Mesti sangkut ni.’ Hatinya mula tidak tenang. 145
Telahan Hakimi tepat. Dia didapati positif dadah. Rahsia yang cuba ditutup selama ini terbongkar jua akhirnya. Hafsah dan Hashim benar-benar terkejut apabila dimaklumkan keputusan ujian itu. “Ampunkan Kimi mak, Kimi janji Kimi tak akan ambil dadah lagi. Kimi menyesal tipu mak selama ini.” “Kalau Kimi betul-betul nak berubah, Alhamdulillah,” ujar Hafsah sambil memeluk dan mengusap kepala Hakimi dengan penuh kasih sayang. Saat meleraikan pelukan erat itu, air mata Hakimi tertumpah laju lalu melangkah pergi bersama pesalah lain diiring dua orang anggota polis. Hakimi direman untuk siasatan lanjut. Hati Hafsah bagai dihiris sembilu menahan pedih berpisah dengan anak kesayangannya. Namun, lebih melukakan hatinya apabila dia baru sahaja mengetahui Hakimi terbabit dalam penyalahgunaan dadah. ‘Apa yang kau dah buat Hakimi. Mana nak letak muka mak abah kau.’ Hafsah benar-benar kesal dengan tindak tanduk Hakimi yang sanggup merosakkan dirinya sendiri. Bertubi soalan menjengah ruang minda Hakimi. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan ‘buku’ tangannya sambil menangis. ‘Mana mak ayah aku nak letak muka dia orang? Salah aku tapi mereka yang tanggung akibatnya.’ Kata-kata ibu dan ayahnya membuatkan Hakimi seperti baru terbangun daripada lena yang panjang. Hatinya bernar-benar terusik, “Buat apa aku nak sayang kau lagi. Kau dah malukan aku. Malukan keluarga kita. Rupanya kau tokan dadah. Hebat! Jual dadah. Hisap dadah. Bergaduh. Apa nak jadi dengan kau!” Bentak Hashim sebaik mereka sampai di rumah selepas membayar wang ikat jamin. Hakimi hanya menundukkan kepalanya. Kak long diam membisu. Hanya 146
jelingan tajam tepat ke arah Hakimi yang tersandar di dinding. Hafsah juga kehilangan kata-kata. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangisan. “Aku tak sangka kau ambil dadah ‘ni ‘dah bertahun. Kenapalah aku tak perasan perubahan pada diri engkau. Ayah jenis apa aku ‘ni... Allahuakhbar.” Hashim seolaholah menyalahkan dirinya. Dia menekup kedua tapak tangannya ke kepala. ‘Anak yang masih bersekolah sudah pandai menghisap dadah!’ Suasana dalam rumah papan yang sedia panas terus diperhangatkan dengan lontaran suara garau Hashim sama seperti jeritannya ketika mengawal murid melintas jalan di sekolah tempatnya bekerja. Hafsah tidak sanggup mendengar bebelan Hashim. Ditinggalkan dua beranak itu di ruang tamu lalu menuju ke dapur bersama kak long untuk menyediakan makan malam. Sambil melangkah Hafsah teringat perbualannya bersama Hakimi beberapa hari lalu ketika di balai polis. “Kalau sayang mak, berhentilah hisap dadah, kalau kau tak berhenti juga, mak lari.” Patutkah aku seorang ibu berkata seperti itu pada anaknya. Sepatutnya, sebagai ibu aku beri nasihat padanya. Jangan diulang kesilapan lalu. Ini tidak. Aku pula yang merajuk, nak lari tinggalkan anak terumbang ambing. Apabila teringat kata-kata Hashim dan Hafsah, Hakimi benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Hakimi seperti orang kebingungan. Dia memandang wajah tua itu dari kejauhan dengan linangan airmata. Hakimi bangun mencapai kunci motosikalnya, hidupkan enjin dan meluncur laju meninggalkan Hafsah dan Hashim yang terpinga-pinga dengan gelagat anak mereka. “Nak ke mana budak tu?” soal Hashim sambil memandang ke arah pintu yang terbuka luas menghadap jalan raya. “Mana lagi, ke tempat dia selalu pergi kalau merajuk. Duduk di wakaf 147
menghadap sawah padi di hujung kampung ‘tu,” jawab Hafsah. Diseka air matanya menggunakan hujung lengan baju kurungnya sebelum bangun meninggalkan Hashim sendirian. Hakimi merenung tajam ke arah sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Kerdipan matanya jelas menunjukkan kesedihan dan kesalan yang berpanjangan. Hakimi sudah tidak mampu membendung duka di hatinya. Penahanannya walau sekejap memberi kesan mendalam terhadap dirinya. Dia telah menconteng arang ke muka orang tuanya. Maruah kedua ibu bapanya sudah tercemar. Anak penoreh getah dan pengawal keselamatan sekolah kena lokap sebab hisap dadah! Hakimi takut untuk pulang ke rumah. ‘Ngauman’ ayahnya masih berdesing ditelinganya. Apa lagi akan diluahkan ayahnya nanti. ‘Aku tak nak balik. Mak ayah dah tak sayang aku.’ Hati kecilnya berbisik. Hakimi bangun menghidupkan enjin Ysuku merah hati milik kak long. Hatinya sudah nekad untuk mencari penawar mengubat ketagihannya. Daripada bekas penagih yang juga kawannya, Hakimi dinasihatkan minum air kelapa masam untuk proses membuang kotoran dan dadah dalam tubuh. Proses memulihkan dirinya mengambil masa yang agak lama. Rindunya pada Hafsah, Hashim, kak long dan adik beradiknya yang lain mulai menghantui dirinya. Namun, dia tekad selagi belum pulih enggan pulang. ‘Kalau Ajis boleh berhenti hisap dadah, kenapa aku tak boleh. Aku mesti bangkit semula. Pulih demi merebut kembali kasih sayang mak dan ayah. Tuhan, tolonglah hamba-Mu yang hina ini.’ 148
Bukan mudah bagi Hakimi untuk menghilangkan ketagihannya. Air kelapa masam itulah membantu memulihkan dirinya. Hakimi pulang dalam keadaan lemah. Dia berubah menjadi anak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada pertanyaan dibalas dengan membisu seribu bahasa. Keadaannya amat lemah. Tidurnya sering terganggu. Hakimi kerap membayangkan dirinya berada di alam lain. Bersendirian. Terjerit-jerit minta pertolongan daripada Hafsah dan Hashim. Ah, peritnya rasa hati ini! Hafsah gundah. Walang hatinya melihatkan Hakimi. Daripada seorang anak yang periang bertukar menjadi pesimis. Sudah berputus asa dan kecewa. Semangatnya semakin menghilang. “Kimi, bangun sayang, mandi, makan bersihkan diri. Dah tiga hari Kimi macam ‘ni. Kalau sakit siapa yang susah nanti,” pujuk Hafsah. Perlahan Hakimi membuka matanya. Merenung sayu wajah Hafsah. Tubir matanya digenangi air jernih. Senyumnya kelat. Tangannya cuba diangkat tapi gagal. Lemah sungguh fizikalnya. “Mak, mak sayang Kimi?” “Ibu mana tak sayangkan anaknya Kimi. Sejahat-jahat anak, dia tetap anak. Mak tahu, Kimi bukan jahat tapi Kimi tersilap langkah. Kimi masih boleh berubah,” “Terima kasih mak kerana masih ada untuk Kimi.” “Tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diadakan. Mak ‘nak Kimi terima apa juga keputusan hakim demi masa depan Kimi.” “Insha Allah mak.” Hafsah memeluk erat tubuh Hakimi yang masih lemah. Dia berharap sangat Hakimi berubah demi masa depannya. 149
Pagi itu, pada tarikh yang telah ditetapkan, Hakimi, Hafsah dan Hashim hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan tuan hakim mengenai hukuman yang bakal diterima. ‘Aku kena terima dan reda apa sahaja keputusan yang keluar daripada mulut hakim. Aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan.’ Hakimi didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti (STB) selepas dibebaskan. “Hakimi, mak ayah awak ada di luar. Pergilah jumpa mereka.” Hakimi tersedar daripada lamunan yang panjang. Dia tersenyum lebar. Berlarian ke pondok tempat menunggu. Dari jauh Hakimi melambai kedua insan yang dirinduinya. Jelas kelihatan wajah yang sangat ceria. Sudah lama Hafsah dan Hashim tidak datang menjenguknya. Perasaan rindu sentiasa mencengkam diri. Hakimi lantas memeluk erat tubuh Hafsah dan Hashim dengan penuh kasih. Ternyata ia sebuah pelukan yang sarat dengan kerinduan. “Kimi sihat?” soal Hafsah sambil meleraikan pelukan Hakimi. Hashim mengusap kepala Hakimi dengan penuh kasih sayang. “Sihat mak, ayah. Terima kasih datang tengok Kimi. Kimi rindu sangat. Rindu nak balik rumah jumpa abang kakak semua.” Cuaca redup mengiringi pertemuan tiga beranak itu seakan turut bergembira dengan perubahan diri Hakimi. “Mak, Kimi dah pandai mengaji. Dah nak habis Iqra’ 6. Ustaz kata bacaan Kimi pun semakin baik.” “Alhamdulillah, Kimi. Mak syukur sangat-sangat Kimi dapat belajar banyak benda di sini.” 150
“Betul mak, duduk sini best sangat. Macam-macsm Kimi belajar dan buat dengan kawan-kawan. Kimi syukur sangat dapat peluang perbaiki diri.” “Ini jalan terbaik untuk Kimi. Ambil iktibar dengan apa yang dah berlaku itu. Hidup kita jangan asyik nak menyalahkan orang lain. Diri kita ada masa silap juga,” sampuk Hashim yang sedari tadi hanya memerhatikan Hafsah dan Hakimi berbual. “Mak ayah jangan risau. Kimi janji menjadi pelatih yang baik di sini. Badan kimi pun dah tegap sekarang tak sama macam dulu. Kimi main tinju tau,” ujar Hakimi sambil melepaskan sebuah tumbukan manja di bahu Hashim. “Ayah doakan Kimi terus kuat duduk sini. Jangan bergaduh dengan kawankawan. Hormat tuan-tuan yang jaga Kimi. Insha Allah ayah dengan mak datang lagi jenguk Kimi.” Sekali lagi Hafsah dan Hashim melepaskan pelukan Hakimi sebelum melangkah pulang. Hakimi mengesat air mata yang tertumpah laju membasahi pipinya. Dia memandang sayu kedua-dua kunci syurganya sehingga kelibat menghilang. ‘Mak, Kimi janji akan pulangkan duit mak. Kimi akan cari kerja untuk bayar setiap sen yang Kimi ambil tanpa pengetahuan mak.’ getus hati Hakimi. 151
Kehidupan yang baik adalah sebuah proses, bukan suatu keadaan yang ada dengan sendirinya. Kehidupan itu sendiri adalah arah, bukan tujuan. - Carl Rogers
MENCARI SINAR BAHAGIA KRISHNA dapat rasakan dirinya tidak mampu menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya, Lalitha dan Shanmugan kerana banyak menimbulkan masalah dalam keluarga. Seawal usia 11 tahun Krishna bukan sahaja mula menyertai aktiviti lumba haram malah dia sudah mula mengenali dadah. Krishna dan Arun dijaga oleh nenek yang dipanggil amma sejak kecil dan Krishna lebih manja berbanding abangnya Arun. Setiap apa yang dilakukannya diceritakan pada amma menyebabkan Arun mencemburuinya dalam diam. Bagi Arun, Krishna seorang budak yang mengada-ngada dan suka mencuri perhatian amma, ‘Main bola di padang pun nak beritahu amma, mengada betul.’ Paling menyakitkan hatinya andai Krishna memberikan hadiah kepada amma yang dia tidak mampu berikan. “Krishna, mana kau dapat duit banyak macam ni...sampai boleh beli hadiah mahal pada amma ni?” “Jual barang.” selamba jawapan diberikan Krishna membuatkan Arun semakin naik angin. “Jual barang? Maksud kau... jual dadah?” “Ya, aku jual dadah. Aku bukan setakat edar dadah tapi juga jual pada budakbudak sekitar pekan ni.” 153
“Sudahlah buat kerja tak baik macam tu. Aku risau takut polis tahan kau nanti. Amma pula yang kena bayar ikat jamin kau.” “Kau diamlah! Bukan guna duit engkau pun kalau nak ikat jamin aku!” Pertengkaran antara Krishna dan Arun semakin panas. Amma mula tak senang duduk. Diintainya daripada pintu bilik Krishna yang sedikit terkuak. Dilekapkan telinga kirinya rapat ke pintu untuk mendengar dengan lebih jelas. Bagaimanapun, dentuman guruh yang kuat mengejutkan amma sehingga tertolak pintu bilik itu lalu jatuh terduduk. Jeritan amma telah menghentikan perang mulut antara Krishna dan Arun. Mereka lantas mengangkat amma dan memimpinnya ke bilik. Amma merenung wajah kedua-dua cucu kesayangannya. Antara Arun dan Krishna terlalu banyak perbezaannya. Arun tidak banyak kerenah dan bekerja di sebuah pejabat kerajaan yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka. Pencapaian akademik Arun juga baik kerana Arun rajin sejak sekolah rendah lagi. Tiada masalah untuk membesarkan pemuda yang kini berusia 20 tahun itu. Namun, membesarkan Krishna memerlukan kesabaran yang amat tinggi buat amma sehingga satu tahap mahu menyerahkan semula Krishna kepada Lalitha atau kepada siapa-siapa yang sudi menjaganya. Sungguh berbeza sekali antara keduanya. Krishna membesar sebagai anak yang degil, nakal dan kerap ponteng sekolah. Amma tidak tahu di mana silapnya dalam mendidik Krishna. Ada sahaja perbuatannya menyakitkan hati amma. Amma pula mudah ‘layu’ dengan pujuk rayu Krishna jika mahukan sesuatu. Krishna memiliki perwatakan hampir sama dengan bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori, Shanmugan, yang juga meminati sukan pemotoran. Krishna sudah pandai menunggang motosikal ketika baru berusia lapan tahun. “Krishna tak sayang nyawa? Kalau berlumba lepas ‘tu eksiden, cedera teruk, 154
macam mana?” Soal amma sewaktu dilihatnya Krishna menghidupkan enjin motosikal RGV125 sebelum keluar bertemu sahabat baiknya, David dan Johny. “Amma jangan bisinglah. Saya tahu jaga diri,” jerit Krishna tanpa menoleh. “Krish...Krishna...,” laungan amma tidak dihiraukan. Krishna yang ‘gila’ berlumba haram telah mengubahsuai beberapa bahagian motosikal itu untuk kelihatan lebih canggih dan advanced daripada motosikal yang lain. “Daddy belikan kamu motosikal bukan untuk bawa pergi berlumba Krishna!” Kata Shanmugan ketika datang melawatnya di rumah amma. “Cantikkan daddy lepas ubah sikit-sikit, tampal sticker baru, tukar ekzos, baru best berlumba. Prenggg...prengg..,” Krishna cuba ambil hati Shanmugan. “Kamu kecil lagi, jangan berlumba nanti jatuh atau kena langgar, susah Krishna.” “Daddy jangan risau. Selama berlumba ni, Krish belum lagi eksiden. Jatuh motor pun tidak. Tak percaya tanya amma, Johny atau David.” Nasihat Shanmugan bagai mencurah air di daun keladi sahaja. Tidak dipedulikan langsung. Shanmugan hanya mampu gelengkan kepala melihat Krishna yang ternyata agak keras kepala dibandingkan dengan Arun. Amma telah membelikan Krishna sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR berharga RM11,000. Selain itu Krishna juga memiliki sebuah Yamaha LC135 yang dibeli secara ansuran. Arun semakin cemburu melihat amma melebih-lebihkan adiknya. Tiap kali bertembung, Arun akan memberikan jelingan yang cukup tajam ke arah Krishna dan seperti biasa, Krishna akan mencebikkan bibirnya sambil berjalan dengan lagak yang tersendiri. 155
Dunia pemotoran membawa Krishna mengenali aktiviti lumba haram. Krishna mula mengatur strategi untuk berlumba padahal waktu itu dia baru berusia 11 tahun. Masih terlalu mentah untuk bersaing dengan orang dewasa. Krishna tidak gentar menyelit di celah-celah pelumba yang serba ganas itu! “Amma, aku nak pergi berlumba malam ni. Aku dah lama tak race, rindulah amma.” “Krish, sudah-sudahla berlumba tu, Amma takut nanti Krish eksiden atau polis tangkap, amma susah hati.” “Aku ok amma. Amma jangan risau. Nanti aku balik tapi lewat sikit. Jangan tunggu aku amma,” kata Krishna sambil mencapai helmet sebelum menutup pintu rumah papan itu. Malam semakin larut. Bandar Port Dickson semakin sepi namun cukup untuk sebentar cuma. Sebaik menjelang tengah malam, sekumpulan mat-mat rempit mula membanjiri jalan raya sebelum memulakan aktiviti lumba haram di tengahtengah pekan. Cukup membingitkan bunyi deruman enjin motosikal di tengahtengah kepekatan malam. Krishna dan kawan-kawannya sudah menunggu di satu persimpangan jalan untuk turut serta aktiviti malam minggu itu. Namun, Krishna tidak bernasib baik pada malam itu. Golekan tayar motosikalnya sumbang apabila kehadirannya berjaya dihidu pihak polis. Setelah sekian lama usaha menahan Krishna gagal disebabkam tiada bukti kukuh, malam itu mereka berjaya berbuat demikian. “Mari ikut kami ke balai, sekarang,” ujar salah seorang anggota polis yang menyertai serbuan malam itu. Krishna ditahan dan direman selama tiga hari di sebuah balai polis di Port Dickson untuk siasatan lanjut. 156
Amma panik menerima panggilan daripada balai polis memaklumkan Krishna ditahan. Demi kasih kepada Krishna, amma telah mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM2,500 sebagai bayaran ikat jamin sebelum Krishna dibebaskan sementara menunggu hari perbicaraan. David dan Johny yang masih bebas mula ‘mencucuk’ Krishna menjual pil khayal dan beberapa jenis dadah bagi mendapatkan wang secara mudah. Kebebasan yang diberikan itu bukan menginsafkan Krishna yang semakin terpengaruh dengan mengambil dadah dan berlumba haram. Krishna pulang ke rumah dalam keadaan marah. Pertanyaan amma dibuat tak endah sebaliknya terus masuk ke bilik dan menghempas daun pintu. Bukan setakat pintu, peti televisyen juga habis terbarai angkara tumbukan ‘buku lima’ Krishna. Puncanya? Krishna kalah dalam lumba haram malam itu. Tayar depan Ysukunya pecah ketika menghampiri garisan penamat. Krishna bernasib baik kerana terselamat daripada kecederaan serius. Krishna ambil pil khayal sebelum pulang ke rumah. Itu yang amma tidak perasaan keadaan Krishna yang sebenar. Lebih daripada itu, bau badan Krishna tetap wangi kerana Krishna akan menyembur minyak wangi di badannya bagi melindungi perbuatannya. “Krish, petang ni kita lepak kopitiam. Lama aku tak pekena roti bakar kaya kampung. Rindulah dia punya aroma,” kata Johny sebaik tiba di depan rumah Krishna. “Ok, kejap aku keluar.” Ngauman RXZ Johny mengejutkam amma yang sedang berehat di ruang tamu rumah sewa mereka di pekan Port Dickson. “Nak pergi mana Krishna? Satu hari tak keluar rumah tak boleh ke?” “Sekejap saja amma, nak pergi minum dengan Johny dan David.” “Jangan lama-lama, hari sudah petang.” 157
“Baik amma.” Krishna bergegas mencapai helmet , menghidupkan enjin motosikalnya lalu mengekori di belakang Johny ke Kopitiam Rahmat. Tiga sekawan itu memang dikenali penduduk sekitar tempat tinggal mereka. Masakan tidak, ditangkap dan dilepaskan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka bertiga di komuniti berkenaan. Siapa sahaja yang tak kenal mereka, tiga budak nakal! “Krish, aku target satu Proton ni. Milik tokan dadah bangsa Cina. Kita lipat dia kejap lagi.” Pelawaan Johny menarik perhatian Krishna dan David. “Takkan nak buat kerja waktu siang, nanti kena tangkap. Masuk jail lagi,” usikan David menjadi bahan ketawa Krishna. Usai menikmati minuman petang itu, mereka bertiga sepakat memecah sebuah kereta yang dimaksudkan untuk mencuri pil Eramin 5 dan beberapa botol kaca yang tidak dipastikan kandungannya. “Nak pecah guna apa? Tak akan buku lima kita.” Langkah mereka langkah sumbang kerana kebetulan beberapa anggota polis peronda bandar mencurigai mereka yang asyik berkeliaran di belakang sebuah bangunan kedai. Krishna yang dalam cubaan memecahkan cermin kereta itu panik dan terdiam kaku akhirnya ditahan anggota polis berkenaan manakala Johny dan David sempat melarikan diri. Tindakan memecah pintu kereta itu akhirnya menjerut Krishna sekali lagi dalam genggaman polis. Krishna dibawa ke Ibu Pejabat Balai Polis Port Dickson untuk menjalani ujian air kencing dan keputusan menunjukkan Krishna positif dadah. 158
Sekali lagi amma terpaksa mengalah apabila bersetuju membayar wang jaminan RM3,000 untuk kesalahan keduanya. Krishna dibicarakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat-pecah cermin kereta). Hakim Mahkamah Majistret di Port Dickson mengarahkan Krishna melalui Akta Kanak-Kanak 2001 ditempatkan di STB selama tiga tahun bermula 8 September 2020 hingga 7 September 2023. Walaupun bergelar pengedar dadah yang pastinya punya banyak wang hasil jualan, Krishna tidak pernah nikmati kehidupan mewah. Dia cuma ada amma yang melindunginya dan seorang abang yang garang dan tegas. Wang haram yang diperoleh hasil mengedar dah menjual najis dadah itu, cukup untuk membeli barang keperluan harian selain disimpan untuk kegunaan peribadinya. Krishna begitu disayangi amma. Walaupun tidak lagi berlumba, Krishna masih kemaruk mengambil pil khayal yang diperoleh daripada Johny dan David. “Lu ada barang?” “Ada, tapi sudah tak banyak,” “Gua tak banyak duit, lu kasi sikit dulu.” “Wokey.” Krishna tidak lokek dengan kawan yang sama-sama terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Mereka boleh bertolak ansur dan sikap Krishna yang ‘bermurah hati’ memberikan pelbagai jenis dadah kepada penagih menjadikan dia amat dikenali di kalangan tokan dan penagih dadah sekitar Port Dickson. Siapa yang tak kenal Krishna di pekan Port Dickson? Sebut sahaja, mana itu “budak kicik” atau ‘thambi’ semua orang tahu itu Krishna. Besar pengaruh seorang 159
budak umur 15 tahun dalam kalangan pengedar dadah. “Krish, amma tak ajar Krish jual dadah kalau nak duit banyak. Lebih baik Krish pergi sekolah, belajar jadi pandai, kerja baik-baik, baru jadi orang berguna. Bukan macam ni, jual dadah.” Amma cuba memujuk. Krishna hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih. “Amma jangan risau, nanti kalau Krish dah berhenti jual dadah, Krish beritahu amma,” balas Krishna. “Jangan tipu amma. Orang hisap dadah susah nak stop. Krish macam mana?” “Krish ambil barang tak berat amma. Senang mahu berhenti,” ujar Krishna dengan selamba. Sedikitpun tiada rasa bersalah. “Amma, saya sudah cakap, kalau kita buat baik, God pun boleh balas kita baikbaik. Tengok sekarang, amma tak payah jaga saya, saya sudah duduk dalam sini.” “Krish, amma sayang sama Krish. Amma mahu Krish jadi budak baik, bukan nakal macam dulu-dulu.” “Baik amma, Krish janji bila keluar nanti Krish cari kerja baik-baik, duduk dengan amma baik-baik, tak buat jahat, tak hisap dadah lagi.” “Janji sama amma tau.” “Amma, duduk sini bagus. Krish ada ramai kawan dan tuan-tuan di sini semua baik. Mereka jaga Krish dan kawan-kawan, bagi makan sedap, boleh main bola sepak, tinju dan bola tampar. “Bagus. Krish memang suka tinju. Nanti sudah besar boleh latih tinju lagi.” “Amma, Krish juga sudah ada cita-cita bila keluar nanti. Krish mahu jadi juruteknik bengkel dan pengimpal lepas keluar dari sini.” 160
“Wah, banyaknya perubahan dalam hidup Krish sekarang. Kalau dulu lagi Krish masuk sini dan belajar, Krish sudah boleh keluar dan main tinju. Bertanding dan menang. Bawa balik duit banyak-banyak,” seloroh amma yang datang melawat Krishna pada hujung minggu itu. “Berat Krish juga sudah naik amma. Masa masuk dulu berat Krish 41 kilogram (kg) saja sekarang sudah 56 kg. Krish makin fit amma…” Semua hendak dikhabarkan pada amma sehinggakan Arun di sebelahnya tidak dipedulikan. Namun, Arun tidak lagi membenci adiknya. Arun sudah memaafkan Krishna. Dia juga sedar kesilapannya tidak menasihati Krishna sedari awal apabila dapat tahun Krishna terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan lumba haram. “Krish, aku minta maaf dengan kau. Selama ini aku gagal jadi abang terbaik untuk kau. Aku cemburu sebab amma lebih sayangkan kau daripada aku walaupun kau hisap dadah dan aku kerja elok. Amma tak pandang aku.” Arun meluahkan isi hatinya pada Krishna buat kali pertama dalam hidupnya. “Arun, aku juga nak minta maaf dengan kau sebab selalu cari gaduh. Aku sayang kau Arun. Kau abang aku, patut aku lebih hormatkan kau. Aku janji bila aku keluar nanti, aku nak cari kerja. Kita sama-sama bantu amma,” balas Krishna sambil memeluk erat tubuh Arun. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak mereka kecil lagi. Krishna gembira malah begitu bersemangat menjalani kehidupan di Sekolah Tunas Bakti (STB). “Saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya masih lagi berada di luar sana. Mungkin akan jadi lebih teruk lagi.” kata Krishna kepada pegawai STB yang mengiringi amma dan Arun sehingga ke pintu pagar luar. Krishna kini bukan Krishna yang dulu lagi. Krishna sudah semakin matang. Dapat berfikir dengan lebih baik. “STB bantu saya belajar menjadi orang.” selorohnya. Kewujudan STB mampu membantu lebih ramai remaja bermasalah menjalani proses pemulihan akhlak 161
dengan lebih baik, menjadikan pelatih lebih bersedia berdepan masyarakat yang ada antara mereka belum dapat menerima bekas pelatih disebabkan kisah hidup masa silam mereka. Krishna tidak menafikan dia banyak belajar daripada kesilapan masa lalu kerana tidak dapat berfikir dengan baik apabila terpengaruh dengan kawan-kawan yang bermasalah. “Kita boleh berkawan dengan ramai orang, tetapi kita perlu pilih orang yang bagaimana boleh dijadikan kawan atau sebaliknya.” ujar Krishna. “Krishna budak baik di sini. Apa sahaja yang kami ajar, Krishna terima dengan baik. Krishna suka belajar. Dia juga tidak cerewet. Krishna banyak melakukan tugas di bahagian pejabat. Kami ajar dia bagaimana untuk menyusun atur semua peralatan, barang, buku dokumen atau apa sahaja dengan lebih tersusun. Dia mudah terima nasihat dan cadangan kami juga di kalangan pelatih di sini.” Amma puas hati dengan jawapan yang dterima daripada pegawai bertugas kerana itu yang dia mahukan untuk Krishna. 162
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. - Harieta Wahab
SALAM TERAKHIR UNTUKMU, SAHABAT Shamsul Bahari Abd Rashid Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi Kuala Lumpur 16 Ogos 2022 Kepada, Amran Abdul Rahman Sungai Petani, Kedah KE PANGKUAN sahabatku yang diingati dan dirindui selalu walaupun sebenarnya aku tak pernah rindukan kau pun. Assalamualaikum, aku ucapkan. Semoga kau berbahagia menjalani kehidupan di luar sana. Juga, semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan. 164
Pasti engkau terkejut bingkisan ini berada dalam genggaman jejari kau yang kasar. Sekasar hati kau yang mengkhinati aku suatu ketika dahulu. Maafkan aku sahabat andai kiriman ini menghidupkan api amarah kau yang sudah lama terpadam. Eh, bukan ke aku yang patut marah pada kau, sahabat. Sebelum aku layangkan kata-kata yang aku garap daripada hati aku yang jujur ini, pesan aku pada kau, bacalah dan hayatilah dalam keadaan tenang. Aku andaikan kau boleh terima setiap bait perkataan yang aku tulis. Aku tahu kau tak suka membaca tetapi kali ini kau bacalah sehingga ke noktah yang terakhir. Sahabat, kau tentu nak tahu kenapa aku jadi berani untuk tulis surat ini sedangkan selepas kejadian itu, kita terus terputus hubungan. Masakan tidak, kau biarkan aku yang tertangkap tanpa sedikitpun rasa belas untuk membantu aku. Beginikah dikatakan seorang kawan yang hubungannya lebih daripada adik-beradik. Aku tahu kau tak berani jumpa pihak polis kerana kau yang bersalah! Sahabat, kau sanggup jadikan aku sebagai kambing hitam. Dipersalahkan tanpa melakukan sebarang kesalahan. Tergamak kau buat begitu pada aku. Engkau yang buat aku yang terima hukumannya. Namun, aku reda kerana semua itu takdir yang telah tertulis untuk aku. Aku anggap musibah yang kau layangkan pada aku adalah satu pengalaman hidup yang sangat mahal. Sekuat mana aku menentang, lebih kuat pula ujian yang mendatang. Aku terima segalanya dengan hati yang ikhlas biarpun ia membawa parut yang kekal untuk selamanya. Sahabatku, pelangi pastinya akan muncul selepas hujan. Anugerah alam. Begitu juga aku. Perbuatan salah engkau yang terpalit pada aku kini bertukar menjadi sinar yang indah di sebalik pagar besi yang aku huni hari ini. Fahamkah kau bahasa kiasan aku? Oh ye sahabat, di sini aku belajar erti hidup sebenar. Bukan pura-pura. Aku diajar untuk menjadi jujur, ikhlas dan bertolak ansur. Aku tidak diajar untuk berbohong, Menipu antara satu sama lain. Bukan seperti kau yang sanggup ‘makan’ kawan sendiri. 165
Aku yakin engkau tak akan dapat lupakan kisah kita di kedai makan itu. Ah, betapa bodohnya aku waktu itu. Naif sangat! Sehingga begitu mudah aku diperbodohkan engkau. Ingatan aku masih tajam untuk lupakan setiap patah perkataan yang kau katakan waktu itu. “Man, jom gerak, kita pergi tempat lain. Aku nampak polis kat situ!” “Nak pergi mana? Aku tak nampak apa-apa yang pelik berlaku di sini.” “Jomlah, nanti aku cerita.” Tangan aku kau tarik dan kita terus lari untuk bersembunyi daripada kepungan anggota polis di situ. Waktu itu, aku yang tengah syok main PUBG di telefon bimbit terpinga-pinga dan mengikut sahaja arahan kau. Ah, bodohnya aku! Akhirnya aku dituduh bersubahat pecah masuk kedai snuker. Pelaku sebenarnya kau, bukan aku. Aku dituduh bersubahat. Aku ditangkap dan kau berjaya lepaskan diri daripada cengkaman pihak polis. Sungguh aku tak sangka begitu keji sikap kau terhadap aku. Puas aku merayu pada pihak polis minta dilepaskan namun gagal. Aku dipujuk supaya mengaku aku yang melakukan jenayah itu! “Kau tahu sahabat, betapa kecewanya aku apabila kau membiarkan aku sendirian menghadapi tuduhan ini. Kau bukan tak tahu sikap aku bagaimana. Aku tak pandai buat perkara bertentangan dengan aku. Aku tidak pernah diajar mencuri, merompak, khianat atau apa sahaja yang menyalahi undang-undang. Sahabatku, aku seperti orang bodoh bagai lembu dicucuk hidung apabila beberapa anggota polis datang ke rumah dan mendakwa aku melakukan kesalahan. Aku terkejut sangat. Panik. Aku tanya polis tu apa yang aku lakukan. Kau tahu apa jawapannya? “Awak ada satu kes jenayah dan minta hadir ke balai polis untuk bantu 166
siasatan.” Apa hak yang aku ada ketika itu. Untuk melawan? Layakkah aku melawan pihak berkuasa? Mengadu dengan ayah? Ayah aku bekerja waktu itu. Hanya adik lelaki aku menjadi saksi aku ditangkap! Adik yang tak tahu apa-apa! Aku malu sahabat. Sangat malu dengan jiran-jiran aku yang mengerumuni perkarangan rumah aku. Mereka saling berpandangan melihat aku. Seolah-olah besarnya jenayah yang aku lakukan. Aku tak buat. Sedihnya aku rasa apabila adik aku melihat tangan aku digari. Apabila tiba di balai polis dan diambil semua maklumat diri aku ditahan dan didakwa melakukan jenayah pecah bangunan. Aku dituduh memecah masuk sebuah kedai snuker yang aku sendiri tidak buat. Untuk apa aku mengaku kalau bukan aku yang lakukan! Aku difitnah. Aku teraniaya. Siapa yang buat macam tu pada aku? ENGKAU sahabat. Apabila aku ingat kembali semua yang disoal pada aku, ia amat kena sekali dengan kes kau yang pecah masuk bangunan seminggu sebelum aku ditangkap itu! Mana kau waktu itu? Tidak langsung mahu membela nasib aku yang tidak bersalah. Akibat perbuatan jahat kau, aku direman selama setahun di penjara Sungai Petani. Tak ubah seperti hero filem hindi yang mengaku bersalah atas kesalahan orang lain. Betul-betul menjerut leher sendiri. Istilah apa yang harus aku rujuk pada sikap kau sahabat? Cuba bayangkan kau berada di tempat aku. Umur baru 15 tahun dan dituduh melakukan jenayah yang kau tak buat. Akhirnya kau tetap dituduh dan dihantar ke penjara sebagai hukuman. Apa perasaan kau waktu itu? Menangis? Nak lari? Anggap sebagai takdir? Anggap sebagai ujian untuk cuci dosa silam? Tidak semudah itu! Walaupun masih budak lagi, aku bukan bodoh sangat sampai boleh diinjakinjak sesuka hati. Apabila dibicarakan, dalam kandang pesalah aku tetap tidak 167
mengaku aku yang lakukannya. Aku tetap dengan pendirian dan pengakuan tidak bersalah aku. Degil aku itu rupanya membawa sedikit rahmat untuk aku. Reman aku berlanjutan kerana tiada kata pemutus. Aku rela dibicarakan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu itu menyebabkan aku beberapa kali turun naik mahkamah. Bosan! Akhirnya, waktu yang ditunggu hadir juga. Bapa aku setuju untuk membayar wang ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk bebaskan aku daripada terkurung dalam tembok besi itu. Leganya aku waktu itu dapat keluar daripada penjara. Walaupun aku sudah bebas daripada kurungan aku tetap kesal, kerana nama aku sudah tercemar. Maruah ayah aku sudah tercalar. Adik aku dihina dan diejek berabangkan seorang banduan. Apabila adik mengadu, timbul rasa sakit hati yang teramat untuk selesaikan masalah ini dengan kau. Kenapa adik aku yang harus menanggung malu itu! Sahabat, kau tak rasa apa yang aku rasa. Sungguh kau yang jahat tapi aku yang terpalit najisnya. Aku tidak bersalah langsung tapi aku yang terima akibatnya. Selayaknya apa gelaran yang sesuai diberikan untuk aku. Sakitnya hati ini, hanya Tuhan yang tahu! Aku amat berharap kau teruskan membaca bingkisan ini supaya kau tahu isi hati aku sepenuhnya. Perasaan aku yang amat kecewa dengan tindakan kau. Kau tahu sahabat, apa yang aku perlu lalui waktu disoal siasat polis? Air mata aku sentiasa mengalir kerana asyik diherdik dan ditengking pegawai polis tu. Kau tahu, pemilik kedai tu beritahu polis yang dia jumpa sebilah parang dan bertanya aku mengenainya. Apa yang perlu aku jawab? Parang itu bukan milik aku. Memang aku tak tahu apa-apa sebab itulah aku enggan mengaku! Aku sedih sangat waktu itu. Aku asyik membayangkan wajah kau sahaja kerana aku tahu kau yang melakukannya. Tapi, aku tak ada bukti kukuh untuk kaitkan kau dengan kes aku. 168
Aku hairan juga kenapa tiada pengesanan cap jari dibuat sebagai bukti parang itu bukan kepunyaan aku. Agak-agak kau, kenapa aku bayangkan wajah kau? Walaupun diawalnya aku tak tahu menahu kau datang dari arah mana tapi bila aku fikirkan semula, ada betulnya juga sebab kau yang tiba-tiba ajak aku lari dari situ. Kau yang pecah masuk kedai tu. Kau yang tarik tangan aku. Kau juga yang tinggalkan aku. Ah, zalimnya kau sahabatku! Pedih betul aku rasa bila kau khianati persahabatan kita. Aku marah kau sahabat. Aku kecewa sangat. Bila kau baca warkah ini, aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku nak kau bayangkan kalau aku itu kau. Yang terperangkap dalam kasih sayang seorang sahabat yang akhirnya memakan diri sendiri. Sebelum aku terlupa, aku nak beritahu kau yang aku naik mahkamah pada 13 Ogos 2020 dan aku terus diperintah masuk ke sekolah atas bukit ini. Masih ada beberapa bulan untuk habiskan hidup aku di sini. Aku reda sahabat andai ini sudah tertulis untuk aku. Aku bersyukur sangat kerana ayah aku tak percaya aku lakukan jenayah itu. Kawan-kawan, guru, orang kampung dan sesiapapun yang kenal aku, tak percaya aku terbabit dalam kes ini. Dia orang kenal siapa aku. Dia orang tahu bagaimana arwah mak dan ayah aku didik aku adik-beradik. Aku bukan jenis melepak, merayap, merempit, merokok, kacau anak dara orang. Aku tak buat semua tu. Aku nampak ayah aku sangat tabah berdepan masalah ini. Aku syukur sangat punya ayah yang percayakan anaknya dan sanggup menghabiskan wang untuk membela nasib anaknya. Mungkin bukan kau yang ditangkap atas sebab inilah. Mana tahu, mak kau tak mampu nak jamin kau kalau kau yang kena tangkap. Meringkuklah engkau dalam penjara lebih lama. Padan muka kau. Aku marah sangat pada kau sahabat. Marah! 169
Sahabatku, apa yang aku ceritakan ini, sejujurnya lahir daripada isi hati aku yang sebenar. Aku tak pandai menipu diri sendiri. Dua malam lepas, aku mimpi kau sahabat. Dalam mimpi tu, kita berbual macam biasa di tepi sungai tempat kita selalu memancing ikan bila cuti sekolah. Kau datang rumah aku bawa joran dan baldi. Terjerit-jerit panggil nama aku. “Shamsul! Sham! jom mancing, aku dah bawa dua batang joran ni...cepatla keluar!” Kau memang juara memancing. Selalunya pancingan kau memang mengena. Ikan kau selalu lagi banyak daripada aku. Geram betul aku. Tapi, kau baik. Kau selalu beri ikan kau pada aku. Aku tahu kenapa kau buat macam tu. Sebabnya, kau anak tunggal. Tak ada adik-beradik. Tak macam aku. Aku ada abang dan adik. Banyak makan lauk. Tapi, kali ni aku mimpi kau nak pergi jauh. Aku tak tahu kenapa sikap kau amat berbeza. Kau tak nak berkongsi cerita dengan aku. Kau cuma ucap selamat jalan dan terus pergi tinggalkan aku. Suasana sunyi dan hanya ditemani desir angin yang mengelus lembut di pipi aku. Aku pandang kau melangkah dengan pandangan kosong. Aku terjaga sebaik azan Subuh berkumandang. Mimpi aku terhenti. Kau hilang daripada pandangan tapi kisah dalam mimpi itu menjadi igauan buat aku sepanjang hari hingga saat aku nukilkan bingkisan istimewa ini buat kau. Ada setengah orang menganggap mimpi hanyalah sebahagian daripada peristiwa yang berlaku dalam tidur. Bukan kenyataan. Realitinya, ada yang benar. Kau nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Kau ingat tak yang aku cari kau waktu balik raya tu. Aku betul-betul hilang kawalan waktu itu. Aku minta ayah aku 170
berhentikan kereta bila aku terlihat kelibat kau di depan rumah kau. Tanpa fikir panjang, aku kerjakan kau sampai ‘separuh’ nyawa. Aku ketuk kepala kau sampai berlubang. Mak kau pun tak boleh buat apa-apa selain memandang kau yang teruk aku belasah. Ya, itu bayaran yang kau patut dapat selepas aniaya orang seperti aku. Aku kawan baik kau. Teman sepermainan. Kita sudah saling kenal sewaktu di tadika lagi. Kita jarang sangat bergaduh. Di mana ada aku, disitulah juga kau di sebelah aku. Kita bagaikan isi dengan kuku yang tak pernah berpisah. Aku sudah anggap kau seperti saudara kandungku. Mak ayah aku tak kisah kau tidur di rumah kami. Begitu juga ibumu, tidak menghalang aku bermalam dan menemani kau dirumahnya. Begitu indah jalinan kasih persahabatan kita sehinggalah aku ditangkap dan kau menghilangkan diri. Dunia bagai mentertawakan aku. Aku hilang kawan yang paling aku sayang dalam hidup aku. Aku tak punya ramai kawan, sahabat. Sabar aku ada hadnya. Aku sebenarnya tidak berdendam dengan engkau cuma aku terkilan. Terkilan sangat-sangat dengan sikap pentingkan diri kau yang tak tampil menceritakan perkara sebenarnya. Kau pasti takut ditangkap kan? Aku simpati dengan nasib ibu kau andai aku hadapkan kau ke muka pengadilan. Minta kau mengaku semua itu perbuatan kau. Waktu aku belasah kau dulu mana ada mak kau buat laporan polis. Dia takut kau ditangkap fasal kes pecah kedai snuker tu. Jujur ni aku beritahu kau ye. Tak patut mak kau buat macam ‘tu. Anak yang salah kenalah bertanggungjawab bukan biarkan orang lain teraniaya. Air mata jantan aku jatuh lagi kerana kau. Aku tak tahu perasaan aku begitu mudah tercuit apabila aku teringat kisah hidup kita berdua. Aku ingat lagi detik perkenalan kita waktu di tadika. Aku malu-malu nak berkawan dengan budak lain 171
terutama perempuan. Kau hampiri aku dan sejak itu kita jadi kawan baik. Amran, kaulah sahabat dunia akhirat aku. Aku senang berkawan dengan kau. Silap aku hanya satu sahaja. Aku tidak pertahankan diri aku waktu ditangkap. Aku cuma kata aku tak buat dan aku tak sebutpun nama kau. Sejak aku belasah kau hari tu, aku dapat rasakan itu adalah pertemuan terakhir kita. Lepas aku bebas, aku tidak mungkin pulang ke kampung. Aku tidak mahu mengingati kenangan pahit aku di sana. Aku pun dah tak ada rasa nak jumpa kau lagi. Sahabat, atas apa yang berlaku antara kita berdua biarlah takdir menentukan segalanya untuk hari mendatang. Biarkanlah ia menjadi sejarah dalam hidup kita. Tatkala kau mencampakkan aku di sini, Allah hadirkan ramai insan-insan yang menyayangi aku. Memberikan kata-kata semangat supaya aku reda berdepan ujian ini. Sama seperti mereka yang diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza-beza. Aku kagum dengan mereka yang mahu berubah. Kau tahu di saat kau menjauhkan diri dari aku, ramai sahabat hadir menemani aku. Mereka langsung tidak percaya aku yang melakukan perbuatan itu. Di saat kau membuang aku dari sisi kehidupan kau, mereka tidak menyisihkan aku. Kau tahu sahabat, tidak pernah rumahku didatangi tetamu yang begitu ramai di hari raya, kali ini riuh rumahku bagai sedang berlangsungnya majlis kenduri kahwin. Mereka gembira meraikan kepulangan aku walau sekejap cuma. Kami sama-sama raikan Aidilfitri dalam seri cahaya yang bergemerlapan. Hati aku sangat tersentuh. Aku menangis kerana sangat terharu. Sahabat, Allah tidak akan uji seseorang lebih daripada kemampuannya. Setiap yang diuji ada sebab dan musababnya. Begitu juga kita, Allah uji kerana Dia sayang. Bentuk ujian itu yang mematangkan kita. Sahabat, terkurungnya aku di sini adalah satu nikmat yang tidak dapat aku nafikan. Banyak yang aku pelajari di sini. Aku belajar apa erti nilai sebuah ikatan persahabatan yang didasari sifat tulus dan ikhlas. Seharusnya kita perlu memiliki sikap itu tidak mengira usia dan pangkat. 172
Aku berjaya membentuk diri aku menjadi insan yang lebih baik, lebih bersikap terbuka dan memandang kehidupan ini dalam pelbagai sudut yang sangat indah. Aku doakan kau akan temui kebahagian dalam hidup ini. Menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan tidak mensia-siakan waktu yang berbaki ini kerana kita tidak tahu bila ajal datang menjemput. Di akhir kalam ini, hanya satu yang aku pinta daripada engkau. Kau jangan sesekali cari aku untuk menagih sebuah kemaafan! Aku belum bersedia untuk itu. Terima kasih atas segalanya selama kita berkawan. Aku sayang kau tapi tak mungkin aku boleh kembali menjalin persahabatan untuk kali keduanya. Terima kasih sekali lagi untuk kau, Amran. Aku yang teraniaya, Shamsul Bahari 173
Keberanian yang sebenar ibarat layanglayang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. - John Petitsenn 174
SESAL YANG MEMBAHAGIAKAN HUJAN sejak malam tadi membawa resah dan desah di hati Azman yang berbaring di katil. Dedaun tingkap yang terkuak ditiup angin menambah rencah ketakutan dalam dirinya. Sekonyong-konyong itu juga wajah garang dua lelaki beruniform biru tua menjerba lalu diingatan Azman. Tiap inci patah perkataan yang dilontarkan mereka masih terang dalam kotak memorinya. Sesekali ditekup telinganya seolah-olah enggan mendengar jeritan dan pekikan suara keras dalam bilik itu. ‘Aku tak buat semua tu!’ Jerit Azman secara tiba-tiba. Beberapa rakan sebiliknya yang mendengar jeritan Azman cuba menenangkannya. Sudah beberapa hari Azman berkelakuan aneh. Asyik menjerit di tengah malam. Lena rakan terganggu dengan igauan ngerinya itu. “Kalau kau nak lepas malam ‘ni jugak baik kau cerita apa yang kau pernah buat!” bentak pegawai penyiasat dengan nada yang amat keras. Azman rasa maruahnya tercabar. Direnungnya wajah pegawai penyiasat itu tidak berkelip mata. “Saya buat apa tuan?” Pertanyaan pegawai itu dibalas dengan soalan juga, bukan jawapan sepertimana yang diminta. Lancang mulutnya menepis soalan sang pegawai tanpa rasa gementar tidak seperti tahanan lain yang lebih ‘mengiyakan’ tiap soalan yang dilontarkan. 175
“Jangan buat-buat tak tahu. Baik kau mengaku sekarang!” Sekali lagi soalan sama diulang dan untuk kesekian kalinya Azman tetap enggan mengaku salah. Matanya tajam ke arah pegawai penyiasat yang duduk di hadapannya. “Saya tak buat tuan, buat apa saya nak mengaku.” Azman mula berang. Dia menggetap bibir menahan amarah yang semakin memuncak. “Cakap betul-betul!” Pegawai penyiasat tidak betah untuk menerima jawapan lain selain yang dikehendakinya. Soalan tetap diulang berkali-kali tanpa jemu. “Betul tuan, saya tak buat.” Sekali lagi Azman tetap dengan jawapannya, sekali gus pegawai penyiasat terpaksa menukar bentuk soalan dalam usaha membuktikan Azman yang bersalah. “Kalau kami ada bukti, awak nak mengaku tak.” “Ya, saya akan mengaku tetapi tunjukkan bukti kepada saya dahulu.” Azman tidak dapat mengelak lagi. Setelah bertalu-talu soalan dikemukakan, akhirnya dengan suara terketar-ketar dengan ekspresi wajah gementar, Azman mengaku melakukan hubungan terlarang dengan teman wanitanya yang masih di bawah umur. “Kalau awak mengaku dari tadi ‘kan senang, kenapa nak putar belit cerita, tak nak mengaku apa yang awak lakukan. Banyak lagi tugas yang kami perlu dijalankan. Bukan layan awak seorang saja!” bentak pegawai penyiasat itu sambil mencatat sesuatu di buku yang ada di meja bilik siasatan itu. Azman merenung titisan air hujan yang membasahi laman rumahnya. Tap... tap...tap...berirama sekali bunyinya. Ralit Azman menghayati irama tanpa muzik itu. Beriring-iringan dengan desir angin bertiup kencang. Tiba-tiba bayangan kelmarin menghantuinya kembali. Titisan hujan yang semakin kasar itu memutar kembali pertemuan terakhirnya dengan Amira, gadis manis pujaan hatinya. Gadis itu jugalah yang merenggut bahagia yang sedang dilaluinya waktu itu. 176
Amira telah menghancurkan masa depan Azman dalam sekelip mata. Kasih yang dibajai layu begitu sahaja. Pertemuan mereka berakhir dalam suasana agak tegang kerana ego dan emosi menguasai diri lantaran usia masih terlalu muda untuk dibebani dengan rintangan mendatang. “Man, Mira rasa tak sedap hati. Perut Mira selalu sakit, tapi Mira takut nak pergi hospital,” ujar Amira yang kelihatan sedikit lesu ketika bertemu di sebuah kedai makan di kampung mereka lewat petang itu. “Kenapa beritahu Man? Baik Mira pergi buat check-up mana tahu sakit perut, gastrik atau apendiks.” Azman cuba memberi cadangan. “Mira takut. Man kena bertanggungjawab kalau sesuatu berlaku pada Mira.” “Jangan macam ni Mira, Man takut juga, lagi-lagi kalau mak ayah kita tahu kita dah terlanjur. Kalau rahsia ini bocor, Man anggap Mira yang bocorkan kerana ia rahsia antara kita berdua sahaja.” Suasana kembali sepi untuk beberapa ketika. Masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian tetapi buntu. Azman tidak menyangka langsung dia boleh terlanjur dengan Amira. Semuanya berlaku apabila terpengaruh dengan rakannya yang secara tidak langsung telah mendorongnya melakukan perbuatan tidak bermoral itu. “Mira, lepas ‘ni jangan datang jumpa Man. Anggap kita tak pernah bertemu atau kenal. Jangan cari Man, ingat tu!” Kerana takut rahsia terbongkar, Azman melarang Amira bertemunya. Hubungan mereka terputus di pertengahan jalan. Azman nekad enggan bertemu Amira lagi selepas kejadian itu. Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang dirancangnya. Seminggu selepas itu, Amira dan keluarganya telah membuat laporan polis mendakwa Azman telah mencabul dan merogolnya. Azman kecewa kerana Amira telah mengkhianatinya. Kehadiran dua orang pelanggan lelaki yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu menimbulkan tanda tanya pada Azman. Lama direnungnya wajah pelanggan 177
yang agak tegap bentuk fikizalnya dengan rambut kemas tersisir rapi. Persis anggota pasukan keselamatan. Azman hanya memerhati dari jauh. Azman belum bergerak dari bahagian kaunter bagi menyantuni pelanggan berkenaan yang sudah mengambil tempat duduk di bahagian luar kedai makan. Kak Timah mendekati tetamu istimewa itu. Dilayannya sama seperti biasa. Entah apa yang dibualkan, Azman sukar menelah kerana kedudukannya agak jauh. Namun, selang beberapa minit kemudian, Kak Timah menjerit memanggil namanya. Azman tersentak lantas menuju ke arah Kak Timah.. ‘Apahal pula Kak Timah ni, jeritjerit nama aku depan pelanggan. Haish, tak sopan betul. Dia boleh je datang dekat aku!’ omel Azman sambil tersengih-sengih di hadapan pelanggan ketika melintasi mereka menuju ke meja pelanggan berkenaan. “Ada apa Kak Timah panggil saya, encik ni nak ambil order ke?” Di tangan Azman sudah siap pen dan buku nota untuk ambil pesanan. Ditunggunya beberapa saat tetapi pesanan tidak juga diberikan. Azman terdiam apabila Kak Timah memaklumkan pelanggannya itu adalah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Melaka Tengah. “Awak bernama Azman?” “Ya, saya Azman.” “Kami dari Balai Polis Melaka Tengah, minta kerjasama awak ikut kami ke balai sekarang.” “Nan...nan..ti,..nanti dulu. Tuan salah orang ke? Kenapa nak bawa saya ke balai? Apa salah saya, tuan,” Azman kurang selesa dengan arahan anggota polis berkenaan dan cuba menolak untuk ke balai polis. “Kita cerita di balai,” pendek sahaja jawapan diberikan. “Tolonglah beritahu tuan, apa yang saya dah lakukan. Kenapa saya digari?” 178
Azman semakin panik sewaktu tangannya digari dan terus dibawa masuk ke dalam kenderaan polis. “Kak Timah, tolong minta semua pelanggan bertenang. Azman perlu dibawa pergi sekarang.” Kak Timah hanya menganggukkan kepala. Pelanggan yang ada di kedai Kak Timah saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak senang duduk untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Masing-masing mengangkat bahu atau gelengkan kepala. Selang beberapa minit selepas kereta polis pergi, mereka kembali menjamu selera seperti tiada apaapa yang berlaku. Kedengaran satu suara nakal dari arah jalan raya menyindir Azman. Berderau darah Kak Timah bila nama anak saudaranya diburukkan. “Kalau korang nak tahu, anak sedara Kak Timah dah rosakkan anak dara orang. Tak percaya? Pergilah tanya Kak Bed, mak Azman.” Kak Timah rasa seperti mahu mengejar sahaja remaja berkenaan untuk dicili mulutnya tetapi kudratnya menghalang dia berbuat demikian atas faktor usia. Kak Timah terpaksa mencari pengganti Azman untuk membantunya di kedai makan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu. Azman membantunya mengurus kedai makannya pada waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Azman sama seperti remaja lain suka menghabiskan masa dengan rakan sebaya sehingga berlaku kejadian yang merubah hidupnya tanpa diduga. Berat ujian yang dilaluinya namun sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Zubaidah dan Zahari sedang berbual kosong usai menikmati sarapan pagi di bawah sinar mentari yang sedang mendongak langit. Hembusan bayu mendesir lembut menyapa pipi pasangan jannah itu sehingga deringan telefon bimbit berbunyi di atas meja dibiarkan begitu sahaja. Nada bunyi lagu hindi Akele Hum Akele Tum nyanyian Udit Narayan berulang-ulang menjerit minta perhatian. Mata Zubaidah terarah ke nombor panggilan unknown number 179
dan sekali lagi membiarkan ia ‘mati’ sendiri. Beberapa saat kemudian deringan yang sama berbunyi kembali. Zubaidah akhirnya mengalah dan menjawab panggilan. “Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Puan Zubaidah?” bunyi suara di hujung talian. Zahari menekan butang loud speaker untuk memudahkannya mendengar perbualan mereka. “Ya, saya Zubaidah. Saya bercakap dengan siapa dan mengenai apa?” “Saya, Inspektor Hadi dari balai polis Melaka Tengah nak maklumkan kepada puan yang anak puan bernama Noor Azman, ada di balai polis sekarang.” “Balai polis? Kena tahan? Kenapa anak saya berada di sana? Dia buat salah apa?” Seperti peluru berpandu yang dilepaskan satu persatu di medan perang. Belum meletup sudah ada yang mengekorinya. Begitulah pertanyaan Zubaidah saat dikhabarkan Azman berada di balai polis. “Anak puan ditahan kerana kami terima aduan, dia melakukan perbuatan tidak bermoral dengan budak bawah umur.” Zubaidah dan Zahari terdiam seketika. Antara percaya atau tidak, mereka terpaksa berdepan dengan kenyataan yang datangnya tidak dijemput. Muncul secara tiba-tiba membuat kedua-duanya sukar untuk menerimanya. “Saya tak percaya anak kami buat benda-benda ‘tak senonoh ni. Tuan salah orang,” Zubaidah cuba pertahankan Azman. “Tetapi, kami ada cukup bukti untuk sabitkkan kesalahan. Puan boleh ke balai sekarang untuk info lanjut,” Talian dimatikan. Zubaidah dan Zahari saling berpandangan. Kopi o dan kuih di meja terbiar begitu sahaja. Selera tersekat. Mereka bergegas masuk ke bilik bertukar pakaian sebelum pergi ke balai polis. “Man ‘tak ambil dadah mak. Kenapa polis desak Man untuk mengaku. Tengok dadah pun tak pernah, ini suruh mengaku hisap pula.” Nyala api kemarahan Azman semakin memuncak apabila satu persatu tuduhan dikenakan terhadapnya. 180
“Sabarlah Man, Man belum dibuktikan bersalah lagi. Kita tunggu hari perbicaraan, dengar apa yang hakim putuskan. Kalau tak bersalah tak perlu takut,” pujuk Zubaidah. Tuduhan mengambil dadah yang dikenakan ke atas Azman sekadar muslihat pegawai penyiasat untuk membabitkannya dengan kes cabul dan rogol yang dihadapinya. Azman sebenarnya bersih daripada sebarang kes penyalahgunaan dadah selepas sampel air kencingnya diambil untuk saringan dan ternyata negatif. “Man memang ‘tak mengaku ambil dadah sebab Man tidak terbabit langsung dengan dadah. Tapi, cara dia orang jalankan siasatan memang menakutkan,” kata Azman lagi. Zubaidah dan Zahari cuba membayangkan ketakutan yang dialami Azman. Selama hampir dua minggu di dalam lokap, disoal siasat silih berganti, makan minum yang tidak menentu selain tidur malam yang tidak lena, apa sangatlah yang mampu difikirkan oleh remaja berusia 16 tahun itu! “Masa kena soal siasat ‘tu, teruk Man dibuatnya. Dia orang soal dan kena menjawab dengan jawapan yang mereka kehendaki. Macam-macam cara digunakan supaya Man mengaku buat benda yang mereka tuduh. Mak tau, pegawai penyiasat ‘tu lagaknya macam polis dalam cerita Tamil. Garang gila. Rasa macam nak terkencing pun ada,” seloroh Azman. “Apa yang disoalnya sampai jadi macam tu sekali. Dia buat apa pada Man?” “Sambil bertanya, kepala Man ditumbuk, badan disebat, kena baling dengan pasu bunga dan diarahkan duduk mencangkung,” ujar Azman bersungguh-sungguh sambil menggambarkan situasi dia disiasat. “Jangan buat cerita Man, tak akan sampai macam ‘tu sekali,” Zubaidah seperti tidak percaya dengan kata-kata Azman. Bagaimanapun, Zubaidah pernah mendengar situasi seperti itu pernah berlaku di balai polis ketika tahanan disoal siasat. “Hanya yang melaluinya sahaja tahu mak.” Azman masih terbayang-bayang bentuk penderaan yang diterimanya kerana enggan menjawab soalan diberikan. 181
Zubaidah mendengar dengan teliti apa yang diceritakan Azman. Sampai satu tahap, Zubaidah sukar menerima apa yang pihak polis lakukan ke atas anaknya. ‘Beginikah cara soal siasat yang dijalankan. Tahanan didera dan dipaksa mengaku kesalahan walaupun bukan mereka yang melakukan?’ “Man tak tanya polis kenapa dia orang sebat Man?” “Man tanya tapi polis ‘tu tak jawab, dia sebenarnya cuba psycho Man supaya Man mengaku semua tuduhan itu. Puaslah dia fikir cara nak buat Man mengaku salah.” “Polis tu kata apa?” Dia kata, “kalau kau nak lepas malam ‘ni jugak baik kau cerita apa yang kau pernah buat.” “Akhirnya Man mengaku buat kerja ‘tu atas dasar suka sama suka tapi sebab budak ‘tu bawah umur, Man kena caj kes cabul dan rogol, Man ‘tak dilepaskan pun malam tu, semua taktik polis untuk buat Man mengaku.” Dengan pengakuan itu, Azman ditahan reman selama dua minggu dan bukan dilepaskan sebagaimana dikatakan pegawai penyiasat itu pada peringkat awal. Azman tidak puas hati kerana menganggap siasatan yang dijalankan tidak telus. Bagi Azman, pihak polis tiada bukti kukuh untuk mensabitkan dia dengan tuduhan berkenaan. Azman beruntung walaupun telah memalukan keluarganya, dia tidak disisihkan malah diberi sokongan moral dan bimbingan yang sepatutnya dalam pelbagai sudut. “Man, abah tahu kau memang banyak menyusah dan memalukan keluarga. Tapi, kami tidak akan membuang kau, kau darah daging kami.” 182
“Man faham abah. Ampunkan Man, abah. Man tahu Man banyak buat dosa.” “Berfikir dahulu sebelum bertindak. Besar dosa buat anak dara orang. Jahat macam manapun kita jangan sesekali buat tak senonoh pada anak dara orang, ingat pesan abah ni,” pesan Zahari usai mereka pulang selepas menjelaskan wang ikat jamin Azman. 26 Ogos 2021 adalah tarikh sebutan kes Azman yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 (1) KK dan 377(B) KK (cabul dan rogol gadis bawah umur). Perbicaraan dan jatuh hukum berlangsung pada 27 Ogos 2021 dan Azman diperintahkan menjalani proses pemulihan di STB mulai 27 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2024. Pelangi sentiasa ada selepas hadirnya hujan. Begitu juga Azman yang menemui bahagia selepas melalui episod duka. Bahagia selepas Zubaidah dan Zahari sentiasa hadir menemuinya di perbukitan itu. Bahagia bergentayangan di mana-mana, Azman teruja dapat menjalin ukhuwah sesama pelatih, beriadah, beribadah dan bergabung jalin dengan keindahan alam semulajadi yang masih kekal menghijau. “Mak, abah, Man seronok sangat duduk sini. Man selamat di sini, mak tak perlulah kerap ziarah Man. Semua kawan-kawan dan cikgu baik,” ungkap Azman ketika Zahari dan Zubaidah melawatnya hujung minggu itu. “Man, abah dan mak sentiasa doakan Man dapat jalani kehidupan lebih bermakna di sini. Belajarlah menjadi insan yang baik dan lupakan sejarah hitam yang Man tempuhi sebelum ini,” sambung Zubaidah sambil menepuk belakang Azman sebelum bergerak pulang. “Semua ini takdir Allah Taala. Man terpaksa telan walaupun pahit kerana Man tahu, nikmat bahagia itu sedang menanti Man di hujung terowong ini,” ujar Azman sebelum berpisah dengan dua kunci syurga yang sentiasa dirinduinya itu. 183
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Tafsiran Surah Al-Baqarah ayat 195) 184
YANG KHILAF ITU AKU NADIA asyik bermain anak patung bersendirian di ruang tamu rumah pengasuhnya, Rosnani yang lebih selesa dengan panggilan Mak Nani. Sesekali dia menjerit tertawa menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Begitulah perangai Nadia di rumah Mak Nani sementara menunggu waktu makan tengah harinya. Setiap hari Mak Nani akan menghantarnya ke sekolah manakala waktu pulang akan diambil oleh ibunya, Shafiza. Nadia kanak-kanak comel bermata bundar, bibir bak delima merekah, hidung mancung dan berambut kerinting persis anak patung Barbie juga rapat dengan sepasang anak kembar lelaki Mak Nani. Sebagai anak tunggal, Nadia suka jika ada yang sudi bermain dengannya. Namun, petang itu Nadia pulang bersama esak tangis yang berpanjangan. Farhan dan Fahrin masih beruniform sekolah ketika berkunjung ke rumah kawan mereka, Hadi yang terletak dalam satu taman perumahan di pinggir bandar Kuala Terengganu selepas tamat sesi persekolahan hari itu. Farhan menunggang motosikal Yamaha RXZ 125 yang dibonceng Fahrin meluncur laju ke rumah Hadi untuk melihat ‘sesuatu’ seperti dijanjikan Hadi. 185
Si kembar berusia 14 tahun itu tidak pernah berpisah sejak dilahirkan dan amat sukar untuk mencari perbezaan antara kedua-duanya. Tingkah laku dan perangai mereka sama sahaja. Farhan dilahirkan lima minit awal daripada Fahrin. Apa sahaja dilakukan mereka pasti bersama. “Aan, betul ke tindakan kita? Aku takut nanti mama tahu apa yang kita buat.” “Kalau kau tak beritahu mama apa yang kita nak buat ni, tetaplah jadi rahsia kita tapi kalau mama dapat tahu, kaulah yang bocorkan rahsia ini, faham!” ungkap Farhan sedikit kasar menyebabkan Fahrin terus mengangguk tanda setuju. “Kau ni Aan, janganlah buat aku takut.” “Kita berdua dengan Hadi saja yang tahu perkara ini,” kata Farhan lagi sambil mematikan enjin motosikalnya. Farhan membuat panggilan kepada Hadi yang sudah lama menunggu mereka di rumahnya. Hadi, anak tunggal selalu ditinggal sendirian kerana kedua ibu bapanya yang bekerja sendiri kerap bertugas di luar kawasan. Hari ini, sekali lagi Hadi bersendirian. Peluang yang ada itu digunakan untuk berhibur ‘lebih-lebih’ dengan sahabat kembarnya itu. Farhan dan Fahrin adalah anak ketiga dan keempat pasangan Rosnani dan suaminya, Fazli yang bekerja sebagai atendan stesen minyak berhampiran taman perumahan mereka. “Engkau tak takut mak kau tahu kita tengok benda-benda tak senonoh ni?” soal Farhan sambil melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu banglo dua tingkat itu. “Tak tahu, pandai makan, pandailah simpan. Mak ayah aku sibuk, mana ada masa untuk buat spot-check. Rileks la,” ujar Hadi sambil meletakkan kepingan CD porno di meja. Farhan dan Fahrin agak terkejut melihat puluhan CD ‘bahan lucah’ yang tidak sepatutnya menjadi santapan mata budak lelaki berusia 14 tahun! “Hadi, aku dengan Arin balik dulu. Hari dah petang sangat, nanti mak kita orang bising. Ada masa, kita orang datang lagi, but make sure mak ayah kau tak ada.” Hadi tersenyum dan menutup pintu utama sebaik sahaja bayangan si kembar itu sudah menghilang daripada pandangan mata kasarnya. 186
Hadi berjaya meracuni fikiran Farhan dan Fahrin dengan memperkenalkan kepada pasangan kembar itu koleksi video berkenaan. ‘Hijau betul dia orang ni.’ Bisik Hadi yang tua setahun daripada Farhan dan Fahrin. Akibat terpengaruh dengan video-video itu, Farhan dan Fahrin mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. Naluri sebagai remaja lelaki yang sifatnya ingin tahu mula menguasai diri. Bermula dengan tontonan video, mereka mula menyimpan koleksi gambar yang tidak sepatutnya. Mereka juga menjadi bertambah berani memerhati Nadia dari jauh! “Mama, adik tak nak pergi rumah Mak Nani. Adik takut.” “Takut kenapa?” Nadia diam. Matanya redup seakan menutup cahaya kegembiraan yang dinikmati pada hari-hari sebelumnya. Shafiza hairan melihat ulah anak bongsunya itu. Perubahan yang agak mendadak dan sukar ditelah dengan pandangan kasar. Sepertinya Nadia sedang berperang dengan perasaan yang diciptakannya sendiri. Shafiza sukar untuk memahami murung puteri tunggalnya itu. Shafiza mengambil beg pakaian, beg sekolah dan bekalan sarapan pagi untuk Nadia. Tidak perlulah Mak Nani tergocoh gacah menyiapkan sarapan pagi anak asuhannya sebelum ke sekolah. “Adik tak nak pergi, tak nak, tak nak.” Tangisan Nadia semakin kuat. Diulangnya berkali-kali perkataan itu sehingga Shafiza naik angin. Hari semakin tinggi dan Shafiza sudah lewat ke pejabat. “Ok, ok. Janji dengan mama dulu. Beritahu mama kenapa adik tak nak pergi rumah Mak Nani. Mesti ada sebab kan?” Shafiza mula merendahkan suaranya memujuk Nadia. ‘Aku dah lambat masuk office. Budak ‘ni buat perangai pula. Dah la nak kena hadap meeting, rungut Shafiza sambil membetulkan tudung bawalnya yang ditarik Nadia kerana tengah marah. 187