The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZURA BINTI MIOR DAUD (ISM), 2023-01-17 23:38:17

STB KIDZ

STB KIDZ

tidak hadir ke sekolah kerana nama dan maruahnya sudah tercemar. Malu yang bertandang di wajahnya kekal sehingga dia melangkah keluar untuk kali terakhirnya di pagar sekolah. “Adli malu ayah, malu. Semua kawan-kawan Adli dah tahu Adli hisap dadah dengan nak curi motor tu,” ujar Adli dengan suara tersekat-sekat ketakutan. “Baru tahu malu, sebelum ini tak malu!” Herdik Aminuddin yang kelihatan terlalu berang dengan Adli. “Adli tak nak sekolah dah. Adli nak berhenti juga.” “Kau nak jadi apa kalau tak sekolah? Kacang hantu?” tempik Aminuddin. “Sudahla bang, takut budak ‘tu, awak kalau marah, dah macam singa lapar,” jerit isterinya, Syahida yang sedang menyediakan makan malam di dapur. “Mujur abang kau nak jamin, kalau tidak duduklah kau dalam lokap ‘tu sampai sudah, silap-silap masuk penjara,” ujar Aminuddin dengan nada suara tinggi. Aminuddin dan Syahida duduk di ruang tamu. Masing-masing menyandarkan badan ke sofa lembut berwarna biru laut. Mata Aminuddin terkedip-kedip memandang akuarium mini milik Adli di tepi televisyen. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ditelungkupkan akuarium itu. Biar semua anak-anak ikan itu mati. Baru puas hatinya. “Abang pandang akuarium tu kenapa? Ikan tu tak bersalah pun. Yang salahnya tuan punya ikan. Nak buang? Nak tonggengkan? Baru puas hati abang?” soal Syahida apabila melihat Aminuddin asyik merenung akuarium itu dengan pandangan yang sangat tajam sehingga dahi berkerut. “Penat layan kerenah anak macam ni. Semua perlu dengar cakap dia. Nak apa sahaja diberi. Sampai satu tahap, pijak kepala mak bapak, malukan keluarga, buat benda bukan-bukan.” Aminuddin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Syahida 88


hanya diam. Malas menyampuk. “Abang, kita hantar Adli sekolah swasta. Kita cari sekolah yang dekat-dekat dan yuran bulanan yang rendah. Sayang kalau dia berhenti terus,” Syahida cuba memberi cadangan. Aminuddin diam tanpa sebarang reaksi. “Semua salah saya. Saya terlalu keras mendidiknya.” Aminuddin tidak hiraukan cadangan Syahida sebaliknya masih fokus memikirkan kemarahannya terhadap Adli. “Eloklah kalau abang dah sedar, belum terlambat untuk betulkan keadaan. Sementara dia ada di rumah, abang cakaplah elok-elok dengan dia. Jangan ditengking dan diherdik membabi buta lagi.” “Saya tahu, saya cuba kawal perasaan marah. Tetapi bila ada hal bersangkut dengan dadah ‘ni, saya tidak boleh sabar. Awak tahu kisah silam saya.” Aminuddin mengingatkan Syahida kisah pil kuda yang pernah diambilnya. “Abang, perkara tu dah lama berlalu. Semuanya dengan izin Allah. Abang jodoh saya buat selamanya,” ujar Syahida sebelum bangun menuju ke bilik Adli. “Adli, abah dah tak marah. Pergilah jumpa abah dan minta maaf, janji dengan abah untuk berhenti hisap ganja,” tutur Syahida dengan lembut. Adli memandang Syahida sambil menyeka air mata penyesalannya. “Adli memang nak berhenti dan perlukan sokongan moral mak dan abah.” “Insha Allah Adli, ibu dan abah akan bantu Adli menjalani proses rawatan nanti. Moga dengan izin Allah, semua urusan rawatan dipermudahkan dan Adli kembali sembuh 100 peratus.” Petang itu, Adli, Kamarul dan Shamsul berjanji untuk berjumpa bagi meneruskan aktiviti membalut daun ganja. Sudah menjadi kebiasaan, mereka bertiga sepakat untuk bertemu di kawasan berbeza untuk mengelak daripada dihidu pihak polis. Namun petang itu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila polis berjaya mengesan kedudukan mereka di lokasi berkenaan. 89


“Awak buat apa?” Sergahan itu membuatkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. “Tak ada apa-apa tuan. Lepak kosong saja.” “Kalau tak ada apa-apa kenapa nak lari, Minta IC?” Adli cuak tetapi tetap memberi kerjasama dengan memberikan kad pengenalan untuk diperiksa. “Kenapa tuan, kami duduk je, tak ada buat apa-apapun,” Kamarul mula berasa tidak sedap hati dan cuba untuk melarikan diri namun tangannya sempat dipegang salah seorang anggota polis cawangan narkotik itu. “Kalau tak buat apa-apa kenapa takut? Ini mesti ada yang tak kena.” Adli hanya melihat Shamsul yang berdiri agak jauh daripadanya memecut lari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang. Kelajuan seperti atlet Jamaica, Usain Bolt berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap. Adli dan Kamarul menggelengkan kepala tidak puas hati. “Dalam beg ‘tu ada apa? Yang ini plastik apa, nak bungkus apa pulak?” Soalan berselang seli itu menyebabkan Adli semakin panik dan menyerahkan dompet serta telefon bimbit untuk diperiksa. “Saya tanya sekali lagi, dalam beg ‘tu ada apa?” Salah seorang anggota polis itu mencapai beg galas berwarna hitam lalu tangannya menyeluk bahagian tengah beg. Empat gram ganja yang dibungkus dalam plastik berbeza ditemui dan Adli tanpa disoal mengaku ganja itu miliknya. “Agak dah, kau call balai sekarang minta kereta untuk bawak budak-budak ni ke balai.” Suasana di padang permainan petang itu agak sunyi. Budak-budak tidak ramai yang bermain. Mata Adli melilau ke arah semua pengunjung bimbang kalaukalau ada yang melihatnya. Sebaik kereta peronda tiba, Adli dan Shamsul dibawa ke 90


sebuah balai polis di Shah Alam untuk siasatan lanjut. Adli dan Kamarul diminta melakukan saringan ujian air kencing. Keputusan dikeluarkan dan kedua-duanya didapati positif dadah. Adli yang sudah menjangka keputusan ujian itu mula dihantui perasaan takut terutama memikirkan bagaimana untuk membela dirinya yang bakal berdepan ‘bom atom Hiroshima’ yang akan meletus beberapa jam yang akan datang. Mahu atau tidak, Adli perlu menadah telinga mendengar letupan bom yang sengaja ‘dicarinya’. Adli yang berusia 17 tahun itu direman selama empat hari di lokap polis sebelum dibawa ke mahkamah untuk sebutan kes. ‘Nak kena beritahu mak abah atau tak? Kalau aku beritahu, matilah aku. Ni dah empat hari aku direman. Mereka tak cari aku pun.’ Pelik juga ni. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya rahsia aku masih belum terbongkar. Mungkin mereka ingat aku tidur rumah kawan.’ Sambil berdiri di dalam ‘black maria’, untuk ke mahkamah, Adli membayangkan wajah bengis Aminuddin dengan belitan tali pinggang di tangannya. Seram sejuk Adli dibuatnya. “Syukur Alhamdulillah abang yang datang bukan ayah,” ujar Adli waktu bertemu abangnya, Zakuan yang hadir di mahkamah pagi itu. “Aku datang untuk ikat jamin kau. Kau hutang aku RM1,000. Kalau kau ada duit nanti, kau bayar balik tau.” Adli tersenyum sambil mengangguk. Tidak tahu sama ada Zakuan serius atau sekadar bergurau. Kehadiran Zakuan menimbulkan tanda tanya. ‘Siapa beritahu dia aku masuk court hari ni?’ bisiknya sendirian. Rupa-rupanya Adli belum bersedia untuk berhenti daripada mengambil ganja. Pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan bahan terlarang itu. Selepas 91


dibebaskan, Adli bertemu Aziz untuk dapatkan bekalan sementara menunggu hari perbicaraan. “Barang baik... harga pun mesti baik kawan. Kalau tak ada duit... jangan datang. Bila sudah ada...baru datang.” Suara Aziz yang sedang ‘lalok’ akibat pengambilan dadah itu membuatkan Adli tidak senang duduk. “Aku ada duit, cukup untuk beli barang,” kata Adli sambil menggenyeh-genyeh hidungnya menggunakan jari. Aziz memandangnya dengan sebuah senyuman hambar. Dengan tangan terketar-ketar dihulurkan satu peket kecil ganja kepada Adli. Wang dan barang bertukar tangan. Adli yang duduk bertinggung terus bangun dan melangkah pergi. Bimbang kehadirannya dalam keadaan tidak terurus itu disedari pengunjung taman permainan yang terletak berhampiran rumahnya. “Bila kau keluar?” soal Aziz sambil membungkus daun ganja yang baru diproses. “Adalah dalam seminggu lepas, abang aku yang jamin, aku peliklah macam mana dia tahu kes aku dan sanggup bayar ikat jamin.” jawab Adli sambil matanya tertumpu pada daun ganja di hadapan Aziz. “Bila lagi kau naik court?” “Lambat lagi… dalam lima enam bulan macam tu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun belum habis lagi, semua kena tangguh. Nanti aku naik court terus jatuh hukum rasanya. Tak jumpa la kita nanti,” kata Adli sambil menggulung daun ganja sebelum menyedutnya. “Kau jangan cakap macam tu, selagi ada umur, ada rezeki, kita jumpa,” balas Aziz. “Aku nak berubah Jiz, nak hilangkan ketagihan ini, bukan tak boleh, tapi aku tak kuat.” 92


“Adli, hidup bertemankan dadah tak ke mana perginya. Betul kata abah, kalau tidak dirawat daripada awal, boleh jadi mayat hidup. Macam rangka berjalan. Menakutkan. Adli nak jadi macam tu ke?” “Adli nak berubah, Adli juga tak mahu jadi mayat hidup. Adli nak kembali kepada Adli yang dulu. Hidup seperti biasa. Adli perlukan sokongan mak dan abah. Adli juga bahagia di sini. Banyak perkara baru yang Adli pelajari. Semuanya membantu Adli dalam proses mengenali diri yang sebenar. Kawan Adli di kampung yang masih menagih tu juga baik. Kalaulah Adli boleh bantu Aziz lepas keluar nanti, rasa syukur sangat.” “Aziz yang mana?” “Aziz yang orang kampung selalu sebut tokan dadah tu.” “Semoga dia kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi bergelumang dengan najis dadah suatu hari nanti. Orang menagih ni sampai puluh tahun pun boleh kembali ke pangkal jalan kalau betul-betul nak berubah.” “Teruk macam manapun seseorang itu, kalau niat dia nak berubah ke arah yang lebih baik, kita doakan yang baik-baik untuk dia.” 93


Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab B Munabin


KASIH YANG TERLERAI S INAR mentari yang menerjah masuk menerusi celahan tingkap itu tepat menghala ke muka Ravi. Bahangnya juga sudah mula mencium kulit Ravi yang tidak berbaju itu. Ravi cuba menukar posisi tidurnya namun cahaya yang menyinar itu seakan menghalangnya untuk terus membuai lenanya. Ravi bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil. Ravi cuba memejamkan semula matanya tetapi terhalang sebaik sahaja mendengar suara rakan-rakan sebilik yang baru balik bersarapan. Wajah Abang Lan tiba-tiba muncul mengganggu ingatan Ravi. Peristiwa lalu mula bermain di fikirannya. Sakit hatinya dengan ‘permainan’ licik Abang Lan belum berakhir lagi. Ravi teringat bagaimana Abang Lan memerangkapnya petang itu. Luka di hatinya sudah sembuh namun parutnya tetap ada dan akan kekal buat selama-lamanya! “Apa muslihat Abang Lan bawa anggota polis ke sini dan membuat tuduhan yang bukan-bukan ke atas saya?” soal Ravi kepada Abang Lan yang muncul secara tiba-tiba selepas dua minggu menghilangkan diri. Ravi tidak pernah bersangka buruk terhadap Abang Lan namun tindakan lelaki berkepala botak itu amat mengecewakannya. 95


“Aku dah bantu macam-macam bang, tapi macam ni cara abang balas pertolongan aku,” tempelak Ravi dengan nada suara yang agak kasar sehingga menghamburkan perkataan aku berbanding saya seperti biasa. Abang Lan diam tanpa jawapan dan itu menambahkan lagi api kemarahan Ravi. Kasihan Ravi apabila Abang Lan yang dibantunya itu telah menuduhnya melarikan wang RM10,000 selepas memecah masuk sebuah premis perniagaan di bandar Seremban. “Sampai hati kau bang buat macam ni pada aku,” ujar Ravi sambil menoleh ke arah Abang Lan sebelum dibawa pergi anggota polis berkenaan. Ravi kecewa kerana hasratnya membantu Abang Lan akhirnya menjerut dirinya sendiri. Ravi seorang anak yang ‘betul bendul’. Lurus orangnya. Walaupun Ravi ‘kaki ganja’ dia jarang menolak permintaan orang yang perlukan bantuannya. “Ravi, Abang Lan nak minta tolong ni. Kak Mira dah beberapa hari tak balik rumah. Tolong abang cari dia boleh?” “Kak Mira abang lari? Kenapa? Abang bergaduh ke?” Ravi yang tengah mamaimamai kerana di bawah pengaruh ganja masih boleh bertanya dengan waras. “Ya, sebab ‘tu abang cari awak nak minta tolong.” “Macam mana dia boleh lari bang?” “Abang tak tahulah Ravi. Mari tolong cari Kak Mira.” “Kita cari sebelah sana, geram betul abang dengan Kak Mira, salah sikit pun nak merajuk.” “Perempuan bang, selalu macam tu.” seloroh Ravi yang kembali segar selepas disergah. 96


Akhirnya, Kak Mira berjaya ditemui dan kembali ke rumah sewa mereka di sebuah taman perumahan di Seremban. Ravi sekali lagi didatangi Abang Lan ketika asyik bermain permainan video di perhentian bas yang sama. Dengan muka yang agak serabut tidak terurus, Abang Lan tanpa silu meminta duit daripada Ravi untuk membeli makanan. Ravi yang masih di bawah pengaruh dadah itu menganggukkan kepala tanda setuju. “Abang dengan Kak Mira lapar, kami dah dua hari tak makan. Kau ada duit?” Abang Lan memancing simpati Ravi. “Saya tak ada duit bang, baru habis beli barang,” balas Ravi sambil ibu jarinya laju mengetik huruf di skrin handphone main PUBG. “Takkan tak ada langsung, Ravi...nak beli nasi,” pujuk Abang Lan lagi. Ravi pause game dan memandang ke arah Abang Lan dan Kak Mira. ‘Buat muka kasihan pula dua orang ni. Kerja malas.’ getus Ravi perlahan. Kedua-duanya masih menunggu jawapan daripada Ravi. Malam semakin larut. Perhentian bas mulai sepi. Bas-bas terakhir ada yang baru hendak memulakan perjalanan dan ada yang baru sampai. Kepulan asap hangit menusuk masuk ke hidung. Pedih dan perit sama seperti peritnya Ravi berhempas pulas meneruskan perjuangan untuk teruskan kehidupan. “Abang Lan, jom ikut aku pergi bangunan tu.” Tanpa menunggu anggukan dan jawapan daripada Abang Lan dan Kak Mira, Ravi bergerak pantas ke sebuah premis yang sudah tamat waktu berniaga. Ravi menggunakan kepakarannya mengumpil pintu kedai menjual telefon bimbit itu dengan mudah. Selang beberapa minit, longgokan wang bernilai RM10,000 berada dalam beg hitam yang digalas Ravi. Malam itu, Ravi, Abang Lan dan Kak Mira berbelanja lebih daripada biasa. Menjamu selera di restoran mewah tanpa rasa bimbang. 97


“Esok kita pindah PD. Cari rumah sewa, duduk sana.” “Betul ke Abang Lan, tapi takkan saya nak tinggalkan ibu dan adik-adik.” “Kita pergi tidak lama, kalau duduk sini, nanti orang dapat tahu kita pecah masuk dan ambil duit ‘tu macam mana. Siapa lagi susah.” “Betul juga. Saya ikutlah.” Ravi tidak ada banyak pilihan. Dia terpaksa mengikut rancangan Abang Lan demi keselamatan dirinya juga. Dia juga yang memecah masuk premis itu. ‘Kalau ada CCTV mati aku. Memang akulah yang polis cari.’ Di Port Dickson, mereka menyewa sebuah bilik. Kesukaran mendapat kerja memaksa mereka menggunakan duit yang dicuri untuk berbelanja. “Pinjamkan Abang Lan RM500. Abang nak pergi Seremban semula. Kau dengan Kak Mira duduk sini sampai abang balik.” Demi seorang sahabat, Ravi tidak kisah memberikan sejumlah wang yang diminta. Namun siapa sangka, madu yang diberi, tuba pula yang dibalas. Ravi terpaksa berdepan dengan masalah yang dicarinya sendiri dan dalam masa yang sama Abang Lan meninggalkannya sendirian menanggung derita. Perjalanan menaiki kenderaan polis dari Port Dickson ke Seremban begitu jauh dirasakan Ravi walaupun hanya mengambil masa hampir 40 minit pada jarak lebih kurang 32 kilometer sahaja. Pelbagai persoalan bermain di mindanya terutama tindakan Abang Lan yang meragukannya itu. ‘Kenapa Abang Lan tuduh aku mencuri walhal aku yang bersusah payah pecah masuk kedai tu semata-mata nak bantu dia walau aku tahu cara itu salah.’ Hubungan Ravi dengan Abang Lan baru sahaja terjalin selepas mereka bertemu di perhentian bas tempat Ravi selalu menghabiskan masanya bermain permainan video di telefon bimbitnya. Bermula dari situ mereka selalu berjumpa dan berbual kosong berjam-jam lamanya kerana Abang Lan tidak bekerja. Kalau bekerja pun sekadar mengambil upah sebagai pelayan atau tukang cuci di kedai makan. Berhenti bila dapat gaji dan mencari kerja lagi selepas wang habis dibelanjakan. 98


Kalau terdesak sangat, dia akan mengikut Ravi mencari besi buruk atau apa sahaja yang ada untuk dijual semula. “Kita dah sampai balai, keluar,” ujar anggota polis yang duduk di sebelah Ravi, sekali gus mematikan lamunan Ravi. “Ikut saya.” Ravi melangkah dengan tangan bergari sambil menundukkan mukanya. Tiada sebarang reaksi daripada Ravi tatkala orang awam melirikkan mata ke arahnya. Ravi diarahkan duduk bersama beberapa tahanan lain yang juga bergari di bahagian belakang badan. Ada yang memakai baju oren iaitu pakaian lokap juga pakaian biasa. Wajah masing-masing kelihatan penat dan sugul. Masing-masing duduk membatu. Menanti giliran untuk disoal siasat. Mata Ravi terarah ke sebuah bilik bertentang dengan kedudukannya. Ravi memanjangkan lehernya mengintai apa yang ada di situ. Terpandang olehnya sebuah meja dan dua buah kerusi saling menghadap. ‘Itu ke bilik soal siasat?’ Ravi kembali ke kedudukan asalnya dan mengerling ke kiri kanannya sambil berbalas senyuman pahit. “Ravi a/l Sugumaran, sila ikut saya,” Ravi bangun dan mengikut langkah anggota polis berkenaan menuju ke bilik yang dilihatnya sebelum itu. “Soal siasat bermula. Pelbagai soalan diajukan kepada Ravi yang duduk menghadap pegawai penyiasat. Berpeluh untuk memberikan jawapan. Antara benar atau salah, Ravi tiada pilihan. “Betul tuan, itu sahaja duit yang tinggal, RM50. Lain semua sudah habis.” “Awak belanja apa RM10,000 cepat habis.” “Saya bagi Abang Lan RM4,000, saya ambil RM6,000, kami lari PD duduk rumah sewa.” “Bermaksud, selepas awak pecah masuk kedai berkenaan, awak terus bahagikan wang itu? 99


“Ya, tuan.” “Banyaknya awak belanja, cepat habis duit.” “Abang Lan minta saya RM500 untuk belanja pergi Seremban. Saya tinggal dengan isteri dia berdua. Makan minum semua saya tanggung.” “Boros betul kamu belanja. Beribu ringgit tidak sampai dua minggu.” “Duit curi tuan. Sekejap sudah habis,” seloroh Ravi sambil tersenyum. “Kenapa Abang Lan bawa polis untuk tangkap awak?” “Saya tidak tahu, tuan.” “Takkan awak tak tahu, Abang Lan kawan awak.” “Saya tak tahu, tuan. Saya pun baru kenal Abang Lan.” “Mak awak tahu tak awak buat semua ni?” “Tak tahu tuan.” “Telefon mak awak sekarang.” Ravi memberikan nombor telefon Nandini kepada pegawai penyiasat berkenaan. Soal siasat terhenti seketika. Seorang anggota polis membuat panggilan kepada Nandini. Namun panggilan hanya masuk peti mel suara sahaja. Beberapa kali dicuba tetap tiada jawapan. “Betul ni nombor handphone mak awak?” “Betul tuan.” Kerisauan dan ketakutan Ravi mula menyinggah difikirannya. ‘Kenapa ma tak jawab call? Ma sakit atau phone ma rosak?’ Sesi soal siasat yang berlangsung hampir dua jam sudah tamat namun Nandini belum dapat dihubungi. Ravi ditahan reman sementara menunggu tarikh sebutan kes di mahkamah. 100


Kes Ravi diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan pecah masuk kedai sebelum mencuri wang tunai RM10,000. Ravi mengaku salah di atas pertuduhan itu. Disebabkan Ravi masih di bawah umur, pertuduhan terhadapnya dibacakan sekali bersama Akta Kanak-Kanak 2001. Hakim memutuskan Ravi ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (STB) bagi menjalani proses pemulihan selama tiga tahun mulai 8 September 2021 sehingga 8 September 2024. Sebelum itu, Ravi ditempatkan di Asrama Akhlak Sentosa, Kuala Lumpur sebelum ke Asrama Akhlak Bukit Baru Melaka dan Asrama Akhlak Kempas, Johor. Penahanan Ravi memberi kesan emosi yang mendalam kepada Nandini kerana tidak mampu untuk membayar wang ikat jamin. Tanggungannya ramai termasuk empat orang adik Ravi. Situasi itu menyebabkan Ravi ditempatkan di beberapa asrama akhlak terlebih dahulu sebelum dihantar ke STB. Ravi pasrah dengan keadaan dirinya yang tidak mendapat sepenuh perhatian daripada keluarga angkatnya. Untuk menghilangkan kekusutan fikirannya dia mula berjinak-jinak mengambil ganja melalui seorang lelaki yang ‘menghuni’ perhentian bas yang sama dengannya. Seorang lelaki Cina yang kusut masai tidak terurus dan kerap dilihat tidur di atas timbunan kotak di sudut kanan perhentian bas itu. “Tambi, apa bikin sini?” Satu suara garau mendatangi Ravi yang baru hendak melelapkan mata tengah malam itu. Peluh dingin mengalir laju di bahagian belakangnya. ‘Manusia atau hantu.’ “Tak ada apa bang, saya selalu tidur sini, malas balik rumah.” “Tarak takut sama hantu ka.” “Saya lagi takut sama orang.” 101


“Lu mau ini?” “Apa ni, serupa rokok saja.” “Sama la, tapi ini kalau lu sedut lagi syok.” “Abang bagi saya? Saya tak ada duit nak bayar.” “Lu ambil dulu, try.” “Terima kasih bang.” Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Ravi sendirian. Ravi memandang lelaki yang tidak dikenalinya itu sehingga bayangnya menghilang di balik tiang batu bangunan perhentian bas itu. Ravi mencium dan menyedut gulungan putih seakan rokok yang melekat di celahan jarinya itu. Semerbak sungguh baunya. Ravi tersenyum lebar. Badannya yang tadi dalam posisi duduk berjuntai kaki kini sudah berbaring telentang. Ada nikmat yang sedang dikecapi melalui segulung kertas yang terisi dedaun ganja didalamnya. Ravi sedang dilamun bahagia yang sementara. Bahagia yang bakal membawa lara berpanjangan. Ravi yang suka bersendiri memilih untuk tidur di perhentian bas beralaskan lantai simen yang sejuk dan berbumbungkan langit yang luas terbentang ditemani bintang bergemerlapan. Tempat tidur kegemarannya itu lebih enak daripada tilam kekabu yang berbau tengik di rumahnya. Di sebelah siang pula, Ravi yang tidak lagi bersekolah mengutip besi buruk di merata-rata tempat dan menjualnya semula untuk mendapatkan wang membeli ganja. Bakinya pula dihulurkan kepada Nandini untuk keperluan belanja dapur. Ravi terputus kasih sayang kedua ibu bapanya, Letchmi yang sudah meninggal dunia kerana kanser dan bapanya, Sugumaran yang menghidap kencing manis. Nenek Ravi, Mariamah terpaksa menyerahkan Ravi kepada sebuah keluarga angkat untuk dijaga ketika berusia 10 tahun. Sejak itu Ravi tidak lagi ke sekolah kerana Nandini bergelut dengan masalah kewangan yang serius. 102


Nandini tidak tahu langsung Ravi terjebak menghisap ganja kerana anak angkatnya itu tidak lekat di rumah. Baliknya hanya sesekali memberi duit belanja kepada Nandini. Nandini hanya tahu Ravi terlibat dengan dadah ketika dihubungi pihak polis selepas memecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit di bandar Seremban, Negeri Sembilan. “Ma, ini duit belanja untuk ma, Nisha, Devi, Sushi dan Kiki. Aku tak banyak duit sekarang sebab susah nak dapat besi buruk.” “Banyak ni Ravi, ma ada simpan sikit-sikit duit, Yogesh dan Rama ada kirim belanja.” “Ambil saja ma untuk adik-adik saya juga. Ma baik jaga kita semua walaupun kami bukan anak kandung ma.” Kata-kata Ravi menusuk ke jantung Nandini. Walaupun Nandini agak sibuk uruskan adik-adik Ravi, dia tidak pernah bersungut sebaliknya berterima kasih kepada Ravi yang banyak membantunya menguruskan kerja-kerja rumah. “Ma, kalau saya sudah pergi nanti, saya harap ma terus jaga adik-adik saya sampai dia orang kahwin.” “Jangan cakap macam tu, ma tak suka. Ravi muda lagi, boleh kerja bagi adikadik duit. Hantar belajar sekolah tinggi-tinggi,” pujuk Nandini. “Saya budak tak baik ma, tak sekolah suka merayau, selalu susahkan ma dan adik-adik,” ujar Ravi sambil menahan manik jernih yang bertakung di tubir matanya. Kasih sayang Ravi untuk adik-adik tidak berbelah bahagi. Apa yang dia ada dikongsi bersama. Walaupun duit hasil jualan besi buruk tidak sebesar mana, dia tetap usaha untuk bahagiakan mereka. “Ma, sekali lagi saya pesan, kalau saya tak ada, ma jaga adik-adik saya. Saya 103


sayang mereka,” Ravi memaut tubuh Nandini dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan. Ravi merasakan ada sesuatu yang ‘buruk’ bakal menimpa dirinya. ‘God, please bless me and my family.’ Nandini meleraikan pelukan Ravi sebelum Ravi meninggalkannya tanpa mengetahui anak angkatnya itu akan berpindah ke tempat lain selepas kejadian yang telah merubah kehidupan Ravi. Ravi seorang yang aktif dan mengakui STB adalah tempat persinggahan yang tepat untuknya memperbaiki diri selepas melakukan banyak kesilapan dalam hidup. ‘Banyak perkara baru aku belajar di sini. Sungguh, aku rasa bertuah terpilih menetap di sini. Suasana yang aman dan damai, rakan yang baik, kelas-kelas bimbingan kaunseling dan motivasi, riadah semuanya berjalan dalam suasana kekeluargaan. Berjauhan dengan keluarga tidak menjadikan aku orang asing kerana hubungan kami seperti adik beradik. Walaupun aku bukan Islam, tatacara hidup mereka turut mempengaruhi aku.’ STB pilihan tepat untuk membetulkan langkah kaki Ravi yang sumbang sebelum ini. ‘Sekali tersilap langkah, kalau dibiarkan, aku akan terus buat silap. Apabila bertemu dengan langkah yang betul, aku perlu cepat-cepat membetulkan langkah itu.’ Ravi aktif dalam sukan tinju dan bercita-cita menjadi petinju profesional suatu hari nanti. Nandini tidak menggalakkannya memilih kerjaya itu kerana bimbang anak angkatnya itu mengalami kecederaan. 104


Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi, jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. - La Roche


KEMBALIKAN KASIH ITU S ANG MENTARI masih malu-malu mengeluarkan sinarnya kala beburung sudah keluar berterbangan di ruang angkasa mencari rezeki. Bertebaran di dada langit yang mula membiru diliputi awan putih berhias cantik. Saujana mata memandang, memuji keindahan kurniaan Ilahi. Andai itu mampu memberikan ketenangan dan kedamaian, biarlah sirnanya terus tiada agar sinarannya setia mewarnai dunia nan indah. Sama seperti harapan Nazim yang masih menanti daripada ‘penjara kasih’ yang mengunci dirinya untuk kembali mencari sinar yang lama menghilang dalam kegelapan. ‘Akukah mentari itu, menanti cahaya yang masih malu-malu menyuluh dunia. Akukah beburung itu yang menagih kasih hingga ke akhirnya atau aku sirna yang terus tenggelam tanpa rela? Ya Allah, andai ini sudah tertulis untukku, aku sedia kembali kepada-Mu dan berdamai dengan takdir yang dicipta untuk aku. Andai ini suratan hidup aku, aku pasrah dan reda.’ “Jauh termenung Zim, aku dah berdiri lama sebelah kau, tak perasan ke?” Tegur Amsar tatkala melihat Nazim terlalu asyik menulis sesuatu di helaian kertas biru laut bergaris satu di meja tulisnya. 106


“Kau… aku ingat siapa tadi,” jawab Nazim segera menutup sulaman aksara itu dengan buku nota. Bimbang bait puisinya dibaca Amsar. “Dekat lima minit jugalah aku duduk di kerusi ini melihatkan kau yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan, pastu menjenguk ke luar tingkap, kau cari apa?” “Aku cari diri aku yang dah lama menghilang.” Selamba jawab Nazim. Nazim sedang menukil sebuah puisi yang mahu diabadikan dalam diarinya. Dia mahu insan-insan di sekelilingnya memahami isi hatinya yang terkurung di balik dinding itu sejak hari pertama dia di situ. Biarpun luarannya tampak gembira, namun jauh di lubuk hatinya tersimpan himpunan duka yang sukar dileraikan dengan kata-kata. “Biar betul kau ni Zim. Kau ada kat sini tapi kata hilang pula, tidak fahamlah aku. Jiwang juga kau ya, padahal umur baru 12 tahun.” “Walaupun aku sekolah sampai darjah empat, aku tidak buta huruf. Asal tak sekolah, tak pandai menulis dan membaca. Masa di rumah, aku rajin baca buku abang aku.” “Baiklah kawan, kau menang kali ini. Eh, kau kata tadi nak tulis puisi, mengenai apa ya?” “Aku nak tulis puisi berkaitan kenangan dan pengalaman hidup aku di sini. Mudah-mudahan kalau ada yang membacanya, mereka tahulah perjalanan hidup aku di sini.” “Kau ceritalah pada aku, mana tahu ilham datang bergolek-golek.” “Aku tak tahulah sama ada berjaya atau tidak aku tulis puisi ni. Mungkin ambil masa lama untuk siapkan. Mungkin sampai aku keluar nanti,” gurau Nazim sambil berjalan ke birai katil dan melabuhkan punggungnya di situ. “Bila dah siap, aku nak satu salinan, buat kenangan,” ujar Amsar sebelum bangun meninggalkam Nazim sendirian meneruskan ‘mimpinya.’ 107


Nazim kembali merenung jauh ke dada langit yang sudahpun terang benderang diiringi sang mentari yang tidak lagi malu-malu untuk menyinari dunia. Ingatannya berputar ligat teringat mama dan adik-adiknya walaupun dia sekadar menumpang kasih dengan keluarga angkat seawal usia tiga tahun. Sejak kecil Nazim tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya. Namun, bahagia yang dicari, derita yang datang menghimpit. Nazim yang dahagakan kasih sayang seorang ibu terus dirundung malang kerana tidak mendapat apa yang diingini. Nazim terdampar di lautan kasih yang bukan miliknya. Lain yang diinginkan, lain yang Nazim peroleh. Masih terngiang-ngiang suara lantang ibu angkatnya, Latifah memintanya mencari duit belanja. “Kau keluar sekarang dengan abang kau cari duit, tak ada duit macam mana nak makan. Mama dah kehabisan duit belanja.” “Saya tak nak. Takut,” pujuk Nazim. “Takut apa, mama kata pergi, pergilah ikut abang,” kata-kata Latifah membuatkan Nazim terkejut. Gelas kaca yang dipegangnya terhempas ke lantai dan pecah berderai sama seperti hatinya yang remuk kerana dikasari Latifah. Dek ketakutan, Nazim lari masuk bilik meninggalkan ibunya sendirian mengutip kaca. ‘Budak bertuah ‘ni, tak habis-habis menyusahkan orang.’ “Mama, abang tak tahu dah nak cari duit macam mana. Tak akan nak mencuri lagi,” jerit Rizal yang membahasakan dirinya abang dari dalam bilik apabila mendengar suruhan Latifah. “Pandai-pandailah,” kata Latifah pendek. Malas melayani anak-anaknya. 108


Suasana kembali seperti biasa. Begitulah Latifah yang kerap mengerah anakanaknya mencari wang sementara dia dan suaminya, Rahim hanya duduk di rumah, goyang kaki. Sakit hati Nazim melihat perangai ibu bapa angkatnya itu. ‘Kalau boleh lari ni, dah lama aku lari,’ bisik Nazim. Suatu pagi Nazim terdengar perbualan Latifah dan Rahim yang bercadang ke sebuah negeri di pantai timur untuk ‘beralih angin.’ “Duduk sini pun tak ada kerja. Apa kata kita bawa anak-anak pindah. Manamanalah kat Pahang, Terengganu atau Kelantan. Saya rasa susah duduk sini.” “Banyak duit awak nak pindah sana? Nak duduk mana?” Rahim bersuara tidak bersetuju. “Sana banyak tempat boleh kerja. Kita cubalah. Sehari dua lagi kita pergi,” ujar Latifah seakan tidak sabar untuk melihat dunia luar. Rahim hanya menjeling tanpa berkata apa-apa. ‘Dia ingat, minyak boleh ganti dengan air paip?’ Langit tidak selalu cerah. Begitulah nasib dialami Rahim sekeluarga apabila panas yang diharapkan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bekerja mengambil upah buat rumah tetapi upah tidak dibayar. Semuanya sia-sia sahaja. “Tauke, sudah dua minggu saya dengan isteri bikin rumah, tapi tauke belum bayar satu sen pun!” “Sikit hari lagi saya bagi, awak dua orang kerja dulu.” “Susahlah macam ‘ni. Saya punya anak bini mau makan apa. Rumah sewa kena bayar.” “Nanti saya minta kerani akaun keluarkan gaji awak berdua.” Rahim dan Latifah mula buntu. Wang hampir habis. Bekas beras, botol gula, 109


minyak masak, susu, tepung semua kosong dan bersisa sahaja. Makanan mereka terpaksa dicatu. “Apa kita nak makan bang, kasihan budak-budak. Makan nasi dengan air garam. Nak beli pun, dompet saya dah kering,” keluh Latifah. Seperti biasa, Rahim hanya mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi sehingga menerbitkan rasa marah Latifah. “Carilah jalan bang, di mana boleh dapat duit,” pujuk Latifah lagi. “Nanti saya fikirkan.” balas Rahim sambil berlalu pergi. Ketika asyik memikirkan soal duit, anak-anak Latifah mengatur strategi pecah masuk kedai jual alatan memancing. Rancangan mereka berjaya. “Saya tak sedap hati. Jom kita balik rumah semula.” “Kenapa gesa-gesa pula. Kata nak duduk lama.” “Semalam, budak-budak ‘ni pergi pecahkan kedai kolam memancing hujung kampung ‘tu. Jumpalah duit sikit. Dirembatnya duit tu bawa balik.” Selepas beberapa hari gagal menemui tauke Cina itu, mereka akhirnya pulang dengan tangan kosong. Di tempat asal mereka, keadaan semakin terdesak sehingga Latifah terpaksa menjual motosikalnya dan berpindah ke rumah sewa yang semakin kecil. Ketiadaan sumber kewangan yang tetap sekali lagi menggugat keharmonian keluarga Latifah yang terpaksa meneruskan aktiviti mereka dengan mencuri dan mengemis. Nazim menjadi mangsa keadaan apabila dia turut dipaksa berbuat demikian. Walaupun Nazim hanya seorang budak kecil berusia 11 tahun, dia tahu bahawa mencuri satu perbuatan salah. 110


“Korang berdua pergilah cari duit di mana-mana tempat yang sesuai. Ajak Nazim sekali, biar dia tahu susah senang nak cari duit,” jerit Latifah sekali lagi. Nazim bingkas bangun apabila terdengar namanya disebut. ‘Mencuri lagi.’ Satu keluhan keluar daripada mulutnya. “Mama, suruhlah ayah kerja. Takkan selamanya nak hidup harapkan anakanak. Mencuri pula tu, Rezeki tak berkat,” kata Nazim. Sementara itu, Najib dan Rizal sudah bersiap untuk ‘bekerja.’ “Zim, jangan kurang ajar dengan mama. Kita hidup ‘ni bukan sentiasa senang. Ada masanya kita tersepit juga dengan keadaan sekeliling. Kita orang miskin tidak berduit, senang diinjak-injak,” kata Latifah. Sesekali Latifah cuba bercakap sebagai ibu yang amat menyayangi anaknya. Tetapi, sesekali itu juga dia berubah menjadi tegas dan garang apabila dibendung masalah kewangan. Ketika itulah dia menggesa Nazim mengemis. “Kau pergi duduk tepi kaki lima bank, nanti adalah orang bagi duit, mak nak guna beli minyak kereta.” “Zim tak nak minta sedekah. Zim takut,” rayu Nazim. “Kalau kau tak pergi, sapa lagi aku nak harapkan. Abang kau? Pagi-pagi lagi dia orang dah keluar cari duit,” bentak Latifah agak marah pada Nazim. “Mama, Zim tak nak pergi, tolonglah, mama, Zim takut kena tangkap dengan polis,” rayu Nazim. Latifah bangun meninggalkan Nazim dalam keadaan marah. ‘Memang tak boleh harap.’ “Abang, malam ni kita pergi rumah lama ambil pakaian,” kata Nazim. Nazim teringat mereka masih ada beberapa pasang pakaian di rumah sewa lama itu. 111


“Masalahnya Zim, kita nak masuk ikut mana. Kunci lama dah tak boleh guna. Uncle ‘tu dah tukar kunci baru selepas kita duduk haram hari ‘tu.” “Kita pergi dulu tengok macam mana. Harap boleh masuk,” ujar Najib. Malam itu diterangi cahaya bulan, Najib, Rizal dan Nazim menghampiri bangunan rumah kedai untuk mengambil pakaian sebagaimana dirancang. Namun, lain yang dirancang lain yang jadi. Mereka memasuki bangunan melalui lubang tempat pembuangan sampah dan mengambil komputer riba, barang kemas dan wang tunai dalam anggaran RM350. “Abang, kita nak ambil semua ke?” Nazim terkejut melihat kerakusan Najib dan Rizal menyelongkar almari dan laci meja dalam pejabat itu. Matanya melilau melihat sekeliling bimbang kehadiran mereka disedari. “Ambil apa yang bernilai,” Najib memberi arahan lagak seperti ketua perompak. Selesai semua, mereka keluar selepas memastikan keadaan pejabat berada dalam keadaan sediakala. Nazim serba salah dengan apa yang dilakukannya. Hatinya tidak tenang. ‘Sampai bila aku perlu hadap semua ini. Kalaulah aku ada ibu kandung, pasti nasib aku tak macam ni.’ Nazim cuba melelapkan mata namun gagal kerana fikirannya terlalu kusut. Menjelang subuh, baru Nazim dapat lelapkan matanya. “Encik tutup kedai pukul berapa?” Kedengaran satu suara garau bertanya beberapa soalan kepada pemilik kedai. Kedudukan Nazim dengan kelompok orang awam itu tidak jauh daripada tempat Nazim berbaring. Nazim bingkas bangun dan memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang berlaku. “Abang, bangun cepat, polis,” Nazim mencuit bahu Rizal dan Najib untuk melarikan diri. Dengan wajah yang masih kelat dan mata kuyu, mereka cuba melarikan diri namun Nazim tidak bernasib nasib kerana gagal melarikan diri. Nazim ditahan dan beberapa soalan diajukan kepadanya. Nazim akhirnya digari sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. 112


Suasana di bilik siasatan menyesakkan Nazim. Matanya meliar melihat keadaan dalam bilik yang begitu asing baginya. Seram sejuk Nazim dibuatnya. Dua pegawai penyiasat dengan wajah yang serius menghampiri dan menepuk bahu Nazim. Pelbagai soalan diutarakan membuatkan Nazim menangis ketakutan. Wajahnya sentiasa menunduk. “Kamu cakap sekarang, mana barang yang kamu ambil dalam kedai malam tadi,” soal pegawai penyiasat dengan wajah bengis.” “Barang apa tuan, saya tak tahu.” Nazim cuba mengelak daripada menjawab malah tidak berani memandanga pegawai berkenaan. “Kamu jangan berdalih, pura-pura tidak tahu. CCTV ada. Kamu masuk dalam kedai tu. Mana komputer riba, barang kemas dan wang RM350 yang kamu curi,” sekali lagi pegawai penyiasat menyoal Nazim yang sudah mula panik. Akhirnya Nazim mengaku dan menyebut nama Rizal dan Najib yang turut terlibat dalam kes curi itu. “Pada abang saya tuan. Tapi, saya tidak tahu barang ‘tu ada lagi atau sudah dijual,” jawab Nazim. Hanya Nazim berjaya ditahan. Rizal dan Najib masih bebas. Latifah dan Rahim mulai risau dengan penahanan Nazim. “Abang, takkan kita nak biarkan Nazim dalam sana. Kasihan dia. Ikat jamin pun tak besar. Kita boleh jumpa Mazura untuk bantu bayar dan bebaskan Nazim,” Cadangan Latifah dipersetujui Rahim. “Elok juga cadangan tu. Salah kita juga biarkan dia buat kerja macam ‘tu. Tak sepatutnya kita ajar dia mencuri dan meminta sedekah,” Rahim mula menyesal mempergunakan Nazim untuk kepentingan sendiri. “Abang, kita juga belum terlambat untuk berubah. Masih ada ruang untuk perbaiki kehidupan kita anak beranak.” Dengan suara lembut Latifah berbisik ke telinga Rahim. 113


“Aku kena reman di lokap balai polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM800. Aku tak sangka mama dan ibu aku sanggup keluarkan duit untuk aku.” “Itu tanda mereka tetap sayangkan kau walaupun kau bukan darah daging mereka.” “Tapi, bila aku balik rumah, aku rasa kosong. Hati aku tidak tenteram. Mama betul-betul risau dengan keadaan aku.” “Kau kata mama tak sayang kau. Ajar kau mencuri, mengemis, buat perkara yang kau tak suka.” “Aku tahu itu. Buruk-buruk dia pun, dia yang jaga makan pakai aku.” “Sabarlah, walaupun kau masih muda, jalan hidup kau sungguh berliku. Aku pun belum tentu boleh lalui macam mana kau laluinya,” ujar Amsar. “Aku perlu terima hakikat hidup ini bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan musababnya. Aku anggap semua ini sebagai ujian dan dugaan paling besar untuk aku walaupun aku baru berusia 12 tahun. Laluan hidup aku penuh dengan kesukaran, kesulitan, keperitan dan penderitaan tetapi itu adalah anugerah terindah daripada-Nya untuk aku lebih menghargai hidup ini,” kata Nazim. “Allahuakhbar Zim, kau betul-betul letakkan diri kau sebagai insan yang mulia disisi-Nya. Kau terima dengan hati terbuka ujian yang dilalui. Kental sungguh semangat kau. Aku kagum. Kalau aku di tempat kau, belum tentu aku boleh jadi seperti kau.” balas Amsar. “Aku tahu, kalau aku tak kena tangkap masa tu, mungkin aku akan menjadi lebih teruk, bergaul dengan budak-budak nakal, buat kerja tak elok bila hidup makin tersepit. Lagi teruk kalau aku terus tak pedulikan mak bapa aku.” 114


“Aku yakin kau pasti menang dalam perjuangan ini. Kau anak yang kuat semangat. Dari hari pertama kau masuk sini, aku dapat lihat keazaman kau untuk perbaiki diri.” “Terima kasih Am, sungguh aku perlukan seorang sahabat sebaik engkau untuk bantu pulihkan aku semula.” Nazim menjalani hukuman di atas kesalahan yang dilakukan bukan dengan dengan kerelaan hatinya. Nasi sudah menjadi bubur dan Nazim mengakui tiada apa yang perlu dikesalkan lagi. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Nazim bersyukur dihantar ke Sekolah Tunas Bakti (STB) bagi membolehkan dia memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Nazim berazam untuk tidak terjebak lagi dengan kes-kes yang boleh menjejaskan masa depannya. Sebagai pelatih termuda, Nazim disayangi semua pegawai dan kakitangan STB. Dia juga mudah berkawan dan tidak mempunyai masalah bergaul dengan pelatih yang kebanyakannya berusia antara 17 hingga 19 tahun. Nazim memiliki kebolehan dalam sukan tinju dan aktif menyertai pertandingan yang diadakan sama ada peringkat STB atau luar. Sukan tinju itu juga berjaya memupuk disiplin, kawalan emosi dan semangat juang yang tinggi dalam diri Nazim. “Mama tahu bukan senang untuk Zim berjauhan dengan mama dan adik-adik, tapi demi masa depan Zim, adalah lebih baik Zim tinggal di sini untuk memperbaiki diri daripada semua sudut kehidupan peribadi dan pergaulan. Banyak perkara yang Zim boleh lakukan bersama kawan-kawan dengan bimbingan pegawai di sini,” ujar Latifah. “Betul tu Nazim, mak tahu Nazim boleh lakukannya kerana Nazim anak yang baik dan mendengar kata cuma mak yang tidak berpeluang menjaga dan mendidik Nazim dengan cara yang lebih baik sehingga Nazim terpaksa melalui semua ini,” kata Mazura sambil memeluk Nazim. 115


“Kehadiran Latifah dan Mazura begitu dinanti oleh Nazim. Dia dapat merasakan kasih sayang seorang ibu tidak pernah terpadam untuknya walau di mana dia berada. Nazim tahu, keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang yang ada dalam dirinya adalah hasil ‘semaian’ oleh kedua ibu angkatnya sejak sekian lama. ‘Walau sejahat dan seburuk sekalipun, mereka tetap ibu ayah aku walaupun aku tiada hubungan darah dengan mereka.’ Sebetulnya, kejadian itu memberi sinar baru pada diri Nazim. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga, dia dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Nazim sentiasa berdoa dia terus diberi kekuatan fizikal dan mental menjalani proses pemulihan di STB yang kini dianggap sebagai rumah pertamanya yang membentuk jati dirinya sebagai Nazim yang baru. 116


Jangan pernah menyerah dan yakinlah dengan apa yang kamu lakukan, Mungkin ada masa-masa sulit, tetapi kesulitan yang kamu hadapi akan membuatmu lebih bertekad untuk mencapai tujuanmu dan menang melawan segala rintangan. - Marta


KU PENDAM SEBUAH DENDAM PANAHAN matahari yang semakin mendongak ke langit itu mula memanaskan ubun-ubun Irfan dan Ilham. Kulit muka yang nipis itu terasa panas, batang tubuh sudah mula membahang dan bermandi peluh. Tekak terasa perit dan kering. Mata mula pedih dan berair. Sambil menapak dalam kepayahan kerana tidak lagi bertenaga, Irfan tidak tahu ke mana harus membawa diri. Bersekali dengan Ilham, Irfan perlukan tempat berlindung yang lebih selamat. Bahang jalan raya mula membakar tapak selipar dua bersepupu. Terjengkitjengkit dua pasang kaki itu menahan perit. Bahu pula terasa lenguh menggalas beg berisi pakaian konon persiapan untuk melarikan diri. “Kita nak pergi mana bang, Ham dan penat. Tak daya nak jalan,” kata Ilham menampakkan muka yang benar-benar penat. Dia hanya menyeret sahaja kakinya sambil tangannya memegang tangan Irfan. “Ham nak balik rumah mummy semula? Abang hantar nak? Mummy mesti risaukan Ham. Patutnya Ham tak payah ikut bang tadi,” Irfan cuba memujuk. Ilham gelengkan kepala, enggan pulang ke rumah sebaliknya mahu terus mengikut Ilham ke mana sahaja sepupunya itu pergi. Bagaimanapun, kerana kasihankan Ilham, 118


Irfan buat keputusan berpatah balik ke rumah Nek Silah. Irfan juga sudah bersedia ‘menadah’ telinga mendengar hamburan kata-kata Mak Ngah Ana. Setibanya di perkarangan rumah teres dua tingkat itu, perlahan-lahan Irfan menapak bimbang dilihat Mak Ngah Ana. Tangan Ilham dipimpin kemas supaya tidak terkeluar dari ‘landasan.’ Pergerakan licik itu akhirnya disedari Mak Ngah Ana selepas Ilham berdehem kuat menahan nafas. Peperangan dunia ketiga meletus! Mak Ngah Ana mengintai daripada celahan tingkap ruang tamu dan kedua-duanya terlihat memasuki rumah melalui pintu dapur. Hati dan perasaannya sarat dengan persoalan yang tidak sabar untuk dihamburkan kepada Irfan. “Ke mana kau bawa Ilham, Irfan? Kau tak habis-habis menyusahkan mak ngah tau.” Mak Ngah Ana mula melenting selepas kedua-duanya masuk ke rumah. Duduk terpaku di sofa. Wajah masing-masing sugul. Tubuh masing-masing sudah tersandar di sofa. Apa yang Mak Ngah Ana bebelkan tidak diberi perhatian. “Ilham yang nak ikut, Fan tak bagi ikut, dia nak juga. Fan bukan nak lari, cuma Fan cadang nak duduk rumah kawan. Fan tak nak balik tapi Fan kasihan kat Ilham.” “Fan keluar rumah tak beritahu mak ngah, itu yang mak ngah buat report polis. Kena marah sikit, nak lari, marah sikit nak lari, tapi balik juga. Nenek tahu tak kalau Fan pura-pura lari dari rumah?” “Fan kasihankan Ilham. Kalau Ilham tak ikut, Fan tak balik dah.” “Seingat mak ngah, ini kali kelima kau lari tapi baru pertama kali mak ngah buat report. Kalau buat sekali lagi, mak ngah tak report dan mak ngah tak cari sebab itu pilihan yang kamu buat,” kata Mak Ngah Ana lagi. Irfan dan Ilham tunduk. Takut 119


untuk melihat wajah bengis Mak Ngah Ana.  Bagai nak terbalik rumah teres dua tingkat itu dengan pekikan Mak Ngah Ana. Hidup Irfan yang menumpang kasih dengan nenek saudaranya, Wan Silah sejak usianya tiga tahun itu dicemburui Mak Ngah Ana kerana Wan Silah melebihlebihkan Irfan berbanding dua anaknya, Ilham dan Zira. Apa sahaja kemahuan Irfan dipenuhi. Jarang sangat ditolak. Sebut apa sahaja yang dimahukan. Kereta mainan, basikal, bola, KFC, McDonald, makanan Barat waima ais krim Malaysia, pasti Wan Silah belikan. Cepat atau lambat sahaja untuk dapatkannya. Itu yang Mak Ngah Ana tidak dapat terima. “Semua yang Irfan nak, dia dapat, mak sentiasa beri tetapi apabila Ilham dan Zira minta dengan mak, mak suruh kami beli sendiri,” kata Mak Ngah Ana.  “Irfan tu tak ada mak bapa, semua mak yang nak kena beri, anak-anak engkau ada mak bapanya.” Begitulah yang terjadi tiap kali Wan Silah belikan untuk Irfan, Mak Ngah Ana pasti dengki sedangkan anak-anaknya tidak kisah dengan apa yang Irfan dapat dari Nek Silah. “Mak kena adil, tak boleh pilih kasih. Mereka pun cucu mak juga. Irfan tu cucu saudara mak je.” “Cucu juga...tak ada bezanya. Wan Silah bangun meninggalkan Mak Ngah Ana sendirian. Mak Ngah Ana bertugas sebagai doktor di klinik kesihatan kerajaan, tidak begitu menyukai dan menyayangi Irfan yang dianggap menjadi penghalang hubungan mesra antara Wan Silah dengan anak-anaknya. Jarang benar Wan Silah berbual dengan Ilham dan Zira. Ada sahaja yang tidak kena di matanya kalau membabitkan Irfan. Anak-anaknya buat silap, Irfan yang menjadi mangsa amukannya. Hanya Wan Silah sahaja tempatnya mengadu kalau hatinya terluka dimarahi Mak Ngah Ana.  Hubungan antara Irfan, Ilham dan Zira memang rapat kerana perbezaan umur yang tidak terlalu ketara. Irfan berusia 16 tahun, Ilham 14 dan Zira 10 tahun. 120


Mereka membesar seperti adik-beradik. Saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, Mak Ngah Ana tetap menafikan hubungan itu. Marah sangat kalau Irfan rapat dengan anak-anaknya. Irfan tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu apatah lagi ayah kerana kedua-duanya adalah penagih dadah yang tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik apatah lagi mencurahkan kasih sayang untuk anak tunggal mereka. Selepas Irfan dilahirkan mereka menetap dengan Wan Silah. Segala perbelanjaan Irfan ditanggung Wan Silah sehingga Mak Ngah Ana mula tidak senang hati. Ada sahaja perlakuan ibu bapa Irfan, Sarimah dan Shamsul tidak disenangi Mak Ngah Ana. Tidak tahan menerima cacian dan tohmahan daripada sepupunya itu, Sarimah memujuk Shamsul berpindah jauh dari bandar Johor Bahru. Shamsul setuju tetapi meletakkan syarat, tinggalkan Irfan dan berikan hak penjagaan sepenuhnya kepada Wan Silah! Hati Sarimah berbelah bahagi antara sayangkan anak dan cintakan suami. Bagai telahan peribahasa Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Sarimah akhirnya memilih Shamsul dan tinggalkan Irfan yang masih kecil terkapai-kapai mencari kasih sejati. Naluri seorang nenek tidak akan membiarkan cucunya membesar tanpa kasih sayang. Wan Silah mengambil alih menjaga Irfan seperti anak sendiri. Irfan membesar sebagai anak yang baik dan menyayangi Wan Silah sepenuh hatinya namun hubungan Irfan dengan Mak Ngah Ana penuh dendam dan kebencian yang bersemarak dalam hati. Kedua-duanya umpama bom yang akan meletup pada bila-bila masa apabila picu ditarik. Fan benci mak ngah, mak ngah pilih kasih, mak ngah tak adil,” bentak Irfan berulang-ulang.” 121


“Kenapa cakap mak ngah macam tu, tak baik.” “Fan tak sayang mak ngah, mak ngah jahat.” Mak Ngah Ana tidak dapat meneka mengapa anak saudaranya begitu membencinya sehingga menghamburkan kata-kata kesat seperti itu. Sejak hari itu, hubungan antara Irfan dan Mak Ngah Ana semakin menjauh. Ada rasa menyampah, meluat dan benci terhadap ibu saudaranya itu. Wan Silah hanya memerhati dari jauh. Melihat bagaimana layanan Mak Ngah Ana terhadap Irfan sehingga Irfan sanggup berbuat sesuatu di luar jangkauannya. Sebagai bekas pelajar sekolah tahfiz, sewajarnya apa yang dipelajari Irfan meresap masuk ke dalam hati, jiwa dan perasaannya. Tahu membezakan antara dosa dan pahala, buruk atau baik. Namun, hanya disebabkan gagal mengawal amarah dan dendam, Irfan sanggup mengenepikannya seketika lalu melancarkan ‘perang saraf’ dalam diam. Irfan telah mencabul Zira kerana wujud dendam terhadap Mak Ngah Ana! Bagai halilintar membelah bumi, Wan Silah terkejut dan kehilangan kata-kata apabila pemanggil di hujung talian memperkenalkan diri dan meminta kepastian Irfan adalah cucunya yang terbabit dengan tuduhan mencabul kanak-kanak bawah umur. Nafas Wan Silah seakan terhenti, jantungnya berdebar-debar dan pandangannya menjadi kabur seketika. Matanya tertumpu pada Irfan yang sedang leka berbual dengan Ilham di laman rumah. Sekali lagi Wan Silah hampir pengsan ketika suara pemanggil meminta izin untuk ke rumahnya membawa Irfan ke balai polis untuk mengambil keterangan. “Kami akan ke rumah mak cik dan bawa Irfan ke balai polis untuk ambil keterangan berhubung kes cabul.” 122


“Betul ke cucu saya yang lakukan…, tuan salah orang,” Wan Silah cuba menafikannya. “Kita cerita di balai.” Talian dimatikan. Wan Silah terduduk. Apa yang Irfan dah lakukan. Anak siapa yang dibuatnya. “Wajah Wan Silah berkerut kebingungan. Memikirkan kejadian yang tidak terfikir akan menimpa keluarganya. ‘Kalau report curi buah di kebun orang atau mencuri sebab nak makan di kedai, boleh diambil kira tetapi sampai mencabul anak orang, ini melampau.’ bisik hati Wan Silah lagi. Irfan hanya membisu seribu bahasa ketika dua anggota polis membawanya ke sebuah balai polis di Johor Bahru untuk diambil keterangan.Wajahnya juga tenang dan tiada riak takut. Wan Silah, Mak Ngah Ana dan Ilham hanya melihat sahaja Irfan dibawa pergi. Tiada drama esak tangis atau menjerit kecewa. Zira pula hanya mengintai dari jauh. Walaupun hati disakiti dan diri dicabuli, Zira tetap melemparkan sebuah senyuman tetapi pahit sambil menggetapkan bibirnya. Berasa syukur sangat apabila si pelaku sudah tertangkap. Hilang gundah di hatinya. Mak Ngah Ana mendekati dan terus memeluk Zira, “Tiada apa yang perlu ditakutkan lagi. Polis dah ambil Abang Irfan. Abang Irfan tak balik sini dah. Zira jangan fikirkan lagi hal itu.” “Tapi mummy, Zira takut.” “Tak ada apa yang nak ditakutkan. Abang Irfan tidur kat balai polis malam ni. Kalau dia balik nanti, Zira jangan pergi dekat dia. Jangan kawan dia lagi,” Zira mengangguk. Kedua-duanya saling berpelukan kerana telah selesai mengharungi kemelut yang melanda. Beberapa hari selepas itu, Mak Ngah Ana telah membuat keputusan untuk berpindah dari rumah Wan Silah yang diduduki selama berkahwin dengan suaminya, Hafizul sehingga mempunyai dua anak. 123


Mak Ngah Ana yang bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan telah memberi kata dua kepada Wan Silah sama ada mereka sekeluarga terus duduk di situ atau pindah jika Irfan kembali ke rumah teres dua tingkat itu. Wan Silah terkejut dengan permintaan Mak Ngah Ana. ‘Kenapalah kejam sangat. Irfan tu hidup seorang diri. Takkan nak dihalau pulak. Daripada niat nak buat pahala, tambah dosa jadinya.’ keluh Wan Silah. Mak Ngah Ana mendesak jawapan segera namun Wan Silah enggan melayani kehendak Mak Ngah Ana. Dia bangun menuju ke bilik air seperti biasa untuk tunaikan solat dhuha dan berdoa Irfan dilepaskan daripada pertuduhan. ‘Rumah aku, kenapa dia pula yang melebih-lebih.’ “Dah sampai, keluar,” sergah pegawai polis yang duduk di sebelah kiri Irfan. Berat kakinya untuk melangkah masuk ke balai polis itu. Irfan dibawa ke sebuah bilik yang agak suram walaupun lampu neon terpasang di siling bersama sebuah kipas dinding yang berpusing dengan kelajuan pada skala 4. Soal siasat dimulakan tidak lama selepas maklumat awal diperoleh. Disebabkan terlalu marah dengan Mak Ngah Ana berpunca laporan yang dibuat atas alasan lari dari rumah itu, Irfan sanggup bertindak mencabul kehormatan sepupunya. Sesi soal jawab berlangsung hangat. Satu persatu dibongkar dalam mencari kebenaran! “Awak kenal mangsa?” Irfan mengangguk perlahan. “Ketika kejadian, ibu mangsa di mana?” “Kerja di sebuah klinik kesihatan.” “Sejak bila awak duduk dengan mak cik dan nenek?” “Sejak umur tiga tahun. Mak ayah saya serah saya pada nenek saudara.” 124


Pegawai itu merenung muka Irfan. ‘Tahu pula duduk dengan nenek masa kecil lagi.’ “Macam mana awak tahu nenek bela awak dari umur tiga tahun. Siapa beritahu atau awak reka cerita,” soal pegawai penyiasat itu lagi. “Nenek cerita semua masa umur saya 12 tahun. Dia beritahu kenapa dia bela saya dari kecil. Dia juga beritahu siapa ibu bapa kandung saya yang sebenarnya,” satu persatu Irfan terangkan. “Siapa nama nenek saudara dan ibu saudara awak?’ “Nama nenek Norsilah dan ibu saudara, Rohana.” Pelbagai soalan lagi ditanya oleh pegawai penyiasat sehingga ke soalan kejadian cabul itu. Ternyata apabila sudah waras, Irfan terasa dirinya sangat bodoh melakukan perkara itu. Satu persatu soalan dikemukakan dan Irfan menjawab dengan jujur sekali biarpun ada ketika menjadi tidak menentu untuk memberikan kenyatan yang betul. Terasa serba salah untuk menyebutnya! Sejurus selepas tamat sesi soal siasat itu, Wan Silah tiba di balai polis untuk bertemu Irfan. Wan Silah menangis ketika dimaklumkan Irfan akan ditahan reman di lokap balai selama tiga hari sebelum dihantar ke Asrama Akhlak Kempas, Johor Bahru. Sekali lagi, air mata Wan Silah yang kekal di tubir mata itu sudah bersedia untuk dialirkan ke pipinya. Disebabkan kes berlangsung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), proses perbicaraan kerap tertangguh. Mahu atau tidak, Irfan akui bersetuju menetap di sana untuk tempoh lima atau enam bulan. Banyak perkara yang dipelajari di tempat barunya itu. Irfan belajar mengenali diri, membantu membentuk disiplin dan tata cara pergaulan yang lebih baik. Irfan akhirnya berjaya mengharungi tempoh yang diberikan dan menjalani kehidupan baru sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti (STB) meneruskan kehidupan selama tiga tahun. 125


Irfan berjanji untuk kembali ke rumah Wan Silah selepas tamat tempoh tiga tahun di rumah yang banyak mengajar erti hidup. Irfan bercita-cita tinggi bergelar juruterbang, kerjaya yang akan membawanya terbang jauh di ruang angkasa terbentang nan luas sesayup mata memandang ketika mendongak langit. ‘Nek, doakan Fan berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki tahun depan. Nek doakan Fan untuk terus kekal sihat dan tidak bergaduh dengan kawan-kawan di sana.’ Ungkap Irfan sambil merenung sekeping gambarnya bersama Wan Silah, satu-satunya ‘dahan’ tempat bergantung hidup selagi hayat dikandung badan. Hanya Wan Silah yang memahami isi hatinya, duka yang dipendam selama ini. Irfan bersyukur dikurniakan seorang nenek yang mengerti erti pengorbanan dan nilai kasih sayang. Cuma Irfan kecewa dan sedih kerana tidak berpeluang merasai nikmat pelukan kasih daripada ibu bapa kandungnya. Mereka terus menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita sehingga Irfan dimasukkan ke STB. Hidup atau mati mereka hanya Allah yang tahu. Irfan juga belum bersedia lagi untuk bertemu Mak Ngah Ana dan anak-anaknya terutama Zira. Dia tidak lagi mahu mengingati tragedi pahit itu. Walaupun menyesal dengan tindakan kurang matangnya, Irfan yakin Allah Taala memberinya peluang untuk menebus dosanya dan bertaubat. Irfan akui kepincangan keluarganya telah mencetuskan perbalahan dan memutuskan ikatan persaudaraan kerana Mak Ngah Ana tidak lagi menghubungi Wan Silah untuk mengetahui perkembangan dirinya. 126


“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”


MARUAH YANG DIINJAK KENAPA mengaku kalau tak buat. Berat fitnah ini. Mengaibkan keluarga!” “Min nak buat macam mana lagi mak. Kiri kanan Min kena serang sampai Min terpaksa mengaku. Min dipaksa untuk mengaku Min yang buat.” Berulang-ulang Muhaimin memberi jawapan sehingga Habibah kehilangan katakata. “Kenapa Min, kenapa mengaku?” Habibah masih mencari jawapan untuk kepastian. “Sebenarnya Min tak buat apa-apapun pada Alia.” “Allahuakhbar Min, sepatutnya Min jangan mengaku kalau polis tak ada cukup bukti lagi.” “Min takut mama. Pegawai tu garang, dia paksa Min mengaku.” Ulang Muhaimin lagi. Muhaimin dan Habibah tidak lagi berkata apa-apa selepas dilihat ramai yang memandang ke arah mereka berdua. Habibah menunggu suaminya, Kamarul untuk bertemu dengan pegawai polis yang mengambil kes Muhaimin. “Min cepat sangat mengaku. Tak tunggu abah dulu. Semua kenyataan Min “ 128


dah direkodkan. Dah tak boleh tarik balik buat yang baru,” rungut Habibah dengan nada kesal. “Kalau dah kena ugut siapa berani nak melawan mama,” Muhaimin cuba pertahankan dirinya. Min rasa macam nak terkencing sebab teruk kena tengking dengan polis yang siasat Min.” “Tak apalah, abah cadang nak ambil peguam untuk lawan kes Min,” sampuk Fuad sebaik tiba di sisi Habibah. Muhaimin sedikit cemas dengan siatuasi di balai polis itu. “Kena lawan dan tegakkan kebenaran...kita perlu kuat berdepan kes ini. Selagi Min belum terbukti bersalah, Min tak salah, ingat tu,” ujar Fuad dengan nada tegas. Fuad sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan kebenaran berpihak kepada anaknya. Dakwaan terhadap anaknya itu tidak masuk akal betul. “Abah harap dan berdoa, peguam bela ini mampu melaksanakan tugasnya sebaik mungkin dan Min akan dibebaskan,” ujar Fuad sambil membelai rambut Muhaimin sebelum meninggalkan Muhaimin yang terpaksa bermalam di lokap balai polis itu. Mata Habibah menjeling ke kiri dan ke kanan bilik menunggu yang dikawal dua anggota polis. Sesekali ekor mata Muhaimin mengerling ke arah beberapa tahanan lain yang masih menunggu giliran untuk memberi keterangan berkaitan kes masing-masing. Entah berapa banyak kes yang perlu direkodkan setiap hari. Soal siasat juga bukan boleh dijalankan dengan mudah kalau tahanan enggan memberi kerjasama. Mungkin itu yang membuatkan pegawai penyiasat mudah naik angin kalau tahanan tidak memberi kerjasama. Habibah terkejut melihat Zara dan suaminya, Kamarul datang secara terburuburu ke rumahnya pagi itu. Deruman enjin kereta warna merah jenama Honda City itu begitu kuat mengaum membingitkan telinga Habibah yang sedang menyapu 129


halaman rumahnya. Namun, pagi itu bukan sebuah senyuman manis terukir di bibir Zara sebaliknya satu amukan yang tak dijangka keluar daripada kerongkong Zara. Zara menuduh Muhaimin mencabul kehormatan anaknya, Alia. “Kak Bibah, mana Muhaimin. Berani dia buat tak senonoh pada Alia ya!” Jelas api kemarahan Zara tak dapat dibendung lagi. Zara percaya bulat-bulat apa yang dikatakan Alia, anak kecil yang baru berusia lima tahun itu. “Muhaimin buat apa pada Alia?” soal Habibah pada Zara yang asyik tertinjautinjau ke dalam rumah mencari kelibat Muhaimin. “Muhaimin ada kat dalam tu. Teruk sangat kamu ni Zara. Menuduh tanpa usul periksa.” Habibah mula berang dengan kelakuan Zara yang tidak menghormatinya selaku tuan rumah. “Apa ni Kak Zara, Kak Zara tuduh saya buat apa pada Alia?” soal Muhaimin sebaik muncul depan Zara yang sudah naik hantu itu. Matanya dijegilkan ke arah Muhaimin. “Kau cakap dengan aku, minggu lepas, kelmarin dan semalam, apa kau dah buat pada Alia. Kau cakap sekarang!” Nafsu amarah Zara tidak dapat dibendung lagi. Zara seperti dirasuk syaitan. Kamarul, suaminya cuba menenangkan Zara. Suasana semakin ‘panas’. Baik Zara mahupun Muhaimin, dua-dua saling berusaha menegakkan kebenaran masing-masing. Bapa Muhaimin, Fuad akhirnya muncul menenangkan keadaan. Zara dan Kamarul dibawa berbincang di laman rumah meninggalkan Muhaimin yang masih terpinga-pinga tanpa mengetahui apakah kesalahan yang dilakukan. Tidak berapa lama selepas perbincangan, Fuad menuju ke bilik air mengambil wuduk dan mencapai senaskah al-Quran di atas almari buku dan meminta Muhaimin bersumpah tidak melakukan gangguan seksual terhadap Alia. 130


Muhaimin juga mengambil wuduk sebelum Fuad hulurkan al-Quran dan dijunjung ke atas kepalanya lalu bersumpah dengan nama Allah tidak melakukan sebarang perbuatan keji terhadap Alia. “Puas hati awak, Zara. Muhaimin berani bersumpah dengan al-Quran bermakna dia tak buatlah. Janganlah awak nak besar-besarkan perkara ini. Tanya Alia betul-betul, jangan serkap jarang tuduh anak orang yang bukan-bukan,” tegur Habibah seakan menyindir Zara. Bagaimanapun, Zara dan Kamarul tetap tidak berpuas hati dengan pengakuan yang dibuat. Mereka ambil keputusan untuk membuat laporan polis dan tetap menuduh Muhaimin mencabul kehormatan anaknya. “Puan diminta hadir ke balai polis Petaling kerana satu laporan dibuat menyatakan anak puan terbabit dalam kes cabul budak bawah umur.” ujar seeorang daripada dua anggota polis yang terpacak di depan pintu rumah Habibah pagi itu. “Kes cabul? Anak saya yang mana? Encik sebut nama dia.” “Muhammad Muhaimin Mohd Fuad.” “Apa? Baik-baik. Tunggu...tunggu sebentar, sa...saya panggil anak saya,” balas Habibah dalam nada tersekat-sekat. Ada rasa gementar di hatinya. Semerta Habibah menjerit memanggil Muhaimin dan mencapai tas tangannya kembali ke muka pintu. “Puan dan Muhaimin, sila ikut kami ke balai untuk beri keterangan,” sekali lagi anggota polis itu mengulangi ayat yang sama. Habibah sudah tidak keruan. Fikirannya mula bercelaru. Habibah sedang menunggu Zara menghantar Alia dan Munir ke rumahnya pagi itu tetapi lain pula jadinya. 131


“Cepat Min, encik ni tunggu kita,” jerit Habibah kepada Muhaimin yang kelihatan terpinga-pinga. Tidak tahu hujung pangkalnya. Sebaik kedua-duanya memasuki kenderaan polis, Zara muncul di rumah Habibah tetapi bukan untuk menghantar anak-anaknya sebaliknya memaklumkan kepada anak-anak Habibah yang lain bahawa dia yang membuat laporan polis terhadap Muhaimin! “Adik kau dah cabul anak aku. Tunggu apa kata polis!” Nada suara berbau sombong menerjah ke lubang telinga dua kakak Muhaimin, Maizura dan Mariam. “Apa yang Kak Zara cuba buat ni? Mana ada Muhaimin buat tak baik pada Alia,” kata Maizura membela Muhaimin. “Alia sendiri yang beritahu aku. Dah beberapa kali dia beritahu benda yang sama. Muhaimin pegang dia!” Bagai singa lapar Zara menengking Maizura sebelum hidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Sewaktu direman di lokap balai polis, Habibah dan anakanaknya datang menemui Muhaimin untuk mendapatkan kebenaran apakah benar dakwaan Zara itu. Habibah dibenarkan bertemu Muhaimin buat seketika. Selagi tidak mendapat jawapan yang benar, Habibah tidak berpuas hati. Akhirnya, selepas puas dipujuk, Muhaimin menceritakan perkara sebenar. Walaupun riak wajahnya nampak cemas, Muhaimin perlu berterus-terang dengan ibunya bahawa dia sebenarnya diugut ketika soal siasat dijalankan. Menurut Muhaimin pegawai penyiasat itu meminta Muhaimin mengaku melakukan gangguan seksual itu. “Kalau Min tak nak mengaku, polis tu kata dia nak tangkap abah.” “Kenapa pula nak tangkap abah?” 132


“Min tak tahu. Sebab tu Min mengaku je sebab tak nak susahkan abah.” “Melampau juga polis ni.” “Polis tu kata dia nak lempang Min kalau Min tetap tak nak mengaku.” Muhaimin menangis teresak-esak. Habibah cuba menenangkan Muhaimin. Dada Habibah terasa sempit. Ditarik nafas sedalam yang boleh dan dilepaskannya. Ada sedikit kelegaan di hatinya. Direnungnya wajah Muhaimin dengan penuh kasih sayang. ‘Polos sungguh wajah anakku. Takkan dia tergamak buat benda tak senonoh pada Alia.’ Bisik hati Habibah sambil tangannya mengusap kepala Muhaimin. Suasana sepi kembali menyelubungi kediaman Habibah. Muhaimin minta izin ibunya berehat di bilik selepas melalui hari yang meletihkan. Habibah duduk termenung. Kembali membayangkan pelakuan Muhaimin terhadap Alia. ‘Tak ada yang pelikpun. Setakat main kejar-kejar, menonton dan berbasikal di laman rumah apalah sangat yang boleh Muhaimin lakukan.’ bisik Habibah sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk di pipi kanannya. Seperti memikirkan sesuatu. Bukan sehari dua dia mengasuh Alia dan Munir. Hampir setahun yang lalu. Muhaimin memang rapat dengan adik beradik itu. Kehadiran Alia dan Munir sentiasa dinantikan Muhaimin yang juga anak bongsu daripada empat beradik. Habibah kerap juga meminta Muhaimin menjaga Alia dan Munir kala dia sibuk mengemas rumah dan memasak. Tiada kejadian pelik di mata kasar Habibah ketika dua beradik itu dalam jagaan Muhaimin. Justeru, apabila Zara membuat laporan polis mengenai dakwaan cabul Muhaimin terhadap Alia, sukar untuk Habibah menerimanya. Habibah memberanikan diri bertanya Zara mengenai tindakan yang dianggap melampau itu. Tanpa usul periksa dengan lebih mendalam atau berbincang terlebih dahulu Zara membuat dakwaan terhadap Muhaimin. 133


“Kenapa Zara tiba-tiba buat laporan polis tuduh Muhaimin mencabul Alia. Tak berasas tuduhan tu,” soal Habibah sewaktu Zara mengambil pakaian anak-anaknya yang masih berada di rumah Habibah. Selepas laporan polis dibuat, Zara tidak lagi menghantar Alia dan Munir untuk dijaga. “Alia mengadu pada saya, Muhaimin sentuh badannya beberapa kali,” balas Zara. “Kalau setakat sentuh dan pegang macam dukung atau angkat Alia ke kerusi makan, takkanlah sampai tuduh mencabul pula,” jelas Habibah. “Saya tak tahulah yang itu, cuma Alia beritahu Muhaimin pegang dia di tempat tak sepatutnya,” kata Zara. “Masha Allah Zara, takkanlah Muhaimin sanggup buat macam tu pada Alia. Kak Bib tak percaya langsung!” Habibah memandang tepat ke arah Zara untuk mendapatkan kebenaran. Zara diam sambil matanya tajam melihat Muhaimin yang berdiri di sebelah Habibah. Renungan Zara menakutkannya. Muhaimin beralih ke belakang Habibah daripada terus dilihat Zara. “Kamu ingat ya Muhaimin. Perbuatan kamu mencabul Alia adalah satu kesalahan berat. Bersedialah berdepan di muka pengadilan!” Tegas sekali Zara mengingatkan Muhaimin. Zara bangun meninggalkan Habibah dan Muhaimin dalam kebingungan. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Ada manikmanik jernih mula mengalir daripada kelopak mata Habibah sedang Muhaimin berlalu ke ruang tamu tanpa sebarang patah perkataan keluar daripada mulutnya. Semuanya berlaku begitu cepat. Muhaimin tidak sempat membela dirinya. Zara berlalu dalam keadaan marah yang teramat sangat. Sejak itu, tiada lagi kelibat Alia dan Munir di rumah Habibah dan suasana sunyi menerpa setiap sudut kediaman itu. “Laporan dibuat mengatakan kamu ada menyentuh dan memegang mangsa, betul?” Soal pegawai penyiasat sewaktu di balai polis. 134


“Saya sentuh dan pegang dia waktu bermain. Kadang saya angkat dia letak atas kerusi masa mak nak suap makanan,” jawab Muhaimin. “Kamu ada sentuh di mana-mana bahagian sulit dia?” Muhaimin diam. Menggaru-garu kepalanya. “Bahagian sulit tu apa?” Naif betul Muhaimin. Dua perkataan yang janggal untuknya fahami. “Bahagian sulit itu maksudnya, awak ada sentuh atau pegang punggung, buah dada atau kemaluan mangsa?” Pegawai penyiasat cuba memberi gambaran lebih terperinci makna bahagian sulit. Muhaiman tersentak. Terkejut. Air mukanya berubah kemerah-merahan menahan malu apabila mendengar keterangan pegawai penyiasat itu. “Mana ada tuan. Saya tak buat semua itu.” “Awak ada pegang-pegang dia?” “Tak ada. Kalau main kejar-kejar macam polis sentri tu, adalah saya cuit bahu dia sikit,” jujur jawab Muhaimin. “Sekali lagi saya tanya, awak ada sentuh bahagian sulit dia?” “Tak ada tuan. Saya tak sentuh kat situ-situ.” Berulang-ulang Muhaimin disogok soalan yang sama. Berulang jugalah jawapan sama diberikan Muhaimin. Tidak buat! “Baiklah, kalau kamu tak nak mengaku, kami akan tangkap bapa awak, bawa ke sini untuk soal siasat. “Janganlah tuan. Kesian bapa saya. Dia tak bersalah.” “Kalau macam ‘tu, sekarang awak mengaku mencabul kehormatan budak perempuan itu.” 135


Muhaimin tunduk dengan juraian air mata yang jatuh membasahi pipinya. Muhaimin tidak tahu berapa banyak air matanya mengalir sepanjang berada dalam siasatan polis. Tidur malamnya dalam bilik kecil yang kelam sementara menanti untuk bersoal jawab keesokan harinya. Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur tiada sebarang kesan gangguan seksual berlaku pada Alia. Bahagian sulit Alia juga tidak mengalami apa-apa kesan yang mencurigakan seperti mana didakwa Zara. Satu kelegaan buat Muhaimin sekeluarga kerana terbukti Muhaimin tidak melakukan perbuatan cabul itu. “Min dah cakap, Min tak buat semua tu. Min anggap Alia tu macam adik Min sendiri. Takkan Min nak buat benda tak elok pada dia.” “Kami percayakan Min. Min anak yang baik,” pujuk Habibah. Fuad yang percaya dan yakin 100 peratus Muhaimin tidak bersalah telah membayar wang ikat jamin sebanyak RM1,700 sementara menunggu perbicaraan. Fuad melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes Muhaimin. Selepas perbicaraan dijalankan, mahkamah memutuskan Muhaimin tidak bersalah dan dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya melakukan perbuatan itu. Habibah sekeluarga bersyukur kerana nama baik keluarganya telah dibersihkan terutama Muhaimin. Ternyata kegembiraan yang Muhaimin kecapi selepas bebas daripada tuduhan itu begitu bermakna bagi dirinya. Muhaimin tidak perlu takut untuk keluar bermain dengan rakan-rakan sekampungnya. 136


“Abang, kita tak nak saman malu pada Zara dan suaminya?” soal Habibah kepada Fuad waktu menikmati hidangan petang seminggu selepas keputusan perbicaraan dikeluarkan. “Bib rasa?” “Eh abang ‘ni, Bib tanya abang bukan abang yang tanya Bib tau, jawabla nak teruskan dengan saman malu ke tidak? Geram je saya tengok si Zara tu. Tuduh anak kita buat yang bukan-bukan,” bebel Habibah sebelum menghirup kopi panas yang terhidang di meja rehat laman rumah mereka. Lama Fuad terdiam seperti memikirkan sesuatu. Habibah menanti penuh sabar. Sesekali dicuitnya bahu Fuad minta diberi jawapan segera namun tidak diendahkan. “Abang rasa tak payahlah. Nak naik mahkamah bukan mudah. Duit nak kena ada. Paling tidak untuk bayar yuran peguam. Nak jalankan kes pun ambil masa sekian lama. Elok kita batalkan kalau ada niat nak menyaman malu tu.” Jawapan diberikan Fuad mematikan keinginan Habibah ‘mengenakan’ semula Zara. Tak apalah Zara, aku maafkan kau suami isteri.’ Zara juga telah membuat keputusan tidak lagi menghantar Alia dan Munir ke rumah Habibah. Habibah terkilan kerana Zara tidak langsung datang ke rumahnya meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya. Mungkin Zara malu atas perbuatannya menuduh yang bulan-bukan terhadap Muhaimin. Mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa Muhaimin, Habibah dan Fuad membuat keputusan menempatkan Muhaimim di Sekolah Tunas Bakti (STB) bagi membantu memulihkan kembali semangatnya yang hampir hilang gara-gara tindakan membabi buta Zara. 137


Click to View FlipBook Version