The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashahnor, 2023-03-05 04:54:29

MANUAL PENGURUSAN SMK SIK 2023-2024

MANUAL PENGURUSAN SMK SIK 2023-2024

Keywords: MANUAL

192 Kawalan / Tanggungjawab Guru 1. Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Hal ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. 2. Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 3. Jangan mulakan proses PdPc jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. 4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan muridmurid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 5. Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki Iima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. 6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebabsebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 7. Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir. Bagi murid - murid yang engkar walaupun telah diberi amaran / hukuman, guru-guru perlu memaklumkan kepada pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta murid-murid tersebut bersila di tempat yang sesuai untuk menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di dalam buku nota masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di dalam buku laporan perhimpunan sekolah. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


193 Dasar Umum Disiplin 1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. 2. Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan. 3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin. Pemeriksaan Gempar/Spot Check 1. Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. 2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam sistem SSDM. 4. Barang rampasan/barang larangan akan disimpan di dalam bilik Unit Pengurusan HEM. 5. Barang rampasan yang mahal (seperfi telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat aku janji. 6. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa ke mesyuarat AJK Lembaga Disiplin / AJK PIBG. 7. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab muridmurid. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


194 Kaedah Mengatasi Disiplin 1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: - semua guru - kelas-kelas(untuk ditampal) - bilik-bilik khas 2. Guru mata pelajaran / guru kelas - rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas - Guru Disiplin akan kumpulkan - Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan. 3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: - Kedatangan penuh 2 kali setahun - Kerap ponteng 2 bulan sekali( oleh guru penyelaras) 4. Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab. - Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun. Pengurusan Perhimpunan Harian 1. Perhimpunan empat kali seminggu (Ahad,Selasa, Rabu dan Khamis). Pada hari Isnin diadakan perhimpunan rasmi. 2. Diuruskan oleh setiausaha perhimpunan dan guru bertugas. 3. Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. 4. Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat. 5. Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan beruniform dan Permainan perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing. 6. Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. 7. Guru bertugas mencatatkan isi penting ucapan daripada guru dan pentadbir yang berucap. 8. Dilarang membawa bahan bacaan ke perhimpunan. 9. Bacaan Yassin setiap hari Khamis di tapak perhimpunan pada pukul 7.15 pagi. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


195 DASAR AM KEBAJIKAN MURID Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 1. Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewatlewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. 2. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT8945/Jld.28(24) - 17Mac 2008).. 3. Guru tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. 4. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah di Iuar Negeri Kedah memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. (Sila rujuk bahagian 1.8.3) 5. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. 6. Murid "Bukan Warga Negara" (BWN) tidak Iayak menerima buku SPBT. Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 1. Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang Iayak untuk memohon biasiswa. 2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. lbubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat Iebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


196 3. Bagi penerima bantuan lain, guru kelas berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah. 4. Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharui permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan baru. 5. Guru tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada guru biasiswa berkenaan. 6. Guru tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM 1000 sebulan. 7. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa. 8. Murid "Bukan Warga Negara" (BWN) tidak layak menerima biasiswa. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling 1. Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa(GBKSM) mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi dan sosial yang dihadapinya. 2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang membantunya sahaja. 3. GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 4. GBKSM juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahirankemahiran belajar kepada pada murid. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


197 5. GBKSM harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon Iepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 6. GBKSM mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan. 7. Guru Disiplin mahupun guru tingkatan boleh merujuk kepada GBKSM tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. Kebajikan Murid 1. Guru tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM. 2. Guru tingkatan hendaklah memaklumkan kepada GPK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang Iain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. 3. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/ bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


198 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN Rekod Kesihatan Murid 1. Setiap murid perlu melengkapkan borang untuk rawatan kesihatan yang diberikan oleh pihak kesihatan dan ditandatangan oleh waris untuk persetujuan untuk mendapatkan rawatan. 2. Guru tingkatan akan mengedar kepada murid dan dikumpul untuk diserahkan kepada pihak kesihatan. Kad Pergigian Murid 1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid tingkatan satu. 2. Guru tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak /anak jagaannya. 3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


199 Surat rawatan Murid 1. Guru tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan atau Guru Kanan. 3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. Murid Sakit 1. Guru tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Kunci bilik rawatan akan disimpan setiap satu oleh PK HEM, PK Kokurikulum dan guru Bilik Rawatan / Kesihatan. Satu Iagi disimpan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan. 2. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, guru bertugas atau guru tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. 3. Guru bertugas atau guru tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil,murid tersebut perlu balik semula ke kelas. 4. Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia dibenarkan menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik Rawatan. 5. Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan. 6. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


200 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 2. Guru-guru tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 3. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi melancarkan proses PdP. 4. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama persekolahan (Program Zoom 5 minit). 5. Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar. 6. Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi ke atas meja masing-masing. Kantin Sekolah 1. Guru AJK Kantin bertanggunawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. 2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. 3. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. 4. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


201 5. Guru Disiplin serta guru bertugas harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. 6. Guru Disiplin serta guru bertugas harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk ke kelas apabila waktu rehat telah tamat. 7. Murid tidak dibenarkan membeli makanan/ minuman manis di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 8. Penggunaan plastik minuman adalah dilarang sama sekali. 9. Pelajar dilarang membeli dan membawa makanan luar. Dibenarkan membawa makanan dalam Bekas makanan sahaja. Kebersihan Kelas 1. Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan waktu terakhir. 2. Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk dimaklumkan kepada GPK HEM dan akan diumumkan semasa perhimpunan pada keesokan hari. 3. Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan). 4. Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang kebersihan untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut. 5. Kelas yang terbersih mendapat johan nombor 1 hingga 3 akan diberi baucer pada minggu tersebut mengikut kategori menengah atas dan menengah rendah. 6. Kelas yang mendapat johan tempat pertama akan diberi plak pusingan mengikut kategori menengah atas dan menengah rendah. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


202 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH/ KEKEMASAN DIRI Pakaian Pelajar Perempuan 1. Pada waktu belajar/perjumpaan rasmi di dalam/di luar sekolah, pelajar dikehendaki memakai baju lengan pendek berleher kemeja, bagi berlengan panjang bolehlah dilipat supaya kemas manakala pinafora hendaklah menutupi lutut. 2. Pelajar ISLAM diwajibkan memakai baju kurung putih dan kain sarung berwarna biru. Tudung kepala mini telekung berwarna putih dan berukuran sesuai dengan pelajar yang memakainya pada setiap hari persekolahan. 3. Sewaktu bermain/bersukan, pelajar perempuan mesti memakai seluar panjang sukan dan baju-T berlengan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pakaian/barang-barang yang dinyatakan di bawah DILARANG keras pemakaiannya: • Mini skirt • Slack/Jeans • Baju yang tidak berlengan • Semua jenis selipar, kasut silang dan tumit tinggi • Semua jenis barang kemas • Cermin mata gelap 4. Semua jenis barang kemas (tiruan) yang ditahan oleh pihak sekolah hanya ibu bapa/penjaga yang dibenarkan menuntutnya dalam tempoh masa seminggu selepas surat diedarkan. Sekiranya tidak dituntut, barang kemas tersebut akan dilupuskan. Barang kemas yang bernilai (seperti emas) yang ditahan oleh pihak sekolah, tempoh untuk menuntut akan dipanjangkan mengikut budi bicara pihak sekolah. 5. Kasut hendaklah berwarna putih atau hitam daripada kain kanvas atau bahan sintetik seperti nilon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara. Pihak sekolah juga boleh memberikan budi bicara bagi kasut jenis getah bagi pelajar-pelajar yang terpaksa mengharungi laluan lumpur/banjir pada musim hujan. 6. Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas sekolah adalah dibenarkan pemakaiannya semasa sukan/aktiviti Kokurikulum. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


203 Pakaian Pelajar Lelaki 1. Pada waktu belajar/perjumpaan rasmi di dalam/ di luar sekolah pelajar lelaki mestilah berbaju kemeja putih berlengan pendek atau lengan panjang dan seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive). Semua pelajar mesti memakai lencana sekolah, sarung kaki berwarna putih melepasi buku lali. Seluar panjang menyerupai seluar jeans adalah dilarang. 2. Sewaktu bermain/ bersukan mestilah memakai seluar track panjang dan baju T yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 3. Kasut berwarna putih atau hitam daripada kain kanvas atau bahan sintetik seperti nilon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara. 4. Pelajar yang bertali pinggang haruslah berukuran maksimum 2.5 sentimeter (1 inci) serta kepala tali pinggang sama besar dengannya, dan berwarna hitam/ coklat tanpa hiasan. Kepala tali pinggang yang bersaiz besar/berhias ditegah sama sekali. 5. Semua barang kemas dan barang perhiasan diri yang dipakai oleh pelajar lelaki akan dirampas TANPA DIKEMBALIKAN. 6. Kaki seluar panjang yang dipakai oleh pelajar lelaki haruslah boleh dimasukkan dengan satu tin minuman. Pelajar yang sengaja memakai kaki seluar panjang yang terlalu lebar/sempit akan dikenakan tindakan disiplin. Kaki seluar hendaklah melepasi buku lali/tidak tergantung. Rupa/ Kekemasan Diri 1. Pelajar lelaki TIDAK boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: Di belakang : Rambut jatuh melepasi garisan di bawah dua telinga Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi Di sisi : Rambut menutupi sebahagian kedua-dua telinganya dan jambang ‘sideburn’ melepasi garisan tengah hidung 1. Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok berwarna hitam. Kopiah putih atau lain-lain warna tidak dibenarkan dan tidak berserban. Peraturannya adalah seperti yang dikuatkuasakan. 2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan mempunyai misai/janggut. Istilah misai/janggut tidak termasuk bulu roma tebal di atas bibir. 3. Rambut pelajar perempan, rambut hendaklah jangan dibiarkan sehingga jatuh ke bahu. Jika pelajar perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong rambut pendek, boleh diikat sebagai tocang (plait) atau ‘ekor kuda’ (ponytail). 4. Semua butang baju kecuali butang kolar mestilah dikancing. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


204 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH Latihan Kecemasan/Kebakaran 1. Memastikan bahawa latihan kebakaran ("fire drill”) dijalankan 2 kali setahun. 2. Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. 3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi & berfungsi. 4. Guru-guru mestilah mernastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Muridmurid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. 5. Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang Iain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.. 6. Guru tingkatan mestilah mengambil senarai Nnma pelajar di pejabat dan dibawa ke tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. Polisi Sekolah Selamat 1. Pihak sekolah mengamalkan empat polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah: I. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. Iv. Polisi Mengelak Gejala Buli 2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


205 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Kenderaan Guru dan Murid 1. Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 2. Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 3. Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja). Pondok Kawalan Keselamatan 1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di kawasan sekolah. Menangani Bencana 1. Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada MKN. 2. Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah. 3. Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. 4. Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. 5. Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah.


206


207


208


209


210


211


212


213


214 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


215 “Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri dan mencabut rumput di celah-celah tanamannya” (Imam Al-Ghazali) “Lakukanlah kebaikan sekecil apapun kerana kau tidak pernah tahu kebaikan apa yang akan membawamu ke syurga” (Imam Hasan Al-Bashri)


216


217 JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM) Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Harniza binti Md Saad Penolong Setiausaha : Narishah binti Ismail Bendahari : Shahrum binti Abdullah Ahli Jawatankuasa : 1. Mohammad Azirul bin Abdull Razak : GK Kemanusiaan 2. Hasnah binti Abd Ghani : GK Sains & Matematik 3. Norsakinah binti Md Haris @ Md Ariff : GK Bahasa 4. Mohamad Yusof bin Aziz : GK Teknik dan Vokasional 5. Mohd Romzi bin Abd Rahim : Guru Kokurikulum Tingkatan 6 6. Nor Ashah binti Abd Aziz : Guru Data 7. Musliana binti Talib : JK Bimbingan dan Kaunseling Sarina binti Hassim : JK Sekolah Penyayang Musliana binti Talib : JK PRS Sarina binti Hassim : JK Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Musliana binti Talib : JK Ziarah Cakna 8. Asbola@Hasbollah bin Amit : JK Lembaga Disiplin Sekolah 9. Siti Norbaya binti Yusuf : JK Badan Pengawas Sekolah 10. Siti Hasnah binti Ibrahim : JK Pendaftaran Murid dan Penyelaras Tingkatan 11. Mohd Aswad Bin Ibrahim : JK Sekolah Selamat (3K) 12. Asbola@Hasbollah bin Amit : JK Perhimpunan Sekolah 13. Yasmin Binti Yusoff : JK Papan Kenyataan 14. Rosnani Binti Taib : JK Kantin Sekolah 15. Norzizalawati binti Dahari : JK Asrama / SKPA 16. Md Pedzil bin Md Isa : JK Pentas dan Keceriaan Pentas 17. Siti Rahiza binti Yusoff : JK Majalah Sekolah 18. Nur Fariza binti Romli : JK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 19. Siti Norbaya binti Yusuf : JK Kelab Pencegahan Jenayah 20. Suhaiza binti Ahmad : JK PIBG 21. Harniza Binti Md Saad : JK APDM 22. Siti Haraimah Binti Isa : JK Surau, Dakwah dan Bina Insan 23. Asmadi bin Rejemi : JK Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Sekolah 24. PK HEM : JK Bencana


218 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Manual Pengurusan HEM bagi tahun 2023/2024 . Merangka pelan perancangan strategik dan pelan taktikal unit HEM 2023/2024 Merancang aktiviti-aktiviti HEM untuk tindakan dan pelaksanaan unit-unit di bawah HEM. Membantu melaksanakan program-program yang telah dirancang di bawah unit HEM Memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut unit - unit di bawah HEM. Menyediakan laporan bertulis program-program HEM yang dilaksanakan. Memberi laporan berkaitan HEM kepada Pengetua / PK HEM dari semasa ke semasa. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat (PKPA Bil.2/1991) unit HEM dari semasa ke semasa.


219 BIDANG TUGAS Menyedia Buku Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Bersama-sama dengan jawatankuasa perhimpunan mengendalikan perhimpunan murid. Membantu murid membuat penyesuaian peribadi, sosial untuk mewujudkan kestabilan emosi Membantu menyelesaikan masalah salah laku dan kesalahan disiplin di sekolah oleh murid. Memberi khidmat nasihat kepada murid dalam menguruskan akademik Membantu murid memilih bidang kurikulum berdasarkan kebolehan, minat dan kemampuan. Menjalankan kaji selidik dan membuat pentafsiran berguna untuk membantu perkembangan murid. Membantu murid yang mempunyai masalah memilih kerjaya yang bersesuaian JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Musliana binti Talib Penolong Setiausaha : Sarina binti Hassim Ahli Jawatankuasa : Penyelaras Tingkatan


220 BIDANG TUGAS Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti sekolah penyayang. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Jadual tugas pengawasan guru semasa waktu datang dan pulang pelajar. JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Sarina binti Hassim Penolong Setiausaha : Musliana Binti Talib Ahli Jawatankuasa : Asbola@Hasbollah bin Amit : Siti Norbaya binti Yusuf : Noor Zalilah binti Mansor : Noratini binti Mukhtar


221 BIDANG TUGAS Membentuk jawatankuasa bagi Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya melalui cara-cara demokratik. Memajukan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya dengan cara yang difikirkan perlu dan sesuai. Memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas dengan betul dan penuh tanggungjawab. Merancang aktiviti Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya dengan kerjasama jawatankuasa murid. Memastikan laporan aktiviti disediakan selepas sahaja selesai menjalankan aktiviti Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ke dalam buku laporan yang disediakan. Melaksanakan semua aktiviti Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya mengikut jadual yang telah dirancang. Menyelia dan menjadi penasihat pengurusan kewangan untuk setiap Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya. Memastikan Setiausaha Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya menyediakan laporan tahunan dan satu salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM untuk tindakan seterusnya. JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Musliana binti Talib Penolong Setiausaha : Sarina binti Hassim Ahli Jawatankuasa : Penyelaras Tingkatan : Guru Tingkatan


222 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah. Merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah. Mengawal selia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua aspek Pendidikan Pencegahan Dadah. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan murid. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel dan program/aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah untuk murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG) Mengesan dan menangani masalah dadah dalam kalangan warga sekolah. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan dadah / pil khayal. Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah dadah di sekolah. JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Sarina binti Hassim Penolong Setiausaha : Musliana Binti Talib Ahli Jawatankuasa : Abdul Latif bin Hj. Salleh : Mohd Romzi bin Abd Rahim : Wakil Waris PIBG : Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah : Guru Penasihat Badan Beruniform : Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM


223 JAWATANKUASA ZIARAH CAKNA Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Musliana binti Talib Penolong Setiausaha : Sarina binti Hassim Ahli Jawatankuasa : Penyelaras Tingkatan : Guru Tingkatan : Guru Bertugas Mingguan BIDANG TUGAS Mengambil tindakan susulan terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin, miskin, sakit dan ditimpa musibah. Merancang program bersama-sama agensi lain bagi menangani masalah disiplin, miskin,sakit dan ditimpa musibah.


224 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha I : Asbola@Hasbollah bin Amit Setiausaha II : Mohd Taufik bin Abu Bakar GBKSM : Musliana binti Talib Sarina binti Hassim Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) : Hayati Binti Ahmad Ahli Jawatankuasa : GK Kemanusiaan : GK Sains dan Matematik : GK Bahasa : GK Teknik Vokasional : Mohd Asri bin Mohd Yusof : Asmadi bin Rejemi : Siti Norbaya binti Yusuf : Mohd Amini bin Abdul Hamid : Mohd Aswad bin Ibrahim : Siti Haraimah binti Isa : Noorzizalawati binti Dahari : Nor Hayati binti Hashim : Abdul Latif bin Hj. Salleh : Noor Zalilah binti Mansor : Hashimah Binti Md Zain : Semua Guru kelas : Semua Penyelaras Tingkatan


225 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Manual Pengurusan Disiplin bagi tahun 2023/2024. Merangka peraturan-peraturan dan panduan tatatertib murid sekolah. Menentukan prosedur tindakan kes disiplin murid. Mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Menyediakan Pelan Strategik Disiplin Sekolah. Memastikan pengawas sekolah, pemimpin dan ketua tingkatan berfungsi. Merekod segala kesalahan / hukuman / denda yang berkenaan terhadap murid-murid. Membantu Pengetua / PK HEM dalam menguatkuasa peraturanperaturan sekolah. Bekerjasama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa (GBKSM) untuk menyelesaikan masalah murid-murid. Merangka dan melaksana program ‘Pemulihan Pelajar’. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan / harian dan Badan Pengawas sekolah untuk mengawal murid-murid pada hari perhimpunan atau majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Membantu Pengetua / PK HEM dalam perbincangan dengan ibubapa / penjaga murid-murid bermasalah. Bekerjasama dengan pihak-pihak lain bagi membantu penyelesaian masalah murid. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / PK HEM dari semasa ke semasa.


226 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Manual Pengurusan Badan Pengawas . Bertanggungjawab mengatur pemilihan dan pelantikan pengawas. Membentuk jawatankuasa Badan Pengawas Sekolah Menjaga kebajikan pengawas. Menyediakan garis panduan untuk tugasan pengawas dan memastikan tugasan dilaksanakan. Menyediakan laporan tahunan aktiviti dan program Badan Pengawas Sekolah. JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS SEKOLAH Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Siti Norbaya binti Yusuf Penolong Setiausaha : Mohd Amini bin Abdul Hamid Ahli Jawatankuasa : Mohd Aswad bin Ibrahim : Mohd Taufik bin Abu Bakar : Hasliza binti Rosli : Hashimah binti Md Zain : Kartini binti Kamaruzzaman : Asbola@Hasbollah bin Amit : GBKSM sekolah


227 JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID DAN PENYELARAS TINGKATAN Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Siti Hasnah binti Ibrahim Penolong Setiausaha : Nur Hidayah binti Suzumie Ahli Jawatankuasa : Nor Ashah binti Abdul Aziz (Guru Data) : Penyelaras Tingkatan : Semua Guru Kelas


228 SENARAI NAMA GURU - GURU KELAS TAHUN 2022/2023 Bil Nama Guru Kelas Penyelaras Tingkatan 1 1DLP 2 1K1 3 1K2 4 1K3 5 1U1 6 1U2 7 2DLP 8 2K1 9 2K2 10 2K3 11 2U1 12 2U2 13 3DLP 14 3K1 15 3K2 16 3K3 17 3U1 18 3U2 19 4 ST 1 20 4 ST 2 21 4 ST 3 22 4 ST 4 23 4 K 1 24 4 K 2 25 5 ST 1 26 5 ST 2 27 5 ST 3 28 5 ST 4 29 5K1 30 5K2 31 KPUJ1 32 KPUJ2 33 KPUJ3 34 KPUJ4 35 KPUJ5 36 KPUS1 37 KPUS2 38 KPUS3 39 KPUS4 40 KPUS5


229 BIDANG TUGAS PENDAFTARAN MURID Menyediakan Buku Prosedur Pengurusan Tingkatan bagi tahun 2023/2024. Mengurus pendaftaran murid dan murid baharu bagi tahun 2023/2024. Memastikan semua murid baharu didaftarkan dalam buku pendaftaran sekolah dan mempunyai nombor pendaftaran Memastikan semua murid mempunyai kemudahan pembelajaran sekurangkurangnya ada kelas, kerusi / meja serta buku teks. Menyediakan dan mengurus Buku Kawalan dan kad keluar kelas setiap bulan. Membuat analisis kehadiran murid-murid setiap akhir bulan .dan membuat rumusan kehadiran murid. BIDANG TUGAS GURU KELAS Mengemas kini maklumat terkini murid dalam APDM Memasukkkan kehadiran murid pada setiap hari dan mencetak laporan kedatangan setiap bulan untuk disimpan dalam Fail Kehadiran Murid. Mengeluarkan Surat Amaran Ponteng kepada murid yang cukup jumlah hari ponteng. Menyelaras kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid. Menjadi penghubung antara Pengetua / PK Pentadbiran / PK HEM / PK Kokurikulum dengan murid yang berkaitan. Memantau tahap disiplin murid dan menyemak Buku Kawalan Kelas. Memastikan semua murid didaftarkan pada masa yang ditetapkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Masuk Pelajar Memastikan kebersihan dan keceriaan kelas pada setiap masa. Merekod amalan baik/murni murid dalam SSDM dan aktiviti kokurikulum dalam PAJSK. Sekiranya ketiadaan guru kelas, penyelaras tingkatan akan mengambil alih semua tugas di atas.


230 ( Keselamatan murid / bangunan / fizikal sekolah) JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT (3K) Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Md. Pedzil bin Md. Isa Penolong Setiausaha : Mursidi bin Hamid Ahli Jawatankuasa 1. Unit Keselamatan : Mohd Aswad bin Ibrahim (K) : Abdul Hakimi bin Abdul Halim : Inspektor Tiara Rumaya binti Abdul Malik : Koperal Rogayah binti Misro : Pengawal keselamatan sekolah 2. Unit Kesihatan : Norasikin binti Ibrahim (K) : Nur Aini binti Ahmad 3. Unit Kebersihan / : Asmadi bin Rejemi Keceriaan : Noor Mastura binti Ismail : Semua penyelaras tingkatan : Semua guru kelas : Semua guru bertugas mingguan : Pekerja kebersihan sekolah 4. Keceriaan Pentas/ : Md. Pedzil bin Md. isa Astaka Perhimpunan Noor Mastura binti Ismail


231 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Manual Pengurusan Sekolah Selamat dan Manual Polisi Keselamatan Sekolah. Merancang program keselamatan sekolah. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / bomba / JKR /TNB dan lain-lain. Menyelia bangunan dan pagar sekolah agar sentiasa berkeadaan baik dan tidak diceroboh. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada murid. Memastikan alat pemadam kebakaran berfungsi dengan baik. Mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan tempat letak kereta guru dan motosikal serta basikal murid sentiasa selamat. Mewujudkan suasana aman dan harmoni di sekolah. Mengamalkan konsep sekolah penyayang. Memastikan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan ceria, bersih dan selamat untuk semua warga sekolah. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembentukan budaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Memastikan label dan panduan keselamatan disediakan di kawasan-kawasan tertentu yang berkaitan seperti di tangga bangunan, tandas, pagar dan lain-lain. Bertanggungjawab dalam mengatur Pelan Perkongsian Bangunan Sekolah. Jawatankuasa Bencana terlibat dalam Operasi Payung. BIDANG TUGAS JK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa 3K sekolah. Bertanggungjawab kepada kebersihan dan keceriaan kelas. Memantau jadual bertugas guru dan murid dalam menjaga dan menceriakan kelas. Mengurus pertandingan keceriaan kelas. Membuat pemantauan prasarana dan keceriaan kelas . Berhubung dengan pekerja kebersihan yang berkaitan jika memerlukan apa-apa tindakan dalam kawasan yang dikawal selia.


232 JAWATANKUASA PERHIMPUNAN SEKOLAH Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Asbola@Hasbollah bin Amit Penolong Setiausaha : Mohd Amini bin Abdul Hamid( siaraya ) AJK : Siti Norbaya binti Yusuf : Norasikin binti Ibrahim : Guru bertugas mingguan BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan Perhimpunan . Mengurus perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin. Membuat pengumuman untuk memberitahu semua murid supaya segera ke tempat perhimpunan. Mengurus PA sistem untuk kegunaan perhimpunan. Memastikan suasana di tempat perhimpunan teratur dan bersih sebelum perhimpunan bermula. Mengurus/mengendali perjalanan majlis perhimpunan. Memastikan murid keluar dari perhimpunan dalam keadaan teratur mengikut tingkatan masing-masing. Mengambil sebarang tindakan yang difikirkan sesuai untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Mengambil gambar untuk dokumentasi bagi setiap aktiviti di Tapak Perhimpunan


233 BIDANG TUGAS Menyusun dan mengurus aktiviti untuk melengkap dan menceriakan papan kenyataan. Mengurus papan kenyataan sekolah dari segi prasarana dan kegunaan untuk murid dan guru. Menyelaras dan membantu pihak sekolah dalam melengkapkan papan kenyataan agar sentiasa mengandungi maklumat terkini. JAWATANKUASA PAPAN KENYATAAN Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Yasmin Binti Yusoff Pen Setiausaha : Nor Azira binti Mahmad Basir Ahli Jawatankuasa : Yeoh Guan Chin : Farah Ikmar binti Jafri :Setiausaha Kurikulum : Setiausaha Hal Ehwal Murid : Setiausaha Kokurikulum : Setiausaha Sukan : Guru GBKSM : Guru Penasihat Kelab Permainan : Guru Penasihat Kelab Persatuan


234 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan Kantin bagi tahun 2023/2024 . Menyelia perjalanan kantin secara langsung. Menjadi penghubung rasmi antara guru dengan pihak pengusaha kantin. Memastikan semua tukang masak kantin mendapat sijil pemeriksaan kesihatan. Memastikan premis dan masakan disediakan bersih dan memuaskan. Memastikan makanan yang disediakan untuk murid berkhasiat dan mencukupi. Memastikan kantin sentiasa dalam keadaan bersih dan membuat teguran jika ada yang tidak mengikut prosedur. JAWATANKUASA KANTIN Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Rosnani Binti Taib Penolong Setiausaha : Pn. Shahrum Binti Abdullah Ahli Jawatankuasa : Muhammad Sukri Bin Jusoh : Norul Hafizah binti Ramle : Noorzizalawati binti Dahari : Rosnani binti Taib : Mohd Rizal Bin Ismail


235 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan Asrama bagi tahun 2023/2024. Mengadakan mesyuarat JK Asrama, perbincangan, menyediakan minit mesyuarat dan dokumentasi setiap aktiviti atau program yang dijalankan. Menentukan objektif kementerian untuk mewujudkan asrama terbilang tercapai (ASAT). Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi penyediaan makanan, kebersihan dan senarai aktiviti tahunan. Merancang aktiviti / kegiatan asrama. Memastikan peraturan asrama dipatuhi. Meningkatkan hubungan JK Asrama dengan ibu bapa / waris penghuni. Mengadakan pemeriksaan mengejut untuk memastikan penghuni mematuhi peraturan. Memastikan Program Tranformasi Asrama berjalan dengan baik. JAWATANKUASA ASRAMA / SKPA Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Noorzizalawati binti Dahari Penolong Setiausaha 1 : Noor Zalilah binti Mansor Penolong Setiausaha 2 : Mohammad Azirul bin Abdull Razak Ahli Jawatankuasa : Guru Kanan Bahasa : Guru Kanan Sains Matematik : Guru Kanan Teknik Vokasional : Musliana binti Talib : Siti Kalijah binti Abdullah : Sarina binti Hassim : Yasmin binti Yusoff : Liza binti Kadir : Guru Bertugas Mingguan


236 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH Pengerusi: Rozlan bin Hamat (Pengetua) Timbalan Pengerusi: Hamidah binti Hassan (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi: Muhamad Shukri bin Mat Deris (Penolong Kanan Hem) Siti Maryam binti Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) Mahani binti Zali (Penolong Kanan Tingkatan 6) Exco Penasihat: Norsakinah binti Md Haris @ Md Ariff (Guru Kanan Bahasa) Mohammad Azirul bin Abdull Razak (Guru Kanan Kemanusiaan) Hasnah binti Abd Ghani (Guru Kanan Sains & Matematik) Mohamad Yusof bin Aziz (Guru Kanan Teknik & Vokasional) Nasaruddin bin Darus (YDP PIBG SMK Sik) Setiausaha / Guru Penyelaras: Siti Rahiza binti Yusoff Penolong Setiausaha: Noor Mastura binti Ismail -Grafik & Pengiklanan AJK Guru : Zarina binti Mohd Dzahir- Bendahari & Laporan PBS/PBD/UASA Nur Asiah binti Zakaria - Karya Bahasa Melayu & Fokus Gemersik Norlidawati binti Yahya - Perutusan Alu-aluan & Unit Baca Pruf Kartini binti Kamaruzzaman – Karya Bahasa Inggeris & Unit Fotografi Album Kelas Suhaida binti Abdul Razak – Unit Berita & Buletin Yeoh Guan Chin – Karya Bahasa Cina & Diari sekolah Salwa binti Hussain – Karya Bahasa Arab & Sorotan Gemersik Marleena Izni binti Mohd Isa – Karya Bahasa Jerman & Kajian Gemersik Fatimah Syam binti Che Man - Laporan Kokurikulum & Unit Fotografi Kokurikulum Faridzul Anwar bin Khasim – Laporan Peperiksaan SPM/STPM & Pengiklanan Zulkifli bin Abdul Malek – Unit Fotografi & Berita Mutlimedia Romzi bin Abd. Rahim - Laporan Kokurikulum T6 & Unit Fotografi T6 Ashrah bin Jusoh – Unit Berita & Buletin Abdul Hakimi bin Abdul Halim- Laporan Sukan Norma binti Ahmad– Unit Percetakan & Pengedaran majalah


237 BIDANG TUGAS Mengumpul laporan semua aktiviti sekolah. Menyediakan profil pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Menyediakan album aktiviti sekolah mengikut bidang kurikulum, kokurikulum, dan Hal Ehwal Murid. Menyediakan Buku Pengurusan Majalah Sekolah. Menyediakan jadual penggambaran untuk majalah. Mengurus sesi penggambaran untuk majalah sekolah. Mengurus hasil karya daripada murid. Mengadakan mesyuarat menentukan sebut harga majalah. Mengurus pengedaran majalah kepada semua murid.


238 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan SPBT . Menguruskan borang 1 & 1A dan borang C kepada guru-guru kelas. Mengurus pengambilan borang-borang berkaitan SPBT di PPD. Mengemas kini dan menyimpan sistem fail dan buku stok SPBT. Menguruskan pengedaran dan pemulangan buku-buku teks melalui guru-guru kelas. Memesan dan mengagihkan buku-buku teks dari / ke sekolah lain mengikut arahan PPD/JPN. Mengurus penerimaan daripada pembekal, menyimpan dan menjaga keselamatan buku teks. Mengurus buku-buku teks lama untuk dihapus kira. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Nur Fariza binti Romli Penolong Setiausaha : Nor Azira binti Mahmad Basir Ahli Jawatankuasa : Mohd Rizal Bin Ismail : Faridzul Anwar bin Khasim : Suhaila binti Md Yusoff : Semua Penyelaras Tingkatan : Semua Guru Kelas


239 BIDANG TUGAS Menyediakan Buku Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah. Merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pencegahan jenayah di peringkat sekolah. Mengawal selia perkembangan masalah jenayah di sekolah dengan mengumpul data dan maklumat terkini. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan murid. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan jenayah kecil. JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Siti Norbaya binti Yusuf Pen Setiausaha : Noorzizalawati Binti Dahari Ahli Jawatankuasa : Mursidi bin Hamid : Mohd Taufik bin Abu Bakar : Fatimah Syam binti Che Man : Suhaida binti Abdul Razak : Inspektor Tiara Rumaya binti Abdul Malik : Koperal Rogayah binti Mistro


240 BIDANG TUGAS Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. Membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, disiplin,dan sahsiah murid. Membantu pihak sekolah meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Menjadi perantara antara pihak sekolah dan waris murid. Mengadakan mesyuarat AJK dan mesyuarat agung tahunan. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) Penasihat : PENGETUA Yang Dipertua : Nasaruddin bin Darus Naib Yang Dipertua : Mohd Azli bin Ishak Setiausaha : Suhaiza binti Ahmad Penolong Setiausaha : Noor Zalilah binti Mansor Bendahari : Nasriyah binti Abdul Aziz Penolong Bendahari : Norul Hafizah binti Ramle Juruaudit : Rosnani binti Taib (Guru) : Rugayah binti Hj. Misro (Waris) Ahli Jawatankuasa : : : : : : : : : : : : : : : :


241 JAWATANKUASA APDM Pengerusi : PENGETUA Timbalan Pengerusi : PK HEM Naib Pengerusi : PK PENTADBIRAN : PK KOKURIKULUM : PK TINGKATAN 6 Setiausaha : Harniza Binti Md Saad Penolong Setiausaha : Zuraikha Azrin Binti Azmi AJK : GBKSM : Guru Data : Semua Guru Disiplin : Semua Penyelaras Tingkatan : Semua Guru Kelas BIDANG TUGAS Memantau data APDM dalam sistem dari semasa ke semasa. Memastikan guru tingkatan mengemas kini maklumat terkini murid dalam APDM. Memastikan guru disiplin mengemaskini data SSDM. Memastikan nama murid didaftarkan di dalam kelas yang telah ditetapkan.


Click to View FlipBook Version