92 BIDANG TUGAS Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. Membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, disiplin,dan sahsiah pelajar. Membantu pihak sekolah meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Menjadi perantara antara pihak sekolah dan waris pelajar. Mengadakan mesyuarat AJK dan mesyuarat agung tahunan. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) Penasihat : PENGETUA Yang Dipertua : Nasaruddin bin Darus Naib Yang Dipertua : Mohd Azli bin Ishak Setiausaha : Suhaiza binti Ahmad Penolong Setiausaha : Noor Zalilah binti Mansor Bendahari : Nasriyah binti Abdul Aziz Penolong Bendahari : Norul Hafizah binti Ramle Juruaudit : Rosnani binti Taib (Guru) : Rugayah binti Hj. Misro (Waris) :
93 PROGRAM KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI BIL PROGRAM SETIAUSAHA 1. PENCINTA ALAM ZARINA BINTI MOHD DZAHIR 2. TONGKAT WARRANT NUR AINI BINTI AHMAD 3. PEMBELAJARAN ABAD 21 (PAK 21) SITI HASNAH BINTI IBRAHIM 4. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK MUSLIANA BINTI TALIB 5. ZIARAH CAKNA SARINA BINTI HASSIM 6. PENGURUSAN DATA NOR ASHAH BINTI ABDUL AZIZ 7. DOKUMENTASI SEKOLAH ZULKIFLI BIN ABDUL MALEK 8. PELIBATAN DAN PENCAPAIAN MURID DALAM KOKURIKULUM FATIMAH SYAM BINTI CHE MAN 9. SCIENCE ,TEHCNOLOGY ENGINEERING AND MATHEMATICS (STEM) NORMA BINTI AHMAD 10. DIALOG PRESTASI MOHAMMAD AZIRUL BIN ABDULL RAZAK 11. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) NOR HAYATI BINTI HASHIM 12. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DAN HAYATI EKSPLORASI BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT & HEBAT) HASMAWATI BINTI BAHAROM 13. PEMBENTUKAN SAHSIAH MUSLIANA BINTI TALIB 14. PROJECT BASED LEARNING NOR ASHIKIN BINTI MOHD REJAB 15. MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG NOR AINI BINTI HUSSEIN 16. HARI KOKURIKULUM FATIMAH SYAM BINTI CHE MAN MOHD ROMZI BIN ABD RAHIM
94 JAWATANKUASA TUGAS -TUGAS KHAS BIL TUGASAN AHLI JAWATANKUASA 1 Penyelaras 1. PK Pentadbiran 2 Pencatat Minit Mesyuarat Guru 1. Roziana binti Md. Arob 2. Nor Hafizah binti Mohd Jusoh 3 Pencatat Kehadiran Guru ● Perhimpunan : Guru bertugas mingguan ● Kursus Dalaman : Noorfazila binti Abd Jalil 4 Jurufoto Sekolah 1. Zulkifli bin Abdul Malek 2. Abdul Hakimi bin Abdul Halim 5 Dokumentasi 1. Zulkifli bin Abdul Malek 2. Siti Rahiza binti Yusoff 6 Buku Pelawat 1. Musliana binti Talib 2. Sarina binti Hassim 7 Pengacara Majlis 1. Nur Asiah binti Zakaria 2. Noorzizalawati binti Dahari 8 Kebersihan Kawasan 1. GKSM 2. GKK 9 Keselamatan Sekolah 1. GKTV 2. GKB 10 Keceriaan Sekolah 1. Noor Mastura binti Ismail 2. Nur Hidayah binti Suzumei 11 Siaraya 1. Asmadi bin Rejemi 2. Mohd Amini bin Abdul Hamid
95
96 BAHAGIAN 5 PENGURUSAN KURIKULUM
97 “Ilmu itu lebih baik dari kekayaan, kerana kekayaan itu harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu” (Ali bin Abi Talib) "Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad." (Abu Hamid Al Ghazali)
98 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini. OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ; 1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah 2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah 3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. DASAR 1. Dasar Kurikulum SMK Sik sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan 2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Sik. 3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 4. Pada masa-masa tertentu, program-program akademik akan diutamakan. Ini bermakna program akademik akan diberi keutamaan sekiranya bertembung dengan program-program lain. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
99 FAIL REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR GURU: 1. Fail Rekod Persediaan Mengajar guru ialah dokumen penting dan wajib dijaga keselamatannya oleh semua guru. 2. Fail Rekod Persediaan Mengajar adalah SKT bagi guru-guru untuk tujuan Laporan Penilaian Prestasi Guru. 3. Fail Rekod Persediaan Mengajar mestilah dilengkapi dengan perkara-perkara berikut: 3.1 Butiran peribadi yang lengkap. 3.2 Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran. 3.3 Rancangan Pengajaran Tahunan tahun semasa. 3.4 Jadual Waktu Kelas dan Jadual Waktu Peribadi. 3.5 Carta alir proses pembelajaran dan pengajaran. 3.6 Visi dan Misi sekolah. 3.7 Senarai lengkap pelajar kelas yang diajar. 3.8 Rekod markah ujian / peperiksaan / PBD / headcount. 3.9 Senarai buku rujukan guru. 4. Rekod Persediaan Mengajar (RPH) Guru mestilah dihantar mengikut jadual secara atas talian berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan dan mestilah dicetak dan difailkan. 5. Pada setiap hujung bulan, semua guru hendaklah menghantar Fail RPH kepada pengetua. 6. Kegagalan guru menyediakan Fail RPH dan menunjukkannya kepada pihak-pihak yang memantau boleh dikenakan tindakan“surcaj” (Denda RM500.00). 7. Fail RPH akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran pembelajaran di bilik darjah. 8. Fail RPH wajib diserahkan kepada Pengetua pada hari terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan dan pemantauan. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
100 WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan PPD Sik berkaitan jadual waktu. 2. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti makmal sains / padang mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu dan mesti memaklumkan kepada guru di kelas bersebelahan supaya memantau murid semasa ketiadaan guru. 5. Semua guru mesti mematuhi jadual waktu yang sedang berkuatkuasa. 6. Sewaktu mengajar adalah menjadi tanggungjawab guru memastikan perkara-perkara berikut: 6.1 Keadaan fizikal dan kebersihan kelas berada dalam keadaan yang sempurna dan sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran. 6.2 Bilangan pelajar yang ada di dalam kelas adalah akur dengan bilangan kehadiran pada hari berkenaan. 6.3 Guru hendaklah mencatat dan menandatangani Buku Kawalan Kelas setiap kali masuk ke kelas untuk proses pembelajaran dan pengajaran. 7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru. 8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) ialah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan pelajar . DASAR KURIKULUM SEKOLAH
101 PENGURUSAN WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD): Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 hendaklah dipatuhi. 1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah untuk sebarang tujuan peribadi pada waktu tidak mengajar. 2. Pengetua / pihak pentadbir boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menjalankan tugas-tugas lain yang diperlukan. 3. Guru wajib menggunakan masa tidak mengajar untuk perkara-perkara seperti: 3.1 Menggantikan guru yang tidak hadir / bercuti / berkursus. 3.2 Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. 3.3 Memeriksa buku-buku nota dan latihan pelajar. 3.4 Mengadakan pertemuan khas dengan pelajar-pelajar yang berkaitan. 3.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum. 3.6 Menyelesaikan tugas-tugas lain yang diamanahkan selain daripada tugas mengajar sepertimana yang terkandung dalam Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 3.7 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 4. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan pintu bilik darjah ditutup dan tong sampah dikosongkan . DASAR KURIKULUM SEKOLAH
102 JADUAL GURU GANTI ( RELIEF ) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua / wakilnya. 2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses Pdpc jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran. 3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdPc hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar. GURU GANTI 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua atau wakilnya. 2. Mana-mana guru yang CRK perlu merekod dalam system HRMIS dan mengisi borang CRK di pejabat serta memaklumkan kepada PK Pentadbiran dan pengetua. 2. Mana-mana guru yang MC, perlu merekod dalam system HRMIS dan sijil cuti sakit (asal) hendaklah diserahkan kepada Puan Rosadah di pejabat. 3. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru lain dengan membuat tawaran, mencari pengganti terlebih dahulu,menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti dan menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain. 2. Penyediaan guru ganti disediakan dan direkod oleh Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata pelajaran mengikut jadual giliran. 3. Rekod Guru ganti mesti disimpan oleh guru dan fail pejabat DASAR KURIKULUM SEKOLAH
103 SISTEM FAIL 1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha 2. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran. 3. Jumlah fail panitia adalah 8: i) Fail Induk ii) Sukatan Pelajaran dan DSKP iii) Mesyuarat Panitia iv) Program Kecemerlangan v) Peperiksaan vi) Penyeliaan/Pencerapan vii) Penyemakan Buku Latihan/PBD viii) Bank Soalan. PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH RENDAH DASAR KURIKULUM SEKOLAH Bil Mata pelajaran Kelas U1 U2 DLP K1 K2 K3 1 Bahasa Melayu / / / / / / 2 Bahasa Inggeris / / / / / / 3 Matematik / / / / / / 4 Sains / / / / / / 5 Sejarah / / / / / / 6 Geografi / / / / / / 7 Pendidikan Islam / / / / / / 8 RBT / / / / 9 ASK / / 10 PSV / / / / / / 11 Bahasa Jerman / 12 Bahasa Cina / 13 Bahasa Arab / /
104 Bil Mata pelajaran Kelas ST1 ST2 ST3 ST4 K1 K2 1 Bahasa Melayu / / / / / / 2 Bahasa Inggeris / / / / / / 3 Matematik / / / / / / 4 Sejarah / / / / / / 5 Pend. Islam / Pend. Moral / / / / / / 6 PJK / / / / / / 7 Sains / / / 8 Bahasa Arab / 9 P. Al-Quran dan As-Sunnah / 10 P. Syariah Islamiah / 11 Fizik / / / 12 Kimia / / / 13 Biologi / / / 14 Matematik Tambahan / / / 15 Prinsip Akaun / 16 Sains Komputer / 17 Reka Cipta / 18 Pend. Seni Visual / / 19 Ekonomi 20 Geografi / PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS TINGKATAN 4
105 Bil Mata pelajaran Kelas ST1 ST2 ST3 ST4 K1 K2 1 Bahasa Melayu / / / / / / 2 Bahasa Inggeris / / / / / / 3 Matematik / / / / / / 4 Sejarah / / / / / / 5 Pend. Islam / Pend. Moral / / / / / / 6 PJK / / / / / / 7 Sains / / / 8 Bahasa Arab / 9 P. Al-Quran dan As-Sunnah / 10 P. Syariah Islamiah / 11 Fizik / / / 12 Kimia / / / 13 Biologi / / / 14 Matematik Tambahan / / / 15 Prinsip Akaun / 16 Sains Komputer / 17 Reka Cipta / 18 Pend. Seni Visual / / 19 Ekonomi / 20 Geografi PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS TINGKATAN 5
106 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1. Sukatan Pelajaran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. 2. Salinan Panitia untuk setiap tingkatan disimpan dalam Fail Panitia 3. Rancangan Pelajaran Harian mesti mengandungi perkara berikut ; i. Standard Kandungan ii. Standard Pembelajaran iii. Objektif Pembelajaran iv. Kriteria Kejayaan v. Aktiviti vi. ABM, EMK, Tahap Pemikiran, I-Think vii. Penilaian PBD viii. Refleksi 4. RPH mesti dihantar setiap hari Khamis persekolahan minggu berkenaan secara atas talian (e-RPH). 5. Semua guru mesti membawa fail RPH setiap kali masuk ke kelas. 6. Menghabiskan Sukatan ; i. Tingkatan 1,2, 3 dan 4 – Sukatan dihabiskan pada bulan November. ii. Tingkatan 5 – Sukatan dihabiskan pada bulan Oktober. * Tertakluk kepada perubahan. 7. Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centred / berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti PdPc dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf. 8. Kaedah pengajaran PAK 21 seboleh-bolehnya diamalkan pada waktu PdPc. JADUAL WAKTU 1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan. 2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum. 3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
107 WAKTU PERSEKOLAHAN a. Ahad 7.40 pagi - 2.50 petang b. Isnin / Selasa / Khamis 7.40 pagi - 2.10 petang b. Rabu 7.40 pagi - 4.30 petang (aktiviti koko) Rabu (minggu ke-3) setiap bulan Perhimpunan Kokurikulum Khamis - 1M1S 7.45 pagi - 9.15 pagi c. Kelas Bimbingan Peningkatan Prestasi Akademik : Ahad ( 3.30 petang - 4.30 petang) Isnin / Selasa / Rabu / Khamis ( 3.00 petang - 4.30 petang ) * Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa / jadual yang diedarkan kepada murid. MESYUARAT 1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian JPN Kedah. 2. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan. 3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan. 4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
108 UJIAN DAN PEPERIKSAAN 1. Ujian dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yang ditetapkan. 2. Soalan yang telah siap dibahagikan mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan 2 hari sebelum ujian / peperiksaan. 3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada guru pada hari peperiksaan. 4. Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa dan markah hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan. 5. Guru kelas hendaklah memproses dan menganalisis markah serta keputusan. SU peperiksaan dalaman hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkannya kepada Pengetua. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 1. Dasar peratusan markah untuk Tingkatan 1, 2, 3,4 & 5 mengikut SAPS. 2. Dialog Prestasi diadakan 2 kali setahun. 3. Format Peperiksaan Ujian topikal - mengikut kesesuaian subjek. Peperiksaan Penggal :- 1. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam 2. Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan sebenar. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
109 Jadual Pengawasan 1. Ujian diadakan serentak selama 2 minggu bagi tingkatan 4 & 5 manakala kelas tingkatan 1,2,3, selama seminggu. 2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi. 3. Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam. Rekod Markah 1. Markah peperiksaan dimasukkan dalam SAPS dan dicetak untuk ditandatangani oleh ibu bapa semasa Program Waris Syarat Lulus 1. Tingkatan 1 – 3, mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan. 2. Tingkatan 4 dan 5 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. (Wajib Lulus BM dan Sejarah) Jadual Spesifikasi Item 1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSI mengikut tahap kesukaran ( 5:3:2 ). 2. JSI yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya. 3. Bagi soalan objektif – analisis item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. 4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan dan Penolong Kanan sebelum dicetak. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
110 Post mortem Untuk Peperiksaan 1. Post Mortem hardcopy/softcopy disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan peperiksaan SPM, STPM dan peperiksaan dalaman dikeluarkan. 2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. 3. Setiap guru mata pelajaran ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya. 4. Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD sama ada di peringkat menengah rendah dan atas mengikut tempoh yang ditetapkan. 2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBD dibawa bersama-sama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan. TS25 Dan Sekolah Penarafan KBAT 1. PdPc dan kelas Abad 21 dilaksanakan secara sepenuhnya. 2. Penerapan KBAT dalam semua aspek . PEMANTAUAN 1. Berkaitan SPI bil.3/1987 2. Pengajaran dan Pembelajaran :- i. Pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah akan dicerap sekurangkurangnya 2 kali dalam setahun secara rasmi. ii. Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. iii. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. iv. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masingmasing. v. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
111 Pelaksanaan Pendidikan Sivik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Pendidikan sivik membawa maksud ilmu berkaitan tatarakyat dan bagaimana menggerakkan seseorang warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 2. Literasi Sivik adalah rangkuman kepada aspek pengetahuan kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegaraan yang dimasukkan dalam kurikulum dan perlu dikuasai murid. 3. Semua perkara ini dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. 4. Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan. 5. Amali Sivik pula memberi fokus kepada aspek praktikal amalan sivik melalui pengaplikasian pengetahuan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan program sekolah lain. 6. Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk melaksanakan pengajaran Sivik, namun dalam masa sama, KPM sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
112 Pengurusan Panitia 1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan panitia mata pelajaran berkenaan. 1. Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun 2. Semua fail pengurusan panitia akan disemak dan diletakkan di bilik Guru Kanan masing-masing. 3. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, PinTas dan Pelan OPPM. 4. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid. 5. Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. Peperiksaan dan Penilaian 1. Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian. 2. Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan. Bilik-bilik Khas 1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Manual Pengurusan Sekolah. 2. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti diwujudkan dan disemak oleh pentadbir. 3. Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa. 4. Semua kunci bilik khas wajib ada salinan kunci di pejabat. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
113 MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR. 1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan segera. 2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen. 3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan dan hendaklah disemak oleh guru. 4. Guru tidak dibenarkan mengumpul buku latihan untuk tujuan semakan pada waktu P&P . Minta pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan. BUKU LATIHAN MURID 1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 5 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan Pemantau yang ditetapkan. 3. Semua Penolong Kanan akan menyerahkan 5 buah buku kepada Pengetua untuk semakan. 4. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 5. Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru Kanan dan Panitia. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
114 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan. 2. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 3. 10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi kegunaan awal tahun. 4. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN 1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya. 2. Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu hendaklah meliputi semua pengajarannya dalam kelas. 3. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun. 4. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Program NILAM. 5. Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan. 6. Waktu ketiadaan guru-guru ganti guru PSS digalakkan membawa murid ke PSS untuk literasi maklumat oleh guru PSS. 7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru mata pelajaran bahasa. 8. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa. 9. Program NILAM sesudah perhimpunan dan Sudut Pidato dilaksanakan setiap hari. 10. Program bacaan NILAM akan dilakukan setiap hari Khamis pada waktu pertama. 11. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
115 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 1. Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan panitia. 2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. 3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 5. Pelibatan HEM dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program akademik PERKEMBANGAN STAF 1. Kursus Dalaman i. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. ii. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. iii. Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain. 2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi i. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam TNA (Teacher Need Analysis) ii. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. iii. Lawatan boleh diadakan oleh panitia. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
116 3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus i. Diperbanyak untuk keperluan guru lain ii. Disimpan untuk rujukan panitia KAJIAN TINDAKAN 1. Semua panitia mata pelajaran digalakkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc DAN PEPERIKSAAN 1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Roman, set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5. 2. Cetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat 3. 100 helai ke atas diriso - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya. 4. Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak. 5. Setiap panitia digalakkan menyumbang sedikit peruntukan untuk program peningkatan akademik. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN 1. STPM sekurang-kurangnya 2.00 dalam semua mata pelajaran. 2. SPM - Semua murid lulus subjek BM dan Sejarah. - Terdapat sekurang-kurangnya seorang pelajar mendapat “straight A+” dalam SPM. 3. Peperiksaan Dalaman - Semua murid lulus setiap subjek dan minimum TP 3 dalam PBD DASAR KURIKULUM SEKOLAH
117 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, mahupun antarabangsa. 2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan terhadap pendidikan negara . 2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
118
119
120
121
122
123
124
125
126
127
128
129
130
131
132
133
134
135
136
137
138
139
140
141