The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tips untuk dapatkan badan yang kurus.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SKMKJ, 2020-04-29 03:09:40

Now Everyone Can Kurus

Tips untuk dapatkan badan yang kurus.

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! i

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! ii

Buku Ini Adalah Sumbangan Empayar Maria Firdaus.
Ia Dihadiahkan Secara PERCUMA Kepada Anda Sebagai Khidmat Masyarakat
Daripada Kami Untuk Melihat Lebih Ramai Rakyat Malaysia Menikmati Hidup

Yang Lebih Sihat, Cergas Dan Bertenaga Bersama Keluarga Yang Tercinta.
Ia Adalah Sebuah Buku Motivasi Untuk Mengajak Anda Menurunkan Berat Badan

Dengan Cara Yang Betul, Mudah Dan Terbukti Berkesan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 1

SENARAI KANDUNGAN

CATATAN PENGARANG ................................................................................................................................. 3
BAB 1: MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI? ..................................................................................................... 6
BAB 2 : BAGAIMANA SAYA DIBESARKAN? .................................................................................................. 16
BAB 3 : MENGAPA BERAT BADAN SAYA NAIK?........................................................................................... 23
BAB 4 : ‘KURUS’ DI HARI PERKAHWINAN.................................................................................................... 30
BAB 5 : “BADANKU BAGAI DIPAM-PAM….” ................................................................................................ 32
BAB 6 : SURVEY DI FACEBOOK .................................................................................................................... 40
BAB 7 : NASIHAT DARI SEORANG ISTERI ..................................................................................................... 43
BAB 8 : PERCUBAAN UNTUK KURUS ........................................................................................................... 48
BAB 9 : ‘DAUS… TOK SAH LA DOK DIET!’..................................................................................................... 51
BAB 10 :‘KAWAN AKU PUN GEMUK JUGAK’ ............................................................................................... 54
BAB 11 : JOM KURUS KALI KEDUA .............................................................................................................. 57
BAB 12 : SAYA NAK BERUBAH, TAPI….. ....................................................................................................... 59
BAB 13 : DETIK PERUBAHAN DALAM HIDUP............................................................................................... 66
BAB 14 :RAHSIA KUASA MINDA JUTAWAN................................................................................................. 73
BAB 15 : FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS ............................................................................................ 85
BAB 16 : LANGKAHKU BERMULA DI SINI…… ............................................................................................... 92
BAB 17 : COACHING DARI ABANG KETAK…................................................................................................. 94
BAB 18 : PERCAYA SEBELUM BERJAYA........................................................................................................ 98
BAB 19 : AMALKAN DIET YANG SIHAT ...................................................................................................... 101
BAB 20 :“LARI-LARI, KITA LARI… LARI-LARI, JANGAN BERHENTI…” .......................................................... 107
BAB 21 :SUPLEMEN YANG SAYA GUNAKAN.............................................................................................. 113
BAB 22 : CABARAN DALAM PERJUANGAN................................................................................................ 115
BAB 23 : “ALHAMDULILLAH.. AKU KURUS!!!”........................................................................................... 122
BAB 24 :“AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG” ..................................................................... 126
BAB 25 : “APA KATA MEREKA DALAM GROUP NOW EVERYONE CAN KURUS”........................................ 128
BAB 26 : SAMPAI BILA NAK BERDIET?....................................................................................................... 131
BAB 27: 10 NASIHAT TERAKHIR BUAT ANDA ............................................................................................ 135
___________________________________________________________________________________

UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 2
BAB 28 : SERTAI “NOW EVERYONE CAN KURUS” ..................................................................................... 142
BAB 29 : TESTIMONI 1 - “NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)” ............................................................. 144
TESTIMONI 2 - “THE IDEAL WEIGHT CHALLENGE”.................................................................................... 147
TESTIMONI 3 - “THE IDEAL WEIGHT CHALLENGE”.................................................................................... 149
BAB 30 : PENUTUP .................................................................................................................................... 151

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 3

CATATAN PENGARANG

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatNya,
saya dapat menyiapkan Ebook “Now Everyone Can Kurus!!!”
Ebook ini saya dedikasikan khas buat isteri saya yang tersayang, Maria kerana
beliaulah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menurunkan berat badan.

Maria banyak memberi sokongan kepada saya untuk menurunkan berat badan.
Beliau jugalah yang banyak memberi motivasi untuk saya berkongsi segala
pengalaman dan kejayaan dengan orang lain melalui ebook ini agar saya dapat
memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain.
Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis
ebook ini. Sejujurnya, saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua
perkongsian ini.
Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada
saya dalam ilmu bagaimana untuk menurunkan berat badan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 4

Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat
membantu dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia di luar sana yang
mempunyai masalah berat badan.
Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya
sepenuhnya. Kisah bagaimana saya dibesarkan, mengapa berat badan saya mula
bertambah dan apakah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk
berubah.
Kemuncak kepada cerita ini, saya nukilkan pencapaian ‘terbaik’ saya yang pernah
mencecah berat 80kg dan kemudiannya berjaya menurunkan kepada berat badan
ideal iaitu 68.5kg dalam tempoh 100 hari.

Berjaya Menurunkan Berat Badan Kepada 68.5kg
Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya akan kongsikan bagaimana saya
menurunkan berat badan menggunakan teknik yang betul.
Saya merasakan, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda
semua dapat mengetahui bahawa kalau kita nak menurunkan berat badan, kita
perlu melalui satu ‘Proses’.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 5

‘Proses’ untuk mengubah hidup kita dari hidup yang biasa-biasa kepada hidup
yang luar biasa. ‘Proses’ ini akan mengajar kita cara berfikir, cara mendisplinkan
diri dan cara bagaimana untuk memastikan proses untuk menurunkan berat
badan kita boleh berjaya.

Kita mungkin boleh guna banyak produk di luar sana yang konon-kononnya
menjanjikan kita ‘kurus’ dalam tempoh yang singkat. Walaupun boleh kurus
sekelip mata, tetapi cepat pulak naik berat badan nanti bila berhenti, muka dan
tubuh nampak tak bermaya sahaja, tenaga pun kurang.

Memang tidak mudah turunkan berat badan dan pada masa sama kekal sihat. Ia
perlu dibayar dengan harga yang ‘mahal’. Ia perlukan komitmen, kemahuan dan
disiplin diri yang luar biasa.

Untuk turunkan berat badan dan kekal sihat, kita perlu melalui satu proses
transformasi. Kita perlu mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

Dan inilah yang akan saya kongsikan dengan anda dalam ebook ini. Saya mahu
kita semua mendapat berat badan ideal dan pada masa yang sama kita rasa lebih
sihat, cergas dan bertenaga.

Akhir sekali, saya berharap agar anda semua yang membaca ebook saya ini dapat
belajar sesuatu daripada kisah saya.

Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya
doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Parit Buntar, Perak
“Jom Kurus Dari Rumah”
“Alang Alang Diet, Biar Sampai Kurus.”
“Alang Alang Kurus, Biar Kurus Dan Sihat”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 6

BAB 1: MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Saya bersyukur kepada Allah kerana hari ini Allah telah memberi peluang kepada
saya untuk hidup dengan lebih sihat, kurus, cergas dan bertenaga.
Jujur saya katakan, kurus dan sihat adalah satu nikmat yang sangat besar. Ia
impian bagi semua orang. Semua orang nak kelihatan kurus, cantik, ‘macho’ dan
yang paling penting adalah SIHAT.
Saya Sudah Berjaya
Alhamdulillah, hari ini saya sudah pun berjaya menurunkan berat badan.
Namun, di lubuk hati saya, saya terasa ‘berdosa’.
Ini kerana guru saya ada memberitahu, ‘berdosa’ jika saya mempunyai sesuatu
atau tahu sesuatu perkara yang baik, tapi saya simpan seorang diri.
Saya rasa bersalah. Saya tidak pernah berkongsi segala pengalaman yang saya
miliki ini dengan orang lain. Saya kurus, tapi saya kurus sorang-sorang.
Mengapa saya hanya berjaya seorang diri?
Apa salahnya kalau saya sudah berjaya, lepas itu saya bantu 1000 lagi orang untuk
berjaya seperti saya?
Banyak pahalanya tu! Ya, saya mesti bantu orang lain.
Saya mesti kongsikan ilmu dan pengalaman saya ini dengan orang lain.
Sebab itulah saya sanggup meluangkan banyak masa saya untuk menulis
perkongsian ini.
Semoga, perkongsian ini dapat menjadi pencen kubur buat saya nanti.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 7

Masalah Saya Dahulu

Pencapaian ‘Terbaik’ Saya Sebelum Ini
Setelah sekian lama berat badan saya mencecah 80kg pada ketinggian 169 cm
dengan BMI 28.0, akhirnya Allah memberi hidayah kepada saya untuk mula
menjaga kesihatan tubuh badan saya.
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya nak kurus dan sihat. Bukan sekadar
kurus tapi tak sihat.
Saya bersyukur kepada Allah, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak
11.5kg dalam tempoh 100 hari.
Kejayaan ini terlalu banyak memberi perubahan dalam hidup saya. Paling ‘best’
kini saya semakin mudah untuk membeli pakaian.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 8

Kini dah boleh pakai baju Slim Fit
Jika dulu, saya terpaksa beli yang bersaiz XL, tetapi sekarang saya boleh membeli
baju yang bersaiz M. Dan yang lebih seronok, saya kini dah boleh memakai baju
slim fit. Sesuatu yang saya tak mampu nak buat dulu.
Kalau saya pakai baju slim fit dahulu, ia kelihatan seperti buah nangka yang
disarung, buruk sangat.
Usah dibayang perut saya, saya tidak mempunyai ‘Six Pack’, tapi saya mempunyai
‘One Pack’ yang ‘comel’.
Ia seperti satu ‘Air Bag Original’ yang sangat ‘power’.
Pernah seorang sahabat berkata kepada saya, ‘Bagus ada perut macam ni, kalau
kereta accident masih selamat. Sebab ada ‘air bag’. Organ dalaman akan
selamat.’
Perghh…. Sentap sungguh saya rasa.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 9

Sebelum ini, saya pernah cuba untuk menurunkan berat badan. Tetapi disebabkan
tidak ada ilmu yang betul, turunnya sedikit tetapi selepas itu berat badan naik
dengan lebih banyak.
Alhamdulillah, sejak saya berjaya menurunkan berat badan. Saya rasa stamina
saya semakin meningkat. Jika dulu bila berjogging sedikit saya dah rasa semput.
Tapi sekarang saya mampu berjogging lebih jauh dan masih kekal cergas dan
bertenaga.
Selain itu, untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan seorang penceramah
motivasi pelajar cemerlang. Boleh tak anda bayangkan, saya memberi motivasi
kepada orang lain. Tetapi saya ‘gagal’ untuk memberi motivasi kepada diri saya
sendiri untuk kurus.

Nampak ‘Rendang’ Bila Berada Di Hadapan. Terpaksa Pakai Baju Berjalur Untuk
Nampak Kurus.

Dulu, bila bercakap dihadapan khalayak, keyakinan saya sangat rendah.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 10

Tetapi, apabila saya menurunkan berat badan, keyakinan saya semakin tinggi.
Saya boleh memakai baju yang lebih kemas dan saya semakin berkeyakinan
semasa berucap.
Perut saya kini tidak menonjol kehadapan lagi, tidak PJK lagi. (PJK - Perut Jauh
Kedepan).
Mengapa Saya Tulis Ebook Ini
Jika anda bertanya kepada saya mengapa saya tulis ebook ini?
Sejujur dan seikhlas hati ingin saya nyatakan saya tulis ebook ini semata-mata
kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah.
Saya ada sedikit ilmu yang Allah kurniakan, saya tidak mahu ilmu ini dipersiakan.
Saya mahu anda juga boleh menurunkan berat badan dengan cara yang mudah
dan hidup dengan lebih sihat.
Mungkin ada di antara anda yang berkata, “Alah, dia ni tak gemuk sangat pun….
Senang lah nak turun berat.”
Sebenarnya, saya telah pun mencapai tahap obes tetapi belum di tahap yang
serius. Ini kerana Allah telah memberi hidayah kepada saya lebih awal. Syukur
Alhamdulillah.
Masalah Besar Rakyat Malaysia
Tahukah anda, selama ini kita rakyat Malaysia dibesarkan dengan cara
pemakanan yang salah terutamanya orang Melayu.
Kita dibiasakan untuk makan makanan yang kurang berkhasiat dan tidak sihat.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 11

Makanan Yang Tidak Sihat Tetapi Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia
Betul tak, kita semua dibesarkan dengan makan nasi lemak, roti canai, murtabak,
makanan bergoreng, makanan segera seperti KFC, Pizza Hut serta Mc Donald
(Jangan makan yer, kita boikot Mc D).
Ini belum dicampur dengan makanan bergula, berminyak, bersantan, bergaram
seperti kari, masak lemak, dodol, pulut, kuih muih yang manis, cucur kodok,
goreng pisang, cendol, ais kacang dan lain-lain lagi.
Jika minuman pula, kita selalu dihidangkan dengan teh, nescafe, kopi yang
biasanya dicampur dengan susu pekat manis yang sangat tinggi kandungan
gulanya.
Ini belum dicampur dengan minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi dan
minuman dalam tin serta kotak. Semua ini turut mempunyai kandungan gula yang
tersangat tinggi dan tidak baik untuk tubuh badan kita.
Bagi saya, tak salah kita nak makan semua makanan di atas, tetapi kita perlu tahu
bila kita boleh makan, berapa kuantiti nak makan dan apa yang perlu dilakukan
selepas kita makan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 12

Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia dibesarkan dengan cara hidup yang kurang
sihat. Kita tidak dididik untuk rajin bersenam.
Betul atau tidak, kita tidak suka menggunakan tangga? Kita lebih memilih untuk
menaiki lif di pasaraya atau di pejabat.
Kita lebih selesa untuk menaiki motosikal untuk ke kedai atau surau yang jaraknya
tersangat dekat dengan rumah kita.
Kita tidak memberi masa kepada diri kita untuk bersenam sekurang kurangnya 3
kali seminggu.
Kita juga tidak pernah ambil sebarang suplemen untuk meningkatkan kesihatan
diri kita.
Bagi kita, semua ini tidak penting. Kita tidak pernah ambil berat kesihatan kita.
Sebab apa? Sebabnya kita rasa kita masih sihat dan belum sakit. Kita rasa ok je!
Kesan Dan Akibat Cara Hidup Kita Selama Ini
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak terkawal, jarang bersenam dan
tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, maka lahirlah satu golongan di negara
ini yang mempunyai masalah obesiti.

60% rakyat Malaysia GEMUK. Malaysia Negara Orang Gemuk??!! Oh Tidak!!
Sebab Itulah Saya Tulis Ebook Ini

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 13

Saya tahu, ramai orang di sekeliling saya yang mempunyai masalah berat badan
berlebihan, berbadan besar, atau setidak-tidaknya perut mereka buncit.

Sebelum ini, saya tidak dapat membantu mereka kerana saya pun salah seorang
daripada mereka.

Tetapi sekarang, dengan kejayaan saya menurunkan berat badan, saya rasa
mungkin saya dapat membantu ramai di kalangan pembaca ebook ini untuk kita
sama-sama menurunkan berat badan.

Saya nak anda yang berbadan besar, jika belum berkahwin anda dapat
menurunkan berat badan dan mendapat pasangan yang anda impikan.

Mungkin, anda belum ada jodoh disebabkan saiz badan anda. Maafkan saya jika
ada yang tersinggung.

Dan ramai yang menganggap, jika dia berbadan besar dia akan mendapat
pasangan yang berbadan besar juga.

Jom kita ubah persepsi ini, kalau anda berbadan besar, jom turunkan berat badan,
Insya Allah lebih mudah untuk anda mendapat pasangan seperti yang anda
impikan.

Saya tulis ebook ini sebab saya nak, jika anda sudah berkahwin dan berbadan
besar, anda dapat menurunkan berat badan untuk pasangan anda.

Berapa ramai isteri yang menjadi janda setelah suami mereka meninggal dunia
akibat pelbagai penyakit berkaitan obesiti di usia muda, seperti penyakit 3
serangkai iaitu darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Jujur saya katakan, jika diberi pilihan, saya yakin pastinya majoriti suami suka
melihat isterinya cantik dan ‘selim melim’ di hadapannya. Bukan cantik di
hadapan orang lain yer. Kita tidak boleh menafikan hakikat ini. Ia adalah fitrah
semulajadi seorang lelaki.

Seorang isteri pula, jika di beri pilihan, saya juga yakin ramai yang suka melihat
suaminya fit, handsome, macho di matanya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 14

Ini juga fitrah, anda mungkin boleh menafikan kerana anda takut suami anda
mencari orang lain.

Tetapi, alangkah bahagianya, jika suami dan isteri yang berbadan besar, kedua-
duanya berusaha bersama-sama untuk mendapatkan berat badan ideal.
Bukankah ini lebih baik?

Hidup kita lebih cergas, lebih sihat, lebih ceria dan bertenaga. Barulah rumah
tangga kekal bahagia.

Percayalah, kita berhak untuk hidup dengan lebih bahagia.

Percubaan Demi Percubaan Tetapi Gagal

Saya tahu ramai orang di luar sana tidak cukup motivasi untuk menurunkan berat
badan dengan sendiri. Mereka dah cuba berkali kali, tapi berat tak turun-turun
juga.

Apa yang berlaku, berat badan turun 5kg, kemudian naik balik sehingga 10kg.

Saya tahu, semua ini berlaku kerana kita tidak mempunyai MENTOR, tidak
mempunyai ILMU dan tidak mempunyai KEINGINAN yang tinggi untuk
menurunkan berat badan.

Alhamdulillah, selepas berjaya menurunkan berat badan, saya rasa sebenarnya
nak kurus itu mudah, tersangat mudah kalau kita tahu caranya.

Sebab itulah, saya rasa saya perlu kongsikan ilmu ini dengan para pembaca.

Saya berikan ebook ini PERCUMA sebab saya mahu mendidik rakyat Malaysia agar
kita semua sama-sama dapat mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

Pengorbanan Yang Telah Saya Lakukan

Sekadar berkongsi dengan anda, sebelum saya menulis ebook ini, saya telah
membelanjakan ratusan ringgit untuk mencari ilmu bagaimana saya boleh
menurunkan berat badan dengan mudah.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 15

Saya yakin, jika saya menurunkan berat badan dengan ilmu. Insya Allah ia akan
lebih mudah dicapai.

Selain itu, saya juga melaburkan banyak masa untuk membaca dan mengkaji
pelbagai ebook dan menonton video-video di Youtube mengenai tips
menurunkan berat badan.

Tujuannya mudah, jika saya berjaya menurunkan berat badan, selepas ini saya
dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menurunkan berat badan.

Hari ini saya sudah pun berjaya mencapai berat badan yang saya mahukan,
sekarang saya mahu anda pula yang berjaya. Saya mahu anda kurus, anda sihat
dan bahagia bersama insan tersayang.

Saya mahu anda tahu, untuk menurunkan berat badan, anda hanya perlu
melakukan perkara yang sama yang telah dilakukan oleh orang lain yang telah
terbukti berjaya.

Insya Allah, jika anda menggunakan teknik yang sama seperti yang saya gunakan
dahulu. Anda akan berjaya sama seperti saya. Mungkin, anda boleh mencapai
lebih baik lagi.

Hayatilah perjalanan hidup saya, dari seorang yang tidak mengambil berat akan
kesihatan dan berat badan, akhirnya saya menjadi seorang yang ‘health concern’.

Harapan saya, agar anda yang membaca buku ini akan terinspirasi dengan kisah
kejayaan yang telah saya capai. Saya mahu anda tahu, untuk menurunkan berat
badan, saya bekerja keras selama 100 hari. Kejayaan memerlukan pengorbanan.

Saya doakan, anda yang membaca buku ini akan dapat mengamalkan segala ilmu
dan rahsia yang saya kongsikan. Semoga satu hari nanti, anda akan berjaya
mencapai berat yang anda impikan.

Saya harap sangat, selepas ini anda dapat hidup dengan lebih sihat dan bahagia
bersama insan yang tersayang. Selamat Membaca!

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 16

BAB 2 : BAGAIMANA SAYA DIBESARKAN?

Saya dibesarkan dalam keadaan suasana kampung. Arwah abah saya merupakan
seorang kerani sekolah dahulu dan emak saya pula merupakan seorang pembantu
jururawat.

Arwah abah dan emak serta adik beradik saya yang lain.
Saya mempunyai 5 orang adik beradik.
Saya sangat bangga dengan ibu bapa saya, kerana mereka telah membesarkan
kami dengan baik sekali.
Sejujurnya, kami dari keluarga yang sederhana. Berapalah sangat gaji seorang
kerani sekolah dan juga pembantu jururawat.
Tetapi, mereka memang tak ‘berkira’ bab makan dengan kami. Emak suka beli
makanan untuk kami dari pasar malam. Arwah abah pun sama.
Boleh dikatakan, setiap minggu 1-2 kali kami makan makanan dari pasar malam.
Boleh dikatakan sate, pulut, ayam goreng, murtabak, burger akan dibeli silih
berganti buat kami.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 17

Sejak dari kecil, kami sudah dibiasakan dengan makanan sebegini. Saya tidak
pernah melihat semua makanan ini sesuatu yang tidak sihat.
Bagi saya, ia makanan yang sedap dan menyelerakan.
Mak Suka Memasak …. Sedap Pulak Tu
Hobi emak saya adalah memasak. Setiap kali masak, mak akan masak lebih.
Katanya, “Senang masak banyak-banyak, nanti boleh makan sekali lagi”
Di rumah kami sudah di ‘train’ untuk kerap makan. Sarapan pagi, kemudian
makan lagi jam 10 pagi. Makan tengah hari, minum petang, dan makan malam
selepas jam 8.00 malam.
Apa yang lebih best, setiap kali makan, kami pasti akan makan makanan yang
‘berat’.
Kami selalu bersarapan dengan nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, telur
goreng, cucur kodok, pisang goreng, pulut, kuih kuih manis dan lain lain lagi.
Pendek kata, saya tidak pernah merasakan apa yang saya makan itu tidak sihat.
Bagi saya, semuanya ‘ok’. Saya sudah dibiasakan dengan suasana begitu.
Kalau dibuka pintu peti ais pula, makanan sentiasa penuh. Ais krim dan coklat
selalu memenuhi ruangan peti ais bahagian atas.
Saya tidak pernah merasakan yang ais krim dan coklat itu makanan yang tidak
sihat. Bagi saya, ia biasa.
Pendek kata, saya tidak pernah berlapar ketika di rumah.
Mereka membesarkan kami sepertimana kebanyakan ibu bapa di Malaysia
membesarkan anak-anak mereka.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 18

Mula Ke Sekolah Berasrama
Emak dan arwah abah sentiasa menggalakkan kami semua adik-beradik untuk
belajar di asrama ketika di Tingkatan 1. Katanya untuk mengajar kami hidup
berdikari. Kami semua 5 beradik tinggal di asrama bermula di Tingkatan 1.
Semasa di Tingkatan 1, saya belajar di SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang sehingga
ke Tingkatan 3. Kemudian, saya belajar di MRSM Taiping sebelum ke Kolej Mara
Banting dan kemudiannya ke University of Sheffield, United Kingdom.

Ketika di MRSM Taiping.

Ketika di United Kingdom. Berat saya hanya 63kg pada waktu itu. Slim dan macho.
Sebab tu la Maria minat dekat saya. (Ala korang ni, nak gurau pun tak boleh)

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 19

Memandangkan sejak dari Tingkatan 1 saya sekolah berasrama dan tinggal
berjauhan dengan keluarga, saya memang slim sehingga saya menamatkan
pelajaran di United Kingdom.
Selepas Pulang Ke Malaysia
Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2003, saya bekerja sebagai Engineer di
Kulim, Kedah.
Memandangkan saya masih lagi bujang pada waktu itu, setiap hari saya akan
makan di luar. Takkan orang bujang nak masak di rumah. ‘Memang tak lah kan….’
Sarapan pagi sudah dibiasakan dengan yang berat berat. Nasi goreng, bihun
goreng, mee goreng, roti canai telur dan yang seangkatan dengannya.
Minuman kegemaran pula tentulah teh tarik. Saya memang hantu teh tarik pada
waktu itu. Takkan nak minta air suam pulak. Takut nanti orang kata saya kedekut.
Lagi sedap kalau diletakkan susu pekat manis lebih. Nikmatnya terasa sampai ke
halkum.

Makanan ‘Sihat’… Kegemaran Rakyat Malaysia

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 20

Waktu tengah hari juga saya makan di luar. Makanan bergoreng, berkuah dan
bersantan sudah menjadi kebiasaan. Sayur? Hmm… Saya tak suka makan sayur.
Biasalah tu. Tak pernah terlintas di fikiran saya ‘makanan seimbang’.
Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya pada waktu itu.
Jadi, saya mula mengumpul lemak-lemak di badan selepas saya bekerja.
Manakan tidak, sebelum saya pulang dari United Kingdom, berat saya 63kg.
Tetapi selepas pulang ke Malaysia berat badan saya melonjak kepada 68kg dalam
tempoh beberapa bulan sahaja.

Perhatikan perubahan fizikal saya selepas pulang ke Malaysia. Makin membesar.
Ada saya kisah pada waktu itu?
Tak… Saya rasa saya masih ok. Saya sihat je.
Perasaan ok itulah sebenarnya yang menyebabkan badan saya semakin menaik
secara perlahan-lahan tanpa saya sedar.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 21

Berhenti Kerja Dan Mula Menjalankan Perniagaan
Pada tahun 2005, saya berhenti kerja. Saya mula menjalankan perniagaan saya
sendiri sebagai Penternak Ayam Daging dan saya tinggal bersama dengan
keluarga saya di Parit Buntar.
Saya bukan saja menternak ayam daging, tapi proses ‘menternak’ lemak dalam
badan pun bermula pada waktu itu. Saya mula menjadi seorang penternak lemak
yang ‘berjaya’.

Berat badan semakin meningkat kepada 70kg. Saya masih rasa, ‘Saya ok. Alah..
Baru 70kg.’

Disebabkan saya tinggal di rumah bersama ibu bapa saya, makanan di rumah
semuanya diuruskan oleh emak saya. Kerja saya makan saja.
Apa lagi, saya membesar bagai seorang kanak-kanak yang riang.
Di rumah, makanan memang tersedia setiap waktu. Kalau mak buat sarapan,
mesti dia buat lebih untuk kami makan kali kedua pada jam 10.00 pagi.
Waktu petang wajib ada kuih di rumah kami. Sama ada mereka akan beli di pasar
malam atau pun mak akan buat sendiri. Biasanya kami makan kuih-muih manis
atau pun bergoreng seperti pisang goreng dan cucur udang.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 22

Makan malam kami sekeluarga pula, biasanya selepas solat Maghrib.
Bagi saya, saya tidak melakukan sebarang ‘kesalahan’. Apa yang saya lalui adalah
apa yang majoriti rakyat Malaysia lakukan.
Jujur saya katakan, apa yang saya ‘belajar’ sepanjang kehidupan saya, itulah yang
mencorak pemakanan saya selepas itu.
Saya tak pernah rasa bersalah dengan apa yang saya makan walau pun ianya tidak
seimbang dan tidak menyihatkan.
Begitulah kehidupan saya, dibesarkan seperti mana kebanyakan rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan sesiapa termasuk ibu bapa saya. Saya
sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana saya tidak pernah ‘ambil berat’
kesihatan saya.
Usah cakap bab senaman, lagilah saya memang tidak bersenam.
Suplemen? Memang saya tak pernah ambil. Nak makan buat apa? Sayakan sihat.
Ia melengkapkan pakej ‘gaya hidup tak sihat’ yang saya amalkan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 23

BAB 3 : MENGAPA BERAT BADAN SAYA
NAIK?

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, berat badan saya sebelum pulang dari
United Kingdom adalah 63kg.

Selepas pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai Engineer, berat badan saya
meningkat kepada 68kg.

Selepas saya berhenti kerja dan menjalankan perniagaan saya sendiri, dalam masa
beberapa bulan sahaja berat badan saya meningkat kepada 70kg.

Persoalannya, mengapa berat badan saya boleh naik dari 63kg kepada 70kg?

Perkara inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.

Faktor Pertama : Zon Selesa

Jika anda bertanya kepada saya, adakah saya perasan kenaikan berat badan saya
ini?

Jawapannya, saya tidak berapa perasan.

Saya tahu berat badan saya meningkat. Tetapi ia berlaku dalam keadaan saya
tidak sedar.

Saya tahu, saiz seluar saya semakin meningkat. Dari saiz 31, ia naik kepada 32 dan
kemudiannya ke 33.

Begitu juga dengan baju yang saya beli, dari saiz M kepada L, saya mula
membiasakan diri membeli baju saiz XL.

Jujur saya katakan, saya langsung tidak kisah apabila membeli saiz baju atau
seluar yang lebih besar daripada biasa. ‘Otak’ saya dapat menerima bahawa
peningkatan berat badan adalah ‘selari’ dengan peningkatan usia saya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 24

Saya masih merasakan yang saya ok, selesa dan sihat seperti biasa. Jadi, kenapa
saya perlu nak risau mengenai kesihatan saya. Naik berat sikit-sikit tu biasalah.
Orang cakap, ‘Enjoy your life while you can’.
Faktor Kedua : Gaya Hidup Tidak Sihat
Selain dari berasa selesa, punca utama kenaikan berat badan saya selepas pulang
ke Malaysia adalah kerana saya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Berbeza dengan kehidupan saya di UK dahulu, saya aktif bermain bola sepak. Saya
rajin bersukan.

Hampir setiap petang saya bermain bola sepak di UK.
Lagi pun di sana saya tiada kenderaan. Ke mana-mana sahaja saya terpaksa
berjalan kaki atau menaiki bas.
Kawasan universiti saya tersangat besar. Setiap hari saya berjalan jauh di antara
satu kelas ke kelas yang lain. Ditambah pula dengan kawasan di situ yang
berbukit, ia satu ‘senaman’ wajib buat saya setiap hari.
Di UK pula pilihan makanan sangat terhad. Saya tidak boleh makan sesuka hati
kerana makanan yang sedap-sedap di sana biasanya tidak halal. Jadi saya lebih
banyak memasak sendiri dan makan di rumah.
Sebab itulah di United Kingdom saya slim dan fit.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 25

Tapi selepas pulang ke Malaysia, gaya hidup saya sudah berubah.

Sejak saya bekerja sebagai Engineer, saya tersangat sibuk. Memanglah kalau nak
diikutkan waktu bekerja di kilang tempat saya bekerja adalah dari 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang.

Tapi, orang kerja kilang mana balik kerja jam 5.00 petang. Biasanya, saya hanya
akan pulang pada jam 6.00 – 7.00 petang. Kalau ada isu, saya terpaksa pulang
pada jam 8.00 – 9.00 malam.

Pendek cerita, saya memang dah tak bersenam langsung bila mula bekerja.
Ditambah pula saya sudah berkereta, takkan nak berjalan kaki pula.

Faktor Ketiga : Pemakanan

Berat badan saya juga bertambah disebabkan cara pemakanan saya. Saya tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Jujur saya katakan, SAYA TAK PERNAH AMBIL BERAT HAL PEMAKANAN SAYA.

Saya akan makan apa sahaja yang saya nak makan.

Saya tak pernah merasakan apa yang saya makan tidak baik untuk kesihatan saya.
TAK PERNAH !!!!

Falsafah saya mudah, saya masih muda. Saya masih sihat. ‘Sementara masih
muda, masih sihat… Makanlah apa yang saya nak makan.’

Jujur saya katakan, saya tak pernah ambil tahu berapa kalori setiap makanan yang
saya ambil. Saya tak pernah ambil tahu berapa sudu gula dalam setiap minuman
yang saya minum.

Semuanya, saya ‘sebat’. ‘Ada aku kisah?’.

Jangan sebut perkataan KALORI kepada saya. Saya tidak tahu.

Sedangkan, perkataan KALORI itu tersangat penting untuk saya ambil tahu kalau
saya nak jaga berat badan saya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 26

Saya ulang, TERSANGAT PENTING !!!
Disebabkan saya tak pernah ambil kisah semua inilah, berat badan saya semakin
meningkat setiap hari tanpa saya sedar.
Sekarang saya nak berkongsi dengan anda senarai makanan yang saya selalu
makan dahulu dan kandungan kalorinya.
Saya yakin, ramai rakyat Malaysia juga tidak tahu hal ini. Kalau tahu pun, buat-
buat tak tahu saja.

Makanan kegemaran saya dan juga rakyat Malaysia serta kandungan kalorinya.
Izinkan saya berkongsi dengan anda, berapa kalori yang akan hilang dari badan
saya jika saya melakukan aktiviti berikut selama satu jam.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 27

Ini bermaksud, jika saya makan nasi biryani seberat 245g yang mengandungi
488kCal, saya perlu berjogging selama 1 jam untuk membakar kalori yang saya

ambil itu.

Persoalannya, adakah saya membakar semua kalori yang saya ambil setiap hari?

Jawapannya, “Memang taklah kan….”

Secara teori, setiap hari badan saya mengambil lebih kalori dari apa yang
dikeluarkan.

Suka atau tidak, tanpa saya sedar setiap hari saya sedang menaikkan berat badan
saya sedikit demi sedikit tanpa saya sedar.

Inilah salah satu punca mengapa berat badan saya boleh naik tanpa saya sedar.
Saya tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Faktor Keempat : Dikelilingi Oleh Rakan Yang Tidak Kisah Soal Kesihatan

Saya pernah mendengar satu ceramah motivasi yang mengatakan, “Anda adalah
siapa kawan anda”

Bagi saya, kenyataan ini tersangat benar.

Semasa saya bekerja sebagai Engineer dan semasa bekerja sendiri, saya dikelilingi
oleh rakan-rakan yang tidak mengambil berat soal kesihatan mereka.

Maksud saya, semua rakan-rakan saya tidak kisah untuk makan apa sahaja. Yang
penting sedap. Saya juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang sibuk bekerja.

Fokus mereka lebih kepada kerja dan mereka juga tiada masa untuk bersukan.

Bagi saya, ini bukan salah mereka. Ini semua salah saya. Saya yang terikut-ikut
dengan cara hidup mereka sehingga saya merasakan apa yang ramai orang buat
itu adalah biasa dan betul.

Dalam erti kata yang lain, saya hidup di dunia yang kalau makan ayam goreng,
burger, murtabak, nasi goreng, makanan yang penuh dengan perasa dan perisa
tambahan itu adalah normal.

Saya hidup di dunia yang penuh dengan kesibukan bekerja. Kalau tidak bersukan
itu juga normal.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 28

Seperti yang saya katakan, rakan-rakan saya banyak mempengaruhi gaya hidup
kita. Apa yang mereka makan, itulah juga yang saya makan, apa yang mereka
minum itulah yang saya minum.
Semasa saya buat bisnes, saya ada berkawan baik dengan seorang kawan
berbangsa Cina. Setiap hari saya berjumpa dengan beliau. Dan setiap hari beliau
akan belanja saya minum teh ais satu atau dua kali.
Jika kami ke kedai mamak, pasti kami makan roti canai dan juga teh ais. Jika tidak,
kami akan ambil air bergas.

Makanan dan minuman favourate saya di kedai mamak
Jika kami menaiki kereta, pasti akan ada satu teh ais bungkus untuk kami seorang
satu. Sebenarnya, budaya minum teh ais ini bukanlah menjadi kebiasaan saya.
Tetapi, selepas lama berkawan dengan sahabat saya ini, akhirnya saya KETAGIH
minum teh ais.
Minum teh ais merupakan satu nikmat dan kemestian buat saya setiap hari.
Adakah ini salah sahabat saya itu? Tidak, ini salah saya.
Ia adalah pilihan saya.
Saya pilih kerana saya tidak pernah tahu terdapat 9 sudu gula di dalam teh ais itu.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 29

Kandungan gula dalam minuman kotak dan tin.
Seingat saya, daripada semua sahabat yang rapat dengan saya, hanya ada seorang
dua yang ambil berat tentang apa yang mereka makan.
Yang lain semuanya merasakan apa yang dimakan itu semuanya ‘sihat’.
Bagi saya, faktor persekitaran turut menyumbang kepada gaya hidup saya yang
secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan berat badan saya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 30

BAB 4 : ‘KURUS’ DI HARI PERKAHWINAN

7 Januari 2007 merupakan hari bersejarah buat saya dan isteri. Ini kerana pada
tarikh itulah cinta kami telah disatukan.
Seperti ramai orang lain, bila nak kahwin semua orang nak kurus untuk kelihatan
cantik di hari perkahwinan.
Saya juga tidak terkecuali. Beberapa bulan sebelum hari perkahwinan, saya mula
berdiet. Diet tanpa ada mentor dan main hentam sajalah.
Tapi Alhamdulillah, dapatlah turun sikit berat badan saya pada hari itu.

Di hari pernikahan, berjaya untuk kelihatan slim.
Seperti yang saya katakan, di Malaysia kita di’pukau’ oleh mereka yang berada
disekeliling kita, otak kita sudah di’mandrem’kan.
‘Kalau nak kahwin mesti kena cantik.’
‘Kalau nak kahwin mesti kena kurus sikit.’
Itu yang di’momok’kan dalam otak kita.
Disebabkan matlamat kita untuk kurus hanya pada hari perkahwinan, kita dah set
di otak kita, kita hanya perlu kurus pada hari perkahwinan sahaja.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 31

Suka saya ingatkan, ‘Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita ingat,
apa yang kita cakap, itulah yang kita akan dapat.’
Bila kita fikir kita hanya perlu kurus pada hari perkahwinan, maka itulah yang kita
dapat. Kita tak pernah set di otak kita yang kita perlu kurus dan sihat sepanjang
hayat.
Sebab itulah ramai rakyat Malaysia yang berat badan mereka meningkat selepas
berkahwin. Betul tak?
Kesilapan saya dan ramai orang lain, saya tak pernah ada impian untuk kurus dan
sihat sepanjang hayat. In fact, saya tak pernah fikir pun.
Saya terlalu sibuk memikirkan soal mencari wang, wang dan wang tanpa
memikirkan soal kesihatan. Wang menjadi agenda hidup saya.
Saya tak sedar, sebanyak mana wang yang saya ada pun. Ia akan habis jika Allah
uji saya dengan masalah kesihatan. Semua wang itu disalurkan untuk
menyelesaikan masalah kesihatan saya.
Anda nak tahu apa jadi kepada saya selepas berkahwin? Jom kita ikuti kisah
seterusnya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 32

BAB 5 : “BADANKU BAGAI DIPAM-PAM….”

Orang kata, lelaki dan wanita kalau selepas berkahwin biasanya naik berat badan.
Betul ker?

Macam biasa terjadi je scenario ni kan. Hehe..
Anda nak tengok apa jadi kepada badan saya pula selepas berkahwin. Jom kita
layan gambar gambar ni.

Masih slim sebab baru lepas kahwin. Ini gambar masa saya honeymoon di Sabah.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 33

Hanya setahun selepas berkahwin. Dah nampak macam orang tua. Bahu dah
jatuh. Badan makin berisi.

Selepas dapat anak pertama. Tapi dah PJK (Perut Jauh Kedepan)

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 34

Kekal Tembam. Perhatikan ‘Air Bag’ saya.
Seperti ramai orang lain, selepas berkahwin, saya telah menaikkan berat badan
dengan jayanya.
Muka dah tembam. Ada satu ‘Air Bag’ yang sangat bagus dibahagian perut. Tak
sempat buat ‘Six Pack’, hanya sempat buat ‘One Pack’ sahaja.
‘Yes… that was me….’
Adakah saya berjaya? Ya, saya berjaya menjadi seperti kebanyakkan rakyat
Malaysia yang lain. ‘Well done Firdaus……’

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 35

Sudah tak nampak leher.

Dilengkapi dengan sistem keselamatan ‘Air Bag’ dibahagian perut. Ia pakej
lengkap untuk menampakkan saya lebih tua dan berusia dari umur saya yang
sebenar.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 36

Mengapa Berat Badan Saya Cepat Naik Selepas Berkahwin?

Saya termasuk dalam golongan seperti majoriti rakyat Malaysia. Berat badan naik
dan bentuk badan berubah menjadi gemuk selepas berkahwin.

Tak kisahlah anda lelaki ker perempuan, kalau anda pun begitu, kita geng…..

‘Kita serupa…. Kita serupa…

Bagi saya, faktor berat badan saya naik dengan cepat selepas berkahwin adalah
kerana gaya hidup saya yang tidak sihat. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini,
saya langsung tidak menjaga pemakanan saya dan langsung tidak bersenam.

Saya belasah makan apa yang saya nak makan dan ‘sorry beb’, saya tak ada masa
nak bersenam.

Dah kahwin la katakan, baik saya bersenam dengan isteri saja.

Macam mana tak buncit, disebabkan kami tinggal bersama mak saya, kini makan
minum saya dijaga oleh dua orang. Emak saya dan juga Maria. Dilayan seperti
raja, makanan memang sentiasa tersedia buat saya.

Belum sempat saya rasa lapar, makan seterusnya sudah tersedia. Nak buat
macam mana, terpaksalah saya makan. Inilah penangan bila makanan saya dijaga
oleh dua orang yang sangat ‘menyayangi’ saya.

Hmmm… ‘Nak salahkan orang lain juga….’

Dari segi psikologi pula, saya rasa tak perlulah saya nak ambil berat sangat
masalah perut saya yang buncit dan badan saya yang semakin membesar. Kan
saya dah kahwin. Tak perlu lah saya nak fikir pasal ‘market’ lagi, bini sorang
rasanya dah cukup.

Pada waktu tu, saya memang takde plan nak tambah “cawangan”, kiranya ‘Ada ku
kesah’.

Tambahan pula, emak dan Maria suka mencuba resipi resipi baru. Maria suka
rujuk resipi resipi di internet dan emak saya pula suka pergi belajar resipi baru
dengan kawan-kawan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 37

Terpaksalah saya jadi bahan uji kaji atau juri professional untuk membuat
penilaian. Tak makan nanti kecil hati mereka.

‘Kecil hatilah sangat kannnnnn…………….’

Lagi pun, mereka yang rapat dengan saya ramai yang berat badan naik selepas
berkahwin. Jadi saya rasa ia satu senario yang biasa. Kalau naik berat badan itu
tak pelik, kalau kekal slim itu yang pelik.

Arwah abah, abang sulung dan adik saya pun perut mereka buncit. Badan mereka
pun berisi.

Jadi, saya rasa ia sesuatu yang biasa. ‘I’m ok.’ Mungkin saya gemuk sebab masalah
keturunan. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

‘Keturunan lah sangat kannn…..’

Nak buat macam mana, terima sajalah.

Cara penerimaan saya ini turut menyumbang kepada kegemukan saya.

Perubahan Hormon Dalam Badan Selepas Berkahwin

Betul tak? Ramai orang yang berkahwin selepas itu badan mereka naik dengan
jayanya.

Sebenarnya, selepas berkahwin akan berlaku perubahan hormon di dalam tubuh
badan lelaki dan wanita.

Perkara ini saya tidak tahu dan tidak pernah saya ambil tahu.

Sekali lagi, sikap ambil mudah saya ini menyumbang kepada kenaikan berat
badan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu faktor lelaki yang sudah berkahwin senang
menjadi buncit kerana faktor kelamin. Apabila suami dan isteri bersama, akan ada
cecair daripada isteri yang mengalir masuk ke dalam alat sulit lelaki. Hormon
lelaki akan terganggu dan menyebabkan seorang lelaki lebih mudah buncit.

Semasa bersama, kelenjar pituari di otak akan merembes hormon yang
menggalakkan pertumbuhan sel. Sel sel yang berkembang akan menggalakkan
kegemukan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 38

Selain itu, kadar metabolisme badan juga akan turut berkurangan apabila air mani
dirembes. Ini menyebabkan badan sukar membakar lemak atau kalori secara
semulajadi. Ini turut menyumbang kepada kegemukan kepada mereka yang
sudah berkahwin.

Apabila berkahwin, hormon estrogen (Hormon yang mengumpul lemak) akan
meningkat dalam badan. Ia merosakkan hormon testoteron dan menyebabkan
‘muscle’ baru berkurangan. Kesannya, lelaki semakin mudah menjadi gemuk.

Untuk wanita pula, apabila mereka berkahwin berat badan mereka bertambah
kerana terkena ‘buatan orang’. Salah satu faktor adalah air mani suami itu sendiri.

Apabila air mani yang kaya dengan protien masuk ke dalam badan wanita, ia akan
meransang pertumbuhan sel dalam badan dan seterusnya menurunkan
metabolism wanita itu.

Secara automatik, badan sukar untuk membakar lemak atau kalori yang diambil
melalui makanan. Kesannya, wanita itu juga akan naik berat badan dengan
mudah.

Saya pasti, anda pun tidak tahu semua fakta ini kan.

Sebab apa tak tahu? Sebab kita semua tak pernah nak ambil tahu.

Betul tak?

Kalau betul, sekali lagi kita geng. ‘Kita serupa…. Kita serupa….’

Jadi, perlukah kita menyalahkan perkahwinan menjadi punca berat badan kita
bertambah?

Jawapannya TIDAK.

Ada sahaja orang yang berkahwin tetapi berat badan mereka masih maintain
selepas itu.

Mengapa?

Sebabnya mereka mengamalkan cara hidup yang sihat. Mereka bersenam,
mereka makan makanan yang sihat dan mereka ambil suplemen untuk
mencukupkan nutrien yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan baik.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 39

Sebab itulah mereka kekal kurus dan sihat, sedangkan ramai yang gemuk, berat
badan meningkat dan perut menggelebeh.
Amcam? Sentap tak?
Kalau anda sentap, sekali lagi kita geng. ‘Kita serupa…. Kita serupa….’
Jadi jangan sesekali kita menyalahkan perkahwinan atau orang lain bila kita
gemuk. Sebaliknya, salahkan diri sendiri kerana kita tidak mengamalkan cara
hidup yang sepatutnya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 40

BAB 6 : SURVEY DI FACEBOOK

Baru baru ini, saya ada buat satu survey di Facebook. Soalan saya kepada rakan
rakan Facebook sangat mudah.

“Kenapa lelaki dan wanita ramai yang jadi gemuk selepas kahwin? Mohon
jawapan jujur daripada anda.”
Ini adalah sebahagian daripada respond daripada rakan rakan facebook saya:
1. “Umur makin meningkat maka metabolik akan semakin kurang. Dulu masa
muda, makan banyak pun badan masih maintain sebab kadar pembakaran
lemak kita masih tahap optimum. So bila umur naik, eloklah kurangkan
makan berlemak, garam dan gula.” – Firdaus

2. “Sebab MALAS” – Dean

3. “Berkaitan dengan hormon. Macam macam jenis hormon terganggu” –
Marina

4. “Kurang bersenam” – Sue

5. “Makan banyak selepas kahwin. Semua nak telan” – Nor Aini

6. “Sebab MALAS. Bagi saya komitmen selepas kahwin bertambah. Cabaran
hidup berumah tangga yang tinggi dengan ekonomi yang mencabar
akhirnya MASA untuk menyihatkan tubuh badan tiada.” – Cikgu Ati

7. “Mak gemuk sebab kena makan laju, kunyah 2-3 kali dah kena telan. Lepas
tu gemuk jugak sebab kena habiskan makanan anak.” - Faezah

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 41

8. “Bila dah ada anak tak sempat nak exercise. Sibuk layan anak dan isteri.
Hari berganti bulan, berganti tahun, last last baru tersedar dah bam bam” –
Mimi

9. “Tanggung jawab semakin banyak. Cepat letih, bila letih makan…. Lepas
makan tidur.” – Noor

10.“Sebelum kahwin nak jaga badan takut kalau obes tak ada orang yang nak.
Belum kahwin malas nak makan. Apa lagi nak masak kalau dok sendiri
kan… Lepas kahwin dah ada tanggung jawab kena masak. Dah masak kena
teman suami makan. Kalau tak habis lauk tu sayang nak buang. So santap
bagi habis. Kemudian kurang bersenam. Dah penat kalau boleh nak landing
je. Tidur lagi bagus. Selepas penat kerja dan kemas rumah, layan anak
anak.” - Arpah

11.“Gaya pemakanan yang tak sihat. Mula mula kahwin mood happy sangat.
Pastu agenda utama adalah cari makan kat tempat tempat best. Melalui
pengalaman saya, saya naik 10kg selepas 6 bulan kahwin. Haa…
Pencapaian sangat membanggakan. Nak bersenam? Aduhai, jenuh.. Sebab
masa tak ada. Malas pun sama. Sekian laporan saya” – Noor

12.“Kadar metabolism yang semakin menurun seiring dengan peningkatan
usia” – Su

13.“Kalau bini masak, makan sikit kena marah. Terpaksa habiskan makanan
bini. Bini tak suka keluar bersenam. Kalau keluar bersenam dengan kawan
kawan, bini cemburu. Bini tak kisah suami gemuk. Bini tak suka suami slim
dan fit sebab jadi perhatian perempuan lain. Hmmmm Semuanya salah bini.
Haha…” – Kasturi

14.“Masing masing dah dapat pasangan yang dicari. Macam mana rupa dah
berkenan dihati. Selepas itu dah tak kisah bab penjagaan badan serta

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 42

kesihatan. Akhirnya tak kisah apabila badan mula gemuk. Kebanyakkan
macam tu la situasinya. Sekadar dari pemerhatian dan pengalaman. Bagi
saya, perlu dijaga penampilan selagi boleh disiplinkan diri.” – Abil

15.“Dah TAKDIR” – Oz
Apa yang saya tulis di atas adalah feedback daripada sahabat sahabat saya.
Sebenarnya, pandangan yang mereka berikan tak banyak beza dengan alasan
yang hendak kita berikan.
Betul tak?
Sebab apa? Sebab kita manusia suka untuk memberi alasan.
Saya tak tahu sama ada anda setuju dengan saya atau tidak, adakalanya kita
‘terpaksa’ berfikir untuk mencari alasan bagi menyejukkan hati kita supaya kita
tidak rasa bersalah untuk gemuk.
Bila kita ada alasan itu dan ini, kita rasa kita ada sebab yang sangat kukuh untuk
gemuk.
Gemuk yang merupakan sesuatu yang tidak bagus sedikit demi sedikit ‘diterima’
oleh otak sebagai sesuatu yang ok.
Kita tak rasa bersalah. Kita tak rasa berdosa. Kasihan sangat.
Sebenarnya, kita sedang ‘menipu’ diri kita sendiri.
Persoalannya, bila kita akan ‘tersedar’ yang kita menipu diri sendiri?
Bila kita dah sakit atau bila kita dah terlalu gemuk.
Mungkin pada waktu itu, kita sudah terlambat.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 43

BAB 7 : NASIHAT DARI SEORANG ISTERI

Seperti yang saya kongsikan dengan anda sebelum ini, selepas berkahwin berat
badan saya naik.

Ia naik dengan perlahan-lahan tanpa saya sedar. ‘Tak sedarlah’ sangat kan…..

Naik Dan Tak Turun-Turun

Bukan saya tak perasan berat badan saya bertambah. Saya perasan sangat.

Buktinya, saiz baju dan seluar yang saya nak beli semakin bertambah. Dengan
perut yang makin mengelebeh dan muka yang semakin ‘chubby’. Tipu kalau saya
tak perasan.

Jujur saya katakan, peringkat awal saya memakai seluar saiz 31. Ketika mana
seluar itu sudah ketat, saya mula mencari seluar saiz 32 tanpa saya rasa bersalah.

Semasa saya menggunakan seluar bersaiz 32, saya ada berkata dalam hati saya,
“Ok… Kalau nak naik lagi lepas ni. Saiz 33 adalah yang last. Tak boleh naik lagi
dah.”

Bila saya dah terpaksa guna seluar saiz 33, saya berjanji sekali lagi kepada diri
saya.

“Ok… Ini betul betul last. Saiz 33 adalah yang terakhir. Saya tak akan pakai seluar
saiz 34.”

Menipu Diri Sendiri

Akhirnya saya terpaksa beli seluar saiz 34.

Saiz baju saya pun makin lama makin membesar. Majoriti baju yang lama saya
dah tak boleh guna sebab terlalu ketat.

Untuk menyejukkan hati, saya kata ‘Mungkin baju ni dah ‘shrink’ kot’. Sebab tu ia
mengecil.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 44

Kejam tak bagaimana saya nak ‘menipu’ diri sendiri?

Banyak baju-baju lama saya dah tak muat. Akhirnya, saya sedekahkan baju dan
seluar yang kecil kepada orang lain.

Saya tak sedar, tindakan saya ini memberi impliklasi negatif kepada minda bawah
sedar saya.

Dalam erti kata yang lain, saya mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada baju dan
seluar bersaiz kecil. ‘Selamat datang’ kepada baju-baju bersaiz besar.

Seolah-olah, saya ‘berdoa’ kepada Allah.

“Ya Allah, aku tak akan pakai lagi seluar saiz kecil tu. Sebab tu aku bagi dekat
orang lain.”

Memang saya tak cakap dan berdoa macam tu, tapi minda separa sedar saya
menghantar signal kepada system tubuh badan saya seolah-olah saya boleh
menerima hakikat yang saya akan gemuk selepas ini.

Apa Kata Maria?

Maria isteri saya. Beliau seorang yang sangat-sangat menjaga penampilan.

Maria berbadan kecil, jadi memang dia nampak muda dari usia sebenar. In fact,
ramai orang tak percaya dia dah ada 2 orang anak. Kalau dia cakap umur 23 tahun
pun, mesti ramai yang percaya. Sedangkan dia dah umur 30-an.

Walaupun berat Maria naik berbelas kilogram semasa mengandung, Maria
berjaya turun ke berat badan asal dalam beberapa bulan sahaja selepas bersalin.

Salah satu faktornya adalah kerana Maria gigih menyusukan sepenuhnya semua
anak kami sehingga 2 tahun. Kalori memang banyak dibakar semasa ibu menyusu.

Itulah hikmah yang Allah berikan kepada ibu yang menyusu anak-anak mereka
sepenuhnya dengan susu ibu, tanpa tambahan dari susu formula langsung.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 45

Tambahan pula, Maria memang konsisten makan suplemen untuk kesihatan,
kecantikan dan untuk lebih bertenaga. Yelah ibu menyusu macam Maria memang
perlukan nutrient yang lebih untuk memenuhi keperluan diri dan baby.
Jadi sebab itulah Maria kekal slim dan nampak muda. Beliau sentiasa mahu
kelihatan cantik dan kemas dalam apa jua keadaan.
Ia berbeza dengan saya yang sangat ‘simple’ dan tak kisah, belasah aja.
Sebagai isteri, Maria adalah insan yang paling banyak memperingatkan saya
mengenai saiz badan saya yang semakin meningkat.
Tapi biasalah, ego seorang suami. Mana boleh di’tegur’ isteri.
Saya buat tak tahu saja bila Maria tegur saya.
Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali tapi berkali-kali Maria meminta saya
menurunkan berat badan saya.
“Abang, abang ni dah gemuk tau. Baik beringat sekarang. Nanti dah gemuk betul
betul susah nak turun tau….”
“Tau tak, sekarang ni bila Sayang jalan dengan Abang, orang nampak macam
sorang budak baru habis SPM berjalan dengan sorang yang umur 40 tahun.
Nampak macam beza 20 tahun padahal kita beza umur 1 tahun je!!”
Ambik kau !!! Maria tak kasi cannnn….. Terus dia ‘gasak’ saya.
Bila isteri cakap macam tu, saya cakap dekat dia.
“Tahu tak, bila kita jalan dua orang. Orang nampak Abang ni macam orang kaya
lah. Yer la, lelaki kaya dan berumur dapat bini muda. Takkan perempuan muda
dan cun nak kahwin dengan lelaki tua kalau laki tu tak kaya.. Hehe…”
Saya masih boleh bergurau dengan isteri saya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 46

“Abang…. sayang suruh jaga badan bukan sebab gemuk. Tapi sebab kesihatan.
Orang sihat belum tentu sihat, tapi orang gemuk ramai yang tak sihat. Takkan
dah sakit esok baru nak insaf? Anak kita kecil-kecil lagi bang…..”

Lelaki biasalah, bila isteri tegur, ada saja jawapan.

“Tak pa… abang kan muda lagi. Sihat lagi ni.”

Sebenarnya jujur saya katakan, ego seorang suami ni ada kalanya dia tak suka
kalau isteri tegur banyak banyak kali. Lagi ditegur, lagi ‘keras hatinya’.

‘Buruk’ betul perangai sayakan…..

Alah… Jangan gelakkan saya!!! Entah-entah anda atau suami anda pun sama geng
dengan saya. Hehehe…

Sebenarnya, kalau anda tanya saya mengapa saya malas nak ambil port nasihat
Maria sebab saya malas nak diet. Malas nak berpantang. Malas nak bersenam.

Takkanlah muda-muda ni saya nak meninggalkan nikmat-nikmat makan yang
bagaikan syurga di Malaysia ni. Saya tak boleh berpantang.

Saya hanya boleh berpantang satu benda saja….

‘Pantang jumpa’. Kalau jumpa mesti nak makan. Pantang itu saja yang mampu
saya buat.

Ramai orang tua-tua cakap, “Nak makan apa pun, makanlah masa muda. Sebab
bila dah tua nanti dah banyak yang tak boleh makan.”

Sedikit sebanyak, nasihat itu terpahat di minda saya.

Maria pernah suruh saya makan suplemen untuk turunkan berat badan. Tapi saya
cakap saya tak nak walaupun dia nak sponsor.

Bukan apa, saya dah pernah ambil produk kurus sebelum ini. Dah dua kali. Saya
dah belanja beribu ribu ringgit, tapi tak kurus kurus pun.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 47

Lagi pun, tak ada orang yang nak guide saya untuk turunkan berat badan. Saya tak
mahu pisang berbuah dua kali.
‘Cukup cukup sudah…. Cukup sampai di sini saja….’

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 48

BAB 8 : PERCUBAAN UNTUK KURUS

Bukan saya tak pernah nak menurunkan berat badan, pernah…….
Pada tahun 2010, saya cuba untuk menurunkan berat badan saya buat kali
pertama. Ada saudara saya menjual satu produk pelangsingan.
Beliau suruh saya guna produk tersebut. Beliau kata bagus. Dah ramai yang guna
dan terbukti berkesan.
Jumlah keseluruhan produk tersebut hampir mencecah RM1,000.
Sebab nak support saudara mara yang jual, saya belilah juga. Lagipun, perut saya
pun dah membesar waktu tu.
Masalah utama saya pada waktu itu adalah saya tiada mentor. Saya tidak
mengenali sesiapa yang pernah menggunakan produk itu dan kurus.
Saya hanya mendapat konsultansi daripada saudara saya itu.
Antara yang ‘mengerikan’ hidup saya adalah, sepanjang tempoh berdiet tersebut
saya langsung tidak dibenarkan memakan kari, makanan bergoreng, kuih dan
makanan makanan yang sebelum ini menjadi kegemaran saya.
Cuba bayangkan. Selama dua minggu, saya makan makanan yang berunsurkan
rebus rebusan sahaja.
Sayur kangkung, ikan rebus masak ayam, sup ayam, sup sayur dan semuanya yang
rebus rebus.
Jujur saya katakan, saya rasa muak dan hampir nak muntah. Hari-hari makan ikan
rebus, ayam rebus, daging rebus….
Mula mula oklah.. Bila dah masuk hari ke 5, mana saya boleh tahan.
Apa ni….? Macam ni ke diet? Seksanya nak kurus?

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA


Click to View FlipBook Version