NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 149
TESTIMONI 3 - “THE IDEAL WEIGHT
CHALLENGE”
Musafiddin – Turun 14kg dan masih dalam proses penurunan
Sebenarnya saya gemuk sejak saya dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi masa tu
bukan la besar yang jenis Gemuk Air. Saya jenis gempal yang jenis nampak macam
Pejal. Saya rasa mungkin sebab dulu saya sangat, sangat aktif bersukan. Macam-
macam jenis sukan saya boleh main. Siap wakil sekolah lagi.
Bila mula belajar kat kolej. Saya dah tak teruskan aktiviti sukan saya yang sebelum
ni. Di tambah pulak dengan cara pemakanan yang tak seimbang pada masa tu.
Masa tu memang makan tak jaga. Mana ada depan mata kalau rasa nak makan,
makan je. Kira pantang tengok jugak la.
Sampai la saya bekerja sebagai Engineer IT. Bila dah kerja ni, lagi lah kan.. Duit
dah lebih dalam poket. Rasa nak makan apa pun balun je. Tak pernah fikir nanti
gemuk macam mana? Kesihatan macam mana?
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 150
Tapi lama-lama bila dah mengembang pesat badan saya ni, mula la rasa kurang
keyakinan diri. Baju, seluar dan kasut makin sukar di cari. Memang pedih dan
sedih.
Di tambah lagi saya di kelilingi dengan kawan-kawan yang stylo-milo. Saya nak
follow pun tak dapat. Kalau dapat beli baju pun yang ala-ala fesyen orang tua.
Adoiyai.
Setiap tahun di pejabat tempat saya kerja ada buat pemeriksaan kesihatan secara
percuma. Tapi pada tahun lepas saya baru tersedar yang kesihatan saya berada di
tahap yang kurang baik. Solusinya, doktor menasihatkan saya untuk menurunkan
berat badan. Sejak hari itu lah saya berusaha untuk kurus.
Mula-mula dulu saya cuma cuba jaga makan je untuk kurus. Masa tu hasilnya
cuma sekadar ok-ok la. Walaupun ada sikit penurunan berat, tapi dia cepat naik
balik. Mungkin sebab cara makan tak betul dan semangat nak kurus kurang.
Tapi bila saya dapat join group Now Everyone Can Kurus ni saya rasa lain macam.
Beza giler bila buat seorang-seorang di bandingkan bersama group ni. Kalau nak
tahu, dalam group ni ramai yang senasib dengan saya. Dan kami semua memberi
semangat antara satu sama lain.
Bukan tu je, sebenarnya kami bersaing sesama sendiri. Jadi ini membuatkan kami
lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan. Memang sangat-sangat
berbeza kalau kita buat seorang diri. Di tambah pulak ada mentor yang mengajar
kami di dalam group ni. Ermmmm, memang best la kan.
Alhamdulillah, sekarang ni baru saya tahu sebenarnya senang je nak kurus. Tapi,
kena lah ada cara, group dan mentor yang betul. Alangkah baiknya jika semua
orang yang ada masalah berat badan ni tahu cara yang kami amalkan ini.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 151
BAB 30 : PENUTUP
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda kerana berjaya
membaca buku ini sehingga ke muka surat ini. Syabas buat anda.
Jika anda termasuk dalam golongan obes, anda perlu ingat. Tidak ada sebarang
jaminan bahawa anda akan berjaya menguruskan badan selepas membaca buku
ini.
Anda boleh baca buku ini seribu kali, tetapi sekiranya anda tidak melakukan
sebarang tindakan, anda tidak beramal dengan ilmu-ilmu yang dikongsikan,
semuanya sia-sia.
SIA SIA…. Full stop.
Tugas anda membaca ebook ini sudah selesai. Tetapi tugas anda untuk
menurunkan berat badan seharusnya bermula.
Saya sudah menjalankan tugas saya iaitu untuk berkongsi rahsia bagaimana saya
dan rakan rakan lain menurunkan berat badan.
Sekarang terserah kepada anda untuk mengamalkan apa yang telah saya
kongsikan.
Seperti yang saya tulis di awal ebook ini, tujuan saya menulis adalah untuk
memberi inspirasi dan motivasi kepada anda. Saya mahu anda tahu, sebenarnya
anda boleh turunkan berat badan sekiranya anda mahu dan berusaha.
Untuk mendapat sesuatu, anda perlu korbankan sesuatu. Kejayaan tidak datang
bergolek di hadapan anda.
Jika anda tidak sanggup berkorban ‘keseronokan’ yang anda ada sekarang, amat
sukar untuk anda turunkan berat badan.
Anda rasa susah, penat atau letih semasa nak turunkan berat badan? Percayalah,
kepenatan ini hanyalah bersifat sementara.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 152
Berapa usia anda sekarang?
20 tahun? 30 tahun? 40 tahun?
Biar berapa pun usia anda sekarang, percayalah anda berhak untuk hidup lebih
sihat, lebih bertenaga, lebih ceria dan lebih bahagia bersama keluarga anda.
Jika Allah memanjangkan usia kita sehingga 70 tahun, ini bermaksud kita akan
hidup banyak tahun lagi.
Persoalannya, adakah kita memilih untuk hidup dengan lebih sihat atau
sebaliknya?
Hidup adalah satu pilihan, kita sakit atau sihat pada usia 50 tahun, itu bergantung
pada pilihan yang kita buat hari ini.
Sebenarnya, Allah telah menghantar saya hari ini untuk memberi kesedaran
kepada anda untuk mula mengubah cara hidup kita. Cukup-cukuplah kita
melakukan kesilapan selama ini.
Buatlah pilihan yang tepat.
Saya komited untuk melihat anda KURUS & SIHAT. Jika tidak, saya tidak akan
menulis buku ini.
Saya mahu anda berjaya dalam kehidupan.
Saya mahu anda sihat sebab saya nak anda lebih beribadah kepada Allah.
Saya mahu anda sihat sebab saya nak anda bekerja keras untuk mencari nafkah
buat keluarga.
Saya mahu anda sihat sebab nak lihat anda memberi banyak manfaat kepada
orang lain.
Anda perlu bangkit, anda tidak boleh ‘tidur’ lagi. Jika sebelum ini anda hanya
‘berjalan’, sekarang anda perlu ‘berlari’ bagi mencapai semua impian anda.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 153
Jika anda rasakan buku ini bermanfaat untuk anda, Insya Allah buku ini juga akan
memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.
Sebarkan ebook mini yang anda dapat kepada rakan rakan anda yang lain.
Jangan sebarkan Ebook Yang Full Version.
“Jika Anda Mahu Berjaya, Bantu Orang Lain Untuk Turut Berjaya, Insya Allah.
Anda Terpaksa Berjaya”
Akhir sekali, saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini dapat mengambil
iktibar dari kisah hidup saya ini. Saya doakan, “Anda Kurus Dan Sihat”
Semoga anda semua kaya dan berjaya, menjadi seorang yang cemerlang di dunia
dan di akhirat.
Wassalam.
Mohd Firdaus
Parit Buntar
Maafkan Saya Jika Terdapat Kesilapan Dan Kesalahan Maklumat Dan Fakta
Dalam Penceritaan Dalam Ebook Dan Video Ini.
Pastikan anda sudah menonton “Video 7 Rahsia Kurus Dengan Mudah”.
Pastikan anda semak emel anda untuk mendapatkan link video di atas. Ia
PERCUMA untuk anda.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 154
ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENYEBARKAN EBOOK FULL VERSION INI
DENGAN RAKAN RAKAN ANDA YANG LAIN.
ANDA HANYA BOLEH SEBARKAN EBOOK MINI NOW EVERYONE CAN KURUS
SAHAJA.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA