NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 49
Dalam tempoh 7 hari, saya diberi pelepasan untuk ‘cheat day’ yang mana pada
hari itu saya bebas untuk makan apa yang saya nak makan.
‘Cheat day’ ibarat syurga dunia buat saya setelah 6 hari kebulur nak makan
makanan yang saya biasa makan.
Dua minggu berselang, saya give up. Saya rasa terseksa. Takkan seumur hidup
saya nak makan macam ni? Nak ambil suplemen yang mahal-mahal tu.
Ini bukan kehidupan yang saya mahu.
Nak makan itu tak boleh, nak makan ini tak boleh. ‘Mentally tortured’.
Dua minggu saya berdiet, adalah penurunan berat badan saya sedikit. Berapa
kilogram? Saya pun dah tak ingat.
Mahal-mahal saya beli semua suplemen tu, akhirnya ia terbuang begitu sahaja
kerana saya tak lalu nak makan.
Saya ‘stop’.
Bagi saya, salah satu punca diet saya gagal pada waktu itu adalah kerana saya
keseorangan. Saya diet sorang-sorang. Mental saya tidak bersedia. Saya tiada
mentor. Saya tiada orang yang nak beri tips dan tunjuk ajar macam mana cara
diet yang sebenar.
Orang yang menjual produk itu kepada saya, dia sendiri pun tak guna produk tu
walaupun perut dia taklah kurus sangat pun.
Saya tak dapat nasihat yang betul.
Selepas itu, saya meneruskan kehidupan saya seperti sedia kala. Saya makan apa
yang saya nak makan seperti biasa.
Syukur, saya terasa seperti baru bebas dari ‘penjara’.
Alhamdulillah…. Aku merdeka !!!
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 50
Kesan Berhenti Diet
Tahukah anda, apa yang terjadi kepada saya selepas itu?
Jika semasa saya berdiet selama dua minggu itu berat saya turun dalam sekilo
dua, selepas saya berhenti diet tersebut badan saya naik kembali dengan begitu
cepat.
Ia seperti di pam pam.
Bahkan, ia lebih berat dan besar dari sebelum saya mula berdiet.
Saya menyesal dan rasanya saya tersalah langkah.
Berdiet tanpa ilmu yang betul.
Berdiet tanpa mentor yang betul.
Saya tiada kuasa tindakan yang betul.
Saya gagal. Saya gagal. Saya gagal.
Pada waktu itu, dalam hati saya terasa.
“Menyesal aku diet dulu. Sekarang ni, duit pun habis badan pulak naik balik. Dua
kali rugi. Kalau tak diet pun tak pa.”
Apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur.
Kegagalan ini menjadi pengalaman berharga buat saya.
Saya membayar harga yang ‘mahal’ untuk mendapat pengajaran ini.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 51
BAB 9 : ‘DAUS… TOK SAH LA DOK DIET!’
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, saya dibesarkan dalam keluarga yang
cintakan makanan.
Saya dan isteri tinggal bersama Emak saya. Emak saya memang suka masak.
Sukanya sampai ke tahap ekstrem.
Arwah abah pula ‘layan’, apa lagi kerja kami di rumah adalah makan, makan,
makan dan makan.
Belum sempat lapar, makanan seterusnya sudah tersedia. Lebih banyak yang
‘masuk’ dari yang ‘keluar’.
Tak makan nanti emak kecil hati. Terpaksalah saya makan juga.
Selepas melihat saya gagal dalam berdiet, emak saya ada menasihati saya.
“Daus, tak guna hang nak diet. Hang makan saja…. Body frame hang memang
dah besar. Nak diet macam mana lagi. Kalau rangka dah besar, diet macam mana
pun, badan hang akan tetap besar. Hang ni mana gemuk, ok aaih…..”
Sesekali rasa macam betul juga apa yang emak saya katakan ini. Memang betul
body frame saya besar. Nak kurus macam mana.
“Hang tengok abah. Dah rangka badan dia besar. Sebab tu dia pun besar.”
Kalau nak diikutkan logik, memang ada logiknya.
Tapi yang musykilnya, saya tengok gambar arwah abah masa dia muda dalam
umur 30 tahun dia slim, macho, handsome pulak tu. Taklah macam masa dia
umur 60 tahun.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 52
“Apa yang penting, hang stop makan yang merapu-rapu. Tok sah dok beli dah
keropok keropok tu. Yang hang dok makan merapu tu la yang dok bagi gemuk.
Kalau setakat hang makan apa yang mak masak, tak gemuk aih….”
“Hang makan saja nasik… Tak dak apa aihhh. Hang tengok, hang dok nak berdiet
hari tu. Buang duit saja. Seksa badan. Buat apa…”
“Tumpang hang tengah muda ni, hang makan la apa yang hang nak makan. Buat
apa nak seksa diri. Esok dah tua mesti menyesal bila banyak benda dah tak boleh
makan”
Itulah kata kata ‘motivasi’ dari emak saya.
Bestkan dapat emak yang sentiasa nak melihat anaknya cukup makan.
Dengan support ‘terbaik’ dari emak saya, saya kembali kepada kehidupan normal.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya kerja sendiri di kampung. Saya duduk
di rumah dengan emak saya.
Saya makan seperti yang dijadualkan emak saya. Maria pula bekerja di kilang.
Keluar awal pagi, lewat petang baru pulang.
Jam 8.00 pagi saya bersarapan, jam 10.00 makan lagi apa yang ada. Tengah hari
lunch jam 12.30 tengah hari.
Kemudian minum petang jam 5.00 petang. Nama saja minum petang, tapi ‘minum
petang’ tersebut disertakan dengan kuih muih yang manis, mee rebus, bihun sup,
apom balik atau apa saja yang dibeli dari pasar malam.
Makan malam kira lain. Kami dinner selepas Solat Maghrib. Dinner dah pasti
makan nasi.
Begitulah kehidupan saya. Saya rasa bahagia. Saya rasa ok. Saya tiada masalah.
Cuma pada penghujung tahun 2012, saya terdengar ada orang beritahu yang
kalau nak kurus tak boleh makan waktu malam. Kena makan malam jam 6 petang.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 53
Katanya, kita mesti pastikan perut kita tidak menerima sebarang makanan 4 jam
sebelum tidur.
Kalau tak, kita tidur dalam keadaan perut tak sempat nak proses makanan.
Saya rasa, itu idea yang bagus. Dengan makan awal, saya tidak perlu minum
petang. Saya terus dinner sahaja.
Saya mula ubah waktu makan saya, sedikit sebanyak ia membantu untuk
mengekalkan berat badan saya. Tetapi ia tidak menurunkan berat badan saya
yang pada waktu itu mungkin sudah mencecah 75kg.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 54
BAB 10 :‘KAWAN AKU PUN GEMUK JUGAK’
Satu perkara yang ingin saya kongsikan, saya sedar badan saya semakin berat.
Tapi saya tak rasa risau, tak rasa takut, tak rasa bersalah sebab ramai rakan-rakan
disekeliling saya semuanya mempunyai masalah yang sama.
Saya ada ramai kawan yang sama-sama belajar di United Kingdom dahulu. Bila
saya tengok gambar gambar mereka di Facebook, saya perhatikan mereka juga
turut ‘mengembang’.
Dari 10 orang, hanya sorang dua aja yang maintain. Yang lain, rata-ratanya sama
seperti saya.
Bila saya melihat situasi ini, ia menghantar ‘signal’ kepada minda saya bahawa
saya ok.
Serius, saya tahu badan saya naik. Saya tahu saya semakin gemuk. Tapi saya rasa
ia biasa. Ia sesuatu yang saya boleh ‘terima’. Sebabnya, semua orang pun begitu.
Saya masih ingat lagi, semasa saya belajar di United Kingdom pada tahun akhir.
Ada seorang akak tu berkata kepada kami para pelajar undergrad.
“Korang nak diet-diet ape, lepas kahwin nanti mesti naik punya berat. Tengok
abang korang ni (suami dia), dulu masa akak kenal, slimnyer… Berat pun 60kg
saja. Sekarang baru berapa tahun kahwin dah naik 72kg.”
Ketika di Malaysia pula, sebelum dan selepas saya berkahwin, ramai orang
berkata perkara yang sama.
“Alah.. Lepas kahwin berat badan mesti naiklah.”
What You Focus Will Expand
Tahukah anda apa yang terjadi selepas ayat ayat sebegini masuk ke dalam minda
separa sedar saya berulang-ulang kali?
Anda akan terkejut jika saya kongsikan perkara ini dengan anda.
Sebenarnya, tubuh badan kita berfungsi sebagai satu sistem.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 55
Setiap perkara yang masuk ke dalam otak kita akan direkodkan ke dalam sel sel
tubuh badan kita. Setiap sel sel kita ini mempunyai memori. Ia akan ingat apa
yang ‘selalu masuk’ ke dalam otak kita.
Sebagai contoh, apa yang kita lihat, apa yang kita perhati, apa yang kita cakap,
apa yang kita rasa, semua ini akan menghantar mesej kepada otak kita.
Kemudian, ia akan memberi signal kepada seluruh anggota badan kita untuk jadi
seperti mana yang kita fikirkan.
Sistem akal kitalah yang menguasai seluruh pemikiran kita, emosi kita,
kepercayaan kita dan tindakan kita.
Misalnya, apabila saya mendengar terlalu kerap bahawa orang yang berkahwin
akan gemuk, ia menghantar satu signal kepada sel sel tubuh badan saya bahawa
kalau saya kahwin, lepas tu saya juga akan gemuk.
Lagi kerap saya mendengar kata kata ini, lagi kuat sel sel dalam tubuh badan saya
akan ingat.
Ia mewujudkan satu system ‘kepercayaan’ kepada sel sel badan saya bahawa
selepas saya berkahwin, berat badan saya akan naik.
Sistem kepercayaan yang saya ‘cipta’ selepas berulang ulang kali mendengar
perkara yang sama akan menjadi semakin kuat mempercayai perkara itu akan
berlaku bila saya melihat ‘bukti-bukti’ itu sendiri di hadapan mata.
Bila saya perhatikan sendiri, seorang demi seorang daripada rakan rakan saya
yang sudah berkahwin semakin ‘membesar’, akhirnya otak saya mula yakin.
Benda yang sama akan berlaku kepada diri saya.
Perlahan lahan, otak saya menerima satu hari nanti saya akan gemuk.
Sebab itulah, saya sedar saya gemuk. Tapi saya tak kisah.
Sebab sebelum saya gemuk lagi saya sudah pun ‘mempercayai’ yang perkara itu
akan berlaku.
Inilah yang saya maksudkan, ‘What You Focus Will Expand.’
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 56
Bila saya fokus ramai rakan-rakan saya yang berkahwin semakin gemuk, perkara
itulah juga yang akan berlaku kepada saya.
Saya tidak pernah fokus kepada mereka yang kahwin tetapi kekal slim dan sihat,
sebab itulah saya tidak slim dan sihat.
Saya mohon maaf jika apa yang saya sampaikan ini sesuatu yang sukar anda
faham. Jika anda kurang faham, baca sekali lagi topik ini.
Sebab saya sedang berkongsi dengan anda cara otak kita berfungsi. Betapa
pentingnya kita fokus apa yang kita mahukan.
Kalau kita kerap fokus kepada rakan rakan yang gemuk, kita akan jadi gemuk.
Kalau kita kerap fokus kepada rakan rakan yang cantik dan slim, kita juga akan jadi
cantik dan slim.
Sebab itulah saya katakan, persekitaran disekeliling saya sangat sangat
mempengaruhi kehidupan saya.
Jika saya melihat ramai orang makan makanan yang sihat, saya akan makan
makanan yang sihat.
Jika saya melihat ramai orang makan makanan yang tidak sihat, saya pun akan
melakukan perkara yang sama.
Sebab apa perkara ini berlaku?
Jiwa saya tidak cukup kental. Hati saya tidak cukup kuat.
Dunia luaran saya berjaya menguasai dunia dalaman saya.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 57
BAB 11 : JOM KURUS KALI KEDUA
Pada penghujung 2012, berat badan saya semakin meningkat. Pada waktu itu,
berat mungkin sudah mencecah 75kg.
Sejujurnya, saya mula rasa saya gemuk. Saya mula rasa saya perlu lakukan
sesuatu.
Saya takut, kalau saya tak bertindak sekarang, keadaan akan menjadi semakin
kritikal.
Saya pernah terbaca di internet, “Nak menurunkan berat badan ketika kita belum
terlalu gemuk adalah jauh lebih mudah berbanding nak turunkan berat badan
ketika kita sudah terlalu gemuk.”
Pada waktu itu, bagi saya ‘It’s time to change’. Kalau saya tidak bertindak,
keadaan akan menjadi semakin parah.
Saya berjumpa dengan seorang sahabat. Beliau menjual produk bengkung.
Bengkung ini kalau diletakkan diperut akan membakar lemak lemak yang ada
dikawasan itu menggunakan teknologi infra-red.
Harga tak mahal sangat, dalam RM600 untuk satu bengkung. ‘Tak mahallah
sangat kan…..’
Saya boleh makan apa yang saya nak makan. Haa…. Ini sudah bagus. Inilah yang
saya cari selama ini.
Saya tak perlu berlapar, tak perlu nak berdiet, tak perlu nak telan suplemen yang
harga ratus ratus ringgit, saya hanya perlu pakai bengkung ini sahaja. Kan best
macam ni…..
Saya beli dan saya cuba pakai. Setiap hari saya mesti pakai sekurang kurangnya 8
jam. Masalah saya, saya rasa tak selesa bila pakai, bengkung tu terlalu ‘menjerut’
perut saya. Bila pakai, saya tak boleh makan banyak, tak boleh nak melantak
sesuka hati. Bukan tak nak makan, tapi nafsu makan saya tersekat.
Bagus juga produk ni.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 58
Lagi pun, bila saya pakai bengkung ni saya terasa panas di bahagian perut saya. Ini
kerana haba dari badan saya terperangkap di situ. Mungkin suhu yang tinggi
dibahagian perut akan membantu memecahkan lemak lemak saya.
Aha…. Mungkin juga….
Masalah kedua saya apabila menggunakan produk ni adalah saya tak boleh
konsisten. Disiplin saya tak cukup kuat. Ada hari saya pakai, ada hari saya tak
pakai.
Bila pakai pun tak konsisten, kesannya pun tak lah konsisten. Pada waktu saya
dalam proses memakai bengkung itu, tiba tiba saya terfikir…
“Member yang jual bengkung kat aku ni, perut dia lagi buncit daripada aku.
Rasanya dia lagi tembam daripada aku. Ish… Kalau produk ni boleh
menghilangkan buncit, kenapa dia sendiri tak kurus kurus.”
Saya tak boleh nak jawab persoalan ini. Nak tanya dekat sahabat saya ini, saya
takut ini soalan sensitif. Sebab saya pun rapat dengan dia.
Akhirnya, keyakinan saya terhadap bengkung ini semakin berkurangan. Saya tidak
menyalahkan produk ini 100%. Saya lebih menyalahkan diri saya sendiri.
Ditambah pula dengan saya yang tidak konsisten memakai bengkung tersebut, ia
melengkapkan pakej ‘Aku Gagal Kali Kedua’ untuk menurunkan berat badan.
Buat kali kedua saya berkata kepada diri sendiri, “Kesiann……..”
Pada waktu itu, saya terfikir tak mungkin dengan hanya memakai bengkung itu,
tanpa saya mengawal pemakanan saya dan tanpa saya perlu bersenam saya boleh
kurus.
Tak mungkin…..Terdetik dihati saya, mungkinkah aku perlu mengubah cara hidup
aku? Perlukah…?
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 59
BAB 12 : SAYA NAK BERUBAH, TAPI…..
Masa berlalu.
Hari berganti hari.
Minggu silih berganti.
Bulan bertukar bulan.
Tahun bertukar tahun…….
Berat badan saya makin bertambah. Ia meningkat naik dengan jayanya.
Saya Takut?
Jujur, sampai satu peringkat. Saya mula rasa takut dengan berat badan saya.
Seorang lelaki yang dulunya handsome, macho kini sudah bam bam dan
mempunyai bentuk badan yang menggelebeh.
‘Semak’ mata memandang.
Pada waktu ini, saya dah tak boleh kira berapa puluh kali Maria menasihati saya
untuk turunkan berat badan.
Saya masih sama.
Bukan saya tak nak berubah, tapi saya rasa saya perlukan sesuatu.
Dah dua kali saya cuba menurunkan berat badan. Tapi saya gagal.
Kalau saya buat percubaan kali ketiga dengan cara yang sama, saya takut saya
gagal sekali lagi.
Tapi, dalam diri saya sedar.
‘Kalaulah saya terlambat bertindak, nanti kalau dah terlalu gemuk, lagi susah
saya nak turunkan berat badan.’
Tapi…. Saya nak buat macam mana? Saya buntu. Saya tak tahu.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 60
Maria Tak Bagi Guna Produk Kurus Sebarangan
Di pasaran, terlalu banyak produk pelangsingan yang dijual. Satu perkara yang
bagus tentang Maria. Dia sangat-sangat menjaga suplemen apa yang saya nak
makan.
Dia HARAMKAN saya beli sebarang produk kurus di pasaran. Sebabnya, ada
banyak sangat kes ubat kurus itu tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
Ada sebahagian itu dicampur dengan bahan merbahaya seperti steroid, dadah
dan racun. Sebab itu ramai yang cepat kurus guna produk itu.
Tapi bila berhenti guna produk tersebut, berat badan akan naik lebih banyak
daripada yang sebelumnya.
Malah ada yang terus merosakkan buah pinggang. Ia sangat-sangat
membahayakan kesihatan pengguna.
Jika Maria terjumpa di internet atau akhbar info info sebegini, cepat cepat Maria
akan beritahu saya.
JANGAN SESEKALI GUNA PRODUK YANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARI
KKM ATAU TIDAK DIBUAT DENGAN UJIAN SECARA KLINIKAL.
Di pasaran, terdapat terlalu banyak produk yang dijual. Bila melihat kepada
testimoni para pengguna, goyang juga iman saya nak mencuba.
Ye lah, minum atau makan saja produk tu boleh terus jadi kurus. Siapa yang tak
nak kan….?
Tapi, bila melihat kesan negatif yang terlalu banyak di surat khabar. Saya
mengambil langkah berhati-hati.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 61
Keratan Akhabar
Ubat tidak berdaftar dicampur racun berjadual
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 62
Ubat kurus menyebabkan kematian.
Produk kurus menyebabkan sawan
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 63
Pelbagai bahaya produk kurus
Terus terang saya katakan, bukan niat dihati saya nak ‘kondem’ sebarang produk.
Kita sebagai pengguna perlu bijak membuat penilaian.
Gunalah produk apa sekali pun selagi kita yakin dengan ‘keselamatan’ produk
tersebut.
Jangan terlalu mempercayai penjual. Sebab memang kerja dia untuk menjual. Dia
sudah dilatih untuk membuatkan kita percaya dan membeli produk tersebut.
Bukan saya tak bagi beli yer, saya cuma minta kita semua berhati hati. Kalau kita
yakin produk yang kita nak guna itu selamat, maka gunalah.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 64
Apa Saya Nak Buat Ni?
Saya memang nak turunkan berat badan.
Saya memang nak kurus.
Kemuncak kegemukan saya semasa berat 80kg. Muka tembam perut bulat.
Di lubuk hati saya, saya rasa bersalah kerana saya dah banyak menzalimi diri saya.
Saya tidak memberi hak yang sewajarnya kepada diri saya.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 65
Gemuk tak? ‘Buruk’ sangat nampak bila tembam macam ni kan? Jangan gelakkan
saya. Kita mungkin serupa. Hehe.. Tapi itu dulu yer… Sekarang saya dah tak
macam ni lagi.
Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau saya tak bertindak, saya takut
mungkin saya terlewat nanti.
Sehinggalah saya berdoa kepada Allah.
“Ya Allah, Kau hantarkanlah seseorang yang boleh bantu aku untuk aku turunkan
berat badan. Aku nak kurus dan sihat ya Allah. Kau tolong aku Ya Allah.”
Saya berjanji kepada diri saya, kalau saya jumpa orang yang pakar dalam bidang
ni, saya mesti belajar dengan dia.
Saya mesti buat betul-betul.
It’s Now Or Never !!!
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 66
BAB 13 : DETIK PERUBAHAN DALAM HIDUP
Tanggal 28 Mac 2014 merupakan tarikh penting dalam hidup saya.
Pada hari itu, isteri saya mengajak saya menghadiri Family Day group bisnes dia di
Port Dickson.
Isteri saya memaklumkan kepada saya, ada suami kawan baik dia seorang
Personal Fitness Trainer juga akan hadir ke Family Day tersebut.
Mungkin brother tu boleh tolong saya. Allahuakbar.
Perasaan berdebar itu ada. Maria sudah memaklumkan kepada sahabatnya yang
saya nak minta tolong daripada brother tu untuk turunkan berat badan.
Pertemuan Dengan Abang Ketak
Pada sebelah petang ada sessi taklimat mengenai perjalanan family day tersebut
di sebuah bilik seminar. Disitulah buat kali pertamanya, saya berjumpa dengan
insan yang saya panggil Abang Ketak. Tengoklah badan dia yang berketak-ketak
tu.
Abang Ketak, My Great Mentor
Abang Ketak dah tahu yang saya nak jumpa dia.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 67
Bila habis sessi taklimat, kami berjumpa dan terus Abang Ketak tanya saya soalan.
“Kau ni Firdaus, bila nak kurus?”
Aduh… Serius pulak soalan Abang Ketak ni. Cara cakap pun dah lain macam.
Macam komando pun ada. Dengan badan yang berketak, saya rasa takut nak
bersuara.
Serius. Saya terasa aura brother ni lain macam. Nampak macam garang dan tegas
ajer. Memang patut jadi Personal Trainer orang macam ni. Kalau lembut lembut
nanti orang tak takut pulak. Haha….
“Bang, saya memang nak kurus. Sebelum ni saya dah try. Tapi failed. Saya dah
makan bla bla bla….. Saya pakai bengkung…. Tapi semua tak jadi bang. Tak kurus
kurus pun. Badan saya makin gemuk ada la.”
“Saya tak ada mentor la bang. Saya tahu, selagi saya tak ada mentor, selagi tu
saya tak akan berjaya.”
Kemudian Abang Ketak jawab kepada saya.
“Sebenarnya kan Firdaus, kesilapan pertama kau adalah kau nak kurus. Ramai
orang buat kesilapan yang sama. Bila kita kata kita nak kurus, kita akan buat apa
saja untuk kurus. Sebab tu ada orang ambil jalan short cut, makan produk ntah
apa apa sebab nak kurus. Itu semua silap.”
Kemudian saya tanya.
“Habis tu bang… Macam mana yang betul?”
“Semua orang yang saya ‘train’ saya akan pesan, jangan buat sebab nak kurus.
Tapi buat sebab saya nak hidup sihat. Bila kita sihat, nanti kita ‘terpaksa’ kurus."
Ayat ‘terpaksa’ kurus tu yang saya tak boleh tahan tu. Rasa nak korek ajer rahsia
dari Abang Ketak ni.
“Tahu tak, kalau kau amalkan gaya hidup yang sihat, nanti kau terpaksa kurus.
Orang yang jaga kesihatan, Insya Allah dia akan kurus”
“Kalau kau nak kurus, sebenarnya kau kena ubah cara hidup kau. Kau kena ada
ilmu, kau kena ada mentor, kau kena ada orang yang nak guide kau untuk kurus.”
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 68
“Kau kena ubah cara makan. Kau kena ubah gaya hidup. Bila kau ubah semua ni,
kau jangan risaulah. Insya Allah kau akan sihat. Bonusnya, kau akan kurus”
“Saya selalu tekankan kepada anak didik saya. Fokus nak hidup sihat. Bukan fokus
nak kurus. Sebab orang sihat biasanya kurus.”
Testimoni Dari Abang Ketak
Kemudian, saya bersembang dengan beliau.
“Bang, dah ramai ke orang yang abang tolong untuk turunkan berat badan?”
Abang Ketak tak jawab soalan saya ni. Beliau keluarkan telefon dia, kemudian
beliau tunjukkan gambar-gambar beliau dan anak didik beliau di telefon tu.
Gerrrrrrr………..
Abang Sado rupa rupanya dia orang semua ni.
Abang Ketak yang Sado. Turunkan berat dengan mudah dari 97kg ke 82kg.
Kemudian, beliau tunjukkan gambar anak didiknya yang berjaya turunkan berat
badan.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 69
Anak didik Abang Ketak yang dah pun berketak juga. Turun 22kg dalam tempoh 4
bulan. Amcam? (Sentap habaq hang……)
Tips Turunkan Berat Badan Dari Abang Ketak
“Tapi bang… Saya bukan nak jadi ketak ketak macam abang ni. Saya tak minat.
Saya nak turunkan berat badan saja”
Kemudian Abang Ketak cakap.
“Kalau nak bagi jadi ketak pun saya boleh ajar, nak turunkan berat badan lagilah
senang. Kan saya cakap, amalkan gaya hidup sihat. Nanti terpaksa jadi sihat.
Berat pun turun”.
Selepas itu, saya bertanya kepada Abang Ketak.
“Actually bang macam ni, saya tak nak jadi ketak-ketak tu, saya tak nak pergi
gym. Kalau boleh saya nak buat dari rumah saja. Saya nak cari formula macam
mana nak turunkan berat badan dengan mudah tanpa perlu pergi ke gym.”
“Kalau berat saya boleh turun, saya ingat lepas ni saya nak bantu ramai lagi
orang di luar sana untuk turunkan berat badan tanpa perlu pergi ke gym. Kat luar
sana, ramai orang bekerja. Mana dia orang ada masa nak pergi gym. Saya nak
satu teknik yang simple dan praktikal untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia.”
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 70
Kemudian Abang Ketak menjelaskan kepada saya.
“Actually, ada banyak teknik nak turunkan berat badan. Ada yang kena kerja
keras. Ini nak kena pergi buat di gym. Ada yang guna teknik rileks. Yang ni boleh
buat di rumah.”
Bila dengar saja Abang Ketak cakap macam tu. Terus saya cakap.
“Haaaa… Saya nak tahu teknik yang rileks tu bang. Hehe….”
Abang Ketak kemudian menerangkan kepada saya.
“Nak turunkan berat badan. Kena amalkan cara hidup yang sihat. Nak amalkan
cara hidup yang sihat ada dua perkara yang kita kena faham.”
“Pertama, nak kena jaga pemakanan. Nak kena ambil diet yang sihat. Kena
faham konsep kalori masuk dan kalori keluar. Tak boleh main belasah makan apa
yang kita suka. Kalau teringin nak makan makanan yang tak sihat, boleh.. Tapi
kena tahu caranya.”
“Yang kedua, nak hidup sihat kena bersenam untuk bakar kalori dan lemak. Tahu
makan tak tahu bersenam pun susah jugak.”
“Nak bakar kalori ada dua cara. Cara ‘susah’, kena fokus 100% bersenam di gym
untuk bakar lemak. Cara ‘mudah’, still kena bersenam dan boleh buat di rumah
tapi kena ambil suplemen.”
“Suplemen akan bantu untuk membakar dan membuang lemak dari badan.
Lagipun, suplemen penting untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh
badan. Barulah kita terasa cergas, ceria dan bertenaga walaupun kita berdiet.”
“Seriously, nak amalkan cara hidup yang sihat sangat mudah. Cuma kau perlu
tahu caranya sahaja.”
“So…. Kesimpulannya. Kalau nak kurus dengan cara rileks, kau jaga diet, kau
ambil suplemen dan kau bersenam secukupnya. Insya Allah akan sihat dan kurus.”
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 71
Bagus juga penerangan dari Abang Ketak ni. Simple dan saya mudah faham.
Rasanya saya dah bertemu dengan mentor saya yang betul untuk menurunkan
berat badan.
Ini yang Abang Ketak sangat tekankan. Healthy Lifestyles.
Selepas itu, saya bertanya kepada Abang Ketak.
“Bang, biasanya kalau orang ambil abang jadi Personal Trainer, dia orang bayar
abang berapa?”
“Biasanya saya caj RM600 sebulan untuk pertemuan 8 sessi. Setiap sessi dua jam.
Setiap pertemuan tu saya akan bimbing. Saya ajar senaman macam mana yang
akan bakar kalori dengan cepat. Apa trick nak turunkan berat dengan pantas.
Biasanya, saya hanya perlu coach mereka ni 2 bulan. Selepas tu, mereka ni
sepatutnya dah boleh bawa diri sendiri.”
Gullppppppp…….
RM1200 untuk dua bulan. Masa tu saya terfikir, “Berapalah aku nak kena caj
kalau nak minta Abang Ketak ni ajar aku dari jarak jauh guna Whatsapp saja”.
Syukur Alhamdulillah, saya banyak menghadiri program Dr Azizan Osman sebelum
ni. Banyak yang saya belajar cara untuk ‘deal’ dengan orang agar saya dapat at
the best rate.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 72
Sembang punya sembang, kautim punya kautim akhirnya Abang Ketak bersetuju
nak jadi personal trainer saya secara PERCUMA melalui Whatsapp. Beliau akan
memantau saya dari jarak jauh.
Memanglah jauh, saya di Perak dan Abang Ketak di Johor.
Saya akan menghantar gambar kepada beliau apa yang saya makan dan apa
senaman yang saya buat.
Alhamdulillah… Syukur kepada Mu ya Allah. Kau hantar seorang insan yang hebat
untuk bantu aku.
Sepanjang program family day tersebut, saya banyak berbincang dengan Abang
Ketak. Banyak ilmu yang beliau kongsikan. Perbincangan kami ni adakalanya turut
disertai oleh rakan-rakan yang lain.
Ramai yang berminat untuk turunkan berat badan dengan bantuan Abang Ketak.
Akhirnya, kami mewujudkan sebuah Whatsapp Group yang bernama Now
Everyone Can Kurus!!!
Disitulah nanti Abang Ketak akan memantau kami.
Disitulah Abang Ketak akan mencurahkan segala ilmu beliau kepada kami.
Disitulah Abang ketak akan ‘dera’ kami.
Tak sabar rasanya. Memandangkan kami sudah berada di hujung bulan, Abang
Ketak mencadangkan agar kami semua bermula Cabaran Ideal Weight kami pada
1 April 2014.
Namun saya ada masalah untuk bermula pada tarikh itu, ini kerana saya akan
menghadiri program Rahsia Kuasa Minda Jutawan bersama Dr Azizan Osman pada
4-7 April 2014 di Kuala Lumpur.
Susah untuk saya menjaga diet saya nanti pada waktu itu. Disebabkan itu, saya
diberi kelonggaran untuk memulakan program ini pada 8 April 2014.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 73
BAB 14 :RAHSIA KUASA MINDA JUTAWAN
Bermula 4 April 2014, saya buat kali pertamanya menghadiri program Rahsia
Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) Dr Azizan Osman.
Saya hadir ke program ini kerana saya sudah membayar Pakej Platinum untuk
menyertai 4 program premium Dr Azizan Osman iaitu :
i. Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ)
ii. Train The Trainer (TTT)
iii. Retire Young Retire Rich (RYRR)
iv. Master Your Business (MYB)
Jujur saya katakan, kos untuk hadir ke 4 program ini sekarang berharga
RM18,000. Bagi saya ia jumlah yang besar, tapi tersangat murah jika hendak
dibandingkan dengan ilmu yang saya pelajari.
Dalam program RKMJ, Dr Azizan berkongsi kepada kami rahsia mencapai kejayaan
dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Terpilih untuk menjadi testimoni kejayaan peserta program Dr Azizan Osman
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 74
Bantu Orang Lain Untuk Berjaya
Untuk berjaya di dunia saya perlu banyak membantu orang lain, menambah nilai
hidup orang lain, menyelesaikan masalah orang lain dan memperbaiki kehidupan
orang lain.
Jika saya dapat membantu ramai orang, Insya Allah saya ‘terpaksa’ menjadi kaya.
Inilah juga salah satu sebab mengapa saya menulis ebook ini.
Saya ingin sangat melihat ribuan rakyat Malaysia menikmati hidup yang lebih
sihat, cergas, kurus, handsome, bahagia dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Hati Tersentuh Dengan Nasihat Dr Azizan
Memang benar, dalam program ini kami diajar macam mana untuk mencari
kekayaan dan kejayaan dalam kehidupan.
Tetapi, salah satu agenda penting dalam program ini yang betul betul menyentuh
hati saya adalah apabila Dr Azizan menekankan betapa pentingnya untuk kami
menjaga kesihatan.
Tak guna saya kaya jika kemudiannya saya sakit. Pepatah Bahasa Inggeris ada
menyebut, “Health Is Wealth”.
Dr Azizan bertanya kepada kami, “Jika diberi pilihan, mana satu yang anda mahu?
Kaya atau Sihat?”
Pasti dan pasti saya jawab saya nak kedua-duanya.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 75
Soalan seterusnya dari Dr Azizan yang menyentapkan saya.
“Anda nak sihat, tapi adakah anda yakin sebelum ini anda semua betul betul
menjaga kesihatan?”
“Bila kali terakhir anda cek kandungan kolestrol anda?”
“Anda yakin selama ini anda makan makanan yang sihat?”
“Anda yakin selama ini anda dah cukup bersenam?”
Pergh……. Soalan yang sukar untuk saya jawab.
Saya nak sihat, tetapi saya tak menjaga kesihatan saya.
Dah lama saya tak buat check up.
Saya makan apa saja yang saya nak makan. Tak pernah saya fikir makanan tu sihat
atau tak. Yang penting, saya makan sampai kenyang, selagi nafsu makan saya
meminta, selagi itulah saya ‘sumbat’ masuk.
Saya dah lama tak bersenam.
Allahuakbar.
Dalam program itu, dari awal lagi kami semua disuruh membawa cermin seorang
satu.
Dr Azizan menyuruh kami keluarkan cermin dan tengok wajah masing masing.
Saya renung muka saya, renung pipi saya, renung leher saya, renung dada saya,
renung lengan saya dan renung perut saya.
Saya diberi masa lebih kurang 2-3 minit untuk merenung apa yang telah saya
‘buat’ dengan tubuh badan saya selama ini.
Adakah saya memberikan ‘hak’ yang secukupnya untuk tubuh badan saya.
Selama ini, anggota badan saya ‘berkhidmat’ dengan baik kepada saya. Saya sihat.
Saya jarang sakit. Syukur Alhamdulillah.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 76
Malangnya, saya ‘tidak menyayangi’ tubuh badan saya.
Mungkin selama ini saya ‘sihat’. Sebab itu saya tak ingat kepada tubuh badan
saya.
Kata kata Dr Azizan yang seolah olah ‘menampar’ pipi saya.
“Takkan anda nak tunggu Allah tarik nikmat ‘sihat’ dari anda baru anda nak
berubah?”
Allahuakbar.
Adakah saya betul betul menjaga dan memelihara nikmat sihat yang Allah
kurniakan kepada saya selama ini?
Tersangat benar apa yang Dr Azizan katakan.
“Tak guna anda kaya kalau anda tak sihat. Nanti semua kekayaan yang dikumpul
akan disalurkan kepada hospital yang merawat anda.”
Rasa nak menangis pun ada. Syukur Alhamdulillah. Allah beri kesedaran awal
kepada saya untuk mula menjaga kesihatan tubuh badan saya.
Sebenarnya, dalam program RKMJ minda kami ‘diasak’ bertalu talu sehingga
meninggalkan kesan yang mendalam.
Dalam kehidupan, ada 6 faktor kejayaan dan kebahagiaan yang semua manusia
kejar. Salah satu daripadanya adalah KESIHATAN.
Semua orang nak sihat.
Bagi memastikan kami semua mengambil berat akan kesihatan kami, Dr Azizan
ada ‘install’ satu sumpahan keramat ke dalam otak kami mengenai kesihatan.
Bayangkan, dalam tempoh 4 hari itu kami semua di’paksa’ hafal 36 baris
‘declaration’ kekayaan dan kejayaan dalam kehidupan. 6 daripadanya adalah
kekayaan dari sudut kesihatan.
Otak kami di’install’ berulang ulang kali dengan kata kata ini.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 77
I AM IN PERFECT HEALTH
I HAVE ABUNDANT ENERGY
I AM AT MY IDEAL WEIGHT
I AM FIT AND IN A GREAT SHAPE
I EAT HEALTHY AND NUTRITIOUS FOOD
I LIVE LONG AND STRONG
Memandangkan saya menyebut kalimah kalimah keramat ini ratusan kali
sepanjang program ini, ia tiba tiba seperti ‘meresap’ masuk ke dalam seluruh
tubuh badan saya.
Kemudian, Dr Azizan menyuruh kami merenung kembali adakah kami telah
mencapai dan melakukan apa yang kami ‘wiridkan’.
Kami diberi masa untuk bermuhasabah oleh Dr Azizan. Adakah kami sudah buat
yang terbaik untuk tubuh badan kami.
Allahuakbar.
Pada waktu itu, saya benar benar tersentap.
Pada ketinggian 169cm, pada berat 80kg dengan BMI mencecah 28.0, pasti dan
pasti ‘I AM NOT IN PERFECT HEALTH’. ‘I DO NOT HAVE ENOUGH ENERGY’.
Saya dapat merasakan saya tidak sihat sepenuhnya. ‘Energy’ saya tak cukup
tinggi. Saya tak boleh berlari laju dan bertahan lama. Stamina saya sangat sangat
rendah.
Dengan berat 80kg pada waktu itu, pasti dan pasti.
I AM NOT AT MY IDEAL WEIGHT
I AM NOT FIT AND NOT IN A GREAT SHAPE.
I DO NOT EAT HEALTHY AND NUTRITIOUS FOOD.
Inilah yang saya rasakan. Kali ini saya betul betul perasan. Betul betul sedar.
Berat badan saya dah lebih dari yang sepatutnya.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 78
Saya tak fit. Shape badan saya pun out. Semua makanan saya belasah makan.
Pantang jumpa, semua saya ‘sebat’.
Makanan segera, Maggi, KFC, Pizza Hut, Secret Recipes, makanan manis, makanan
bergoreng, ais krim, teh ais, minuman bergas semuanya favourite saya.
Kalau travel, saya mesti minum Nescafe untuk kecergasan. Kalau kerja terus sikit,
saya akan ambil teh ais untuk bagi energy kepada saya.
Pendek kata, saya banyak ambil makanan dan minuman yang tidak baik untuk
kesihatan.
Saya benar benar menzalimi diri saya.
Allahuakbar.
Dr Azizan banyak memberi kesedaran kepada saya.
Ramai Sahabat Saya Yang Tidak Sihat
Pada waktu itu, baru saya sedar ramai kawan kawan yang seusia saya sudah
mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Ada member yang mencapai tahap
obesiti tahap melampau.
Ada kawan yang terkena diabetes di usia muda.
Ada kawan yang terpaksa menjadi janda apabila suami meninggal dunia akibat
serangan jantung pada usia muda, malah pada usia 20-an pun ada.
Ada yang mempunyai masalah kencing manis. Ada yang dah terpaksa buat dialisis.
Pendek kata, Allah dah hantar banyak ‘amaran demi amaran’ kepada saya melalui
sahabat sahabat saya. Tetapi, saya yang ‘buta’ tidak nampak semua ini.
Merenung Kesilapan Lampau
Dari situ saya belajar, kebanyakan penyakit berpunca daripada perut. Ia berpunca
daripada apa yang kita ambil.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 79
Dr Azizan mengajak kami berfikir apa yang telah kami ‘ambil’ sejak dari kecil lagi.
Masa itu, saya mula terbayang makanan makanan ringan yang saya beli di kedai,
kerepek, keropok, makanan bergoreng yang penuh dengan minyak, burger,
cheese dan banyak lagi…
Arghhhh….. Sampai satu tahap, saya dah tak boleh nak membayangkan
‘kezaliman’ yang telah saya lakukan kepada diri saya sendiri.
Ramai orang sakit bukan sebab apa yang mereka makan semalam, tapi
disebabkan apa yang mereka makan sepanjang hidup mereka dan gaya hidup
mereka.
Itulah punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Bila Manusia Akan Berubah?
Dalam seminar tersebut, Dr Azizan mengajak kami semua ramai ramai berubah ke
arah kehidupan yang lebih baik. Sejujurnya, beliau sendiri menangis melihat
keadaan tubuh badan dia.
Beliau turut melakukan ‘kesilapan’ yang sama seperti kami semua. Sebab itulah
beliau mengajak kami semua ‘kembali’ ke pangkal jalan untuk sama sama kami
menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kami.
Dalam seminar tersebut, Dr Azizan memberi tahu kami. ‘This is the time. It’s Now
Or Never.’
Kalau dalam program yang penuh dengan energy macam tu tak mampu nak
membangkitkan semangat kami untuk berubah, jangan mimpi kami nak berubah
selepas itu.
Dr Azizan juga berkongsi kepada kami satu rahsia besar.
“Dalam hidup ini, hanya ada dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu akan
BERUBAH.”
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 80
“Pertama, bila keadaan orang itu dah terlalu teruk sehingga dia ‘terjatuh’ dan tak
boleh nak buat apa, keadaan sudah kritikal, sudah tiada pilihan. Orang itu
terpaksa berubah.”
“Contohnya, orang hanya berhenti ambil makanan yang manis selepas dia
dikesan mengidap kencing manis. Pada waktu itu, dia berhenti bukan sebab
pilihan. Tetapi sebab dia TERPAKSA berhenti.”
“Yang kedua, manusia hanya akan BERUBAH bila dia PILIH untuk berubah.”
“Contohnya, orang itu masih sihat sekarang ini. Tetapi dia memilih untuk
mengambil makanan yang sihat sihat sahaja. Dia memilih untuk mengamalkan
cara hidup yang sihat. ”
Akhir sekali Dr Azizan menekankan.
“Hidup adalah satu PILIHAN. Kita sebenarnya yang MEMILIH untuk hidup sihat
atau sebaliknya. Allah hanya BERI kepada kita berdasarkan PILIHAN yang kita
buat.”
Allahuakbar.
Kata kata Dr Azizan ini banyak membuka minda saya.
Selama ini banyak kali Maria nasihatkan saya untuk ambil suplemen turunkan
berat badan. Tapi saya pandang sepi nasihat Maria itu.
Maria suruh saya ambil suplemen untuk membekalkan nutrient yang cukup
kepada tubuh badan saya. Tapi saya buat tak tahu saja.
Saya banyak melakukan kesilapan dalam hidup saya. Banyak yang harus diperbaiki
selepas pulang nanti.
Saya bersyukur kepada Allah, Allah memberi kesedaran awal kepada saya untuk
berubah.
Saya tak mahu termasuk ke dalam golongan yang hanya ‘sedar’ selepas dah jatuh
sakit. Saya tak mahu begitu.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 81
Saya berazam.
INI KALILAH. AKU MESTI KURUS. AKU MESTI KURUS DAN SIHAT.
Ini janji saya kepada diri sendiri.
Bagaimana Orang Berjaya Berfikir?
Dalam Program Rahsia Kuasa Minda Jutawan yang dianjurkan oleh Dr Azizan,
beliau turut mengajar kami bagaimana mencapai setiap perkara yang kami
impikan.
Beliau berkongsi macam mana cara orang kaya berfikir.
Macam mana minda seorang jutawan berfungsi.
Subhanallah. Saya belajar sesuatu yang tidak pernah saya tahu selama ini.
Lepas itu, barulah saya sedar mengapa orang kaya terus kaya dan mengapa orang
miskin kekal miskin.
Sebabnya, cara orang kaya berfikir takkan sama dengan orang biasa-biasa berfikir.
Kuasa Minda
Dalam program tersebut, Dr Azizan mengajar kami bahawa untuk mencapai apa
yang kita impikan, kita perlu menggunakan kuasa minda yang luar biasa.
Kuasa minda tersangat ‘powerful’.
Kuasa minda yang LUAR BIASA akan menghasilkan tindakan yang LUAR BIASA.
Saya nak kongsi dengan anda satu rahsia, kalau kita nak capai apa yang kita
impikan. Kita perlu membayangkan yang kita sudah jadi seperti apa yang kita
impikan.
Bila kita kerap membayangkan perkara itu, Insya Allah. Ia akan menjadi kenyataan
dengan lebih mudah.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 82
Saya nak berkongsi dengan anda satu rahsia. Tapi saya tak pasti sama ada anda
boleh terima perkara ini atau tidak.
Sebab apa yang saya nak kongsikan ini, ramai orang biasa-biasa tak akan percaya.
Hanya orang yang berjaya akan yakin dan percaya.
Sebelum itu, saya nak kita ingat kembali subjek Sains yang kita belajar di sekolah
menengah dahulu, tentang prinsip Keabadian Tenaga atau Conservation of
Energy.
“Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tetapi tenaga boleh diubah
bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain.”
Anda masih ingat? Atau dah lupa?
Oklah….. Mari saya terangkan.
“Bila kita berfikir, bila kita membayangkan sesuatu objek, kita sebenarnya sudah
menukarkan satu bentuk tenaga dalam otak kita kepada satu tenaga yang lain
dalam bentuk gelombang. Gelombang ini akan dipancarkan melalui Reticular
Cortex”
“Apabila gelombang ini dipancarkan, ia akan ‘menarik’ benda yang kita fikirkan
itu ke arah kita.”
Maksudnya macam ni.
Kalau kita nak turunkan berat badan. Kita kena selalu melihat gambar idola kita
yang kurus. Atau kita kena lihat gambar kita yang dahulu semasa kita kurus.
Bila lihat gambar ini, kita perlu membayangkan yang kita SUDAH PUN kurus dan
sihat.
Bila kita kerap membayangkan perkara ini, ia akan ‘memberi signal’ kepada
seluruh sel-sel badan kita untuk mencapai seperti yang kita selalu bayangkan.
Sebab itulah sangat penting kita faham konsep ini.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 83
“Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap, apa yang saya
ingat, itulah yang saya akan dapat.”
Beginilah orang kaya dan berjaya berfikir. Sebelum dapat lagi, mereka dah
bayangkan yang mereka DAH DAPAT.
Orang yang tidak berjaya pula, selalu memikirkan SUSAH NAK DAPAT apa yang
mereka impikan.
Sebab itulah, orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 84
Apa Kaitannya Dengan Kurus?
Bila saya belajar ilmu ini, saya rasa ia satu ilmu yang sangat mahal. Sejujurnya,
saya tak pernah tahu semua ini sebelum ini.
Subhanallah.
Pada waktu itu, saya terfikir saya boleh apply ilmu ini dalam proses saya nak
turunkan berat badan nanti.
Apa yang saya akan buat? Insya Allah akan saya kongsikan nanti.
Ini adalah sebahagian kecil ilmu yang saya pelajari dalam Seminar Rahsia Kuasa
Minda Jutawan. Jika anda rasa anda nak ubah cara anda berfikir, anda boleh
keluarkan duit RM4,997 dan sertai program ini. Seriously, ia sangat bagus.
Hehe.. Kalau tak nak keluarkan RM4,997 anda kena jadi kawan baik saya.
Sebab saya selalu berkongsi rahsia-rahsia ini dengan mereka yang rapat dengan
saya secara percuma.
Alah.. Nak gurau pun tak boleh. Tapi saya serious.
Sekali anda nak berkawan dengan saya, seribu kali saya nak berkawan dengan
anda.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 85
BAB 15 : FORMULA MUDAH M.E.S.T.I
KURUS
Sekadar berkongsi dengan anda, saya sudah menyertai semua progam Dr Azizan
Osman. Anda nyatakan, semua saya dah sertai. Alhamdulillah.
i. Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan
ii. Advanced Marketing Power
iii. Intensif Jutawan Industri
iv. Train The Trainer
v. Rahsia Kuasa Minda Jutawan
vi. Retire Young Retire Rich
vii. Master Your Business
Terlalu banyak perubahan dalam hidup saya selepas menyertai semua program
ini.
Sepanjang mengikuti semua program Dr Azizan Osman dalam tempoh dua tahun,
antara formula yang sering ditekankan oleh Dr Azizan bagaimana untuk kita
berjaya mencapai apa yang kita impikan adalah dengan menggunakan formula
M.E.S.T.I.
Sebenarnya, kita boleh gunakan formula ini untuk mencapai apa sahaja yang kita
rancangkan.
Selepas mendengar berulang ulang kali formula M.E.S.T.I ini dari Dr Azizan, saya
rasa saya boleh mengamalkan formula ini untuk saya turunkan berat badan.
Mungkin ada di antara anda yang sudah tahu, takpe. Kita refresh sama-sama.
Mungkin ada seorang dua lagi yang belum tahu.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 86
M – Mentor, Matlamat
Inilah salah satu faktor mengapa saya gagal turunkan berat badan sebelum ini.
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya dah cuba dua kali untuk turunkan
berat badan. Tapi saya gagal.
Saya gunakan produk XXXX untuk percubaan kali pertama dan YYYYY untuk
percubaan kali kedua.
Saya tidak mahu salahkan produk tersebut.
Cuma, saya ingin nyatakan saya gagal kerana tiada siapa yang bimbing saya untuk
menurunkan berat badan dengan betul.
Saya ingat, dengan menggunakan produk tersebut saya boleh terus menjadi
kurus.
Tapi saya silap. Orang yang jual produk dekat saya tu pun tak kurus.
Bagi saya, tanpa bimbingan dari seorang mentor yang dah terbukti berjaya, pasti
sukar buat saya untuk menurunkan berat badan.
Untuk pengetahuan anda, saya usahawan yang berjaya. Alhamdulillah.
Dalam setiap bisnes yang saya nak buat, saya mesti mencari seorang mentor yang
dah terbukti berjaya dalam bidang tersebut.
Saya belajar dengan mentor itu, kemudian saya pastikan saya buat lebih baik
daripada apa yang mentor saya ajarkan.
Alhamdulillah, menggunakan teknik simple ini. Alhamdulillah, saya berjaya
mencapai apa yang saya impikan.
Alaa… Kan Islam dah ajar, “Kalau kita tak faham tentang sesuatu perkara, kita
tanyalah kepada orang yang ahlinya.”
Ramai orang yang buat silap seperti saya.
Nak turunkan berat badan, tak ada mentor. Redah sendiri. ‘Langgar dinding’ sana
sini. Last last, apa lagi. Give up. Then salahkan produk. Kata produk tak bagus.
Kata orang yang jual menipu.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 87
Padahal, kita yang memandai-mandai. Siapa suruh…….
Syukur Alhamdulillah, semasa saya nak turunkan berat badan. Saya ada seorang
pakar dalam bidang ini yang sudi membantu saya. Kan best bila kita nak turunkan
berat badan ada mentor yang sudi membantu kita.
Terima kasih Abang Ketak kerana sudi mendidik saya.
Tunjuk Ajarku Sifu !!!
Jika anda nak turunkan berat badan.
Carilah mentor. Carilah mentor. Carilah mentor.
Belajarlah dengan mentor yang betul. Jika perlu bayar, then bayarlah. Seperti
yang saya katakan sebelum ini, ada orang bayar kepada Abang Ketak RM1200
untuk tempoh dua bulan hanya untuk mengajar secara personal di gym.
Tapi kesannya, ada orang berjaya menurunkan berat badan 22kg hanya dalam
tempoh 4 bulan.
Tips nak cari mentor, carilah mentor yang dah terbukti berjaya. Lagi power jika dia
sudah terbukti berjaya membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan.
Pengalaman dia yang membantu ramai orang akan memudahkan beliau
membimbing kita untuk kurus.
Selain itu, M yang kedua adalah Matlamat. Kita kena betulkan matlamat berapa
kilogram nak diturunkan dan kenapa kita nak kurus.
Saya suka ingatkan pesan Abang Ketak dekat saya.
“Firdaus, nombor satu kalau nak kurus. Kau kena ada target. Berapa kilo kau nak
turun dan dalam tempoh berapa lama?”
“Yang kedua, kau kena ingat. Sekarang ni kau bukan dalam proses untuk kurus.
Tapi kau dalam proses nak amalkan gaya hidup yang sihat. Sebab bila kau sihat,
Insya Allah kau kurus”
Saya rasa seronok sangat. Saya ada seorang mentor yang sangat bagus.
Abang Ketak pesan.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 88
“Kau kena ada matlamat yang jelas. Kau nak sihat. Bukan nak kurus semata
mata. Kau kena sihat sebab dengan sihat kau boleh bekerja dengan lebih kuat
untuk cari nafkah buat keluarga. Kau kena sihat sebab bila sihat kau boleh lebih
beribadah kepada Allah. Sebab tulah kau perlu sihat dan kurus.”
Alhamdulillah ada mentor yang sudi mengingatkan saya macam ni.
Best tak kalau ada mentor macam Abang Ketak?
E – Elmu ( Emosi + Ilmu )
Formula kedua kalau kita nak berjaya untuk menurunkan berat badan adalah
dengan mempunyai Elmu yang betul.
Maksud saya kita perlu ada kemahuan yang tinggi untuk turunkan berat badan.
Emosi kita kena ada pada tahap yang tertinggi.
Kalau kita sekadar kata, “Hmmm… Boleh juga….. Aku nak test. Aku cuba… Aku
cuba…”
Bagi saya, kalau kita nak turunkan berat badan. Kita tak boleh cuba cuba.
Perkataan CUBA itu sendiri dah menunjukkan kita tak bersungguh.
Kita hanya akan berjaya jika kita kata “AKU MESTI TURUNKAN BERAT BADAN.”
Kan berbeza dengan ayat “AKU NAK CUBA TURUNKAN BERAT BADAN.”
Barulah nampak kesungguhan dalam diri kita. Kemudian, barulah kita berikan
100% komitmen dalam apa yang kita ingin capai.
Ingat yer, kalau nak kurus kita perlu ada kesungguhan pada tahap maksimum.
Alhamdulillah, bagi saya Allah beri kesedaran kepada saya tepat pada waktunya.
Pada masa saya nak mula turunkan berat badan, emosi saya berada di tahap yang
sangat tinggi.
Kalau anda tanya, penting ke emosi ni kalau nak turunkan berat badan?
Jawapan saya. SANGAT PENTING.
Kalau tidak ada kesungguhan dalam diri anda untuk turunkan berat badan,
percayalah. Sampai satu tahap, anda akan rasa ‘letih’.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 89
Anda tak akan sanggup untuk ‘berjuang’. Akhirnya anda tewas kerana emosi yang
tidak cukup tinggi untuk berjaya.
Selain itu, untuk turunkan berat badan. Kita juga perlukan ilmu. Kita mesti tahu
apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tak perlu buat. Apa yang kita boleh
makan dan apa yang tidak boleh makan.
Mana nak cari ilmu? Jawapannya adalah daripada MENTOR tadi. Selain itu, kita
juga boleh mencari ilmu melalui pembacaan bahan bahan ilMariah yang terdapat
di internet dan juga video video di Youtube.
Inilah yang saya buat sebelum saya memulakan proses menurunkan berat badan.
Selepas MAHU, mesti TAHU….. Kemudian barulah kita MAMPU nak turunkan
berat badan. Faham ke faham?
S – Strategi
Antara perkara penting yang kita perlu tahu untuk turunkan berat badan adalah
kita mesti ada strategi yang betul.
Maksud saya, kita bermula dengan meletakkan matlamat berapa kilogram kita
nak turunkan berat badan.
Selepas itu, kita mesti tahu kalau nak bersenam. Senaman apa yang akan
membakar lebih lemak? Berapa lama tempoh senaman yang perlu di buat?
Kalau kita seorang yang sibuk, macam mana kita nak atur supaya kita dapat
menjalankan aktiviti aktiviti yang membakar lemak.
Kita juga perlu faham apa makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Apa
makanan yang mengandungi kalori yang rendah.
Apa makanan yang sihat? Apa makanan yang tidak sihat?
Apa strategi kita kalau ‘nafsu’ nak makan makanan tidak sihat datang?
Apa aktiviti yang perlu diberi penekanan dalam tempoh 2 minggu pertama?
Bila kita ada semua strategi ini, barulah mudah untuk kita menurunkan berat
badan.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 90
T – Tindakan
I – Impian
Untuk pengetahuan anda, M.E.S kita boleh dapat dan belajar daripada mentor
kita.
Kita boleh belajar. Kita boleh bayar berapa ribu pun untuk dapatkan ilmu.
Tetapi, Tindakan dan Impian terletak pada diri kita sendiri.
Mentor kita tak boleh bersenam untuk pihak kita. Mentor kita juga tak boleh
makan bagi pihak kita.
Kalau kita nak kurus dan nak sihat…. Kita sendirilah yang kena bersenam dan jaga
jaga pemakanan.
Lagi pun, mentor tak ada setiap waktu dan setiap hari bersama kita. Unless
mentor anda adalah suami atau isteri anda.
Semuanya kita perlu bertindak sendiri.
Untuk berjaya menurunkan berat badan, kita kena melakukan tindakan yang
LUAR BIASA.
Tips yang saya nak kongsikan, jika mentor suruh kita buat senaman 30 minit, kita
buatlah 45 minit. Inilah yang dikatakan LUAR BIASA.
Kalau kita ada tindakan yang LUAR BIASA, kita akan dapat hasil yang LUAR BIASA.
Dan yang terakhir, kita perlu mempunyai IMPIAN yang LUAR BIASA. Cuba
bayangkan, apa yang kita boleh capai dengan mempunyai badan yang kurus dan
sihat.
Kan best kalau lepas ni boleh pergi shopping dan beli pakaian yang kita nak. Kalau
lelaki, kan best kalau boleh pakai baju slim fit. Percayalah, orang yang pakai baju
slim fit nampak lebih kemas dan berkeyakinan berbanding orang yang pakai baju
biasa.
Tapi kalau ada ‘Air bag’ seketul dan pakai baju slim fit , hmm…
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 91
Saya tak bertanggung jawab kalau wanita nak pakai baju ketat ok. Wanita
Muslim wajib memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan di
hadapan orang bukan mahram. Harap maklum.
Cuba bayangkan, selepas dah slim nanti kita boleh main kejar kejar dengan anak.
Sebelum ni nak kejar anak pun tak larat.
Kan best kalau dah slim kita boleh main lumba lari dengan anak.
Kan best kalau dah slim boleh bawa anak berjogging, naik basikal pusing kampung
dan taman.
Insya Allah, kalau kita betul betul serius nak menurunkan berat badan. Gunalah
Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus. Insya Allah, kita terpaksa kurus.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 92
BAB 16 : LANGKAHKU BERMULA DI SINI……
Anda nak tahu, apa tindakan saya yang pertama selepas pulang dari program
Rahsia Kuasa Minda Jutawan di Kuala Lumpur? Selepas tiba di Parit Buntar,
keesokan harinya terus saya buat pemeriksaan kesihatan di BP Lab.
Lakukanlah pemeriksaan kesihatan sekurang kurangnya dua tahun sekali.
Terimalah hakikat, kalau kita sihat, Syukur Alhamdulillah. Tetapi kalau kita tak
sihat, kita boleh buat langkah-langkah pencegahan sebelum keadaan bertambah
parah.
Saya buat pemeriksaan darah. Syukur Alhamdulillah, dari segi darah, kandungan
kolestrol, degupan jantung semuanya masih normal dan ok.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 93
Pakej inilah yang saya ambil.
Selama hidup ini, memang saya rasa saya sihat. Itu apa yang saya rasa.
Tapi, saya tetap perlu melakukan pemeriksaan kesihatan ini.
Ini penting bagi mengetahui keadaan sebenar tubuh badan saya.
Ramai orang yang terkena serangan jantung sedangkan mereka tak tahu pun
sebelum itu mereka ada masalah jantung.
Ada kalangan kawan-kawan saya yang menjadi janda kerana suami meninggal
dunia akibat serangan jantung pada usia muda.
Sedangkan mereka ‘rasa’ sihat. Arwah ayah saya sendiri pun meninggal dunia
sebab serangan jantung. Sedangkan seumur hidup kami tak pernah tahu dia ada
masalah jantung.
Sebab itulah, saya rasa kalau saya sayangkan keluarga saya, saya perlu buat
pemeriksaan ini.
Alhamdulillah, hasil pemeriksaan doktor mengatakan yang saya sihat. Syukur.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 94
BAB 17 : COACHING DARI ABANG KETAK…..
Selepas pulang dari Family Day di Port Dickson dan Program Rahsia Kuasa Minda
Jutawan di Kuala Lumpur, coaching saya dengan Abang Ketak melalui Whatsapp
group bermula.
Saya dan beberapa rakan yang lain mula mendapat tunjuk ajar daripada Abang
Ketak.
Berdebar jugak rasanya.
Inilah kali pertama dalam hidup saya ada seorang Personal Trainer yang sudi
bantu saya untuk turunkan berat badan.
Melalui group tersebut, Abang Ketak mula membimbing kami. Beliau berkongsi 3
prinsip asas yang kami perlu faham jika nak turunkan berat badan.
Kekuatan Mental Yang Kuat
Mula mula lagi Abang Ketak dan pesan kepada kami semua.
“Ramai orang gagal kurus sebab tak ada kekuatan mental. Mula mula saja
semangat. Lepas 2 minggu, habis semangat down. Kemudian terus berhenti.”
“Saya suka juga ada group macam ni, korang semua boleh support each other.
Boleh ‘bakar’ orang lain untuk turut sama sama berjaya.”
Jaga Pemakanan
Syarat pertama kalau nak turunkan berat badan adalah dengan mengamalkan diet
yang sihat.
Pada peringkat awal ni, untuk fasa 2 minggu pertama, Abang Ketak minta kami
semua kurangkan atau kalau boleh elakkan makanan bergoreng, berminyak,
bersantan, bergula dan juga kurangkan garam.
Bagi saya, apa yang Abang Ketak ajar kami ni adalah prinsip asas pengambilan
makanan. Sebabnya, beliau lebih suka mengajar kami secara LIVE.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 95
Maksudnya, pada peringkat awal ini kami diminta untuk hantar gambar ke
Whatsapp group setiap benda yang kami makan.
Dari situ, kami semua sama sama belajar.
Apa yang bagus dan apa yang tidak bagus.
Adakalanya, kalau kami tidak jelas sebelum mengambil makanan itu, kami akan
bertanya dengan Abang Ketak dulu.
Perlahan lahan, kami mula faham apa yang kami digalakkan makan, apa yang
boleh makan, apa yang perlu dikurangkan makan dan apa yang ‘diharamkan’
makan.
Abang Ketak pesan kepada kami.
“Ingat yer, pengambilan makanan mempengaruhi 60% ke 70% daripada proses
korang nak turunkan berat badan. So berhati hati dengan apa yang korang
makan.”
Apa yang saya suka, Abang Ketak walau pun nampak garang, tapi beliau bimbing
kami dengan ‘berhikmah’.
Beliau banyak guna pendekatan psikologi. Kalau kami nak makan sesuatu yang
kurang sihat, beliau akan tengok dulu apa yang kami dah makan sebelum tu,
macam mana corak senaman kami dah buat, kalau beliau rasa macam tak wajar
kami ambil makanan ‘tak sihat’ tu, beliau akan psiko kami.
Last last kami tak jadi nak ambil.
Kalau dah teringin dan nak ambil juga, boleh… Tapi selepas itu, teruk kami
dikerjakan untuk menebus ‘dosa’ yang dilakukan.
Ada orang tanya saya, susah ker nak jaga pemakanan ni?
Jawapan saya, susah kalau kita tak tahu secara jelas apa yang kita boleh ambil dan
apa yang kita tak boleh ambil.
Kalau dah tahu dan faham konsep asas, mudah sangat sebenarnya.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 96
Lakukan Senaman
Dari awal lagi, Abang Ketak tanya kami.
“Korang nak ‘Pakej Kerja Keras’ atau nak turunkan berat badan dengan ‘Pakej
Rileks’?”
Hehe… Siapalah nak turunkan berat badan dengan bekerja keras. Kami semua nak
turunkan berat badan dengan rileks.
Lagi pun semua yang berada dalam group tu masih bekerja kecuali saya.
Jadi masa mereka sangat terhad.
“Ingat yer, setiap hari bila korang makan. Korang akan tambah kalori dalam
badan. Kalori ni penting untuk membolehkan korang buat aktiviti harian. Tapi,
kalau nak turunkan berat badan korang kena bakar kalori ni. Nak bakar kalori
tiada pilihan. Korang kena bersenam.”
“So untuk ‘Pakej Kerja Keras’ korang kena luang banyak masa setiap hari untuk
bersenam. Mungkin dalam sejam sayari. 5 kali seminggu. Barulah badan kita
buang kalori yang banyak untuk turunkan berat badan.”
“Kalau nak turunkan berat badan dengan rileks, korang tetap kena bersenam. Tak
boleh tidak. Cuma mungkin kurang sedikit.”
“Tapi korang kena ambil suplemen. Ambil suplemen untuk membantu bakar lebih
banyak lemak dan kemudian menyingkirkan lemak dari badan. Lagi pun, bila
ambil suplemen dia akan bantu untuk elak badan kita menyerap lemak dari apa
yang kita makan.”
“Bagi yang tak biasa berlapar sebab selalu makan yang berat berat, korang akan
rasa lapar bila berdiet. Korang tak ada energy nanti. Bila ambil suplemen, ia akan
bantu bekalkan tenaga tambahan dan mengelakkan korang rasa lapar.”
“So… terpulang buat korang. Nak ambil ‘Pakej Kerja Keras’ atau nak ambil ‘Pakej
rileks’. The choice is yours.”
Wahhh… Nak kurus pun ada pakej jugak.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 97
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya bekerja sendiri. Saya ada banyak
masa lapang.
Untuk saya buat seperti yang Abang Ketak suruh dalam ‘Pakej Kerja Keras’, saya
rasa saya boleh buat. Tapi kalau saya buat macam tu, saya takut saya tak boleh
jadi contoh untuk orang lain.
Kalau boleh, saya nak ikut cara yang ramai rakyat Malaysia boleh jadikan rujukan.
Mudah mudahan, kalau berat badan saya turun nanti. Saya boleh kongsikan
dengan ramai orang dan ramai yang boleh ikut.
Saya tak nak, saya kurus sorang-sorang.
Saya tak nak, saya sihat sorang-sorang.
Ingat apa yang Islam ajarkan, “Sebaik baik manusia adalah manusia yang banyak
memberi manfaat kepada orang lain.”
Kalau saya berjaya kurus, saya mesti kongsikan rahsia kejayaan ini dengan orang
lain.
Biar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati hidup dengan lebih sihat,
cergas dan bertenaga.
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA
NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 98
BAB 18 : PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Tips pertama yang Abang Ketak kongsikan dengan kami, kalau nak kurus kami
mesti mempunyai keazaman dan keyakinan yang tinggi bahawa kami akan kurus.
Mesti ada target, mesti ada matlamat apa yang ingin kami capai. Orang yang tak
ada matlamat ibarat naik bas dan tak tahu bas itu nak pergi ke mana.
Memandangkan saya baru pulang dari program RKMJ Dr Azizan Osman, saya cuba
untuk apply apa yang saya belajar di situ.
Dr Azizan cakap, sebelum kita mencapai apa yang kita hajatkan, kita mesti
PERCAYA, PERCAYA, PERCAYA yang kita boleh berjaya.
Teknik ‘Menipu’ Otak
Bagi mempengaruhi otak agar kita percaya kita boleh capai apa yang kita
inginkan, kita mesti melihat gambar itu setiap hari.
Memandangkan saya nak nampak kurus dan macho, apa yang saya buat. Saya
ambil gambar saya dan letakkan gambar saya disebelah gambar Aaron Aziz.
Fuhh… Aaron Aziz tu. Nak buat macam mana, dah dia nampak macho lain macam
aja. Saya letaklah gambar dia…
Hari-hari saya tengok gambar ni dan saya berdoa. “Ya Allah, terima kasih sebab
bagi aku jadi macam dia ni.”
___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA