The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tips untuk dapatkan badan yang kurus.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SKMKJ, 2020-04-29 03:09:40

Now Everyone Can Kurus

Tips untuk dapatkan badan yang kurus.

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 99

Inilah teknik yang ramai orang berjaya selalu buat. Anda pernah dengar
peribahasa ini, “Fake It Until You Make It”. Inilah yang saya maksudkan. Rasa
macam dah jadi walaupun belum jadi.
Semua orang dalam kumpulan kami di minta untuk buat gambar macam ni. Kami
semua saling mendoakan antara satu sama lain agar kami semua berjaya
menurunkan berat badan.
Antara Kata Kata Semangat Abang Ketak
“Sebenarnya, nak amalkan gaya hidup yang sihat ni. You all perlu melepasi your
own barrier saja. Macam yang saya cakap sebelum ni, you all perlu ubah gaya
hidup. Nak membiasakan gaya hidup yang baru ni, dia ambil masa sikit. Selepas
dah biasa, semuanya akan jadi mudah.”
“Bagus korang buat berkumpulan ni. Ramai yang dapat motivasi antara satu
sama lain.”
Beritahu Orang Lain
Semasa menghadiri Seminar Dr Azizan, beliau selalu menasihatkan kami para
peserta untuk memberitahu orang lain apa yang kami ingin capai.

Pengumuman secara terbuka di Facebook
Sebenarnya, saya antara percaya atau tidak saja apa yang Dr Azizan cakapkan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 100

Pada 22 April 2014 saya memberanikan diri untuk membuat posting secara
terbuka di Facebook mengatakan yang saya dalam proses menurunkan berat
badan.
Saya maklumkan, pada hari raya nanti iaitu pada 1 Syawal berat saya akan turun
sebanyak 12kg. Itu sasaran saya. Dan wajah saya pada waktu itu akan jadi macam
Aaron Aziz.
Selepas buat posting secara terbuka begitu, Subhanallah. Semangat saya untuk
turunkan berat badan semakin membara.
Saya dah bagi tahu orang lain. Kalau saya tak turun, malu saya nanti.
Mahu tak mahu, saya terpaksa berusaha untuk kurus.

‘Come on Firdaus. You can do it’

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 101

BAB 19 : AMALKAN DIET YANG SIHAT

Bagi mengurangkan berat badan, Abang Ketak sangat sangat menekankan kami
untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.
In fact, Abang Ketak lebih tekankan bahagian pemakanan berbanding dengan
senaman.
“Apa yang masuk ke dalam badan kita lebih penting dari apa yang kita
keluarkan. Kalau dari awal lagi kita jaga kalori yang masuk dalam badan, kalau
kurang bersenam pun tak jadi masalah.”
“Tapi kalau kalori masuk banyak, kemudian tak bersenam, bukan saja tak boleh
kurus, tapi berat badan akan bertambah.”
Sebab tu awal awal lagi Abang Ketak sangat sangat tekankan kepada kami.
“Jaga pemakanan. Jaga Pemakanan. Jaga Pemakanan”
Nak Kurus Kena Kerap Makan
Ini fakta yang selama ini saya langsung tak tahu.
Rupa rupanya, kalau kita nak kurus kita kena kerap makan. Bukannya skip makan.
Bahkan, dalam program diet kami, Abang Ketak memang tak benarkan sesiapa
pun untuk skip makan.
Siapa yang tak makan bila tiba waktunya, nanti kena sound.
Kalau ikut jadual, kami akan makan jam 8.00 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari,
4.00 petang dan 6.30 petang.
Kami diminta makan 5 kali sehari.
Namun, kami diminta untuk kurangkan kuantiti pada setiap kali makan. Makan
pada jam 10.30 pagi dan 4.00 petang pula sekadar untuk mengalas perut.
Alhamdulillah, dengan mengamalkan diet yang sebegini kami tidak berasa lapar.
Seriously, langsung tak rasa lapar.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 102

Dengan suplemen yang kami ambil, ia sedikit sebanyak membekalkan tenaga
tambahan dan menyebabkan kami rasa kenyang walaupun kami hanya makan
sedikit.

Lega rasanya…. Bestkan, dalam berdiet tapi tak rasa lapar dan masih kekal cergas
bertenaga.

Inilah pentingnya berdiet dan mempunyai mentor yang betul.

Sangat berbeza dengan masa saya diet sorang sorang dulu. Terasa kesian pada
diri sendiri dengan ‘kejahilan’ masa lampau.

Nak Kurus Kena Minum Banyak Air

Ini lagi satu perkara yang saya baru tahu. Dulu ingat kalau minum banyak air nanti
boleh gemuk.

Tapi, apa yang Abang Ketak ajar kalau nak kurus kami perlu minum air banyak.
Untuk setiap 25kg berat badan kami perlu minum 1 liter air.

Memandangkan berat badan saya pada waktu itu sekitar 80kg, saya perlu minum
3 liter air sayari.

‘Mak aih… Banyaknya nak kena minum…’

Abang Ketak menerangkan.

‘Minum air banyak dapat membantu menghilangkan rasa lapar. Lagipun 70%
daripada kandungan badan kita adalah air. Maka badan memang perlukan
banyak air setiap hari.”

‘Apa yang penting, pastikan air kencing berwarna jernih. Kalau warna kuning.
Maksudnya tak cukup minum air.’

Bila salah seorang bertanya dalam group, “Boleh minum air apa-apa saja ke
Abang Ketak?” Hehehe… Nak tahu apa Abang Ketak jawab?

“AIR KOSONG SAHAJA”. Dalam hal ini, Abang Ketak agak bertegas. Kami tidak
dibenarkan minum air manis.

Kalau nak minum sangat pun akibat teringin, boleh minum. Tapi hanya separuh
gelas sahaja. Itu pun jarang jarang sekali.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 103

Update Gambar Makanan Kepada Abang Ketak
Memandangkan menjaga pemakanan sangat penting, pada peringkat awal Abang
Ketak mewajibkan kami untuk update gambar di group apa yang kami makan.

Sarapan yang biasa dimakan

Makan tengah hari. Kami wajib makan nasi suku pinggan dengan lauk yang sihat.
Abang Ketak akan pantau, apa yang betul apa yang tidak betul. Apa yang penting
beliau akan pastikan kami mengambil makanan yang seimbang.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 104

Makanan Yang Kurang Digalakkan Makan
Abang Ketak seorang yang sangat berpengalaman. Beliau tahu apa makanan yang
kandungan kalorinya tinggi dan rendah. Bila kami up gambar yang nampak macam
kurang memuaskan hati beliau, beliau akan tegur terus.
Satu orang buat silap, semua orang terus dapat belajar pada waktu itu.

Antara makanan yang kurang digalakkan.
Sebenarnya, Abang Ketak tidaklah ‘mengharamkan’ kami makan. Cumanya, beliau
akan ajar kami apa yang perlu di buat sebelum makan, banyak mana yang
dibenarkan makan dan apa yang perlu dibuat selepas makan.
Jika kami dah faham semua ini, beliau dah tak kisah kalau kami nak makan.
Tapi, kalau hari hari ‘mengidam’ nak makan macam ni, lebih baik tak usah diet.
Hehe..
Inilah pentingnya kalau kita nak diet, mesti ada mentor yang betul.
Kita boleh berdiet tanpa rasa lapar dan boleh makan apa yang kita teringin nak
makan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 105

Dan yang lebih penting, nasi tetap boleh makan cuma kuantitinya sahaja yang
perlu dikurangkan.

Pengalaman Mengambil Diet Yang Seimbang

Seumur hidup tak pernah saya fikirkan makanan seimbang. Saya dah katakan,
saya tak suka makan sayur.

Mengapa?

Ntah.. Saya pun tak tahu mengapa.

Namun, bila Abang Ketak menyuruh kami mengambil makanan yang seimbang
saya ‘memaksa’ diri saya untuk makan sayur.

Ingat yer perkataan ini. ‘SAYA PAKSA DIRI SAYA MAKAN SAYUR’.

Sejujurnya, saya hanya tak suka makan sayur untuk 10 hari pertama sahaja.
Selepas itu, saya dah mula rasa sayur macam jadi kewajipan untuk saya makan.

Rasa pelik pula makan kalau tak ada sayur.

Abang Ketak pesan, kalau makan mesti seimbangkan antara karbohidrat, protein
dan juga lemak.

Sayur diperlukan untuk membekalkan vitamin kepada badan saya dan ia akan
membekalkan fiber bagi memudahkan proses ‘pembuangan’.

Antara 5 makanan yang Abang Ketak nasihatkan kami untuk kurangkan atau kalau
boleh minimumkan pengambilan adalah nasi, makanan berminyak dan bergoreng,
makanan bersantan, bergula dan bergaram.

Bukan tak boleh langsung. Cuma Abang Ketak minta kami kurangkan
pengambilannya.

Tahu tak, selepas 10 hari mengamalkan diet yang sihat antara percaya atau tidak,
saya tidak lalu nak makan pisang goreng, saya tak lalu nak makan keropok lekor,
saya tak berapa suka makanan berminyak.

Bila nak makan, melihat kepada minyak-minyak goreng yang terperangkap dekat
makanan itu menyebabkan meremang tengkuk saya nak masukkan dalam mulut.
Saya rasa geli. Sedangkan sebelum ini saya rasa biasa saja.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 106

Bila saya nak makan KFC, selepas saya buang kulit ayam hati saya terus rasa tak
lalu nak makan melihat minyak minyak dalam ayam tu.
Saya bukan buat lawak ok, ini serius.
Inilah yang berlaku kepada saya selepas mula mengubah cara hidup saya.
Saya semakin berhati hati dalam mengambil makanan.
Semua ini berlaku secara natural dalam diri saya sebab sekarang saya sudah
faham apa kesan buruk yang akan saya tanggung bila saya makan makanan yang
tidak sihat ini.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 107

BAB 20 :“LARI-LARI, KITA LARI… LARI-LARI,
JANGAN BERHENTI…”

Kehidupan saya mula berubah selepas menyertai Cabaran Ideal Weight dalam
Whatsapp group yang dibimbing oleh Abang Ketak.
Abang Ketak cakap, antara senaman yang banyak bakar kalori adalah berlari,
berjogging, berenang, naik bukit, naik tangga dan beberapa senaman lain lagi.
Memandangkan berjogging adalah yang paling mudah untuk saya buat, maka
saya pilih untuk buat senaman jogging.
Lagipun, saya tinggal di kawasan kampong. Di belakang rumah saya adalah
kawasan sawah padi. Jadi ada banyak tempat yang saya boleh jogging.
Masalah Di Hari Pertama
Hari pertama saya nak mula jogging, semangat saya berkobar kobar. Saya sudah
siap memakai baju dan seluar sukan. Bila saya nak keluar rumah, tiba tiba baru
saya perasan.
“Alamak….. Aku nak jogging pakai kasut apa? Aku mana ada kasut jogging…”
Adoyai… Lawak la saya ni.
Dah nak keluar baru sedar saya tak ada kasut jogging. Kasut sedia ada dah rosak.
Ntah bila last time saya guna kasut tu.
Tak pernah fikir nak beli kasut baru. Sebab kalau beli pun tak tahu bila nak guna.
Saya pun buka rak kasut di rumah saya. Mana tahu ada mana mana kasut yang
saya boleh rembat.
Tara……
Saya jumpa kasut arwah kakak saya. Kasut yang usang tu dah terperap dalam rak
tu selama dua tahun. “Belasah yang ini sajalah….”
Apa lagi, saya pun memulakan larian saya pada pagi itu.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 108

Berjogging di belakang rumah. Ntah bila kali terakhir saya berjogging di situ.

Baru semangat berjogging dalam 1.5km, tiba tiba tapak kasut saya tertanggal.
Maklumlah, dah bertahun kasut tu bertapa dalam almari. Kesian….

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 109

Saya kemudian terpaksa telefon pekerja saya untuk datang ambil saya naik motor
balik. Yer la, takkan nak balik tak pakai kasut pulak.

That what happen to me on my first day jogging.
Kesiankan… Nampak tak, betapa saya tak pernah nak ambil berat untuk bersenam
selama ini.
Bila saya maklumkan kepada Abang Ketak masalah ini, tahu tak Abang Ketak
jawab apa?
“Firdaus, jangan bagi alasan. Pergi keluar sekarang. Beli kasut baru dan keluar
jogging balik”
Alamak………
“Tapi bang, kedai kasut tak buka lagi ni. Awal lagi ni. Kejap lagi saya beli, petang
ni saya sambung balik.”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 110

Sebelah petang, saya sudah berkasut baru.
Begitulah tegasnya Abang Ketak.
Beliau tak suka dengar kita bagi alasan. Nasihat beliau yang cukup memedihkan
telinga bila dengar.
“Cukup cukuplah bagi alasan tu. Badan tu tak akan turun kalau selalu bagi alasan.
Ingat tu bukan badan saya, itu badan kau.”
Macam ni lah agaknya karektor seorang Personal Trainer. Bukan senang nak
terima alasan orang.
Berjogging Menjadi Amalan
Alhamdulillah, setelah beberapa minggu mengamalkan cara hidup yang sihat.
Taraa…. Berjogging dah jadi macam biasa buat saya.
Dalam seminggu saya akan cuba untuk berjogging 3-4 hari. Jika tidak, saya akan
berbasikal.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 111

Perjuangan menuntut pengorbanan.
Sebenarnya, apa yang saya buat diatas ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Beginilah cara hidup yang perlu kita amalkan sebenarnya.
Mungkin, ada diantara kita yang nampak macam luar biasa sebab selama hidup ini
kita tak pernah buat macam ni.
Bagi orang yang biasa buat, dia nampak biasa biasa aja.
Bersenam Dari Rumah
Seperti yang saya katakan, sepenjang proses menurunkan berat badan ini saya
langsung tidak pergi ke gym.
Sebabnya, saya nak tunjukkan kepada orang lain kita boleh turunkan berat badan
walaupun kita tidak pergi ke gym.
Tapi, saya nak tekankan kalau anda pergi ke gym lagi cepat berat anda turun.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 112

Saya dan rakan rakan yang lain semuanya bersenam di rumah sahaja. Kami buat
latihan latihan yang diajar oleh Abang Ketak.

Latihan angkat berat. Bawa beg berisi beban dan juga hanya menggunakan botol
sabun sebagai ‘dumbell’.

Ini adalah sebahagian senaman yang saya buat di rumah. Ada banyak lagi
senaman senaman lain yang Abang Ketak ajarkan.
Matlamat kita, nak bersenam dari rumah sahaja pada kos yang minimum.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 113

BAB 21 :SUPLEMEN YANG SAYA GUNAKAN

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, untuk menurunkan berat badan, Abang
Ketak menekankan perkara pertama yang perlu dijaga adalah pemakanan. Kalau
yang masuk ke dalam badan dah dijaga, ia lebih mudah.
Selepas itu Abang Ketak berkongsi bahawa kalau sekadar jaga makan saja
mungkin tak cukup.
Ada orang boleh turun berat badan hanya dengan menjaga pengambilan
makanan dan mengambil sedikit suplemen. Tetapi ada orang perlu bersenam.
Memandangkan saya faham ramai rakyat Malaysia hari ini sibuk bekerja mencari
nafkah untuk keluarga, mereka kurang masa untuk bersenam.
Jadi bagi mengimbangi situasi ini, saya mengambil suplemen Shaklee seperti yang
dicadangkan oleh Abang Ketak.

Slimming Set Shaklee yang saya amalkan setiap hari. Ia menekankan konsep
BAKAR lemak, BUANG lemak & BINA otot.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 114

Sebenarnya, Abang Ketak taklah kisah sangat saya nak guna produk dari syarikat
mana. Semuanya terpulang kepada saya.
Tetapi, saya ingat apa yang Dr Azizan cakap.
“Kalau kita nak berjaya, tiru sebijik sebijik apa yang mentor kita cakap dan buat
lebih baik dari itu.”
Saya rasa lebih baik saya ikut apa yang mentor saya cadangkan.
Di luar sana, terdapat pelbagai produk suplemen yang dijual oleh banyak syarikat
misalnya, Shaklee (seperti yang saya gunakan), Amway, Zhulian, Elken, D’Herbs,
Hai-O dan macam macam lagi.
Tak per lah, saya ikut sajalah produk yang di sarankan oleh mentor saya. Beliau
tahu apa yang beliau cadangkan.
Sepanjang proses menurunkan berat badan, Abang Ketak ada cakap kat saya.
“Sebenarnya, kalau kita boleh fokus 100% jaga pengambilan makanan dan fokus
100% senaman, tak perlu pun ambil suplemen. Masalahnya, siapa boleh jamin dia
akan ambil nutrisi yang sihat setiap hari? Masalahnya siapa yang boleh bersenam
gila gila setiap hari? Memang tak adalah…. Sebab tulah kita perlukan supplemen
untuk support penurunan berat badan kita.”
Saya semakin jelas.
Dan saya rasa, memang saya perlu ambil suplemen. Sebab saya sendiri tak boleh
beri komitmen untuk terlalu tegas dalam berdiet dan bersenam.
Saya rasa, rakyat Malaysia pun sama.
Satu perkara yang ingin saya dikongsikan, syukur Alhamdulillah saya ambil
suplemen masa berdiet ini. Sebabnya, sepanjang tempoh ini saya langsung tidak
rasa lapar, tak perlu berletih dan saya kekal cergas dan bertenaga.
Alhamdulillah.
Bagi saya, ambil suplemen memang betul betul membantu.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 115

BAB 22 : CABARAN DALAM PERJUANGAN

Salah satu cabaran dalam proses menurunkan berat badan adalah untuk
mengawal nafsu makan yang bergelora.
Pada peringkat awal semasa saya berdiet, akal saya meronta ronta mahu makan
itu dan ini.
Maklumlah, berpuluh tahun otak saya hidup tanpa ada sekatan tiba-tiba saya
mengehadkan apa yang saya perlu ambil. Nafsu makan selalu menyerang saya.
Ramai orang yang berdiet gagal kerana tidak dapat mengawal nafsu ini.
Bagaimana Mengawal Nafsu?
Nafsu makan adalah fitrah bagi semua manusia. Memang Allah jadikan nafsu
untuk saya mahu itu dan ini.
Saya faham saya tidak boleh menghalang nafsu, apa yang saya boleh buat adalah
dengan menguruskan nafsu makan saya dengan baik.
Tipulah kalau saya kata saya tak bernafsu nak makan KFC, Pizza Hut, roti canai,
teh ais, burger, nasi lemak dan lain lain lagi.
Jadi apa yang saya buat adalah dengan memperkenalkan ‘Cheat Day’ untuk saya.
Dalam seminggu, saya memberi kelonggaran selama 1 hari untuk makan apa yang
saya inginkan. Serius.. Saya akan makan apa yang saya inginkan pada hari itu.
TAPI………..
Saya masih mengira berapa kalori makanan yang saya ambil.
Dalam erti kata yang lain, saya ambil makanan yang saya teringin sangat nak
makan tu tapi dalam kuantiti yang kecil.
Kalau dulu saya makan sebab nafsu makan. Tapi kali ini saya makan sekadar nak
menghilangkan ‘rasa’ nak makan sahaja.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 116

Saya makan roti canai telur, kalorinya tinggi. Tapi saya teringin, so saya makan.
Jika dulu, saya makan dengan teh ais, tapi kali ini saya minum air kosong sahaja.
Kalau dulu saya boleh makan dua keping, kali ini saya makan satu keping sahaja.
Bila saya nak makan makanan yang tidak sihat ini, saya akan pastikan saya makan
di tempat yang betul betul sedap.
Bak kata pepatah Orang Jawa. “Alang Alang Nak Makan, Biar Makan Yang Sedap”
Kalau tak sedap buat rugi kalori masuk dalam badan saja.

Saya teringin nak makan kentang dan nugget, ini makanan yang ‘kurang’ sihat.
Jadi saya guna ‘Air Fryer’ untuk goreng tanpa minyak.

Inilah yang saya maksudkan, kita menguruskan nafsu dengan betul. Nafsu kita tak
pernah bersalah. Cumanya, kita yang perlu bijak menguruskan dengan betul.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 117

Jika teringin nak makan ais krim, saya akan makan menggunakan “Kon Mini”.
Sekadar menghilangkan rasa teringin itu sahaja.
Jika Terlajak Makan Nak Buat Macam Mana?
Secara teorinya, memang mudah untuk saya katakan, “Kawal makan…. Kawal
makan…. Kawal makan…..” Tapi ini semua hanyalah teori.
Hakikatnya, saya berhadapan ‘nafsu serakah’ yang adakalanya menggugat iman.
So, andai kata saya ‘terbabas’, saya akan ‘menghukum’ diri saya untuk melakukan
senaman yang membakar kalori sama banyak dengan apa yang saya makan.

Wajib ‘bertaubat’ setelah melakukan ‘dosa’. Inilah yang saya maksudkan, diet
lebih mudah bila kita tahu caranya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 118

Semangat Yang Hilang
Saya suka berkongsi dengan anda pengalaman saya ini. Semasa saya cuba
mengubah cara hidup saya untuk mengamalkan cara hidup yang sihat, saya
terpaksa ‘berperang’ dengan nafsu saya.
Bila akal saya kata, “Jangan makan yang bergoreng.”
Nafsu saya kata, “Alah… Sikit saja pun.”
Bila akal saya kata, “Firdaus, petang ni pergi jogging yer.”
Nafsu kata, “Lebih baik aku buat kerja. Kerja aku pun banyak lagi. Esok sajalah
aku jogging.”
Bila konflik antara akal dan nafsu kerap berlaku, saya akan rasa ‘LETIH’.
Pada waktu itu, berlakulah pertembungan yang MAHA DASYAT.
Kalau akal menang, saya akan bertahan untuk terus mengamalkan gaya hidup
yang sihat.
Tapi kalau nafsu yang menang, sekali lagi saya akan GAGAL menurunkan berat
badan. Saya akan kembali hidup seperti biasa.
Namun bila matlamat saya jelas, impian saya sangat besar segala masalah
dirasakan terlalu kecil.
Alhamdulillah, bagi saya bila berlaku dua pertembungan ini, akal saya selalu
menang.
Dengan sokongan daripada group kami yang kuat, syukur semangat saya kekal di
tahap yang tertinggi.
Begitulah juga dengan semangat di kalangan rakan rakan saya yang lain.
Sebab itulah, bagi saya untuk menurunkan berat badan saya perlukan satu
pasukan yang kuat untuk ‘menolak’ saya ke hadapan.
Terima kasih kepada Abang Ketak dan rakan rakan dari group Now Everyone Can
Kurus. You all are awesome.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 119

Sibuk Tak Ada Masa

Bila nak menurunkan berat badan, salah satu teknik adalah dengan senaman. Nak
bersenam pula ada caranya. Bukan main hentam saja!!

Kita mesti tahu cara yang terbaik untuk kita melakukan pembakaran kalori yang
optimum bila kita bersenam.

Maksud saya, kalau kita luangkan masa 45 minit untuk bersenam pastikan kita
bakar kalori sebanyak mungkin. Sebab itulah, kita perlu lakukan semua ini dengan
ilmu.

Saya faham, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang bekerja. Disebabkan itu, kita
kurang masa untuk bersenam. Satu perkara yang saya nak kita semua faham,
kalau nak kata sibuk, sampai bila pun kita akan sibuk. Bila masanya kita tak sibuk?
Betul tak?

Kalau nak kata kita tak ada masa, memang semua orang taka da masa. Habis tu,
kita nak buat macam mana?

Nasihat Abang Ketak untuk kami semua, “Korang bukan kena cari masa, tapi kena
BERI masa. Kalau cari sampai bila pun tak jumpa.”

Sebab tulah Abang Ketak selalu ingatkan, “Alang alang nak diet, biar berat tu
turun. Alang alang turun, biar kurus dan sihat. Tak nak diet penat penat lepas tu
tak turun.”

Dalam erti kata yang lain, “Do It Once. And Do It Right”

Bagi saya, saya faham semua orang sibuk. Semua orang tak ada masa. Sebab
itulah kita perlu letakkan prioriti dalam kehidupan.

Kalau kita rasakan matlamat untuk turunkan berat badan itu tersangat penting,
Insya Allah kita akan BERIKAN masa kita. Tapi, kalau turunkan berat badan ini
merupakan matlamat kita yang ke 17, maka ia bukan lagi keutamaan dalam hidup
kita. Maka, kita akan memberi seribu satu alasan untuk tidak mengamalkan cara
hidup sihat.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 120

Jangan Berhenti, Bala Menanti

Sebelum saya mula menurunkan berat badan, Abang Ketak mengingatkan kepada
saya jangan mulakan kalau saya belum bersedia.

Abang Ketak cakap, kalau nak buat, buat betul betul.

“Ramai orang nak turunkan berat badan, buat tanpa ilmu. Dalam seminggu dua,
berat badan pun turun, tapi kemudian berhenti. Hidup macam biasa balik, then
berat badan akan naik lagi tinggi dari yang asal.”

“Sebab tu saya nak cakap, matlamat kita bukan nak turunkan berat badan. Kita
nak ubah gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup yang sihat dan ia berterusan
sepanjang hayat”

Masa saya mulakan, dari awal lagi saya dah janji kepada diri saya.

“Kali ni aku mesti buat betul-betul. Mentor dah ada, teknik dah ada, ilmu dah ada.
Kalau tak serius kali ni, siapa lagi yang boleh guide aku.”

Sebelum ini saya tak tahu, mengapa berat badan akan bertambah dua kali ganda
selepas seseorang berhenti makan sesuatu ‘ubat kurus’.

Misalnya begini, berat asal 100kg. Lepas guna produk kurus dari jenama XYZ,
berat turun kepada 90kg. Selepas itu berhenti. Tiba tiba berat badan naik terus
sehingga 110kg.

Lagi tinggi dari asal.

Sekadar berkongsi dengan anda, sebenarnya tubuh badan kita terdiri daripada sel.
Setiap sel kita ada memori.

Bila kita gemuk, sel sel kita akan simpan memori bahawa dia gemuk. Tiba-tiba kita
turunkan berat badan, semasa menurunkan berat badan ini. Sel-sel kita akan
‘pening’.

“Aik… kenapa aku kurus pulak ni. Aku sepatutnya gemuk.”

Sel-sel ini akan cuba untuk mengembalikan ‘dirinya’ ke bentuk asal.

Bila kita berhenti berdiet, maka berat badan kita akan naik lebih banyak dari
asalnya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 121

Untuk pengetahuan anda juga, bila kita gemuk kita ada banyak sel lemak.
Disinilah tempat mengumpul lemak lemak kita.
Apabila sel ini dah ‘besar’ akibat kita gemuk, sel dah mencapai saiz maksimum.
Selepas itu sel ini akan berpecah dua. Dari satu sel lemak yang besar menjadi dua
sel lemak yang kecil.
Kedua dua sel lemak yang kecil tadi akan membesar lagi.
Proses ini akan berulang apabila sel lemak tadi dah cukup membesar.
Sebab itulah saiz badan kita boleh membesar, membesar dan terus membesar.
MALANGNYA……
Bila kita berusaha untuk menurunkan berat badan, lemak dalam sel-sel tadi akan
dikeluarkan. Tetapi ‘rumah’ mereka tetap ada di situ.
Apa yang lebih menyedihkan, ‘sel lemak’ yang sudah mengecil akan kekal di situ.
Sel lemak ini ‘meronta ronta’, ‘menangis’ meminta untuk diisi dirinya semula
dengan lemak-lemak baru.
Sebab itulah, KALAU KITA TERLALU GEMUK, IA LEBIH SUKAR UNTUK
MENURUNKAN BERAT BADAN.
Sebab itulah, KALAU KITA BERHENTI MENURUNKAN BERAT BADAN, IA AKAN NAIK
SEMULA DUA KALI GANDA DARI SEBELUMNYA.
Amcam? Ngeri tak….
Sebab itulah saya nasihatkan diri saya.
“Firdaus, insaflah sebelum terlambat.”
“Firdaus, kali ni biarlah turun tak naik-naik dah ok”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 122

BAB 23 : “ALHAMDULILLAH.. AKU KURUS!!!”

Allah telah berjanji, barang siapa yang berusaha pasti Dia akan mengkabulkan
segala hajatnya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Setelah berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil
diet yang seimbang, bersenam mengikut keperluan dan mengambil suplemen
yang betul, syukur Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat badan.
Jom kita ikut gambar gambar penurunan berat badan saya selama ini.

Genap 1 bulan turun 6 kg. Lihat gambar kanan, saya memegang 6kg gula
menandakan berat itu sudah hilang dari badan saya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 123

Bulan Kedua & Ketiga. Lihat pada bahagian dagu dan pipi. Makin mengecil.

Baju Man U original bernilai hampir RM500 untuk dua helai ini terpaksa
diucapkan selamat tinggal. Sedekah kepada orang lain sebab dah tak nak pakai.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 124

Seluar yang semakin longgar. Apa perasaan korang bila seluar longgar? Best ke
best?

Hari ke 100. Penurunan 11.5 kg secara keseluruhan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 125

Beza? Memang Berbeza…. Hanya dalam 100 hari.

Percaya Sebelum Berjaya !!! Yang mana lebih hensem? Hehe..
When You Believe What You Belief, Your Belief Comes True.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 126

BAB 24 :“AKU YANG DULU BUKAN AKU
YANG SEKARANG”

Alhamdulillah, selepas menyertai Group Now Everyone Can Kurus, hidup saya dah
banyak berubah. Jom kita tengok perubahan hidup saya dahulu dan sekarang.

Ini saya dahulu. Tidak termasuk KFC, Pizza Hut dan yang seangkatan dengannya.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 127

Ini saya sekarang. Memilih untuk memakan makanan yang lebih sihat.

Tahniah Firdaus…. Kau dah banyak berubah !!!

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 128

BAB 25 : “APA KATA MEREKA DALAM
GROUP NOW EVERYONE CAN KURUS”

Sekadar berkongsi dengan anda apa yang berlaku dalam dalam group ini :

Sharing Dari Mentor – Abang Ketak

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 129

Update gambar makanan makanan yang sihat dengan Abang Ketak

Sharing gambar bersenam untuk ‘membakar’ yang lain untuk turut bersenam.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 130

Perkongsian jujur daripada mereka mengenai keseronokan berada di Group Now
Everyone Can Kurus.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 131

BAB 26 : SAMPAI BILA NAK BERDIET?

Jika anda tanya saya, sampai bila nak kena berdiet?
Ini jawapan jujur daripada saya.
Diet yang sihat perlu dijaga sepanjang hayat.
Pemakanan Saya Selepas 100 Hari
Selepas saya mencapai berat badan yang saya impikan iaitu 68.5kg dalam tempoh
100 hari, diet saya sudah tak terlalu ketat seperti dulu.
Sekarang, saya sudah faham konsep kalori masuk dan kalori keluar.
Selepas saya faham konsep ini, Alhamdulillah lebih mudah untuk saya
menguruskan berat badan saya.

Antara makanan yang saya makan selepas berat badan dah turun.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 132

Saya makan fries, tapi kentang itu saya tidak goreng dengan minyak. Tetapi saya
menggunakan Air Fryers. Ia digoreng tanpa minyak.

Phillips Air Fryer. Harga dalam RM900.
Saya makan burger, tapi separuh sahaja.
Saya makan roti canai telur, tapi mungkin sekali dalam dua bulan.
Saya makan kek, tapi hanya sepotong kecil sahaja.
Satu perkara yang saya nak kongsi dengan anda, saya sebenarnya tak lah terlalu
rigid. Itu tak boleh ini tak boleh. Saya tidak suka mengongkong nafsu saya.
Tapi, saya lakukan ini semua dengan ILMU. Bukan main hentam makan sahaja.
Bila saya seimbangkan antara nafsu dan ILMU, Alhamdulillah saya dapat menilai
mana yang terbaik untuk saya.
Sejujurnya, sekarang saya dah tak kisah kalau saya nak makan ayam goreng, pizza,
burger, saya boleh makan semua yang saya nak makan.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 133

Asalkan…….

1. Saya tahu berapa kalori makanan yang saya ambil tu?
2. Saya tahu berapa banyak yang saya dibenarkan makan?
3. Saya tahu suplemen apa yang saya nak ambil sebelum makan bagi

mengelak penyerapan lemak ke dalam badan?
4. Saya tahu apa senaman yang perlu saya lakukan untuk menebus ‘dosa’

memakan makanan yang tidak sihat itu?

Sebenarnya, apa yang penting adalah ILMU, ILMU, ILMU.

Semua benda ni saya tak pernah faham sebelum ini.

Tahukah anda, walaupun saya mempunyai Abang Ketak sebagai mentor, saya
tetap membaca ebook ebook formula kurus yang banyak terdapat di pasaran.

Saya banyak melaburkan duit dalam mencari ilmu.

Sebab bagi saya, penting untuk saya mempunyai ilmu bab kurus ni. Kalau boleh,
selepas saya kurus saya nak bantu lebih ramai rakyat Malaysia dapat menurunkan
berat badan dengan mudah.

Adakah Berat Badan Saya Naik Selepas Turun?

Untuk makluman anda, beberapa hari selepas saya mencapai berat badan 68.5kg
saya dan keluarga bercuti di Amerika selama 10 hari.

Sepanjang 10 hari ini, saya langsung tidak bersenam. Dan langsung tidak menjaga
pemakanan.

Saya nak test, apa akan jadi kepada badan saya kalau saya tidak bersenam dan
tidak menjaga pemakanan selama 10 hari.

Selepas saya balik ke Malaysia bila saya timbang balik, berat badan saya hanya
naik kepada 70kg sahaja.

Kemudian, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat Alhamdulillah berat saya
turun kembali sekitar 68.5kg

Dan sekarang berat badan saya kekal pada berat ini.

Alhamdulillah….

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 134

Satu perkara yang saya nak tekankan kepada anda, untuk kekal kurus AMALKAN
CARA HIDUP YANG SIHAT.
Betullah apa yang Abang Ketak beritahu kepada saya diperingkat awal dahulu,
“Kita sebenarnya hanya perlu amalkan gaya hidup yang sihat dengan makan
makanan yang seimbang, lakukan senaman dan ambil suplemen yang sesuai. Jika
kita sihat, Insya Allah terpaksa kurus.”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 135

BAB 27: 10 NASIHAT TERAKHIR BUAT ANDA

1. Para pembaca yang saya kasihi, jika anda tergolong dalam kategori obes,
ingin saya ingatkan, anda tidak boleh menjadi kurus dengan hanya
membaca kisah kejayaan orang lain kurus.

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu membuat KEPUTUSAN. Adakah
anda bersedia untuk memulakannya dari sekarang?

Keputusan 100% terletak di tangan anda.

2. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, manusia hanya akan berubah
apabila berlaku dua perkara dalam dirinya.

Pertama, apabila keadaan sudah terlalu parah dan beliau sudah tak mampu
nak berbuat apa apa melainkan beliau terpaksa berubah. Misalnya, orang
yang obes mungkin hanya akan mula menjaga pemakanan dan kesihatan
apabila disahkan oleh doktor yang beliau mengidap penyakit kronik yang
serius.

Beliau akan berubah pada waktu itu. Tapi saya risau beliau sudah terlambat
pada waktu itu.

Kedua, manusia hanya akan berubah bila mereka memilih untuk BERUBAH.
Biasanya orang ini akan berjaya kerana mereka memilih untuk berubah
pada peringkat awal dalam keadaan bersedia. Mereka MAHU berubah
bukan TERPAKSA berubah.

Persoalannya, bila ANDA mahu berubah? Adakah SEKARANG? Atau bila
sudah sakit nanti? Anda fikirkanlah.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 136

3. Jika anda nak turunkan berat badan, nasihat saya yang seterusnya adalah:
CARILAH ILMU….. CARILAH ILMU…. CARILAH ILMU….

Jujur saya katakan, ramai orang gagal menurunkan berat badan kerana
tiada ilmu.

Suka hentam. Langgar dinding sana sini. Lepas berat tak turun, salahkan
produk. Salahkan itu. Salahkan ini. Sebenarnya diri yang salah kerana tidak
mencari ilmu yang sewajarnya.

4. Anda akan lebih mudah menurunkan berat badan jika anda ada MENTOR.
Pastikan anda memilih mentor yang sudah terbukti berjaya, berpengalaman
dan sudah bantu ramai orang menurunkan berat badan.

Biasanya, orang sebegini mempunyai banyak pengalaman dan ilmu mereka
dalam menurunkan berat badan sangat banyak.

Insya Allah, mentor sebegini akan dapat membantu anda.

Lebih baik jika anda ada seorang Personal Trainer yang akan ‘kerjakan’
anda. Lagi cepat anda berjaya. Lagi pun, bila anda dah bayar mahal-mahal
kepada Personal Trainer ni, takkan anda masih nak main-main.

5. Jika hendak menurunkan berat badan, jangan buat seorang diri. Anda akan
lemah semangat nanti.

Semasa saya menurunkan berat badan hari itu, saya mendapat sokongan
yang padu daripada rakan rakan saya dalam group Whatsapp Now
Everyone Can Kurus.

Namun, adakalanya saya turut merasa ‘letih’ dah hampir berputus asa.

Percayalah cakap saya, semasa kita mula mengamalkan cara hidup yang
sihat, nafsu dan akal kita akan ‘berperang’.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 137

Ramai orang ‘tumbang’ dengan desakan nafsu yang berjaya mengalahkan
akal. Kesannya, mereka gagal menurunkan berat badan.
Semangat akan lebih cepat luntur bila berat badan kita statik. Tak turun
turun. Sedangkan ini perkara normal bagi bila berat badan kita dah turun
pada kadar yang tertentu. Ia akan statik seketika. Namun ada cara untuk
mengatasi masalah ini.
Syukur Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya melalui rakan rakan
yang mempunyai misi yang sama dengan saya.
6. Di luar sana, ada banyak Ubat Kurus. ‘Ubatlah sangat…..kannnn’

Nasihat saya, jangan sesekali anda menggunakan sebarang Ubat Kurus yang
tidak mendapat kelulusan KKM atau dibuat melalui ujian klinikal yang ketat.

Berhati hati dengan Sticker KKM yang palsu.

Percayalah, jika ada Ubat Kurus yang betul betul berkesan dan SELAMAT,
dah lama pihak hospital bekalkan kepada mereka yang mengalami masalah
obes.

Ada Ubat Kurus yang bila kita berhenti menggunakannya, berat akan naik
kembali. Sedarlah, takkan kita nak guna Ubat Kurus ini seumur hidup kita.

Sayangilah buah pinggang kita. Allah bagi kita buah pinggang yang sihat,
jangan dikembalikan buah pinggang itu kepada Nya dalam keadaan ‘sakit’.

Ubat Kurus terbaik adalah amalkan cara hidup yang sihat, ambil makanan
yang seimbang dan sihat, lakukan senaman dan ambil suplemen bagi
membekalkan tenaga kepada kita. There is no short cut.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 138

7. Apabila hendak menurunkan berat badan, pastikan anda memaklumkan
kepada keluarga anda.

Beritahu isteri, mak dan anak anak anda.

Adakalanya mereka akan sokong anda. Namun adakalanya orang yang
terdekat ini juga yang boleh menjadi ‘racun’ buat anda.

Masa nak berdiet inilah, ketika mana anda sedang ‘berperang’ dengan
nafsu anda. Mereka boleh dengan ‘selamber’ cakap nak makan KFC, Pizza
Hut dan yang sama waktu dengannya. Ia boleh menggugat ‘iman’ anda.

Jika boleh, ajak mereka sekali. Itu lebih mudah. Ingat, anda bukannya ajak
mereka untuk kurus. Tapi anda mengajar anak anak anda untuk
mengamalkan cara hidup yang sihat.

Ingat pesan saya ini. “Amalkan Cara Hidup Yang Sihat.”

Namun, pada masa yang sama jangan disekat nafsu anak-anak kita yang
masih kecil untuk mereka makan apa yang mereka inginkan. Ingat, nafsu
bukan untuk disekat, tetapi untuk dikawal.

Kita cuma perlu mendidik mereka agar tidak mengambil makanan yang
tidak sihat secara berlebihan.

8. Yakin dan percaya bahawa anda akan kurus. Ingat apa yang saya pesan.
Percaya sebelum berjaya. Anda boleh buat seperti yang saya lakukan.

Tampal gambar orang itu disebelah gambar anda dan perhatikan setiap
hari. Berdoa agar anda akan jadi seperti yang anda impikan.

Lagi kerap anda melihat gambar itu, lagi kuat semangat anda untuk berjaya.

Kekuatan mental sangat penting untuk kita menurunkan berat badan.

Jika anda rasa ‘tertekan’ atau ‘terseksa’ percayalah ia hanya sementara.
Seperti yang saya katakan, anda sedang mengubah hidup anda.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 139

Pada peringkat awal memang sukar. Tapi bila dah biasa tiada lagi yang luar
biasa. Semuanya akan menjadi mudah.

Saya mengambil masa 100 hari untuk membiasakan dengan cara hidup
yang baru. Selepas itu, saya sudah ok dan rasa pelik kalau saya tak amalkan
cara hidup yang sihat.

9. Ingatlah, untuk anda berbadan besar dan gemuk seperti sekarang. Anda
telah mengambil masa yang sangat lama.

Anda mungkin gemuk sekarang ini disebabkan gaya hidup anda 1 tahun
yang lepas, mungkin sejak 5 tahun yang lepas, mungkin sejak 10 tahun yang
lepas atau mungkin sejak dari ‘azali’ lagi.

Ingat yer kawan kawan, kita mengambil masa yang panjang untuk
‘menternak’ perut dan badan kita jadi macam sekarang.

Jadi, ia bukan mudah untuk diturunkan dalam masa yang singkat.

Percayalah, penurunan pada kadar 4kg sebulan adalah sesuatu yang
realisitik untuk disasarkan.

Penurunan berat perlahan-lahan adalah lebih selamat. Secara biologi,
tubuh badan kita tidak suka perubahan. Jika kita gemuk, tubuh kita cuba
untuk kekalkan kita gemuk. Perubahan mendadak menyebabkan tubuh
badan terkejut.

Saya takut, bila kita berhenti berat badan akan naik ke asal bahkan lebih
lagi.

Berikan masa kepada tubuh badan kita untuk berubah. Selagi mana anda
faham konsep defisit kalori, Insya Allah berat badan anda akan semakin
berkurang.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 140

Kalau kita boleh ‘bersabar’ selama 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun untuk jadi
gemuk macam sekarang, takkan kita tak boleh nak bersabar sedikit untuk
nak kurus.

10. Apabila hendak menurunkan berat badan, letakkan Allah dihadapan.
Perbanyakkan doa kepada Allah.

Allah yang telah mentakdirkan kita gemuk, dan Allah jualah yang boleh
membantu kita untuk menurunkan berat badan dan sihat.

Niatkan kita kurus semata mata keran Allah. Kerana kita nak hidup lebih
sihat supaya dapat beribadah kepada Nya, supaya kita cergas dan dapat
mencari nafkah buat keluarga kita, supaya kita dapat hidup lebih bahagia
dengan keluarga dan supaya kita dapat memberi manfaat kepada lebih
ramai orang lain.

Niatlah, jika anda kurus nanti anda akan membantu orang lain lebih ramai
untuk kurus juga. Ingat, jangan kurus sorang sorang. Jangan nak sihat
sorang sorang.

Orang lain pun nak sihat juga.

Bila sihat, orang lain dapat beribadah lebih kepada Allah.

Bila sihat, orang lain dapat cari nafkah lebih untuk keluarga mereka.

Bila sihat, orang lain dapat bahagia bersama keluarga mereka.

Bila sihat, orang lain boleh cari pahala dengan memberi manfaat kepada
orang lain.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 141

Ingat yer, jangan masuk syurga sorang sorang.
Syurga tu besar, ajak orang lain join sekali dengan mengajak mereka
menjadi lebih sihat.
Betulkan matlamat, niatkan semata mata kerana Allah, semata mata kerana
Allah.
Insya Allah besar pahala menanti.
Sentiasa berdoa dan yakinlah Allah pasti memperkenankan doa hamba
hamba Nya yang meminta dan berusaha.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 142

BAB 28 : SERTAI “NOW EVERYONE CAN
KURUS”

Jika anda ingin menurunkan berat badan, tapi anda tak tahu nak bermula di
mana. Saya cadangkan anda sertai Program Now Everyone Can Kurus yang saya
anjurkan di bawah Empayar Maria Firdaus.

Untuk pengetahuan anda, saya ada menubuhkan satu Group Now Everyone Can
Kurus dengan tujuan untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan
mudah.

Melalui kumpulan ini, anda akan disekilingi oleh mereka yang mempunyai misi
yang sama seperti anda.

Sepanjang tempoh ini, Abang Ketak akan beri motivasi kepada anda, bimbing
anda, menjawab persoalan anda, berkongsi tips amalan gaya hidup yang sihat,
berkongsi tips pemakanan yang sihat, berkongsi ilmu senaman yang bakar banyak
kalori, senaman yang boleh di buat dari rumah dan macam macam lagi.

Dalam erti kata yang lain, kami akan ‘menolak’ anda untuk berjaya.

Biasanya, Abang Ketak kenakan bayaran RM600 sebulan untuk personal coaching
bersama beliau. Itu harga biasa.

Tapi, saya kongsikan dengan Abang Ketak hasrat saya.

Saya nak bantu lebih ramai orang dapat menurunkan berat badan dengan mudah
dan teknik yang terbukti berkesan seperti yang Abang Ketak ajar saya sebelum ini.

Saya merayu kepada Abang Ketak untuk meletakkan satu harga yang ramai rakyat
Malaysia mampu bayar. Akhirnya, atas rasa tanggung jawab untuk membantu
lebih ramai orang, Abang Ketak meletakkan bayaran komitmen sebanyak RM50
sahaja untuk tempoh 100 hari.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 143

“Kita tak boleh bagi free Firdaus, nanti mereka tak bagi komitmen. Sebab apa
saya caj RM600 untuk personal coahing? Sebab saya nak orang tu buat
bersungguh sungguh. Kesannya, dia akan kurus dengan cepat. Kalau murah, nanti
orang tak bagi komitmen.”
RM50 untuk 100 hari, ada orang yang akan mengikuti perkembangan anda
melalui Whatsapp. Bagi saya ia tersangat murah. Macam dapat coaching free la
senang kata.
Sebelum anda menyertai Program Now Everyone Can Kurus, saya cadangkan anda
tonton video “Video 7 Rahsia Kurus Dengan Mudah” terlebih dahulu. Anda akan
dapat banyak tips yang bermanfaat untuk anda. Ia 100% PERCUMA.
Anda akan dikongsikan cara bagaimana untuk anda sertai program Now Everyone
Can Kurus melalui video itu. Ketahui dan fahami syarat syarat lain bagaimana
anda boleh sertai program Now Everyone Can Kurus.
Jika anda belum tonton video ini, sila dapatkan link video ini daripada emel yang
dihantar kepada anda.
Percayalah !!!
Anda mesti bermotivasi untuk turunkan berat badan selepas menonton video
video itu. Saya kongsikan apa yang anda perlu tahu sebelum menurunkan berat
badan. Rugi sangat kalau anda tak tonton video itu.
“Nak kurus lebih mudah bila anda tahu caranya”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 144

BAB 29 : TESTIMONI 1 - “NOW EVERYONE
CAN KURUS (NECK)”

Nor Faisza – Berjaya Menurunkan 16kg

Menyertai Whatsapp Group Now Everyone Can Kurus (NECK) merupakan satu
pengalaman indah dalam hidup saya.
Dulu saya seorang yang sangat kurus. Tapi, itu dahulu 10 tahun yang lepas.
Selepas mula bertugas sebagai seorang auditor, saya sering dibawa makan ke
tempat-tempat yang mahal dan sedap oleh klien.
Kesibukan kerja menyebabkan saya tidak bersenam dan pemakanan saya tidak
terurus. Berat badan bertambah dengan mendadak, namun tidak dapat
dihiraukan atas tuntutan kerja hakiki.
Selepas itu, saya bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di salah sebuah
jabatan kerajaan. Atas faktor kesibukan bekerja, berat badan saya bertambah
sehingga 81kg.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 145

Menyertai NECK tidak menghalang saya untuk makan apa yang saya inginkan,
saya boleh mengambil makanan yang saya mahu dalam jumlah kalori yang
dibenarkan untuk saya. Syukur Alhamdulillah, saya diajar untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Bersederhana dalam pengambilan makanan dan
memberikan masa kepada diri saya untuk bersenam. It’s really changed me a lot.

Seperti yang ditekankan Abang Ketak, saya melalui satu ‘Proses’ mengubah cara
hidup saya. Dari hidup biasa-biasa menjadi hidup yang luar biasa. Ia satu
transformasi minda buat saya selepas mengetahui gaya hidup yang sihat. Ia
mengubah cara saya berfikir.

Pengambilan suplemen dengan cara yang betul, pada waktu yang betul sangat
membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga walaupun saya mengambil
kuantiti makanan yang kurang. Saya langsung tidak berasa lapar, bahkan sentiasa
berasa kenyang.

Ramai orang di luar sana cuba untuk kurus menggunakan produk Shaklee tetapi
gagal. Mengapa? Sebab mereka tidak makan suplemen ini mengikut cara yang
betul. Sebab itulah ia tidak berkesan. Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee,
pastikan anda mencari agen yang terbaik, bukan sekadar mahu menjual tetapi
yang betul-betul mahu membantu anda untuk kurus dan sihat.

Rakan rakan seperjuangan di dalam NECK sangat sangat positif. Kami banyak
berkongsi tip-tip kesihatan dan resipi resipi makanan yang berkhasiat, lazat dan
sihat.

Alhamdulillah, sekarang saya sudah mencapai berat badan ideal saya iaitu 65kg
dengan BMI 22.5 sahaja. Penurunan sebanyak 16kg dari berat badan asal
memberikan keyakinan kepada saya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari cara untuk turunkan berat badan
dengan seimbang, anda semua wajib join Group Now Everyone Can Kurus ini.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 146

Percayalah, anda akan diajar serta dibimbing untuk menurunkan berat badan dan
mengamalkan cara hidup sihat. Ingatlah pesan mentor saya, “Hidup Untuk Sihat.
Bila Sihat Pasti Kurus”
Terima kasih Abang Ketak. Terima kasih Abang Firdaus. Terima kasih Group Now
Everyone Can Kurus. You all are awesome.
“Kita Mencipta Realiti Kita Sendiri. Jika Kita Percaya Kita Boleh Kurus, Kita Betul.

Jika Kita Percaya Kita Susah Untuk Kurus, Pun Kita Betul. Kita Akan Dapat Apa
Yang Kita Fikirkan”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 147

TESTIMONI 2 - “THE IDEAL WEIGHT
CHALLENGE”

Seha – Turun dari 60kg ke 50kg dalam tempoh 100 hari

Saya sekarang bekerja di Pulau Pinang dan berusia 25 tahun.
Dengan ketinggian 153cm dan berat 60kg, Saya boleh dikategorikan sebagai
rendah dan chubby. Ya saya mengaku saya gemuk. Puncanya, saya tak jaga
makan. Saya suka makan di fastfood restaurant seperti Mc Donald, KFC dan lain
lain lagi. Ditambah pula dengan saya yang suka tidur. Ia pakej lengkap untuk berat
badan saya naik.
Peningkatan berat ini menyebabkan saya nampak seperti ‘Pohon Yang Rendang’.
Sebagai wanita yang masih bujang, Saya perlu menjaga penampilan diri. Saya
mula perasan saya gemuk bila cutting body macam dah out.
Tiba-tiba terasa macam banyak baju yang dah tak muat. Apa yang lebih
menggeramkan saya, ramai orang tiba-tiba tegur, “Eh Seha, kenapa sekarang
nampak macam gemuk jer?”

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA

NOW EVERYONE CAN KURUS!!! 148

Saya perlu menurunkan berat badan sebab saya akan berkahwin tidak lama lagi.
Saya malu, malu kena perli dengan kawan-kawan. Saya tak kira, saya nak pakai
balik baju lama saya. I need to get back my shape.

Tawaran Abang Firdaus kepada saya untuk menyertai Group Now Everyone Can
Kurus benar benar mengubah diri saya. ‘Terharu giler, best giler.’

Saya ada ramai kawan yang senasib dengan saya. Mereka semua adalah yang
seangkatan dengan saya geng-geng ‘kenderaan berat’. Perasaan nak kurus
membuak-buak kerana kami bersaing sesama sendiri. Tiba-tiba, rasa nak exercise
muncul kembali dan saya rasa semakin sihat.

Kalaulah ada orang yang cakap nak kurus tu susah, kesian sangat. Senang sajer
sebenarnya. Nak kurus bukan dengan cara tak boleh makan. Cuma kena belajar
kawal makan sahaja.

Saya diajar tentang pengambilan kalori harian yang betul. Dengan hanya
mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu menjaga pemakanan, bersenam sedikit
dan mengambil suplemen saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg
dalam tempoh 100 hari. Saya menggunakan produk seperti minyak ikan dan
serbuk protein sebagai suplemen tambahan saya

Nasihat saya kepada yang lain, jika nak kurus. Kuruslah dengan betul. Fokus nak
jadi sihat. Nanti korang akan kurus. Jagalah pemakanan, bukan tak boleh makan.

Kuruslah dengan senaman yang betul. Fokus kepada senaman senaman yang
membakar kalori yang tinggi.

Nak kurus tak perlu pergi ke gym. Saya buat dari rumah sahaja. Nasihat saya,
sertailah cabaran Now Everyone Can Kurus. Percayalah, anda akan teruja dengan
semangat yang ada dalam group itu nanti.

___________________________________________________________________________________
UNTUK EDARAN EMPAYAR MARIA FIRDAUS SAHAJA


Click to View FlipBook Version