Badai Tujuan
Wahai bulan yang memikat malam
Sampaikanlah tidurku
Untuk mengembara di bawah
Sinar raga cahayamu.
"..aku tahu ini tidak akan kekal!
Tidak ada cinta yang pernah menakluk batas masa!
Tidak ada keindahan yang kekal, bahkan milikmu!
Tetapi bagaimana aku berharap hatimu menjadi milikku~..."
Tekunan bulan menanggung segala soalan
Di cakrawala, badai jiwa terus memukul buas
Sementara awan dibiar menangis meliar
Dan sedang diri memujuk dan membelai kebohongan.
Doo Fahmie
49
Akhiri
Aku lemas
Lemas dalam saatnya mati
Merasakan sayap iman yang
merangkul erat.
Suara ramai itu kian mendekat
Di kejauhan sudah terdengar
Angin yang memanggil, menderu
Untuk neraka yang dihuni.
Bawa aku pulang
Bawa aku kemana semuanya berakhir.
Doo Fahmie
50
Djin
Bertahun
Hasrat hati dipenuhi luhur
Memukau jejak tawa dan hilai
Tersengih halus merasuk gemalai
Bertahun
Bersama, namun tidak bernada
Berusaha, malah goyah tindaknya.
Apa perlu di semai kasih?
Apa harus perasap jasad?
Peristiwa itu menjadi galur
Duduklah kau ditengah rusuk
Menjadi paksi pengantara dunia
Doo Fahmie
51
Sihir
Dia, penampilan separa telus
Jiwa, bentuk seperti kabus
Ia, terperangkap antara hidup dan mati
personaliti yang tidak kelihatan.
Ia, terus menyihir permandangan bumi
daripada pergi ke dunia yang jauh lebih
sempurna.
Jiwa, ditakdirkan dan melupakan,
apa yang mekar untuk mengulang
kembali, bukan menyeru.
Ia, histeria fenomena yang menjinjit kata di alam sana.
"..dengarkan.. dengarkan!
Tangisan sakit yang mengerang
menentang mati!"
Tutur kau dalam bahasa yang menakutkan
Mengetuk, dan mengaru dinding.
Tentu ada sebab kenap derhaka kau pada cahaya.
Dia,
Wujud.
Doo Fahmie
52
Gendang Setanggi
Ia datang dalam gelap malam
gelap yang menelan bintang
Satu demi satu tanda dilukis
dan mendatangkan ngeri di hati
Rentak gamelan menjelma tiba
Tiba rungut mencanang gelora
Mengusik akal yang menuju ritma
Nafiri disulam tarian bersama lara
Wujud menerpa seinci dari muka
Haruman menusuk pekat le rongga
Hadir dengan kecantikan luar biasa
Bersama sanggul bermata suasa
Doo Fahmie
53
Jengkal Khianat
Malam itu, mataku perlahan memutih
Darah pekat mengalir keluar dari urat
Sendirian dengan fikiran yang terseksa
Pudar malam juga datang menganggu dimensi
Malam itu, ribut, hari kabut, tiada berakhir;
Membolehkah aku meramalkan
tentang apa yang bakal terjadi
Telinga ini terus digoda dengan ketakutan
Dengar apa yang mula mengerang.
Malam itu, seakan menangung dosa
serta mengabaikan cerca sebelumnya
Bernantikan berat yang menungkah kata
Juga bersaksikan bisik mulut yang membaca
Malam itu, semakin menkhianati cahaya
Semuanya begitu sukar untuk difahami
Puas aku meyakinkan diri, memastikan
bakal akan ada esok menanti
Malam itu, aku diam memburu duka
Tanganku dikiam, dibalut paksa
Jeritan parau ini berubah menjadi tidak bermaya.
Malah yang melihat tidak mengendahkan
Aku mengalah
Aku berserah.
"Tuhan, apakah ini mati?"
Doo Fahmie
54
Dian
Melihat senja di ufuk barat,
Mendengar parau suaramu,
Membingit nafsu seteru,
Entah apa yang merih melarat.
"Aku masih mahumu!"
Lontaran nadih yang disimpan,
Seolah menahan gering yang lama,
Simpulan awan gemawan,
Menunduk sepi dibalik tawa.
Ditagih kasih sebaik asmara,
Ugutan kaku melontar nyata.
"Dibakarkan sahaja biar hilang sabda!"
Jika bahari dian kerdipmu,
Wujudlah, perlihatkan ghaibmu,
Semburan kasih mengeru hina,
Biadap termazkur menyulam rida.
Tenang.
"Aku masih disini"
Doo Fahmie
55
Mustika Ratna
Malam yamg memuja embun ,
Menyusun setiap bait tinta,
Purnama mencara hati meruntun,
Biar puisi pengantara hamba.
Santun sari pasak bumi,
Menyulam rakus merentap raksa,
Memukau ngilai sukma diri,
Raut puteri melamun hamba.
Menyulam malam meradai nista,
Kerdipan dian antara asmara,
Menabur raksi memendam cinta,
Pancur nikmat gemalai sutera.
Istiadat malam pesona lara,
Mustika kasih Ratna Chendana.
Doo Fahmie
56
Qalam
Antara wujud dan tidak,
Ia hadir dari sedar.
Sedang diri diufuk bentak,
Ia pujuk buang pudar.
Haluan melintang,
Susuk seri garang.
Oh,
Jemput tandang,
Kemari datang.
Wahai puteri rinduan qalam.
Doo Fahmie
57
Tatapan
Dijadikan coretan
Untuk selembar kerinduan
Menagih helaian ucapan
Meninggalkan senyuman.
Biar ditanggung seantara langit
Memilih menjadi beban
Demi membelai jiwa,
Biar aku dengar perit
Dari dijadikan tawanan
Yang membuai dusta.
Melihat sedihnya hati
Sering sahaja bersimpati
Andai hilang nanti
Siapa bakal memujuk sepi.
Meruntun tegak diluah
Melerai sakit dan rebah
Ratapan ini untuk disembah
Agar berlalu masa yang merubah.
Dibiar tenang.
Doo Fahmie
58
Mimpi
Aku melutut
Cuba menghadap ketakutan
Melalui cermin didalam mata
Dan, mimpi itu meruntuh.
Nyata,
Aku dapat merasakan,
Julangnya api menjilat dosa.
Dan, tiada sakit dirasa.
Aku menyerah,
Sangkaku mengalah
Tidak aku mampu memburu kata
Dan, mimpi itu meruntuh lagi.
Doo Fahmie
59
Dihunus Ombak
Jika laut yang dijanjikan,
Rela aku berteduh di pohon lebat,
Membiar ganasnya ombak tidak lagi menyakiti hati.
Lansung tidak melemaskam jasad yang berdiri.
Aku palingkan hapus,
Menghunus kejap segala rindu,
Membiar semuanya terbawa waktu,
Meskipun penuh dada menadah.
Dan,
Hati ini sahaja, rasa kelam,
Yang pekatnya lebih hitam dari
Seperenggan puisi.
Aku diam,
Mendengar bisingnya laut yang menghempas gelombang,
Nyata hati ini remuk redam,
Bahkan ombaknya kencang!
Bergulung dan menghempas derita.
Sejujurnya,
Laut itu sedang patah hati,
Seperti manusia yang hampa tanpa suara.
Merintih hati mati.
Tenanglah,
Tenanglah,
Aku masih disini.
Doo Fahmie
60
Suasa
Aku hitung setiap lok yg dibentuk
Untuk menghunus detik waktu
Agar jadinya jalan yang seraya
Dan memujuk setia isi raksa
Kau dihantar untuk dipersembah
Jadinya pengantara memecah malam
"Umpama aku penghindar gundah,
..dan kau tuan tindakan qalam?"
Dituju jauh runtuhkan kecewa
Gasak sembur rindu tercipta
Afwah tinta yang menhulur kata
Bukti arungan membelah cinta.
Doo Fahmie
61
Hikayat Lama
Terbit mentari
Kamar ditabir
Kemelut ratu
Menyikir biru
"...sepertinya hikayat
teja disihir tuah!"
Benar.
Doo Fahmie
62
Seorang
Kelak akan sunyi
Maka berdiri kau di tebing
yang menyeksa
Mendengar gema yang jauh
Memanggil;
Memanggil kau untuk menolak
Kecantikan yang layu
..dan tinggalkan segala dendam
Untuk menyambut malam
Malam tanpa akhir.
Doo Fahmie
63
Lindungan Tuan
Karya hitam ini
Kasad ditulis untuk
meletakkan kata-kata
pada luka yang terbuka
Ketika gemala dibentuk
senyum manis dari mulutnya
Terukir malu dibasahi embun
Menutup matanya dari pandangan
Negara bukit menjadi saksi
Yang dahulu beraut meta
Rida bergelut tiada ada bagainya
Semewangi jemput dicintai
Ghaib nasabnya.
Doo Fahmie
64
Janji Semula
"...tolongg.. tolonggg..
Mereka perasap kan tubuh ku
Untuk melempiaskan nafsu dunia mekera ."
"..aku tahu matamu melihatku
Semoga noda ini dikasihimu."
"..mulutku dibakar agar tidak bersuara
untuk sekang tindakan mereka"
"Aku janji. Tidak aku seperti yang lain"
Kau, bukanlah pendamping
Juga bukan baki saka untuk di banggakan
Kau, cuma peneman saat diselubung ragu.
Dahulu kau dipujuk untuk tidak
Membentak cara.
Dan cuma hanya aku yang tahu,
Suaramu,
Wajahmu,
Juga paraumu.
Meski tiada siapa yang percaya
Aku masih ada.
Seperti ke-anggunan mu yang kekal setia.
Senyuman itu kekal dinihari.
Doo Fahmie
65
Penutup Ghaib
Tidak wujud
Hanya mata dan bayangan
Tidak mampu melihat
Terselindung balik selaput hijab
Nuansa zahir dari manusia
Umpamanya sama cuma berbeza
Rintihanya halus tiada rungut
Di tari penyihir bercakerawala
Hanyalah bagi renungan lemah
Iradat yang tertulis di jiwa
Jinjang dahulu kian bertuan
Hajat termazkur penenang hati
Sebagai penutup
Puisi ini ada isinya.
Doo Fahmie
666
Tergantung Duniawi
Dia menenun kegelapan yang bermimpi
Tenunannya tenang dan tidak bersuara
"Aku menuntut kau atas nama diri
Dan terbakarlah di bawah cahaya
Api"
Gerbang ke atas gerbang
Pasang surut aliran gelombang
Kuat dan bercahaya
Namun derita tergantung di dunia
Langit
tetapi terperangkap dalam kepincangan
perlahan-lahan pudar
di luar kebinasaan duniawi
"Tapi apa gunanya aku!?"
Doo Fahmie
67
Menahan Perlu
Seberat awan yang menanggung
Penuh sebelum tumpas mengalah
Seperti menghindar perasaan hati
Takut kelak di ketahui mandiri
Lalu, di kejutkan oleh guruh
Mendentum segala lelah yang menahan
Awan itu, kian hitam
Tiada apa yang dapat di jelaskan
Arkian,
Hadir pula petir yang menjerkah keadaan
Memaksa nafsu gering berteriak
Memaksa luah apa yang terpendam
Lebat membasahi bumi
Sebegitu juga aku.
Yang menahan rasa perlu.
Doo Fahmie
68
Mhaya
Kan suatu ketita, matahari terbenam
Eratnya menjauh, tinggalkan kenangan
Rasa mengalir di atas angin nan sepi
Tetapi wangian itu mengatasi emosi
Atara wujud atau tidak jasadnya
Santun sahaja yang mewakili diri
Tetaplah kau mencatat ilham
Endahkan segala gangguan suara
Rataplah segala renungan yang memanggil
Bias membasah lidah membentuk tinta
Adakah mampu kau atasi semua?
Nanti datang ribut menghambur semua
Gentarkah kau dari tegak berdiri?
Tidak pernah aku bayangkan
Kau kini didalam karyaku.
Niskala, kau aku.
Diantara wujud.
Doo Fahmie
69
Nostalgia
Biarlah.
Biar, kau disini.
Hantaran tawa dari cerminan peduli
Biar di ragut ratusan senyuman
Yang menghentam takat serta waktu
Berteriak selindung akhir dari mati
Ngeri santuni puteri
"Kenapa tidak hantarkan aku kesana?"
"Jika terbeban matamu menanggung
kala!"
Ya,
Berdekad lama temani malam juang
Sebelum kumandang hilang pulang
Asal tunjuk jari langit diundang
Gemelai kabus di sebalik tentang
Ini tidak akan berakhir
Ini kekal bersaksi rumi
"Sehingga tertiupnya sangkakala!"
Sudah.
Doo Fahmie
70
Asmara Terakhir
Senja itu
seakan mengheret mentari
Merah mulai melintang rata
Yang menunggu.
Aku menulis puisi malam
Menitipkan salam pada rembulan
Memanggil nama yang dirindukan
Dan ribuan bintang mengukir senyum itu
Hangat renungan itu kunikmati
Rindu jatuh tepat diwajah pujangga
Terasa di detak denyut nadiku
Menjadikan kau yang sempurna
Teruntuk dirimu puisi ini
Membingkaikan rasa dalam bait
Memenuhi relung relung jiwa khayal
Sungguh kaulah yang kudamba
Yang terakhir.
Sinar senja leka melukis mega
Terkesima oleh raut personamu
Layak hati dalam nuansa jingga
Umpana cerita dibibir senja
Kau asmara.
Doo Fahmie
71
Gempita
Asalnya tidak diketahui
Menjulang tinggi di lubuk hati
Di bawah keganasan langit
Dan bertembung di antara bintang
Ghaib yang penuh tanda rasa
Berdesing telinga akibatnya
Keadaan seakan bertarung
Bertarung dengan diri.
Doo Fahmie
72
Senyuman Putih
Huru hara keadaan tadi
Tiba tiba diam beribu detak
Masyghul menetak diri
Mata tertumpu naluri meretak
Misalnya rindu ini di salah erti
Pulanglah sebentar memujuk diri
Kelak peluang nanti memikul duka
Menimbul lara serta masalah
Senyumlah rinduan
Senyumlah rinduan.
Doo Fahmie
73
Senandika
Tidak ternilai kata dan rupamu
Meski hanya batin yang bersuara
Itu sudah cukup buat aku bahagia
Sering juga mengadu kata lara
Berkundai ikal hitam rambutmu
Hitam senyummu nampak walau gelita
Di sajikan aku dengan gemalai tarimu
Memukau sejak dahulu
Oh kartika di balik mega
Sungguh tertanam jasadmu kini
Namun kau makin merasuk sakti
Aku terima menjadi damping
Menjadi senandika.
Doo Fahmie
74
Noda
Angin membawa cahaya malam
Berarak mengeliling waktu
Merangkak aku mencari cahaya
Udara dipenuhi dengan tragedi lama
Ditarik
Sedalam yang mungkin
Melayari kekosongan
Kelabu dan gelap
"..tuan, bebaskanlah aku
Dari perjalanan yang siksa"
Burung malam bersiulan
Hanya bertemankan puisi malam
Hanya berasmara dek ilusi minda Belaian Mimpi
Belaian malam yang panjang
Malam yang menjalar melintasi
lembah gelap
Jeritan yang menodai harapan
Menjerit mengutuk cahaya
Khabar angin juga kian memudar
Dan mewujudkan bauan yang serupa
Sekujur tubuh itu masih berdiri
Darah mengalir sejuk
Hati ini terdiam menakluk minda
"Adakah itu aku?"
Doo Fahmie
75
Al-Djin
Meliar mata keluar dari tingkap
Kaki terpasung kekal memijak tanah
Rintihan itu kembali melintas telinga
Tankai kalbu memeluk tenang
Manakan sama dunia ini
Masakan cahaya juga berbeza
Bersalahan masa memintal cinta
"Tapi kita di bawah langit yang sama!"
Sudah lama tekandung dalam hati
Hubugan ini dilarang minda
Memaksa sukma separa sedar
Takdir pasti merasa murka
Sahifah ini
Untuk yang mendamping selama ini
Selembar kasih untuk kerinduan.
Doo Fahmie
76
Cempaka
Berkundai mulus memuji ratna
Dua tangan menatang dulang
Membawa geta memerintah hati
Maka terhidang dan bertentukan
Jauh disana ramai merenung
Tiada riak durja kelihatan
Tiba berdentum sirna senyuman
Merekah bibir mengetap takdir
Ini saksi keramaian
Dirajah cempaka berdarah fana.
Doo Fahmie
77
Cermin I
Dinding dimensi refleksi
Merungkai segala yang terlindung
Sering sahaja mengintai dari dalam
Tanpa diketahui
Ada yang nyata di dalamnya
Satu kehidupan yang lain dari luar
Bezanya cuma tiada suara cuma kelaku
Jelas dan terang mencemburui asal
Sebermula
Saat tangan in mencelup dimensi
Ada yang menyambut mesra
Bimbang lama yang lemas dalam arungan
Kini lenyap diatip kekemasan rasa
Meski yang mengadap berterusan muram
Rela sama rasa menempuh tanpa curiga.
Hati bakal memerhati
Menyentuh dunia dimensi.
Doo Fahmie
78
Cermin II
Cukup sepurnama
Yang berkelip tidak lagi akur
Raut wajah tidak lagi menegur
Ingin juga miliki jiwa
Hening malam itu
Lalai menatap di alam chermin
Dengan perlahan ukiran bibir dicipta
Parau suaranya mula berbicara
"Izinkan aku menjadi kamu
Mendeklamasikan setiap tinta"
Dalam samar menghilang renungan tadi
Sapaan salam muncul dari belakang
Dengan rela
Aku melihat aku
Sedang menatap dan gugur separuh jiwa.
Doo Fahmie
79
Bernafas Api
Terkurung syaitan di malam sepi
Sebelum mereka menyelimuti langit
Ketika pergolakan mencakar minta
Lahir sayap menghitam dan terbang
Memakai wajah lain melukis dunia
Mengkhianati gegelung fana
Ini adalah panggilan untuk yang hadir
Ucapan salam para penyihir
"Berbangkitlah kau yang mati malam
Ikuti jalan yang ditetapkan
Kafan ini kafan lama
Mantera malam berpujangga”
Mahkota dari raja yang disembelih
Tangisan mangsa tanpa kepala"
Tangan ini bergetar
Bukan krana takut
Tetapi keinginan untuk menahan
Hati yang berdebar di dada.
Doo Fahmie
80
Berasian
Aku pernah melihat hutan yang terbakar
Menggelegak di seluruh dinding mimpi
Ianya terbakar dengan api yang menjalar
Walaupun begitu tiada panas terasa di hati
Gugur sehala aksara akibat bahang
Pokok yang tadi tegap menggeliat merekah
Terhuyung hayang melambai mati
Siap menjadi abu dan terus di terbang angin
Di hujung pengakhiran itu
Mata tertumpu pada satu susuk tubuh
Melihat jauh seorang gadis yang leka
Menjilat julangan api menebus silam
Bagaikan jiwa berparak dari rautnya.
Doo Fahmie
81
Tagih Kasih
Mana mungkin kau bebas
dari ketentuan!
Mana mungkin kau menokah
kencangnya tomahan!
Kau diatas ibarat pekak membuta!
Tunjuk rela dan jaga jika kau ada!
Tunjuk!.
Doo Fahmie
82
Relung Takdir
Hitam senyumanmu
Gelap gelung mata
Perjanjian di atas materai
Memaksi kudus.
Doo Fahmie
83
Wujud
Aku masih lagi bisa merasakanmu
Sama seperti pagi pagi itu
mendengar suaramu yang menyanyi berketawa
Masih melihat sosok mu di ruang jenaka kita.
Kau wujud.
Baumu,
masih lagi bisaku hidu
kadang berlari aku mengekori
mengira kau pulang ternyata hanya bawaan angin.
Kau wujud.
Wujud dalam rekaanku
kekal dalam maya ku.
Doo Fahmie
84
Gusar (Puisi Untuk Nadia)
Andaian meraut tafsiran itu dengan pelahan
Merobek fikiran dan terus menghilang
Lambaian mesra juga turut memudar
Bibir ini lebih menepis senyum
Mimpi-mimpi lain datang mengarut tidur
Tiada lagi tentang mimpi indah
Yang dulu dipuja menjadi tafsiran dunia
Kini merubah putaran sekelip mata
Gusar,
Ruh ini juga jadi lemah dengan segala dugaan
Takut jika langkah ini meretak lantai syurga
Segala apa yang terjadi ini
Gusar diam ini seribu makna
Gemelut hati dan jiwa
Meronta dalam setiap tinta
Gusar,
Sejujurnya aku cuma setia bersama
Menunggu setiap rancanganMu
Pilu diri ini aku pujukan bersama
Sabar menanti keajaiban dunia.
Doo Fahmie
85
Bimbang
Banyak malam yang tenat
Untuk ditanggung.
Dibawah purnama dan langit
Terlentang aku memaksa pejam.
Lengan ini terjalin
Jari seakan mengait bait purnama
Lidah bergulung menyaksi akan rahsia
Diam memburu kata.
Keluhan ini untuk purnama,
Asalnya siang mentari melecur diri
Doo Fahmie
86
Khianat Mimpi
Menkhianati cahaya
Sisi berpelukan gelap
Jahanam semua mimpi
Semua hanya jin-jin yang cemburu
Moga ada angin meniup
Merapat mata yang menjeling
Pucat harapan dari ilusi
Tangisan tidak lagi dipeduli
Teriaknya adalah puisi
Jeritan dari sanubari.
Doo Fahmie
87
Gantung Bertali Api
Sudah tercapai akal
Di balik relung atas
Hanya selangkah
Maka
Tercapai hajat.
Tersarung kemas
Berlinang terhempas
Pulas mengganas
Terhenti nafas
Mati terlintas.
Doo Fahmie
88
Yang Teratas
Kasih yang teratas
Izinkan semuanya terbilas
Dari noda dan panas yang menyelar diri
Benar,
Ini semua hakikat.
Doo Fahmie
89
Sepuluh Ribu Rindu I
Seharusnya aku lebih dahulu mengetahui
Tentang rindu yang berputik di kalbu
Selepas pertama kali melihat ukiran senyummu
Yang di kait bersama cinta.
Sepuasnya aku menepis keraguan ini
Agar tidak membiarkan tengelam senyum itu di dalam hati
Namun tempias yang dibiar itu
Sudah pun mengalir
Bergenang memenuhi ruangan diri.
Jika terlafaz madah waktu itu
Maka tiada kebohongan meludah keluar dari lidah
Yang pastinya ingin mematri rindu serta bait cinta Yakni kekal melingkari
hati
Sejak itu
Yakin senyum itu bukan untuk aku
Ukiran yang hanya bayangan mata
Hadir cuma memenuhi ruangan aksara
Atara wujud atau tidak ketika waktunya
Demi memenuhi isi di antara wujud
Adanya kau ianya cukup memadai
Sejak itu
Rahsia tetap rahsia
Kekallah kau di dalam puisi
Sepuluh ribu rindu pun ia tetap di sini.
Doo Fahmie
90
Sepuluh Ribu Rindu II
Puisi tetap di karang seperti untaian yang tiada noktah
Biarpun di tolak mentah atas sebab tiada makna
Tiada faham di balik mata yang membaca
Dan ada juga tembok yang menghalang pengaruh
Nukilan demi nukilan hampir tiada bukti
Istilah nuansa hamparan sebalik ilusi
Mungkinkah diri yang terpegun sendiri
Tegak di antara perhatian serta mencari paksi
Hening
Pepohon disember yang berbalut sunyi
Hanya angin yang berbisik dan begema di lorong mimpi
Yang memudarkan bintang satu persatu
Kemudian
Menghilang di langit rindu
“..kelak kau tahu.”
Doo Fahmie
91
Sepuluh Ribu Rindu III
Bersembunyi di sebalik latar langit
Gusar jika bayang ini menganggu cerah
...Kita sama
Masih muda dan sesat juga takut
Menungkah arus keadaan
.. Dan takdir tidak menyebelahi kita
Ya itu memang benar
Di biarkan simpan menjadi rindu
“..biarlah berlalu”
Doo Fahmie
92
Sepuluh Ribu Rindu IV
“Tenanglah aku masih di sini”
Jika perginya kau mengikut takdir
Leka aku di sini melihat ganasnya ombak memukul pantai
Seakan menghunus kejam perasaan yang di simpan lama
Rela aku tidak menjanjikan laut kerna risau akan kejamnya badai
Aku hanya mampu menaruh sepuluh ribu rindu
Dengan sedar tahu ada yang sudah aku miliki
Namun terpesona dengan nada dan ragamu
Ertinya harus aku wujudkan satu penghalang diri
Ombak semakin rakus menghempas menujah pantai
Berbuih hujungnya bergulung bersama pasir
Hampir tenat pasang menunggu surut
Semakin lama rindu sedalam hati yang menurut
Semahu kudrat ini menentang perasaan
Yang sekarang semakin melepaskan
Untuk sekian kalinya
“..rindu ini bukan dendam”
Doo Fahmie
93
Sepuluh Ribu Rindu V
“Yang terakhir..”
Saat itu nanti tiada lagi aku
Ego ini akan mengusik relung metafora
Pancabicara di kemas rapi di tengkolok raja
Untuk istiadat menghalalkan si puteri raksa
Lakaran kelu perlahan melepas dan paksa melara
Ungu terus meredup kelibat istana
Hingga terkaku aku berteduh di sebalik mega
Rakus sukma menggeliat dan berteriak tahu
Iklim merubah langit menggulung awan senja
Batin memaku lidah membuang segala belenggu
Ufuk bakal melabuhkan tirai terbenamnya cahaya
Ralit aku di dalam naskhah bersamamu
Inginkan yang kekal tetapi mustahil caranya
Nikmat ini penganti sebagai penanda lembaran
Dan sebahagian puisi ini tanda rindu
Untuk dibekalkan suatu masa nanti
“..aku janji, ini pengakhirannya”
Doo Fahmie
94
Niskala (di Antara Wujud)
Satu puisi yang akan tertulis
Seperti ianya bakal menjadi pengakhiran kelak
Yang mengharap dakap yang telus
Serta irama di dalam nada bercumbuan
Tidakkah kau yang menyeru aku?
Menerpa sebaiknya wujud jelmaanku
Jadi kenapa sekarang hilang jejak mu?
Lalu tertanya-tanya adakah mata ini
akan menangkap tanda simpati
yang masih citra dambakan?
atau percikan kewujudan ini hanya khayalan?
Aku kian di tundukkan oleh sensasi malam,
diselubungi oleh godaan manis yang merekah
Absah di alam tidur dan membiarkan roh ini
terus bermimpi lagi.
Tiada yang mustahil
Buntang pandangan saat terbuka hijabku
Menjadikan apa yang mujarad nyata di hadapan,
Terpesona
Meski senyapmu sahaja tetap dipuja.
Doo Fahmie
95
Sebalik Paradigma
Tentunya ini bukan yang terakhir
Akan ada yang ditakdirkan berkata dalam puisi.
Mungkin nanti.
Doo Fahmie
96