The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Doo Fahmie, 2022-10-12 03:57:20

SUSUNAN BUKU NISKALA_V32 reduce

SUSUNAN BUKU NISKALA_V32 reduce

Ruang Beradu

Pejam kan mata dan lena lah,
biar di buai mimpi indah,
biar meninggalkan nyata sementara,
biar hilang lelah,
punah segala duka,
meski hanya seketika,
nikmati lah malam sepi,
di sudut ruang beradu malam ini.
Suryanie Sr

149

Gelisah

Ada yang membeku mengeras hampir membatu,
meratap buntu yang tak kunjung berlalu,
gelisah mulai membuku mengisahkan segala cerita sendu,
hari semakin bungkam hilang arah hanya kelam,
entah apa yang tengah digenggam tapi rasanya seakan menikam,
eratnya tak rela melepaskan,
kebodohan atau kesabaran, pun aku tak jelas tentang perasaan.
Suryanie Sr

150

Keruh

Harap lenyap dari nyata seketika sekadar mahu berdiam dalam lenanya
malam,
sembunyi dari rasa yang menikam,
lelah menahan resah yang menerkam,
buntu dalam telunjuk arah yang keruh,
meraung meminta hala malah dihulur luka yang tak berdarah,
perihnya meresap tak mahu henti menghempap,
tersungkur kaku menahan sebak yang kian terpaku pada rasa ku.
Suryanie Sr

151

Perih

Perih hadir kala pergi,
sepi menghentam berkali,
cukup lah sekali,
takkan berpaut lagi pada tangan yang menepis dengan bengis,
detik lalu ku ratap kini tak lebih dari sekadar lembaran lusuh yang jelas harus
ku buang jauh,
tentang rasa waktu itu, sudah termati kan dalam hembusan kekecewaan.
Suryanie Sr

152

Salahku

Sekali lagi dipersulitkan oleh fikiran yang hanya menerkam sia sia waktu ku,
akal celaru meratap luluh,
mengherdik rasa yang ku paku,
yang tak bertelinga hanya kaku dan bisu,
tak serik tetap kulantangkan leka,
hingga langsung tak menilik kurang dan salah yang nyata.
Suryanie Sr

153

Kosong Yang Bening

Kosong yang bening,
hadir pada hening dipersekitaran bising,
merosot sudah segala riang,
membawa banyak fikir pada cerita usang,
bergemuruh perasaan,
pekatnya hambar pada tiap tegukan
mencuba menjejaki keikhlasan,
celakanya hanya jemuh dalam penemuan.
Suryanie Sr

154













“Teruslah Berharap Kerana
Ia Percuma.”



Mencari

Titisan hujan pada senja sunyi,
membawa pada keresahan,
antara realiti yang laju berlari,
atau mimpi dogeng yang selalu dicanangkan.
Senja untuk lelaki ini,
sekadar untuk memberi luka.
Pertembungan rasa dalam jutaan enigma,
seluruh jiwa bungkam,
asa hampir hilang harapan untuk berjalan.
Doa masih belum diperkenan tuhan.
Semoga esok bukan lagi tentang "tidak",
ia tentang jawapan dari banyaknya persoalan,
yang sepanjang hidup ini masih kekal rahsia.
Kunas Saleh

163

Selesai

Setelah bertahun lamanya mencuba mencari jalan keluar dari penyesalan,
akhirnya aku menemukannya di persimpangan perjalananku. Ada sepancar
cahaya di antara jejalanan yang aku lewati malam itu.
Kamu bukan lagi menjadi yang kucari selama ini, melalui perjalanan yang
usianya sudah memasuki angka tiga .
Ya, permulaan ini ialah titik di mana aku harus berhenti menyebutmu sebagai
“kamu” dan menemukan seseorang lain untuk dipanggil seperti itu.
Terima kasih, Puan. Atas perasaan yang kucintai ini, meskipun kamu tidak
mengetahuinya. Sudah waktunya, aku pergi. Sudah waktunya kamu
menikmati bahagiamu seutuhnya.
Kunas Saleh

164

Untuk Kesekian Kali

Pada bangku jiwa
Bersandar semua lelah,
Masa kian diterbangkan,
Jauh dan hilang.
Lembar puisi yang tak bernyawa,
Baitnya melingkar disekujur asa,
Sepertinya mahu membunuh keengganan,
Yang telah lama disemayamkan.
Ditulis tanpa ritma,
Tiada alunan kata manja,
Tapi masih mengikut arah,
Ibarat anak senja pulang ke rumah.
Dalam gusar yang tak terkawal,
Tertumpah diksi yang kelam,
Banyak cerita tentang semalam,
Memaksa aku untuk ulang.
Dalam puisi yang tak berjantina,
Serta doa yang tak kunjung dikabulkan,
Tuhan, untuk kesekian kalinya,
Aku memohon terus baik pada aku.

Kunas Saleh

165

Sebenarnya

Membiarkan nada benci beralun perlahan,
Memecah segenap keinginan.
Tanpa kesetian yang pernah dicanang,
Dan janji mahu kekal sehingga hujung jalan.
Melihat sunyi dihelaian akhir nota,
Dipenuhi bahasa rindu,
Tentang lena yang tidak terdakap,
Mimpi yang jatuh berciciran.
Derapan cinta tidak lagi kedengaran,
Hanya bahasa marah paling dalam,
Kata mu hati ku bukan lagi tempat yang nyaman,
Hingga sedikit sayang pun tak mahu kau tinggalkan.
Pada hujung cerita,
Kita sebenarnya lemas dalam keraguan.
Kunas Saleh

166

Berbisik

Berbisik,
Sunyi.
Berbisik lagi,
Hampa.
Terus berbisik
Gundah.
Dan masih berbisik,
Luka.
Rumah sunyi, kamar berantakan,
Tanggal di dinding semakin tua.
Ini bukan lagi tentang pesona,
Semua kerana dosa.

Kunas Saleh

167

Kita

Kamu dan aku,
Menjadi kita.
Dalam relung cinta,
Penuh dengan kicau bahagia,
Membangkit ghairah mesra,
Dengan banyak batas yang terjaga.
Datang menjemput keindahan,
Kita dengan segudang senyuman,
Meratah setiap masa yang ada,
Seperti di sini cuma ada kita.
Jangan guna resah mu,
Jika puisi ku jarang ada kamu,
Carilah disetiap doa ku,
Banyak nama mu di situ.

Kunas Saleh

168

Selamat Merayakan

Tika usia berterusan berjalan,
Semakin banyak mimpi yang harus dipertahankan,
Diantara segarnya kelopak masa depan,
Hingga lesunya kenangan.
Tampunglah berjuta doa,
Sihat dan umur panjang,
Dengan amin yang seluas - luasnya,
Dan cukup dengan bait yang sederhana.
Tersenyumlah,
Raikanlah kebahagian ini,
Walau usia semakin berkurang,
Cukuplah tahu tuhan masih sayang.
Pada hari kelahiran ini,
Hanya doa yang penuh puja kata - kata,
Sebagai bungkusan untuk kamu,
Semoga sentiasa indah pada waktunya.

Kunas Saleh

169

Malam Ini

Kelip - kelip malam tengah kota,
Kita hilang dalam hiruk - pikuknya,
Secawan teh manis berasap,
Menjadi malam semakin diam.
Imbauan pertama berbentuk cinta,
Perlahan - lahan hilang,
Cerita tentang yang dulu,
Membuat mimpi ini tanpa hujung.
Pertemuan semula ini,
Semenjak yang terakhir kita saling menyalahkan,
Membongkar setiap silap yang tidak jelas,
Kau dan aku pergi dengan kebencian.
Malam ini,
Kita cuba semula menghurai tentang caci maki itu,
Memaafkan setiap kata yang melukakan,
Malam ini,
Kita cuba sedaya yang mampu,
Dan berharap ia tak pernah berlaku.

Kunas Saleh

170

Berbahagialah

Secangkir teh masih berasap,
Dihirup perlahan dan menghela nafas.
Masih sendiri melayan senja,
Sambil menikmati bingitnya kota.
Bangku di sebelah masih kosong,
Pemiliknya telah pergi,
Belum sempat membuktikan,
Bahawa dia akan bahagia.
Dia lebih memilih mengetuk ke lain hati,
Tanpa mahu menunggu sebentar saja,
Untuk tertutasnya janji,
Begitu pun aku melutut memohon untuk sekali lagi.
Tak mengapa jika itu hendaknya,
Asap nikotin memenuhi udara,
Kabut rindu mula beransur reda,
Tak mahu lagi ada yang terdera.
Semoga kau lebih bahagia,
Dengan hati mana pun yang kau pilih,
Walau tanpa aku,
Kau harus tetap begitu.

Kunas Saleh

171

Dia Mahu Pergi

Pagi ini suram,
Tiada sarapan di atas meja.
Kau berdiri di muka pintu,
Kata mu mahu pergi,
Tak mahu lagi di sini.
Aku bertanya perihal tentang maksud mu,
Hingga kau mahu pergi,
Dan memutuskan tak mahu lagi di sini.
Duduklah sebentar,
Ceritakan apa yang telah menghancurkan hati mu,
Biar ku cuba merasai itu.
Jika itu tentang cinta yang sudah tiada,
Aku lebih memilih kalah,
Tanpa mahu tahu kau mahu pergi ke mana.

Kunas Saleh

172

Pengakhiran

Aku memberanikan diri meninggalkan cinta di kota mu,
tempat yang jauh dari rumah,
ku terbang bersama angin membelah awan,
membawa bersama semua harapan.
Kamu titipkan puisi dengan nada berbunyi sayang,
saat kita dipeluk kejauhan,
ku baca sambil ditemani secangkir cinta,
yang ku seduh dengan kerinduan.
Tapi...
Itu tentang semalam yang hilang,
Rupanya kita sudah selesai,
Tanpa tunggu ke hujung jalan.
Pada derapan gerimis tadi senja,
Aku masih mengenang mu,
Dalam bentuk indah yang luka.

Kunas Saleh

173

Apakah Kau Mahu?

Pada hari perpisahan kita
Kau pernah berkata - -
Kita mungkin...
Tak lagi saling sapa,
Tak mungking saling kenal lagi,
Kerana kita dipisah oleh tembok kebencian.
Tapi aku mungkin tidak begitu
Aku akan mengenang mu sebagai hal terindah
Yang datang pada waktu yang tidak tepat.
Dan bila kau punya kekasih baru
Apakah kau mahu menceritakan tentang aku?

Kunas Saleh

174

Semoga Kekal Berdua

Mari kesini
aku mahu berbisik
tentang semua yang dirasa
terutama tentang kita.
Diantara jalur hidup yang terus memanjang,
telah banyak pintu yang aku ketuk,
akhirnya ku menemukan kau,
Setiap nafas mu adalah cinta,
setiap tawa mu adalah sayang,
setiap senyum mu adalah syurga.
Semoga terus bersama,
kekal berdua.

Kunas Saleh

175

Semoga

Pada puncak keresahan yang dipertanyakan hanyalah tentang doa yang
belum diperkenankan.
Semoga tuhan terus merahmati setiap punca daya kita,
dan terbuka semalam untuk kembali merawat sudut sunyi,
Kunas Saleh

176

Lima Tahun Lalu

Bukan lagi tentang kita,
Hanya siulan sunyi yang digemakan,
Menelan sisa - sisa keampuhan.
Likat genangan hujan jadi bah,
Malam ini semua lemas.
Aku hilang di rajah dunia,
Pentas doa terabai,
Hanya kupu - kupu menutup masa.
Kenangan ini,
Ia masih pada harapan yang sama,
Dipelukan yang kosong,
Tetap tak berubah.
Apa masih boleh kita kongsi ketawa?
Untuk sekali lagi.
Jika kau mahu datang lagi - -
Di bawah lampu jalan,
Diantara deretan rumah kedai,
aku tunggu di situ,
Macam selalu.
Persis lima tahun lalu.

Kunas Saleh

177

Kau Dan Pergi

Bersila digaris waktu,
Penantian ini makin membusuk,
Mencari - cari sayang dalam timbunan benci,
Tanpa ada kata mahu berhenti.
Kamar gelap,
Si pemabuk sepi kian khayal,
Meneguk setiap titisan harapan.
Hati ini,
bukan lagi tempat yang nyaman untuk kau huni,
Kau lebih memilih berpindah ke lain hati,
Tanpa kau sedar, kau membiarkan ku mati.
Kunas Saleh

178

Semua

Ku tulis tentang semua,
yang kerap belegar - legar diudara.
Setiap hembusan menjadi hangat,
Membuat hidup tak lihat nyata.
Diantara doa yang tak sempat diaminkan,
Ada rindu yang sedang menekan didada kiri.
Dari mata malam yang kesal,
Bening air mengalir perlahan.
Sudut sunyi yang memantulkan keriuhan,
Datang seutas senyuman penuh perih.
Di jalan yang penuh lengang,
Cuma terlihat semalam yang mahu pulang.
Jiwa tertinggal di kaki lima,
Menjadikan rumah bukan lagi syurga.
Dan pada puncak keresahan,
Yang dipertanyakan hanya.... Kenapa?

Kunas Saleh

179

Terlalu Dalam

Segala ruang pada akhirnya akan menemui sunyi,
Begitu pun tempat yang kau namai hati,
Bahkan ketika kamu mahu pergi,
Hati ini tidak mampu untuk menahan mu walau sebentar.
Aku mencintai mu terlalu dalam,
Dan itu membuat ku mati perlahan - lahan.
Kunas Saleh

180

Ini Tentang Patah Hati

ku sedang kehilangan diksi
Dua puluh enam huruf yang aku punya seakan mati,
Tak mampu ku rungkaikan.
Sebuah perpisahan cukup membuat hati ini penuh hujan,
Apakah untuk melupakan sesusah ini?
Sehingga pengakhiran sentiasa aku fikirkan.
Selain bahagia,
Cinta juga boleh jadi prahara.
Ia merenggut semua dihidup mu.
Senandungku menjerit,
melukiskan gundah gulana,
Di antara senja menuju gelap.
Setelah semua pergi,
Hati ini tidak lagi di sini
Ia tenggelam dalam penyesalan.
Hari sepi,
Tawa tak bernyawa,
Cukup payah menenangkan hati yang patah.

Kunas Saleh

181

Tetaplah

Aku menapak menuju kepulangan,
Antara cinta dan kerinduan,
Biar ku pikul keduanya,
Agar aku tak sesat dipertengahan jalan.
Kesuraman kita tidak kebah,
Jika senyum mu mengukirkan gundah,
Bila derap ragu mu semakin kencang,
Dan kisah semalam masih diutarakan.
Percayalah tentang kita,
Telah ku genggam janji ini erat,
Mungkin kita dipisah kejauhan,
Tapi hati tetap dekat.
Tunggu sejenak untuk aku,
Tak lama pasti kembali,
Menampal bolong pada impian,
Dan merebut semula masa kita yang hilang.

Kunas Saleh

182

Misteri

Kau dalam misteri,
Payah untuk dirungkai,
Tiada kata yang tepat,
Walau suara mu terus bergema.
Kau sentiasa terdepan,
Melaung puja - puji cinta,
Dibalik puisi indah yang kau karang,
Masih ku bertanya kau siapa?
Dengan sedikit jeritan,
Kau membangkitkan sebuah keinginan,
Menjadikan aku khayal,
Lemas dalam kata - kata indah mu.
Tapi kau terlalu sukar untuk didekati,
Berterusan mengelak untuk diketahui,
Wahai si pendeklamasi cinta,
Apa kau sedang membina keengganan?
Bayangkan maksud tersulit,
Di situ kau bermukim,
Memagar setiap inci raga mu,
Tanpa ada kesempatan sedikit pun.

Kunas Saleh

183

Aku Dan Tuhan

Bahasa sunyi menggigit malan,
Mata terbuai selok kesuma,
Melampias segala macam sedih,
Pada hujung telinga tangis bersenda.
Sisa noda berlumuran,
Kalam gemuruh membingitkan,
Jiwa kasar meraba - raba,
Mencari sepancar cahaya.
Berbisik pada tuhan,
Pasrah untuk semua rasa,
Dari mula daya,
Sampai ke hujung asa.
Merangkul semua doa,
Dalam setiap tangisan,
Dengan raga paling hina,
Agar tuhan terus baik dengan ku.

Kunas Saleh

184

LRT Bangsar - Dato Keramat

Tiada bangku kosong,
Hanya tiang besi untuk berpaut,
Dan dalam ruang ini,
Mereka kelihatan letih.
Mungkin saja dari tadi subuh,
Memerah setiap nyawa yang ada,
Untuk kesenangan disetiap hidup,
Atau mungkin raga yang menunggu di rumah.
Melihat panorama bermacam cerita,
Para marhean sentiasa tercabar,
Mengejar masa yang semakin melaju,
Tanda sedetik pun terlewatkan.
Senja di kota,
Masa untuk pulang ke rumah,
Setelah penat bergelut merebut peluang tadi siang,
Rehat dan esok kembali ulang.
Kunas Saleh

185

Aku, Kau Dan Malam Tahun Baru

Untuk kau gadis,
Yang hancur dihujung disember,
Aku ada untuk malam tahun baru mu,
Bersama melihat letus bunga api bersama.
Lihatlah luar jendela,
Aku datang dengan sekutum bunga
Jika kau tak suka,
Boleh ku ganti dengan gula - gula.
Bangkit dari katil, lupakan tangis mu.
Bersiaplah dengan tas mu
Mari ku bawa kau pergi,
Menikmati malam hingga dini hari.
Jangan merasa tiada yang peduli,
Jika langkah mu terasa sakit,
Hati mu sentiasa dalam kesedihan,
Percayalah, tuhan masih selalu memeluk mu.
Jika kau masih tetap merasa sendiri,
Aku sentiasa ada di sini,
Sebab selain tuhan,
Akulah orang selalu mencintai.

Kunas Saleh

186

Malam Suram

Kau rakus merasuk mimpi,
Menjamah setiap malam ku,
Membuai dengan kejam,
Tiada belas kasihan.
Ini tentang kenangan,
Datang ketika semua tenang,
Menghancurkan segenap kewarasan,
Hingga mata menjadi genangan.
Ia tak berupa,
Tapi cukup menakutkan.
Menjadikan dada sesak,
Menahan setiap tusukan.
Hanya cacian menghiasi dinding malam,
Beronakan salah dan menyalahkan,
Setiap bicara hanya sebuah dosa,
Yang berterusan membenci semalam.
Dia datang setiap malam,
Memaksa memutar ulang,
Tentang perkara yang hilang
Kemudian meracuni setiap lena.

Kunas Saleh

187

Senja Ini

Dimansuhkan sementara sunyi,
Langit senja kian merona jingga,
Semeja berdua di bawah neon samar,
Meraih kembali masa - masa yang hilang.
Senja ini kita berkongsi cerita -
Tentang tuhan,
Tentang keluarga,
Tentang dunia.
Dan kita mula melangkah lebih jauh -
Tentang cinta,
Tentang rindu,
Tentang kita.
Sepertinya tak mahu senja ini berakhir,
Kerana takut senja yang lain tak seperti ini,
Yang penuh senyum dan bahagia,
Dan manis tanpa perlu gula.
Kisah kita ini,
Jangan pernah habis membilang hari,
Semoga untuk selamanya,
Kau dan aku menjadi kita.

Kunas Saleh

188

Hampir

Aku dan kau,
Setitik saja dari perpisahan,
Bila amarah saling sahut - menyahut,
Tanpa ada petanda berhenti.
Keraguan yang ditakuti menerpa,
Menjadikan kita semakin marak,
Dan bahagia seperti menuju kebinasaan.
Sepertinya gagal untuk bertahan.
Bila saja ini semakin sukar,
Kita semakin hilang arah,
Setiap pertemuan sentiasa ada yang luka,
Sepertinya ada pertempuran.
Jika gagal terselamatkan,
Jangan kita pernah membenci,
Kerana kau dan aku pernah menjadi kita,
Kita pernah saling mencinta.

Kunas Saleh

189

Isolasi

Tetaplah bertahan disini,
memujuk hari-hari yang berat,
yang tak tahu hujungnya.
Sedang mengeluh, aku takut.
Tuhan tolonglah,
dunia ini semakin tenat,
satu-satu mati, setiap hari tanpa henti.
Ini adalah sakit yang mengembara
dari tembok besar ke serata dunia,
ia seperti cinta buta,
tak melihat rupa, menyebar ke sesiapa.
Kakak hubungi ku tadi pagi,
dia bertanya bila semua ini akan berakhir?
Kerana dia terlalu rindu pelukan dari seorang adik.
Tetaplah di rumah.

Kunas Saleh

190

Datanglah

Pintu telah dibuka,
Tangan ini sudah terdepa,
Jadi peluklah aku dengan erat,
Tanpa mahu melepaskan.
Jiwa ini sentiasa kamu ada,
Rindu yang tak pernah kotang,
Menunggu kau datang,
Untuk aku menuai sayang.
Jika kau tak tiba,
Cukup bayang mu saja,
Agar aku merasa ditemani,
Untuk sepanjang usia.
Kunas Saleh

191

Hari Terakhir

Hari - hari terakhir,
Aku masih membisu di kamar,
Membiarkan kau hilang perlahan,
Tanpa senyum yang tertinggal.
Kita ditinggalkan kepercayaan,
Kau dan aku makin jauh,
Tangan tidak lagi seiringan,
Tak ada lagi kata bersama.
Melihat kau dengan paling dalam,
Kicauan sunyi membingitkan,
Detak cinta tidak terdengar lagi,
Hanya helaian kesetian yang terbakar.
Banyak yang belum kesampaian,
Seperti yang pernah kita janjikan,
Dan kau memilih pergi,
Meninggalkan aku dan balang yang penuh kenangan.

Kunas Saleh

192

Semoga Yang Terakhir

Izinkan aku menodai lena mu dengan rindu,
Supaya kau menjadi bulan menerangi malam ku,
Dan belailah sayang tanpa perlu tahu,
Siapa yang datang sebelum kamu.
Semoga kau yang terakhir datang,
Menemani disetiap usia,
Sama - sama berkongsi rasa,
Harap kau menetap selamanya.
Jangan takut kau tak akan pernah terluka.
Kerana ku tahu sakitnya dikecewa,
Duduk dan sandarlah kepala mu dibahu ku,
Kau pasti nyaman di situ.
Kunas Saleh

193

Untuk Wanita Tercantik

Jika aku bersayap,
Akan ku bawa kau terbang,
Menelusur bintang - bintang,
Kita cerahkan langit malam.
Menemani mu di setiap waktu,
Diantara sedih dan suka mu,
Aku mahu ada,
Memegang erat tangan mu.
Sudah puas kau bemandi air mata,
Kau menjadikan aku dewasa,
Tanpa kau tahu tentang lelah,
Hingga hidup mu bukan untuk mu.
Kaulah wanita paling cantik,
Setiap yang baik untuk mu,
Setiap doa ku ada mu,
Semua yang ku ada kerana mu.
Emak,
Kaulah permaisuri tanpa raja,
Dan akulah putra mu,
Yang siap mati mu.

Kunas Saleh

194

Belum Tentu

Hubungan yang sebelum ini,
Mengajarkan banyak hal,
Tak semuanya mulus,
Pesan pada hati, Jangan cepat terima dan memberi.
Bahawa yang cenderung mengongkong,
Yang menghalang untuk tidak mengenali orang lain,
Belum tentu dia orang yang setia.
Walau dia yang dahulu mengenalkan kawan - kawannya,
Hingga ke keluarganya,
Belum tentu dia orang yang bersungguh.
Dia juga yang menangis di depan mu,
Berlutut dan bermohon dengan penuh pujukan,
Belum tentu orang yang tulus,
Dan dia,
Yang berjanji bahkan bersumpah atas nama tuhan,
Untuk menyakinkan mu
Belum tentu dia orang yang benar.

Kunas Saleh

195

Ketika Hujan

Di bawah rintik - rintik hujan,
Masih tetap tanpa teduhan,
Tapi rasanya tak lagi sama
Setelah kau tiada.
Puing - puing kenangan bersepahan,
Rindu ini menemui sunyi,
Dan melebur pada ketar kata,
Yang memohon untuk kembali.
Rapuh dimakan kesedihan,
Seakan larut menjadi abu,
Terus hancur tanpa sisa,
Mula letih mendamaikan hati.
Penantian di tengah tangis hujan,
Rintik yang jatuh bukan lagi senyum mu,
Hanya deras kemarin,
Saat ia bergenang di pipi kekasih.
Hujan tidak pernah mahu menyapa pelangi,
Dan ketika matahari mula meninggi,
Semuanya harus pergi.

Kunas Saleh

196

Kau Yang Bernama Mawar

Bukan lagi yang terindah,
Tidak perlu penuh persoalan
Bila saja kita saling melukakan,
Dengan begitu banyak alasan.
Tak pasti siapa yang meninggalkan,
Dengan penuh pengkhianatan,
Setelah begitu banyak janji - janji,
Tiada satu pun yang tertuntaskan.
Mawar,
Masih terhidu wangi mu,
Tahi lalat di atas bibir mu,
Menjadikan semakin manis senyum mu.
Bagai ditelan bumi,
Semua hilang tanpa meninggalkan bayang,
Setelah ciuman yang panjang.
Tiada apa yang harus diperjuang.
Ku harap kau tidaklah lupa,
Kita pernah menjadi kita,
Walau semua sudah berubah,
Aku tetap yang sama.

Kunas Saleh

197

Isi Kepalaku

Seperti tiada seorang pun mampu membunuhmu
Dari detak ingatan ku,
Setiap rindu masih menghembus nama mu,
Yang sentiasa memanggil disetiap langkah ku yang rapuh.
Beragam doa ku panjatkan,
Demi sedetik saja kesempatan,
Untuk sebuah cerita,
Yang ku mahu jadikan sempurna.
Sepertinya baru ku sedari,
begini rasanya perih ,
Dan hati tak mahu berhenti menyakiti diri,
Dengan membenarkan kau tetap ku cintai.
Segala sunyi yang dituang malam,
Terasa semakin menebal,
Membiar ku bungkam,
Untuk menghabisi jelita mu dari kepala.

Kunas Saleh

198


Click to View FlipBook Version