ANTOLOGI KREATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
2020
SEBUAH PERJALANAN
DALAM KEHIDUPAN
EDITOR
WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD
AZRIZAN BINTI ABU BAKAR
DASHIMA BINTI ABDUL WAHAB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT TERENGGANU
Kata Alu-Aluan
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dengan keizinanNYa, usaha untuk
menerbitkan Antologi Puisi Institit Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan , dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas kepada para penulis
dalam menyiapkan antologi ini.
Usaha untuk menerbitkan antologi puisi ini
menzahirkan rasa keperihatinan , komitmen dan
kesedaran dalam kalangan warga IPGKSM tentang
perlunya kegiatan penulisan mereka disebar luas
melalui wacana penulisan agar dapar
dimanafaatkan oleh pelbagai golongan.
Pihak IPGKSM sangat berbangga dan sentiasa
menyokong usaha yang bermanafaat ke arah
memberi sumbangan dalam memartabatkan hasil
karya masing-masing. Semoga usaha ini akan terus
kekal di kalangan semua warga IPGKSM.
Sekian, terima kasih
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu
ANTOLOGI SAJAK
DR HJ MUHAMAD SIDEK BIN SAID
PENGARAH
ADA RINDU ANTARA KITA
Dalam semilir angin pagi
Menangkap mimpi
Ramadan akan pergi
Belum tentu Lailatul Qadar berdiri di sisi
Entah bila datang lagi
Kerana dalam rindu mencengkam diri ada gelisah yang damba di dada
Masih terasa jumaat yang tiada
Solat tanpa azan
Salam tanpa tangan
Senyum terkunci di hati
Apa sandarnya hati bahagia
Jika rindu tak berbalas
Tanpa jaminan untuk kembali di taman.
Janji Ramadan untuk membugar kalbu
Hati tidak akan jadi mati
Kerana adanya satu pertiga malam
Yang didakap sepanjang pagi
Rindu kita bercantum di sini
Memulangkan segala yang telah pergi
Dengan rasa yakin syahdu bahawa ada hadiah di sebalik dugaan ini.
DR AHAMAD BIN RAHIM
TIMBALAN PENGARAH
2020 TANPA 16 MEI
Sekian lama 16 Mei
Kehadirannya dinanti
Setiap insan bergelar guru
Menghargai jasa dan pengorbanan
Mencurahkan bakti tanpa jemu
Demi kejayaaan, kecemerlangan anak-anak didik
Sekian lama 16 Mei
Ucapan Selamat Hari Guru
Terima Kasih cikgu mendidik kami
Tidak lekang meniti bibir
Insan-insan tersayang di sekolah
Adakalanya
Sekuntum bunga merah
Sekotak berbungkus lengkap
Indah sebatang pena beribenkan warna merah
Dihulurkan buat guru-guru tersayang
Walaupun pemberian tidak semahal mana
Namun cukup untuk menzahirkan
Jasa dan pengorbanan guru-guru cukup bermakna
Kemerduan suara guru-guru
Mengalukan lagu keramat
Kami Guru Malaysia
Sentiasa dinanti walaupun tidak semerdu
bulu perindu
Namun menyentuh kalbu anak-anak didik
Kini 16 Mei 2020
Ucapan keramat selamat hari guru
Hanyalah sekadar coretan catatan
bingkisan
Di watssap, di facebook, di twitter,
di telegram dan di istagram
Walau demikian tarikh keramat
Tetap diingati di sanubariku
Terima kasih Cikgu
ABD RAZAK BIN SALLEH
JAB. KECEMERLANGAN AKADEMIK
MENGELIS DALAM GUNDAH
Alangkah indahnya hentian ini
Bayu mengelus-ngelus girang
Bukit nun jauh melambai menggamitku datang
Lautan seluas dan sesayup mataku memandang
Unggas bersiul menegur menyapa
Nah, ada tangan-tangan bersekongkol
Mau menghancur hentian ini
Lempar kata sembunyi suara
Persis warga khianat
Ada yang fikirnya entah ke mana
Mencari dek untung
Menimbulkan arus kemelut
Ada orang mencemuh
Entah apa yang ingin ku katakan
Menyerah menegur untuk berteriak
Cemari sumur dengan dosa
Benarkah begitu
Benarkah hentian ini tidak perlu ada
Benarkah hanya mencemar warga
Benarkah hanya picisan semata
Benarkah?
Aku menjadi kering di sini
Rindukan suasana asal
Kehiruk pikukan tawa, nyanyian alam lama
Keramahan manusia
Sungguh, betapa rindunya saat itu
Melihat mereka berlari riang
Mengejar impian
Kenapa mereka cuba menghempas rinduku
Cuba merampas tawaku
Cuba timbul tangisku
Berikan aku kesempatan lagi
Mentafsir hidup sejauh daya ini
Di hari-hari telah terpisahkan
Dan hari-hari tua yang menyusul
Belum kutemukan
Simpang liku dan pangkalnya
Ruas buku yang dulu
Bagi pengertian dalam kamusku
ABDULLAH BIN DERAMAN
JAB.SAINS SOSIAL
Dia...
Dialah Segalanya
Dialah Ibu
Dialah Bapa Ku
Tempat Aku Mengadu Mencurah Ribu
Dialah Takar Ilmu....
Dialah Seribu Kata Ku...
Tempat Aku Mengetip Kalbu
Berbajakan Semangat Waja
Aku Menang Hari Ini
Kerana Guru Ku
Aku Ketawa Hari Ini
Kerana Guru Ku
Aku Dongak Ke Langit
Nampak Seribu Bintang Kegemerlapan Menunggu
Impian Ditagih Itu Sebenarnya
Diapi-Apikan Oleh Guru Ku
Liku Kecewa Sudah Berlalu
Aku Tanam Di Sudut Palsu
Di Hadapanku Menunggu
Setinggi Gunung
Kebahagiaan
Semua Itu Hadir
Dari Cetusan Guru Ku
AHMAD AMIR KHAN SHAH BIN
AHMAD@MOHAMED
JAB. HAL EHWAL PELAJAR
PUISI COVID ( AZAN)
Gema azan akan terus beralun
Memuji-muji kebesaran Allah
Penyaksian atas Kerasulan Muhammad SAW
Memanggil umat mendirikan solat
Menyeru umat mencapai kejayaan
Qalbu suci muslimin kini terusik
Mendengar azan yang beralun
Dilaungan keseorangan di mimbar yang gah
Bersaksikan kesepian hamparan sujud
Mengagahkan bibir menambah ingatan
Agar mendirikan solat fardhu di rumah
Gema azan akan terus beralun
Tangan-tangan suci akan terus terangkat
Titisan air mata menjadi teman setia
Berdoa kepada Maha Pencipta di Arasy
Dialah yang memberi penyakit covid 19
Dan Dialah jua memberikan penawar
Agar hambaMu dapat rebah bersujud
Mencium kewangian hamparan sujud
Moga menyedari kehinaan seorang hamba.
Gema azan akan terus beralun.
MOHAMMAD AMIR BIN HUSAIN
UNIT PRAKTIKUM
MENJELANG HARI LEMBARAN
Hari ini.
Kedengaran suara anak-anak ku
Terpekik terlolong,
Masing-masing ingin bercerita,
Abang nak yang ni
Adik pun nak yang ini
Kakak nak yang itu
Masing-masing berebut membelek baju raya.
Tahun ini,
Suasana rasa tak sepertinya
Tidak seperti tahun-tahun sudah,
Bahana covid masih lagi menghantui,
Raya seakannya tidak pasti lagi
Baju raya baru
Itulah permintaan setiap anak-anak ku
Masing-masing seakannya tidak mengerti
Akan suasana hari ini,
Aku merenung wajah-wajah kecil mereka
Hati tidak pernah rasa terkecilpun,
Meskipun mereka tidak tau apa-apa,
Kehendak mereka tetap ku penuhi dan tepati
Dengan rezeki yang ada..
Selamat Hari Raya anak-anakku…
ANIS SALWANI BINTI MAHMOOD
JAB. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PESAN PADA SANG BAYU
Ku berdiri lagi di sini
menanti hembusan mu Sang Bayu
Agar mendengar suara hatiku
Agar mencerna pesan jiwaku
Tentang sebuah pelayaran kehidupan yang kelabu.
Musim sukar ini
Perluku sampaikan kepadamu
Agar angkatlah doaku kepada Sang Pencipta yang satu
Semoga langkah-langkah insani sejenisku tidak terus berdebu
Semoga perjalanan hidup kami sebening salju
Tenang damai hingga ke anak cucu.
Covid ini…
Amat sukar kami tempuhi
Amat payah kami harungi
Musuh yang nyata tapi sembunyi
Musnah rebah sumber rezeki
Terpaling sudah hidup yang hakiki
Lumrah mukjizat semakin sepi
Namun…
Anugerah MU yang penuh hikmah ini
Menyedarkan kami akan kebesaran MU
Menjadikan kami tidak selamanya alpa
Membuka hati kami tentang pahala dan dosa
Sang Bayu…
Sampaikan pesanku ini
Agar covid segera pulang ke daerahnya
dan tidak kembali lagi ke jagat buana ini.
ANUA BIN HARIS
JAB HAL EHWAL PELAJAR
AKU MOHON
Deruan angin berhembus
Lantas menyapa pipiku
Sejuk..terasa kedinginan mencengkam
Seketika aku kealpaan
Cuba mencari sesuatu
Yang aku sendiri tidak pasti…
Sendirian aku termenung
Benakku penuh dengan seribu persoalan
Yang tidak pernah kutemui jawabannya
Menelusuri liku-liku perjalanan
Menempuhi rintangan serta onak
Namun ..perjalanan ku teruskan jua..
Perjalananku masih jauh
Terlalu jauh bagiku
Aku cuba mencari satu pengertian
Sebuah pengertian yang bisa
menyedarkanku
Betapa diri terlalu dangkal
Jiwa semakin longlai
Namun untuk menyerah
Tidak sama sekali…
Jauh di sudut hatiku
Seakan yakin dan percaya
Bahawa pasti ada sirna
Diri seakan yakin
Walaupun seribu rintangan
Terpaksa kutempuhi..kuharungi
Untuk menyerah … TIDAK
Tuhan..
KepadaMu aku mohon
Kuatkan imanku
Tabahkan hatiku
Jangan biarkan aku pasrah
Perjalananku masih jauhh
Jentikkan hidayahMu
Aku mohon..
ANUA BIN HARIS
JAB HAL EHWAL PELAJAR
DARUL FURQAN
Dia menagih ilmu
Dia menagih kepakaran
Dia menagih kemahiran
Dia menagih tunjuk ajar
Dia menagih apa adanya dari kita
Dia terlalu menagih..
Bukan mengemis ilmu
Bukan mengemis kepakaran
Bukan mengemis kemahiran
Bukan mengemis tunjuk ajar
Bukan mengemis apa adanya dari kita
Bukan seperti pengemis..
Sekadar berkongsi ilmu
Sekadar berkongsi kepakaran
Sekadar berkongsi kemahiran
Sekadar berkongsi tunjuk ajar
Sekadar berkongsi apa adanya
Sekadar ingin berkongsi..
Ilmu perlu disebar luas
Kepakaran perlu disebar luas
Kemahiran perlu disebar luas
Tunjuk ajar perlu disebar luas
Apa adanya dari kita perlu disebar luas..
Sebarkanlah..
Ilmu perlu disebar luas
Kepakaran perlu disebar luas
Kemahiran perlu disebar luas
Tunjuk ajar perlu disebar luas
Apa adanya dari kita perlu disebar luas..
Sebarkanlah..
Keperluan pelajar perlu diutama
Keperluan guru perlu dititikberat
Keperluan kelas perlu diberi perhatian
Keperluan sekolah perlu dicakna
Keperluan organisasi jangan diambil
mudah..
Jangan biarkan mereka..
Masa depan mereka tanggung jawab kita
Masa depan mereka perlu dicakna
bersama
Masa depan mereka usah diambil mudah
Masa depan mereka perlu digalas
bersama
Masa depan mereka mulanya dengan kita..
Sanggupkan kita…
Akan ku kerah keringat
Akan ku kumpul azimat
Akan ku pikul amanat
Akan ku junjung hikmat
Demi mu DARUL FURQAN
Mundok, Thailand
19 Oktober 2019
SITI NOOR AZILLAH BINTI AZIZ
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
RAMADHAN
Setiap tahun kau datang,
Hanya sebulan bersamaku,
Membawa bersamamu Lailatul Qadar,
Dan kau akan pergi lagi,
Diiringi tangisan di hati.
Andai ini Ramadan terakhirku,
Ku maafkan segala kesalahan
Buat keluargaku
dan sahabatku,
Yang disengajakan ataupun tidak,
Dan mohon kemaafan yang telah aku
lakukan,
Sepanjang hidup di dunia ini.
Kerana aku insan biasa,
Yang sering melakukan kesilapan,
Dipenghujung waktuku,
Aku dipermudahkan perjalananku
AZMI BIN IBRAHIM
JAB PEMBANGUNAN LATIHAN
MEMBACA HIDUP BERILMU
Bacalah wahai warga...
Dengan kalimah Basmallah
Menuju khazanah sakti
Di Belantara atau samudera raya
Tersembunyi gedung-gedung ilmu
Carilah,terokailah disegenap ruang itu ,
Akan menjelma sebuah permata indah
Lalu bercahaya menyuluhi kehidupan
Tibalah sinar menerangi kegelapan
Bacalah wahai warga...
Di lubuk sana pintu-pintu ilmu terhampar luas
Pergilah,kejarilah, timbalah, bacalah tanpa jemu
Tingkatkan jati diri sebagai anak negeri
Saratkanlah ilmu menghiasi diri
Kemana pergi tetap gagah berdiri
Bacalah wahai warga...
Hindari malas penghalang diri
Hampiri rajin pendorong diri
Majukan diri tabahkan hati
Usah menoleh kebelakang lagi
Yakinlah, membaca jambatan ilmu
Panduan hidup umat bestari
Bacalah wahai warga...
Lazim membaca sebagai budaya
Di kota, di desa di rantau sedaya yang ada
Pabila ilmu penuh di dada
Jatuh ke hutan terus berdaya
Tercampak di lautan terus terapung
kerana Ilmu itu panduan hidup
kerana Ilmu pelita hidup
kerana Ilmu penyeri hidup
kerana Ilmu hidup sejahtera
Bacalah wahai warga...
Pabila ilmu terpateri di dada
Ingatlah anugerah Yang Maha Esa
Jadilah hamba yang kekal bertaqwa
Diredhai Allah sepanjang masa
Demi dunia, akhirat yang pasti
Di penghujung jalan bahagia menanti
COVID 19: MUSIBAH VS RAHMAT
Kehadiranmu
Digeruni seluruh alam
Tanpa jasad yang tekal/nyata
Engkau berterbangan
AZRIZAN BINTI ABU BAKAR Memenuhi ruang sebaran
JAB PENGAJIAN MELAYU Satu persatu tubuh perkasa
Menyembah bumi
Musibah apakah ini
Tiada penawar
Tiada daya
Melawanmu yang sekecil cuma
Di mana negara-negara besar, Penguasa dunia?
China?
Dikatakan bermula penyebaran ini
Kononnya dari sang kelawar
Menjadi korban kerakusan meranggah
Membawa kemudaratan
Ekonomi yang melimpah hampir lumpuh
Ibarat budak baru bertatih
Amerika syarikat?
Di mana suara kekerasan, keangkuhanmu
dahulu?
makhluk sekecil inipun gagal ditangani
Negara hebatmu kini paling ramai
dikebumi
Umpama Namrud yang tersungkur
digigit sang nyamuk!
NIKMAT MANAKAH LAGI YANG ENGKAU DUSTAI
HJ BAHARUDDIN BIN HUSSIN Banjir besar datang melanda
JAB ILMU PENDIDIKAN Kemarau panas mendidih mata
Dentuman bunyi tanpa muka
Kilat cahaya sekelip mata
Tapi aku tak terasa…
Tiada aku berfikir
Malas nak bicara
Kosong sekosong-kosongnya
Sudah terbiasa.
Penarik beca berpeloh di dahi
Tambah merencik di lengan
Suara pemandu teksi menjerit
Mencari penumpang
Tukang jual ubat membaca mentera
Sambil menunjukkan ular
Bunyi desir kuali panas
Bau aroma kue tiew goreng
Menerjah hidung dan mengairi mata
Aku masih tidak terasa…
Hanya ada rasa lapar
Teringin mengirup air batu
Walau pun kosong sebanyak-banyaknya
Aku merasa jika mahu terus hidup
Oang perlu berkerja keras
Orang perlu pintar berkata
Orang perlu bijak memberikan alas an
Aku rasa ini lumrah dan rasmi dunia
Bila covid 19 datang
Dengan kesenyapan pagi
Dengan semyuman sang pelancung
Dengan kesusilaan bangsa dan tangan
terbuka peniaga
Duit bertukar tangan
Hela nafas berkomunikasi
Gelak ketawa bukti hati suka
Covid berpindah dan bermigrasi
Kelajuan mewabak selaju manusia
bertindak
Selaju manusia bersesak-sesak
Kedai, mall mahupun dipusat ibadah
Melata seperti manusia berjalan kemana-
mana
Tapi anehnya kini aku ada terasa
Rasa akan satu kuasa yang sangat besar
Satu kuasa yang maha mengetahui
Satu kuasa yang maha agung
Sedang mengolah acara
Untuk membantu manusia
Dengan memberi pengajaran
Melalui deria rasa.
Maka nikmat manakah lagi yang engkau
dustai
HOPE
Hope stays close to us
even though we don’t remember.
Often when we feel at ease DASHIMA BINTI ABD WAHAB
we ignore this feeling. KETUA JAB. BAHASA-BAHASA
Hope is alien to us
when no trouble encounter.
Often we smile and laugh aloud
with others we only care.
Hope is nothing to us
when richness cuddle to the fullest.
Often we treasure proudly
with wealth around us.
But then,
When do we think about Hope?
When do we talk about Hope?
When do we summon Hope?
When do we beg for Hope?
Hope appears swiftly
even when the answers are not knowing.
No matter what is happening
Hope opens a new horizon to us.
Hope appears before us
When someone utters “this too shall pass”.
Life is full of fun and sorrow
be alive and rejoice.
Hope appears in our prayers
when quietly we succumb to God.
Focus on the blessings.
Don’t just sit and be stressing.
Never lose your Hope.
Hope helps to move on.
Just focus on the good,
forever problems will be gone
and forever Hope will be with us.
GURU KU
Guru ku,
Engkau ibarat lilin
Bila Kepanasan ia akan cair
Namun bila ia gugur lalu membeku keras
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah masa lampau
mengakhiri hidupnya.
Guru ku,
DR AZMAN BIN OMAR Seperti engkau guru ku
JAB KECEMERLANGAN AKADEMIK sewaktu dulu penyuluh hidup ku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengan pelbagai benda
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh bima sakti ini
tiba-tiba menjadi milik ku dan
ku genggam sampai lumat.
Guru ku,
Kehadiran mu adalah suatu fitrah
yang mengungkap kenangan silam ku
lepas itu, engkau ku tinggalkan
mengakhiri sisa-sisa hidup mu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anak mu
yang telah engkau berikan cahaya.
Dan hari ini ku silau wajah mu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau ajari
kini menjadi seorang guru cemerlang
jasa mu akan ku kenang sepanjang zaman.
DR MOHD FAUZI BIN ALI RAMADHAN
JAB SAINS SOSIAL
Hadir Mu
Membawa Seribu Cahaya
Membentangi Sejuta Kemuliaan
Dalam Sedar
Keinsafan Kau Titipkan
Kepayahan Kau Ajarkan
Demi Mendidik Jiwa Agar Tabah
Dalam Apa Jua Cubaan Dan Ujian
Kau Hadir
Membawa Seribu Rahmat
Menyubur Iman Dan Takwa
Demi Mengasuh Hati Yang Kian Kelam
Biar Berkalih Karat Dan Noda
Buat Bekal Di Alam Sana
Sungguh
Aku Rindu Pada Mu
Namun Sapa Mu Sementara Cuma
Bakal Berlalu Sampai Tikanya
Ya Allah
Pertemukan Kembali Aku Dengannya
Agar Rindu Ku Padanya Bisa Terubat
Ramadhan…
FATAMORGANA
DR HASLINA BINTI HANAPI Indah khabar dari rupa,
JAB ILMU PENDIDIKAN Dalam melayari bahtera rumahtangga
Alam percintaan pasti semua indah belaka
Hakikat rumah tanggan penuh
tanggungjawab
Perlu dipikul Bersama
Kuncinya sabra dan saling percaya
Pasti bahagia
Indah khabar dari rupa
Di persada kerja
Gaji diterima pasti gembira
Ada waktu diherdik dimarah ketua
Patuh, dan tidak membantah
Selagi tidak bercanggah dengan etika
Pastinya ada ganjarannya
Indah khabar dari rupa
Di arena persahabatan
Dikelilingi teman-teman pasti gembira
Tersilap pilih teman badan binasa
Tutur kata dijaga
Kejujuran paling utama
Pasti selesa
Indah khabar dari rupa,
Apabila amanah diberi
Bangga diberi kepercayaan
Namun perlu sedar setiap amanah
Perlu ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan
Ikhlas perlu ada di hati
Ganjaran kalau bukan di duniawi
Pasti akhirat menanti
Indah khabar dari rupa
Semua anugerah
Indah di mata
Sedap didengat
Hakikatnya sukar untuk dilaksanakan
Banyak ranjau dan onak
Yang pastinya di sana nanti
Akan diperhalusi
Semoga kebahagian hakiki
Menjadi di milik kita yang
ABADI
MENYUSURI SUNGAI YARRA DR MAHADI BIN HUSSIN
JAB SAINS SOSIAL
Menyusuri Sungai Yarra
Terbentang Di Tengah-
Tengah Kota
Air Mu Sejuk Mengalir
Tenang
Tanpa Jemu Tanpa Lesu
Dan Tanpa Menyapa Ku
Menyusuri Sungai Yarra
Sayu Pilu Mata
Memandang
Damai Mu Menyentuh Jiwa
Memeluk Mesra Membelai
Rasa
Menyapu Segala Gelora
Menyusuri Sungai Yarra
Antara Dockland Dan
Southbank
Kenangan Bersemi Tak
Sedetik Lupa
Bila Ku Susuri Sungai Yarra
Kau Tunggu…. Pasti Akan
Ku Tiba
DR NOR AZIZAH BINTI MOHD NOR
JAB PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
CARILAH BAHAGIA
Senyumlah...
Andainya senyuman mu itu,
Dapat menangani kedukaan
Kerana kau akan lebih derita,
Melihatkan wajah mu sengsara..
Ketawalah....
Andainya tawamu itu..
Mampu mengusir kecewa
Kerana titisan luka pasti mengalir
Tanpa hati yang mengepam gembira,
Carilah bahagia..
Biarpun sampai ke hujung nyawa
Kerana itulah pengubat segala nestapa..
Andainya jasad mu makin longlai
Bertongkatlah dengan ucapan
Tasbih ilahi dengan penuh harapan
Kerana nyawamu tidak akan berkekalan...
KEHIDUPAN ITU
Kehidupan Itu,
Ada Bahagia
Ada Air Mata
Ada Siang dan Malam
Ibarat Satu Perjalanan Yang Panjang
Merangkai Kisah Yang Tak Pernah Putus
Lingkaran Ini Tidak Berubah-Ubah
DR NORHASLIZA BINTI ABDULLAH Berputar Mengikut Arus
JAB SAINS MATEMATIK Kehidupan Itu
Ada Ketelitian dan Kesabaran
Ada Sulit dan Mudah
Ada Hitam dan Putih
Kadang Membosankan dan Mengasyikkan
Menghadapimu Harus Penuh Kehebatan
Kehidupan Itu,
Ada Lingkaran Kelahiran dan Kematian
Ada Kegagalan dan Titik Puncak
Ada terik dan Sinar
Kehidupan Itu Harus Dicernakan
Kadang Tak Terjangkau Alamatnya
Tak Ketemukan Kesimpulan dan Logiknya
Pasrah Dengan Ketentuan-Nya
Kehidupan Itu,
Ada Yang Baik
Ada Yang Buruk
Inilah Kisah Translasi Dunia
Waktu Penentu Segalanya
Menjelma Menjadi Sketsa Kehidupan
Kehidupan Itu Berwarna dan Sebaliknya.
Kehidupan Itu Tanpa Limitnya
DR RAMLI BIN ISMAIL
JAB PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
SIAPALAH KITA
Penghujung Tahun 2019
Dunia Digemparkan Dengan Covid-19
Datang Mu Banyak Merubah Landskap Hidup Manusia
Manusia Dipenjarakan Yang Tidak Berpagar
Rupanya Lebih Seksa, Lebih Perit Dari Jeriji Besi
Covid-19
Datang Mu Telah Meruntuh Tembok Keegoan Manusia
Yang Selama Ini Gah Dengan Kecanggihan Sains
Teknologi
Rupanya Makhluk Seni Yang Bernama Coronavirus
Tidak Mampu Ditentang Oleh Manusia
Siapalah Kita, Hebatkan Kita
Sedarlah Kita Ujian Yang Sekecil Itu Sudah Haru
Seantero Dunia
Betapa Kerdilnya Kita Di Sisi Pencipta
Siapalah Kita
Siapalah Kita
Siapalah Kita
RAMADAN TETAP PERGI
DR HJ MUHAMAD SIDEK BIN SAID Ramadan pergi dengan seribu harapan
PENGARAH Jumaat semakin jauh mengembara
Convid19 tetap dengan caranya
Aku yg tinggal semakin terhimpit dengan alahan dan
pertanyaan
Seakan bumi ini semakin dekat dengan kematiannya
Mohon doa-doa dimakbul dalam rintis malam sepi
Mohon dosa-dosa sang kerdil ini diangkat jauh
bersama gerimis yang turun di pipi
Ada lagikah peluang bertemu Ramadan musim depan
Sedang aku bertarung dengan kematian yang kian
menghimpit
Masa senang kian tertutup dan memanggil-manggil
Ada lagikah berita gembira tahun ini
Tatkala virus keramat menyusul pergi
Terus ceriakan sang buana ini
Ujian Allah ada perancanganya
Kita yg tinggal terus menggali jawapan kenapa
fenomena ini
Merantai hidup kita
Bukankah Ramadan telah menunaikan hajat kita
Senyumlah...
AKU HARUS PERGI
Aku Tetap Di Sini DR WAN HASNI BIN WAN AHMAD
Merenung Hari Yang Berlalu JAB SAINS SOSIAL
Ada Waktunya Tersungkur,
Ku Gagahi Bangkit Meneruskan Perjuangan
Walaupun Taufan Yang Datang Melanda,
Menggoncang Kesabaran, Menghancurkan
Semangat
Namun Hembusan Angin Pedih Tetap Dirasa
Menampar Pipi, Dibasahi Keringat
Bersama Ketabahan Yang Semakin Lumpuh
Bersama Harapan Yang Semakin Menjauh
Dalam Pasrah Aku Memohon
IIPGK Sultan Mizan Kekal Megah Berdiri
Biarpun Hujan Dan Panas Silih Berganti
Namun Sang Mentari Telah Berlabuh
Kelam Membaluti Warna Jingga
Saat Mentari Tiada Lagi Sinarnya
Menutup Tirai Siang Yang Sempit
Kala Itu Aku Tersedar Juga
Bahawa Aku Insan Biasa
Aku Harus Pergi Jua
Bersama Doa Yang Dititip
Merisik Khabar Di Angin Lalu
Sebak Terasa Keindahan Yang Pergi
Biarpun Masih Ada Luka Berbekas Di Jiwa
Alangkah Indahnya Ketika Itu
Bersama Kenangan Yang Syahdu
IPGK Sultan Mizan Disebut Selalu
Moga Kita Kekal Bersatu
DR HAJAH ZANARIAH BINTI MAT ISA
JAB PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
RASA
Deras arus urat nadi,
menghempas pantai hati,
merempuh tembok emosi
muncul rasa sukar dimengerti.
Rasa ini,
rasa yang telah menghukum diri,
rasa yang telah meregut perjanjian diri,
janji pada diri,
janji pada Ilahi,
bahawa diri akan bersemadi,
dengan hanya satu rasa dalam hati,
Rasa cintaku hanya untuk Ilahi.
HISHAM BIN MOHAMED
JAB PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
GURU
Anda Adalah Nadi Setiap Bilik Kelas
Jiwa Setiap Sekolah
Fikiran Di Sebalik Mesej
Pembelajaran Itu Memang Hebat
Kesabaran Dan Kefahaman Anda
Tidak Boleh Dijual Beli
Keberanian Dan Komitmen Anda
Adakah Lagenda Untuk Diceritakan
Setiap Hari Anda Mengajar Anak-Anak Kami
Adalah Hari Untuk Bergembira
Kerana Anda Anak-Anak Kami
Akan Mempunyai Suara Mereka Sendiri
Oleh Itu, Terima Kasih Guru Yang Dihormati
Untuk Kelulusan Berpengatahuan
Selama Bertahun-Tahun
Anda Fikir Anda Hanya Mengajar
Semasa Anda Menghilangkan Ketakutan
Terima Kasih
GRADUAN
Graduan dari ibukota tanahair HJ MOHAMAD ARIFF BIN ABD RAHMAN
bangkitlah! JAB SAINS DAN MATEMATIK
Angkat mukamu dari buku
Langkaui dinding langkaui tembok
Semua rakan menunggumu
Mengajakmu
Bersama-sama dirimu
bergerak ke tengah kota
Lihat rakanmu telah tegak berdiri di sini
Sebaris dengan kami
Para buruh dan peladang di jalan sungai
besi
Sekuat belajar dan hidup berani
Lepaskan jari halus temanmu di tasik
Atau berjalan bersamanyake parlimen
Kerana tenagamu dan ilmu di dada
Akan merombakerti hidup sebuah bangsa
MENITI MASA HJ BAHARUDDIN BIN HUSSIN
JAB ILMU PENDIDIKAN
Dari kecil hingga dewasa
Kita sentiasa diasuh dan dibimbing
seusia bayi kita diajar menerima kasih ibu
Lapar dahaga kita disusui hingga kenyang
Bila kembung perut tidak selesa ibu
dodoikan hingga lena
Dari kecil hingga dewasa
seusia bebudak remaja
Kita diajar mendengar kata
Meninggalkan dusta
Meninggi akhlak
Merendahkan sikap
Lapar dahaga kita mohon pada ibu jarang
sekali bapa
Bila sakit baru ke klinik bersama bapa
Dari kecil hingga dewasa
Kita sentiasa ingat nasihat keluarga
Mula usia meningkat remaja
Ruang lingkup bertambah luas
Seiring dengan bertambah kuasa
Agenda rumah adalah wajib
Agenda luar adalah kehendak
Kita masih dapat menjaga adab
Kerana tali keluarga mengikat rentak
Dari kecil hingga dewasa
Bila usia memburu kerjaya
Kita mula habis belajar
Dan mula mengejar kerja
Sibuk adalah perkataan yang sering
Meniti dibibir sepanjang masa
Adakala sibuk memaksa kita mencari jalan
Dan helah untuk memendekkan masa kerja
Tanpa menjejaskan kepentingan kita
Kita sudah pandai berkata-kata, berkomunikasi pelbagai cara
Kekadang ada juga terasa sesetengah hasil yang dicapai
adalah
Melalui cara muslihat dan bermuka-muka.
Dari kecil hingga dewasa
dan dewasa meningkat tua
Baru teringat banyak ajaran ibu dan bapa
Terpinggir ketepian kelam samar yang tiada terang
Hilang ditelan sibuk berpanjangan serta
Mengejar sesuatu idaman hati berteraskan
Kehendak dan nafsu sendiri
Lalu membiarkan jati diri kurus melidi
Tidak disuburi,dibajai dan di sirami dengan
air akhlak yang suci.
Selama 16 tahun diasuh keluaraga
Penuh getir bagai menatang minyak yang penuh
Akhirnya hilang entah kemana
Kerana asyik berenang mencari habuan dunia
yang tidak pun memberikan makna
maka jalan pulang pasti amat getir.
Adakah Ya Rabb masih memberikan masa.
TETAMU TAK DIUNDANG COVID 19
Kedatanganmu tak diundang
Kedatanganmu tak dirai
Kedatanganmu tak dihargai
Dan tiada hamparan permaidani merah
Kerana kau makhluk yang membawa kemusnahan dan
kematian. HJ FUADI BIN AB RAHMAN
Tapi kau datang jua JAB PENGAJIAN MELAYU
Menyerang manusia di seluruh pelosok dunia
Ceruk rantau
Tanpa belas ihsan.
Keranamu
Seluruh rakyat Malaysia berganding bahu
Membina benteng pertahanan
Bersiap sedia di segenap penjuru
Menyediakan senjata yang ampuh dan kental
Menghunus senjata
Menentang dan menghapuskan makhluk tak diundang.
Berkat doa
Sedikit demi sedikit seranganmu dipatahkan
Kau semakin lemah
Dan lautan rakyat Malaysia akan mengusirmu
Daripada bumi bertuah ini.
MENANTI TAKDIR HUSNUL KHATIMAH HJ RASHID BIN MOHAMAD
KETUA JABATAN SAINS DAN
Dulu..
Di kala suboh yg hening MATEMATIK
Berpagian seusai solat di rumah Allah
Kami menapak utk mengopi.. menge teh.
Sekadar sehirup sekole
Menerjah mesra disanubari
Dek berborak mesra japok menjampok
rakan taulan
Kini.. Rabu,
Bermulanya 18 Marith 2020
PKP merantai semua kita
Seperti burung kepatahan sayap
Nyanyian Zaiton Sameon
Bertebaran kami nengikut haluan
Halwa masing masing
Ikut terlintas
Di atas gerai
di bawah pohon rambai
atau
di atas tembok depan Pasaraya Econjaya
dimana saja kondisi
Masing masing mrnyetap selera
bungkusan
disapa angin lembut sepoi sepoi bahasa
Amat menyelerakan
Bila teringat di zaman kanak kanak dulu
Berseluar pendek berbaju tidak
Berkaki ayam bersepatu tidak
Berbekalkan selonjok nasi berlauk ikan singgang di atas dangau
buloh
bawah sepohon pauh dua pemeluk
di tepi semaian sawah padi yang kekal termatri dibenak
'menunggu ayae nnabor'
Menunggu jenis 'muga'
yg menjadi musoh tradisi
buat menyambung nyawa kehidupan kami
kais pagi makan pagi
Kini
walau sebungkus pulut pagi berlauk ikan
kering
Ia nya amat menyelerakan
Buat menyambung sisa sisa silaturrahim
yang tetap setia
menjengah usia
dan pengakhiran
Sambil berzikir bertahmid pasrah
dalam menanti Takdir Husnul Khatimah.
HAKIKAT ‘NEW NORMAL’ SARIFUDDIN BIN MAT SALLEH
JAB PENGAJIAN MELAYU
Tak perlu banyak bertegur sapa
Tak perlu bersikap mesra
Jangan mudah ringan tulang
Berdisiplin dalam barisan
Berdiri tegak pandang depan
Kenal buat-buat tak kenal
Topeng muka menjadi alasan
Mendengar azan masih di rumah
Tak perlu lorat ambil wuduk
Selagi masa belum luput
Boleh buat kerja lain dahulu
Janji kewajipan tetap ditunaikan
Betulkah jadi begini
Semua ini bukan pilihan
Nilai murni perlu menjadi tunjang
Jati diri masih di hadapan
Biar pun secara sendiri
Mengerjakan amali
Hendaknya tetap menepati waktu
Secara peribadi
Hadirkan diri menghadap-Nya
Kembalikan kehidupan normal kami
CETUSAN RASA PENDOSA
Sukanya org pencen berlumba² tamakkan pahala, sebarkan kebaikan
utk semua.
Sedih dan pedihnya masih ada warga tua bangka masih tamakkan
takhta memecahbelahkan perpaduan yg ada.
Seeloknya tua dan muda berlumba² tamakkan pahala, membawa
bahagia sesama manusia.
Pemusnah manusia ada pada tiga ta.
Semua tahu tapi alpa.
Muda merebut wanita, biasa
Dewasa mencari harta biasa
Tua bangka masih lagi merebut takhta amat luar biasa.
Rumah kata pergi, kubur sudah melambai-lambai
Masih merebut takhta dan harta.
Pilunya lagi, masih ada yg turut serta mengekor menghinzirbuta
Dengan hujah berjela
Walau diingatkan elok bertukar nokhoda
Agar selamat segala²nya.
Ingatlah, porak peranda tahkta
Semua perkara jadi sengsara
Rakyat nenderita
Bertindak dengan segala upaya HJ YUSOFF BIN AHMAD
Padamkan api serakah yg menyala JAB ILMU PENDIDIKAN
Sebelum menghanguskan bumi tercinta
Selamat Hari Raya
CERMATI DIRI YANG HILANG MANUSIAWI
Cemari dunia yang usang HJ YUSOFF BIN AHMAD
Onaknya membisa membusung JAB ILMU PENDIDIKAN
Nuansa pilu tercengang
Virus bahaya bermaharajalela
Industri lengoh lumpuh seketika
Dunia diam kelu tanpa kata
Cantiknya pada yang patuh
Orang beriman, amalnya penuh
Niat bersih jiwa amanah
Virus hati membakar akal punah
Impian lebur terbungkam sudah
Duduklah jangan melilau , diam di rumah
Cermati diri yang hilang manusiawi
Olengan dari jauh yang pasti
Nun dari kelana merantau merapati
Virus sebagai tentera Ilahi
Insafi diri lebih insani
Dari menyanggah biar menyepi
Cantiknya budi barisan depan menampani
Ombak deru kasih mengiringi
Nasihat buat diri sendiri
Virus tak dikirimi, hanya menuruti Ilahi
Ingatan nun jauh dari lubuk hati
Doa sejahtera selamanya abadi
Cermati diri
Orang yang hilang manusiawi
Nantinya rugi
Virus membakar diri
Impian terkulai
Dek hilang harga diri
Puteraadam
TATKALA WAKTU TELAH SAMPAI HJ YUSOFF BIN AHMAD
JAB ILMU PENDIDIKAN
Tatkala bersiap melintas sempadan negara
Terkejut khabar dari Beijing
Terkedu
Telah melintasi sempadan dunia seorang
teman
Telah dipanggil kembali oleh Maha
Pencipta
Terkejut semua
Tunduk termanggu
Telah datang waktunya
Tiada tertunda walau sesaat
Tiada siapa sangka
Tatkala berkelana di daerah asing
Takdir telah terjadi
Telah tetap tempat semadinya
Tiang pusara nun jauh dari tempat lahirnya
Tuhan, ampunilah dia
Tempatkan dia di kalangan hambaMu yang
soleh
Tabahlah yang telah ditinggal seketika
Tetap bertemu tatkala sampai waktunya
Tatkala waktu telah sampai
Tetap benar
Tetap tidak terjangka
Tuhan, ampuni juga kami semua.
Puteraadam
Takbai, Hat Yai
AKU BUKAN MANUSIA BIASA HJ ZULKIFLY BIN YUSUF
JAB PEND. TEKNIK DAN
VOKASIONAL
Aku…
Aku bukan maanusia biasa
Bukan niat ku untuk menjadi maanusia biasa.
Aku berhak menjadi maanusia luar biasa.
Mengejar impian dan cita-cita, bukan hanya berserah dan
menunggu takdir mu..
Aku bukan maanusia biasa..
Seringkali aku dinafikan hak dan apa saja oleh mereka.
Tapi aku tetap berusaha tanpa merasa sesak dan hiba.
Kerana aku tahu Allah itu maha kuasa, dan perancangan ia amat hebat,
jelas dan nyata.
Allah maha mengetahui dan maha mengasihi akan hamba-hambanya...
Cubaan, dugaan dan cabaran hanya kepada hambanya yang mampu
sahaja.
Sebesar mana pun cabaran dan dugaan, Perhitungan
Allah yang sangat nyata.
Wamakaru… wamakarallah…
Aku bukan maanusia biasa.
Aku tak lupa berusaha, cabaran dan dugaan ku tempoh jua.
Pada mu Allah ku berserah jua, InsyaAllah akhirnya aku ketemu jua.
Aku bukan maanusia biasa.
Sebesar mana pon dugaan, aku tetap berusaha…. Berusaha… dan
berusaha..
Namun aku bersyukur pada mu yaAllah, rezeki aku tetap ada..
Dan kini aku mengecap bahagia.