RAMADHAN INI.
AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI
Saat dunia berantakan
Penyembuh jiwa sepurnama diberi pinjam
Walau berbumbung kaki terpasung
30 hari amalan tidak kan kosong
Ramadhan ini berbeda
Petualang tidak lagi dihambat pulang
Wajah-wajah tua warisnya masih ada
Namun jarak itu lebih menafsir sayang
Ramadhan ini berbeda
Meski janggal yang sebelas itu di rumah
Tersenyum bonda mendengar anak melagu surah
Apakah kita terlalu buta melihat hikmah?
Ramadhan ini istimewa
Titisan rahmat kerapnya menyubur bumi
Sedang hati bercanda menangiskah langit ini?
Kasih Ilahi curahannya tiada jeda
Ramadhan ini istimewa
Sepurnama singgahan melakar rindu bersungguhan
Khuatirnya hati saat nanti ia kembali
Musafir ini tidak lagi di sini.
ANTOLOGI PANTUN
COVID-19 DAN ALLAH
COVID-19 adalah penjajah,
Menyebarkan ketakutan tanpa sempadan,
Setiap yang berlaku adalah hikmah,
Tiada apa untuk kita sesalkan.
Arahan PKP silih berganti, SHARIFUL HAFIZI BIN MD.HANAFIAH
Untuk mengekang wabak yang melanda, JAB PERANCANGAN,
Bersama lah kita muhasabah diri, PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Di atas segala niat dan tindakan kita.
Setiap insan memainkan peranan,
Memastikan dirinya tidak mengalah,
Tiada apa lagi yang kami harapkan,
Hanyalah rahmat dan pengampunan
dariMU Ya ALLAH.
Rahmatilah kami,
Ampunilah kami,
Redhailah kami,
Ya ALLAH yang Maha Menguasai.
NASIHAT ALIS MALINI BINTI FAKRURADZI
Jalan-jalan ke Serambi Mekah PA PENGARAH
Menginap semalam di Kuala Muda
Solat itu adalah perintah
Jika ditinggal masuk neraka
Berjalan-jalan ke Pekan Labu
Kota Bandung selalu jadi impian
Janganlah malas mencari ilmu
Untuk bekal masa depan
Jangan suka makan sambil bicara
Itu tidak sopan namanya
Jangan suka saling mencela
Apalagi dengan sahabat kita
PANTUN NASIHAT CORONA
Makcik Kiah ayu berbaju kurung, AMNI SAFIAH BINTI AB HALIM
Berhajat singgah ke kedai busana, JAB. HAL EHWAL PELAJAR
PKP demi PKP telah berlangsung,
Usaha negara penjarakan corona.
Pak Salleh tabah belayar di lautan,
Ribut dan gelora sanggup diredah,
Rakyat malaysia akur elak kematian,
Hapuskan rantaian si corona bedebah.
Masak lemak di pagi hari,
Menjadi santapan si anak teruna,
Nama Dr Noor Hisham di bibir meniti,
Di barisan hadapan perangi corona.
Askar dan polis di sini sana,
Jaga keamanan nusa bangsa,
Serangan corona semakin sirna,
Jangan bersorak merasa selesa.
Cantik sungguh si gadis rupawan,
Kulitnya putih bak mutiara,
Duduk di rumah patuhi saranan,
Nyawa terpelihara hidup sejahtera.
HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD
KETUA PUSAT SUMBER
MENTARI NAN MERAH
Mentari merah di ufuk barat
Burung-burung terbang ke sarang
Sudah takdir yang tersurat
Ibarat bulan jadi tak terang
Merahnya senja kian hilang
Deru angin bertiup kencang
Harimau mati meninggalkan belang
Pungguk menunggu bulang tak datang
Senja nan merah mengusik duka
Hari berlalu tak kunjung tiba
Usik mengusik di kala suka
Mengubat hati yang duka lara
Malam menjelma bulan pun ada
Bintang berkelip di atas sana
Usah dikenang kasih yang tiada
Tiada peduli jiwa yang merana
Senja berlalu malam menjelma
Sunyi sepi gelap gelita
Kasih yang pergi sebentar cuma
Jika dikenang membawa derita.
MEMBACA AMALAN MULIA AZIZO BIN AWANG
UNIT KO KURIKULUM
Bulan Ramadhan tiada penjaja,
Harapan Covid segera tamat,
Janganlah melihat kulit buku sahaja,
Bacalah kandungan sehingga tamat
Sudah lama tidak bertemu,
Terlalu sibuk dengan kerjaya,
Dalam buku banyak ilmu,
Mutiara berharga penuh di dalamnya.
Pergi mencari buah ceri,
Dapat pula buah kelapa,
Mari membaca setiap hari,
Supaya ilmu penuh di dada.
Balik rumah dengan beca,
Rumah diperbuat dari papan ,
Sahutlah segera mari membaca,
Ilmu banyak panduan kehidupan.
BUDI DAN JASA AZMI BIN MANSOR
JAB HAL EHWAL PELAJAR
Buah nangka di hujung gurun
Mari disimpan dalam perigi
Ku sangka hujan akan turun
Rupanya pelangi muncul lagi
Berbuat jasa jangan dilupa
Akan dikenang sampai mati
Tidak ku pandang cantiknya rupa
Budi dan jasa terpahat di hati
Indah ku pandang baju melayu
Cantiknya rupa di bawa menari
Macam bunga menjadi layu
Rupanya kumbang tak jadi mari
PANTUN MEMBACA AZMI BIN IBRAHIM
JAB PEMBANGUNAN LATIHAN
Pergi ke sekolah naik bas
Pergi ke kedai naik teksi
Rajinlah membaca usah malas
Kelak semua hasil kerja menjadi
Tanam kacang tanam petola
Buat junjung pintal tali
Amalkan membaca setiap ketika
Ilmu itu pelita diri
Buah betik dibawa ke hulu
Mari dimakan bersama bonda
Membaca itu amalan guru
Agar ilmu penuh di dada
Angin bayu menyisir pantai
Terapung buih di bawah jambatan,
Kita hidup biarlah berilmu
Barulah sarat dengan kebaikan
Buah cempedak sepupu nangka
Rasanya manis enak sekali
Budaya membaca dan berbaik sangka
Bertambah ilmu sejahtera di hati
Hujung minggu mendaki bukit
Bukit Keluang diberi nama
membaca itu amalan yang baik
Jadikan amalan sepanjang masa
Makan nasi, minum jamu
Daun nyior dibuat lidi
Jika hidup tanpa ilmu
Umpama kapal tanpa kemudi
Saban hari membaca buku
Amalan mulia santapan minda
Ilmu pengetahuan sahabat jitu
agar hidup dipandang mulia
Anak ikan berenang-renang
Anak ayam berlari-lari
Rahsia hati sentiasa tenang
Bacalah zikrullah saban hari
Pulau Rhu pantainya cantik
Jernih airnya terasa nyaman
Membaca buku amalan terbaik
Jadikan amalan sepanjang zaman
DARI PANTAI DI BAWAH BAYU KE PANTAI
TEGANU KITE
Pantai berdesir tepinya landai
Membentuk tepian, cantik berteluk
Dari pantai berpindah ke pantai
Kuala besut tempat berlauk
Ipgk Sultan Mizan (ipgksm) nama diberi DR AZIZAH BINTI HUSSIN
Di tepi pantai tempat bersemi KETUA SEKTOR PENGANTARABANGSAAN
Melatih guru yang berjiwa murni
Serta menjadi guru berdedikasi
Warga mizan warga mulia
Sentiasa bersatu, kerja bermutu
Walau badai datang melanda
Warga mizan tetap begitu
Bayu pantai bertiup laju
Menyapa setiap penghuni besut
Suasana ipgksm tak pernah sayu
Sentiasa ceria, bahagia tidak susut
Dari besut ke pantai irama
Singgah membeli ulam pegaga
Budaya kerja bersama-sama
Menjadi amalan setiap warga
COVID 19
Virus Covid-19 mudah tersebar DR HAZRAN BIN ISMAIL
Mengubah normal masyarakat progresif JAB PERANCANGAN DAN
Penyelidik kualitatif harus banyak bersabar PEMBANGUNAN INOVASI
Perlu mempunyai pemikiran induktif
Pergi memancing waktu petang
Dapat seekor anak kerisi
Ilmu Allah luas terbentang
Penyelidikan dibuat mencari solusi
Pelbagai cerita dalam media
Sedih dihati tidak terperi
Bermula membaca mencetus idea
Penyelidikan berkualiti sumbangan diberi
Penghujung Ramadan sudah menjelma
Memburu Lailatul Qadar menjadi misi
Marilah bersama rancang dan laksana
Pembudayaan penyelidikan serta inovasi
SELOKA JPPI
Bijak sungguh ahli akademik DR FAN SIONG PENG
Melihat data terus sensitif JAB PERANCANGAN DAN
Data kualitatif bersifat emik PEMBANGUNAN INOVASI
Menjadi pegangan penyelidik proaktif
Merancang kajian di pagi syawal
Disulam penulisan menuju realiti
Bila mengukur konsisten, Cronbach paling awal
Jangan lupa Composite Reability pilihan hati
Jarakkan sosial setiap hari
Patuhi arahan anggota polis
Jenis data perlu difahami
Barulah mantap untuk analisis
Aidilfitri 1441 tetap kita rai
Biarpunpun terikat pelbagai peraturan
Inilah koleksi seloka jabatan kami
Semoga ia memberi penuh keceriaan
SIHAT DAN CERGAS DR MAZLINA BINTI MAHMOOD
JAB PENDIDIKAN JASMANI DAN
Pergi ke kedai membeli lobak
Lobak dikupas untuk dimasak KESIHATAN
Janganlah kita keluar melepak
Jika tidak mahu penyakit merebak
Makan bubur di atas meja
Minumannya jus di atas rak
Langkah pencegahan perlu dikuatkuasa
Agar penyakit dapat dielak
Jalan-jalan ke pekan Tampin
Pergi dengan semangat membara
Hidup ini perlu berdisiplin
Agar kehidupan aman sejahtera
Pohon ara dibuat gobok
Pasang pasak biar tegak
Risiko gajet dunia facebook
Manusia leka kurang gerak
Pergi memancing bersama rakan
Membawa bersama joran dan umpan
Nilai murni perlu diamalkan
Supaya hidup sentiasa aman
Benihnya pauh ingin ditanam
Boleh dimakan tiba masanya
Elakkan diri malas bersenam
Barulah hidup senang sejahteranya
BUDI DAN JASA FAUZI BIN MOHAMAD
JAB PEMBANGUNAN LATIHAN
Buah bidara di dalam peti
Mari dimakan si anak tempua
Cinta mu tuan terkenang di hati
Sampai mati dikenang jua
Burung kenari di atas titi
Terbang merpati membuat sarang
Ku kenang budimu sampai mati
Tiada ganti kasihmu seorang
Anak rusa turun berlima
Mandi di kali tepi perigi
Hasratmu tuan sudah ku terima
Sampai masa berjumpa lagi
ANTARA USAHA DAN HANISAH BINTI YAAKOB
CITA-CITA JAB HAL EHWAL PELAJAR
Kemuning desa pokoknya rendah
Pokok cemara rantingnya liat
Menggapai cita-cita bukannya mudah
Teguhkan hati azam yang kuat
Bunga melati digunting-gunting
Di dalam jambangan tak pernah jemu
Usia muda amatlah penting
Amalkan asas pelbagai ilmu
Kayuh basikal tanpa roda
Bawa muatan terus ke barat
Jika ilmu penuh di dada
Hidup bahagia dunia akhirat
DUNIA CORONA INTAN SULANA BINTI HASHIM
UNIT ICT
Dunia hari ini dilanda virus corona
Semua insan perlu berwaspada
Hidup ini hanya sementara
Barisan hadapan berjuang demi Negara
Buah naga buah kelapa
Usah ditanya kenapa
Virus corona mendekati tidak kira siapa
Kita jaga kita
Hati-hati dijalan raya
Virus corona datang tanpa disangka
Saling bermaafan dihari raya
Kita beraya beronline sahaja
Letak pelita di atas para
Gembiranya hati tidak terkira
Tibanya syawal semua insan bergembira
Sambut raya tahun 2020 tiada kunjungan
sanak saudara
HARI RAYA ISMAIL BIN MAMAT
JAB. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Hari raya kembali lagi
Kunjung mengunjung sesame kita
Berbaju kurung menjelang pagi
Malam hari memasang pelita
Beli lemang di pasar tani
Masak rending di atas dapur
Raya di sambut tahun ini
Pulang perantau dari Kuala Lumpur
Pasang pelita di malam hari
Adik bermain bunga api
Takbir raya di pagi hari
Mengamit rindu tidak bertepi
COVID 19 KHAIRUL NAZILAH BINTI
IBRAHIM@GHAZALI
JAB. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Terus jalan Jumpa Paya,
Tak ikut Kata, Salah lah arah,
Corona Virus amatlah Berbahaya,
Mari Kita pakat-pakat duduk rumah,
Tiada Sengketa Tiadalah marah,
Ramai kawan hadir Gembira,
Jika kita sentiasa dirumah,
Rantaian virus boleh dihentikan.
Duduk di rumah jangalah melepak
Kalau nak keluar berhati-hati
Covid 19 musuh tak Nampak,
Tiada penawar melainkan mati
RAMADHAN NAN INDAH MAHADI BIN NIK MOHAMAD
Cincin dibeli bersalutkan suasa, JAB. SAINS DAN MATEMATIK
Sebagai hadiah buat si teman,
Bulan Ramadhan bulan berpuasa,
Kukuhkan akidah tingkatkan iman
Orang tua memberi pesanan,
Pesan diberi kepada yang muda,
Ramadhan datang uji keimanan,
Semoga nafsu tidak ternoda
Pergi ke sungai menangkap si keli,
Simpan di dalam bakul rotan,
Datangnya ia setahun sekali,
Amalan berlipat penuh keberkatan
Berdandan nak dara bagaikan ratu,
Senyum menawan bertambah seri,
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari
Diteman arjuna ke pekan Langkat,
Berjumpa dengan si anak dara
Elakkan dosa nafsu disekat,
Sucikan hati pelbagai cara
PANTUN COVID 19 MARIANA BINTI MAT RIFIN
PUSAT SUMBER
PKP rindukan yang jauh
Rindu insan yang tersayang
Covid 19 diisytiharkan musuh
Perangi ia tak perlu goyang
Sesama Islam jangan dimusuhi
Saling menyantun serta bersopan
Covid 19 perlulah dijauhi
Panjatkan doa tuk barisan hadapan
Pergi ke kedai membeli topi
Topi dibeli berwarna ceria
Semua rakyat patuhi PKP
InsyaAllah satu hari pasti berjaya
KASIH TUHAN
Anak ayam turun lapan MAT ISKANDAR BIN JUSOH
Mati seekor tinggal tujuh JAB. PEMBANGUNAN LATIHAN
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.
Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.
Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.
Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.
Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.
Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati
PANTUN TANGAN COVID MAT ZIN BIN MAT NAWI
JAB. ILMU PENDIDIKAN
Pokok pauh pembuka cerita
Hendak dipotong di suatu petang
Tiada halangan tiada berita
Kaki tersangkut jatuh terlentang
Kaki tangan mula terasa
Sakit ditanggung tidak terkira
Badan lenguh merata rata
Menanggung derita tidak terkira
Kata orang berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Susah senang orang yang pandang
Kita yang tanggung lagi terpukul
PKP ada macam-macam maknanya
Tak dapat bergerak dengan bebas
PKPB pula macam lebih istimewa
Tetapi semuanya tidak terlepas
Covid 19 menyerang dunia
Daripada Timur sampai ke Barat
Cubaan dan dugaan hanya di dunia
Menuai hasil bila tiba di akhirat
CINTA DAN KASIH SAYANG NOR MAZIAH BINTI MOHD ARIFIN
KHIDMAT PENGURUSAN
Banyak ikan menggigit kaki
Ikan di jaring simpan di peti
Jangan dirisaukan tentang rezeki
Yang penting kerja sepenuh hati
Ramadhan kian pergi
Shawal bakal menanti
Maaf dipinta dari diri ini
Salam Aidilfitri
Satu dua bunga sakura
Letak baja tahi unta
Jangan terlalu sangat berkira
Insya Allah berkat rezeki kita
Tukang kayu membuat peti
Peti yang bagus dari kayu jati
Bersihkan diri dan sucikan hati
Jauhkan sifat iri dan dengki
KASIH ENTAH DI MANA
Anak pipit terbang melayang MOHD BAKARI BIN ZAKARIA
Singgah di batu di tepi tempayan JAB. PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Hendakku pilih yang mana sayang
Namun tiada yang sudi melayan
Kalau tumbuh pokok di hutan
Ambil daun disimpan di peti
Kalau sungguh hajat mu tuan
Akan ku tunai sepenuh hati
Hendak ku tenum sebumpal benang
Dibuat daku baju sehelai kain
Jangan kasih dikenang-kenang
Sudah menjadi milik yang lain
Kalau ada kail sebatang
Ikan di laut hendak ku duga
Harapkan kasih bukan yang datang
Merana hati jiwa dan raga
MUHAMMAD BIN CHE MAJID
JAB. PENGAJIAN MELAYU
KASIH SEJATI
Tinggi sungguh si pokok ara
Tinggi lagi pohon jati
Biar bertahun dilambung gelora
Tidak ku lupa kasih yang sejati
Putus kasih menahan sendu
Merintih sedih sepanjang malam
Sakit sungguh menanggung rindu
Bagai pungguk rindukan bulan
Kiambang bertaup berlalunya biduk
Yang pipih dating melayang
Tahan derita kepahitan hidup
Sehingga derita menjadi kebahagiaan
USIA DAN MASA NOR HAYATI BINTI SEMAN
KHIDMAT PENGURUSAN
Pisang sesikat di atas meja
Dibawa ke kota di tengah rembang
Ketika meningkat usia remaja
Bunga cinta mula berkembang
Buah pala dari seberang
Semut melata di pokok betik
Kata pula sesetengah orang
Bibit cinta mula berputik
Gadis kota pergi ke Sintuk
Singgah di desa menampi padi
Remaja kita boleh dibentuk
Agar sentiasa teguh peribadi
Ikan duri ekornya kembang
Mati tersepuk di bawah atap
Watak diri mula berkembang
Perlu dipupuk agar mantap
AIDIL FITRI DATANG LAGI
Rentas negeri jangan diredah,
Polis tunggu sambil berdiri;
Imam tarawikh sebulan sudah,
Kini khatib di Aidilfitri.
Membakar sate di malam raya, NUR AZIMAH BINTI ABU BAKAR
Meriam berbunyi sungguh meriah; PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Takbir bergema di pagi raya,
Mohon ampun silap dan salah.
Berbaju kebaya cantik berseri,
Cantik dipakai di pagi hari;
Ziarah family satu negeri,
Satu Syawal sahaja diberi.
Penutup mulut lupa dibeli,
Pesanan ibu di pagi hari;
Walaupun jarak jauh sekali,
‘Video call’ kini pengganti diri.
Pergi bertandang rumah saudara,
Elakkan bersalaman jarak dijaga;
Raya Covid19 tetap ceria,
Disambut sederhana bersama keluarga
USAHA DAN BAKTI MOHD SHAHARUDDIN BIN AHMAD
UNIT ICT
Kalau ada mangkuk yang pecah
Mesti pinggan yang keretakan
Kalau hidup tak mahu susah
Rajin dan usaha perlu menuju kejayaan
Kalau bancuh air secawan
Kopi susu diminum percuma
Hidup ini mesti berkawan
Susah senang ditanggung bersama
Kalau ikan banyaknya tulang
Umbut dimasak bersama gelama
Jasa dan bakti akan dijulang
Budi yang baik dikenang selama
PENYELIDIKAN HJH SHARIHA BINTI JUSOH
JAB. PERANCANGAN DAN
Pergi memancing waktu petang PEMBANGUNAN INOVASI
Dapat seekor anak kerisi
Ilmu Allah luas terbentang
Penyelidikan dibuat mencari solusi
Pergi ke kuala mencari lokan
Masak bersama daun pandan
Banyak membaca isu penyelidikan
Lahirlah kajian merentas sempadan
Banyak cerita dalam media
Sedih dihati tidak terperi
Bermula membaca mencetus idea
Penyelidikan berkualiti sumbangan diberi.
NILAI DIRI HJH SHARIHA BINTI JUSOH
JAB. PERANCANGAN DAN
Lebat sungguh si asam jawa PEMBANGUNAN INOVASI
Mari diletak dalam guni
Orangnya adil lagi berwibawa
Dialah pemimpin disayangi dan disegani
Segak putera keris di sisi
Menunggu puteri datang berkunjung
Bertimbang rasa lagi dedikasi
Cukup berkhemah lagi disanjung
Tinggi sungguh si pohon sena
Tumbuh subur di tepi hutan
Sifat tegas memberi makna
Wataknya terpuji menjadi ikutan
CINTA DAN KEKUATAN SITI NOR FAIZAH BINTI MUHD ZIN
UNIT KO KURIKULUM
Akar menjadi tongkat sibuta
Akar berguna tiadanya rotan
Lemah bukan kerana cinta
Cinta menjadi bangkitnya kekuatan
Bagai bunga kembang tak jadi
Kiambang bertaup dibawa mati
Cantik manusia kerana budi
Cantik budi abadi di hati
Anak cina menjadi buta
Membawa diri ke dalam hutan
Lemah bukan kerana cinta
Cinta menjadi sumber kekuatan
HORMATI IBU BAPA HJ SUHAIMI BIN JUNOH
UNIT KO KURIKULUM
Durian musang king sedap sekali
Sedap dimakan bersama pengat
Derhaka kepada ibu bapa jangan sekali
Supaya berkat dunia akhirat
Menyeberang sungai melalui titi
Mencari jalan yang lebih dekat
Ibu bapa perlu dihormati
Supaya kita mendapat berkat
Negeri Terengganu sangat indah
Pantainya bersih ombaknya biru
Menjaga kebersihan sangat mudah
Supaya kita ceria selalu.
CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN SUHAINE LAILY BINTI TAHA
UNIT ICT
Sauh diangkat berlayar pergi
Bahtera tua melangkah ke depan
Hati resah merana lagi
Ibarat cintaku tidak kesampaian
Pulau Biduk jauh ke tengah
Nakhoda berlayar membawa peti
Hancur hati jiwaku punah
Kasih yang pergi tiada ganti
Sudah jauh punai melayang
Pungguk merindu bulan mengambang
Siapa kata hati tak sayang
Bagai bunga menjadi kembang
COVID 19 SURINA BINTI SAARI
JAB SAINS DAN MATEMATIK
Bunga Melur harum semerbak
Dihadiahkan Puteri Rahimah
Jika tidak mahu covid merebak
#jaga diri duduk dirumah
Pergi Kemasik beli makanan
Makanan dibeli di kedai Pak Wan
Kalau mahu rantaian diputuskan
Jaga SOP patuh arahan
Bawa basikal pergi ke pekan
Hendak membeli bakul rotan
Patuhi SOP kawal pergerakan
Supaya selamat dari jangkitan
CINTA DAN KASIH SAYANG HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD
KETUA PUSAT SUMBER
Membeli longan harganya murah
Dibawa pulang dengan pedati
Luka ditangan Nampak berdarah
Luka di hati membawa ke mati
Bakul di bawa berisi barang
Letak mari di atas papan
Jangan diharap kasihnya orang
Entahkan tidak entahkan jadi
Pergi ke pecan naik pedati
Pedati ditarik seekor sapi
Karam di laut membawa mati
Karam di hati membawa sepi
KASIH TAK KESAMPAIAN ASMIDA BINTI CHE ARIPIN
UNIT ICT
Asalnya kain dari benang
Menjadi baju dipakai budak
Hanya aku terkenang-kenang
Entahkan ingat entahkan tidak
Terbang nuri kembali ke sarang
Pungguk merindu dekuran merpati
Sakitnya menumpang kasihnya orang
Hidup merana dimakan hati
Selasih diikat dengan tali
Sampan hanyut membawa peti
Kasih bukan dijual beli
Simpan di hati membawa mati
ANTARA KASIH DAN KEIKHLASAN MOHD YUSOFF BIN AWANG TO
JAB. PEMBANGUNAN LATIHAN
Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isyak
Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.
Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.
KEHIDUPAN MOHD LUQMAN BIN HASHIM
JAB. PEMBANGUNAN LATIHAN
Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati
Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap.
Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang
KASIH YANG HILANG HJH ZAKIAH BINTI SALLEH
KETUA SEKTOR KECEMERLANGAN PELAJAR
Kalau kita pergi ke ladang
Bawa pisang tepi perigi
Apa diharap kasihnya orang
Makin di kenang makin pergi
Anak punai terbang rendah
Hinggap di atas pokok jati
Rindu kasih terasa gundah
Sakit merana dibawa mati
Anak gajah turun berdua
Rusa menari dalam kelambu
Terungkap kasih hatiku jua
Rindu dicengkam menusuk kalbu
BUDI DAN JASA ZALEHA BINTI ABD RHMAN
KHIDMAT PENGURUSAN
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.
Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.
Apa diharap pada jerami,
Habis padi jerami dibuang;
Apa diharap kepada kami,
Muka buruk budi kurang.
ANTOLOGI SYAIR
SYAIR SI BURUNG NURI HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN
AHMAD
Di atas pohon dia berdiri
Sambal menjeling sambal menari KETUA PUSAT SUMBER
Hajat di hati hendak ke mari
Mencari sedikit sumber rezeki
Terbang si nuri ketaman bestari
Jumpa seekor anak merpati
Disapanya nuri buat simpati
Anak merpati melarikan diri
Lantas si nuri cuba mencari
Merata negeri tiada terperi
Anak merpati membawa diri
Entah ke mana dia menyendiri
Terbang lagi si burung nuri
Ke sana-kesini mencari rezeki
Nun jauh di sana sudah didapati
Habuan yang enak akan digali
Namun begitu sinuri dapati
Benda digali tiada berisi
Kecewa nuri membawa diri
Terbang semula tiada kembali
Akhirnya nuri mulai menyedari
Rezeki itu anugerah Ilahi
Kemana pun jua dia mencari
Kalau dah takdir itulah jadi
Rezeki itu tiada terperi
Takdir yang diminta tetap dihati
Kalau dah namanya itu rezeki
Ke tangan jua dia kembali
SYAIR - MEMBACA JAMBATAN ILMU AZMI BIN IBRAHIM
JAB. PEMBANGUNAN LATIHAN
Tersebutlah kisah sebuah karya
Karya dicipta hamba berjasa
Syair nan indah seruan membaca
Jadikan amalan umat manusia
Budaya membaca nilai yang mulia
Rajin membaca ilmu berganda
Pasti bertambah ilmu di dada
hebat berhujah petah berbicara
Menuntut ilmu usahlah jemu
Walau di mana ilmu diburu
Gemar membaca umpama guru
Itulah tanda orang berilmu
Amalan membaca setiap hari
Bahan berinformasi santapan hati
Usah dikira petang dan pagi
Jadilah diri insan bestari
Membaca itu amalan terpuji
Cahaya ilmu melonjak diri
Pabila berilmu dipandang tinggi
Kemana pergi sentiasa dihargai
Budaya membaca tersemat di dada
Jadikan amalan sepanjang masa
Ilmu itu pelita jaya
Agar hidupmu penuh bahagia
Marilah taulan kekal membaca
Semarakkan diri semangat membara
Pabila berilmu terus berkarya
Kelak menjadi bangsa berharga
WARKAH BUAT BONDA HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN
AHMAD
Duhai bonda yang ku sayangi
Kasih dan sayang cinta sejati KETUA PUSAT SUMBER
Langit dan bumi tiadalah ganti
Cinta sejati di bawa ke mati
Kasih mu bonda amat kuhargai
Akan ku kenang sehingga kemati
Selagi jasad nyawa diberi
Izinkan daku terus berbakti
Dari kecil aku dikasihi
Makan dan minum sentasa dicukupi
Nyamuk seekor tidak menghinggapi
Semut dan lipas juga dijauhi
Setiap hari kau akan menjaga
Panas dan hujan tiada mengena
Sakit dan pening aku dibela
Tiada rungutan dan juga suara
Kini tiba usiamu dah senja
Ingin aku berbakti pula
Membalas jasa mu sebanyak yang ada
Sehingga akhir hayat mu tiba
Meskipun engkau sudah tiada
Doa dan harapan ku kirimkan jua
Moga roh mu sejahtera sentiasa
Kekal abadi di alam sana.
PENYELIDIKAN MASA DEPAN
Assalamualaikum salam pembuka DR AHMAD SHIDKI BIN MAT
Salam dihulur penuh ceria YUSOFF
Barisan JPPI IPGKSM seia sekata JAB. PERANCANGAN DAN
Berkongsi seloka penyelidikan untuk warga PEMBANGUNAN INOVASI
Penyelidik Novis mengkaji covid-19
Keluar mengutip data di awal pagi
Bila mengukur perlu kesahan terkini
Buku Metodologi tak khatam lagi
Membentang dapatan ke sana sini
Walaupun PKPB terus berkongsi
Ralat Jenis I dikawal dengan Bonferroni
Apabila antara variable wujudnya interaksi
Pergi ke kuala mencari lokan
Masak bersama daun pandan
Banyak membaca isu penyelidikan
Lahirlah kajian merentas sempadan
Musim Covid bersama dilalui
Jangan kunjungi tempat yang ramai
Parametrik Non Parametrik perlu diketahui
Barulah tepat ujian Statistik yang dipakai
PKP YANG TAK DIDUGA HJ MAT ZIN BIN MAT NAWI
JAB. ILMU PENDIDIKAN
Raya bawah PKP luar biasa,
Tak ada lagi rumah terbuka,
Beraya kita sesama ahli keluarga,
Hanya mampu kita share berita,
Boleh hantar gambar kuih raya,
Ralat tidak dapat beraya bersama.
Tokleh balik kg macam biasa,
Amalkan new norma kata Memanda,
Dikesempatan ini mohon maaf semua,
Ada masa kita boleh berjumpa,
Doakan wabak Covid-19 cepat tiada,
Ke hadrat Allah kita berdoa,
Semoga aman bahagia dan sentosa
Hidup ceria macam hak sekala,
Stay home jangan ke mana2,
Stay safe semoga selamat kita.
REZEKI DAN AMANAH
Rutin seharian bertukar semerta
Amalan biasa bertukar normanya
Semua angkara Covid19 petualangnya
PKP dikuatkuasa di seluruh negara
PKP pertama 18 Mac bermula NORFARAHIAH BINTI NODIN
Terus-menerus fasa demi fasa JAB. PEMBANGUNAN LATIHAN
Berbulan lamanya di rumah bertapa
BDR dilaksana semampu seadanya
4 Mei ditetapkan PKPB bermula
Jadual disusun reaksi berbeza
Lapangkan hati datang bekerja
Fikirkan mereka yang tidak punya apa-apa
Tidak culas keberadaan terjaga
Kelapangan masa terisi sebaiknya
Ke hulu ke hilir biar bermakna
Bukan sekadar menghabiskan masa
Sematkan niat luhur nan waja
Bekerja demi rezeki keluarga
Amanah diberi pikul sebaiknya
Manfaatkan masa keberkatan terjaga
DUNIA DILANDA COVID HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD
KETUA PUSAT SUMBER
Pabila covid melanda dunia
Semua jadi huru hara
Tiada apa dapat dilupa
Covid 19 menjadi bencana
Dulu semua kesana kesini
Tapi kini tiada lagi
Semua sudah menjadi sepi
Tiada boleh kemana lagi
Corona virus musuh yang nyata
Namun tidak Nampak di mata
Dia menyerang tak kira siapa
Seluruh dunia menjadi sengsara
Asalnya dia dari China
Menyerang manusia tak kira siapa
Ramai mati dan juga merana
Terus merebak serata dunia
Siapa yang kena terus sengsara
Kalau tak kena ajal pun tiba
Sakit menanggung deritanya jiwa
Banyak nyawa melayang jua
Kalau dah kena jangkitan itu
Seluruh badan jadi kaku
Nafas juga sudah dibantu
Duduk ditahan dalam ICU
Kalau sudah ajalnya tiba
Sanak saudara tiada yang jaga
Ketanah perkuburan dihantar jua
Tiada diiringi sanak saudara
Sangat sedih di dalam hati
Bila ada saudara yang mati
Jenazah sudah tidak dimandi
Hanya tayamun sebagai ganti
Bagi yang sihat jangkitan tiada
Elok berada di rumah sahaja
Ke sana kesini harus di jaga
Agar keselamatan akan terpelihara
Musuh tak Nampak di mana-mana
Siapa yang degil akan kena
Bila dah kena akan sengsara
Semua keluarga dikuaratin juga
Kalau hendak ke mana-mana
Penjarakan sosial perlu dilaksana
Harus memakai topeng muka
Cuci tangan setiaplah masa