The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasmeens1008, 2020-08-06 01:19:16

Antologi kreatif flip ipgksm

Antologi kreatif flip ipgksm

DOA DAN HARAPAN

Banyak yang aku pinta dari-Mu

Hanya saja aku tak ingin semua ini ada pada ku

Kesusahan serta kesulitan menimpa ku

Doa ku hanya ingin ceria

Sudah bosan aku merasakan semua luka

Akibat salah menilai dan alpa

Tuhan, besar harapan ku untuk ini

Untuk kehidupan ku ini

Agar lagi ku tak sakit hati

Dan jujur aku lelah dengan semua ini

Harapan ku hanya ingin bahagia

Pesanku pada anak muda HJH CHE ZAINI BINTI CHE CHIK

Jika kau ingin memiliki banyak harta JAB SAINS DAN MATEMATIK

Maka perbanyaklah dalam bekerja

Jika kau ingin memiliki tahta

Maka pandailah dalam bergaul dengan manusia

Jika kau harap memiliki rumah yang megah

Maka kau harus berusaha tanpa kenal lelah

Bukan dengan jalan yang salah

Namun, sejatinya harapan hidup bukan itu
Semua yang kau pinta hanya sebuah angan semua

Yang ketika kau mati, tak perlu itu
Janganlah kau terlena dalam sebuah nafsu
Keinginan dunia yang menuntun mu itu palsu,
Harapan kehidupan yang sesungguhnya adalah berusaha di jalan-Nya
Mintalah sebuah ketenangan dalam hati dan jiwa
Bukan harta atau pun tingginya sebuah tahta
Harapan yang baik, untuk kelak ketika tutup usia

Dan janganlah kau lupa
Bahwa dunia hanya sementara
Sejatinya kehidupan nyata adalah di alam yang berbeda

TERIMA KASIH, GURU MOHD IRHAM BIN ZAINUDDIN
JAB PENDIDIKAN JASMANI DAN
Untuk teladan yang telah kau berikan
Aku selalu mempertimbangkan semua KESIHATAN

yang kau ajarkan
Dan merefleksikan itu semua pada

karakter dan pribadiku
Aku mau menjadi sepertimana
Pintar, menarik, dan gemesin
Positif, percaya diri, protektif

Aku mau menjadi sepertimu
Berpengetahuan, pmahaman yang dalam

Berpikir dengan hati dan juga kepala
Memberikan kami yang terbaik

Dengan sensitif dan penuh perhatian

Aku mau menjadi sepertimu
Memberikan waktu, energi, dan bakatmu

Untuk meyakinkan masa depan yang
cerah

Pada kita semua

Terima kasih, guru
Kau telah membimbing kami
Aku mau menjadi sepertimu

PEMBURU HAKIKI

Kita ini bukan pemilik kehidupan HJH WAN KAMSIAH BINTI WAN AHMAD
Tidak ada yang menjadi milik kita yang KETUA PUSAT SUMBER

hakiki
Tidak ada yang di cipta untuk kita miliki

selamanya,
Kita tidak mampu untuk memegangnya,

Jika tidak ada keizinan dariNya.

Kalau hari ini,
Kita masih lagi mampu bersorak,
Kerana kita sudah meraih kejayaan,
Tapi esok kita mungkin menangisi,

Bila kita menemui kegagalan.

Kalua hari ini,
Kita berbangga dengan pertemuan,

Tapi mungkin esok,
Kita akan menangis takkala perpisahan

terjadi.

Detik yang membahagiakan kita
Berlalu sepi bagaikan dedaun ditiup angin

Hanya nyanyian rindu yang singgah di
sudut hati ini

Menjentik jiwa yang kosong nan sepi
Menemui sebuah kerinduan.

Hari ini kita mampu bangkit,
Kerana kedua kaki kita masih lagi utuh

Namun esok,
Mungkin kita akan bakal merangkak,

Pabila kaki tida lagi bisa berdiri.

Tanganku,
Hari ini bisa lagi menyuap nasi kemulutku,

Agar perutku yang kosong ini mulai
kekenyangan.

Namun esok tiada lagi,

Mulutku ini hanyalah mampu menunggu
Ihsan dari yang sudi menyuapi ku.

Aku bukan pemilik kehidupan.
Segala yang ku pinjam ini bakal ku

kembalikan,
Segala yang ku miliki ini sudah tiba

masanya,
Kembali semula ke asalnya.

DAMAI YANG HILANG KAMSIAH BINTI HASBULLAH
KOLEJ KEDIAMAN
Hembusan mu
Hilang damainya
Terhenti bagaikan ternoktah
Tatkala sapa mu menggamit keresahan
Khabarmu meruntun jiwa ini

Bulan Mac menyaksikan
Betapa megah mu

Menyelinap ruang dan memburu waktu
Alpa nya diri ini hingga tidak menyedari

Sehingga menjadi teman disisi

Heningnya gelak tawa
Menyurami setiap waktu
Terkadang mengajar diriku
Betapa hadirmu begitu memberi makna

Hadirlah damai
Sapamu selembut bayu

Gusarnya hati ini
Kehadiranmu masih belum dirasai

Hadirlah damai
Agar hadirmu menghilangkan dia

Berlabuhnya Corona
Menggamit pilu…

Mengharapkan damai kembali bertaut

CAHAYA AIDILFITRI KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN
KETUA JABATAN
Aidilfitri..... adakah cahayamu,
Akan secerah dan bersinar seperti sebelumnya, JAB PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
Dalam kesuraman dek wabak,
Mengiringi ..... Ramadan yang bakal pergi.

Redha dengan takdir Mu,
Tiada kemeriahan jemaah terawih di rumah Mu,

Doa kami ..... hapuskanlah virus ini,
Ketakutan kami ..... malah seluruh dunia.

Aidilfitri ..... moga cahayamu,
Tetap berkilau dalam keresahan umat Mu,

Kami menanti dengan penuh keinsafan,
Mungkin khilaf kami yang nak Kau betulkan.

Walaupun tanpa kemeriahan sanak saudara,
Aidilfitri tetap kami nantikan hadirmu,
Dalam normal baru kehidupan kini,
Merubah corak dan kebiasaan .

Aidilfitri ..... cahayamu tetap kami rindukan,
Disulami gema takbir dan tahmid,

Sebagai tanda kemenangan melawan dugaan,
Sebulan Ramadan yang menjanjikan keberkatannya.

Aidilfitri ..... hadirkan cahayamu menggantikan syiar Ramadan,
Dengan penuh syahdu dan sendu,

Keberkatan dan rahmat Ramadan kami tagih,
Moga bertemu lagi tahun mendatang.

Aidilfitri ..... Cahayamu kami tunggu dan kami nantikan

KERINDUAN

Dulu Aku Sibuk MOHAMAD BIN GHAZALI
Ke Sini Ke Sana KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN
Mengejar Dunia Fana
Sampai Lupa Segala PENILAIAN

Kini
Bila Terkurung Begini

Baru Aku Sedar
Erti Sebuah Keidupan
Erti Sebuah Kerinduan
Aku Rindu Pada Mu
Rindu Kepada Alam
Rindu Kepada Kebebasan

Rindu Pada Tuhan
Rindu Tempat Ibadat
Yang Mengajar Erti Ketakwaan
Yang Mengajar Erti Berjemaah
Rindu Pada Ibubapa
Rindu Pada Anak-Anak
Rindu Pada Adik Beradik
Rindu Pada Saudara Mara
Yang Mengajar Erti Kekeluargaan

Rindu Pada Kawan-Kawan
Rindu Pada Restoran

Rindu Pada Kedai Mamak
Yang Mengajar Erti Silaturrahim

Rindu Pada Rakan Sejawat
Rindu Pada Pejabat

Rindu Pada Tempat Kerja
Rindu Pada Tugas

Yang Mengajar Erti Tanggung Jawab
aku rindu semua

BICARA ANAK BONGSU MOHAMAD BIN AB LATIFF
KETUA UNIT KO KURIKULUM
Beginikah orang bekerja
???

Ada dirumah
Pakai tak cantik
Mengadap komputer

Adik!!!
Kenapa persoal

Salahkah ini
???

Adik lihat
Biasa cantik-cantik

Bukan di rumah
!!!

Anakku sayang
Ini norma baharu
Kerja cara baharu
Mana pun boleh
Nawaitu utama

Anakku sayang
Covid 19

Virus mengganas
Tak memilih mangsa

PKP terlaksana
!!!

Adik fikir!
Sempatkah adik dewasa

Covid 19
Masih menggila

Ya Allah
Selamatkanlah adik
Selamatkanlah keluarga adik
Selamatkanlah orang adik sayang
Selamatkanlah umat manusia

Matilah covid 19
Adik ingin...!!!???

LISTEN…

Listen… MOHD ZAKI BIN MOHD AMIN
Listen to the unspoken vision of my soul JAB BAHASA-BAHASA
For there’s beauty in a graceful slide and

There’s beauty in a clumsy tumble…

Listen to the motion of my heart
For I found peace in the dews on emerald shoots
And I found peace on the bark of a dying bough…

Listen to the rhythm of my instinct
For I do not see grey in honest intention
Only black and white in dubious gestures

Listen to the beat of my thought
For my strides and gallant descants
Is a slave’s gratitude for the Creator’s blessing…

Just listen to the oneness of my resolve
There’s retribution beckoning all follies and vices

Glad tidings awaiting every virtue and deed.

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

IPG ku MOHD ZURAIDI BIN MOHAMED
Tempat menjadi lubuk ilmu KETUA UNIT LATIHAN DALAM
Di bimbing insan yang mulia
Sanggup mengajar dan menjaga PERKHIDMATAN
Sering melarang juga menasihati
Untuk kebaikan diri serta masyarakat

IPG ku
Tempat terbaik dan paling dikira suci
Tempat dimana lahirnya cendikiawan berjaya
Di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan
Bagi memberikan suasana yang tenang

Untuk belajar dan berjaya
IPG ku

IPGKSM menjadi antara aset berharga
Bagi sesebuah Negara maju

Mempunyai penunjuk ajar yang berguna
Berbentuk lisan juga tulisan

Yang memberi pendedahan awal
Tentang keselamatan juga bahaya

IPG ku
Terdapat papan-papan tanda
Yang mengajar serta memesan
Tentang kejayaan serta keselamatan
Mampu menjadi pegangan hidup
Agar hidup Berjaya serta selamat

IPG ku
Di mataku menjadi tempat
Yang paling lengkap serta selamat
Mempunyai peraturan juga nasihat
Pelbagai bahasa juga tanda
Pelbagai bentuk juga cara
Menjamin keselamatan, mudah difahami

MUHAMMAD ZAWAWI BIN MUHAMMAD ALI
KETUA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK KU

IKutlah ajaran yang telah termaktub dalam kisah luqman al-
hakim, nescaya hidup kamu akan beroleh kejayaan dunia

dan kesenangan akhirat.

Jadilah insan yang diberi kepercayaan untuk memberikan
keamanan dan perlindungan, bukan menjadi petualang yang

merobek dan memusnahkan kemanusiaan.

Jangan sesekali kamu mencuri masa rakan-rakan kamu
dalam kalangan pemimpin yang baik hanya untuk

menyelesai masalah kamu yang tidak berkesudahan.

Manusia itu bukan untuk diagungkan, kerana keagungan itu
hanya milik mutlak tuhan. namun setiap manusia perlu

dikasihi dan dimuliakan selagi mana mereka berjalan atas
landasan Tuhan.

Jangan disangka apabila kamu tidak bersemuka, kamu boleh
mengurangkan dosa-dosa melalui lisan, kerana coretan

kamu yang sia-sia dan kata nista aneka media menjadikan
kamu tetap berdosa.

Buat apa harta bertimbun yang
dikumpul sepanjang hidup kalau ia

hanya menjadi warisan untuk
dihabiskan keturunan, sedang kamu

sendiri semasa hidup tidak
mengalirkannya untuk manfaat insan.

Kamu tinggalkan hari-hari yang telah kamu lalui
bukan untuk mengejar apa yang kamu impikan,
tetapi kamu sebenarnya mengejar kematian untuk

menerima ketentuan Tuhan

Allah swt itu pencipta,
Muhammad itu Rasul utusan, Islam itu agama
pegangan dan Al-quran itu panduan dan jalan,
dekati dan turuti, agar kamu mendapat kemuliaan

tuhan.

Anak-anakku pesan ini ku tinggalkan untuk
keturunanmu.

Abi: Tanggal 12 mei 2020

UNTUK INSAN DISEBERANG TAKDIRKU

Tuhan... AHMAD MUZAMIR BIN MOHAMAD
Benarkah cinta dan rindu itu salah, UNIT PRAKTIKUM
Kenapa kau bangkitkan rasa megah,
Perasaan ini bermain-main di lubuk hati

ku,
Untuk insan di seberang takdirku,

Tuhan,,,
Bila cinta dan rindu ku ini jadi keliru ,
Kenapa kau turunkn hujan rindu buatku,
Selebat ini di setiap lubuk waktu ku,

Untuk insan diseberang takdirku,

Tuhan...
Jawablah pada diri ku,
Janganlah hanya dengan sabda nabi Mu

Dan kitab suci Mu...
Ku perlu tahu letaknya takdirku
Untuk insan di seberang takdirku

RAMADAN 2020 MOHD NAZIDI BIN OTHMAN
JAB ILMU PENDIDIKAN
Bulan ramadan tiba
Tiada bersamaku anak-anak tarawih di

musolla
Tiada ibu bapa di sana
Tiada solat berjemaah bersama tetangga

Bulan ramadan tahun ini
Anak-anakku tetap berpuasa
Setia menunggu maghrib tiba
Bersama anak-anakku untuk berbuka

Bulan ramadhan tahun ini
Tiada aku tadarus di musolla
Tiada mengaji bersama teman
Menyemak setiap bacaannya

Bulan ramadhan tahun ini
Keberkatan tiada berkurangan

Semoga pengalaman ramadan ini

Mematangi hidupku di kemudian hari

MENGAPAI KEBESARAN MU

Tika Sang Suria menyuluh sinarnya NIK ABDULLAH BIN NIK COB
menyelak aksara-aksara perjalanan KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

insan-insan mengeluh mengapai
kehidupan

berteman derita dan air mata
sebuah perjalanan yang seakan tiada

angkara Karona Virus yang datang
menyiksa

menghancurkan normal langkah-langkah
biasa

menghilangkan mekar sumber pendapatan
dan mata pencarian.

Akulah sang derita itu
yang hilang rezeki yang lenyap impian

mengatur tapak-tapak lesu mencari
harapan

menadah tangan mencari keredhaan
kerana Dia memahami permintaan

aturan-NYA tidak pernah silap kenyataan

Nah!!!
rupanya takdir MU di luar kamar fikiran

insan
tersembunyi amat besar Keesaan dan

Kebesaran
dek ceteknya sebuah pegangan
nikmat dan hikmat MU silih berganti datang
banyak pengajaran MU luas terbentang
tidak pernah ku fikir sebegini yang Engkau

makbulkan.

Betapa kecilnya hatiku
sukar percaya kepada yang berlaku
lemahnya batinku menyelak Qadak dan

Qadar MU
mudah mengalah mentaksir suasana

ada bahagia disebalik tirai derita.
Duhai hati…

Tabahlah berdiri
Rezeki tak pernah iri dan dengki
Bersyukurlah menikmati pemberian yang

hakiki
Damai dan tenanglah pemberian azali.

NORMA BINTI YAAKUB WHEN THE MOMENT IS SILENT
JAB. BAHASA-BAHASA
When the moment is silent
I sometimes fight the emotion and
the comfort that I have embraced

To treasure them peacefully
with my energy, my heart and my soul

for my late night conversation

In recalling my Prophet Muhammad(SAW)
reminds me that my Lord says:’

“ Who will call upon Me, than I may answer
him? Who will ask of Me, that I may give
him, Who will seek My forgiveness that I
may forgive him?”
Thus, in the sujood, I whisper and
am being connected to my Creator

HE is just right there for me
never leave me alone

Yesterday, today and tomorrow
Answering my words

In an extremely beautiful way
to make sure my soul is shining

In the rising mornings
I truly believe that

my future is extremely well
my need is blessedly fulfilled
as my sustenance is in the good hands of my Lord! Alhamdulillah

for granting me
this irreplaceable moment.

DOA SEMALAM NIK ROSLI BIN IBRAHIM
(DITUJUKAN BUATMU GURU) JAB ILMU PENDIDIKAN

Tuhanku
Semalam ku mohon pada-Mu
agar semua derita di pintu ini

Berundur tanpa sengsara
Agar bumi segar semula
moga pucuk kedamaian muncul
dicelah daun-daun kekuningan
menutup segala pintu duka
segala pahit penawar ditelan

Tuhanku
pintaku pada-Mu
pinta hamba yang pendosa
Agar cahaya kebebasan memercik kembali
segar sinar mentari di celah kabus di pagi hari

pintaku agar senyuman si kecil
muncul semula

bersua bersenda gurau
memberi salam

selamat pagi cikgu diucap mesra
setelah sekian lama memendam

bertemu di alam maya
tiada sentuhan penawar
sekadar jasad di balik wayar

ingin ku lihat kembali
mereka berlari-lari di padang hijau

mengejar impian masa depan

Agar bisa menjadi manusia
yang patuh pada-Mu

yang bersyukur pada-Mu

sebelum syawal menjelma

TIKA RINDU MENJELMA

Sayunya rindu dibuai dikala kenangan datang menjelma
Kenangan silam yang tidak dapat dilupa
Bagai kembali ilusi seperti hari semalam
Terkenangku kepadamu
Amat pedih terasa

Terkesimaku dalam senyuman manja dan manismu
menusuk kalbu

Seandainya kau masih ada
Kasih dan sayangmu tiada tandingannya

Tiada pengganti pengubat sepi
Teriknya mentari membakar diriku

Tatkala ku bukakan mata
Hanya yang ada kenangan bersamamu

Masih terpahat dalam hatiku
Hanya mampu melihat pemergianmu

Kembali ke pangkuan ilahi

NIK SABARIAH BINTI NIK MUSTAPHA
PUSTAKAWAN

Rindu
Usah dikata
Tak mampu diungkap
Habis sudah kata-kata
Kering sudah air liur
Lenyap sudah suara kepimpinanmu
Lenyaplah segala nada berbisik”Ayah”
Lenyap sudah kata manismu
Pengubat segala keresahan dan kegusaran
Aku amat merinduimu wahai ibu
Walaupun dirimu jauh dariku
Namun masih tetap utuh dihati dan jiwaku
Akan ku kenangmu di dalam doaku

BERSABARLAH HJ NORISIN BIN MOHAMAD
JAB SAINS SOSIAL
Bila Kamu Sedang Diuji Kesakitan,
Bersabarlah

Bila Kamu Sedang Diuji Kesusahan,
Bersabarlah

Bila Kamu Sedang Diuji Kemiskinan,
Bersabarlah

Bila Kamu Sedang Diuji Kesedihan,
Bersabarlah

Bila Kamu Sedang Diuji Kehilangan,
Bersabarlah

Bila Kamu Sedang Diuji Fitnah Cacian,
Bersabarlah

Tuhan Sedang Mengampunkan Kamu
Bersabarlah,

Tuhan Maha Mengasihi Kamu
Bersabarlah,

Tuhan Maha Menyayangi Kamu
Bersabarlah,

Tuhan Sedang Merindui Kamu

Bersabarlah,
Tuhan Sediakan Yang Terbaik Buat Kamu

Bersabarlah,
Tuhan Ingin Mengangkat Darjat Kamu

Kamu Bersabarlah,
Kerana Setiap Insan Akan Ada Ujian

Kamu Bersabarlah,
Kerana Setiap Ujian Atas Kemampuan
Kamu Bersabarlah, Kerana Ganjaran

Disediakan Tuhan
Kamu Bersabarlah, Kerana Selepas Ujian

Ada Kebahagian
Kamu Bersabarlah, Kerana Kamu Insan

Pilihan Tuhan
Kamu Bersabarlah, Kerana Mahalnya

Kemanisan Iman

MOTHER

Your smile as bright as sun

Your eyes as black as night

Your voice a soft lullaby

Mother

Not once have I seen you cry

Not once I have seen your anger

Truly you are the perfect mother a child should treasure

Mother

Tell me mother,

Who is the man bloody on the floor

Why is his eyes lifeless and dull

Dear mother

Did you made a blunder

What happened I wonder

Mother

You calmly justified

Muttering it was not wrong DASHIMA BINTI ABD WAHAB
For you did it to protect your child KETUA JAB BAHASA-BAHASA

Whom you dearly love

I truly wonder

Is this right or wrong?

Mother

I am your child and you are my mother

For we only have each other

Now and forever.

GURU

Engkau Insan Yang Mulia
Mendidik Dan Membimbing

Generasi Demi Generasi
Tampa Erti Penat Dan Lelah
Tampa Mengenal Erti Jemu
Siang Dan Malam Memanjat Doa Agar
Anak Gangsa Berjaya Dan Terus Berjaya

Guru

Engkau Ibarat Sebatang Lilin YM RAJA ZAID BIN RAJA KADIR
Menerangi Malam Yang Gelap JAB SAINS SOSIAL
Menyuluh Ke Jalan Yang Terang
Namun Kekadang Tersilap Langkah
Oleh Badai Dan Ribut Yang Melanda

Guru

Kami Sentiasa Berdoa Agar Kau Guru
Bahagia Dan Tenang Sentiasa
Di Dunia Dan Juga Di Akhirat

Salam Kasih Dan Sayang Untuk Mu Guru

MENJARAK UNTUK MENDEKATI

Walau Berat Di Dalam Hati
Walau Perit Menanggung Seksa

Pedih Amat Menahan Gelora
Bagai Bebas Tapi Terpenjara

Kita Terpaksa Menjarak
Untuk Kembali Mendekati

Dulu Boleh Berpeluk Sapa MOHAMMAD RAMIZ BIN OMAR
Dulu Boleh Bertampar Gembira KETUA JAB SAINS SOSIAL

Dulu Boleh Bersalam Mesra
Dulu Boleh Berbisik Rahsia
Kini Kita Terpaksa Menjarak
Untuk Kembali Mendekati

Bersabar Lah Wahai Semua
Kita Terpaksa Menjarak

Demi Mengembalikan Apa Yang Telah Mula Hilang
Jarakkan Diri Dari Kekotoran
Jagalah Kebersihan
Jarakkan Diri Dari Sosial
Agar Wabak Tidak Menular

Jarakkan Diri Dari Kemaksiatan
Agar Allah Tidak Murka

Jarakkan Diri Dari Keangkuhan
Agar Aman Sesama Insan

Kita Menjarak
Untuk Kembali Mendekati

COVID19 DAN ANAK-ANAK DIDIKKU

Covid19 datangmu tanpa diundang
Berbulan-bulan kau bertapak

Memisahkanku dengan keriuhan anak-anak didikku
Tiada lagi bunyi kepetahan bicaramu
Tiada lagi riuh rendahmu
Tiada lagi hilai tawamu
Suasana menjadi sunyi sepi

Jiwaku terus meronta-ronta ROSEMINI BINTI ABDUL SALAM
Mengenangkan nasib pembelajaranmu PRASEKOLAH

Apa jadi dengan baca tulismu
Fikiranku kebuntuan

Apa cara bisa ku bantumu
Agar kau terus maju dalam pembejaraanmu

Gajetku peneman setia
Mengubat kerinduanku kepadamu
Hari-hari tugasan kukirimkan buatmu

Agar dirimu tak ketinggalan

Kini Covid19 belum pulang
Kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi
Kesungguhan ibu bapa membantuku
Tabah membimbing anak-anak didikku

Semoga kau terus cemerlang

DOA BUATMU ROSMAWATI BINTI MOHAMAD NOR
PEG. EKSEKUTIF KANAN
Hari demi hari berlalu
Inginku ungkapkan

menzahirkan apa yg terpendam...
Dengan sekalip mata
Siapa aku di matamu

Hari demi hari berlalu
Kadang kita bersua
Kadang kita membisu
Tatkala pena sedang rancak melakar
kebisuan itu terus bersemi

Doaku buatmu
Berolehlah kebahagiaanmu

Dengan caramu
Langkahmu bukan utk ditemani

Kata-katamu ternoktah
Dirimu kini bayangan

Doaku buatmu
Bukan kerana bersahabat
Bukan kerana berteman
Kerana dirimu sudah memilih...

Hanya yg terbaik
Adalah sebaris denganmu...

HIKMAH RUZIMAN BIN OMAR
JAB PENGAJIAN MELAYU
Dunia ini meniti
Hari-hari yang tidak menentu

Silih berganti
Pancaroba
Malapetaka
Kemusnahan

Wabak
Mengiringi umur dunia
Dari Utara Selatan Timur Barat

Kuasa Besar
Kuasa kecil
Semuanya terpalit seperti selut putih
Tiada lagi kemakmuran
Tada lagi sifat kemanusiaan
Tiada lagi sempadan
Semuanya terpalit seperti selut putih
Kini muncul seperti halilintar
Menyambar semua di hadapan
Virus baharu
Mengekang dunia
Melumpuhkan dunia yang semakin layu
Melumpuhkan ekonomi dunia
Melumpuhkan kuasa-kuass hebat dunia
Menyalahkan antara satu sama lain
Kedukaan ini berlaku angkara kamu
Kemusnahan ini berlaku ciptaan kamu
Kemusnahan ini berlaku olahan kamu
Tapi percayalah
Duka ini terjadi
Kerana kuasaNya
Ada hikmah disebalik yang berlaku

Tunjuk Ajar Menjadi Suluh Diri 1 MD. SAJARETUMUTAHA BIN MAT NOR
KAUNSELOR
Guru yang lupa diri,
Guru yang lupa pakaian
Guru yang sudah lupa diri
Guru yang sudah lupa pakaian
Banyak bala yang hampir
Banyak kerja yang salah
Bala yang menimpa Negara
Di situ tempat kembangnya syaitan
Di situ tempat binasanya iman

Telaga budi
Menunjuk yang elok
Mengajar yang benar
Mencelikkan mata
Menyaringkan telinga
Membersihkan hari
Menyempurnakan budi
Membaikan pekerti

Dahulukan suluh diri
Bukan menunjuk dengan maki
Bukan mengajar dengan caci

Menunjuk pada yang perlu
Mengajar supaya tahu
Petunjuknya berfaedah
pengajarannya berguna

Berilah manfaat pada didikan
Supaya menjadi contoh pada semua
Langkahnya diikuti, lidahnya dipegang

Sesuaikan tingkah dengan bicara
Ke darat tidak jadi durjana
Ke laut tidak bergelora

Ke hulu tidak jadi dengki
Ke hilir tidak jadi manista
Ke gunung tidak jadi caci mencaci
Budi halus dan rendah hati
Lemah lembut sebarang pekerti
Sesama manusia ia hormati
Pucuk manis condong ke paya
Sayang selasih pada yang lain
Mulut manis jangan percaya
Hati kasih di tempat lain
Mari pergi mencari rotan
Dapat sebatang rotan dahan
Buah manis jangan dimakan
Kalau dimakan jahanam badan

Tunjuk Ajar Menjadi Suluh Diri 2 MD. SAJARETUMUTAHA BIN MAT NOR
KAUNSELOR
Guru yang lupa diri,
Guru yang lupa pakaian
Guru yang sudah lupa diri
Guru yang sudah lupa pakaian
Banyak bala yang hampir
Banyak kerja yang salah
Bala yang menimpa Negara
Di situ tempat kembangnya syaitan
Di situ tempat binasanya iman
Jangan jadi tak tahu diri
Orang bebal mengaku ahli
Orang ke hilir awak ke hulu
Duduk beramai memandai-mandai
Tegak bersama mengada-ngada
Dalam berunding tengking menengking
Dalam muafakat umpat mengumpat
Dari bebal lagak menyombong
Ke tengah menyalah ke tepi binggung
Cakap meningi kepala kosong

Kenapa guru tiada suluh diri?
Kenapa guru tiada suluh hati?
Orang ke kanan awak ke kiri
Hidup menurut selera sendiri
Tunjuk ajar orang tiada peduli

Lupa kepada bodoh sendiri
Ditujuk ajar ia tak sudi

Kebaikan orang dibalas dengki
Tak tahu diri lagaknya angkuh
Ke mana pergi membuat gaduh
Nasihat yang baik ia cemuh

Diri sendiri ianya lupa
Tak tahu aturan lupa agama
Diberi nasihat masamlah muka
Lupa diri tak ingat asalnya
Kepada orang dengkian sahaja
Syaitan iblis kawan setianya
Hantu jerangkung saudara maranya
Sundelbolong polong bisikan hatinya

Lupa diri lupa ibadat
Tanah sekangkang hidupnya terlaknat
Hidup bergelumbang dalam maksiat

Orang mengutuk Tuhan melaknat

Lupa diri, binasa sendiri
Lupa diri, hidup terkeji
Lupa diri, musnahlah budi
Lupa diri, binasa “body”
Lupa diri, akalpun mati

Jadilah guru ikhlas berdada lapang
Mulut manis akalpun panjang
Niat tidak iri dan dengki
Buka kulit nampak isi
Disampai dengan budi pekerti
Hidup berterus terang
Patang sekali main belakang
Mulut dijaga, nafsu dikekang
Jauh sekali tidur dikangkang
Nait tidak binasakan orang

Syarat dijunjung adat dipegang.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Kehidupan

Sering kali diperingatkan

Berbentuk lisan juga tulisan

Agar terhindar dari bahaya

Tuhan juga turut menggesa

Agar sayangkan diri dan nyawa

Kehidupan

Dimana – mana terdapat peraturan

Sama ada bentuk untuk kebaikan diri

Mahupun orang lain

Seharusnya bersama patuhi SITI FAIZAH BINTI ISMAIL
Agar diri terjamin keselamatan UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Kehidupan

Sering kali dinasihatkan

Untuk pelbagai peringkat umur

Dari yang besar mahupun yang kecil

Untuk memberi pengajaran

Serta peringatan sebagai pendorong kehidupan

Kehidupan
Sering terdedah dengan bahaya
Sering juga dipesan mengelakkannya

Pelbagai rupa kewujudannya
Terasa membakar dan juga menghempap

Tidak berpijak serta terenjat
Bahaya memberi kita mudarat
Sentiasalah memberi peringatan
Tidak lupa meminta peringatan
Berilah pengawasan jika dipinta
Terimalah pengawasan jika diberi

Tiadalah lain ertinya
Selain untuk mengelak bahaya

DIA SAHABAT SEJATIKU SUZIANA BINTI MAT LAI
Dia… PEN. PUSTAKAWAN

Yang mampu menghulurkan tanganya
untuk mebangkitkanku

Yang selalu terus mendukungku
Yang mendekapkanku saat dunia

menghindarku
Dia…

Orang yang paling mengerti perasaanku
Orang yang sangat peduli kelemahanku

Orang yang sentiasa bersamaku
Dia…

Teman pelipur laraku
Teman terbaik dalam hidupku

Disaat aku memerlukanmu
Kau hadir dalam jiwaku
Dialah sahabat sejatiku

PESAN IBU SUZIWATI BINTI MOHAMAD
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Ibu,
Kaulah bidadari nan satu,
Tapi pesanmu beribu – ribu,
Setiap langkah diiringi pesanan ibu,
Buat begini dan jangan buat begitu,
Agar jalan hidup akan lurus selalu.

Pesan ibu,
Bacalah buku selalu,
Penuhkan dada dengan ilmu,
Pilihlah kawan yang bermutu,
Jauhilah kawan yang berhantu.

Pesanan ibu,
Kadang-kadang membuatkan kita jemu,

Mendengar pesanan beribu-ribu,
Tapi ibu tetap ibu,

Pesanan bertambah satu demi satu.
Ibu,

Kini ku boleh kenali mana kaca mana
permata,

Yang mana budaya, yang mana buaya,
Berilah pesanan beribu-ribu,
Aku tidak akan jemu,
Kerana ku tahu,

Sempurnanya seorang ibu dengan
pesanan beribu-ribu.

ARASY CINTA BUAT GURU HJ SYAKIRIN BIN ABD GHANI
UNIT KO KURIKULUM
Disebut gelarannya seumur hidup,
Pintu ilmu tak pernah tertutup

Di sekolah itu terhampar halaman,
Di situ mekar ilmu setaman

Sekolah tempat mengukir tangga,
Tangga menara ke pintu syurga
Namun tak mudah menjadi guru,

Hebat dugaan di alaf baru
Zaman dahulu bagaikan murabbi,
Zaman sekarang diserang bertubi

Anak murid terkadang hantu,
Sudah jauh terpesong nawaitu
Namun itulah cabaran zaman,
Demi amanah kerjaya idaman

Satu huruf diamal murid,
Allah nilai sebagai wirid

Jatuh bangun di kamar ilmu,
Kerana cinta tiadalah jemu
Guru tak tinggi kerana gaji,
Tidak mewah kerana royalti
Tetap sama dulu dan kini,
Dengan qanaah segalanya dicukupi
Jangan cerca guru yang tertawa,

Itu hiburan pengubat jiwa
Kadang letih dengan mesyuarat,

Buka mata pun dah tak larat
Kadang letih ibu bapa menggila,
Sampai meremang bulu gorila

Kadang rebah diuji fitnah,
Derai mimpi lerai ke tanah
Kadang jemu ugutan saman,
Jika difikir takut tak siuman

Demi pandaikan oh anak bangsa,
Tabahkan hati perkara biasa
Pujuk diri di bucu asrama,

Demi kembalikan iltizam yang lama
Sayang murid melebihi diri,
Bagai sinar suci mentari

Sanggup keluarkan duit di kocek,
Tiada istilah bakhil dan sengkek
Bagai membina puncak istana,
Dari debu hamparan kencana

Hasilnya tidak terlihat di sini,
Di alam sana mahligai bersemi
Anak didikan di kamar kuliah,
Saham akhirat gerbang madrasah
Martabat mulia di mata Allah,
Berkahlah hidup di lautan hikmah

Terima kasih guru tercinta,
Doa buatmu gemerlap permata
Sinarnya sampai ke arasy indah,
Bahagialah kalian dipayungi rahmah

SUMPAH SEMERAH PADI

Tegaknye Agama kerana Hukum
Tegaknye Bangsa adanye Rukun

Tegaknye Adat lakum dinukum
Tegaknye Budaya sopan dan santun

Sumpah ini sumpah Semerah HJ WAN AZIZ BIN W MUHAMAD@WAN
Kitab dijunjung Baginda Rasullulah AHMAD

Laksana Hudud tuntutan Allah UNIT KO KURIKULUM
Jasad dan nyawa Hamba berserah

Melayu bermula pertahan Agama
Dibumi Nusantara Islam Terbela
Barisan terakhir umat Manusia

Diufuk timur panji bermula

Jangan ditakuti hukuman dunia
Tiada yang kekal tiada sempurna

Allah dan Rasul kite pelihara
Agar menjadi manusia berguna

Jangan dilengah perintah Allah
Harus dijalankan mengikut Syariah

Agar umat terhindar jenayah
Untuk kebaikan semua Ummah

#biar tersalah ampun, jangan tersilap
hukum

KEHIDUPAN

Kita tidak berupaya mengubah
Apa yang telah terjadi

Juga tiada kudrat dan upaya
Untuk menggariskan masa depan

Justeru, mengapa perlu bunuh jiwa HJH WAN HASPINAH BINTI WAN HUSSIN
Dengan kekesalan JAB SAINS MATEMATIK

Dengan setiap kejadian yang tentunya
Tidak dapat kita ubah

Kehidupan amatlah singkat,
Namun matlamat dan cita

Amatlah banyak

Hidup perlu diteruskan
Andai merasakan kehidupan semakin sempit

Kembalilah kepada Allah ya Hakim
Ucapkanlah Alhamdulillah
Atas segala kurniaanNya

Hidup amatlah singkat
Asal dari tanah,

Kembali jua kepada tanah
Lalu hisab akan berakhir pada

Dua lorong
Syurga atau neraka

Maka hiduplah untuk Allah
Nescaya akan beroleh

Kebahagiaan yang berpanjangan
Di sana

RAHMAT DI SEBALIK DUKA…

Covid-19???
Bukan lagi berita
Bencana wabak melumpuhkan dunia…
Semua gentar dengan kehadiran makhluk sebesar zahrah…
Bisa merubah norma alam sekian lama

Sana sini berbicara tentang covid-19
Makhluk yang tidak mengenal usia,
Meragut nyawa insan yang lemah…
Ketakutan berada di mana-mana,
Manusia menjadi asing kepada manusia…
Ramai berduka… merana… sengsara…

Tidak kurang menggadai nyawa
Namun di sebalik musibah… ada rahmat di sebalik duka…

Covid-19???
Rahmat sebalik duka…

Dulu kita bermaharajalela di muka bumi…
Bekerja siang malam, berbelanja sesuka hati,

bergerak ke sana ke sini tanpa batas,
Bergaul sesama manusia tanpa batas…
Sehingga melupakan pesan junjungan kita…

Sujud kita pada yang Esa juga alfa…

WAN MOHD KHAIRI BIN WAN AWANG
JAB PEMBANGUNAN LATIHAN

Kini…
kita semua terkurung,
Seperti burung di dalam sangkar…
Tiada lagi kebebasan, tiada lagi kesibukan

mayapada…
Rumah-rumah ibadat sunyi sepi,
Gedung-gedung menjunjung langit terkunci

rapi…
Tiada lagi seperti selalu…

Dalam tangis, syahdu kita bermuhasabah
diri…

Berzikir, bertahmid dan berdoa…
Sujud dan sujud kepada yang Esa…
Panjatkan kesyukuran dalam bencana…
Kerana semua kejadian ada hikmahnya…

Masa terisi dengan nur…
Solat berjemaah, membaca kalimah Allah

selembar demi selembar…
Muhasabah diri di sebalik duka…
Semoga kehidupan menjadi lebih baik,
Membawa bekalan menuju ke alam sana,
Membawa bekal yang dituai semasa di

mayapada...

Covid19… pergilah jauh-jauh…
jangan muncul lagi…

Berilah peluang kami peluang kedua,
Melabuhkan dahi di atas tikar sejadah…

Nukilan ariawan

GAJET WAN MOHD SHAHRIDHAN BIN
WAN MOHD ANWAR
Dunia kini PUSAT SUMBER
Ambang 2020

Dunia baru
Ambang kecanggihan

Gajet kian penting
Tiada ia muramlah kita
Ramadhan yang mulia
Penantian yang telah tiba

Dunia kini
Setiap detik berpisah tiada
Gajet impian sentiasa disisi
Ibarat kasih berbunga hati
Pelbagai guna pentingnya ia

Dunia kini
Gajet menyeri kala makan
Gajet menemani kala sepi
Gajet menerangi gelap duka
Namun kasih antara kita

Janganlah dilupa

Dunia kini
Silaturahim teruslah bersemi
Bersama arus moden gajet
Andai dilupa binasalah tamadun
Terheret kita ke lembah durjana

Dunia kini
Jangan dilupakan semua
Hanya kerana kemajuan
Menyesal nanti tiada guna

RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan yang mulia WAN MOHD SHAHRIDHAN BIN
Penantian yang telah tiba WAN MOHD ANWAR
PUSAT SUMBER
Membawa kelebihan
Menginsafkan manusia
Tunduk pada Yang Esa

Makan tatkala Maghrib
Menahan diri dari dosa
Menguji iman dalam hati
Menyucikan segala kegelapan

Kedatanganmu dirindu
Pemergianmu ditangisi
Moga hidup terus takwa
Bertemu kembali di masa hadapan

PANAS 2020 WAN MOHD SHAHRIDHAN BIN
WAN MOHD ANWAR
Panas PUSAT SUMBER
Terasa kehangatannya kini

Membelengu diri
Di alaf 2020 ini

Panas
Kerana Covid-19
Utusan Ilahi menguji diri
Korban serata dunia diuji

Panas
Ujian kian getir
Saat engkau hadir
Menutup segala urusan

Panas
Semoga sejuk mendatang
Memayungi kami di kalangan

Terkurung ingin bebas
Panas

Panjatkan doa padaNya
Agar cahaya kembali

Menyatu semua hingga ke akhirNya

POST RETIREMENT YAHYA BIN YUSOF
JAB BAHASA-BAHASA
With a rickety cane and shaky legs
He trudges down the street
Slowly and painfully he begs
And prays his soul to keep

His sunken blurry eyes
Had served him long and well

But now he could only sigh
What he sees he couldn’t tell
He remembers the great old days
Of the things he could only say
Of how strong his arms were
Of the bounteous admirers

His solemn wrinkled face
Longs for a warm embrace
But the grey hair and the aching back
Remind him of what he truly lacks
He is in a daze and searching
For a memory great and fond
But sadly, there’s not a trace
For the memory has long gone.

TINGGAL KENANGAN YUSRI BIN ABD GHANI
JAB SAINS SOSIAL
Sederap Melangkah Pergi
Mohon Ku Undur Diri

Tika Hati Masih Terpateri
Tika Cinta Utuh Di Sanubari

Berat Untuk Ku Melangkah
Pergi

Bersama Menggapai Yang
Diimpi

Namun Terpaksa Jua Undur
Diri

Sampai Ketemu Di Lembah
Sepi

Tatkala Senja Kian Berlabuh
Makin Jauh Menjarak Ampuh

Makin Sebak Tiadanya
Kukuh

Kaku Membisu Kian Runtuh

Selamat Tinggal...
Selamat Tinggal Kenangan...

RINDU YANG HILANG

Pertama Kali Rasa Sesuatu

Sesuatu Yang Tidak Diketahui

Terasa Begitu Dejavu

Dejavu Yang Berlalu Pergi

Kenapakah Rasa Ini Menguasai

Jiwa Begitu Rasa Rindu

Ingin Mengapai

Tapi Masih Tidak Tercapai ZULAINI BINTI HUSIN
Jiwaku Terasa Kosong KAUNSELOR

Terasa Jauh Terasa Rindu

Adakah Keputusan Ini Salah Percaturan

Meninggalkan Keselesaan Yang Telah Sebati Dalam Jiwa

Meninggalkan Keselesaan Yang Membahagiakan

Meninggalkan Keselesaan Yang Menenangkan

Apakah Keputusan Ini Salah

Apakah Perlu Berpatah Balik

Untuk Hidup Dalam Kebahagiaan Itu

Apakah Perlu Menebalkan Muka Untuk Kembali

Terlalu Banyak Pengorbanan

Untuk Datang Ke Dunia Baru

Tapi Kenapa Ianya Tidak Membahagiakan

Adakah Rasa Ini Datang Kerana Tiada Restu

Setiap Hari Ada Pertelingkahan

Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bantulah Untuk Hambamu Ini Merasai Kembali

Kebahagiaan Dan Keselesaan Itu

Yang Pernah Hadir Dulu..

MY SENSE IN ART HAD VANISHED, SUZANA BINTI AHMAD
JAB BAHASA-BAHASA
My sense in art had vanished
It left me without goodbye

Just like when youth deserted me
It never made me cry

I thought I had a little need for it
Well today I was proven wrong
My boss had come up with a list

She insisted we go along
The pressure was way too much

They wanted an instant poet
But my writer’s block wouldn’t budge

I wished I had just retired
I tried my best to ignore
But the list just kept on growing
It really pained me to know
That my name was still missing

Oh my creative buds
Why have thou forsaken me?

As I peeked into Whatsap
The list was growing still

DI SUATU SAAT RAHMAH DAN BARAKAH
Oleh : Muhammad Amirul Syarief bin Siswono

Hening, sunyi dan sepi
Tiga kata yang terungkap di suasana
Tatkala sayup-sayup kedengaran alunan di kejauhan
Bait-bait suci menyeru kepada Yang Esa

Saat ini ternyata berbeza
Tidak sepertimana detik dan suasana di suatu ketika
Saat di mana tarbiah dan ibadah mekar di rumah yang Maha Kuasa
Saat si hamba hina memohon hikmah dan rahmah dari-Nya
Namun tatkala kini aku hanya mampu merindu dari jauh,

Menatap kubah sunyi itu
Yang tiada lagi pengunjung
Tiada lagi mampu berkunjung
Tiada lagi takbir dan bacaan merdu
Tiada lagi amin yang bergema di setiap penjuru
Tiada lagi pesan dan ingatan seusai zikir
Yang mendekatkan diri pada Al ‘Kabir
Meskipun saat ini mungkin berbeza dan tidak serupa
Namun inti dan ibadahnya masih tetap sama
Yang lebih memberi erti kepada diri ini
Agar senantiasa mensyukuri nikmat yang dikurnia Ilahi.


Click to View FlipBook Version