The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wantasok, 2022-03-24 06:08:39

5_6186134507024811205

5_6186134507024811205

ARJUNA CINTA

“Tak apalah. Nanti-nantilah, Mishah. Ada jodoh aku nanti.
Jangan risau okey?” pujuk hatiku.

Dia terus mendesak dan meminta kebenaran untuk
memberikan nombor telefonku kepada lelaki tersebut. Aku reda
dalam keterpaksaan. Dia tersenyum penuh makna. Aku malas
berfikir lagi, malah ingin segera menamatkan perbualan hambar
ini.

Bunyi telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej yang masuk
ketika aku sedang berehat di ruang tamu. Aku segera melihat
skrin telefon bimbitku. Tertera satu nombor yang tidak aku
kenali.

‘Hidup tanpa cinta bagaikan sebatang pohon yang kukuh
berdiri, namun kering tanpa dihiasi buah ataupun bunga.’

Alahai, siapa pula berpujangga di rembang hari? Bercerita
tentang pokok dan daun. Lucu pula. Aku tersenyum sendirian.
Anggapanku mungkin orang itu salah nombor.

‘Saya tak mau jadi buah. Tak suka makan buah. Bunga pun
apatah lagi. Tak berapa reti nak tanam pokok-pokok ni. Awak
salah nombor kot! Pelik sangat!’ balasku.

‘Amboi. Garangnya. Kawan awak yang bagi nombor ni. Nak
kawan boleh?” balasnya lagi.

Aku mencebik geram. Aku tertanya-tanya siapakah
gerangannya. Cepat saja berterus terang. Arghh! Malas aku

CINTA | JODOH 51

ARJUNA CINTA

melayannya lalu mesejnya dibiarkan berlalu tanpa jawapan
pasti.

MEMORI INDAH DIBALUT RAPAT.
Tidak tahu dari mana datangnya nyala rasa. Perkenalan yang hanya
bermula daripada berbalas-balas mesej Whatsapp, aku terus
bersetuju untuk bertemu muka. Aku tersipu-sipu malu, apatah lagi
dirinya tidak banyak berbicara sepanjang perjumpaan tersebut.
Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Lurus betul orangnya.

‘Fuh! Ini betul-betul menguji imanku. Sabar, Atikah!’ monolog
hatiku.

Tempoh perkenalan kami hanya sekejap cuma. Sudah
tertulis dia jodoh selayaknya untukku. Meski kata orang, ‘kenal
bagi lama dulu baru bercinta.’ Lain pula situasi kami berdua.
Kami bercinta selepas berkahwin. Ini kisah cinta dua hati.

Hampir sebulan perkenalan kami, hubungan kami direstui
keluarga. Tanggal 16 Mac 2011, terikatlah ikatan dua hati. Kami
telah disatukan, diwalikan arwah abang sulungku.

Bibit cinta kami memekar indah. Aku merasakan lebih indah
hari bahagia tersebut andainya arwah mak dan ayah turut sama
meraikannya. Aku pasrah.

Arwah abangku tahu gelodak jiwa adik bongsunya ini.
Sempat dia berpesan kepadaku dan suami, “Rumah tangga
ibarat sekuntum bunga mawar yang mekar. Memilikinya kita
perlu bersama-sama menggembur tanah, memberikan baja,

52 JODOH | CINTA

ARJUNA CINTA

siram, membuang ulat pada daun dan cahaya matahari yang
secukupnya. Insya-Allah kita akan sentiasa dapat melihat dan
menghidu aromanya.”

Aku tersenyum malu di sisi lelaki yang baru bergelar suami
dengan sekali lafaz itu.

“Abang, semoga Allah menguatkan rasa cinta dan rumah
tangga kita kekal sehingga akhir hayat,” bisikku pula ke
telinganya.

Merah padam mukanya. Sememangnya pun! Dia pemalu
sangat. Aku terusik dengan tingkahnya. Kasihan pun ada. Rasa
cinta pun bertambah.

Beza umur kami hanya dua tahun. Ada kelebihan, ada
kekurangan. Penyatuan ini membahagiakan. Dia jodohku yang
telah ditentukan oleh Allah. Allah Maha Mengetahui segala-
galanya.

KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA.
Ikatan cinta bertambah mekar, zuriat amanah Allah menjadi
penyeri kehidupan. Rezeki anak, legasi cinta bersemi indah.

Diuji dan teruji itu biasa kerana kita tidak sempurna.
Sebagai hamba-Nya tentu kita tidak terlepas dengan godaan
dan nafsu iblis. Lalu, aku belajar menerima kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Berbekalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dimurkai. Terkuatnya ikatan cinta
meskipun tercuit sana sini.

CINTA | JODOH 53

ARJUNA CINTA

Kukuhkanlah iman di hati ini.
Terima kasih Tuhan. Walaupun mungkin ada terkhilaf, ada
yang gerhana, ada yang tercalar namun kami telah mencuba
apa yang termampu. Kami insan kerdil yang sentiasa insaf dan
pasrah kepada kebesaranNya.
Buatmu, Arjuna Cinta, “Terima kasih abang. Terima kasih
kerana sabar melayani kerenah sayang selama ini. Kita umpama
siang dan malam yang saling memerlukan untuk melengkapkan
pusingan hari.”
“Pertemuan kita kerana Allah. Moga terus sabar hingga
ke jannah. Moga jiwa dijauhi nafsu durjana. Moga selamanya
dalam lindungan dan petunjuk-Nya.”
Berkatilah kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

54 JODOH | CINTA

ARJUNA CINTA

Nota Cinta

Aku seorang anak yang manja namun hidup berdikari setelah
pemergian keluarga tercinta. Aku terus mencari cinta yang sejati

setanding arwah mak dan ayah.
Sentiasa yakin jodoh pertemuan itu adalah daripada Allah. Meski lari
ke mana-mana pun jika itu memang telah tertulis jodoh kita, terimalah

seadanya.
Setiap perhubungan yang direstui keluarga, ada keberkatan di hujung

usia. Indahnya bercinta secara halal dan diredai Allah.
Menerima kekurangan dan kelebihan pasangan walau apa jua cabaran.
Manusia itu tidak ada yang sempurna. Oleh itu, bersyukur dan berterima

kasih atas segala nikmat-Nya
Seorang suami yang baik

sentiasa membahagiakan isteri
meskipun apa jua keadaan dan tidak

pernah menimbulkan prasangka.
Berkatilah ikatan cinta ini.

RaAZJahalonlmiadanhoakoh,tlip.slyeauSanhaengmtkigisakaiyktamdeuutliriacgsMshiianeso-kditNaheibtldyeekuatraFaas.mrpaagkmhiaabmanseeearoehdnluibeanahikng.-ga

CINTA | JODOH 55

Editor

Kehidupan Kami

AZZIRA RAHMAN

Dialah editor yang memberi kami koma,
tanda seru, tanda tanya dan noktah dalam

perenggan kehidupan kami dengan adil,
menurut keutamaan adat serta adab.

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

JODOH ialah satu bab penting dalam buku takdir. Penentuan
jodoh sama dengan penentuan tarikh luput hayat insan.
Kedua-duanya tidak dapat diketahui dan telah digariskan
oleh Ilahi.

Jodoh juga tamsilan sebuah anugerah terindah dan hal ini
tercantum dalam firman Allah.

Meskipun jodoh sudah ternukil dalam piagam qadak dan
qadar Allah, namun jodoh terbaik belahan jiwa intan payung
yang misinya mahu bergandingan ke syurga tetap memerlukan
usaha malah menagih pengorbanan.

Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang berusaha, merintih
agar hajat mereka dikabulkan, tetapi amat malu jika manusia
lain mengetahuinya. Malu jika manusia lain terdengar lagu
syahdu desakan naluri bertajuk ‘Aku Ingin Kahwin!’ [Aku Ingin
Menyempurnakan Agamaku].

Bagiku, pernikahan merupakan ibadah yang dapat
menyempurnakan separuh daripada agamaku. Rasulullah
pernah bersabda:

“Ada tiga kelompok manusia yang pasti ditolong. Pertama,
mujahid di jalan Allah. Kedua, pemuda yang menikah untuk
menjaga kehormatan diri dan budak mukatab yang berusaha
memerdekakan diri.” (Hadis Riwayat Ahmad)

“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS Adz-Dzariyat:
49).

CINTA | JODOH 57

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

April 1998 - Hati ranap dengan keputusan sendiri. Cinta
pertama berkubur penuh duka.

Mac 1999 - Positif walau sendiri.

Selepas berbual ringkas di sebuah taman rekreasi di
Serdang, pada pertemuan kedua kami yang tanpa dirancang,
aku memohon untuk mengundur diri kerana waktu sore bakal
berganti senja.

“Which country you come from?” soal aku sebelum kaki
melangkah pergi.

“Bosnia,” jawab Adem.

“I‘ve got to go. Assalamualaikum,” aku membelakangkannya
dan terus berlari-lari anak menuju ke hostel.

“See you again Maz!” balas Adem.

Pertemuan kali ketiga juga tidak dirancang. Ditemani oleh
dua orang kanak-kanak berusia empat dan enam tahun serta
seorang lelaki Melayu berkulit sawo matang. Pertemuan kali ini
menjadi meriah dengan kehadiran mereka. Enes, Berina, Amran.
Kami melayan kerenah kanak-kanak tersebut disulami pelbagai
pertanyaan perihal keluarga dan diri masing-masing.

Adem memperkenalkan lelaki berkulit sawo matang itu
kepadaku. Sahabat baik merangkap jirannya. Persahabatan
mereka bermula apabila sekumpulan rakyat Bosnia yang
diiktiraf sebagai pelarian peperangan pada awal tahun 90-an
diterima di Malaysia. NGO Perkim turut memainkan peranan

58 JODOH | CINTA

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

membantu pelarian ini untuk mendapat jaminan keselamatan,
kediaman serta pendidikan.

Adem, lulusan master MBA daripada UIA, Gombak.

Perang penghapusan etnik di negara Balkan itu menjadi asbab
asimilasi budaya antara dua benua menjadi semakin subur.
Asia dan Eropah. Asia Tenggara dan Eropah Timur.

Adem dan isterinya Elmira menjemput aku menikmati
mantia dan burek di rumah mereka. Menjamah Hurmašice iaitu
sejenis biskut daripada tepung semolina yang disiram sirap
gula, secangkir kopi pahit pekat ialah pengalaman baharu tunas
rasaku.

Adem dengan berseloroh tetapi konotasinya serius
menzahirkan niatnya untuk menyatukan aku dengan lelaki
sawo matang itu.

Adem memberi aku dorongan agar sebuah ikatan yang
menyatukan itu perlu disegerakan jika tiada sebarang halangan.
Aku pura-pura tenang walau hati jadi keliru akan pantasnya detik
untuk beralih kepada fasa perkahwinan dalam kehidupanku
yang masih bergelar graduan.

OKTOBER 1996 - REMAJA MENCARI WARNA KARISMA DIRI.
Janganlah kita berdoa seperti mengatur-ngatur Allah supaya
memenuhi impian kita.

“Ya Allah, temukanlah jodohku dengan pemuda berkulit
putih bersih, rambutnya berombak belah tengah. Orang
senegeri denganku, lebih baik jika sedaerah, memiliki sifat sabar

CINTA | JODOH 59

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

dan cintakan hobi shopping yang sama denganku. Jangan
berdoa seperti itu ya murid-muridku. Seperti kita mengarah-
ngarah Allah yang maha bijaksana,” nasihat Ustazah Raidah
mengundang gelak tawa kami, murid Tingkatan Lima Rubi di
sebuah sekolah di Kuantan.

“Bagaimana doa yang disarankan untuk jodoh terbaik kita
ustazah?” sampuk Laila, seorang remaja yang sudah memiliki
cinta hati, senior kami.

“Doakan supaya Allah yang pilihkan jodoh untuk kita. Doakan
agar Allah jodohkan suami yang akan mendekatkan diri kita
kepada keluarga dan agama kita pada waktu yang tepat. Biar
lambat asal selamat. Sesuatu yang kamu suka belum tentu baik
untuk kamu. Yang kamu benci, belum tentu mudarat kepada
kamu. Usah menyebut nama kekasih hati kita sebagai calon
suami walaupun kamu rela mati untuk dia. Soal jodoh adalah
hikmah-Nya,” tambah Ustazah Raidah.

Angguk-angguk. Aku dan Laila berpandangan, tersenyum.

OKTOBER 1999 - TESIS DAN ZURIAT.
Majlis perkahwinan berlangsung sederhana dalam kesibukan
kuliah. Majlis menjadi kurang meriah kerana hujan meranapkan
meja santapan beradap pengantin. Pelapik meja berona kuning
diraja habis lenjun. Tetamu yang patut hadir, terkandas kerana
hujan mencurah-curah bersama guruh, resam cuaca di negeri
pantai timur apabila musim tengkujuh.

Dua purnama selepas pernikahan, kami terbang ke Istanbul,
melawat sahabat di Bosnia. Bulan madu yang ringkas

60 JODOH | CINTA

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

telah memberikan nuansa segar pascapernikahan. Tempoh
perkenalan yang hanya tiga bulan sebelum pertunangan adalah
suntuk untuk mentaksir peribadi suami. Namun, percutian kami
di Banja Luka, Republika Srpska di  Bosnia telah memberi aku
gambaran jelas peribadi suami yang disenangi ramai.

Hamil anak pertama dan kedua semasa masih bergelar
seorang pelajar merupakan fasa yang mencabar emosi
perempuanku. Berpantang dan menduduki peperiksaan akhir di
dewan peperiksaan dengan bengkung, stoking pelengkap gaya,
bau herba ialah kenangan yang mengundang ketawa rakan.

Memori menahan kesakitan selama 12 jam untuk melahirkan
zuriat bersama-sama nota Biokimia di tangan cukup manis
untuk diingati. Boleh dijadikan modal bicara dengan anak cucu
pada kemudian hari.

Bertungkus-lumus menyiapkan tesis di makmal fakulti
hingga lewat malam sambil ditemani suami dan zuriat sulung
berusia dua bulan menjadi momen yang sukar dilupakan.
Memiliki teman hidup yang penyabar, lembut tutur kata serta
bersedia membantu tanpa dimulakan dan diakhiri dengan
rungutan dan ungkitan juga anugerah. Semuanya aku lalui
dengan lancar, bersemangat dalam alam perkahwinan. Cabaran
itulah nikmat hidup apabila bersama-sama dengan insan
tersayang.

JANUARI 2022 - DAKAPAN BAHAGIA.
22 tahun dalam dakapan cinta. Aku sering berharap agar
dapat menabur bakti dan kesetiaan kepada suami. Harapan itu

CINTA | JODOH 61

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

bertambah utuh setelah kematian ibuku. Suamilah tempatku
menanam modal untuk syurga. Namun, hakikatnya, suamilah
yang hidupnya lebih banyak berbakti kepadaku.

Dialah artis yang mencorak dan melukis bahagia keluarga
kami. Dialah guru yang sabar mentarbiah. Dialah jurutera
kewangan keluarga, merancang teliti reka bentuk destinasi
hidup kami. Dialah pak cik kantin yang setiap minggu memenuhi
gerobok makanan kami, memotong bawang, menyental kerak
daki di sinki.

Dia seorang yang dihormati. Mengarah dengan tegas, tetapi
jelas. Dia membetulkan kekhilafan pekerjanya yang berulang-
ulang kali membuat unjuran salah dalam statistik pengeluaran
bernilai jutaan ringgit. Dia seorang ketua jabatan yang tidak
merendah-rendahkan keupayaan kakitangan sebagaimana dia
tidak pernah memperlekehkan setiap ahli keluarga kami. Ketika
aku ingin menghambur bara kemarahan dek sesuatu yang
menekan jiwa, dia hadir mengimbang suasana.

Dialah editor yang memberi kami koma, tanda seru, tanda
tanya dan noktah dalam perenggan kehidupan kami dengan
adil, menurut keutamaan adat serta adab.

Bahagia itu di hati. Reda ketika tersungkur dan dikhinati.
Bangkit berdiri dengan rintihan untuk didengari Ilahi. Nasihat
Ustazah Raidah ialah azimat keramat, berbekas di sanubari.

62 JODOH | CINTA

EDITOR KEHIDUPAN KAMI

Nota Cinta

Dialah artis yang banyak mencorak dan melukis bahagia.
Dialah guru mentarbiah.

Dialah jurutera kewangan keluarga.
Dialah pak cik kantin yang setiap hujung minggu

memenuhkan gerobok makanan kami.
Dialah editor yang memberi kami koma, tanda seru,
tanda tanya dan noktah dalam perenggan kehidupan kami.

Aku bahagia bersama-sama dia.

CINTA | JODOH 63

Jodoh

Permata Hati

CHE MAS

Aku sentiasa mendoakan agar bahtera
yang dibina oleh mereka bahagia bersama-sama

dengan zuriat yang soleh dan solehah.
Inilah jodoh terindah buat permata hatiku.

JODOH PERMATA HATI

HARI ini kami bergambar di sebuah studio khas di
Madinah, bergambar untuk kenangan sempena majlis
konvokesyen anak sulungku, Ahmad Syakir di Universiti
Islam Madinah. Dia berjaya menamatkan pengajian ijazah
pertama dalam jurusan Syariah.

Syakir anak lelaki tunggal aku. Lima tahun dia belajar di
Maahad Tahfiz di Pulai Chondong, Tanah Merah Kelantan,
mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan tamat
menghafaz al-Quran. Seterusnya dia menyambungkan
pengajian di Universiti Madinah selama enam tahun.

Dia sempat belajar di Universiti Iman di Yaman selama tiga
bulan sebelum aku memintanya berhenti dan menerima tawaran
belajar di Universiti Islam Madinah. Dia akur dengan permintaan
aku walaupun hatinya sudah terpaut pada Universiti Iman demi
menunaikan hajat seorang ibu.

“Tunang Syakir ada di luar tu, boleh bergambar sekali tak?”
tanya suamiku kepada juru gambar yang lagaknya seperti
profesional.

Soalan itu memecah kesunyian ketika kami merakam
kenangan berharga itu.

“Mana dia? Jemputlah masuk,” balas Azlan sang jurugambar.

Dia bertugas mengambil gambar keluarga yang berkunjung
ke tanah suci Madinah khusus untuk konvokesyen pada kali ini.
Persatuan pelajar Madinah menyediakan slot khas ini kepada
semua keluarga yang hadir untuk konvokesyen ini.

CINTA | JODOH 65

JODOH PERMATA HATI

“Mana ada tunang Syakir. Orang yang mana satu pun tak
tahu siapa lagi,” tukasku.

Namun kalau betul sekali pun Syakir bertunang tak
mungkin aku benarkan untuk dibawa sekali. Bagiku, hubungan
pertunangan bukanlah lesen besar untuk berjalan ke sana dan
ke mari.

Aku yakin suamiku juga berprinsip yang sama denganku
kerana dia lebih arif tentang hukum agama sementelah dia juga
belajar ilmu hadis di Universiti Abu Bakar di Karachi, Pakistan.

Aku tahu suami hanya bergurau pada malam itu semata-
mata untuk kenangan kami sahaja. Namun sebenarnya itulah
gurauannya yang terakhir buat kami.

Pada malam terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah
air suami mengalami sesak nafas dan meninggal dunia. Gelap
seketika pandanganku menerima takdir yang tertulis dan aku
terima dengan penuh reda.

Ahmad Syakir sebagai waris tunggalku menyantuni jenazah
abinya sehingga selesai pengebumian di Perkuburan Baqi. Allah
SWT telah memilih tempat terbaik untuk pemakaman terakhir
suami sesuai dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi:

“Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang
terpilih  meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka
bergembiralah.  Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh
Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan  menjadi saksi dan
syafaat untuknya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat al-Tabrani:
Hasan Sahih).”

66 JODOH | CINTA

JODOH PERMATA HATI

Aku balik ke Malaysia pada hari yang sama dengan hari
pengebumian suami, sementara Syakir masih di Madinah
kerana ada tugasan yang perlu dibereskan sebelum pulang
untuk kali terakhir.

Ramai kenalan arwah datang untuk menyatakan ucapan
turut bersedih atas kehilangan suami tercinta.

Sebulan selepas kejadian, pertubuhan NGO (Geng Ustaz)
telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah di rumah. Pada
majlis itu semua kenalan datang dari merata-rata tempat.
Semasa hayatnya arwah suami merupakan presiden kepada
pertubuhan Geng Ustaz.

Salah seorang tetamu yang hadir ialah Ustazah Nuridah
Salleh, iaitu exco kerajaan negeri Terengganu. Hubungan baik
dengan arwah sebelum ini dalam beberapa misi kemanusian di
dalam dan di luar negara mendorong beliau hadir ke majlis ini.

“Mas, ustazah datang pada kali ini ada hajat,” beritahu Mak
Jah, pembantu setia ustazah.

Aku ketika itu sedang menyiapkan tempat makan untuk
tetamu yang istimewa. Jantung aku bedegup kencang.

“Hajat apa Mak Jah,” kataku sambil memandang mata
ustazah dan Mak Jah.

“Ustazah berhajat nak jadikan Syakir sebagai menantu
dengan anaknya Siti Nur Aisyah,” jelas Mak Jah sebagai
jurucakap pada malam itu.

CINTA | JODOH 67

JODOH PERMATA HATI

Aku melihat ustazah tersenyum sambil berkata, “Ini
rancangan kita sebagai orang tua. Harap mereka bersetuju.”

“Mas beritahu Syakir supaya solat istikharah dulu. Kita
tengok apa keputusan tuan punya badan dulu,” kata Mak Jah
memandu aku untuk mencari keputusan.

Aku dimaklumkan bahawa Aisyah ialah anak keenam
daripada sepuluh adik-beradik. Dia kini melanjutkan pelajaran
di peringkat sarjana di Universiti Brunei. Ijazah pertamanya di
Universiti Ar-Raniri Acheh, Indonesia.

Pada malam yang sama aku telah membuat panggilan
telefon kepada Syakir untuk memberitahu hajat daripada pihak
ustazah.

Aku meminta Syakir membuat pertimbangan wajar dari
segala aspek demi masa depan yang bakal dilaluinya nanti.
Tiga soalan diajukan untuk Aisyah jawab sebelum Syakir
memberikan kata putus setuju.

“Akir serahkan kepada umi segala keputusan. Kalau umi
setuju Akir turutkan sahaja kerana di situ ada keberkatan.”
Jawapan Syakir melegakan aku.

Pada 21 April 2019 majlis pertunangan dilangsungkan tanpa
kehadiran aku kerana masih berada dalam tempoh edah.

Kakak sulungku mewakili aku untuk mengikat janji bersama-
sama sebentuk cincin. Lebih istimewa majlis pertunangan ini
ialah batang tubuh bakal menantu tidak ada kerana masih
berada nun di seberang laut.

68 JODOH | CINTA

JODOH PERMATA HATI

Setelah bertunang selama tiga bulan, ada gelora yang
berombak kecil dalam benak fikiran Syakir. Dia memberikan
bayangan supaya pertunangan ini dibatalkan.

Fikirannya berserabut dengan pelbagai tanggungjawab
yang akan dipikul nanti, sedangkan pada masa yang sama dia
masih tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan yang tetap
serta perlu meneruskan pembelajaran master di Universiti Islam
Antarabangsa.

“Akir tak sempat berbakti kepada abi, umi. Abi pergi terlalu
awal. Sekarang umi suruh kahwin pula. Akir nak jaga umi
dengan opah!” luah Syakir kepada aku.

Aku menganggap kerisauan Syakir itu mainan syaitan.
Syaitan akan mencari jalan untuk menggagalkan niat untuk
membina masjid ini. Aku cuba memujuknya supaya bertenang
dan ingat semula tentang persetujuan yang dibuat pada
peringkat awal. Akhirnya dia akur setulus hati.

Pada 18 Januari 2020 Syakir selamat menjadi suami kepada
Siti Nur Aisyah binti Azemi. Perkahwinan itu juga menjadi sejarah
hidupku apabila disekalikan majlis nikah anak perempuanku
Nurul Musfirah dengan Ahmad Kamal.

Aku sentiasa mendoakan agar bahtera yang dibina oleh
mereka bahagia bersama-sama dengan zuriat yang soleh dan
solehah. Inilah jodoh terindah buat permata hatiku.

CINTA | JODOH 69

JODOH PERMATA HATI

Nota Cinta

Kenangan mengusik jiwa.
Lamaran dibuat pada 11 April 2019.
Majlis pertunangan 21 April 2019.

Cabaran tempoh bertunang.
Majlis pernikahan pada 18 Jan 2020.

BKearmgaalmdbaanr mkeaUnjslaitsnazgsaaDmnubdsuui tmkmiaAejlbnisdawnRtaaulniAmi hdamatunaldiusStreuyrasikapinarda&aka2Sn3idtiJaNaNnuuurarAuriils2My0au2h0sbfierrasham&aA-shammaad

70 JODOH | CINTA

Roda Cinta

DR NOR HABIBAH KADERAN

Cinta sejati umpama roda,
banyak proses yang harus dilalui, menderita,

menangis, dan tertawa bersama.

RODA CINTA

GERAM bercampur baur dengan rasa marah. Kedengaran
suara ketawa yang agak kuat daripada si dia yang duduk
di sebelahku. Aku langsung tidak dapat melelapkan
mata. Bas Syarikat Transnasional dari Johor Bahru ke Kuala
Lumpur terus meluncur laju.

Inilah bibit awal pertemuan kami. Kami berdua duduk
bersebelahan di dalam bas. Aku dalam perjalanan untuk pulang
ke kampong menghabiskan cuti semester. Ketika itu aku masih
menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bidang yang aku ambil ini melibatkan kerja-kerja studio
yang sangat rencam. Aku akan menyiapkan tugasan sehingga
dinihari. Kadangkala azan subuh berkumandang barulah aku
balik ke asrama.

“Bib balik ke kampung cuti semester ini?” Noran sahabat
sekuliahku menyoalku semasa kami sedang mengemaskan
peralatan di studio.

“Mestilah balik. Lama tak jumpa mak dan bapak, rindu nak
makan pecal. Sekarang musim menuai padi, ikan sepat dan keli
macam menunggu aku balik.” Spontan aku dan Noran ketawa.

Sebenarnya kami semua sangat letih dan mengantuk.
Minggu ini kami hanya dapat tidur selama tiga empat jam
sahaja sehari.

Aku ke stesen bas bersama-sama dengan Noran. Dia
pulang ke Taman Tas, Kuantan. Selain berehat, cuti ini akan
aku manfaatkan untuk bersama-sama keluarga dan menemani
bapak memetik buah koko.

72 JODOH | CINTA

RODA CINTA

Semasa aku tiba di Stesen Bukit Timbalan, bas telah sedia
menunggu. Aku terus mencapai beg dan menaiki bas. Aku duduk
di kerusi nombor enam, barisan kedua di belakang pemandu.
Aku duduk di tepi tingkap.

“Selesa nak tidur nanti,” bisikku. Aku terus memejamkan
mata, lalu tertidur.

Aku tersedar apabila ada penumpang lain duduk di sebelahku.
Seorang lelaki muda, berambut keriting dan berbadan kurus.
Gaya rambutnya seperti kumpulan Alleycat, getusku.

Si dia tidak menegurku. Aku melelapkan mata semula. Tiba-
tiba si dia ketawa. Beberapa penumpang yang lain juga turut
ketawa. Rupa-rupanya mereka sedang menonton cerita filem
Melayu P. Ramlee melalui televisyen di dalam bas.

Aku mula berasa tidak selesa. Suasana di dalam bas agak
bising. Aku hanya mampu menahan geram. Azamku untuk tidur
lena nampaknya tidak kesampaian. Aku tidur-tidur ayam sambil
memasang telinga. Bas berhenti di Hentian Machap.

“Jom turun, boleh minum nescafe tarik,” tiba-tiba dia
menyapaku buat pertama kalinya.

Aku memandang ke arahnya. Samar-samar kelihatan
wajahnya kerana cahaya di dalam bas agak malap.

“Ya, saya nak turun sebab belum makan lagi.” Aku
memberanikan diri menjawab sapaannya.

Dia bangun dan terus turun daripada bas. Aku perlahan-
lahan mengikutinya dari belakang lalu menuju ke gerai menjual

CINTA | JODOH 73

RODA CINTA

mi rebus. Mi rebus Haji Wahid sangat sedap dan terkenal di
Johor. Setelah mendapat pesanan aku terus duduk di meja yang
paling hujung. Sesekali aku memandang sekeliling menyaksikan
gelagat penumpang-penumpang bas yang lain.

“Boleh saya duduk di sini? Meja lain sudah penuh.”
“Aduh, dia lagi!” bisikku.
Aku mengangguk perlahan.
Si dia terus duduk di hadapanku. Sejujurnya aku agak
gementar. Sesekali aku mencuri pandang wajahnya yang agak
tampan. Si dia ralit menikmati nescafe tarik dan roti canai telor
tanpa menyedari pandangan nakal mataku.
“Cik nak ke mana?” dia bertanya sambil matanya tepat
memandangku.
Aku tergamam dan tersipu-sipu malu.
“Saya nak balik ke Tanjong Karang,” jawabku perlahan.
Entah mengapa hatiku berdebar.
“Saya Aziz daripada Kuala Kangsar. Cik kerja di mana?” Dia
memperkenalkan dirinya.
Beliau sangat ramah dan mudah mesra.
“Saya Bibah, masih lagi belajar di UTM Skudai. Sekarang
sedang cuti semester.” Agak tergagap-gagap aku menjawab
pertanyaannya.

74 JODOH | CINTA

RODA CINTA

Aku tidak dapat menghabiskan mi rebus walaupun aku
tersangat lapar.

Dari riak wajahnya, dia seorang yang tenang dan ceria.
Sepanjang perjalanan kami banyak bercerita mengenai kerjaya
dan keluarga. Aku tidak sedar bila aku terlelap. Aku terjaga
semula ketika bas memasuki Stesen Bas Puduraya.

Jam menunjukkan 5:30 pagi. Aku terus ke surau untuk solat
subuh. Selepas itu aku duduk di kerusi berdekatan dengan
platform 15. Aku menunggu jam 7:30 pagi untuk menaiki bas
pertama ke Kuala Selangor.

Tanpa aku sedari dia memerhatikan aku. Lantas dia
mendekati dan duduk di sebelahku. Dia menghulurkan roti dan
sebotol air mineral kepadaku.

Kami bersarapan pagi bersama-sama. Si dia juga
menemaniku sehingga bas tiba. Sebelum bas bergerak si dia
telah memberikan aku sekeping nota. Aku terus memasukkannya
ke dalam beg tanganku. Aku sempat melambaikan tangan
kepadanya. Itulah pertemuan terakhir kami.

Semasa di kampung, aku sempat mengutus surat kepada
Noran dan menceritakan kisah pertemuan ini kepadanya. Entah
mengapa aku sesekali teringat kepadanya, namun dengan
kesibukan aku menemani bapak di kebun, aku terlupa tentang
perkara ini.

“Ceritalah tentang si dia.” Suatu hari Noran bertanyakan aku
tentang si dia.

CINTA | JODOH 75

RODA CINTA
Tiba-tiba aku teringkat akan nota yang diberi kepadaku
sebelum aku menaiki bas tempoh hari. Rupa-rupanya nota itu
tertulis nombor telefon.
Aku serba salah untuk menelefonnya. Aku berasa malu,
namun aku kuatkan hati. Malam itu aku telah menelefonnya buat
kali pertama dengan menggunakan telefon awam di asrama.
Sejak itu, hubungan kami semakin akrab. Aku sangat
menyukai perwatakannya yang menarik dan sikap rendah
dirinya. Kali pertama si dia menemui aku di kampus dengan
menaiki motosikal Yamaha RXZ berwarna putih. Dia kelihatan
sangat segak. Inilah permulaan kebahagian kami.

76 JODOH | CINTA

RODA CINTA

Nota Cinta

Pantai Peranginan Desaru Johor merupakan dating pertama aku
dan si dia. Sup campur power dan teh sarbat di Sungai Segget

menjadi saksi pertemuan kami.
Semasa majlis perkahwinan, rumahku ditenggelami air.
Aku bersanding di atas air dengan hanya memakai selipar getah.
Aku berjauhan dengan suami selepas lima bulan berkahwin dan ketika
itu aku sedang mengandung anak sulung. Suami ke British Columbia

Technology, Canada.
Aku melahirkan anak lelaki bersendirian di Hospital Sultanah Aminah,

Johor Bahru setelah menahan kesakitan selama 15 jam.
Kami bahagia dengan enam cahaya mata iaitu Ijlal Hakkim, Amirul
Hakkim, Danial Hakkim, Hijazi Hakkim, Dania Asyiqin dan Iris Khadeeja.

Inilah kebahagiaanku.

CINTA | JODOH 77

Dear

Encik Superman

FATIN AMIRAH AR

Dialah lelaki kiriman Tuhan.
Terima kasih Allah!

Hadiah-Mu ini cukup berharga
buat diriku yang hina.

78 JODOH | CINTA

DEAR ENCIK SUPERMAN

“Y OU tahu tak kalau I suruh berhenti buat bisnes, you
kena ikut?”

Aku terpempan mendengar kata-kata suami. Air
mata mengalir deras membasahi pipiku. Mana mungkin aku
berhenti buat bisnes. Itu minat aku. Itu juga pendapatan aku
setiap bulan. Namun waktu itu, aku hanya diam membatu tanpa
jawapan.

Bisnes? Lebih mudah membaca teori berbanding praktikal.
Ada waktunya, jualan aku mencanak naik dan sudah pasti ada
ketikanya kurang memberangsangkan.

Adat berniaga orang kata. Cabaran terbesar aku adalah
komitmen! Aku mahu tim yang aku bina berdiri megah di
samping membesarkan anak yang turut menjadi prioritiku.

Acap kali aku berbelah bahagi antara bisnes dan anak
apabila kesempurnaan yang dicari. Ya, itu silap aku! Mahukan
semuanya sempurna mengikut skrip pentas dunia yang
dicanang semua orang. Hakikatnya, kasut aku dan kasut orang,
langsung tidak sama!

Suamiku begitu sibuk dengan kerjayanya sebagai
Merchandise Manager. Bekerja pula di sebuah syarikat swasta,
sudah tentu kerjanya berganda. Tanpa disedari, aku mengalami
tekanan yang hebat. Mungkin juga kemurungan. Kebimbangan
aku sebagai seorang ibu dan seorang leader begitu menyesakkan
dada. Fikiranku kerap kacau-bilau. Jangan terkejut jika aku
katakan, aku pernah berhalusinasi!

CINTA | JODOH 79

DEAR ENCIK SUPERMAN

Sedar dengan keupayaan sendiri, aku nekad untuk
melepaskan bisnes dengan berat hati. Tiga tahun aku bina,
penuh dengan air mata!

Namun aku memilih untuk lebih menghargai apa yang ada di
depan mata. Anak tetap menjadi keutamaanku. Dalam erti kata
yang lain, lebih kepada mengambil peduli emosi aku. Hidupku
ini benar-benar kuserahkan kepada Dia, Allah Ya Baari’.

Aku mahukan ketenangan, refleksi dan koreksi diri.

“You, I nak buat bisnes XY ni lah,” suamiku menyatakan
hasratnya untuk memulakan perniagaan pada suatu hari.
Aku hanya tersenyum. Bukan aku tak pernah mencadangkan
perkara ini kepada suami, tapi jawapannya pasti, ‘tak minat
berniaga.’

Ketika perniagaanku sedang rancak dulu, aku begitu
aktif mempromosi dan membesarkan legasi timku. Jika ada
masalah, sedikit pun aku tidak berani untuk mengadu kepada
suami. Risau dia marah. Komunikasi kami berdua hanya
tertumpu kepada perihal isi rumah dan anak. Isi hati? Lebih
mudah dipendam daripada diluahkan.

Namun, apabila suami menyatakan minatnya, sudah tentu
aku memberikan sokongan 100%. Fikiran kami akhirnya seia
sekata. Tidak lagi seorang ke Kutub Utara, seorang ke Kutub
Selatan. Apa-apa jua idea dan pendapat tentang bisnes, kami
sudah boleh mencari kata sepakat bersama!

80 JODOH | CINTA

DEAR ENCIK SUPERMAN

Malahan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa
satu diumumkan, hubungan kami bertambah erat dengan izin-
Nya. Tidak lagi janggal untuk saling berkongsi rasa.

Manisnya perasaan itu tidak terungkap. Benarlah kata-kata,
‘orang tenang selalu menang’ dan inilah nikmat yang benar-
benar aku syukuri.

Rezeki suami dalam perniagaan sampingannya agak
lancar. Segala keperluan kami di rumah sentiasa cukup. Ketika
bulan yang memerlukan perbelanjaan lebih, hasil pendapatan
sampingan inilah yang banyak membantu.

“Wah, macam lebih je you bagi I belanja bulan ni?” kataku
tersenyum-senyum.

“Ada rezeki lebih, kita bagi lebih.”

Mengenali suami, orangnya sangat pemurah hati. Dia
langsung tidak pernah berkira. Ada duit lebih, dibelanjanya
keluarga dan kawan-kawan. Suami kerap buat makan-makan
di rumah. Apatah lagi untuk isteri dan anak. Doaku sebagai
isteri sentiasa ada untuknya. Hidup kami tidak mewah, tetapi
tiada apa yang kurang. Alhamdulillah.

Pada awal April 2020, aku disahkan mengandung anak
kedua. Rezeki Allah yang tidak disangka-sangka. Ketika
berita ini diketahui, usia kandunganku sudah mencecah 10
minggu.

Hatiku bercampur baur antara suka dan takut. Sungguh aku
risau, postpartum depression bukan main-main. Aku hampir

CINTA | JODOH 81

DEAR ENCIK SUPERMAN

tewas pertama kali dulu. Hanya kepada Allah ku berserah
segalanya.

“You, macam mana nak guna mesin basuh ni?” suara suami
menjerit dari arah dapur.

“Masukkan baju kotor, letak sabun. Lepas tu tekan je Power,
Start. Siaplah!”

Arahan untuk orang lelaki ni kena jelas, lagi bagus bagi step-
by-step.

“Laa… macam tu je? I tahu dah. Saja je nak uji you,” suami
buat gaya bongkak.

“Habis tu you ingat macam mana?” balasku ketawa-ketawa.
Perli.

Aku menggelengkan kepala melihat gelagat suami. Mana
tidaknya, selepas Covid-19 wujud, membasuh baju sudah
menjadi aktiviti wajib setiap hari. Suami yang bekerja di sektor
makanan tetap kena keluar walaupun pada musim PKP. Nak tak
nak, pakaian tetap kena rendam dan terus basuh, lebih-lebih
ketika aku mengandung ini.

Mental dan emosi aku sedikit teruji ketika ini. Tambahan pula
aku banyak berkurung di rumah. Tuhan saja yang tahu perasaan
aku! Perutku dua kali ganda lebih besar berbanding yang pertama.

Kerenah anakku, Anggun juga harus dilayan. Selain
pemerikaan kesihatan berkala, aku juga terpaksa mengikuti

82 JODOH | CINTA

DEAR ENCIK SUPERMAN

janji temu tambahan kerana masalah Hemoglobin (HB) dan
platletku yang kurang.

Segalanya sungguh menduga kesabaranku. Meskipun
kesukaran yang terpaksa dilalui, ...aku bangga mempunya
suami seperti dia yang sentiasa mengambil berat tentang apa-
apa saja yang aku rungutkan.

Dialah lelaki kiriman Tuhan. Terima kasih Allah! Hadiah-Mu
ini cukup berharga buat diriku yang hina.

“Baring you, I tolong urutkan kaki.”
“You nak makan apa hari ni, tak yah masaklah. I belikan.”
“You, I dah belikan ubat tambah darah tu, Maltofer. Jangan
lupa makan.”
Terima kasih dear Encik Superman!
Sayang you kali sejuta!

CINTA | JODOH 83

DEAR ENCIK SUPERMAN

Nota Cinta

Kami bertemu melalui laman sesawang mencari jodoh, bertentang
mata kali pertama di Secret Recipe, Bukit Jelutong sambil ditemani

sahabatku, Haniza dan kawannya, Yusuf.

Kami bersepakat untuk menamakan anak hasil gabungan nama klasik
Melayu dengan bahasa Arab, Anggun Aqeelah dan Aduka Aufaa. Kami

merujuk Kamus Dewan tau!

Suami seorang yang periang dan peramah. Ketika masih bujang dia
gemar mengumpul barangan Superman sehingga mendapat liputan di

surat khabar.

Aku agak pemalu dan pendiam, suka membeli dan membaca buku.
Bau harum buku menjadi terapi dan melihat deretan di rak

membuatku tenang.

Suami suka menyanyi. Pada awal
perkenalan, sesekali apabila stres ketika
menyiapkan tesis pengajian masterku,
video nyanyian suami menjadi penghibur

hati.

PSetariyrPnucytamBartahieaomrhKnsi,yaddHawikroaahetlttoeai(kltnePaSlKPum‘ePsneruwBgbsa)eei.mrylaahk’an

84 JODOH | CINTA

Hikayat Cinta

HALIMATUN MUHAMAD AYOB

Satu sifat encik suami,
dia tidak melayan perasaan aku
yang selalu beremosi. Dia banyak
berdiam diri. Oleh sebab itu pertelingkahan

kami tidak berlarutan.

HIKAYAT CINTA

KISAH aku dan suami bermula daripada unjuran
perkenalan melalui sahabat lama. Lobi utama ke Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur menjadi
lokasi pertemuan aku dan si dia.

Ketika itu aku berada dalam tahun akhir pengajian Diploma
Kejururawatan.

Tidak lama selepas perkenalan, si dia menyatakan hasrat
untuk menghalalkan hubungan kami. Katanya, dia tidak mahu
membuang masa.

Selepas melalui proses merisik dan dengan persetujuan
kedua-dua belah keluarga, tanggal 22 Januari 1999 dipilih
sebagai tarikh bersejarah. Selesai akad nikah sempat naib
qadi mengingatkan kami supaya datang bersama-sama ketika
urusan mengambil sijil nikah.

“Sijil nikah ini jaga baik- baik. Satu untuk suami. Satu
untuk isteri. Letaknya bercantum. Biarkan begini. Simboliknya,
dengan harapan kamu berdua kekal sebagai pasangan,” nasihat
daripada naib qadi.

Masih kuingat suatu ketika dahulu, aku selalu berangan-
angan mahu mencari `Mr Right` yang mirip perwatakannya
seperti abah. Abah yang tidak merokok, abah yang menjaga
solatnya pada awal waktu dan abah yang mementingkan nilai
kekeluargaan. Dan, ciri-ciri itu ada pada si dia!

Melalui zaman persekolahan di Sekolah Raja Chulan, Ipoh, aku
pernah menyukai seseorang. Setiap hari di waktu persekolahan,
aku mencuri peluang memandang si dia dari jauh. `Secret

86 JODOH | CINTA

HIKAYAT CINTA

admirerku` belajar di kelas sebelah. Begitupun, sehingga tamat
persekolahan perasaan suka itu hanya dipendam dalam hati.

Melangkah ke alam perkahwinan, aku dan suami bermula
dari bawah. Kami tinggal di rumah setinggan di Kampung
Damansara Dalam, berdekatan Seksyen 17, Petaling Jaya. Kami
berjimat cermat dalam urusan kewangan.

Pada pertengahan tahun 1999, kami menerima pula
perkhabaran gembira. Anugerah yang dinanti-nantikan bagi
setiap pasangan bergelar suami isteri. Aku hamil cahaya mata
kami yang pertama.

Sungguh! Satu perasaan indah yang sukar aku ungkapkan
dengan kata-kata. Rasa sebak menyelubungi diriku.

Alhamdulillah, siri pertemuan seterusnya dengan doktor
menunjukkan progres kehamilanku berjalan dengan baik. Aku
tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Si dia pula amat
sabar melayan kerenah ibu mengandung sepanjang tempoh
kehamilan.

.‫َرﱠب َنا َه ۡب َلـ َنا ِم ۡن َا ۡز َوا ِج َنا َو ُذﱢر ّٰي ِت َنا ُقﱠر َة َا ۡع ُي ٍن ﱠوا ۡج َع ۡل َنا ِل ۡل ُمﱠت ِق ۡي َن ِا َما ًما‬

Surah al-Furqan, ayat 74 yang bermaksud: “Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan
kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang (mahu) bertaqwa.”

Tanggal 10 Mac, 2000 kami menimang seorang cahaya
mata lelaki. Kehadirannya disambut dengan penuh kesyukuran.

CINTA | JODOH 87

HIKAYAT CINTA

Pengalaman pertama melalui proses kelahiran sangat
menginsafkan. Baru aku mengerti betapa besar pengorbanan
dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Kenduri akikah serta cukur rambut dibuat bagi meraikan
kedatangan orang baharu. Menurut Imam Syafiè, melaksanakan
aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat
dituntut.

Nama ditinta cahaya mata kami ini pada sijil kelahiran ialah
Muhammad Eiman Bin Mohamad Ghazi.

“Iman adalah mutiara di dalam hati manusia…” Nyanyian
kumpulan nasyid, Raihan. Irama ini sering aku lagukan tatkala
menidurkan buah hati pengarang jantung kami, Eiman.

Dua tahun kemudian kami menerima cahaya mata kedua
pula. Semakin besar carta keluarga kami.

Pada tahun 2004 aku menerima surat tawaran kerja di
bumi para anbia, Saudi Arabia, antara impianku sejak awal
memulakan kerjayaku sebagai Jururawat Terlatih. Hati mula
berbolak-balik. Fikirku, mampukah aku hidup berjauhan dengan
orang yang tersayang?

Setelah berfikir dengan mendalam, akhirnya aku tekad. Aku
berhijrah untuk meningkatkan kualiti kehidupan, juga taraf
ekonomi keluarga.

Dengan keizinan daripada suami, aku memulakan episod
kerjaya baharu nun jauh merentas benua. Pada waktu itu
penggunaan internet sebagai alat komunikasi tidak meluas

88 JODOH | CINTA

HIKAYAT CINTA

seperti sekarang. Komunikasi telefon antarabangsa amat
terhad dan kosnya tinggi.

“Ya Allah! Aku mohon Kau jagakan mereka untukku,” doaku
selalu.

Tipulah, jika aku kata aku tidak bimbang meninggalkan
orang yang tersayang jauh daripada pandangan. Ada juga
kudengar suara-suara yang mengata di belakang.

“Jangan nanti, balik-balik sudah ada perempuan lain di
sebelah suami!”

Ungkapan itu bagai menggigit-gigit tangkai hati. Aku terkilan.

“Pedulikan mereka,” bisik hati. Kupujuk diri.

Seperti bait-bait seni kata lagu daripada Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee yang berbunyi,

“Sedangkan lidah lagi tergigit.
Apa pula suami isteri.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi.”

“Abam, awak sayang saya tak?”

“Sayang.”

Begitu jawapan yang diterima. Pada mulanya pertanyaan ini
sekadar ingin menduga suami, alih-alih menjadi serius.

“Abam, betul ke sayang ni? Macam tidak bersungguh-
sungguh sahaja jawapannya.”

CINTA | JODOH 89

HIKAYAT CINTA

“Sayang. Siapa yang tak sayang isteri oiii!

Hah! Nampak tak? Jawapan yang diberi pun sudah meniru
macam ayat seniman Tan Sri P. Ramlee. Macam mana nak percaya.

Satu sifat encik suami, dia tidak melayan perasaan aku
yang selalu beremosi. Dia banyak berdiam diri. Oleh sebab itu
pertelingkahan kami tidak berlarutan.

“Sayang! Sayang!” panggilan dari encik suami.

Yes! Inilah peluang aku untuk membalas kembali perbuatan
suami sebelum ini. Sengaja aku berdiam, membatukan diri tidak
melayan panggilannya.

“Sayang!” Encik Suami memanggilku lagi.

“Mama! Jawablah. Ayah dah panggil tu,” gesa anak
perempuan bongsuku Alin.

Aduhai, anak sudah menegur! Tidak jadi aku hendak merajuk
panjang. Malu pula kalau anak-anak tahu, mama dan ayahnya
sedang dalam perang dingin. Sesungguhnya kehadiran anak-
anak menjadi pengerat kasih sayang kami suami isteri.

Kepada Mr Right, Mohamad Ghazi bin Ahmad, dinda
ucapkan jutaan terima kasih kerana kesediaan dan kesetiaan
kanda menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan dinda di sisi.
Dinda sentiasa berdoa semoga segala perhatian dan curahan
kasih sayang yang diberikan terus kekal sehingga syurga.

“Kita memang hanya akan dipertemukan, dengan apa-apa yang
kita cari.” Buya Hamka.

90 JODOH | CINTA

HIKAYAT CINTA

Nota Cinta

Memulakan kerjaya di Pusat Perubatan Universiti Malaya
sebagai Jururawat Terlatih pada 1999 selepas tamat latihan di Kolej

Kejururawatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mempunyai empat cahaya mata: Muhammad Eiman, 2000, Aidah
Safiyyah, 2002. Muhammad Fahim, 2006, Kamalin Safiyyah, 2008.
Meneruskan kerjaya jururawat di Security Forces Hospital Program,
Riyadh tahun 2004, Sunway Medical Centre, Selangor tahun 2006, King

AbdulAziz Medical City, Jeddah pada tahun 2008.

HGaarmi RbaaryakeAluidairlfigtaris,e2m0a2s0a.

CINTA | JODOH 91

Made in Burj

HAMIDAH PARMAN

Ketika akad dilafazkan, bersedialah
dengan takdir yang Tuhan aturkan.
Laluan bahagia itu sifatnya pelbagai.

Mohonlah agar Tuhan sentiasa
mudahkan urusan.

MADE IN BURJ

“KENAPA kulit papa hitam? Ibu pulak putih?” tanya si
kecil yang sedang dalam fasa eksplorasi.

“Papa dulu kerja menanam dan mengutip kacang.
Berjemur panas di padang. Sebab itu jadi gelap. Bersyukurlah
kamu dengan kehidupan sekarang.”

Sudah puluhan kali kami menadah telinga mendengar
ayat tersebut. Kami buat-buat seperti baru pertama kali
mengetahuinya. Menyampah, tapi akhirnya ketawa bersama-
sama. Inilah agaknya rasa cinta yang Tuhan titipkan dalam jiwa.

Ketika itu aku dan beberapa rakan-rakan lain sedang
bertugas ribuan batu jauhnya dari tanah air sebagai konsultan
di syarikat kerjasama yang berpusat di tenggara Semenanjung
Arab.

“Kita baru terima senarai inventori yang akan diserahkan.
Saya mahukan kondisi semua aset diperiksa terlebih dahulu.
Tugas kita, cari maklumat walaupun perlu meredah padang
pasir.”

Itu antara amanat yang dilontarkan oleh ketua projek
kami. Lokasi dipecahkan berdasarkan kepada data yang telah
dipetakan. Aku seorang diri ‘tersesat’ dalam kalangan rakan
sejawatan yang semuanya lelaki.

Malam itu kami bertugas memeriksa kawasan operasi.
Waktu malam ialah waktu yang lebih selesa kerana laluan
kurang sibuk dan lebih dingin berbanding dengan waktu

CINTA | JODOH 93

MADE IN BURJ

siang yang bersuhu ekstrim. Tempatnya berhampiran sebuah
tembok tinggi ber-CCTV dan terpampang papan tanda di situ,
“Restricted Area.”

“Rendahnya pokok kurma.” Mataku terarah kepada pohon
yang berbuah ranum di tepi jalanan.

Tandan kurma melurut menampung berat di sebalik daun-
daun yang berceracak. Buahnya hampir mencecah tanah.
Banyak juga yang berguguran. Aku terus menuju ke arah pohon
yang paling lebat berbuah. Mestilah teruja! Aku tak pernah
nampak pokok itu tumbuh di kampungku.

Rakan sekerja menuruti langkahku. Sekaligus dia merangkap
bodyguard tidak rasmiku. Pada waktu itu amat jarang sekali
wanita Arab bekerja di luar. Kelibat mereka hanya kelihatan di
dalam pusat beli-belah ataupun tempat riadah, dengan ditemani
ahli keluarga sahaja.

“Boleh petik tak buah ni?” perasaan cuak dan takut bersilih
ganti.

“Ini jalan awam. Mestilah ditanam untuk orang ramai,” kata-
katanya mengendurkan rasa curigaku.

Lalu dipetiknya beberapa biji. Disapu-sapu buah kurma
itu dengan tangannya. Dihulurkan kepadaku. Ada tiga biji
kesemuanya. Kurma di tepi jalan itu berwarna kuning perang
kemerahan. Kupilih buah yang paling kecil.

“Ambillah yang ini,” katanya.

94 JODOH | CINTA

MADE IN BURJ

Sebiji kurma segar yang bersaiz besar bertukar tangan. Tadi,
aku memilih saiz yang kecil supaya dia boleh mengambil yang
lebih besar dan baik. Tapi dia pula yang terlebih awal bertindak
sebaliknya.

“Kita belahlah. Tak habis nanti.”

Kurma bersejarah itu kubelah kepada dua bahagian. Sebelah
untukku, sebelah lagi kuhulurkan padanya. Tiba-tiba, hatiku
seakan terbahagi juga.

“Siapa nak ikut ke Dubai?”

Mendengar nama Dubai, terhenti semua aktiviti. Pen dan
kertas di tangan terus kulepaskan. Perjalanan dari Abu Dhabi,
hanya mengambil masa sejam. Lebuh raya yang panjang, panas
dan berdebu menemani permusafiran kami. Gurun pasir dan
kawanan unta menarik perhatian. Masa berbaki kami gunakan
sebaik-baiknya meredah kota yang masyhur dengan simbol
pencakar langit.

Di sana, kami sempatlah ke pusat beli-belah yang terbesar
ketika itu, juga mengunjungi Pantai Jumeirah tempat berdirinya
ikonik Burj Al-Arab yang terkenal. Landskap buatan manusia itu
apabila bersatu dengan laut dan langit petang, menghasilkan
panorama alam yang menakjubkan. Subhanallah!

Sebatang aiskrim dihulurkan kepadaku, disusuli dengan
suara-suara kecil dari arah belakang. Kami jadi ‘bahan’ mereka
ke? Abaikan saja, asalkan kami semua dapat menikmati aiskrim
“Burj” paling sedap di dunia.

CINTA | JODOH 95

MADE IN BURJ

Harinya tiba juga. Khemah berwarna krim berscallop hijau
telah siap terpasang. Bauan harum pandan asli memenuhi
segenap ruangan.

“Cara solek saya berbeza. Pengantin kena berbaring macam
di spa,” terang jurusolek muda yang kutempah.

Pelik, pertama kali aku mendengarnya. Moga aku tidak
tertidur semasa dicantikkan nanti. Sedang ralit disolekkan, tiba-
tiba satu bunyi kuat kedengaran. Aku bingkas mahu memeriksa
keadaan.

“Rileks kak, nanti tak sama pulak bentuk kening ni. Sikit aje
lagi,” kata-kata itu membuatkanku tersedar bahawa akulah
Ratu Sehari.

“Habislah nanti berpeluh kepanasan,” fikirku.

Apalagi jika mengenakan pakaian pengantin yang berlapis-
lapis dan banyak kerawang. Pasti merimaskan.

“Tak boleh jadi ni. Kejap, saya betulkan fius.”

Aku bergegas menuju kotak litar utama. Rumah kampung,
beginilah seadanya. Banyak agaknya sambungan wayar baharu
yang dibuat. Dengan kuasa petikan jari, bekalan elektrik pulih
kembali. Elok sahaja aku sampai ke muka pintu, bunyi fius
membalik semula. Terdengar suara di luar rumah mengatakan
pihak TNB sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan.
Reda!

96 JODOH | CINTA

MADE IN BURJ

Rombongan Raja Sehari tiba seperti dijanjikan. Tidak sempat
berpeluh, pengantin sentiasa dikipaskan. Lama-kelamaan kipas
tangan beralih hala kepada pengapit. Mujurlah ada air sirap oren
berais yang menyejukkan rasa. Di sebalik kehangatan suasana,
senyum di bibir pengantin tetap manis terukir.

Kipas di khemah hanya tinggal hiasan. Tak bergerak
seinci pun. Namun kekurangan itu tidak mengurangkan rasa
kesyukuran dan kemeriahan majlis. Terima kasih semua kerana
mendoakan kami.

“Kita nak ke mana, papa?” si comel bersuara musykil.

“Papamu terlepas simpang lagi. Kita ambil angin dululah!”

Seringkali kami terlepas simpang atau tersalah masuk
jalan. Kami raikan sebagai bonus masa bersama. Walaupun
menggunakan aplikasi Waze tetapi bodyguard itu sering
menggunakan firasat keenamnya. Jadi, bertenang dan nikmati
sahajalah setiap perjalanan.

Tak pernah berselisih faham? Tipu! Nama pun perkongsian
kehidupan. Dua entiti berlawanan jantina dari latar hidup
berbeza. Tidak ada manusia dan kehidupan yang sempurna.

Ketika akad dilafazkan, bersedialah dengan takdir yang
Tuhan aturkan. Laluan bahagia itu sifatnya pelbagai. Datangnya
daripada rasa penerimaan dan penolakan yang diuruskan.
Mohonlah agar Tuhan sentiasa mudahkan urusan.

CINTA | JODOH 97

MADE IN BURJ

Gugusan
Nota Burj

Kita tidak tahu dengan siapa kita berjumpa dan berurusan. Bentenglah
diri dengan ilmu, akhlak dan iman. Untuk mengenali akhlak sahabat,

bermusafirlah bersama. Begitu, akan terserlah keperibadiannya.
Suatu sisi baik yang kita harapkan, harus pula bersedia untuk mengurus

sisi sebaliknya.
Perbezaan itu warna-warni kehidupan. Kesukaanku masak bening, dia
pula suka singgang. Jangan bersangka-sangka, berhemahlah sentiasa.

Apabila diasak dengan cabaran,
yakinlah dengan pilihan Tuhan
yang menjadi pedoman untuk

menggerakkan tindakan.

rSaehmmoagta-Mhuat.iA-hmaitni iAnillsaehnutimasmaadAalmamin.

98 JODOH | CINTA

Cinta Aideen

IDAWATI IDRIS

Benarlah, Allah beri
apa yang kita perlu.
Tidak memberi apa yang kita mahu.
Terima kasih cinta hati saya,

Fadlie Aideen.

CINTA AIDEEN

“ANGGAP ini keputusan yang terbaik. Bukan untuk
mama seorang tetapi untuk kita sekeluarga,”
nasihat suami malam tadi terngiang-ngiang di
telinga.

Papan kekunci komputer riba saya renung sambil jejari
mengetuk-ngetuk meja. Saya memandang ke sekeliling bilik.
Gabungan warna hijau dan kuning cair kertas dinding tidak
mampu mendamaikan jiwa yang gelisah ini.

Entah kenapa, perasaan ini berbolak-balik. Seperti ditelan
mati emak, diluah mati bapak. Sambil menarik nafas, saya
menyandarkan badan ke kerusi. Alunan zikir daripada bilik
Penolong Kanan Pentadbiran sayup-sayup kedengaran.

Memo yang dihantar oleh Guru Besar melalui aplikasi
telegram saya buka. Lalu dibaca untuk yang kesekian kalinya.

“Ya Allah, berikan aku petunjuk agar tidak salah dalam
membuat pilihan.”

Perlahan-lahan saya menutup mata. Dunia terasa sunyi.
Hujan turun rintik-rintik. Udara sejuk terasa hingga ke tulang.
Sungguh, malam minggu itu begitu membosankan. Sedang
saya menepuk-nepuk bantal, pintu bilik diketuk.

“Ya, masuk. Pintu tak berkunci,” saya melaung.

“Ida, Su nak keluar.”

Wajah manis teman serumah, Suhaila muncul di muka pintu.
Saya membalas senyumannya.

100 JODOH | CINTA


Click to View FlipBook Version