The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wantasok, 2022-03-24 06:08:39

5_6186134507024811205

5_6186134507024811205

BERPUTIK DI MENARA

Bibit-bibit perkenalan kami semakin rancak bermula pada
semester kedua apabila fakulti dipindahkan ke kampus Puncak
Perdana, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari kampus utama.

Di situlah kami mula rapat dan sering menghadiri kuliah
bersama-sama. Waktu itu rakan sekelasku hanya berjumlah 20
orang. Rakan-rakan sudah dapat menghidu perhubungan kami,
namun dia masih berteka-teki tentang perasaannya. Lautan
dalam boleh diduga, namun hati manusia tiada siapa yang tahu.

“Bang, saya nak order nasi goreng kampung dan teh ais,”
terngiang-ngiang pesanannya yang sama setiap kali ke warung
berdekatan kolej kediaman kami.

Aku sering melayani permintaannya sama ada makan
tengah hari atau makan malam. Kami juga selalu belajar dan
membuat tugasan bersama-sama, juga sering meminjam nota
ringkasnya.

“Nanti kalau ada tugasan kita satu kumpulan, ya?” Aku
memberikan cadangan. Secara tidak langsung dapatlah kami
selalu bertemu.

Dari semester satu hingga empat kami sentiasa bersama-
sama untuk menyiapkan tugasan dan membuat persediaan
sebelum peperiksaan akhir.

Perhubungan kami semakin hari semakin rapat tetapi itu
bukan alasan untuk mengabaikan pelajaran. Setelah dua tahun
berhempas pulas dengan kuliah dan peperiksaan, akhirnya
kami berjaya menamatkan pengajian.

CINTA | JODOH 201

BERPUTIK DI MENARA

Kami kemudiannya menjalani latihan industri selama dua
bulan sebagai syarat untuk bergraduasi. Aku di Pusat Sumber
UMW Toyota Shah Alam, manakala dia di Perpustakaan Tun
Razak 1 (PTAR), Universiti Teknologi Mara.

Selesai menjalani latihan industri kami sepakat untuk
bertugas di PTAR di UiTM, Shah Alam dalam program Skim
Khidmat Pelajar yang membenarkan para pelajar bekerja
sementara menunggu tarikh graduasi. Selain memperoleh duit
poket, kami mendapat pengalaman sebelum menghadapi dunia
pekerjaan yang sebenar.

Pada suatu hari sekitar bulan Mac 2006, aku menerima satu
panggilan telefon.

“Bak kurang sihat kebelakangan ni. Balik ya,” suara mak
sayu di hujung talian.

Mak berpesan agar aku dapat pulang seketika. Aku berasa
sedih dan segera membeli tiket bas untuk pulang ke kampung.

Ayahku telah diuji dengan kanser pada bulan April 2006.
Kebetulan aku sudah tamat pengajian sementara menunggu
tarikh graduasi dan menunggu panggilan temu duga. Jadi, aku
mempunyai banyak masa terluang dan boleh membantu ayah
yang semakin lemah.

Aku bersyukur walaupun jarak memisahkan kami buat
seketika tetapi dia tetap setia memahami keadaanku dan
sentiasa bertanya khabar melalui SMS.

202 JODOH | CINTA

BERPUTIK DI MENARA

Aku menerima panggilan temu duga pada awal April 2006 di
Perpustakaan DBKL. Sewaktu itu, dia yang banyak membantu
menyalurkan maklumat yang dirasakan akan ditanya oleh panel
penemu duga.

Dua bulan selepas itu, aku telah menerima surat tawaran
untuk bertugas sebagai Penolong Pustakawan di Perpustakaan
Kuala Lumpur. Pada bulan itu juga ayah pergi menghadap Ilahi.
Aku diberikan tempoh penangguhan selama tiga minggu untuk
melaporkan diri.

Setelah setahun bekerja, aku menyuarakan hasrat untuk
bertunang dahulu. Restu dan doa seorang ibu sebenarnya
antara penguat jodoh. Ibu telah maklum dengan siapa aku
berkawan. Ibu sentiasa mendoakan dan menasihati aku agar
menjaga nama baik kedua-dua keluarga.

“Jauh juga ya nak ke Raub ni, ya.” Pak Abas bersuara, namun
tiada jawapan.

Beliau bertindak selaku wakil rombongan. Ibu, bapa
saudaraku serta semua adik-beradikku hadir untuk majlis merisik
dan bertunang sekitar Ogos 2007. Mengikut perbincangan,
kami akab bertunang selama dua tahun sebelum perkahwinan.
Hantaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM 7,777.77 iaitu
satu jumlah yang nampak sedikit tetapi agak ‘struggle’ juga
sebenarnya dengan kehidupan di kota metropolitan ini.

CINTA | JODOH 203

BERPUTIK DI MENARA

Sewaktu fasa bertunang ini, kami menyediakan barang
perkahwinan sedikit demi sedikit. Setelah berbincang dengan
keluarga kedua-dua belah pihak, majlis pernikahan kami
dilangsungkan pada awal cuti sekolah iaitu pada hari Sabtu
21.3.2009.

Majlis perkahwinan kami diadakan satu hari sahaja, iaitu
pada sebelah pagi acara akad nikah dan tengah hari pula
bersanding. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah
dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai.

Usai majlis kami sudah boleh menarik nafas kelegaan kerana
semua yang dirancang akhirnya dapat dijalankan dengan
jayanya. Matlamat kami untuk menghalalkan perhubungan
diizinkan Allah.

Setelah 12 tahun melayari bahtera rumah tangga, kami
dikurniakan tiga puteri yang semakin membesar, menunjukkan
kami juga semakin berusia.

Sebagaimana pasangan lain kami juga berharap agar jodoh
dan cinta kami sentiasa dirahmati Allah dan berkekalan hingga
akhir hayat. Terima kasih sayang!

204 JODOH | CINTA

BERPUTIK DI MENARA

Nota Cinta

Isteri walaupun seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai
kelulusan diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian

Maklumat.
Selain ibu, isteri ialah insan yang paling risau dan sentiasa berdoa

untuk keselamatan dan kesejahteraan saya setiap masa.
Selalu menjadi contoh dan rujukan bagi sahabat yang ingin menjadi

suri rumah sepenuh masa sepertinya.
Tidak pernah memaksa untuk berkahwin dan yakin bahawa jika sudah

jodoh pasti akan bersama akhirnya.
Seorang yang lembut tetapi tegas dengan anak-anak kerana hasil

didikan bapanya yang merupakan seorang pegawai polis.

paFnodteomkiektiCkaovkied-AM1e9aocmn2eS0lha2na0hd. aAnlaemgasreabseelkuimtar CINTA | JODOH 205

Kisah Cinta

Pokok Ubi

SYAKIRIN SAULANI

Aku sentiasa ketawa
bila teringat kisah pokok ubi.

Kisah cinta pokok ubi.

KISAH CINTA POKOK UBI

“ABAH, mak dah siap masak. Jom makan.” Rizqi anakku
yang kedua datang memanggil dan mengajakku
makan.

Aku menutup komputer ribaku. Kipas angin bilik belajar,
kumatikan.

“Mak masak gulai pucuk ubi campur sardin. Feveret Rizqi
ni,” sambung Rizqi lagi.

Ju, isteriku memang suka memasak resipi kampung yang
dipelajari daripada ibu mentuaku dan juga ibuku. Kebetulan
ketika kami tinggal di kampung dulu, sayur-sayuran kampung
sangat mudah didapati.

Pucuk ubi, paku pakis, jantung pisang, pucuk manis, pucuk
cemperai, pucuk meranti dan macam-macam lagi. Anak-
anakku juga sudah terbiasa memakan sayur-sayuran kampung
dan juga ulam-ulaman.

“Seronok aku tengok life ko Yus. Kak Ju pandai masak.
Kawan-kawan datang pun siap jamu makan lagi.” Sahabatku
Suhaimi membuka bicara ketika bertandang ke rumahku pada
satu hari.

“Dahlah bekerja, sempat lagi masak. Masak pun sedap.
Sekampung pula tu. Aku nak cari bini macam Kak Ju jugalah.
Senang betul. Tak payah cari tiket kalau hari raya.”

Berbunga-bunga hatiku mendengar pujian ikhlas sahabatku
itu.

CINTA | JODOH 207

KISAH CINTA POKOK UBI

Benar, kami sekampung. Aku tua setahun daripada isteriku.
Dulu waktu di sekolah rendah, aku ketua pengawas, isteriku
pula penolong ketua pengawas. Kami juga aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Persahabatan kami juga akrab ketika itu.

“Eh Yus! Ko suka Ju ye?”

“Ju, kau ada hati pada Yus ye?”

“Cikgu Ibrahim, Yus kan, dia suka Julaiha, budak tahun 5
Cempaka!”

Kami sering diusik di sekolah oleh rakan-rakan. Usikan yang
mengatakan kami suka antara satu sama lain. Kebetulan aku
anak guru besar sekolah agama di kampung, maka aku agak
terkenal juga dalam kalangan rakan mahupun guru-guru.

“Laa… kau satu sekolah dengan Ju ke Yan?”

Entah macam mana, aku baru tahu bahawa Yan, rakan
sekelasku di Maktab Perguruan Kuala Terengganu ini,
merupakan rakan Ju di sekolah menengah.

“Lepas sekolah rendah tu, aku masuk asrama di Segamat.
Kami terputus hubungan, walaupun sekampung. Lepas tu aku
dengar dia sekolah asrama di Kluang,” tambahku lagi

“Haah. Dia satu kelas dengan aku. Dari tingkatan satu
sampailah SPM. Lepas tu dia masuk UKM. Tapi kami masih
berhubung lagi,” cerita Yan lagi.

“Kau ada nombor telefon dia. Bak sini. Aku nak contact dia,”
pintaku kepada Yan.

208 JODOH | CINTA

KISAH CINTA POKOK UBI

Aku mula berhubung dengan Ju. Terkejut dia apabila aku
menghubunginya semula. Macam-macam cerita keluar. Cerita-
cerita lama. Hubungan kami menjadi akrab dan diketahui
keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya nak pergi tempat awaklah minggu depan. Nak jumpa
Yan. Lama betul tak jumpa dia. Saya pun baru habis belajar
ni.” Ju menyatakan hasrat ketika aku menelefonnya pada satu
hari.

“Ye ke? Baguslah. Boleh saya belanja awak makan nanti.”
Aku tersengih di hujung talian. Pucuk dicita ulam mendatang.

Ju tiba di Kuala Terengganu. Kami keluar beramai-
ramai. Rakan-rakan sekelas turut ada bersama-sama. Yan
memperkenalkan Ju kepada rakan-rakanku. Alhamdulillah Ju
tidak kekok berada dalam kalangan rakan sekelasku.

“Esok hari akhir. Jom kita keluar. Ada perkara saya nak
beritahu.”

Aku mempelawa Ju untuk keluar sekali lagi. Tujuanku tidak
lain tidak bukan untuk membawa hubungan kami kepada satu
tahap yang lebih serius.

Hari yang dijanjikan tiba. Hari itu hujan lebat. Aku menyewa
kereta untuk membawa Ju ke sebuah kedai makan di Kuala
Terengganu.

Hujan telah reda sebaik kami keluar dari kedai makan. Kami
berjalan beriringan. Aku mengelak lopak air di hadapan laluan
kami. Aku mengelak ke kiri. Ju mengelak ke kanan.

CINTA | JODOH 209

KISAH CINTA POKOK UBI

“Aduh! Aduuuuhhh!” Ju sedikit menjerit.

Ketika Ju mengelak ke kanan sambil menunduk dan mengelak
lopak air, Ju terlanggar dahan pokok ubi gajah. Serentak itu, air
hujan di daun ubi jatuh dan membasahi kepala Ju.

“Eh! Sakit ke?” tanyaku kepada Ju.

Aku menunjuk rasa simpati dengan sifat kelakian yang
tinggi. Nak pegang, belum boleh lagi. Aku ketawa berdekah-
dekah di dalam hati.

“Aduh… Sakitlah. Tak perasan tadi. Nak elak lopak tu,” jelas
Ju perlahan.

“Tak apa. Saya ambil kertas tisu sekejap.”

Hatiku masih lagi ketawa. Tak pasti sama ada aku simpati
atau geli hati. Tapi aku masih lagi mengawal riak muka agar
sentiasa kelihatan segak dan simpati.

“Jomlah naik kereta. Nanti kita singgah si stesen minyak,”
pujukku.

“Kedai tu pun, kenapalah tanam pokok ubi gajah? Tanamlah
bunga raya ke, bunga bunga orkid ke?” Aku cuba membuka
perbualan di dalam kereta.

“Alah kalau dia tanam bunga orkid pun, saya terlanggar juga,
sebab dia tergantung,” balas Ju.

Aku mendiamkan diri. Betullah kata orang, perempuan itu
selalu betul.

210 JODOH | CINTA

KISAH CINTA POKOK UBI

“Oh, patutlah Rizqi suka sangat makan gulai pucuk ubi
campur sardin yang mak masak,” Rizqi menambah cerita.

“Bingka ubi mak buat lagi sedap,” kata Kasih, anakku yang
sulung tidak mahu mengalah.

“Eleh! Adik pun suka urat ubi yang mak selalu buat,” Ridha
mencelah sambil mencebik. Semua terdiam.

“Urat? Urat apa dik? Urat ke urap? Urap sayurlah dik. Ada
pucuk ubi. Bukan urat. Urat tu yang dalam badan kita, ada
darah.” Aku membetulkan kekeliruan sebutan Ridha.

“Samalah bah. Sedap juga.” Ridha tak mau mengalah
sambal menjeling. Kami semua tergelak besar.

Nampaknya anak-anakku semua makan makanan
berasaskan ubi. Aku pula, sentiasa ketawa bila teringat kisah
pokok ubi. Kisah cinta pokok ubi.

CINTA | JODOH 211

KISAH CINTA POKOK UBI

Nota Cinta

Majlis perkahwinan kami berlangsung pada 26 Disember 2004, hari
yang sama berlaku tragedi tsunami di Aceh, Kedah dan beberapa tempat

lain.
Kami tidak pernah membeli tiket pengangkutan awam atau membayar
mana-mana tol untuk pulang ke kampung kerana kami duduk sekampung

dan bekerja di daerah yang sama.
Aku sangat mengagumi isteriku yang melahirkan ketiga-tiga cahaya
mataku secara normal walaupun dengan kaedah forceps dan vacuum.

Pada awal perkahwinan kami, Ju sangat kekok untuk memanggil
ayahku, sama ada abah ataupun cikgu. Ini kerana, ayahku ialah cikgu

kepada Ju dulu.
Alhamdulillah, kami telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana

Pengurusan Pendidikan bersama-sama.

Kenangan semasa bercuti di Pulau Langkawi
dengan keluarga.
212 JODOH | CINTA

Kisah

Cinta K a

USTAZAH CINTA

Kini semuanya menjadi kenangan manis,
buat panduan anak-anak
untuk membina kisah cinta
masing-masing.

KISAH CINTA KITA

“YA ALLAH!” Aku separuh menjerit.
Fail biru yang tergenggam erat di tangan hampir
terlepas dari genggaman. Indera hidunya mengesan
bau yang agak asing. Jarak di antara dia dan aku sangat dekat.
Mukanya merah padam. Wajah polosku apatah lagi. Debaran
jantung degupannya bukan main lagi.

Aduhai, mengapa leka sangat ketika menyusun tapak keluar
dari bilik kuliah tadi? Ditambah pula dengan kekalutan menerpa
ke arah garaj motor membuatkannya hilang keseimbangan,
hampir mencium lantai dewan kuliah B jika bukan dia yang
membantu.

“What happen to me!” Sesalku berterusan.

Tak pasal-pasal terpaksa menahan malu. Beberapa orang
siswi yang lalu tersenyum, melemparkan pandangan ke arah
mereka.

“Sorry!” Suaranya parau.

Jelas pemuda itu juga kemalu-maluan. Wajah putihnya
kemerah-merahan. Aku hanya mengangguk-ngangguk.
Terkedu tanpa sepatah bicara.

Sekilas pandang, sempat aku menoleh melihat kelibatnya.
Orangnya tegap, berbaju kemeja-T merah, warna kegemaranku.
Matanya agak bundar, dahinya luas bagai menyimpan khazanah
selaut ilmu.

214 JODOH | CINTA

KISAH CINTA KITA

Seketika dahinya berkerut merenung anak mataku yang
amat serba salah. Indera lihat kami bertembung tanpa sepatah
kata yang keluar. Bungkam! Bisu! Argh!

Sahabatku, Rafeah hanya mampu tercegat membisu seribu
bahasa. Tekakku terasa kering. Pemuda itu, kemudiannya
mengukir senyum. Ya Allah, manisnya!

Hati remajaku bagai disuntik satu rasa. Apakah makna
perasaan yang tiba-tiba muncul ini? Aku termanggu sendiri.

“Ish! Mengapa lafaz terima kasih tidak keluar tadi.”

Jiwaku mengutuk hampa.

“Namanya pun aku tidak tahu, jurusan apa. Entah bila boleh
kutemui pemuda itu lagi untuk melafazkan ucapan terima
kasih.”

Sejak hari itu, aku bagai tidak keruan. Asyik mundar-mandir
di depan bilik Kuliah B. Sekejap duduk, kemudian berdiri.
Sepucuk surat digenggam erat, akan diberikan kepada pemuda
yang telah menjadikanku separuh gila! Rupa-rupanya inilah
yang dinamakan cinta yang tidak terungkap.

Pantang keturunanku menjadi ‘perigi mencari timba’. Surat
yang ditulis tetap kusimpan sehingga satu hari nanti jika Dia
mentakdirkan.

Pertemuan aku dan dia sering terjadi selepas itu. Bagai
ditakdirkan, satu hari ketika aku meletakkan motor di satu
ruang kosong, mataku tertangkap pada sebuah motosikal

CINTA | JODOH 215

KISAH CINTA KITA

Honda C70 miliknya. Betul-betul di sebelahku, dengan nombor
pendaftaran PCB 6421. Fuh! Sudah kuhafal rupa-rupanya.
Apabila hati sudah suka seakan-akan memerangkap mekar
rindu.

Setiap kali kami bertembung di laluan perpustakaan Fakulti
Undang-undang, mataku melirik nakal melihat kelibatnya.
Selalu dia akan memilih kemeja petak atau belang halus
berwarna putih.

Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya ketika berbual.
Ketawanya tidak berdekah seperti pemuda lain. Hatiku semakin
tertarik.

“Kau cakap ajalah kat Ustazah, kau suka dia,” saran Rafeah.

“Nope! Never!”

“Habis tu kalau ada budak lain suka kat dia, lepas tu dia
terima. Melopong frust kamu nanti,” kata Rafeah, gadis cantik
beralis lentik itu sambal memandang tepat ke wajahku.

“Biorlah! Maknanya dia bukan jodohku!” Jawabku walhal
aku sendiri masih ragu-ragu.

Ya Allah, bagaimana kalau dia benar-benar jatuh cinta
kepada gadis lain? Namun, hati kecilku seakan-akan yakin, si
dia turut menyukaiku.

“Gila kamu nih.”

Aku sekadar tersenyum. Cuti semester tahun itu, aku
mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung,

216 JODOH | CINTA

KISAH CINTA KITA

sebaliknya mencari pendapatan dengan berkhidmat sebagai
fasilitator untuk program motivasi anjuran Sabha Group.

“Alhamdulillah, kali ini kita dapat jemputan daripada Syarikat
AMP Singapura. Bermakna adik-adik yang bakal kita jaga
selama seminggu ini bukan calang-calang. Mereka daripada
keluarga elit di Singapura.”

Aku sangat bersyukur kerana pada usia awal 20-an, aku
sudah berpeluang ke luar negara. Percuma!

Semua fasilitator lelaki dan perempuan dikumpulkan untuk
satu taklimat. Tiba-tiba, aku terpandang kelibat si dia. Mata
kami bertembung sebelum aku tertunduk malu. Kami akan
sama-sama ke Singapura.

Wow! Jantungku berdegup laju kerana kami sentiasa
bertembung di laluan sempit ke tandas dan ruang makan
sepanjang kami menaiki keretapi ke Kota Singa itu.

Di Singapura, kami melaksanakan program di sebuah
bangunan cantik yang menyediakan prasarana kepada aktiviti
Muslim di Singapura. Sepanjang berada di situ, aku dapat
merasakan hatiku semakin dekat dengannya.

Kami banyak berbincang, terutama mengenai aktiviti-aktiviti
untuk peserta kem. Mereka sangat petah berbahasa Inggeris
sehingga kadang-kadang tidak mampu kami melayan. Dia,
pemuda idaman banyak mengendalikan solat berjemaah dan
tazkirah. Setiap kali dia berada di depan menyampaikan kuliah,
aku tersenyum sendiri sambil mencuri pandang. Ya Allah, aku
jatuh cinta!

CINTA | JODOH 217

KISAH CINTA KITA

Dalam program itu juga, kami berbincang dalam kumpulan
mengenai anak usrah masing-masing. Fokusku terganggu.
Tajuk diskusi sayup-sayu kudengar kerana tempat dudukku
yang bertentangan dengan si dia.

Aku tetap dengan pendirian. Gadis tidak akan memulakan.
Kutunggu ‘lamaran’ daripadanya. Saban malam, aku bermunajat
meminta Allah setiakan hati untuk bakal suamiku. Ternyata
hatiku setia mencintainya dalam diam. Aku yakin Allah lebih
Mengetahui.

Penantian selama tujuh tahun berakhir. Dia melamarku
melalui seorang pensyarah. Bagai bermimpi, aku terus sujud
syukur. Selepas itu, berlangsung beberapa siri pertemuan
dan taaruf, tetapi tidak berdua. Ada pensyarah, kadang-
kadang teman setiaku, Rafeah atau kawannya menjadi
orang ketiga.

Saksi membataskan tindakan dan bicara kami. Aku dan dia
tidak saling bertanya khabar melalui telefon, hanya berutus
surat. Apabila aku membaca suratnya yang hanya dikirim sekali,
aku ingin tergelak kerana seperti membaca khutbah Jumaat,
lengkap dengan hadis dan ayat al-Quran.

Tepat jam tiga petang, tanggal 10 November 1995,
bersaksikan teman rapat dan saudara mara, kami diijabkabulkan
dalam majlis yang sederhana. Selepas dua bulan menjadi
suami isteri, barulah kami diterbangkan ke Sarawak sebagai
guru tetap.

218 JODOH | CINTA

KISAH CINTA KITA
Kini semuanya menjadi kenangan manis, buat panduan
anak-anak untuk membina kisah cinta masing-masing.
Pesanku, dalam bercinta, hati mesti setia. Walau sekuat
mana cinta kepada kekasih, jadikanlah Allah lebih utama
daripadanya. Jika kita menjaga cinta dengan Allah, pasti Allah
akan menjaga cinta kita sehingga akhir hayat.

Mohon tambah 2 para teks

CINTA | JODOH 219

KISAH CINTA KITA

Nota Cinta

Jemputan majlis perkahwinan kami seramai 300 orang sahaja. Kos
keseluruhan tidak sampai RM3K.

Kami tidak pernah berbual melalui telefon kecuali pada malam selepas
bertunang. Panggilan 15 minit berteman jelingan manja namun tajam

arwah ayah yang berada di sebelah.
Pertunangan 18 jam. Bertunang 9.11.1995 pukul 9:00 malam. Esoknya

jam 3:00 petang, 10.11.1995 akad nikah berlangsung.
Malam pertama penuh dengan sesi taaruf bertanyakan makanan
kegemaran, hobi, dan cita-cita sehingga kedua-duanya terlelap sampai

subuh.
Suami setia menjagaku di ICU ketika sakit teruk pada tahun 2015,

berulang alik Baling-Alor Setar sambil menguruskan anak.

Segala-galanya tentang cinta.

220 JODOH | CINTA

Cintaku

Kembali di Tadom

ASMIDA ADAM

Kejadian di Tadom
mengembalikan kehangatan cinta kami.

Hubungan kami bertaut erat.

CINTAKU KEMBALI DI TADOM

“AGAK-AGAKLAH. Dah pukul 2:00 pagi ni. Takkan
nak keluar juga,” kata-kata suamiku membuatkan
aku membungkam seketika. Aku betul-betul dalam
dilema.

“Sekolah cikgu akan dijadikan PPS (Pusat Pemindahan
Sementara) untuk mangsa banjir. Kawasan kampung dah mula
dinaiki air.”

Khabar yang disampaikan oleh Tok Batin Kampung Tadom
melalui panggilan telefon tadi, membuatkan aku perlu bingkas
bertindak. Aku tidak boleh lengah-lengah.

“Sofea, temankan ibu.”

Anak perempuanku menurut tanpa bantahan. Kunci kereta
terus kuambil sambil membawa rajuk yang panjang. Dalam
meredah kabus pagi ke sekolah, aku tak henti-henti berfikir.
Kenapa perlu aku hadapi semua ini sendirian sedang dia enak
di peraduan? Tiada lagikah sokongan untuk aku?

Kami pasangan bahagia yang dikurniakan dengan enam
orang cahaya mata. Posisi kami dalam kerjaya masing-masing
menuntut komitmen yang tinggi. Aku dengan tugasku di sekolah.
Dia dengan kesibukannya dalam dunia import dan eksport.

Kemudian, aku diuji dengan kesihatan yang memperlahankan
segala gerak kerjaku. Namun, aku tidak hanya berserah. Aku
paksa diri untuk bangkit demi suami, anak-anak dan warga
sekolahku.

222 JODOH | CINTA

CINTAKU KEMBALI DI TADOM

Melihatkan kekuatan semangatku, suami yakin aku
mampu berdikari. Walhal aku sendiri sangat memerlukan
perhatiannya. Aku mahu mengadu macam-macam. Aku letih
selepas dialisis. Aku tidak kuat dan mahu menangis sepuas-
puasnya. Aku mahukan dakapannya. Aku mahukan cintaku
yang dulu.

Aku sebak melihat penduduk Kampung Tadom sudah
memenuhi kelas-kelas di sekolah. Tiada satu pun bantuan yang
datang. Semua pengharapan diletakkan di bahuku. Aku perlu
berbuat sesuatu.

Aku pulang ke rumah semula dan meminta bantuan
kewangan daripada suami. Dengan mudah juga dia hulurkan
supaya aku dapat membeli makanan untuk mangsa banjir. Eh,
ini perkembangan yang baik! Sebelum ini, jika aku meminta
wang, ada sahaja soal jawabnya.

Malam itu, aku tidur di sekolah dengan ditemani Dina, anak
perempuanku yang seorang lagi. Sambil melayan mata, aku
bermesej dengan suamiku.

“Abang rindu awak. Jaga diri ya. Awak bukan sihat
sangat.”

Allahuakbar. Ini yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Sungguh aku bahagia membacanya. Dia yang prihatin. Dia yang
penyayang. Adakah cinta telah berputik kembali?

CINTA | JODOH 223

CINTAKU KEMBALI DI TADOM

Malam itu, aku tidur lena di atas sofa di sekolah hingga
terlepas rutin tahajudku. Mungkin kepenatan menguruskan
mangsa banjir sepanjang hari.

Usai solat subuh, air sudah mula naik di sekolah. Mangsa
banjir perlu dipindahkan. Masing-masing sudah sibuk
keluar dari sekolah. Lima orang mangsa OKU perlu diberikan
perhatian.

Sekali lagi aku terpana apabila melihat suamiku tiba di
sekolah dengan Hilux. Dia memindahkan empat orang OKU
dan menguruskan khemah mereka di tempat baharu. Seorang
lagi OKU diuruskan oleh guru sekolahku. Aku sebak melihat
sekolahku digenangi air separas pinggang.

“Saya sedih, bang. Air makin tinggi ni.”

“Saya bawa awak pergi makan dulu, ya. Jangan fikir sangat
semua ni. Utamakan kesihatan awak dulu. Temu janji dialisis
pun awak tak pergi ni. Saya tak nak awak sakit pula,” katanya
memujukku.

Mahu sahaja aku memeluknya saat itu. Ya, momen mahal
ini memang aku dambakan sejak sekian lama. Aku jatuh cinta
sekali lagi.

Kerisauanku terhadap sekolah mempengaruhi tidurku.
Aku meracau-racau malam itu. Suamiku segera memeluk dan
menenangkan aku. Seperti anak kecil, aku berasa selamat
waktu itu.

224 JODOH | CINTA

CINTAKU KEMBALI DI TADOM

Aku mendapat pelukan penuh cinta yang mendamaikan.
Esoknya, aku mengajak suamiku melawat mangsa banjir.
Tanpa banyak soal, terus sahaja dia setuju. Oh, bahagianya
aku!

Ke mana-mana sahaja, kami berdua. Berhari-hari begitu.
Menempah makanan, mengedarkan makanan, dan berulang-
alik membeli barang-barang keperluan orang kampung,
semuanya kami lakukan bersama-sama. Dia langsung tidak
bersungut malah sentiasa memantau kesihatanku.

Adakalanya, dia menggunakan duit poketnya sendiri.
Awalnya, tiada langsung bantuan yang kami terima.
Alhamdulillah, setelah aku bersuara, barulah kami mendapat
sumbangan kewangan daripada NGO, JPNKL, PPD Muar, rakan-
rakan SAMER, UniKH serta orang perseorangan.

Dalam diam-diam juga, suamiku berpakat dengan rakan-
rakannya dari Kelab Estima untuk memberikan sumbangan
berupa kewangan dan toto. Apa lagi yang membahagiakan aku
waktu itu?

“Maaflah, saya banyak susahkan abang. Tak apa ke?”

“Awak ni kuat sebenarnya. Sebab itu saya percaya dan
lepaskan awak.”

Tuturnya yang lembut mencairkan hatiku. Selama ini,
aku sangka hanya aku yang merindui dia. Hanya aku yang
tertunggu-tunggu dia. Kenapa lama benar masa diambil untuk
meluahkan kata-kata ini?

CINTA | JODOH 225

CINTAKU KEMBALI DI TADOM
Kejadian di Tadom mengembalikan kehangatan cinta kami.
Hubungan kami bertaut erat. Ada sahaja mesej rindu yang
dihantar sebagai pengganti diri. Kami bagaikan kekasih yang
lama terpisah dan bertemu semula. Ya, aku cinta dia!
Sesungguhnya tiada kata mampu aku lafazkan selain syukur
dikurnia pasangan sehebat dia. Selalu memahami dalam apa-
apa saja situasi.
Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga yang
abadi. Terima kasih wahai suamiku!

226 JODOH | CINTA

CINTAKU KEMBALI DI TADOM

Nota Cinta

Komunikasi antara suami dan isteri sangat penting
supaya tiada prasangka.

Jangan ada rasa malu untuk mengucapkan kata-kata romantis kepada
pasangan.

Sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan
dalam apa-apa jua keadaan.

Sekali bercinta, selamanya bercinta.
Hargai pasangan dan wujudkan momen indah bersama-sama.

Suami yang sentiasa setia menyokong dalam susah dan senang.

CINTA | JODOH 227

TPaemnuulis

Cinta

Seikhlas Budi

DATIN HAJAH CHE NORMADIAH HAJI CHE ABBAS

Ini space contoh text quote
untuk setiap penulis berbeza.
Mohon penulis sediakan quote

yang bersesuaian.
(20 patah perkataan max)

CINTA SEIKHLAS BUDI

SAYA mula mengenali suami pada usia 21 tahun selepas
mengikat tali pertunangan pada tahun 1977. Ketika itu
saya sedang mengikuti latihan perguruan di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim. Pertunangan
ini diuruskan oleh kedua-dua ibu bapa kami yang merupakan
kenalan rapat.

Walaupun kakak-kakak, abang-abang serta ibu bapa saya
mengenali keluarga dan adik-beradik suami sejak tahun 70-an
lagi, tetapi saya terkecuali kerana saya tinggal dan dibesarkan
oleh ibu saudara saya. Hanya pada tahun 1976 saya kembali ke
pangkuan keluarga.

Pada masa itu juga saya telah mengikuti latihan di MPSI
dan tidak berkesempatan bersemuka dengan beliau. Setelah
kami bertunang, barulah kami dapat mengenali satu sama lain
dengan lebih erat dan mesra. Keluarga kami berdua tinggal di
Ipoh. Suami saya seorang pegawai tentera bertugas di Johor
Bahru sementara saya pula setelah tamat latihan perguruan
telah dihantar bertugas di Selekoh, Bagan Datoh, Perak.

Saya bernikah dengan suami saya pada 8 Disember 1978
dengan penuh istiadat tentera di Ipoh ketika usia saya 22 tahun.
Suami pula 28 tahun.

Pada tahun 1979, saya telah berpindah ke Taiping dengan
perancangan suami saya juga akan ikut berpindah ke Taiping.
Namun, perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Akhirnya
saya tinggal bersendirian di Taiping kerana permohonan pindah
suami tidak diluluskan.

CINTA | JODOH 229

CINTA SEIKHLAS BUDI

Namun begitu, saya bersyukur kerana suami diberikan
pelepasan bercuti setiap dua bulan. Setelah agak lama
berjauhan, akhirnya perpindahan suami diluluskan pada tahun
1980. Betapa gembiranya hati saya sebagai seorang isteri.

Sebagai seorang pegawai tentera yang menjalankan tugas
operasi insurgensi di perbatasan setiap tiga bulan, saya sering
ditinggalkan. Saya pula sibuk dengan tugas sebagai guru dan
aktiviti kebajikan isteri tentera. Masa berlalu begitu sahaja.
Sebagai suri hati seorang tentera, saya perlu kuat dan bersedia
dalam apa jua situasi.

Rumah tangga kami diserikan dengan kehadiran empat
orang cahaya mata perempuan. Mengenang kembali detik
kelahiran anak-anak, masing-masing mempunyai kisah yang
tersendiri.

Anak sulung saya dilahirkan pada 26 Ogos 1979 di Ipoh.
Waktu itu saya sedang menunggu hari untuk bersalin dan akan
pulang ke Johor Bahru. Saya mula menunjukkan tanda-tanda
untuk melahirkan. Ibu mentua, abang ipar dan kakak ipar segera
membawa saya ke Hospital Ipoh.

Keadaan agak kelam kabut, maklum sajalah saya belum
ada pengalaman. Keadaan di hospital juga kurang selesa
untuk saya. Mujurlah abang ipar dan kakak ipar staf hospital
di Kampar, merekalah yang banyak membantu urusan saya
sehingga ditempatkan di Wad Diraja.

Wad yang semuanya berwarna kuning itu cantik sekali.
Selepas dua hari, barulah suami dapat menatap wajah puteri

230 JODOH | CINTA

CINTA SEIKHLAS BUDI

sulung kami kerana bayi saya mengalami demam kuning dan
ditempatkan di wad khas.

Kenangan melahirkan anak kedua pada 18 Jun 1982 lain
pula ceritanya. Kali ini saya dan suami bergegas ke Hospital
Taiping setelah ada tanda-tanda akan bersalin. Keadaan
agak cemas waktu itu. Walaupun jarak hospital tidak berapa
jauh dari rumah tetapi saya merasakan perjalanan begitu
lambat.

Suami memandu kereta dengan laju kerana risaukan
keadaan saya. Sebaik-baik saja tiba di hospital, saya terus
melahirkan bayi saya di atas tempat duduk kereta. Suami
segera memanggil jururawat dan syukurlah anak kedua saya
sihat walaupun mengalami detik-detik yang cemas semasa
proses kelahiran. Oleh sebab anak kedua ini dilahirkan di dalam
kereta Mazda 323, kami bersepakat memberikan nama puteri
saya, Mazlina, sempena nama kereta tersebut.

Anak ketiga saya telah dilahirkan di Hospital Johor Bahru
pada 25 Oktober 1985. Saya dan suami bertugas di Johor Bahru.
Suami saya ada di sini semasa kelahiran kali ini.

Anak saya yang keempat telah dilahirkan di Hospital
Bersalin Kuala Lumpur pada 28 Jun 1990. Ketika itu suami saya
sedang berkursus di Royal Thai Army General Command and
Staff College di Bangkok manakala saya berkhidmat di Kuala
Lumpur.

Detik kelahiran kali ini lebih mencabar kerana saya memandu
sendiri ke hospital untuk bersalin. Syukurlah, walaupun suami

CINTA | JODOH 231

CINTA SEIKHLAS BUDI

tiada di sisi, saya selamat melahirkan anak keempat saya.
Hanya selepas beberapa hari, barulah suami pulang untuk
melihat saya dan cahaya mata baharu kami.

Begitulah pengalaman seorang isteri kepada anggota
tentera yang berkhidmat untuk negara. Namun, saya
bersyukur dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang
berhati mulia.

Kini, usia perkahwinan kami telah menginjak usia 43 tahun.
Kehidupan kami tambah berseri dengan kehadiran tiga orang
menantu dan tiga orang cucu.

Kebahagiaan hidup berkeluarga menjadi impian setiap
insan. Pelbagai asam garam rumah tangga, kenangan
pahit dan manis telah ditempuh. Saya sentiasa berpegang
kepada nilai kekeluargaan seperti sentiasa berazam untuk
melahirkan keluarga yang bahagia serta menitikberatkan
soal pendidikan.

Saya juga sentiasa memastikan untuk memberikan yang
terbaik kepada suami dan anak-anak. Sebagai ibu, saya
seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang serta sentiasa
menunjukkan teladan yang baik.

Saya juga sentiasa berpesan kepada anak dan menantu
agar mempunyai hubungan dua hala yang mesra, saling
bekerjasama, hormat-menghormati, berkasih sayang dan adil
saksama. Rasa tanggung jawab ialah kunci kebahagiaan serta
sentiasa menerapkan rasa hormat kepada ibu bapa, orang tua
dan adik beradik.

232 JODOH | CINTA

CINTA SEIKHLAS BUDI
Semua orang mahukan kebahagiaan dalam rumah tangga
masing-masing. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk
menentukan rumah tangga bahagia. Antaranya ialah kemahuan
untuk menjadikan rumah tangga bahagia.
Mesti amalkan sikap berterus terang terutama soal
kewangan. Bekerjasama dalam segala hal tanpa mengira
masa atau tempat dan rajin bantu-membantu serta hormat-
menghormati.

Mohon tambah 2 para teks

CINTA | JODOH 233

Biodata
Penulis

DATIN HJH CHE NORMADIAH BINTI HJ. CHE
ABBAS telah mendapat pendidikan awal rendah
dan menengah di Ipoh sehingga 1973 dan seterusnya
memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung

Bersama-sama keluarga semasa bercuti di Al-Sakinah Resort,
Janda Baik pada tahun 2021

234 JODOH | CINTA

BIODATA PENULIS

Malim pada tahun 1976 dan muncul sebagai Penuntut
Terbaik Keseluruhan dengan keputusan Cemerlang pada
tahun 1977.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor (2014-2016). Beliau masih aktif dalam
bidang Pusat Sumber Sekolah dan menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah Persatuan
Pustakawan Malaysia, Penaung Kembara Bakti GPM
Malaysia dan Penasihat Pertubuhan GPM Malaysia.

Beliau telah menyumbang penulisannya dalam buku
“Dari Subis ke Bologna – Guru Malaysia Mengubah
Dunia” (2018), “Langit Kehidupan” (2018), “Daun
Pisang Atau Surat Khabar” (2022) dan “Aktiviti Galakan
Membaca Pusat Sumber Sekolah” (2022)

CINTA | JODOH 235

INI PAGE EXTRA
NANTI KAK SRI & ADMIN DECIDE YA NAK LETAK APA, SB

SAYA DAH TAK BOLEH EXTRACT.
SECTION PAGE PUN DAH NGAM 240 TAK BOLEH DELETE

PAGE LAGI

236 JODOH | CINTA

RUANG EDITORIAL

RESERVE PAGE EDITORIAL
(TV)

END PAGE FRONT
LEAVE EMPTY

END PAGE FRONT
LEAVE EMPTY


Click to View FlipBook Version