The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wantasok, 2022-03-24 06:08:39

5_6186134507024811205

5_6186134507024811205

JODOH, CINTA DAN SAYANG

‘ASSALAMUALAIKUM sahabat yang manis. Ingatan
mesra penghantaran manuskrip selewat-lewatnya
jam 12:00 malam ini, ya.’

Pesanan ringkas melalui telefon bimbit itu aku baca dengan
hati yang berat. Entah kenapa antologi Jodoh Cinta kali ini tak
sama seperti aku menulis kisah Legasi Abah. Terasa berat
untuk aku coretkan.

Dalam jodoh ada cinta, dalam cinta ada sayang, dalam
sayang ada benci ada segalanya.

‘Lama ke awak di Bangkok?’ Kotak paparan pesanan Yahoo
muncul di monitor komputer.

“Mana dia tahu aku pergi Bangkok?” Aku bercakap seorang
diri sambil menggaru kepala yang tak gatal.

‘Mana tahu saya pergi Bangkok?’ Balas aku.

‘Awak sendiri yang tulis di leenbee. fotopages.’

Baru aku teringat perjalanan bercuti ke Bangkok anjuran
tempat kerjaku pernah aku muat naik di laman Fotopages,
blog bergambar yang sering menjadi ruang untuk aku
coretkan aktiviti seharian. Ketika itu Facebook masih belum
popular.

Bermula daripada pesanan Yahoo itu kami berkenal rapat.
Rupa-rupanya dia juga pernah merantau lama di Bangkok,
Thailand. Kami pernah mengembara dan melancong ke

CINTA | JODOH 151

JODOH, CINTA DAN SAYANG

tempat yang sama. Bezanya aku melancong dan meneroka
melalui lensa kamera Nikon kesayanganku, manakala dia
meneroka seluruh pelosok negeri gajah putih itu untuk
berniaga.

Perkenalan ringkas bakal membawa kisah yang panjang.

‘Jom teman saya pergi majlis kahwin kawan saya. Nak tak?’
Aku kirimkan pesanan ringkas di telefon bimbit.

Pertemuan kedua, aku dengan selamba mengajak dia pergi
kenduri kahwin. Malas pula rasanya nak pergi seorang diri.

Sebenarnya aku rimas apabila diasak dengan soalan bila
nak kahwin. Pada ambang usiaku yang menginjak ke-30 tahun,
ramai rakan sekeliling sudah berumah tangga dan memiliki
cahaya mata.

Aku? Aku masih lagi belum terbuka hati untuk berkahwin.
Masih lagi sibuk dengan kerja dan kamera, tetapi jauh di sudut
harti, terasa juga apabila kerap ditanyakan soalan keramat itu.

“Abah, Dan ajak Lin kahwin,” bisik aku kepada abah ketika
sambutan hari jadi kami berdua.

Kelihatan tenang riak wajah abah dalam samar malam.
Ruangan yang penuh riuh-rendah dengan suara keluarga yang
bergelak ketawa terasa sunyi.

152 JODOH | CINTA

JODOH, CINTA DAN SAYANG

Berdebar-debar jantung aku menantikan jawapan daripada
abah. Apalah agaknya yang akan abah balas. Bergetar rasa
jari-jemari aku mencapai gelas yang berisi air sirap sejuk di
hadapanku.

“Suruh Dan datang jumpa abah Sabtu ni masa sarapan.”
“Okey.”
Alhamdulillah abah tak marah. Fuh, syukur la seksa aku
dah lepas. Sekarang giliran dia pula untuk menghadap abah.
Hihi.

Jodoh aturan dan rahsia Allah. Siapa sangka coretan dan
gambar yang aku muat naik ke laman Fotopages membawa
aku bertemu jodoh dengan suamiku - lelaki berambut panjang
separas bahu, berkulit sawo matang, memiliki susuk tubuh yang
sederhana tinggi dan berhidung mancung.

Hari dia berjumpa dengan abah. Dia datang seorang diri,
tanpa sesiapa pun yang menemani.

Pelbagai soalan diajukan oleh abah laksana pegawai polis
sedang menyoal siasat seorang suspek. Dalam gemuruh dia
menjawab soalan satu per satu.

27 Julai 2009, Hamdan bin Ayub sah menjadi suamiku
dengan sekali lafaz. Tempoh perkenalan kami amat singkat.
Namun jika Allah sudah aturkan jodoh kita, pasti takkan kemana.

CINTA | JODOH 153

JODOH, CINTA DAN SAYANG
Sehingga kini walaupun sudah hampir 13 tahun kami
berumah tangga, masih banyak lagi yang perlu diperbaik. Rasa
rindu, sayang, cinta, benci, marah datang silih berganti.
Namun kisah perkenalan aku dan suami tetap segar dalam
ingatan, menjadi pengubat hati tatkala awan mendung datang
menjengah.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada
kami untuk keselamatan agama kami.” (QS. Al-Kahfi: 10)

154 JODOH | CINTA

JODOH, CINTA DAN SAYANG

Nota Cinta

Abang Dan seorang yang tidak cerewet bab makan. Apa-apa sahaja
yang saya masak dia akan makan dengan penuh selera. Saya tak pasti

sebab sedap atau lapar.
Beliau juga pandai memasak. Lauk kari ayam masakannya menjadi

kegemaran saya dan anak-anak.
Seorang yang pandai menyanyi dan mempunyai suara mirip Tam
Spider. Lagu ‘Buat Sang Puteri’ beliau tujukan kepada saya di pentas expo

di Port Dickson pada tahun pertama perkahwinan.
Pandai mengurut refleksologi. Walaupun setiap kali saya diurutnya,
saya akan menjerit kesakitan tetapi selepas itu terasa ringan rasa badan.

Alhamdulillah dengan izin-Nya.
Abang Dan berasal dari Perak dan memang pakar membuat lemang.
Saya turut menuntut ilmu melemang dengan beliau dan kakak ipar.

Semoga rumah tangga kami sentiasa dalam rahmat-Nya. 155

CINTA | JODOH

Semusim

Cinta di Kenyalang

NUR HAZLINA MOHD FISOL

Sebaik-baik tempat bagi seorang isteri
pastinya di sisi suami tercinta.

Rezeki perkahwinan membawa aku merantau
ke bumi Kenyalang.

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG

SEBAIK-BAIK tempat bagi seorang isteri pastinya di sisi
suami tercinta. Rezeki perkahwinan membawa aku
merantau ke bumi Kenyalang. Aku mengikut suami yang
berkhidmat sebagai seorang guru di Sarikei, Sarawak. Satu
daerah yang tidak pernah terlintas di benak fikiran untuk didiami.

Melalui ‘syafaat suami’, aku dapat merasai pengalaman
tinggal di negeri Sarawak. Fasa hidup baharu yang banyak
mengubah cara pandang kehidupan. Semoga nikmat syafaat
ini berkekalan dan membawaku memasuki syurga tanpa hisab
di akhirat kelak. Insya-Allah.

Di sinilah kami memulakan kehidupan sebagai pasangan
suami isteri. Di sinilah kami mengenali hati budi, memahami
karakter peribadi dan belajar untuk saling melengkapi. Selain
itu, faktor geografi yang jauh daripada keluarga menjadikan
kami benar-benar menikmati kehidupan berdua.

Aku berasa cukup bertuah kerana dikurniakan seorang suami
yang mempunyai fikrah islami. Dia telah berusaha dengan baik
untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa. Rumah sewa
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan terletak
berhampiran dengan sekolah menjadikan proses permulaan
hidup terasa lancar sekali.

Sikap beliau ini persis maksud hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi Muhammad SAW.

Baginda bersabda yang maksudnya: “Antara (tanda)
kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh
dan kenderaan tunggangan yang elok.” (Riwayat al-Bukhari

CINTA | JODOH 157

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG

(457) di dalam al-Adab al-Mufrad)

Syukur, alhamdulillah. Beliau benar-benar memaknakan
maksud hadis dalam kehidupan. Lantas, episod menyulam
juzuk-juzuk bahagia di bumi Kenyalang dilalui dengan penuh
kesyukuran, kesederhanaan dan di hujungnya benar-benar
memberi impak dalam kamus hidup kami.

Suamiku seorang yang memahami. Dia memberikan
sebanyak ruang dan peluang untuk aku menyesuaikan diri
dengan persekitaran baharu. Putaran jam masuk waktu solat
sudah berbeza, apatah lagi bahasa dan budaya setempat. Di
sinilah secara rasminya aku belajar masuk dapur, memasak
dan menguruskan rumah tangga.

Rutin hujung minggu membawa kami ke Pasar Sentral
Sarikei. Jiwa anak muda nyata punya ceritera. Melihat deretan
kereta yang diparkir di tepi jalan menjadikan kami menuruti
langkah itu tanpa berfikir panjang. Perasaan teruja untuk
membeli barangan dapur mengatasi segala-galanya.

Suasana jualan di pasar ini menjadi motivasi positif ke arah
penyesuaian diri di rantau orang. Aku masih tidak arif akan loghat
bahasa penduduk setempat. Jadi, keadaan ini amat membantu.
Setiap jenis sayur akan diikat, dilonggok dan dilabel mengikut
harga. Senang untuk aku memilih dan membuat pembayaran.

Selain itu, tidak akan dilupakan momen yang menggeletek
hati tatkala melihat ulat sagu atau dikenali sebagai ulat
mulong yang masih hidup dan aktif meliar di dalam bekas.
Ralit aku melihat makanan eksotik Borneo yang unik itu, suatu

158 JODOH | CINTA

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG

pengalaman mahal yang tidak kuperoleh di Semenanjung.

“Wah, puasnya hati dapat beli barang-barang dapur!” tuturku
penuh teruja.

“Eh, kertas apa yang terselit tu sayang?” soal encik suami.

Lantas, mata kami berdua tertumpu pada sehelai kertas
terselit penuh bergaya di cermin hadapan.

“Ah, surat saman!” jeritku sambil melepaskan keluhan.

“Sayang, ke mana kereta yang banyak diparkir di sini tadi?”
balasnya sambil menggaru kepala kehairanan.

Lantas aku memandang sekeliling. Memang benar. Hanya
kereta kami yang tinggal. Ternyata penduduk di sini sudah
maklum akan rondaan pihak berkuasa. Barulah aku teringat
dalam setiap kereta tadi, akan ada seorang yang menunggu.
Firasatku majoriti golongan lelaki malas menemani isteri, rupa-
rupanya, tanda siap siaga! Tepuk dahi aku mengenangkannya.

Bumi Kenyalang, saujana mata memandang. Kami berkongsi
minat mengembara. Setiap tiba cuti sekolah, kami akan bersiar-
siar melihat tempat orang. Daripada daerah Sibu, Mukah,
Bintulu, Miri, Kuching, hingga ke Kota Kinabalu dan Kundasang
menyimpan kenangan bulan madu yang tersendiri.

Di samping menikmati khazanah alam yang terbentang
luas, kami turut berkongsi detik cemas. Masih mekar dalam
ingatan, suamiku bertindak menarik kuat tanganku untuk

CINTA | JODOH 159

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG

menyelamatkan diri dalam kejadian gempa bumi di Ranau pada
tahun 2015. Gegaran Gunung Kinabalu itu melambangkan bukti
cinta yang tulus ikhlas.

Kita hanya mampu merancang namun, Allah Ya Bari’, Sebaik-
baik Pengatur. Setelah genap lapan bulan hidup bersama,
akhirnya, aku mendapat keputusan petempatan mengajar di
Pulau Pinang. Maka, bermulalah episod perhubungan jarak jauh
(PJJ) kami.

Dalam fasa ini, kami kembali bercinta persis zaman muda-
mudi. Kami belajar erti kerinduan dan bersabar mengawal
emosi. Kami juga berusaha menjadi lebih kreatif berkomunikasi
dan paling penting saling menghargai setiap masa bersama
serta tidak memikirkan hal remeh-temeh.

Kami meyakini bahawa ganjaran kepada orang beriman
yang memiliki sifat sabar cukup menakjubkan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 153 yang
bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar.” Dalil inilah menjadi penguat semangat dalam melalui
segala ujian dan cabaran yang mendatang.

Akhirnya, berkat kesabaran menghadiahkan jaluran bianglala
yang indah buat kami. Percubaan memohon pertukaran melalui
sistem eg-Tukar memberikan sinar harapan. Rezeki magik.
Kami berjaya mengucapkan selamat tinggal episod PJJ dengan
sekali permohonan sahaja!

Demikianlah kisah semusim cinta di bumi Kenyalang
yang menjadi satu medan permulaan yang sangat manis.

160 JODOH | CINTA

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG
Benarlah, bercinta selepas berkahwin nyata mengujakan jiwa.
Selamanya aku terhutang budi kepada suami yang menaja
dan menghadiahkan pengalaman bermakna dalam setiap siri
percutian kami.

Jika ada gelora yang melanda bahtera rumah tangga, kisah
kembara ini akan dikenang sebagai tanda syukur atas kurniaan
rezeki Allah yang luas kepada kami berdua.

Pelbagai perkara kami terokai dan lakukan bersama-sama.
Benarlah, Allah memberi apa yang kita perlu! Tinggal yakin dan
percaya.

CINTA | JODOH 161

SEMUSIM CINTA DI KENYALANG

Menyulam J uk
Bahagia

Tarikh bersejarah: Kami mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos
2013.

Majlis Transisi Syurgawi: Kami diijabkabulkan pada 1 Muharam 1436H.
Kegemaran: Setiap kali melihat dia membaca al-Quran, pasti
bertambah mekar rasa kasih dan cinta terhadapnya.

Makanan: Peminat ‘raja buah’ durian menjadikan encik suami pantang
jumpa dan tidak melepaskan peluang hatta harga berkelas kayangan.

Hobi: Minat dan kecenderungan kami berbeza namun, sokongan dan
sikap tolak ansur menyemarakkan kemesraan.

Panjangkan jodoh kami hingga syurga.

162 JODOH | CINTA

Simpul Kama

NURIAZS

Pepatah “Distance makes
the heart grows fonder”
memang benar sekali.

SIMPUL KAMA

AKU bayangkan dering telefon memecah suasana hiruk-
pikuk rumah di kampungku. Panggilan telefon kali ini
amat penting bagiku. Aku berada di bumi Australia, “The
Land Down Under”, demi menyambung pengajian di peringkat
ijazah.

Aku yakin akan dapat mengungkapkan skrip yang berkali-
kali aku ulangi sebelum menelefon abah. Namun perasaan,
gusar, gementar dan takut melanda, menjadikan hatiku berdebar
kencang.

“Assalamualaikum, abah,” ucapku apabila mendengar suara
tua abah.

“Waalaikumussalam. Nuri ke ni?” Panggilan eksklusif abah
kepadaku dengan nada teruja.

Kami saling bertanya khabar.

“Di Perth sekarang ni spring abah, emm, musim bunga,”
jelasku.

Rumput menghijau berbunga daffodil putih-kuning segar
yang tumbuh melata,” ceritaku kepada abah menggambarkan
keindahan Perth.

“Cuaca sejuk ke?” Tanya abah lagi.

“Masih dingin, tapi taklah sesejuk musim winter,” jawabku.

“Sekarang ini semester kedua, tapi Nuri masih lagi cuba
memahami bahasa Inggeris loghat Australia ni, abah. Agak susah
bagi Nuri. Terpaksalah bertutur mengikut slang masyarakat di

164 JODOH | CINTA

SIMPUL KAMA

sini untuk saling memahami. Nuri selalu berbincang dengan
rakan-rakan sekursus dari Malaysia dan juga rakan dari negara
Singapura dan Vietnam,” huraiku panjang lebar apabila abah
ingin tahu perkembangan pengajianku.

“Belajarlah daripada pelajar-pelajar senior yang ada di
universiti tu,” nasihat abah.

“Ada berita apa telefon abah ni?” Abah membenarkan
firasatnya. Kerongkongku tersekat dengan pertanyaan abah.

“Abah, Nuri minta izin untuk berkahwin,” aku menyatakan
tujuan sebenarku.

Abah menyepi seketika, mungkin terkejut dengan
permintaanku.

“Bukankah engkau sedang belajar?” Suara abah kedengaran
abah berubah. Dia jelas kecewa.

“Dah berkahwin engkau kena pikul tanggungjawab sebagai
isteri. Bagaimana nak tumpukan perhatian kepada pelajaran?”
Abah menyatakan kebimbangannya.

Haji Waris yang bersusuk sederhana, berkulit cerah, rambut
sedikit beruban seorang ayah yang tegas dan tinggi disiplin.
Tanggungjawab Haji Waris amat berat, hanya berpendapatan
kecil bagi menyara 14 orang ahli keluarganya. Oleh itu dia
meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anaknya untuk
berjaya.

“Kenapa tu abah?” Terdengar bunyi suara latar dari kejauhan.

CINTA | JODOH 165

SIMPUL KAMA

“Nuri minta untuk berkahwin,” jawab ayah.

Aku terkejut apabila suara yang kudengar tadi menjadi
jelas di cuping telingaku. Abah tidak lagi meneruskan bicara
denganku dan menyerahkan telefon kepada Kak Ngah.

“Kak Ngah,” suaraku ketar.

“Kak Ngah apa khabar?” Aku cepat-cepat mencelah selepas
menjawab ucapan salamnya.

“Kenapatiba-tibanakkahwinni,Ida?”KakNgah mengabaikan
pertanyaanku.

Aku mendiamkan diri seketika, mencari-cari jawapan. Kak
Ngah anak kedua dalam keluarga Haji Waris bekerja sebagai
guru pelatih. Dia mewarisi sikap tegas dan disiplin abah yang
amat membantu untuk kerjaya perguruannya. Sebagai kakak
yang bertanggungjawab beliau terus menasihatiku.

Rancanganku meminta restu abah dan keluarga untuk
berkahwin jelas tidak berhasil. Kak Ngah mengesan
kegugupanku.

“Ida, kamu fikirlah masak-masak sebelum membuat
keputusan untuk berkahwin, ya,” suara lembut Kak Ngah
menasihatiku.

Di kamarku aku mula bertafakur dan bermuhasabah diri.

‘Adakah betul kata-kata abah dan Kak Ngah tadi?’ aku
berfikir-fikir.

166 JODOH | CINTA

SIMPUL KAMA

“Usia masih hijau, perlukah kami bernikah sekarang?” Tanya
hatiku lagi.

Aku dan Adi perlu berbincang lagi. Adi kekasih yang kelakar
namun sensitif. Aku pula serius dan kurang bersabar. Kami
saling mengenali semasa di sekolah menengah atas, namun
tiada sebarang perasaan tersemai ketika itu.

Takdir mempertemukan kami semasa memulakan kerjaya
masing-masing. Ketika itu aku mendaftar untuk menduduki
ujian kelayakan TOEFL sebagai syarat untuk memasuki
universiti luar negara.

Tiba masanya aku ke Australia, tekad untuk mengejar cita-
citaku. Selamat tinggal kekasih hatiku. Takdirnya Ilahi, pasti kita
disatukan. Kami saling merindui, mengutus aerogramme bagi
bertanya khabar. Dua hari lagi Adi akan menelefonku, nyatanya
dalam surat terkini. Melalui telefon Adi memberitahu dia tidak
sanggup kehilangan.

“Will you please be my wife?” Bisiknya.

Aku rasa sebak dan terpaku seketika. Kegagalan kali pertama
untuk mendapat izin berkahwin daripada abah sebelum ini tidak
mematahkan semangat aku dan Adi meneruskan rancangan kami
untuk berkahwin. Adi akan membelikan aku tiket penerbangan
balik pada hujung tahun untuk bertemu dengan keluargaku.

Seusai makan tengah hari, Adi memulakan bicara.

“Pak cik, mak cik, saya berhasrat menikahi Nur Ida,” Adi
gugup meluahkan kata-kata.

CINTA | JODOH 167

SIMPUL KAMA

“Saya sayang Ida dan saya akan beri sokongan untuk dia
terus belajar dan menamatkan pengajiannya. Saya pula akan
terus bekerja dan menyara Ida. Saya janji akan menjaga dia
dengan baik. Tolonglah pak cik, mak cik,” rayu Adi.

“Abah, mak, Ida tidak akan sia-siakan pelajaran. Ida akan
tamatkan pengajian dan kerja untuk bantu abah dan mak,” aku
cuba meyakinkan abah dan mak.

Harapan kami untuk disatukan sebagai suami isteri
hampir menjadi kenyataan setelah kedua-dua pihak keluarga
memberikan restu.

“Ida, hidup berjauhan daripada suami banyak cabaran. Jika
kamu berdua tidak pandai menguruskan perasaan masing-
masing, pelajaran kamu boleh terganggu, hubungan akan
bermasalah. Bolehkah kamu hadapi semua ini?”, tanya Kak Teh.

Kak Teh mengusap-usap bahuku, pada hari penikahan aku
dan Adi. Dia kakak kesayanganku yang memahami isi hatiku.
Aku merenung tajam wajahku di cermin. Aku menaruh harapan
agar kehidupanku bersama Adi akan terus bahagia selepas
kami berkahwin.

Dengan sekali lafaz akad perkahwinan yang diakui sah
oleh para saksi, maka jurunikah kemudiannya membaca doa.
Adi menyarungkan cincin di jari manisku sambil mengucapkan
kesyukuran.

Aku melihat matanya berkaca. Saat itu aku yakin Adi
memang benar-benar mengasihiku. Hubungan kami masih
ibarat sepasang kekasih yang saling merindu tanpa hujungnya.

168 JODOH | CINTA

SIMPUL KAMA
Pepatah “Distance makes the heart grows fonder” memang
benar sekali. Dua tahun berlalu, aku bergraduasi dan pulang ke
pangkuan Adi.
Ujian demi ujian, namun atas pertaruhan kasih, semuanya
kami lalui dengan tabah dan sabar. Maka jodoh manakah lagi
yang kami harapkan jika pengikat jodoh sebenar telah kami
temui. Itulah kasih.
Semoga jodohku dan Adi yang ikatannya kasih serta
ketaatan kepada Yang Maha Esa akan terus kekal hingga ke
Jannah.

CINTA | JODOH 169

SIMPUL KAMA

Nota Cinta

1983 – Ida memulakan pengajian di Australia
1983-1985 – Hubungan jarak jauh setelah berkahwin
1985 –Kelahiran anak pertama di Perth. Mula bekerja sebagai guru

1988 – Kelahiran anak kedua.
26 Disember –Ulang tahun perkahwinan

Memori indah.
Please provide caption

170 JODOH | CINTA

Jodoh

Tanpa Cinta

NURUL AINI HASSAN

Emak dengan abah tak bercinta
sebelum kahwin. Kenal pun tidak.

Terus kahwin. Alhamdulillah.
Masih kekal hingga ke hari ini.

Bahagia juga.

JODOH TANPA CINTA

“EMAK dengan abah tak bercinta sebelum kahwin. Kenal
pun tidak. Terus kahwin. Alhamdulillah. Masih kekal
hingga ke hari ini. Bahagia juga.” Terus aku tersentak
apabila mendengar bicara yang keluar daripada mulut emakku
ketika kami berbual pada satu petang.

Bicara ibuku itu telah menjemput satu demi satu persoalan
yang terawang-awang di kotak fikiranku. Lahir daripada naluri
ingin tahu tentang sebuah perkahwinan yang tidak dimulakan
dengan cinta. Adakah ada bahagia?

“Jodoh emak dengan abah diaturkan oleh orang tua kami. Emak
mengikut sahaja perancangan arwah atok dengan kawannya. Lepas
kami ditunangkan kami tak keluar bertemu pun,” jawab emakku.

“Hendak jumpa tu macam rasa malu sangat. Pernah mak
terserempak dengan abah kau di depan kedai. Masa tu kami belum
berkahwin lagi. Mak turun dari basikal. Terus lari. Tak mahu jumpa.
Malu punya pasal,” tambah emakku lagi ketika itu sambil ketawa.

Aku tidak mahu emakku menamatkan lagi ceritanya. Rasa ingin
mengetahui kisah perkahwinan mereka ini semakin membuak-
buak. Jodoh tanpa cinta. Bagaimanakah kasih mereka semakin
indah terukir? Terus aku menyuntik emakku dengan pelbagai
reaksi dan persoalan ketika itu agar dia meneruskan ceritanya.

“Arwah atuklah yang banyak mainkan peranan. Sampaikan
masa nak kenduri kahwin mak, dia pergi cari beras sendiri kat
bendang. Kemudian, beras tu diletak dalam guni. Arwah atuk
bawa balik beras tu ke rumah dengan menaiki basikal sahaja,”
ujar emakku.

172 JODOH | CINTA

JODOH TANPA CINTA

Jelas terlihat kesungguhan arwah datukku untuk
menguruskan sebuah perkahwinan yang diaturkan olehnya.

“Mak, lepas kahwin mak terus duduk di rumah yang sekarang
ni lah kan?” Terdetik dalam fikiranku tentang perjalanan awal
rumah tangga mereka berdua dahulu.

Ya, abahku hanya bekerja sebagai pekebun sahaja. Bukanlah
orang yang berada apatah lagi berharta. Emakku pula hanya
membantu arwah nenekku menjual kuih. Ditambah lagi dengan
mereka yang tidak saling mengenali sebelum berkahwin.

“Taklah. Selepas kahwin, kami menumpang dahulu rumah
atuk kau. Lepas Abang Ali kau genap sebulan baru kami pindah
rumah yang sekarang ni. Abah sendiri yang bina rumah ini. Pada
awalnya rumah ni kecil sahaja. Tak Macam sekarang ni,” jelas
ibuku. Abang Ali ialah abang sulungku.

Terawang-awang dalam fikiranku akan perbelanjaan makan
minum mereka dengan pendapatan yang tidak seberapa. Lebih-
lebih lagi apabila aku bandingkan dengan kehidupan yang serba
mencabar ketika ini.

Sungguh aku kagum dengan kebijaksanaan mereka
menguruskan kewangan seadanya. Hendak dibandingan dengan
pengurusan kewanganku. Jauh panggang dari api. Boros!
Mungkin itulah antara rahsia keharmonian rumah tangga mereka.

“Setiap anak yang lahir ada rezekinya masing-masing.
Setiap kali lahir je seorang anak, abah akan besarkan sikit
rumah. Takkan kau dah lupa? Nak kahwinkan anak pun abah
akan besarkan rumah sikit-sikit,” tambah emakku lagi.

CINTA | JODOH 173

JODOH TANPA CINTA

“Jah dah buat air belum?”

Tiba-tiba kedengaran suara abah yang mengingatkan emakku
untuk menyediakan air teh susu. Air yang telah menjadi menu
utama kami sekeluarga untuk minum petang sejak dahulu lagi.

Boleh jadi menu itu yang menjadi pengikat kasih dan antara
emak dan abahku. Selepas itu, emakku terus bingkas bangun ke
dapur. Perbualan kami tamat di situ.

‘Baik layanan emak pada abah. Walau kadang-kadang aku
menyaksikan emak sering berkecil hati akan sikap abah, Emak tetap
memberikan layanan dengan baik,’ detik hatiku. Aku terkesima.

Perkahwinan mana yang tidak pernah dibadai ombak. Tipu
kalau aku katakan mereka baik-baik sahaja. Selalu juga aku
melihat mereka berbalah. Ada sahaja perkara yang dibincangkan
tidak sehaluan. Selalu juga air muka berubah apabila berlaku
perselisihan faham. Muncung! Tak lama kemudian, aku dapat
melihat mereka mesra kembali. Berdamai.

Paling manis apabila aku melihat jika salah seorang daripada
mereka jatuh sakit. Masing-masing menunjukkan keprihatinan
dan menjaga dengan baik. Abahku yang garang bertukar sekelip
mata menjadi lelaki yang bagai punya taman dalam hati.

Bagiku itulah saat bahagia mereka berdua. Walau saling
bercakaran, jauh dalam hati tertanam rasa cinta dan sayang
yang mendalam. Sering aku tersenyum bahagia apabila
menyaksikannya.

“Mak, jom jalan-jalan,” ujarku pada satu ketika.

174 JODOH | CINTA

JODOH TANPA CINTA

“Hurm… Tu abah tu takkan nak ditinggallkan seorang di
rumah. Kalau diajak pun takkannya dia nak ikut,” balas ibuku
dengan nada bimbang.

Kesihatan abahku kini sudah tidak lagi seperti dahulu.
Ingatan dan pendengarannya juga sudah terganggu. Emakku
semakin lebih prihatian terhadap abahku hinggakan tidak
sanggup untuk meninggalkannya sendirian di rumah berhari-
hari. Rasa bimbang yang bersendikan rasa cinta dan sayang.

‘Sayang sungguh emak pada abahkan? Walaupun umur
mereka sudah meniti senja, rasa sayang dah hormat tu masih
subur rupanya,’ detik hatiku.

Aku juga yakin toleransi telah menjadi perasa yang
memaniskan rasa kasih mereka. Abah mengambil
tanggungjawab menjaga nenek yang sudah uzur hingga akhir
hayat nenek. Ketika itu, abah sedikit pun tidak memberikan
beban yang berat kepada emakku.

Abah menguruskan arwah nenek sendiri. Emak pula
memberikan perhatian menguruskan rumah tangga dan anak-
anak yang masih kecil. Segalanya jadi baik.

Perkahwinan mereka bukanlah perkahwinan yang dimulakan
atas rasa cinta. Namun, mampu kekal hingga usia senja mereka
walau terisi pelbagai rencah.

Tersentuh hatiku melihat rasa kasih yang ada antara mereka
walau kadang-kadang hadir anasir yang menggugat rasa kasih
itu. Sungguh aku kagum. Bahagia mereka terukir indah walau
tidak dimulai dengan cinta. Alhamdulillah.

CINTA | JODOH 175

JODOH TANPA CINTA

Nota Cinta

Usia perkahwinan emak dan abah telah mencecah 53 tahun.
Emak berkahwin pada usia yang agak muda iaitu ketika berumur 16
tahun, manakala abah pula ketika berkahwin umurnya 23 tahun.

Mereka merupakan pasangan dekat sahaja. Kampung mereka
bersebelahan.

Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan tujuh orang anak. Tiga
orang lelaki dan empat orang perempuan.

Sehingga kini, bilangan cucu mereka adalah seramai 16 orang.

176 JODOH | CINTA mWbeeianrrlepia.kuuMati,pkosagijdauaapakaIadenwmkasaanyellannk-hyyAeiaaknlnalgtagilgahkhad.aiankkegkagajsaasihnikhnmeaahehnra.tearkiraa

Cinta,

Jelapang Padi

SITI MARIAM DAUD

Selagi mana saling percaya,
ikhlas dan bertanggungjawab dalam
menjaga perhubungan, Allah pasti

permudahkan segala-galanya.

CINTA JELAPANG PADI

‘HAH, Kedah! Jauhnya.’ Hatiku berbisik tatkala membaca
surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di sebuah
institusi perguruan di utara tanah air.

Disember 1994 bermulalah kehidupanku sebagai seorang
guru pelatih selama dua tahun setengah di tempat yang jauh dari
kampung halaman dan asing buat diriku. Sementelahan pula,
inilah kali pertama aku berjauhan dengan keluarga sepanjang
usia 19 tahun.

Namun begitu, aku tidak mengambil masa yang lama
untuk menyesuaikan diri. Di kelilingi rakan-rakan sepengajian,
para pensyarah yang baik dan mesra serta suasana dan
pemandangan sawah padi menguning menyingkirkan resah
hatiku.

“Ceq, tengok ni. Ada orang nak berkenalan dengan hang,”
kata Kak Lis sambil menghulurkan secebis kertas. Tertera nama
serta alamat seseorang yang tidak kukenali.

“Siapa dia? Ceq tak kenal pun. Macam mana Kak Lis jumpa
ni?” Aku bertanya kepada Kak Lis dengan kehairanan.

Kak Lisdawati atau kupanggil Kak Lis rakan sebilikku, sudah
berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata. Selepas
tamat kuliah, dia akan pulang menjengah anaknya yang tinggal
bersama-sama suami dan kedua-dua ibu bapanya. Kampung
Kak Lis memang tidak jauh dari Taman Siswa, kawasan
kediaman para pelatih. Menjelang malam dia akan kembali
semula ke kediaman kami.

178 JODOH | CINTA

CINTA JELAPANG PADI

“Adik kak solat Jumaat kat masjid minggu lepas. Diakan
ramah. Ramailah pakat dok usik. Budak-budak Kolej Tentera
Udara tu, depa pun solat Jumaat kat masjid tu jugak,” cerita Kak
Lis dengan loghat utaranya.

“Oh, lagu tu ka…”, balasku sambil melihat nama pemuda itu.

‘Macam nama penyanyi.’ Suara hati berbisik lantas
memasukkan kertas tersebut ke dalam laci sebelum lena diulit
mimpi pada malam itu.

Begitulah mulanya detik perkenalanku dengan suami. Lucu
juga apabila teringat kembali memori lalu.

“Chaq, itu dia kot. Tu… nampak macam nak mai dekat kita
ni.” Aku berkata kepada sahabat baikku, Azlina yang kupanggil
Chaq, sambil berpura-pura buat muka selamba, padahal kolam
hati berkocak ibarat tsunami melanda.

“Mana aku kenai, tapi tengok uniform tu. Dialah kot,” balas
Chaq.

“Assalammualaikum,” ucapan salam menyapa telingaku.

“Cik Mariam ke?” sambungnya lagi.

Seorang pemuda berdiri betul-betul di hadapanku.
Beruniform hitam putih. Bertubuh kurus, berketinggian
sederhana dengan kulit yang agak gelap, mungkin disebabkan
latihan ketenteraan yang diikutinya.

“Waalaikumussalam!” serentak aku dan Chaq menjawab.

CINTA | JODOH 179

CINTA JELAPANG PADI

“Ya, saya Mariam. Yang ini kawan saya, Azlina,” kataku
memperkenalkan diri.

‘Ahhh, sudah! Betul ke? Nak sembang apa ni?’ Aku bermonolog
dengan dada yang semakin berdebar memandangkan inilah kali
pertama aku bertemu janji dengan seorang teman lelaki.

“Panggil saja, Man. Kak Lis tak ikut sekali ke?” tanya pemuda
itu menyambung perbualan.

“Hujung-hujung minggu macam ni Kak Lis duduk di rumahlah
dengan anak dan suaminya. Hari-hari biasa dah penuh dengan
kuliah,” balasku sambil tersenyum.

“Ya jugak. Eh, jomlah kita ke kedai depan tu!” katanya sambil
menunjuk ke arah seberang jalan.

Kami menaiki jejantas menuju ke sebuah gerai makan yang
terdapat di Pekan Rabu, Alor Setar. Dia memesan nasi ayam
dan air batu campur (ABC).

“Kalau keluar, saya selalu makan di gerai ni. Nasi ayamnya
sedap,” kata pemuda itu menyambung perbualan.

Sambil menikmati sepinggan nasi ayam dan segelas ABC
kami berbual-bual. Chaq dan pemuda itu rancak berbual seolah-
olah telah lama kenal. Sikap ramah dan mudah mesra Chaq
menjadikan orang yang baru mengenalinya terasa senang.

Aku pula lebih banyak mendiamkan diri. Sebenarnya aku
seorang yang pemalu. Tidak banyak yang aku bicarakan.
Sesekali menyampuk dan mengeyakan perbualan mereka.

180 JODOH | CINTA

CINTA JELAPANG PADI

Sepatah yang ditanya, sepatah yang kujawab. Mujur juga Chaq
tidak kekok berbual-bual dengannya.

Kami berbual-bual kisah biasa sahaja. Serba sedikit latar
belakang keluarga dan kehidupan serta pengajian di kolej
masing-masing. Pertemuan kami tidak lama. Setelah makan,
aku dan Chaq terus minta diri untuk pulang ke kolej.

“Handsome gak no,” aku berkata sambil tersenyum simpul
kepada Chaq.

“Boleh tahanlah. Ramah. Cepat mesra dengan orang,” balas
Chaq.

“Baguihlah buat kawan menyembang. Kalau hang saja sat
ni tadi, hmmm, alamat sunyi sepi dah la,” sambung Chaq lagi.

Pertemuan kami berakhir di situ sahaja sehinggalah kami
berdua tamat pengajian dari kolej masing-masing, setahun
setengah selepas itu. Dalam masa tersebut, kami saling
bertanya khabar sekali sekala melalui surat sahaja. Dan seperti
biasa, dia akan menyampaikan salam kepadaku melalui Kak Lis.

Tiada apa-apa yang istimewa sepanjang satu setengah
tahun tersebut. Perhubungan kami tidak lebih daripada sekadar
seorang kenalan.

Dua tahun selepas daripada pertemuan di Pekan Rabu, aku
telah ditempatkan untuk mengajar di salah sebuah sekolah di
Petaling Jaya, manakala dia diarahkan bertugas di Kuantan,
Pahang.

CINTA | JODOH 181

CINTA JELAPANG PADI

Suatu hari, dia menelefon dan menyatakan hasrat hati untuk
ke rumah dan bertemu dengan keluargaku.

‘Biar betul,’ bisik hatiku.
Hari yang dijanjikan telah tiba. Dia dan kedua-dua ibu bapa
serta ibu saudaranya datang dengan membawa setepak sirih
dan sebentuk cincin. Aku dan ibu benar-benar terkejut.
Ingatkan sekadar datang bersembang dan berkenalan
sahaja, rupa-rupanya membawa hajat untuk meneruskan
perhubungan kami dengan lebih serius.
Tiga bulan kemudian, kami mengikat tali pertunangan.
Lapan bulan seterusnya kami diijabkabulkan dengan doa restu
kedua ibu bapa. Alhamdulillah, aku kini telah bergelar isteri.
Tidak lama kami tinggal sebumbung. Tuntutan tugas
kepada negara membuatkan kami sering berjauhan. Namun,
selagi mana saling percaya, ikhlas dan bertanggungjawab
dalam menjaga perhubungan, Allah pasti permudahkan segala-
galanya.

182 JODOH | CINTA

CINTA JELAPANG PADI

Nota Cinta

Benarlah, ajal, maut dan jodoh pertemuan ialah ketentuan Allah SWT yang
Maha Merancang dengan cinta-Nya.

Tanggal 31 Januari 1999, dengan sekali lafaz aku kini bergelar isteri.
Sebagai isteri anggota tentera, duduk berjauhan alah bisa tegal biasa.

Suami tidak berkira dalam mengeluarkan belanja untuk keluarga.
Kami sporting dalam segala hal selagi mana tidak melampaui batas

dan pergaulan.
Sedangkan lidah lagi tergigit… Aku menyerahkan sepenuhnya kepada
Allah SWT agar memegang hati kami untuk kekal setia hingga akhir.

Gambar kpaamdiasepkaegliuAairdgialfibtreirs2a0m18a.-sama ibu

CINTA | JODOH 183

Cinta Hati Beta

TENGKU NORSILAWATY BT. RAJA HASSAN

Kita menangis lalu digantikan
oleh Allah dengan sesuatu

yang membuatkan kita tersenyum gembira.
Maha baiknya Allah.

CINTA HATI BETA

28.11.2020, tarikh bersejarah buat diri ini. Dengan
berwalikan abang kandung saya maka sahlah saya
menjadi isteri kepada Mohd Yusri bin Mat Noh.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan ini.
Kali ini duda, bukan suami orang. Syukur Allah memperkenankan
doa saya.

Apabila diingat kembali detik perkenalan dengan suami,
saya tersenyum sendiri. Saya lupa siapa yang add siapa melalui
Facebook. Pada mulanya saya hanya mengenalinya sebagai
rakan FB sahaja tetapi tidak pernah mengikuti setiap status yang
ditulisnya. Dalam kesibukan saya mengendalikan kelas tuisyen,
amat mustahil untuk saya mengikuti perkembangannya.

Suatu hari, selepas selesai kelas, saya terbaca satu status
FB-nya tentang jual beli rumah. Dia mengiklankan rumah salah
seorang pelanggannya untuk dijual. Lalu terlintas dalam fikiran
saya untuk bertanya kepadanya tentang rumah banglo saya
yang terletak di Beris Bachok yang ingin saya jual.

Saya sudah lama hendak menjual rumah itu tapi tidak tahu
untuk dirujuk kepada siapa. Terdetik di hati saya, elok juga jika
saya bertanya kepada orang ini.

Saya memberikan komen pada post FB-nya dan kemudian
menghantar mesej melalui Messenger. Saya berjanji untuk
menghubunginya beberapa bulan lagi setelah siap urusan
marketing pusat tuisyen saya yang baru dibuka itu.

Pada masa itu awal Januari. Mungkin oleh sebab banyak
bulan dia menunggu akhirnya pada 18 Julai 2020, dia

CINTA | JODOH 185

CINTA HATI BETA

menghantar mesej kepada saya melalui Messenger dan
bertanya adakah saya masih ingin menjual rumah banglo di
Beris Bachok tu.

Saya memaklumkan bahawa saya memang hendak menjual
rumah itu cuma masih sibuk dengan urusan pusat tuisyen saya.

Saya berdepan dengan kekangan masa untuk berjumpa
atau berurusan dengan sesiapa sepanjang menguruskan
pusat tuisyen saya itu, yang usianya sama dengan kedatangan
Covid-19 iaitu pada awal tahun 2020.

Sekali lagi saya menangguhkan hasrat untuk berjumpa
dengannya dan memberikan maklumat serta dokumen yang
diperlukan bagi urusan jual beli rumah.

Pada 22 Oktober 2020, saya menghantar mesej melalui
Messenger untuk urusan jual rumah tersebut dan pada waktu
itulah baru kami bertukar nombor telefon.

Sebenarnya, sebelum saya menghubungi Yusri, saya ada
mendapatkan khidmat kawan sepejabatnya iaitu Nadzri, yang
juga merupakan kenalan saya untuk menguruskan penjualan
rumah saya ini.

Dua minggu selepas kami berjumpa dan menyerahkan
dokumen kepada Nadzri, saya terbaca status FB Nadzri tentang
kesibukannya menguruskan ibunya yang sedang sakit di
hospital.

“Ooo, patutlah dia tak hubungi aku untuk urusan rumah
Beris Bachok tu,” kataku dalam hati.

186 JODOH | CINTA

CINTA HATI BETA

Setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh Nadzri,
saya mengambil keputusan untuk menghubungi ejen yang lain
iaitu, Mohd Yusri bin Mat Noh, yang kemudiannya telah saya
nobatkan dia sebagai “cinta hati beta”. Indahnya aturan Allah
S.W.T. yang telah mengatur dan merancang sebaik-baik aturan
yang kita sendiri tidak terfikir dek akal kita.

Setelah bertukar-tukar nombor telefon, maka bermulalah
pertemuan pertama kami. Pada pertemuan pertama bukan
hal rumah yang banyak dibincangkan tapi lebih merupakan
sesi memperkenalkan diri masing-masing sambil berkongsi
kenangan lalu yang telah membawa kepada penceraian
masing-masing. Dia ada kenangannya yang tersendiri. Begitu
juga saya. Sama-sama kami bermuhasabah diri.

Saya selesa berkenalan dengannya kerana dia
bukan suami orang. Sikapnya yang sederhana dan tidak
berlagak serta bersungguh-sungguh untuk mengenali
saya membuatkan saya mula jatuh cinta padanya. Saya
menyembunyikan rasa itu, maklumlah saya wanita tentulah
malu untuk memulakannya.

Setelah berkawan selama dua minggu, dia menyatakan
hasrat hati dan melamar saya. Subhanallah! Saya seperti
bermimpi dan rasa tidak percaya pun ada. Perasaan malu pun
ada.

“Nor, Nor dah ada calon suami doh ko? Kalu tak dok lagi Yie
nak ajak Nor kahwin dengan Yie. Tok molek kito duk gi mari gi
mari gini,” katanya.

CINTA | JODOH 187

CINTA HATI BETA

Terkejut juga apabila saya mendengar lamarannya itu.
Masih saya ingat dia melamar saya pada 29.10.2020, 11:04
pagi, di tepi Pantai Kemayang Bachok. Dia berbaju biru.

“Yie, kito baru kenal dua minggu. Takkan nak nikoh selalu.
Nor tok kenal Yie molek lagi. Kena saing dulu,” jawab saya.

“Nok kenal setagho mano? Selagi tok hidup sekali tok tidur
sebantal, payah kito nak kenal betul-betul ore tu,” balasnya.

Betul! Apabila difikir-fikirkan, betul juga kata-katanya itu.
Saya akhirnya menerima lamaran Yusri.

Pada 6 November 2020, pukul 3:30 petang, dia bertandang
ke rumah saya bersama-sama dengan keluarganya. Pertemuan
dan perbincangan berlangsung dalam keadaan santai dan
sederhana, berbincang untuk mendirikan rumah tangga.

Kata putus dan tarikh telah dicapai. Maka pada 28 November
2020, pukul 11:30 pagi, telah tertulis saya menjadi milik
dia. Majlis akad nikah dan sesi bergambar diadakan secara
sederhana tetapi cukup meriah.

Majlis hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-
dua belah pihak. Rakan terdekat kami juga dijemput tetapi
selepas waktu zuhur hingga 5:00 petang sahaja. Maklumlah,
majlis perkahwinan dalam keadaan Covid-19 dan musim PKP
begitulah. Kami akur dengan arahan kerajaan dan semuanya
berlangsung mengikut SOP yang telah digariskan.

Maka, bermulalah fasa perkahwinan dan saling belajar
mengenal sikap masing-masing. Pada 28 November 2021

188 JODOH | CINTA

CINTA HATI BETA

genap setahun perkahwinan kami. Semoga perkahwinan kami
ini kekal sampai ke syurga.

Allah S.W.T menjadikan asbab rumah banglo di Beris
Bachok itu untuk menghantar jodoh baharu kepada saya. Allah
S.W.T memberikan ujian kepahitan kepada kita dan digantikan
dengan kemanisan pula. Diambilnya sesuatu daripada kita tapi
digantikan dengan yang baharu malah yang lebih baik. Insya-
Allah.

Kita menangis lalu digantikan oleh Allah dengan sesuatu
yang membuatkan kita tersenyum gembira. Maha baiknya
Allah. Allah sebaik-baik pencipta. Mengadulah kepada-Nya,
memintalah tanpa segan silu dengan-Nya. Sampai masanya
akan ditunaikan-Nya.

CINTA | JODOH 189

CINTA HATI BETA

Nota Cinta

Kami mula berkenalan melalui FB dan kami tidak pernah
bertegur sapa sebelum ini.

Sebuah perkenalan melalui urusan jual beli rumah. Pada masa itu saya
ingin menjual rumah banglo saya di Beris Bachok.

Dari urusan jual beli rumah, bertukar kepada persahabatan.
Dua minggu kami berkawan, dia melamar saya untuk menjadi isterinya.
Pada 28.11.2020, kami sah menjadi suami isteri. Majlis cukup meriah
walau dihadiri keluarga terdekat dan rakan baik dengan mengikut SOP

dan suasana PKP.

Saat bahagia bersama-sama dengan keluarga.

190 JODOH | CINTA

Dia Jodohku

QAMA AMIR

Mohon ganti
gambar lain.
Terlalu tight crop.
tak sesuai. TQ

Ajal maut jodoh pertemuan
semuanya suratan Ilahi.

Alhamdulillah aku ditakdirkan
bertemu jodoh dengan suamiku.

DIA JODOHKU

AJAL maut jodoh pertemuan semuanya suratan Ilahi.
Alhamdulillah aku ditakdirkan bertemu jodoh dengan
suamiku. Kami ditakdirkan sama-sama bertolak ke
Mesir untuk melanjutkan pelajaran dengan tajaan Yayasan
Pelajaran Johor. Tidak pernah terfikir langsung di hati ini untuk
bersuamikan dia.

Sewaktu di Mesir, kami menginap di tempat yang berbeza.
Aku tinggal di sebuah apartmen di Rabaah, manakala dia pula
di asrama Melayu iaitu petempatan pelajar-pelajar Malaysia di
Pekan Abbasiyah.

Sewaktu dalam penerbangan tempat duduknya agak
kebelakang dan kami cuma mampu memandang dan senyum
dari jauh saja.

Setelah beberapa bulan di bumi Mesir, satu hari dia
bertandang ke apartmenku. Kehadirannya pun untuk bertemu
Kak Iqbal (sudah arwah) kakak paling senior di rumahku. Pada
waktu itu, pengajian PHD-nya sudah hampir selesai.

Aku masih ingat lagi, pada masa itu semua orang ada
urusan dan akulah yang terpaksa melayaninya. Perbualan kami
berkisar tentang rancangan masa cuti kuliah musim panas
nanti. Dia bercadang untuk mencari pengalaman di Belanda,
bekerja sambilan.

Aku melayaninya hinggalah dia pulang sekitar jam 10:00
malam. Tak disangka-sangka, rupa-rupanya dari situlah dia
mula menaruh minat terhadapku.

192 JODOH | CINTA

DIA JODOHKU

Pada suatu petang, kawanku Junaid bertandang ke
apartmenku.

“Kama! Sinilah! Aku nak sampaikan pesanan sesesorang ni,”
kata Junaid setelah melabuhkan punggungnya di sofa ruang
tamu.

Sebenarnya aku paling malas melayan tamu terutama kalau
tetamu lelaki.

“Ahmad Bukhari kirim salam kat kau. Dia minta aku sampaikan,
yang dia suka sangat kat kau. Cuma dia hairan tengok kau ni
serius sangat orangnya. Macam dah ada tunang je kat kampung.
Kau memang dah bertunang ke Kama?” kata Junaid.

Aku dan Kak Iqbal agak terkejut dan saling berpandangan.

“Apa yang kau merepek ni Junaid? Ahmad Bukhari sukakan
aku? Orang hensem, macho macam dia tu suka kat aku? Dah
bingung ke apa dia ni?” sambungku.

Ya, jika mahu dibandingkan antara aku dengan suamiku,
bagai langit dengan bumi. Dia kacak, sedap mata memandang
dan mana-mana perempuan yang ternampak akan mudah
terpikat, sedangkan aku hanya perempuan biasa malah lebih
biasa daripada perempuan biasa.

“Alah, orang dah suka tu janganlah jual mahal pulak,” celah
kak Iqbal.

“Tak apa, banyak masa lagi untuk fikir. Yang ana tau dia
memang belum ada girlfriend atau tunang,” sambung Junaid lagi.

CINTA | JODOH 193

DIA JODOHKU

Akhirnya aku dan Ahmad Bukhari terjebak dalam alam
percintaan dan sebelum kepulanganku ke tanah air, dia sempat
membelikan sebentuk cincin permata marjan berwarna merah
tercatat di lengkangnya namaku dan namanya sebagai adanya
ikatan antara kami.

Tujuh tahun kami bercinta jarak jauh, rindunya bukan
kepalang lagi. Ini kerana aku telah menamatkan pengajian lebih
awal daripadanya. Alhamdulilah akhirnya kami bertemu jodoh
dan menjadi suami isteri yang sah.

Masih kuingat, semasa giliran aku bertandang ke
rumahnya, suamiku mengajak aku meronda-ronda di sekeliling
kampungnya. Maklumlah kampungku walaupun namanya
kampung tetapi sudah seperti bandar, dengan kedudukan yang
sangat dekat dengan bandar, stesen bas, stesen teksi dan pasar.

Kampung suamiku pula agak berbeza, dikelilingi kelapa
sawit dan kebun nanas. Jarak di antara satu rumah dengan
yang lainnya agak jauh. Maklumlah rumahnya di tengah-tengah
kebun. Suasana pun agak sunyi terutama menjelang malam.

Satu pagi suamiku mengajak aku mengelilingi kampung
dengan motorsikal lama milik adiknya.

“Abang, kita berhenti di warung tu ya. Mar nak minum air
batu campur.”

Suamiku tanpa membantah, terus memberhentikan
motorsikalnya berhampiran dengan warung.

“Turunlah, abang pegang motor ni, takkan jatuh,” katanya.

194 JODOH | CINTA

DIA JODOHKU

Tanpa melihat tanah yang akan kupijak, aku terus melompat
turun dari motor.

“Abang, tahi ayam!” jeritku.

Suamiku terus mematikan injin motor dan menerpa ke
arahku.

“Selipar dah kena tahi ayamlah,” kataku.

Tanpa berlengah-lengah, suamiku mengambil seliparku dan
terus dibasuhnya dengan air paip yang ada di hadapan kedai,
di sebelah warung setelah meminta izin daripada tauke kedai.

“Dah bersih ni, pakailah” kata suamiku sambil menghulurkan
selipar yang dibasuhnya itu.

“Terima kasih abang, terima kasih tau. Sayang abang,”
kataku. Kami berpandangan lalu tersenyum.

Apabila aku terkenang semula kisah ini, kasihan pula kerana
suamiku yang membasuh seliparku itu, kenapa bukan aku
sendiri yang melakukannya. Sayang juga dia kepadaku.

Selang beberapa minggu selepas bernikah, suamiku
mendapat tawaran belajar peringkat diploma di Universiti
Islam Antarabangsa Kuala Lumpur. Kami terpaksa berpisah
lagi dan episod rindu-rinduan antara kami berulang kembali.
Nampaknya aku bersendirian lagi di Johor Bahru kerana aku
mengajar di Sekolah Tun Fatimah, Johor.

Hampir dua tahun suamiku berulang-alik dari Johor Bahru
ke Kuala Lumpur. Dalam tempoh itu juga aku mendapat

CINTA | JODOH 195

DIA JODOHKU

khabar gembira bahawa aku telah hamil. Masih kuingat lagi,
aku telah mengidam hendak makan buah mangga sehingga
aku makan dengan sepuas hatiku. Akibatnya aku mendapat
cirit-birit.

Malang sekali kerana kali ini aku tidak sempat sampai ke
bilik air. Najisku terjatuh terkena lantai. Suamiku sanggup
membersihkan najisku sebelum sempat aku menahannya
daripada berbuat demikian.

“Abang! Kenapa abang bersihkan? Biar Mar yang buat. Kotor
kan tu!”

“Ala, tak apa. Najis isteri abang kan,” katanya.

Aku berasa sungguh terharu dan berasa kasihan kepadanya.
Sayang sangat rupa-rupanya dia kepada aku. Apabila
kandunganku memasuki tiga bulan, telah berlaku pendarahan.
Aku berasa cemas. Suamiku terpaksa mengambil cuti daripada
menghadiri kuliahnya.

Di hospital, aku sentiasa dalam kawalan doktor. Masuk
malam kedua, kandunganku tidak dapat diselamatkan lagi.
Aku menangis teresak-esak namun aku pasrah. Suamiku tak
berhenti-henti memujukku agar sabar dan reda. Ayahku juga
begitu.

“Yah, sabar ya nak. Ada hikmahnya tu,” kata arwah abahku.

“Insya-Allah, ada rezeki lagi nanti dapat baby baru,” kata
abah lagi.

196 JODOH | CINTA

DIA JODOHKU
Tamat pengajian diplomanya, suamiku ditugaskan sebagai
Pegawai Khas Agama di Jabatan Penerangan di Melaka. Episod
rindu-rinduan antara kami berulang lagi.
Namun, aku bersyukur kerana setiap hujung minggu suamiku
akan pulang ke Johor Bahru untuk menjengahku. Cuma Allah
yang tahu betapa peritnya berjauhan seperti ini.
Selepas setahun, suamiku ditukarkan ke Pejabat Agama
Daerah Kota Tinggi Johor. Walaupun tidak bertugas di daerah
yang sama tetapi dapat menetap serumah sudah cukup bahagia
dan membahagiakan kami.

CINTA | JODOH 197

DIA JODOHKU

Nota Cinta

Bertemu jodoh dengan suami pada tahun 1988
selepas tujuh tahun bercinta.

Suami mendapat tawaran menyambungkan pelajaran dalam bidang
Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.

Suami mendapat tawaran bekerja sebagai Pegawai Khas Agama di
Pejabat Penerangan Melaka.

Anak sulung dilahirkan selepas dua tahun mengalami keguguran.
Suami dapat bertukar ke Pejabat Agama daerah Kota Tinggi Johor.

Kenangan bersama, abadi selama-lamanya.

198 JODOH | CINTA

Berputik
di Menara

SAFA ANDRA

Cinta tidak perlukan kesempurnaan
tetapi cinta perlu untuk
saling melengkapi.

BERPUTIK DI MENARA

“CINTA tidak perlukan kesempurnaan tetapi cinta perlu
untuk saling melengkapi”

“Boleh aku duduk di sebelah?”

“Aku tak kenal siapa-siapa dalam kelas ni,” ujarku
memulakan perbualan bagi mendapatkan perhatian seorang
pelajar perempuan yang tidak kutahu namanya.

Pada mulanya dia agak keberatan untuk memberikan
persetujuan, namun akhirnya akur dengan caraku yang
berhemah.

Disebabkan lambat mendaftar sebagai pelajar, maka aku
tidak mempunyai kawan lama. Pengalaman semasa menuntut
di peringkat diploma akan aku gunakan dalam berkomunikasi
dan mengenali sahabat baharu.

Ya, itulah kali pertama aku berkenalan dengan jodohku
kini, bermula dengan episod cinta pandang pertama. Aku terus
teringat tagline filem KL Menjerit, ‘Cinta takkan datang kalau tak
dicari, takkan dapat kalau tak diberi’.

Aku diperkenalkan kepada kawan sekelas yang lain usai
kuliah yang pertama. Kelihatan dia agak ramah dan selesa
berkawan denganku. Kami selalu berjumpa di kelas ataupun
di kafetaria namun bukan secara bersendirian. Dia sentiasa
ditemani rakan-rakan sekelas yang lain.

Aku kerap menghubunginya melalui telefon ketika cuti
semester, sekadar untuk bertanya khabar. Waktu itu, aku
menjadi fasilitator PLKN yang pertama di kampus.

200 JODOH | CINTA


Click to View FlipBook Version