The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YEREMIA OVLY LING CHIEN IPG-Pelajar, 2024-03-06 10:28:32

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Buku Log Kadet Remaja Sekolah (KRS)

ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform 1.1 Perlembagaan Pertubuhan.................................................................................1 – 6 Prinsip-prinsip asas pertubuhan Perlembagaan pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan 1.2 Sejarah Unit Beruniform....................................................................................7 – 14 Sejarah pengasas Sejarah penubuhan Sejarah penubuhan di Malaysia Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan 1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan..............................................................15- 22 Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa(jika ada) Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG Struktur dan organisasi peringkat sekolah dankumpulan Fungsi majlis tadbir 1.4 Pengurusan dan Pentadbiran .........................................................................23- 52 Pendaftaran ahli dan Kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin Takwim dan rancangan aktiviti 2. Kemahiran Perkhemahan 2.1 Kraf Perkhemahan ..............................................................................................53 - 63 Pengurusan dan penjagaan khemah Tujuan dan faedah membuat gajet Jenis-jenis gajet dan kegunaannya 2.2 Ikhtiar Hidup......................................................................................................... 64 – 69 Masakan solar/rimba/kelompok Membuat perangkap 2.3 Kebudayaan ..........................................................................................................70 – 76 Nyanyian / Lagu perkhemahan Permainan Malam Kebudayaan


ISI KANDUNGAN 2.4 Jalan Lasak dan Pandu Arah..............................................................................77 - 90 Tujuan Peraturan & persediaan Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah Membaca kompas/GlobalPositioning Satelite (GPS) Komunikasi Radio Amatur /UHF VHF Membaca peta topo dan kegunaan Mengesan tanda dan simbol Laporan pengembaraan 2.5 Khidmat Kesukarelawan ....................................................................................91 - 97 Minggu Kerja Bantuan Bencana Masyarakat Penyayang Hari Peringatan Alam Sekitar 2.6 Simpulan dan Ikatan.......................................................................................... 98 – 103 Simpulan oTali temali oEnam jenis simpulan asas oSimpul Manuk oSimpul Buku Sila oSimpul Tindih Kasih oSimpul Bunga Geti oSimpul Balak oSimpul Belit Ikatan oTiga jenis ikatan oSeraya oSerong oLilit Kacang 2.7 Asas Kawad Kaki ................................................................................................ 104 – 141 Bahasa Hukuman Kawad statik dan dinamik Kawad formasi 2.8 Asas Pertolongan Cemas .................................................................................142 – 164 Tujuan dan prinsip Anduh dan balutan Merawat luka dan gigitan Melecur, pitam dan patah Keracunan dan terseliuh Pemulihan pernafasan


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1 Perlembagaan Pertubuhan 1.1.1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1. Perlembagaan Pertubuhan 1.1.2 Perlembagaan pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 1. Nama dan alamat berdaftar: a) Nama Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah. b) Alamat berdaftar atau alamat KRS: Peringkat Kebangsaan: - Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian PelajaranMalaysia, Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. Peringkat Negeri: - Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) Peringkat Daerah: - Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama) Peringkat Sekolah: - Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1.3 Lambang dan Cogan Kata Kadet Remaja Sekolah 1.1.3.1 Logo KRS(KRS) Pengertian logo 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmudan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1.3.2 Cogan kata Kadet Remaja Sekolah ' ILMU, IMAN, AMAL ' ILMU Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS IMAN AMAL Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusanmerupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1.4 Bendera KRS dan Lagu Pertubuhan 1.1.4.1 Bendera KRS Warna Hijau melambangkan : Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. 1.1.4.2 Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah LAgU KADeT RemAjA SekOLAh


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1.5 Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan KRS 1.1.5.1 Ikrar Kadet Remaja Sekolah “Bahawasanya kami kadet remaja sekolah malaysia berjanji dan bersetia akan menyemai semangat patriotik tetap berdisiplin, berakhlak mulia berilmu, beriman dan beramal kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar mempunyai ketahanan mental dan fizikal bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa dan negara serta mendukung rukun agama dan rukun negara sepanjang masa kami menjadi ahli kadet.” 1.1.5.2 Undang-undang pertubuhan KRS Menepati masa. Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. Sentiasa membawa buku log. Berpakaian kemas. Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab. Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. Menghormati setiap AJK dan ahli.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2 Sejarah Unit Beruniform KRS 1.2.1 Sejarah pengasas KRS Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar PulauPinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan eorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung IbrahimJohor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains HuluSelangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. WanMohd Zahid Mohd Nordin.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2. 2 Sejarah penubuhan KRS Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM (KPIM) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2. 3 Sejarah penubuhan di Malaysia Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2. 4 Tujuan penubuhan Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati danmengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaanmengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untukbertindak sewajarnya.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2. 5 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan 1.2.5.1 ISTIADAT PERKHEMAHAN Susun atur kedudukan anggota semasa menaikkan bendera Kedudukan anggota secara melintang PEGAWAI KOMANDER PESERTA PESERTA PEGAWAI Kedudukan anggota secara melajur PEGAWAI KOMANDER PESERTA PESERTA PEGAWAI


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2.5.2 ISTIADAT PERBARISAN Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu kontinjen dalam satu formasi kawad Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi / tidak rasmi. Tujuan Istiadat Perbarisan Memberi garis panduan bagaimana melaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam. Tarikh,Tempat Dan Masa Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual- jadual ‘orang penting’. Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan . Masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pegawai Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan, jika melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontijen kecil. Pembaca Doa Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas ,terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan,sederhana dan tidak terlalu panjang. Pembaca doa boleh dilantik dalam kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2.5.2 ISTIADAT PERBARISAN Pengacara Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah mempunyai suara yang baik disamping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisanperbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara hendaklah seorang pegawai mestilah hadir semasa raptai perbarisanyang diadakan. Skrip juruacara mestilah tepat ,ringkas dan jelas 1.2.5.3 ISTIADAT PERHIMPUNAN Persiapan Tempat Pentas = Pentas merupakan “wajah” kepada majlis yang diaturkan. Kerusi Vip Kerusi = VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan. Backdrop Dan Hiasan Pentas = Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di tengah - tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna. Meja Hadiah = Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan kedudukan kerusi juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) Tetamu pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas. Bendera = Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. Kedudukan kerusi tetamu = Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir. Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.2.5.3 ISTIADAT PERHIMPUNAN Tatacara Perhimpunan Ianya hendaklah disusun dengan betul. Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya 1.2.5.4 ISTIADAT PENTAULIAHAN Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi. Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis. i. Majlis di dalam dewan. ii. Majlis di luar dewan iii. Majlis di dalam pejabat Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang. Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 1.3.1 Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa (jika ada) Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan Jawatankuasa i. Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia. ii. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. iii. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: Penaung Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK yang dilantik iv. Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah v. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) Bendahari : Dilantik


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan, Pengarah Bahagian Teknik &Vokasional, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Tiga ahli dilantik, Dua Wakil Jurulatih KRS, Dua Wakil Jurulatih TKRS Juruaudit : Dilantik vi. Jawatankuasa Peringkat Negeri: Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah, 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik vii. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak ) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan Tim. Pengerusi : Ketua Unit Setiausaha : Penyelia Kokurikulum Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan ) Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) viii. Jawatankuasa Peringkat Daerah Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) ix. Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. x. Jawatankuasa Peringkat Sekolah: Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri Penasihat : PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha : Dilantik Penolong Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru xi. Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. xii. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. xiii. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. xiv. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. xv. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.3.2 Fungsi Majlis Tadbir Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain Fungsi-Fungsi Pentadbir Tugas Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat Tugas Penolong Bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJARKRS Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ※ Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Tugas Ketua Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau programberkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai Tatacara perkhemahan Perjalanan Program Aspek Keselamatan Tugas Pegawai Teknikal Pegawai Kanan Negeri Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti Menyelia ahli jawatankuasa teknikal Bertanggungjawab dari aspek teknikal Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri Tugas Pegawai Istiadat Pegawai kanan KRS Negeri Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet wanita


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Tugas Pegawai Data / Maklumat Mengumpul data atau maklumat tentang : Pegawai, Jurulatih, Ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet – semua peringkat Mengemaskini data Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet Bertanggungjawab terhadap : (berhubung dengan statistik KRS dan TKRS), Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum JPN Negeri Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal, Pegawai Istiadat, Pegawai HELWA, Tugas Penolong-Penolong Pegawai KRS dan TKRS Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai-pegawai kanan dalam merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri Bertanggungjawab: Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.1.4 Pengurusan dan pentadbiran KRS PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KUASA PENGANJUR STRUKTUR UNIT PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PAKAIAN SERAGAN AHLI DAN PEMIMPIN TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI ANUGERAH DAN PENILAIAN


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN : Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAJAAN. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli. Format Borang Pendaftaran KRS/ TKRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kad Keahlian KRS dan TKRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) KUASA PENGANJUR : Penganjur dibahagi kepada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri – Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah – Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah – Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. - Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya.) Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan padaawal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/ Negari/ Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. - Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. - Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan. Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki. - Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan pemeriksaan. Meyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/ maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masingmasing. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin sekolah atau wakil sekolah.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) : KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PLATUN Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. SEKSYEN Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI : BUKU LOG Buku catatan rasmi Kandungan: fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang anggota KRS Perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS / Jurulatih Jemputan FUNGSI BUKU LOG Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap dan bersifat proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seseorang anggota JENIS BUKU LOG Penulisan Log Pelajaran (Latihan Mingguan) Penulisan Log Harian (Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan) TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Pengurusan Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri. Rujukan/ Kerjaya Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS Kepimpinan Pengalaman dan pelajaran yang dicatat boleh kekal dalam ingatan. Dapat memperbaiki kelemahan/kesilapan. Sebagai rujukan dan panduan.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI : KANDUNGAN BUKU LOG Biodata Penghargaan Pendahuluan Nota Penulisan Jadual Kursus Jadual Penulisan Harian (disertai foto) Penulisan Pelajaran Nota Lagu Nota Pertolongan Cemas Kreativiti Carta/ Rajah Lampiran Autograf Ulasan Penilaian LAPORAN Komponen-komponen yang terdapat di dalam Laporan Tajuk Negeri Daerah Nama persatuan/ kelab Tempat Tarikh Ketua penasihat Bilangan ahli persatuan Bilangan penceramah jemputan Bilangan penasihat Kekuatan aktiviti Kelemahan Cadangan penambahbaikan Senarai nama jurulatih, penceramah Peserta aktiviti yang terkini Gambargambar semasa aktiviti Tandatangan Tarikh


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Memberi nasihat, panduan dan bimbingan. Memastikan keselamatan ahli Menjaga kebajikan ahli Menguruskan dan menyimpan rekod-rekod SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PENGETUA/ GURU BESAR Komandan KRS/TKRS Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS/TKRS Sekolah PENOLONG KANAN KOKURIKULUM Timbalan Komandan KRS/TKRS Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Timbalan Komandan KRS/TKRS Sekolah. PEMIMPIN PEGAWAI PLATUN o wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KRS o setelah mengikuti kursus Pegawai KRS Tahap2dan lulus.


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN KENAIKAN PANGKAT KAPTEN KRS o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. o Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. KENAIKAN PANGKAT MAJOR KRS o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. o Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. o Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri. PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian KRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian Pegawai Pakaian dan peralatan istiadat KRS Pakaian dan peralatan pegawai No. 2 (Bush Jacket) Pakaian dan peralatan istiadat KRS (lelaki)


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian dan peralatan istiadat KRS (Perempuan) Pakaian dan peralatan pegawai lelaki-No 2 (Bush Jacket) )


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian dan peralatan pegawai lelaki-No 2 (Bush Jacket) ) Pakaian dan peralatan pegawai perempuan-No 2 (Bush Jacket) )


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian dan peralatan pegawai perempuan-No 2 (Bush Jacket) )


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian kadet / murid Pakaian dan peralatan kadet No.3 putera Pakaian dan peralatan kadet No.3 puteri


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian dan peralatan kadet No.4 putera


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian dan peralatan kadet No.4 puteri


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Baju T & Seluar Trek Putera


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Baju T & Seluar Trek Puteri


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI PERANCANGAN TAHUNAN Persediaan Untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah Dan Sekolah Perujian Dan Pentauliahan Pangkat Kadet Perkhemahan Rombongan / Program Perdana Perancangan Aktiviti Perjumpaan Mingguan 18 kali perjumpaan Perbincangan guru penasihat Pembinaan modul perjumpaan Penting untuk menarik kadet menyertai perjumpaan CONTOH RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI CONTOH RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI CONTOH RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 02. Kemahiran Perkhemahan 2.1 Kraf Perkhemahan ※ Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. ※ Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan 2.1.0.1 Objektif Perkhemahan ※ Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar. ※ Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. ※ Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. 2.1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar. 2.1.1.1 CIRI-CIRI / KAWASAN KHEMAH ※ Mendapatkan kebenaran dan maklumat ※ Kemudahan asas seperti bekalan air. ※ Kawasan lapang ※ Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan 2.1.1.2 PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH ※ Tanah yang rata (selesa untuk berbaring) ※ Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai ※ Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. ※ Berlawanan dengan arah tiupan angin ※ Mempunyai pandangan persekitaran yang menarik. (seronok, lapang dan terhibur apabila melihatnya) ※ Mempunyai hubungan dengan trek supaya memudahkan kita bergerak semula


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.1.1.3 JENIS-JENIS KHEMAH Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: ※ Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilihat. ※ Frame Tent - Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel - Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan sepertidi sekolah dan sebagainya


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) ※ Dome Tent - Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga - Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian. ※ Bell Tent - Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. - Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”. 2.1.1.4 PENJAGAAN KHEMAH ※ Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul ※ Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. ※ Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. ※ Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. ※ Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkapkan sebelum ia disimpan


Click to View FlipBook Version