MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Pengerusi SIDANG REDAKSI CSL BAHASA MELAYU SPM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
: Dr.Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Timbalan Pengerusi : Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras : Aljanah Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Editor : Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud
Panel Penulis : Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud
Masnah Hida Bedu Haling
SMK Konven St Cecilia, Sandakan
Roziah Ali Hussein
SMK Limbanak, Penampang
Pereka Grafik : Sulaiman Hj. Suhaili
SMK Pengiran Omar II, Sipitang
i
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Salam sejahtera kepada semua pendidik dan calon SPM di
negeri Sabah.
Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan
limpah-Nya, Modul CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan.
Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah dan panel penulis Modul CSL atas komitmen dalam menghasilkan modul yang sangat
bermanfaat ini.
Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa
Melayu SPM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya setiap murid memperoleh keputusan yang
terbaik dalam peperiksaan. Atas keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah
melaksanakan program bersama dengan semua Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah
Sabah pada 9 Jun 2020 yang lalu untuk menghasilkan modul pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam PdP dan mampu memugar kecemerlangan murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Impak daripada program tersebut, tiga modul yang dihasilkan iaitu Modul Mandiri
(calon cemerlang), Modul JUS (calon sederhana) dan Modul Motamim (calon lemah) oleh
panel penulis yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pegawai SISC+, Ketua Bidang Bahasa,
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM akan digunakan
secara maksimum untuk memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu mencatat keputusan
cemelang dalam SPM pada tahun ini.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul CSL Bahasa
Melayu SPM. Saya berharap setiap guru di Sabah dapat memanfaatkan modul ini dalam
PdPc masing-masing. Melalui kesungguhan dan komitmen semua guru Bahasa Melayu,
saya pasti prestasi Bahasa Melayu terus dipacu ke arah kecemerlangan.
Sekian dan selamat maju jaya.
ii
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
SETINTA KATA
Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menggalas
tanggungjawab hakiki dengan penuh dedikasi. Program
Peningkatan Akademik Pengarah bersama Ketua Panitia Bahasa
Melayu Sekolah Menengah pada bulan Jun lepas telah dapat dizahirkan melalui Modul CSL
Bahasa Melayu dapat dihasilkan. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit
Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul CSL atas
inisiatif menghasilkan modul ini.
Dalam peperiksaaan SPM tahun lepas, KPM telah mengetengahkan isu pencapaian murid
yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam alam persekolahan. Salah
satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menjawab dengan baik
soalan peperiksaan Bahasa Melayu sama ada Kertas 1 dan Kertas 2. Murid juga dikenal pasti tidak
menguasai cara memahami teks serta teknik menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian,
untuk membantu murid lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM maka Modul Mandiri
(Calon Cemerlang), Modul JUS (Calon Sederhana) dan Modul Motamim (Calon Lemah)
dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.
Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan latih tubi berfokus
menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya berharap agar pihak yang berkenaan baik guru
mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengan sebaik mungkin demi meningkatkan
prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul CSL Bahasa Melayu
SPM. Modul ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan
seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.
Sekian dan selamat maju jaya.
iii
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
DARI MEJA EDITOR
Pencapaian murid dalam peperiksaan SPM khususnya bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dipertingkat melalui
pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk
memastikan setiap murid mencapai keputusan yang
cemerlang. Malangnya, apabila keputusan diumumkan
bilangan murid yang gagal subjek Bahasa Melayu semakin
membimbangkan. Oleh itu, cetusan idea Dr. Mistirine Radin
(Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) untuk menghasilkan
modul pengajaran untuk meningkatkan pencapaian pelajar
SPM di negeri Sabah wajar dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.
Modul Tawaran Minimum Impak Maksimum (MOTAMIM) yang dihasilkan oleh
panel penulis merupakan modul latih tubi berfokus yang dihasilkan khusus untuk membantu
calon lemah. Modul ini merangkumi soalan Rumusan dan Pemahaman, KOMSAS,
Tatabahasa dan Novel sebagai bahan latih tubi berfokus. Pendekatan pasang siap yang
digunakan dalam modul ini pastinya membantu murid kategori lemah untuk memahami dan
menjawab soalan Kertas 2 dengan penuh keyakinan.
Dari aspek teknikalnya, modul Motamim menepati standard peperiksaan SPM
sebenar kerana modul ini dihasilkan oleh guru berpengalaman sebagai pemeriksa, penggubal
soalan dan jurulatih utama Bahasa Melayu di peringkat negeri dan kebangsaan. Semoga
Modul Motamim memudahkan PdP rakan guru untuk memastikan setiap murid dapat
dibantu dan seterusnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.
Salam hormat.
Sabah Hebat! Katakan Tidak Pada Nombor 16.
Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMk Narinang,Kota Belud
iv
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Sidang Redaksi CSL Bahasa Melayu SPM
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah i
2 Dari Meja Editor ii
iii
3 Sekapur Sirih Seulas Pinang iv
1- 32
4 Setinta Kata
33 – 52
5 Bahagian A:
Rumusan dan Pemahaman 53 – 120
6 Bahagian B: 121 - 155
Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)
7 Bahagian C:
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
8 Bahagian D :
Novel
v
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
BAHAGIAN A : RUMUSAN DAN PEMAHAMAN
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara melahirkan
masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam
masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) cara-cara (Isu) (Salin tugasan kedua-
Rumusan (tukar perkataan Tidak perlu tukar)
membincangkan sinonim)
Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan …………………………………………………………………..
Langkah 1:
Tugasan pelajar: Membaca petikan dengan teliti. Guru minta pelajar membaca dengan
suara yang lantang.
Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang
menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa
meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya
merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk
menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak
untuk melahirkan warganegara yang berhemah tinggi.
Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah
eloknya tradisi masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja
pada setiap masa. Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong
tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan hormat-menghormati di samping
mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara amalan harian yang perlu kita
lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa yang sopan
dan berakhlak mulia.
1
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak
supaya membesar dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini
terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu
mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni kerana
banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan
baik di sekolah atau di rumah. Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh
rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang bertanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi
bahasa itu.
Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran
kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat bercambah tanpa
usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha bersama-sama untuk
mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa. Untuk tujuan itu, kita perlu
ingat-mengingati supaya amalan murni yang kian terhakis itu menjadi amalan pada setiap
masa. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerajaan untuk
menerapkan amalan mulia ini dalam fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia
dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan keperibadian
dan mempamerkan jati diri dan imej Malaysia yang positiif kepada masyarakat antarabangsa.
Langkah kedua:
Guru meminta pelajar menggariskan ISI TERSURAT dengan pen pencerah berdasarkan
nombor.
1.Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang
menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan.
2. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah.
3. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang
meliputi akhlak mulia.
4. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa
dan Nilai Murni.
5.Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak untuk
melahirkan warganegara yang berhemah tinggi.
6. Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula.
2
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
7. Alangkah eloknya tradisi masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-
mana sahaja pada setiap masa.
8.Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong tidak boleh
diabaikan.
9.Amalan ini akan menyemai perasaan hormat-menghormati di samping mengeratkan
hubungan sesama anggota masyarakat.
10.Antara amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu
termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia.
11. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya
membesar dengan akhlak yang terpuji.
12. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing.
13. Pada peringkat sekolah pula, kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah.
14. Satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
15. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di
rumah.
16. Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat.
17. Dengan perkataan lain, setiap orang bertanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi
bahasa itu.
18. Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran kemajuan
bangsa dan negara.
19. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat bercambah tanpa usaha untuk memupuknya.
20. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha bersama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang
berhemah dan berbudi bahasa.
21. Untuk tujuan itu, kita perlu ingat-mengingati supaya amalan murni yang kian terhakis itu
menjadi amalan pada setiap masa.
3
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
22. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerajaan untuk
menerapkan amalan mulia ini dalam fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia
dalam pelbagai lapisan masyarakat.
23. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan keperibadian dan mempamerkan jati diri dan
imej Malaysia yang positiif kepada masyarakat antarabangsa.
Langkah ketiga.
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual
Isi tersurat 2m
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa ialah S1- 2m
2m
Kedua, S2 2m
Ketiga, S3 2m
Selain itu, S4 2m
Seterusnya, S5
Selanjutnya S6
Isi tersirat
Kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat ialah T1 …..dan T2 ……..
Kesimpulan
Elemen 1 -Penanda wacana
Elemen 2 – sasaran /pelbagai pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan
4
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah keempat: Murid menulis rumusan lengkap
Rumusan lengkap:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
[…..jumlah perkataan]
Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda
sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata ukuran kemajuan.
[ 2 markah ]
Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
ukuran standard/piawaian
kemajuan pembangunan/kemodenan
Maksud rangkai kata ukuran kemajuan ialah ……………………………………
5
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
ii. Mengapakah kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
[ 3 markah ]
Tip: Jawapan terdapat dalam petikan:
P1- untuk menyuburkan amalan yang mulia
P2- menyemai perasaan hormat-menghormati
P3- mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat
Jawapan lengkap:
Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni untuk
……………………………………………………………………………. Selain itu, dapat
……………………………………………………………………………………… dan
…………………………………………………………………………………………………..
iii. Pada pandangan anda, jelaskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan kempen
tersebut.
[ 4 markah ]
Tip: Calon perlu memberikan pendapat yang bernas tentang faktor-faktor yang dilakukan
untuk menentukan kejayaan kempen.
Jawapan yang diharapkan daripada calon:
Kata kunci : Faktor-faktor penentu kejayaan kempen
P1 Kerjasama pihak ibu bapa terhadap kempen yang dilaksanakan
P2 Kolaboratif antara pihak media dan agensi yang bertanggungjawab
P3 Sokongan padu pihak NGO terhadap kempen yang dilaksanakan
Jawapan lengkap:
Pada pandangan saya, faktor-faktor yang menentukan kejayaan kempen tersebut
ialah …………………………………………………………………….. Selain itu,
………………………………………………………………. Faktor seterusnya ialah
…………………………………………………………………………………………………..
6
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat
patriotisme. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) cara-cara (Isu) (Salin tugasan kedua-
(tukar perkataan
Rumusan sinonim) Tidak perlu tukar)
membincangkan
Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan …………………………………………………………………..
Langkah 1:
Tugasan pelajar: Membaca petikan dengan teliti. Guru minta pelajar membaca dengan
suara yang lantang.
Patriotisme pada umumnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan
yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam
kalangan remaja kerana semangat itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara
secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme dikatakan semakin menipis dalam
diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih perih seperi yang
dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu. Mereka juga berasa selesa
dengan kehidupan hari ini. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai
melalui sistem pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat
sekolag rendah lagi. Pada masa yang sama, penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran
lain seperti Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat
menyemai semangat tersebut.
Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara, pelbagai
aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan
Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di samping itu, kempen sayangi negara
hendaklah diadakan secara berterusan. Media elektronik seperti televisyen san radio perlu
menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan menayangkan filem-filem yang
berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita. Penyabaran maklumat tentang peristiwa
bersejarah melalui laman sosial perlu dilaksanakan dengan harapan remaja dapat
7
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
menggunakan kreativiti mereka dengan memuat naik peristiwa-peristiwa sejarah secara
interaktif supaya semangat patriotisme dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan bulan
kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan
remaja. Program-program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater
dan drama yang bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak
sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada
golongan sasaran. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya
kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut.
Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan pernana penting
dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama anak-anak
mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-tempat bersejarah tanah air. Akan tetapi,
terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat patriotisme
dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat memupuk semangat patriotisme terjejas.
Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang pada prinsip Kesetiaan
kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara. Penerapan terhadap prinsip ini
diharap dapat melahirkan remaja yang bersemangat patriotisme dalam meniti arus
globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu mempunyai semangat patriotisme dalam
mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara tercinta.
Langkah kedua:
Guru meminta pelajar menggariskan ISI TERSURAT dengan pen pencerah berdasarkan
nombor.
1. Patriotisme pada umumnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan yang
kuat untuk negara.
2. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam kalangan remaja kerana
semangat itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas.
3. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme dikatakan semakin menipis dalam diri remaja
kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih perih seperi yang dialami
pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.
4. Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari ini.
5. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem pendidikan
khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolag rendah lagi.
8
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
6. Pada masa yang sama, penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain seperti
Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat menyemai
semangat tersebut.
7. Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara, pelbagai
aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan
Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia.
8. Di samping itu, kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan.
9. Media elektronik seperti televisyen dan radio perlu menyiarkan dokumentari tentang
pejuang kemerdekaan dan menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa
bersejarah negara kita.
10. Penyebaran maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial perlu
dilaksanakan dengan harapan remaja dapat menggunakan kreativiti mereka dengan memuat
naik peristiwa-peristiwa sejarah secara interaktif supaya semangat patriotisme dapat
diterapkan.
11. Selain itu, program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
12. Program-program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater dan
drama yang bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak sekolah
dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan
sasaran.
13. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana
kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut.
14. Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan pernana penting
dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak.
15. Misalnya, ibu bapa bersama anak-anak mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat
tempat-tempat bersejarah tanah air.
16. Akan tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan
semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat memupuk
semangat patriotisme terjejas.
17. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang pada prinsip Kesetiaan
kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara.
9
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
18. Penerapan terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan remaja yang bersemangat
patriotisme dalam meniti arus globalisasi.
18. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu mempunyai semangat patriotisme dalam
mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara tercinta.
Langkah ketiga.
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual
Isi tersurat
Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja ialah S1….. 2m
2m
Kedua, S2. 2m
2m
Ketiga, S3 2m
2m
Selain itu, S4
Seterusnya, S5
Selanjutnya S6
Isi tersirat
Kepentingan memupuk semangat patriotisme ialah………..T1 dan T2……………………..
Kesimpulan
Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan
10
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah keempat: Murid menulis rumusan lengkap
Rumusan lengkap:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
[…..jumlah perkataan]
Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda
sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata golongan sasaran.
[ 2 markah ]
Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
golongan kumpulan/ kelompok
sasaran dihasratkan/ ditetapkan/ diharapkan
Maksud rangkai kata golongan sasaran ialah ………………………………………
11
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
(ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan semangat patriotisme
semakin menipis dalam kalangan remaja.
Apakah faktor-faktor tersebut? [ 3 markah ]
Tip: Jawapan terdapat dalam petikan:
Faktor-faktor
P1- generasi pascamerdeka tidak pernah merasai jerih perih seperti yang dialami
pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.
P2- mereka berasa selesa dengan kehidupan hari ini.
P3-kurangnya penghayatan golongan remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan.
P4- ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat patriotisme
dalam jiwa anak-anak mereka.
Jawapan lengkap:
Antara faktor tersebut ialah …………………………………………………
Selain itu, ………………………………………………………………………. Di
samping itu, ………………………………………………………….. Faktor seterusnya
ialah ………………………………………………………………………..
(iii) Pejuang-pejuang kemerdekaan telah berjaya menanamkan semangat patriotisme
dalam jiwa rakyat Malaysia sehingga kini.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa-jasa
mereka kekal subur dalam jiwa generasi akan datang?
[ 4 markah ]
Tip: Calon perlu memberikan pendapat yang bernas tentang perkara-perkara yang
dapat dilakukan agar jasa-jasa mereka kekal dalam jiwa generasi akan datang
Jawapan yang diharapkan daripada calon:
Kata kunci : Perkara-perkara yang dapat dilakukan
P1 Pengkaryaan/ pengkisahan/ karya biografi berkaitan tokoh/ pejuang
P2 Pameran berkaitan tokoh/ pejuang.
P3 Membina galeri khas berkaitan tokoh/pejuang.
12
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
P4 Filem/ drama bangsawan berkaitan perjuangan tokoh.
P5 Pertandingan mencipta karya lagu/ muzik berkaitan tokoh/ pejuang
P6 Membina tugu peringatan/ tanda kenangan berkaitan tokoh / pejuang
P7 Menamakan jalan-jalan / bangunan-bangunan dengan nama tokoh /
pejuang.
Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa-jasa mereka
kekal subur dalam jiwa generasi akan datang ialah
………………………………………………………………….. Selain itu,
………………………………………………………. Di samping itu,
………………………………………………………………….. Tindakan seterusnya ialah
………………………………………………………………………………….. dan juga
…………………………………………………………………………………………………..
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat
dalam penggunaan air. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) (Isu)
punca-punca (Salin tugasan kedua-
(tukar perkataan Tidak perlu tukar)
sinonim)
Rumusan
membincangkan
Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan ……………………………………………………………………
13
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah 1:
Tugasan pelajar: Membaca petikan dengan teliti. Guru minta pelajar membaca dengan
suara yang lantang.
Air merupakan sumber yang penting untuk kelestarian dan kelangsungan kehidupan.
Air diperoleh secara semula jadi daripada pelbagai sumber dan sungai merupakan sumber air
yang utama di negara ini. Negara kita mempunyai lebih daripada 150 batang sungai yang
menjadi sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun, Malaysia terdedah kepada risiko
kekurangan bekalan air jika sumber air tersebut tidak dijaga dan diurus dengan baik. Oleh itu,
pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air sangat perlu diberikan perhatian bagi menjamin
bekalan air yang mencukupi.
Peningkatan permintaan air oleh pengguna akibat pertambahan bilangan penduduk
menyebabakan berlakunya penyusutan bekalan air. Krisis air juga berlaku disebabkan oleh
sikap pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan 380 liter air sehari,
iaitu melebihi keperluan biasa yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) sebanyak 50 liter sehari. Keadaan ini berlaku kerana sikap sebahagian rakyat Malaysia
yang tidak menghargai air sehingga melakukan pembaziran. Sumber bekalan air negara juga
terjejas disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang. Hal ini demikian kerana aktiviti
pembalakan dan perancangan bandar tidak diurus dengan baik. Sehubungan dengan itu,
semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu
pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang itu.
Malaysia juga pernah dilanda beberapa episod krisis air kesan daripada perubahan
iklim, misalnya fenomena El Nino yang telah menyebabkan berlakunya kemarau panjang.
Pada masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber air yang semakin susut.
Selain itu, pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri ke sungai-sungai telah menyebabkan
air tercemar. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk di negara ini, terutamanya
bagi penduduk yang menjadikan sungai sebagai sumber air. Di samping itu, kewujudan tapak
pelupusan sampah berhampiran sungai yang menghasilkan air licik telah mencemarkan air
sehingga menyebabkan berkurangnya sumber bekalan air bersih. Keadaan yang berlaku ini
menunjukkan kualiti air sungai semakin merosot.
Selain faktor-faktor di atas, masalah kecurian air juga menjadi salah satu sebab
berlakunya krisis air. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi
mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan
urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu. Sesungguhnya, masa depan dan nasib
sumber air negara terletak di tangan kerajaan dan rakyat.
14
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah kedua:
Guru meminta pelajar menggariskan ISI TERSURAT dengan pen pencerah berdasarkan
nombor.
1. Air merupakan sumber yang penting untuk kelestarian dan kelangsungan kehidupan.
2. Air diperoleh secara semula jadi daripada pelbagai sumber dan sungai merupakan sumber
air yang utama di negara ini.
3. Negara kita mempunyai lebih daripada 150 batang sungai yang menjadi sumber air mentah
utama.
4. Walau bagaimanapun, Malaysia terdedah kepada risiko kekurangan bekalan air jika
sumber air tersebut tidak dijaga dan diurus dengan baik.
5. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air sangat perlu diberikan perhatian bagi
menjamin bekalan air yang mencukupi.
6. Peningkatan permintaan air oleh pengguna akibat pertambahan bilangan penduduk
menyebabakan berlakunya penyusutan bekalan air.
7. Krisis air juga berlaku disebabkan oleh sikap pengguna yang sering menggunakan air secara
berlebihan.
8. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan
380 liter air sehari, iaitu melebihi keperluan biasa yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 50 liter sehari.
9. Keadaan ini berlaku kerana sikap sebahagian rakyat Malaysia yang tidak menghargai air
sehingga melakukan pembaziran.
10. Sumber bekalan air negara juga terjejas disebabkan oleh pembangunan yang tidak
terancang. Hal ini demikian kerana aktiviti pembalakan dan perancangan bandar tidak diurus
dengan baik.
11. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif
untuk menangani isu pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang itu.
12. Malaysia juga pernah dilanda beberapa episod krisis air kesan daripada perubahan iklim,
misalnya fenomena El Nino yang telah menyebabkan berlakunya kemarau panjang.
13. Pada masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber air yang semakin
susut. Selain itu, pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri ke sungai-sungai telah
15
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
menyebabkan air tercemar. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk di negara
ini, terutamanya bagi penduduk yang menjadikan sungai sebagai sumber air.
14. Di samping itu, kewujudan tapak pelupusan sampah berhampiran sungai yang
menghasilkan air licik telah mencemarkan air sehingga menyebabkan berkurangnya sumber
bekalan air bersih.
15. Keadaan yang berlaku ini menunjukkan kualiti air sungai semakin merosot.
16. Selain faktor-faktor di atas, masalah kecurian air juga menjadi salah satu sebab berlakunya
krisis air.
17. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi mewujudkan satu dasar
yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan urus tadbir sumber air yang
baik dan bersepadu.
18. Sesungguhnya, masa depan dan nasib sumber air negara terletak di tangan kerajaan dan
rakyat.
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual
Isi tersurat
Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih ialah S1………………………………….. 2m
Kedua, S2. 2m
Ketiga, S3 2m
Selain itu, S4 2m
Seterusnya, S5 2m
Selanjutnya S6 2m
Isi tersirat
Cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air ialah…….T1
dan T2……….
16
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Kesimpulan
Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan
Langkah keempat: Murid menulis rumusan lengkap
Rumusan lengkap:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[…..jumlah perkataan
17
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat
anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan.
[ 2 markah]
Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
menimbulkan menyebabkan/mendatangkan/mengakibatkan
kesulitan kepayahan/ kesukaran/masalah
Maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan ialah …………………………………..
ii) Dalam petikan terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah kekurangan
air bersih.
Apakah langkah-langkah tersebut.
[ 3 markah ]
P1-Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.
P2-Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk
P3-menangani isu pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang.
P4-Mencatu bekalan air.
P5-Mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam
melaksanakan urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu.
Jawapan lengkap:
Antara langkah untuk mengatasi masalah kekurangan air bersih
ialah…………………………………………………………………………Selain itu,
…………………………………… …..Di samping itu,………………………………
Selanjutnya,……………………………………………………………… Seterusnya,
…………………………………………………………………………………………..
18
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
iii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air.
Huraikan pendapat anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis tersebut.
[4 markah]
Cara berkesan menangani krisis (Fokus kepada pihak kerajaan)
P1- Membina lebih banyak empangan.
P2- Berkongsi bekalan air antara negeri.
P3- Mencari sumber air alternatif/ penyulingan air laut.
P4- Mengimport air bersih.
P5- Dasar pengagihan bekalan air.
Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, cara yang berkesan bagi menangani krisis air ialah
……………………………………………………… Selain itu,
…………………………………………………………………. Di samping itu,
…………………………………………. Tindakan seterusnya ialah
…………………………………………………………… Krisis air juga dapat diatasi
melalui ………………………………………………………………………..
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid
mempelajari KOMSAS. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) faedah-faedah (Isu) (Salin tugasan kedua-
Rumusan (tukar perkataan Tidak perlu tukar)
membincangkan sinonim)
Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan ……………………………………………………………………
19
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah 1:
Tugasan pelajar: Membaca petikan dengan teliti. Guru minta pelajar membaca dengan
suara yang lantang.
Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu di
semua sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memilih beberapa buah karya sastera untuk dijadikan teks yang wajib
dipelajari dan ditaksir dalam peperiksaan awam. Pemilihan karya sastera tersebut
merangkumi semua genre utama yang mencakupi pelbagai tema. Langkah tersebut
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Hal ini telah menjadikan proses
pendidikan Bahasa Melayu tidak lagi hanya berfokus kepada penulisan karangan, tatabahasa
dan pemahaman semata-mata.
KOMSAS yang diajarkan juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan
murid. Murid dapat menikmati keseronokan dunia pembacaan apabila mereka dapat
menghayati pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang tanah air. Melalui
pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan,
perwatakan, gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya mampu
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Berbanding dengan penulisan yang
berbentuk fakta dan ilmiah, penulisan karya sastera lebih menarik kerana digarap melalui
penggunaan gaya bahasa yang puitis dan kosa kata yang pelbagai. Secara tidak langsung,
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan
dan pertuturan. Di samping itu, pembelajaran KOMSAS dapat membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengambil kira aspek
penceritaan atau jalan cerita tetapi juga berdasarkan gaya bahasa yang menarik. Selain itu,
nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan turut diambil kira. Pertimbangan tersebut
sangat penting agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS di dalam kelas dapat
memberikan banyak pengajaran kepada murid. Karya yang dipilih itu pula tidak terhad
kepada karya-karya moden seperti novel, cerpen dan sajak malah KOMSAS turut
mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa seperti prosa tradisional serta puisi
seperti pantun, gurindam dan syair. Dengan mendalami dan mengapresiasi karya-karya
sastera tradisional tersebut, murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan
warisan bangsa. Sebagai usaha positif untuk menyemarakkan penghayatan KOMSAS, pihak
KPM sentiasa menukar teks KOMSAS yang digunakan dalam tempoh tertentu. Perubahan
tersebut dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai penulis agar karya mereka
diterbitkan dan seterusnya dikaji oleh murid-murid.
20
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh tahun
itu dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi. Namun begitu, pihak KPM
perlu melaksanakan kajian semula secara holistik supaya pembelajaran KOMSAS dapat
memberikan impak yang lebih menyeluruh. Kajian ini perlu dilakukan agar matlamat
pembelajaran KOMSAS dapat dicapai dengan baik.
Langkah kedua:
Guru meminta pelajar menggariskan ISI TERSURAT dengan pen pencerah berdasarkan
nombor.
1. Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu di semua
sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memilih beberapa buah karya sastera
untuk dijadikan teks yang wajib dipelajari dan ditaksir dalam peperiksaan awam.
3. Pemilihan karya sastera tersebut merangkumi semua genre utama yang mencakupi
pelbagai tema. Langkah tersebut menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
4. Hal ini telah menjadikan proses pendidikan Bahasa Melayu tidak lagi hanya berfokus
kepada penulisan karangan, tatabahasa dan pemahaman semata-mata.
5. KOMSAS yang diajarkan juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan
murid.
6. Murid dapat menikmati keseronokan dunia pembacaan apabila mereka dapat menghayati
pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang-pengarang tanah air.
7. Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema,
persoalan, perwatakan, gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya
mampu melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera.
8. Berbanding dengan penulisan yang berbentuk fakta dan ilmiah, penulisan karya sastera
lebih menarik kerana digarap melalui penggunaan gaya bahasa yang puitis dan kosa kata yang
pelbagai.
9. Secara tidak langsung, murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata yang boleh
digunakan dalam penulisan dan pertuturan.
10. Di samping itu, pembelajaran KOMSAS dapat membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
21
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
11. Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengambil kira aspek
penceritaan atau jalan cerita tetapi juga berdasarkan gaya bahasa yang menarik.
12. Selain itu, nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan turut diambil kira.
13. Pertimbangan tersebut sangat penting agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS
di dalam kelas dapat memberikan banyak pengajaran kepada murid.
14. Karya yang dipilih itu pula tidak terhad kepada karya-karya moden seperti novel, cerpen
dan sajak malah KOMSAS turut mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa
seperti prosa tradisional serta puisi seperti pantun, gurindam dan syair.
15. Dengan mendalami dan mengapresiasi karya-karya sastera tradisional tersebut, murid
menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
16. Sebagai usaha positif untuk menyemarakkan penghayatan KOMSAS, pihak KPM
sentiasa menukar teks KOMSAS yang digunakan dalam tempoh tertentu.
17. Perubahan tersebut dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai penulis agar
karya mereka diterbitkan dan seterusnya dikaji oleh murid-murid.
18. Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh tahun itu
dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi.
19. Namun begitu, pihak KPM perlu melaksanakan kajian semula secara holistik supaya
pembelajaran KOMSAS dapat memberikan impak yang lebih menyeluruh.
20. Kajian ini perlu dilakukan agar matlamat pembelajaran KOMSAS dapat dicapai dengan
baik.
22
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual
Isi tersurat
Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) ialah S1….. 2m
2m
Kedua, S2. 2m
2m
Ketiga, S3 2m
2m
Selain itu, S4
Seterusnya, S5
Selanjutnya S6
Isi tersirat
Cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS ialah…….T1 dan
T2……….
Kesimpulan
Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan
23
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah keempat: Murid menulis rumusan lengkap
Rumusan lengkap:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[…..jumlah perkataan]
Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat
anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata menikmati keseronokan.
[ 2 markah ]
Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
menikmati merasai / mengecapi/ memperoleh
keseronokan kegembiraan/ keriangan/ kegirangan
Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah ……………………………….
24
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa pelbagai pertimbangan diambil kira
semasa memilih karya sastera untuk dijadikan teks KOMSAS.
Nyatakan pertimbangan-pertimbangan tersebut.
[ 3 markah ]
Pertimbangan-pertimbangan:
P1- mencakupi pelbagai tema.
P2- mengambil kira teknik penceritaan/ jalan cerita.
P3- mengambil kira gaya Bahasa yang menarik.
P4- nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan diambiil kira.
Jawapan lengkap:
Antara pertimbangan yang diambil kira semasa memilih karya sastera untuk
dijadikan teks KOMSAS ialah …………………………………………… Pertimbangan
seterusnya ialah ……………………………………………………….
Selain itu, ………………………………………………………….. Di samping
itu,……………………………………………………………………………………….
iii) Negara kita masih memerlukan ramai penulis yang berminat untuk menghasilkan
karya sastera.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai
hasrat tersebut.
[4 markah]
Langkah-langkah
P1- Mengadakan kursus/ bengkel/seminar penulisan karya sastera.
P2- Mengadakan pertandingan penulisan karya sastera.
P3- Menyediakan pelbagai anugerah kepada pengarang/ penulis
P4- Menubuhkan sebuah pusat/ akademi pengarang/ penulis /fakulti sastera di
universiti
P5- Tokoh sasterawan memberikan bimbingan/ tunjuk ajar kepada pengarang/penulis
muda.
P6-Menyediakan skim khas /ganjaran bersesuaian untuk pengarang/penulis.
P7-Menyediakan peluang kerjaya yang luas kepada mereka yang mengambil kursus-
kursus berkaitan sastera.
25
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melahirkan
ramai penulis yang menghasilkan karya sastera
ialah……………………………………………………………………… Selain itu,
…………………………………………………….. Di samping itu,
……………………………………………………………………… Seterusnya,
…………………………………………… Selanjutnya, ………………………………
Langkah yang lain ialah ……………………………………………………………….
Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif
dalam PIBG. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4
(Klausa mula ) peranan-peranan (Isu) (Salin tugasan kedua-
Rumusan (tukar perkataan Tidak perlu tukar)
membincangkan sinonim)
Pendahuluan lengkap
Rumusan membincangkan ……………………………………………………………………
Langkah 1:
Tugasan pelajar: Membaca petikan dengan teliti. Guru minta pelajar membaca dengan
suara yang lantang.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah entity utama sesebuah sekolah dan asas
penubuhannya termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Objektif penubuhan PIBG perlulah
mendukung visi yang selari dengan dasar-dasar negara seperti Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, PIBG
berfungsi sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi maklumat melalui pelbagai
medium. Namun demikian, penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih
rendah.
26
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahliannya hendaklah terdiri daripada
guru sekolah tersebut dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah itu. Pihak PIBG
perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru
yang mengajar anak mereka untuk menjalinkan ukhuwah antara kedua-dua pihak.
Seterusnya, PIBG juga dapat merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebajikan anak-
anak mereka. Mereka dapat berjumpa dan bertanya khabar semasa perjumpaan Mesyuarat
Agung PIBG dan program gotong-royong yang diadakan pada setiap tahun. Di samping itu,
PIBG juga boleh menjadi perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah. Misalnya, PIBG
dijadikan platform oleh pihak luar untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang memberikan
faedah kepada sekolah. Selain itu, pihak PIBG juga boleh membantu untuk menyelesaikan
masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindkaan segelintir guru.
Selari dengan perlembagaannya, PIBG boleh bertindak untuk melengkapkan
prasarana fizikal sekolah seperti penyediaan akses jalur lebar, perpustakaan yang lengkap dan
kemudahan sukan yang berkualiti. Bagi meningkatkan pencapaian akademik pula. PIBG
boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk menambahkan sumber kewangan yang dapat
memberikan manfaat kepada warga sekolah. Dalam hal ini, PIBG perlu merancang dan
melaksanakan pelbagai program seperti aktiviti amal dan mendapatkan sumbangan daripada
pihak tertentu. Malah, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu
program yang dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri secara langsung dalam
semua program. PIBG juga boleh bertindak sebagai penganjur aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dengan mengadakan hari kerjaya, forum perdana dan pemeriksaan
kesihatan. Namun demikian, terdapat sesetengah ahli PIBG, khususnya ibu bapa tidak
memberikan kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.
Sesungguhnya, PIBG dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan mengambil langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatic. Hal ini demikian kerana kejayaan dalam membangunkan
modal insan bukan hanya terletak pada bahu pihak sekolah mahupun pihak kerajaan tetapi
turut didukung oleh ibu bapa. Oleh itu, usahlah kita memandang enteng akan kewibawaan
PIBG.
27
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Langkah kedua:
Guru meminta pelajar menggariskan ISI TERSURAT dengan pen pencerah berdasarkan
nombor.
1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah entiti utama sesebuah sekolah dan asas
penubuhannya termaktub dalam Akta Pendidikan 1961.
2. Objektif penubuhan PIBG perlulah mendukung visi yang selari dengan dasar-dasar negara
seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
3. Sehubungan dengan itu, PIBG berfungsi sebagai wahana yang membolehkan ahli
berkongsi maklumat melalui pelbagai medium.
4. Namun demikian, penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.
5. Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahliannya hendaklah terdiri daripada guru
sekolah tersebut dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah itu.
6. Pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan
guru-guru yang mengajar anak mereka untuk menjalinkan ukhuwah antara kedua-dua pihak.
7. Seterusnya, PIBG juga dapat merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebajikan anak-
anak mereka.
8. Mereka dapat berjumpa dan bertanya khabar semasa perjumpaan Mesyuarat Agung PIBG
dan program gotong-royong yang diadakan pada setiap tahun.
9. Di samping itu, PIBG juga boleh menjadi perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah.
10. Misalnya, PIBG dijadikan platform oleh pihak luar untuk melaksanakan sebarang aktiviti
yang memberikan faedah kepada sekolah.
11. Selain itu, pihak PIBG juga boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang
tidak berpuas hati dengan tindkaan segelintir guru.
12. Selari dengan perlembagaannya, PIBG boleh bertindak untuk melengkapkan prasarana
fizikal sekolah seperti penyediaan akses jalur lebar, perpustakaan yang lengkap dan
kemudahan sukan yang berkualiti.
13. Bagi meningkatkan pencapaian akademik pula. PIBG boleh menubuhkan tabung
pendidikan untuk menambahkan sumber kewangan yang dapat memberikan manfaat kepada
warga sekolah.
28
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
14. Dalam hal ini, PIBG perlu merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti aktiviti
amal dan mendapatkan sumbangan daripada pihak tertentu.
15. Malah, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang
dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri secara langsung dalam semua program.
16. PIBG juga boleh bertindak sebagai penganjur aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan
mengadakan hari kerjaya, forum perdana dan pemeriksaan kesihatan.
17. Namun demikian, terdapat sesetengah ahli PIBG, khususnya ibu bapa tidak memberikan
kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.
18. Sesungguhnya, PIBG dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan mengambil langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik.
19. Hal ini demikian kerana kejayaan dalam membangunkan modal insan bukan hanya
terletak pada bahu pihak sekolah mahupun pihak kerajaan tetapi turut didukung oleh ibu
bapa.
20. Oleh itu, usahlah kita memandang enteng akan kewibawaan PIBG.
Langkah 3
Guru meminta pelajar menulis semula ISI TERSURAT dalam jadual
Isi tersurat
Peranan-peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah S1….. 2m
2m
Kedua, S2. 2m
2m
Ketiga, S3 2m
2m
Selain itu, S4
Seterusnya, S5
Selanjutnya S6
Isi tersirat
Cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG ialah…….T1 dan T2……….
29
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Kesimpulan
Elemen 1 -Penanda wacana Kesimpulannya,
Elemen 2 – sasaran /pelbagai
pihak
Elemen 3- kata bantu
Elemen 4 – tema/isu
Elemen 5 – kata hubung
Elemen 6 - harapan
Langkah keempat: Murid menulis rumusan lengkap
Rumusan lengkap:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[…..jumlah perkataan]
30
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Soalan 2(a) – Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat
anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata memandang enteng.
[ 2 markah ]
Rangkai kata Cari padanan kata yang sesuai
memandang mengambil/menganggap
enteng mudah/ ringan/ tidak penting/ sepi/ sambalewa
Maksud rangkai kata memandang enteng ialah …………………………………….
ii) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh PIBG.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[ 3 markah ]
Masalah-masalah:
P1- penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.
P2- sesetengah ahli PIBG khususnya ibu bapa, tidak memberikan kerjasama.
Jawapan lengkap:
Antara masalah yang dihadapi oleh PIBG ialah …………………………….
Selain itu,……………………………………………………………………………….
31
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
iii) Kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG amat penting kerana di situlah wadah
terbaik untuk berbincang tentang kecemerlangan anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kehadiran ibu
bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG?
[4 markah]
Langkah-langkah:
P1- memberikan elaun kehadiran.
P2- menyediakan jamuan.
P3- lokasi mesyuarat yang menarik.
P4- mengundang perasmi yang popular.
P5- mengadakan cabutan bertuah/ hadiah/ buah tangan
P6- menyediakan pengangkutan percuma.
P7- menghantar surat jemputan awal/ promosi besar-besaran.
P8- pemilihan hari/ masa mesyuarat yang sesuai.
P9- menggabungkan mesyuarat PIBG dengan program lain di sekolah.
Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk meningkatkan kehadiran ibu bapa
dalam Mesyuarat Agung PIBG ialah ……………………………………… Selain itu,
………………………………………………………… Selain itu,
……………………………………………………………….. Langkah seterusnya ialah
……………… Di samping itu, …………………………………………… Selanjutnya,
……………………………………………………………. Seterusnya,
…………………………………………………………………………………………
32
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
BAHAGIAN B:
KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU (KOMSAS)
Praktis 1
Cerpen : Cinta Ahmad Mutawakkil
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan.
Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar
- perkara yang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir
yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang
maut. Ahmad Mutawakkil - malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953 - dek luka yang parah
melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Deraman.
Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh
melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam
keadaan dia mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya - bekas tusukan
peluru.Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil.
Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim
Deraman Sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi
nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.
Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan
sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih – mengupah beratus-ratus
orang buruh, termasuk kami sendiri – meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah
anak- anak getah.
i Nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkan
petikan.
[2 markah]
- terdapat luka besar di belakang bahunya iaitu tusukan peluru.
- darah mengalir terlalu banyak.
- dia terkulai lalu pengsan.
33
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Lengkapkan jawapan anda:
Keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkan petikan
ialah ................................................................................. Darah Ahmad
Mutawakkil mengalir ............................................. dan .......................................
ii Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasa
berjuang menuntut kemerdekaan negara?
[3 markah]
▪ sentiasa terdedah kepada bahaya dibunuh penjajah.
▪ tidak dapat sokongan keluarga dan masyarakat.
▪ alat untuk menyebarkan idea kemerdekaan seperti surat khabar disekat.
Lengkapkan jawapan anda:
Pada pendapat saya, cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasa berjuang
menuntut kemerdekaan negara ialah .......................................................................
Selain itu, ..............................................................................................................
Di samping itu, ......................................................................................................
iii Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan
cerpen.
[4 markah]
Persoalan dalam petikan
Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang.
- Buktinya, Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa demi negara.
Persoalan dalam keseluruhan petikan
Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
- Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir
dengan cara bekerja dengan orang putih
Lengkapkan jawapan anda:
Satu persoalan daripada petikan ialah persoalan ………………………………………
Contohnya………………………………………………………………………………..
Manakala, satu persoalan daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan
……………………………………………………………………………….
Contohnya,………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
34
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 2
Drama : Berkhidmat untuk Negara
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan.Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman,ayam
masak pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu
Cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak
tunggu Kak Dapnia balik. Saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
baritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru
dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa
sibuk saja. Macamlah esok nak kiamat.
NEK SINAH: Tak baik cakap begiti. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
i. Siapakan Nek Sinah berdasarkan petikan yang telah diberi? [2 markah]
▪ Orang gaji kepada keluarga Aiman
Lengkapkan jawapan:
Nek Sinah berdasarkan petikan ialah ........................................................
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan?
[3 markah]
▪ melakukan aktiviti riadah bersama-sama
▪ ibu bapa sentiasa mendengar luahan hati anak-anak
▪ makan bersama-sama
▪ berkomunikasi dengan baik
Lengkapkan jawapan:
Pada pendapat saya, cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan ialah .................................................................. Selain itu,
..........................................................................................................................................
Di samping itu, .................................................................................................................
Seterusnya, .......................................................................................................................
35
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
iii. Nyatakan satu nilai murni berdasarkan petikan drama dan satu nilai murni
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]
▪ Berdasarkan petikan:
Nilai tanggungjawab
Contohnya, Nek Sinah bertanggungjawab menjaga makan minum keluarga Aiman
▪ Berdasarkan keseluruhan drama
Nilai kesabaran:
Contohnya,Nek Sinah tetap bersabar dengan karenah Aiman yang tidak menghormatinya
kerana berkerja sebagai orang gaji di rumahnya
Lengkapkan jawapan:
Nilai murni yang terdapat dalam petikan drama ialah ................................. Contohnya,
..........................................................................................................................................
Manakala, nilai murni berdasarkan keseluruhan drama ialah nilai.....................Contohnya,
..........................................................................................................................................
Praktis 3:
Prosa Tradisional: Kepimpinan Melalui Teladan
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka
Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.
Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di
luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada
segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma
Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala
hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka
Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah
gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya,
sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
36
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
i. Berikan maksud penjurit besar lagi kepetangan?
[ 2 markah]
▪ perajurit / askar yang handal dan cerdik
Lengkapkan jawapan:
Maksud penjurit besar lagi kepetangan ialah……………………………………………
ii. Nyatakan strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal pasti
Laksamana. [3 markah]
▪ belayar ke Melaka
▪ menyamar sebagai orang Jawa di Melaka
▪ menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya
▪ mengikut Patih Kerma Wijaya menghadap Ratu Melaka
Lengkapkan jawapan:
Strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal pasti Laksamana
ialah ……………………………………………… Selain itu, ………………………………
Di samping itu, ……………………………………… Seterusnya, …………………………
iii Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari menyamar diri ketika berada di Melaka?
[3 markah]
▪ tidak mahu identiti dirinya terbongkar
▪ dia bebas bergerak di Melaka
▪ mudah mendapat bantuan serta kerjasama daripada masyarakat setempat
▪ menjamin keselamatan dirinya
Lengkapkan jawapan:
Pada pendapat saya, tujuan Kertala Sari menyamar diri Ketika berada di Melaka ialah
ialah …………………………………………… Selain itu, ……………………………….
Tujuan seterusnya ialah ……………………………………………………………. dan
dapat ………………………………………………………………………………………….
37
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 4:
Prosa Tradisional: Kepimpinan Melalui Teladan
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah
rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali
pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian
tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri
ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari
orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang
kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang
kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
i Berikan maksud rangkai kata beroleh harta.
[2 markah]
▪ mendapat kekayaan
Maksud rangkai kata beroleh harta ialah …………………………………………………….
ii Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?
[3 markah]
▪ menyuruh orang-orangnya memberitahu orang kaya-kaya dan saudagar supaya
berkawal pada kampungnya
▪ berkawal dengan lembing dan perisai yang banyak
▪ segala saudagar diarahkan berkawal pada kampungnya
38
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Lengkapkan jawapan:
Reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan ialah
……………………………………………………………………………….. Selain itu,
………………………………………………………………………. Tindakan seterusnya
ialah …………………………………………………………………………………………..
iii Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]
▪ kurang didikan/pegangan agama yang lemah
▪ pengaruh daripada rakan/media massa
▪ kesempitan hidup/kemiskinan
▪ suka mengamalkan cara hidup mewah tetapi kurang berkemampuan
Lengkapkan jawapan:
Pada pendapat saya, faktor seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain kerana
…………………………………………………………………………………… Selain itu,
……………………………………………………… Faktor yang seterusnya ialah
…………………………………………………………………. . Di samping itu,
sikap………………………………………………………………………………………..
juga merupakan faktor seseorang itu tergamak mencuri.
39
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 5 Prosa Tradisional: Kepimpinan Melalui Teladan
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya,tuanku, adapun penjurit yang datang
ini bukan barang-barang penjurit,lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik
hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah
Laksamana?. Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Maka sembah Laksamana, Pada firasat patik, pada malam ini datang pula penjurit itu
ke istana kita ini?”
Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiadaberoleh masuk ke istana ini?
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku,ada suatu perbuatan;hikmat itu daripada
penjurit yang tahu patik beroleh.”
Maka tintah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmati itu.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik berkawal,
tiada jauh.”
Maka baginda bertitah, “Baiklah.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka
dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu
pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
(i) Berikan maksud cuba bermain.
[2 markah]
Tip: Calon wajib alihkan laras bahasa klasik ke dalam laras bahasa biasa dengan cara meneliti
konteks frasa dalam ayat.
40
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya,tuanku, adapun penjurit yang datang ini
bukan barang-barang penjurit,lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik
hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Laras bahasa klasik Cari padanan kata yang sesuai
Cuba mahu/ menguji
bermain bercanda/bertarung
Lengkapkan jawapan:
Maksud cuba bermain ialah ........................................................................................
(ii) Berdasarkan petikan, apakah tindakan yang diambil oleh Laksamana untuk menghalang
Kertala Sari masuk ke istana?
Laras bahasa klasik Laras bahasa biasa
Maka sembah Laksamana, “Daulat Laksamana menggunakan ilmu persilatan
yang dipelajarinya daripada seorang
tuanku,ada suatu perbuatan;hikmat itu mahaguru.
daripada penjurit yang tahu patik
beroleh.”
Maka Laksamana pun menyuruh Laksamana mengarahkan untuk
membawa segala senjata yang banyak- membawa semua senjata, lembing dan
banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. kayu.
Maka diatur oleh Laksamana berkeliling Laksamana menggunakan hikmat untuk
istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, menggerakkan senjata yang diatur agar
radak-meradak dan tetak-menetak sama radak-meradak dan tetak-menetak. kayu
sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, pula palu-memalu sehingga menyebabkan
terlalu gemuruh bunyinya keadaan menjadi bising.
Lengkapkan jawapan:
Tindakan yang diambil oleh Laksamana untuk menghalang Kertala Sari masuk ke istana
ialah............................................................................................... Selain
itu,......................................................................................................................................
...................................................................Tindakan Laksamana yang seterusnya
ialah..............................................................................................................................
41
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
(iii) Sekiranya anda raja, bagaimanakah anda membalas jasa Laksamana yang berjaya
menewaskan musuh negara?
[3 markah]
Tindakan raja untuk membalas jasa Laksamana.
[Fikirkan cara yang positif]
P1 Memberikan ganjaran berupa harta
P2 Menganugerahkan jawatan
Lengkapkan jawapan:
Sekiranya saya raja, cara saya untuk membalas Laksamana yang berjaya menewaskan
musuh negara ialah ........................................................................................ . Selain itu,
..........................................................................................................................................
Praktis 7
Puisi Tradisional
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
( Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
42
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
i. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?
[2 markah]
▪ tidak muncul keinginan yang tidak baik
▪ menghindari diri daripada berita yang tidak sahih
▪ tidak berperangai yang tidak senonoh
Lengkapkan jawapan:
Kita perlu memelihara anggota diri supaya ……………………………………………. . Selain
itu, kita dapat………………………………………………………………Di samping itu, kita
………………………………………………………………………………………………………
ii. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah
kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh
mempengaruhi minda pembacanya.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima
sesuatu berita yang diragui kebenarannya?
[3 markah]
▪ bertanya kepada badan yang bertanggungjawab
▪ melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
▪ mengabaikan berita
Lengkapkan jawapan:
Pada pendapat saya, tindakan yang saya ambil sekiranya saya menerima sesuatu berita yang
diragui kebenarannya ialah …………………………………………………………… Selain itu,
saya juga ……………………………………………………………… Saya juga akan
………………………………………………………………………………………………………
43
MODUL MOTAMIM BM SPM
KERTAS 1103/2
iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]
▪ Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.
o Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat
sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)
▪ Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
o Cth: kita perlu menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap
3)
Lengkapkan jawapan:
Antara persoalan yang terdapat dalam gurindam ialah persoalan ………………..
Dalam hal ini mata ………………………………………………………………………. Selain
itu, persoalan …………………………………………………………………….. Oleh itu, kita
perlu ………………………………………………………………………………………………..
44