The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.hanani3003, 2022-08-07 21:48:21

BUKU PROSIDING PPPIn 2021

PPIN2021_29.6.2022_ISSN

Penawaran Program Pastri dan data yang diperolehi menunjukkan
87.1% menyedari terdapat penawaran Program Pastri ini di Kolej
Komuniti Selayang. Ini disebabkan pihak majikan dan industri sudah
mengenali program ini melalui program latihan industri yang dijalankan
semasa semester akhir pelajar yang perlu menamatkan kursus wajib
program. Hanya 12.9% sahaja yang masih belum menyedari program ini
ditawarkan di kolej komuniti. Dengan usaha promosi yang telah dibuat
oleh pihak kementerian dan juga pihak institusi sendiri telah
menghebahkan kewujudan program ini dan juga menjadi buah mulut
komuniti dengan kejayaan dan juga pencapaian yang cemerlang yang telah
dicapai oleh kolej komuniti dan sebanyak 83.9% telah mengetahui
kewujudan graduan program ini di dalam industri hospitaliti Malaysia.
Namun begitu hanya 58.1% majikan/ industri yang tahu tentang struktur
kurikulum yang ditawarkan dalam program pastri. Pihak majikan atau
pihak industri pada kebiasaan akan diberi makluman asas tentang program
ini sebelum menerima pelajar yang akan menjalani latihan industri.
kepentingan penglibatan pelajar dapat menerangkan proses dan struktur
program pastri amat membantu dalam memberi pemahaman yang lebih

145

baik kepada pihak majikan atau pihak industri.

10. Nyatakan pendapat anda mengenai kesesuaian kursus yang ditawarkan bagi Pastri seperti
dibawah:

SKALA Sangat Tidak Neutral Bersetuju Sangat
tidak bersetuju Neutral Agree bersetuju
bersetuju Disagree Strongly
Strongly
disagree agree

1 Food Safety and 0 0 3 11 17

Sanitation (Kursus

berbentuk teori)

2 Quick Bread (Kursus 0 0 1 12 17
berbentuk amali)

3 Basic Pastry (Kursus 0 0 1 11 19
berbentuk amali)

4 Fundamental of Baking 0 0 3 13 15
(Kursus berbentuk teori)

5 Cake Making (Kursus 0 0 1 14 16
berbentuk amali) 0 1 0 11 19
1 0 2 13 15
6 Cake Decoration (Kursus
berbentuk amali) 0 0 2 12 17

7 Theory of Pastry Kitchen

Operation (Kursus

berbentuk teori)

8 Laminated Dough (Kursus
berbentuk amali)

9 Bread Making (Kursus 0 1 0 10 20
berbentuk amali) 0 0 3 12 15
0 0 3 11 17
10 Theory of Food (Kursus 0 1 1 11 18
berbentuk teori)

11 Cake Artistry (Kursus
berbentuk amali)

12 Dessert (Kursus

berbentuk amali)

146

13 Local Delicacies (Kursus 0 12 10 18
berbentuk amali) 0 03 11 17
0 15
14 Chocolate and 0 17

Confectionery (Kursus

berbentuk amali)

15 Keusahawanan (Kursus 0 3 13
berbentuk teori dan
aplikasi)

16 Food Costing for Recipe 1 2 11
Development (Kursus
berbentuk teori)

Pada keseluruhannya semua majikan atau pihak industri sangat bersetuju
tentang kesesuaian kursus yang ditawarkan dalam kandungan struktur
Program Pastri. Struktur kursus yang ditawarkan amat bersesuaian dengan
permintaan dan juga skop kerja yang bakal pelajar-pelajar tempuhi nanti
semasa latihan industri dan juga selepas bergraduat.

11. Berdasarkan struktur program yang diberikan diatas, adakah Sijil Pastri memenuhi

Skala Sangat Tidak Neutral Bersetuju Sangat
tidak bersetuju Neutral Agree bersetuju
bersetuju Disagree Strongly
Strongly
disagree agree

1 Asas-asas teori dalam 0 1 5 8 17
industri hospitaliti?

2 Asas-asas praktikal 0 1 3 9 18

dalam industri

147

hospitaliti?

12. Adakah anda berpendapat

1 Jangka masa 1 3 7 15 5
4
pengajian (2 10

tahun) sedia ada

mencukupi?

2 Tempoh Latihan 1 3 10 13

industri (4 bulan) yang

dijalankan oleh pelajar

mencukupi?

3 Program Sijil 0 1 9 11
Pastri masih
relevan dalam
keadaan semasa?

Item 11 dan 12 secara keseluruhannya pihak majikan atau pihak industri
sangat bersetuju struktur kursus teori dan juga amali yang dipelajari oleh
pelajar dalam program ini. Tetapi pihak majikan atau pihak industri hanya
bersetuju dengan tempoh pengajian dan juga tempoh latihan industri yang
dijalankan dalam program ini. kebanyakan majikan atau pihak industri
sangat bersetuju kerelevanan program ini dengan keadaan semasa.

Bahagian III: KANDUNGAN PROGRAM DAN KESESUAIAN
DENGAN KEPERLUAN INDUSTRI

148

13. Adakah organisasi anda

Skala Sangat Tidak Neutral Berset Sangat
tidak bersetuju
bersetuju bersetuju Neutral uju Strongly
Strongly
disagree Disagree Agree agree

1 pernah mengambil pelajar 0 1 58 17
Latihan industri Sijil Pastri?

2 berminat untuk mengambil 0 1 39 18
pelajar Latihan Industri Sijil
Pastri?

Dalam bahagian III kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan
industri, pihak majikan atau pihak industri di ajukan soalan adakah pihak
majikan atau pihak industri pernah atau berminat mengambil pelajar
program ini untuk menjalani latihan industri, dan lebih daripada separuh
majikan atau pihak industri sangat
bersetuju untuk mengambil dan menerima pelajar-pelajar menjalani
latihan industri di tempat mereka.

Bahagian IV : LATIHAN INDUSTRI

Bagi item soalan 14 dan 15, pihak majikan atau pihak industri menetapkan
graduan Sijil Program Pastri sesuai menjawat jawatan sebagai assistant
baker dan juga apprentice dengan gaji permulaan RM1001.00 hingga
RM1,500.00.

149

Pada pendapat anda, adakah …

Skala Sangat Tidak Neutral Bersetuju Sangat
tidak bersetuju Neutral Agree bersetuju
bersetuju Disagree Strongly
Strongly
disagree agree

1 graduan program ini 0 1 4 17 9
sesuai bekerja di
organisasi anda?

2 graduan Sijil Pastri sesuai 0 0 5 15 11
diberi jawatan tetap?

3 graduan Sijil Pastri diberi 0 0 3 12 16

peluang untuk

pengembangan kerjaya

150

4 anda akan menggalakkan 0 0 5 13 13
kakitangan atau rakan
anda untuk mengikuti
program Sijil Pastri?

Dalam item ini pihak majikan atau pihak industri secara amnya bersetuju dengan
graduan yang dilahirkan melalui program ini untuk bekerja dalam bidang dengan
berjawatan tetap. Pihak majikan juga bersetuju graduan program ini diberi peluang
untuk mengembangkan kerjaya mereka dan mereka menggalakkan komuniti
mengikuti program ini kerana Program Pastri menawarkan kursus yang bertepatan
dengan bidang pekerjaan dan juga mempunyai peluang yang cukup luas dalam
pengembangan bakat dan kemahiran dalam bidang ini.

4.0 KESIMPULAN

4.1 Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi Program Pastri telah mencapai objektif
yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari
industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan
memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.

4.2 Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan penawaran program
pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut:

Tenaga pengajar: Peningkatan kemahiran para tenaga pengajar secara berterusan dan
perancangan yang mampan dapat membantu mempersiapkan diri tenaga pengajar
dengan pengetahuan dan kemahiran yang selari dengan akademik dan industri.

Infrastruktur dan fasiliti: Kemudahan infrastruktur yang baik dan menyediakan
fasiliti yang membantu dalam pembangunan kemahiran dan sahsiah diri pelajar
supaya lebih bersedia dalam menempuh bidang pekerjaan.

Kurikulum: Kurikulum yang telah dibangun dan telah melalui beberapa semakan
semula bagi memenuhi skop tugas di industri dan juga melengkapkan diri pelajar-
pelajar yang mengambil jurusan ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi untuk memenuhi permintaan tenaga kerja di industri kelak.

Lokasi: lokasi yang ditawarkan program pastri ini amat bersesuaian kerana
kedudukan lokaliti yang berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah
Kelang yang memberikan kelebihan infrastruktur dan juga peluang kerjaya yang
lebih luas dan kompetitif yang mendorong permintaan yang tinggi kepada program
ini.

4.3 Secara keseluruhan, penawaran dan kewujudan program ini di Kolej Komuniti Selayang
bukan hanya membuka peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat
dengan program TVET tetapi ia juga membantu pihak industri dalam membekalkan
tenaga kerja yang berkemahiran dan mengikut peredaran semasa.

151

KAJIAN DAN ANALISIS PASARAN PROGRAM PENGAJIAN OPERASI
PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG (2021)

Zurizawati binti Naim, Diana binti Mohd Yusof & Nurul Wahidah binti Wahid
Anuar

Email: [email protected],[email protected],
[email protected]

1.0 PENGENALAN
1.1 Kolej Komuniti menawarkan program Sijil Operasi Perhotelan yang mula
ditawarkan pada tahun 2001.

1.2 Bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan
kehendak guna tenaga negara, kajian dan analisis pasaran program pengajian
Sijil Operasi Perhotelan telah dilaksanakan pada tahun ini selaras dengan
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).

1.3 Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian bagi memaksimumkan jumlah
responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian.

1.4 Responden yang dipilih adalah dari majikan-majikan yang telah menawarkan
tempat untuk Latihan Industri pelajar-pelajar dari Program Sijil Operasi
Perhotelan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah bertujuan:
2.1.1 Mendapatkan data atau sumber rujukan lain seperti WKB2030, ILMIA,

Jobstreet dan TalentCorp dan sebagainya dalam memastikan program yang
ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara; dan

2.1.2 Mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan
dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

3.1 Sumber data daripada agensi-agensi berikut telah diperolehi dalam
3.1.1 memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga
3.1.2 kerja negara:
Data daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) seperti Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030), Kementerian Sumber Manusia, Jabatan
Perangkaan Negara
Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)

152

3.1.3 Agensi berkaitan ICT (contoh: MDEC, MIMOS, MATRADE)
3.1.4 Agensi Pangkalan Maklumat Kerjaya (contoh: Jobstreet Malaysia)
3.1.5 Agensi berkaitan keperluan pekerjaan kritikal dan modal insan (TalentCorp)

3.1.6 Sumber data lain yang berkaitan (4IR, MIDA, MITI)

3.2 Hasil data menunjukkan kehendak pasaran tenaga kerja negara seperti
3.2.1 berikut:
Kebolehpasaran graduan pada masa kini tidak lagi diukur dengan pencapaian
3.2.2 akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangi dengan kemahiran
3.2.3 termasuk latihan teknikal serta vokasional supaya lebih relevan dengan
perubahan persekitaran pasaran kerja abad ke-21 yang memerlukan lebih
3.2.3 ramai pekerja berkemahiran tinggi.
Menggarap potensi sebenar TVET dalam kalangan anak muda, dan
kesepakatan dalam mengukuhkan sistem TVET untuk meningkatkan
kerelevanan dan daya tarikannya di samping akademik semata-mata.
Mengikut sektor ekonomi, perbandingan bulan ke bulan, bilangan
penduduk bekerja dalam sektor Perkhidmatan kekal dalam trend
meningkat terutamanya dalam aktiviti Perdagangan borong & runcit,
Pendidikan dan Kesihatan kemanusiaan & kerja sosial.
Manakala, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan kekal dalam
trend menurun susulan langkah mengekang penularan wabak COVID-19
yang masih berterusan.
Kadar pengangguran belia bagi umur 15 hingga 24 tahun meningkat pada
Februari 2021 sebanyak 0.4 mata peratus kepada 13.9 peratus berbanding
Januari 2021. Bilangan belia yang menganggur meningkat sebanyak 52.4
ribu orang kepada 347.6 ribu orang berbanding bulan sebelumnya (Januari
2021: 295.3 ribu orang). Sebaliknya, kadar pengangguran belia bagi umur 15
hingga 30 tahun kekal pada 9.2 peratus.

(Sumber: Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa Jabatan
Perangkaan Malaysia- Laporan Tenaga Buruh, Februari 2021 )

3.3 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan keputusan
seperti berikut:

3.3.1 Bahagian I: Profil Demografi Responden dan syarikat

Data yang dikumpulkan pada bahagian I ini adalah merupakan profil demografi
responden dan syarikat di mana pelajar-pelajar telah dihantar untuk menjalani
Latihan Industri.

153

1. Nyatakan jenis pemilikan syarikat

jenis pemilikan Peratus (%)
syarikat
25
Pemilikan Tunggal 50
50
Pemilikan Perkongsian
-
Pemilikan Sendirian
Berhad Umum -
Pemilikan -
Berhad
Koperasi -

Pemilikan kerajaan -
Pusat
Pemilikan kerajaan
Negeri
Pemilikan asing

N=4

Rajah 3.3.1.1 Jenis Pemilikan Syarikat Majikan

Rajah menunjukkan pemilikan syarikat majikan iaitu 25% adalah Pemilikan
Tunggal, manakala pemilikan perkongsian dan pemilikan Sendirian Berhad adalah
sebanyak 50%. Hasil dari data ini, dapat disimpulkan seorang responden
mempunyai lebih dari satu jenis pemilikan.

154

2. Jenis perniagaan

Jenis Perniagaan Peratus (%)

Hotel 75
Resort 25
Restoran 25
Katering 25
N=4

Rajah 3.3.1.2 Jenis Perniagaan

Rajah menunjukkan jenis perniagaan yang dijalankan oleh responden. Dari data
yang diberikan, responden mempunyai lebih dari satu jenis perniagaan. Jenis
perniagaan iaitu hotel adalah yang tertinggi sebanyak 75%, resort, restoran dan
katering pula mempunyai peratusan yang sama iaitu 25%.

3. Tempoh syarikat beroperasi

Tempoh Syarikat Peratus (%)
Beroperasi
0
1 - 5 years 0
75
6 - 10 years 25
11 - 15 years 0
16 - 20 tahun
More than 20 years
N=4

155

Rajah 3.3.1.3 Tempoh syarikat Beroperasi

Rajah menunjukkan sebanyak 75% syarikat beroperasi adalah melebihi tempoh 11
tahun dan kurang 15 tahun. Manakala lebih 16 tahun adalah sebanyak 25% sahaja.

4. Posisi Jawatan Di Dalam Syarikat

Posisi Jawatan Peratus (%)

Pemilik 1 - 5 years 75
Pengurus 6 - 10 years 25
Penyelia 11 - 15 years 0
Bahagian Personnel 0
N=4

Rajah 3.3.1.4 Posisi Jawatan

Rajah menunjukkan sebanyak 75% jawatan responden adalah pemilik manakala 25
% lagi adalah Pengurus. Penyelia dan bahagian personnel adalah tidak terlibat
dengan kajian ini.

156

5. Pengalaman Bekerja Dalam Industri Peratus (%)

Pengalaman Bekerja 25
Dalam Industri 50
25
Kurang dari setahun 0
1 - 5 tahun 0
6 - 10 tahun 0
11 - 15 tahun
16 - 20 tahun
Lebih dari 20 tahun
N=4

Rajah 3.3.1.5 Pengalaman Bekerja Dalam Industri
Rajah menunjukkan sebanyak 25% responden mempunyai pengalaman kurang dari
setahun. Manakala 50% adalah responden yang mempunyai pengalaman 1-5 tahun.
Sebanyak 25 % lagi responden mempunyai pengalaman 6-10 tahun. Tiada
responden yang mempunyai pengalaman melebihi 11 tahun.

3.3.2 Bahagian 2: Kesedaran Penawaran Program Operasi Perhotelan
Bahagian II ini mengumpulkan data untuk mendapatkan gambaran sebenar
mengenai kesedaran program Operasi Perhotelan yang telah ditawarkan oleh Kolej
Komuniti Selayang.

157

1. Adakah anda Sedar kewujudan Program Sijil Operasi Perhotelan di Kolej
Komuniti?

Tahu kewujudan graduan Sijil Peratus
Operasi Perhotelan di dalam 100%
industri hospitaliti di
Malaysia? 0

Ya Peratus

Tidak 100%
0
Sedar kewujudan
Program Sijil
Operasi
Perhotelan di
Kolej Komuniti?

Ya

Tidak

N=4

Rajah 3.3.2.1 Sedar kewujudan Program Sijil Operasi Perhotelan di Kolej
Komuniti?

Rajah di atas menunjukkan semua responden sedar akan kewujudan Program
Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti Selayang.

2. Adakah anda tahu kewujudan graduan Sijil Operasi Perhotelan di dalam industri
hospitaliti di Malaysia?

N=4
Rajah 3.3.2.2 Tahu Kewujudan graduan Sijil Operasi Perhotelan di dalam industri
hospitaliti di Malaysia?

Rajah di atas menunjukkan semua responden tahu akan kewujudan Program
Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti Selayang.

3. Adakah anda mengetahui struktur program Sijil Operasi Perhotelan?

Mengetahui struktur program Sijil Perat
Operasi Perhotelan? us
Ya
Tidak 100%

N=4 0

158

Rajah 3.3.2.3. Mengetahui struktur program Sijil Operasi Perhotelan

Rajah di atas menunjukkan semua responden mengetahui struktur yang terdapat
pada Program Sijil Operasi Perhotelan.

3.3.3 Bahagian 3: Kandungan Program Dan Kesesuaian Dengan Keperluan Industri

Bahagian III ini adalah untuk menganalisis tahap penerimaan kandungan program
dan kesesuaian kurikulum dengan keperluan industri.
1. Kesesuaian kursus yang ditawarkan bagi Sijil Operasi Perhotelan.

Kursus yang Strongly Strongly
ditawarkan disagree agree
Sangat Disagree Neutral Agree Sangat
Fundamental Of Tidak Neutral Bersetuju
tidak bersetuju
Tourism and bersetuju bersetuju 0 1 3

Hospitality 0 0 0 1 3
0 2
Fundamental of 0 0 0 2 2
0 1
Communication 0 0 0 1 2
0 1 3
Food Safety & 0 0 0 1 3
0 0 0 1
Sanitation 0 0 0 1 3

Theory Of Food 0 0 3

Hotel Recreation 0 0 3

Basic Food and 0 0 3

Beverage Skills 0 0

Communication in

Hotel Operation

Housekeeping

Operation

Linen Management &

Laundry Service

Food and Beverage

Service

159

Basic Hotel and 0 0 0 2 2

Restaurant Accounting

Professional 0001 3

Development For

Hotelier

MICE For Hotel 0001 3

Front Office Operation 0 00 1 3

Barista 0001 3

Theory Of Restaurant 0 0 0 2 2

Operation

N=4

160

Rajah 3.3.3.1: Kesesuaian kursus yang ditawarkan bagi Sijil Operasi
Perhotelan dibawah

Rajah di atas menunjukkan semua responden bersetuju dengan penawaran kursus
yang dijalankan.

2. Sijil Operasi Perhotelan Memenuhi asas-asas teori dan asas-asas praktikal dalam
industri.

Berdasarkan struktur Strongly Strongly
disagree agree
program yang diberikan Sangat Disagree Neutral Agree Sangat
Tidak Neutral Bersetuju
diatas, adakah Sijil tidak bersetuju
bersetuju bersetuju 0 2
Operasi Perhotelan 0 2 2
0 0
Memenuh: 2
0 0
asas-asas teori dalam

industri hospitaliti?

asas-asas praktikal

dalam industri

hospitaliti?

N=4

Rajah 3.3.3.2: Sijil Operasi Perhotelan Memenuhi asas-asas teori dan asas-
asas praktikal dalam industri

Rajah di atas menunjukkan semua responden bersetuju dengan asas-asas teori dan
asas-asas praktikal dalam industri yang dipraktikkan dalam Program Operasi
Perhotelan.

161

3. Jangka masa pengajian, tempoh latihan industri dan kerelevanan Sijil Operasi
Perhotelan.

Sijil Operasi

Perhotelan Strongly Strongly
disagree agree
Memenuhi asas- Sangat Disagree Neutral Agree Sangat
Tidak Neutral Bersetuju
asas teori dan tidak bersetuju
bersetuju bersetuju 0
asas-asas
0 0 0
praktikal dalam
0 1 0
industri
0 0
jangka masa

pengajian (2 tahun) 22

sedia ada

mencukupi?

tempoh Latihan

industri (4 bulan)

yang dijalankan 12

oleh pelajar

mencukupi?

program Sijil

Operasi Perhotelan

masih relevan 22

dalam keadaan

semasa?

N=4

Rajah 3.3.3.3: Jangka masa pengajian, tempoh latihan industri dan kerelevanan
Sijil Operasi Perhotelan.

Rajah menunjukkan 2 responden bersetuju dan sangat bersetuju (2 responden)
dengan jangka masa pengajian (2 tahun) dan adalah mencukupi. Manakala untuk
tempoh latihan industri selama 4 bulan, seorang responden tidak bersetuju, seorang
bersetuju dan 2 responden sangat bersetuju. Semua responden sangat bersetuju dan
bersetuju yang mengatakan Program Sijil Operasi Perhotelan masih relevan dengan
keadaan semasa.

162

3.3.4 Bahagian 4: Kandungan Program Dan Kesesuaian Dengan Keperluan Industri

Bahagian IV ini adalah untuk menganalisis keperluan mengadakan Latihan Industri
dalam Program Operasi Perhotelan.
1. Adakah organisasi responden/ majikan:

Adakah organisasi Strongly Strongly
anda: disagree agree
Sangat Disagree Neutral Agree Sangat
Tidak Neutral Bersetuju
tidak bersetuju
bersetuju bersetuju

Pernah mengambil 0 0 0 2 2

pelajar Latihan industri

Sijil Operasi

Perhotelan?

Berminat untuk 0 0 02 2

mengambil pelajar

Latihan industri Sijil

Operasi Perhotelan?

N=4

Rajah 3.3.4.1: Organisasi pernah mengambil pelajar LI dan berminat untuk
mengambil pelajar LI

3.3.5 Rajah menunjukkan terdapat 2 responden bersetuju dan 2 responden sangat
bersetuju pernah mengambil pelajar menjalani Latihan Industri manakala 2
responden bersetuju dan 2 sangat bersetuju berminat untuk mengambil pelajar
Program Operasi Perhotelan dalam Latihan Industri.
Bahagian 5: Peluang kerjaya

Bahagian V ini adalah berkaitan peluang kerjaya yang ada kepada graduan Program
Operasi Perhotelan.
1. Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini:

163

Apakah jawatan yang Bil Respondent Peratusan (%)
sesuai di organisasi anda
bagi graduan program ini 3 75
Food and Beverage
Supervisor 2 50
Waiter / waitresses 1 25
Bartender 0 0
Chambermaid 0 0
Laundry Supervisor 0 0
Linen Supervisor 1 25
Laundry/ Linen Attendant 1 25
Public Area Supervisor 1 25
Public Area Attendant 0 0
Hotel Florist 0 0
Butler 0 0
Reservation Supervisor 1 25
Reservation Assistant 1 25
Bell Captain 0 0
Bellman 2 50
Front Office Supervisor 2 50
Front Office Assistant 0 0
Night Auditor 0 0
Recreation Attendant
N=4

Rajah 3.3.5.1: Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan
program ini.

164

Rajah menunjukkan Jawatan yang paling sesuai ditawarkan oleh majikan ialah
Food & Beverage Supervisor sebanyak 75% diikuti oleh waiter/waitresses, Front
Office Supervisor, Front Office Assistant sebanyak 50%. Manakala untuk jawatan
Bartender, Laundry/linen Attendant, Public Area Supervisor, Public Area
Attendant, Reservation Assisstant, dan Bell Captain adalah sebanyak 25%. Jawatan
yang tidak sesuai ditawarkan adalah Chamber Maid, Laundry Supervisor, Linen
Supervisor, Hotel Florist, Butler, Reservation Supervisor, Bell Man, Night Auditor
dan Recreation Attendant.

2. Berapa nilai gaji permulaan yang ditawarkan kepada graduan Sijil Operasi
Perhotelan?

Berapa nilai gaji

permulaan yang Bil Peratusan
Respondent (%)
ditawarkan kepada
2 50
graduan Sijil Operasi 1 25
1 25
Perhotelan 0 0
0 0
Kurang dari RM 1,000.00
RM 1,001.00 – 1,500.00
RM 1,501.00 – 2,000.00
RM 2,001.00 – 2,500.00

RM2,500.00 ke atas

N=4

Rajah 3.3.5.2: Berapa nilai gaji permulaan yang ditawarkan kepada graduan
Sijil Operasi Perhotelan

Rajah menunjukkan tangga gaji yang paling tinggi akan ditawarkan oleh majikan
kepada graduan Program operasi Perhotelan adalah bawah RM1000.00 iaitu
sebanyak 50%, manakala 25% tangga gaji bermula RM1,001.00 – RM1500.00 dan
25% tangga gaji RM 1,501.00 RM 2,000.00. Manakala untuk tangga gaji
RM2000.00 dan ke atas, tiada ditawarkan kepada graduan Program Operasi
Perhotelan.

165

3. Pendapat Majikan mengenai graduan Program Operasi Perhotelan

Pendapat Majikan Strongly Disagree Neutral Agree Strongly
mengenai graduan disagree Tidak Neutral Bersetuju agree
Program Operasi Sangat Sangat
Perhotelan bersetuju
tidak bersetuju
bersetuju

Graduan program ini 0 012 1
0 021 1
sesuai bekerja di 0 003 1

organisasi anda? 0 001 3

Graduan Sijil Operasi

Perhotelan sesuai diberi

jawatan tetap?

Graduan Sijil Operasi

Perhotelan diberi

peluang untuk

pengembangan kerjaya

Anda akan

menggalakkan

kakitangan atau rakan

anda untuk mengikuti

program Sijil Operasi

Perhotelan?

N=4

Rajah 3.3.5.3: Pendapat Majikan mengenai graduan Program Operasi
Perhotelan

Rajah menunjukkan pandangan majikan mengenai graduan program Operasi
Perhotelan. Seorang majikan sangat bersetuju untuk graduan bekerja di organisasi
manakala 2 orang bersetuju dan seorang majikan bersikap neutral. Seorang majikan
mengatakan berliau sangat bersetuju untuk memberikan jawatan yang tetap,
seorang bersetuju manakala dua orang majikan bersikap neutral. Graduan Sijil
Operasi Perhotelan akan diberikan peluang untuk pengembangan kerjaya oleh 3
majikan manakala seorang majikan sangat setuju untuk karier mereka berkembang.

166

Manakala terdapat 3 majikan sangat bersetuju untuk menggalakkan kakitangan
atau rakan mengikuti Program Sijil Operasi Perhotelan makanan seorang majikan
bersetuju.

4.0 KESIMPULAN

4.1 Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Operasi Perhotelan telah
mencapai objektif yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian
pasaran dari industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan
industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.

4.2 Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan penawaran program
pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut:

4.2.1 Tenaga pengajar: Tenaga pengejar yang berkemahiran, komited dan berdedikasi
adalah sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Pelbagai
program up-skilling dan re-skilling bersama pihak industri disediakan oleh intistusi
untuk memantapkan lagi kemahiran dan ilmu sedia ada para pendidik.

4.2.2 Infrastruktur dan fasiliti: Infrastruktur dan fasiliti yang disediakan di Kolej Komuniti
Selayang juga adalah mencukupi seperti penyediaan ‘Mock Restaurant’, untuk
pembelajaran kursus Food & Beverage, Ashah Nur Suite untuk kelas simulasi
Housekeeping, bilik Dobi untuk kursus Pengurusan Linen dan juga penyediaan
kelengkapan Sistem Check-In/Check Out menggunakan IFCA bagi kursus Front
Office.

4.2.3 Kurikulum: Kolej Komuniti Selayang menawarkan program dengan struktur dan
kandungan kurikulum yang sentiasa diselaraskan dengan keperluan dan kehendak
industri dengan mempraktikkan kemahiran yang tinggi dan juga membuat
penambahbaikan dengan maklumbalas kurikulum dari wakil industri. Program ini
juga mempunyai syarat kemasukan yang minimum untuk pelajar lepasan SPM yang
membantu mengembangkan potensi pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam
bidang pendidikan di peringkat sekolah menengah. Sijil Operasi Perhotelan juga
mempunyai komponen praktikal pada setiap kursus yang dipelajari dan juga pada sesi
akhir semester semua pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri di industri yang
berkaitan bidang. Sementara itu, tempoh yang ditawarkan juga adalah sesuai dan
semua kursus yang ada dalam industri dapat dipelajari selama 2 tahun kursus ini
diambil. Kandungan kurikulum program juga adalah selaras dengan keperluan
industri di mana penggubalan kurikulum juga mengambil kira dari aspek
maklumbalas pihak industri sendiri.

4.2.4 Lokasi: Kampus institusi yang menarik dan mempunyai saiz kampus yang sangat baik
memainkan peranan yang penting untuk pemilihan institusi. Lokasi kampus yang
strategik dan juga mudah untuk diakses adalah sangat penting dalam pemilihan para
lepasan SPM.

4.2.5 Kos: Faktor kos termasuk menyediakan bantuan kewangan, kos yang berpatutan,
biasiswa, penginapan tersedia pada kos yang berpatutan, pembayaran yuran dan
pinjaman yang fleksibel adalah antara faktor yang memainkan peranan dalam

167

pemilihan institusi dan program. Mereka sanggup mendaftar di institusi pengajian
tinggi yang menyediakan pendidikan dengan kos yang berpatutan. Tambahan pula,
pelajar ini mungkin lebih suka institusi pengajian tinggi yang menyediakan bantuan
kewangan kepada mereka.

4.2.6 Peluang Pekerjaan: Daripada kebanyakkan kajian yang pernah dijalankan, pasaran
graduan yang tinggi dan graduan yang menjadi rebutan industri adalah dikalangan
graduan yang mempunyai kemahiran dalam bidang. Banyak organisasi yang
memerlukan pelajar yang berkelayakan dalam bidang dan mempunyai reputasi yang
baik dari industri. Institusi juga perlu menyediakan bimbingan kerjaya dan sokongan
yang baik untuk pelajar mencari pekerjaan dalam industri berkaitan.

4.3 Kajian yang telah dijalankan oleh pihak kami bagi Program Operasi Perhotelan di
dapati mendapatkan maklumbalas yang positif dari pihak industri terutama sekali dari
segi kemahiran yang ada pada graduan Program Operasi Perhotelan.
Walaubagaimanapun, kami masih meneruskan kajian dengan mendapatkan lebih
banyak responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Sebahagian besar senarai
bakal responden kami gagal untuk dihubungi memandangkan ramai yang hilang
pekerjaan disebabkan Pandemik covid yang melanda negara bermula tahun 2019.

168

KAJIAN DAN ANALISIS PASARAN PROGRAM PENGAJIAN SIJIL FESYEN
DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG (2021)

Norhasshimah binti Musa, Siti Fatimah binti Dzulkifli &
Mohamad Shawal bin Mustafa Kamal

Email: [email protected],[email protected],
[email protected]

ABSTRAK

Demi mencapai kemakmuran rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ini, dasar
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah di rangka bagi rakyat Malaysia
khususnya. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara
mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada
semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
Objektif nya adalah bagi menangani jurang kekayaan dan pendapatan bagi rakyat
Malaysia. Dasar ini juga menggariskan 7 teras strategik bagi mencapai negara yang
makmur. Salah satu teras iaitu teras ketiga modal insan merujuk kepada
transformasi modal insan mensasarkan 35% pekerja berkemahiran tinggi dalam
guna tenaga amat diperlukan. Dalam teras ini juga menyatakan sekurang
kurangnya 60% lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET. Seiring
dengan itu, maklum balas industri adalah sangat penting bagi memastikan program
yang ditawarkan di Kolej Komuniti kekal relevan dan memenuhi kehendak pasaran
tenaga kerja semasa. Kajian kuantitatif yang dilakukan adalah melibatkan 16 orang
majikan yang menerima pelajar menjalani latihan industri di organisasi. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa 93.8% majikan mengetahui tentang kewujudan dan
penawaran Program Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang. Struktur
kursus adalah bersesuaian dengan permintaan dan skop kerja di industri serta
56.3% majikan atau pihak industri bersetuju dan berminat untuk menyerap pelajar
sebagai pekerja tetap. Secara amnya penawaran dan kewujudan Program Fesyen
dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Kata kunci: Program Fesyen dan Pakaian, Kajian Pasaran,

1.0 PENGENALAN

1.1 Kolej Komuniti Selayang mula menawarkan program Sijil Fesyen dan Pakaian
buat pertama kalinya pada sesi Julai tahun 2007. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri
dari 2 orang pelajar lelaki dan 28 orang pelajar perempuan menjadi perintis bagi
program ini.

169

Kolej Komuniti ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar - pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Negara untuk membangunakan potensi diri manusia secara menyeluruh
dan seimbang melalui modal insan unggul secara penerapan nilai murni dan
beraspirasi, menjadi masyarakat dan warganegara yang berilmu, bersikap positif,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti serta membudayakan kemahiran
dan pendidikan sepanjang hayat.

1.2 Bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan
kehendak guna tenaga negara, kajian dan analisis pasaran program pengajian Sijil
Fesyen dan Pakaian telah dilaksanakan pada tahun ini selaras dengan Rancangan
Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).

1.3 Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian bagi memaksimumkan jumlah
responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah bertujuan:
2.1.1 Mendapatkan data atau sumber rujukan lain seperti WKB2030, ILMIA,
Jobstreet dan TalentCorp dan sebagainya dalam memastikan program yang
ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara; dan

2.1.2 Mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan
dengan program Sijil Fesyen dan Pakaian yang sedang ditawarkan.

3.0 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik
dengan menyediakan borang soal selidik secara dalam talian bagi
memaksimumkan jumlah responden di samping proses edaran borang soal selidik
dan analisis dapatan kajian menjadi lebih mudah. Sebanyak 16 maklumbalas dari
16 pihak industri telah diterima. Borang soal selidik mempunyai 5 bahagian iaitu:

3.1.1
Bahagian 1 : Profil Demografi Responden dan Syarikat
Bahagian 2 : Kesedaran Penawaran Program Sijil Fesyen Pakaian
Bahagian 3 : Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Industri
Bahagian 4 : Latihan Industri
Bahagian 5 : Peluang Kerjaya

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Sumber data daripada agensi-agensi berikut telah diperolehi dalam memastikan
program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara:

170

4.1.1 Data daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) seperti Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB 2030), Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan
4.1.2 Negara
4.1.3 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
Agensi berkaitan keperluan pekerjaan kritikal dan modal insan (TalentCorp)

4.2 Hasil data menunjukkan kehendak pasaran tenaga kerja negara seperti berikut:

4.2.1 Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030)

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring
dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat
kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan
diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan
kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan
meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.
WKB 2030 juga mempunyai tiga objektif seperti berikut :

Objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
171

Bagi merealisasikan objektif WKB 2030, terdapat 7 teras yang terlibat :

Jika diteliti dalam teras strategik 3, transformasi modal insan mensasarkan
35% pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga amat diperlukan. Dalam teras
ini juga menyatakan sekurang kurangnya 60% lepasan SPM melanjutkan pelajaran
dalam bidang TVET. Ini sejajar dengan pelaksanaan program sijil fesyen pakaian
masakini.

Teras Strategik 3 : Transformasi Modal Insan WKB 2030
172

4.2.2 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
Fungsi ILMIA adalah untuk melaksanakan dan menyelaraskan

penyelidikan dan pendidikan dalam bidang buruh dan guna tenaga. Dalam pelbagai
sektor, didapati gaji minimum yang ditawarkan kepada buruh bermula RM1545
menurut kajian oleh ILMIA pada tahun 2018.

Dapatan gaji minima pelbagai sektor pada tahun 2018
4.2.3 Agensi berkaitan keperluan pekerjaan kritikal dan modal insan (TalentCorp)

Pekerjaan ditentukan untuk berkemahiran berdasarkan Klasifikasi Standard
Malaysia bagi senarai pekerjaan. COL menggunakan Klasifikasi Standard
Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2013 senarai untuk menentukan tahap kemahiran
pekerjaan. Senarai ini dikekalkan dan kerap dikemaskini oleh Kementerian Sumber
Manusia (MOHR). Lapan daripada 9 pekerjaan MASCO kumpulan adalah separa
atau berkemahiran tinggi adalah

MASCO 1: Managers
MASCO 2: Professionals
MASCO 3: Technical and Associate Professionals 10
MASCO 4: Clerical Support Workers
MASCO 5: Service and Sales Workers
MASCO 6: Skilled Agricultural, Forestry, Livestock and Fisheries Workers
MASCO 7: Craft and Related Trades Workers;
MASCO 8: Plant and Machine Operators and Assemblers.

173

Senarai Pekerjaan Kritikal 2019&2020 oleh Talent Corp
Graduan dalam program Sijil Fesyen Pakaian di kategorikan dalam Masco
7: Craft and related traders workers. Data ini menunjukkan keperluan kerjaya
dalam tukang jahit dan seangkatan dengannya adalah relevan dalam industri
pekerjaan.
4.3 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan keputusan seperti
berikut:
4.3.1 Bahagian I: Profil Demografi Responden dan Syarikat

174

1a. Jenis pemilikan syarikat.
1b. Jenis perniagaan majikan.
1c. Tempoh syarikat beroperasi

175

1d. Polisi jawatan anda dalam syarikat

1e. Pengalaman bekerja di dalam industri

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang
telah diberikan kepada pihak majikan/ industri seramai 16 orang, kebanyakan pihak
majikan/ industri berumur di dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun dan sebanyak
43.8% adalah pemilik tunggal perniagaan. 31.3% pula merupakan pemilikan
syarikat sendirian berhad dan selebihnya adalah secara perkongsian. Tempoh
pengoperasian pula bawah 5 tahun iaitu sebanyak 37.5% dan 18.8% telah
beroperasi lebih daripada 20 tahun. Majoriti sebanyak 37.5% mempunyai
pengalaman 1- 5 tahun dan sebahagian kecil dengan peratusan 18.8% memiliki
pengalaman kurang setahun dan juga lebih 20 tahun.
4.3.2 Bahagian 2: Kesedaran Penawaran Program Sijil Fesyen Pakaian
2a. Kesedaran kewujudan Program Sijil Fesyen dan Pakaian

176

2b. Kesedaran kewujudan graduan Program Sijil Fesyen dan Pakaian
2c. Pengetahuan mengenai struktur kurikulum Program Sijil Fesyen Pakaian

177

Secara keseluruhannya, dari segi penawaran program Sijil Fesyen dan
Pakaian mendapati majoriti majikan/ industri menyedari kewujudan program Sijil
Fesyen Pakaian serta graduan program ini. Separuh daripada majikan/industri tidak
mengetahui struktur kurikulum Program Sijil Fesyen Pakaian.

4.3.3 Bahagian 3 : Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Industri

Kandungan Program dan Kesesuaian program mengikut keperluan
majikan/industri telah diukur menggunakan interpretasi skor min seperti jadual di
bawah.

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66
3.67 hingga 5.00 Sederhana
Tinggi

Kandungan Program Sijil Fesyen Pakaian

Bil Kursus Skor Min Sisihan Piawai Tahap
1 Asas Lukisan 4.625 0.5995 Tinggi
2 Sulaman 4.6875 0.6818 Tinggi
3 Pembuatan Sampel 4.5625 0.6092 Tinggi
4 Pola Asas Pakaian 4.625 0.7806 Tinggi
5 Kajian Fabrik 4.5625 0.7881 Tinggi
6 Senireka Fesyen 1 4.625 0.7806 Tinggi
7 Pakaian Tradisional Wanita 4.625 0.5995 Tinggi
8 Pembuatan Pakaian Wanita 4.5625 0.8638 Tinggi
9 Ilustrasi Fesyen Digital 4.4375 0.7881 Tinggi
10 Senireka Fesyen 2 4.625 0.7806 Tinggi
11 Busana Warisan 4.5625 0.6092 Tinggi
12 Pakaian Kontemporari Wanita 4.5 0.7906 Tinggi
13 Kostum Budaya 4.4375 0.6092 Tinggi

178

Pada keseluruhannya semua majikan atau pihak industri sangat bersetuju tentang
kesesuaian kursus yang ditawarkan dalam kandungan struktur Program Sijil
Fesyen Pakaian. Struktur kursus yang ditawarkan amat bersesuaian dengan
permintaan dan juga skop kerja yang bakal pelajar-pelajar tempuhi nanti semasa
latihan industri dan juga selepas bergraduat.
4.3.4 Bahagian 4 : Latihan Industri

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada 16 responden
majikan/industri, seramai 14 majikan/industri pernah mengambil pelajar Program
Sijil Fesyen dan Pakaian manakala 2 lagi belum pernah mengambil pelajar program
SFP.

179

4.3.5 Bahagian 5 : Peluang Kerjaya

Dapatan menunjukkan majikan/industri majoriti berpendapat graduan
Program Sijil Fesyen dan Pakaian adalah sesuai sebagai tukang jahit seperti yang
dicadangkan dalam Kurikulum Sijil Fesyen Pakaian. Selain daripada itu, graduan
SFP juga sesuai menjadi pembantu pereka fesyen dan juga usahawan fesyen.

Sebilangan besar majikan/industri berpendapat kesesuaian anggaran gaji
permulaan bagi graduan Sijil Fesyen Pakaian adalah bermula dari RM1001.00
hingga RM1500.00 ini kerana mereka masih di peringkat sijil.

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 hingga 2.33 Rendah

180

2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi

Peluang Kerjaya di Industri

Bil Pendapat Majikan/Industri Skor Min Sisihan Piawai Tahap
3.8125 1.1302 Tinggi
5C Adakah graduan Program Sijil 3.75
Fesyen Pakaian Kolej Komuniti 4.00 1.199 Tinggi
ini sesuai bekerja di organisasi
anda 3.875 1.118 Tinggi

5D Adakah graduan Program Sijil 1.1659 Tinggi
Fesyen Pakaian Kolej Komuniti
ini sesuai diberikan jawatan tetap
di organisasi anda

5E Adakah graduan Program Sijil
Fesyen Pakaian Kolej Komuniti
akan diberikan peluang untuk
mengembangkan kerjaya mereka
di organisasi anda

5F Adakah anda mengesyorkan atau
menggalakkan kakitangan, ahli
keluarga atau rakan anda untuk
mengikuti Program Sijil Fesyen
Pakaian Kolej Komuniti?

Dapatan dari empat item pendapat majikan/industri, secara keseluruhannya
pihak majikan/industri menyatakan graduan sijil SFP sangat bersesuai bekerja di
syarikat mereka. Pihak majikan juga kebanyakkanya bersetuju graduan SFP
diberikan jawatan tetap di syarikat mereka kerana pengetahuan yang ada pada
setiap graduan dan juga pihak majikan/industri amat menggalakkan graduan SFP
diberikan peluang bagi mengembangkan kerjaya mereka dalam industri fesyen.
Pihak majikan/industri juga amat mengesyorkan Program Sijil Fesyen dan Pakaian
ini kepada komuniti setempat.

5.0 KESIMPULAN

5.1 Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Fesyen dan Pakaian telah
mencapai objektif yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian
pasaran dari industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan
industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.

181

5.2 Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan penawaran program
pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut:

5.2.1 Tenaga pengajar: Para pensyarah terdiri daripada tenaga pengajar yang mahir dalam
jurusan seni lukis seni reka fesyen dan juga berpengalaman luas dalam bidang industri
fesyen. Cabaran yang dialami seiring dengan masa depan teknologi 4IR, kemahiran
pensyarah dalam teknologi ini belum meluas dalam bidang fesyen. Latihan yang lebih
ke hadapan perlu diberikan kepada tenaga pengajar agar selari dengan kehendak
pasaran pekerjaan masakini.

5.2.2 Infrastruktur dan fasiliti: Situasi pembelajaran masa kini mengamalkan norma baharu,
infrasturuktur dan fasiliti juga berubah mengikut amalan SOP masa kini. Keperluan
lebih ruang bagi memastikan penjarakkan sosial dapat dilakukan bagi memutuskan
rantaian pandemik masa kini.

5.2.3 Kurikulum: Penambaikkan kurikulum dari masa ke semasa memberi jaminan kepada
kebolehpasaran graduan yang tinggi untuk masa akan datang. Keperluan baru dalam
bidang ini diterapkan di dalam kurikulum yang baru adalah amat penting bagi
penawaran program ini kepada bakal pelajar.

5.2.4 Lokasi: Kedudukan kolej berada di kawasan bandar banyak memudahkan pelajar dari
segi sumber pembelajaran luar kelas para pelajar. Selain daripada itu, terdapat saingan
program ini dengan program yang ditawarkan oleh kolej kolej swasta.

5.3 Program Sijil Fesyen Pakaian dapat memenuhi keperluan kajian ini. Peluang
pekerjaan yang dicadangkan dalam kurikulum program ini adalah selari dengan
kehendak majikan/industri Graduan mempunyai peluang yang cerah dalam bidang ini
kerana terdapat pelbagai sektor pekerjaan yang terlibat sepadan dengan program Sijil
Fesyen Pakaian ini. Selain dari pada itu terdapat juga dua pemegang taruh iaitu The
Malaysian Textile and Apparel Centre (MATAC) dan Malaysian Textile
Manufacturers Association (MTMA) yang memainkan peranan sebagai penasihat dan
validasi kepada bidang pekerjaan dalam industri fesyen di negara ini.

182

KAJIAN DAN ANALISIS PASARAN PROGRAM PENGAJIAN SIJIL
REKABENTUK DALAMAN DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG (2021)

Mazlina Binti Salleh, Nurul Huda Binti Abdul Talib &
Siti Rohaniza Bt Muhammad Zainal

Email: [email protected], [email protected],
[email protected]

1.0 PENGENALAN

Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) memainkan peranan penting
dalam pembangunan sosial dan ekonomi seperti negara Korea Selatan dan Jerman
yang telah menjadikan negara mereka berpendapatan tinggi melalui sistem PTV.
Malaysia perlu mengorak langkah melahirkan sumber modal insan yang
berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi melalui pendidikan ini.
Transformasi pendidikan teknik dan vokasional merupakan usaha merekayasa
(reengginering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina satu
sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda
tranformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tujuan sistem
pendidikan vokasional adalah untuk menghasilkan sumber manusia yang responsif
kepada pelbagai insiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi
menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga
kerja mahir dan usahawan berjaya. Selain itu, tenaga Mahir dapat menghasilkan
usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang
diiktirafkan oleh pihak industri, berwatakkan professional dan di terima dalam
pasaran kerja.
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) telah menggariskan transformasi PTV
adalah bagi memenuhi permintaan industri dan majikan untuk melahirkan tenaga
kerja profesional, mahir dan separa mahir. Ini secara tidak langsung memberikan
cabaran yang besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan
teknik dan vokasional. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang
menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua (education for all) seperti yang
digariskan oleh UNESCO.

1.1 Latarbelakang Kolej Komuniti Selayang

Kolej Komuniti Selayang mula beroperasi pada Mc 2003 bertempat di
Sekolah Menengah Teknik Gombak, Jalan Sungai Pusu, Kuala Lumpur.
Pengambilan kumpulan pertama adalah pada Jun 2003. Kursus yang mula-mula di
tawarkan disini ialah Sijil Rekabentuk Dalaman dengan jumlah pelajarnya adalah
seramai 20 orang. Pada Ogos 2006 Kolej Komuniti Selayang telah berpindah ke
kampus tetap di Km16, Pesiaran Pegawai, Batu Caves, Selangor. Kapasiti pelajar
juga telah bertambah. Kursus sepenuh masa yang di tawarkan di kampus Kolej

183

Komuniti Selayang adalah kursus Sijil Kulinari, Sijil Pastri, Sijil Operasi
Perhotelan, Sijil Rekabentuk Dalaman, Sijil Fesyen dan Pakaian, Diploma Games
Art dan Sijil Asas Kulinari bagi pelajar khas. Di smaping menyediakan kursus
sepenuh masa, kursus pendek bertujuan untuk memberi peluang kepada semua
lapisan masyarakat setempat untuk memperbaiki serta mempelajari pendidikan
teknikal secara formal di samping meningkatkan kualiti kerja.

Program Sijil Rekabentuk Dalaman mula ditawarkan di Kolej Komuniti
Selayang pada tahun 2005 dengan jumlah kredit sebanyak 62. Kemudiannya
program ini telah disemak semula dan mod perlaksanaan program ditukarkan
kepada mod Sijl Modular Kebangsan Kolej Komuniti pada tahun 2010. Pada tahun
2013, kurikulum telah disemak semula dan menawarkan semester pengajian
termasuk Latihan Industri selama 16 bulan dengan 16jam kredit.

1.2 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan bagi melihat keberkesanan Program
Rekabentuk Dalaman dalam memastikan styandard program yang dihasilkan
menepati kehendak pihak berkepentingan dalam mencapai objektif yang
ditetapkan. Standard program dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) atas permintaan pihak berkepentingan untuk digunakan sebagai rujukan
kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dan agensi berkaitan di dalam
menawarkan program-program dalam bidang-bidnag tertentu. Objektif kajian
pasaran bagi program ini dilaksankan adalah bertujuan:

1.2.1 Mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan
dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.
1.2.2 Mengenalpasti peluang kerjaya yang ditawarkan di organisasi.

Penglibatan pihak berkepentingan selanjutnya diteruskan di peringkat penilaian
semula keberkesanan standard program yang perlu dijalankan dalam tempoh 5
tahun dari tarikh kuatkuasa.

1.3 Pernyataan Masalah

Kolej Komuniti adalah salah sebuah institusi TVET yang
bertanggungjawab membekalkan tenaga kerja separa mahir bagi memenuhi
keperluan industri negara secara maksimum. Namun begitu keperluan itu semakin
sukar dipenuhi berikutan graduan yang dihasilkan kini yang dikatakan kurang
berkemahiran daripada aspek teknikal dan insaniah terutama dalam mendepani
dunia global yang semakin mencabar. Isu kesesuaian program pengajian yang
diikuti dengan bidang pekerjaan yang diceburi oleh graduan semakin mendapat
perhatian yang serius dalam kalangan institusi pengajian tinggi. Tujuan utama
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kebolehpasaran graduan dr
Kolej Komuniti Selayang dalam bidang Rekabentuk Dalaman. Disamping itu ia
juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
kebolehpasaran graduan dalam bidang tersebut. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif iaitu soal selidik Sistem Kebolepasaran pelajar Rekabentuk
Dalaman TVET Kolej Komuniti Selayang sebagai instumen kajian dan data

184

diperolehi secara atas talian. Borang soal selidik ini telah dijawab oleh 20 orang
majikan dari 20 buah syarikat pada tahun 2021.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan- persoalan
berikut :
1.4.1 Adakah kursus yang ditawarkan di dalam Program Sijil Rekabentuk
Dalaman ini bersesuaian dengan keperluan di Industri?
1.4.2 Apakah peluang kerjaya yang ditawarkan di organisasi?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan bagi mengumpul data dalam memastikan penawaran
program telah mencapai standard program yang dihasilkan dan menepati kehendak
pihak berpentingan dan mengikut kehendak di industri. PNA penting dalam
menentukan bidang pengajian yang ditawarkan adalah bersesuaian dan memenuhi
keperluan dan permintaan di industri dan Negara. Penyediaan PNA sebagai
langkah awal dalam proses kitaran yang menyumbang kepada keseluruhan proses
penawaran program pengajian baru (JPPKK 2019).
Proses pembangunan standard program telah merangkumkan maklum balas pihak
berkepentingan iaitu seawal dari proses pemilihan panel pakar pembina standard
program sehinggalah perlaksanaan kajian rintis di Pemberi Pendidikan Tinggi
(PPT) terpilih. Usaha ini dilakukan bagi menyediakan tenaga kerja tempatan
berdaya maju agar sejajar dengan keperluan bidang pekerjaan masa hadapan dalam
meningkatkan daya saing negara dalam menjadi sebuah destinasi pelaburan
pilihan.

1.6 Skop Kajian

Skop Kajian ini memfokuskan kepada program Sijil Rekabentuk Dalaman yang
tertakluk kepada pengiktirafan akreditasi MQA (Malaysian Qualification Agency).
Kajian ini sangat penting dalam mendapatkan maklumbalas majikan bagi
mengetahui keerluan pasaran sekarang bagi program Sijil Rekabentuk Dalaman.
Kajian ini lebih banyak tertumpu kepada:
1.6.1 Organisasi/industri yang telah berkolaborasi bersama Kolej Komuniti Selayang
1.6.2 Organisasi/ Industri pelajar-pelajar alumni dari Kolej Komuniti Selayang
1.6.3 Organisasi / Industri majikan pelajar alumni bekerja sekarang

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Harvey (2001) kebolehpasaran merupakan satu konsep yang sukar
untuk diukur dan ditakrifkan. Konsep kebolehpasaran terus berkembang selaras
dengan perubahan dalam pola pekerjaan dan model sumber manusia. Menurut
McQuaid dan Linda (2005). Kebolehpasaran merupakan satu konsep yang agak

185

kabur sedekad yang lalu, namun kini istilah ini telah memainkan peranan penting
dalam polisi pasaran buruh di United Kingdom (UK), beberapa negeri di Eropah
dan juga di negara yang lain. Konsep kebolehpasaran telah menjadi sasaran utama
dalam kebanyakan polisi pasaran buruh dan strategi guna tenaga di kebanyakan
negara khususnya berkaitan dengan kebolehpasaran graduan.

Kebolehpasaran juga merangkumi aspek sikap dan keupayaan individu
(‘Personal Attributes’) seperti kesetiaan, komitmen, jujur, menepati masa dan
berintegriti. Oleh yang demikian, kebolehpasaran merangkumi banyak tindakan
proaktif, sikap pengurusan diri dan tindaklaku pengurusan kerjaya dalam kalangan
individu sebagai usaha untuk mendapatkan kerjaya yang diingini (Clarke, 2008).
Menurut Saterfiel dan Maclarty (1995), kebolehpasaran graduan boleh merujuk
kepada kemahiran yang diperlukan oleh graduan untuk mendapatkan dan
mengekalkan pekerjaan (dalam Litisha dan Surina, 2010) melalui pembelajaran
kemahiran-kemahiran baru untuk fungsi yang berbeza yang diperlukan oleh
majikan atau industri.

Sementara itu, menurut Hillage dan Pollard (1998), kebolehpasaran adalah
memiliki keupayaan Untuk memperoleh pekerjaan pertama, mengekalkan dan
memperoleh pekerjaan baru sekiranya diminta. Seterusnya, untuk Harvey (2001)
pula beliau telah mendefinisikan kebolehpasaran graduan sebagai keupayaan
mempamerkan sifat-sifat yang diperlukan oleh majikan untuk keperluan masa
depan organisasi. Pada amnya, kemahiran
Keboleh pasaran adalah ciri-ciri kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada
pelajar dalam mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi keperluan dalam
pelbagai pekerjaan dalam pasaran buruh selepas tamat pengajian.

Membangunkan ciri-ciri kebolehpasaran gradúan merupakan teras penting
dalam pendidikan tinggi bagi membolehkan gradúan mendapatkan pekerjaan
dalam pasaraan. Kemahiran kebolehkerjaan memainkan peranan yang signifikan
dalam trend pekerjaan sekarang. Perubahan dalam struktur organisasi dan
kemunculan pola pekerjaan yang baru serta penghakisan jaminan pekerjaan akibat
daripada persaingan yang semakin meningkat telah memberi kesan yang signifikan
terhadap kepentingan kebolehpasaran dalam saling hubungan pekerjaan-pekerja
pada masa kini. Kemajuan dalam kemahiran dan pengetahuan yang baru yang
mencirikan pekerjaan pada masa kini.

(Garavan 1999). Kebolehpasaran graduan menjadi fokus utama dalam
saling hubungan antara pendidikan tinggi dan pasaran buruh. Perkembangan besar-
besaran pendidikan tinggi selaras dengan peralihan ekonomi ke arah ekonomi
berasaskan pengetahuan atau pasca
industri (Drucker 1993). Ekonomi kontemporari ini dicirikan dengan perubahan
yang pesat dan cabaran yang semakin meningkat akibat daripada perubahan pola

186

pekerjaan dan keperluan dalam kemahiran dan pengetahuan. Individu yang
memasuki pasaran buruh perlu mengambil langkah yang lebih fleksibel dan
proaktif dalam menghadapi cabaran yang baru ini. Pada masa kini terdapat 20 buah
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 437 buah institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011) di Malaysia untuk
menyediakan tenaga buruh berkemahiran yang diperlukan dalam konteks ekonomi
berasaskan pengetahuan. Peningkatan bilangan universiti di Malaysia telah
membawa kepada lambakan siswazah dalam pasaran buruh. Pada tahun 2015,
jumlah tenaga buruh siswazah merupakan 21.8 peratus (atau hampir 3.2 juta)
daripada tenaga buruh di Malaysia.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan
kuantitatif. Kaedah bagi kajian yang dilaksanakan ini adalah melalui soal selidik
yang diedarkan secara dalam talian bagi memaksimumkan jumlah responden.
Perisian yang digunakan adalah Googleform. Responden kajian terdiri daripada 20
orang mewakili syarikat samada sebagai majikan atau penyelia kepada pelajar
latihan industri itu sendiri. Respon majikan dan penyelia diambil semasa sesi
semasa dan sesi tahun lepas. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik. Instrumen kajian dibahagikan mengikut persoalan kajian berikut:

Bahagian I : Profil Demografi Responden dan Syarikat
Bahagian II: Kesedaran Penawaran Program Sijil Rekabentuk Dalaman Kolej

Komuniti
Bahagian III : Nyatakan pendapat anda mengenai kesesuaian kursus

yang ditawarkan bagi Program Sijil Rekabentuk Dalaman.
Bahagian IV: Latihan Industri.
Bahagian V : Peluang Kerjaya

Soal selidik kajian telah di edarkan kepada majikan dan penyelia latihan industri
yang terlibat di seluruh Malaysia. Data-data yang diperoleh di analisis dengan
menggunakan kaedah kuantitatif dan diterjemahkan ke dalam bentuk carta pai bagi
memudahkan dan difahami.

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan keputusan
seperti berikut:

187

4.1.1 Bahagian I: Profil Demografi Responden dan Syarikat
a. Jenis Pemilikan: Majoriti daripada responden yang terlibat dengan soal selidik
iaitu sebanyak 54.2% adalah Pemilikan Sendirian Berhad. Diikuti dengan Pemilikan
Tunggal iaitu sebanyak 33.3% dan Pemilikan Bersama iaitu sebanyak 12.5%.
Perincian seperti Rajah 3.1

b. Jenis Perniagaan: Sebanyak 36.8% responden yang terlibat dengan soal selidik
ini adalah terdiri daripada sektor pembinaan. Diikuti, 21.1% terdiri daripada
perniagaan ‘kitchen cabinet’ dan Perunding Hiasan Dalaman dan ‘Supplier’ masing –
masing sebanyak 15.8%. Manakala, jenis perniagan Interior Design Firma dan
‘Decoration Firm’ adalah sebanyak 5.25%. Perincian adalah seperti di dalam Rajah
3.2.

c. Tempoh Operasi: Majoriti responden iaitu sebanyak 33.3 % syarikat telah
beroperasi di antara 6 – 10 tahun. Diikuti dengan tempoh operasi di antara 11 – 20
tahun (29.2%) dan 1 – 5 tahun sebanyak 16.7%. Manakala syarikat yang telah
beroperasi lebih daripada 20 tahun adalah sebanyak 12.5% dan sebanyak 8.3% adalah
syarikat yang beroperasi kurang daripada 1 tahun.

188

d. Posisi Jawatan Responden: Sebanyak 20.8% responden yang terlibat dengan
soal selidik merupakan pemilik syarikat. Manakala 16.7% responden masing – masing
merupakan pekerja yang terlibat sebagai perekabentuk dalaman dan 3D Designer.
Diikuti dengan Pelukis Pelan (12.5%) dan Penghiasan Dalaman (4.2%).

e. Pengalaman Bekerja: Majoriti daripada responden iaitu sebanyak 33.3%
mempunyai pengalaman bekerja 1 – 5 tahun manakala 29.2% mempunyai pengalaman
kurang daripada 1 tahun. Diikuti dengan 33.7% mempunyai pengalaman bekerja lebih
daripada 6 tahun dan ke atas.

4.1.2 Bahagian 2: Kesedaran Penawaran Program Sijil Rekabentuk Dalaman
Kolej Komuniti
a. Kewujudan Program: Majoriti responden memberi jawapan ‘Ya’ iaitu
sebanyak 100% sedar akan kewujudan program ini.

189

b. Mengetahui struktur kurikulum: Majoriti responden yang terlibat
mengetahui mengenai struktur kurikulum yang terdapat di dalam Program ini iaitu
sebanyak 91.7% responden manakala 8.3% tidak mengetahui mengenai struktur
kurikulum program ini,

4.1.3 Bahagian 3: Nyatakan pendapat anda mengenai kesesuaian kursus yang
ditawarkan bagi Program Sijil Rekabentuk Dalaman.

a. Kursus yang ditawarkan: Majoriti responden bersetuju dengan kesesuaian
kursus yang ditawarkan bagi program ini. Hanya beberapa kursus seperti Cadd 3D,
Sejarah Senibina Malaysia dan Dokumentasi Bahan menunjukkan tahap tidak puas
hati.

Jadual 3.1: Tahap persetujuan responden terhadap kursus yang ditawarkan

Skala kepuasan

Tahap KESESUAIAN kursus Kekerapan/ Amat Tidak Tidak Puas Amat
Peratus tidak puas pasti hati puas
puas hati hati

hati

Asas Lukisan (Amali) Kekerapan - - 1 4 19
Peratus 0 0 4.2 16.7 79.2

Rekabentuk Dalaman Kediaman Kekerapan - - 1 4 19

(Amali) Peratus 0 0 4.2 16.7 79.2

Lukisan Teknikal (Amali) Kekerapan - - 3 2 19
Peratus 0 0 12.5 8.3 79.2

Cadd 2D (Amali) Kekerapan - - 1 3 20
Peratus 0 0 4.2 12.5 83.3

190

Bahan dan Kemasan (Teori) Kekerapan - - 4 3 17
Peratus 0 0 16.7 12.5 70.8

Rekabentuk Dalaman Pejabat Kekerapan - - 2 6 16

(Amali) Peratus 0 0 8.3 25.0 66.7

Cadd 3D (Amali) Kekerapan - 2 1 3 18
Peratus 0 8.3 4.2 12.5 75.0

Sejarah Senibina Malaysia (Teori) Kekerapan - 1 4 5 14
Peratus 0 4.2 16.7 20.8 58.3

Asas Komunikasi Visual (Amali) Kekerapan - - 2 4 18
Peratus 0 0 8.3 16.7 75.0

Asas Seni Reka (Amali) Kekerapan - - 2 3 19
Peratus 0 0 8.3 12.5 79.2

Rekabentuk Dalaman Retail (Teori) Kekerapan - - 3 3 18
Peratus 0 0 12.5 12.5 75.0

Lukisan Terperinci dan Spesifikasi Kekerapan - - 2 2 20

(Amali) Peratus 0 0 8.3 8.3 83.3

Pembuatan Model (Amali) Kekerapan - - 3 4 17
Peratus 0 0 12.5 16.7 70.8

Asas Building Information Modelling Kekerapan - - 3 3 18

(Amali) Peratus 0 0 12.5 12.5 75.0

Dokumentasi Bahan (Amali) Kekerapan - 1 2 4 17
Peratus 0 4.2 8.3 16.7 70.8

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

b. Memenuhi asas-asas teori dalam industri: Majoriti responden iaitu sebanyak

70.8% memberi maklum balas sangat bersetuju mengenai memenuhi asas teori.

Manakala 12.5% bersetuju dan 16.7 adalah bersifat neutral.

Jadual 3.2: Tahap persetujuan responden mengenai asas-asas teori

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

Memenuhi asas – asas teori Kekerapan - - 4 3 17
Peratus 0 0 16.7 12.5 70.8

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24
Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

c. Memenuhi asas-asas kemahiran amali dalam industri: Majoriti responden
iaitu sebanyak 75.0% memberi maklum balas sangat bersetuju mengenai memenuhi
asas teori. Manakala 8.3% bersetuju dan 12.5% adalah bersifat neutral. Diikuti 4.2%
tidak bersetuju.

Jadual 3.3: Tahap persetujuan responden mengenai asas-asas kemahiran amali

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

191

Tahap persetujuan asas-asas Kekerapan -132 18
75.0
kemahiran amali Peratus 0 4.2 12.5 8.3

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

d. Tempoh pengajian: Sebanyak 41.7% responden sangat bersetuju dengan
tempoh pengajian. Diikuti 33.3% bersifat neutral dan 16.7% setuju dengan tempoh
manakala sebanyak 8.3% sangat tidak bersetuju.

Jadual 3.4: Tahap persetujuan responden mengenai tempoh pengajian

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

Tahap persetujuan tempoh Kekerapan 2 - 8 4 10

pengajian Peratus 8.3 0 33.3 16.7 41.7

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24
Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

e. Pendapat Program ini masih relevan dalam keadaan semasa: Sebanyak
83.3% responden berpendapat program ini masih relevan dalam keadaan semasa
manakala 12.5% responden bersetuju. Diikuti 4.2% bersifat neutral.

Jadual 3.5 Tahap persetujuan pendapat responden mengenai program ini

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

Tahap persetujuan Kekerapan - - 1 3 20
mengenai program Peratus 0 0 4.2 12.5 83.3

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24
Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

4.1.4 Bahagian 4: Latihan Industri.
a.
Pengambilan pelajar Latihan industri: Majoriti responden yang terlibat dalam soal
selidik iaitu sebanyak 69.6% menyatakan ‘Ya’ atau pernah terlibat dalam

pengambilan pelajar Latihan industri bagi program ini manakala 30.4% menyatakan
‘Tidak’ atau belum pernah terlibat dalam pengambilan pelajar daripada program ini.

Jadual 0.1: Persetujuan untuk pengambilan pelajar Latihan industri

Persetujuan Kekerapan Peratus (%)

Ya 16 69.6

Tidak 7 30.4

Tidak pasti - 0

Jumlah 24 100

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

192

b. Berminat untuk mengambil pelajar untuk menjalani Latihan industri:
Sebanyak 56.5% responden sangat bersetuju untuk mengambil pelajar bagi menjalani
Latihan industry di organisasi mereka memandang organisasi berkenaan terlebih
secara langsung dengan pelajar. Manakala 17.3% tidak bersetuju untuk mengambil
pelajar menjalani Latihan industry adalah berkemungkinan organisasi mereka tidak
terlibat secaara langsung dalam bidang rekabentuk dalaman. Manakala 8.7%
responden adalah bersifat neutral.

Jadual 0.2: Tahap persetujuan responden mengambil pelajar menjalani Latihan industri

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

Tahap persetujuan Kekerapan 3 1 2 4 13

mengambil pelajar Peratus 13.0 4.3 8.7 17.4 56.5
menjalani Latihan industri

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

4.1.5 Bahagian 5: Peluang Kerjaya

a. Jawatan Graduan Lepasan Program didalam Organisasi: Majoriti
responden majikan iaitu sebanyak 37.5% menyatakan jawatan yang sesuai adalah
pembekal bahan dan kemasan rekabentuk dalaman/ supplier. Diikuti, dengan 29.2%
sebagai Pelukis Pelan/CAD Drafter dan 3D Visualizer sebanyak 16.7% dan lain –
lain Sales/Retail Designer (12.5%) dan Pembantu Jururunding Hiasan
Dalaman/Consultant (4.2%).

193

b. Tawaran Gaji Permulaan bagi Lepasan Graduan: Sebanyak 66.7%
responden berpendapat gaji permulaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM1001 –
RM1500. Diikuti dengan kumpulan gaji RM1501 – RM 2000 (25.0%), dan masing –
masing sebanyak 4.2% bagi kumpulan gaji RM 2001 – RM2500 dan RM 2500 ke atas.

Jadual 5.1: Tawaran Gaji Permulaan

Pendapatan Kekerapan Peratus (%)
4.2
Kurang dari RM1000 1 66.7
RM1001 – RM1500 16 25.0
RM1501 – RM200 6 4.2
RM2001 – RM2500 1 0
100
RM2500 dan ke atas -

Jumlah 24

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

c. Pendapat kesesuaian bekerja di Organisasi: Majoriti majikan bersetuju dan
bersesuaian bagi graduan lepasan program ini untuk bekerja di organisasi mereka iaitu
sebanyak 25.0% bersetuju dan 37.5% sangat bersetuju. Manakala, 25% majikan
bersifat neutral dan 12.5% tidak bersetuju.

Jadual 5.2: Tahap persetujuan responden kesesuaian bekerja di Organisasi

Skala Persetujuan

Perkara Kekerapan/ Sangat Tidak Neutral Setuju Sangat
Peratus tidak setuju setuju

setuju

Tahap persetujuan Kekerapan 1 -669

kesesuaian bekerja Peratus 12.5 0 25.0 25.0 37.5

Nota: Jumlah responden yang terlibat di dalam soal selidik ini adalah sebanyak 24

Sumber: Kajian Soal Selidik, 2021

d. Jawatan Tetap di Organisasi: Majoriti majikan bersetuju dan bersesuaian

bagi graduan lepasan program ini untuk diberi jawatan di organisasi mereka iaitu

sebanyak 41.7% sangat bersetuju dan 20.8% bersetuju. Manakala, 25.0% majikan

bersifat neutral dan 12.5% tidak bersetuju.

194


Click to View FlipBook Version