KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
1. Menyediakan polar bentuk yang
terpilih.
2. Membuat kemasan
151
3. Mencantum setiap keping.
152
4. Menyiapkan kemasan
153
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Dibuat daripada material yang Digantikan dengan material yang
berat lebih ringan
Tidak fleksible Lebih fleksible
Bentuk yang kaku Perabot boleh diubah bentuk
mengikut fungsi dan penggunaan
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Menyediakan perancangan bermula dari rekabentuk, kajian, dan juga bahan untuk
menghasilkan produk. Dengan bantuan dari pensyarah pembimbing, produk berjaya di
hasilkan megikut spesifikasi kajian.
154
INOVASI ELEMEN / CREATIVE
Produk ini di reka dari segi elemen penggunaan ruang, size dan kemasan
ELEMEN EFEKTIF
Produk boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan setiap konsep utama rekabentuk
tercapai.
ELEMEN BERKAITAN
Sumbangan produk POLYVALENT adalah institusi pendidikan di Malaysia dan merupakan
sumbangan besar kepada Kementerian Pendidikan.
155
Pensyarah Pembimbing:
RAAZIZAH BINTI HUSSAIN
Pelajar:
MOHAMAD AMIR BIN IRWAN
NURUL FARAH NAZIHAN BINTI MUIE
FARISHSYA NAJIHA BINTI MUHAMAD FAISAL
SAHIRA BINTI HAIRUL SAIBI
(Program rekabentuk Dalaman)
156
157
TAJUK
E.r.s Ink (Easy refill sponge Ink)
TUJUAN
Secara umumnya, tujuan inovasi ini dijalankan ialah bagi memudahkan kerja penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dan menjadikannya proses yang lebih praktikal. Antara tujuan lainya
adalah;
i. Menghasilkan cara penggunaan bahan terbuang agar boleh digunakan semula serta ada
nilai komersial dan berpotensi.
ii. Memudahkan kesukaran yang dihadapi oleh pensyarah / tenaga pengajar bila
menghadapi masalah ink marker habis ketika pdp dilaksanakan.
iii. Menjimatkan kos kewangan jabatan untuk pesanan kerajaan (lo) baru walupun harganya
tidaklah mahal.
iv. Menjimatkan tenaga dan masa bagi pengguna untuk mengisi dakwat secara manual.
v. Elakkan masalah tangan kotor semasa mengisi dakwat secara manual.
LATAR BELAKANG
Tenaga pengajar serta orang awam sering kali mempunyai masalah apabila ingin mengisi dakwat
pen marker papan putih. Kaedah yang selalu digunakan ialah mengisi dakwat secara manual
dan sering menghadapi kesukaran. Kebanyakkan pengguna sering membuang pen marker
selepas kehabisan dakwat. Hal ini, menyebabkan pengeluaran kos yang banyak untuk membeli
pen marker semula dalam setiap tahun. Dengan E.r.s Ink pengguna dapat menjimatkan masa
dan kebersihan terjaga. Idea ini dibuat untuk pengguna mengisi semula dakwat kerana mereka
selalu tidak mempunyai banyak masa untuk mengisi semula. E.r.s Ink dicipta bagi mengatasi
masalah ini.
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
E.r.s Ink dicipta atas dasar berikut:
I. Kualiti – dapat mempercepatkan proses mengisi semula dakwat pen marker
papan putih.dengan dibantu oleh L.E.D signal light.
II. Menggunakan semula barang terbuang merujuk kepada pen marker yang sediada.
III. Menggelakkan pembaziran pembelian pen marker dengan menggunakan produk ini.
IV. Produk ini digunakan semasa hendak refill ink ke dalam marker tersebut yang telah
kosong ink.
158
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
PROSES YANG SEBELUM PROSES YANG SEKARANG
Dakwat diisi secara manual. Dakwat diisi dengan hanya menekan
Mengambil masa yang lama. button yang terdapat pada E.r.s Ink.
Sukar untuk memasukkan dakwat Mengambil masa hanya dalam 3 saat
pen marker.
Mengotorkan tangan. sahaja.
Tidak dapat refill dalam kuantiti Kerja menjadi mudah.
yang banyak dalam satu-satu Kebersihan terjaga
masa.
Tidak boleh dikawal semasa refill Dapat refill dalam kuantiti yang banyak
secara manual untuk mengetahui dalam satu-satu masa.
dakwat sudah penuh atau tidak. Boleh dikawal cara refill menggunakan
Agak sukar untuk meletakkan E.r.s. Ink untuk mengetahui dakwat
gabus ink kerana perlu dibuka
satu persatu . sudah penuh atau tidak.
Telah diletakkan ruang yang stabil
antara batang marker yang kosong dan
jatuhan dakwat yang selari.
Pengawalan dakwat dapat dikawal
dengan menggunakan E.r.s. Ink.
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Di institut pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti, isu guru dan pensyarah mengalami
masalah untuk mengisi dakwat secara manual sering berlaku. Walau secanggih mana sekalipun
teknologi yang dicapai dan diperolehi, penggunaan marker papan putih perlu digunakan untuk
menerangkan kepada pelajar. Kerana kaedah ini mengikut kajian , sentuhan deria visual dan
tindakan manusia lebih fokus kepada BBM ini dalam pdp.
Masa yang diperlukan untuk menggunakan BBM ini tidak perlu lama,hanya memerlukan dalam
masa 5-10 minit sahaja. Tidak dinafikan teknologi canggih banyak manfaat ,tetapi sentuhan
visual dan tunjuk cara melalui marker pen juga perlu digunakan agar mendapat kefahaman yang
jelas.
159
Sektor koprat sekalipun, jika ketua majikan memerlukan penerangan kepada pekerjanya,
marker pen diperlukan untuk menjelaskan idea dan tindakan yang perlu dibuat oleh pekerja.
Penceritaan dan penerangan tanpa tunjuk ajar yang jelas melaui penggunaan alatan ini , agak
sukar untuk pihak pekerja memahaminya dan melakukan apa yang ingin dikehendaki oleh
majikan.
Biasanya, mereka membeli pen marker baru untuk menggantikan yang lama daripada
mengisi semula dakwat. Jika guru atau pensyarah membeli pen marker baru, mereka akan
membuang pen marker lama ke dalam tong sampah.Ini akan menyebabkan pembaziran wang
kerana membelanjakan wang yang banyak untuk pembelian pen marker dalam setahun. Guru
atau pensyarah akan membuang masa kerana mengisi dakwat dan mengganggu proses
pembelajaran.
Selain itu, apabila mengisi dakwat secara manual, dakwat akan tertumpah dan
menjadikan tangan kotor. Ini adalah salah satu masalah utama apabila mengisi semula dakwat
ke dalam pen marker. Ini bermakna, ia akan menjadi sangat sukar untuk membersihkan dakwat
dari tangan pengguna. Kami telah mencari bahan yang mudah didapati untuk menghasilkan E.r.s
Ink pertama ini. Setelah inovasi ini dihasilkan, kami telah menjalankan pemerhatian di dalam
bengkel untuk melihat keberkesanan penggunaan E.r.s Ink ini. Hasilnya agak
memberangsangkan dan mendapat maklumbalas yang positif daripada pengguna.
IMPAK PENGGUNAAN INOVASI
Secara keseluruhannya, E.r.s Ink ini memberi beberapa impak. Ia memberi nilai tambahan
dalam proses pengisian dakwat pen marker seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
• INOVASI ELEMEN / CREATIVE
Pengguna boleh mengisi penanda dakwat dengan hanya menekan satu button dan tidak perlu
mengisi secara manual. Dengan reka bentuk yang kemas dan mudah di letakkan di dalam
sesuatu ruang untuk memudahkan dakwat pen marker diisi. Mampu mengisi dakwat pen marker
dengan kuantiti yang banyak sekaligus dalam masa yang singkat. Aliran penanda dakwat lebih
cepat daripada mengisi penanda dakwat pen marker secara manual. Masa yang diambil tidak
begitu lama dan tidak mengganggu proses pembelajaran. Dapat mengelakkan pembuangan pen
marker yang banyak kerana pen ini agak sukar untuk dilupuskan dan memberi impak yang besar
kepada bumi kesayangan bangsa.
160
• ELEMEN EFEKTIF
Boleh menjadi produk yang berkesan kerana ia mempunyai kepentingan yang membantu
dalam kehidupan seharian. Pengguna mesin E.r.s Ink adalah lebih bebas daripada pergerakan
kerana ia tidak perlu kerap memegang pen marker apabila mengisi dakwat. E.r.s Ink boleh
dipasarkan di seluruh negara. Produk ini dapat membantu ramai pengguna pen marker dan
mengurangkan pembaziran setelah di pasarkan. Menuju ke generasi yang lebih maju E.r.s Ink
adalah produk yang moden dan membantu memudahkan pengisian semula dakwat. Dengan
produk ini juga, negara akan menggurangkan sedikit jumah pembuangan sampah dalam
setahun. Produk ini boleh bertahan lama dan tidak mudah rosak kerana masyarakat sudah
sinonim dengan penggunaan mesin bantuan. Produk yang kalis air dan mudah dibawa ini dapat
membantu masalah pengguna.
• ELEMEN BERKAITAN
Sumbangan produk E.r.s Ink adalah institusi pendidikan di Malaysia dan merupakan
sumbangan besar kepada pendidikan. E.r.s Ink juga boleh dikatakan amat diperlukan untuk
mengatasi masalah kecil dan tidak dipandang masyarakat.
• ELEMEN PENTING
Produk E.r.s Ink hanya melalui pemasangan bingkai luar yang selamat dan kukuh.
Produk yang boleh dibawa dan kalis air ini sesuai di pasarkan. Proses penambahan dakwat itu
sendiri juga boleh dilakukan mengikut kehendak sendiri. Pengguna tidak lagi memikirkan
masalah ketika pengisian dakwat. Produk E.r.s Ink sangat murah kerana konsep produk ini
menjimatkan masa dan tenaga. Negara dapat mengurangkan pembuangan sampah kerana E.r.s
Ink dapat memainkan peranan yang besar. Tidak perlu risau ketika mengisi dakwat pada bila
bila masa kerana produk ini tidak mudah rosak.
Produk ini boleh diurus sendiri dan dibaiki sendiri dalam kes masalah. Penggunaannya sangat
mudah dengan sedikit penjelasan untuk pengguna mengendalikannya. Produk yang mesra
pengguna kerana masyarakat sekarang lebih terdedah kepada mesin bantuan dan teknologi.
Dengan produk ini, 100% isu objektif guru atau pengguna pen marker boleh diselesaikan untuk
memenuhi masalah yang disenaraikan.
161
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
I. Mencari alternatif bahan yang lebih mesra pengguna (recyle).
II. Menggunakan bahan yang lebih kukuh dan berkualiti. Contohnya
kad board > plastic.
III. Menghasilkan bentuk yang lebih eksklusif dan design yang moden agar dapat menarik
pengguna membeli.
IV. Menyediakan bekas dakwat di dalam produk supaya pengguna lebih mudah mengisi
semula dakwat yang habis di dalam bekas.
V. Menyediakan stand di mesin E.r.s Ink untuk meletakan pen marker dan tidak perlu
memegang semasa pengisian dakwat.
KAJIAN – KAJIAN LEPAS
Menurut Gaming Team Deo (2017) menyatakan cara menyalakan lampu led
tanpa menggunakan wayar. Ianya hanya menggunakan bateri 9v dan lampu led.
Gaming banyak menggunakan lampu L.E.D untuk sebarang alat yang melibatkan warna yang
menarik. Sebenarnya fungsi L.E.D amat menjimatkan dan mudah diselnggara berbanding jenis
lighting yang lain. Kos yang berpatutan dan mudah diperolehi. Nyalaan warna memainkan
peranan penting dalam memberi isyarat atau arahan penggunaan. Penggunaan lampu L.E.D
agak lebih mudah tanpa wayar, hanya perlu menghidupkan bateri dan L.E.D berfungsi dengan
baik jika tiada masalah mekanikal yang lebih ketara.
Mengikut video yang diterbitkan oleh Rinto Rigon dan dilihat oleh kumpulan ini pada
(13 Feb 2018) menyatakan cara memasang bateri pam akuarium dan cara penggunaannya.
Langkah ini diadaptasi untuk penggunaan pam akuarium dalam kajian dan hasil inovasi
lain.Caranya cukup senang dan mudah serta boleh diimplemen motor pam akuarium pada
semua hasil pergerakan yang melibatkan buka dan tutup dalam skala yang kecil dan
sederhana untuk jangkamasa tertentu sahaja. Bagi voltan /watt yang besar motor pam
akuarium ini kurang sesuai digunakan. Selain itu, pam akurium ini boleh digunakan di dalam air
dan bukan di dalam air (water proof and non- water proof).
Berdasarkan video yang diterbitkan oleh Mr Grue (3 Jan. 20180) menunjukkan
cara pemasangan button manual pada kotak. . Button manual ini akan ditambah baik dari masa
ke semasa. Penggunaan bahan untuk sokong pada semua alatan berbeza mengikut cara
pemasangan dan kedudukan alatan di pasang. Hal ini boleh ditambah baik dari masa ke
semasa mengikut kemampuan dan kepakaran yang diperolehi.
162
PROSES KERJA PENYEDIAAN E.r.s. Ink
1.Melakar rangka produk sebelum memulakan proses selanjutnya.
2.Melukis bentuk produk dengan menggunakan ukuran yang sesuai pada kadbod.
163
3 .Memotong bentuk yang telah dilukis di atas kadbod tesebut.
4.Menyambung semula rangka yang telah dipotong dengan menggunakan hot glue gun.
5.Membuat bukaan di belakang mesin sebagai pintu kecil supaya mudah untuk mengisi dakwat yang
telah habis di dalam mesin.
6. Memasang engsel pintu pada bukaan produk supaya dapat memudahkan lagi proses pembukaan.
164
7. Menyediakan bekas untuk meletakkan balang yang mengandungi dakwat pen marker papan putih
agar tidak tertumpah.
8. Menyusun balang dan bekasnya kedalam mesin supaya teratur dan tidak serabut.
9. Membuat pemasangan pam agar dakwat dapat di keluarkan dari dalam dan dapat mengisi pen marker
yang kehabisan dakwat.
165
11. Menguji pelancaran dakwat yang mengalir sebelum dipasang di dalam produk yang dihasilkan.
12. Merekabentuk produk E.r.s Ink di bahagian dapan supaya dapat meletakkan pen marker
tempat pengeluaran dakwat serta lampu led yang eksklusif.
13. Memasang tempat pengeluaran dakwat di bahagian depan agar tidak tertumpah semasa pengisian
dakwat dijalankan.
166
14. Melihat dan mengenal pasti masalah jika mempunyai ketidak lancaran
dakwat yang mengalir pada tempat pengeluaran dakwat di hadapan mesin.
15. Memasang lampu led dari dalam produk supaya dapat dilihat dari luar untuk mengetahui mesin telah
dihidupkan.
16. Memasang lampu LED pada belakang paip ink, untuk menandakan warna ink tersebut. Contohnya
warna merah,biru dan hitam.
167
17. Memasang penyandang pada bahagian belakang produk. Ianya
berfungsi sebagai penyandang apabila bahagian belakang produk
dibuka.
18. Menambah kemasan pada produk menggunakan Cogurated color paper
metallic 180 gsm.
168
PENGIRAAN KOS Qty Harga Seunit Harga Keseluruhan
Bil. Nama Barang/Item
4 Rm2.00 Rm8.00
1. Electrical 2 Rm2.00 Rm4.00
2. Electrical 1 Rm2.00 Rm2.00
3. Hardware 1 Rm0.60 Rm0.60
4. Stationary 1 Rm1.50 Rm1.50
5. Paper Knives 2 Rm5.56 Rm11.12
6. Shiny Corr 5 Rm1.70 Rm8.50
7. Ensil 1 Rm10.88 Rm10.88
8. Storage Box 1 Rm2.17 Rm2.17
9. Glue Stick 3 Rm4.27 Rm12.75
10. Battery 9v 3 Rm13.00 Rm39.00
11. Battery Air Pump Rm0.60 Rm2.40
12. Hold 4meter 3 Rm4.50 Rm13.50
13. Battery 3 Rm2.00 Rm6.00
14. Silver Cap Container 1 Rm1.80 Rm1.80
15. Door Hasp Agass 1 Rm2.00 Rm2.00
16. Codelock 3 Rm5.14 Rm15.42
17. Infusion Set 10 Rm1.10 Rm11.00
18. Shiny Corr 3 Rm1.90 Rm5.70
19. Mentol Kecil 3 Rm2.90 Rm8.70
20. Mentol Stand 3 Rm2.00 Rm6.00
21. Battery Stand RM173.04
169
ANGGARAN HARGA JUALAN
Pihak kami akan mengganggarkan harga jualan produk ini setelah diupgrade dari segi design
ialah RM 200
MAKLUM BALAS DARIPADA SYARIKAT/ INDIVIDU
(Rujuk lampiran surat)
Rujukan
1. https://www.youtube.com/watch?v=EWviG5AcmQs dilihat pada 13 feb. 2019 jam 3;00
pm.
2. https://www.youtube.com/watch?v=5KWQp2aUEO4 dilihat pada 20 feb 2019 jam 8;30
am.
3. https://www.youtube.com/watch?v=9AwwzMmTBIg dilihat pada 20 feb 2019 jam 9;20
am.
170
Pensyarah Pembimbing:
NURIMA AISHAH BINTI ZAINAL ABIDIN
Pelajar:
WAN NUR AQILAH BINTI WAN MOHD NORUDDIN
SITI NORHIDAYAH BINTI RASID
NUR FATIN ADIBAH BINTI HANAFI
NURAFIQAH BINTI AHMAD SHUHAIMI
(Program rekabentuk Dalaman)
171
172
TAJUK
'SUDE' AIR DRY = Surau Dehumidifier AIR DRY
TUJUAN
Secara umumnya, tujuan inovasi ini dijalankan ialah bagi menonjolkan kelebihan ‘Dehumidifier’
dalam penggunaannya di surau. Antara tujuan lainnya adalah;
i. Menghasilkan produk baharu seperti ‘SUDE’ [Surau Dehumidifier Air Dry].
ii. Menyerap udara yang lembap dan bau yang kurang selesa.
iii. Menjimatkan wang.
iv. Menyelesaikan masalah ruang udara dalam surau lelaki mahupun perempuan.
LATAR BELAKANG
Kebelakangan ini, kita sering kali dicemari dengan bau-bau yang kurang selesa apabila menjejak
kaki ke surau. Ianya berlaku oleh kerana tiada penyerap udara yang dapat mengelakkan bau-
bau itu berterusan. Mesin penyerap udara memang sudah ada dipasaran, tetapi oleh disebabkan
kosnya agak tinggi. Namun susah untuk kita menjaminkan bahawa mesin penyerap udara itu
akan terus berfungsi seperti sedia kala. Oleh itu, kami mecipta sebuah produk baharu bagi
menyelesaikan masalah ini.
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
‘SUDE’ Air Dry dibangunkan atas dasar berikut:
i. Keselesaan terhadap pengguna dalam melakukan ibadah solat.
ii. Kemudahan kepada pihak surau dalam mencari produk yang berkualiti dalam menjaga
keselesaan pengguna.
iii. Menjimatkan kos pembeli dalam mencari produk yang berkualiti tinggi, tanpa dikenakan
dengan caj bayaran yang mahal.
173
PERBEZAAN ANTARA PERKARA YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
PERKARA YANG SEBELUM PERKARA YANG SEKARANG
Tidak mempunyai ruang udara yang Menyejat kelembapan udara serta
sempurna dan selesa menyebabkan menghasilkan ruang udara yang selesa.
surau berbau tidak enak. Memberi keselesaan dengan bau surau
yang wangi.
Mengeluarkan bau-bau yang kurang
selesa seperti sesuatu yang sudah lama
terperap.
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Ianya bermula apabila penyelidik menghadapi masalah ketika hendak solat disurau kecil
yang terletak bersebelahan bilik pensyarah Kolej Komuniti Selayang. Pada ketika itu, penyelidik
agak kurang selesa dengan bau persekitaran dalam surau tersebut. Masalah timbul apabila pihak
surau tidak menitik beratkan dalam menjaga keselesaan pengguna.
Penyelidik telah mencari bahan-bahan yang mudah didapati untuk menghasilkan versi pertama
‘SUDE Air Dry’ ini. Setelah inovasi ini dihasilkan, penyelidik telah menjalankan pemerhatian
dengan memberi beberapa sampel kepada beberapa surau untuk melihat keberkesanan
penggunaan ‘SUDE Air Dry’ ini. Hasilnya agak memberangsangkan dan mendapat maklumbalas
yang positif daripada mereka yang menggunakannya.
IMPAK PENGGUNAAN INOVASI
Secara keseluruhannya, ’SUDE Air Dry’ ini memberi dua (2) impak iaitu kepada pengguna
dan pasaran produk itu sendiri. Dari aspek pengguna, ia memberi keselesaan dalam
mengerjakan ibadah solat. Bagi pasaran pula, ia dapat memberi suatu produk yang baharu dalam
meningkatkan kualiti ’Dehumidifier’.
Inovasi ini boleh diaplikasikan untuk keselesaan pengguna.
Selain itu, ia berpotensi untuk dikomersilkan kerana ia membantu memudahkan pihak surau
dalam memastikan keselesaan kepada pengguna surau tersebut. Oleh itu, rancangan pada
masa hadapan adalah untuk memperbaiki lagi ciptaan ini supaya ia menjadi lebih baik dan mudah
diterima oleh pengguna.
174
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i. Mencari alternatif bahan yang lebih mesra pengguna.
ii. Menambah lagi rekabentuk ‘SUDE Air Dry’ moden dan terkini mengikut peredaran
masa.
iii. Mencari alternative bahan yang lebih berkualiti.
iv. Memberi pelbagai jenis wangian untuk produk ini.
175
176
Pensyarah Pembimbing:
MAZLINA BINTI SALLEH
Pelajar:
AISYAH HANIZA BINTI MOHD DIN
ABDUL HAKIM BIN NAAZLI
MUHD YUSRY BIN YUSUF
AHMAD ADAM ADHAM BIN AZMAN
(Program rekabentuk Dalaman)
177
178
TAJUK
Inovasi dalam permainan “in-door”
TUJUAN
Inovasi dalam membuat permainan “indoor” ini bertujuan untuk mempromosikan bidang “interior
design” dikhalayak ramai dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan tekanan dan rasa
bosan yang dialami.
LATAR BELAKANG
Pelajar Seni Reka Bentuk Dalaman sering mengalami “stress” terhadap tugasan yang melibatkan
pencurahan idea dan kreativiti sendiri. Permainan ini sama seperti dam ular tapi ular itu
digantikan dengan tangga dan pita pengukur.
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Inovasi dalam pembuatan model ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh remaja atau budak-budak yang bermain dam ular . Permainan ini dicipta setelah membuat
pemerhatian di internet. Inovasi pembuatan permainan ini dibuat setelah mengambil kira masalah
yang sering terjadi akibat dari pelajar-pelajar yang membuat tugasan kerja sehingga mengalami
stress.
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Kaedah meggunakan model ini adalah senang. Setiap pemain hanya perlu membaling dadu dan
menggerakkan buah dadu daripada kotak permulaan hingga penamat.
Permain perlu membaling dadu untuk
mengatahui siapa yang pertama yang jalan
dahulu.
Permain akan mengetahui nombor yang
mereka dapat pada buah dadu itu.
Pemain perlu menggerakkan buah dam pada
papan yang telah disediakan
179
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
Resipi Dengan Format Lama Resipi Dengan Format Baru (Inovasi)
(Rujuk Lampiran A) (Rujuk Lampiran B)
Memakai simbol ular Memakai simbol tangga dan pita pengukur.
Konsep permain lebih kepada Konsep permain lebih kepada belajar
keseronokan.
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Calon menjalankan kajian untuk membina permainan. Calon juga menjalankan pemerhatian
menggunakan Internet bagi mencipta permainan dam ini.
IMPAK PENGGUNAAN DAM DENGAN FORMAT BARU DI KALANGAN PELAJAR
Impak permainan dam ini di kalangan pekerja adalah seperti berikut:
1. Semua jenis kategori pelajar terutama yang lemah dapat menaiktaraf pengetahuan terhadap
rekabentuk dalaman.
2. Pelajar tidak lagi melakukan berasa stress membuat tugasan yang disediakan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:
1. Memperbanyakkan penggunaan simbol rekabentuk dalaman atau gambar perabot di
dalam papan dam. Penggunaan simbol dan gambar dalam papan dam boleh menarik minat
pelajar dan menambah pemahaman pelajar dalam permainan dam.
2. Membuat kajian pada permainan dam.
Kaedah bagi permainan dam yang telah dicadangkan dan boleh digunapakai oleh semua
tenaga pengajar kolej komuniti bagi mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Kaedah
pengajaran juga dapat diselaraskan untuk semua kolej komuniti.
180
Pensyarah :
SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD ZUHARI
(unit peperiksaan)
181
TAJUK
ezKonvo (Template Maklumbalas Kehadiran & Bayaran yuran konvo)
TUJUAN
Kemaskini status kehadiran, saiz jubah dan bayaran konvo dan alumni melalui borang
jawapan kehadiran/tidak hadir graduan
LATAR BELAKANG
Dicipta bagi memudahkan (penyelaras peperiksaan program) dan pegawai peperiksaan
sebagai jawatankuasa jemputan dan pendaftaran lulusan pada majlis konvokesyen kolej
komuniti
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Dapat mewujudkan maklumat data pendaftaran graduan secara lebih sistematik
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Template yang dibangunkan menggunakan kaedah google sheets Perubahan manual
template ke etemplate yang lebih mudah diselaras oleh pegawai peperiksaan.
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
File excel Google Document (spreadsheet)
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Memudahkan pegawai peperiksaan dalam memantau maklum balas kehadiran konvo setiap
program
IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
-
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Menghasilkan aplikasi digital untuk daftar kehadiran majlis konvokesyen
182
Pensyarah :
ALIMATUZAKIAH BINTI BOKHARI
SULIANAH BINTI SANI
(Program Rekabentuk Dalaman)
183
184
TAJUK : My erGO Data
TUJUAN :
1. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran yang harus diambil adalah dengan
memfokuskan kategori atau area projek kepada produk yang dicadangkan merujuk kepada
modul semester 1 dan 2 iaitu residensi atau kediaman.
2. Diperincikan lagi topik kediaman atau residensi kepada ruang-ruang yang terdapat
didalamnya seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, kamar mandi dan ruang dapur.
3. Penggunaan pengukuran unit metrik diperluaskan disamping mengekalkan pengetahuan
am pengukuran unit imperial kepada pelajar-pelajar. Implikasi dari hal ini, dapat menjimatkan
masa dan memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran.
LATAR BELAKANG
Dari pemerhatian dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi modul teras
rekabentuk dalaman yang dilaksanakan, permasalahan utama adalah kelemahan pelajar dari
aspek penguasaan anthropometrik dan ergonomik terhadap saiz, ukuran serta rekabentuk
susunatur. Setiap semester permasalahan yang sama ini akan wujud kerana kurang pemahaman
dan penguasaan yang lemah dalam aspek anthropometrik dan ergonomik. Buku time-saver
standard for interior design and space planning merupakan rujukan utama bagi pelajar-pelajar
dalam bidang rekabentuk dalaman. Buku rujukan ini mengandungi simbol-simbol pelan, keratan
dan lukisan 3 dimensi, perincian ukuran dan cadangan perancangan rekabentuk ruang dalaman.
Tetapi buku rujukan ini kebanyakkannya menggunakan sistem pengukuran lama iaitu imperial
dan mengandungi senarai kandungan yang terlalu padat dan ada yang kurang sesuai
digunapakai oleh pelajar-pelajar peringkat sijil di kolej komuniti, hanya beberapa topik sahaja
yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengatasi permasalahan ini produk
atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina untuk membantu pelajar-pelajar sijil
bidang rekabentuk dalaman dengan menyediakan satu rujukan yang mudah, ringkas dan
mempercepatkan proses pembelajaran serta menyiapkan tugasan dengan menepati masa yang
ditetapkan. Maklumat produk ini dipetik dan dikumpul sumber buku time-saver standard for
interior design and space planning, buku-buku yang berkaitan teknikal rekabentuk dalaman,
dokumen dan lukisan dari pelbagai projek serta katalog-katalog pengeluar.
185
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
1. Di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran permasalahan utama yang
dihadapi adalah rujukan buku yang menggunakan unit imperial iaitu kaki dan inci pelajar
perlu buat penukaran ke unit matrik.
2. Maka, proses pemahaman dan mengenali simbol serta proses pengukuran dan melukis
akan menjadi lambat.
3. Jangkamasa pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang agak panjang. Maka,
ingatan jangka panjang pelajar akan menjadi lemah dan kurang tumpuan.
4. Ada diantara pelajar yang kurang kefahamannya akan jadi lambat berfikir dan bertindak,
cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan serta akan cuai menjalankan aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
5. Penggunaan time saver ini juga kurang menarik perhatian pelajar untuk digunakan, Ini dilihat
dari aspek fizikal buku tersebut dari segi warna, ketebalan dan berat.
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
1. Merangkumi topik-topik yang difokuskan dalam pdp
2. Merupakan handy flash card yang telah dikategorikan mengikut skop bidang residensi /
kediaman
3. Skop residensi dijuruskan lagi kepada ruang-ruang susunatur yang terdapat di dalam
kategori ini. Ruang-ruang tersebut adalah seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, bilik
mandi dan ruang dapur.
4. Perincian didalam handy flash card ini terdapat bentuk simbol-simbol perabot yang telah
didimensikan dalam unit matrik secara terperinci dan memudahkan rujukan.
5. Mudah digunakan dan dibawa.
6. Material menggunakan art card. Ukuran handy flash card ialah 6 cm x 15 cm
186
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Menggunakan buku Time Saver yang Di permudahkan dengan menggunakan
mana menggunakan ukuran unit imperial ukuran unit matrik (milimeter)
(kaki dan inci)
My ergo DATA bersaiz poket, ringan dan
Buku Time Saver terlalu tebal untuk di mudah di bawa kemana-mana
bawa kemana-mana
Sekeping kad bersaiz 6 cm x 15 cm
Buku bersaiz 297mm x 210 mm
Berat : 500 g
Berat : 7 kg
Gambar memaparkan ukuran metrik
Pelajar perlu membuat kiraan pertukaran
unit (imperial ke metrik)
Gambar di lukis semula dan di masukkan
Susunatur pelan tipikal yang disediakan ukuran metrik
tidak mempunyai ukuran terperinci
Dimensi Simbol perabot tidak terperinci Simbol perabot dinyatakan dengan jelas
Hanya menggunakan kod warna, pelajar
Buku perlu di selak satu persatu untuk terus memilih ruang yang di perlukan
mendapatkan info berkenaan susunatur
perabot
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
1. Pensyarah telah mengambil inisiatif dari setiap permasalahan dalam PdP dengan
menyediakan My ergo DATA dengan tujuan melancarkan proses PdP dalam rekabentuk
ruang.
2. Kad telah di susun mengikut ruang dan di bezakan dengan warna bagi memudahkan proses
rujukan.
3. Pengajar telah melukis semula lukisan susuatur perabot menggunakan perisian AutoCAD
dan memperincikan lukisan dengan label dan elemen grafik menggunakan perisian Adobe
Photoshop. Kad yang telah siap di reka di jadikan imej .PNG ng tujuan cetakan bersaiz kad
187
4. Pensyarah telah membuat pengujian kepada pelajar semester 1 sesi Jun 2018 (44 orang)
dan semester 1 sesi Dis 2018 (12 orang) serta semester 3 sesi Nov 2017 (14 orang). Jumlah
pelajar adalah 70 orang bagi pelajar program rekabentuk dalaman
IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
1. Merupakan alat bantuan mengajar dan rujukan yang efektif dan praktikal
2. Menjimatkan masa pelajar dalam membuat penukaran pengukuran dari unit imperial kepada
unit metric.
3. Pelajar lebih berkeyakinan dalam melukis dan mengukur
4. Mudah mengingati dan menguasai simbol-simbol pelan, ukuran dan menyusunatur ruang.
5. Mudah dibawa setiap hari kerana handy flash card notepad style ini bersaiz kecil dan tidak
berat.
6. Carian yang mudah dengan kod warna yang spesifik untuk ruang.
Ringkas, mudah, kurang teks dan berwarna.
Mempunyai dimensi yang terperinci dalam satu simbol perabot dan pelan tipikal.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Data ini boleh dikompilasi dengan konsep notepad style yang mana setiap muka surat
mempunyai satu jenis simbol pelan perabot dan aksesori
2. Pengumpulan data-data terkini saiz-saiz perabot dan aksesori dari katalog-katalog
pengeluar perlu dikompilasikan untuk mengelakkan maklumat yang tidak terkini atau
ketinggalan.
3. Membuat kajian secara menyeluruh tentang kesesuaian medium untuk pengumpulan data
anthropometrik dan ergonomik selain dari buku rujukan time saver standard.
188
RUJUKAN
Joseph De Chiara, Julius Panero, and Martin Zelnik: Time-Saver Standards for Interior
Design and Space Planning : McGraw-Hill, 1991
Ruang Dalam Rumah, : Cetakan Dewan Bahasa & Pustaka, 1983
Pautan :
http://sakinahamid.com/ciri-ciri-kad-imbas-yang-bagus/
http://ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream
https://www.ikea.com/my/en/catalog/allproducts/
https://www.researchgate.net/publication/282906778_Inovasi_dalam_PdP_BM-
_Permainan_Bahasa-_Kotak_Magik
IKEA catalog
Index Living Catalog
189
Pensyarah :
NURUL AMALINA BINTI MOHD SUTI
SITI ZALEHA BINTI BAKAR
NURSYUHADA BINTI OTHMAN
(Program Fesyen dan Pakaian)
190
TAJUK
SWEET PATTERN
TUJUAN
Idea penghasilan Sweet pattern bertujuan membantu pelajar mahupun individu yang terlibat
dalam industri jahitan untuk mengembangkan idea fesyen.
Sweet pattern membantu para penggiat seni jahitan untuk mengurangkan risiko kehilangan
kepingan pola yang telah dihasilkan.
Dapat menjimatkan masa, penggunaan kertas dan mempercepatkan pengiat seni jahitan ini
untuk menghasilkan pakaian sekaligus dapat meningkatkan pendapatan mereka.
LATAR BELAKANG
Sweet Pattern merupakan inovasi dalam seni pembuatan pakaian yang telah di bagi
memudahkan para penggiat seni jahitan dalam menghasilkan pakaian dengan lebih cepat.
Dengan menggunakan Sweet Pattern, pengguna boleh mengubah 1 pola asas kepada 3 pola
fesyen yang berlainan dengan mudah.
Produk ini juga dihasilkan bertujuan untuk memudahkan penyimpanan serta
mengurangkan risiko kepingan pola hilang serta dapat menjimatkan penggunaan bahan
mendraf pattern/pola.
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh tukang jahit ketika menghasilkan pola.
2. Mencipta pemudahcara kepada masalah yang berlaku.
3. Mengaplikasikan idea pola 3 dalam 1 untuk menyelesaikan masalah.
191
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Pelajar jahitan didedahkan dengan 1 Pelajar boleh mempelajari 3 pola melalui
pola asas pada 1 masa. pola asas dalam satu masa.
Pelajar ketandusan idea dan perlu 1. Pelajar boleh membuat pilihan
merujuk kepada nota dan menghasilkan untuk menggunakan mana – mana pola
pola baru untuk mendapatkan skirt yang tanpa perlu membuat pola baharu, serta
berlainan untuk pola asal. boleh diletakkan terus kepada kain.
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
1. Mengenalpasti rekaan skirt yang boleh digabung dalam 1 pola.
2. Memilih bahan yang mudah disimpan oleh pengguna
3. Mewujudkan produk yang mesra pengguna dan boleh digunakan oleh semua peringkat umur
termasuk warga emas.
IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
Pelajar yang baru dalam bidang jahitan sangat berpuas hati dengan sweet
pattern, pilot test, telah dilakukan kepada pelajar – pelajar kolej komuniti sepenuh
masa rata – rata pengguna amat berpuas hati dengan produk sweet pattern
kerana membantu mereka memotong pola dengan cepat.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Menggunakan material yang mudah dilentur.
192
Pensyarah :
NURIMA AISHAH BINTI ZAINAL ABIDIN
Pelajar:
MUHAMMAD FURQAN BIN SAARI
MUHAMMAD HARITH
MUSTAQIM BIN MOHD YUSOF
MUHAMMAD IMAN BIN MOHD HISHAM
NAJIB ADAM BIN ABDUL RAZAK
193
194
TAJUK
FAST TRACK QR CODE REGISTRATION FOR KKSY SHORT COURSES
TUJUAN
Secara umumnya, tujuan inovasi ini dijalankan ialah bagi memudahkan urusan pendaftaran untuk
peserta kursus pendek (short course) yang menghadiri kursus di Kolej Komuniti Selayang. Antara
tujuan lainnya adalah;
i. Memudahkan pendaftaran peserta kursus pendek pada hari kursus.
ii. Memudahkan penyelaras mencetak resit bukti pembayaran kerana kebanyakan peserta
tidak membawa resit ’hardcopy’ (resit pembayaran adalah untuk rekod dokumentasi
pentadbiran).
iii. Memudahkan penyelaras mencetak sijil peserta kursus pendek tanpa perlu menaip
semula nama dan no kad pengenalan peserta.
iv. Memudahkan urusan pendaftaran dengan masa yang singkat.
LATAR BELAKANG
Kolej Komuniti Selayang sering menjalankan kursus pendek kepada komuniti setempat. Peserta
perlu membuat bayaran yuran sebelum menghadiri kursus untuk melayakkan mereka menjadi
peserta. Yuran perlu dibayar beberapa hari sebelum kursus untuk membolehkan tenaga pengajar
membeli barang keperluan untuk menjalankan kursus tersebut.
Semasa peserta menghadiri kursus, mereka perlu mengisi borang pendaftaran dan
mengemukakan bukti pembayaran. Di sini, penyelaras kursus memainkan peranan untuk
melengkapkan butiran setiap peserta. Butiran peserta adalah borang pendaftaran dan resit bukti
pembayaran. Kebiasaannya, proses melengkapkan 2 butiran peserta ini memakan masa yang
agak lama terutama jika bilangan peserta yang ramai. Pada era permodenan ini, penggunaan
QR Code sangat membantu untuk menyelesaikan isu kelambatan melengkapkan butiran peserta
kursus pendek tersebut.
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Qr Code Fast Track ini dibangunkan atas dasar berikut:
i. Kemudahan untuk bahagian pendaftaran kursus pendek.
ii. Kemudahan untuk mencetak bukti resit bayaran kursus pendek dengan cepat.
iii. Kemudahan untuk mencetak sijil peserta dengan cepat.
195
PERBEZAAN ANTARA PERKARA YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG
PERKARA YANG SEBELUM PERKARA YANG SEKARANG
Mengambil masa yang lama untuk cetak Tidak mengambil masa yang lama untuk
bukti resit pembayaran. cetak bukti resit pembayaran.
Peserta tidak membawa salinan bukti Segala bukti pembayaran boleh di hantar
pembayaran. melalui Qr Code.
Penyelaras mencetak sijil secara manual Penyelaras boleh terus mencetak sijil
dengan menaip satu persatu nama secara terus dengan kaedah mail merge
peserta. word dan excel yg diambil terus drp google
form.
PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Ianya bermula apabila penyelaras menghadapi masalah ketika meminta bukti
pembayaran setiap peserta secara hardcopy. Setiap peserta hanya menunjukkan gambar
pembayaran sahaja melalui telefon bimbit masing-masing. Penyelaras menghadapi kesukaran
untuk mencetak bukti pembayaran setiap peserta kerana terpaksa membuka whatsapp seorang
demi seorang untuk semakan.
Masalah timbul apabila berlaku kekeliruan diantara bukti resit pembayaran diantara satu peserta
ke peserta yang lain.
Penyelaras telah mencari cara untuk menghadapi segala masalah yang sering berlaku pada
setiap kali pendaftaran peserta kursus pendek dengan menghasilkan Qr Code yang boleh
menyelesaikan masalah itu. Setelah inovasi ini dihasilkan, penyelaras telah menjalankan
pemerhatian terhadap aplikasi yang akan dihasilkannya. Hasilnya agak memberangsangkan dan
mendapat maklumbalas yang positif daripada mereka yang menggunakannya.
196
IMPAK PENGGUNAAN INOVASI
Secara keseluruhannya, Qr Code Fast Track ini memberi dua (2) impak iaitu kepada penyelaras
dan peserta itu sendiri. Dari aspek penyelaras, ia memberi kemudahan dan kesenangan untuk
menyemak bukti pembayaran dan rekod kehadiran peserta. Bagi peserta pula, hanya mengisi
segala butiran yang terpampar melalui aplikasi Qr Code tersebut.
Inovasi ini boleh diaplikasikan oleh banyak pihak seperti orang awam, pelajar dan juga mana-
mana pihak untuk memudahkan urusan mereka.
Selain itu, ia berpotensi untuk menyebarkan cara penggunaan Qr Code kerana ia membantu
memudahkan pengguna untuk menyertai mana-mana pusat pembelajaran yang menggunakan
kemudahan tersebut. Oleh itu, rancangan pada masa hadapan adalah untuk memperbaiki lagi
ciptaan ini supaya ia menjadi lebih baik dan mudah diterima oleh mana-mana pihak .
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
iii. Mencari alternatif bahan yang lebih mesra pengguna.
iv. Membina fail peribadi melalui Qr code.
v. Meningkatkan tahap privasi yang lebih berkualiti.
197
Pensyarah Pembimbing :
PUAN NUR DIANA BINTI OMAR
PUAN ANIS ASHIKIN BINTI MD KAMAL
Pelajar :
MUHD ROHAIZADHAZIQ BIN MOHD NAWAR
KHAIRUN NAJAH BINTI AHMAD KAMAL
WAN AUNI BINTI CHE ZAKARIA
198
TAJUK
Penapis serbaguna
TUJUAN
Tujuan penapis serbaguna ini dihasilkan adalah kerana permasalahan kekurangan
penapis minyak di dalam dapur Latihan 2 Kolej Komuniti Selayang. Sebelum ini minyak
terpakai disimpan di dalam mangkuk stainless steel dan diletakkan di bawah meja demo
pelajar. Kerana permasalahan tersebut , pelajar kekurangan mangkuk stainless steel bowl
kerana digunakan untuk menyimpan minyak yang terpakai dan juga ruang bawah meja
demo tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.
Dengan wujudnya idea kami menghasilkan penapis serbaguna ini , dapat memudahkan
lagi kerja di dalam dapur serta dapat menjimatkan ruang dan memudahkan proses
membawa penapis minyak ini terus dibawa ke tempat pengumpulan kitar semula.
LATAR BELAKANG
Penapis serbaguna adalah gabungan beberapa jenis alatan seperti tin biskut ,penapis, skru,
pemegang stainless steel. Alatan ini dikumpulkan terlebih dahulu dan kemudian pada
permulaannya kami ingin memateri pemegang stainless steel bersama dengan tin biskut.
Namun, percubaan itu tidak membuahkan hasil. Seterusnya kami mencari inisiatif baru dengan
menggunakan skru. Penggunaan skru telah membuahkan hasil apabila berjaya melekatkan
pemegang stainless steel dengan tin biskut.
Seterusnya, kami bercadang untuk menggunakan jaring sebagai penapis. Namun, jaring tersebut
tidak dapat menapis kesemua bahan terutamanya bahan yang bersaiz kecil. Untuk mengatasi
masalah tersebut kami menggantikan jaring dengan penapis.
Untuk mencantikkan produk tersebut, kami telah menggunakan spray bagi menutupi pelbagai
corak yang terdapat pada tin biskut tersebut.
199
RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Seperti yang diketahui umum, penapis berfungsi untuk mengasingkan bahan dan bendasing.
Penggunaannya amat penting untuk mempercepatkan pengaliran minyak daripada makanan.
Selain itu, penggunaannya amat jelas untuk menapis ketulan-ketulan yang ada pada tepung dan
kekacang. . Oleh itu, rasional dalam pembangunan alatan inovasi ini adalah bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat masa kini kerana di dalam bidang ini masa dan
kebersihan amat penting bagi mengekalkan kualiti makanan.
Selain itu, penghasilan produk ini belum pernah dijumpai di tempat lain kerana ianya mempunyai
pelbagai fungsi antaranya adalah untuk menapis minyak atau tepung dan ia juga mudah untuk
dibawa ke tempat pengumpulan bahan kitar semula.
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Kaedah perlaksanaan inovasi ini bermula dengan pembelian dan penyediaan alatan untuk
menghasilkan produk ini. Setelah itu, proses ini diteruskan dengan pencantuman alatan dan
menghasilkan produk akhir.
200