The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROSIDING 2019-2ND EDITION old

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.hanani3003, 2022-08-07 21:32:49

BUKU PROSIDING PPIn 2019

BUKU PROSIDING 2019-2ND EDITION old

CARA – CARA PEMBUATAN :

1. Campurkan semua bahan kering dan adun sebati .
2. Campurkan air dan adun lagi .
3. Uli doh dengan kelajuan sederhana (anggaran 5 minit .)
4. Masukkan lelemak dan uli doh sehingga elastik ( anggaran 10 minit )
5. Bulatkan doh.
6. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam untuk proses penapaian .
7. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara .
8. Timbang dan bahagikan doh .
9. Bulatkan doh dan rehatkan selama 10 hingga 15 minit .
10. Bentukkan doh secara memanjang .
11. Rehatkan doh selama 45 minit untuk proses pengembangan terakhir .
12. Scouring /Kelas permukaan French Loaf tersebut dengan pisau yang tajam .
13. Gliskan permukaan roti dengan air garam .
14. Bakar pada suhu 190˚C - 200˚C selama 15- 20 minit atau sehingga roti masak .(5 minit

pertama spray dengan air )

RESEPI NUTRI FRENCH LOAF ( INOVASI )
BAHAN – BAHAN

Bahan – bahan Unit Kuantiti
Tepung roti Gm 250
Garam Gm 5
Yis Gm 3
Gm 3
Bread improver Gm 140
Air Gm 13
Gm 15
Lemak sayur Gm 15
Daun selom
Daun pegaga

101

CARA – CARA PEMBUATAN :
1. Campurkan semua bahan kering dan adun sebati .
2. Campurkan air dan adun lagi .
3. Uli doh dengan kelajuan sederhana (anggaran 5 minit .)
4. Masukkan lelemak dan uli doh sehingga sebati .
5. Masukkan kedua- dua sayuran tersebut sehingga doh elastik . (anggaran10minit)
6. Bulatkan doh.
7. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam untuk proses penapaian .
8. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara .
9. Timbang dan bahagikan doh .
10. Bulatkan doh dan rehatkan selama 10 hingga 15 minit .
11. Bentukkan doh secara memanjang .
12. Rehatkan doh selama 45 minit untuk proses pengembangan terakhir .
13. Scouring /Kelas permukaan French Loaf tersebut dengan pisau yang tajam .
14. Gliskan permukaan roti dengan air garam .
15. Bakar pada suhu 190˚C - 200˚C selama 15- 20 minit atau sehingga roti masak .(5 minit

pertama spray dengan air )

6.0 PERBEZAAN ANTARA ROTI BIASA DENGAN ROTI BERKHASIAT :

ROTI BIASA ROTI YANG DI INOVASI

 Rasa kosong dan tidak menyelerakan .  Rasa lebih berhasiat kerana adanya

campuran sayur selom dan pegaga .

 Tidak ada pembaharuan dalam roti

 Ada pembaharuan dalam roti iaitu

adanya cebisan-cebisan sayuran .

 Kurang berkhasiat

 Lebih berkhasiat kerana kerana adanya
vitamin dan zat besi pada sayuran itu .

102

7.0 PERANAN CALON DALAM MENYEDIAKAN INOVASI:
Ianya bermula dari penyelidikan kami , dimana kami ingin membuat pembaharuan yang
lebih unik tentang rasa roti ini . Di pasaran terdapat roti sebegini tetapi kami ingin
mencari tekstur yang lebih menarik supaya masyarakat diluar sana bagi mengamalkan
gaya hidup sihat yang lebih baik dari sebelumnya.

Dari penyeledikan ini , kami telah mencari bahan mentah yang berkhasiat untuk
menghasilkan inovasi yang baharu seperti sebegini .Setelah inovasi ini berjaya
dihasilkan kami melihat dari segi penerimaan orang ramai amat positif dan juga
kebekesanan gaya pemakanan yang seimbang iaitu Nutri French Loaf .

8.0 IMPAK/KEBERKESANAN
Secara keseluruhannya , Nutri French Loaf ini memberi dua ( 2 ) impak iaitu kepada
pemakanan yang seimbang dan pasaran produk . Dari segi pemakanan yang seimbang
, ia memberi nilai nutris yang tinggi kepada pengambilan makanan yang seimbang untuk
diet seimbang .
Bagi pasaran produk pula , roti sebegini memberi alternatif baru kepada masyarakat di
luar sana untuk mempunyai makanan sebegini .Segelintir masyarakat diluar sana ada
juga mahu makanan yang berkhasiat yang segera seperti roti Nutri French Loaf ini.
Inovasi dapat diaplikasikan banyak cara gaya pengambilan makanan kerana roti
sebegini boleh diambil dalam golongan yang berusia , remaja atau dewasan .

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
i. Menambah lagi nutrisi yang secukupnya .
ii. Mencari altenatif bahan mentah yang asli .
iii. Membuat kelas untuk mempelajari cara penghasilan roti ini lebih berleluasa .

HASIL PRODUK

103

KAEDAH PEMBUATAN
Bahan – bahan yang sudah ditimbang

Doh yang telah sebati bersama daun pegaga dan
selom
Doh yang sudah kembang 2 kali ganda

Canai doh

Proses mencanai doh secara memanjang

104

Proses membentukkan doh (memanjangkan doh)
Proses pengembangan buat kali terakhir dan di
gliskan dengan air garam
Roti sudah siap di bakar .
RESPON PEMBELI ( NUTRI FRENCH LOAF )

105

106

Pensyarah :
RAHAYU BINTI TAHA
ADAWIYAH BINTI RAZALI

(Program Pastri)

107

CAKE DÉCOR KITS

Rahayu binti Taha
Kolej Komuniti Selayang
E-mail: [email protected]

Adawiyah binti Razali
Kolej Komuniti Selayang
E-mail: [email protected]

Abstrak
Memperlengkapkan pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran merupakan tugas
pendidik dan dalam memastikan hasil pembelajaran (course learning outcome) tercapai
merupakan salah satu tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi
pembelajaran yang kondusif dan efektif merupakan elemen yang penting dalam proses PdP dan
hubungkait antara subjek yang diajar dan kebolehan tenaga pengajar dalam menarik minat dan
tumpuan pelajar sering menjadi isu dalam proses PdP tersebut. Pendidik cuba mengaplikasikan
pelbagai strategi pengajaran dengan harapan ianya boleh meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran. Salah satu strategi yang digunakan oleh institusi pengajian seperti Kolej Komuniti
adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered
Learning) dengan mewujudkan hubungan dan komunikasi dua hala di antara pendidik dan
pelajar. Pelbagai cara yang digunakan oleh pendidik dalam memastikan suasana pembelajaran
yang aktif dalam memperkembangkan kemahiran belajar, psikomotor dan sosial,
mengembangkan intelek dan kreativiti pelajar. Dalam memastikan matlamat dan objektif
pembelajaran tercapai, kaedah pengajaran yang berkesan seperti inovasi dalam PdP memberi
harapan kepada pendidik agar pelajar mampu berdaya saing di dalam kumpulan mereka sendiri
dan berupaya menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan dalam proses pembelajaran.
Kata Kunci: proses pengajaran dan pembelajaran, inovasi PdP

108

1.0 PENGENALAN

1.1 Matlamat dan objektif bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah
jelas bagi semua subjek dan apa jua matapelajaran iaitu memastikan pelajar mahir
dan dapat menguasai setiap subjek dan matapelajaran yang diajar. Dalam aspek
PdP, pelajar haruslah cukup bersedia untuk menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri namun kesiapsiagaan pelajar kadangkala boleh
dipertikaikan memandangkan ada pelajar yang tidak bersedia untuk menerima
kaedah pengajaran daripada pendidik. Oleh yang demikian, kaedah dan metod
pengajaran dan pembelajaran oleh seseorang pendidik perlulah yang menarik minat
pelajar dalam mengembalikan tumpuan dan fokus mereka di dalam proses PdP itu
sendiri. Proses PdP yang berkesan adalah berhubungkait di antara pelajar yang
bersedia dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ibrahim, A. (2004)
memperakui pendidik faham bahawa strategi yang sesuai boleh menarik perhatian
pelajar dan seterusnya pelajar mudah memahami apa yang disampaikan. Dalam
masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi yang jika dilaksanakan dengan
serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang mampu
menyediakan pelajar dengan nilai tambah (value-added). Mengikut Buntat, Y. &
Ahamad, L. (2012), kaedah yang boleh digunapakai oleh guru atau pensyarah adalah
dengan mewujudkan inovasi dalam PdP. Menurut mereka, inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif dimana kaedah atau cara
yang baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya
tercapai. Chin, 2014 juga menyatakan bahawa guru perlu memberanikan diri untuk
berubah daripada pemikiran yang jumud dan perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Alat bantu
mengajar merupakan salah satu kaedah atau metod yang boleh diaplikasikan oleh
guru atau pensyarah dalam proses PdP. Inovasi alat bantu mengajar berupaya
membantu pelajar lantaran tahap penerimaan pelajar adalah berbeza antara satu
sama lain dan kadar kecekapan pelajar yang berlainan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

2.1 Dekorasi hiasan kek memerlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi dalam
menghasilkan hiasan kek yang cantik dan sempurna. Pada masa yang sama, dalam
memastikan penghasilan dekorasi hiasan yang baik dan kemas, seseorang pelajar
atau penghias kek perlu menguasai teknik dan kemahiran piping dengan melalui
proses yang berterusan dan latihan yang kerap.

109

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik melihat kepada aspek
kemahiran piping yang belum dapat dikuasai oleh para pelajar. Terdapat 20 corak
hiasan yang perlu dikuasai oleh pelajar dan ini memberi masalah kepada mereka
untuk mengingati dan mengaplikasikan corak tersebut. Kebiasaannya pelajar akan
melihat pensyarah menghias corak (design) hiasan di atas papan kek dan pensyarah
perlu mengulang menghias corak (design) hiasan tersebut.

Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlu ada satu alat bantu mengajar yang
khusus bagi memudahkan pelajar mengingati corak (design) hiasan dan pada masa
yang sama menghasilkan dekorasi hiasan secara lebih praktikal. Penyelidik juga
berpendapat inovasi yang dibangunkan ini berupaya membantu penghias kek yang
baru berjinak-jinak di dalam dekorasi hiasan kek bagi membolehkan mereka
menjadikan inovasi ini sebagai panduan tanpa perlu mencari corak hiasan di laman
web.

3.0 CIRI-CIRI INOVASI
3.1 Material: Acrylic
Ukuran: 7"x10"
Ketebalan: 2mm.
3.2 Selamat untuk digunakan dan mudah untuk dibersihkan
3.3 Mudah dikendalikan dan cara penggunaan yang jelas
3.4 Tidak memerlukan penyelenggaraan
3.5 Tidak memerlukan ruang yang besar dan penyimpanan yang mudah

4.0 CARA OPERASI

4.1 Inovasi ini dilakukan dalam aktiviti PDP bagi subjek SPT 2103 Kemahiran Piping
dimana di akhir hasil pembelajaran sesi kursus ini (CLO), para pelajar boleh:
4.1.1 Menyatakan jenis corak penghasilan piping
4.1.2 Menghasilkan jenis-jenis corak piping asas dengan menggunakan peralatan
yang sesuai
4.1.3 Mengaplikasikan corak piping asas dengan kaedah dan teknik yang betul

Dalam aktiviti PdP tersebut, pelajar perlu menguasai sebanyak 20 corak (design).
Oleh yang demikian, para pelajar berupaya untuk menghasilkan corak piping asas
dengan lebih mudah dan berkeyakinan mengikut corak yang telah ditetapkan dengan
mengikut arahan yang diberi pada inovasi tersebut.

110

5.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI
5.1 Berikut merupakan gambarajah bagi penggunaan Inovasi Cake Décor Kit dan cara
perlaksanaannya di dalam PdP
1. Pelajar menyediakan Buttercream dan mengisi Buttercream di dalam piping beg

2. Pelajar menyediakan bahan dan peralatan bagi hiasan kek iaitu:
2.1 Inovasi Cake Décor Kit
2.2 Buttercream
2.3 Piping Beg dan Nozzle

111

3. Pelajar mula membuat corak di atas Cake Décor Kit

112

4. Pelajar menunjukkan contoh Inovasi Cake Décor Kit yang telah berjaya dihasilkan dan
mengulang proses tersebut bagi meningkatkan kemahiran.

113

6.0 IMPAK INOVASI

6.1 Apabila inovasi ini dijalankan kepada pelajar Sijil Pastri Semester 2 yang mengambil
subjek Hiasan kek ianya telah memberi impak positif kepada pelajar itu sendiri. Dari
aspek kemahiran, ia telah memberi nilai tambah sebagai alat bantu mengajar yang
efektif dan praktikal dalam melancarkan proses penghasilan hiasan kek. Alat bantu
mengajar yang mempunyai nama corak serta hiasan dan juga contoh corak itu sendiri
sangat membantu pelajar yang lemah. Inovasi ini juga boleh dijadikan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan bagi menguasai sesuatu kemahiran. Berikut
merupakan analisis daripada pemerhatian penyelidik terhadap penggunaan inovasi
Cake Decor Kits terhadap para pelajar:

PROSES SEBELUM PROSES SELEPAS

 Pelajar tiada alat bantu mengajar yang  Pelajar berkemampuan untuk

khusus bagi membolehkan mereka menghias mengikut corak (design)

mengikut corak (design) yang perlu yang diberi dengan lebih teratur dan

dipelajari tertib

 Pelajar tidak yakin dan hilang tumpuan

 Pelajar lebih berkeyakinan dan fokus

dalam menghasilkan corak yang

 Mengambil masa yang lama untuk dipelajari

menghias dan pelajar tidak mahir

kemahiran piping  Menjimatkan masa dan pelajar mahir

kemahiran piping

6.2 Alat bantu mengajar ini adalah custom made yang mana ianya tiada di tempat lain.
Jumlah kos yang diperlukan untuk inovasi ini adalah seperti berikut:

Kuantiti yang diperlukan : 1 set/20 keping

Harga : RM18/sekeping

Jumlah Satu Set : RM 360.00

114

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA

Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:

7.1 Memperluaskan skop penggunaan kepada modul pastri yang lain.
Inovasi ini boleh diperluaskan dan boleh digunakan untuk modul program pastri yang
lain seperti pembuatan kek dengan menggunakan format yang sama dan sedikit
modifikasi mengikut modul.

7.2 Memperbanyakkan penggunaan simbol atau gambar di dalam kits ini.
Penggunaan simbol dan gambar dalam kits ini boleh menarik minat pelajar dan
menambah pemahaman pelajar dalam penghasilan produk hiasan kek

7.3 Membuat kajian pada produk pastri secara menyeluruh.
Kaedah bagi produk pastri yang telah dipiawaikan boleh digunapakai oleh semua
tenaga pengajar kolej komuniti program pastri bagi mendapatkan produk yang
berkualiti tinggi. Kaedah pengajaran juga dapat diselaraskan untuk semua kolej
komuniti.

8.0 KESIMPULAN

Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif
dimana kaedah atau cara baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif
pengajarannya tercapai. Inovasi Cake Décor Kits ini adalah lanjutan daripada inovasi
Decorative Tips Card yang menggunakan template yang telah di laminate. Setelah inovasi
ini dihasilkan, penyelidik telah menjalankan pemerhatian di dalam bengkel untuk melihat
keberkesanan penggunaan cake décor kits ini. Hasilnya sangat memberangsangkan dan
mendapat maklumbalas yang positif daripada pelajar yang menggunakannya. Pada
pandangan penyelidik, inovasi ini berjaya mengembalikan semangat pelajar untuk belajar
dalam keadaan yang lebih relaks dan tanpa tekanan. Ia juga berjaya memupuk serta
mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Hasil penilaian
berterusan yang dijalankan kepada pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi
markah penilaian. Oleh yang demikian inovasi PdP iaitu menggunakan alat bantu mengajar
bukan sahaja dapat membantu pendidik meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran
mereka malah ia membantu memudahkan proses pembelajaran para pelajar (Ismail, 2003)

115

Penggunaan alat bantu mengajar juga perlu dirancang secara sistematik untuk
memastikan keberkesanan dan kesesuaian penggunaannya dalam proses pengajaran.

Rujukan:
Buntat, Y. dan Ahamad, L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-

Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Education, Volume 6 June 2012, Pages 44-58 / ISSN: 2231-
7376
Pautan: http://eprints.utm.my/id/eprint/26349/1/JTVEE-06-2012-004.pdf
Ismail, S. M. (2003). Pembangunan Modul Prinsip Ekonomi Dalam Topik Teori Permintaan Dan
Penawaran Bagi Pelajar Diploma Di Politeknik. Jabatan Pendidikan Teknik Dan
Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn
Ibrahim, A. (2004). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Dan Kaitannya Dengan Pembangunan

Diri Dan Peluang Pekerjaan, In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat
Kebangsaan 2004, 8-9 September 2004 , City Bayview Hotel Langkawi.
. (Unpublished)
Pautan: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf
Jasmi, K. A. dan Salleh, N. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan
Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah
Menengah: Satu Kajian Kes (Teaching and Learning-Centered Approach Student among
Islamic Education Outstanding Teacher and Teachers in Secondary School: A Case
Study) in 3rd International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013] at EPF
Institute, Kajang, Selangor, Malaysia on 6th – 7th April 2013, p. 773-783. ISBN:978-967-
10160-4-6
Pautan: http://eprints.utm.my/id/eprint/38371/1/Cover%20%26%20Paper.pdf
Chin, S. M. (2014). Inovasi dalam PdP BM- Permainan Bahasa- Kotak Magik
Pautan: https://www.researchgate.net/publication/282906778_Inovasi_dalam_PdP_BM-
_Permainan_Bahasa-_Kotak_Magik

116

Pensyarah :
RODZIAH BINTI IBRAHIM

AZLINA BINTI LONG
EZZAH ATIRA BINTI MOHD SOBRI

(Program Kulinari)

117

TAJUK
Ais krim beras perang

TUJUAN

Penghasilan aiskrim ini adalah untuk membantu masyarakat dalam memberi kesedaran kepada
mereka bahawa beras perang bukan hanya terletak pada makanan utama sahaja malahan ia
boleh dipelbagaikan dengan rasa dan warna yang berlainan. Ia boleh diinovasikan menjadi
lebih menarik, cantik, sedap dengan harga yang berpatutan. Kos untuk menghasilkan ais krim
ini tidak mahal tetapi mampu menjadi pencuci mulut yang begitu disukai ramai serta menjadi
produk kesihatan.

LATAR BELAKANG

Produk dessert sejuk beku ini dihasilkan kerana dapat menambah variasi kepada hidangan dan
ia adalah produk kesihatan. Kandungan nutrisi yang terdapat pada beras perang lebih tinggi
berbanding beras putih. Beras ini kaya dengan selenium yang dapat mengurangkan penyaki
seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Ia juga dapat merangsang penurunan berat badan.
Kandungan fiber dalam beras perang dapat memelihara usus membantu proses penghadaman.
Ia menjadikan kita cepat kenyang. Ia juga kaya anti-oksidan. Ia juga dapat menstabilkan gula
dalam darah yang membantu pesakit diabetes.
Beras perang mempunyai perisa sedikit berkacang dan lebih kenyal. Beras ini adalah peroi
iaitu berbutir-butir. Ia memerlukan air yang banyak untuk memasak dan memerlukan tempoh
yang panjang di dalam penyediaannya.

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Di dalam arus permodenan ini, masyarakat selalu memikirkan bentuk makanan yang boleh
diperbaharui agar makanan tersebut boleh menjadi lebih cantik, lebih sedap serta dengan kos
yang lebih murah. Masyarakat lebih mengenali beras perang dalam bentuk nasi tetapi
hakikatnya ia boleh dipelbagaikan menjadi minuman, dessert dan sebagainya. Salah satu
alasan mengapa beras perang jarang menjadi pilihan kerana sukarnya mendapat rasa yang
tepat berbanding beras putih. Realitinya beras perang mengandungi lebih banyak manfaat
serta khasiat. Ia mengandungi nutrisi, serat, protin, magnesium dan zink. Ia menjadikan kita
lebih cepat kenyang.

118

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Resipi ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran modul Pastry & Bakery 1 sama
ada bagi kursus Sepenuh Masa atau kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat. Setiap pelajar
akan diberikan resipi semasa kelas amali pembuatan dessert. Pengajar akan menerangkan
cara pembuatan ais krim ini sebelum membuat demonstrasi produk di hadapan semua pelajar
modul. Kemudian, pelajar akan menggunakan resipi untuk menimbang bahan dan membuat
ais krim tersebut.

Pelajar diedarkan dengan resipi
aiskrim.

Pengajar menerangkan cara
pembuatan aiskrim dan penggunaan

peralatan.

Pengajar menunjukkan demonstrasi
pembuatan produk.

Pelajar menimbang bahan-bahan
dan membuat produk dengan
berpandukan resipi.

119

PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG

Beras perang Inovasi Beras perang

 Beras perang digunakan sebagai satu Beras perang boleh dijadikan variasi
hidangan nasi setiap hari bagi makanan dan tidak tertumpu kepada nasi
melengkapkan diet harian iaitu diet sahaja.
kesihatan.

 Rasanya yang kurang enak berbanding Setelah diinovasi, rasa aiskrim ini menjadi

beras putih. kegemaran anak sehingga ke peringkat

dewasa dan warga emas.

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Calon menjalankan kajian bagi mendapatkan kaedah pembuatan aiskrim yang telah
dipiawaikan. Calon juga menjalankan pemerhatian di dalam bengkel bagi mencipta resepi baru
yang boleh digunapakai pelajar di dalam kelas.

IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT / PELAJAR

 Impak penggunaan produk di kalangan masyarakat adalah seperti berikut:
 Membuka minda masyarakat bahawa beras perang tidak tertumpu kepada hidangan nasi

sahaja malahan ia boleh dipelbagaikan.
 Di dalam modul Pastry & Bakery 2, ia boleh dimasukkan ke dalam topik Dessert.
 Penggunaan beras perang ini mampu mengurangkan pelbagai jenis penyakit seperti

kanser kolon, cegah sakit jantung, kurangkan kolesterol, berat badan yang seimbang,
menguatkan tulang.

120

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:
Membuat kajian kepada beras perang secara menyeluruh.
Kajian terhadap beras perang boleh dibuat secara menyeluruh tidak tertumpu kepada makanan
dan produk kesihatan sahaja, malahan boleh dipelbagaikan daripada sudut kecantikan juga.
Memupuk pemakanan yang sihat di kalangan masyarakat
Secara tidak langsung, pengggunaan beras perang ini di dalam aiskrim ini dapat memupuk
pemakanan yang sihat dan menjaga kesihatan di kalangan anak sehingga ke warga emas.

RUJUKAN
Intan Mas Ayu Shahimi( [email protected])11 Mei 2018.
Teknik pembungkusan beras perang: Kesan terhadap mutu semasa penyimpanan. (S. Wahid,
A. Rosniyana, MA. Hashifah dan S.A. Sharifah Norin.
Minuman Beras Perang Berkhasiat Tinggi No 1 di Malaysia :https://healthyrice.com.my/

121

LAMPIRAN A

AISKRIM BERAS PERANG
Bahan:

250ml dessert topping
200ml susu kotak dutch lady perisa coklat (1 kotak - perisa ikut suka)
sedikit gula kalau korang nak manis (aku tak suka manis)
100 gm beras perang- dihancur kasar
chip koko – hiasan

Cara-cara :

 Putarkan dessert topping sehingga kembang
 kemudian masukkan susu coklat dan putar sehingga sebati
 apabila dah siap, masukkan bancuhan tadi kedalam bekas dan ditaburkan dengan biskut

oreo yang telah hancur dan chip koko
 simpan di freezer peti sejuk sehingga beku atau setengahari.

EZZAH ATIRA BINTI MOHD SOBRI

122

Pensyarah Pembimbing:
NURHANANI BINTI SARIMAN

Pelajar :
NUR AMIRAH AMAL BT AZHAR

ELINA BINTI HARUN
NURUL HAMIZAH BINTI SHARIF

NUR HANANI BINTI SARIMAN

123

TAJUK
KERUJA adalah nama yang dicipta melalui gabungan kata KERUsi dan juga meJA. Kedua-dua
perabot ini telah memberi cetusan idea kepada terhasilnya inovasi ini.

TUJUAN
KERUJA dihasilkan dengan menginspirasikan penggunaan kerusi dan juga meja sebagai
perabot asas bagi sesebuah kediaman. Ia dihasilkan dengan idea untuk menggabungkan kedua-
dua ciri dan fungsi yang ada bagi membolehkan penggunaannya diperluas dan tidak terhad untuk
satu-satu kegunaan sahaja.

Rajah 1 Inspirasi yang mencetuskan idea untuk menghasilkan produk inovasi ini

LATAR BELAKANG
Penghasilan inovasi ini adalah kerana permasalahan dalam kegunaan ruang kediaman

yang semakin terhad. Majoriti bukaan ruang bagi kediaman mahupun bilik dilihat semakin kecil
dan terhad. Atas permasalahan ini inovasi ini dihasilkan agar ia bukan sahaja dapat digunakan
malah dapat disimpan dengan menggunakan ruangan yang kecil. Selain daripada itu, ciri-ciri
tambahan yang terdapat pada produk inovasi ini dapat membolehkan ia digunakan bukan sahaja
sebagai meja malah turut boleh dijadikan kerusi serta sebagai perabot mudah bawa dan
digunakan di luar contohnya untuk berkelah.

124

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Bagi penggunaan produk inovasi ini, ia dilihat mempunyai potensi yang sangat tinggi kerana
faktor penjimatan ruang dan juga pelbagai fungsi yang tersedia daripada satu produk. Ini sangat
membantu bagi mereka yang tergolong dalam kategori berikut:-

a) Para pelajar yang menyewa kediaman dan sering bertukar-tukar lokasi kediaman
berdasarkan semester mereka.

b) Individu bujang yang baru ingin memulakan kehidupan dan hanya mampu untuk
mempunyai perabot asas sahaja.

c) Keluarga yang mendiami kediaman dengan ruang yang terhad tetapi memerlukan
perabot jika mempunyai tetamu.

d) Mereka yang mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang bermain yang lapang dan
perabot yang minimum sebagai kelengkapan rumah.

e) Organisasi yang sering menjalankan pameran dan promosi di luar dan memerlukan
perabot pameran yang mudah guna.

f) Peniaga yang menjalankan perniagaan diluar dan dilaksanakan dalam bentuk mobile.

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Inovasi ini dilaksanakan secara penghasilan produk yang melibatkan rekabentuk kerangka

serta kusyen penutup yang membolehkan ia berfungsi bukan sahaja sebagai kerusi malah turut
boleh dijadikan meja.

125

Rajah 2 hingga 4 menunjukkan proses yang berlangsung semasa kerangka dipasang untuk
menghasilkan produk.

x) Rajah 2

xi) Rajah 3

126

xii) Rajah 4

Rajah 5 hingga 8 menunjukkan proses yang berlangsung bagi kerja-kerja jahitan kemasan
yang mana melibatkan penghasilan penutup yang berfungsi sebagai alas tempat duduk untuk
produk ini.

xiii) Rajah 5

127

xiv) Rajah 6

xv) Rajah 7

128

xvi) Rajah 8

xvii)PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

 Satu produk hanya boleh digunakan  Satu produk boleh digunakan

untuk satu saiz sahaja. dengan pelbagai saiz dan keadaan.

 Produk pelbagai kegunaan adalah  Produk pelbagai kegunaan
mahal berbanding yang biasa. kegunaan ini direka menggunakan
kaedah yang mampu milik.
 Kegunaan tidak boleh dipelbagaikan
kerana saiz dan keadaan yang tidak  Kegunaan boleh dipelbagaikan
boleh diubah. mengikut keadaan dan keperluan
tempat.

129

xvii) PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Kesemua calon merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan produk inovasi
ini. Tidak sahaja terlibat dari segi idea malah juga merupakan individu yang bertanggungjawab
menghasilkan dan merekabentuk untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Inovasi ini
adalah gabungan antara dua kepakaran iaitu pertukangan dimana ia melibatkan penyediaan
kerangka produk serta kemahiran jahitan bagi penyediaan alas sebagai kemasan produk.
Penyediaannya dilakukan dengan menggunakan alatan asas serta kemahiran dari pelajar-
pelajar yang mengambil kursus Sijil Operasi Perhotelan dan juga Sijil Fesyen dan Pakaian.

xviii) IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
Penghasilan produk ini adalah untuk membantu dalam memberi kemudahan kepada keluarga
mahupun individu dalam menyediakan perabot asas rumah yang boleh berfungsi dalam pelbagai
bentuk dan kegunaan. Produk ini juga dilihat berpotensi dalam memberi penjimatan ruang
terutamanya bagi ruang lantai yang mempunyai bukaan yang kecil dan terhad. Ini adalah
diharapkan dapat memberi keselesaan terutamanya untuk mereka yang tidak mampu untuk
mempunyai perabot yang pelbagai di kediaman mereka.

xix) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan kerangka dari besi adalah dilihat lebih kukuh dan menjimatkan ruang berbanding
kayu secara keseluruhan. Bagi bahagian kaki pula, kami merasakan pemasangan kekunci
seumpama selak pintu adalah boleh ditambah bagi membolehkan pergerakkan kaki
diminimumkan dan menjadikan ia lebih kukuh.

130

xx) Rajah 9 Cadangan rekabentuk kaki meja dan pemasangan selak untuk meminimumkan
pergerakkan kaki meja.

RUJUKAN

Priatna Eka Surya, Aneka Cara Menyambung Kayu, Pustaka Pembangunan Swadaya, tarikh
bahan diakses Mac 9,2019 dari laman web https://books.google.com.my.

Bagaimana Mengukur dan Menjahit Sarung Kusyen, tarikh bahan diakses Mac 11, 2019 dari
laman web http://makngahpora.blogspot.com/2013/05/bagaimana-mengukur-dan-
menjahit-sarung.html.

131

Pensyarah Pembimbing :
FATMA NURHIDAYATI ANANG

NORAZLINA BT ZAKARIA
MOHD KHAIDIR BIN CHE HASSAN

132

TAJUK

Inovasi dalam pemudahcara untuk membantu ibu bapa menguruskan beg sekolah pelajar tahap
1.

TUJUAN

Inovasi ini bertujuaan untuk membantu ibu bapa dan pelajar tahap 1 menyediakan buku
persekolahan mengikut jadual yang telah diberikan dengan lebih cekap dan jimat masa/efisen.

LATAR BELAKANG

Inovasi ini tercetus memandangkan situasi pelajar tahap 1 yang masih menyesuaikan diri ke
alam persekolahan. Kebiasaannya peranan ibu bapa adalah tonggak utama untuk membantu
pelajar tersebut untuk menyiapkan diri dan buku sekolah mengikut jadual. Setiap pelajar telah
diberikan jadual waktu yang tetap. Tetapi seringkali juga berlaku kesalahan membawa buku
teks, buku latihan ke sekolah yang tidak menepati kehendak jadual.

Tercetusnya idea ini adalah untuk memudahkan peranan ibu bapa yang kian sibuk untuk
menguruskan anak-anak yang bersekolah. Kaedah inovasi ini akan membantu ibu bapa
menyelesaikan masalah untuk mengenalpasti keperluan buku yang perlu dibawa mengikut
subjek-subjek yang ditetapkan mengikut jadual(hari).

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Inovasi ini adalah sangat rasional kerana kaedah yang digunakan sangat praktikal dan sangat
menjimatkan masa tanpa ibu bapa perlu melihat jadual setiap hari. Buku yang dibawa pelajar
ke sekolah akan sentiasa mengikut kehendak guru. Selain itu kaedah ini dapat membantu
pelajar tahap 1 yang belum matang dan sangat terkenal dengan isu beg berat kerana membawa
kesemua buku.

133

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Kaedah perlaksanaan inovasi ini dapat dilaksanakan selepas mendapat jadual dari pihak
sekolah dan melibatkan bantuan daripada ibu bapa pelajar.

Pembelian sticker note

Proses mengenalpasti buku teks & buku latihan mengikut
kehendak jadual

Proses kiraan berapa kali sesuatu subjek dalam
seminggu

Proses melekatkan bilangan sticker note pada buku mengikut
berapa kali dalam seminggu

Rujuk pada nama hari di sticker note untuk sediakan beg
sekolah

134

PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

 Mengambil masa yang lama untuk  Dapat menjimatkan masa untuk

memasukkan buku-buku ke dalam beg menyediakan beg sekolah.

sekolah.

 Memudahkan ibu bapa dan pelajar

 Kerapkali pelajar membawa semua buku merujuk pada sticker note buku apa perlu

menyebabkan beg berat diletakkan dalam beg sekolah.

 Isu kesalahan membawa buku  Mengelakkan isu beg berat kerana

bertentangan dengan kehendak jadual. pelajar membawa buku yang perlu

sahaja.

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Kami membuat pemerhatian terhadap isu-isu semasa yang berlaku dikalangan pelajar seperti
isu beg berat ke sekolah . Selain itu juga kami membuat pemerhatian dan sesi perbincangan
dengan ibu bapa yang mempunyai anak tahap 1 untuk mencari kaedah yang mudah, jimat masa
dan membantu pelajar ini untuk lebih cekap mengurus diri.

IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT

Impak penggunaan inovasi di kalangan masyarakat adalah seperti berikut:
1. Semua ibu bapa boleh mengaplikasikan kaedah yang mudah ini kerana ianya melibatkan
kos yang kecil tetapi memberi impak mengurangkan beban urusan seharian.
2. Membantu melatih pelajar tahap 1 berfikir secara kretif, berdikari dan mudah untuk
menguruskan diri sendri.
3. Melahirkan komuniti ibu bapa yang bertangjawab terhadap anak-anak secara tidak
langsung melancarkan aktiviti pengajaran guru disekolah.
4. Membentuk anak-anak bangsa yang berdikari dan mewujudkan persekolahan yang
tenteram dan harmoni.

135

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:
1. Memperluaskan skop penggunaan

Kaedah ini boleh digunakan untuk semua lapisan pelajar.
2. Hasilkan sticker note dengan lebih kretif

Sticker note boleh dihasilkan menggunakan kretiviti ibu bapa untuk menarik perhatian
pelajar
RUJUKAN
https://www.kickstory.net/2018/06/garis-panduan-isu-beg-berat-murid.html
https://www.pendidik2u.my/beg-sekolah-berat-kerana-tak-ikut-jadual/
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beg-murid-sekolah-memang-berat-maka-
apa-langkah-seterusnya-168877

136

Pensyarah Pembimbing:
UFFAIRRAH BINTI ABD HALIM

Pelajar :
WAN NUR AQELLAH BINTI WAN ZAINUDDIN

SITI AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN
AQILAH BALQIS BINTI CHE ZULKPLE

QHAIRIEZZA BINTI MOHAMAD ISA
(Program Kulinari)

137

TAJUK

Inovasi dalam penyediaan Colourful Lightning Wall Frame.

TUJUAN

Inovasi dalam penyediaan Colourful Lightning Wall Frame dilaksanakan bagi memudahkan
pengguna yang tidak gemar tidur di dalam keadaan terlalu gelap mempunyai sedikit
pencahayaan di dalam kamar mereka tanpa perlu tidur dalam keadaan lampu terpasang secara
sepenuhnya. .

LATAR BELAKANG
Colourful Lightning Wall Frame diperbuat daripada barang – barang terpakai yang digunakan
untuk dijadikan sebuah lampu hiasan. Barang – barang yang kami gunakan kebanyakannya
berada di dalam rumah dan mudah untuk didapati. Sebagai contoh, kotak kasut, pembalut
hadiah, riben, lampu tidur hiasan dan tali. Proses pembuatan produk ini sangat mudah dan boleh
dibuat di mana-mana. Kos untuk membuat produk ini juga berpatutan dan bahannya juga mudah
untuk didapati.

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Inovasi dalam penyediaan Colourful Lightning Wall Frame ini dibangunkan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna yang sukar untuk tidur pada waktu malam.
Rekaan ini dicipta setelah membuat beberapa pemerhatian di mana terdapat sesetengah
individu yang sukar untuk tidur pada waktu malam kerana keadaan bilik yang gelap disamping
tidak dapat tidur dalam keadaan yang terlalu cerah seperti membuka lampu utama. Produk ini
dapat membuatkan individu tersebut dapat tidur dengan selesa serta dapat membuatkan
suasana didalam bilik tidur mereka lebih menarik dan ceria.

138

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Kaedah perlaksanaan inovasi ini dihasilkan melalui hasil cetusan idea – idea yang kreatif dan
inovatif dalam mana – mana aspek kerja yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi. Bermula dengan mengumpulkan bahan – bahan terpakai.

Pengumpulan bahan terpakai

Mendekorasi kotak

Penghasilan origami dari kertas
warna

Proses menampal objek

Menambah lampu hiasan

PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)

 Tiada tempat spesifik untuk meletakkan  Dapat meletakkan barang di tempat yang

barang. lebih sistematik.

 Dapat menjimatkan ruang di ruang tamu.

 Ruang yang terhad untuk meletakkan

barang.

139

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Kami menjalankan kajian dan laporan pembuatan “wall frame” yang telah diinovasikan mengikut
kreativiti tersendiri. Kami juga menjalankan pemerhatian yang teliti bagi menghasilkan produk
yang berkualiti dan bermanfaat.

IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT

Impak penggunaan produk di kalangan masyarakat adalah seperti berikut:

5. Semua lapisan masyarakat terutama yang sukar untuk tidur pada waktu malam untuk
tidur dengan lebih selesa dan nyaman.

6. Penggunaan colourful lightning wall frame ini dapat mengubah emosi seseorang.
7. Dapat mengurangkan perasaan nyctophobia iaitu fobia ketika berada dalam keadaan

gelap.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut :

3. Memperluaskan skop penggunaan kaedah dengan format baru.
Peluang yang sedia ada memberi peluang dalam mengimprovisasikan sendiri produk
yang ingin dihasilkan.

4. Mempelbagaikan produk tersendiri dengan idea yang kreatif.
Kaedah dalam menambahbaik dan mempelbagai menjadikan menjadikan produk lebih
menarik dan berkualiti.

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/mobile/airforcemalaysia/panduan-kumpulan-inovasi-dan-kreatif
http://www.slideshare.net/mobile/amrihairul/lampiran6-v3

140

COLOURFUL LIGHTNING WALL FRAME

Bahan-bahan:
Kotak kasut
Pita pelekat
Gunting
Gam pistol
Batang aiskrim
Kertas
warna
Lampu hiasan
Riben
Kain hiasan flanel
Patung mainan hiasan
Kertas pembalut hadiah
Tali

Kaedah:
 Bentukkan kotak – kotak kasut yang terpakai dan jadikan sperti sebuah bingkai

gambar. Balut dengan menggunakan kertas pembalut hadiah.
 Kemudian, lekatkan kotak – kotak yang telah dibalut tersebut dengan

menggunakan double tape dan gam pistol.
 Seterusnya, lekatkan tali penggantung di bahagian belakang kotak kasut.
 Selepas itu, proses menghiasi kotak – kotak tersebut dimulakan.
 Langkah akhir, lampu hiasan akan diletakkan di sekeliling kotak – kotak tersebut.

141

Pensyarah :
SYAHRUL NAIM BIN IBRAHIM

(Program Fesyen dan Pakaian)

142

TAJUK

TELEKUNG TRAVEL

TUJUAN

1. Menambah fesyen telekung dipasaran sedia ada.
2. Telekung yang mudah dibawa dan mudah digunakan ketika travel.
3. Telekung yang mempunyai dwifungsi dalam satu rekaan telekung.
4. Penggunaan fabrik yang berkualiti bagi telekung dan tidak mudah meninggalkan kesan

kulapuk.

LATAR BELAKANG

Inspirasi idea telekung ini diambil daripada pakaian solat di negara timur tengah iaitu
Yaman namun bagi inovasi telekung ini, ianya dimurnikan dengan penambahan bahagian
penyimpanan barang dan boleh diubahsuai menjadi beg telekung. Telekung ini boleh digunakan
dimana-mana sahaja amnya dan lebih sesuai digunakan ketika menunaikan umrah & haji atau
ketika kerja luar dan melancong. Bagi umat islam kewajipan menunaikan solat lima waktu itu
adalah wajib, dan bagi golongan wanita masa kini mereka sangat memerlukan pakaian solat
yang mudah dibawa, senang digunakan dan mempunyai nilai estetika yang menarik

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

1. Menggarap inspirasi daripada pakaian solat dinegara Arab yaman
2. Mempelbagaikan variasi produk telekung yang dijual dipasaran
3. Direka bagi kemudahan pengguna dan mempunyai nilai estetika yang cantik.
4. Direka dengan kajian kehendak pengguna yang memberi maklum balas yang baik
5. Penggunaan fabrik yang tahan lasak seperti pvc dan denim.

143

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

144

PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN YANG
SEKARANG

Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
- Beg telekung dijahit sekali
 Beg telekung digunakan secara
berasingan bersama telekung
- Penggunaan kain yang biasa seperti - Penggunaan fabrik seperti denim
kapas, linen dan sifon
dan pvc.

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Telekung travel adalah pakaian solat untuk wanita muslim yang direka bagi memudahkan cara
penggunaan dan penyimpanan telekung. Telekung ini direka seperti jubah labuh tanpa
pemakaian kain atau sarong seperti telekung yang sedia ada dipasaran, ianya berbentuk seperti
jubah yang panjang yang menutupi semua bahagian aurat yang perlu dijaga oleh seorang
muslimah ketika mengerjakan solat.

IMPAK PENGGUNAAN PRODUK DI KALANGAN MASYARAKAT
1. Membolehkan pengguna menggunakan dan menyimpan telekung dengan mudah dan
cepat.
2. Menambah pilihan fesyen telekung yang berkualiti dan cantik dipakai.
3. Sesuai untuk dibawa ketika kerja luar dan travel.
4. Mempunyai pilihan warna dan hiasan yang cantik.
5. Direka dengan dua saiz standart sahaja
6. Dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Berwarna-warni di mana tujuannya ialah menarik minat pelanggan yang membelinya.
2. Bersaiz standart dan ringan bagi memudahkan penyimpanan.
3. Boleh digunakan dimana –mana sahaja, terutama ketika sedang travel.
4. Boleh dijadikan pouch beg untuk membawa telekung

RUJUKAN

http://mykamus.com/free/2010/09/telekung/

http://hairilhazlan.com/2010/12/27/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-kreativiti-dan-
inovasi/

145

Pensyarah Pembimbing:
MAZLINA BINTI SALLEH

Pelajar:
NUR FASIHAH BINTI AHMAD FUAD
MUHAMMAD NAZARUL IKMAAL BIN MOHD FAUZI

NUR ATEEQAH BINTI ZAINUDDIN
BATHMA VILOSHNI A/P SARAVANAN

VAASNAVI A/P SUBRAMANIAM
(Program rekabentuk Dalaman)

146

147

Pensyarah Pembimbing:
ALIMATUZAKIAH BINTI BOKHARI

Pelajar:
MARYAM ADLINA BINTI TUSIMAN
SITI NUR ZULAIKHA BINTI AHMAD BUDIMAN
WAN MOHD NAZRYN BIN WAN MOHD HAZLI
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD FAUZI

(Program rekabentuk Dalaman)

148

149

TAJUK
POLYVALENT (Pelbagai guna)

TUJUAN

Secara umumnya, tujuan inovasi ini dijalankan ialah bagi memudahkan kerja penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dan menjadikannya proses yang lebih praktikal. Antara tujuan lainnya
adalah;

i. Menghasilkan cara penggunaan bahan terbuang agar boleh digunakan semula serta ada
nilai komersil dan berpotensi.

ii. Dapat Menjimatkan kos kewangan
iii. Mengaplikasikan konsep produk mudah alih
iv. Memanfaatkan bahan terpakai dengan lebih efisyen

LATAR BELAKANG

‘Foam center board’ merupakan bahan asas dalam proses pembinaan produk sehingga
penghasilan produk akhir. Bahan asas diolah menjadi produk inovatif yang dwi-fungsi yang
mengetengahkan potensi bahan dan rekabentuk yang menepati ciri ergonomik. Tumpuan utama
rekabentuk ini adalah menghasilkan produk yang murah, ringan dan mudah digunakan.

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

POLYVALENT dicipta atas dasar berikut:
i. Mengkaji permasalahan sebenar di tempat yang sibuk dan kurang kerusi menunggu.

Contoh seperti tempat duduk di ruang yang terhad di hospital dan stesen transit aliran
ringan ketika waktu kemuncak.
ii. Pendedahan kepada jenis-jenis material di pasaran
iii. Kajian terhadap mekanisma penyambungan dan kemasan dan warna
iv. Mempelajari tentang praktikaliti dan fungsi melalui kajian antropometrik dan ergonomic

150


Click to View FlipBook Version