The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razlien, 2021-06-01 21:33:28

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

DR. KAMARUL ARIFFIN

SERAM
HOSPITAL

KOLEKSI CERITA SERAM HOSPITAL KIRIMAN
FOLLOWERS DR CHAKU

DISCLAIMER / PENAFIAN

Setiap kisah yang dipaparkan di dalam buku ini
adalah hak milik penulis sepenuhnya. Nama penulis
disiarkan bersama kisah yang dikongsinya.

Terdapat penyuntingan dan olahan terhadap
penulisan asal untuk memastikan kisah dapat
disampaikan mudah difahami oleh pembaca.

Kebenaran dan kesahihan peristiwa yang berlaku
dalam kisah-kisah di dalam koleksi ini hanya diketahui
oleh penulisnya sendiri.

PRAKATA

(Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan)

Kalau sebut sahaja hospital, kebanyakan orang
terbit rasa takut atau seram. Ada yang takut kepada
penyakit, ngeri dengan darah, seriau melihat jarum
suntikan, atau seram melihat kematian.

Selain itu, hospital juga selalu dikaitkan dengan
perkara-perkara yang aneh dan pelik, ini termasuk kes-
kes misteri dan paranormal. Setiap orang pasti pernah
dengar kisah seram tentang hospital.

Buku ini mengumpulkan lebih 100 kisah seram
berlatarkan hospital yang dikongsikan oleh para petugas
klinikal, petugas sokongan klinik, para pesakit serta
orang awam melalui akaun Facebook Kamarul Ariffin
Nor Sadan.



JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

(Faiz Najmi)

Ada satu syif malam di yellow zone tu bertubi-tubi
kes psikiatri masuk. Kalau kes psikiatri ni biasanya
hingarlah yellow zone dengan jeritan, hilaian, tangisan
pesakit yang mengalami psikosis.

Mujurlah selepas tengah malam hanya tinggal
seorang pesakit perempuan yang sudah pun lena dan
ditenangkan, menunggu proses kemasukan wad saja.

Kemudian masuk seorang pesakit psikiatri lagi,
lebih tenang orangnya, seorang wanita India muslim,
tiada jeritan atau tangisan. Katanya ada lembaga dari
kubur, menyuruhnya bunuh diri. Apabila saya tanya,
mana lembaganya? Dia jawab sebelah Doktor Faiz.

Saya dah periksa tak ada siapa di depan,
belakang, atas, bawah, kiri dan kanan saya. Hanya
jururawat, pesakit dan doktor lain yang bertugas. Saya
tak takut pun masa tu, hanya tertanya dari mana dia
dapat tahu nama saya, padahal malam tu lupa pakai tag
nama. "Barangkali nurse beritahu nama saya," saya
cuba bersangka baik.

1

"Dia bagi salam dekat doktor." Kata pesakit, tapi
saya tak layan dan pura-pura meneliti ubat-ubat
lamanya.

"Doktor Faiz jawablah salam dia, kalau tak dia
suruh saya bunuh diri."

Saya masih tak layan, tapi dah mula seram sikit.

"Nanti dia kacau Maria."

"Siapa Maria? Siapa nak kacau Maria?" tanya
saya.

"Jawab ja salam dia, Doktor Faiz. Dia dah bising
suruh kerat leher saya sekarang!"

Saya masih enggan, dan sambil itu
memastikan tiada alatan tajam dekat atau di
sekelilingnya.

Tak sampai seminit, pesakit wanita yang lena
ditenangkan tadi meracau menjerit kuat sampai satu
jabatan kecemasan dengar. Ini adalah jeritan dan
racauan yang lebih teruk daripada apabila dia masuk
tadi. Tambah lagi dia semakin resah dan mengganas,
cuba membuka restrainer(pengikat) dan melompat dari

2

katil. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya
jeritan yang kuat dan racau-racau.

Kami pelik, baru lebih kurang sejam saja bagi
ubat penenang. Biasanya ia bertahan agak lama. Dan
lebih seram lagi, nama pesakit itu memang Maria! Kami
tambah lagi dos ubat penenang sehingga dia lena
semula.

Sepanjang syif malam sehingga proses
kemasukan pesakit India muslim itu ke dalam wad, saya
tenung saja kepadanya. Patutkah aku menjawab salam
tadi?

3

WAD BERSALIN

(Mumun Najib)

Entah siapa yang jonah1 malam ni. Ibu-ibu semua
nak terberanak, jururawat pula cuma tiga orang sahaja.
Kebetulan ada dua ibu yang nak dihantar ke wad
bersalin. Aku dan M berganding bahu tolak dua
pengusung dalam masa yang sama.

Sampai di wad bersalin, jururawat di sana
mengarahkan agar salah seorang ibu dihantar ke bilik A,
dan seorang lagi ibu ke bilik B. Ibu yang pertama kami
dah hantar, tapi bilik untuk ibu kedua tu gelap dan
kelihatan di dalamnya ada seorang ibu yang baru lepas
bersalin sedang menyusukan anak dia.

Wanita yang sedang menyusukan anak di bilik B
itu rambutnya panjang mengurai. Aku beritahulah
jururawat wad bersalin, lalu muka jururawat itu dan
rakan-rakannya serta merta berubah. Mereka semua
kata dalam bilik tu sepatutnya tiada pesakit, dan selepas
kami semua pergi periksa, ternyata tiada sesiapa.

1 Seseorang yang menyebabkan ramai pesakit datang ke
hospital.

4

TANDAS

(Norizah Othman)
Ketika itu saya berada di hospital. Saya pergi ke
tandas pada pukul 4 pagi. Nak ke tandas itu, saya kena
lalu lorong di tepi bilik mayat. Ketika saya melewati
kawasan di sebelah tempat bedah siasat, ada bau yang
kurang enak mengiringi saya.
Pada ketika itu, saya hanya seorang diri. Tiada
sesiapa yang kelihatan di situ. Kawasan itu sungguh
hening dan lengang. Cuma bau itu sahaja yang agak
mengganggu saya.
Tapi, saya tak rasa seram sebab saya bukan jenis
penakut.

5

WAD REHABILITASI

(Soo Ai Da)

Saya ada dua cerita.

Pertama: masa kena ditahan di ICU selama
seminggu, mak cerita, ada satu pintu di ICU tengah
malam terbuka dan tutup dengan sendirinya beberapa
kali. Terus saya patah balik tak lalu kawasan tu.

Kedua: Ketika saya dimasukkan ke wad
rehabilitasi, ada satu malam saya tak boleh tidur. Jadi
saya baca novel. Sambil baca novel, tiba-tiba saya
terdengar bunyi air seperti di pam di dalam tandas di
tingkat atas. Masalahnya di atas wad rehabilitasi ni, wad
yang tidak digunakan dan dikunci.

Esoknya, gempar cerita Hospital Sultanah
Aminah terbakar. Tak tahulah itu adalah satu petanda
atau tidak. Itu sahaja.

6

WAD ORTOPEDIK

(Nur Farisya Sharuddin)

Cerita ni berlaku semasa zaman saya
housemanship. Waktu tu, posting ortopedik. Dalam pukul
2.00 pagi macam tu, saya nak rehat sekejap sementara
tunggu pesakit dari dewan bedah di hantar pulang ke
wad. Wad pun tenang-tenang sahaja. Alhamdulillah.

Saya pesan pada jururawat, “Akak, saya baring
dekat bilik nombor 1, ya! Kalau ada apa-apa, akak
panggil saya, tau!”

Selepas itu aku pun masuk ke bilik nombor 1 tu,
tutup langsir dan baring di atas katil. Letak sahaja kepala,
tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki orang berlari dalam
bilik tu.

Aku terus bangkit duduk dan tarik langsir untuk
membukanya. Skraaappp!!! Takut-takut ada kecemasan
ke apa, sehingga jururawat berlari-lari mencari aku.

“Eh, tak ada sesiapa pun. Gelap dan senyap
sahaja, sama macam masa aku masuk bilik tu tadi.
Hmmm…” getus hati aku.

7

Aku pun tutup langsir dan baring semula. Aku
letak sahaja kepala, terus dengar suara budak-budak
menjerit-jerit, galak macam seronok sangat
mengetawakan aku yang terpinga-pinga.

Apa lagi, aku terus laju-laju capai white coat, dan
berlari keluar dari bilik berkenaan untuk cari akak
jururawat semula. Takut aku nak tidur situ seorang diri.

8

BLOK BARU

(Asri bin Sapiee)

Seusai solat Isyak di masjid, saya bercadang
pergi ziarah abang di Hospital Umum Sarawak. Saya
bertolak terus dari masjid.

Sampai di sana, saya masuk lif, tekan punat ke
tingkat wad abang saya. Wad yang menempatkan abang
saya terletak di blok baru hospital itu. Bau cat di blok itu
pun masih segar.

Masuk sahaja ke dalam wad, tengok abang
tengah baring seorang diri. Saya mendekati dan duduk di
sebelahnya. Waktu itu abang baru selesai pembedahan
ketumbuhan dalam hidungnya. Kemudian abang tiba-
tiba buka cerita.

"Eh, malam tadi, abang jumpa Ju-on."

Dahi saya berkerut, "Macam mana abang tau tu
Ju-on? Abang mimpi kot?"

"Betul, abang masih sedar. Belum tidur. Malam
tadi pukul 1.00 pagi, abang tengok ada budak umur 4
tahun tak pakai baju, kulit putih semacam, rambut sebiji
macam hantu budak dalam cerita Ju-on tu lalu dekat

9

koridor depan tu sampai hujung. Dekat hujung mana ada
bilik. Yang ada, bilik stor, tempat cleaner simpan barang
cucian."

Saya jengah keluar bilik abang saya. Betul juga.
Kat hujung tu cuma stor.

Semasa meninggalkan wad untuk pulang, bulu
roma saya meremang semacam. Masuk sahaja lif, saya
baca ayatul Kursi berkali-kali. Menyesal saya seorang diri
pergi ziarah abang saya malam-malam buta begini.

10

MAKMAL INTEGRASI

(Azni Md Ismai)

Suatu malam Kak Alisa bertugas lebih masa di
unit mikrobiologi. Jabatan Patologi kami agak unik. Unit
hematologi dan unit biokimia digabung sekali, dan kami
panggil sebagai makmal integrasi, manakala tabung
darah berada belah depan dan bertentang dengan
pejabat. Unit mikrobiologi pula berada sebelah belakang
dan bertentang dengan unit sitologi yang berada
bersebelahan pejabat.

Di makmal mikrobiologi terletaknya dua inkubator
Bactec, satu model lama dan satu model baru.
sebahagian besar staf mikrobiologi akan buat kerja masa
oncall dekat kawasan integrasi. Walaupun pada dini hari,
staf mikrobiologi masih bertanggungjawab untuk
menerima sampel dari unit forensik mahupun
medikolegal.

Al-kisah malam itu kakak Alisa menerima sampel
tisu dari mayat yang telah 'berair' dan dia salah seorang
yang buat kerja di integrasi. Setelah selesai proses
sampel-sampel, termasuklah sampel forensik tu, Kakak
Alisa nak ke belakang untuk masukkan botol-botol blood
C&S.

11

Masa dia proses sampel dekat depan tadi, hati
beliau dah rasa tak berapa sedap. Tambahan pula
dengan kondisi sampel forensik tadi yang amat
mengerikan.

Masa Kak Alisa hendak ke belakang dengan
botol-botol Bactec tu, dia terasa ada sesuatu
mengikutinya. Berdebar tak usah ceritalah. Oleh kerana
perasaan tak syok tu kuat sangat, dia ajak seorang rakan
pergi sekali ke makmal mikrobiologi.

Berdualah mereka ke sana. Kawan Kakak Alisa
ni tunggu depan pintu makmal mikrobiologi, Kakak Alisa
pula pergi masuk dalam ke inkubator. Dahlah Bactec tu
duduk paling hujung sekali.

Masa kawan Kakak Alisa tunggu tu, rupanya
“benda” tu ikut tunggu dengan dia. Lepas Kakak Alisa
habis kerja dia, kawan Kakak Alisa tu pergi ke pejabat.
Memang rutin dia semasa oncall, suka buat kerja pejabat
dia. Malang betul malam tu, “benda” tu perhati sahaja dia
buat kerja sampai akhirnya dia terpaksa cabut lari, duduk
di makmal integrasi dengan lampu terbuka sampai pagi.

Nasib baik “benda” tu tak tunjuk rupa dia malam
tu. Kalau tak, mahu berbuih mulut staf oncall malam tu.

12

DEWAN BERSALIN

(Madir Cicindak)

Malam tu ramai ibu-ibu bersalin, tapi syukur
keadaan mula tenang sekitar pukul 3 pagi. Seorang
pelatih jururawat masyarakat (JM) ni sedang melakukan
tugas seperti biasa, iaitu mencuci peralatan yang telah
digunakan semasa menyambut kelahiran.

Semasa sedang leka mencuci di bilik basuhan,
dia terdengar pintu bilik basuhan itu dibuka, namun dia
tidak berpaling kerana menyangka bahawa itu kakak
tukang bersih (cleaner)

Kakak tukang bersih menyapa "Banyak kes
malam ni, dik?"

"Hurmm, boleh tahan juga banyak dia, kak," balas
pelatih jururawat masyarakat tersebut. Matanya masih
tertumpu pada peralatan yang sedang dibasuhnya.

Kemudian kakak tu bertanya lagi "Dik, kalau
kakak minta uri ibu sikit, boleh?"

Pantas dia menoleh, namun tak ada kelibat
manusia di situ melainkan dirinya. Meremang bulu roma

13

di tangan dan tengkuknya! Cepat-cepat dia selesaikan
basuhan, dan beredar dari situ. Seram!

14

LIF TINGKAT 10

(Fauzieya Harishah)

Pada malam kejadian, saya dari keluar wad untuk
ke farmasi yang berada di Jabatan Kecemasan. Waktu
itu, sudah lepas jam 12 tengah malam, maka saya redah
sahajalah dari blok A, pergi ke blok B, masuk blok C-D.

Saya perlu gunakan lif yang berada di lif blok C-D
tu untuk turun ke tingkat 2 di mana Jabatan Kecemasan
itu berada. Masa nak ke sana tu, semuanya OK.

Entah macam mana, masa nak naik semula ke
wad, sewaktu berada di perkarangan lif, saya terpandang
lif bomba terbuka. Lif lain semuanya tertutup. Dalam lif
bomba tu kelihatan ada pengusung tapi tak ada atendan
atau staf yang bertugas mengiringinya.

Saya mula rasa semacam.

Atas pengusung tu ada mayat, dan ia terbiar
sahaja begitu di dalam lif bomba berkenaan. Seramnya!
Lif tu pula statik sahaja, tak bergerak-gerak padahal lif tu
tak fungsi untuk "hold" pun. Lif-lif lain pun kelihatan
macam tak berfungsi sahaja.

15

Tak apa lah! Saya buat tak tahu, buat hati kering
sahaja dan pergi gunakan lif tengah untuk naik semula
ke wad. Semasa dalam lif, jantung saya berdebar-debar,
namun saya selamat sampai di wad tanpa ada gangguan
lain.

Bila saya cerita pada rakan-rakan di wad, rupa-
rupanya memang ramai terkena gangguan macam yang
saya alami. Ada yang jumpa dalam lif lagi. Hati-hati bila
naik lif bomba lepas 12 malam blok C-D OK!

Hospital mana? Carilah sendiri.

16

WAD FULL PAYING PATIENT (FPP)

(Fauzieya Harishah)

Lebih kurang jam 2.00 pagi, saya terdengar bunyi
pelik. Kedengaran seperti ada orang meracau-racau dan
menjerit-jerit. Apa kes pula ni?

“Ada orang bergaduh ke? Tak pun mesti ada
orang tengok TV lepas tu tak reti tak matikan kot! Hish,
menyusahkan betul!” getus hati.

Jadi, pergilah saya dan kawan saya periksa
setiap bilik. Tak ada pun TV yang terpasang. Tak ada pun
orang bergaduh. Semua pesakit tidur lena. Alahai, kami
salah dengar ke?

Tak sampai setengah jam kemudian, kedengaran
lagi bunyi yang sama. Kali ni kami buat tak dengar saja,
dan hanya pandang sesama sendiri. Namun, masuk kali
ketiga bunyi itu kedengaran, saya tekad nak pergi sergah
semasa bunyi itu kedengaran.

Suspens dah ni!

Bila periksa, rupanya pesakit di katil 17 yang
meracau. Risau juga dia terkena gangguan. Jadi saya

17

pergilah kejutkan dia dan penjaganya yang tidur mati
sampai tak sedar pesakit sedang meracau-racau.

Sekali, selepas pesakit terjaga, dia kata dia
mengigau rumahnya dimasuki pencuri.

Aduhai...

18

WAD FULL PAYING PATIENT (FPP)

(Fauzieya Harishah)

Nak dijadikan cerita, saya dan kawan saya kerja
berdua sahaja. Kebetulan kawan tu tak sihat. Awal-awal
lagi dia dah makan ubat dan terus lentok di kaunter
jururawat.

Maka tinggallah saya seorang diri jaga wad.
Kasihan juga tengok kawan tak sihat. Saya teruskan
kerja, buat laporan, dan buatlah apa yang patut. Kawan
saya tu tidur memang langsung tak sedar.

Lebih kurang jam 4 pagi, saya tengah leka
menaip laporan pesakit di komputer, tiba-tiba perasan
macam ada benda bulat hitam melantun di koridor di
kaunter. Meremang bulu roma saya.

Saya tengok skrin komputer yang paparkan visual
CCTV sebelah, tak ada apa-apa, tak ada pula benda
hitam tu.

OK! Tutup komputer.

Pergi terus dekat sebelah kawan yang tidur tu.
Lena sungguh dia tidur. Oleh kerana tak boleh nak ajak
dia berborak, saya pun main telefon. Tengah leka main

19

telefon, tiba-tiba terasa ada benda tarik poket uniform ni.
Tengok poket, tak ada apa-apa.

“Ya Allah, lindungilah aku daripada diganggu. Aku
hanya mencari rezeki,” doa aku.

Selepas itu, tak ada gangguan dah. Tak tahu
kenapa tak tergerak hati nak kejutkan kawan saya pada
masa tu. Malam tu, walaupun saya dah ada rasa nak
terkucil, sanggup tunggu sampai azan Subuh baru berani
pergi tandas.

20

WAD 7

(Suzi Azianti Hj Ismail)

Pada hari kedua aku ditahan di wad 7, pukul 3.00
pagi, aku memang dah tak tertahan nak membuang.
Jadi, terpaksalah juga aku ke bilik air untuk melepaskan
hajat.

Ketika aku nak masuk bilik air ada seorang kakak
sedang menolak kerusi roda mak dia keluar daripada bilik
air. Lega, bila tahu aku bukan seorang diri.

Kemudian, ada seorang lagi dekat dalam bilik air
tengah sikat rambut menghadap cermin. Aku cepat-cepat
melabur. Keluar kubikel tandas, kakak tu masih sikat
rambut lagi.

Aku pergi ke sebelah singki dia. Basuh tangan.
Tiba-tiba… bedebukkkk!

'Oppsss sorry. Tercabut pula kata kakak tu sambil
tunduk mencapai kepala dia di lantai bilik air.

21

WAD 7

(Suzi Azianti Hj Ismail)

Dalam gelap aku tinggalkan sebentar bonda yang
sakit di Wad 7 untuk bersolat subuh di masjid berdekatan
dengan hospital.

Aku melulu masuk ke tempat menunggu pesakit
luar untuk menanti suami menjemput. Dalam samar
lampu aku lihat ada yang sedang duduk di bangku.

“Ada teman, taklah takut sangat,” getus hati.

Aku pun duduk di sebelahnya. Sunyi sepi
suasana awal pagi sebelum dia bertanya jam pukul
berapa pada waktu itu.

"5.27 pagi," jawab aku sambil menoleh pada dia.

Dia tersenyum. Giginya susun teratur walaupun
berserpih. Aku tatap wajah dia. Dia senyum makin lebar.
Baju putihnya koyak rabak. Baru aku sedar dia duduk di
atas pengusung mayat. Ada tali mengikat mukanya.

"Saya kemalangan. Dah sampai ajal."

22

MALAM PERTAMA DI WAD

(Muhammad Wafi)

Di penghujung tahun 2013, aku telah didiagnos
dengan bladder stone (batu karang), dan dirujuk kepada
seorang urologist di sebuah hospital swasta yang terletak
di Penang.

Sebelum ke dewan bedah, aku sempat berbual
dan beramah mesra dengan jiran sebelah, yang juga
sedang menunggu pembedahan.

10.00 malam selesai pembedahan, aku ditolak
masuk ke bilik wad semula. Separuh badan aku ketika itu
numb (kebas), yang boleh bergerak hanya tangan dan
kepala.

Dalam kegelapan, jiran sebelah sudah tidur.
Dengkurannya nyaring.

"Mungkin tranquillizer (bius)," bisikku lagak doktor
Google.

Aku melihat warisnya dari celahan tirai.

23

Jururawat datang. Rutin pemeriksaan selesai.
Tirai pembahagi ditolak. Kosong! Katil kosong. Kerusi
waris juga kosong.

"Ah, sudah!"
Jururawat senyum, merangkak dan mengilai...
dan aku, masih tidak boleh bergerak.
NOTA: tak pasti apa berlaku kepada penulis selepas itu.

24

ISOLASI 1

(Noraayu Musytari)

Seorang bayi sedang nyenyak tidur setelah
tubuhnya dibersihkan dan wangi dengan bau losyen
semerbak. Keringat di dahi, aku lap dengan lenganku
yang juga basah dengan titisan peluh nipis.

Tiub suction(penyedut) yang lembut itu aku
lekapkan dengan pelekat hypafix(plaster) dipipinya. Aku
tidak mahu tidurnya yang nyenyak itu diganggu
secretion(lendiran) yang melambak di oralnya nanti.

Tiub itu ku pastikan berfungsi. Berkali-kali ku
periksa sambungan, dan tekanannya agar berfungsi
dengan baik sebelum aku tempatkan antara sumbing di
mulut dan hidungnya itu.

Continuous suction (sedutan berterusan) itu perlu
berjalan baik. Jika tidak, kasihan nanti dia lemas dalam
limpahan air liurnya yang luar biasa banyak dan likat itu.

Aku keluar dari bilik itu dengan nafas lega. Jam
sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi setelah pesakit
terakhir dari 3 orang bayi yang ku rawat di bilik isolasi itu.

25

Tergerak hati aku nak buat rondaan selepas jam
2.00 pagi, memandangkan sudah tiba waktu feeding (beri
makan) juga.

Terkejut bila aku lihat bayi terakhir yang tadi tidur
nyenyak, meronta-ronta kelemasan dalam banjir air
liurnya sendiri. Kalut setelah mendapati suction itu tidak
berfungsi. Aku lihat pada meter vakum.

Tak mungkin!

Off?

Aku hidupkan kembali dan melegakan bayi
tersebut dengan menyedut kahak dan liurnya dengan
bersungguh-sungguh.

Aneh! Tak pernah berlaku dan tak mungkin
berlaku. Seolah-olah mesin itu ditutup oleh seseorang.
Kepala vakum itu sukar digapai, tak mungkin bayi itu
terlanggarnya. Bagaimana?

Aku meninggalkan bayi tersebut setelah selesai
menyelesakannya.

Sekali lagi hatiku tidak merasa sedap, lalu aku
mengintai bayi tadi pada pukul lebih kurang 4 pagi.

26

Bayi tersebut kelemasan semula, hampir putih
wajahnya! Panik, aku kembali menyelamatkan keadaan.

Off lagi?
Vakum yang susah payah aku gapai untuk buka
semula tadi, tertutup kembali. Bulu roma ku tegak berdiri.
Aku mencari-cari surah al-baqarah di telefon ku dan
meletakkannya berdekatan dengan bayi tersebut
semasa menyedut kahaknya.
Mesti isolasi 1. Kalau apa-apa nak berlaku
mengapa mesti di bilik isolasi 1 ini. Patut pun semua
rakan sejawatku menolak dan mengeluh jika terpaksa
jaga isolasi 1, lagi-lagi di waktu malam.

27

WAD ANTENATAL

(Nor'aini Hassan)

Aku berbaring mengiring di atas katil
membelakangkan pintu. Tiba-tiba kedengaran ketukan
dan pintu dibuka. Aku menoleh. Kelihatan dua orang
jururawat.

Seorang daripadanya memegang bayi berkata,
"Mrs. Lee, bayi awak nak menyusu!"

Aku terus menelentangkan badanku. "Eh anak
saya belum lahir", sambil menunjuk perutku yang besar!
Nasib baik belum melahirkan, kalau tak, tak pasal-pasal
bawa balik anak orang lain.

Jururawat itu tersipu-sipu kerana tersalah dan
segera menutupkan pintu semula. Aku kembali
mengiring dan cuba melelapkan mata.

Eh, bukankah tadi ada dua orang jururawat?
Mataku kembali terbuka luas. Kelihatan sepasang mata
merah sedang merenungku.

28

SPECIAL CARE NURSERY

(Noraayu Musytari)

"Ayuuu!! Sister (Ketua Jururawat) panggil ni awak
tak dengar ke?"

Jelas terdengar Sister Siti Aishah menjerit nama
ku di luar. Hmm, tak senang betul aku nak 'memerut'
dalam tandas serba nyaman ni.

"Ayu!! Eh Ayuuu!!" jeritan sister kedengaran lagi.

"Isyh, sister ni nak apa panggil-panggil aku ni. Tak
senang betullah" cepat-cepat aku menghabiskan urusan
ku dan pam jamban tersebut.

Pintu tandas di bilik special care nursery (SCN) 2
itu ku kuak. Terlihat Sr Siti Aishah yang masih berdiri
dengan wajah berkerut di hadapan kaunter jururawat
yang berdepan dengan bilik itu.

"Ada apa sister?"

Muka sister berkerut lebih hebat. Mukanya yang
berlipstik merah terlihat sedikit pucat di kulit. Ditenung
aku tak berkelip seolah-olah hairan akan sesuatu. Tiada

29

sepatah yang terkeluar dari mulutnya melainkan hanya
terbuka luas menganga.

“Sister, ooo sister. Sister!"

Aku menepuk bahu Sr Aishah dan bertanya
kenapa dia berkelakuan begitu. Aku pelik. Kenapa
ditenung aku begitu. Bagai mahu marah saja.

"Ya Allah, Ayuuuu!!! Awak dari mana ni, saya
panggil awak, awak tak sahut!"

"Sister, saya tengah memerut kat dalam tu ha.
Saya tak senang betul dengar sister terjerit-jerit panggil
saya" ujar ku sedikit marah.

"Awak kan keluar pintu depan tu tadi, saya
panggil tapi nampak belakang awak ja, awak jalan laju-
laju lepas tu terus keluar ke pintu tu. Saya dah nak capai
bahu awak tadi."

"Ayu dari tadi dekat dalam tandas bilik tu sister.
Saya tengah beri susu pada baby-baby ni tadi, saya pun
pelik dengar sister panggil-panggil siapa dekat luar
macam nak marah." ujar Kak Azlina, jururawat
masyarakat(JM) yang bertugas sekali denganku pada
malam itu.

30

"Habis, kalau awak dekat dalam, yang tadi
berjalan keluar tu siapa? Saya siap kejar tau, dah nak
capai bahu dia dah."

"Sister ni biar betul?" aku mula merasa seram.
Muka sister terus pucat. Kali ni semua terdiam.
Muka aku juga turut pucat.
Siapa 'aku' yang sister kejar tadi? Kalau dapat
dicapai bahu 'aku' tadi, agaknya apa jadi?

31

TRANSFUSI DARAH

(Noraayu Mustari)

Pokk!

“Aih, jatuh lagi...” keluh ku lalu mengangkat beg
darah dalam bentuk pedibag itu, dan letak semula atas
troli berhampiran seorang bayi.

Keadaan bayi yang separa sedar dan
pernafasannya disokong oleh mesin ventilator itu buat
aku resah. Aku perlu untuk transfusi darah pada dia.
Sepatutnya beg darah tersebut dah sampai awal malam
tadi lagi, tetapi disebabkan beberapa hal, beg darah
lewat sampai dan buat aku resah.

Yalah, ni dah pukul 1.00 pagi nak buat tranfusi
darah. Mengantuk tahu. Hisyh!

Pokk!

"Eh, jatuh lagi beg darah ni dah kenapa?" tanpa
syak, aku ambil beg darah tersebut di lantai dan letak
kembali di atas troli. Aku kembali membelakangkan troli
dan menyudahkan proses transfusi darah tersebut.

32

Jari-jemari aku ligat mengurai segala tiub halus
untuk mencari ruang bagi aku labelkan picagari 50ml dan
tiub halus yang bersambung padanya sebagai darah
yang ditransfus.

Pokkk!

Darah aku berderau tak semena. Aku menoleh ke
belakang. Beg darah yang sama, jatuh lagi ke lantai.

Monitor ECG yang terpampang mula
menunjukkan bacaan merah pada denyutan nadi bayi.

"188 bpm(beats per minute). Apa ni, jangan
kacau aku lah, aku nak buat kerja ni," ujar ku keras dalam
nada menggigil.

Beg tersebut tidak ku kutip seperti yang aku buat
sebelum itu. Kaki ku laju meluru keluar dari bilik isolasi 1
itu.

Gila. Bilik yang tiada angin, berpendingin hawa,
dan beg diletak pada permukaan rata, boleh jatuh
berkali-kali.

Ada 'sesuatu' cuba nak dapatkan isi dalam bag
kecil berwarna merah itukah?

33

Kasihan bayi tersebut. Degup jantung laju tiba-
tiba. Aku terpaksa tinggalkan, semangat dah terbang
dah. Pukul 4 pagi baru aku masuk semula bilik tersebut.
Itu pun berteman.

Mungkin 'dia' haus. Nak cucuk straw nak minum
dari beg darah itu tapi tak dapat asyik jatuh ja kot.

34

WARIS

(Nor Muhammad Hafiz bin Samad)
Saya bersama team Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) respon satu kes MVA(motor vehicle
accident / kemalangan jalan raya). Pesakit mengalami
sedikit kecederaan sahaja. Alhamdulillah.
Setelah pesakit dimasukkan ke dalam ambulans,
saya menegur, "Bang, isteri abang dalam kereta tu lagi.
Kami rawat dia lepas ni."
Pesakit tersebut membulatkan mata dan berkata
"Saya memandu seorang je, encik".

35

ASRAMA JURURAWAT

(Dr. Anip Bazli)

Tahun 2012 ketika saya masih houseman di
Hospital Sungai Buloh, saya masih bujang dan menetap
di asrama jururawat di mana segelintir houseman juga
turut menetap di situ.

Kebiasaannya, setiap malam saya akan tidur di
bilik itu berpasangkan lampu. Biasalah sebab saya takut
tidur gelap. Hehe. Tetapi malam tu agak lama saya cuba
pejamkan mata untuk tidur tetapi mata tetap juga tidak
mahu tertidur…

Memikirkan sebab mata tidak mahu terlena itu
mungkin disebabkan lampu, saya pun terus mematikan
suis lampu. Tidak lama kemudian saya pun terus tertidur
sehinggalah...

Saya terjaga secara tiba-tiba pada malam tu dan
berasakan diri saya kaku tidak boleh bergerak. Pelik dan
bingung dengan apa yang terjadi!

Dari samar cahaya lampu jalan, mata saya
menangkap satu kelibat berbaju putih berambut panjang
berada di tepi tingkap bilik saya, dan kelibat itu secara
perlahan-lahan mula menghampiri saya.

36

Wajah kelibat itu putih, saya tidak dapat
memerhatikan mukanya dengan jelas dalam samar
lampu cahaya jalan itu.

Saya pun cuba untuk terus melaungkan azan
tetapi yang peliknya suara saya tidak dapat keluar
seolah-olah terkunci. Saya dapat merasakan dari ekor
mata saya, yang lembaga itu sedang memerhatikan saya
di samping bunyi hilaiannya yang perlahan seolah-olah
memtertawakan saya..

Saya masih tidak dapat bergerak dan hanya
bertawakal sambil terus melaungkan azan di dalam hati.
Tiba di penghujung kalimah azan, akhirnya badan saya
dapat bergerak semula di samping suara saya yang
terkunci sebelum itu tiba-tiba dapat melaungkan secara
kuat kalimah azan. Allahuakbar!

Lembaga itu terus mengilai hilang bersama dalam
kepekatan malam.

37

TANGGA

(Muhammad Helmi Shah)

Azman belum tidur, dia duduk berlunjur atas katil,
sekejap tengok kiri, sekejap tengok kanan.

Abang katil sebelah tanya, "Kau apa hal resah
semacam je ni?"

"Nak berasaplah bang."

"Kau pergi tangga hujung tu line clear."

Dia berjalan, rokok dan pemetik api disorok dalam
lipatan baju.

"Nak pergi mana?" tanya jururawat.

"Ambil angin jap, panas malam ni."

Sampai hujung terus dia bakar rokok, sedut dan
hembus. Tiba-tiba ada orang lalu di tangga itu. Rokok
dicampak ke bawah koridor, Azman berjalan pantas
masuk wad.

"Laju je.." abang katil sebelah tegur.

38

"Tak clear bang, baru nyala ada orang lalu.."
"Kau gila ke? Tangga tu mana ada orang guna.
Kan tangga tu dah dipagar dan dikunci sejak aku mati
dekat situ dulu."

39

WAD ONKOLOGI KANAK-KANAK

(Nur Atiqah Zulkifli)
Jam 12 malam di wad onkologi kanak-kanak, ada
seorang kanak-kanak cina mengalami demam panas
sehingga suhunya 40 darjah selsius sedang menggigil
dan lemah.
Saya mengarahkan misi untuk menyediakan air
suam dan kain untuk buat tepid sponging (jerlum) setelah
memberikan paracetamol kepada adik itu. Kami juga
dibantu oleh nenek adik itu.
Setelah demam sedikit kebah, adik itu bertanya
kepada neneknya, "Popo, kenapa budak itu makan kek
coklat dengan comotnya?" sambil menunding jari ke arah
kerusi sebelah neneknya yang kosong.

40

SYIF MALAM

(Nurul Azleen Mohamad)

Malam tu kena kerja syif malam. Selepas selesai
rondaan malam, dan menyiapkan nota pesakit, aku pun
bergegas ke tandas.

Lama dah tahan, dari mula syif lagi. Kalau selalu
buat macam ni, boleh dapat batu karang!

Selesai menunaikan hajat di tandas, aku pun
menuju ke singki untuk mencuci tangan. Amalkan 7
langkah cucian ya.

Selepas tu, aku belek-belek sekejap muka. Cuci
muka yang rasanya dah macam zombi.

Tiba-tiba, ada senyuman di cermin.

Eh, aku rasa muka aku toye ja. Tak ada senyum
pun, tapi kenapa dalam cermin aku senyum?

Terdengar suara mengilai!

“Hiiiiiiiiii...”

Aku pun lari meninggalkan tandas.

41

PLASENTA

(Erma Sharmilla)

Syif malam. Ada pesakit postnatal(selepas
bersalin) di dewan bedah perlu di pindah keluar ke wad
postnatal.

Aku letak pesakit atas troli dan barang pesakit di
bawah troli, termasuk uri pesakit. Aku tolak troli ke lif.
Perlahan sahaja aku tolak. Keaadan sunyi sepi.

Sesudah hantar pesakit ke wad postnatal. Aku
pun berpatah balik ke dewan bersalin, masa nak masuk
lif, tiba-tiba pesakit tadi lari ke arah lif dengan muka
pucat.

“Nurse, mana uri saya?” tanya dia.

Aku lihat bawah troli. Ada darah meleleh.

“Nurse, mana uri saya?”

Tak semena-mena, pintu lif tutup.

Aku tekan balik butang tingkat 5.

Pintu lif terbuka semula.

42

Di luar lif kosong! Tiada pesakit tadi.
Aku lari semula ke wad postnatal dan masuk balik
ke katil pesakit tadi. Pesakit tu sedang tidur. Berdengkur.
Urinya ada di bawah baby cot.

Siapa yang minta uri daripada aku
semasa di lif tadi?

43

WAD OBSTERIK & GINEKOLOGI

(Nur Farhana Noor Musa)

"Puan, boleh saya masuk? Saya nak ambil
darah."

Jam 3.54 pagi.

"Sekejap, saya pakai tudung dulu. Awalnya hari
ni?"

"Saya suka awal-awal."

6 kali percubaan, gagal.

"Ish... aku tebuk pakai gigi karang. Susahnya!"

"Haha seramnya doktor ni. Cuba baca bismillah,
dapatlah nanti."

"OK, done! Saya ambil lebih ni. Kita nak buat
ujian lagi"

Angguk.

Sambung tidur.

44

6.35 pagi.
"Puan, bangun puan. Kami nak ambil darah ni."
"Eh, pagi tadi dah ada doktor datang ambil darah.
Doktor Raz apa entah nama dia."
Dua orang jururawat dan seorang doktor
perempuan saling berpandangan.
"Saya di kaunter tu dari tengah malam. Mana ada
doktor lain masuk?" bisik jururawat.

45


Click to View FlipBook Version