WAD OBSTERIK & GINEKOLOGI
(Nur Farhana Noor Musa)
2.57 pagi.
Kedengaran kaki diseret lemah.
Berat.
Tirai memang ditarik menutupi katil. Di bawah
langsir, nampak kaki.
"Nisa, kau ke?"
"Ya... Sakit, kak." jawab Nisa.
"Biasalah, anak sulung. Selamat semuanya ya?"
"Rasa nak terjun ikut tingkap ni. Boleh mandi
pantai. Hihihihihi." kantanya.
"OK, lawak.."
7.45 pagi
Seorang wanita tua masuk.
46
Duduk di kerusi katil sebelah.
Menangis.
"Makcik?"
"Nisa tu, teruk keadaan benar dia. Dari pukul
sebelas dalam dewan bersalin. Sekarang pun tak boleh
keluar lagi. Baby dah lemah benar."
"Makcik, pukul tiga pagi tadi, Nisa?"
"Dalam dewan bersalinlah. Makcik yang
temankan dia."
47
WAD KELAS DUA
(Nur Farhana Noor Musa)
Tiga katil kosong. Tinggal katil saya yang bertuan.
Jam 3.00 pagi, kedengaran tangisan bayi yang sangat
kuat.
Seperti biasa, saya yang dimasukkan ke wad
kerana PPROM(pecah ketuban pramatang / tak cukup
bulan) memaksa diri untuk bangun menolong ibu-ibu
yang masih lemah baru melahirkan, uruskan bayi
mereka.
Tiga katil di wad saya kosong. Mungkin bayi di
kaunter jururawat.
Saya keluar bilik. Kosong juga. Saya jadi hairan.
Seorang jururawat menghampiri.
"Kenapa, puan?"
"Tadi saya dengar suara baby. Kuat sangat. Ingat
ada mak yang baru keluar dewan bersalin, tapi.."
Jururawat senyum sambil suruh saya masuk bilik
semula.
48
Kembali ke bilik.
Dari arah pantai, terdengar alunan merdu, "Ulek,
mayang diulik…”
49
WAD ONKOLOGI KANAK-KANAK
(Nurhashimah Mohamad Zin)
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku sedang
periksa seorang budak di dalam samar-samar cahaya
lampu katil pesakit.
"Ish! Kenapalah lambat sangat
platelet(komponen untuk pembekuan darah) kedua ni
nak habis?"
Yang si budak ni pula, tadi OK ja. Masuk beg
platelet kedua ni pula, menangis sampai tersedu-sedan.
Berkali-kali aku periksa jarum di tangan budak ni.
Em… OK je. Sedang aku belek-belek jarum, budak tu jerit
"Ocong!! Ocong!!"
Masa tu, tepat adik tu pandang aku. Terus aku
keluar dari bilik dia sambil terasa hembusan nafas di
bahu. Sempat aku intai di sebalik cermin pintu bilik tu.
Lembaga putih betul-betul di hujung katil, betul-
betul tempat aku berdiri tadi. Pocong!
50
KAUNTER PENDAFTARAN
(Masrov Tukirov)
Ini kisah yang berlaku semasa saya bekerja di
kaunter pendaftaran kemasukan wad di sebuah hospital
di selatan tanah air.
"Encik, boleh tolong check nama ni tak? Encik
Ahmad bin Kudin, umur 65 tahun. Dah dua hari tak balik
rumah. Kot ada masuk hospital ke?"
"Jap ya puan, saya check dekat komputer.”
Saya pun periksalah senarai nama pesakit dalam
hospital. Tiba-tiba teringat sesuatu.
“Oh, ada-ada! Dia kat wad tingkat 2 ortopedik.
Semalam masuk wad. Boleh saya tahu, puan ni sapa,
ya?"
"Saya isteri dia.. Kenapa ya ada apa-apa ke?"
tanya wanita itu.
"Err... maaf puan isteri nombor berapa, ya" tanpa
ragu-ragu saya bertanya
51
"Bukannya apa, tadi pun ada orang tanya nama
yang sama, mengaku dia isterinya juga" sambung saya.
"Haaa? Bila masa orang tua ni kahwin lain?
Celaka punya jantan. Nak kena ni. Jaga kau!"
Dalam hati aku "kantoi sudah!"
Nota: Ni bukan cerita hantu tapi cerita orang naik hantu.
52
SYIF MALAM
(Annisa Said)
Al-kisah berlaku di wad antenatal/postnatal di
blok baharu.
Jam terus berlalu, menjelang penghujung waktu
kerja malam, dua orang jururawat ingin menukarkan pad
untuk pesakit-pesakit selepas pembedahan
Ceasarean(LSCS)
Mereka mula dari kubikel kelas 3, kemudian
barulah ke hadapan, iaitu kubikel kelas 1. Apabila
sampai di bilik 1A.
"Eh, nurse nak buat apa, ya?" tanya pesakit di
bilik tersebut.
"Kami nak tolong tukarkan pad, puan."
"Tapi tadi dah ada seorang nurse yang tukarkan
pad saya," balas pesakit itu lagi.
2 orang jururawat tersebut berpandangan
sesama sendiri sambil berkerut.
53
Lantas, mereka bertanya kepada 2 orang lagi
rakan mereka. Rakan mereka mengatakan mereka tidak
menukarkan pad pada pesakit tersebut.
Tap, siapa yang tukarkan?
54
SYIF MALAM
(Nurul Idayu Muaz)
Syif pagi tukar syif petang, lepas tu naik syif
malam. Hurm...baru ja rasanya kerja syif malam.
“Tak apa, stay strong! Nanti dapat cuti 3 hari, ”
itulah kata-kata yang selalu bermain dalam minda. Konon
nak sedapkan hati sendiri.
Seperti biasa, masuk kerja syif malam, suami
hantar. Rutin harian yang jadi ringan sebab dah co-pilot.
Hehe.
Malam ni kerja dengan senior tip-top cun! Jumlah
pesakit malam tu, 18 orang. Mak oi! Dah lah malam ni tu
giliran call 1 dan call 4 untuk hantar kes rujukan dari
hospital ni ke hospital besar. Hurm, joget lambaklah
jawabnya aku malam ni.
Kak senior tip top cun call 1. Aku pula call 4. Tak
apalah, rezeki. Habis pass report (serah/terima tugas).
Masing-masing buat kerja guna gear 5. Tak lengah-
lengah.
Tup-tup, pukul 11.30 malam Kak senior tip top
cun tu kena keluar iring kes rujukan ke hospital besar.
55
Peluh sejuk aku dah merembes keluar. Ubat oral dah
habis beri pesakit. Tinggal pemeriksaan pesakit ja belum
siap. OK tak apa. Tarik nafas perlahan-lahan. Cuba bawa
bertenang.
Aku pun teruskan buat kerja seorang diri.
PPK(atendan) sahaja dapat membantu aku melayan
kerenah para pesakit malam tu.
Tingtong! Tingtong! Loceng wad berbunyi
menandakan ada kes baharu masuk ke wad. Aku sambut
kes baharu dulu. Setelah tempatkan pesakit baharu itu di
katil, selesakan dia dan ambil tanda vital, laju ja kaki pergi
ke kaunter untuk tulis laporan kes baharu.
Baru nak duduk, gedengang, bunyi laci besi
ditarik dan dihempas. Aku terkejut dan pandang laci tu
tapi tak nampak kelibat orang.
“OK OK, tak apa. Tak ada apa tu,” kata aku
untuk sedapkan hati.
Duduk 5 minit, datang pula lagi satu kes baharu.
Aku uruskan kes baharu sehingga selesai dan
kembalilah aku ke kaunter. Nota kes pertama tadi pun
belum siap ni, ni kena buat nota kes kedua pula.
56
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil semangat untuk
teruskan kerja. Dalam kepala otak fikir nak selesaikan
nota kes baharu dulu, kemudian baru buat nota laporan
lagi 18 pesakit yang sedia ada dalam wad.
Dummm! Sekali lagi bunyi gedegang laci besi
ditarik dan dilepaskan. Automatik PPK yang kerja dengan
aku tu, melompat kat aku.
“Staff nurse dengar tak? Saya dengar dua kali
dah ni,” kata PPK tu.
aku pula control tahap gaban untuk kekal tenang
depan dia. Laju ja aku balas “dengar, tak ada apa-apalah
tu…”
Dalam hati terdetik, “habislah, kenapa kau tegur?”
Tiba-tiba dengar bunyi benda bergolek dari pintu
masuk kedua wad sampai ke tengah kaunter kami duduk.
Hilang bunyi tu, dia sambung pula bunyi cakaran di siling
wad.
Automatik aku terus ketar. Pegang pen pun tak
boleh. Menggigil nak baca apa. Terpaksa buka bacaan
surah yassin di telefon. Dah buka, tapi terhenti sendiri.
Hambik kau!
57
Dup dap… dup dap… kami dah duduk dekat-
dekat. Berpeluh-peluh dah. Masing-masing terkumat-
kamit baca ayat kursi.
Dia masih main-main lagi atas siling. Yang
hairannya, pesakit semua tidur, waris pun tidur, makin
rancak dia duduk main-main dekat atas tu.
Tak tahu nak buat apa. Terus telefon wad sebelah
untuk panggil PPK lelaki supaya teman teman kami.
Bila PPK lelaki sampai, terus hilang pula bunyi-
bunyi tu. Penyudahnya, dekat sejam juga PPK lelaki tu
teman sampai kak senior tip tip cun tu balik dari hantar
kes. Malam tu ketiga-tiga kami tak pergi tandas.
Kami solat subuh agak lewat, dekat pukul 6.45
pagi bila orang syif pagi dah sampai.
58
WAD DENGGI
(Ain Pazir)
2 tahun lepas, mak aku kena denggi. Jadi, siang
malam aku tunggu dan jaga dia di wad. Ada satu malam
ni, aku terjaga dalam jam 3.00 pagi sebab nak ke tandas.
Biasalah hospital lama kerajaan, tandas hujung
bangunan.
Lepas aku melepaskan hajat, aku basuh tangan
dekat sinki. Masa tu, aku nampak dekat cermin ada aunty
Cina rambut putih jalan di belakang aku.
Terhuyung-hayang di jalan. jadi, aku tolong
papah dia masuk ke tandas dan tunggu sekejap. Dalam
hati aku ingat nak tolong dia balik ke katil dia semula.
Tunggu punya tunggu, aunty tu tak keluar-keluar.
Aku ketuk pintu, aku dengar berdehem. Jadi aku OKlah.
Dia tak selesai lagilah tu. Dua tiga saat lepas, tu datang
bau. Dalam hati aku cakap “aunty ni sakit apa ya?'
Bau tu macam daging reput.
Jadi, aku tak tahan nak bau, aku ambil keputusan
untuk tunggu luar tandas. Lama juga aku terpacak depan
tandas tu, sampai jururawat datang tegur aku dan
59
bertanya. Aku cakaplah aku tunggu aunty. Jururawat tu
tanya “Aunty mana?”
Aku dah cuak. Aku masuk balik tandas tadi, aku
buka pintu, aku tengok aunty tu tak ada dah! sah! Bau
daging reput tu....
Aku balik semula ke katil mak aku sambil
terngiang-ngiang dekat telinga aku jururawat tu cakap
“wad ni tak ada aunty macam yang kamu cakap tu .Wad
ni yang ada, Melayu tapi tak ada pesakit tua.”
I was like (T_T)
60
HOSPITAL PANTAI TIMUR
(Engku Shazatty)
Pada suatu malam yang hening di salah sebuah
hospital di pantai timur. Ketika itu semua pesakit sudah
lena dibuai mimpi. Tinggal aku kelip-kelip mata seorang
diri sebab tak dapat tidur.
Tiba tiba rasa mahu terkucil. Maka aku bangun
pergi tandas seorang diri. Sempat bertegur dengan misi
yang asyik dengan tugasnya di kaunter.
Setelah selesai melepaskan hajat, waktu basuh
tangan di singki sempat nampak seorang pesakit
perempuan rambut panjang di singki sebelah. Dengan
rambut mengurai panjang tutup muka. Bila ditegur,
langsung tak dijawab.
61
HOSPITAL PANTAI TIMUR
(Engku Shazatty)
Hari tu, pernah masuk wad di salah sebuah
hospital di pantai timur kerana migrain teruk. Lepas
masuk air semua, naik atas wad sekitar jam 11 malam.
Tak ada sesiapa tunggu sebab fikir mak nak
uruskan adik sekolah keesokan harinya. Satu malam tak
dapat lena langsung. Baru ja lena sekejap, rasa ada
orang hembus nafas dekat telinga, dengar tapak kaki
orang jalan, bunyi budak mengekek ketawa.
Bila intai tak ada apa-apa pun, senyap sunyi ja
wadnya. Intai lagi sekali nampak budak-budak duduk
main kejar-kejar. Keesokannya, misi cakap dekat situ
memang port “dia”.
62
ONCALL DI KLINIK KESIHATAN
(Mohd Haniff)
Hari tu keluarga dari kampung datang ke rumah
untuk menginap semalaman. Kebetulan minggu tu saya
oncall dan malam tu ada kes jam 2.30 pagi.
Adik dan ibu menemani saya merawat pesakit.
Sesudah selesai beri rawatan, masa kemas-kemas dan
nak kunci pintu klinik. Adik saya ternampak lembaga
perempuan tua hodoh (mata merah tersembul) di almari
ubat di kaunter farmasi.
Dia seorang sahaja nampak.
Kami yang lain cuak, terus bergegas balik ke
rumah(kuaters klinik). Sampai di rumah, tutup pintu dan
baca surah-surah apa yang patut.
Tiba-tiba perasan sesuatu di bawah pintu. Saya
pun mengintai bawah celahan pintu, saya nampak kain
putih melayang-layang. Hujung kain meleret-leret di
lantai. Dalam 15 minit, benda tu pun hilang.
KK Tenggaroh 2, Johor
63
MAKMAL MIKROBIOLOGI
(Azmi Md Ismail)
Suatu malam aku kena oncall, kebetulan kena
malam Jumaat. Dari siang tu dah tak berapa sedap hati.
Aku adalah antara staf yang buat kerja seorang diri dekat
makmal mikrob ni. Bagi aku senang nak ambil barang.
Nak jadi cerita ada seorang SO(senior officer) ni
stay back dekat makmal sitologi buat kerja dia. Sekali-
sekala dia masuk ke makmal mikrob. Legalah sikit ada
peneman.
Sementara nak tunggu pukul 12 malam, radio pun
dipasang tapi yang geramnya, boleh pula saluran radio
Suria yang cerita seram tu yang berkumandang!
Oleh kerana banyak jugalah sampel nak
diproses, aku malas nak tukar saluran radio tu. Lagi pula
radio tu duduk dekat pintu menghala ke inkubator CO2
yang lampunya hidup segan, mati tak mahu.
Dekat pukul 11 malam, SO tu masuk makmal
mikrob. Aku tegur dia "Lah, ingat dah balik, ada lagi kat
sini rupanya"...
64
"Kejap lagi baliklah, Kak Azni, " balas dia dan
berlalu ke makmal virologi.
Tak lama kemudian dia keluar. "Balik dulu, Kak
Azni," katanya dan keluar ikut pintu belakang. Aku pun
tengok seimbas lalu sahajalah.
Dalam pukul 12 tengah malam nak ke pukul 1
pagi, aku kemas-kemas tempat kerja. Siap-siap nak
standby dekat integrasi, tiba-tiba ada orang tegur "saya
balik dulu, Kak Azni!"
Rasa nak tercabut jantung aku dibuatnya. Pakej
dengan melatah sekali. Rasanya kalau toreh muka pada
ketika tu, memang tak berdarah.
Syaitan betullah! Rupanya dia tak balik lagi, dia
pergi balik dekat sitologi. Lepas tu baru dia betul-betul
balik. Hampeh! Terkena aku!
65
AUTOPSI / BEDAH SIASAT
(Tajul Ariffin Nor Sadan)
"Lepas habis autopsi ni awak terus balik. Dah
pukul berapa dah ni? Nanti biar saya yang selesaikan
semua," ujar Dr. Jenny disebalik pelitup muka.
"OK, bos!" balasku sambil tersenyum.
Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 pagi.
Pukul 4.30 pagi, aku pun tiba di rumah.
Pukul 8.00 pagi. "Hello! Jul! Kau dekat mana?
Cepatlah!" teriak Hakim menerusi telefon bimbit.
"Cepat apanya?" balasku.
"Orang dah nak start autopsi ni. Dr. Jenny tunggu
ni!"
"Mayat baru ke?" Aku bingung.
"Mayat yang semalamlah. Kau pergi mana tiba-
tiba hilang pagi tadi?".
66
BILIK AIR
(Noraayu Mustari)
Pundi kencing aku yang penuh ini tak dapat
bertahan lagi. Memang jenis aku tak pernah berteman
jika ke tandas hatta ketika syif malam sekalipun.
Malam itu, lebih kurang pukul 3 pagi, aku menuju
ke tandas staf yang terletak di dalam kawasan persalinan
baju dan solat staf. Jauh sungguh nak menapak.
Tidak mahu menganggu rakan lain, aku berlalu
pergi sambil membelek skrin telefon.
Begitu khusyuk melayan proses melepas hajat di
tandas duduk yang serba selesa itu, tambah pula dengan
game di telefon yang sedang aku cuba habiskan.
"Ayu, kau lama lagi, tak? Tak tahan ni!" satu suara
di luar pintu memecah hening.
"Dah siap woi, siapa tu?"
Pintu ku kuak sejurus selepas beberapa saat aku
membalas sahutan tadi.
Tiada sesiapa.
67
Aku tidak mengandaikan apa-apa walaupun pelik.
Mungkin dia dah keluar pergi tempat lain kot. Tapi
selalunya jika ada orang masuk ke bilik itu, akan
terdengar bunyik tapak kaki. Tapi ini tiada pun. Hening
Berderau darah aku bila terasa ada hilaian halus
di tengkuk ku ketika keluar dari pintu bilik persalinan itu.
"Heheheeee~~"
Cepat-cepat aku melangkah dan meneruskan
kerjaku seperti biasa. Entah apalah yang ada dalam bilik
persalinan itu.
68
AHLI LEMBAGA PELAWAT
(Wang Sepong Atime)
Bilik X kerap kali menerima lawatan luar jangka.
Mereka ada yang berbungkus, berkelubung hitam,
berbulu, tiada kaki, malah model Pantene.
Teringat pada arwah makcik yang menghuni bilik
tersebut di saat aku meronda syif malam. Makcik yang
asalnya terlantar berhari-hari tiba-tiba boleh berdiri elok
menghala ke cermin sambil menunjuk-nunjuk sesuatu.
Pelik, dia cakap ada yang menolongnya bangun.
Awal pagi, sedang siapkan dia sejurus selesai mengelap
tubuhnya, dia tiba-tiba minta sikat dan melambai-lambai
ke arah siling sambil melaung-laung.
“Hei, buat apa merayap dekat situ. Meh turun ,
sikat rambut. Panjang sangat, dah tak nampak muka tu.”
Aku cepat-cepat siapkan dia dan terus biarkan dia
berbicara dengan makhluk tu sebab aku takut kalau aku
berbicara sekali, senang-senang pesakit lain kata aku ni
gila.
69
GANGGUAN DI WAD
(Nurul Idayu Muaz)
9 malam, dah habis ambil laporan. Pesakit di wad
ada 12 orang. Aku in-charge malam tu. Ada seorang
pesakit perempuan ni nampak letih. Dimasukkan ke
dalam wad katanya kerana sakit perut, tapi nampak dia
pelik sikit. Tak apalah, aku habiskan kerja rutin wad,
duduk buat laporan pesakit.
Tup-tup sampai sepasang suami isteri masuk
wad.
“Eh, tu bukan kawan laki aku ke? Laki dia ustaz,
kan? Hurm, buat apa datang pukul 12 malam ni?” kataku
pada diri sendiri.
Ada seorang lelaki mengaku suami pesakit
perempuan yang aku kata pelik tadi, minta izin nak
berubat melalui ustaz. Aku benarkan sebab aku kenal
ustaz tu. Ustaz yang mengajar masa aku tingkatan 6
dulu.
Seperti lazimnya, bila ustaz pun jalankan tugas
dia, si pesakit tadi dah mula meronta-ronta dan menjerit-
jerit sakit.
70
Aku tengok dari jauh sahaja. Lama juga tengok
aksi ustaz tu dengan bini dia usaha keluarkan sesuatu
dari badan tubuh tu. Sambil duduk tulis laporan pesakit.
Aku jeling-jeling sahaja dari jauh. Nak pergi dekat
memang taklah.
OK, selesai sesi perubatan secara Islam pukul 2
pagi. Kemudian ustaz dengan bini dia dah balik, pesakit
tu pula dah tercabut canulla(jarum di tangan) akibat
meronta-ronta tadi. Maka, akulah yang nak kena
masukkan yang baru.
Tak apalah, aku pun pergi nak masukkan canulla
baru. Aku mulakan dengan lafaz bismillah, namun
canulla aku tak boleh tembus urat pesakit tu. Keras
semacam sedangkan vena dia timbul elok.
Aduhai. Ketar dah tangan aku. Lalu aku bacalah
doa sikit-sikit yang aku tahu. Siap panggil kawan tolong
pegang. Lama juga, dekat setengah jam baru dpt
masukkan canulla.
Selesai alirkan IV drip (titisan intravena), Aku
kembali ke kaunter dengan kwn aku. Ketika tengah
duduk tu, tiba-tiba terdengar suara mengilai dari arah
tandas.
71
Lama suara mengilai tu. Aku tengok kawan aku,
kawan aku tengok aku. Sudahnya kami lari pergi masuk
ke bilik kaunter yang satu lagi. Dua-dua duduk rapat-
rapat, tak kata apa-apa. Pukul 5.30 pagi baru keluar buat
pemeriksaan tanda vital pesakit, dan tukar IV drip. Orang
pagi datang kerja baru siap.
Sebulan selepas tu, aku jumpa balik kawan lelaki
aku tu. Tanyalah pasal pesakit hari tu. Lelaki yang
mengaku suami perempuan tersebut tu bukan suami
perempuan tu pun. Kawan lelaki aku kata, Lelaki tu dah
beristeri, dan pesakit perempuan tu pula bujang.
Lelaki tu pun perangai macam hantu rupanya.
72
WAD PEDIATRIK
(Noraayu Mustari)
JM(jururawat masyarakat) Shanti asyik
membelek skrin di laptop. Wad pediatrik yang baru
dibuka di tingkat 8 ini masih belum berpenghuni. Hanya
dibuka, tapi pesakit masih belum ramai yang ada.
Malam itu yang menjaga wad hanya dua orang
JM sahaja, kerana tiada pesakit lagi di wad itu jadi
mereka sekadar berjaga di wad kosong itu bagi
memenuhi tuntutan syif mereka.
"Ish, gatal lah." tangan Shanti menepuk lengan
tangannya yang sebelah lagi dan menggaru-garu sambil
matanya asyik membelek skrin laptop.
Sesekali dia bermain game untuk menghilangkan
bosan berjaga berseorangan di kaunter. Hanya lampu
kaunter terbuka. Rakannya seorang lagi entah ke mana.
Pokk!!
"Ish, nyamuk ni. Gatal betul," sekali lagi dia
menepuk dan menggaru pada lengan dan tempat yang
sama.
73
Pok!!
"Aduh, gatal lagi," garunya bersungguh selepas
tiga kali dia terasa gigitan pedih dan gatal di tempat yang
sama.
Gigitan?
Nyamuk?
Wad 8 di hospital ini tiada tingkap terbuka, dan
ianya di aras 8, berhawa dingin. Nyamuk? Dari mana
datang nyamuk?
Kesan gigitan berbentuk dua lubang halus di
lengannya itu jelas kelihatan. Cepat-cepat dia mematikan
skrin komputer. Tiada kelibat nyamuk seekor pun
kelihatan.
Esok pagi, terasa badannya panas dan longlai
sejurus keluar dari pintu wad. Apa entah yang makhluk
yang menggigit JM Shanti malam tu.
74
MAKMAL HOSPITAL
(Azni Md Ismail)
Petang tu Juanita(bukan nama sebenar) bertugas
seperti biasa. Oleh kerana cerita 'pertembungan' rakan-
rakan yang lain dengan benda tak berapa syok, maka
Juanita selalunya akan proses sampel di makmal
integrasi
.
Lepas maghrib tu Juanita masuk ke makmal
mikrob dan dia perasan bilik Dr Linda(bukan nama
sebenar) lampunya terbuka.
"Doktor ada kerja kot, " fikir Juanita sambil
melintas bilik tu menuju ke Bactec yang kebetulan
menjerit-jerit ada botol positif. Tanggapannya disahkan
bila masa dia melintas tu dia nampak susuk Dr Linda dan
menegur Juanita dari dalam bilik tu. Juanita cuma
menjawab berbasa basi.
Lepas Juanita mengeluarkan botol positif tu, dia
tersentak. Lampu bilik Dr Linda gelap. Jantungnya dah
berdetak kencang.
"Bila masa pula doktor keluar, tak dengar bunyi
pintu pun..." segera Juanita mengumpul botol darah
positif dan bergegas keluar.
75
"Takut, ya... " tiba-tiba ada suara menegur di ikuti
hilaian halus.
Masa tu, Juanita rasa jauh sungguh pintu makmal
mikrob tu.
76
CONTINUOUS POSITIVE AIRWAY
PRESSURE
(Noraayu Mustari)
Seharian aku lihat ibu kepada bayi itu duduk di
kerusi menatap anaknya itu. Disebabkan masih
menggunakan CPAP untuk membantunya bernafas, si
ibu nampak sedikit ralat tidak dapat mengendong dan
mendukung bayinya itu.
Aneh.
Biasa waktu malam-malam begini semua ibu-ibu
bayi yang rooming in (menginap di wad menemani bayi
yang ditahan) dah masuk tidur. Oh ya, terlupa pula hanya
dia seorang sahaja yang tinggal dalam bilik itu kini.
"Kak Nash tak masuk tidur?"
"Tak apalah, Ayu. Akak nak tidur sini je malam ni
dengan baby."
"Kasihan akak, takkan nak tidur dekat kerusi ni,
kak."
"Tak apalah, Ayu. Akak sebenarnya tak berani
nak tidur dalam tu seorang diri lagi dah."
77
"Kenapa?"
Aku berkerut dahi, keran berasa pelik. Setahu aku
Puan Nashzelina ni memang berani orangnya. Kalau tak
ada ibu yang lain pun memang dia buat bilik tidur ibu tu
macam bilik sendiri.
"Malam tadi akak tidur, ingatkan ada ibu lain tidur
sekali sebab akak nampak balik langsir, dekat katil depan
akak, ada dua kaki terbaring lunjur dan bergoyang-
goyang. Macam orang tengah goyang-goyang kaki nak
tidur. Tapi, akak tak tegur. Mengantuk sangat, akak fikir
mungkin baby dia baru masuk NICU sini." jelas terlihat
mata Kak Nash menahan mengantuk sambil bercerita.
"Mana ada ibu lain Kak Nash. Kan akak seorang
sahaja. Tak ada pun rekod kita tulis ada ibu lain nak
masuk room in." ujar aku pasti kerana sering memeriksa
pada ruangan senarai bilik ibu.
"Sebab tu lah akak kat sini," ujar Kak Nash.
OK, aku faham dah. Kasihan Kak Nash, sampai
demam-demam. Agaknya kalau Kak Nash tegur, 'ibu' tu
jawab tak, ya?
78
TABUNG DARAH
(Azni Md Ismail)
Cerita zaman saya praktikal dulu.
Salah seorang staf tabung darah sampai dari
Pusat Darah Negara(PDN), dan wajib sekali lagi dia kira
stok beg darah yang dia dapat dari PDN walaupun dah
siap-siap kira semasa di PDN tadi. Setelah dia berpuas
hati dengan kiraan stok yang dia dapat, jumlah itu
direkodkan dalam buku lejer.
Esok paginya staf yang menjaga stok darah dan
komponen darah akan kira semula stok harian, untuk
kemaskini di papan paparan.
"Eh kata banyak ni, mana hilang lagi 2 packed
cell" bebel staf bertugas
Staf yang ambil stok pun pening "eh betul dah
aku kira semalam. Dekat PDN pun aku kira, kat sana pun
banyak tu.”
Oleh kerana tak puas hati, dua-dua tu pakat kira
semula. Dah berapa kali kira tiba-tiba staf yang ambil stok
semalam tu bersuara "patut la semacam ja malam tadi,"
dan kedua-dua saling berpandangan.
79
LIF
(Dr Hana Hadzrami)
Jam 2.00 pagi. Saya menunggu lif untuk ke wad
bersalin. Lega saya apabila mendapati ada seorang misi
dalam lif sewaktu melangkah masuk. Kami berbalas
senyuman.
Lif berhenti di tingkat 2. Seorang nenek
berselendang masuk. Saya senyum padanya namun dia
merenung tajam ke arah saya. Mujur dia keluar awal.
Lalu saya berbual dengan misi tadi.
"Seram tengok makcik tadi. Dah lah macam-
macam cerita ada dekat sini."
"Cerita apa doktor?"
"Cerita pontianaklah, orang tak ada kepalalah"
"Tak ada kepala macam ni ke?" seraya misi tadi
menanggalkan kepala lalu mengepitnya dicelah
ketiaknya.
Saya terpana. Kaku. Terlepas stetoskop dari
tangan saya.
80
BILIK ISOLASI
(Anwari Hamzah)
Sejak dari hari aku "ditegur" sang saka biru gelap,
aku mula merasa gelisah untuk menjaga mana-mana
pesakit di bilik isolasi tersebut.
Malangnya, kali ini aku terpaksa menjaga pesakit
batuk kering pula. Lebih memburukkan keadaan, dia
ditempatkan di bilik isolasi yang sama atas sebab
jangkitan batuknya agak teruk.
Bilik isolasi tersebut memang terkenal dengan
kisah kehadiran bayang-bayang seorang wanita muda
yang mempunyai rambut yang hitam dan panjang, serta
kerap kali mengganggu pesakit yang sedar dengan
memunculkan dirinya di cermin singki di bilik tersebut.
Beberapa staf juga pernah ternampak kehadiran
wanita misteri itu di sebalik mesin bantuan pernafasan,
sedang asyik bertenggek di bingkai tingkap bilik terbabit.
Doktor mengarahkan aku untuk dapatkan nombor
pegawai perubatan penyakit tibi. Maka aku pun terus
membuat panggilan di kaunter yang berada agak
berjauhan dari bilik tersebut. Kaunter jururawat berada di
hujung koridor wad.
81
Sedang aku asyik membelakangkan bilik isolasi
dan koridor tersebut sambil meletakkan gagang telefon
kemas di telinga kiri, aku merasakan ada satu deruan
angin yang sepoi membawa udara seram sejuk menjalar
dileher aku. Keras. Beraura. Bagaikan ada lembaga telah
lalu melintasi belakangku dengan begitu pantas sekali.
Aku berpaling, tiada sesiapa. Kosong. Aku keliru.
Sepanjang koridor tu, tidak aku lihat sesiapa pun yang
berkemungkinan berlalu melintasi belakangku.
Aku terdiam.
"Ahh, mungkin angin je kot", ujar hati kecil aku
memujuk ketakutan.
Lantas terdengar bunyi geseran halus bergema di
koridor tu. Bunyi bagaikan roda berkarat sedang
bergerak melintasi lantai kesat. Shriiekkk shhrriiieekkk,
bunyinya. Diikuti dengan hentaman kuat pintu bilik isolasi
seolah-olah telah tertutup dengan kuatnya.
"Pelawat ke?" soal aku terpinga. Tapi jam hanya
menunjukkan tepat jam 9 pagi. "Ni bukan waktu
melawat," bisik aku sendirian.
82
Semuanya berlaku begitu pantas. Aku sempat
berpaling ke arah bilik isolasi, cuba mengintai di sebalik
kaca kecil di pintu yang tertutup rapat itu.
Terlihat aku satu gerakan susuk tubuh hitam laju
menuju ke arah pesakit. Pantas gerakannya. Hampir
tidak aku cam. Hanya terlihat rambut panjangnya yang
hitam melibas berlalu pergi samar-samar.
"Saka ke? Ahh sudah..." pucat aku memikirkan.
Aku yakin, kali ini bukan Matron mahupun mana-mana
staf di wad aku, tetapi satu makhluk yang aku sendiri
tidak mengenali apatah lagi mengecam.
"Macam mana kalau pesakit tu kena sampuk?!"
bisik hati aku risau.
Dengan pantas aku melepaskan gagang telefon
ke tepi, cuba untuk menerpa saka tersebut dari
membahayakan pesakit tibi tu. Minda aku hanya mampu
memikirkan keselamatan pesakit di saat-saat genting.
Langkah larianku berani menuju bilik isolasi tersebut.
Tanganku pantas mencapai tombol pintu yang usang,
yang jelas kedengaran bunyi karat pada engselnya.
"Hoi!"
83
Aku menjerit kasar tepat pada susuk makhluk
yang aku tidak kenali tu. Jeritan ku tajam, kasar dan
mengancam. Sungguh aku terkejut apabila makhluk
tersebut berpaling ke arah aku seraya membisik;
"Saya juruaudit hari ini."
NOTA: kisah ni, yang kerja hospital tu pasti
faham. Yang tak kerja hospital, mungkin tak faham.
84
MAKMAL PATALOGI
(Azni Md Ismail)
Masa mula-mula kerja jabatan patologi ni, Rakan-
rakan baru bercerita hal-hal angker semasa oncall. Tapi
ada satu kisah yang saya perasan memberi kesan pada
PPK(atendan) yang hantar sampel pada malam hari.
Lepas pukul 12 malam memang hanya houseman sahaja
yang gagah hantar sampel. Tu pun sampai awal-awal
pagi je.
Mereka cerita ada seorang PPK ni dari jauh staf
makmal nampak dia berjalan menghala ke kaunter.
Setibanya di depan pintu kaca makmal patologi, tiba-tiba
PPK tu jatuh terjelepok macam kain buruk campak atas
lantai.
Staf makmal ramai-ramai pergi dapatkan PPK tu.
Rupanya tak sedarkan diri. Buat beberapa ketika barulah
PPK tu tersedar kembali. Dia kata bahu dia rasa ada
benda berat sangat sampai tak tertanggung. Dengar
khabar lepas kejadian tu PPK tu demam seminggu.
85
PASS OVER / SERAH TUGAS
(Noraayu Mustari)
Dah nak dekat pukul 9.00 malam. Kelihatan
seorang demi seorang staf uniform putih berjalur biru di
kepala(jururawat terlatih) berjalan masuk menuju kaunter
utama.
Secara rutinnya, jururawat di NICU di sini akan
membelek sebuah fail nipis yang tertulis senarai nama
yang bekerja pada suatu syif, berserta tugasan mereka
pada ketika itu. Hal ini kerana purata yang bekerja 8-9
orang pada setiap syif dan cara ini lebih sistematik.
Aku lihat Kak Noor gelisah menunggu di kaunter
malam tu. Sesekali membelek jam yang dah
menunjukkan pukul 9 malam ketika itu. Terlihat kelibat
seorang demi seorang masuk dan terus ke destinasi
kubikel masing-masing untuk sesi passover kerja.
"Ha! Sampai pun kau Nurul! Jom cepat passover
aku nak balik ni," teriak Kak Noor sambil memandang
sekilas pada kelibat di belakang Kak Ann yang baru
sahaja berjalan masuk.
86
Aku tidak mengendahkan Kak Noor, begitu juga
kami yang lain kerana aku juga ingin cepat passover
supaya dapat pulang tepat pada masanya.
Setelah kami habis passover, aku antara yang
paling lewat pulang disebabkan kes yang di-passover
semuanya agak kritikal dan perlu teliti ketika passover.
"Haih, Nurul ni mana, tadi ada, ni hilang plak. Yu
nampak Nurul , tak?" Kak Noor gelisah sambil mengeluh
di depan komputernya.
"Kak Noor, Nurul bukan dah habis syif malam ke?
Dia LM (cuti) hari ni.
"Eh aku nampak dia sengih tadi belakang Ann."
"Ha? Mana ada Nurul, tak nampak pun Kak Noor"
ujarku sambil membelek fail tugasan staf pada syif ini di
kaunter.
"Kak Noor passover pada Kak Maz lah malam ni,"
ujarku pelik lihat Kak Noor.
"Sorry sorry, Kak Maz lewat sikit tadi, ada hal
sikit," tubuh kurus itu berjalan laju menuju ke arah Kak
Noor di komputernya.
87
"Eh, sumpah lah tadi orang nampak Nurul
belakang kau Ann. Ada tadi!"
"Mana ada Kak Noor, aku masuk seorang ja tadi,"
tegas Kak Ann.
Kalau bukan Nurul tadi tu, siapa?
"Jaraknya dengan Kak Noor tak sampai satu
kaki," ujar Kak Noor.
Aku dan rakan-rakan lain yang tinggal, berkerut
hairan.
Siapa, ya?
Muka Kak Noor pucat dah. Tiada orang tahu
siapa yang Kak Noor nampak tu.
88
WAD POSTNATAL BLOK LAMA
(Muhammad Helmi Shah)
Pukul 3 pagi. Suami tolak katil isteri baru bersalin
ke wad kelas C di blok lama, sambil ditemani jururawat
dan mak mentua. Sampai di hadapan wad, kelihatan ada
seorang makcik yang wajahnya sangat serius.
Selesai uruskan isteri, suami pun bergegas keluar
dari pagar wad.
"Makcik seorang je?" soal suami itu pada makcik
tua yang masih berada di hadapan wad.
"Makcik tunggu anak baru bersalin."
"Menantu makcik ada kat dalam, ke?"
"Tak."
"Takkan makcik tunggu sini sampai pagi?"
"Ibu nak balik, ibu letih." tiba-tiba mak mentua
mencelah.
"Balik dulu makcik" kata si suami.
89
Tiada jawapan.
Sepanjang perjalanan mak mentua diam. Setelah
sampai rumah, baru mak mentua bersuara.
"Tadi ibu ajak kau balik sebab ibu risau."
"Kenapa, ibu?"
"Kau bercakap sorang-sorang depan wad tadi."
90
DOKTOR GIGI
(Dr. Iqbal Rosali)
Dr. Ali dan pembantunya sudah seram sejuk.
Mana tidak, setiap kali Dr. Ali cuba menarik gigi geraham
Pakcik Suhaimi, setiap kali itu lampu di dalam bilik
pembedahan terpadam.
Tambahan pula, apabila Dr. Ali melepaskan
genggamannya pada forsep(pengepit), lampu kembali
menyala.
Anehnya, cuma lampu sahaja yang padam.
Bukan semua bekalan elektrik terputus. Seolah-olah ada
tanda amaran.
Dr. Ali cuba bertenang. Proses cabutan gigi itu
sepatutnya tidaklah rumit kerana gigi sudah bergoyang.
Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun sudah melalak di
ruang menunggu.
"Pakcik, minta maaf kalau bertanya. Pakcik ada
pakai apa-apa tak?" tanya Dr Ali.
"Pakcik faham soalan saya, kan?" kata Dr Ali lagi
sambil keluarkan forsep dari mulut Pakcik Suhaimi.
91
"Oh OK! Saya faham. Sekejap, ya. Saya telefon
kawan, saya suruh buang." kata Pakcik Suhaimi sambil
meraba-raba poketnya.
Ish, pakcik ni!
92
WAD HUJUNG
(Mizie Zul)
Dalam wad hospital aku ada satu bilik dekat
hujung. Dalam bilik tu, ada diletakkan seorang pakcik
yang kononnya dah mati tapi sakanya tak keluar.
Badannya macam mayat, kurus kering tapi
makan gelojoh yang amat. Malam tu jururawat nak
periksa dia pukul 3 pagi. Sampai saja pintu bilik tu,
jururawat menjerit dan lari ke kaunter.
"Muka dia! Muka dia" pekik jururawat itu.
Jururawat seorang lagi naik pelik dengan tingkah
laku kawan dia. Jadi, mereka pun pergi pula berdua, kali
ni dua-dua menjerit "Tolong! Tolong!".
Nasib baik PPK lelaki yang bertugas malam tu.
PPK u terus lari ke bilik tu. Sampai saja di pintu, PPK pun
menjerit juga "Ya Allah!!!".
Muka pakcik tu dah jadi muka beruk.
NOTA: Penulis ni cerita sampai sini sahaja. Tak tahu apa
yang jadi selepas itu. Tertanya-tanya.
93
UNIT KERAS
(Mizie Zul)
Aku ulang alik ke tempat kerja naik motor. Jarak
dari rumah ke hospital 80km jauhnya.
Alkisahnya, hari tu hujan. Aku pun tawarkan lah
diri nak hantar kunci. Konon-konon nak solat Asar, nak
minum kopi, rehat kejap. Sebab kebetulan aku penat
sikit.
Unit aku ni memang "keras" sikit. Anggota
keselamatan pun cakap radio di unit aku ni suka menyala
dan mati sendiri. Padahal memang peraturan unit ini
kena cabut semua plag sebelum balik.
Aku rehat depan PC(komputer). Buka lagu sikit
sambil tunggu air mendidih. Lampu pula dah mula kelip-
kelip. Ini biasa bila kau tinggal di unit seorang diri,
ditambah dengan lampu semua "menyanyi". Memang
bingit.
Aku masuk bilik solat. Gelap pula, lampu tak nak
hidup. Bergurau betul. Solat lah buka pintu bagi nampak
sikit sejadah. Bila aku mula solat saja, bising dekat
belakang macam ada orang. Hati dah cuak, tapi
alhamdulillah masih mampu sempurnakan solat.
94
Dah kena usik rasa macam nak terus cabut balik
sahaja, tapi topi keledar, baju hujan semua kat hujung
unit. Cepat-cepat sambar topi keledar, masuk pantri tutup
dan cabut semua plag.
Ketika itu terdengar pula bunyi tapak kaki pula
dekat depan. Haih, aku pun cuba rileks dan bancuh kopi
dulu. Jam dah 6 petang, kat luar gelap dan hujan renyai-
renyai. Depan sana lah pintu keluar. Dah lah PC depan
tak matikan lagi!
Aku pun pasanglah lagu dekat telefon, dan buat-
buat selamba. Buat tak nampak benda dekat cermin,
matikan PC, cabut plag, matikan kipas, matikan lampu,
dan terus keluar pintu. Masa aku naik motor tu, aku
nampak melalui pintu kaca, ada orang berdiri hujung
koridor unit.
Dia tengah tengok aku.
95