BILIK KAD
(Ummi Abibah)
8: 55 malam. Lepas solat isyak saya bergegas
pakai tudung dan gerak ke klinik kerana dapat panggilan
telefon katanya dah ada pesakit tunggu di klinik.
Saya intai dari beranda, tak nampak pun
kemunculan pesakit. Saya telefon semula, rupanya dia
orang di tandas belakang. Beritahu untuk jumpa dekat
bilik kecemasan.
Saya buka pintu dan jeriji gelangsar luas-luas.
Tunggu hampir 5 minit, tapi batang hidung seorang pun
tak nampak. Sementara tunggu, sajalah ronda-ronda di
bilik kad dan bilik MA. Lampu bilik-bilik tu tak dibuka,
malas.
Satu...
Dua…
Tiga…
Empat..
Lima saat...
Kaki melangkah keluar dari bilik kad, tiba-tiba
dapat panggilan daripada klinik. Seriuslah!
96
Telefon klinik yang membuat panggilan ni ada
bilik kad, dan aku berdiri menghadap bilik tu. Aku lihat
dalam bilik tu tak ada sesiapa!
Telefon pintar saya masih berdering. Tertera di
skrin telefon, nombor telefon klinik yang di dalam bilik kad
masih memanggil.
“Hello!” saya jawab panggilan itu.
Tak ada orang balas, dan panggilan dimatikan.
Sampai sekarang saya tak faham apa yang berlaku pada
malam itu.
97
NEONATAL INTENSIVE CARE UNIT
Che Maria Afida
Saya staff nurse(SN) yang bertugas malam
kejadian. Lebih kurang pukul 2-3 pagi, saya tengah buat
laporan pesakit di kaunter berdepan dengan premature
room(bilik menempatkan bayi pramatang). Saya jaga
SCN(special care and nursing) di sebelah NICU.
Nak jadi cerita, tengah syok buat laporan pesakit,
ada kes masuk dari dewan bedah ke NICU lalu di
belakang saya.
Saya hai sahajalah pada SN n JM(jururawat
masyarakat) yang bawa bayi tu. Saya perasan
MO(doktor) yang bertugas di NICU mengiringi dia orang.
Lepas tu, SN NICU panggil saya, dia tanya ada
nampak MO NICU atau tak. Saya cakap “eh tadi kan
doktor ikut kau orang.”
Dia orang pelik sebab dia orang tak ada terima
arahan untuk terima bayi dari doktor.
Masa tu saya pun baru terfikir, biasanya MO tu
akan tegur saya atau saya akan tegur dia. Tapi tadi
kenapa saya dan dia tak bertegur sapa?
98
JM dan SN dewan bedah pula kata tak ada doktor
yang mengiringi dia orang pun tadi. Alamak!
Jadi, untuk kepastian, dia orang telefon doktor
NICU yang terbabit tu. Cuba teka, dia dekat mana? Baik
punya kawan tu tengah syok tidur dalam bilik oncall dekat
NICU.
Setelah hubungi dewan bersalin, dia orang cakap
memang MO tu yang suruh hantar baby ke NICU. Lepas
dia suruh tu, dia pergi ke tandas.
Sebelum hantar baby tu ke NICU, dia orang
tunggu MO tu keluar dari tandas, tapi tak ada orang
keluar. Bila di periksa, tandas tu kosong. Jadi, mereka
hantar baby tu jugalah.
Kita orang dekat NICU dah tak tahu nak cakap
apa. MO NICU ni pula, lepas dia bangun dan diberitahu
situasi yang berlaku, dia kata nak buat macam mana,
baby dah sampai NICU, jadi terima sahajalah untuk
masuk NICU.
Entah siapa sebenarnya MO satu lagi tu!
99
SAMPEL FORENSIK
(Azni Md Ismail)
Ahmad(bukan nama sebenar) kerja petang di
makmal mikrob. Dalam banyak-banyak piring mikrob
yang dia kena proses tu, ada satu sampel yang dia kena
Gram's stain semula dari botol Bactec yang positif.
Ahmad amati sampel yang dia kena Gram's stain
semula tu, rupanya itu sampel forensik. Jadi dia simpan
untuk buat akhir nanti.
Masa tu hari masih cerah. Di luar tingkap, cahaya
jingga matahari masih memancar. Setelah selesai piring-
piring kultur diproses, dia pergi ke meja blood C&S
(pengkulturan dan pewarnaan bakteria dari sampel
darah) untuk mengambil botol Bactec berkenaan.
Semasa Ahmad buka penutup botol tu, semerbak
bau kurang enak keluar. Ahmad buat tak endah sahaja,
sebab itu perkara normal. Kadang kala aktiviti bakteria
dalam tu menyebabkan bau busuk terhasil. Ahmad pun
buat lah Gram's stain dan meninggalkan slaid basah
untuk kering sebentar di atas plat pemanas.
Sambil-sambil tu dia pergi simpan piring petri
yang dia dah proses dalam inkubator. Setelah itu Ahmad
100
pergi balik ke meja kerja untuk tengok slaid yang dah siap
kering. Dia rasa pelik!
Bau tadi masih ada dan makin pekat. Ahmad tak
tunggu lama. Dia ambil slaid tu dan cepat-cepat dia tolak
troli oncall ke integrasi sambil-sambil mengomel-ngomel
"Kau nak main-main dengan aku ya? Aku nak kerjalah
woi!"
Sampai pukul 9 malam Ahmad tak masuk mikrob
tanpa berteman.
101
Botol Bactec
102
TABUNG DARAH
(Azni Md Ismail)
Kak Zana(bukan nama sebenar) ni staf baru
tabung darah dan akan mula oncall mulai bulan ini.
Sebelum ni, dia berkhidmat di negeri lain dan bekerja di
pusat kesihatan primer.
Untuk ke kaunter tabung darah, tempat letak
sampel dan penyerahan beg darah, perlu melalui satu
lorong pendek ke satu ruang kecil. Selalunya waktu
oncall hanya lampu ruang kecil tu dinyalakan... Lampu di
lorong pendek tu tidak dinyalakan.
Polisi jimat elektrik katanya.
Malam tu suasana agak santai. Seusai ujian
dibuat, beliau duduk di depan komputer dan membuka
perisian LIS(laboratory information system) untuk
memasukkan data.
Komputer tu menghadap ke arah lorong itu. Dari
lirikan mata kanan Kak Zana, dia nampak bayangan
hitam berlari laju masuk ke lorong berkenaan. Serta-
merta merecik peluh sejuknya dan spontan dia berlari
keluar ke unit hematologi
103
Sepanjang malam tu staf hematologi terpaksa
menemani Kak Z setiap kali dia masuk ke tabung darah.
104
BILIK ISOLASI ICU
(Nur Fatin Fatihah)
Malam itu terasa seperti agak sejuk daripada
biasa. Walaupun pendingin hawa telah dimatikan, tapi
sejuk masih terasa mencengkam. Fina dan rakan-
rakannya berkumpul bersama-sama di kaunter untuk
membuat laporan pesakit.
Tiba-tiba, loceng panggilan di bilik isolasi
berbunyi. Fina bangun untuk masuk ke bilik desolasi itu
kerana itu pesakit di bawah jagaannya.
"Pakcik, kenapa ya?" tanya Fina.
"Tuu, tuuu, tengok kat dalam TV tu, dik. Ada
perempuan rambut panjang, dik. Dia asyik tengok pakcik
ja. Boleh adik tolong suruh dia tengok ke arah lain?” kata
pakcik itu.
Perempuan? Dalam TV? Masalahnya TV tidak
terpasang. Fina dah rasa lain macam, dia memang tak
berani pandang ke belakang sebab TV tu betul-betul
dekat belakang Fina je.
Fina senyum pada pakcik tu, dan nasihatkan
supaya pakcik tu tidur semula. Kemudian perlahan-lahan
105
Fina keluar dari bilik isolasi tanpa memandang ke arah
TV itu. Bulu roma Fina memang dah mula meremang.
Keluar saja dari bilik isolasi, semua rakan-
rakannya menegur kenapa muka Fina pucat. Fina
menceritakan apa yang berlaku. Mereka hanya
memberitahu Fina bahawa bilik isolasi ICU ni memang
"keras".
Bukan keras sebab dibina daripada batu bata,
tapi "keras" sebab sudah ramai yang menghembuskan
nafas terakhir di dalam bilik berkenaan.
106
PESAKIT SEBELAH.
(Dr Abdul Hazim)
Sesekali, nak juga berangan jadi pesakit.
Maklumlah asyik jaga pesakit sahaja.
Kebetulan malam tu oncall, wad agak sunyi.
Kubikel belakang kosong disebabkan tiada kemasukan
pesakit baharu, maka diri ini pun berbaringlah di atas katil
pesakit yang kosong tu.
Sedang mata ni nak terlena, terdengar suara
memanggil "bang, boleh tolong tak, bang?"
Aku hairan, rasanya tiada siapa di kubikel ni.
"Siapa tu?" sapaku.
"Pesakit sebelah," sahut suara itu.
Aku lantas menoleh ke katil sebelah. Kelihatan
satu susuk tubuh yang hanya ada sebelah badan sahaja.
Aku beristighfar dan terus menuju ke kaunter. Aku
pun dengan selamba mula berborak dengan jururawat
seperti tiada apa-apa yang berlaku, tapi dalam hati ini
hanya Tuhan yang tahu.
107
WAD PEMBEDAHAN PEREMPUAN
(Nur Elyna Misdar)
Cerita 4 tahun lepas, aku kerja syif pagi, bertugas
di kubikel belakang. Ada seorang pesakit ni (aunty Cina),
katil 25, nak buat CT scan, jadi dia puasa dari 12 tengah
malam semalam.
Pesakit tu dah dihantar ke bilik imbasan CT. Aku
pun macam biasa, buat rondaan tengok pesakit dekat
belakang. Sampai di katil 25, aku tengok aunty tu tengah
tengok aku sambil tersenyum. Eh aunty dah balik wad
lah.
Aku pun pergi ke kaunter depan untuk cari
BHT(bedhead ticket / fail pesakit) aunty tu. Nak laporan
sama ada doktor dah benarkan dia makan atau belum.
Yalah kasihan daripada malam puasa.
Cari BHT aunty tu tak ada. Tanya staff nurse
(jururawat) lain dan doktor, dia orang pun tak tahu. Aku
tak puas hati sebab BHT tak jumpa, jadi telefonlah kawan
yang hantar aunty ni pergi bilik imbasan CT tadi.
"Hello, kak (senior aku)! Mana BHT pesakit katil
25 ni? Nak tanya, pesakit dah dibenarkan makan ke
belum?" soal aku.
108
"Eh, kau dah kenapa? Beriya-iya sangat. Pesakit
ni ada dengan akak lagi ni .Belum buat pun lagi scan-
nya".
"Eh ya ke, kak? Orang tengok aunty tu ada kat
katil tadi. Jap eh, Kak! Orang pergi tengok jap" balas saya
sambil lari ke belakang untuk dapatkan kepastian.
"Eh ha’ah lah, Kak. Tak ada sapa pun dekat katil
25 tu!"
Aku pun terdiam sekejap. Habis, siapa yang aku
tengok tu? Cara dia tengok aku. Senyuman dia. Seram!
109
LIF HOSPITAL
(Cik Puan Intan)
Seorang Sister / KJ (Ketua Jururawat) yang
bertugas malam, sedang membuat lawatan dari wad ke
wad seorang diri. Dia menekan butang lif.
Tinggg! Pintu lif terbuka. Dia pun masuk lalu
menekan butang untuk menutup pintu.
Dia kemudian berdiri menghadap pintu. Sedang
lif itu naik ke atas, tiba-tiba ada suara menyapanya dari
belakang "tengah buat lawatan malam ke, sister?"
Tanpa menoleh ke belakang, dia menjawab
dengan endah tak endah "Ya!"
Sekali lagi suara itu bertanya soalan yang sama,
KJ itu menjawab dengan nada sedikit geram "Yaaaa!!"
dan untuk ketiga kalinya suara itu bertanya lagi soalan
yang sama.
Oleh kerana agak marah ditanya berulang kali, KJ
itu menoleh ke belakang dan menjawab "YAAAA!!!!"
Ketika itu baru dia perasan, lif itu hanya ada
dirinya. Tak ada orang lain.
110
Tak lama selepas itu, KJ berkenaan ditemui
pengsan di dalam lif oleh pengawal keselamatan. Siapa
atau apa yang menyapanya ketika di dalam lif, tidak
diketahui.
111
PENEMAN PESAKIT
(Maria Hanis)
Setakat ini, alhamdulillah selama menjaga arwah
bonda selama 7 bulan di hospital, belum pernah
mengalami pengalaman seram, atau mungkin saya jenis
orang yang tak ambil pusing apa yang berlaku di
sekeliling saya ketika itu.
Faktor usia masih muda pun boleh jadi juga, kan?
Tapi, yang saya masih ingat sampai sekarang, ada satu
malam arwah bonda mengejutkan saya. Disuruhnya
saya peluk kerana dia kesejukan sedangkan dia
berpeluh.
Kemudian, ada satu ketika bila saya ke tandas
pada waktu malam, dimarahinya saya kerana tinggalkan
dia keseorangan. Pernah juga saya ditegur olehnya
untuk pastikan siapa di pintu masuk wad di waktu malam.
Pada mata saya ketika itu, tiada sesiapa.
Namun, arwah pernah beritahu bahawa dia selalu
dikunjungi lembaga berupa salah satu watak wayang
kulit jawa. Waallahualam.
112
UNIT KEBAKARAN
(Juvina Dennis)
Tak sampai seminggu lepas, ada seorang pesakit
meninggal di wad unit kebakaran. COD(cause of death /
sebab kematian) adalah sepsis(jangkitan dalam
peredaran darah).
Kemudian hari ke-4 selepas pesakit tu meninggal,
aku kerja syif malam. Tengah nak tukar IVD pada
seorang pesakit, pintu unit kebakaran ni terbuka.
Pintu kat unit ini jenis automatik. Bila lalu sahaja
di depannya, ia akan terbuka sendiri. 4 bilik, semua pintu
macam tu.
Aku jeling pada pintu yang terbuka tu. Tak ada
orang di situ. Kemudian, nampak macam pintu nak tutup,
namun macam ada sesuatu yang halang ia daripada
tertutup. Pintu tu tutup separuh jalan, kemudian terbuka
balik. Tiga kali macam tu.
Aku tengok dekat pintu kemudian cakap, "Ha!
Dah kalau nak masuk tu, masuklah. Tak nak masuk,
jangan berdiri dekat pintu tu. Karang pintu tu rosak
terbuka tutup macam tu."
113
Sudahnya, pintu tu terus tertutup. Masalahnya dia
beredar pergi atau dia dah masuk ke dalam unit
kebakaran ni? Alamak!
114
PUSAT SARINGAN BERSALIN (PAC)
Dr Hana Hadzrami
Seorang misi memimpin seorang ibu muda yang
dalam kesakitan bersalin masuk ke pusat saringan
bersalin (PAC). Sambil menghulurkan nota pesakit
sempat, misi berbisik ke telinga saya; "Single mom ni,
unmarried and unbooked! Dia mati-mati tak mengaku
buat. Dia cakap itu buatan jin!"
Saya hanya tersenyum sinis. Mengandung akibat
buatan jin memang alasan popular gadis yang belum
bernikah. Setelah mendapatkan maklumat perubatan,
lalu saya lakukan pemeriksaan abdomen dan jalan keluar
bersalin.
Sewaktu saya memasukkan jari untuk periksa
bukaan rahim, saya dapati bukaan dah 8cm. Saya dapat
merasakan muka bayi di bukaan rahim dan bukannya
verteks(bahagian atas) kepala.
Face presentation! Biasanya bayi lahir akan
keluar bahagian atas kepala dahulu, tetapi bayi ini akan
keluar bahagian muka dahulu. Wah tak senang ni!
Lantas saya lalukan jari untuk pastikan sekali lagi.
Tiba-tiba jari saya terasa seperti disedut dan digigit. Adoi
sakitnya!
115
Pantas saya keluarkan jari. Darah menitik! Bukan
saja sarung tangan terkoyak malah jari saya juga
berlubang. Bagaimana boleh terluka?
"Kan saya dah cakap doktor, ni anak jin dalam
perut saya. Bukan manusia!" Lemah si ibu memberitahu
saya sambil menahan sakit gesa bersalin.
Mengarut! Saya tinggalkan ibu tadi bersama
rakan saya untuk mencuci jari yang luka. Tak lama
kemudian saya dengar ibu tadi mulai meneran. Kelam
kabut rakan saya menekan bahagian perineum ibu agar
tak terkoyak.
Kami tak sangka ibu tadi bukan saja terberanak
di bilik saringan malah berjaya bersalin normal bayi
dengan presentasi muka.
Dari belakang saya lihat kawan saya menyambut
bayi seraya jatuh terjelepuk. Segera saya menerpa dan
mengambil bayi dari ribaan rakan saya. Berderau darah
saya. Tubuh bayi itu berbulu hitam lebat. Bayi itu
menangis. Lalu terserlah matanya yang merah, lidahnya
hijau panjang menjalar dan gigi kecilnya yang tajam
bersusun! Lemah longlai kaki saya...
116
PELAJAR KEJURURAWATAN
(Alaris Dyna)
Pelajar kejururawatan wajib jalani kerja malam
selama 3 malam semasa semester ke-4 pengajian. Kami
bertujuh ditugaskan kerja malam di wad perubatan 3B.
Malam tu 3 orang SN(staff nurse/jururawat
terlatih), 7 orang pelajar kejururawatan, tetapi hanya ada
5 orang pesakit. Heaven sangat
Selesai semua kerja lebih kurang jam 11.00
malam, SN suruh kami balut kotak-kotak untuk letak
barang supaya cantik. Wad tu ada 3 kubikel. Kami duduk
4 orang di kubikel tengah. Ada seorang kawan saya
duduk di kubikel belakang seorang diri. Dia duduk
bergayut di telefon dengan pakwe. Yang lain duduk dekat
kaunter di kubikel depan bersama dengan SN.
Tiba-tiba SN tanya siapa yang tekan butang
loceng panggilan dekat katil di kubikel belakang tu. Kami
tanya kawan yang sedang bergayut di belakang tu. Terus
dia lari lintang-pukang sebabnya dia duduk selang
sebuah sahaja dengan katil yang tekan loceng tu.
Masalahnya, mana ada pesakit di kubikel
belakang. Kami yang duduk di kubikel tengah pun terus
lari duduk ke kaunter jururawat. Selang sejam loceng
117
panggilan berbunyi lagi. Terpapar nombor katil yang
sama buat panggilan tadi.
Bukan dua kali ia berbunyi, tapi banyak kali
dengan selang masa sejam sekali. Setelah jam 3.00
pagi, KJ(ketua jururawat) rondaan wad, barulah
gangguan itu berhenti. Mungkin benda tu takut pada KJ
kot. Hihihi!
Jam 6.00 pagi SN ajak aku pergi periksa tandas
dekat kubikel tengah sebab dalam pukul 5 pagi, dia ada
dengar bunyi air dekat tandas. Dia ingat ada pesakit
masuk tandas, tapi bila dia tunggu, tak ada pula pesakit
yang keluar. Yang tambah peliknya, kubikel tu ada
tandas di kiri dan kanan, pesakit di kubikel tengah tu pula
semuanya berada di kiri. Buat apa pesakit nak pergi di
tandas belah kanan?
SN tu tak berani nak masuk untuk periksa dan
ambil keputusan untuk tunggu sehingga pagi sikit. Dia
fikir mungkin paip bocor. Sebelum dia nak hubungi
bahagian penyelenggaraan, dia nak tengok dulu tandas
tu, maka dia ajak saya.
Kami pun pergilah tengok tandas tu. Sekali,
tandas tu kering-kontang tak ada air pun atas lantai atau
dekat singki. Tak mungkin dalam masa sejam, air boleh
kering. Jeng… jeng… jeng…
118
SN cakap, sebelum ni tak ada pun kejadian
macam tu dekat wad tersebut. Mungkin nak ucap
selamat datang dekat kami kot. Hihi.
Yang saya dengar kawan aku cakap bawah wad
tu rupanya rumah mayat. Aku pun tak pernah nak periksa
betul ke tak apa dia cakap tu.
119
INSPEKTOR KESIHATAN AWAM
(IK Logic)
Minggu tu aku oncall, asal aku oncall memang
suey sikit. Mesti terima kes mati. Malam tu kebetulan
malam Jumaat. Bagi aku yang bujang ni, sama sahaja
malam Jumaat dengan malam-malam yang lain. Tak
taula pada yang dah kahwin, kan?
Pukul 2.30 pagi, aku dapat panggilan telefon dari
wad ICU hospital. "Ni PHI(public health inspector) oncall
ke? Kami nak buat satu notifikasi kes kematian RVD."
*RVD = retroviral disease.
Pada aku, terima notifikasi kes sahaja pun dah
seram. Kalau kes kematian penyakit berjangkit ni
memang kami akan pergi pantau dan dapatkan secepat
mungkin.
Sampai forensik, mayat tak turun lagi tapi dah
seram sejuk. Tak lama lepas tu, mayat pun sampai. Staf
yang bawa turun tu terus pergi mana entah, tinggal aku
seorang diri. Tu lah yang seramnya. Lain-lain tak ada.
Hehe.
120
PSIKIATRI
(Afzal Mohd)
Dah sampai masa untuk kau balik dan tiba-tiba
kau diseru oleh pesakit dengan ayat:
"Haaaa hati-hati jalan balik tu. Tadi yang mak dia
duduk dekat buaian depan tu. Anak-anak dia pula main
lari-lari dekat tiang tu. Dekat pintu depan pula cakap dia
nak duduk sekejap sahaja dekat situ. Jarang nampak
yang tu datang sini. Saja nak tengok-tengok orang
barulah kot. Haaaa.. tuu tuu main terbang-terbang pula
dia kat situ."
Kemudian, diiringi bunyi anjing menyalak
mendayu dayuuuu uuu uuuuuuu...
Haih, nak kena melepasi 4-5 ekor jenis juga
malam ni. Nasiblah, wad pun sayup di belakang ni.
121
FARMASI KECEMASAN
(Luqmanul Hakim Hudzri / Shuhaidah Md Razali)
Waktu hujung-hujung syif di Farmasi Jabatan
Kecemasan, ada inden(pesan) ubat yang kena pergi
ambil di Farmasi Pesakit Dalam. Jadi pergilah sana ambil
ubat. Dah siap ambil, kunci pintu jeriji, kemudian Su
telefon beritahu kena ambil ubat IV Acyclovir.
Aisehmen! Jadi kena buka balik pintu jeriji untuk
masuk semula. BIla dah ada dalam Farmasi Pesakit
Dalam, tiba-tiba pintu TDM(therapeutic drug monitoring)
terbuka macam ada orang tolak kuat-kuat. Dalam hati
fikir mungkin ada orang tengah buat TDM lah tu.
Lepas tu saya tegurlah, "Hello, siapa tu?"
Tak ada yang menyahut. Senyap sekejap. Saya
pun ambil langkah nak tengok siapa masuk TDM tu. Tiba-
tiba, pintu tu terbuka lagi macam ditolak dengan kuat.
Masa tu baru terfikir "Eh, saya seorang saja ada kunci ni.
Mana orang lain boleh masuk."
Saya pusing balik keluar dan telefon Su, "Su, aku
rasa macam kena kacau je".
"OK nanti aku datang," balas Su.
122
Saya pun Su tunggulah depan TPN tu. Kemudian
seorang lagi kawan pula yang datang dengan panik
bertanya "Kenapa ni? Ada apa?"
Saya pun cakap "tak apa, tak apa, dah settle nanti
baru cerita. Kita ambil dulu ubat."
Kami pun masuklah semula dalam Farmasi
Pesakit Dalam tu. Sengaja lalu depan TDM untuk tinjau-
tinjau siapa yang menolak pintu tu. Tiba-tiba kawan saya
tarik saya dan kata "Cepat-cepat ambil!"
Bila dan balik semula ke Farmasi Kecemasan
kawan saya pun cerita, dekat pintu tu ada “mak cik”
tengah memerhati.
123
BEG DARAH
(Natashafitri binti Mohd Noor)
Masa saya masih lagi jururawat pelatih MNC
tahun 2000, kami dibenarkan ambil darah dari tabung
darah.
Kerja malam di wad perubatan C3 (blok lama).
Jam 2.30 pagi, kami berjalan keluar wad untuk pergi
ambil darah seperti yang diarahkan oleh SN(staff nurse /
jururawat).
Turun lif pun, kejap naik, kejap turun lif ni. Bila dah
sampai bawah kami pun jalan cepat-cepat untuk sampai
ke tabung darah di tingkat 1 di blok baru.
Kami periksa nama pada borang dan tag adalah
sama, kumpulan darah sama, tarikh tamat tempoh pun
belum sampai masanya. Setelah siap periksa, kami
masukkan pek darah ke dalam "jumbo box". Box tu
kawan saya tawar diri nak bawa.
Kami berjalan sambil pegang tangan sebab takut.
Tapi lama kelamaan kawan saya ni makin lama makin
kuat dia genggam lengan saya. Setelah sampai di wad
kami serahkan pek darah pada SN yang bertugas.
124
Pada keesokan hari baru kawan saya cerita
sebab apa dia genggam lengan saya tu. Dia kata, box
darah yang dia bawa tu semakin berat. Entah apa yang
tumpang dalam box tu agaknya.
Saya tak tahulah, darah yang ditranfus kepada
pesakit tu cukup ke tidak. Tapi yang kami tahu, pesakit
yang terima darah tu telah meninggal pada petang
keesokannya.
125
MAKMAL SITOLOGI
(Azni Md Ismail)
Al-kisah si Aminah(bukan nama sebenar),
seorang staf mikrob ni, masuk kerja petang selepas kerja
malam pada hari sebelum tu. Selepas pukul 5.00 petang,
staf-staf mikrob yang lain pun beransur pergi, dan
tinggallah Aminah seorang diri.
Kebetulan petang tu Aminah lambat habis
memproses semua kultur. Selepas dia siap proses
sampel, dia pun susun dan simpan piring kultur dalam
inkubator. Kemudian dia mula mengemas alatan ke atas
troli untuk ditolak ke integrasi.
Sewaktu Aminah hendak ke bilik unit parasit
untuk ambil staining Giemsa dan kit kombo denggi,
jantungnya berdegup kencang, tapi dia gagahkan juga
dirinya untuk ke situ.
Masa dia keluar dari bilik tu, entah gatal matanya
melirik ke arah pintu sitologi. Seriau dia jadinya. Rupanya
di situ ada lembaga hitam yang tengah duduk perhatikan
dia dari tadi.. Aminah tak ada tunggu lagi dah. Troli tu dah
jadi kereta F1. esoknya dia ambil cuti kecemasan.
Demam.
126
BILIK X-RAY
(Nurazia Mat Saat)
Pesakit dari wad ditolak masuk ke dalam bilik X-
ray. Tiba-tiba pesakit tu cakap "Nak, makcik takut.
Jangan tinggalkan makcik."
"Makcik takut apa?" aku tanya.
"Tu! Dia suka kacau makcik, selalu ikut makcik."
kata makcik itu sambil tunjuk pada pintu bilik X-ray.
Aku tengok tak ada apa-apa pun.
"Tu, dia dah lari ke situ." kantanya lagi sambil
tunjuk penjuru siling pula.
"Haa... tu dia sebelah anak tu!"
Ahh sudah... meremang bulu roma aku.
"Dia tu siapa makcik?" Aku beranikan diri untuk
bertanya.
"Makcik tak tahu, tapi rambut dia panjang… mata
dia merah... gigi dia tajam. Dia selalu ikut makcik, dari kat
wad lagi."
127
Makin seram aku dibuatnya. Nasib baiklah ada
PPK(Pembantu Perawatan Kesihatan / atendan) yang
teman aku buat kerja.
128
BILIK ISOLASI
(Anwari Hamzah)
Cerita ni pendek dan ringkas sahaja. Yang duduk
seorang diri tu, baik jangan baca. Serius!
Alkisahnya, masa tu aku kena jaga pesakit
SLE(systemic lupus etythematosus) dekat bilik isolasi.
Biasalah, dah nama pun bilik isolasi, kedudukannya
pastilah terasing dan jauh dari kubikel biasa di wad.
Bagi yang tak tahu, bilik isloasi ni adalah bilik
kuarantin untuk pesakit yang ada penyakit yang mudah
berjangkit atau pesakit yang mudah dijangkiti.
Bilik isolasi wad aku ni unik sikit. Kejadian mistik
memang kerap terjadi dekat bilik tu. Kadang-kadang
bunyi pintu tertutup sendiri. Kadang-kadang tong sampah
jatuh sendiri. Kadang-kadang bunyi ada orang ketuk
pintu tapi tak ada kelibat pun.
Masa hari aku jaga pesakit SLE tu, seram sejuk
rasanya. Sejuk dia lain macam. Sedangkan bilik tu
pendingin hawa dia dah 2 bulan rosak, tak berfungsi.
SLE tu satu penyakit bila antibodi kita serang
badan kita sendiri. Tapi, bila teringat balik, orang dulu-
129
dulu kata SLE tu kalau bahasa kampungnya, penyakit
kena santau. Santau? Fuhhh.. Makin seram sejuklah aku
rasa. Meremang bulu roma.
Jadi, syif aku pun berjalan seperti biasa walaupun
dalam keadaan seram sejuk. Semasa aku sedang asyik
menaip komputer membelakangkan pintu masuk bilik
isolasi tu, tiba-tiba aku terasa macam ada sesuatu
tengah intai-intai aku.
Aku pun intai di sebalik cermin kaca yang ada
pada pintu tu. Aku pun terdiam. Jari-jemari kaku terhenti
dari menaip papan kekunci. Peluh menitis di sisi dahi.
Mata aku cuba untuk meleret ke sisi, cuba mengintai
bayangan tu, tapi tak berjaya. Aku dapat rasa lembaga tu
hanya berdiri kaku di belakang aku. Dia berbisik
perlahan. Aura marahnya dapat aku rasa.
"Anwari..", suaranya memanggil kasar.
"Ahhh, santau ni mai hospital cari pesakit ni pula
ke? Kenapa dia panggil aku?" bisik hati kecil aku
ketakutan.
"Anwari..."
Aku terdiam. Habis semua ayat-ayat suci aku
baca. Pucat lesu muka aku. Berderu darah turun ke kaki.
130
Beberapa saat kemudian, skrin komputer
terpadam, akibat terlalu lama aku biarkan ia terbiar. Skrin
layar berwarna hitam itu jelas memancarkan refleksi
lembaga di belakang aku. Besar. Gelap. Semakin ia
dekat. Semakin jelas aku terdengar suara garaunya. Ah
sudah.
Tatkala hampir aku melangkah kaki untuk
lakukan pecutan ke arah pintu sambil memejamkan
mata, tiba-tiba aku disapa oleh lembaga tersebut dengan
jeritan maha dahsyat!
"ANWARI!!"
Aku buka mata seluas-luasnya akibat dari
terkejut, lalu terpacul satu jeritan dari mulut aku yang
terketar-ketar: "Ye Matron!"
NOTA: Matron adalah gelaran kepada jawatan Ketua
Penyelia Jururawat. Semua jururawat takut pada Matron.
131
HOSPITAL SWASTA
(Atilla Makarim)
Waktu tu syif malam. Hanya ada 3 orang
jururawat sahaja yang bekerja. Saya jaga wad
geriatrik(warga emas). Masa tu pukul 3.00 pagi. Tengah
duduk dekat kaunter, tiba-tiba terdengar bunyi orang
guna kerusi roda. Saya dan kawan saling berpandangan.
Kemudian muncul seorang pesakit tua datag ke kaunter.
Punya kami terkejut sampai terbagun dari kerusi..
“Uncle macam mana you naik kerusi roda? Siapa
angkat?” tanya saya.
“Itu misi” jawabnya sambil menunjuk ke arah bilik
dia.
Allah berderau jantung bila ingat balik sebab
pesakit tu strok, lumpuh setengah badan. Kami
memberanikan diri menghantar balik pesakit tu ke
biliknya. Tak ada “misi” yang dimaksudkan dalam bilik dia
tu.
132
WAD POSTNATAL
(Hazirah Ajirah)
Masa ni saya baru lepas bersalin anak pertama.
Keluar dewan bersalin dah pukul 8.00 malam. Lepas
siap-siap suami uruskan, dah pukul 10 malam. Tengok
anak dah tidur, jadi emaknya pun mula mata mengantuk.
Tepat pukul 12.00 malam, terdengar salakan
anjing secara berulang-ulang. Tak lama lepas tu,
seorang demi seorang bayi dalam wad menangis macam
ketakutan.
Berjangkit-jangkit dari katil hujung sampai ke katil
saya. Masa tu takut sangat. Bulu roma habis meremang.
Terasa ada “benda” dalam wad. Semua jururawat kelam-
kabut bantu ibu-ibu tenangkan anak masing-masing.
133
BILIK PEMANTAUAN DI JABATAN
KECEMASAN
Thaivanai Aripitri
Staf yang mengandung biasanya ditugaskan di
observation room(bilik pemantauan) sebab kerja tak
lasak.
Jadi, senja tu saya duduk seorang diri dekat bilik
tu untuk kira sensus, kerana tiada pesakit di bilik
berkenaan. Tiba-tiba loceng panggilan di bilik air
perempuan berbunyi.
Saya ketuk pintu tak ada menyahut. Tertekan kot.
Saya matikan bunyi loceng itu. Kemudian bunyi lagi, saya
ketuk pintu takut ada budak yang main.
Kali ketiga ia berbunyi, saya marah dan buka
pintu. Tak ada orang. Saya sambung balik kerja tapi ia
tetap bunyi lagi.
Saya matikan lagi dan cakap kuat-kuat "Jangan
mainlah. Orang buat kerja ni".
Lepas tu tak ada bunyi sampai saya tinggalkan
bilik tu. Lama-lama dah biasa dengan bunyi tu. Bila cakap
jangan kacau, 'dia' takkan kacau.
134
ICU TERBAKAR
(Fadlie Ariffin Abeliey)
"Betul ke Matron, ICU terbakar sebab cas
telefon?"
"Bukan, Lie. Bukan sebab tu. ICU tu memang
berhantu sejak dari dulu lagi. Takkan dia orang nak
masukkan dalam berita benda-benda halus macam ni,”
kata Matron.
"Tak baik Matron oyak gitu. Syirik tu matron"
"ICU tu, kalau kau kerja sana, barulah kau tahu
macam mana. Gallipot dengan gunting boleh melayang
masa buat prosedur, macam ada orang baling." balas
Matron.
"Kadang-kadang ada bau busuk macam bangkai.
Kadang-kadang bau hangit macam benda terbakar. Bila
pergi periksa, tak ada benda pun. Dulu-dulu masa saya
jadi sister(ketua jururawat) dekat sana, pernah hilang 30
pint beg darah.".\ sambungnya lagi.
"Heh? Jolo ko, matron? Kuat bual teh."
135
"Betul Lie. Dah puas kita orang cari tak jumpa-
jumpa. Akhirnya kita orang pergi buat laporan dekat balai
polis."
"Yakk bokte, oloh gitumo nah. Pahtu lagu mano?"
"Naik marah saya masa tu sebab polis boleh
gelakkan kita orang, Lie. Dia orang cakap selalunya yang
datang lapor dekat balai tentang barang emas hilang, tapi
ni darah pun nak lapor juga ke?"
"Pahtu, Matron wak kiro lagu mana polis tu? Tok
buwi napa kapit sebutir?"
"Kita orang terpaksa buat juga, ikut SOP. Kalau
nak diikutkan, siapa yang nak mencuri darah, Lie? Boleh
jual ke darah tu? Ada orang yang nak ke?"
"Erk………"
Aku senyap. Terdiam sebab orang tua jarang
menipu. Lagipun antara matron-matron yang aku kenal,
dialah yang paling baik dan selalu back up staf. Dia tak
pernah menipu.
136
DEWAN BEDAH
(Fatin Rose)
Mengimbas kembali, ibu aku seorang jururawat di
bahagian OT(operation theatre/dewan bedah). Apa yang
aku tak boleh lupa , masa itu adik bongsu aku baru saja
beberapa bulan. Ibu aku kerja malam, dan bawa aku
serta adik bongsu aku ke surau OT untuk baring di situ.
Lepas ibu aku menyusukan adik bongsu aku, ibu
aku berpesan supaya jangan tinggalkan adik aku
seorang diri walaupun aku nak ke tandas. Aku pun
tertidur selepas ibu aku keluar untuk memeriksa setiap
dewan OT bersama beberapa orang kawan ibu aku.
Kebetulan pada malam tu, tak ada apa apa kes kata ibu
aku.
Aku terjaga bila terdengar adik aku bergerak dan
mahu mula menangis. Dalam keadaan mamai, aku
duduk dan pangku untuk mendodoikan adik aku, masa
itu pulalah aku terasa nak ke tandas. Dalam keadaan
samar-samar, hanya cahaya lampu berhampiran
bahagian wuduk sahaja yang terpasang, aku ternampak
ibu aku berdiri di hujung pintu berhampiran pintu tandas
dan melihat ke arah aku dan adik bongsu aku.
137
Waktu itu tak terlintas apa apa di fikiran aku
kecuali rasa pelik tengok keadaan ibu sebab leher ibu
aku kelihatan sedikit panjang dari biasa. Nak sahaja aku
tanya ibu aku waktu itu, kenapa leher ibu lain sikit malam
tu. Tersalah pakai produk ke, ke itu cara untuk orang
lepas habis pantang ?
Lagi kuat pula adik aku menangis waktu tu, tiba-
tiba pintu laluan dari pintu masuk sebelum nak ke surau
OT dikuak dan ibu aku berjalan pantas ke arah aku. Aku
terkejut melihat ibu aku masuk, habis siapa pula yang
menyerupai ibu aku tadi?
138
WAD TINGKAT 2
(NurSyuhada Anisya Azlan)
Malam tu aku teman arwah mak dekat hospital.
Jam pukul 12 lebih tengah malam, perut aku lapar.
Walaupun dah makan biskut pun, perut masih
berkeroncong.
Kebetulan dekat kawasan wad kecemasan, ada
lagi orang jual makanan. Aku beranikan diri turun
seorang diri. Nak turun tu kebetulan ada pula jururawat
sedang tolak pengusung mayat dari Wad A tingkat 2. Aku
dari tingkat 4.
Aku pun cuba positif, layan telefon tanpa fikir
sebelah aku ni pengusung yang ada orang mati di
atasnya. Bila lIf sampai bawah, aku pun cepat-cepat
keluar.
Aku cepat-cepat beli makanan dan naik semula
ke wad. Esok pagi-pagi, ketika turun beli sarapan,
sempat bersembang dengan pengawal keselamatan.
.
"Wad A tingkat 2 ada orang meninggal ke
semalam?" tanya aku.
139
Pengawal keselamatan tu cakap, " Eh tak lah.
Kan semua wad tingkat 2 tutup untuk renovate."
“Hah? Ya ke?”
140
KLINIK KESIHATAN
(Shazree Atan)
Kes baru berlaku 2 minggu lepas. Aku
MA(Medical Assistant / Penolong Pegawai Perubatan)
dekat sebuah klinik di utara Perak.
Pada kebiasaan, lepas waktu pejabat kena
oncall. Jadi malam tu aku kena oncall. Memang setiap
malam aku tidur lewat kot-kot ada orang panggil, atau
MECC(Medical Emergency Coordinating Centre)
panggil, tak ada lah tercengang sangat, kan?
Jadi dalam pukul 2.00 pagi masih tenang dan
mata mula mengantuk. Perlahan-perlahan aku pejamkan
mata. Dalam pukul 3.45 pagi, PPK (Pembantu
Perawatan Kesihatan) aku panggil di rumah, katanya ada
kes SOB(shortness of breath / sesak nafas).
Jadi aku hanya basuh muka, terus lari ke klinik
sebab dengar macam teruk. Sebelum sampai ke klinik
dari kuarters tempat aku tinggal, aku kena lalu garaj
ambulans, dan di situ ada tandas untuk pasukan
BAKAS(Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam
Sekeliling). Aku dengar ada orang pam tandas tu.
Aku tengok seseorang keluar dari tandas tu. Aku
pun amati, nampak macam pemandu aku, En Rizal nama
141
dia. Dia memang selalu pergi tandas dekat situ sebab
dekat dengan ambulans.
Aku pun terus menyapa, tapi aku tak nampak
sangat muka sebab lampu di garaj malam tu tak buka
seperti hari biasa.
"En Rizal, ada kes dalam klinik, macam nak kena
refer hospital".
Aku nampak dia mcm memahami apa aku cakap.
Aku pun terus pergi ke klinik dan bagi rawatan dekat
seorang pakcik yang sedang penat.
Nak dijadikan cerita, kes tersebut memang perlu
dihantar ke hospital berdekatan. Aku pun menyuruh PPK
aku panggil En Rizal yang berada di garaj. Tapi muka
PPK tu berubah jadi pelik. Dia cakap En Rizal balik rumah
isteri dia di kawasan yang tak berapa jauh dari klinik.
Aku mula pelik, baru sahaja jumpa dan dah pesan
pun. Jadi bagi kepastian, PPK tu terus telefon En Rizal.
Aku pun dengar, dengan suara yang mengantuk En Rizal
cakap lagi 10 minit dia sampai di klinik. Terus meremang
bulu roma aku. Sekian
142
WAD KANAK-KANAK
(Fatin Rose)
Oleh kerana aku muntah dan cirit-birit teruk pada
hari itu, aku dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke
wad selama 5 hari. Boleh dikatakan selama 5 hari di wad
itu, tidur aku tidak nyenyak dan sering diganggu.
Pada malam pertama aku di wad, aku terbaring
lemah dek tiada selera makan. Selepas solat isyak,
jururawat bertugas telah memberikan aku ubat dan
memeriksa keadaan aku seperti biasa, selepas itu aku
tertidur.
Boleh dikatakan setiap 2 jam ada jururawat yang
datang untuk memeriksa. Dalam keadaan mamai, aku
cuba membuka mata untuk melihat bila aku merasa
tangan aku disentuh.
Tapi kali ini, tangan yang menyentuh itu aku itu
kaku. Dalam lemah itu aku cuba membuka kelopak mata
untuk melihat. Terkejut aku bila melihat hanya tangan
sahaja yang kelihatan. Seolah-olah tangan manusia dari
bawah katil aku.
Kalau difikirkan sekarang, mahu saja aku
menjenguk ke bawah katil untuk melihat, tapi aku fikir
143
balik, waktu itu aku budak lagi, takut tercirit sebab
terperanjat.
Kursemangat...
144
WAD MEDIKAL PEREMPUAN
(Umikhaziah Khalid)
Nak kongsi cerita aku terkena badi mayat orang
India. Seram sangat-sangat.
Waktu tu aku baru sebulan kerja dekat Hospital
Selayang setelah aku habis kolej. Aku bertugas dekat
wad medikal perempuan.
Aku kena buat L.O(last office / pengurusan
mayat) mayat perempuan India yang sebatang kara. Aku
dah lupa dengan siapa aku uruskan L.O ni, tapi terdetik
dalam hati, simpati kat mendiang sebab tak ada saudara
mara pun.
Balik kerja, sementara tunggu budak CSSD(unit
bekalan steril) mandi, aku baring sekejap untuk tunggu
giliran. Maklumlah, duduk hostel ni kena berkongsi
tandas. Baring punya baring, sekali terlelap.
Sedar-sedar ada orang ketuk pintu bilik. Tengok
jam dah pukul 3.pp pagi. Aku pun buka pintu. Mak aiiiiii,
sekali tengok rupanya roh pesakit India tu ikut aku
sampai hostel.
145